Upload
vuphuc
View
283
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
TEKS UCAPAN DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
OLEH KAUNSELOR HJ. MASBAH DATO’ HJ. MOHD TAHA
TIMBALAN PENGARAH BAHAGIAN PERKHIDMATAN PSIKOLOGI
9 JULAI 2003
Terimakasih
Puan Pengerusi majlis,
Yang Berbahagia
Tan Sri Jamaluddin bin Hj. Ahmad Damanhuri
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia,
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokaatuh,
Dan salam sejahtera
1. Bagi pehak semua warga Bahagian Perkhidmatan Psikologi
khususnya dan warga JPA amnya saya terlebih dahulu ingin
mengalu-ngalukan kehadiran Yang Berbahagia Tan Sri ke
Majlis Perhimpunan Bulanan JPA pada kali ini yang dihostkan
oleh Bahagian Perkhidmatan Psikologi walaupun Tan Sri
sendiri sarat dengan program-program lainnya.
1
2. Sesungguhnya kesudian Y.Bhg Tan Sri hadir di majlis
perhimpunan ini akan menjadi pencetus kepada semangat dan
motivasi semua warga JPA untuk terus menjadi warga
cemerlang.
3. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan
ucapan ribuan terimakasih di atas kepercayaan yang Tan Sri
berikan kepada saya sebagai Timbalan Pengarah BPPs untuk
berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan pada kali ini.
Sesungguhnya kesempatan ini adalah amat bererti kepada
saya khususnya dan Bahagian Perkhidmatan Psikologi amnya
untuk berkongsi idea dan pengalaman dan adalah didoakan
agar kita semua mendapat menafaat darinya.
4. Yang Berbahagia Tan Sri,
Tajuk atau tema yang saya pilih untuk diucapkan pada
perhimpunan kali ini ialah PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL: KE ARAH WARGA JPA CEMERLANG. Untuk
tujuan itu saya dengan penuh hormat dan takzim memohon izin
untuk berucap kepada hadirin dan hadirat yang lainnya. Mohon
saya Tan Sri!!
2
Yang Berbahagia
Dato’ Ismail bin Adam Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
(Pembangunan)
Yang Berbahagia
Dato’ Hj. Zakaria bin Mohd Taib Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)
Y. Bhg. Dato’-Dato’, Datin-Datin,
Pengarah-Pengarah Bahagian,
Timbalan-Timbalan Pengarah,
Pegawai-Pegawai yang baru melapor diri,
Serta semua warga JPA yang dihormati sekelian,
11. Sekali lagi saya ingin merakamkan rasa besar hati
dan terimakasih kami di atas kesudian Dato’-Dato’ dan
sekelian hadirin memenuhi auditorium ini untuk sama-
sama berkumpul menyertai perhimpunan bulanan yang
dihostkan oleh Bahagian Perkhidmatan Psikologi.
12. Tema yang dipilih bersempena dengan
perhimpunan bulan Julai ini adalah menyentuh aspek-
aspek psikologikal mengenai Penjagaan Kesihatan Mental, yang mencangkupi elemen-elemen mental sakit, mental celaru, mental sehat dan yang terbaru
dikatakan “tiada mental.” Di kesempatan yang terbatas
3
ini, saya juga akan menyentuh aspek-aspek kaedah
menjaga kesihatan mental, dari perspektif psikologi dan
Agama Islam sendiri.
Hadirin yang dihormati
13. Selaras dengan perkembangan semasa, kita semua
perlu berbangga dan bersyukur kepada Allah kerana
Malaysia mempunyai sebuah organisasi Perkhidmatan
Awam seperti JPA yang mempunyai Pengurusan Sumber
Manusia yang terbaik dalam mengharungi kepesatan
tanpa mengabaikan elemen-elemen psikologikal dan
keinsanan.
