Upload
oja-abdullah-oja
View
295
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Keperluan Khas Dalam Pendidikan
Matematik
Keberkesanan Kemahiran Mengajar
Keperluan Khas
Pengajaran Kreatif dan Efektif Keperluan Khas
Strategi Pembelajaran Keperluan Khas
Aktiviti Pengayaan
Aktiviti Pemulihan
Jenis Ketidakupayaan Pembelajaran
Disleksia
Dispraksia
Diskalkulia
Disfasia
1.0 KEPERLUAN KHAS DALAM MATEMATIK
2.0 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Kanak – kanak berkeperluan khas merupakan kanak – kanak yang mempunyai perbezaan
kognitif, sosial, emosi, fizikal dan rohani dalam kalangan kanak-kanak di dalam sebuah bilik
darjah . Selain daripada pengaruh baka dan persekitaran, kanak-kanak berkembang pada
tahap dan kadar yang berbeza.
Murid-murid mungkin berbeza daripada rakan-rakannya yang lain dari segi kemampuan
mereka menyelesaikan masalah, kebolehan berbincang dan bergaul dengan rakan,
mengawal perasaan atau menjalani kegiatan fizikal.
Ramai orang yang beranggapan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas adalah terdiri
daripada mereka yang mempunyai kecacatan fizikal seperti terencat akal, cacat anggota,
pekak , bisu dan buta.
Tidak ramai yang mengetahui bahawa kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran
adalah sebahagian daripada mereka yang dikategorikan sebagai OKU di bawah masalah
pembelajaran.
2.1 Ciri – Ciri Kanak-kanak Berkeperluan Khas
Kanak-kanak ini menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak
biasa, misalnya keupayaan kognitif, fizikal yang terhad, kesukaran berinteraksi dan
berkomunikasi sesama rakan.
Kanak-kanak ini mungkin menghadapi masalah tertentu seperti masalah fizikal masalah
penglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah pembelajaran, dan terencat
akal. Malahan murid-murid pintar cerdas juga dikategorikan sebagai kanak-kanak
berkeperluan khas
3.0 AKTIVITI PENGAYAAN
Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang memberi peluang kepada
murid-murid mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta
serta bakat kepimpinan mereka.
Sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar.
Selepas mereka telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran
asas tertentu
3.2 Cadangan Pengajaran dan Pembelajaran Kreatif dan Efektif
Permainan, Projek mini, Penggunaan ICT, P&P di luar bilik darjah / Lawatan,
Taman Matematik.
Memberikan pelajar tugasan kumpulan berkolaborasi contohnya projek mini.
Penggunaan ICT, contohnya perisian Excel dalam pengajaran topik pengendalian
data.
3.1 Objektif Aktiviti Pengayaan
Menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa
untuk memperluaskan pengalaman dan pengetahuan murid-murid.
Menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk
meningkatkan pencapaian murid-murid.
Menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat murid-
murid.
Menyemai sifat berdikari dan minat belajar dalam aktiviti pembelajaran
3.3 Penggunaan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Contoh 1:
Topik : Bentuk dua matra
Lego (Permainan / P&P Kretif – 3D)
Tangram (Permainan / P&P Kretif – 2D)
Papan geo (Bahan manipulatif P&P – 2D)
Model geometri (Bahan manipulatif P&P – 3D)
Contoh 2:
Topik : Penambahan nombor bulat Tahun 1
Abakus (Permainan / P&P Kreatif)
sudoku (Permainan / P&P Kreatif tetapi untuk
nombor bulat sahaja, bukan penambahan)
Cuisenaire rods (Bahan manipulatif P&P)
Coloured-beads (Bahan manipulatif P&P)
Penggunaan Bahan Manipulatif dan Cadangan Aktiviti
Contoh 3:
Jenis Contoh Aktiviti
Permainan Ular dan tangga
Domino
Cantuman nombor dengan bilangan benda
Aktiviti jual beli
Teka-teki Meneka
nombor
waktu
operasi
bentuk
dan lain-lain
Projek melukis corak dan pola berdasarkan bentuk
geometri
membina objek daripada bentuk-bentuk
geometri yang diberi
3.4 Strategi Pelaksanaan Aktiviti Pengayaaan
Aktiviti pengayaan untuk semua murid melalui kumpulan mengikut kebolehan.
