26
i PZS 19 : 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PERSEPSI MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP RANCANGAN HIBURAN REALITI TV AKADEMI FANTASIA SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya : AHMAD SHUKRI BIN JAMALUDIN (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ALAMAT TETAP: 103, KG TENGAH , USTAZ MOHD ISMAIL BIN MUSTARI 32800, PARIT, PERAK. Nama Penyelia Tarikh:__2 MEI 2008___ Tarikh: 2 MEI 2008 CACATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak yang berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : RANCANGAN HIBURAN REALITI …€¦ · vii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh rancangan

  • Upload
    others

  • View
    10

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : RANCANGAN HIBURAN REALITI …€¦ · vii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh rancangan

i

PZS 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS�

JUDUL : PERSEPSI MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP

RANCANGAN HIBURAN REALITI TV AKADEMI FANTASIA

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya : AHMAD SHUKRI BIN JAMALUDIN (HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( ���� )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di

dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah

ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan

dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

ALAMAT TETAP:

103, KG TENGAH, USTAZ MOHD ISMAIL BIN MUSTARI

32800, PARIT, PERAK. Nama Penyelia

Tarikh:__2 MEI 2008___ Tarikh: 2 MEI 2008

CACATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak yang

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini

perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

� Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau

Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

����

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : RANCANGAN HIBURAN REALITI …€¦ · vii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh rancangan

ii

“ Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) ”.

Tandatangan : ................................

Nama Penyelia: Ustaz Mohd Ismail bin Mustari

Tarikh : 2 MEI 2008

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : RANCANGAN HIBURAN REALITI …€¦ · vii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh rancangan

iii

PERSEPSI MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP KESAN

RANCANGAN HIBURAN REALITI TV AKADEMI FANTASIA

AHMAD SHUKRI BIN JAMALUDIN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : RANCANGAN HIBURAN REALITI …€¦ · vii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh rancangan

iv

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ................................

Nama Penulis : Ahmad Shukri bin Jamaludin

Tarikh : 2 MEI 2008

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : RANCANGAN HIBURAN REALITI …€¦ · vii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh rancangan

v

DEDIKASI

Segala puji hanya layak bagi Allah

Kesyukuran ku panjatkan kepada Ilahi

Atas segala nikmat yang diberikan

Ibu, Hjh.Rabiatun Bt Ngah Ismail

Terima kasih atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan

Dikau adalah Ibu yang terbaik bagiku

Doa dan harapan kalian sentiasa menjadi pendorong buatku

Moga Allah memberkati kalian

Adik-beradikku..

Kakak, Norfidah

Kejayaan mu menjadi pendorong dan pembakar semangat bagiku

Terima kasih atas segala nasihat, dorongan, sokongan dan bantuan kalian

Adik, Abdul Halim

Moga kejayaan abang dan kakakmu menjadi ikutan untukmu berjaya selepas ini

Moga menjadi anak yang soleh kerana dikau permata keluarga

Guru, Pensyarah dan Pendidikku..

Terima kasih atas segala ilmu dan didikan yang diberikan

Barakallahu fikum

Rakan, Sahabat dan Teman..

Kerana ilmu kita bertemu, Kerana perkenalan persahabatan terjalin

Kerana cita-cita perpisahan terjadi dan Kerana ukhuwah fillah ia akan berkekalan dan

diredai Ilahi

Terima kasih semua, Teruskan perjuangan

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : RANCANGAN HIBURAN REALITI …€¦ · vii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh rancangan

vi

PENGHARGAAN

Segala puji hanya bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan Nabi s.a.w, ahli

keluarga baginda, para sahabat, tabi’in, tabi’-tabi’in dan seluruh umat Islam yang

menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah

kurniaNya dapat juga pengkaji menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini. Tiada

kata yang dapat diungkapkan selain ucapan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat

dalam proses menyiapkan laporan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyelia yang amat

disegani dan disayangi al-Fadhil Ustaz Hj. Mohd Ismail bin Mustari atas segala bantuan,

pandangan, nasihat dan dorongan yang diberikan.

