Upload
mattnoox
View
132
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
dfghjghfgbdfsdsfdgbfhngfynghcedfxhbdfxgdfxgbfyhgjhtghjyrfgg
Citation preview
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
08000, SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JUN 2014
NAMA : MUHAMMAD AZAKI BIN MAMAT
NO. KAD PENGENALAN :(950108-03-5037)
KEE YEAN ZHONG
(940820-07-5383)
MUHAMAD NUH BIN KASMURI
(830628-01-6095)
KUMPULAN/ UNIT : PISMP AMBILAN JUN 2014 / P1A
KOD KURSUS / NAMA KURSUS :WAJ 3012 / TAMADUN ISLAM DAN
TAMADUN ASIA
NAMA PENSYARAH :TUAN HAJI ISMAIL BIN HAJI ABDUL
RAHMAN
TAHUN PENGAJIAN : SEMESTER 1 / 2014
TARIKH SERAHAN : 31 OGOS 2014
2
1.0 Pengenalan
Kursus WAJ 3012 merupakan satu kursus yang mengkaji tentang tamadun Islam dan
tamadun Asia. Dalam tugasan ini, kami perlu menghasilkan satu sumber rujukan digital
berasaskan sebuah esei tentang latar belakang salah satu daripada tamadun-tamadun
besar yang mempengaruhi pembangunan dan perkembangan tamadun Malaysia. Selain
itu, kami juga perlu menghasilkan sebuah esei tentang analisis factor-faktor yang
mempengaruhi kejayaan pembangunan dan perkembangan tamadun Malaysia yang mapan
hasil daripada interaksi antara tamadun-tamadun utama.
Untuk kedua-dua tugasan berkumpulan ini, kami telah memilih tamadun Islam
sebagai tamadun pilihan kami dan semua hasil kajian kami telah disertakan dalam tugasan
ini. Selain daripada tugasan berkumpulan di atas, kami juga perlu merumuskan refleksi
yang bermakna untuk menganalisis pengalaman yang dilalui dan pengetahuan baharu yang
dicapai sepanjang menghasilkan tugasan ini.
3
2.0 Latar belakang tamadun Islam
4
3.0 Faktor faktor yang mempengaruhi kejayaan pembangunan dan
perkembangan tamadun Malaysia yang mapan hasil daripada interaksi
dengan tamadun Islam
Tanggungjawab berdakwah oleh umat islam tidaklah terhad atau menjurus kepada mana-mana
etnik, kelompok masyarakat mahupun kawasan geografinya. Oleh sebab islam juga merupakan
ad-din yang bersifat universal maka dakwahnya juga adalah bersifat universal atau sejagat.
Umat Islam juga amat yakin dengan sifat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sebagai
rahmat untuk seluruh alam. Berdasarkan keyakinan inilah orang-orang Arab peda peringkat
permulaan Islam bukan sahaja berlumba-lumba berdakwah di sekitar Semenanjung Tanah Arab,
Parsi dan Rom bahkan di seluruh pelosok dunia termasuklah ke Nusantara.
Orang Arab zaman dahulu telah memegang teraju perdagangan laut antara Mesir dan
Iran (Parsi) serta antara India dan asia tenggara. Kenyataan ini turut dibuktikan daripada
catatan-catatan China purba kala, bahawa orang-orang Arab dan Parsi telah memiliki pusat-
pusat perniagaan dan tempat tinggal di Conton, negeri China pada tahun 300 M.
Kedatangan Islam ke alam Melayu oleh saudagar Arab ini menurut teori-teori sejarah
berlaku dalam abad ke 7 M, malah hubungan ini telah lama wujud melalui aktiviti-aktiviti
perdagangan sejak sebelum kelahiran agama Islam di tanah Arab lagi. Para saudagar dan ahli
sufi yang datang bersama-sama saudagar itu memahami bahawa dakwah islamiah menjadi
kewajipan setiap individu muslim dan mesti dilaksanakan di mana-mana sahaja mereka berada.
Syed Naquib Al-Attas menyetujui teori Islam datang dari Arab kerana dari pemerhatiannya,
masyarakat Melayu begitu fasih menyebut serta membaca Al-Quran dan kebanyakan perkataan
Melayu serta tulisan jawi yang diambil daripada perkataan Arab. Begitu juga gaya bahasa serta
bentuk dan susunan ayat-ayat di dalam kitab-kitab agama yang dikarang dalam bahasa Melayu
banyak dipengaruhi oleh bahasa Arab. Di samping itu, pengaruh Arab juga dapat dikesan dalam
adat resam dan kebudayaan orang Melayu. Hasil daripada dakwah islam yang dijalankan di
alam Melayu telah memberikan perubahan menyeluruh dalam kehidupan masyarakat Melayu
yang selama ini berpegang kuat dengan ajaran Hindu, Buddha atau Animisme. Kesan atau
pengaruh khusus dalam Islam ini boleh dilihat dalam beberapa aspek yang berikut.
5
3.1 Pengaruh Islam ke atas kehidupan beragama
Kedatangan Islam ke alam Melayu telah membawa banyak perubahan sebagaimana yang
disebut oleh Syed Naquib (1972) sebagai, mencetuskan suatu zaman baharu. Perubahan yang
dibawa merupakan perubahan yang menyeluruh berteraskan paradigm tauhid. Impak tauhid ini
menyebabkan berlakunya perubahan terhadap rupa dan jiwa alam Melayu ini. (Syed naquib Al-
Attas, 1972:20). Ledakan tauhid itu telah meninggalkan zaman kehidupan hinduisme dan
buddhisme yang tiba pada abad ke-4 dan abad ke-5, di mana pemerintah-pemerintah dan ajaran
Islam itu telah diterima melalui jenis-jenis aktiviti pendidikan yang imformal. (Azhar Mat Aros et.
al, 2000:304).
Pertukaran kepada Islam juga berlaku tanpa mengganggu masyarakat yang ada
sehingga akhirnya menjadikan orang Melayu di alam Melayu beragama Islam. Tauhid juga
membuahkan kehidupan beribadah, menghiasi akhlak yang bernilai tasawuf, serta mencetus
perubahan-perubahan lain dalam bidang politik, perundangan, persuratan dan sebagainya.
