Upload
balamurali
View
2.751
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
KESAN KEMAJUAN SAINS A2002 /1/1
KESAN KEMAJUAN SAINS
OBJEKTIF AM
Mengetahui konsep asas perkembangan kemajuan sains dan
teknologi semasa serta kesannya kepada manusia
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit anda dapat :
1. menyatakan kesan-kesan hasil kemajuan sains dan teknologi
2. membezakan antara kesan baik dan buruk terhadap
perkembangan kemajuan sains dan teknologi
3. menerangkan kesan-kesan perkembangan kemajuan sains dan
teknologi berdasarkan nilai-nilai moral sejagat.
1 Uni
KESAN KEMAJUAN SAINS A2002 /1/2
PENGENALAN
Kepesatan kemajuan sains dan teknologi menyebabkan pelbagai jenis alatan dan
penemuan- penemuan baru dicipta dan diterokai oleh manusia. Secara sepintas lalu,
kemajuan sains ini banyak mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada manusia
sekiranya digunakan ke jalan yang baik dan selamat. Namun begitu , sekiranya
disalahgunakan , kemajuan sains juga bakal menimbulkan elemen-elemen yang boleh
mencabar nilai-nilai moral. Penemuan kaedah DNA, pengklonan, Bayi Tabung uji dan
sebagainya merupakan manfaat yang diperolehi manusia hasil kemajuan sains dan
teknologi. Penemuan-penemuan ini tidak terkecuali mendatangkan kesan-kesan positif
dan juga negatif kepada manusia
1.1 APAKAH ITU TEKNOLOGI DNA ?
Asid Deoksiribonukleik atau nama singkatannya DNA merupakan sebatian kimia
yang kompleks iaitu karbon, hidrogen, oksigen dan fosforus yang ditemui di dalam
nucleus setiap sel yang membawa maklumat yang diperlukan untuk perkembangan
seseorang individu. Dengan kata lain DNA bermaksud proses mengenal pasti profil atau
identity seseorang berdasarkan kaedah saintifik.
DNA terdiri daripada unit-unit nukleotida. Setiap unit nukleotida mengandungi
tiga molekul asas iaitu gula deoksiribosa, bes bernitrogen dan kumpulan fosfat yang
terangkai bersama. Satu molekul DNA boleh mengandungi antara empat hingga lima juta
unit nukleotida.
Berdasarkan model yang dicadangkan oleh James Watson dan Francis Crick
(1953), struktur molekul DNA terdiri daripada dua baris nukleotida yang tersusun dalam
bentuk heliks ganda dua dan diikat antara satu sama lain dengan sepasang bes
bernitrogen. Struktur heliks ganda dua ini membolehkan DNA diperduakan semasa
INPUT INPUT
KESAN KEMAJUAN SAINS A2002 /1/3
pembahagian sel. Penduaan ini memastikan setiap gen tidak berubah semasa
pembahagian sel, dan sel zuriat adalah serupa. Jumlah DNA yang terkandung dalam satu
kromosom adalah tetap.
Pada umumnya bahan-bahan yang boleh digunakan dalam analisis DNA adalah
terhad kepada bahan-bahan biologi semulajadi. Berikut adalah senarai bahan-bahan
biologi yang mana DNA telah berjaya diasingkan dan dianalisis :
Darah dan kesan darah
Air mani dan kesan air mani
Tisu
Tulang dan organ
Rambut / bulu yang mempunyai akar
Bahan-bahan biologi yang lain seperti air liur, air kencing, air mata dan peluh
boleh juga dianalisis sekiranya mempunyai DNA yang mencukupi. Oleh kerana DNA
adalah bahan biologi ia akan mudah terurai atau rosak jika sumber-sumber tersebut
terdedah kepada haba, kelembapan dan bakteria.
1.1.2 KEPENTINGAN DNA
Pemprofilan DNA adalah satu kaedah yang digunakan secara meluas dimakmal-
makmal forensik diseluruh dunia. Ia digunakan bagi menentukan samada sesuatu bahan
bukti biologi yang ditemui ditempat kejadian jenayah mempunyai hubungkait dengan
suspek atau tidak. Kaedah mengenalpasti identiti ini juga dipergunakan kepada penentuan
hubungan kekeluargaan, mengenalpasti status anak yang dicurigai dan kes-kes jenayah
seperti rogol dan pembunuhan.