Terima kasih juga kepada kakitangan Fakulti Pendidikan UTM, Perpustakaan

Sultanah Zanariah, Perpustakaan al-Ghazali, dan pensyarah-pensyarah atas segala

bantuan yang diberikan sepanjang pengkaji mendapatkan bahan-bahan rujukan. Tidak

dilupakan juga kepada para responden yang telah memberikan kerjasama semasa

menjawab soal selidik. Begitu juga dengan rakan-rakan seperjuangan yang banyak

memberikan semangat, pandangan dan idea. Akhir sekali kepada keluarga tersayang,

terima kasih diucapkan atas segala sokongan.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : RANCANGAN HIBURAN REALITI …€¦ · vii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh rancangan

vii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh rancangan hiburan realiti televisyen

Akademi Fantasia di kalangan mahasiswa Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia Skudai. Seramai 134 orang responden terlibat dalam kajian ini. Penyelidik

telah menggunakan soal selidik yang mengandungi 60 item soalan sebagai instrumen

kajian. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian “Statistical

Packages For Social Sciences” (SPSS) 12.0 for windows bagi mendapatkan kekerapan,

peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan item dalam kajian rintis yang dijalankan

adalah α = 0.98. Hasil kajian menunjukkan persepsi serta pengaruh rancangan hiburan

realiti terhadap gaya hidup mahasiswa adalah rendah. Dari aspek kesesuaian rancangan

hiburan realiti AF menurut pandangan mereka juga berada pada tahap rendah.

Keseluruhannya, min mencatatkan nilai 2.20. Keputusan kajian memberi gambaran

rancangan sebegini tidak begitu mempengaruhi mereka. Beberapa cadangan telah

dikemukakan untuk mengatasi permasalahan ini bagi menyedarkan masyarakat tentang

kesan negatif rancangan realiti televisyen.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : RANCANGAN HIBURAN REALITI …€¦ · vii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh rancangan

viii

ABSTRACT

The purpose of this study was to investigate the perceptions of the undergraduate

students towards Akademi Fantasia and how this programme influences their lifestyle.

In addition, this study is also aimed to identify the effects of Akademi Fantasia towards

Malaysian culture. 134 respondents involved in this study. Researcher used

questionnaires which contain 60 items as instrument of the study. The data obtained

were analyzed using “Statistical Packages For Social Sciences” (SPSS) 12.0 for

Windows to get the frequency, percentage and mean data. The reliability value of the

research tool is α = 0.85 The reliability value item in the pilot study was α = 0.98.

Overall, the findings showed that Akademi Fantasia had a very low mean at only 2.20

for the undergraduates perceptions, the programme influence on their lifestyle and the

effects towards the Malaysian culture. This means that reality televisyen program is not

really influencing undergraduates from Faculty of Education, University Teknologi

Malaysia. Some suggestion have been forwarded to overcome this problem.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : RANCANGAN HIBURAN REALITI …€¦ · vii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh rancangan

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS i

PERAKUAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PERAKUAN PELAJAR iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SIMBOL xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : RANCANGAN HIBURAN REALITI …€¦ · vii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh rancangan

x

1.4 Persoalan Kajian 5

1.5 Objektif Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Skop Kajian 8

1.8 Difinisi Istilah 9

1.8.1 Persepsi 9

1.8.2 Kesan 9

1.8.3 Rancangan 9

1.8.4 Hiburan 9

1.8.5 Realiti TV 10

1.8.6 Akademi 10

1.8.7 Fantasia 10

1.9 Kesimpulan 11

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 12

2.1 Pengenalan 12

2.2 Krisis Pemikiran 12

2.3 Budaya Hedonisme dan kesannya 14

2.4 Hiburan dan Islam 17

2.5 Hiburan Realiti tv Akademi Fantasia, kesan

dan pengaruhnya 20

2.6 Sejarah dan Konsep Akademi Fantasia 27

2.7 Kritikan terhadap rancangan Akademi Fantasia 30

2.8 Kajian lepas 32

2.9 Kesimpulan 34

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : RANCANGAN HIBURAN REALITI …€¦ · vii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh rancangan