14. Sepertimana yang kita semua maklum, tuntutan dan
harapan stake-holder dan pengurusan tertinggi terhadap
perlunya kita semua menjadi warga cemerlang adalah
tinggi sekali. Kita bukan sahaja dituntut menjadi
cemerlang, warga gemilang, warga serba boleh, multi skilling, berdisiplin, menghadapi dan mengadaptasi nilai murni, malah selaras dengan pelaksanaan Sistem
Saraan Malaysia, kita juga akan dinilaikan sama ada
cukup berkompetensi atau sebaliknya.
15. Saya rasa tuan-tuan bersetuju dengan saya
bahawa semua tuntutan berkenaan dengan mudah dapat
4
dilaksanakan jika mental kita sihat. Bagaimanapun jelas
kepada kami, bahawa ramai diantara kita yang
mengabaikan kesihatan mental dan jika adapun sign atau symptom gejala berkenaan, ianya dibiarkan begitu
sahaja kerana mengganggapnya sebagai remeh temeh
dan tidak penting. Justeru, sebagai pengamal ilmu
psikologi dan kaunseling kami dapat meramalkan dan
merasakan ramai diantara kita mengalami gejala simptom
kesihatan mental seperti cepat marah, murung, stress, memencil diri, menyombong diri, bersikap angkuh, malas, tidak berdisiplin, melanggar peraturan, datang lewat bekerja, ponteng kerja, merokok di tempat yang dilarang, prestasi kerja rendah, tidak boleh ditegor, cepat melenting, lembab, lembam dan 1001 macam lagi gejala kesihatan mental.
16. Dalam disiplin ilmu psikologi kaunseling mahupun
bidang perubatan moden, tidak ada istilah orang gila, crazy people ataupun mad people. Yang ada ialah
orang yang berpenyakit mental atau cacat akal.
Kaunselor dan ahli psikologi mampu dan memang tugas
mereka merawat dan membantu pesakit atau individu
yang bermasalah tetapi bukan berelemenkan
psikopatologi. Makna yang mudah ialah mereka masih
waras dan masih siuman. Manakala tugas psikiatrist ialah
merawat dan membantu pesakit-pesakit yang dikenali
sebagai pesakit mental atau mental illness patients.
5
17. Kita semua sedia maklum bahawa perkembangan
teknologi yang pesat telah banyak membantu pengurusan
organisasi dalam mengurus sumber manusia. Namun
demikian, masih terdapat elemen tertentu yang tidak
petah ditangani oleh teknologi terkini. Elemen yang
dimaksudkan adalah Penjagaan Kesihatan mental bagi
setiap individu.
18. Justeru itu, disinilah dilihat betapa pentingya konsep
“Penjagaan Kesihatan Mental: Ke Arah Warga JPA Yang
Cemerlang” perlu diambil perhatian yang sewajarnya oleh
semua warga JPA. Ini adalah kerana kejayaan dan
kecemerlangan sesebuah organisasi itu bergantung
kepada usaha dan komintmen yang menyeluruh dari
setiap warga kerjanya tidak kira dari pegawai sokongan
ataupun atasan yanag mentalnya sehat.
Hadirin yang dihormati 19. Dari segi psikologi, definisi Kesihatan Mental
adalah ditakrifkan sebagai individu yang mempunyai
tahap kestabilan emosi yang sempurna, yang ditandai
dengan kemampuan memberikan respons dan
tindakbalas yang positif terhadap rangsangan
persekitaran. Jelas di sini bahawa kesihatan mental itu
mempunyai kaitan yang rapat dengan keupayaan
6
seseorang individu di dalam menangani aspek-aspek
pengurusan emosi, kognitif dan tinglakunya.
10. Sebut sahaja emosi, terbayang di kepala kita
perasaan seperti gembira, riang, suka dan seronok. Itu
adalah sekadar contoh beberapa emosi berbentuk positif.
Emosi yang berbentuk negatif berkait rapat dengan
fenomena tekanan hidup antaranya ialah bimbang, takut, cemas, sedih,gementar dan marah.
