3
vi. APAKAH PERSAMAAN DAN PERBEZAAN SOALAN KAJIAN DAN HIPOTESIS? Soalan kajian dan hipotesis merupakan elemen yang sangat penting dalam sesuatu penyelidikan. Proses penyelidikan bermula dengan soalan kajian yang perlu dijawab atau hipotesis yang perlu diuji. Soalan kajian dihasilkan berdasarkan objektif kajian. Iaitu soalan kajian akan dibina sebagaimana boleh menjawab objektif kajian dalam sesuatu penyelidikan. Soalan kajian perlu dinyatakan secara terperinci daripada objektif dan tujuan kajian. Selain itu, soalan kajian dibentuk berdasarkan masalah kajian yang menjelaskan mengenai pemboleh ubah yang hendak dikaji. Terdapat tiga bentuk persoalan kajian. Persoalan mengenai ‘apa’ dan ia memerlukan jawapan berbentuk deskriptif. Persoalan mengenai ‘mengapa’ yang bertumpu pada alasan atau sebab-sebab. Persoalan mengenai bagaimana bertumpu pada cara bagaimana boleh melakukan perubahan dan ia mempunyai implikasi praktikal dan intervensi. Hipotesis pula merupakan satu pernyataan formal mengeai sesuatu andaian dan spekulasi atau gerak hati yang meramalkan perkaitan antara pelbagai pemboleh ubah. Hipotesis yang dibentuk perlu menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah yang ingin dikaji berkaitan dengan masalah kajian. Penyelidik perlu menetapkan pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar terlebih dahulu. Hipotesis kajian biasanya digunakan dalam penyelidikan kuantitatif dengan menggunakan analisis statistik inferensi. Selain itu, hipotesis kajian yang dikaji

TUGASAN 1(B) S6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

yes

Citation preview

Page 1: TUGASAN 1(B) S6

vi. APAKAH PERSAMAAN DAN PERBEZAAN SOALAN KAJIAN DAN HIPOTESIS?

Soalan kajian dan hipotesis merupakan elemen yang sangat penting dalam sesuatu

penyelidikan. Proses penyelidikan bermula dengan soalan kajian yang perlu dijawab atau

hipotesis yang perlu diuji. Soalan kajian dihasilkan berdasarkan objektif kajian. Iaitu soalan

kajian akan dibina sebagaimana boleh menjawab objektif kajian dalam sesuatu penyelidikan.

Soalan kajian perlu dinyatakan secara terperinci daripada objektif dan tujuan kajian. Selain itu,

soalan kajian dibentuk berdasarkan masalah kajian yang menjelaskan mengenai pemboleh ubah

yang hendak dikaji. Terdapat tiga bentuk persoalan kajian. Persoalan mengenai ‘apa’ dan ia

memerlukan jawapan berbentuk deskriptif. Persoalan mengenai ‘mengapa’ yang bertumpu pada

alasan atau sebab-sebab. Persoalan mengenai bagaimana bertumpu pada cara bagaimana boleh

melakukan perubahan dan ia mempunyai implikasi praktikal dan intervensi.

Hipotesis pula merupakan satu pernyataan formal mengeai sesuatu andaian dan spekulasi

atau gerak hati yang meramalkan perkaitan antara pelbagai pemboleh ubah. Hipotesis yang

dibentuk perlu menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah yang ingin dikaji

berkaitan dengan masalah kajian. Penyelidik perlu menetapkan pemboleh ubah bersandar dan

pemboleh ubah tidak bersandar terlebih dahulu. Hipotesis kajian biasanya digunakan dalam

penyelidikan kuantitatif dengan menggunakan analisis statistik inferensi. Selain itu, hipotesis

kajian yang dikaji perlu bersifat khusus dan tidak boleh bersifat umum iaitu mesti khusus kepada

perkara yang ingin diukur serta dinyatakan dengan logik, terang dan jelas. Adakalanya, hipotesis

yang dibentuk diuji untuk disahkan atau ditolak. Di samping itu, terdapat juga dua jenis bentuk

dalam membentuk hipotesis iaitu induksi dan deduksi. Hipotesis boleh bibahagikan kepada dua

jenis iaitu hipotesis nol dan hipotesis alternatif. Hipotesis alternatif dinyatakan dalam bentuk

adanya perbezaan atau terdapatnya hubungan manakala hipotesis nol pula versi hipotesis yang

negative atau tiada perbezaan atau hubungan.

Persamaan antara kedua-duanya adalah keputusan kajian dibuat berdasarkan soalan

kajian dan hipotesis yang telah dibina ekoran daripada analisis data kajian. Kedua-dua aspek ini

akan dibentuk selepas pemilihan masalah. Selain itu, soalan kajian dan hipotesis memfokuskan

masalah kajian yang telah dikenalpasti. Hipotesis dan persoalan kajian disarankan berdasarkan

teori dan dapatan dari kajian lepas melalui ulasan karya.

Page 2: TUGASAN 1(B) S6

Tetapi, hipotesis berbeza daripada soalan kajian. Ini kerana persoalan kajian menekankan

soalan bagaimana pembolehubah berkait antara satu sama manakala hipotesis pula memberikan

satu jawapan yang tentatif pada persoalan tersebut. Bukan itu sahaja, dalam sesuatu penyelidikan

soalan kajian dijawab tetapi hipotesis kajian akan diuji. Pada masa yang sama, hipotesis yang

dibina mesti tekal dengan pengetahuan yang sedia ada atau teori dan tidak bertentangan dengan

teori dan hukum yang ada. Ia juga mempunyai kuasa penjelasan yang logik, tepat, jelas dan

rasional. Soalan kajian pula digunakan apabila penyelidik tidak mempunyai sokongan teori yang

kukuh. Selain itu, hipotesis kajian memberikan idea mengenai bagaimana masalah kajian dapat

diatasi. Hipotesis kajian berupaya menunjukkan sama ada penyelidikan yang dilaksanakan benar

ataupun salah tetapi persoalan kajian hanya mengutarakan soalan sahaja. Oleh itu, didapati

bahawa hipotesis adalah kesimpulan awal yang dibuat oleh penyelidik bagi menentukan hasilan

awal kajian yang dilaksanakan dengan menghubungkan dua atau lebih pemboleh ubah yang

wujud dalam suatu kajian.