xi

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 35

3.1 Pengenalan 35

3.2 Rekabentuk Kajian 35

3.3 Tempat Kajian 36

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 36

3.5 Instrumen Kajian 38

3.6 Kajian Rintis 40

3.7 Analisis Data 41

3.8 Kesimpulan 43

BAB 4 ANALISIS DATA 44

4.1 Pendahuluan 44

4.2 Bahagian A : Analisis Data Latar Belakang Responden 45

4.3 Bahagian B : Analisis Data Maklum Balas Responden 46

4.3.1 Persepsi mahasiswa terhadap Konsep Rancangan 47

Realiti TV AF

4.3.2 Pengaruh rancangan realiti AF terhadap gaya 56

hidup mahasiswa

4.3.3 Kesesuaian rancangan realiti AF terhadap budaya 65

masyarakat Malaysia

4.4 Rumusan Min Dapatan Kajian 75

4.5 Kesimpulan 83

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : RANCANGAN HIBURAN REALITI …€¦ · vii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh rancangan

xii

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 84

5.1 Pengenalan 84

5.2 Perbincangan 84

5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 85

5.2.2 Persepsi mahasiswa UTM terhadap

Konsep rancangan Realiti TV AF 86

5.2.3 Pengaruh rancangan realiti AF terhadap 89

gaya hidup mahasiswa

5.2.4 Persepsi mahasiswa terhadap kesesuaian rancangan

hiburan realiti AF 91

5.3 Rumusan 93

5.4 Cadangan 95

5.4.1 Individu 95

5.4.2 Remaja dan mahasiswa 95

5.4.3 Golongan Pendidik 96

5.4.4 Media Massa 96

5.4.5 Kerajaan 97

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 97

5.6 Kesimpulan 98

BIBLIOGRAFI 100

LAMPIRAN

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : RANCANGAN HIBURAN REALITI …€¦ · vii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh rancangan

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pecahan pemilihan sampel 37

3.2 Contoh skala Likert dan skor 39

3.3 Bilangan item mengikut persoalan kajian 40

3.4 Tahap penilaian berdasarkan min 42

3.5 Perubahan 5 point skala Likert 42

4.1 Taburan responden mengikut jantina 45

4.2 Taburan responden mengikut bangsa 45

4.3 Taburan responden mengikut agama 46

4.4 Taburan responden pemilikan telefon 46

4.5 Skor Item 1 47

4.6 Skor Item 2 47

4.7 Skor Item 3 48

4.8 Skor Item 4 48

4.9 Skor Item 5 48

4.10 Skor Item 6 49

4.11 Skor Item 7 49

4.12 Skor Item 8 50

4.13 Skor Item 9 50

4.14 Skor Item 10 50

4.15 Skor Item 11 51

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : RANCANGAN HIBURAN REALITI …€¦ · vii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh rancangan

xiv

4.16 Skor Item 12 51

4.17 Skor Item 13 52

4.18 Skor Item 14 52

4.19 Skor Item 15 53

4.20 Skor Item 16 53

4.21 Skor Item 17 54

4.22 Skor Item 18 54

4.23 Skor Item 19 55

4.24 Skor Item 20 55

4.25 Skor Item 21 56

4.26 Skor Item 22 56

4.27 Skor Item 23 57

4.28 Skor Item 24 57

4.29 Skor Item 25 58

4.30 Skor Item 26 58

4.31 Skor Item 27 59

4.32 Skor Item 28 59

4.33 Skor Item 29 59

4.34 Skor Item 30 60

4.35 Skor Item 31 60

4.36 Skor Item 32 61

4.37 Skor Item 33 61

4.38 Skor Item 34 62

4.39 Skor Item 35 62

4.40 Skor Item 36 63

4.41 Skor Item 37 63

4.42 Skor Item 38 64

4.43 Skor Item 39 64

4.44 Skor Item 40 65

4.45 Skor Item 41 65

4.46 Skor Item 42 66

4.47 Skor Item 43 66

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : RANCANGAN HIBURAN REALITI …€¦ · vii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh rancangan