1.1.3 KEBURUKAN DNA
KESAN KEMAJUAN SAINS A2002 /1/4
1. Manipulasi gen dalam bidang pertanian dan penternakan akan menghasilkan
haiwan dan tumbuhan transgenik yang bermutu tinggi. Tetapi masalah sosial
dan ekonomi akan timbul jika tidak ada pengawalan daripada pihak yang
bertanggungjawab.
2. Teknologi DNA akan akan memberikan kita pemahaman yang lebih
mendalam tentang diri kita. Namun begitu akan ada pihak yang akan
menyalahgunakan pemahaman ini yang boleh menimbulkan banyak isu
moral yang kontroversi seperti percubaan untuk menentukan keadaan rupa
bentuk fizikal dan mental seseorang manusia.
3. Negara yang maju akan menggunakan kemajuan teknologi ini untuk
meningkatkan mutu populasinya, seterusnya akan menggunakan kelebihan
ini untuk mengawal seterusnya menindas Negara-negara yang lemah.
1.2 PENGKLONAN (CLONING)
INPUT INPUT
KESAN KEMAJUAN SAINS A2002 /1/5
PENGENALAN
Pengklonan secara amnya adalah teknik menghasilkan keturunan dengan kod
genetik yang sama dengan induknya pada makhluk tertentu. Baik berupa haiwan,
tumbuhan dan juga manusia. Teknik ini terlebih dahulu dipraktikkan keatas tumbuhan
dan haiwan sejak 10 tahun lalu bertujuan untuk meningkatkan dan menjaga kualiti
tanaman dan ternakan.
1.2.1 KAEDAH PENGKLONAN
Dalam kontek manusia, pengklonan dilakukan dengan cara mengambil sel tubuh
(sel somatic) dari tubuh manusia misalnya sel kulit. Inti sel yang mengandungi DNA
(nukleusnya) tubuh ini kemudian diambil dan ditanam pada sel telur (ovum) wanita yang
telah dikeluarkan inti selnya. Dengan bantuan sejenis cairan kimia khas dan den
yutan eletrik, inti sel dari tubuh itu disatukan dengan ovum. Denyutan eletrik kedua akan
diberikan untuk memulakan pembuahan dan percambahan sel. Sel yang bercambah akan
dipindahkan kesalam rahim seseorang wanita agar ianya dapat berkembang membentuk
janin sempurna. Setelah itu bayi yang berasal dari janin itu dilahirkan secara tabie.
Keturunan yang dihasilkan akan mempunyai kod genetik yang sama dengan induknya
iaitu orang yang menjadi sumber inti sel tubuh yang telah ditanam pada sel telur
perempuan.
Kaedah pengklonan terbahagi kepada dua :
Pertama Pengklonan Reproduktif, ia bermula dengan sel A yang mempunyai
nucleus sel B kemudian disuntik ke dalam rahim wanita (ibu tumpang). Lalu lahir
KESAN KEMAJUAN SAINS A2002 /1/6
individu yang mempunyai rupa paras dan kandungan genetik yang sama dengan B.
Teknik ini banyak menimbulkan persoalan dari segi agama, etika, moral dan akhlak.
Anak yang dilahirkan tidak mempunyai ibu bapa serta penghasilannya tidak melalui
proses kelahiran yang normal (proses persenyawaan lelaki dan wanita).
1.2.3 KELEBIHAN PENGKLONAN
1. Klon yang mempunyai ciri terbaik dipilih dari induk terbaik dan bermutu serta
berdaya tahan yang tinggi terhadap serangan penyakit atau serangga perosak dalam
bidang pertanian.
2. Tempoh masa untuk mengdapatkan hasil akan lebih singkat dan ini akan dapat
meningkatkan tahap ekonomi para pengusaha dalam bidang pertanian.
3. Pengklonan adalah satu cara pembiakan vegetatif. Maka pengklonan tidak
memerlukan gen pendebungaan. Dengan demikian pengklonan boleh dilakukan
pada bila-bila masa sahaja.
4. Pengklonan Terapeutik bertujuan untuk menyembuh penyakit manusia seperti
lemah jantung, kanser, Parkinson, Alzheimer dan leukemia. Ia dilakukan dengan
menggunakan sel, tisu dan organ. Oleh kerana tujuannya lebih murni pengklonan
reproduktif kerana memberi harapan kepada pesakit yang mengidap penyakit kronik
maka bayak pihak yang membenarkan kaedah pengklonan ini.
