10
TUGASAN WAJ 3106 3. ASPEK PERPADUAN KAUM PERLU DIBERI PERHATIAN DAN PENEKANAN YANG MENYELURUH OLEH SEMUA PIHAK. SEBAGAI SEORANG GURU, TERANGKAN ASPEK-ASPEK PERPADUAN YANG PERLU DIBERI PENEKANAN DAN CADANGKAN LANGKAH-LANGKAH BERKESAN YANG BOLEH DILAKSANAKAN UNTUK MEWUJUDKAN PERPADUAN DI KALANGAN PELAJAR. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum antaranya kaum Melayu, kaum Cina, Kaum India dan rakyat peribumi yang lain. Mengikut Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (Banci 2010) menunjukkan jumlah Malaysia adalah seramai 28.3 juta orang iaitu Melayu (63.1 %), Cina (24%), India (7.3%) dan bakinya adalah kaum lain. Rakyat Malaysia dapat hidup dengan aman damai malah saling bantu membantu dan hormat menghormati antara satu sama lain. Rakyat Malaysia hidup rukun damai dan bekerjasama berdasarkan atas prinsip-prinsip Rukun Negara. Perpaduan yang wujud ini mampu mengelakkan tragedy 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia telah sedar akan pentingnya perpaduan bak kata pepatah “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana maufakat”. Persoalannya kini, apakah usaha-usahan yang telah dan sedang dirancang serta dilaksanakan untuk mewujudkan perpaduan kaum terutamanya di kalangan pelajar di negara kita ini?. 1

Tugasan Waj 3106

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sem3

Citation preview

TUGASAN WAJ 31063. ASPEK PERPADUAN KAUM PERLU DIBERI PERHATIAN DAN PENEKANAN YANG MENYELURUH OLEH SEMUA PIHAK. SEBAGAI SEORANG GURU, TERANGKAN ASPEK-ASPEK PERPADUAN YANG PERLU DIBERI PENEKANAN DAN CADANGKAN LANGKAH-LANGKAH BERKESAN YANG BOLEH DILAKSANAKAN UNTUK MEWUJUDKAN PERPADUAN DI KALANGAN PELAJAR.

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum antaranya kaum Melayu, kaum Cina, Kaum India dan rakyat peribumi yang lain. Mengikut Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (Banci 2010) menunjukkan jumlah Malaysia adalah seramai 28.3 juta orang iaitu Melayu (63.1 %), Cina (24%), India (7.3%) dan bakinya adalah kaum lain. Rakyat Malaysia dapat hidup dengan aman damai malah saling bantu membantu dan hormat menghormati antara satu sama lain. Rakyat Malaysia hidup rukun damai dan bekerjasama berdasarkan atas prinsip-prinsip Rukun Negara. Perpaduan yang wujud ini mampu mengelakkan tragedy 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia telah sedar akan pentingnya perpaduan bak kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana maufakat. Persoalannya kini, apakah usaha-usahan yang telah dan sedang dirancang serta dilaksanakan untuk mewujudkan perpaduan kaum terutamanya di kalangan pelajar di negara kita ini?.

Sistem pendidikan yang ada di sesebuah Negara boleh dijadiakan sebagai salah satu cara untuk memupuk dan mewujudkan perpaduan antara kaum terutamanya di kalangan pelajar. Sekolah merupakan satu organisasi berbentuk pendidikan di mana banyak kaum berada dalam satu bumbung. Maka di sekolahlah nilai-nilai murni sesuatu kaum diajar dan seterusnya menghayati proses sosialisasi denga mudah. Seterusnya perpaduan dapat diwujudkan seperti yang diharapkan.

Perpaduan merupakan satu proses menyatapadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui idealogi Negara. Salah satu mekanisme utama untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara adalah melalui pendidikan.

Sekolah merupakan salah satu institusi yang boleh diguna pakai untuk menyemai perpaduan kaum terutamanya kepada pelajar sekolah. Ini kerana sekolah adalah tempat untuk orang menimba ilmu tetapi tempat untuk menyemai nilai- nilai murni terutamanya perpaduan di kalangan pelajar.

Aspek perpaduan kaum di kalangan pelajar perlu diberi perhatian serius dan penekanan yang menyeluruh dari semua pihak yang terlibat. Perpaduan ini perlu disemai dari peringkat awal terutamanya kepada pelajar sekolah rendah tentang kepentingannya dalam arus masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk ini. Terdapat pepatah melayu yang mengatakan melentur buluh biar dari rebungnya. Ini bermaksud generasi pelajar dapat membentuk dan mencorakkan masyarakat Malaysia pada masa hadapan melalui pendidikan yang terdapat dalam sistem pendidikan negara. Mereka perlu didedahkan tentang kebaikan perpaduan dan keburukan sikap curiga dan mencurigai di antara satu sama lain.

