54
UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 500 AKTA JUALAN LANGSUNG DAN SKIM ANTI PIRAMID 1993 Incorporating latest amendment - Act A1379 of the year 2010

UNDANG-UNDANG MALAYSIA - rr.mpc.gov.myrr.mpc.gov.my/data/lic-legal-2014-01-10-11-03-26.pdf · UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 500 AKTA JUALAN LANGSUNG DAN SKIM ANTI PIRAMID 1993 Incorporating

Embed Size (px)

Citation preview

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

Akta 500

AKTA JUALAN LANGSUNG

DAN SKIM ANTI PIRAMID 1993

Incorporating latest amendment - Act A1379 of the year 2010

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA 500

AKTA JUALAN LANGSUNG DAN SKIM ANTI-PIRAMID 1993

_____________ SUSUNAN SEKSYEN

_____________

Tajuk Panjang & Mukadimah

BAHAGIAN I - PERMULAAN

Seksyen 1. Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian Seksyen 2. Tafsiran Seksyen 3. Pengawal, Timbalan Pengawal, dsb.

BAHAGIAN II - KEHENDAK SUPAYA MENDAPATKAN LESEN UNTUK MENJALANKAN PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG

Seksyen 4. Perniagaan jualan langsung hendaklah dijalankan hanya dengan lesen Seksyen 5. Pengemukaan permohonan untuk mendapatkan lesen Seksyen 6. Pemberian atau keengganan memberikan lesen Seksyen 7. Perniagaan jualan langsung yang berkenaan dengannya lesen tidak boleh diberikan Seksyen 8. Pembatalan lesen Seksyen 9. Pengenaan had sebagai ganti pembatalan lesen Seksyen 10. Kuasa untuk mengenakan syarat baru dan untuk mengubah atau membatalkan syarat Seksyen 11. Notis pembatalan lesen, pengenaan had atau pengubahan, pembatalan atau pengenaan syarat baru Seksyen 12. Penyerahan balik lesen Seksyen 13. Larangan ke atas penjalanan perniagaan jualan langsung apabila lesen dibatalkan, habis tempoh, atau diserahkan balik Seksyen 14. Pemberikuasaan untuk menjalankan aktiviti selepas pembatalan Seksyen 15. Pindaan atau perubahan dokumen konstituen pemegang lesen Seksyen 16. Rayuan terhadap keputusan Pengawal

BAHAGIAN III - JUALAN PINTU KE PINTU DAN JUALAN PESANAN POS DAN JUALAN MELALUI TRANSAKSI ELEKTRONIK

Seksyen 17. Bertandang ke mana-mana premis bagi maksud merundingkan jualan pintu ke pintu Seksyen 18. Orang yang merundingkan jualan pintu ke pintu hendaklah menunjukkan kad

pengenalan dan kad kuasa Seksyen 19. Jualan pesanan pos Seksyen 19A. Jualan melalui transaksi elektronik. Seksyen 20. Kandungan iklan dalam jualan pesanan pos Seksyen 21. Kesalahan jika memberikan maklumat palsu dalam iklan Seksyen 22. Barang-barang hendaklah tersedia untuk diperiksa

BAHAGIAN IV - KONTRAK JUALAN LANGSUNG

Seksyen 23. Kehendak kontrak jualan langsung Seksyen 24. Kandungan kontrak jualan langsung

BAHAGIAN V - TEMPOH BERTENANG DAN PENAMATAN

Seksyen 25. Barang-barang atau perkhidmatan tidak boleh dihantarserahkan atau dilaksanakan dalam tempoh bertenang Seksyen 26. Penamatan kontrak Seksyen 27. Efek penamatan

BAHAGIAN VA - LARANGAN SKIM PIRAMID

Seksyen 27A. Tafsiran berhubungan dengan Bahagian ini Seksyen 27B. Menyalahi undang-undang untuk mempromosikan atau menjalankan skim piramid

BAHAGIAN VI - PENGUATKUASAAN

Seksyen 28. Penyataan jawatan Seksyen 29. Penggeledahan dan penyitaan dengan waran Seksyen 29A. Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran Seksyen 29B. Penolong Pengawal boleh membawa orang lain Seksyen 29C. Capaian kepada data berkomputer Seksyen 29D. Senarai benda yang disita Seksyen 30. Kuasa untuk menangkap Seksyen 31. Penghalangan pegawai Seksyen 32. Waran boleh diterima walau apa pun kecacatan, dsb. Seksyen 33. Kuasa penyiasatan Seksyen 33A. Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes Seksyen 33B. Pemeriksaan orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes Seksyen 33C. Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan Seksyen 34. Pendakwaan. Seksyen 35. Pelucuthakan harta, dsb Seksyen 36. Tiada kos atau ganti rugi boleh didapati berbangkit daripada penyitaan Seksyen 36A. Kos memegang harta, dsb., yang disita

BAHAGIAN VII - PELBAGAI

Seksyen 37. Terma kontrak tertentu dilarang Seksyen 38. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan, dsb. Seksyen 39. Penalti am Seksyen 40. Pengkompaunan kesalahan Seksyen 41. Bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan Seksyen 42. Kuasa untuk memberikan pengecualian Seksyen 43. Perlindungan Pengawal, Timbalan Pengawal, Penolong Pengawal dan pegawai lain Seksyen 43A. Perlindungan kepada pemberi maklumat Seksyen 44. Peraturan-peraturan Seksyen 45. Pindaan Jadual

JADUAL

NOTA. Akta A1379

SENARAI PINDAAN

PERATURAN-PERATURAN

Tajuk Panjang & Mukadimah

Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi pelesenan orang yang menjalankan perniagaan jualan langsung, bagi larangan skim atau perkiraan piramid, skim atau perkiraan pengedaran berantai, atau apa-apa skim atau perkiraan yang serupa dengannya,bagi pengawalseliaan penjualan langsung, dan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.

[Pinda. Akta A1379: s. 2] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

BAHAGIAN I – PERMULAAN

Seksyen 1. Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian

(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan tarikh yang berlainan boleh ditetapkan bagi mula berkuat kuasanya peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

[Pinda. Akta A1379: s. 3]

(2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia dan hanya berkenaan dengan- (a) rundingan yang dijalankan selepas tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, yang membawa kepada pembentukan kontrak jualan langsung; dan (b) kontrak jualan langsung yang dibuat selepas mula berkuat kuasanya Akta ini, walaupun rundingan yang membawa kepada pembentukan kontrak itu mungkin telah berlangsung sebelum tarikh itu.

(3) Akta ini tidak terpakai (a) jika pembeli atau bakal pembeli ialah suatu pertubuhan perbadanan; (b) bagi apa-apa kontrak insurans dan insurans semula yang dikeluarkan oleh seseorang penanggung insurans yang didaftarkan di bawah *Akta Insurans 1963 [Akta 89]; dan (c) bagi apa-apa kontrak takaful dan takaful semula yang dikeluarkan oleh seseorang pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 [Akta 312].

(4) Peruntukan Akta ini tidak menjejaskan Akta Sewa Beli 1967 [Akta 212], Akta Jualan Barang 1957 [Akta 382], Akta Kontrak 1950 [Akta 136] dan Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dan jika ada percanggahan di antara peruntukan Akta ini dengan peruntukan mana-mana Akta itu, peruntukan Akta ini hendaklah dipakai.

Seksyen 2. Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain- "barang-barang" ertinya tiap-tiap jenis harta alih selain hak dalam tindakan, surat cara boleh niaga, syer, debentur dan wang; "ditetapkan" ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan; “elektronik” ertinya teknologi yang menggunakan elektrik, optik, magnetik, elektromagnetik, biometrik, photonik atau teknologi lain yang seumpama;

[Masuk. Akta A1379: s. 6(a)]

“harta” ertinya tiap-tiap perihalan harta alih atau harta tak alih, sama ada yang ketara atau tidak ketara dan termasuklah suatu kepentingan mengenai mana- mana harta alih atau harta tak alih itu, hak dalam tindakan, surat cara boleh niaga dan wang;

[Masuk. Akta A1379: s. 6(b)] "iklan" termasuklah tiap-tiap bentuk pengiklanan (sama ada atau tidak disertakan dengan atau berkaitan dengan perkataan lisan atau bertulis atau tulisan atau bunyi lain dan sama ada atau tidak terkandung atau dikeluarkan dalam sesuatu penerbitan) melalui pempameran notis atau dengan menggunakan katalog, senarai harga, label, kad atau dokumen atau bahan lain atau melalui pertunjukan filem sinematograf atau gambar atau fotograf, atau dengan menggunakan radio atau televisyen, atau dengan apa-apa cara lain; "jualan langsung" ertinya jualan dari pintu ke pintu, jualan pesanan pos atau jualan melalui transaksi elektronik mengikut pengertian Akta ini;

[Pinda. Akta A1379: s. 6(c)] “jualan melalui transaksi elektronik” ertinya jualan barang-barang atau perkhidmatan secara elektronik dengan menggunakan rangkaian pemasaran bagi maksud untuk mendapatkan komisen, bonus atau apa-apa faedah ekonomi yang lain;

[Pinda. Akta A1379: s. 6(d)] "jualan pesanan pos" ertinya jualan barang-barang atau perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang, sama ada sendiri atau melalui mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya, dengan menerima tawaran bagi kontrak jualan melalui pos atau apa-apa kaedah penghantaran yang lain termasuk secara elektronik;

[Pinda. Akta A1379: s. 6(e)] "jualan pintu ke pintu" ertinya jualan barang-barang atau perkhidmatan yang dijalankan dengan cara yang berikut:

(a) seseorang atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya- (i) pergi dari satu tempat ke satu tempat selain suatu tempat perniagaan yang tetap; atau (ii) membuat panggilan telefon,

mencari orang yang bersedia untuk membuat kontrak sebagai pembeli bagi penjualan barang atau perkhidmatan; dan (b) orang yang mula-mula disebut itu atau mana-mana orang lain selepas itu atau kemudiannya membuat perundingan dengan bakal pembeli dengan tujuan mewujudkan kontrak itu;

"Menteri" ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna; "pembeli" ertinya orang yang kepadanya barang-barang atau perkhidmatan dibekalkan atau akan dibekalkan di bawah sesuatu kontrak dan, jika hak orang itu berpindah melalui kuat kuasa undang-undang, termasuklah orang yang sekarang ini berhak kepada hak itu; "Pengawal", "Timbalan Pengawal" dan "Penolong Pengawal" masing-masing ertinya Pengawal Jualan Langsung, Timbalan Pengawal Jualan Langsung dan Penolong Pengawal Jualan Langsung yang dilantik di bawah seksyen 3; "penjual" ertinya orang yang membekalkan atau bersetuju untuk membekalkan barang-barang atau perkhidmatan di bawah sesuatu kontrak dan, jika hak orang itu berpindah melalui kuat kuasa undang-undang, termasuklah orang yang sekarang ini berhak kepada hak itu; "peraturan-peraturan" ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; "perkhidmatan" termasuklah apa-apa jenis hak atau faedah kecuali pembekalan barang-barang dan pelaksanaan kerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan, dan sebutan mengenai perkataan “perkhidmatan” dalam Akta ini hendaklah berhubungan dengan jualan langsung dan skim piramid;

[Pinda. Akta A1379: s. 6(f)] "tempat perniagaan tetap" ertinya-

(a) berhubungan dengan penjualan barang-barang, tempat di mana penjual biasanya menjalankan perniagaan atau tempat di mana barang-barang daripada perihal yang dengannya jualan itu berhubungan, atau barang-barang yangserupa perihalnya, biasanya ditawarkan atau dipamerkan untuk jualan dalam perjalanan perniagaan yang dijalankan di tempat itu; (b) berhubungan dengan penjualan perkhidmatan, tempat dimana penjual menjalankan perniagaan;

"tempoh bertenang" ertinya tempoh sepuluh hari yang bermula pada hari selepas tarikh pembuatan sesuatu kontrak jualan langsung. Seksyen 3. Pengawal, Timbalan Pengawal, dsb.

(1) Menteri boleh melantik, daripada kalangan pegawai awam, seorang Pengawal Jualan Langsung dan sekian bilangan Timbalan Pengawal Jualan Langsung, Penolong Pengawal Jualan Langsung dan pegawai lain sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini.