1.2.4KEBURUKAN PENGKLONAN
1. Klon yang diperoleh daripada kultur tisu tidak menunjukan perbezaan dari segi
genetik. Oleh itu apabila keadaan persekitaran menjadi tidak sesuai keseluruhan
KESAN KEMAJUAN SAINS A2002 /1/7
klon mungkin terhapus sama sekali.
2. Pengklonan merupakan kaedah pembiakan manusia yang berlaku tidak secara
semulajadi. Akan ada orang yang akan memandang bukanlah konsep perkahwinan
sahaja yang dapat mengembangkan keturunan dan zuriat.
3. Setiap hasil klon akan mempunyai daya rintangan yang sama, apabila berlaku
serangan penyakit dan makhluk perosak kesemuanya akan musnah dengan cepat.
1.3 BAYI TABUNG UJI
KESAN KEMAJUAN SAINS A2002 /1/8
PENGENALAN
Satu kaedah perubatan untuk mendapatkan anak melalui proses persenyawaan di
antara benih suami dan isteri di dalam tiub tabung uji.
Persenyawaan akan dilakukan di dalam makmal dengan persekitaran yang
sesuai di dalam tiub ujikaji samada dengan teknik laporoskop atau suntikan
melalui faraj.
Apabila persenyawaan berjaya dilakukan dalam masa 72 jam, embrio akan
dimasukkan kedalam rahim
Perkembangan seterusnya akan dilakukan melalui teknik ultrasound atau
ujian air kencing untuk memastikan wanita itu mengandung atau tidak
1.3.2 ALASAN KAEDAH INI DILAKUKAN
Isteri tidak dapat hamil secara normal
Faktor kesihatan seperti menghidapi penyakit kencing manis
Benih suami tidak cukup atau tidak aktif
INPUT INPUT
1.3.1 KAEDAH PELAKSANAAN
Benih suami yang berkualiti sahaja yang
akan dipilih
Isteri diberikan suntikan hormon bagi
membantu beliau mengeluarkan lebih
banyak telur yang berkualiti
KESAN KEMAJUAN SAINS A2002 /1/9
Tidak dapat dikesan sebabnya
1.3.3 KEBAIKAN
Dapat membantu pasangan yang tidak dapat memperolehi anak.
Alternatif yang sah bagi mengantikan kaedah klon
Dapat menghasilkan bayi yang normal
Penemuan baru yang boleh membantu manusia dalam kehidupan
1.3.4 KEBURUKAN
Penyalahgunaan kaedah dengan menggunakan benih orang lain atau haiwan
Kaedah ini akan digunakan untuk tujuan komersial bukan satu bantuan
kepada manusia
Tanggapan orang ramai terhadap anak-anak tersebut lebih kepada positif
Menggangu proses persenyawaan semulajadi manusia
1.3.5 LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
Satu badan khas yang mengkaji dan mengurus isu ini hendaklah ditubuhkan
dengan keanggotaan daripada disiplin perubatan, kemasyarakatan dan
keagamaan
Satu akta khas perlu digubal untuk menanganinya
Pendidikan dan kefahaman yang jelas perlu disebarkan kepada rakyat secara
tepat
Proses bagi kaedah ini dari mula hingga akhir hendaklah diawasi
terutamanya dari perspektif agama dan moral
1.3.6 RUMUSAN
Kaedah ini adalah satu alternatif bagi pasangan yang belum mendapat anak
Pelaksanaan kaedah ini akan berjaya dari sudut agama nilai dan norma
masyarakat. Apabila mereka yang terlibat sedar dan ikhlas melaksanakannya
KESAN KEMAJUAN SAINS A2002 /1/10
Manusialah yang menentukan baik buruknya kaedah ini berdasarkan
pertimbangan agama, akal, niali dan norma masyrakat
1.4 IBU TUMPANG ( SURROGATE MOTHER )
PENGENALAN
INPUT INPUT
+ =
KESAN KEMAJUAN SAINS A2002 /1/11
Ibu tumpang merujuk kepada seseorang yang mengambil tempat seorang yang
lain dalam perihal mengandung dan melahirkan anak. Benih bayi dari pasangan lain akan
disemai dalam organ peranakannya hinggalah ia melahirkan bayi tersebut. Ibu tumpang
akan menyerahkan bayi yang dilahirkannya kepada pasangan tadi untuk dibesarkan.