11. Secara amnya, kesejahteraan yang seimbang
merangkumi aspek-aspek seperti berikut:
a. Emosi
b. Fizikal
c. Sosial
d. Intelektual
e. Persekitaran
f. Budaya dan
g. Spiritual-
Penjagaan kesihatan mental dari aspek Spiritual atau
kerohanian disini bermaksud menghayati konsep
ketaqwaan kepada Allah SWT. Ini termasuklah redho,
sabar, syukur, kenal Allah dengan yakin dan
mengharapkan rahmatNya. Kita berdoa sepanjang
7
masa untuk dihindarkan dugaan, kerana kita memang
tidak mampu diduga. Berdoalah.
Sebagai insan kerdil, kita dituntut oleh agama untuk
bersifat sabar, bersyukur, bersifat taat, bersifat benar,
amanah, berani, belas ehsan, berakhlak mulia, berikhtiar,
bertaqwa, bertawakkal, menepati janji dan bersifat
tawadhu’.
Seterusnya kita dituntut membanteras sifat-sifat
mazmumah seperti berkata-kata yang tidak perlu, kata-
kata batil dan mengejek, melafazkan kata-kata cabul dan
laknat, bergurau senda yang berlebihan, fitnah dan
mengadu domba, berbantahan dan bertengkar, berjanji
dan bersumpah dusta, bersifat munafiq, berdendam,
berhasad dengki dan bersifat riak. Sementara itu,
penjagaan kesihatan mental dari aspek psikologi pula
meliputi perkara-perkara seperti:
a. Merasa senang dengan diri sendiri seperti
bersikap realistik, menghormati diri sendiri,
bertolak ansur, boleh mengawal perasaan dan
menyukai kerja sambilan;
b. Merasa selesa dengan orang lain iaitu seperti
saling mempercayai, merasa diri sebahagian
dari kumpulan atau kelompok,
bertanggungjawab, tidak mengambil
8
kesempatan terhadap orang lain dan
menjalinkan hubungan yang baik dan
bekekalan;
c. Mampu menghadapi cabaran seharian seperti
menggunakan kebolehan sendiri, menerima
pengetahuan dan pengalaman baru secara
terbuka, menetapkan matlamat yang sesuai,
boleh menerima tanggungjawab dan berpuas
hati setelah mengusahakan yang terbaik.
12. Disinilah dapat dilihat betapa pentingnya konsep
penjagaan kesihatan mental diberi perhatian yang
sewajarnya oleh semua warga JPA. Ini adalah kerana
kejayaan dan kecemerlangan sesebuah organisasi itu
bergantung kepada usaha dan komitmen yang
menyeluruh dari setiap warga kerjanya.
13. Individu yang mengalami masalah dalam
memberikan tindakbalas terhadap persekitaran akan
mengalami bentuk gangguan kejiwaan. Gangguan
kejiwaan boleh jadi dalam bentuk mengasingkan diri,
tertekan, sepi , sunyi dan hampa. Dalam pada itu , akan
sampai pada tahap penyakit jiwa yang kronik yang
disebut sebagai schizofrenia atau simptom paranoid.
Pada tahap ini individu biasanya akan memberikan tindak
balas yang melampau terhadap rangsangan
persekitarannya, seperti marah atau takut yang
9
keterlaluan. Individu yang mengalami gangguan jiwa
seperti ini sebenarnya adalah dalam keadaan kecelaruan
mental atau mental disorders. Oleh itu adakah kita
menaruh harapan ke atas indiviedu seumpama ini untuk
memberi sumbangan bernas kepada perkhidmatan
awam?
Hadirin sekelian,
15. Warga Cemerlang Tunggak Kejayaan. Tidak kiralah
besar atau kecil manapun sesebuah organisasi itu
sekiranya setiap anggotanya bersikap jujur, amanah,
dedikasi, berwawasan dan berkomitmen tinggi sudah
tentu pengurusan dan perjalanan sesebuah organisasi itu
akan bergerak dengan lancar. Dan untuk memastikan
tercapainya matlamat serta objektif ini di sinilah
pentingnya Penjagaan Kesihatan Mental kepada semua
warga Jabatan Perkhidmatan Awam.
Hal yang demikian adalah kerana Penjagaan Kesihatan Mental
amat berkait rapat dengan aspek kecerdasan emosi (emotional
intelligence) dan kompetensi emosi (emotional competence).