Menurut Dr. Siddiq Fadil (1986), perkembangan dan kemantapan Islam di rantau ini tidak
dihasilkan dengan usaha sambil lewa para pedagang dan tidak juga semata-mata kerana sikap
pak turut orang-orang Melayu tetapi berkat usaha gigih dan bijaksana pendakwah atau para
daie yang terdiri daripada kalangan pedagang, mubaligh, ulama, kaum sufi dan bala tentera.
3.2 Pengaruh Islam ke atas politik masyarakat Melayu
Menurut sejarah, kerajaan Melaka telah menyediakan tapak yang subur bagi perkembangan
Islam di tanah Melayu. Bukti-bukti sejarah memperlihatkan kepada kita besar kemungkinan
Islam bertapak di tanah Melayu seawal kurun ke-15 M seperti yang disokong oleh sejarawan
Barat. Apa yang menarik ialah data-data yang diperoleh menunjukkan Islam telah lama bertapak
khususnya di Kelantan, Terengganu dan Kedah sebelum terbentuknya kerajaan Melaka lagi.
Keagungan Melaka mula terserlah apabila ia mengamalkan dasar luar yang pragmatik iaitu dasar
berbaik-baik dengan kuasa besar asing pada ketika itu seperti Siam, Majapahit dan China.
Dasar ini membantu menstabilkan politik Melaka serta memberi peluang kepada perkembangan
ekonomi dan pentadbirannya.
Suasana yang baik ini juga mendorong Melaka untuk menumpukan sepenuh perhatian
terhadap perkembangan Islam sama ada di dalam ataupun di luar negeri. Antara punca utama
perkembangan yang menggalakkan ini ialah sokongan dan penglibatan secara total dari pihak
istana. Dikatakan juga bahawa usaha dakwah islamiah yang begitu kuat dan berpengaruh ini
6
telah menjadi punca kepada keruntuhan kerajaan Majapahit di Jawa. Dengan kata lain, Jawa
dibangunkan atas keruntuhan Majapahit dan menjadi negeri kedua menerima pengaruh Islam
selepas daripada Melaka (Abdullah 1990:30). Selain daripada itu, kesan-kesan pengaruh Islam
terhadap politik masyarakat Melayu boleh dilihat di dalam aspek-aspek berikut :
3.2.1 Wujudnya falsafah politik Islam
Falsafah politik Islam menegaskan bahawa kekuasaan dan pemerintahan ialah hak dan milik
mutlak Allah SWT dan dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mengambil
kembali dari sesiapa yang diingini-Nya. Pangkat dan kedudukan seseorang merupakan
perhiasan hidup (zinat al- hayah), pemberian Allah SWT untuk menguji ketaatan dan kesetiaan
hamba-hamba-Nya. Jawatan dan kekuasaan boleh membawa kemuliaan kepada diri seseorang
dan pada masa yang sama dapat memberikan kehinaan.
3.2.2 Konsep pemerintahan dan pentadbiran dalam Islam
Pemerintah dan pemimpin atau Ulil al-Amr ialah khalifah AllahSWT di bumi yang diamanahkan
oleh Allah SWT untuk memerintah dan memimpin rakyat, mentadbir alam dan mengurus sumber
tabie.tolong-menolong, bekerjasama dan bersatu padu ialah unsur-unsur yang perlu supaya
kebajikan rakyat dapat dipenuhi. Pemerintahan dan pentadbiran berlunaskan konsep imamah
(menghayati ciri-ciri kepimpinan iman dalam mengetuai sembahyang jemaah) manakala kuasa
merupakan amanah Allah SWT kepada manusia yang perlu digunakan secara betul sejajar
dengan kehendak yang dituntut oleh syariah.
Kedua-dua aspek yang terkandung didalam politik Islam itu jelas berlainan daripada
prinsip politik yang diamalkan semasa zaman Hindu Buddha, di mana raja dianggap pemimpin
yang menyamai kedudukan dewa dan memiliki kuasa yang mutlak ke atas rakyatnya.
Penghormatan yang kadang kala bersifat penyembahan kepada manusia amat bertentangan
dengan apa yang diajarkan oleh Islam. Selaras dengan itu juga maka gelaran untuk pemerintah
turut berubah daripada penggunaan istilah raja yang terbit daripada pengaruh bahasa Hindu-
Tamil kepada istilah sultan. Justeru itu, kuasa sultan juga berubah sesuai dengan prinsip-
prinsip pemerintahan Islam, iaitu sebagai pemegang amanah sahaja dan tugas itu akan
dipertanggungjawabkan oleh penciptanya di akhirat kelak.
Islam sekali gus berjaya mempengaruhi sifat dan watak pemerintah atau sultan yang
bertakhta di Alam Melayu. Antaranya ialah sultan-sultan muncul sebagai dorongan yang
7
meminati ilmu. Hal ini berlaku kepada sultan-sultan terkenal seperti Sultan Malik Al-Zahir
(Sumatera Pasai), Sultan Mansur Syah (Melaka) dan Sultan Mahkota Alam (Acheh). Ramai
sultan Melayu yang mengamalkan tasawuf dan berdamping dengan guru-guru tasawuf seperti
Sultan Muhammad Yusuf al-Khalidi Al Naqsha bandiyah (Riau), Sultan Musa Muazzam Shah
dan Sultan Abdul Aziz Jalil Rahmat (Langkat). (Siddiq Fadil 1986:7)
3.2.3 Perubahan dalam adat resam Melayu
Adat resam merupakan amalan tradisi dan turun temurun sesebuah masyarakat. Hakikatnya
wujud terlalu banyak adat resam dalam kalangan masyarakat Melayu yang bercampur baur atau
berasimilasi dengan budaya yang sekian lama bertapak di dalam masyarakat iaitu Hindu Buddha.
Walaupun Islam mempunyai pengaruh yang cukup kuat ke atas sub-sub kehidupan masyarakat
di alam Melayu, namun faktor-faktor seperti menganggap amalan lama bertentangan dengan
ajaran Islam juga sifat fanatik golongan tua menyebabkan sebahagian dari budaya dan adat
resam itu terus diamalkan sehingga zaman moden ini.
Menurut Amran (1995), kini hanya segelintir masyarakat Melayu yang mengamalkan adat
melenggang perut semasa hamil bulan ketujuh anak yang pertama. Fenomena ini berpunca
daripada kemajuan yang pesat di negara ini termasuk perkhidmatan kesihatan terutama di
kawasan luar bandar. Secara tidak langsung mereka akan terkepas daripada pelbagai pantang
larang. Biasanya hanya segelintir daripdaa masyarakat Melayu kini yang masih mengamalkan
adat resam tradisi dan pantang larang khususnya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.