Kaedah ibu tumpang dilakukan dengan dua cara, pertama Straight Surrogacy adalah ibu
tumpang yang menggunakan telurnya sendiri untuk disenyawakan dengan seperma lelaki
yang terlibat. Kaedah kedua ialah Host Surrogacy iaitu ibu tumpang akan membawa anak
genetik pasangan yang mandul kedalam rahimnya.
Alasan kaedah ini digunakan antaranya permasalahan peranakan yang dihadapi
oleh isteri samada tiub fallopio yang terlalu sempit, badan yang terlalu lemah atau factor
kesihatan seperti penyakit kencing manis. Alasan yang kedua sebagai alternatif bagi
mengelakan dari mengambil anak angkat yang terbukti bukan daripada keturunan bagi
pasangan yang sukar mendapat anak.
Kebanyakan ibu tumpangan adalah terdiri daripada kawan rapat atau anak saudara
kepada pasangan yang tidak ada anak. Kegiatan ibu tumpangan semakin berleluasa dalam
tempoh sepuluh tahun kebelakangan ini. Kebanyakan tempat mempunyai agen-agen ibu
tumpangan yang berpotensi serta dapat membantu pasangan yang berkenaan mendapat
anak. Agen ibu tumpangan biasanya dikendalikan oleh doctor atau peguam. Agen ibu
tumpangan yang dibuka untuk tujuan komersial biasanya mengenakan bayaran lebih
kurang RM 10, 000.
1.4.1 KEBAIKAN IBU TUMPANGAN
1. Merupakan satu alternatif dan penyelesaian masalah kepada pasangan yang
tidak mempunyai zuriat.
2. Memperoleh anak secara sah daripada darah daging sendiri untuk
kesinambungan keturunan dan pewarisan harta.
3. Mengelak dari meningkatnya konflik rumahtangga yang berpunca dari
masalah tidak mempunyai keturunan
KESAN KEMAJUAN SAINS A2002 /1/12
1.4.2 KEBURUKAN
1. Kadar perbelanjaan yang tinggi sekiranya dijalankan dalam bentuk
komersial
2. Akan berlaku kecacatan atau kematian kerana ianya berlaku bukanlah secara
semulajadi.
3. Kesanggupan memelihara anak sekiranya anak yang dilahirkan tidak
memenuhi seperti yang diharapkan seperti adanya kecacatan pada anak
tersebut.
Untuk menguji kefahaman anda,
sila laksanakan aktiviti berikut.
Jika anda tidak berpuashati
dengan jawapan anda, sila buat
ulangkaji pada input yang anda
rasa masih kabur.
SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!
Untuk menguji kefahaman anda,
sila laksanakan aktiviti berikut.
Jika anda tidak berpuashati
dengan jawapan anda, sila buat
ulangkaji pada input yang anda
rasa masih kabur.
SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!
KESAN KEMAJUAN SAINS A2002 /1/13
AKTIVITI 1A
1.1 Apakah maksud DNA menurut pemahaman anda ?
1.2. Senaraikan bahan biologi yang boleh digunakan dalam analisis DNA ?
1.3. Apakah yang dimaksudkan dengan pengklonan ?
1.4. Berikan tiga kesan buruk kepada teknologi pengklonan.
KESAN KEMAJUAN SAINS A2002 /1/14
1.5. Apakah yang dimaksudkan dengan bayi tabung uji ?
1.6. Apakah alasan kaedah bayi tabung uji dilakukan ?
1.7. Apakah yang dimaksudkan dengan Ibu Tumpangan ?
1.8. Berikan dua kebaikan dan dua keburukan pengamalan kaedah Ibu Tumpang ?
MAKLUM BALASAKTIVITI 1A
KESAN KEMAJUAN SAINS A2002 /1/15
1.1 Asid Deoksiribonukleik atau nama singkatannya DNA merupakan sebatian kimia
yang kompleks iaitu karbon, hydrogen, oksigen dan fosforus yang ditemui di dalam
nukleus setiap sel yang membawa maklumat yang diperlukan untuk perkembangan
seseorang individu.
