23
ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN......................................................1 PENGENALAN.........................................................2 ELEMEN-ELEMEN UTAMA KONTRAK........................................3 PERBINCANGAN TIGA FAKTOR YANG TERLIBAT DI DALAM KONTRAK DI BAWAH SEKSYEN 14, AKTA KONTRAK 1950......................................6 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP UNDANG-UNDANG MALAYSIA YANG BERKAITAN DENGAN AKTA KONTRAK 1950................................12 RUMUSAN...........................................................14 BIBLIOGRAFI.......................................................15 Page 1 of 23

Tugasan Undang2(New)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tugasan Undang2(New)

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN....................................................................................................................................1

PENGENALAN........................................................................................................................................2

ELEMEN-ELEMEN UTAMA KONTRAK.....................................................................................................3

PERBINCANGAN TIGA FAKTOR YANG TERLIBAT DI DALAM KONTRAK DI BAWAH SEKSYEN 14, AKTA

KONTRAK 1950......................................................................................................................................6

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP UNDANG-UNDANG MALAYSIA YANG BERKAITAN

DENGAN AKTA KONTRAK 1950............................................................................................................12

RUMUSAN...........................................................................................................................................14

BIBLIOGRAFI........................................................................................................................................15

Page 1 of 15

Page 2: Tugasan Undang2(New)

PENGENALAN

Kontrak bermaksud perjanjian antara pembuat janji dan penerima janji dengan

balasan yang sah.Kontrak perlu melibatkan lebih daripada satu pihak dan perlu wujud

persetujuan bersama walaupun persetujuan itu ditunjukkan secara tindakan. Kontrak yang sah

dibuat dengan balasan iaitu perkara yang dikontrakkan serta perlu disertai dengan niat yang

urusan itu berbentuk komersial atau bagi meraih keuntungan.Perkaitan antara pihak-pihak

yang terlibat dengan kontrak dinamakan sebagai hubungan kontrak. Hubungan ini wujud

bermula dari tarikh bermulanya kontrak sehingga ia berakhir melalui pelaksanaan, pecah

kontrak ataupun sebagainya. Selama hubungan ini wujud, pihak-pihak yang terlibatdengan

kontrak mempunyai tanggungjawab melaksanakan kontrak mereka dan mereka juga

mempunyai hak bagi menguatkuasakannya di mahkamah.

Kontrak boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu Kontrak Unilateral, Kontrak

Bilateral dan Kontrak Kolateral. Kontrak Unilateral juga dikenali sebagai kontrak satu

pihak.Ini adalah kerana pencadang membuat janji dan penerimaan oleh pihak yang satu lagi

adalah tertakluk kepada cadangan yang dibuat.Contohnya Karim menjanjikan RM 500.00

kepada sesiapa yang menjumpai telefon bimbitnya yang hilang. Ahmad menjumpai telefon

bimbit tersebut dan mengembalikan kepada Karim, jadi Karim terikat untuk membayar

kepada Ahmad RM 500.00 seperti dijanjikan. Kontrak Bilateral pula dikenali sebagai kontrak

dua pihak.Contohnya Hadi berjanji untuk membayar Suhaimi sebanyak RM 400 sekiranya

Suhaimi membaiki komputernya, Suhaimi telah bersetuju untuk membaiki computer Hadi.

Pertukaran janji ini mewujudkan kontrak bilateral. Ketiganya adalah Kontrak

Kolateral.Kontrak ini dikenali sebagai kontrak sampingan dan boleh dikuatkasakan dengan

sendirinya.Contohnya, Nizal melawat bilik pameran motosikal terpakai dan pengurus jualan

Ismail memperkenalkan sebuah motosikal jenama “Virago” dan mengatakan”Ia merupakan

sebuah motosikal yang amat baik, saya berani bertaruh nyawa ke atasnya”.Nizal mendapati

selepas membeli motosikal tersebut handle motosikalnya gagal berfungsi dan menyebabkan

kemalangan. Dalam situasi ini Kontrak kolateral wujud iaitu apabila Ismail mengemuka dan

memberi waranti motosikal berada dalam keadaan baik.

Page 2 of 15

Page 3: Tugasan Undang2(New)

ELEMEN-ELEMEN UTAMA KONTRAK

Sesuatu kontrak hanya boleh berkuatkuasa apabila memenuhi elemen-elemen utamanya.Pada

dasarnya, setiap kontrak perlu mempunyai elemen-elemen berikut :

1. Tawaran ataupun juga disebut cadangan bermaksud pernyataan satu pihak kepada

pihak lain bagi mengikat dirinya dengan kontrak. Ini dapat diperhatikan dalam Seksyen

2(a) Akta Kontrak 1950 :

Tawaran adalah pernyataan kesediaan kepada pihak lain untuk melakukan atau menahan diri

dari melakukan sesuatu, dengan tujuan mendapat persetujuan pihak itu untuk melakukan

sesuatu atau menahan diri daripada melakukan sesuatu.