Kecerdasan emosi merupakan faktor penentu keupayaan seseorang
10
untuk belajar dan mengamalkan 5 kemahiran utama iaitu kesedaran
diri (self awareness), motivasi, pengurusan kendiri, empati, dan
adaptasi dalam perhubungan. Kompetensi emosi pula merupakan
keupayaan untuk mempelajari sesuatu untuk menghasilkan satu
pencapaian dan prestasi yang terbaik.
16. Pun begitu terdapat beberapa halangan dan cabaran dari segi
Psikologi dalam membentuk warga yang cemerlang secara
menyeluruh. Dalam satu kajian oleh Bahagian Psikologi mengenai
persepsi terhadap faktor penghalang warga cemerlang, yang
dilakukan terhadap warga JPA yang mengikuti kursus induksi,
pegawai-pegawai kaunselor dan peserta seminar kaunseling era
globalisasi, kami dapat merakamkan ratusan dapatan kajian yang
saya ringkaskan seperti berikut:
a. Tidak tidak professional
b. Bos pilih kasih
c. Malas
d. Takut dengan cabaran
e. Tekanan dari pegawai
f. Masalah peribadi
11
g. Tiada keyakinan diri
h. Kurang ilmu
i. Masalah rumahtangga
j. Tidak suka dengan bos
Untuk makluman hadirin dapatan berkenaan belum
dipastikan kesahan dan kebolehpercayaannya.
Bagaimanapun persepsi awal amat penting untuk
membantu kami membangunkan kaedah penyelidikan
yang lebih saintifik di masa hadapan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Salah satu aspek penjagaan kesihatan mental yang perlu dititikberat
ialah bagaimana kita menguruskan emosi kita. Menguruskan emosi
bermakna mengetahui emosi diri dan merancang bagaimana ianya
perlu diluahkan. Perluahan perasaan itu akan dapat menepati apa
yang dikehendaki dan selaras pada masa dan situasinya. Ini akan
menghasilkan satu suasana lebih terkawal dan tidak akan
merosakkan persekitaran. Dalam konteks ini kita perlu
menggabungkan pengurusan emosi dengan pengurusan kognitif bagi
12
mendapatkan satu keputusan atau pertimbangan terbaik untuk
dijelmakan dalam tingkah laku kita.
Apa yang unik dengan emosi adalah ianya banyak berkait dengan
persekitaran.Tercetusnya sesuatu emosi akibat sekitaran dan cara
kita meluahkan emosi juga memberi kesan kepada persekitaran. Di
sinilah bermula proses interaksi atau hubungan interpersonal, proses
yang banyak memberi makna dalam kehidupan seharian. Sekiranya
interaksi itu dilakukan dengan baik iaitu melalui pengurusan emosi
yang betul maka ia menghasilkan suasana kondusif yang dapat
mempertingkat motivasi kepada semua pihak. Sekiranya ini berlaku
maka seseorang itu bukan sahaja akan mendapat kepuasan hidup
tetapi mampu merangsang suasana dan persekitaran untuk
menghasilkan produktiviti terbaik.
Ramai kita tidak menyedari bahawa kita mempunyai hak-hak asertif
yang tidak boleh diganggu gugat, yang mana ia merupakan satu
kaedah mendidik kita memantapkan kesihatan mental dan bersikap
tegas dan mempunyai jadi diri. Pakar psikologi menamakannya
sebagai Hak-Hak Asertif yang boleh diaplikasikan dalam membentuk
13
interaksi yang positif di samping penjagaan emosi diri yang mantap,
mengandungi 11 elemen iaitu :
i. Hak untuk bertindak dalam tatacara yang boleh
meningkatkan tahap kendiri dan rasa hormat selagi mana
ianya tidak melanggar tatasusila yang dibenarkan;
ii. Hak untuk dilayan secara terhormat;
iii. Hak untuk mengatakan tidak tanpa berasa bersalah;
iv. Hak untuk merasai pengalaman dan meluahkan
perasaan;
v. Hak untuk berfikir secara mendalam mengenai sesuatu
perkara dalam tempoh masa yang sesuai;
vi. Hak untuk mengubah fikiran;
vii. Hak untuk meminta apa yang dihajati;
viii. Hak untuk tidak melakukan sesuatu yang berada luar
dari keupayaan individu terbabit;
ix. Hak untuk bertanyakan dan mendapatkan sesuatu
informasi;
x. Hak untuk membuat kesilapan dan
xi. Hak untuk merasa bangga tentang diri sendiri.