(2) Pengawal hendaklah, tertakluk kepada arahan dan kawalan am Menteri, melaksanakan kewajipan yang dikenakan ke atasnya dan menjalankan hak dan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini dan peraturan-peraturan. (3) Timbalan Pengawal, Penolong Pengawal dan pegawai lain yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah berada di bawah arahan dan kawalan Pengawal. (4) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (5), seseorang Timbalan Pengawal boleh melaksanakan segala kewajipan yang dikenakan ke atas dan menjalankan segala hak dan kuasa yang diberikan kepada Pengawal di bawah Akta ini. (5) Kewajipan yang hendak dilaksanakan dan hak dan kuasa yang hendak dijalankan oleh Pengawal di bawah seksyen 6, 8, 9, 10, 11, 13 dan 14 hendaklah dilaksanakan dan dijalankan oleh Pengawal sendiri. (6) Pengawal atau Timbalan Pengawal boleh melaksanakan segala kewajipan yang dikenakan ke atas dan menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Penolong Pengawal di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan. (7) Semua pegawai yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

BAHAGIAN II - KEHENDAK SUPAYA MENDAPATKAN LESEN UNTUK MENJALANKAN

PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG

Seksyen 4. Perniagaan jualan langsung hendaklah dijalankan hanya dengan lesen

(1) Tertakluk kepada seksyen 14 dan 42, tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa perniagaan jualan langsung melainkan jika ia suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan memegang lesen yang sah yang diberikan di bawah seksyen 6. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh-

(a) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan, bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua juta ringgit; (b) jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

[Pinda. Akta A1379: s. 7(a)(b)(c)]

(3) Jika seseorang, yang menjadi pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa itu yang lain dalam pertubuhan perbadanan itu, pekongsi dalam perkongsian itu atau pemegang jawatan dalam pertubuhan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan,melakukan kesalahan di bawah seksyen ini menurut kuasa seksyen 38, dia boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan di bawah perenggan (2)(b).

[Pinda. Akta A1379: s. 7(d)] Seksyen 5. Pengemukaan permohonan untuk mendapatkan lesen

(1) Sesuatu permohonan untuk mendapatkan lesen bagi menjalankan perniagaan jualan langsung yang disebutkan dalam seksyen 4 hendaklah dibuat dengan mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Pengawal berserta dengan-

(a) satu salinan memorandum dan perkara persatuan atau dokumen konstituen lain yang di bawahnya pemohon telah ditubuhkan, yang ditentusahkan dengan sewajarnya melalui akuan berkanun yang dibuat oleh seorang pengarah pemohon itu; (b) satu salinan kunci kira-kira teraudit, akaun untung rugi dan laporan, jika ada, juruaudit dan pengarah pemohon itu, jika berkenaan, yang terbaru; (c) suatu pernyataan tentang-

(i) nama, tempat dan tarikh penubuhan pemohon itu; (ii) nama, tempat dan tarikh penubuhan perbadanan berkaitannya; (iii) perniagaan utama dan bidang operasi pemohon dan perbadanan berkaitannya; (iv) nama dan alamat pengarah pemohon itu dan perbadanan berkaitannya, dan nama dan alamat pemegang syer substansial, mengikut pengertian seksyen 69D Akta Syarikat 1965, pemohon itu dan perbadanan berkaitannya; dan (v) skim pemasaran dan perdagangan atau skim pemasaran dan perdagangan dicadangkan pemohon itu berkenaan dengan perniagaan itu; dan

(d) apa-apa maklumat atau dokumen lain yang dinyatakan oleh Pengawal bagi maksud memutuskan permohonan itu dan menentukan kesesuaian pemohon itu untuk mendapat lesen.

(2) Bagi maksud subperenggan (1)(c)(iv), sebutan mengenai suatu syarikat di bawah seksyen 69D Akta Syarikat 1965 hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk suatu syarikat persendirian. (3) Pada bila-bila masa selepas menerima sesuatu permohonan dan sebelum permohonan itu diputuskan, Pengawal boleh, dengan notis bertulis, menghendaki supaya pemohon atau mana-mana orang yang menjadi atau akan menjadi pengarah atau pengurus pemohon itu memberikan maklumat atau dokumen tambahan.

(4) Perkara yang dinyatakan di bawah perenggan (1)(d) atau kehendak di bawah subseksyen (3) boleh berbeza di antara pemohon yang berlainan, atau pemohon daripada golongan, kategori atau perihal yang berlainan. (5) Sesuatu permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan itu diluluskan atau ditolak. (6) Jika apa-apa maklumat atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak diberikan oleh pemohon atau pengarah atau pengurusnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam masa yang dinyatakan dalam kehendak itu atau apa-apa perlanjutan masa itu yang diberikan oleh Pengawal, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak boleh terus diuruskan, tetapi tanpa menjejaskan pembuatan permohonan baru dibuat oleh pemohon. (7) Mana-mana orang yang memberikan maklumat atau dokumen yang palsu atau mengelirukan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Seksyen 6. Pemberian atau keengganan memberikan lesen

(1) Apabila sesuatu permohonan berserta dengan dokumen dan maklumat yang dikehendaki di bawah seksyen 5 diterima, Pengawal boleh memberikan lesen, dengan atau tanpa syarat, atau dia boleh enggan memberikan lesen tanpa memberi apa-apa sebab bagi keengganan itu. (2) Pengawal boleh, pada memberikan lesen di bawah subseksyen (1), menghendaki pemohon membayar apa-apa amaun fi yang ditetapkan. (3) Bagi maksud subseksyen (2), fi yang berlainan boleh ditetapkan berkenaan dengan golongan, kategori atau perihal pemohon yang berlainan. (4) Mana-mana pemegang lesen yang tidak mematuhi mana-mana syarat lesen yang dikenakan oleh Pengawal di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

[Masuk. Akta A1379: s. 8]

Seksyen 7. Perniagaan jualan langsung yang berkenaan dengannya lesen tidak boleh diberikan [Padam. Akta A1379: s. 9] Seksyen 8. Pembatalan lesen

(1) Pengawal boleh membatalkan sesuatu lesen yang diberikan di bawah seksyen 6 jika dia berpuas hati bahawa-

(a) pemegang lesen itu telah gagal mematuhi apa-apa obligasi yang dikenakan ke atasnya oleh atau di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan; (b) pemegang lesen itu telah melanggar apa-apa syarat yang dikenakan di bawah lesen itu, atau apa-apa peruntukan lain lesen itu, atau apa-apa peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan, tanpa mengira bahawa tidak ada pendakwaan bagi kesalahan berkenaan dengan pelanggaran itu;

(c) pemegang lesen atau mana-mana orang yang menjadi atau akan menjadi pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa itu yang lain dalam pemegang lesen itu telah, sama ada berkaitan dengan permohonan bagi mendapatkan lesen, atau pada bila-bila masa selepas pemberian lesen itu, memberikan maklumat yang palsu,mengelirukan atau tidak tepat kepada Pengawal; (d) kepentingan orang yang berurusan dengan pemegang lesen atau kepentingan pembelinya terancam dengan apa-apa cara, sama ada dengan cara pemegang lesen itu menjalankan atau bercadang hendak menjalankan perniagaannya atau kerana apa-apa sebab lain; (e) pemegang lesen telah berhenti menjalankan mana-mana satu atau lebih bidang perniagaan yang baginya ia dilesenkan; (f) suatu kompromi atau perkiraan dengan pemiutang telah dibuat berkenaan dengan pemegang lesen itu; (g) seorang penerima atau pengurus perniagaan pemegang lesen itu telah dilantik; atau (h) milikan telah diambil, oleh atau bagi pihak pemegang mana-mana debentur yang bercagarkan gadaian, akan mana-mana harta pemegang lesen itu yang terkandung dalam atau tertakluk kepada gadaian itu.

(2) Pengawal hendaklah membatalkan sesuatu lesen yang diberikan kepada pemegang lesen di bawah seksyen 6 jika dia berpuas hati bahawa-

(a) suatu perintah penggulungan telah dibuat terhadap pemegang lesen itu; atau (b) suatu resolusi bagi penggulungan sukarela pemegang lesen itu telah diluluskan.

Seksyen 9. Pengenaan had sebagai ganti pembatalan lesen

(1) Jika Pengawal berpuas hati bahawa ada alasan yang membolehkan kuasanya untuk membatalkan lesen dijalankan di bawah subseksyen 8(1) tetapi hal keadaan tidaklah sedemikianrupa sehingga mewajarkan pembatalan, Pengawal boleh mengehadkan lesen itu dengan-

(a) mengenakan apa-apa batasan ke atas jangka masa lesen itu sebagaimana yang difikirkannya patut; (b) mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya wajar atau suai manfaat bagi melindungi pembeli atau bakal pembeli atau orang lain yang berurusan dengan pemegang lesen itu; atau (c) mengenakan kedua-dua batasan dan syarat itu.

(2) Sesuatu batasan ke atas jangka masa sesuatu lesen tidak boleh sedemikian rupa sehingga membenarkan lesen itu terus berkuat kuasa selama suatu tempoh lebih lama daripada satu tahun dari tarikh batasan itu dikenakan; dan batasan itu boleh khususnya dikenakan dalam sesuatu hal apabila Pengawal berpendapat bahawa pemegang lesen patut dibenarkan membayar pembelinya atau orang lain yang berurusan dengannya dengan cara yang teratur.

(3) Syarat yang dikenakan di bawah seksyen ini boleh, khususnya- (a) menghendaki pemegang lesen mengambil langkah tertentu atau tidak menggunakan atau meneruskan sesuatu bentuk tindakan atau mengehadkan skop perniagaannya mengikut sesuatu cara tertentu; atau (b) melarang pemegang lesen membuat apa-apa transaksi atau golongan transaksi, atau membenarkannya membuat transaksi sedemikian tertakluk kepada apa-apa had atau syarat sebagaimana yang dinyatakan.

(4) Apa-apa syarat yang dikenakan di bawah seksyen ini boleh diubah atau dibatalkan oleh Pengawal dan apa-apa batasan yang dikenakan di bawah seksyen ini ke atas jangka masa lesen boleh diubah tetapi tidak sehingga membenarkan lesen itu terus berkuat kuasa selama tempoh lebih lama daripada tempoh yang diperuntukkan dalam subseksyen (2). (5) Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan di bawah seksyen ini hendaklah menjadi alasan bagi pembatalan lesen tetapi tidak menidaksahkan apa-apa transaksi. Seksyen 10. Kuasa untuk mengenakan syarat baru dan untuk mengubah atau membatalkan syarat

Pengawal boleh pada bila-bila masa mengenakan syarat baru ke atas sesuatu lesen yang diberikan di bawah seksyen 6, atau mengubah atau membatalkan apa-apa syarat yang dikenakan ke atas lesen itu di bawah seksyen 6 atau di bawah seksyen ini, atau boleh mengubah atau membatalkan apa-apa syarat yang sudah sedia diubah di bawah seksyen ini. Seksyen 11. Notis pembatalan lesen, pengenaan had atau pengubahan, pembatalan atau pengenaan syarat baru

(1) Tertakluk kepada seksyen 12, jika Pengawal bercadang-

(a) untuk membatalkan sesuatu lesen di bawah seksyen 8; (b) untuk mengehadkan sesuatu lesen di bawah seksyen 9 atau mengubah apa-apa had atau syarat di bawah seksyen itu; atau (c) untuk mengubah atau membatalkan apa-apa syarat, atau mengenakan apa-apa syarat baru di bawah seksyen 10, dia hendaklah memberikan pemegang lesen itu notis bertulis tentang niatnya untuk berbuat demikian, dengan menyatakan jenis tindakan yang dicadangkan dan alasan yang berdasarkannya dia bercadang mengambil tindakan sedemikian, dan dia hendaklah memberi pemegang lesen peluang untuk membuat representasi bertulis mengenainya dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian notis itu.

(2) Selepas habis tempoh empat belas hari yang tersebut dalam subseksyen (1) dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh pemegang lesen di bawah subseksyen itu, Pengawal hendaklah memutuskan-

(a) sama ada hendak meneruskan tindakan yang dicadangkan itu;

(b) sama ada tidak akan mengambil tindakan selanjutnya; (c) jika tindakan yang dicadangkan itu adalah untuk membatalkan lesen pemegang lesen itu, sama ada hendak mengehadkan lesen itu, sebagai ganti, di bawah seksyen 9; atau (d) jika tindakan yang dicadangkan adalah untuk mengehadkan lesen itu di bawah seksyen 9, atau untuk mengubah apa-apa had di bawah seksyen 9, atau untuk mengubah sesuatu syarat di bawah seksyen 10, sama ada untuk mengehadkan atau mengubah had atau untuk mengubah syarat itu dengan cara yang berlainan.

(2A) Walau apa pun subseksyen (2), jika tiada representasi dibuat oleh pemegang lesen selepas habis tempoh empat belas hari dari tarikh penyampaian notis di bawah subseksyen (1), Pengawal boleh memutuskan untuk meneruskan tindakan yang dicadangkan di bawah subseksyen (1).

[Masuk. Akta A1379: s. 10(a)]

(3) Pengawal hendaklah memberi pemegang lesen notis bertulis tentang keputusannya di bawah subseksyen (2) atau (2A), dan keputusan itu hendaklah mula berkuat kuasa dari tarikh notis bertulis itu disampaikan kepada pemegang lesen itu.

