Upload
mohd-zakaria-mohd-said
View
157
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
rnakan
VEK 3003 : PENGURUSAN TERNAKAN
Ciri – ciri fizikal dan kelakuan yang perlu ada pada lembu
jantan dan betina dewasa sewaktu pemilihan induk baka
baharu serta kepentingan.
Nama Pelajar : MOHD ZAKARIA BIN MOHD SAID
No Matrik : D20102040320
Program : PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU
Kumpulan : UPSI 01
Nama Pensyarah : DR. FAZHANA BINTI ISMAIL
No. Telefon : 019-5471062
1
BIL. PERKARAMUKA
SURAT
1.0 Pengenalan 4
2.0 Baka 4
3.0 Pemilihan Induk Baka 5
3.1 Perolehan Lembu 5
3.2 Kriteria Pemilihan Fizikal 5
3.2.1 Pejantan 5
3.2.2 Induk Betina 6
3.3 Kriteria Kesihatan 6
4.0 Ciri – ciri Ternakan Yang Dikehendaki 7
4.1 Cepat Membesar 7
4.2 Cepat Mengeluarkan Hasil 7
4.3 Berupaya Melahirkan Banyak Anak 7
4.4 Hasil Tinggi 7
4.5 Kecekapan Penukaran Makanan Yang Baik 7
4.6 Resistan Terhadap Penyakit 7
4.7 Toleran Terhadap Persekitaran 8
5.0 Pembiakan 8
5.1 Pembiakan Tabie 8
5.1.1 Lembu Betina 8
5.1.2 Lembu Penjantanan 9
5.2 Permanian Berhadas 10
5.2.1 Definisi 10
2
5.2.2 Kebaikan 10
5.2.3 Kelemahan 11
5.2.4 Peralatan Yang Diperlukan. 11
5.2.5 Proses Permanian Berhadas 11
6.0 Kepentingan Pemilihan Induk Baka Yang Baik 12
7.0 Langkah – langkah Alternatif Sekiranya Terdapat Kekurangan Yang Minor Pada Lembu Jantan Atau Betina Yang Dianggap Berpontesi Menjadi Induk
12
8.0 Kesimpulan 14
9.0 Bibliografi 14
10.0 Lampiran 15
3
1.0 PENGENALANTerdapat berbagai baka lembu di dunia ini. Namun begitu pemilihan induk baka yang
baik, berkualiti dan mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran ladang adalah penting bagi memastikan kelangsungan hidup ternakan tersebut.
Ciri-ciri fizikal dan kelakuan lembu jantan dan betina perlu diberi perhatian agar lembu yang dikehendaki menepati kehendak penternak.
2.0 BAKA
Baka-baka yang biasa dipelihara untuk daging di Malaysia adalah Kedah Kelantan (K-K), Kacukan Komersial Australia (Australian Commercial Cross), Kacukan Friesian-Sahiwal (Mafriwal), Local Indian Dairy (LID), Droughtmaster dan Brahman.
Kedah-kelantan (KK)
Mempunyai warna coklat kekuningan atau hitam. Ia mempunyai baka lembu
pedaging tempatan dan sangat sesuai dengan iklim dan persekitaran negara ini
Brahman
Baka Brahman berasal dari India dan berwarna putih, kelabu atau merah. Ia
mudah dikenali kerana ada bonggol di tengkuk dan telinga panjang. Lembu ini
mudah beradaptasi dengan persekitaran dan berat dewasa boleh mencapai 181
kg semasa umur setahun
Hereford / Hereford x KK
Hereford tulen atau kacukan dengan baka tempatan seperti KK kebanyakannya
mempunyai tanduk pendek dan tebal serta agak berpintal. Kadar kelahirannya
sehingga 73%. Ia juga jinak, cepat membesar dan daging berkualiti tinggi.
Droughtmaster
Droughtmaster ialah hasil kacukan Brahman dengan Shorthorn. Baka ini berasal
dari Utara Australia. Ia adalah jenis lembu daging yang sesuai dengan negara
tropika ini dan berwarna coklat atau merah gelap. Lembu ini matang bila
mencapai umur purata 630 hari. Purata umurnya ketika beranak pertama ialah
918 hari. Ia boleh mencapai berat lebih kurang 330 kg apabila mencapai umur 2
tahun.