xv

4.48 Skor Item 44 67

4.49 Skor Item 45 67

4.50 Skor Item 46 68

4.51 Skor Item 47 68

4.52 Skor Item 48 69

4.53 Skor Item 49 69

4.54 Skor Item 50 70

4.55 Skor Item 51 70

4.56 Skor Item 52 71

4.57 Skor Item 53 71

4.58 Skor Item 54 72

4.59 Skor Item 55 72

4.60 Skor Item 56 73

4.61 Skor Item 57 73

4.62 Skor Item 58 74

4.63 Skor Item 59 74

4.64 Skor Item 60 75

4.65 Rumusan min dapatan kajian mengenai persepsi 76

Mahasiswa Fakulti Pendidikan UTM terhadap

konsep rancangan realiti TV AF

4.66 Rumusan min dapatan kajian mengenai pengaruh 78

rancangan hiburan realiti TV AF terhadap gaya

hidup mahasiswa

4.67 Rumusan min dapatan kajian mengenai persepsi

mahasiswa Fakulti Pendidikan UTM terhadap

kesesuaian rancangan hiburan realiti TV AF 80

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : RANCANGAN HIBURAN REALITI …€¦ · vii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh rancangan

xvi

SENARAI SIMBOL

α - Alpha

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : RANCANGAN HIBURAN REALITI …€¦ · vii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh rancangan

xvii

SENARAI SINGKATAN

AF Akademi Fantasia

ASTRO All Asia Television and Radio Company

ICT Information and Communication Technology

(Teknologi Informasi dan Komunikasi)

IT Information Technology (Teknologi Informasi)

ntv7 Natseven TV Sdn Bhd

Realiti TV Realiti Televisyen

RTM Radio Televisyen Malaysia

s.a.w Sallallahu alaihi wasallam

S.W.T Subhanahu Wa Ta’ala

SMS Khidmat pesanan ringkas

SPA Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

SPI Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

SPL Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (TESL)

SPS Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)

r.a Radiallahu ‘anhu

TV Televisyen

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : RANCANGAN HIBURAN REALITI …€¦ · vii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh rancangan

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang soal selidik

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : RANCANGAN HIBURAN REALITI …€¦ · vii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh rancangan

xix

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Dalam dunia yang dilanda arus kemodenan dan kemajuan yang begitu pesat ini telah

wujud berbagai alat canggih sebagai bahan untuk mendapatkan pelbagai maklumat.

Malah dengan terciptanya alat seperti televisyen, radio, komputer dan jaringan internet

telah memudahkan manusia untuk mendapatkan hiburan walau di ceruk mana sekalipun

mereka tinggal.

Dilihat kepada bidang penyiaran di Malaysia khususnya, berbagai rancangan

disediakan dan dapat disiarkan. Ini semua adalah peranan media cetak atau elektronik

yang telah berkembang sebagai medium penyebaran maklumat, tidak dapat dinafikan

lagi kepentingannya. Melalui media ini pelbagai maklumat dapat disebarkan, kita dapat

mengetahui apa yang berlaku disekeliling kita, bahkan peristiwa yang berlaku di seluruh

dunia ini melalui media.

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : RANCANGAN HIBURAN REALITI …€¦ · vii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh rancangan

xx

Dengan kecanggihan teknologi masa kini telah muncul alternatif baru untuk

pengguna mendapatkan maklumat iaitu internet, melalui internet maklumat hanya

dihujung jari, maklumat dapat diperolehi dengan mudah dan cepat.

Melalui televisyen pula pelbagai bentuk maklumat berbentuk rancangan sama

ada berita, dokumentari, drama filem dan sebagainya dapat di nikmati. Bermula dari

sinilah pengaruh dan kesan hiburan itu berakar umbi pada hati masyarakat Malaysia

amnya. Ini termasuk rancangan hiburan berbentuk realiti televisyen yang telah menapak

sejak beberapa tahun kebelakang ini di Malaysia.