Aktiviti kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan dengan kumpulan
menjalankan aktiviti pemulihan.
Aktiviti pengayaan untuk semua melalui kumpulan pelbagai kebolehan.
4.0 KONSEP PEMULIHAN
Pemulihan boleh diertikan sebagai sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan
atau membetulkan sesuatu yang tidak betul.
“Koh (1982) menyatakan pendidikan pemulihan adalah terbatas dan lebih khusus sifatnya
kerana bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran.”
“Sampson (1975), pendidikan merupakan tindakan-tindakan khusus yang diambil untuk
mengatasi keperluan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran.”
“Ee (1998) pula menyatakan bahawa pendidikan pemulihan merupakan suatu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang disediakan untuk menolong pelajar-pelajar yang
menghadapi masalah pembelajaran dalam menguasai sesuatu kemahiran dengan
pendekatan, bahan- bahan pengajaran serta aktiviti yang alternatif.”
4.1 Aktiviti Pemulihan
Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti pengajaran yang berusaha menolong murid-
murid untuk mengatasi masalah pembelajaran.
Dilaksanakan kepada kumpulan murid yang tidak dapat memberi tumpuan kepada
matapelajaran yang sedang diajar atau yang sebelumnya.
Aktiviti pemulihan juga perlu diberi kepada murid-murid yang sering melakukan
kesilapan (khususnya dalam proses mengira).
Program pemulihan matematik harus dijalankan secepat mungkin sebaik sahaja murid-murid dikesan mempunyai masalah tertentu dalam pembelajaran matematik
diberikan kepada murid-murid yang bermasalah di dalam kemahiran-kemahiran matematik tertentu
Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan dan pengalaman murid
Aktiviti harus dikembangkan daripada yang mudah kepadadan daripada konkrit kepada abstrak
kaedah mengajar yang sesuai supaya murid-murid dapat mengikuti pembelajaran matematik dengan lebih mudah
pelbagai jenis latihan yang mudah dan menarik untuk menolong murid-murid tersebut memperkukuhkan konsep dan kemahiran matematik
4.2 Prinsip Pemulihan dan Tujuan Pelaksanaannya
Membantu murid mengatasi masalah salah tanggapan (miskonsepsi)
murid-murid membina konsep matematik asas dan menguasai kemahiran supaya tidak ketinggalan daripada murid-murid lain
dapat menggunakan kemahiran asas untuk menyelesaikan masalah matematik dan seterusnya membina keyakinan diri
Membetulkan konsep dan kemahiran matematik yang salah dipelajari
peluang kepada murid-murid mempelajari matematik mengikut kadar kebolehan sendiri.
4.3 Tujuan Pemulihan dalam Matematik
Mengenal pasti murid-murid yang bermasalah
Mengenalpasti kaedah dan teknik yang sesuai yang dijangkakan dapat menghasilkan pengajaran pemulihan yang berkesan
Membuat analisis masalah pembelajaran
Membuat perancangan dan menjalankan pengajaran
Penilaian terhadap konsep dan penguasaan kemahiran.
4.4 Pendekatan Pemulihan Matematik
Ujian SaringanUjian ini boleh dilakukan secara tidak formal dengan bersoal jawab lisan, pemerhatian aktiviti pembelajaran serta meneliti latihan daripada buku latihan pelajar. Ujian Saringan bertujuan mengesan dan mendapat maklumat murid yang perlu mengikuti program pemulihan.