Hal ini disebabkan kawasan ini mempunyai bidan tradisional yang pawing yang masih kuat
pengaruh ataupun mereka tinggal di kawasan yang masih mengamalkan cara hidup tradisional
dengan ketat. Namun, dalam pada itu, terdapat adat-adat tertentu yang masih diamalkan oleh
masyarakat Melayu sama ada golongan bandar atau luar bandar.
Hasil kajian juga mendapati majlis perkahwinan Melayu banyak mengandungi ritual Hindu
seperti adat berinai, berandam dan bersanding. Menurutnya sesetengah ibu bapa sanggup
berbelanja lebih daripada keupayaan kewangan mereka, dan memperoleh pinjaman dari kedai-
kedai tertentu demi melansungkan majlis perkahwinan secara besar-besaran. Walaupun
generasi muda hari ini menyedari keperluan sebenar perkahwinan cuba mengelakkan diri
daripada terlibat dalam adat dan kebiasaanya tidak perlu, tetapi ibu bapa pula menolak idea-idea
ini kerana bagi mereka perkahwinan tanpa berinai, bersanding di atas pelamin, merenjis tepung
tawar dan beberapa upacara lain dianggap tidak lengkap dan tidak sempurna.
8
3.3 Pengaruh Islam dalam kesusasteraan Melayu
Pengaruh Islam dalam kesusteraan Melayu tidak boleh dikesampingkan kerana Islam bukan
sahaja membawa agama ke kepulauan Melayu tetapi ia juga membentuk suatu peradaban
baharu khususnya dalam aspek kesusasteraan yang menggantikan peradaban Hindu-Buddha,
dan pengaruh tersebut berkekalan sehingga ke hari ini. Kedatangan Islam ke kepulauan Melayu
telah disebut dalam buku-buku Melayu yang bercorak sejarah seperti Hikayat Raja Pasai,
Sejarah Melayu dan Hikat Merong Mahawangsa
Islam datang bersama-sama dengan bentuk tulisan yang tersendiri iaitu tulisan Arab yang
diguna pakai dalam al-Quran dan kemudiannya mendapat nama tulisan Jawi apabila tiba ke
alam Melayu. Melalui abjad Arab atau tulisan Jawi inilah, bahasa Melayu mendapat kedudukan
bahasa sastera yang popular. Melalui tulisan Jawi, kesusasteraan Melayu mula berkembang
terutamanya dalam ajaran-ajaran tentang hukum hakam dan cara beribadat serta maklumat
tentang tokoh-tokoh besar dalam sejarah Islam. Kemudian karya-karya ini disadurkan ke dalam
bahasa Melayu dan mendapat bahasa yang rasmi dalam alam Melayu. Batu-batu bersurat yang
dijumpai juga ditulis dalam tulisan jawi yang mengandungi beberapa perintah supaya semua raja
dan orang-orang besar yakin dan berpegang teguh kepada agama Islam dan ajaran Rasulullah
SAW.
Di samping itu, agama Islam turut mendedahkan masyarakat kepulauan Melayu dengan
bidang keilmuan yang luas di mana beribu-ribu kalimah Arab dimasukkan ke dalam bahasa
Melayu. Perkataan-perkataan ini bersangkutan dengan perkara-perkara yang penting iaitu
agama, ilmu, fikiran dan adat-adat Islam serta nada juga mengenai hal-hal baik serta jahat,
senang serta susah dan berbagai-bagai perkara lain yang berhubung dengan manusia. Mereka
muncul sebagai pusat perhimpunan sasterawan dan pusat penyebaran agama Islam kerana di
situ terdapat saudagar-saudagar dari India, Timur tengah dan lain-lain. Banyak hasil terjemahan
dan sastera Islam yang menempa sejarah pembaharuannya di sekitar Melaka. Perkembangan
sastera melayu yang berpengaruh Islam mencapai kemuncaknya pada zaman kegemilangan
kerajaan Acheh, terutamanya semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1606-
1636 M).
Acheh merupakan tempat tumpuan ahli-ahli agama serta mendapat galakan dan
sokongan padu daripada raja-rajanya. Dari sini munculnya sasterawan-sasterawan yang
terkenal seperti Hamzah Fansuri dan Shamsudin al- Sumatrani dengan pandangan mereka
mengenai tasawuf dan syairnya yang bercorak agama. Terdapat juga ahli agama yang
9
konservatif seperti Sheikh Nuruddin al- Raniri yang berjaya mempengaruhi Sultan Acheh
Iskandar Thani serta pengarang dari Singkel iaitu Abdul Rauf Singkel. Pada abad ini juga,
terhasilnya buku-buku penting dalam sejarah seperti Sejarah Melayu, Bustan al- Salatin, Taj al-
Salatin selain dari syair dan kitab-kitab agama Hamzah Fansuri dan yang seangkatan dengannya
(Abdullah 1990 :138)
3.4 Peranan dan pengaruh tamadun Islam dalam Perlembagaan Malaysia
Kedatangan Islam ke Malaysia telah banyak mencorak kehidupan masyarakat serantau.
Salah satu kesannya kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang bermasyarakat majmuk
adalah pada teras undang-undang, iaitu perlembagaan Malaysia itu sendiri. Kenyataan
pengaruh Islam terhadap Malaysia jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,
Bahagian 1, Perkara 3 mengenai ugama bagi persekutuan.
Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Perkara 3(1)
10
Perkara tersebut bermaksud agama Islam ialah agama rasmi persekutuan, tetapi
pada masa yang sama, sifat Islam yang mulia membentuk perlembagaan dan negara
Malaysia supaya mengizinkan hak-hak orang bukan Islam untuk mengamalkan agama
masing-masing. Peruntukan ini bukan sahaja mengakui agama Islam sebagai agama yang
agong, tetapi juga memberi ruang dan kebebasan kepada rakyat berbilang kaum untuk
mengamalkan agama masing-masing di negara ini.
Selain daripada penetapan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan,
terdapat juga peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang telah menyatakan
bahawa Yang Di-Pertuan Agong merupakan Ketua Agama di Malaysia dan kerajaan
haruslah mengadakan peraturan mengenai hal ehwal agama Islam dan menubuhkan
sebuah majlis untuk memberi nasihat kepada Yang Di-Pertuan Agong mengenai perkara-
perkara yang berhubung kait dengan agama Islam.
Walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang Di-Pertuan Agong
hendaklah menjai Ketua Agama Islam dalam Wilayah-wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh
dengan undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi menubuhkan
suatu Majlis untuk menasihatkan Yang Di-Pertuan Agong mengenai perkara-
perkara berhubung dengan agama Islam. Perkara 3(5) Perlembagaan
Persekutuan
Tiap-tiap kumpulan ugama adalah berhak menubuh dan menyenggara
institusi-institusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam ugama itu sendiri, dan
tidaklah boleh ada pembezaan semata-mata oleh sebab ugama dalam mana-
mana undang-undang berkaiatan dengan institusi-institusi itu atau dalam
pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi
Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-
institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran
dalam ugama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang
perlu bagi maksud itu. Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan
Dengan peruntukan-peruntukan Perkara 3 dan Perkara 12 dalam Perlembagaan
Persekutuan Malaysia, boleh disimpulkan bahawa dasar agama Islam merupakan agama
rasmi persekutuan. Dengan itu, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mempunyai
kuasa untuk menyelenggara dan menubuhkan kemudahan dan institusi Islam. Contohnya
penubuhan institusi Islam seperti penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
11
dan pembinaan surau-surau dan masjid-masjid di seluruh negara untuk kemudahan rakyat
melaksanakan aktiviti keagaamaan. Selain daripada itu, pihak kerajaan negeri mahupun
kerajaan persekutuan juga mempunyai hak istimewa untuk mengeluarkan perbelanjaan bagi
tujuan membantu dan melaksanakan pengajaran agama Islam. Contohnya penubuhan
sekolah agama, PERKIM dan sebagainya.
3.5 Peranan dan pengaruh Islam terhadap pendidikan di Malaysia
Kedatangan Islam ke Malaysia telah membawa impak yang amat besar kepada
pendidikan di negara ini. Pengaruh Islam bukan sahaja boleh dilihat pada institusi
pendidikan dan strukturnya seperti madrasah, sekolah agama, universiti teras Islam dan
sebagainya di negara ini, malah juga boleh dilihat dari segi aspek ilmu yang diajar seperti
ilmu syariah yang meliputi bidang seperti usuluddin, fiqah dan tasawuf, serta guru-guru dan
murid-murid yang menuntut ilmu agama Islam, di mana guru-guru pada zaman kedatangan
Islam di tanah Melayu kebanyakan terdiri daripada bangsa Arab, Turki, India dan
sebagainya manakala murid-murid yang menuntut pula meliputi segenap lapisan
masyarakat, dari raja-raja sehingga ke rakyat jelata. Berkat perkembangan pesat dan
pengaruh mendalam agama Islam dari segi pendidikan di tanah Melayu, maka lahirlah
ulama berbangsa Melayu seperti Nuruddin al-Raniri dengan kitabnya Hidayah al-Iman dan
Sirat al-Mustaqim.
Sistem pendidikan Islam di Malaysia merangkumi pendidikan formal dan pendidikan
tidak formal. Pendidikan formal merupakan pendidikan yang didapati dari institusi
pendidikan agama seperti sekolah, surau, madrasah dan sebagainya. Sistem pendidikan
formal berasaskan bidang pengajian Islam sepeti fiqah, tafsir, sejarah Islam, tauhid dan
akhlak manakala pendidikan tidak formal pula merupakan pengajaran yang berlaku secara
12
langsung dalam kehidupan seharian seseorang muslim tersebut. Pendidikan jenis tidak
formal ini merangkumi cara berfikir, amal, kercergasan muslim dalam bidang ekonomi dan
sebagainya. Pendidikan tidak formal biasanya diberi secara lisan dan diwarisi turun
temurun.
Empat pencapaian awal bidang pendidikan Islam di Malaysia adalah seperti yang
berikut:
3.5.1 Kelahiran naskhah-naskhah Melayu
Naskhah-naskhah tersebut dicetak dalam tulisan Arab, iaitu bahasa al-Quran. Naskhah-
naskhah tersebut bukan sahaja merangkumi bidang agama Islam, tetapi juga meliputi
bidang pemerintahan, ilmu falak, kemasyarakatan dan sebagainya.
3.5.2 Kewujudan Intitusi Pendidikan Agama Islam
13
Selaras dengan peruntukan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan,
kerajaan Malaysia telah mengambil langkah untuk menubuhkan institutsi pendidikan agama
Islam yang bertujuan membangunkan umat Islam di Malaysia serta memberi peluang
kepada setiap lapisan masyarakat untuk melihat luasnya bidang pengajian Islam dan
pendidikan yang boleh didapati berteraskan Islam. Institusi pendidikan agama termasuklah
istana, surau, masjid, madrasah, sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi Islam, pusat-pusat
latihan dakwah, Institut Kemahiran Islam Malaysia, pembiayaan kerajaan untuk kelas-kelas
fardhu ain dan sebagainya. Kewujudan institusi pendidikan agama Islam di negara ini yang
bagai cendawan tumbuh merupakan simbolik kepada kekuatan dan kedalaman pengaruh
Islam terhadap pendidikan di negara ini.
3.5.3 Kecenderungan sultan menguasai pendidikan Islam
Pasa asalnya, pendidikan agama Islam diberikan kepada sultan-sultan dan kerabat diraja di
istana. Pengaruh Islam telah mendorong sultan untuk mengarahkan ulama-ulama Melayu
dan ulama asing untuk bekerjasama menterjemahkan al-Quran kepada bahasa Melayu.
Usaha ini adalah untuk menerangkan lagi isi kandungan kitab suci tersebut serta
memudahkan masyarakat Malaysia untuk merujuk al-Quran untuk setiap urusan dan
permasalahan.
