24
i PZS 19 : 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLE BERTAJUK “QUADRATIC EXPRESSIONS AND EQUATIONS” DAN “STATISTICS” TINGKATAN EMPAT SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya : __________KAIZAN BINTI MAMAT_____________________ (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( 3 ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh 3 ____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) ALAMAT TETAP: PM. DR ZALEHA BINTI ISMAIL 296 JALAN PANTAI, KG SEBERANG MARANG, Nama Penyelia 21600 MARANG, TERENGGANU Tarikh: 25 APRIL 2008 Tarikh: 25 APRIL 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak yang berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · TINGKATAN 4. KAIZAN BINTI MAMAT ... Rajah 4.9 Paparan nota ringkas dalam modul pengajaran 80 . ... menyeluruh kepada cara hidup masyarakat

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · TINGKATAN 4. KAIZAN BINTI MAMAT ... Rajah 4.9 Paparan nota ringkas dalam modul pengajaran 80 . ... menyeluruh kepada cara hidup masyarakat

iPZS 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLE BERTAJUK “QUADRATIC EXPRESSIONS AND EQUATIONS” DAN “STATISTICS” TINGKATAN EMPAT

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya : __________KAIZAN BINTI MAMAT_____________________ (HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) ALAMAT TETAP: PM. DR ZALEHA BINTI ISMAIL 296 JALAN PANTAI, KG SEBERANG MARANG, Nama Penyelia 21600 MARANG, TERENGGANU Tarikh: 25 APRIL 2008 Tarikh: 25 APRIL 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak yang berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · TINGKATAN 4. KAIZAN BINTI MAMAT ... Rajah 4.9 Paparan nota ringkas dalam modul pengajaran 80 . ... menyeluruh kepada cara hidup masyarakat

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)”

Tandatangan : _______________________

Nama penyelia : PM. DR. ZALEHA BINTI ISMAIL

Tarikh : 25 APRIL 2008

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · TINGKATAN 4. KAIZAN BINTI MAMAT ... Rajah 4.9 Paparan nota ringkas dalam modul pengajaran 80 . ... menyeluruh kepada cara hidup masyarakat

iii

PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLE

BERTAJUK “QUADRATIC EXPRESSIONS AND EQUATIONS” DAN “STATISTICS”

TINGKATAN 4

KAIZAN BINTI MAMAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · TINGKATAN 4. KAIZAN BINTI MAMAT ... Rajah 4.9 Paparan nota ringkas dalam modul pengajaran 80 . ... menyeluruh kepada cara hidup masyarakat

iv

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumber”

Tandatangan : …………………………………..

Nama Penulis : KAIZAN BINTI MAMAT

Tarikh : 15 APRIL 2008

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · TINGKATAN 4. KAIZAN BINTI MAMAT ... Rajah 4.9 Paparan nota ringkas dalam modul pengajaran 80 . ... menyeluruh kepada cara hidup masyarakat

v

DEDIKASI

Sekalung budi buat bonda dan ayahanda

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah banyak memberi dorongan

dan sokongan sejak kaki ini mula menjejak ke alam persekolahan sehinggalah

sekarang...

Sudi berkongsi susah senang walau apa jua terjadi..

Ucapan terima kasih atas doa, nasihat dan sokongan moral yang diberikan

sepanjang anakanda menuntut ilmu di Universiti Teknologi Malaysia

Buat KAK LAH, KAK ANI, ABG PI, ABG DI, MATNOR dan ADIK

kalianlah yang membakar semangat perjuangan ini …

doa, sokongan dan material yang kalian berikan sentiasa dalam ingatan

Buat sahabatku NorHaslida Hassan terima kasih atas segala-galanya,

Hanya Allah SWT yang mampu membalas jasamu

Buat teman-teman jasa dan dorongan kalian terlalu besar sepanjang penulisan

dan ketika menjalani kehidupanku di UTM ini. Dan kepada semua rakan dan orang

perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung...

Terima kasih, semoga kalian diberkati Allah S.W.T..