[Pinda. Akta A1379: s. 10(b)] Seksyen 12. Penyerahan balik lesen

(1) Seseorang pemegang lesen boleh menyerahkan balik lesennya dengan menghantarnya kepada Pengawal bersama notis bertulis tentang penyerahan balik itu. (2) Penyerahan balik sesuatu lesen hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh Pengawal menerima lesen itu dan notis di bawah subseksyen (1) atau, jika suatu tarikh yang terkemudian dinyatakan dalam notis itu, pada tarikh terkemudian itu. (3) Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), jika suatu lesen dibatalkan, pemegang lesen itu hendaklah menyerahkan lesennya secara penyampaian ke diri kepada Pengawal dalam masa empat belas hari dari tarikh notis bertulis itu disampaikan kepada pemegang lesen di bawah subseksyen 11(3).

(4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh— (a) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit; (b) jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. (5) Jika seseorang, yang menjadi pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa itu yang lain dalam suatu pertubuhan perbadanan, pekongsi dalam suatu perkongsian atau pemegang jawatan dalam suatu pertubuhan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, melakukan kesalahan di bawah seksyen ini menurut kuasa seksyen 38, dia boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan di bawah perenggan (4)(b).

[Masuk. Akta A1379: s. 11]

Seksyen 13. Larangan ke atas penjalanan perniagaan jualan langsung apabila lesen dibatalkan, habis tempoh, atau diserahkan balik

Jika pembatalan sesuatu lesen yang diberikan di bawah seksyen 6 telah mula berkuat kuasa, atau tempoh yang dikenakan ke atas sesuatu lesen sebagai had di bawah seksyen 9 telah habis, atau suatu penyerahan balik di bawah seksyen 12 telah mula berkuat kuasa, syarikat yang kepadanya lesen itu telah diberikan hendaklah dengan itu serta-merta terhenti menjalankan apa-apa perniagaan yang berkenaan dengannya lesen itu telah diberikan. Seksyen 14. Pemberikuasaan untuk menjalankan aktiviti selepas pembatalan

Pengawal boleh, secara bertulis, memberi kuasa sesuatu syarikat yang lesennya telah dibatalkan untuk menjalankan aktivitinya selama tempoh yang dinyatakan oleh Pengawal dalam pemberikuasaan itu, tetapi hanya bagi maksud menggulung hal ehwalnya atau bagi maksud yang berfaedah kepada pembeli atau orang lain yang berurusan dengannya. Seksyen 15. Pindaan atau perubahan dokumen konstituen pemegang lesen

Tiap-tiap pemegang lesen hendaklah, dalam masa tiga bulan selepas pembuatan apa-apa pindaan atau perubahan kepada mana-mana dokumen konstituennya, memberi Pengawal butir-butir secara bertulis, yang ditentusahkan dengan sewajarnya melalui akuan berkanun yang dibuat oleh seorang pengarah pemegang lesen itu, tentang pindaan atau perubahan itu. Seksyen 16. Rayuan terhadap keputusan Pengawal

(1) Mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa keputusan Pengawal di bawah Bahagian ini boleh merayu kepada Menteri mengikut cara yang ditetapkan dalam masa satu bulan dari tarikh keputusan itu diberitahukan kepada orang itu. (2) Keputusan Menteri atas sesuatu rayuan di bawah subseksyen (1) adalah muktamad.

BAHAGIAN III - JUALAN PINTU KE PINTU, JUALAN PESANAN POS DAN JUALAN

MELALUI TRANSAKSI ELEKTRONIK

Seksyen 17. Bertandang ke mana-mana premis bagi maksud merundingkan jualan pintu ke pintu

(1) Tiada seorang pun boleh bertandang ke mana-mana premis bagi maksud merundingkan jualan pintu ke pintu pada hari dan di antara waktu yang ditetapkan. (2) Mana-mana orang yang bertandang ke mana-mana premis bagi maksud merundingkan jualan pintu ke pintu hendaklah dengan segera menyatakan maksud lawatannya sebelum memasuki premis itu dan hendaklah meninggalkan premis atas permintaan penghuni premis itu atau mana-mana orang yang bertindak dengan kuasa sebenar atau tersirat daripada penghuni itu.

(3) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan Seksyen 18. Orang yang merundingkan jualan pintu ke pintu hendaklah menunjukkan kad pengenalan dan kad kuasa

(1) Mana-mana orang yang merundingkan jualan pintu ke pintu hendaklah menunjukkan kepada bakal pembeli-

(a) kad pengenalan pendaftaran negaranya; dan (b) kad kuasanya yang hendaklah mengandungi apa-apa maklumat sebagaimana yang ditetapkan.

(2) Mana-mana orang yang gagal mengemukakan kad pengenalan pendaftaran negara atau kad kuasanya atau yang mengemukakan kad kuasa yang mengandungi apa-apa maklumat palsu atau yang mengelirukan melakukan suatu kesalahan. (3) Mana-mana orang yang mengeluarkan apa-apa kad kuasa yang mengandungi apa-apa maklumat palsu atau yang mengelirukan melakukan suatu kesalahan. Seksyen 19. Jualan pesanan pos

(1) Tiada seorang pun boleh membekalkan atau mengiklankan untuk membekalkan, melalui pesanan pos, apa-apa barang-barang atau perkhidmatan kecuali mengikut Akta ini atau peraturan-peraturan. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan Seksyen 19A. Jualan melalui transaksi elektronik.

(1) Tiada seorang pun boleh membekalkan secara jualan, atau mengiklankan untuk membekalkan, melalui transaksi elektronik, apa-apa barang-barang atau perkhidmatan kecuali mengikut Akta ini atau peraturan-peraturan. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

[Masuk. Akta A1379: s. 13] Seksyen 20. Kandungan iklan dalam jualan pesanan pos

(1) Sesuatu iklan oleh mana-mana orang untuk membekalkan barang-barang atau perkhidmatan melalui pesanan pos hendaklah mengandungi-

(a) nama dan nombor lesen orang itu; (b) alamat orang itu, yang tidak boleh merupakan suatu nombor peti surat; (c) nombor telefon orang itu; (d) perihal terperinci barang-barang yang ditawarkan atau perkhidmatan yang

hendak diberikan; (e) tempat dan masa suatu sampel barang-barang itu boleh diperiksa; (f) harga barang-barang atau perkhidmatan itu; (g) kos penghantarserahan, jika ada, dan cara penghantarserahan, barang-barang itu; dan (h) masa barang-barang atau perkhidmatan itu dapat dijangkakan akan dihantarserahkan atau dilaksanakan.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan. Seksyen 21. Kesalahan jika memberikan maklumat palsu dalam iklan

Mana-mana orang yang memberikan maklumat yang palsuatau mengelirukan dalam sesuatu iklan bagi pembekalan barang-barang atau perkhidmatan melalui pesanan pos melakukan suatu kesalahan. Seksyen 22. Barang-barang hendaklah tersedia untuk diperiksa

(1) Seseorang yang membekalkan barang-barang melalui pesanan pos hendaklah menyediakan suatu sampel barang-barang itu bagi pemeriksaan orang ramai di tempat dan pada masa sebagaimana yang dinyatakan dalam iklan itu. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

BAHAGIAN IV

KONTRAK JUALAN LANGSUNG

Seksyen 23. Kehendak kontrak jualan langsung

(1) Sesuatu kontrak berkenaan dengan jualan pintu ke pintu bagi pembekalan barang-barang atau perkhidmatan yang nilainya akan ditetapkan, dan sesuatu kontrak berkenaan dengan jualan pesanan pos-

(a) hendaklah secara bertulis; (b) hendaklah mengandungi, sebelum sahaja tempat yang diperuntukkan bagi tandatangan pembeli, pernyataan "KONTRAK INI TERTAKLUK KEPADA TEMPOH BERTENANG SELAMA SEPULUH HARI KERJA" yang dicetak dengan huruf besar dalam cetakan yang tidak kurang daripada 18 poin Times; dan (c) hendaklah ditandatangani oleh penjual dan pembeli kedua-duanya.

(2) Jika sesuatu kontrak berkenaan dengan jualan langsung dibuat oleh seseorang yang diberi kuasa oleh penjual, orang itu hendaklah disifatkan sebagai penjual bagi maksud seksyen ini.

(3) Seseorang pembeli yang membuat kontrak yang baginya subseksyen (1) terpakai hendaklah diberi salinan pendua selepas sahaja kontrak itu dibuat. (4) Kegagalan mematuhi subseksyen (1) hendaklah menjadikan kontrak itu batal. (5) Kegagalan mematuhi subseksyen (3) hendaklah menjadikan kontrak itu boleh dibatalkan atas pilihan pembeli. Seksyen 24. Kandungan kontrak jualan langsung

(1) Sesuatu kontrak berkenaan dengan jualan langsung hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:

(a) perihal terperinci barang-barang atau perkhidmatan yang hendak dibekalkan atau, jika kontrak itu membuat peruntukan bagi penjalanan kerja yang jenisnya dinyatakan, butir-butir terperinci kerja itu; (b) terma kontrak bagi kontrak itu, termasuk jumlah balasan yang kena dibayar atau diberikan oleh pembeli, atau jika jumlah balasan tidak dapat dipastikan pada masa kontrak itu dibuat, cara jumlah itu akan dikira; (c) masa, tempat dan cara pembayaran hendak dibuat; (d) masa dan tempat bagi penghantarserahan barang-barang atau bagi pelaksanaan perkhidmatan itu; dan (e) notis dalam bentuk yang ditetapkan yang memberitahu pembeli tentang haknya untuk menamatkan kontrak itu sebelum habis tempoh bertenang.

(2) Kegagalan mematuhi subseksyen (1) hendaklah menjadikan kontrak itu batal.

BAHAGIAN V

TEMPOH BERTENANG DAN PENAMATAN

Seksyen 25. Barang-barang atau perkhidmatan tidak boleh dihantarserahkan atau dilaksanakan dalam tempoh bertenang

(1) Kecuali dalam sesuatu hal apabila subseksyen (2) terpakai, tiada barang-barang boleh dihantarserahkan dan tiada perkhidmatan boleh dilaksanakan di bawah sesuatu kontrak berkenaan dengan sesuatu jualan langsung sehingga tempoh bertenang telah luput. (2) Jika seseorang pembeli, yang telah membuat kontrak berkenaan dengan sesuatu jualan langsung, telah menyampaikan suatu notis secara bertulis kepada penjual menghendaki penjual menghantarserahkan barang-barang atau melaksanakan perkhidmatan pada bila-bila masa sebelum habis tempoh bertenang, dia hendaklah disifatkan telah menepikan haknya untuk menamatkan kontrak itu di bawah seksyen 26. (3) Walau apa pun subseksyen (2), tiada notis di bawah subseksyen itu boleh disampaikan kepada penjual sebelum habis tempoh tujuh puluh dua jam dari masa kontrak itu dibuat.

(4) Tiada penjual atau orang lain boleh menerima apa-apa wang atau balasan lain daripada pembeli di bawah sesuatu kontrak yang dibuat di bawah Akta ini sebelum habis tempoh bertenang. (5) Mana-mana penjual atau orang lain yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Seksyen 26. Penamatan kontrak

(1) Seseorang pembeli yang telah membuat kontrak berkenaan dengan suatu jualan langsung boleh menamatkan kontrak itu dengan menyampaikan kepada penjual notis dalam bentuk yang ditetapkan pada bila-bila masa sebelum habisnya tempoh bertenang yang menyatakan niatnya untuk menamatkan atau menarik diri daripada kontrak itu. (2) Notis yang disebutkan dalam subseksyen (1) hendaklah disampaikan dengan menyerahkannya kepada penjual atau dengan menghantarnya melalui pos berdaftar kepada alamat yang dinyatakan dalam kontrak itu. (3) Jika notis diposkan mengikut subseksyen (2), notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada penjual apabila habisnya tempoh tiga hari dari tarikh notis itu diposkan. Seksyen 27. Efek penamatan

Jika notis penamatan telah diberikan menurut seksyen 26-

(a) kontrak yang berhubungan dengan notis itu hendaklah disifatkan telah ditamatkan dengan persetujuan bersama dan tidak pernah berkuat kuasa; dan (b) apa-apa kontrak gerenti yang berhubungan dengan kontrak itu hendaklah disifatkan tidak pernah berkuat kuasa.

BAHAGIAN VA

LARANGAN SKIM PIRAMID

Seksyen 27A. Tafsiran berhubungan dengan Bahagian ini

Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “mempromosikan”, berhubungan dengan skim piramid yang dilarang oleh Akta ini, ertinya— (a) mengikhtiarkan, menyediakan, mewujudkan, merancang, mengiklankan, mengendalikan atau menjalankan dengan menggunakan apa-apa perantaraan termasuk melalui transaksi elektronik; atau (b) mendorong atau cuba untuk mendorong orang lain untuk menjadi peserta dalam skim itu dengan menggunakan apa-apa perantaraan, termasuk melalui transaksi elektronik;

“orang” ertinya individu, pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan; “peserta” ertinya orang yang menyertai atau memperoleh faedah dalam suatu skim piramid; “skim piramid” ertinya apa-apa skim, perkiraan, pelan, pengendalian atau proses berantai yang mempunyai semua atau mana-mana ciri yang dinyatakan dalam Jadual.