Kacukan Komersial dari Australia (Australian Commercial Crosses)
Kacukan ini dihasilkan di Australia, hasil kacukan berbagai jenis lembu
pedaging.Antara jenis-jenis yang terlibat ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford.
Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan yang
banyak, dan harga yang berpatutan.
4
Local Indian Dairy (L.l.D.)
Ia merupakan campuran jenis-jenis Kangayan x Hallikar x Ongole dari India. Ia
dianggap jenis tempatan, kerana ada yang bercampur dengan darah lembu
KK.Jenis susunya yang boleh juga disesuaikan dengan lembu daging.Lembu
baka ini berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada
cokelat gelap. Ia juga boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana serta tahan
kutu dan jangkitan penyakit. Berat matangnya ialah 280 kg.Anak yang dilahirkan
ialah di antara 18- 20 kg beratnya.Kacukan Friesian Sahiwal (Mafriwal)
Ia berwarna hitam kemerahan dan adalah hasil kacukan antara betina jenis
Friesian dan jantan jenis Sahiwal. Lembu ini dihasilkan di New Zealand dan
Australia untuk dipelihara di Malaysia. Ia boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000
kg.Purata berat anak semasa lahir 24 kg dan berat matang ialah 360 kg dan
purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37 kg sehari.
3.0 PEMILIHAN INDUK BAKA
Pemilihan induk baka merupakan aktiviti penting bagi penternakan kerana baka yang berkualiti akan menghasilkan anak lembu yang berkualiti.
3.1 Perolehan lembuBaka lembu jantan dan betina yang ditetapkan boleh diperolehi daripada
pembekalmelalui belian terus, sebutharga atau mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
3.2 Kriteria Pemilihan fizikal3.2.1 Pejantan
Semasa pemilihan lembu pejantan contohnya Baka Brahman Tulen
adalah
berumur purata 36 bulan;
Berat badan tidak kurang purata 350 kilogram;
Sihat dan disahkan bebas dari sebarang penyakit berjangkit;
Mempunyai organ pembiakan dan berfungsi dengan baik
untukpembiakan;
Berbagai warna dari kelabu muda atau merah sehingga ada
yang hitam. Kebanyakan lembu berwarna kelabu cerah atau
sederhanakelabu. Lembu jantan selalunya gelap dari lembu
betina biasanya mempunyaitompok hitam di atas bahu atau
bawah kaki;
5
Mempunyai bonggol yang besar di bahagian atas bahu dan
tengkuk;“processes” bergulung yang terletak di bawah bonggol
dan memanjang &mempunyai tisu yang tegap yang
menutupinya;
Biasanya tanduk bengkok ke atas dan kadang-kadang ke
belakang,
mempunyai telinga yang besar dan berjuntai, bahagian tengkuk
mempunyai kulit yang menggelambir,
mengeluarkan minyak yang berbau busuk danboleh membantu
menghalau serangga;
Bahagian bahunya tegap menampakkan wujudnya otot yang
kuat, dengan bahagian dadanya yang melebar;
Mempunyai dua buah zakar dengan saiz yang sederhana,
terletak denganbaik di dalam satu kandul. Kedudukan testis
dan organ pembiakan dalam45°;
Disertakan Sijil Pedigree dengan nombor tag dan tatoo di
telinganya samasepertimana di dalam sijil bagi setiap ekor
Pejantan, sebagai pengesahanbahawa lembu Pejantan
tersebut adalah baka tulen.
3.2.2 Induk BetinaSemasa pemilihan lembu induk betina contohnya bagi lembu
betinaKacukan Brahman adalah; berumur 18 bulan ke atas dan tidak melebihi 36 bulan; Berat tidak
kurang dari 250 kg; Sihat dan disahkan bebas dari sebarang penyakit berjangkit; Mempunyai organ pembiakan yang baik dan boleh berfungsi
dengan baik untuk pembiakan; Mempunyai tetek (ambing susu) yang baik dengan empat puting
susu yang sempurna kedudukannya dan boleh berfungsi dengan baik;
Warna bulu putih kelabu atau merah keperangan; Berat dalam lingkungan 250 kg pada umur 24 bulan.