Walaupun rancangan hiburan seperti ini diterbitkan secara bermusim ia tetap

memberi kesan dan pengaruh yang kuat terhadap gaya hidup muda mudi dan pelajar.

Begitu juga terhadap pembentukan ahklak dan nilai moral yang bertentangan dengan

agama dan budaya masyarakat Malaysia. Salah satu program berbentuk realiti televisyen

kian popular di kalangan rakyat Malaysia ialah “Akademi Fantasia”, Ia bertujuan untuk

mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian dan mengetengahkan bakat sebagai

seorang penyanyi yang diasuh dengan menyertai pertandingan.

Program tersebut pada dasarnya untuk mencungkil bakat dalam bidang nyanyian

di samping memberikan hiburan yang dapat memuaskan para penonton. Namun

rancangan ini telah menyebabkan masyarakat lebih cenderung menerima hiburan yang

terlampau hingga terhakis ajaran Islam dalam kehidupan mereka dan nilai-nilai murni

serta tatasusila budaya ketimuran. Pengaruh Hedonisme begini telah menular hingga

mewujudkan gejala-gejala yang boleh merosakkan akidah dan akhlak generasi masa kini

dan akan datang.

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : RANCANGAN HIBURAN REALITI …€¦ · vii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh rancangan

xxi

1.2 Latar Belakang Masalah

Kemunculan rancangan realiti televisyen yang menampilkan hiburan sebagai platfom

untuk anak-anak muda dan remaja masa kini menyertainya. Ia menjadi “trend” baru

program televisyen di Malaysia. Seperti rancangan Akademi Fantasia, kehadirannya

membawa kepada kemasukan budaya Hdonisme telah mengundang pelbagai reaksi di

kalangan orang ramai. Bagi yang meminatinya terus menyokong dan mengundi, tetapi

yang menganggap ianya sebagai keterlaluan terus menempelak dan menjauhkannya dari

dipengaruhi.

Kewujudan rancangan realiti televisyen seperti akedemi fantasia dan rancangan

hiburan yang lain telah mengakibatkan impak yang cukup besar. Berdasarkan

pemerhatian saya tahun lalu, program ini memang diikuti oleh semua golongan dari

yang kecil hingga tua. Aura Akedemi Fantasia dipertengahan tahun memang amat

dirasai sehingga guru-guru dan anak-anak murid disekolahpun bercerita tentangnya.

Orang kampung dan bapa-bapa yang dirumah mereka tiada kemudahan siaran Astro,

berkumpul di kedai kopi setiap malam sabtu selama berjam-jam untuk mengikutinya.

Banner digantung disana-sini, peruntukan untuk menghantar khidmat pesanan ringkas

juga turut disalurkan oleh orang-orang kebiasaan dan kenamaan, itulah fenomena yang

berlaku sejak beberapa tahun kebelakang ini.

Rancangan ini banyak membawa generasi muda mudi negara hanyut didalam

kelalaian hiburan yang melekakan didalam arus permodenanan ini. Pembaziran wang

dengan sia-sia untuk sms undian kepada calon yang disukai telah meninggalkan kesan

negatif terhadap akhlak terutamanya golongan remaja, mereka mudah terikut dengan

budaya ini. Jika dikumpulkan wang untuk sms itu banyak lagi amal dan perkara yang

bermanfaat boleh dilakukan seperti simpanan untuk masa depan. Keadaan ini secara

automatik telah menyerapkan budaya-budaya barat didalam jiwa mereka, ini jelas adalah

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : RANCANGAN HIBURAN REALITI …€¦ · vii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh rancangan

xxii

perancangan musuh-musuh islam yang ingin terus menerus untuk merosakkan generasi

muda agar leka dan asyik dengan dunia hiburan dan keseronokan yang sementara ini.