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · TINGKATAN 4. KAIZAN BINTI MAMAT ... Rajah 4.9 Paparan nota ringkas dalam modul pengajaran 80 . ... menyeluruh kepada cara hidup masyarakat

vi

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia, taufiq dan

hidayahNYA, penulis dapat disiapkan juga akhirnya.

Di kesempatan ini, penulis ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak

terhingga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung

dalam menyiapkan kajian ini termasuk yang telah memberi sokongan dan sokongan

kepada penulis serta memberi kekuatan dalam menyiapkan Projek Saujana Muda ini

dengan jayanya.

Setinggi penghargaan yang tidak terhingga khas kepada penyelia tesis saya iaitu

Prof. Madya Dr Zaleha Binti Ismail atas bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan beliau

dalam sepanjang masa saya untuk menyiapkan tesis ini.

Jutaan terima kasih juga kepada :

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Pelajar-pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan yang terlibat di dalam kajian ini.

Dengan kerjasama semua, maka projek ini dapat berjalan dengan lancar dan

dapat disiapkan dengan sempurna. Semoga Allah S.W.T membalas segala jasa baik

kalian..

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · TINGKATAN 4. KAIZAN BINTI MAMAT ... Rajah 4.9 Paparan nota ringkas dalam modul pengajaran 80 . ... menyeluruh kepada cara hidup masyarakat

vii

ABSTRAK

E-Pembelajaran bukan sesuatu yang baru malahan mengalami perkembangan

pesat sekali di dunia pendidikan. Pembelajaran berasaskan web telah dilihat sebagai satu

alternatif yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah ini mampu

mewujudkan pembelajaran berpusatkan pelajar yang terarah kendiri, kadar kendiri dan

akses kendiri. Untuk mencari pendekatan efektif dalam melaksanakan e-pembelajaran,

projek ini telah memilih satu sistem pengurusan kursus yang dinamakan MOODLE.

Sistem ini dianggap sesuai memandangkan reka bentuknya menyokong prinsip

konstruktivisme sosial. Pembangunan Web Portal ini adalah berasaskan model ADDIE.

Bahan e-pembelajaran yang bertajuk “Quadratic Expression And Equation” dan

“Statistics”.ini menyediakan pelbagai jenis sumber dan aktiviti pembelajaran

berdasarkan KBSM. Bentuk aktiviti yang dimaksudkan dalam istilah MOODLE ialah

Lesson, Quiz, Choices, Forum, Chat, Journal dan Assignment. Aktiviti tertentu

membenarkan pelajar berinteraksi dengan guru serta mendapat maklumbalas secara

spontan. Persekitaran pembelajaran turut dimantapkan dengan audio, grafik dan animasi.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · TINGKATAN 4. KAIZAN BINTI MAMAT ... Rajah 4.9 Paparan nota ringkas dalam modul pengajaran 80 . ... menyeluruh kepada cara hidup masyarakat

viii

ABSTRACT

E-learning is no longer considered as new since it has been rapidly spreading in

education era. Web based learning is viewed as an effective means of delivering courses

in the process of teaching and learning as this medium can support student-centered

learning which is self-directed, self-paced and self access. In the search for an effective

approach to implement e-learning, this project has employed a course management

system by the name of MOODLE. This web portal is based on ADDIE’s model. This

system is favorable as it design support the principles of social constructivism. The web

portal entitled “Quadratic Expression And Equation” and “Statistics”. The various

activities under MOODLE’s terminologies are Lesson, Quiz, Choices, Forum, Chat,

Journal and Assignment. From certain activities, students have the opportunity to

interact with the course instructors as well as getting immediate feedback. The learning

environment is enhanced with audio, graphics and animations.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · TINGKATAN 4. KAIZAN BINTI MAMAT ... Rajah 4.9 Paparan nota ringkas dalam modul pengajaran 80 . ... menyeluruh kepada cara hidup masyarakat

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

TAJUK i

PENGESAHAN PENYELIA ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI JADUAL xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Projek 9