Ujian DiagnostikUjian Diagnostik diberikan setelah selesai Ujian Saringan dilakukan. Ujian ini menguji semua kemahiran asas dalam sesuatu topik ataupun sesuatu unit pelajaran matematikApabila kelemahan telah dikenal pasti perancangan aktiviti pemulihan kepada pelajar yang tercicir kemahiran boleh dilakukan supaya mereka berpeluang untuk mempelajari matematik mengikut kadar kebolehan mereka
4.5 Mengenalpasti Murid yang Bermasalah Dalam Matematik
Pengajaran secara individu
Pengajaran Secara Kumpulan Kecil dan Keseluruhan Kelas
Projek Pelajar
Permainan dan Teka-teki Matematik
Bimbingan rakan sebaya
4.6 Strategi-strategi Pengajaran Pemulihan
Menggunakan kad berwarna
Aktiviti mengingat / latih tubi ingatan ketika berjalan atau sedang membuat latihan
Menggunakan carta alir atau gambarajah
Menggunakan kad imbasan
Menggunakan kertas graf
Membuat simulasi
Menjalankan aktiviti ‘hands-on’
4.7 Contoh Aktiviti Pemulihan
MURID – MURID BEKEPERLUAN KHAS DI MALAYSIA
Sememangnya menjadi hasrat ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka berjaya dalam
pelajaran supaya dapat menjadi orang yang berkelayakan dan berjaya apabila dewasa
kelak. Bagaimanapun, memang menjadi satu hakikat di mana kurang daripada lima peratus
sahaja kanak-kanak yang didaftarkan di sekolah-sekolah biasa akan berjaya memasuki
institusi-institusi pengajian tinggi. Ini menimbulkan perasaan persaingan di kalangan para
penuntut.
Selain daripada kecacatan akal ada banyak lagi masalah yang boleh menyebabkan
seseorang kanak-kanak itu tidak maju dalam pelajarannya di sekolah walaupun minat untuk
bersekolah tetap ada. Masalah-masalah ini boleh disenaraikan seperti berikut:
1 ) Masalah kekurangan pendengaran dan / atau penglihatan.
2 ) Perkembangan yang lambat.
3 ) Masalah bahasa dan pertuturan.
4 ) Kekekokan (clumsiness).
5 ) Kekurangan tumpuan perhatian terhadap pelajaran.
6 ) Masalah kelakuan.
7 ) Gangguan kesihatan jasmani.
KEKURANGAN PENDENGARAN DAN / ATAU PENGLIHATAN
Kanak-kanak yang pekak lazimnya tidak boleh bertutur dengan jelas walaupun dia boleh
memahami percakapan orang lain sama dengan cara bacaan bibir atau cara-cara lain. Oleh
kerana pendengaran merupakan deria yang paling mustahak untuk pembelajaran, kanak-
kanak yang pekak akan ke belakang di dalam kelasnya. Kanak-kanak ini memerlukan cara
pengajaran yang khas.
Kanak-kanak yang kurang jelas penglihatannya akan kurang mampu menangkap maklumat
yang ditulis di papan hitam. Jika dia tidak menyatakan masalah kepada guru dan gurunya
pun tidak mengetahui, keadaan ini akan berterusan sehingga akan menjejaskan
pembelajarannya.
Kebanyakkan daripada kanak-kanak ini boleh dan mesti dipulihkan dengan memberi kaca
mata yang sesuai.
PERKEMBANGAN YANG LAMBAT
Ada pula kanak-kanak yang menempuhi proses perkembangan mental yang lambat tanpa
apa-apa kecacatan jasmani. Walaupun umurnya sudah enam tahuin umpamanya,
pengalaman dan pemikirannya mungkin seperti kanak-kanak yang berumur lima tahun.
Kanak-kanak ini perlu diberi galakkan dan bimbingan yang sewajarnya untuk membolehkan
perkembangan kognitifnya berterusan. Walaupun ada baiknya jika pendaftaran persekolahan
dilambatkan ini selalunya tidak dapat dilakukan pada masa kini. kanak-kanak seperti ini
bukanlah mengalami kecacatan akal dan jika tidak dikenalpasti dan diberi bimbingan yang
sewajarnya mungkin ada menyerap konsep diri yang tidak sihat. Kanak-kanak ini akan
mendapat manfaat jika dirancang.