3.3 Kriteria KesihatanSetiap lembu pembaka yang dibeli perlu mempunyai:
Tahap kesihatan yang baik dan disahkan bebas dari sebarang penyakitberjangkit seperti FMD, Rinderpest, Camphylobacteriosis, Trichomoniasis,Leptospirosis, Babesiosis dan Anaplasmosis, Enzootic Bovine Leukosis BovineSpongiform Encephalopathy (BSE), Haemorrhagic Septicaemia dan Brucellosis;
6
Sijil perakuan kesihatan daripada pihak berkuasa yang mengesahkan tahapkesihatan lembu perlu disertakan dengan menyenaraikan nomborpengenalan lembu sama sepertimana yang dibekalkan;
Mempunyai organ pembiakan yang baik dan boleh berfungsi dengan baikuntuk pembiakan;
Setiap ekor lembu yang diterima mestilah berkeadaan fizikal yang baik,tidak cacat, tempang, buta, atau yang seumpamanya yang bolehmenjejaskan potensi pembiakan lembu berkenaan.
4.0 CIRI TERNAKAN YANG DIKEHENDAKI4.1 Cepat Membesar
Lembu dewasa yang dipilih juga perlulah dari baka yang cepat membesar supaya kos makanan dan penjagaan dapat dikurangkan. Ciri ini juga membolehkan ternakan cepat dipasarkan dan tempoh pusingan ternakan dapat disingkatkan .
4.2 Cepat Mengeluarkan HasilCiri ternakan yang baik adalah cepat mengeluarkan hasil seperti susu dan
daging. Lembu tenusu akan mula mengeluarkan hasil susu selepas beranak pertama. Tempoh masa beranak pertama dan selang masa beranak singkat menunjukkan ciri ternakan yang dikehendaki. Manakala bagi lembu pedaging yang cepat mengeluarkan hasil ialah lembu yang mempunyai pertambahan berat badan yang tinggi. Apabila pertambahan berat badan tinggi, lembu haya mengambil masa yang singkat untuk membesar dan menggemuk.Contohnya baka Brahman purata pertambahan berat badan 0.45kg sehari dan beratnya 181kg semasa berumur setahun. Manakala Fresian X Kedah Kelantan purata pertambahannya 0.42kg sehari dan beratnya 141kg semasa berumur setahun.
4.3 Berupaya Melahirkan Banyak AnakKeupayaan melahirkan banyak anak, kadar bunting, peratus kematian anak
semasa dilahirkan rendah dan tempoh bunting semula yang cepatadalah ciri baka baik yang perlu dipertimbangkan. Contohnya baka lembu tenusu yang mempunyai kadar bunting yang tinggi ialah LID(54.6%), Sahiwal LID (57.5%) dan Sahiwal Fresian (57%)
4.4 Hasil TinggiHasil yang tinggi meliputi pengeluaran daging atau susu. Baka yang menghasilkan berat dewasa yang tinggi akan menjadi keutamaan pilihan. Baka lembu pedaging yang mempunyai berat badan yang baik dan boleh dipilih sebagai ternakan ialah Brahman, Shorthorn, Draughtmaster.
4.5 Kecekapan Penukaran Makanan Yang BaikTernakan yang mempunyai kecekapan penukaran makanan yang tinggi akan
mengurangkan kos pemberian makanan. Ia juga secara tidak langsung menjimatkan kos pengeluaran ternakan.
4.6 Resistan Terhadap PenyakitBaka ternakan yang baik haruslah resistan terhadap penyakit terutamanya penyakit yang disebabkan oleh serangan parasit. Baka lembu seperti Brahman,
7
LID dan Draughtmaster adalah baka yang resistan terhadap endoparasit. Baka Local Indian Diary pula resistan terhadap penyakit tropikal.
4.7 Toleran Terhadap PersekitaranTekanan persekitaran seperti pancaran cahaya matahari yang berlebihan,
tekanan haba serta suhu dan kelembapan tinggi memerlukan baka tertentu untuk diternak. Contohnya baka Lembu Kedah Kelantan toleran kepada suhu dan kelembapan tinggi manakala baka lembu Brahman toleran terhadap tekanan haba.