Terdapat beberapa langkah yang boleh diatur atau disusun untuk membentuk perpaduan pelajar. Seperti yang telah dinyatakan tadi, sekolah merupakan tempat yang paling sesuai untuk membentuk perpaduan antara pelajar yang berbilang kaum. Sistem pendidikan sekarang yang berteraskan Sistem Pendidikan Kebangsaan yang terbuka kepada setiap kaum yang terdapat di Malaysia. Di samping itu juga, penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, ia mampu membentuk dan mewujudkan perpaduan di kalangan pelajar. Pelajar yang terdiri dari pelbagai kaum akan berinteraksi, bergaul, bermain dan sebagainya dengan menggunakan Bahasa Melayu.

Selain itu, perpaduan dapat dibentuk melalui sukatan pelajaran seperti Sejarah, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Bahasa Melayu, sifat perpaduan kaum dapat dipupuk dan di semai di jiwa merekai Ini akan dapat menyedarkan mereka tentang peranan mereka dalam mengukuhkan perpaduan kaum yang diharapkan oleh pihak sekolah. Di samping itu, nilai-nilai rohani dan budaya bersama perlu ditekan dan diberi keutamaan dalam pengajaran setiap mata pelajaran. Semangat perpaduan perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi dan moral para pelajar.

Penubuhan Sekolah Wawasan juga dapat membantu mewujudkan perpaduan di kalangan pelajar. Sekolah Wawasan bermaksud sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan tanpa mengira kaum dan agama. Sekolah Wawasan adalah di mana tiga buah sekolah rendah iaitu SRK, SRJK (C), dan SRJK (T) digabungkan dalam satu kawasan. Pelajar ketiga-tiga sekolah ini akan berkongsi semua kemudahan yang ada seperti kantin, padang dan perpustakaan secara bersama. Maka dengan secara tidak langsung perpaduan dapat disemai di kalangan pelajar seawal sekolah rendah lagi.

Aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah juga mampu mewujudkan perpaduan di kalangan pelajar. Perpaduan ini boleh diwujudkan di sekolah terutamanya dalam bidang kokurikulum. Contohnya perkhemahan yang dirancang dan dilaksanakan oleh badan-badan beruniform seperti Tunas Kadet Remaja, Pengakap, Bulan Sabit Merah, Tunas Pandu Puteri dan sebagainya. Tujuan diadakan perkhemahan antara unit beruniform ini ialah untuk mewujudkan perpaduan di kalangan pelajar dan seterusnya menyemai perpaduan di hati pelajar. Perpaduan ini dapat dilaksanakan semasa melakukan aktiviti aktiviti secara berkumpulan di mana pelajar akan bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan yang diberi dengan cara bekerjasama dan sikap tolong- menolong antara ahli dalam kumpulan. Maka dengan cara perpaduan dapat diwujudkan di kalangan ahli- ahli perkhemahan yang mungkin terdiri dari peserrta yang datang dari sekolah yang berlainan, berbeza latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza.

Hari Keluarga yang dianjurkan oleh pihak sekolah adalah merupakan salah satu cara untuk mewujudkan perpaduan di kalangan pelajar dan juga warga setempat. Hari keluarga kini telah menjadi satu kemestian dan trend pada sesebuah komuniti dan juga sekolah. Contohnya hari keluarga yang dirancang oleh pihak sekolah. Hari keluarga yang dirancang itu selalunya diadakan pada hari minggu dan diadakan di padang sekolah. Pada hari keluarga tersebut, banyak aktiviti yang dirancang, di mana penglibatannya adalah di kalangan pelajar itu sendiri dan juga penyertaan dari masyarakat setempat. Aktiviti hari keluarga ini secara tidak lengsung membolehkan setiap ahli masyarakat setempat dapat mengenali dan berkomunikasi dengan jiran tetangga dan warga sekolah. Jelaslah aktiviti hari keluarga yang diadakan dapat meneratkan perpaduan dan sekali gus menjayakan gagasan 1 Malaysia.

Aktiviti sukan juga dapat menyumbang pada kewujudan perpaduan di kalangan pelajar. Sukan adalahpenting untuk kesihatan tetapi pada masa yang sama ianya dapat mewujudkan perpaduan terutamanya di kalangan pelajar dan warga setempat amnya. Pada hari sukan, semua warga sekolah iaitu pelajar, guru dan kakitangan sekolah serta warga setempat akan terlibat dalam semua ativiti seperti menyiapkan padang, aktiviti permainan, perarakan, menghias khemah dan sebagainya. Aktiviti sebelum, semasa dan selepas sukan memerlukan kerjasama yang erat dari semua pihak untuk menjayakan sukan. Kejayaan sukan yang diadakan adalah hasil dari wujudnya perpaduan di kalangan pelajar, guru, kakitangan sekolah dan warga setempat tanpa mengira kaum, agama dan latar sosial.