Dalam erti kata lain, tawaran satu pernyataan yang memberi peluang kepada pihak yang

ditujuakan pernyataan itu bagi membuat penerimaan dan seterusnya mengikat pembuat

cadangan. Tawaran menyebabkan pihak pembuat tawaran mendedahkan dirinya kepada

ikatan kontrak. Sebaik sahaja pihak yang ditujukan tawaran itu menyatakan penerimaan,

pihak pembuat tawaran itu menyatakan penerimaan, pihak pembuat tawaran akan terus terikat

dengan kontrak. Ikatan ini adalah ikatan kontrak yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-

undang.

2. Penerimaan adalah respons kepada tawaran iaitu pernyataan kesediaan bagi menerima

tawaran itu secara mutlak tanpa sebarang syarat tambahan. Sementara itu maksud penerimaan

menurut seksyen 2 (b) adalah, “Pernyataan persetujuan oleh pihak yang ditujukan cadangan.”

Ini bermakna, penerimaan adalah tindak balas positif daripada tawaran yang diberikan kepada

penerima. Penerimaan menjadikan kontrak itu sah dan berkuat kuasa. Sebaik sahaja

penerimaan dibuat, kedua-dua pihak sudah terikat dengan satu kontrak yang boleh

dikuatkuasakan oleh undang-undang.

3. Balasan iaitu perkara yang menjadi tukaran antara kedua belah pihak. Contohnya bagi

kontrak membeli baju, duit yang dibayar dan baju yang dibeli itu adalah balasan. Menurut

seksyen 2 (d), maksud,”Balasan adalah perbuatan atau penahanan diri atau janji oleh

penerima janji atau sesiapa sahaja mengikut kehendak pembuat janji.” Balasan adalah perkara

yang menjadi bahan kontrak iaitu sesuatu yang menjadi tukaran ataupun sumbangan dalam

sesuatu kontrak. Balasan perlu datang daripada kedua-dua belah pihak yang berkontrak.

Page 3 of 15

Page 4: Tugasan Undang2(New)

4. Niat kedua-dua belah pihak bagi mengikat diri mereka daripada sudut perundangan.

Niat ini bermaksud, kedua-dua pihak melakukan dengan penuh kesedaran yang mereka

adalah terikat daripada segi perundangan dan mana-mana pihak boleh membuat tuntutan di

mahkamah bagi menguatkuasakan kontrak mereka. Walau bagaimanapun, elemen keempat

ini tidak diperuntukkan secara jelas di dalam akta. Prinsip undang-undang Malaysia

berasaskan prinsip common law. Menurut undang-undang, jika perjanjian itu didapati tidak

mempunyai niat hendak mengikat daripada sudut undang-undang, maka ia bukan satu

kontrak yang sah.

5. Kelayakan kedua-dua pihak bagi berkontrak iaitu bagi manusia biasa, perlulah

dewasa, sempurna akal dan tidak muflis. Bagi syarikat pula, ia perlu masih sah dan tidak

digulung. Sesuatu kontrak yang dilakukan oleh orang yang tidak layak seperti kanak-kanak

umpamanya, adalah tidak sah dan tidak boleh berkuat kuasa. Pada dasarnya tidak semua

pihak layak berkontrak. Menurut seksyen 11, Akta Kontrak 1950, terdapat tiga syarat

keupayaan pihak yang berkontrak, iaitu :

1. Dewasa mengikut undang-undang yang dia tertakluk

2. Sempurna akan iaitu tidak gila ataupun kurang siuman

3. Tidak hilang keupayaan berkontrak menurut undang-undang kepada mana ia

tertakluk.

6. Ketentuan, iaitu kontrak yang dibuat perlu jelas dan tertentu. Contohnya, kontrak

tidak berlaku jika tawarannya berbunyi, “saya ingin membeli sehelai baju,” sedangkan

penjual mempunyai beratus-ratus baju yang pelbagai jenis dan corak dengan harga yang

berbeza-beza. Tidak semua perkara yang disebut semasa kontrak dianggap sebagai

kandungan kontrak yang mengikat. Perkara yang disebut semasa kontrak dapat dikategorikan

kepada dua iaitu terma dan representasi. Terma ialah kandungan sebenar kontrak yang

mempunyai kesan perundangan dan dapat dikuatkuasakan. Terma adalah istilah rasmi bagi

kandungan kontrak yang mengikat. Kadang kala ia dikenali sebagai syarat, peruntukan dan

ketetapan di dalam kontrak. Sementara representasi pula adalah kandungan kontrak yang

tidak mempunyai sebarang kesan perundangan. Kategori ini termasuklah perkataan-perkataan

yang disebut sambil lewa, secara bergurau ataupun andaian yang tidak berasas. Sesuatu

kontrak hanya sah dan berkuatkuasa sekiranya termanya jelas. Seksyen 30 menyebut :

Page 4 of 15

Page 5: Tugasan Undang2(New)

“Perjanjian, yang maknanya tidak pasti, atau tidak mampu memberikan kepastian, adalah

tidak sah.”