5.0 PEMBIAKANPenghasilan baka lembu juga boleh dilakukan secara pembiakan. Pembiakan boleh
dilakukan secara tabie (menggunakan lembu penjantan) atau permanian beradas. Lembu betina dara yang telah matang atau bibit yang di dalam keadaan berahi
sahaja boleh dikahwinkanSelepas melahirkan anak, lembu betina boleh dikahwinkan semula apabila datang berahi pada 40 - 60 hari kemudian. Seekor lembu betina tidak sesuai untuk dibiakkan lagi selepas 5 - 6 kali beranak atau umur 8 - 10 tahun.
5.1 Pembiakan tabie 5.1.1 Lembu betina
Prestasi pembiakan lembu betina yang terbaik boleh dicapai melalui teknik pengurusan yangbaik. Aspek utama yang harus diberikan perhatian ialah dari segi pemakanan, pembiakan dankawalan penyakit.
Lembu betina dara yang telah matang atau bibit yang di dalam keadaan berahi sahaja yang boleh dikahwinkan. Tempoh berahi selama 24 jam perlulah diperhatikan dengan betul supaya tidak berlaku kesiiapan. Sekiranya tempoh itu terlepas, tempoh berahi berikutnya akan datang semula dalam masa 18-24 hari (purata 21 hari).Di antara tanda-tanda berahi ialah:
Sentiasa berbunyi bising. Kemaluan merah dan membengkak. Keluar lendir dari kemaluan. Panjat memanjat sesama sendiri. Mengasingkan diri, gelisah dan kurang makan. Menguak. Menyondol sesama sendiri.Menjilat. · Kelakuan menenggek oleh lembu jantan. · Kemaluan membengkak dan keluar lendir jernih yang
pekat. · Tempoh masa berahi ialah 15 – 21 jam dengan siklus
berahi antara 18 -24 hari.
Lembu-lembu yang berjaya dikahwinkan tidak akan menunjukkan tanda-tanda berahi selepas itu. Selepas dua bulan, pegawai dari Pejabat Haiwan boleh dipanggil membuat pemeriksaan bagi mempastikan kebuntingan.
8
Selepas melahirkan anak, seekor lembu betina boleh
dikahwinkan semula apabila datang berahi pada 40-60 hari kemudian.
Seekor lembu betina tidak sesuai untuk dibiakkan lagi selepas 5-6 kali
beranak, atau pada umur 8-10 tahun.
5.1.2 Lembu penjantanLembu Baka Pejantan mestilah mempunyai sifat fizikal yang
lengkap seperti: buah zakar atau testes, zakar yang baik tanpa
kecacatan. Berumur 2 ½ ke 3 tahun dan mempunyai berat badan
diantara 300 kg ke400 kg. Mempunyai tahap kesihatan yang bebas dari penyakit
sepertiBrucellosis, Vibriosis, Trichomoniasis. Pemeriksaan fizikal dan ujian darah boleh dilakukan
sekali setahun.
Nisbah pejantan dan betina ialah 1 : 20. Baka Pejantan dibiarkan bergaul dengan kumpulan betina selama 2 – 3 bulan.Baka Pejantan dibiarkan berkhidmat selama 4 tahun sahaja.Baka Pejantan yang didapati tidak aktif akibat penyakit perlulah disingkirkan.Pemeriksaan semen baka pejantan dilakukan sekali setiap tahun . Memilih baka boleh dibuat melalui rekod iaitu:
Terbukti hasil daripada bibit (induk) dan baka (pejantan) yang baik.
Tidak terlalu garang. Bibit den bake tidak pernah terjangkit penyakit
merbahaya. Baka pejantan mempunyai nilai kebakaan yang baik,
seperti air mani yang baik dan bertenaga. Terbukti menghasilkan anak-anak yang bermutu.
Bergantung kepada jenis lembu, umur pembiakan baka biasanya melebihi 2 tahun.Keadaan tubuh badan lembu baka yang akan dipilih, iaitu:
Sihat dan padat tuboh badan. Kaki terutamanya kaki belakang yang kuat dan tegap. Kedua-dua buah zakar (testis) yang sama besar, padat dan
tidak labuh. Mempunyai nafsu berahi (libido) yang balk. Kuku yang balk.