1.5 Kepentingan Projek 10

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · TINGKATAN 4. KAIZAN BINTI MAMAT ... Rajah 4.9 Paparan nota ringkas dalam modul pengajaran 80 . ... menyeluruh kepada cara hidup masyarakat

x

1.6 Skop dan BatasanProjek 12

1.7 Kerangka Teori Projek 13

1.8 Definisi Istilah 15

1.9 Penutup 16

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 E-Pembelajaran 18

2.3 Penggunaan Istilah dan E-Pembelajaran 19

2.4 Perisian Sumber Terbuka

Open Source Software (OSS) 22

2.5 Sistem Pengurusan Kursus Modular Object

Oriented Dynamic Learning Environment

(Moodle) 24

2.6 Kerangka Keseluruhan Moodle 25

2.7 Teori Dan Pembelajaran Yang Diaplikasikan

Oleh Moodle 30

2.8 Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Secara

Konstruktivisme Sosial 34

2.9 Pola Kesilapan Dan Kesukaran Matematik 35

2.10 Penutup 42

BAB III PROSEDUR PEMBANGUNAN

3.1 Pengenalan 43

3.2 Kaedah Pelaksanaan 43

3.3 Penutup 71

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · TINGKATAN 4. KAIZAN BINTI MAMAT ... Rajah 4.9 Paparan nota ringkas dalam modul pengajaran 80 . ... menyeluruh kepada cara hidup masyarakat

xi

BAB IV WEB PORTAL “QUADRATIC EXPRESSIONS AND EQUATION”

DAN “STATISTICS”

4.1 Pengenalan 73

4.2 Pendaftaran Pengguna (Login) 73

4.3 Menu Utama Web Portal 75

4.4 Sumber (Resources) 76

4.5 Aktiviti (activity) 79

4.6 Kemudahan lain 87

4.7 Ciri-ciri Multimedia dalam Web Portal 88

4.8 Penutup 90

BAB V KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 92

5.2 Perbincangan 93

5.3 Masalah-masalah yang di Hadapi Semasa

Penghasilan Projek 94

5.4 Cadangan 96

5.5 Kesimpulan 97

5.6 Penutup 97

RUJUKAN 99

LAMPIRAN

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · TINGKATAN 4. KAIZAN BINTI MAMAT ... Rajah 4.9 Paparan nota ringkas dalam modul pengajaran 80 . ... menyeluruh kepada cara hidup masyarakat

xii

SENARAI SINGKATAN

BBM Bahan Bantu Mengajar

CBT Computer Based Training

CD-ROM Compact Disc – Read Only Memory

CIE Computer in Education

CMC Computer-Mediated Communication

CMS Course Management System

DLE Digital Learning Environment

HTML Hyperlink Text Markup Language

IPT Institut Pengajian Tinggi

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

LMS Learning Management System

MDC Multimedia Development Corporation

MOODLE Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment

OSS Open Source Software

OSSC Open Source Software Centre

RMK-6 Rancangan Malaysia ke Enam

SCORM Sharable Courseware Object Reference Model

TMK Teknologi Maklumat dan Komunikasi

VLE Virtual Learning Environment

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · TINGKATAN 4. KAIZAN BINTI MAMAT ... Rajah 4.9 Paparan nota ringkas dalam modul pengajaran 80 . ... menyeluruh kepada cara hidup masyarakat

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

Rajah 1.1 Kerangka Teori Projek 13

Rajah 3.1 Aliran kerja Berdasarkan Model ADDIE 45

Rajah 3.2 Files dalam MOODLE 59

Rajah 3.3 Slot ‘Link to a file or web page’ 59

Rajah 3.4 Slot ‘Link to a file web page’ (Setelah Dipilih) 60

Rajah 3.5 Slot ‘Lesson’ 61

Rajah 3.6 Slot ‘Lesson’ (Setelah Dipilih) 62

Rajah 3.7 Slot ‘Lesson’ (Setelah Save Changes) 62

Rajah 3.8 Slot Quiz 63

Rajah 3.9 Slot Quiz (Setelah Dipilih) 64

Rajah 3.10 Slot Quiz (Setelah Save Changes) 64

Rajah 3.11 Antaramuka Hot Potatoes 65

Rajah 3.12 Pembinaan JCross 66

Rajah 3.13 Pembinaan JCross (add clue) 67

Rajah 3.14 Pembinaan JCloze 68

Rajah 4.1 Paparan pendaftaran kata kunci 73

Rajah 4.2 Paparan login dan membuka akaun baru 74

Rajah 4.3 Paparan menu utama web portal 75

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · TINGKATAN 4. KAIZAN BINTI MAMAT ... Rajah 4.9 Paparan nota ringkas dalam modul pengajaran 80 . ... menyeluruh kepada cara hidup masyarakat