MASALAH BAHASA DAN PERTUTURAN
Kefahaman bahasa serta pertuturan adalah mustahak bagi seseorang itu berinteraksi
dengan orang lain. Jika seseorang itu tidak boleh memahami bahasa atau mengunakan
bahasa kerana sesuatu gangguan pada urat sarafnya, ini akan menjejaskan
pembelajarannya. Keadaan ini tidak selalu berlaku tetapi perlu dikenal pasti supaya dapat
diberi cara pemulihan yang sesuai untuknya.
KEKEKOKAN (CLUMSINESS)
Kanak-kanak yang mengalami masalah ini kadangkala mempunyai tahap pemikiran yang
sederhana atau lebih baik daripada biasa. Tetapi kesukarannya untuk menulis atau
membuat aktiviti yang memerlukan kemahiran seperti melukis selalu mengakibatkan dia
dianggap sebagai kanak - kanak cacat akal. Kanak-kanak ini mungkin selalu menunjukkan
kebolehannya dalam aktiviti yang lain seperti bermain catur, berbahas atau membaca yang
tidak memerlukan kemahiran tangan. Kanak-kanak seperti ini perlu dikenalpasti kebolehan
serta kelemahannya supaya satu kurikulum pembelajaran yang khas dapat dirancangkan
untuknya. Kelemahannya untuk menulis mungkin boleh diatasi dengan cara berlatih selalu.
Aktiviti sehari-harian seperti mengikat tali kasut boleh diajar dengan menunjukkan setiap
gerak geri tangan sehingga selesai tali kasut diikat. Ada lebih mendatangkan manfaat bagi
kanak-kanak ini mengunakan pita rakaman atau menaip kerana kekekokan tangannya
menghalangnya daripada menulis dengan sempurna.
KEKURANGAN TUMPUAN PERHATIAN
Kanak-kanak yang begini selalu dipanggil ´Hyperactive´ dalam bahasa Inggeris. Selalunya
tidak ada gangguan yang jelas terdapat dari peperiksaan klinikal.
Kebolehan menumpukan perhatian kepada sesuatu kerja adalah perlu untuk seseorang
kanak-kanak itu menerima arahan dan pengajaran dari guru-guru atau ibu bapanya. Kanak-
kanak ini tidak boleh maju dalam pembelajaran oleh sebab dia tidak dapat menarik perhatian
penuh.
Sebaliknya, dia mungkin membawa kesulitan kepada guru dan murid-murid lain kerana dia
tidak boleh duduk di kerusinya dengan lama. Kanak-kanak seperti ini perlu diberi pemulihan
khas yang dipanggil ´behavioural modification´ untuk menambahkan tempoh tumpuan
perhatiannya sebelum dia dapat menerima pengajaran dengan berkesan.
MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS
Keadaan ini selalu dipanggil ´dyslexia´ dalam bahasa Inggeris. Ini dapat dikenali sebagai
satu keadaan di mana kanak-kanak yang tidak mengalami kecacatan akal atau kurang minat
mengalami kesukaran sama ada membaca, menulis atau mengira.
Keadaan ini selalu tidak dikenali dan ini menyebabkan kanak-kanak ini meneruskan
persekolahan mereka tampa mendapat bimbingann yang sesuai. Akibatnya timbul perasaan
konsep diri yang negetif atau kelakuan yang mungkin menimbulkan masalah disiplin di
sekolah. Kanak-kanak yang mendapati sukar membaca memerlukan orang untuk membaca
kepadanya atau diajar melalui rakaman pita. Masalah pembelajaran khusus ini memang
sudah lama dikenali tetapi hanya sedikit sahaja bilangan kanak-kanak yang berjaya
dikenalpasti dan diberi kurikulum pembelajaran khas oleh kerana kekurangan pakar-pakar
dalam bidang Psikologi Pembelajaran.