7. Kerelaan bebas iaitu kontrak itu dilakukan dengan penuh kerelaan tanpa sebarang

unsur yang dapat menjejaskannya seperti paksaan, pengaruh tidak wajar, penipuan atau fraud,

salah nyata dan silap. Seksyen 13 Akta Kontrak 1950 pula mentafsirkan kerelaan sebagai satu

keadaan apabila dua ataupun lebih pihak bersetuju di atas perkara yang sama dengan

pengertian yang sama. Ini bermaksud, kedua-dua pihak yang berkontrak membuat

persetujuan atas perkara yang sama di atas terma kontrak yang sama. Atas alasan inilah

seorang kanak-kanak tidak layak berkontrak kerana mereka tidak mempunyai kemampuan

bagi memberikan kerelaan secara sempurna seperti orang dewasa.

8. Kesahihan iaitu kontrak ini tidak terbatal akibat menyalahi undang-undang sama ada

dalam bentuk bercanggah dengan statut, mengakibatkan pelanggaran undang-undang,

bertentangan dengan kepentingan awam ataupun moral, menimbulkan bencana dan lain-lain.

Kontrak sah adalah kontrak yang boleh berkuatkuasa secara sah menurut undang-undang.

Kontrak ini memenuhi semua kriteria yang diperlukan termasuk empat elemen utama iaitu

daripada segi penerimaan, tawaran, balasan dan niat bagi mengikat daripada segi undang-

undang. Kontrak ini juga dilaksanakan oleh orang yang layak dan mempunyai terma-terma

ataupun syarat-syarat yang sah menurut undang-undang dan mempunyai unsur yang boleh

menyebabkannya batal atau boleh batal.

Lapan elemen ini adalah rukun asas kontrak. Jika tidak ada salah satu daripadanya,

perjanjian itu tidak boleh dianggap sebagai kontrak yang sah dan berkuat kuasa. Selagi

persetujuan itu tidak memenuhi kelapan-lapan elemen tadi, ia belum boleh dianggap sebagai

kontrak. Contohnya, memorandum persefahaman tidak semestinya kontrak kerana ia

kebiasaannya digunakan sebagai persetujuan awal bagi meneruskan ikatan kontrak melalui

terma-terma yang akan diputuskan melalui perbincangan lanjut. Dengan kata lain, ia adalah

satu janji bagi membuat kontrak. Begitu juga satu persetujuan bagi memberikan sumbangan

tetap kepada mana-mana pertubuhan kebajikan. Persetujuan ini tidak boleh dianggap sebagai

kontrak kerana ia tidak mempunyai balasan sempurna daripada kedua-dua belah pihak.

Page 5 of 15

Page 6: Tugasan Undang2(New)

PERBINCANGAN TIGA FAKTOR YANG TERLIBAT DI DALAM KONTRAK DI

BAWAH SEKSYEN 14, AKTA KONTRAK 1950

Kerelaan bebas adalah persetujuan yang diberikan dengan sempurna tanpa dicemari

dengan perkara-perkara yang menjejaskan kerelaan. Seksyen 14 menyenaraikan perkara-

perkara yang menjejaskan kerelaan iaitu :

1. Paksaaan iaitu melakukan sebarang perbuatan ataupun mengancam bagi melakukan

perbuatan seperti membunuh ataupun mencederakan, ataupun menahan secara tidak

saah ataupun mengancam bagi menhan, apa-apa harta dengan memudaratkan sesiapa

jua, dengan niat menyebabkan seseorang membuat sesuatu perjanjian. Paksaan

diperuntukkan dalam seksyen 15 dan 19.

2. Pengaruh tidak wajar iaitu satu bentuk penggunaan kesempatan oleh seseorang yang

domain ke atas orang yang lebih lemah bagi mendapat keuntungan secara tidak sah

melalui kontrak. Pengaruh diperuntukkan dalam seksyen 16 dan 20.

3. Fraud iaitu pernyataan tidak benar berkenaan fakta yang lepas ataupun yang sedang

berlau dan dibuat oleh satu pihak sebelum ataupun semasa kontrak diikat dan

ditujuakn kepada pihak lain yang mempengaruhi pihak lain itu melakukan kontrak.

Fraud di peruntukkan dalam seksyen 17 dan 19.

4. Salah nyata iaitu pernyataan palsu yang dibuat oleh pihak yang menyangka bahawa

kenyataannya benar. Salah nyata diperuntukkan di bawah seksyen 18 dan 19.