xiv

Rajah 4.4 Paparan topik pertama dalam web portal 76

Rajah 4.5 Paparan silibus 77

Rajah 4.6 Paparan Nota 78

Rajah 4.7 Paparan contoh 79

Rajah 4.8 Paparan ringkas dalam modul pengajaran 80

Rajah 4.9 Paparan nota ringkas dalam modul pengajaran 80

Rajah 4.10 Paparan soalan berbentuk jawapan 81

Rajah 4.11 Paparan maklumbalas bagi jawapan betul 81

Rajah 4.12 Paparan maklumbalas bagi jawapan salah 82

Rajah 4.13 Paparan modul kuiz 82

Rajah 4.14 Paparan modul forum 84

Rajah 4.15 Paparan modul tugasan 85

Rajah 4.16 Paparan modul perbincangan 86

Rajah 4.17 Paparan set induksi yang menggambarkan kehidupan

seharian 87

Rajah 4.18 Paparan set induksi pembaca minda 88

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · TINGKATAN 4. KAIZAN BINTI MAMAT ... Rajah 4.9 Paparan nota ringkas dalam modul pengajaran 80 . ... menyeluruh kepada cara hidup masyarakat

xv

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jadual yang terdiri daripada item-item soalan,

jawapan dan maklumbalas bagi kuiz Quadratic

Expressions and Equation 50

3.2 Jadual yang terdiri daripada item-item soalan,

jawapan dan maklumbalas bagi kuiz Statistics 53

3.3 Jadual P&P mengikut aras sukatan matapelajaran

Matematik Tingkatan Empat 55

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · TINGKATAN 4. KAIZAN BINTI MAMAT ... Rajah 4.9 Paparan nota ringkas dalam modul pengajaran 80 . ... menyeluruh kepada cara hidup masyarakat

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dewasa kini, perkembangan dalam bidang internet adalah yang sangat pesat

dan membangun sehingga membentuk satu revolusi maklumat. Revolusi maklumat

yang seterusnya mewujudkan era maklumat yang akan membawa perubahan yang

menyeluruh kepada cara hidup masyarakat baru yang lebih celik ICT. Baharuddin

Aris (2003). Seterusnya era maklumat ini akan menjadi pemangkin kepada

pembentukan masyarakat serta generasi yang berilmu dan bermaklumat. Kemahiran

dan keupayaan dalam menguasai ilmu komputer dan aplikasinya memberikan impak

yang besar terutamanya dalam aspek pendidikan kerana perkembangannya adalah

sangat pantas.

Sehubungan dengan itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran perlulah

diubahsuai sejajar dengan era perkembangan teknologi maklumat. Menurut Rozinah

Jamaludin (2000), “kita mestilah melihat kepada fenomena dalam sistem pendidikan

baru yang merangkumi bagaimana fenomena itu distrukturkan , apa yang sepatutnya

diajar, dan bagaimana bahan patut diajarkan.” Dalam pada itu, para pendidik kita

seharusnya memikirkan cara yang terbaik untuk pelajarnya supaya sistem

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · TINGKATAN 4. KAIZAN BINTI MAMAT ... Rajah 4.9 Paparan nota ringkas dalam modul pengajaran 80 . ... menyeluruh kepada cara hidup masyarakat

2

pengajaran dan pembelajaran memberikan pendedahan yang banyak tentang

teknologi maklumat kepada pelajar. Ini adalah mustahak kerana pelajar boleh

berdikari dari segi pencapaian maklumat tambahan bagi menguasai mata pelajaran

tertentu. Menurut Muhammad Hassan (1998) dan Sundhaltz (1997), penggunaan

teknologi di sekolah boleh mendorong bagi memudahkan pengajaran dan

pembelajaran.