Kualiti air mani juga boleh digunakan sebagai cara pemilihan. Air mani yang baik mempunyai kepekatan atau kandungan sperma yang tinggi den tidak banyak sperma yang cacat.Penilaian air mani perlu dilakukan 2 bulan sebelum musim pembiakan untuk menilai isipadu, warna, pergerakan sperma dan kepekatan air mani tersebut
9
dan kebiasaanya 1 ekor lembu penjantan boleh dikahwinkan untuk setiap 25 – 30 ekor induk.
Keupayaan lembu jantan untuk persenyawaan pada lembu betina bergantung pada 3 faktor:
keupayaan mengawan keinginan mengawan pengeluaran mani yang bermutu tinggi
5.2 Permanian beradas5.2.1 Definisi
Permanian beradas ialah teknik atau kaedah memasuk atau menyuntik air mani (semen) yang telah diproses ke dalam salur pembiakan betina (uterus) menggunakan peralatan yang spesifik (pistolet).
5.2.2 Kebaikan Kebaikan kaedah permanian berhadas ini ialah :
Meninggikan mutu ternakan, menambah pendapatan. Memaksimumkan penghasilan susu & daging. Menjamin peningkatan 1% nilai genetik tahunan untuk
penghasilan susu & daging. Penggunaan sire bermutu dapat ditingkatkan. (20 000 anak
dapat diperolehi drp satu sire) Semen pelbagai baka terpilih boleh diperolehi dari seluruh
dunia. Anak kacukan bermutu dapat diperolehi pada kos minimum.-
Dianggarkan sebanyak 30,000 suntikan melalui air mani beku dapat dihasilkan dari seekor lembu baka.
Pengendalian permanian beradas adalah amat mudah serta cepat. Ianya dapat dilakukan ditempat yang jauh yang tiada terdapat lembu-lembu baka yang sesuai
Mengelakkan penggunaan lembu baka yang bermutu rendah dan kurang libido
mengurangkan , mengawal perebakan penyakit berkaitan dengan pembiakan seperti vibrosis, Trichomoniosis, brucellosis, Metritis dan penyakit kelamin lain.
Mani beku disimpan didalam nitrogen cecair dan tahan bertahun-tahun dimana penggunaannya boleh dilaksanakan bila-bila masa yang diperlukan walaupun lembu tersebut telah mati
Boleh mengelakan kecederaan pada lembu betina disebabkan saiz atau kerakusan lembu-lembu jantan
Mani beku terjamin dari segi mutu dan bebas dari sebarang penyakit
Senang untuk menyimpan rekod dan penganalisaan baka Ciri-ciri bermutu baka berbeza dapat digabung untuk
menghasilkan baka sesuai dengan keadaan & keperluan.
10
Kualiti & prestasi ternakan dapat dikawal, ternakan tidak produktif disingkirkan.
5.2.3 Kelemahan
Walaubagaimanapun kaedah ini mempunyai beberapa
kelemahan seperti :
Ia memerlukan tumpuan masa dan tenaga kerja yang banyak
untuk mengesan lembu betina yang berahi.
Kadar kebuntingan lebih rendah daripada kahwin tabie.
Nilai lembu jantan dipasaran menurun.
5.2.4 Peralatan yang diperlukan
Untuk menjalankan permanian beradas peralatan berikut diperlukan :
Tangki Cecair Nitrogen -Mother tank, field tank
Water bath -utk memanas air ke suhu 35°C.
A.I. Kit - Pistolet dgn pembalut (sheath), Straw tweezer, Sarung
tangan (arm lemgth gloves), Pelincir (lubricant glove), tisu,
gunting dan forsep
Flask (dilengkapi dgn termometer).
Rekod-rekod pembiakan.
5.2.5 Proses Permanian Berhadas
Proses ini dimulakan dengan memilih lembu betina yang betul-
betul tiba pusingan berahi. Lembu betina berumur antara 15-18 bulan
dan mempunyai berat lebih kurang 200kg. Lembu tersebut mestilah
dipastikan tidak bunting dengan memeriksa tanduk rahim. Jika tanduk
rahim besar dari satu lagi, lembu tersebut dikuatiri telah bunting dan
tidak sesuai disuntik.