14
Maka di sinilah, Bahagian Perkhidmatan Psikologi berusaha untuk
menjalankan peranan dan tanggungjawab Psikologikal dalam
membantu warga JPA khususnya ke arah warga yang cemerlang dan
produktif. Usaha-usaha ini cuba digembleng melalui 6 dimensi dasar
Bahagian kami iaitu :-
(i) Pengurusan Dan Dasar Psikologikal;
(ii) Pembangunan Psikologikal;
(iii) Penyelidikan Psikologikal;
(iv) Kaunseling;
(v) Khidmat Runding; dan
(vi) Pembangunan Psikososial;
Hadirin yang saya muliakan,
Kalau dilihat dari penubuhan Bahagian Perkhidmatan Psikologi ,
boleh dikatakan ianya masih agak baru dan merupakan anak kedua
bongsu dari semua bahagian di JPA ini selepas HRMIS. Pun begitu,
telah banyak aktiviti dan program yang telah dilaksanakan oleh
bahagian ini dalam usaha membantu, memberi kemahiran , input dan
latihan kepada warga JPA menerusi khidmat bimbingan dan
kaunseling, program Summer Camp, kursus untuk anak-anak warga
15
JPA yang menghadapi peperiksaan, DCFT (team building), ujian-
ujian Psikologi dan baru-baru ini sahaja, bahagian kami telah
menganjurkan dua program penting iaitu Bengkel Pengurusan
Keganasan Rumahtangga dan Seminar Kaunseling Era Globalisasi
Dalam Perkhidmatan Awam.
Menerusi perkhidmatan kaunseling khususnya, kami sentiasa
bersedia menerima klien dengan hati terbuka dengan penuh
penghormatan dan cuba membantu mereka menyelesaikan
permasalahan yang dihadapi. Kaunseling merupakan paksi utama
untuk mengharmoni dan melahirkan satu wadah ataupun wahana
bagi matlamat sesuatu organisasi. Dalam konteks kehidupan masa
kini, aktiviti dan penglibatan kaunseling bukan sahaja terdiri daripada
golongan professional tetapi juga golongan yang bukan professional.
Penglibatan ini memang penting bagi membolehkan individu
mendapat celik akal malah seterusnya dapat hidup dalam keadaan
yang menggembirakan dan penuh bahagia.
15. Justeru jika tuan-tuan masih merasakan masih
waras, janganlah gusar untuk mendapat perkhidmatan
kaunseling samada melalui media bersemuka, emel
mahupun bersurat. Begitupun seorang kaunselor ataupun
16
psikologis, masih mampu membuat diagnostik bahawa
kliennya tidak sehat otaknya melalui ujian psikometrik dan
mereka ini akan dirujuk kepada psikiatris untuk rawatan
lanjut.
Isu-isu psikososial dan patologi social kian menggugat
kehidupan masyarakat Malaysia masa kini seperti
sumbang mahram, bohsia, mengandung di luar nikah dan
sebagainya. Isu kekeluargaan dan kewanitaan seperti kes
keganasan rumahtangga dan penderaan juga adalah
merupakan cabaran terkini dalam perkhidmatan
kaunseling. Pada tahun 2002 sahaja, terdapat sebanyak
2755 kes keganasan rumahtangga di seluruh negara.
Masalah ini bukan sahaja menjadi kebimbangan
masyarakat umum tetapi juga menjadi kegusaran kepada
kerajaan dan stake holders.