Rentetan itu, pendidikan matematik kebelakangan ini lebih memberi tumpuan

kepada penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran

matematik seharian. Malah matematik kini dilihat dari perspektif binaan dan

bukannya dari perspektif matematik sebagai ‘absolute’.(Noor Wahida, 2006).

Sehubungan itu, para pelajar perlu didedahkan kepada penggunaan komputer supaya

ia dapat meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran,

memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai

keupayaan, meningkatkan motivasi murid dan membolehkan pembelajaran sendiri

(individualise learning) dilakukan.

Menurut Susan Codone, (2001) E-pembelajaran kadangkala diklasifikasikan

sebagai penyelarasan serentak yang mana melibatkan satu atau lebih perkara boleh

dilakukan dalam satu masa dan tidak pada satu masa. Laman web juga merupakan

gerbang pendidikan masa kini yang berperanan sebagai sebuah institusi pendidikan

dan rujukan kepada masyarakat. Malah ia menyediakan maklumat yang berkualiti

dan interaktif.

Selain itu, penggunaan laman web e-pembelajaran dapat membantu pelajar

membuat rujukan bagi mata pelajaran terus secara komprehensif berdasarkan huraian

sukatan pembelajaran. Ia juga berfungsi sebagai sumber maklumat elektronik yang

mengandungi kursus, objektif kursus, maklumat tentang mata pelajaran dan banyak

lagi. Melalui laman web e-pembelajaran ini juga pelajar dapat bertukar-tukar

pendapat dan maklumat tentang tajuk-tajuk tertentu melalui sesi perbincangan maya

(Samat, 2000).

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · TINGKATAN 4. KAIZAN BINTI MAMAT ... Rajah 4.9 Paparan nota ringkas dalam modul pengajaran 80 . ... menyeluruh kepada cara hidup masyarakat

3

Selain kebaikan yang kita peroleh daripada penggunaan e-pembelajaran,

terdapat juga beberapa kekurangan yang berkaitan dengan bahasa pengantar,

pertembungan budaya yang pelbagai, pemupukan pemikiran yang kritikal dan

analitis dan pendekatan pembelajaran (Haslinda, 2002). Terdapat juga masalah yang

lain melibatkan masalah teknikal yang boleh dianggap sebagai risiko dalam

penggunaan medium pembelajaran berasaskan e-pembelajaran.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pengajaran dan pembelajaran yang berdasarkan pendekatan secara tradisional

sudah tidak sesuai digunakan dan ianya menekan pelajar serta sudah dianggap

ketinggalan zaman. Menurut Esah Binti Sulaiman (2003) pelajar mudah berasa

bosan dan malas untuk mengikuti kelas yang dijalankan. Tambahan pula sistem

pembelajaran masa kini yang lebih berorentasikan kepada exam oriented dan content

oreinted menjadikan pelajar semakin memfokuskan matlamat belajar kepada

peperiksaan semata-mata dan mengabaikan matlamat pembelajaran yang sebenar.

Tujuan pembelajaran yang utama ialah Long Life Learned Journey. Konsep ini

memberi penekanan kepada pelajar untuk menggunakan matematik dalam setiap inci

kehidupan.

Pada masa kini pelajar lebih berminat dengan pembelajaran yang bersifat

aktif dan berpusatkan pelajar. Mereka cenderung untuk meneroka dan mencari

sendiri maklumat dan ilmu pengetahuan untuk membina kefahaman dan pengetahuan

yang baru. Menurut Mat Jizat Abdol, (2006) Dalam proses pembelajaran pelajar

perlu dan berkemahiran untuk melakukan aktiviti dan berkreativiti untuk

mendapatkan ilmu. Rentetan itu, bermulalah perubahan sedikit demi sedikit dalam

kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar

seperti kaedah berkumpulan, inkuiri penemuan, perbincangan, penyoalan,

penyelesaian masalah, permainan (games), simulasi dan lain-lain.