Waktu suntikan akan dibuat berdasarkan tanda berahi lembu
betina tersebut. Jika tanda dilihat pada sebelah pagi, proses
permanian akan dilakukan pada sebelah petang dan jika tanda dilihat
pada sebelah petang, proses permanian akan dibuat pada sebelah
pagi esoknya,
Masa yang diambil oleh sperma untuk sampai ke ovum
sesingkatnya ialah 2 ½ minitdari waktu ia disuntik. Jangkamasa
hidupnya ialah 24 jam dan masa yang diambil oleh sperma untuk
menyesuaikan diri dalam saluran ovari adalah 6 jam sebelum ia
berfungsi dalam persenyawaan. Untuk mendapat kejayaan dalam
rancangan permanian berhadas ini lembu-lembu betina hendaklah
disuntik sekurang-kurangnya 60 hari selepas melahirkan anak.
11
6.0 KEPENTINGAN PEMILIHAN INDUK BAKA YANG BAIKPemilihan induk baka yang baik adalah penting kerana :
Memastikan lembu berkualiti tinggi dan menghasilkan pendapatan yang lumayan Memastikan lembu sesuai diternak di kawasan yang ditetapkan. Memastikan lembu dapat menghasilkan baka-baka yang lebih baik dan dapat
dibiakkan dengan mudah. Mendapat baka lembu yang resistan kepada penyakit Mendapat baka lembu yang cepat matang.
7.0 LANGKAH-LANGKAH ALTERNATIF SEKIRANYA TERDAPAT KEKURANGAN YANG MINOR PADA LEMBU JANTAN ATAU BETINA YANG DIANGGAP BERPOTENSI MENJADI INDUK PEMBAKA
Kecacatan adalah keabnormalan dalam rangka, bentuk badan, dan fungsi badan.
Keabnormalan boleh berlaku akibat daripada sebab-sebab genetik atau persekitaran.
Apabila puncanya daripada persekitaran, pelarasan boleh mengurangkan kerugian
ekonomi. Walau bagaimanapun, punca genetik (diwarisi) adalah lebih kompleks dan
sukar untuk diperbetulkan.
Punca persekitaran seperti penyakit dan pemakanan. Ia boleh di atasi dengan
memperbetulkan masalah berkaitan seperti memberi ubatan dan menjaga pemakanan
ternakan tersebut.
Walaubagaimanapun keabnormalan genetik berlaku apabila gen hilang, berlebihan,
bermutasi atau di lokasi yang salah. Keabnormalan adalah lebih biasa berlaku pada
haiwan yang berkaitan.
Kecacatan genetik yang biasa ialah
Hypotrichosis (Hairlessness)
Ia menyebabkan baka lembu kehilangan lengkap atau separa rambut. Lembu
tersebut akan terdedah kepada tekanan persekitaran (sejuk dan basah) dan
jangkitan kulit adalah lebih ketara. Satu gen resesif menyebabkan
hairlessness.
Botak Anemia
indrom ini dikenal pasti dalam baka Hereford ditemubual. Pada peringkat awal
kelahran, alopecia anemia boleh disalah anggap untuk hairlessness. Betis
terjejas dan lebih kecil ketika lahir, mempunyai penampilan yang kotor, dan
terkeluar lidah dan mata. Rambut adalah liat, ketat bergulung atau tidak hadir
manakala kulit berkedut memberikan penampilan penuaan. Betis lesu, tidak
boleh tahan dengan tekanan dan sangat terdedah kepada penyakit. Jangka
hayat hidup melepasi usia enam bulan. Kerosakan struktur rangka dalam
mengurangkan pengeluaran sel darah merah (anemia).
12
Translocations
Translokasi berlaku apabila sebahagian kromosom memecah dimatikan dan
melekat pada kromosom lain. Translocations menjejaskan kesuburan.
Pembawa translocations mengurangkan kadar kelahiran dan peningkatan
kadar pengguguran.
Beta-mannosidosis (Beta-man)
Gangguan Beta-lelaki adalah disebabkan oleh gen resesif yang menghasilkan
enzim yang cacat. Hasilnya ialah kelahiran anak lembu yang tidak pernah
bangun dan akhirnya mati.
Syndactyly (Mulefoot)
Syndactyly merujuk kepada gabungan dua jari kaki. Disebabkan oleh gen
resesif, mulefoot paling sering memberi kesan kepada kaki depan.
