Upload
truonghuong
View
287
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
1
UCAPAN PERASMIAN
YBHG. DATO ABDUL FATTAH
ABDULLAH
PRESIDEN ANGKASA
2
MAJLIS PERASMIAN HARI WANITA
DESA ANTARABANGSA (HWD)
2018
“SEMINAR PESONA WANITA”
7 DISEMBER 2018 (JUMAAT)
3
KINTA RIVERFRONT HOTEL & SUITES
IPOH, PERAK
Bismilahirrahmanirahim
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh Dan Salam Sejatera
4
(SALUTATION PENUH AKAN
DIBERIKAN PADA SEBELUM MAJLIS
PERASMIAN)
Yang Dihormati Saudara
Pengacara Majlis
5
Ketua-Ketua Jabatan
Pegawai-Pegawai Kanan
ANGKASA, Datuk-Datuk dan
Datin-Datin, Dif-Dif Jemputan,
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang
Saya Hormati Sekalian.
6
1. Marilah kita bersama-sama
memanjatkan rasa kesyukuran
yang tidak terhingga ke hadrat
Ilahi kerana dengan limpah kurnia
dan rahmat-Nya pada hari
berbahagia ini dapat kita sama-
sama berhimpun di dewan yang
7
indah ini bagi menjayakan Hari
Wanita Desa Antarabangsa 2018
– Seminar Pesona Wanita.
2. Seperti yang semua maklum,
majlis ini merupakan acara
tahunan anjuran ANGKASA yang
8
mendapat pengiktirafan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu. Pelbagai tema
diketengahkan setiap tahun yang
menjurus kepada peranan wanita
dalam koperasi sebagai tanda
kedudukan tersendiri golongan
9
wanita yang jelas mengiktiraf
peranan wanita dalam proses
perubahan yang berlaku di
seluruh dunia. Ini secara tidak
langsung mengangkat martabat
wanita ke satu tahap yang lebih
tinggi. Wanita adalah makhluk
10
yang unik, indah dan menawan
yang dicipta Allah dengan penuh
keistimewaan.
3. Dalam Al-Qur’an banyak
diceritakan perihal wanita
bahkan ada surah khusus untuk
11
wanita iaitu surah An-Nisa’. Islam
itu indah dan amat menyukai
perkara-perkara yang indah.
Islam tidak melarang kecantikan,
keindahan dan hiburan, malah
menyuruh umat Islam supaya
bersenang-lenang dan hidup
12
dengan penuh aman damai.
Dalam beberapa hadis baginda
Rasullah S.A.W. ada menyebut
bahawa baginda amat
menyenangi wanita, bauan
harum dan perkara-perkara yang
menghiburkan keluarga.
13
4. ALLAH S.W.T. berfirman
(dengan maksudnya): “Dihiasi di
dunia itu (pada pandangan
manusia) dengan kecintaan
pada wanita.” (Ali Imran: 14).
Bahkan di dalam Al-Quran, Allah
SWT menjanjikan kepada orang
14
lelaki yang beriman dan beramal
soleh dengan ganjaran Syurga
dan bidadari sebagai peneman
bagi menggalakkan mereka
beribadah. Bidadari merupakan
wanita yang sempurna sifatnya
dan teramat cantik jasadnya
15
serta dipenuhi dengan segala ciri
keperluan yang merupakan
idaman kaum lelaki.
5. Sebagai Presiden ANGKASA,
saya amat berbesar hati dan
berbangga dengan usaha
16
berterusan dan penghargaan
yang diberikan oleh ANGKASA
melalui Jawatankuasa Wanita di
peringkat negeri dengan
penganjuran sambutan
seumpama ini. Selain hari wanita
desa, ANGKASA melalui
17
jawatankuasa wanitanya sentiasa
merangka program-program
khusus untuk wanita yang diharap
mampu memberi nilai tambah
seterusnya melonjakkan potensi
golongan wanita khususnya
18
warga koperator agar setanding
dengan koperator lelaki.
Hadirin dan Hadirat Yang
Dihormati Sekalian
19
6. Di Malaysia, populasi wanita
telah menjangkau lebih 15.3 juta
orang dari keseluruhan populasi
iaitu sebanyak 32.4 juta orang.
Statistik SKM sehingga Jun 2018
menunjukkan 2.5 juta dari 6.1 juta
anggota koperasi adalah
20
koperator wanita. Manakala
sebanyak 229 buah koperasi atau
1.6% dari jumlah 14,094 koperasi
di seluruh negara adalah adalah
100% golongan wanita. Ini tidak
termasuk koperasi yang mana
keanggotaannya adalah majoriti
21
dari golongan wanita. Jadi tidak
keterlaluan jika saya katakan
bahawa koperator wanita antara
penyumbang utama kepada
ekonomi koperasi serta menjadi
tulang belakang gerakan
koperasi di negara ini.
22
7. Golongan wanita bukan
setakat menjadi suri dalam rumah
tangga semata. Kini wanita turut
diberi peluang sama rata sama
ada dalam bidang pendidikan
mahupun pekerjaan. Semuanya
berdiri dan duduk sama tinggi
23
dan sama-sama penting dalam
memajukan ekonomi keluarga
dan negara. Wanita adalah multi-
tasker yang hebat dengan
peranan sebagai ibu, isteri, anak,
pekerja, malahan turut bergelar
usahawan berjaya.
24
8. Dalam gerakan koperasi pula,
golongan wanita merupakan
pengguna setia dan tenaga kerja
utama sektor ini. Aktiviti koperasi
banyak digerakkan oleh tenaga
wanita yang kebanyakannya
25
terlibat dalam pentadbiran dan
kewangan koperasi.