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · TINGKATAN 4. KAIZAN BINTI MAMAT ... Rajah 4.9 Paparan nota ringkas dalam modul pengajaran 80 . ... menyeluruh kepada cara hidup masyarakat

4

Seperti yang kita ketahui, setiap pelajar adalah berbeza dengan yang lain.

Mereka mempunyai perbezaan dalam kecergasan, berbeza dari jati diri dan berbeza

pada ragam perhubungan sosial iaitu ia disebut “multiple intelligences” . Dan

kesempatan inilah yang sepatutnya dimanfaatkan oleh guru untuk mendekati pelajar

dengan kepelbagaian jenis kaedah untuk menjadikan proses P&P itu berkesan kepada

pelajarnya dan ciri kepimpinan guru pula adalah bersifat demokratik, Dr.Ragbir Kaur

A/P Joginder Singh (2005).

Pendidik matematik menyatakan sesetengah pelajar beranggapan bahawa

subjek matematik memerlukan proses menghafal bagi menyediakan sesuatu latihan

matematik. Secara tradisinya mungkin ia merupakan salah satu kaedah yang terbaik

digunakan suatu masa dulu, namun Razali Ismail (2002) berpendapat bahawa

pengajaran secara tradisional memberi penekanan kepada mengingati konsep-konsep

dan istilah-istilah saintifik atau matematik secara terasing yang mana akhirnya akan

dilupai. Selain itu, dengan menggunakan sistem pengajaran tradisional, guru tidak

mampu untuk memantau prestasi setiap pelajar di dalam kelas disebabkan kekangan

masa dan bilangan pelajar yang ramai.

Selaras dengan itu, kerajaan menyedari bahawa sangat penting pembangunan

ilmiah terutamanya memperkasakan teknologi dan inovasi pembelajaran

menggunakan komputer dan internet bagi memudahkan proses penyerapan dan

perkembangan ilmu sains dan matematik. Dalam Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan 2006-2010 berdasarkan teras utama ini, KPM merancang serta

melaksanakan dasar-dasar pembangunan pendidikan bagi mencapai matlamat

pendidikan yang telah di kenal pasti. Antaranya:

1. Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan

insan yang seimbang dari segi Jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI)

2. Meningkatkan kreativiti dan inovasi dan budaya ilmu pelajar

3. Membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat

4. Menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf

dunia

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · TINGKATAN 4. KAIZAN BINTI MAMAT ... Rajah 4.9 Paparan nota ringkas dalam modul pengajaran 80 . ... menyeluruh kepada cara hidup masyarakat

5

5. Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan, dan

6. Meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat

antarabangsa

Rentetan daripada itu, teknologi komputer dan internet semakin meluas.

Sejajar dengan kehendak kerajaan yang melancarkan Kempen sebuah rumah satu

komputer mendapat sambutan yang hangat. Penggunaan komputer dan internet

sangatlah penting ia merangkumi keseluruhan aktiviti dalam kehidupan kita hari ini.

Termasuklah komunikasi, perniagaan, pendidikan dan banyak lagi. Dalam Jurnal

IPDA bil.11 (2004), pembelajaran yang berbantukan internet dan rangkaian

komputer mewujudkan persekitaran dan pembelajaran maya. Dalam pembelajaran

maya, kursus yang dibangunkan melalui perisian- perisian berasaskan web dan

internet merupakan satu elemen yang penting. Teknologi interaktif multimedia

melalui internet, mempunyai potensi untuk mempersembahkan idea dan maklumat

melalui teras pembelajaran yang berstruktur kepada pelajar untuk mereka bebas

meneroka dan seterusnya membina konsep, makna dan kefahaman sendiri.

Seperti yang telah diketahui umum bahawa internet adalah salah satu alat

yang dapat memberi kemudahan pencapaian maklumat secara global. Internet

berkeupayaan untuk membawa perubahan dalam sistem pendidikan sekali gus dapat

melibatkan para pelajar dalam aktiviti P&P untuk meningkatkan prestasi pencapaian

mereka. Menurut jurnal tulisan Chan Yuen Fook (2004) pengaliran maklumat secara

global dan tanpa sempadan telah menjadi satu realiti dan sekali gus menggoncang

dunia pendidikan.