[Masuk. Akta A1379: s. 14] Seksyen 27B. Menyalahi undang-undang untuk mempromosikan atau menjalankan skim piramid

(1) Tiada seorang pun boleh mempromosikan atau menyebabkan supaya dipromosikan sesuatu skim piramid. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh— (a) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak kurang daripada satu juta ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh juta ringgit dan, bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada sepuluh juta ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh juta ringgit; (b) jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak kurang daripada lima ratus ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada satu juta ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya. (3) Jika seseorang, yang menjadi pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa itu yang lain dalam suatu pertubuhan perbadanan, pekongsi dalam suatu perkongsian atau pemegang jawatan dalam suatu pertubuhan, mengikut mana-mana yang berkenaan, melakukan kesalahan di bawah seksyen ini menurut kuasa seksyen 38, dia boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan di bawah perenggan (2)(b).

[Masuk. Akta A1379: s. 14]

BAHAGIAN VI

PENGUATKUASAAN

Seksyen 28. Penyataan jawatan

Tiap-tiap pegawai yang dilantik di bawah Akta ini, apabila bertindak terhadap mana-mana orang di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan, hendaklah dengan serta-merta menyatakan jawatannya dan hendaklah, apabila diminta, menunjukkan, kepada orang yang terhadapnya dia bertindak itu, apa-apa kad kuasa sebagaimana yang diarahkan oleh Pengawal supaya dibawa oleh pegawai itu.

Seksyen 29. Penggeledahan dan penyitaan dengan waran

(1) Jika seseorang Majistret mendapati, berdasarkan maklumat bertulis atas sumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan sedang atau telah dilakukan di mana-mana premis, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa mana-mana Penolong Pengawal yang dinamakan dalam waran itu untuk memasuki premis itu pada bila-bila masa yang munasabah sama ada pada waktu siang atau waktu malam, dengan atau tanpa bantuan dan jika perlu dengan kekerasan. (2) Waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh memberi kuasa Penolong Pengawal itu untuk—

(a) menggeledah premis itu bagi, dan menyita apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer yang dengan semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu; (b) mengalihkan dari premis itu apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer yang disita di bawah perenggan (a) dan menahannya selama apa-apa tempoh yang difikirkan perlu oleh Penolong Pengawal itu; (c) memeriksa mana-mana orang yang berada di premis itu, jika Penolong Pengawal itu mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa orang itu mempunyai pada dirinya apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer, termasuk dokumen persendirian, yang dengan semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu dan menyita harta, dokumen atau data berkomputer itu; (d) mengalihkan daripada orang yang diperiksa di bawah perenggan (c) harta, dokumen atau data berkomputer sedemikian yang disita di bawah perenggan itu dan menahannya selama apa-apa tempoh yang difikirkan perlu oleh Penolong Pengawal itu; dan (e) memeriksa, membuat salinan, atau mengambil cabutan dari, mana-mana harta, dokumen atau data berkomputer yang disita dan ditahan di bawah perenggan (b), (c) dan (d).

(3) Jika perlu untuk berbuat demikian, seseorang Penolong Pengawal boleh dalam menjalankan mana-mana kuasanya di bawah subseksyen (1)—

(a) memecah buka mana-mana pintu mana-mana premis itu dan memasuki premis itu; (b) memasuki dengan menggunakan kekerasan mana-mana premis dan tiap-tiap bahagian premis itu; (c) memecah buka, memeriksa dan menggeledah apa-apa barang, bekas atau wadah; (d) mengalihkan dengan menggunakan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan, penahanan atau pengalihan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya; atau (e) menahan mana-mana orang yang dijumpai di manamana premis sehingga penggeledahan itu selesai.

(4) Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak munasabah untuk mengalihkan apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer yang disita di bawah subseksyen (1),

Penolong Pengawal itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak harta, dokumen atau data berkomputer itu dalam premis atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai. (5) Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (4) atau mengalihkan apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan.

[Pinda. Akta A1379: s. 15]

Seksyen 29A. Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran

Jika seseorang Penolong Pengawal dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam seksyen 29 mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen itu, penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan kesalahan mungkin diganggu, dialihkan, dirosakkan atau dimusnahkan, Penolong Pengawal itu boleh memasuki premis itu dan menjalankan dalam, di atas dan berkenaan dengan premis itu segala kuasa yang disebut dalam seksyen 29 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

[Masuk. Akta A1379: s. 16 Seksyen 29B. Penolong Pengawal boleh membawa orang lain

Mana-mana Penolong Pengawal yang memasuki manamana premis menurut kuasa seksyen 29a boleh membawa bersamanya mana-mana orang lain dan apa-apa kelengkapan yang didapatinya perlu, dan apabila meninggalkan mana-mana premis yang telah dimasukinya pada menjalankan kuasanya di bawah Bahagian ini dia hendaklah, jika premis itu tidak diduduki atau jika penghuninya tiada pada masa itu, meninggalkannya selamat daripada penceroboh sebagaimana sebelum dia memasukinya.

[Masuk. Akta A1379: s. 16]

Seksyen 29C. Capaian kepada data berkomputer

(1) Seseorang Penolong Pengawal yang menjalankan suatu penggeledahan di bawah Akta ini hendaklah diberi capaian kepada data berkomputer sama ada yang disimpan dalam suatu komputer atau selainnya. (2) Bagi maksud seksyen ini, “capaian”—

(a) termasuklah diberikan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan data berkomputer itu difahami; dan (b) mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(2) dan (5) Akta Jenayah Komputer 1997 [Akta 563].

[Masuk. Akta A1379: s. 16]

Seksyen 29D. Senarai benda yang disita

(1) Jika apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer disita di bawah Bahagian ini, Penolong Pengawal itu hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, menyediakan suatu senarai benda yang disita dan mengenai tempat di mana harta, dokumen atau data berkomputer itu masing-masing dijumpai dan menyerahkan suatu salinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada penduduk premis yang telah digeledah, atau kepada ejen atau pekhidmatnya, di premis itu. (2) Jika premis itu tidak diduduki, Penolong Pengawal itu hendaklah apabila mungkin menampalkan senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.

[Masuk. Akta A1379: s. 16] Seksyen 30. Kuasa untuk menangkap

(1) Seseorang Penolong Pegawai boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dia ada sebab untuk percaya telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

[Potong. Akta A1379: s. 17] (2) Mana-mana orang yang telah ditangkap di bawah subseksyen (1) hendaklah selepas itu diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan melalui Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]. Seksyen 31. Penghalangan pegawai

(1) Mana-mana orang yang—

(a) enggan untuk membenarkan mana-mana pegawai yang dilantik di bawah Akta ini atau orang lain yang disebut dalam seksyen 29b akses kepada mana-mana premis, atau tidak menyerahkan dirinya untuk diperiksa; (b) mengamang, menghalang, menggalang atau melengahkan atau selainnya mengganggu seseorang pegawai yang dilantik di bawah Akta ini atau orang lain yang disebut dalam seksyen 29b masuk ke dalam premis sedangkan dia berhak untuk masuk ke dalam premis itu atau dalam melaksanakan kewajipannya di bawah Bahagian ini; (c) tidak mematuhi apa-apa permintaan sah mana-mana pegawai yang dilantik di bawah Akta ini dalam melaksanakan kewajipannya di bawah Bahagian ini; (d) enggan memberi mana-mana pegawai yang dilantik di bawah Akta ini apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer yang dikehendaki secara munasabah daripadanya dan yang dia berkuasa untuk memberikannya; (e) tidak menzahirkan apa-apa maklumat atau mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau cuba untuk menyembunyikan daripada seseorang pegawai yang dilantik di bawah Akta ini apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer yang dikehendaki oleh pegawai itu; (f) mengambil balik atau berusaha untuk mengambil balik apa-apa benda yang telah disita dengan sewajarnya; (g) sebelum atau selepas apa-apa penggeledahan atau penyitaan, memecahkan atau selainnya memusnahkan apa-apa benda untuk menghalang penyitaannya, atau penyimpanan selamat apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer; (h) tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam seksyen 29 atau mengalihkan apa-apa benda yang dilak atau cuba untuk

berbuat demikian; atau (i) menghalang dalam apa jua cara mana-mana pegawai yang dilantik di bawah Akta ini dalam menjalankan tanggungjawabnya di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

[Pinda. Akta A1379: s. 18(a)] (2) Jika mana-mana orang, dalam memberikan apa-apa maklumat seperti yang tersebut dalam subseksyen (1), membuat apa-apa pernyataan yang dia tahu atau ada sebab untuk percaya adalah palsu, dia melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan penalti yang tersebut dalam subseksyen itu. (3) [Potong. Akta A1379: s. 18(b)] Seksyen 32. Waran boleh diterima walau apa pun kecacatan, dsb.

Sesuatu waran yang dikeluarkan di bawah Akta ini adalah sah dan boleh diterima walau apa pun apa-apa kecacatan, kesilapan atau ketinggalan di dalamnya atau dalam permohonan bagi mendapatkan waran itu dan apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer yang disita di bawah waran itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan.

[Pinda. Akta A1379: s. 19] Seksyen 33. Kuasa penyiasatan

(1) Seseorang Penolong Pengawal mempunyai kuasa untuk menyiasat pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan.

[Pinda. Akta A1379: s. 20(a)]

(2) Seseorang Penolong Pengawal yang menyiasat pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan boleh menjalankan segala kuasa atau mana-mana kuasa berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes kesalahan boleh tangkap yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

[Masuk. Akta A1379: s. 20(b)]

Seksyen 33A. Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes

(1) Seseorang Penolong Pengawal yang membuat siasatan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan boleh, melalui perintah secara bertulis, menghendaki kehadiran di hadapannya mana-mana orang yang pada pendapat Penolong Pengawal itu mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian. (2) Jika mana-mana orang enggan untuk hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian,

Penolong Pengawal itu boleh melaporkan keengganan itu kepada seorang Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1).

[Masuk. Akta A1379: s. 21]

Seksyen 33B. Pemeriksaan orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes

(1) Seseorang Penolong Pengawal yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dikatakan mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu dan hendaklah mengubah ke dalam bentuk bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa sedemikian. (2) Orang yang diperiksa di bawah subseksyen (1) adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh Penolong Pengawal, tetapi orang itu boleh enggan untuk menjawab mana-mana soalan yang jawapannya berkecenderungan mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan. (3) Seseorang yang membuat suatu pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat secara keseluruhannya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan itu. (4) Penolong Pengawal yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3). (5) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, apabila mungkin, diubahkan ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dilekatkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas— (a) pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa dia membuatnya; dan (b) dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.

[Masuk. Akta A1379: s. 21] Seksyen 33C. Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada seorang Penolong Pengawal dalam perjalanan suatu penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan boleh digunakan sebagai keterangan. (2) Apabila mana-mana saksi dipanggil bagi pihak pendakwaan atau pembelaan, selain tertuduh, mahkamah hendaklah, atas permintaan tertuduh atau pendakwa, merujuk kepada mana-mana pernyataan yang dibuat oleh saksi itu kepada Penolong Pengawal dalam perjalanan penyiasatan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan dan boleh kemudiannya, jika difikirkan patut oleh mahkamah demi kepentingan keadilan, mengarahkan supaya tertuduh diberi suatu salinan pernyataan itu dan pernyataan itu boleh digunakan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu mengikut cara yang diperuntukkan oleh Akta Keterangan 1950 [Akta 56].

(3) Jika tertuduh telah membuat suatu pernyataan semasa perjalanan suatu penyiasatan, pernyataan itu boleh diterima sebagai keterangan untuk menyokong pembelaannya semasa perjalanan perbicaraan. (4) Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan terpakai bagi apa-apa pernyataan yang dibuat dalam perjalanan perbarisan cam atau yang diliputi oleh seksyen 27 atau perenggan 32(1)(a), (i) dan (j) Akta Keterangan 1950. (5) Apabila mana-mana orang dipertuduh atas mana-mana kesalahan yang berhubungan dengan— (a) pembuatan; atau (b) kandungan, apa-apa pernyataan yang dibuat olehnya kepada seorang Penolong Pengawal dalam perjalanan suatu penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan, pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam kes pihak pendakwaan.

[Masuk. Akta A1379: s. 21] Seksyen 34. Pendakwaan.

Tiada pendakwaan bagi atau berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.

