2
Tutorial 2 Kod Etika Kaunselor menjadi landasan kepada semua kaunselor dalam melaksanakan tugas mereka. analisis secara kritikal kesignifikanan Kod Etika kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Dalam kaunseling, seorang kaunselor mestilah seorang yang profesional dalam kerjayanya. Tapi seorang kaunselor mestilah mempunyai etikanya untuk menjaganya daripada sebarang ancaman. Etika adalah perlakuan yang piawai yang berdasarkan kepada set nilai consensus . Setiap kaunselor yang profesional haruslah beretika dalam kerjaya yang dipegangnya. Dalam pekerjaan menjadi seorang kaunselor, etika perlulah diterapkan kepada ahli-ahli kaunselor. Kod Etika ini bertujuan untuk menyediakan satu garis panduan bagi kaunselor dan juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada piawaian perlakuan kaunselor. Kod Etika ini menggariskan piawaian perlakuan dalam menjalin perhubungan professional dengan klien, rakan-rakan kaunselor, majikan, individu dan profesion lain serta masyarakat keseluruhannya. Ia juga merangkumi etika perlakuan yang piawai mengenai tatalaku yang sesuai dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang kaunselor. Comb (1969) menyatakan bahawa kaunselor yang berkesan dengan tidak berkesan adalah berlandaskan kepada kepercayaan peribadi dan sifat-sifat tersendiri sebagai kaunselor. Kepercayaan yang ada pada kaunselor yang digunakan untuk membantu orang lain adalah sesuatu yang berkesan dan kaunselor yang berjaya dianggap oleh kliennya sebagai individu yang boleh diharap dan dipercayai. Secara keseluruhannya dapatlah dikatakan bahawa kod dan etika kerahsiaan yang wujud itu bertujuan menjaga kebajikan dan keselamatan kaunselor dan juga klien di sekolah . Seperti ungkapan Parker C. (1966) dalam buku Proses Kaunseling menyatakan beliau menyokong bahawa kaunselor harus peka terhadap kliennya di samping mempunyai kesedaran betapa pentingnya mengawal dan menjaga rahsia kaunseling mereka. Kod Etika juga berasaskan kepada nilai- nilai utama perkhidmatan kaunseling dan memberi penekanan terhadap penghargaaan kendiri, dignity dan keunikan individu termasuk hak-hak dan peluang- peluang

Tutorial 2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Citation preview

Page 1: Tutorial 2

Tutorial 2

Kod Etika Kaunselor menjadi landasan kepada semua kaunselor dalam

melaksanakan tugas mereka. analisis secara kritikal kesignifikanan Kod Etika

kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

Dalam kaunseling, seorang kaunselor mestilah seorang yang profesional

dalam kerjayanya. Tapi seorang kaunselor mestilah mempunyai etikanya untuk

menjaganya daripada sebarang ancaman. Etika adalah perlakuan yang piawai yang

berdasarkan kepada set nilai ‘consensus’. Setiap kaunselor yang profesional

haruslah beretika dalam kerjaya yang dipegangnya. Dalam pekerjaan menjadi

seorang kaunselor, etika perlulah diterapkan kepada ahli-ahli kaunselor.

Kod Etika ini bertujuan untuk menyediakan satu garis panduan bagi kaunselor

dan juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap

menyeleweng daripada piawaian perlakuan kaunselor. Kod Etika ini menggariskan

piawaian perlakuan dalam menjalin perhubungan professional dengan klien, rakan-

rakan kaunselor, majikan, individu dan profesion lain serta masyarakat

keseluruhannya. Ia juga merangkumi etika perlakuan yang piawai mengenai tatalaku

yang sesuai dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang kaunselor.

Comb (1969) menyatakan bahawa kaunselor yang berkesan dengan tidak

berkesan adalah berlandaskan kepada kepercayaan peribadi dan sifat-sifat

tersendiri sebagai kaunselor. Kepercayaan yang ada pada kaunselor yang

digunakan untuk membantu orang lain adalah sesuatu yang berkesan dan

kaunselor yang berjaya dianggap oleh kliennya sebagai individu yang boleh diharap

dan dipercayai. Secara keseluruhannya dapatlah dikatakan bahawa kod dan etika

kerahsiaan yang wujud itu bertujuan menjaga kebajikan dan keselamatan kaunselor

dan juga klien di sekolah. Seperti ungkapan Parker C. (1966) dalam buku Proses

Kaunseling menyatakan beliau menyokong bahawa kaunselor harus peka terhadap

kliennya di samping mempunyai kesedaran betapa pentingnya mengawal dan

menjaga rahsia kaunseling mereka.

Kod Etika juga berasaskan kepada nilai- nilai utama perkhidmatan kaunseling

dan memberi penekanan terhadap penghargaaan kendiri, dignity dan keunikan

individu termasuk hak-hak dan peluang- peluang mereka. Ia juga berasaskan

kepada profesion kaunseling itu sendiri yang mengutamakan nilai- nilai murni.

Page 2: Tutorial 2

Tutorial 2

Apabila menghadapi situasi yang memerlukan intervensi, kaunselor di

sekolah hendaklah menunaikan tanggungjawab etika dengan memberi

pertimbangan berasaskan kepada kesemua prinsip yang terkandung dalam Kod

Etika dengan memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang baik kepada

klien.

Etika ini juga penting bagi memberi perkhidmatan bersifat membaikan dan

memulihkan atau mengorientasikan pelajar yang menghadapi masalah peribadi,

pelajaran, kerjaya dan sosial di sekolah agar mampu menghadapi atau mengatasi

masalah-masalahnya. Dengan bimbingan kaunselor, pelajar tersebut dapat mencari

arah dan matlamat yang hendak dicapai dengan usaha sendiri.

Kaunselor juga berperanan untuk memberi perkhidmatan pencegahan. Hal ini

amat penting bagi mengelakkan pelajar di sekolah daripada terlibat dalam perbuatan

salah laku, tidak berdisiplin dan lain-lain seperti gensterisme, ponteng kelas atau

sekolah, merokok, membuli rakan dan sebagainya.

Etika dalam profesion kaunseling adalah sangat penting dalam diri seorang

kaunselor di sekolah. Sebagai kaunselor, seseorang itu perlu sentiasa bersedia

untuk melakukan kaunseling. Perkhidmatan kaunseling tidak akan mencapai taraf

professional sekiranya kaunselor tidak bersandar kepada kod-kod etika yang ada

bertujuan mengawal tingkahlaku ahli-ahlinya. Kaunselor di sekolah perlu sentiasa

mengamalkan kod etika supaya menjadi seorang pembimbing dan penasihat yang

baik kepada orang lain yang menghadapi masalah ataupun sesorang yang

berkemampuan memberikan khidmat kaunseling.