1.2 Bahan-bahan biologi yang dianalisis :
Darah dan kesan darah
Air mani dan kesan air mani
Tisu
Tulang dan organ
Rambut / bulu yang mempunyai akar
1.3. Pengklonan secara amnya adalah teknik menghasilkan keturunan dengan kod
genetik yang sama dengan induknya pada makhluk tertentu. Baik berupa haiwan,
tumbuhan dan juga manusia
1.4 Kesan buruk pengklonan
Klon yang diperoleh daripada kultur tisu tidak menunjukan perbezaan dari segi
genetik. Oleh itu apabila keadaan persekitaran menjadi tidak sesuai keseluruhan
klon mungkin terhapus sama sekali.
Pengklonan merupakan kaedah pembiakan manusia yang berlaku tidak secara
semulajadi. Akan ada orang yang akan memandang bukanlah konsep
perkahwinan sahaja yang dapat mengembangkan keturunan dan zuriat.
Setiap hasil klon akan mempunyai daya rintangan yang sama, apabila berlaku
serangan penyakit dan makhluk perosak kesemuanya akan musnah
1.5 Satu kaedah perubatan untuk mendapatkan anak melalui proses persenyawaan
diantara benih suami dan isteri di dalam tiub tabung uji.
1.6 Alasan kaedah ini dilakukan
Isteri tidak dapat hamil secara normal
Faktor kesihatan seperti menghidapi penyakit kencing manis
KESAN KEMAJUAN SAINS A2002 /1/16
Benih suami tidak cukup atau tidak aktif
Tidak dapat dikesan sebabnya
1.7 Ibu tumpang merujuk kepada seseorang yang mengambil tempat seorang yang lain
dalam perihal mengandung dan melahirkan anak. Benih bayi dari pasangan lain akan
disemai dalam organ peranakannya hinggalah ia melahirkan bayi tersebut.
1.8 Kebaikan Ibu Tumpang :
Merupakan satu alternatif dan penyelesaian masalah kepada pasangan yang tidak
mempunyai zuriat.
Memperoleh anak secara sah daripada darah daging sendiri untuk kesinambungan
Keburukan Ibu Tumpang :
Kadar perbelanjaan yang tinggi sekiranya dijalankan dalam bentuk komersial
Akan berlaku kecacatan atau kematian kerana ianya berlaku bukanlah secara
semulajadi.
1.6 PIL PENCEGAH KEHAMILAN
KESAN KEMAJUAN SAINS A2002 /1/17
PENGENALAN
Pil pencegah kehamilan merujuk kepada pil yang digunakan oleh golongan wanita
untuk mengelak daripada hamil (mengandung). Pil ini berperanan untuk mengelakkan
daripada kesuburan pada sistem peranakan seseorang wanita sebagai salah satu cara
perancangan keluarga. Hampir 70 juta wanita seluruh dunia sejak 15 tahun dulu telah
menggunakan pil ini.
1.5.1 KEBAIKAN PIL PENCEGAH KEHAMILAN
1. Merancang kelahiran anak atas sebab keadaan ekonomi sesebuah keluarga
dan juga negara. Masalah kepadatan penduduk dapat diatasi dan masalah
kemiskinan dapat dikurangkan.
2. Untuk membantu seseorang ibu yang menghadapi masalah untuk hamil dan
melahirkan anak. Misalnya ibu yang mempunyai penyakit yang menghalang
tumbesaran bayi di dalam rahim. Selain itu ibu yang tidak sesuai untuk
hamil kerana peringkat umur terlalu muda atau terlalu tua
1.5.2 KEBURUKAN PIL PENCEGAH KEHAMILAN
1. Akan disalahgunakan oleh mereka yang tidak mempunyai alasan yang
benar-benar kukuh untuk menggunakannya.
2. Mempunyai kesan sampingan terhadap pengguna yang menggunakan secara
berlebihan atau tidak terkawal seperti penyakit berbahaya kanser dan
sebagainya.
INPUT INPUT
KESAN KEMAJUAN SAINS A2002 /1/18
3. Jumlah penduduk bagi sesebuah negara akan mengalami kekurangan
sekiranya penggunaannya tidak dikawal dengan baik.