14
3.5.4 Kemunculan golongan intelektual
Penyebaran luas agama Islam serta falsafah agama di serantau Melayu dan Malaysia
khasnya telah berjaya melahirkan golongan intelektual yang terdiri daripada bangsa Melayu
sendiri. Hal ini disebabkan pengajaran agama Islam itu sendiri yang syumul dan mudah,
masyarakat Melayu lebih mudah menerima didikan agama Islam dan oleh sebab ciri-ciri unik
agama Islam sendiri, telah mendorong masyarakat Melayu untuk berusaha sehingga
lahirnya golongan intelektual tanah air sendiri dan golongan intelektual inilah yang menjadi
tunjang kepada kemerdekaan dan pembangunan negara. Pendidikan dan ajaran Islam juga
telah menjadi rujukan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, malah di
sekolah, tiada had dan paksaan bahawa hanya pelajar Islam sahaja yang boleh mempelajari
ilmu tersebut. Maka tidak hairanlah apabila ada masyarakat bukan Islam yang mahir selok
belok undang-undang Islam di Malaysia serta cara hidup orang Islam di Malaysia. Oleh
sebab pengaruh dan peranan Islam dalam sistem pendidikan Malaysia, masyarakat majmuk
di Malaysia hidup dalam suasana yang harmoni atas persefahaman yang tinggi.
15
3.6 Peranan dan pengaruh Islam dalam kebudayaan Malaysia
Kebudayaan sesuatu masyarakat terdiri daripada beberapa aspek seperti: kesenian, adat
istiadat, cara hidup dan juga nilai-nilai asas masyarakat tersebut. Begitu juga apabila
menilai peranan dan pengaruh Islam dalam kebudayaan Malaysia, adalah lebih baik dinilai
dari semua segi dan aspek kebudayaan.
3.6.1 Kesenian
Pengaruh Islam terhadap aspek kesenian dan budaya Malaysia dapat dilihat pada
perkembangan kaligrafi, pembinaan masjid, makam dan batu nisan. Contohnya batu nisan
terawal yang mempunyai nilai Islam ialah batu nisan Syeikh Abd al-Qadir bertarikh 903 di
Kedah. Masjid di Malaysia pula mempunyai ciri-ciri Islamiah yang tidak ternilai keunikan
serta kehalusan seni binaan Islam. Contohnya seperti mihrab, mimbar dan juga hiasan
setiap sudut dalam masjid yang dihias dengan seni kaligrafi Islam yang dipetik daripada
ayat-ayat suci al-Quran. Kedatangan Islam di Malaysia juga telah mencorakkan kesenian
negara ini dan menggabungkan kesenian bangsa-bangsa di Malaysia. Contohnya seperti
pembinaan Masjid Kampung Hulu di Melaka yang senibina uniknya terbina dari gabungan
kesenian Islam dan seni bina Cina.
16
3.6.2 Adat Istiadat
Kedatangan Islam di Malaysia telah melengkapkan adat istiadat Malaysia yang memang
kaya dengan intisari peradaban. Malah Islam itu sendiri telah membentuk teras bagi identity
/ status Melayu. Jika dirujuk kepada perlembagaan Malaysia, seseorang warga Negara
Melayu ialah orang yang berbahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan
beragama Islam. Agama Islam yang mencintakan kedamaian dan keharmonian juga
membolehkan bangsa-bangsa lain di negara ini untuk mengamalkan adat istiadat masing-
masing tanpa merisaukan dikenakan tindakan atau hukuman. Selain daripada itu, pengaruh
Islam juga boleh dilihat dari segi adat dan cara perkahwinan orang-orang Islam di Malaysia,
kaum Melayu khasnya. Sebelum kedatangan Islam, orang-orang Melayu lebih
mengamalkan cara dan adat Hindu, iaitu agama terawal yang telah diperkenalkan kepada
rantau Melayu. Contoh budaya Hindu yang diamalkan seperti upacara menepung tawar
pengantin pada kenduri kahwin. Penyerapan agama Islam telah mengubah kebanyakan
orang Melayu di Malaysia dari segi adat perkahwinan, dan ramai yang sedar tentang
kebertentangan adat menepung tawar dengan ajaran Islam, maka meninggalkan adat
tersebut.
17
3.6.3 Cara Hidup
Cara hidup masyarakat Malaysia sebelum menerima pengaruh dan penyerapan nilai Islam,
kebanyakannya berasaskan kepada budaya asas ideologi penjajah. Contohnya seperti
perbezaan kelas sosial dalam masyarakat. Setelah kedatangan Islam, yang membawa nilai
akidah yang tinggi, tembok kelas sosial dapat diruntuhkan dan masyarakat berbilang kaum
dan kedudukan boleh berkumpul bersama. Islam telah memperkenalkan sistem khilafah
yang adil dan bersistematik, di mana sistem ini berkonsepkan keadilan tanpa mengira
kedudukan dan pangkat. Antara kesannya boleh dilihat melalui perlantikan perwakilan
Legislature (Perundangan) di Malaysia yang mengamalkan kebebasan dan hak
pengundi.Setiap undian dikira dengan adil dan saksama dan rakyat diberi hak untuk memilih
pemimpin masing-masing.
3.6.4 Nilai-Nilai Asas Masyarakat
Islam mempengaruhi nilai dan asas kehidupan segenap masyarakat di Malaysia. Antaranya
ialah penerapan nilai-nilai keimanan yang dapat memperkukuhkan akhlak rakyat dalam
Malaysia. Contohnya seperti ketakwaan dan keimanan kepada Allah swt., hormat dan taat
kepada pemimpin, patuh kepada undang-undang, bermuafakat, meraikan tetamu, hormati
orang yang lebih tua dan sebagainya. Sebelum kedatangan Islam, rakyat kebanyakannya
hidup isolated iaitu terasing. Masing-masing mengamalkan cara hidup hasil teladan
daripada asas adat dan budaya masing-masing. Namun, kedatangan Islam telah berjaya
menyatu padukan rakyat dan penerapan nilai-nilai Islam dapat dihayati oleh semua warga
Malaysia.
18
3.7 Peranan dan pengaruh Islam dalam sistem bahasa di Malaysia
Sebelum kedatangan Islam di Malaysia, bahasa dominan di tanah Melayu adalah bahasa
Jawab dan Melayu Kuno manakala bahasa Sanskrit pula telah dijadikan sebagai bahasa
ilmu. Setelah kedatangan Islam di Malaysia, bahasa Arab telah dijadikan sebagai bahasa
perantara manakala bahasa-bahasa Arab juga diadaptasi dan digunakan bersama-sama
dengan penggunaan bahasa Melayu di Malaysia. Contohnya seperti nama hari iaitu Ahad,
Isnin, Selasa, Rabu, Jumaat dan sebagainya. Nama-nama benda juga banyak diadaptasi
dari bahasa Arab, seperti kitab, surat dan sebagainya. Bahasa-bahasa ini bukan sahaja
digunakan oleh umat Islam di Malaysia sahaja, malah telah dijadikan sebahagian daripada
bahasa rasmi Negara, iaitu bahasa Melayu yang ditutur oleh setiap lapisan masyarakat.