E- pembelajaran menurut Masie (2000) menggambarkan teknologi dan

pengalaman pembelajaran. Pengalaman merupakan komponen yang mustahak dalam

e-pembelajaran, oleh itu program e-pembelajaran yang berteraskan kepada teori dan

prinsip konstruktivisme merupakan satu usaha ke arah mewujudkan keupayaan

pelajar untuk membentuk pengetahuan daripada pengalaman melalui aktiviti- aktiviti

pembelajaran yang direka oleh guru.

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · TINGKATAN 4. KAIZAN BINTI MAMAT ... Rajah 4.9 Paparan nota ringkas dalam modul pengajaran 80 . ... menyeluruh kepada cara hidup masyarakat

6

Potensi e-pembelajaran melalui web memang tidak dapat dinafikan dan ia

bertujuan untuk menyokong dan menambah baik pengajaran dan pembelajaran di

samping membekalkan satu alternatif bagi menyelesaikan masalah pengajaran dan

pembelajaran dan segala ini dapat dimanfaatkan dengan Moodle (Modular Object

Oriented Dynamic Learning Environment). Sebenarnya Moodle adalah sejenis

perisian (software) atau sistem pengurusan kursus yang tidak jauh berbeza

berbanding dengan pembelajaran persekitaran visual (Visual Learning Environment)

secara on-line seperti Blackboard, WebCT or Teletop, tetapi Moodle berbeza dari

satu major aspek iaitu : ia mempunyai lesen Open Source. Ini bermakna Moodle

boleh didapati dengan percuma dan sesiapa pun berhak melihat kod sumbernya

malah menukarkannya dengan tujuan memperbaiki kelemahan supaya lebih canggih

aplikasinya. (Martin Dougiamas, 2000).

Menurut Jane K. Seale (2006)

Evidence from both primary and secondary sources suggests that for student

with disabilities, the positive experiences of e-learning fall into three categories:

1. Used and availability of generic technology

2. Used and availability of specialist technology

3. Provision of electronic or non electronic alternatives.

Pembelajaran berteraskan e-pembelajaran adalah berkait rapat dengan

persekitaran yang terbentuk melalui pengalaman yang diperoleh semasa proses

pembelajaran. Proses ini juga dikenali sebagai konstruktivisme sosial. Persekitaran

dalam e-pembelajaran dapat menggalakkan kerjasama antara pelajar tanpa kehadiran

mereka secara fizikal di sesuatu tempat. Logiknya pelajar di sekolah menengah

memang tidak berjauhan antara satu sama lain, namun kemungkinan besar mereka

tidak berada dalam kelas yang sama ataupun jadual waktu masing-masing berbeza.

Menurut Weller dan Mason (2000) “time is the new distance”. Sebagaimana

kekurangan masa, walaupun jarak yang jauh memang menjadi alasan utama pelajar

tercicir daripada suatu mata pelajaran. Moodle dalam konteks ini dapat menangani

kekangan tempat dan masa demi melaksanakan tugasan secara koperatif pada

peringkat sekolah. Tugasan ini memerlukan kerjasama dan usaha yang sewajar

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · TINGKATAN 4. KAIZAN BINTI MAMAT ... Rajah 4.9 Paparan nota ringkas dalam modul pengajaran 80 . ... menyeluruh kepada cara hidup masyarakat

7

membuahkan hasil; mencari penyelesaian masalah bersama ataupun membincangkan

topik bersama.

E-Pembelajaran bukan sesuatu yang baru malahan ianya memberikan impak

terhadap perkembangan yang pesat dalam dunia pendidikan masa kini. E-

pembelajaran mempelbagaikan persekitaran pembelajaran kolaboratif dan

pembelajaran masteri yang dapat meningkatkan strategi penyelesaian masalah. Jadi

e-pembelajaran menggalakkan revolusi dalam pendidikan di mana satu persekitaran

pembelajaran yang baru berdasarkan prinsip pembelajaran aktif mencerminkan

perubahan daripada pemusatan guru kepada pemusatan pelajar. Dengan ini, Moodle

dapat memainkan peranan yang mustahak dari konteks persekitaran pembelajaran

berdasarkan pembelajaran aktif.