5. Silap iaitu kedua-dua pihak silap mengenai perkara asas kontrak.

Paksaan, pengaruh tidak wajar, fraud dan salah nyata menjadikan kontrak boleh batal

iaitu pihak yang dipaksa, dipengaruhi dan diberikan kenyataan palsu boleh memilih hendak

membatalkan kontrak. Tetapi kesan untuk silap adalah berbeza kerana ia menjadikan sesuatu

kontrak itu batal dan tidak sah.

Seksyen 21 memperuntukkan bahawa silap ataupun khilaf berlaku apabila kedua-dua

pihak silap berkenaan perkara fakta yang mustahak berkaitan kontrak.Contoh fakta yang

mustahak adalah fakta berkenaan kewujudan perkara yang dikontrakkan. Ini bermakna,

Page 6 of 15

Page 7: Tugasan Undang2(New)

kedua-dua pihak menyangka bahawa perkara yang dikontrakkan boleh dipindah milik,

sedangkan ia sudah musnah ataupun rosak dan tidak boleh dikontrakkan.Contoh :

Rajoo dan Harun membuat kontrak jual beli sebuah kereta Jaguar.Semasa kontrak dibuat,

kereta itu sudah musnah terbakar dan kedua-dua pihak tidak mengetahui yang kereta itu

sudah musnah.Kontrak itu adalah batal kerana khilaf atau silap.

Silap atau khilaf ini perlu melibatkan kedua-dua belah pihak.Ini bermakna, kedua-dua

pihak tidak mengetahui fakta sebenarnya berkaitan kontrak itu. Jika hanya satu pihak sahaja

yang silap dan pihak yang satu lagi tidak, ia sebenarnya bukan silap. Seksyen 23

memperuntukkan bahawa sesuatu kontrak tidak boleh batal semata-mata kerana ia

disebabkan oleh salah satu pihak silap berkenaan sesuatu fakta.

Setiap kontrak yang mengandungi silap yang melibatkan kedua-dua pihak adalah

batal berasaskan seksyen 21. Ini bermakna, ia perlu ditamatkan oleh kedua-dua belah pihak.

Jika ada sebarang penyerahan faedah, ia perlu dikembalikan kepada pihak yang

memberikannya.

Paksaan ditakrifkan dalam seksyen 15 sebagai, “Melakukan apa-apa perbuatan atau

mengancam untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dilarang oleh Kanun Keseksaan seperti

membunuh atau mencederakan, atau menahan secara tidak sah atau mengancam untuk

menahan, apa-apa harta, dengan memudaratkan sesiapa jua, dengan niat menyebabkan

seseorang membuat sesuatu perjanjian.”

Takrif yang diberikan meliputi banyak bentuk paksaan kerana ia mengaitkan sebarang

kesalahan yang diperuntukkan di bawah Kanun Keseksaan. Dalam Kanun Keseksaan,

terdapat beberapa bentuk jenayah pada diri seperti jenayah membunuh, merogol,

mencederakan, menculik dan sebagainya. Apabila mana-mana pihak mengugut hendak

melakukan perkara-perkara ini jika kontrak tidak dipersetujui, maka kontrak dianggap tidak

sah kerana terdapat unsur paksaan.Contoh :

Salman mahu Ameer membeli rumahnya dengan harga RM300,000. Salman mengugut, jika

Ameer enggan membeli rumah itu, beliau akan dipukul. Oleh kerana takut dipukul, Ameer

membeli rumah itu menurut harga yang dikehendaki.Kontrak ini adalah boleh batal kerana

terdapat unsur paksaan.

Page 7 of 15

Page 8: Tugasan Undang2(New)

Seksyen 15 menyebut secara khusus berkenaan bentuk ancaman iaitu ancaman yang

diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan.Sebenaranya Kanun Keseksaan bukan satu-satunya

undang-undang jenayah.Terdapat jenayah-jenayah lain yang diperuntukkan dalam undang-

undang lain selain daripada Kanun Keseksaan seperti Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta

Polis 1967, Akta Keselamatan dalam Negeri 1960 dan lain-lain. Bagi ancaman hendak

melakukan sesuatu kekerasan ataupun jenayah yang tidak diperuntukkan dalam Kanun

Keseksaan ini, pihak plaintif boleh menggunakan prinsip common law yang turut terpakai di

Malaysia.

Dalam keas Kesarmal a/l Letchuman Das lawan Valiappa Chettiar [1954] MLJ 119,

satu perjanjian pindah milik tanah dibuat atas titah Sultan di hadapan dua pegawai Jepun,

semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.Perjanjian itu dibuat secara paksaan ke atas

pihak-pihak itu.Mahkamah memutuskan bahawa perjanjian itu boleh dibatalkan oleh pihak

yang dipaksa menandatangani perjanjian itu.