1.6 PENCEMARAN ALAM SEKITAR
INPUT INPUT
KESAN KEMAJUAN SAINS A2002 /1/19
PENGENALAN
Pencemaran alam sekitar merujuk kepada sebarang aktiviti manusia yang boleh
menyebabkan alam sekitar menjadi kotor dan tercemar. Pencemaran alam sekitar
terbahagi kepada empat :
1. Pencemaran udara
2. Pencemaran air
3. Pencemaran tanah
4. Pencemaran bunyi
1.6.1 PENCEMARAN UDARA
Pencemaran ini berlaku apabila sesuatu bahan atau kumpulan bahan-bahan
dimasukkan atau dilepaskan ke udara sehingga ia dapat mempengaruhi keadaan udara
menjadi tercemar dan membahayakan kepada manusia dan juga makhluk-makhluk yang
KESAN KEMAJUAN SAINS A2002 /1/20
lain. Pencemaran udara terbahagi kepada dua kategori iaitu, pepejal cemar udara yang
terdiri daripada zarah-zarah terampai seperti asap, habuk dan debu. Kategori kedua iaitu
gas-gas cemar udara yang terdiri dari karbon monoksida, hidrokarbon, oksida-oksida
nitrogen, plumbum dan sebagainya.
Menurut laporan Perkhidmatan kaji Cuaca Malaysia 58.1% bahan pencemar udara
adalah terhasil dari kenderaan, 23 % daripada penjana kuasa, 9.4 % dari pembakaran
terbuka.
1.6.2 PENCEMARAN AIR
KESAN KEMAJUAN SAINS A2002 /1/21
Kumbuhan dan najis ternakan yang disalurkan ke sungai dan diuraikan oleh bacteria
yang melibatkan sejumlah besar oksigen. Ini akan mengakibatkan berkurangnya
kandungan oksigen di dalam air bagi kehidupan di dalamnya.
Bahan kimia organik seperti seperti racun perosak, bahan pewarna dan bahan kimia
bukan organik yang larut dalam air seperti sebatian plumbum dan merkuri akan
merosakan kualiti air.
Bahan yang tidak larut seperti tanah yang masuk kedalam sungai akibat hakisan dan
pepejal terapung menyebabkan sungai cetek dan kotor.
Penerokaan dan penggondolan hutan yang tidak terancang telah menggangu
habitat dan ekosistem serta keseimbangan alam.
Membuang sisa toksid tanpa kawalan yang sewajarnya menyebabkan tanah
tercemar dan beracun
Penggunaan racun seranggadan rumpai secara berleluasa menyebabkan tanah
hilang keasliannya.
1.6.3 PENCEMARAN TANAH
Pencemaran tanah berlaku apabila terdapat
aktiviti yang boleh merosakkan kualiti tanah. Antara
aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya
pencemaran tanah ialah :
Pencemaran air berlaku apabila
terdapat bahan yang boleh memberikan
kesan yang negatif kepada kehidupan
manusia dan makhluk lain. Antara bahan
yang boleh menyumbang kepada berlakunya
pencemaran air ialah :
KESAN KEMAJUAN SAINS A2002 /1/22
Banjir besar akan menghakiskan kesuburan tanah penghakisan yang
membahayakan kepada manusia.
1.6.4 PENCEMARAN BUNYI
Pencemaran ini berlaku apabila kenyaringan dan kekuatan sesuatu bunyi
melampaui kemampuan telinga manusia mendengarnya. Pencemaran bunyi akan berlaku
akibat aktiviti-aktiviti berikut :
Kerja-kerja pembinaan yang menggunakan peralatan dan jentera yang boleh
mengeluarkan bunyi yang sangat kuat.
Letupan kuari dan ujian bom boleh membawa kepada pencemaran bunyi.
Kerja-kerja perindustrian yang banyak menggunakan peralatan dan jentera yang
mampu mengeluarkan bunyi yang kuat.
Kenderaan bermotor yang mengeluarkan bunyi yang kuat.
Aktiviti meletupkan banggunan yang lama atau seumpamanya turut menyumbang
ke arah pencemaran bunyi.
1.7 EUTHANASIA
KESAN KEMAJUAN SAINS A2002 /1/23
PENGENALAN
Dengan kata lain euthanasia bermaksud pembunuhan yang dilakukan secara
sengaja dengan tujuan untuk menghilangkan penderitaan yang ditanggung oleh seorang
pesakit yang tidak mempunyai harapan untuk sembuh kembali.
Euthanasia dilakukan secara sukarela atau paksaan. Sukarela bermaksud pesakit
sendiri yang melakukannya atau meminta orang lain melakukannya, dalam kontek ini
boleh juga disebut bunuh diri. Paksaan pula mermaksud, individu lain yang
melakukannya tanpa memdapat keizinan dari pesakit, Keadaan ini bolehlah kita samakan
dengan perbuatan membunuh dengan sengaja.