Untuk mengelakkan keabnormalan lagi dalam kumpulan lembu tersebut tanpa
memusnahkan baka betina adalah dengan mengunakan baka penjantan lain yang bukan
daripada kumpulan asal tersebut.
Dalam usaha memperbaiki baka sediada , terdapat 2 kaedah pembiakan yang lazim
dilakukan iaitu kaedah pembiakbakaan kacuk dan pembiakbakaan seturunan.
Pembiakbakaan kacuk
Pembiakaan kacuk ialah pembiakan antara ternakan daripada dua baka yang
berlainan. Contohnya baka Friesian dan baka Local Indian Diary (LID) untuk
mendapatkan genotip gabunga daripada gabungan kedua-dua baka.
Pembiakan kacuk dapat menghasilkan anak yang mempunyai pencapaian
yang lebih baik daripada induk. Serta menghasilkan anak yang mempunyai
tahap kecergasan yang lebih baik berbanding purata prestasi induk. Ia
dipanggil heterosis. Selain daripada itu kaedah ini juga menghasilkan baka
yang mempunyai ciri kemandirian yang lebih tinggi.
Pembiakbakaan seturunan
Pembiakbakaan seturunan ialah pengawanan antara ternakan yang
mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat untuk mendapatkan genotip
asal keturunannya. Contohnya anak jantan dikahwinkan dengan ibunya, induk
jantan dikahwinkan dengan anak betina dan pengawanan adik beradik.
Pembiakbakaan seturunan dapat mengekalkan ciri dalaman baka serta
mewujudkan satu kumpulan yang mempunyai ciri luaran yang seragam.
Namun begitu ia juga menghasilkan baka yang kurang cergas kerana tedapat
gen resesif serta penurunan dalam keupayaan membiak.
13
Amalan pengacukan baka adalah alternatif terbaik bagi mengelakkan masalah ini.
Selain daripada itu kaedah permanian berhadas dengan menggunakan air mani daripada
induk jantan yang berkualiti juga boleh mengelakkan masalah ini.
8.0 KESIMPULANPemilihan induk baka merupakan satu proses yang penting dalam industri ternakan
lembu. Terdapat berbagai baka lembu di pasaran dan pemilihan induk baka dapat memastikan lembu yang dibeli berkualiti dan dapat menghasilkan pendapatan yang lumayan.
Namun begitu penyelidikan dan penambahbaikan baka perlu dipertingkatkan dengan menggunakan kaedah permanian berhadas atau kacukan agar baka yang lebih baik dapat dihasilkan.
9.0 BIBLIOGRAFI1.0 Johar Seman, Siri Mula Bisnes : Lembu, 2007. PTS Profesonal Publishing , Kuala
Lumpur
2.0 Mohamad Jaafar b in Sahari, Sains Pertanian Tingkatan 5, 2005, Percetakan Surya Sdn Bhd, Melaka
3.0 Tai Lung Aik, Sains Pertanian Tingkatan 4, 2002, Percetakan Warni Sdn Bhd, Selangor.
4.0 Hashim Nik Mustapha (Nik), Mohd Fauzi Mohd Jani, Pembangunan Pertanian Lestari, 1995, UKM, Bangi.
5.0 ms.wikipedia.org/wiki/Lembu
6.0 www.dvssel.gov.my/penternakan/lembu/lembu_da..
7.0 jutawanternak.blogspot.com/.../isu-dan-cabaran-da..
10.0 LAMPIRAN
14
KEDAH KELANTAN
JANTAN
KEDAH KELANTAN
BRAHMAN
15
HEREFORD
Droughtmaster
Australian Commercial Crosses
16
L.I.D
mafriwal
17
Perkara penting
18
Sediakan tempat yang sesuai dimana lembu boleh diikat dan pemeriksaan boleh dilakukan. Sebaik-baiknya sediakan pasung bagi tujuan permanian berhadas tersebut
Pemeliharaan air mani beku
Air mani beku selalunya disimpan didalam tangki nitrogen dimana satu pengawasan yang teliti perlu diambil bagi menjamin yang disimpan itu adalah didalam keadaan baik dan memuaskan
19
Perkara yang perlu diambil perhatian ialah
-Straw- straw mestilah disimpan paras nitrogen cecair
-Peperiksaan paras nitrogen mestilah dibuat 2 hari sekali
-Airmani beku yang berlainan jenis mesti disimpan didalam gobelet dan corong yang berasingan dan hendaklah dicatit dengan terang dan betul
- Tangki untuk kegunaan luar mestilah mengandungi air mani beku yang mencukupi untuk kegunaan 2 hingga 3 hari
-Apabila hendak mengeluarkan straw-straw daripada corongnya ( canister) corong itu hendaklah boleh diangkat hingga kemulut tangki dan mesti dilakukan dengan cepat iaitu dalam masa kurang 5 saat.