[Pinda. Akta A1379: s. 22] Seksyen 35. Pelucuthakan harta, dsb

(1) Segala harta, dokumen atau data berkomputer yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan. (2) Suatu perintah bagi pelucuthakan atau bagi pelepasan apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengan harta, dokumen atau data berkomputer itu telah diadakan dan suatu perintah bagi pelucuthakan harta, dokumen atau data berkomputer itu hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa harta, dokumen atau data berkomputer itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu. (3) Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer yang telah disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, harta, dokumen atau data berkomputer itu hendaklah diambil dan disifatkan telah dilucuthakkan apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis kepada orang yang daripadanya harta, dokumen atau data berkomputer itu disita yang menunjukkan bahawa tidak ada pendakwaan dibuat berkenaan dengan harta, dokumen atau data berkomputer itu, melainkan jika suatu tuntutan terhadapnya dibuat sebelum tarikh itu mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5) dan (6). (4) Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya harta, dokumen atau data berkomputer yang disebutkan dalam subseksyen (3) dan bahawa harta, dokumen atau

data berkomputer itu bukanlah harta, dokumen atau data berkomputer yang boleh dilucuthakkan boleh memberikan notis bertulis secara sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis kepada seseorang Penolong Pengawal bahawa dia menuntut harta, dokumen atau data berkomputer itu. (5) Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (4) diterima, Penolong Pengawal hendaklah merujukkan notis itu kepada Pengawal atau Timbalan Pengawal, yang boleh, selepas apa-apa siasatan yang perlu, mengarahkan supaya harta, dokumen atau data berkomputer itu dilepaskan atau dilucuthakkan atau merujukkan perkara itu kepada Majistret bagi mendapatkan keputusannya.

[Pinda. Akta A1379: s. 23] (6) Majistret yang kepadanya sesuatu perkara dirujukkan di bawah subseksyen (5) hendaklah mengeluarkan saman menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya harta, dokumen atau data berkomputer itu dan orang yang 'daripadanya harta, dokumen atau data berkomputer itu disita supaya hadir di hadapan Majistret itu, dan apabila mereka hadir atau jika mereka ingkar hadir, setelah dibuktikan penyampaian wajar saman itu, Majistret itu hendaklah terus memeriksa perkara itu dan apabila terbukti bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa harta, dokumen atau data berkomputer itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu hendaklah memerintahkan supaya harta, dokumen atau data berkomputer itu dilucuthakkan dan jika tidak terbukti sedemikian hendaklah memerintahkan supaya harta, dokumen atau data berkomputer itu dilepaskan.

[Pinda. Akta A1379: s. 23] (7) Segala benda yang terlucut hak atau yang disifatkan telah terlucut hak hendaklah diserahkan kepada Penolong Pengawal dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Pengawal. (8) Jika apa-apa barang-barang yang disita pada menjalankan kuasa yang diberikan di bawah Akta ini adalah daripada jenis yang mudah musnah atau jika penjagaan barang-barang itu melibatkan belanja dan kesusahan yang tidak munasabah, barang-barang itu boleh dijual pada bila-bila masa dan hasil jualan itu dipegang sementara menanti keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan di bawah seksyen ini. Seksyen 36. Tiada kos atau ganti rugi boleh didapati berbangkit daripada penyitaan

Tiada seorang pun, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer yang disita pada menjalankan atau berupa sebagai menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau, tertakluk kepada seksyen 35, mendapat apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu telah dibuat tanpa sebab yang munasabah atau barangkali.

[Pinda. Akta A1379: s. 24]

Seksyen 36A. Kos memegang harta, dsb., yang disita

Jika apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer yang disita dalam menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan Kerajaan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan, kos bagi memegang harta, dokumen atau data berkomputer itu dalam jagaan itu hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan, menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan oleh orang itu dan hendaklah didapatkan dengan sewajarnya.

[Masuk. Akta A1379: s. 25]

BAHAGIAN VII

PELBAGAI

Seksyen 37. Terma kontrak tertentu dilarang

(1) Sesuatu kontrak yang baginya Akta ini terpakai tidak boleh mengandungi-

(a) apa-apa peruntukan yang berupa sebagai menyingkirkan, mengehadkan, atau mengubahsuaikan apa-apa hak yang diberikan kepada seseorang pembeli melalui Akta ini; atau (b) apa-apa peruntukan daripada jenis yang dilarang oleh peraturan-peraturan.

(2) Jika sesuatu kontrak yang baginya Akta ini terpakai mengandungi suatu peruntukan yang berlawanan dengan subseksyen (1), peruntukan itu adalah batal dan penjual dan mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya untuk membuat kontrak itu, setiap satunya, melakukan suatu kesalahan. Seksyen 38. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan, dsb.

(1) Jika apa-apa kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan telah dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan mana-mana orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa itu yang lain dalam pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan itu pekongsi dalam perkongsian itu atau pemegang jawatan dalam pertubuhan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau berupa sebagai bertindak atas mana-mana sifat sedemikian, atau dengan apa-apa cara atau hingga apa-apa takat bertanggungjawab atas pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan itu, atau membantu dalam pengurusan sedemikian, melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa diizinkan atau dibiarkan olehnya dan bahawa dia telah menjalankan segala daya usaha untuk mencegah pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang sepatutnya dijalankan olehnya, setelah mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan setelah mengambil kira segala hal keadaan.

[Pinda. Akta A1379: s. 26] (2) Jika mana-mana orang (dalam subseksyen ini disebut "prinsipal") akan boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini kerana apa-apa perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau keingkaran, dia hendaklah boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau keingkaran pekerja atau ejennya,

atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh pekerja prinsipal itu dalam perjalanan pekerjaannya, atau oleh ejen itu apabila bertindak bagi pihak prinsipal itu, atau oleh pekerja ejen itu dalam perjalanan pekerjaannya dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.

Seksyen 39. Penalti am

(1) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya dia boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

[Pinda. Akta A1379: s. 27(a)] (2) Mana-mana pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan yang melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya ia boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.

[Pinda. Akta A1379: s. 27(b)] (3) Jika seseorang, yang menjadi pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa itu yang lain dalam sesuatu pertubuhan perbadanan, pekongsi dalam sesuatu perkongsian atau pemegang jawatan dalam sesuatu pertubuhan, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah, menurut kuasa seksyen 38, melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, dia boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1).

[Pinda. Akta A1379: s. 27(c)] Seksyen 40. Pengkompaunan kesalahan

(1) Pengawal atau Timbalan Pengawal boleh mengkompaun apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang ditetapkan sebagai kesalahan boleh kompaun dengan menerima daripada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu sejumlah wang yang tidak melebihi amaun yang ditetapkan. (2) Apabila bayaran diterima di bawah subseksyen (1), tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang itu berkenaan dengan kesalahan itu dan jika apa-apa barang-barang telah diambil milik, barang-barang itu boleh dilepaskan, tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan. (3) Kuasa untuk mengkompaun kesalahan di bawah subseksyen (1) hendaklah dijalankan oleh Pengawal atau Timbalan Pengawal sendiri.

Seksyen 41. Bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan

Walau apa pun apa-apa undang-undang bertulis yang berlawanan, sesuatu mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan semua kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan dan untuk mengenakan hukuman penuh yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

[Pinda. Akta A1379: s. 28]

Seksyen 42. Kuasa untuk memberikan pengecualian

(1) Menteri boleh, melalui perintah, mengecualikan, tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan, mana-mana orang atau golongan orang, atau apa-apa perniagaan jualan langsung atau golongan perniagaan jualan langsung daripada kesemua atau mana-mana peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan atas alasan-

(a) bahawa hasil daripada perniagaan jualan langsung itu akan digunakan semata-mata bagi maksud khairat, kebajikan, kemasyarakatan, keagamaan atau pendidikan; (b) bahawa orang yang hendak menjual barang-barang atau membekalkan perkhidmatan itu ialah orang kurang upaya;

[Pinda. Akta A13789: s. 29] (c) bahawa orang yang hendak menjual barang-barang atau membekalkan perkhidmatan itu ialah, dalam perjalanan biasa perniagaannya, dikehendaki membekalkan barang-barang atau perkhidmatannya dengan cara transaksi jualan langsung bagi kemudahan pembeli; atau (d) bahawa pemberian pengecualian kepada orang atau perniagaan jualan langsung itu tidak akan, pada pendapat Menteri, menjejaskan kepentingan pembeli.

(3) Menteri boleh, pada bila-bila masa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membatalkan apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) jika dia berpuas hati bahawa pengecualian itu tidak lagi sesuai untuk terus diberikan. Seksyen 43. Perlindungan Pengawal, Timbalan Pengawal, Penolong Pengawal dan pegawai lain

Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan di mana-mana mahkamah terhadap Pengawal, Timbalan Pengawal, Penolong Pengawal atau mana-mana pegawai lain yang dilantik sewajarnya di bawah Akta ini bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa tindakan yang diperintahkan atau dibuat bagi maksud menguatkuasakan Akta ini dan peraturan-peraturan, dan tiada guaman atau pendakwaan boleh dibawa di mana-mana mahkamah terhadap mana-mana orang lain bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa tindakan yang dibuat atau berupa sebagai dibuat olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan Pengawal, Timbalan Pengawal, Penolong Pengawal atau mana-mana pegawai lain yang dilantik di bawah Akta ini jika perbuatan itu dibuat dengan suci hati dan dengan kepercayaan munasabah bahawa tindakan itu perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai olehnya.

Seksyen 43A. Perlindungan kepada pemberi maklumat

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada saksi dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah boleh dikehendaki atau dibenarkan untuk menzahirkan nama atau alamat mana-mana pemberi maklumat atau isi maklumat dan jenis maklumat yang diterima daripadanya atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin menyebabkan pemberi maklumat diketahui. (2) Jika apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin menyebabkan pemberi maklumat diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan supaya semua catatan sedemikian ditutup daripada penglihatan atau dipadamkan setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat daripada diketahui. (3) Jika dalam suatu perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan, mahkamah selepas menjalankan siasatan penuh tentang kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilakukan sepenuhnya antara pihak-pihak kepada prosiding itu tanpa mengetahui pemberi maklumat, mahkamah boleh menghendaki pengemukaan aduan asal, jika dalam bentuk bertulis, dan membenarkan siasatan dan menghendaki penzahiran yang sepenuhnya berkenaan dengan pemberi maklumat.

[Masuk. Akta A1379: s. 30] Seksyen 44. Peraturan-peraturan

(1) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, membuat peraturanperaturan yang perlu atau suai manfaat bagi memberikan kuat kuasa penuh kepada peruntukan Akta ini, bagi melaksanakan atau mencapai tujuan dan maksud Akta ini atau mana-mana peruntukannya, atau bagi melaksanakan dengan lebih lanjut, lebih baik atau lebih mudah peruntukan Akta ini. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1) peraturan-peraturan boleh dibuat-

(a) untuk mengawal selia pengeluaran, pengelilingan atau pengedaran dokumen, sama ada iklan, prospektus, pekeliling atau notis, yang mengandungi-

(i) pelawaan kepada mana-mana orang untuk menjadi peserta dalam skim jualan langsung; atau (ii) maklumat yang direncanakan untuk mendorong, sama ada secara langsung atau tidak langsung, mana-mana orang untuk menjadi peserta dalam skim sedemikian,

atau untuk melarang mana-mana dokumen sedemikian daripada dikeluarkan, dikelilingkan atau diedarkan melainkan jika dokumen itu mematuhi kehendak tentang perkara yang hendak dimasukkan atau tidak dimasukkan ke dalam dokumen itu sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan;

(b) melarang penjual atau mana-mana penjual, atau mana-mana peserta, dalam skim jualan langsung, daripada-

(i) membekalkan apa-apa barang-barang kepada seseorang peserta dalam skim itu; (ii) membekalkan apa-apa kemudahan latihan atau perkhidmatan lain bagi peserta sedemikian; (iii) memberikan apa-apa barang-barang atau perkhidmatan di bawah sesuatu transaksi yang dibuat oleh peserta sedemikian; (iv) sebagai suatu pihak kepada apa-apa perkiraan yang di bawahnya barang-barang atau perkhidmatan dibekalkan atau diberikan seperti yang tersebut dalam subperenggan (i), (ii) atau (iii); atau (v) menerima daripada mana-mana peserta sedemikian apa-apa bayaran, atau apa-apa aku janji untuk membuat pembayaran berkenaan dengan apa-apa barang-barang atau perkhidmatan yang dibekalkan atau diberikan seperti yang tersebut dalam subperenggan (i), (ii), (iii) atau (iv) atau berkenaan dengan apa-apa barang-barang atau perkhidmatan yang akan dibekalkan atau diberikan sedemikian,

melainkan jika (dalam mana-mana hal sedemikian) kehendak sebagaimana yang ditetapkan dipatuhi; (c) melarang peruntukan atau golongan peruntukan tertentu daripada dimasukkan ke dalam sesuatu kontrak yang baginya Akta ini terpakai; (d) mengawal selia segala perkara yang berhubungan dengan skim jualan langsung dan penjalanan jualan langsung; (e) menetapkan tatalaku bagi penjual atau peserta yang ada kaitan dengan sesuatu skim jualan langsung; (f) menetapkan kesalahan di bawah Akta ini atau peraturanperaturan yang boleh dikompaun, amaun kompaun itu dan tatacara yang hendaklah diikuti dalam mengkompaunkan kesalahan; dan (g) menetapkan apa-apa jua yang boleh atau dikehendaki ditetapkan.