MASALAH KELAKUAN
Keadaan ini boleh berlaku akibat daripada masalah kekurangan pendengaran, masalah
pembelajaran khusus atau kekekokan. Oleh itu keadaan-keadaan seperti ini mestilah
dikenalpasti dan langkah diambil untuk mengatasinya. Kadangkala kelakuan yang ganjil itu
tidak dapat dikesan puncanya dengan jelas.
Kanak-kanak yang telah menempuh pengalaman yang pahit dan menakutkan mungkin suka
mengasingkan diri , tidak suka bergaul atau selalu bercakap seorang diri. Berikut adalah
riwayat seorang kanak-kanak yang mengalami gangguan kelakuan.
"... Azim yang berumur lima tahun mempunyai kebolehan seakan akan kanak-kanak yang
berumur tiga tahun. Dia selalu menolak kanak-kanak lain dan tidak mengindahkan sesiapa
disekelilinganya. Azim boleh bertutur sedikit jika berada dalam kumpulan kanak-kanak lain
dia memerlukan banyak perhatian daripadanya, tetapi ibunya sendiri mendapat sangat sukar
hendak mendisplinkannya. Dia tidak boleh menumpukan perhatian kepada sesuatu dengan
lamanya. Azim asyik suka bergolek-golek di atas lantai serta bercakap-cakap seorang diri..."
Keadaan ini perlu dirawat dengan cara yang khas sambil memberi peluang untuk kanak -
kanak ini meneruskan perkembangan sosial, emosi, kognitif dan bahasanya.
GANGGUAN KESIHATAN JASMANI
Seseorang kanak-kanak yang tidak sihat sudah tentulah tidak akan menumpukan perhatian
yang cukup kepada pelajarannya disekolah. Kanak-kanak yang pucat mungkin sering
merasa mengantuk di kelas. Kanak-kanak yang menghidap penyakit sawan mungkin
menerima ubat yang menjejaskan tumpuan perhatiannya. Jika keadaan ini berterusan dan
tindakan yang berkesan tidak diambil, kanak-kanak ini akan kebelakangan dalam
pelajarannya.
KESIMPULAN
Semua keadaan yang dinyatakan ini mesti difikirkan jika seseorang kanak-kanak itu
mengalami masalah pembelajaran di sekolah. Ibu bapa haruslah bekerjasama dengan guru
serta doktor untuk memastikan yang anak mereka dapat mencapai potensi dengan seberapa
daya. Keadaan seperti masalah pembelajaran khusus dan kekekokan memerlukan galakan
serta perasaan timbang rasa daripada guru-guru dan diberi kurikulum khas. Ramai kanak-
kanak seperti ini akan tidak dapat dikenalpasti di sekolah kerana kekurangan para
profesional yang boleh membuat penilaian menyeluruh ke atas kanak-kanak ini serta
merancangkan sesuatu kurikulum yang khas bagi mereka.
JENIS-JENIS PROGRAM PEMULIHAN KHAS
Program Pemulihan Khas Program pemulihan khas ini adalah untuk murid-murid yang
memerlukan pemulihan dalam subjek-subjek atau kemahiran-kemahiran tertentu. Pemulihan
khas ialah satu jenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak mereka yang menghadapi
masalah pembelajaran iaitu kegagalan belajar yang tidak dapat ditentukan faktornya
termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-masing. Glosari Pengajian Melayu:
“Satu rancangan khas bagi membantu dan memulih murid-murid yang menghadapi masalah
atau kesukaran pembelajaran yang dikenal pasti oleh guru. Semasa melaksanakan program
ini, muird-murid diasingkan daripada kelas biasa dan ditempatkan di dalam kelas khas
bersama-sama dengan murid yang menghadapi masalah yang sama daripada kelas-kelas
lain.“ Matlamat pengajaran di program pemulihan kelas khasmat adalah untuk :
menguasai kemahiran asas 3 M,
Meneruskanpembelajaran di kelas biasa,
Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran
Program ini meliputi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan murid-murid
yang ketinggalan / lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan dibawa keluar (wthdrawl
system) dari kelas dan dimasukkan ke bilik yang disediakan khas untuk pengajaran dan
pembelajaran pendidikan pemulihan Pemulihan kelas khas dilaksanakan di sekolah rendah
objektifnya ialah untuk "Menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya tidak menjadi
kronik dan berterusan hingga ketahap 2 sekolah rendah dan ke peringkat sekolah
menengah. Perbezaan minat, bakat, pengalaman dan gaya belajar individu murid
mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau “terkebelakang“ menguasai sesuatu
kemahiran berbanding rakan sebayanya.