Paksaan di bawah seksyen 15 akan menyebabkan kontrak boleh batal jika paksaan itu

menjejaskan kerelaan bebas sebagaimana yang disebutkan dalam seksyen 14. Jika paksaan itu

tidak memberikan apa-apa pengaruh kepada kerelaan hendak berkontrak, maka peruntukan

ini tidak berkuat kuasa. Menurut takrif paksaan dalam seksyen 15, paksaan boleh berlaku

sama ada ancaman itu ditujukan kepada pihak yang berkontrak itu sendiri ataupun kepada

pihak lain yang munasabah. Seksyen itu menyebut “..dengan niat untuk menyebabkan sesiapa

sahaja berkontrak..” Perkataan ‘sesiapa sahaja’ menunjukkan yang ancaman ataupun

kekerasan ke atas pihak ketiga juga dapat menjadikan kontrak boleh batal dengan syarat

paksaan itu menjejaskan kerelaan serta terdapat hubungan yang rapat antara pihak yang

dipaksa dan pihak yang berkontrak.

Pada zahirnya, paksaan di bawah seksyen 15 tidak termasuk tekanan kekurangan,

sosial, ataupun politik.Bentuk-bentuk tekanan seperti ugutan hendak memutuskan tali

persaudaraan, memboikot, ugutan hendak melucutkan keahlian sesuatu organisasi, ugutan

bagi tidak memberikan bantuan kewangan dan sebagainya tidak termasuk dalam takfir

paksaan menurut seksyen ini. Ini kerana, tekanan-tekanan ini tidak termasuk kesalahan yang

terdapat dalam Kanun Keseksaan, bahkan ia tidak mempunyai unsur kekerasan. Contoh :

Shah meminta Khan membeli tanahnya dan mengugut bahawa jika Khan enggan membeli

tanah itu, beliau akan memutuskan tali persahabatan dengannya. Bagi mengelakkan putusnya

tali persahabatan, Khan bersetuju membeli tanah itu. Kontrak ini tidak mengandungi elemen

Page 8 of 15

Page 9: Tugasan Undang2(New)

paksaan.Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak menghalang kecenderungan bagi

mentafsirkan paksaan dalam bentuk yang lebih luas dan terbuka meliputi soal seperti paksaan

ekonomi, rundingan tidak seimbang dan tekanan melampau.Dalam keadaan tertentu, paksaan

sewajarnya ditafsirkan dengan lebih terbuka bagi memastikan sesuatu kontrak itu benar-benar

dilakukan secara kerelaan bebas.

Persoalan sama ada Kanun Keseksaan berkuat kuasa ataupun tidak di mana paksaan

di buat tidak perlu diambil kira. Ini bermakna, kontrak yang mempunyai unsur paksaan tetap

dianggao boleh batal walaupun paksaan berlaku pada tempat yang Kanun Keseksaan tidak

berkuat kuasa. Contohnya jika paksaan itu dilakukan di luar sempadan Malaysia di mana

Kanun Keseksaan tidak berkuat kuasa, sedangkan apabila kontrak itu dilaksanakan di dalam

Malaysia, peruntukan seksyen 15 ini tetap boleh dikuatkuasakan.

Paksaan lebih menjurus kepada tekanan ataupun ugutan kerana secara fizikal ataupun

mental ke atas pihak yang berkontrak sedangkan pengaruh tidak wajar memerlukan elemen

kekerasan ataupun tekanan. Selain itu, pengaruh tidak wajar berlaku antara dua pihak yang

sudah ada hubungan ataupun perkaitan di mana satu pihak adalah lebih dominan ke atas

pihak lain. Sedangkan paksaan boleh wujud antara dua pihak yang baru berkenalan antara

satu sama lain.

Kewujudan pengaruh tidak wajar hanya dapat dibuktikan apabila pihak dominan

menggunakan kedudukan terbabit bagi kepentingan sendiri iaitu dengan membuat kontrak

yang tidak adil seperti membeli dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga

pasaran.Dalam kes paksaan, sesuatu paksaan tetap dikira wujud walaupun urus niaga itu

dibuat berasaskan harga pasaran semasa.

Bagi membuktikan kewujudan pengaruh tidak wajar, terdapat dua komponen yang

perlu dipenuhi berasaskan seksyen 16(1) iaitu ‘dalam kedudukan menguasai’ dan

‘menggunakan kedudukan itu.’ Kedua-dua komponen itu perlu dipenuhi bagi mewujudkan

pengaruh tidak wajar.Jika hanya salah satu komponen sahaja yang berlaku, pengaruh tidak

wajar belum wujud dan kontrak masih dikira sah. Kedua-dua komponen itu adalah seperti

berikut :

1, Komponen pertama adalah orang yang mempengaruhi itu berada ‘dalam kedudukan boleh

menguasai’. Kedudukan ini dihuraikan oleh seksyen 16(2) iaitu ia berlaku dalam dua bentuk

sama ada :

Page 9 of 15

Page 10: Tugasan Undang2(New)