9. ”Pesona Wanita ” yang
diketengahkan pada kali ini
mencakupi pelbagai aspek
penilaian kepada personaliti
26
seseorang wanita. Seimbang dari
pelbagai segi meliputi ruang
cakup emosi, pendidikan, agama,
kesihatan, sosio-ekonomi dan
pelbagai lagi. Wanita yang sihat
emosi dan fizikalnya mampu
menjadi perancang kepada
27
ekonomi keluarga dan
membawa bukan sahaja
keluarga mencapai taraf hidup
yang lebih baik bahkan menjadi
penggerak kepada ekonomi
masyarakat dan negara. Wanita
yang berjaya bukan saja
28
mempunyai sokongan dan
penghormatan tinggi daripada
orang sekeliling malahan wanita-
wanita berjaya ini pasti memiliki
aura dan karakter tersendiri yang
menjadikan mereka begitu
dikagumi. Penceramah motivasi
29
terkenal, Azizan Osman turut
menyenaraikan beberapa
karakter untuk menjadi wanita
luar biasa seperti perwatakan
positif, mampu mengharungi
cabaran, pemikiran yang cergas,
30
berhati lembut dan mempunyai
matlamat.
Hadirin dan Hadirat Yang
Dihormati Sekalian
31
10. Pelantikan Datuk Seri Dr. Wan
Azizah Ismail sebagai Timbalan
Perdana Menteri (TPM) wanita
yang pertama di Malaysia
dijangka mampu mengukuhkan
lagi kedudukan wanita dalam
politik arus perdana negara ini.
32
Kedudukan tinggi wanita dalam
pentadbiran kerajaan akan
membolehkan isu-isu wanita yang
dipandang sepi sebelum ini
dapat didengari dan diselesaikan
secara tuntas. Ini merupakan
33
perkembangan yang amat positif
kepada wanita seluruh negara.
11. Berdasarkan kepada
Laporan Perangkaan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat 2016,
35.6% wanita terbabit dalam
34
pengurusan tertinggi kerajaan,
13.2% wanita dilantik sebagai
anggota pentadbiran manakala
20.3% wanita dilantik menjadi Ahli
Dewan Negara. Statistik ini boleh
dijadikan penanda aras bagi
koperator wanita di seluruh
35
Malaysia agar mereka termasuk
antara golongan yang
dinyatakan pada masa hadapan.
Ini kerana, ANGKASA pada
dasarnya membuka banyak
peluang kepimpinan serta
mengharapkan koperator wanita
36
mampu berdaya saing dalam
pembangunan koperasi dengan
merebut peluang-peluang dalam
lapan sektor utama koperasi
antaranya sektor pemborongan
peruncitan, pertanian,
37
perladangan, hartanah, komuniti
dan kewangan.
Hadirin dan Hadirat Yang
Dihormati Sekalian
38
12. Pengumuman belanjawan
kerajaan bagi tahun 2019 baru-
baru dilihat mampu memberi
sinar baru kepada golongan
wanita dan peluang tersebut
seharusnya bijak direbut. Tujuan
kerajaan merangka dasar ini
39
adalah untuk menggalakkan
wanita kembali bekerja dengan
menyediakan banyak
kemudahan khusus untuk wanita
seperti memperuntukkan RM10
juta untuk tambahan 50 Taman
Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di
40
bangunan kerajaan bagi
membantu meredakan kerisauan
ibu bekerja untuk menempatkan
anak-anak mereka semasa waktu
kerja.
41
13. Selain itu kerajaan turut akan
menggalakkan penglibatan
golongan wanita di peringkat
pembuat keputusan di sektor
swasta kerana hanya 23.2%
wanita menjadi ahli Lembaga
Pengarah bagi 100 syarikat
42
utama yang tersenarai di Bursa
Malaysia. Oleh itu, syarikat swasta
disaran untuk meningkatkan
penglibatan wanita di peringkat
pembuat keputusan, ke arah
mencapai sasaran 30%
menjelang tahun 2020. Ini adalah
43
dasar-dasar kerajaan yang patut
golongan wanita pertimbangkan
demi mempelbagaikan karakter
seseorang wanita itu agar
menjadi super women kepada
negara.
44
14. Untuk menjadi idola, seorang
wanita pesona mestilah memiliki
ciri-ciri individu yang baik untuk
mendukung watak harian yang
dibawa agar boleh membawa
pengaruh sihat dalam
masyarakat. Individu yang baik
45
zahir dan batin pasti akan
mempesonakan orang lain.
Setiap insan yang dikasihi Tuhan
pasti akan turut dikasihi oleh
makhluk-makhluk-Nya.
Adakalanya kita melihat wanita
yang hodoh, tidak cantik dan
46
tidak menarik, namun kebaikan
hatinya kadangkala boleh
meninggalkan kesan di hati
setiap individu yang
mengenalinya.
47
Hadirin dan Hadirat Yang
Dihormati Sekalian
15. Sebagai mengakhiri ucapan,
saya sekali lagi mengucapkan
terima kasih kepada semua
peserta dan hadirin sekalian.
48
Gunakanlah peluang yang diberi
ini dengan sebaik-baiknya untuk
menambahkan pengetahuan
dan saling bertukar-tukar idea
supaya pengalaman yang dilalui
dapat dikongsi demi kebaikan
bersama. Tangan yang
49
menghayun buaian mampu
menggoncang dunia.
Dengan lafaz suci
Bismillahirrahmanirahim saya
dengan sukacitanya merasmikan
50
Hari Wanita Desa Antarabangsa
2018 – Seminar Pesona Wanita ini.
Sekian, terima kasih.
Wabillahitaufiq Walhidayah,
assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.