1.7.1 PEMBAHAGIAN EUTHANASIA :
a. Euthanasia aktif : Tindakan secara positif yang dilakukan untuk menamatkan
hayat seseorang dengan memberikan sejenis ubat samada dengan mendapat
kebenaran ataupun tidak.
b. Euthanasia pasif : Membiarkan pesakit mati tanpa memberikan rawatan lanjut.
Kini, hasil daripada perkembangan dan kemajuan dalam bidang sains dan
teknologi, terutamanya kemajuan dalam bidang perubatan, nyawa manusia telah dapat
dilanjutkan dengan menggunakan ubatan atau alat pernafasan yang moden. Manusia
INPUT INPUT
Euthanasia berasal daripada perkataan
Greek ‘eu’ bermaksuad baik dan ‘thanasia’ mati .
Pengertian asal euthanasia ialah kematian secara
aman, senyap dan senang, berbeza dengan
kematian dalam keadaan kesakitan atau
disebabkan oleh siksaan yang dipanggil sebagai
‘cacothanasia’.
KESAN KEMAJUAN SAINS A2002 /1/24
seakan-akan dapat menentukan sama ada ingin mematikan atau menghidupkan seseorang
pesakit atau orang tua. Keadaan ini menimbulkan beberapa isu tentang kematian.
Kini wujud empat situasi yang boleh menimbulkan keadaan serba salah di
kalangan manusia mengenai isu kematian ini :
1. Kes Karen Ann Quinlan yang mengalami kecacatan otak yang teruk dan berada
dalam keadaan tidak sedarkan diri tanpa mempunyai harapan langsung untuk
sembuh. Begitu juga persoalannya dengan kes-kes orang tua yang menghadapi
penyakit otak kerana tua ( senile ). Isu di sini ialah adakah patut si pesakit itu
dihidupkan dengan menggunakan alat atau dibiarkan mati secara semulajadi?
2. Pesakit yang menghadapi penyakit yang berat, teruk dan berpanjangan seperti
penyakit barah yang tidak dapat diubati lagi. Berbeza dengan kes 1, dalam situasi
ini keadaan mental pesakit adalah normal. Faktor pokok ialah penderitaan,
kesakitan dan keadaan penyakit yang pasti akan membawa maut. Persoalannya :
Adakah seseorang dalam keadaan ini ada hak untuk mati, jika itu kemahuannya
dan pilihannya ?
3. Mangsa-mangsa kemalangan yang kehilangan hampir kesemua keupayaan untuk
berfungsi secara normal dan bebas, termasuk mereka yang lumpuh atau yang
bergantung kepada alat-alatan perubatan untuk terus hidup. Penderitaan yang
dihadapi oleh pesakit dalam kes ini tidak akan membawa maut. Sekiranya mereka
ingin mati, patutkah mereka dibenarkan berebuat demikian ?
4. Bayi yang dilahirkan dengan kecacatan genetik yang teruk dan kebanyakan
daripada mereka tidak mungkin hidup lebih daripada satu atau dua tahun. Bayi
jenis ini akan hidup dalam keadaan kesakitan dan tidak berupaya. Adakah patut
bayi seperti ini dimatikan tanpa usaha rawatan diberikan kepadanya ?
KESAN KEMAJUAN SAINS A2002 /1/25
AKTIVITI 1B
1.7 Apakah yang dimaksudkan dengan Pil Pencegah Kehamilan ?
1.8 Bagaimanakah pil ini berperanan ?
Untuk menguji kefahaman anda,
sila selesaikan aktiviti berikut. Jika
anda tidak berpuashati dengan
jawapan anda, sila buat ulangkaji
pada input yang anda rasa masih
kabur.
SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!
Untuk menguji kefahaman anda,
sila selesaikan aktiviti berikut. Jika
anda tidak berpuashati dengan
jawapan anda, sila buat ulangkaji
pada input yang anda rasa masih
kabur.
SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!
KESAN KEMAJUAN SAINS A2002 /1/26
1.9 Apakah kesan sampingan hasil dari pengambilan pil ini ?
1.10 Pencemaran alam sekitar terbahagi kepada empat kategori iaitu :
1.11 Bagaimanakah pencemaran udara berlaku ?
1.12 Apakah bentuk aktiviti manusia yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran
tanah ?
Susah juga soalan ni, kalau macam ni aku kena studi lebih lagi ni…. Baru boleh jawab ….