- Kedudukan seseorang yang mempunyai kuasa benar ataupun kuasa zahir ke atas

orang yang dipengaruhi itu, ataupun mempunyai perkaitan amanah dengan orang

yang dipengaruhi itu. Kedudukan ini merujuk kepada satu kedudukan istimewa yang

menjadikan orang yang dominan itu berpeluang mengambil kesempatan daripada

kepercayaan yang diberikan kepadanya. Contoh kedudukan ini adalah seperti

hubungan antara peguam dengan anak guamnya, antara ibu bapa dan anaknya, antara

penjaga loco parentis dan orang yang di bawah jagaannya, antara guru ajaran sesat

dan pengikutnya, antara seorang lelaki dan kekasihnya, ataupun antara doctor dan

pesakit atau

- Orang yang dipengaruhi itu mempunyai keupayaan yang terjejas seperti kelemahan

ingatan, keuzuran fizikal yang teruk, nyanyuk, sakit yang terlalu kuat ataupun

sebagainya yang menjadikannya mudah dipengaruhi oleh orang lain.

2. Selain daripada elemen pertama itu, terdapat elemen kedua yang perlu juga dipenuhi iaitu

orang yang mempengaruhi itu menggunakan kedudukan yang dominan itu bagi mendapat

faedah secara tidak adil. Elemen kedua ini dapat dibuktikan dengan wujudnya urusan tidak

seimbang ataupun tidak wajar seperti membeli sesuatu dengan harga yang tidak munasabah.

Kedua-dua elemen di atas perlu dipenuhi bagi menjadikan sesuatu kontrak mempunyai unsur

pengaruh tidak wajar.Pihak yang dipengaruhi perlu menunjukkan kewujudan kedua-dua

elemen di atas dapat dipenuhi, beban bukti terletak pada pihak yang didakwa menggunakan

pengaruh tidak wajar tadi bagi menafikan perkara itu.Apabila beliau gagal mengemukakan

bukti sebaliknya, maka kontrak itu menjadi boleh batal atas pilihan pihak yang dipengaruhi.

Contoh :

Guru Yahya, seorang ketua ajaran sesat mengarahkan semua pengikutnya menjual harta-

benda mereka kepada beliau dengan nilai 10% daripada harga asal. Azroy salah seorang

pengikutnya sudah menjual banglonya yang bernilai RM600,000 dengan harga RM60,000

kepada Guru Yahya. Kontrak ini adalah boleh batal kerana wujud kedua-dua elemen

pengaruh tidak berpatutan.

Kesan kontrak yang terdapat pengaruh tidak wajar adalah kontrak boleh batal atas

pilihan pihak yang dipengaruhi sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 20.Pihak

yang mempengaruhi perlu mengembalikan semula hak yang diambil dalam kontrak itu di

samping perlu membayar ganti rugi yang setimpal. Selain itu, pihak yang dipengaruhi boleh

Page 10 of 15

Page 11: Tugasan Undang2(New)

memilih hendak meneruskan kontrak dan memohon supaya mahkamah mengarahkan

pengubahsuaian pada termanya seperti perubahan pada harga ataupun kadar kaedah.

Fraud adalah pernyataan tidak benar berkenaan fakta yang lepas ataupun yang sedang

berlaku dan dibuat oleh satu pihak sebelum ataupun semasa kontrak diikat, dan ditujukan

kepada pihak lain yang mempengaruhi pihak yang lain itu supaya melakukan kontrak.

Berasaskan definisi ini, kita dapat fahami bahawa fraud adalah satu bentuk penipuan dengan

niat.Pihak yang melakukan fraud membuat kenyataan palsu sedangkan dia tahu yang

kenyataan itu tidak benar. Di samping itu, penipuan itu perlu mempengaruhi pihak lain

supaya berkontrak dengannya. Dengan kata lain, pihak yang berkontrak itu percaya dengan

kenyataan itu. Pernyataan yang berbentuk fraud itu dibuat sebelum ataupun semasa kontrak.

Kenyataan palsu yang dibuat sebelum kontrak akan dikira sebagai fraud jika selang masa

antara masa kenyataan dan masa kontrak tidak terlalu lama. Contoh :

Ali menjual motosikal kepada Ahmad dan memaklumkan bahawa motosikal itu tidak pernah

terlibat dengan kemalangan.Sebenarnya, motosikal itu pernah terlibat dalam tiga kemalangan

besar.Ahmad mempercayai kenyataan Ali dan bersetuju hendak membeli motosikal itu.Ali

sudah melakukan fraud dan kontrak itu boleh batal atas pilihan Ahmad.

Fraud ataupun tipu diperuntukkan dalam seksyen 17 Akta Kontrak 1950. Menurut seksyen

ini, perbuatan yang boleh dianggap seabagi fraud adalah :

- Menyarankan sesuatu fakta yang tidak benar sedangkan dia tidak mempercayai yang

fakta itu adalah benar

- Menyembunyikan sesuatu fakta secara aktif sedangkan dia mengetahui dan

mempercayai fakta itu

- Membuat janji tanpa ada apa-apa niat bagi menepati janji itu

- Mana-mana tindakan berbentuk penipuan

- Mana-mana tindakan tertentu yang ditetapkan oleh undang-undang sebagai fraud.