Cara mengadakan kelas pemulihan khas
i. Sekolah-sekolahyang mempunyai dua (2) kelas atau lebih bagi sesuatu darjah, murid-murid
untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid
pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja. Walau bagaimanapun
jumlah murid dalam satu sesi pemulihan hendaklah tidak melebihi 15 orang,
ii. Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid untuk kelas
pemulihan bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi
15 orang,
iii. Sekiranyamurid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu
kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang. Pemilihan mana-mana
satu alternatif hendaklah tertakluk kepada perundingan diantara Guru Kelas Khas Pemulihan
dengan guru besar dan guru-guru asas.
Sistem Penarikan Keluar (withdrawal System)
Melalui sistem ini murid yang dikenal pasti akan ke kelas pemulihan pada waktu tertentu
untuk subjek Bahasa Melayu atau Matematik atau kedua-duanya sekali. Selepas belajar di
kelas khas pemulihan mereka akan pulang semula ke kelas masing-masing untuk mengikuti
pengajaran di kelas biasa.
• Sebagai contoh, Murid A merupakan murid pemulihan. Murid A akan belajar
seperti biasa di dalam kelas perdana tetapi apabila tiba waktu mata pelajaran
Bahasa Melayu dan Matematik, murid A ini akan ke kelas pemulihan khas untuk
mengikuti pembelajaran pada waktu itu. Setelah tamat waktu berkenaan, murid
A akan kembali ke kelas perdana dan meneruskan pembelajaran subjek lain.
Program pendidikan pemulihan dalam kelas KBSR
Program pendidikan pemulihan dalam kelas KBSR adalah di bawah tanggung jawab guru
mata pelajaran KBSR. Guru mata pelajaran akan menilai pencapaian murid pada setiap sesi
pengjaran dan pembelajaran. Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut guru
membuat analisis terhadap pencapaian murid dan seterusnya menentukan adakah terdapat
murid yang gagal menguasai kemahiran yang diajar. Sekiranya terdapat murid yang gagal
menguasai kemahiran yang telah diajar, maka guru mata pelajaran tersebut perlu
melaksanakan pendidikan pemulihan dalam darjah dengan segera agar murid tersebut tidak
ketinggalan dan jika dibiarkan, kemungkinan murid akan mengumpul kemahiran-kemahiran
yang gagal dkuasainya. Program pendidikan pemulihan yang dilaksanakan oleh guru mata
pelajaran ini lebih berfokus kepada kegagalan murid menguasai kemahiran yang diajar pada
waktu tersebut. Program pemulihan dalam kelas KBSR ini menggunakan sukatan mata
pelajaran KBSR. Kegagalan berterusan murid yang telah mengikuti program pemulihan
dalam kelas KBSR ini membantu guru mata pelajaran untuk mencalonkan murid tersebut
agar dapat dibantu dengan lebih khusus dalam program pendidikan pemulihan khas.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan KBSR pada tahun 1983.
Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan
dengan memberi fokus kepada 3M dan murid-murid yang tidak dapat menguasainya akan
dibantu melalui Program Pemulihan. Menurut Buku Panduan Am KBSR yang dikeluarkan
oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa
pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk
murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai kemahiran
asas membaca, menulis dan mengira atau 3M. Pengajaran dan pembelajaran pada tahap 1
(tahun 1-3) akan membolehkan guru-guru mengenalpasti murid-murid yang mempunyai
masalah penguasaan 3M. Di dalam KBSR, terdapat beberapa jenis program pemulihan yang
dijalankan seperti KIA2M, PROTIM, LINUS, selain daripada aktiviti pemulihan dalam kelas.