Perpaduan juga ditekankan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Pembinaan negara bangsa sangat ditekankan oleh kerajaan untuk dilaksanakan kerana melaluinya perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ,agama dan bangsa dapat diperkukuhkan. Pelan rancangan ini seiring dan dapat merealisasikan matlamat pendidikan untuk perpaduan bangsa Malaysia. Masyarakat yang berbilang bangsa dapat saling mengenali dan berinteraksi antara satu sama lain dengan baik melalui sistam pendidikan yang ada. Memperksakan sekolah adalah satu teras strategic untuk membantu kea rah mewujudkan perpaduan terutamanya di kalangan pelajar sekolah.

Program anak angkat merupakan satu rancangan pertukaran pelajar untuk sesuatu aktiviti yang boleh menjurus kepada pembentukan perpaduan di kalangan pelajar. Program anak angkat ini melibatkan pelajar tanpa mengira kaum, agama, bangsa dan latar sosial dan negara. Program anak angkat ini dijalankan oleh pihak sekolah ke Thailand, Singapura, Brunai dan sebagainya. Tujuannya adalah agar pelajar dapat mengetahui dan mengenali cirri-ciri kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat. Maka, denga ini wujudnya persefahaman dan perpaduan di antara pelajar denga penduduk setempat yang dilawati. Di samping itu, pelajar dapat mengadaptasikan cara kehidupan yang dilihat untuk mewujudkan perpaduan.

Selain itu, perpaduan kaum di kalanga pelajar dan masyarakat dapat diwujudkan menerusi kepelbagaian budaya. Kita sedia maklum bahawa rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai kaum, maka terdapatlah pelbagai kebudayaan. Inilah yang dikatakan keunikan Malaysia. Walaupun pelbagai rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza, namun apabila perkara berkaitan kebudayaan dapat diterima oleh semua. Sebagai contohnya, apabila ada majlis meraikan tetamu kehormat atau orang kenamaan atau menteri berkunjung ke sesuatu tempat, persembahan kebudayaan diadakan. Persembahan kaum ini lebih kepada bentuk tarian sesuatu kaum. Tarian singa, tarian kipas dan tarian piring dipersembahkan oleh masyarakat Cina. Tarian Masyarakat India pula dengan tarian Kollattam dan Bharatanatiam. Tarian Inang dan tarian Zapin adalah sinonim dengan masyarakat Melayu. Tetapi masa kini, tarian oleh masyarakat Cina disertai oleh masyarakat India dan Melayu. Begitu juga dengan tarian masyarakat India dan Melayu disertai oleh masyarakat lain. Maka ini menunjukkan bahawa perpaduan dapat dibentuk dengan kebudayaan yang ada. Kepelbagaian kebudayaan ini bukanlah satu penghalang untuk rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama, bangsa dan latar belakang bersatu padu atau mewujudkan perpaduan.

Kesimpulan yang dapat diperkatakan ialah, usaha untuk mewujudkan perpaduan terutamanya di kalangan pelajar adalah perlu diberi perhatian yang serius. Ini adalah kerana sekolah adalah tempat mendidik dan pelajar adalah harapan masa hadapan. Sekolah merupakan unit yang terpenting dalam sistem pendidikan kita bagi mewujudkan perpaduan. Kegagalan di sekolah, khasnya di peringkat rendah akan menyebabkan kegagalan yang berterusan di peringkat menengah dan seterusnya universiti. Oelh itu, semua pihak perlulah bekerjasama dalam memastikan perpaduan dapat dicapai di Negara kita, Malaysia. Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah bersama-sama menjayakan Gagasan 1 Malaysia seperti yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Kelemahan-kelemahan yang wujud umpama barah yang akan merebak dan menjadi semakin besar serta boleh menyebabkan perpecahan dalam masyarakat. Jika ini terjadi, maka ianya perlukah diselesaikan dengan segera dan berhemah dalam menanganinya. Seluruh masyarakat perlu bersatupadu berganding bahu seiring dengan usaha murni kerajaan melalui dasar-dasar dan perancangan untuk mencapai matlamat perpaduan. Kualiti pendidikan yang sempurna serta hubungan masyarakat yang harmoni dan bersatupadu menjadi teras kejayaan yang akan menjadikan Malaysia sebuah Negara maju dan seterusnya dapat merealisasikan Wawasan 2020.BIBLIOGRAFI

1. Abu Bakar Nordin. 1994. Refirmasi Pendidikan dalam Menghadapi Cabaran 2020. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kula Lumpur

2. Atan Long. 1984. Pendidikan dan Pendidikan. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

3. Dr Mohammed Yusoff Ismail. 2011. Masyarakat dan Tamadun. OUM. Selangor4. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). 2003. Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Pendidikan Moral. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

5. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). 2010(a). Sekolah Wawasan di Malaysia: Konsep, Cabaran dan Pelaksanaan. KPM. Putra Jaya.

7