(3) Kuasa yang diberikan kepada Menteri di bawah seksyen ini boleh dijalankan untuk-

(a) membuat pelanggaran mana-mana peruntukan peraturanperaturan menjadi suatu kesalahan; (b) mengadakan peruntukan yang berlainan-

(i) berhubungan dengan perihal atau golongan skim jualan langsung yang berlainan yang baginya Akta ini terpakai; (ii) berhubungan dengan skim jualan langsung yang beroperasi atau pernah

beroperasi pada tarikh yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan; atau (iii) berhubungan dengan perihal atau golongan peserta yang berlainan dalam skim sedemikian.

(4) Bagi maksud seksyen ini, "peserta" ertinya orang yang mengambil bahagian dalam skim jualan langsung dan termasuklah pengedar, wakil jualan, ejen, peraih dan pembeli. Seksyen 45. Pindaan Jadual

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual.

JADUAL

JADUAL

CIRI-CIRI SKIM ATAU PERKIRAAN PIRAMID

[Seksyen 27A]

1. Promosi sesuatu skim atau pembayaran bonus atau faedah lain adalah semata-mata atau terutamanya melalui perekrutan atau pengenalan peserta ke dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid berbanding dengan jualan barang-barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara oleh peserta. 2. Bonus dibayar kepada peserta atau mana-mana faedah lain diterima oleh peserta semata-mata atau terutamanya melalui perekrutan atau pengenalan orang lain ke dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid berbanding dengan jualan barang-barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara oleh peserta atau orang lain. 3. Suatu kontrak bertulis atau pernyataan yang memperihalkan terma material perjanjian tidak disediakan kepada peserta yang menyertai skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid. 4. Pembelian wajib barang-barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara atau bayaran minimum atau kehendak jualan dikenakan sebagai syarat untuk memenuhi kehendak kelayakan atau kehendak permulaan bagi penyertaan atau pembayaran bonus atau faedah lain dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid. 5. Peserta dikehendaki untuk membeli barang-barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara dalam amaun yang tidak munasabah yang melebihi jangkaan untuk dijual semula atau dibeli dalam suatu tempoh masa yang munasabah. Peserta tidak diberi kebebasan sepenuhnya dalam pembelian tetapi mereka didesak untuk membeli pakej barang-barang terpilih untuk memenuhi kehendak jualan untuk melayakkan mereka mendapat kedudukan atau bonus dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid. 6. Dasar bayar balik bagi barang-barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara yang dibeli oleh peserta atau pengguna tidak disediakan. 7. Dasar beli balik oleh pengendali skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid bagi barang-barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara yang boleh dipasarkan pada masa ini atas permintaan peserta dalam terma atau perjanjian yang munasabah tidak dibenarkan atau disediakan. 8. Kehendak struktur skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid yang ketat atau tidak munasabah bagi kelayakan peserta untuk dibayar bonus atau faedah lain. 9. Pengunduran diri oleh peserta daripada skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid tidak dibenarkan. 10. Peserta dibenarkan atau digalakkan untuk membeli lebih daripada satu kedudukan atau hak untuk menyertai skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid.

Huraian 1 - Sebutan mengenai perkataan “bonus atau faedah lain” adalah berhubungan dengan balasan atau keuntungan yang diperoleh daripada suatu skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid. Huraian 2 - Sebutan mengenai perkataan “terma material” termasuklah dasar beli balik, tempoh bertenang, waranti dan dasar bayar balik. Huraian 3 - Barang-barang atau perkhidmatan tidak boleh dianggap boleh dipasarkan pada masa ini dan tidak tertakluk kepada ciri-ciri yang dinyatakan jika barang-barang atau perkhidmatan itu bermusim, dihentikan atau ialah barang promosi khas yang dizahirkan kepada peserta pada masa jualan.”. NOTA. Akta A1379

Sebutan mengenai Akta ibu 4. (1) Semua sebutan mengenai Akta Jualan Langsung 1993 dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dokumen hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993. (2) Semua sebutan mengenai Akta Jualan Langsung 1993 dalam mana-mana prosiding jenayah, sivil atau mahkamah hendaklah terus terpakai dan tidak terjejas seolah-olah ia tidak dipinda oleh Akta ini. Pelantikan yang dibuat di bawah Akta ibu 5. Pertukaran nama yang diperuntukkan dalam seksyen 3 Akta ini tidaklah menjejaskan atau menyebabkan cacat pelantikan Pengawal Jualan Langsung, Timbalan Pengawal Jualan Langsung, Penolong Pengawal Jualan Langsung dan pegawai lain yang dibuat di bawah Akta ibu sebelum Akta ini mula berkuat kuasa. SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa

dari Akta A1379 Akta Jualan Langsung

(Pindaan) 2010 01-03-2011

[P.U.(B). 91/2011]

PERATURAN-PERATURAN

Peraturan-Peraturan Jualan Langsung 1993 - P.U. (A) 128/93 Peraturan-Peraturan Jualan Langsung (Skim dan Perjalanan) 2001 - P.U. (A)

248/2001 Direct Sales Compounding of Offences Regulation - P.U.(A) 256/1993

ORDERSDirect Sales Exemption Order 1993 - P.U.(A) 129/1993

Direct Sales Exemption Order 1995 - P.U.(A) 69/1995 Direct Sales Exemption Order 2000 - P.U.(A) 321/2000

TAMBAHAN PERUNDANGAN PERSEKUTUAN

AKTA JUALAN LANGSUNG 1993 [AKTA 500]

P.U. (A) 128/93

PERATURAN-PERATURAN JUALAN LANGSUNG 1993 Mengandungi pindaan terkini - P.U. (A) 95/2000

Tarikh diterbitkan dalam Warta : 6 Mei 1993 Tarikh mula berkuatkuasa : 1 Jun 1993

___________________________ SUSUNAN PERATURAN

___________________________ Mukadimah BAHAGIAN I - PERMULAAN Peraturan 1. Nama dan mula berkuatkuasa. Peraturan 2. Tafsiran. BAHAGIAN II - LESEN Peraturan 3. Permohonan untuk mendapatkan lesen. Peraturan 4. Lesen. BAHAGIAN III - PROSEDUR BAGI RAYUAN Peraturan 5. Notis rayuan. Peraturan 6. Alasan-alasan keputusan. Peraturan 7. Pemutusan rayuan. Peraturan 8. Penarikan balik rayuan. Peraturan 9. Penghantaran dokumen. BAHAGIAN IV - MERUNDINGKAN JUALAN PINTU KE PINTU Peraturan 10. Bertandang ke mana-mana premis bagi maksud merundingkan apa-apa jualan pintu ke pintu. Peraturan 11. Kad kebenaran orang yang merundingkan jualan pintu ke pintu.

BAHAGIAN V - KONTRAK JUALAN LANGSUNG DAN PENAMATAN Peraturan 12. Kehendak-kehendak kontrak jualan langsung. Peraturan 13. Notis hak penamatan sebelum habis tempoh bertenang dan notis penamatan kontrak. BAHAGIAN VI - PELBAGAI Peraturan 14. Penyenggaraan rekod-rekod orang yang terlibat dalam perniagaan jualan langsung. Peraturan 15. Pemegang lesen hendaklah memberi butir-butir apabila diarahkan. Peraturan 16. Penalti. JADUAL A JADUAL B JADUAL C

JADUAL A

BORANG/FORM AJL-1

PERATURAN-PERATURAN JUALAN LANGSUNG 1993

(DIRECT SALES REGULATIONS 1993)

Peraturan 3

(Regulation 3)

Permohonan untuk mendapatkan Lesen

(Application for a Licence) Pengawai Jualan Langsung, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Bahagian Perdagangan Dalam Negeri, Tingkat 24, Menara Maybank, 100, Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur Tuan/(Sir), Saya/Kami (I/We) .................................................................... Nama Syarikat (Name of Company) ingin memohon mendapatkan lesen untuk menjalankan perniagaan jualan langsung (wish to apply for a licence to carry on a direct sales business). NOTA: (NOTE): Jika ruang yang disediakan tidak mencukupi untuk memberi perincian, sila gunakan lampiran. Setiap lampiran mestilah ditandatangani oleh pemohon. (If the space provided is not sufficient to provide details, please attach annexure(s). Each annexure must be signed by the applicant.) 1. BUTIR-BUTIR SYARIKAT (PARTICULARS OF COMPANY) (a) Alamat Berdaftar (Registered Address): ........................................................................................................................................ ........................................................................................................................................ No. Telefon (Telephone No.): .................................................................... No. Telefaks (Telefax No.): .................................................................... (b) Alamat Surat-menyurat (Correspondence Address):: ........................................................................................................................................ ........................................................................................................................................ No. Telefon (Telephone No.): .................................................................... No. Telefaks (Telefax No.): .................................................................... (c) No. Pendaftaran Syarikat (Company's Registration No.): .................................................................... (d) Tarikh Pendaftaran (Registration Date): ....................................................................

(e) No. Lesen Perniagaan (Dewan Bandaraya/Majlis Perbandaran) (Business Licence No. (City Hall/Municipality): ........................................................................................................................................ (f) No. Cukai Pendapatan Syarikat (Company's Income Tax No.): ................................................. (g) Jenis Perniagaan Yang Didaftarkan (Type of Business Registered): ....................................................................................................................................... ........................................................................................................................................ ........................................................................................................................................ (h) Perniagaan Utama dan Bidang Operasi (Principal Business and Field of Operations): ........................................................................................................................................ ........................................................................................................................................ .................................................................... No. Telefaks (i) Alamat Tempat Perniagaan (termasuk semua cawangan dan pembekal) (Address of Business Premise (including all branches and stockists))::

Alamat (Address) No. Telefon (Telephone No.) No. Telefaks (Telefax No.)

........................................... ............................................. ..............................................

2. STRUKTUR MODAL (CAPITAL STRUCTURE)

(a) Modal (Capital)

(i) Dibenarkan: (Authorised):

RM .............................................

(ii) Berbayar: (Paid-up):

RM .............................................

(iii) Modal Kerja: (Working Capital):

RM .............................................

(b) Kemudahan Kewangan (Financial Facilities)

Jenis Sumber (Type of Sources)

Institusi (Institution)

Amaun (RM) (Amount (RM))

(i) .............................................

............................................. .............................................

(ii) .............................................

............................................. .............................................

(iii) .............................................

.............................................. .............................................

(c) Akaun Syarikat (Company's Accounts)

Nama Bank (Name of Bank)

Alamat (Address)

No. Akaun (Account No.)

(i) .............................................

............................................. .............................................

(ii) .............................................

............................................. .............................................

(d) Penandatangan Cek (Signatories of Cheque)

(i) ............................................

(ii) .............................................

(iii) .............................................

(e) Penyertaan Ekuiti/Modal Berbayar (Equity/Paid-up Capital Participation)

(i) Bumiputera RM ............................................

(ii) Bukan Bumiputera (Non-Bumiputera)

RM ............................................

(iii) Bukan Warganegara Malaysia (Not Malaysian Citizen)

RM .............................................

3. BUTIR-BUTIR PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM (PARTICULARS OF DIRECTORS AND SHAREHOLDERS) (a) Pengarah Dan Saham Yang Dipegang (Directors And Their Shareholdings)

Nama dan Alamat (Name and Address)

No. KP/No. Pasport (NRIC No./Passport

No.)

Warganegara (Citizenship)

Saham (Shares)

Jumlah

(Total) %

(b) Pemegang Saham (Shareholders)

Nama dan Alamat (Name and Address)

No. KP/No. Pasport (NRIC No./Passport

No.)

Warganegara (Citizenship)

Saham (Shares)

Jumlah (Total)

%

4. BUTIR-BUTIR PENGURUSAN (PARTICULARS OF MANAGEMENT) (a) Struktur Pekerjaan Sekarang (Present Employment Structure)

Kategori Kerja (Job Category)

Bumiputera Bukan Bumiputera

(Non-Bumiputera)

Asing (Foreign)

Jumlah (Total)

(a) Pengurusan (Management) (i) Profesional (Professional) (ii) Pentadbiran (Administration)

(b) Eksekutif (Executive) (i) Teknikal (Technical) (ii) Pentadbiran (Administration)

(c) Pekerja Mahir (Skilled Workers)

(d) Perkeranian (Clerical)

(e) Pekerja Am/Lain-Lain (General Worker/Others)

Jumlah (Total)

(b) Kakitangan Pengurusan (Management Staff)

Nama (Name)

Jawatan (Position)

Warganegara (Citizenship)

No. KP/ No. Pasport

(NRIC No./ Passport No.)

(i) ................................... ............................. ............................. ..............................

(ii) ...................................... ............................ ............................... ................................

(iii) ...................................... ............................. .............................. .................................

(iv) ...................................... .............................. ............................... ................................

(v) ...................................... ............................ ............................... ................................

(vi) ...................................... ........................... .............................. ...............................

(vii) ...................................... ............................ .............................. ...........................

(viii) ...................................... ............................ ................................ ...........................

(ix) ...................................... ............................ .............................. ................................

(x) ...................................... .............................. ............................... ...............................