3.7.1 Sistem kekeluargaan
Kedatangan Islam telah memantapkan lagi sistem kekeluargaan masyarakat Melayu.
Dalam masyarakat Melayu, pembentukan jati diri dan peribadi Melayu yang beragama,
berakhlak dan berbudi menjadi keutamaan. Keluarga sebagai agen sosialisasi utama dalam
masyarakat untuk menjalankan tanggungjawab ini dan turut dibantu untuk komuniti yang
melaksanakan kawalan serta tekanan sosial. Tujuan utamanya ialah mendidik dan
mengajar supaya seseorang anak itu akan menjadi anggota masyarakat yang baik.
Sistem kekeluargaan masyarakat Melayu berteraskan Islam dan adat. Sejak lahir
lagi seseorang itu dididik berteraskan Islam dan adat sehinggalah mereka dewasa.
Contohnya sebaik sahaja seseorang itu dilahirkan, bapa atau datuk akan mengazankan bayi
lelaki, atau mengikamatkan bayi perempuan. Tujuannya ialah untuk memperdengarkan
buat pertama kalinya kepada bayi itu seruan azan dan kalimah syahadah dan meniupkan
roh dan semangat Islam kepada bayi tersebut.
19
Proses sosialisasi pada tahap kanak-kanak juga memperlihatkan penerapan unsur-
unsur Islam yang berterusan. Seseorang kanak-kanak sejak kecil lagi diajar konsep-konsep
dosa, pahala, haram dan sebagainya. Setelah meningkat umur lima tahun ke atas kanak-
kanak juga'diajar bersembahyang, berpuasa dan lain-lain. Selain itu, mereka juga diajar
supaya hormat-menghormati, bertolak ansur dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam
menjalani kehidupan seharian.
Kedatangan Islam ke Melaka telah merubah sistem kekeluargaan dalam masyarakat
Melayu. Dalam sistem perkahwinan, didapati hukum syarak mempunyai pengaruh yang
besar malah ianya dicatat di dalam Hukum Kanun Melaka. Contohnya perkara-perkara
yang berkaitan dengan syarat pernikahan, yang menetapkan adanya wali bagi pengantin
perempuan dinyatakan dalam FasaI 25.1, hadirnya saksi Fasal 26, upacara ijab dan kabul
Fasal 25.2, kontrak perkahwinan Fasal 27, talak Fasal 28.1, dan wanita-wanita yang boleh
dikahwini Fasal 28.2.
Islam menyusun institusi kekeluargaan dengan meletakkan pembentukan keluarga
sebagai asas kepada kehidupan. Ini digambarkan di dalam surah al-Tahrim (66) ayat 61
yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu
daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,
penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak
menderhaka kepada Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada
mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
Perkahwinan merupakan suatu mekanisme pemeliharaan maruah dan
pengembangan zuriat dan keturunan. Ibu bapa berperanan penting dalam pembentukan
institusi keluarga. Ajaran Islam telah menggariskan peranan ibu bapa dalam menjaga dan
mendidik anak-anak dengan didikan Islam. Selain memberikan perhatian dan kasih sayang
anak-anak hendaklah dididik dengan ajaran agama seperti bersembahyang, berpuasa,
menghormati orang tua dan sebagainya.
Kedatangan Islam juga telah menyusun institusi kekeluargaan masyarakat Melayu
dengan lebih teratur.Islam telah menentukan garis panduan dalam membina keluarga
berasaskan ajaran Islam. Contohnya dalam pemilihan jodoh, tanggungjawab suami,
tanggungjawab isteri dan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa. Selain itu, pelbagai
20
adat dan budaya Islam perlu dihayati oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak seperti
meletakkan nama yang baik kepada anak mereka, mengadakan akikah, menyusukan anak
selringga berumur dua tahun, mendidik anak-anak supaya menjadi manusia yang beriman,
bertaqwa, berakhlak mulia dan menghormati kedua ibu bapa mereka.
3.8 Pengaruh Islam dalam bidang kesenian
Dalam bidang kesenian, pengaruh Islam dapat dikesan pada binaan-binaan, masjid-masjid dan
perhiasan seerti seni khat, batu-batu nisan dan sebagainya. Masjid-masjid awal di nusantara
banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur seni bina kuil, candi, kebudayaan setempat dan penjajah.
Salah satu contoh ialah di Banten yang dipengaruhi oleh seni bina penjajah Belanda. Setiap
masjid di nusantara ini melambangkan menifestasi seni bina Islam yang berkembang dengan
perkembangan kebudayaan tamadun Islam. Masjid merupakan insitusi utama agama islam.
Terdapat banyak aktiviti dilakukan di dalamnya. Sikap dedikasi dan ketekunan dalam membina
masjid dan pengaruh seni dekorasi, seni hias kulit, seni khat tamadun Islam melakukan struktur
seni bina masjid di nusantara
Wilayahwilayah atau bangsa baharu yang memeluk islam membawa bersamanya
pengalaman serta teknik seni bina daripada tamaduntamadun sebelum islam. Ciri-ciri khasnya
sendiri seperti bentuk kubah atau menara tempat azan dilaungkan. Ilham tentang ayat al-Quran
mengenai taman syurga memberikan ideaidea baharu dalam membina taman taman rekreasi
begitu juga dengan seni bina kota. Kotakota dibina dengan lebih terancang dan dengan
kemudahan infrastruktur yang lengkap. Walaupun nusantara mempunyai banyak kesenian yang
tersendiri tetapi pengaruh Islam tetap ada dalam penyerapannya. Sebagai contoh, dapat dilihat
pada makam atau batu nisan, masjid dan perhiasan-perhiasannya.