Menurut Penolong Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Mohd

Shauki Abdul Majid, beliau melihat isu ini dalam konteks moral. Katanya: ”Program

realiti televisyen di negara kita sekarang ini memberi gambaran atau impak seolah-olah

hiburan adalah perkara paling utama dalam kehidupan kita sekarang ini.” (Yusman

Awang, Ogos 2004:10). Kebanyakan program yang ditiru dari Barat itu bertentangan

dengan budaya ketimuran dan nilai keislaman yang masih kuat dipegang oleh rakyat

negara ini. Program realiti televisyen itu memaparkan budaya Hedonisme yang mana

boleh merosakkan dan melalaikan penonton terutamanya yang beragama Islam.

Program televisyen berbentuk realiti bukan sahaja diminati ramai malah ia

memukau dan mengkhayalkan. Program seperti ini membawa kesan negatif terutamanya

kepada golongan remaja, ia boleh merosakkan akhlak golongan remaja. Kebanyakannya

bertentangan dan tidak selaras dengan nilai, adab resam ketimuran. Pengaruhnya

terserlah apabila kanak-kanak di bawah umur pra sekolah boleh menghafal nama

peserta-peserta Akademi Fantasia, peserta mana yang tersingkir dan peserta mana yang

layak (Hafiz Hamzah, September 2004:8).

Kesilapan dalam memilih bentuk hiburan menjadikan manusia ketandusan iman

serta akhlak dan terikut-ikut dengan budaya yang diserapkan oleh musuh-musuh Islam.

Islam melarang sikap melampau dalam apa sahaja sekalipun dalam ibadat, adat resam,

kehidupan, apa lagi dalam hiburan, kegembiraan, dan sebagainya (Mohd Yusuf Abas:

Mingguan Malaysia, Ahad, 2 September 2007).

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : RANCANGAN HIBURAN REALITI …€¦ · vii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh rancangan

xxiii

1.3 Penyataan Masalah.

Akibat pendedahan terhadap dunia hiburan yang keterlaluan, generasi muda sekarang

tidak memikirkan masa depan mereka dengan baik, mereka sering terpedaya dengan

sogokan untuk menjadi selebriti, mengejar populariti, glamor dan menyebabkan ramai

remaja menyertai rancangan tersebut untuk mencapai cita-cita sebagai penyanyi

mahupun seseorang yang terkenal dengan mudah, tiada lagi cita-cita untuk menuntut

ilmu keperingkat yang tinggi. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya pergaulan

bebas tanpa batasan diantara lelaki dan perempun, bersalaman, bersentuhan berpelukan

dan berpegangan tangan diatas pentas, perkara ini seolah-olah menjadi kebiasaan dan

tidak salah bagi mereka seperti tiada hukum tentangnya. Menurut Datuk Hassan Din al-

Hafiz. Rancangan hiburan sebigini lebih menjurus kepada kerosakan akhlak. Berpelukan

dan bercampur gaul sesama lelaki dan perempuan tanpa batas, itu sudah diketahui oleh

umat Islam bahaya ia satu perbuatan yang tidak dibenarkan oleh Islam. Tetapi yang

menjadi satu kemusykilan, bagaimana ibu bapa dan keluarga tidak melarang malah

membenar dan memberikan sokongan terhadap anak mereka untuk menjadi peserta

rancangan tersebut (Hafiz Hamzah, 2004:8).

Program rancangan realiti TV seperti ini telah mendapat sambutan dan berjaya

menambat hati para penonton. Oleh yang demikian kajian ini dijalankan untuk melihat

peringkat kesan dan pengaruh rancangan realiti TV seperti Akademi Fantasia terhadap

kehidupan dan kesesuaian hiburan ini bagi mahasiswa sebagai pelajar.

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : RANCANGAN HIBURAN REALITI …€¦ · vii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh rancangan

xxiv

1.4 Persoalan Kajian

Secara umumnya, kajian ini untuk mengetahui pengaruh program hiburan realiti TV

terhadap remaja khususnya mahasiswa dan pelajar-pelajar. Berdasarkan objektif,

diharapkan kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan berikut:

i. Apakah persepsi mahasiswa Fakulti Pendidikan UTM terhadap rancangan

hiburan realiti TV Akademi Fantasia.

ii. Adakah rancangan hiburan realiti TV Akademi Fantasia mempengaruhi gaya

hidup mahasiswa Fakulti Pendidikan UTM.

iii. Apakah persepsi mahasiswa Fakulti Pendidikan UTM terhadap kesesuaian

rancangan realiti TV Akademi Fantasia.