Program Literasi dan Numerasi (LINUS)
Program Literasi dan Numerasi (LINUS) akan mula dilaksanakan mulai 2010 hingga 2012 di
seluruh negara. Program LINUS yang bertujuan memastikan semua murid Tahun 1 pada
2010 dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis (literasi) dan mengira (numerasi)
selepas tahun 2012, iaitu berada di Tahun 4. Pelaksanaan program LINUS ini merupakan
sebahagian daripada NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia yang disasarkan menjelang
tahun 2012. Sehubungan itu, semua guru Tahun 1 yang mengajar Bahasa Melayu dan
Matematik diwajibkan mengikuti kursus pengajaran dan pembelajaran modul LINUS mulai
tahun 2010. Kursus tersebut yang dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Guru, KPM akan
dilaksanakan di seluruh negara mengikut zon negeri masing-masing.
LINUS mensasarkan 100% murid tahun 3 menguasai kemahiran literasi dan numerasi
sebelum ke tahun 4 mulai tahun 2013 kecuali murid berkeperluan khas.
Kelas Intervensi Awal 2M (KIA2M)
Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) merupakan satu program
yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran asas iaitu
membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Pada masa yang sama program ini adalah
bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis
dalam Bahasa Melayu pada tahun satu. Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka
yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini
bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang
hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid
menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. KIA2M ini akan dijalankan
spenuh masa oleh guru Bahasa Melayu tahun satu. Oleh itu konsep pengajaran Bahasa
Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi
penggabung jalinan. Subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan
Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu.
Secara keseluruhannya program ini dijalankan selama 3 atau 6 bulan. Masa yang dijalankan
merupakan pilihan yang dibuat oleh sekolah. Selain itu juga semua murid tahun satu akan
mengikuti ujian penapisan. Ujian ini merupakan ujian yang terpenting bagi mengetahui
murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran membaca dan menulis
dalam Bahasa Melayu. Murid yang lulus akan meneruskan kelas biasa manakala murid yang
gagal, mereka akan ditempatkan dalam program ini. Oleh itu strategi pengajaran dan
pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu
murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh.
PROTIM
PROTIM adalah perkataan singkat bagi Program Pemulihan Tiga M (membaca, menulis,
mengira) . PROTIM adalah sebahagian daripada sejarah hidup program pemulihan. PROTIM
mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan pemulihan. Pelaksanaan PROTIM
bermula pada awal tahun dan dilaksanakan oleh guru matapelajaran Bahasa Melayu dan
Matematik untuk murid tahun 4- 6. Murid yang mengikuti PROTIM akan dibekalkan dengan
satu modul yang diedarkan oleh Kementerian Pelajaran kepada setiap sekolah.. PROTIM
bagi Tahun 6 pula dijalankan selepas murid-murid selesai menduduki peperiksaan UPSR.
Murid yang terlibat adalah mereka yang gagal praujian UPSR. Sekiranya murid gagal dalam
ujian bahasa melayu, maka murid ini akan mengikuti PROTIM Bahasa Melayu yang
dikhususkan kepada murid yang mengalami kesulitan dalam menguasai kemahiran asas
membaca dan menulis. Sebelum PROTIM diperkenalkan, Guru Pemulihan
bertanggungjawab sepenuhnya mengajar murid yang bermasalah 3M. Pelaksanaan
PROTIM bermula pada awal tahun dan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Matematik. Murid yang mengikuti PROTIM akan dibekalkan dengan satu modul
yang diedarkan oleh Kementerian Pelajaran kepada setiap sekolah. Untuk mengetahui
sejauh mana pencapaian murid, satu ujian hendaklah dijalankan.Soalan disediakn bersama
modul yang disertakan bersama surat pelakasanaan PROTIM. Murid yang gagal mendapat
keputusan 90% dan ke atas hendaklah mengikuti PROTIM.