Batu nisan umpamanya, merupakan karya seni Islam yang pertama sekali masuk ke
kepulauan masyarakat Melayu. Contohnya yang pernah ditemui ialah batu nisan Syeikh Abdul
al-Qadir Husain Alam bertarikh 903 masihi yang dijumpai di Linggir Kedah. Pada permukaan
makam-makam yang dijumpai ini, terdapat tulisan yang dipahat daripada ayat al-Quran serta
ajaran Islam yang menekankan tentang hukum dan tasawuf.Misalnya pada prasasti di Pekan,
Pahang. Tertulis ayat al-Quran dengan gaya khat thuluth daripada surah Ali Imran ayat 185,
Surah Yunus ayat 62 serta nasihat bercorak kesufian. Dari segi coraknya, batu nisan tersebut di
samping menerima pengaruh asing, juga memancarkan daya kreativiti penduduk tempatan.
21
Contohnya, batu nisan Maulana Malik Ibrahim yang dibawa dari Gunung Jeram mempunyai
bentuk seperti kepala terbalik yang menunjukkan adanya pengaruh Parsi.
Selain batu nisan, masjid merupakan karya seni Islam yang terpenting di nusantara. Dari
segi coraknya, masjid-masjid yang menunjukkan corak dari abad 14 hingga abad 18, masih
berbentuk tradisional. Misalnya pengaruh tradisi ini dapat dilihat di negara Indonesia di mana
bentuknya yang tersusun sebagai lanjutan daripada seni Bali yang disebut 'Meru'. Terdapat juga
pengaruh masyarakat tradisi pada bentuk perhiasannya. Contohnya pola-pola yang menjadi
perhiasan yang berasal dari zaman pra-Islam seperti daun-daunan, bunga teratai, bukit-bukit
karang, pemandangan dan garis-garis geometri.
Walaupun masih terdapat unsur bercorak haiwan tetapi dibuat dalam bentuk yang samar.
Di samping itu, terdapat juga perkembangan kaligrafi atau seni khat Islam. Hal ini dapat dilihat
pada makam, masjid dan sebagainya. Contohnya masjid mempunyai ukiran khat pada mihra,
mimbar, bingkai atau lengkung tiang dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa seni ini juga
dipengaruhi oleh unsur pra-Islam yang telah lama bertapak dalam masyarakat yang kaya dengan
ilmu-ilmu kesenian dari turun temurun.
Selain itu juga, seni lukis juga dapat dilihat dalam pengaruh Islan di Malaysia. Seni lukis
ini biasanya berkait rapat dengan seni ukir. Seni lukis tamadun Islam memperlihatkan kehalusan
bentuk dan kecemerlangan warna. Objek lukisan yang menghiasi kulit atau halaman Al-quran
dan kitab kitab penting dengan unsur-unsur alam seperti dedaun, bunga dan lain-lain.
Seni pakaian juga banyak melahirkan pakaian kebudayaan yang berkonsepkan ajaran
Islam. Selain menutup aurat, pakaian ini juga melambangkan keperibadian sesuatu bangsa.
Pakaian ini dijadikan pakaian rasmi mereka seharian. Dengan itu nilai seni suatu bangsa tidak
hilang ditelan zaman. Selain tu juga, seni pameran juga tidak boleh dinafikan sebagai salah satu
saluran seni. Hal ini disebabkan terdapat sepotong hadis yang menerangkan bahawa :
Pada suatu pesta,Rasulullah s.a.w. mengizinkan orang-orang Habshah
melakukan pameran dengan tombak dan perisai di masjid
Di nusantara yang kaya dengan pelbagai budaya menjadikan ia mempunyai banyak
peluang untuk menggunakan saluran ini sebagai salah satu jalan perkembangan agama Islam.
Masjid-masjid di nusantara banyak dihiasi dengan seni khat yang digabungkan dengan ukiran-
ukiran yang berkonsepkan alam mati. Alam mati ialah unsur-unsur alam seperti tumbuhan dan
geometrik. Selain itu, seni lukis yang digabungkan dengan seni khat digunakankan dalam
22
membesarkan Allah dan menyanjung Rasulullah s.a.w juga berkembang ketika itu.ayat ayat Al-
Quran ditulis dengan seni kaligrafi juga menghiasi istana-istana di nusantara.
Mihrab dan mimbar diukir dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis dengan khat
berbagai bentuk. Dari mihrab dan mimbar seni khat ini berkembang meluas ke dinding dinding
bahkan ke kubah di masjid-masjid di nusantara. Selain daripada ayat al-Quran dan Hadis syair
dan kata hikmah. Dari masjid seni khat ini menjalar ke istana, gedung, tempat umum, barang
perhiasan, perabot, dan lain-lain.
23
4.0 Rumusan
Islam memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat dan tamadun
Melayu. Proses penyerapan Islam ini berlaku secara berperingkat-peringkat dalam
kalangan masyarakat Melayu yang bermula daripada golongan istana, pembesar
sehinggalah kepada rakyat biasa. Proses Islamisasi ini menjadikan masyarakat
Melayu akhirnya dapat menerima ajaran Islam dengan baik. Hal ini disebabkan
keistimewaan ajaran Islam yang sederhana dan tiada paksaan.
Kedatangan Islam bukan sahaja mengubah pegangan hidup masyarakat
Melayu, malah telah membentuk cara hidup baharu dalam amalan seharian
masyarakat. Amalan-amalan Islam yang berunsur tahyul dan khurafat telah
ditinggalkan secara beransur-ansur oleh masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu
juga telah berubah daripada masyarakat yang buta huruf kepada masyarakat yang
mengamalkan tradisi keilmuan. Contohnya galakan daripada golongan pemerintah
telah menjadikan Melaka suatu ketika dulu sebagai pusat pembudayaan ilmu.
Dengan berlakunya penyebaran agama Islam ini, agama Islam dijadikan
sebagai teras dalam pembinaan tradisi budaya Melayu. Orang-orang Melayu yang
menganut agama Islam menyedari dan memahami nilai-nilai yang telah ditetapkan
oleh Islam dan berusaha menyesuaikan warisan tradisi budaya dan kehendak-
kehendak Islam. Mereka menekankan usaha memupuk nilai-nilai Islam
sebagaimana yang dikehendaki dari satu generasi kepada generasi seterusnya.
Malah, institusi-institusi sosial dan agama dalam masyarakat memainkan peranan
penting dalam usaha memupuk dan mempertahankan nilai-nilai sosial dan agama
yang mereka bina.