1.5 Objektif Kajian

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti pengaruh dan kesan

rancangan realiti TV terhadap mahasiswa dan muda mudi di UTM dalam kehidupan

mereka. Secara khususnya objektif kajian penyelidikan ini adalah seperti berikut:

1. Untuk mengenal pasti persepsi mahasiswa Fakulti Pendidikan UTM terhadap

rancangan hiburan realiti TV Akademi Fantasia.

2. Untuk mengenal pasti pengaruh rancangan hiburan realiti TV Akademi Fantasia

terhadap gaya hidup di kalangan mahasisiwa Fakulti Pendidikan UTM.

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : RANCANGAN HIBURAN REALITI …€¦ · vii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh rancangan

xxv

3. Untuk mengenal pasti persepsi mahasiswa Fakulti Pendidikan UTM terhadap

kesesuaian rancangan hiburan realiti TV Akademi Fantasia.

1.6 Kepentingan Kajian

Harapan pengkaji agar kajian yang dilakukan ini dapat memberi manfaat kepada seluruh

warga masyarakat. Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa kepentingan iaitu:

i. Hasil kajian ini adalah untuk melihat penerimaan mahasiswa Fakulti Pendidikan

UTM terhadap rancangan hiburan realiti televisyen “Akademi Fantasia”.

ii. Kajian ini juga dapat melihat pengaruh rancangan hiburan realiti televisyen

Akademi Fantasia terhadap kehidupan remaja terutamanya mahasiswa Fakulti

Pendidikan UTM.

iii. Mencadangkan kepada pihak-pihak bertanggungjawab mengawal rancangan

televisyen yang tidak sesuai ditonton untuk golongan pelajar.

iv. Kajian ini membolehkan ibu bapa mendapat pendedahan yang positif supaya

dapat mengawasi anak-anak daripada terpengaruh dengan budaya yang di bawa

menerusi rancangan hiburan realiti televisyen.

v. Kajian ini juga diharap dapat menyedarkan mahasiswa dan masyarakat agar lebih

prihatin dengan pengaruh negatif di sebalik rancangan hiburan realiti televisyen.

vi. Kajian ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada institusi-institusi

pendidikan mahupun sosial untuk menilai dan menyemak semula adakah

Page 26: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : RANCANGAN HIBURAN REALITI …€¦ · vii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh rancangan

xxvi

rancanagan hiburan seperti Akedemi Fantasia sesuai untuk mahasiswa dan

pelajar.

vii. Membuka mata masyarakat tentang bahayanya hiburan yang tidak menekankan

pembangunan intelektual dan moral masyarakat berlandaskan Islam.

1.7 Skop Kajian

Kajian ini akan diberikan tumpuan kepada beberapa skop tertentu bagi mendapatkan

maklumat mengenai pengaruh program hiburan terutamanya program realiti televisyen

terhadap mahasiswa Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini

berdasarkan kepada persepsi mahasiswa di Fakulti Pendidikan UTM Skudai yang

dibataskan pada kursus SPI, SPL dan SPS terhadap Kesan Program Realiti televisyen

Akademi Fantasia, pengaruhnya terhadap gaya hidup mereka dan kesesuaianya tanpa

melibatkan pelajar-pelajar lain.

Batasan kajian ini juga hanya tertumpu kepada rancangan hiburan Realiti

televisyen di Malaysia sahaja. Dalam skop kajian ini pengkaji hanya melihat kepada

persepsi, kesan dan kesesuaian program hiburan realiti televisyen Akademi Fantasia

terhadap mahasiswa sebagai aspek kajian. Hasil kajian adalah terbatas kepada

populasi/sampel yang dikaji sahaja.