Kelas Inklusif/ Integrasi pendidikan pemulihan
Kelas Inklusif/Integrasi adalah dikenali sebagai pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan
khas dilaksanakan dalam persekitaran yang tidak menghalangkan mereka untuk
berkembang. Ini bermaksud tidak ada pengasingan sama ada dalam bentuk sekolah atau
kelas dalam pelaksanaan pendidikan khas. Kanak-kanak berkeperluan khas boleh belajar di
dalam sekolah awam biasa dan di dalam kelas kanak-kanak biasa. Peraturan Pendidikan
1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid berkeperluan khas untuk diinklusifkan
dalam kelas biasa. Peraturan (2) menyebut, PI bermaksud: “…satu program pendidikan
inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas
biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa. Telah dimasukkan dalam Sasaran Kerja
Utama (SKU) Kementerian Pendidikan pada tahun 2000 iaitu: “6.1 mengintegrasikan pelajar
yang mempunyai keperluan khas di sekolah biasa.” Dalam program integrasi atau inklusif
murid khas atau pemulihan khas dapat dipastikan
mendapat pendidikan dalam persekitaran yang paling minimum halangannya (Least
Restricted Environment).
Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu
belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa dan tidak
rasa terpinggir. Ini bermakna murid yang mengalamai masalah pembelajaran dan dalam
konteks ini adalah murid pemulihan tidak perlu diasingkan. Mereka boleh belajar di dalam
kelas biasa dan guru pemulihan bertindak sebagai guru reso atau sumber. Murid pemulihan
boleh merujuk kepada guru pemulihan sekiranya mereka menghadapi kesulitan semasa
belajar di dalam kelas. Keberkesanan program ini bergantung kepada kerjasama antara guru
kelas dan guru pemulihan, khusunya ketika merancang pengajaran dan menyelesaikan
bersama jika ada masalah yang timbul. Terdapat dua jenis Pendidikan Inklusif.
Separa Inklusif
Inklusif Sepenuh Masa
Separa Inklusif
Dalam kelas ini murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu
sahaja. Waktu selebihnya murid mengikuti program di kelas khas. Guru Pendidikan
Pemulihan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping. Murid yang mengikuti
program ini dikehendaki mengambil ujian mata pelajaran terlibat sama dengan murid biasa.
Inklusif Sepenuh Masa
Bagi murid mengikuti inklusif sepenuh masa, mereka mengambil semua mata pelajaran di
kelas biasa seperti murid biasa. Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan
daripada guru Pendidikan Pemulihan Khas (guru pendamping) sekiranya terdapat sebarang
masalah sama ada dari segi pembelajaran atau tingkah laku. Pelajar pemulihan / pendidikan
khas yang layak dari segi pencapaian akademik boleh diberi peluang untuk mengambil
peperiksaan UPSR/PMR/SPM dsb.
Program Kelas Bercantum
Program ini merupakan kelas yang diwujudkan kerana bilangan murid dalam tahun
persekolahan adalah kurang daripada 15 orang dan bilangan ini tidak mencukupi untuk
membentuk sebuah kelas biasa. Ini biasa diamalkan di Sekolah Kurang Murid yang biasanya
didapati di sekolah-sekolah di kawasan terpencil dan pedalaman, terutamanya di Sabah dan
Sarawak.
• Kelas ini diwujudkan dengan mencantumkan dua atau tiga kumpulan murid yang terdiri
daripada tahun persekolahan yang berbeza di dalam satu kelas. Sesebuah kelas bercantum
mungkin mengandungi murid-murid daripada dua atau tiga tahun persekolahan ( iaitu Tahun
1 dan Tahun 2 atau Tahun 1, 2 dan 3 ).
• Seorang guru akan dikehendaki mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan secara
serentak. Sebagai contoh, sebuah kelas yang mencantumkan murid-murid Tahun 1 dan 2
adalah dalam lingkungan tujuh hingga lapan tahun.
• Percantuman murid-murid mengikut umur yang hampir sama dilakukan bagi memudahkan
guru melaksanakan proses pengajaran dan pelajaran di dalam kelas bercantum.