(c) Carta Organisasi (Organization Chart) 5. BUTIR-BUTIR PERBADANAN BERKAITAN DALAM PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG (PARTICULARS OF RELATED CORPORATIONS IN DIRECT SALES BUSINESS)

Nama Syarikat (Name of Company)

Alamat Surat-menyurat, No.

Telefaks dan No. Telefon

(Correspondence Address, Telefax and

Telephone Nos.)

No. Pendaftaran Syarikat

(Company's Registration No.)

Tarikh Pendaftaran

(Date of Registration)

Perniagaan Utama dan Bidang

Operasi (Principal Business

and Field of Operations).

Bagi setiap syarikat yang disenaraikan di atas sila berikan butir-butir mengikut butiran 2a, 2b, 2c, 2d, 2e dan 3. (For every company listed above, please provide details in accordance with items 2a, 2b, 2c, 2d, 2e and 3).

6. BUTIR-BUTIR PERNIAGAAN (PARTICULARS OF BUSINESS) (a) Jenis Barang/Perkhidmatan yang Dipasarkan (Type of Goods/Services Marketed)

Bahan Kosmetik (Cosmetics)

Barang/Kelengkapan Sukan (Sports Goods/Equipment)

Vitamin/Makanan Tambahan/Makanan Kesihatan (Vitamin/Food Supplements/Health Food)

Perkakas Elektrik Rumah (Household Electrical Goods)

Barang-barang Kemas, Jam Tangan dan Barang Kemas Kostum (Jewellery, Watches and Costume Jewellery)

Alat Penapis Air (Water Purifiers)

Pakaian/Bahan Tenunan (Clothings/Woven Material)

Pinggan Mangkuk dan Peralatan Dapur (Crockery and Household Goods)

Ensaiklopedia/ Buku (Encyclopaedia/Books)

Skim Percutian Pengongsian Masa (Time-sharing Vacation Schemes)

Barang Permainan (Toys)

Lain-lain (Others)

(Jika lain-lain, berikan perincian) (If others, provide details) .................................................................................................................. .................................................................................................................. (Sila sertakan brosur/katalog/buku/maklumat termasuk harga barang/perkhidmatan yang dipasarkan). (Attach brochures/catalogues/books/information including prices of goods/services marketed). (b) Skim Pemasaran dan Perdagangan (Marketing and Trading Scheme)

(i) Pemasaran barang/perkhidmatan dikendalikan secara: (The marketing of goods/services takes the form of):

Pemasaran Satu Tingkat (Single Level Marketing)

Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi Level Marketing)

Jualan Pesanan Pos (Mail Order Sales)

Lain-lain (Others)

(ii) Sila beri maklumat lengkap mengenai skim pemasaran dan perdagangan dan carta-carta yang menunjukkan komisen-komisen/bonus-bonus yang diberikan pada semua tingkat rancangan jualan. (Please provide complete information on marketing and trading schemes and charts showing commissions/ bonuses given at all levels of the sales plan). .................................................................................................................. .................................................................................................................. ..................................................................................................................

(iii) Adakah syarikat tuan mengamalkan kod etika perniagaan? (Is your company practising any business code of ethics?)

Ya (Yes)

Tidak (No)

Jika "Ya", sila kemukakan (If "Yes", please submit) (c) Butir-butir Lanjut Mengenai Skim Pemasaran dan Perdagangan (Additional Information on Marketing and Trading Scheme)

(i) Fee kemasukan untuk menjadi pengedar/ wakil jualan/ejen/ peraih/ahli (Entrance fee to become distributor/ sales representative/ agent/dealer/member)

Ya (Yes)

Tidak (No)

Jika "Ya", nyatakan jumlah (If "Yes", state the amount)

RM ..........................

Adakah ini termasuk kit perniagaan/jualan? (Does this include business/sales kit?)

Ya (Yes)

Tidak (No)

Jika "Tidak", berapakah bayaran bagi kit perniagaan/ jualan? (If "No", what is the fee for business/sales kit?)

RM .........................

Jika "Ya", nyatakan jumlah bagi kit perniagaan/jualan (If "Yes" state the amount for the business/sales kit)

RM ..........................

(ii) Adakah komisen/bayaran diberikan untuk memperkenalkan pengedar/wakil jualan/ejen/peraih/ahli baru? (Are commissions/payment given for introducing new distributor/sales representative/agent/dealer/ member?)

Ya (Yes)

Tidak (No)

(iii) Nyatakan fee lain yang dikenakan untuk menjadi pengedar/ wakil j ualan/ ejen/ peraih/ ahli: (State other fees to become a distributor/ sales representative/ agent/ dealer/ member):

Pembelian stok/ inventori (Purchase of stock/inventory)

RM ...........................

Fee latihan (Training fee)

RM ...........................

Lain-lain fee (Other fees)

RM............................

Beri maklumat terperinci mengenai bayaran lain (Provide information in detail on other payments) .................................................................................................................. .................................................................................................................. .................................................................................................................. (d) Syarat-syarat lain yang dikenakan untuk menjadi pengedar/wakil jualan/ ejen/ peraih/ ahli (Other conditions imposed to become a distributor/sales representative/ agent/ dealer/ member) .................................................................................................................. .................................................................................................................. ..................................................................................................................

7. LAIN-LAIN (OTHERS) (a) Namakan Persatuan/Pertubuhan Berdaftar yang anda menjadi anggota di dalam dan luar negeri (Name the Registered Associations/Organizations of which you are a member, both inside and outside the country)

Nama dan Alamat (Name and Address)

Kaitan/Hubungan (Association/Relationship)

...........................................................................

........................................................................... ........................................................................... ...........................................................................

8. Saya/Kami dengan ini mengemukakan dokumen-dokumen yang berikut: (I/We hereby submit the following documents):

(i) Memorandum dan Perkara-Perkara Persatuan (yang ditentusahkan melalui akuan berkanun oleh seorang pengarah); (Memorandum and Articles of Association (verified by a statutory declaration made by a d irector));

(ii) Sijil Perbadanan, Borang 8 atau 9 (mana-mana yang berkenaan), Peraturan-Peraturan Syarikat 1966; (Certificate of Incorporation, Form 8 or 9 (whichever is applicable), Companies R egulations 1966);

(iii) Borang 24 dan 49, Peraturan-Peraturan Syarikat 1966, yang diperakui oleh Pendaftar Syarikat; (Forms 24 and 49, Companies Regulations 1966, certified by the Registrar of Companies);

(iv) Borang Penyata Tahunan suatu Syarikat Yang Mempunyai Modal Syer (menurut seksyen 165, Akta Syarikat 1965); (Form of Annual Return of a Company Having a share Capital (pursuant to section 165, Companies Act 1965));

(v) Kunci kira-kira teraudit dan akaun untung rugi yang terbaru; (Latest audited balance sheet and profit and loss account);

(vi) Skim Pemasaran dan Perdagangan Syarikat; (Company's Marketing and Trading Scheme);

(vii) Carta organisasi syarikat beserta nama-nama kakitangan yang memegang jawatan-jawatan penting; (Company's organization chart together with the names and positions of key personnel);

(viii) Penyata terbaru caruman syarikat yang dikeluarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); (Latest statement of company's contribution issued by the Employees Provident Fund (EPF));

(ix) Salinan terperaku surat Perjanjian/Perlantikan dengan Syarikat Utama jika berkaitan: (Certified copies of Agreement/Appointment letter with Principal Company if a pplicable);

(x) Brosur-brosur syarikat mengenai barang/ perkhidmatan yang dipasarkan; (Company's brochures on goods/services marketed);

(xi) Kod etika perniagaan; (Business code of ethics);

(xii) Dokumen lain yang berkaitan dengan bidang perniagaan seperti pendaftaran dengan SIRIM, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan lain-lain. (Other documents relevant to the business such as registration with SIRIM, National Pharmaceutical Control Bureau, etc.).

9. PERISYTIHARAN (DECLARATION) Saya/Kami dengan ini mengaku segala maklumat di dalam Borang ini dan mana-mana lampiran adalah benar dan tepat. Saya/Kami faham bahawa apa-apa pernyataan palsu yang dibuat di dalam Borang ini hendaklah menjadi suatu kesalahan di bawah Akta. (I/We hereby declare that all information in this Form and any annexure(s) are true and accurate. I/We understand that any false statements made in this Form shall be an offence under the Act).

............................................... Tandatangan Pemohon

(Signature of Applicant)

............................................... Tarikh

(Date)

Nama (Name) : ............................................................................ No. KP/No. Pasport (NRIC No./Passport No.): ............................................................................. Jawatan dalam Syarikat (Position in Company) : ............................................................................

........................................ Meterai Syarikat

(Company's Seal) NOTA: Mengikut seksyen 5 Akta Jualan Langsung 1993 Pengawal boleh meminta apa-apa maklumat atau dokumen lain yang dinyatakan olehnya dan boleh meminta maklumat atau dokumen yang berbeza daripada pemohon yang berlainan, atau pemohon daripada golongan, kategori atau perihal yang berlainan. NOTE: According to section 5 of the Direct Sales Act 1993 the Controller may request for such other information or documents as may be specified by him, and may request different information or documents from different applicants, or different classes, categories or descriptions of applicants.

JADUAL B BORANG/FORM AJL-2

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI

DAN HAL EHWAL PENGGUNA

MINISTRY OF DOMESTIC TRADE AND

CONSUMER AFFAIRS

AKTA JUALAN LANGSUNG 1993

DIRECT SALES ACT 1993

Peraturan 4

(Regulation 4)

LESEN JUALAN LANGSUNG

DIRECT SALES LICENCE

Lesen adalah dengan ini diberi kepada: Licence is hereby granted to: Nama Perniagaan/Business Name ........................................................................................... beralamat di/of ........................................................................................... (Alamat Berdaftar/Registered Address) untuk menjalankan perniagaan jualan langsung dari ................................................... hingga ................................... to carry on a direct sales business from................................................... to .................................................. tertakluk kepada peruntukan Akta Jualan Langsung 1993 dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, dan syarat-syarat yang dilampirkan bersama: subject to the provisions of the Direct Sales Act 1993 and the regulations made thereunder, and the conditions attached herewith: Amaun: RM Amount: RM Resit No.: Receipt No.: Bertarikh pada ....................... hb .......................19 ....................... Dated this ....................... day of ....................... 19 .......................

.................................. Pengawal Jualan Langsung

(Controller of Direct Sales)

JADUAL C

FORM AJL-3

(Peraturan 13)

BAHAGIAN I

NOTIS HAK PENAMATAN SEBELUM HABIS TEMPOH BERTENANG

Kepada : .................................................... .................................................... (masukkan nama dan alamat pembeli) Sila ambil perhatian bahawa anda berhak menamatkan kontrak sebelum habis tempoh bertenang, iaitu sebelum berakhirnya tempoh sepuluh hari kerja yang bermula pada hari selepas tarikh kontrak ini dibuat dengan memberikan notis bertulis dalam Borang yang dinyatakan dalam Bahagian II di bawah.

Tarikh : Ditandatangani oleh : Nama : Alamat :

(Penjual)

------------------------------------

(Sila Ceraikan Di sini)

BAHAGIAN II

NOTIS PENAMATAN

Kepada : * .................................................... .................................................... Sila ambil perhatian bahawa saya ......................................... beralamat di ........................................................ dengan ini menamatkan kontrak yang dibuat oleh saya pada ......................... hb ........................... 19 .................untuk membeli atau untuk dibekalkan dengan ? .................................... Bertarikh pada ........................................ hb ................................. 19 ....................

? Ditandatangani oleh : Nama : Alamat :

______________________________ * Masukkan nama dan alamat penjual. ? Masukkan perihalan ringkas dan padat mengenai barang atau perkhidmatan. ? Masukkan tandatangan, nama dan alamat bakal pembeli. Dibuat pada 7hb April 1993. [KPDN (P&P) 26/16/3/1; PN. (PU?) 525.]

DATO' HAJI ABU HASSAN BIN HAJI OMAR, Menteri Perdagangan Dalam Negeri

dan Hal Ehwal Pengguna

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari

P.U. (A) 153/93 Peraturan-Peraturan Jualan Langsung 1993 - Pembetulan

P.U. (A) 118/99 Peraturan-Peraturan Jualan Langsung (Pindaan) 1999

01-04-1999

P.U. (A) 95/2000 Peraturan-Peraturan Jualan Langsung (Pindaan) 2000

15-03-2000

TAMBAHAN PERUNDANGAN PERSEKUTUAN

AKTA JUALAN LANGSUNG 1993 [AKTA 500]

P.U. (A) 128/93

PERATURAN-PERATURAN JUALAN LANGSUNG 1993 Mengandungi pindaan terkini - P.U. (A) 95/2000

Tarikh diterbitkan dalam Warta : 6 Mei 1993 Tarikh mula berkuatkuasa : 1 Jun 1993

___________________________ SUSUNAN PERATURAN

___________________________ Mukadimah PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 6, 16, 17, 18, 23, 24, 26 dan 44 Akta Jualan Langsung 1993 [Akta 500], Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut :

BAHAGIAN I - PERMULAAN Peraturan 1. Nama dan mula berkuatkuasa. Peraturan-Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Jualan Langsung 1993 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 1hb Jun 1993.