Di JPA sendiri khususnya “ Skim Saraan Malaysia”
adalah merupakan isu dan cabaran kepada kita di mana
ia sering menimbulkan stress bukan sahaja kepada
pegawai dan kakitangan yang mengambil peperiksaan
17
atau menghadiri kursus tetapi juga kepada pegawai yang
mengendalikan Penilaian Tahap Kecekapan itu sendiri.
Justeru , di sinilah peranan kaunselor amat penting dalam
menangani isu-isu tersebut di mana kaunselor perlu
mempunyai kemahiran dan kompetensi tertentu untuk
berhadapan dengan cabaran di era globalisasi ini seperti
generic competency, functional competency dan
specialized competency.
BPPs telah mengatur strategi untuk menangani isu
sedemikian. Langkah rawatan secara proaktif juga turut
dilaksanakan oleh bahagian ini di mana kami ada
menyediakan perkhidmatan De Stress Centre, Ujian
Tekanan Darah, Psychological Health dan pengendalian
kaunseling kelompok yang memaparkan unsur Curative
Factors. Antaranya ialah :
i. Kesejagatan ( Universality ) : Orang lain menghadapi
atau mengalami masalah yang serupa
18
ii. Menyemai Harapan (Instillation of Hope ) : Penyemaian
sebegini penting dalam melakukan tugasan/kerja secara
positif dan merasakan terdapat satu jalan penyelesaia0n
iii. Penyampaian Maklumat (Imparting Information) :
Dengan berkongsi maklumat cara
penyelesaian/penyembuhan; Apa harus dilakukan dan
peringkat-peringkat urutan yang diperlukan;
iv. Altruism : Cara membantu orang lain; tempat menerima
dan memberi pertolongan. “Membantu orang lain” adalah
pendekatan Terapi;
v. Rumusan Pembetulan terhadap perkara berkait
dengan Keluarga: Kegiatan kumpulan membantu dan
menyediakan persekitaran menyokong klien bagi
membuat pembetulan kepada unsur negatif dan
kekeluargaan;
vi. Membangun Teknik sosialisasi: bersama-sama orang
lain; bercakap dan mendengar.
vii. Meniru/melakukan Tingkahlaku yang berjaya.
viii. Pembelajaran interpersonal: Mempelajari kehidupan ini
tidak sentiasa seperti yang kita harapkan;
19
ix. Kekitaan : Memahami apa yang kita sebut dan buat
adalah penting untuk orang lain;
x. Catarsis : Menyelami perasaan, kelegaan;
xi. Faktor-faktor kewujudan : Sedar kita berbeza dari segi
Filosofi hidup. Kita faham kita tidak dapat mengawal
semua benda/perkara. Penghujungnya, kita adalah diri
kita dan mesti menerima hakikatnya dan mesti
menyesuaikannya.
Adalah menjadi harapan kami agar warga JPA
memanfaatkan sepenuhnya program yang telah
disediakan ini.
Hadirin sekelian,
Secara kesimpulannya, usaha yang padu dan
menyeluruh serta komitmen yang tinggi amatlah
diperlukan dalam sama-sama memastikan warga JPA
mencapai tahap kesihatan mental yang optimum dan
terbaik.
20
21
Sebelum saya berundur, saya memohon mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua pehak yang
telah membantu bahagian kami melaksanakan pehimpunan pagi ini
khususnya kepada Pengarah Bahagian Latihan kerana
membenarkan anakbuahnya berpadu suara dalam kumpulan koir
kami, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber
Manusia kerna turut mengizinkan warganya melapangkan masa dan
tenaga membantu kami, kepada warga BPPs sendiri dan semua
hadirin yang sudi menjayakan majlis pada pagi ini.
Yang Berbahagia Tan Sri,
Demikian sahaja ucapan saya pada pagi ini, dan bagi pehak warga
BPPs saya sekali mengucapkan jutaan terimakasih kerna memberi
kepercayaan kepada bahagian kami untuk menjayakan perhimpunan
bulanan JPA bulan Julai 2003. Mohon maaf di atas kelemahan dan
keterlanjuran kami. Sekian, wabillahi taufik, wahidayah wassalam
mualaikum warohmatullahi wabarokaatuh.
Terimakasih.
Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. 070703