Pembelajaran dikatakan berkesan apabila kebanyakan pelajar menguasai

sebahagian besar bahan pembelajaran. Terdapat banyak faktor mengapa

pembelajaran di kalangan pelajar kurang berkesan. Iaitu jenis bahan pembelajaran

kurang sesuai, persekitaran yang kurang fleksibel atau ketidakpelbagaian kaedah

pengajaran oleh pendidik. Seperti yang sedia maklum, Moodle telah direka khas

untuk rangka kerja pendidikan berlandaskan teori konstruktivisme sosial yang akan

memberikan persekitaran pembelajaran yang bermakna kepada pelajar. Ini disokong

oleh kajian bahawa epistemologi konstruktivisme dalam konteks e-pembelajaran

merupakan cara yang efektif untuk mempersembahkan isi pelajaran, menggalakkan

interaksi dan memberikan penilaian dan maklum balas.

Moodle juga memperluaskan dimensi yang baru untuk pengajaran dan

pembelajaran yang boleh diaplikasikan di sekolah dan menyeru pendekatan

pembelajaran kolaboratif. Selain itu, Moodle berkemampuan membawa pengalaman

pembelajaran yang bermakna (berlandaskan teori konstruktivisme sosial) kepada

pelajar. Sebagai pendidik, kita haruslah bertanggungjawab dan berusaha

mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran untuk kebaikan guru

mahupun pelajar. Potensi Moodle sememangnya boleh dirasai namun kecerahan

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · TINGKATAN 4. KAIZAN BINTI MAMAT ... Rajah 4.9 Paparan nota ringkas dalam modul pengajaran 80 . ... menyeluruh kepada cara hidup masyarakat

8

masa depan penggunaan Moodle di sekolah masih menunggu peluang untuk

dicungkil, segalanya adalah bergantung kepada komitmen yang ditonjolkan oleh

guru itu sendiri dalam mengaplikasikan penggunaan kaedah e-pembelajaran ini.

1.3 Penyataan Masalah

E-pembelajaran merupakan alternatif utama dalam membantu pelajar

mendalami proses-proses kerja selaras dengan kehendak organisasi sekarang iaitu

mengiktiraf bahawa pelajar bukan semata-mata dalam bilik darjah. Selain itu, kita

juga dapat lihat kurangnya pembangunan bahan e-pembelajaran yang berasaskan

sumber terbuka pada masa kini. Melalui penganalisisan yang dilakukan terhadap

pelajar, kita juga dapat mengagak trend pembelajaran pada masa kini adalah lebih

berpusatkan pelajar berbanding pembelajaran bersifat konvensional. Selaras dengan

itu, satu projek web portal dilaksanakan bagi menghasilkan produk yang berkualiti

untuk para pelajar dalam menghadapi globalisasi pendidikan Matematik kini. Web

Portal yang dihasilkan adalah untuk matapelajaran Matematik (Tingkatan Empat) ia

terbahagi kepada dua tajuk iaitu “Quadratic Expression And Equation” dan

“Statistics”.

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG … · TINGKATAN 4. KAIZAN BINTI MAMAT ... Rajah 4.9 Paparan nota ringkas dalam modul pengajaran 80 . ... menyeluruh kepada cara hidup masyarakat

9

1.4 Objektif Projek

Objektif bagi projek e-pembelajaran berasaskan MOODLE ini ialah

membangunkan web portal menggunakan Sistem Pengurusan Kursus bagi topik

‘Statistics’ dan ‘Quadratic Exprestion and Equation’ Tingkatan Empat. Ia

merangkumi:-

1. Sumber Pengajaran guru ( teacher’s lesson )

2. Sumber Pembelajaran Pelajar ( student’s lesson )

3. Tugasan ( Assignment ) dan Latihan (Exercises)

4. Forum dan Perbualan ( Chatting )

5. Kuiz ( quiz ) dan Pengukuhan ( reinforcement )