Peraturan 2. Tafsiran. Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain - "Akta" ertinya Akta Jualan Langsung 1993; "lesen" ertinya lesen yang diberi di bawah seksyen 6 Akta; "notis rayuan" ertinya notis rayuan yang disebut di bawah subseksyen 16(1) Akta; "perayu" ertinya seseorang yang merayu di bawah seksyen 16 Akta terhadap keputusan Pengawal

BAHAGIAN II - LESEN Peraturan 3. Permohonan untuk mendapatkan lesen. Tiap-tiap permohonan untuk mendapatkan lesen di bawah seksyen 5 Akta hendaklah dalam Borang AJL - 1 Jadual A.

Peraturan 4. Lesen. (1) Tiap-tiap lesen yang diberi hendaklah dalam Borang AJL-2 Jadual B dan adalah sah melainkan dibatalkan di bawah seksyen 8 Akta. (2) Fi yang kena dibayar bagi pemberian sesuatu lesen ialah lima ratus ringgit setahun.

[Gan. P.U. (A) 118/99; Gan. P.U. (A) 95/2000]

BAHAGIAN III - PROSEDUR BAGI RAYUAN Peraturan 5. Notis rayuan. (1) Tiap-tiap perayu yang terkilan dengan apa-apa keputusan Pengawal di bawah Bahagian II Akta hendaklah menghantar suatu notis rayuan kepada Menteri dan suatu salinan notis rayuan itu kepada Pengawal dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam subseksyen 16(1) Akta. (2) Notis rayuan yang dikemukakan oleh perayu hendaklah menyatakan –

(a) nama penuh, alamat dan butir-butir lain perayu; (b) keputusan yang dengannya dia terkilan; (c) alasan-alasan yang pihak perayu bercadang untuk menggunakan; dan (d) apa-apa maklumat lain atau mengandungi apa-apa dokumen yang mungkin perlu bagi maksud rayuan itu.

Peraturan 6. Alasan-alasan keputusan. Apabila notis rayuan diterima, Pengawal hendaklah menyebabkan supaya disediakan suatu pernyataan yang menyatakan alasan-alasan yang berdasarkannya ia mencapai keputusannya dan hendaklah mengemukakan alasan-alasan keputusan itu kepada Menteri.

Peraturan 7. Pemutusan rayuan. Menteri hendaklah dengan seberapa segera yang praktik memutuskan rayuan itu dan bolehlah, sekiranya dia memerlukan fakta-fakta atau keterangan lanjut dikemukakan atau hujah-hujah didengar, menetapkan tarikh dan masa bagi penerimaan fakta-fakta atau keterangan itu atau pendengaran hujah-hujah itu dan hendaklah memaklumkan kepada perayu dan Pengawal dengan sewajarnya.

Peraturan 8. Penarikan balik rayuan. Jika perayu memutuskan untuk tidak meneruskan rayuannya dia boleh menarik balik rayuannya itu pada bila-bila masa sebelum pemutusan rayuan itu dan oleh itu keputusan Pengawal hendaklah disifatkan muktamad.

Peraturan 9. Penghantaran dokumen. Tiap-tiap notis atau dokumen yang berhubungan dengan sesuatu rayuan -

(a) hendaklah dihantar melalui pos berdaftar; dan (b) hendaklah dihantar dalam dua salinan kepada Menteri.

BAHAGIAN IV - MERUNDINGKAN JUALAN PINTU KE PINTU Peraturan 10. Bertandang ke mana-mana premis bagi maksud merundingkan apa-apa jualan pintu ke pintu. Kecuali dengan temujanji terdahulu tiada seorang pun boleh bertandang ke mana-mana premis bagi maksud merundingkan apa-apa jualan pintu ke pintu –

(a) pada hari Ahad, jika sesuatu cuti awam jatuh pada hari Ahad; (b) pada hari Jumaat, jika sesuatu cuti awam jatuh pada hari Jumaat; (c) pada mana-mana hari cuti awam; dan (d) pada hari-hari lain di antara jam 12.00 tengah malam hingga 9.00 pagi dan di antara 7.00 malam hingga 12.00 tengah malam

Peraturan 11. Kad kebenaran orang yang merundingkan jualan pintu ke pintu. Kad kebenaran bagi mana-mana orang yang merundingkan jualan pintu ke pintu hendaklah mengandungi perincian berikut -

(a) nama dan alamatnya; (b) nama, alamat dan nombor telefon syarikat yang mengeluarkan kad kebenaran itu; (c) tandatangan orang yang diberikuasa daripada syarikat yang mengeluarkan kad kebenaran itu; (d) nombor lesen perniagaan jualan langsung itu; dan (e) gambar orang itu yang dilekatkan kepada kad kebenaran dan gambar itu hendaklah menurut kehendak-kehendak yang berikut :

(i) saiz gambar itu hendaklah berukuran 3.8 sm x 3.2 sm dan hendaklah tanpa birai; (ii) muka penuh orang itu hendaklah ditunjukkan dan imej mukanya dari paras dagu hingga ke atas kepala hendaklah tidak kurang daripada 2.54 sm dalam kedudukan menegak; dan

(iii) gambar orang itu hendaklah diambil tanpa penutup kepala tetapi mana-mana orang yang pada kebiasaannya memakai penutup kepala mengikut kehendak agamanya atau adat rasnya boleh bergambar dengan penutup kepala dengan syarat bahawa penutup kepala itu tidak melindungi raut mukanya.

BAHAGIAN V - KONTRAK JUALAN LANGSUNG DAN PENAMATAN Peraturan 12. Kehendak-kehendak kontrak jualan langsung. Apa-apa kontrak berkenaan dengan jualan pintu ke pintu termasuklah jualan pesanan pos bagi pembekalan barang-barang atau perkhidmatan yang bernilai RM300 atau lebih hendaklah mematuhi subsekyen 23(1) Akta.

Peraturan 13. Notis hak penamatan sebelum habis tempoh bertenang dan notis penamatan kontrak. Suatu notis memberitahu pembeli tentang haknya untuk menamatkan kontrak sebelum habis tempoh bertenang hendaklah dalam Bahagian I Borang AJL-3 Jadual C dan suatu notis penamatan kontrak hendaklah dalam Bahagian II Borang yang sama dan notis-notis itu hendaklah dicetak dalam taip yang hendaklah tidak kecil daripada 10 poin Times.

BAHAGIAN VI - PELBAGAI Peraturan 14. Penyenggaraan rekod-rekod orang yang terlibat dalam perniagaan jualan langsung. Tiap-tiap pemegang lesen hendaklah menyenggara dan menyimpan rekod yang lengkap dan benar yang dikemaskinikan dengan nama-nama dan alamat-alamat penjual-penjual, wakil-wakil jualan, pengedar-pengedar, ejen-ejen, peraih-peraih dan mana-mana orang lain terlibat dalam perniagaan jualan langsung.

Peraturan 15. Pemegang lesen hendaklah memberi butir-butir apabila diarahkan. (1) Pengawal dan Penolong Pengawal boleh pada bila-bila masa dengan arahan bertulis menghendaki seseorang pemegang lesen untuk menghantarkan kepadanya mengikut cara dan dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam arahan itu -

(a) penyata mengenai apa-apa atau semua rekod yang dikehendaki disenggarakan di bawah peraturan 14; (b) penyata yang mengandungi apa-apa butir lain yang dikehendakinya berhubungan dengan perniagaan pemegang lesen; dan (c) apa-apa maklumat atau penjelasan bertulis yang dikehendakinya berkenaan dengan apa-apa butir yang dinyatakan dalam apa-apa penyata yang dihantar oleh pemegang lesen itu.

(2) Mana-mana orang yang memberikan apa-apa maklumat atau dokumen yang palsu atau mengelirukan di bawah subperaturan (1) adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini.

Peraturan 16. Penalti. Mana-mana orang yang melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini adalah melakukan suatu kesalahan.

AKTA JUALAN LANGSUNG 1993 P.U.(A) 248/2001

PERATURAN-PERATURAN JUALAN LANGSUNG

(SKIM DAN PERJALANAN) 2001

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 44(2)(d) Akta Jualan Langsung 1993(Akta 500), Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut: Nama dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Jualan

Langsung (Skim dan Perjalanan)2001. (2) Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 15 Ogos 2001.

Tafsiran

2. Dalam Peraturan-Peraturan ini,melainkan konteksnya menghendaki makna yang

lain- “skim jualan langsung” ertinya apa-apa perniagaan jualan langsung yang dijalankan oleh seseorang yang dilesenkan di bawah subseksyen 4(1) Akta; dan “peserta” berhubung dengan skim jualan langsung,mempunyai pengertian yang sama seperti yang ditakrifkan di bawah subseksyen 44(4) Akta tetapi tidak termasuk seorang pembeli.

Penyampaian skim tidak boleh mengelirukan

3. (1) Dalam penyampaian sesuatu skim jualan langsung, seseorang yang menjalankan apa-apa perniagaan jualan langsung tidaklah boleh mengelirukan peserta dengan memberi penekanan yang berlebihan terhadap bonus tinggi yang tidak seimbang atau pembayaran bonus.

(2) Tiap-tiap peserta hendaklah diberikan suatu perlengkapan jualan yang

mengandungi rancangan pemasaran dan tatasusila syarikat.

Pembayaran insentif

4. Mana-mana orang yang menjalankan apa-apa perniagaan jualan langsung hendaklah menyediakan suatu insentif berasaskan jumlah atau kuantiti barang atau perkhidmatan yang dijual atau diedarkan oleh tiap-tiap peserta yang diambil masuk ke dalam skim dan bukan daripada pengambilan orang ke dalam skim.

Peserta tidak boleh membeli barang atau perkhidmatan dalam amaun yang tidak munasabah

5. Tiap-tiap peserta dikehendaki membeli barang atau perkhidmatan dalam suatu

amaun yang dijangka boleh dijual semula atau digunakan dalam suatu tempoh masa yang munasabah.

Perjanjian

6. (1) Mana-mana orang yang menjalankan apa-apa perniagaan jualan langsung hendaklah menyediakan tiap-tiap peserta dengan suatu kontrak bertulis atau penyata yang memperihalkan terma matan perjanjian itu.

(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), perjanjian itu hendaklah

memperuntukkan yang berikut:

(a) peserta hendaklah diberikan tidak kurang daripada sepuluh hari kerja dari tarikh pengambilan untuk membatalkan keahliannya;

(b) apabila terdapat pembatalan keahliannya di bawah perenggan (a),

peserta itu hendaklah dibayar balik semua bayaran yang dikehendaki dalam perjanjian itu; dan

(c) atas permintaan peserta itu, orang yang menjalankan apa-apa

perniagaan jualan langsung hendaklah membeli balik apa-apa barang yang boleh dipasarkan yang telah dijual kepada peserta itu dalam masa enam bulan yang dahulu pada suatu harga yang tidak kurang daripada sembilan puluh peratus amaun yang dibayar.

Kesalahan 7. Mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi mana-mana

peruntukan peraturan ini adalah melakukan suatu kesalahan. Dibuat 13 Ogos 2001. [KPDN(PUU)26/5/27;PN(PU2)525]

TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN HAJI MOHD YASSIN Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

FEDERAL SUBSIDIARY LEGISLATION

DIRECT SALES ACT 1993 [ACT 500] P.U. (A) 256/93 DIRECT SALES (COMPOUNDING OF OFFENCES) REGULATIONS

1993

Publication in the Gazette : 2nd September 1993 Date of coming into operation : 1st October 1993 ____________________________

ARRANGEMENT OF REGULATIONS _____________________________

Preamble

Regulation 1. Citation and commencement. Regulation 2. Compoundable offences. Regulation 3. Amount of compound payable. Regulation 4. Payment of compound. Regulation 5. Forms for offer to compound and acceptance.

SCHEDULE

Regulation 1. Citation and commencement. These regulations may be cited as the Direct Sales (Compounding of Offences) Regulations 1993 and shall come into force on the 1st October 1993.

Regulation 2. Compoundable offences. The offences under sections 18, 19, 20, 22, 25 and 37 of the Act and all offences under the Direct Sales Regulations 1993 may be compounded.

Regulation 3. Amount of compound payable. (1) The amount of compound payable in respect of a compoundable offence shall not exceed fifty percentum of the amount of the maximum fine that may be imposed for that offence.

Regulation 4. Payment of compound. (1) Where an offer to compound any offence is made and accepted, payment shall be made to the Controller or the Deputy Controller, in cash or by money order, postal order or banker's draft made payable to the Controller of Direct Sales. (2) An official receipt for such payment shall be issued to the person whom the offer to compound was

made. Regulation 5. Forms for offer to compound and acceptance. (1) An offer to compound shall be made in Form I of the Schedule. (2) The acceptance of the offer to compound shall be made in Form II of the Schedule.