-Jika Straw yang berisi mani beku itu dikeluarkan dari nitrogen cair dan di dedahkan keudara dari 2 atau 3 saat. Ia mesti digunakan dan tidak boleh dimasukkan semula ke dalam tangki.
Teknik suntikan
Teknik yang digunakan ialah recto-vaginal methods.
-Dalam cara ini sebelah tangan penyuntik samaada kiri atau kanan digunakan untuk masuk melalui dubur ( rectum) untuk memegang bahagian-bahagian organ peranakan ( Cervic). Terlebih dahulu sejenis bahan pelicin disapukan pada sarung tangan yang hendak digunakan. Bahan pelicin tersebut disapukan terlebih dahulu pada bahagian luar dubur sebelum memasukkan genggaman tangan ke dubur .. korek dan keluarkan sebahagian tahi yang terdapat didalam usus besar..Kemutan akan dapat dirasa setelah tangan dimasukkan, biarkanlah kemutan itu berlaku sebelum suntikan diteruskan
20
- Masukkan tiub (catheter) suntik kedalam badan rahim melalui lubang cervic yang telah dipegang . Masukkan hujung tiub itu menghala keatas bibir faraj dengan anggaran 20 – 30 darjah.
-Ini dapat mengelakkan termasuk tiub itu ke dalam saluran kencing ( Urethral opening)
-Tangan yang memegang cervik itu hendaklah membantu memasukkan tiub itu perlahan-lahan melepasi cervic . Kadangkala hujung tiub itu boleh tersangkut atau tersekat pada lipatan di hujung pertemuan faraj dengan cervic.
-Jika terdapat bunyi kasar ( grating) menunjukkan tiub itu telah melepasi kedalam cervic.
-Biasanya ini senang dilakukan dengan tangan kanan
21
-Air mani akan disuntik dalam badan rahim selepas saja tiub suntikan tersebut melepasi lubang cervic. Air mani jangan di suntik terlalu jauh kedalam saluran rahim kerana ia mungkin akan sampai ke tanduk rahim ( horn)
-Terdapat juga beberapa kejadian dimana sebilangan kecil lembu-lembu yang susah untuk di masukkan tiub suntikan kedalam badan rahim ( body of uterus). Sekiranya perkara ini berlaku suntikan hendaklah dilakukan seberapa jauh kedalam cervic
Setelah dipermanikan lembu tersebut
Setelah lembu dipermanikan di minta memastikan ternakan tidak dilepaskan untuk meragut dengan lembu lain. Ini adalah bagi memastikan yang lembu jantan di kawasan tersebut tidak boleh mengahwini lembu yang telah dipermanikan dan menyebabkan keguguran berlaku..Setelah tiga minggu penternak-penternak perlu mengesan sekali lagi pusingan berahi lembu tersebut. Ini adalah kerana kemungkinan lembu yang disuntik tersebut datang berahi lagi maksudnya kat sini permanian berhadas tersebut tidak berjaya. Seekor lembu akan mengawan semula diantara 17 hingga 24 hari selepas suntikan dilakukan jika sekiranya suntikan tersebut tidak berhasil. Sekiranya seekor lembu tidak menunjukkan tanda-tanda mengawan antara 60 hingga 90 hari ( 3 bulan) lembu itu dianggap bunting.
22
23
24
www.risda.gov.my/html/.../AKP.2008.20.pdf -
cikguagrofarm.blogspot.com/.../baka-baka-lembu-.
rimaudegil.blogspot.com/.../veterinar-ruminan-bes...
25