24
5.0 Refleksi
25
Muhammad Azaki bin Mamat 950108-03-5037 P1A
Tugasan ini berkaitan dengan Tamadun Islam dan Asia (WAJ 3012). Setelah
mendapat tugasan ini, langkah pertama yang saya lakukan ialah mencari maklumat dari
pelbagai sumber contohnya dari bahan bercetak iaitu buku-buku di perpustakaan.Bahan
yang perlu dicari ialah maklumat umum berkaitan tamadun Islam, faktor-faktor yang
mempengaruhi perkembangan tamadun Islam di Malaysia dan pencapaiannya dalam usaha
bagi menyiapkan tugasan ini.Masalah yang dihadapi ketika mencari maklumat ini ialah buku
yang berkaitan pendekatan struktural amat terhad di perpustakaan dan tidak dapat dipinjam
kerana sudah kehabisan. Oleh itu, saya terpaksa memuat turun maklumat tersebut melalui
laman sesawang yang boleh diperolehi dari laman web yang boleh dipercayai akan
kesahihannya.
Selain itu, masalah yang dihadapi ketika menyiapkan tugasan ini ialah masalah
untuk menguraikan tajuk tersebut secara terperinci. Hal ini kerana tajuk tugasan yang
diberikan terlalu luas dan saya menjadi keluru untuk membuat tugasan ini berdasarkan
kehendak soalan . Saya agak lemah dalam menghuraikan serta mengolah ayat kerana ini
merupakan kelemahan pengetahuan saya dalam bidang ini. Saya juga mengalami
kesukaraan untuk menyiapkan tugasan soalan 1 kerana terdapat beberapa masalah yang
tidak dapat dielakkan . Hal ini menyebabkan saya terpaksa mengambil masa yang lama
untuk menyiapkan bahagian soalan 1 ini bagi memenuhi kriteria tugasan. Langkah lain
yang saya lakukan untuk mencari maklumat ialah dengan mengakses internet. Maklumat
yang saya perolehi dari Internet membantu sedikit sebanyak dalam menyiapkan tugasan
ini.Tetapi saya tetap mempunyai masalah kerana perkhidmatan Internet selalu terganggu
dan bukan semua maklumat dari Internet adalah benar.
Saya bersyukur kerana berjaya menyiapkan tugasan kumpulan ini pada
akhirnya.Saya berjaya menyiapkan tugasan ini melalui penerangan yang sangat jelas oleh
pensyarah semasa mengedarkan kertas tugasan dan saya juga berjaya mengumpul banyak
maklumat dari pelbagai sumber.Setelah menyiapkan tugasan ini, saya telah mendapat
banyak ilmu mengenai perkembangan tamadun Islam secara terpeinci di Malaysia.
26
Kee Yean Zhong 940820-07-5383 P1A
Tugasan ini telah diberikan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Abdul Rahman pada 1 Julai
2014 yang lalu. Tugasan ini merupakan satu tugasan berkumpulan. Terdapat tiga ahli
dalam kumpulan ini iaitu saya, Muhammad Azaki bin Mamat dan Muhammad Nuh bin
Kasmuri. Dalam tempoh masa yang diberikan, kami telah mencari maklumat yang berkaitan
dalam laman sesawang. Selain itu, bagi memperbanyakkan bahan rujukan dalam tugasan,
kami juga pergi ke perpustakaan Sultanah Haminah untuk mencari maklumat. Melalui
kedua-dua sumber ini, kami telah mendapat banyak maklumat yang berkaitan dengan tajuk
tugasan ini.
Dalam pelaksanaan tugasan ini, kami perlu menghasilkan satu sumber rujukan
digital berasaskan sebuah esei tentang latar belakang salah satu daripada tamadun-
tamadun besar yang mempengaruhi pembangunan dan perkembangan tamadun Malaysia.
Untuk soalan ini, kami telah memilih tamadun Islam sebagai tamadun pilihan kami. Hal ini
disebabkan maklumat tentang tamadun Islam banyak didapati dalam laman sesawang.
Namun, kami tetap menghadapi cabaran dalam pelaksanaan tugasan ini. Hal ini
disebabkan kami tidak mempunyai pengalaman dalam penghasilan sumber rujukan digital.
Walau bagaimanapun, kami telah berjaya menghadapi cabaran ini dengan semangat
kecekalan yang tinggi.
Selain itu, kami juga menghadapi cabaran dalam menganalisis faktor-faktor yang
mempengaruhi kejayaan pembangunan dan perkembangan tamadun Malaysia. Hal ini
disebabkan kami tidak dapat memahami tentang kehendak soalan yang sebenar. Oleh itu,
hal ini telah menjadi satu cabaran dalam pelaksanaan tugasan ini. Dalam hal ini, kami telah
meminta tunjuk ajar daripada kawan-kawan sekelas dan akhirnya kami berjaya mengatasi
masalah ini dengan bantuan yang diberikan oleh mereka.
Akhir sekali, saya amat gembira kerana diberi peluang untuk melakukan tugasan ini.
Walaupun saya menghadapi pelbagai cabaran dalam proses melakukan tugasan ini, namun
saya tetap berjaya mengatasi cabaran ini. Selain itu, saya juga berasa pengalaman dalam
melakukan tugasan ini amat berguna pada saya dan saya berjanji saya akan terus berusaha
lagi agar saya dapat menjadi seorang guru yang cemerlang pada masa hadapan.
27
6.0 Rujukan
Abdullah Ishak. (1990). Islam di nusantera. Selangor : Al-Rahmaniah
Abu Al-Maati Abu Al-Futuh. (1990). Islam politik dan pemerintahan. Shah Alam :
Penerbitan HIZBI
Afifah Abu Yazid. (2005). Pengajian tamadun Asia. Pahang : PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Amran Kasimin. (1995). Agama dan perubahan social di kalangan penduduk asli di tanah
Melayu (terjemahan). Kuala Lumpur : ABIM
Azam Hamzah & Zulekha Yusoff. (1990). Tamadun Islam : Konsep dan pencapaiannya.
Shah Alam : Penerbitan HIZBI
Azhar Mat Aros, Azharudin Mohd. Dali, Suffian Mansor & Zulkarnain Abd. Rahman. (2000).
Titas 2. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mohd Razimi Husin. (2013). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Selangor :
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Siddiq Fadil. (1986). Gerakan Islam di dunia Melayu. Kuala Lumpur : ABIM
Syed Naquid al-Attas. (1972). Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu. Kuala
Lumpur : UKM
28
7.0 Lampiran