Page 11 of 15

Page 12: Tugasan Undang2(New)

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP UNDANG-UNDANG MALAYSIA

YANG BERKAITAN DENGAN AKTA KONTRAK 1950

Sebelum dikemukakan beberapa cadangan penambahbaikan terhadap Akta Kontrak

1950, saya ingin mengemukakan beberapa isu berkaitan dengan akta berkenaan bagi

menunjukkan perkaitan antara isu dan cadangan yang saya kemukakan.

ISU DAN PERMASALAHAN :

1. Cara Akta 1950 yang mempamerkan skopnya yang tidak menyeluruh telah

membuahkan pelbagai persoalan. Kepincangan akta ini jelas kelihatan dalam peruntukannya

yang tidak menyentuh tentang isi Kandungan sesebuah kontrak. Lakuna berkisar isi

kandungan sesebuah kontrak ini jelas dibangkitkan dalam penulisan Visu Sinnadurai (1987) :

Akta Kontrak 1950 tidak mengandungi apa-apa peruntukan yang memperkatakan khususnya

tentang isi kandungan sesuatu kontrak. Tiada peruntukan yang dibuat tentang pengkelasan

terma dan juga takat obligasi pihak-pihak kepada kontrak. Akta ini juga membisu tentang

sama ada pihak-pihak adalah secara tegasnya terikat oleh terma nyata kontrak atau sama ada

terma tertentu boleh disiratkan.

Nik Ramlah Mahmood (1993) menjelaskan Akta 1950 hanya cuba mengkodifikasikan

prinsip-prinsip asas undang-undang kontrak. Dengan yang demikian ia tidak mempunyai

peruntukan khusus yang mengawal kandungan atau terma kontrak. Jsteru, tiada peruntukan

mengenai fasal yang membataskan biarpun mengecualikan liabiliti satu pihak, fasal yang

memasukkan terma dalam dokumen lain ke dalam kontrak..Mungkin inilah sebabnya

kehakiman Malaysia telah mengesahkan fasal yang menampakkan ketidakadilan kepada

pengguna.

2. Keperluan mewujudkan satu perundangan khusus bagi mengawal kontrak pengguna

menjadi lebih mendadak memandangkan undang-undang kontrak Malaysia dewasa ini

semakin digugat oleh tekanan-tekanan yang dikenakan oleh fenomena globalisasi. Globalisasi

mempunyai implikasi besar khususnya dalam dunia perdagangan. Alaf ini, dengan

penaklukan teknologi digital di persada perdagangan tempatan dan antarabangsa, disertai

oleh kecanggihan sistem computer, telekomunikasi dan teknologi maklumat, menyaksikan

wujudnya “satu pasaran elektronik yang baru dan berevolusi di seluruh

dunia.”Furmstone(1999).

Page 12 of 15

Page 13: Tugasan Undang2(New)

3. Keterbatasan undang-undang kontrak tempatan dalam kontrak pengguna jelas

dipertontonkan dalam dua situasi berbeza. Penggunaan kontrak bentuk seragam (Akta

Kontrak 1950 dan Akta Kepenggunaan 1999) yang berleluasa yang dilihat sebagai kekangan

doktrin kebebasan berkontrak memperlihatkan kontrak ini bertindak sebagai instrumen

penindasan pengguna. Sebagai contoh, jika dilihat kepada remedi bagi kontrak-kontrak di

mana kerelaan telah tidak diberikan secara bebas, seksyen 19 dan seksyen 20 Akta 1950

meletakkan kesan kontrak tersebut sebagai boleh dibatalkan. Namun begitu, sekali lagi jika

kesan pembatalan kontrak ini direalisasikan oleh pengguna, maka pengguna akan menjadi

pihak yang mendapat kerugian dalam erti kata pengguna harus melepaskan segala faedah

yang diperoleh di bawah kontrak bentuk seragam ini sedangkan faedah yang diperolehi

tersebut merupakan satu keperluan yang melengkapkan kehidupan manusia. Sementara itu,

bagi Akta Kepenggunaan (1999) yang seharusnya bersifat melindungi pengguna dalam

pelbagai aspek, namun seksyen2(2) telah mengehadkan pemakaian Akta 1999 ini sebagai

tidak merangkumi beberapa transaksi yang melibatkan pengguna. Analisis ke atas peruntukan

Akta 1999 ini memperlihatkan bahawa ianya bermatlamatkan perlindungan pengguna

disebabkan kebanyakan peruntukan liabiliti-liabiliti pengilang dan pembekal atas urusan yang

melibatkan pengguna akan hak mereka dan langkah bagaimana yang boleh mereka ambil jika

hak ini dicabuli.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

1. Penggubalan akta khusus yang mengawal kontrak bentuk seragam berasaskan

pengalaman Israel melalui penggubalan The Israeli Standard Contracts Law 1964.