KESAN KEMAJUAN SAINS A2002 /1/27
MAKLUM BALASAKTIVITI 1B
1.7 Pil pencegah kehamilan merujuk kepada pil yang digunakan oleh golongan wanita
untuk mengelak daripada hamil (mengandung).
1.8 Pil ini berperanan untuk mengelakan daripada kesuburan pada sistem peranakan
seseorang wanita sebagai salah satu cara perancangan keluarga
1.9 Kesan sampingan hasil dari pengambilan pil ini :
Akan disalah gunakan oleh mereka yang tidak mempunyai alasan yang benar-
benar kukuh untuk menggunakannya.
Mempunyai kesan sampingan terhadap pengguna yang menggunakan secara
berlebihan atau tidak terkawal seperti penyakit berbahaya kanser dan sebagainya.
Jumlah penduduk bagi sesebuah negara akan mengalami kekurangan sekiranya
penggunaannya tidak dikawal dengan baik.
1.10 Kategori pencemaran alam :
Pencemaran udara
Pencemaran air
Pencemaran tanah
Pencemaran bunyi
1.11 Pencemaran ini berlaku apabila sesuatu bahan atau kumpulan bahan-bahan
dimasukan atau lepaskan ke udara sehingga ia dapat mempengaruhi keadaan udara
menjadi tercemar dan membahayakan kepada manusia dan juga makhluk-makhluk
yang lain.
KESAN KEMAJUAN SAINS A2002 /1/28
1.12 Antara aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran tanah ialah :
Penerokaan dan penggondolan hutan yang tidak terancang telah menggangu
habitat dan ekosistem serta keseimbangan alam.
Membuang sisa toksid tanpa kawalan yang sewajarnya menyebabkan tanah
tercemar dan beracun
Penggunaan racun seranggadan rumpai secara berleluasa menyebabkan tanah
hilang keasliannya.
Banjir besar akan menghakiskan kesuburan tanah penghakisan yang
membahayakan kepada manusia.
Susah jugak soalan tadi.. Lepas ni kena jawab soalan penilaian kendiri pulak …..
KESAN KEMAJUAN SAINS A2002 /1/29
PENILAIAN KENDIRI
Soalan Satu
Sekiranya anda sebagai salah seorang pegawai di Kementerian Sains Teknologi dan
Alam sekitar. Apakah perancangan anda dalam usaha untuk menangani masalah
pencemaran alam sekitar dalam negara kita?
Soalan Dua.
Bincangkan tiga kesan positif dan negatif yang timbul ekoran hasil dari perkembangan
kemajuan sains kepada nilai-nilai kemanusiaan berdasarkan perspektif moral.
UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA.
KESAN KEMAJUAN SAINS A2002 /1/30
MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI
Soalan Satu
Merancang sesuatu program yang dapat menimbulkan perubahan sikap
dikalangan masyarakat agar lebih merasa bertanggungjawab dalam aktiviti
kehidupan mereka khususnya yang berkaitan dengan alam sekitar.
Penguatkuasaan undang-undang yang ada hubungkait dengan alam sekitar supaya
tidak ada pihak-pihak yang melakukan sesuatu yang boleh merosakan ekosistem
dengan sewenang-wenangnya dan juga untuk kepentingan diri semata-mata.
Mempertingkatkan lagi bentuk pengawalan supaya tidak mudah berlaku
pencerobohan yang dapat menyebabkab berlakunya pencemaran.
Soalan Dua
Kesan positif
Membantu menyelesaikan beberapa persoalan yang telah lama dihadapi seperti
persoalan ekonomi, pendidikan dan kesihatan
Mewujudkan persaingan dalam perkembangan sains untuk membuat penyelidikan
dan penemuan-penemuan baru untuk kepentingan sejagat.
Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baru seterusnya dapat menyelesaikan
masalah penganguran negara
KESAN KEMAJUAN SAINS A2002 /1/31
Kesan negatif
Terlalu mengejar kemajuan sains akan menyebabkan nilai-nilai akhlak, moral dan
etika akan diabaikan.
Hanya menumpukan sepenuhnya kepada pencapaian matlamat tanpa memikirkan
kesan-kesan sampingan yang akan timbul.
Nilai kemanusiaan semakin terhakis, contohnya penggunaan binatang sebagai
bahan ujikaji
Jom ke unit dua………………