Kerangka perundangan Israel menampakkan perlindungan pengguna yang menyeluruh,

merangkumi persoalan bentuk dan substans kontrak bentuk seragam. Namun dalam

konteks Malaysia, adalah dicadangkan suapaya akta kontrak bentuk seragam yang

digubal khusus ini mungkin lebih bersifat spesifik memandangkan ia mungkin terpakai

bagi semua jenis kontrak bentuk seragam sama ada dalam konteks B2B atau B2C atau

menggubal akta kontrak bentuk seragam (Pengguna) yang lebih mengkhusus dan terfokus

kepada kumpulan sasaran tertentu iaitu pengguna. Pendekatan ini memudahkan layanan

perundangan diberikan bagi menangani permasalahan bentuk dan amalan kontrak bentuk

seragam dalam konteks kontrak pengguna sahaja.

Page 13 of 15

Page 14: Tugasan Undang2(New)

2. Meminda akta sedia ada. Mengguna pakai pendekatan ini di Malaysia, bermaksud

beberapa bahagian tambahan mungkin perlu dimasukkan ke dalam peruntukan sedia ada,

sama ada di dalam Akta Kontrak 1950 atau Akta Kepenggunaan 1999 atau kedua-duanya

sekali.

3. Penggubalan peraturan khusus bagi mengawal kontrak bentuk seragam. Seksyen 150

Akta 1999 memberikan kuasa kepada Menteri untuk membuat peraturan-peraturan yang

perlu atau suai manfaat bagi maksud melaksanakan Akta 1999 ini. Jesteru, satu set

peraturan, Peraturan-Peraturan perlindungan Pengguna (Kontrak Bentuk Seragam), boleh

digubal dibawah Akta 1999 bagi memastikan penindasan yang ditonjolkan oleh kontrak

jenis ini mendapat layanan yang mapan.

RUMUSAN

Akta Kontrak 1950 pada asasnya berperan melindungi pengguna dalam urusan

perdagangan dan urus niaga lain dalam kehidupan seharian. Terdapat lapan elemen utama

yang menjadi asas kepada sesebuah kontrak yang sah dan boleh berkuatkuasa. Ini

termasuklah tawaran, penerimaa, balasan, niat, kelayakan pihak yang berkontrak, ketentuan/

kejelasan, kerelaan bebas dan kesahihan. Perkembangan dalam globalisasi dan urusniaga

memaparkan kekurangan yang terdapat di dalam Akta Kontrak 1950. Oleh yang demikian,

usaha dan cadangan penambahbaikan perlu dilaksana. Ini termasuklah melakukan kajian dan

semakan semasa terhadap kes-kes lampau yang berkaitan dengan akta ini secara langsung,

perbahasan dan sumbang saran daripada tenaga akademik dan ahli perundangan, serta sikap

proaktif dan kebertanggungjawab para menteri dalam menggubal dan menguatkuasakan

pindaan dan seksyen serta peruntukan baru dalam Akta Kontrak 1950.

Page 14 of 15

Page 15: Tugasan Undang2(New)

BIBLIOGRAFI

BUKU :

1. Goh Chen Chuan,(2007), Akta Pekerjaan dan Undang-Undang Buruh Malaysia Untuk

Majikan dan Pekerja, Leeds Publication Sdn Bhd, Kuala Lumpur

2. Muhammad Fathi Yusof, (2006), Soal Jawab – Undang-Undang Kontrak, PTS

Professional Publishing Sdn Bhd, Kuala Lumpur

3. Shaik Mohd Noor Alam S. M. Hussain, (1981), Undang-Undang Komersil Malaysia,

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

4. Suzanna Mohamed Isa, Azimon Abdul Aziz, Sakina Shaik Ahmad Yusoff (2011),

Jurnal Pengurusan32(2011)39-53 Undang-Undang Kontrak Malaysia : Keterbatasan

Pemakaian Dalam Kontrak Pengguna, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala

Lumpur

5. Abdul Aziz Husin, (2011), Pengenalan Kepada Undang-Undang Kontrak, Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

LAMAN SESAWANG :

1. http://www.ukm.my/penerbit/jurnal_pdf/jurus_pdf/jurus_32-05-lock.pdf

2. http://azizlaw.blogspot.com/2011/02/remidi-kontrak.html

3. http://1001note.com/?tag=aturcara-kontrak

4. http://8hakanda.blogspot.com/p/8-hak-pengguna.html

5. http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%203/Akta%20137.pdf

6.http://www.psb1.uum.edu.my/lpBin21/emaj.dll/Infobase9/%40o%40/37?

f=templates&fn=document-frame.htm&ct=application%2Fpdf&2.0

Page 15 of 15