Upload
truongdat
View
237
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN
(PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP KERJA SAMBILAN
NOR SYAHIDAH BINTI ABDULLAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERSEPSI PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN
(PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP KERJA SAMBILAN
NOR SYAHIDAH BINTI ABDULLAH
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
ii
iii
DEDIKASI
Ya Allah, Tuhanku
Setinggi-Tinggi Kesyukuran Ku Panjatkan PadaMu
Ku Syukuri Atas Setiap AnugerahMu Yang Tidak Ternilai
Hanya KepadaMu Aku Berserah Dan Memohon Pertolongan
Abah dan Mak Tersayang
Hj. Abdullah bin. Teh & Norhidayah binti. Saat
Terima kasih Atas Segala Pengorbanan
Redhakan Kehidupanku Di Dunia Dan Akhirat
Abang dan Kakakku
Mohd Fuad, Mohd Rusydan, Noraila, Norhafilah, Norfadilah, Nor Rasyidah
Terima Kasih atas dorongan kalian untuk adik teruskan perjuangan di sini...
Tidak lupa juga kepada abang ipar, kakak-kakak ipar serta anak-anak sedaraku
yang dikasihi, syukran....
Para Pensyarah
Fakulti Pendidikan
Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
Terima Kasih Di Atas Curahan Ilmu Yang Diberikan
Semoga Allah Membalas Segala Jasa Yang Dicurahkan
Sahabat Seperjuangan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Pendididkan (Pengajian Islam)
Terima kasih Di atas Segala-galanya
Semoga Kejayaan Milik Kita Bersama
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T yang Maha Pemurah kerana
dengan limpah kurnia dan izinNya, diberi saya kekuatan dan semangat untuk
melaksanakan kajian ini. Selawat dan salam buat junjungan mulia nabi Muhammmad
s.a.w. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada ibu bapa dan keluarga yang
tidak jemu memberi sokongan dalam menyiapkan kajian ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan khas buat penyelia
projek yang dihormati, Dr. Tamar Jaya bin Nizar di atas segala nasihat, dorongan,
bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang menyiapkan PSM ini. Ribuan
terima kasih juga diucapkan kepada penilai yang dihormati.
Seterusnya, jutaan terima kasih buat pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan
dan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS), UTM, di atas segala
kerjasama dan bantuan yang diberikan. Tidak dilupakan juga kepada para responden
yang telah memberikan kerjasama semasa menjawab soal selidik. Begitu juga terima
kasih diucapkan buat sahabat seperjuangan yang banyak berkongsi idea dalam
melaksanakan kajian ini. Semoga kejayaan milik kita bersama.
Akhir kata, kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak langsung, terima kasih diucapkan. Semoga segala kerjasama dan usaha yang
diberikan, diberkati Allah S.W.T. Semoga hasil kajian ini memberi manfaat kepada
semua pembaca.
v
ABSTRAK
Pada masa kini, kebanyakan pelajar di Universiti Teknologi Malaysia bekerja
secara sambilan. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk
mengenalpasti persepsi pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam) terhadap kerja sambilan. Seramai 82 orang responden daripada
pelajar tahun tiga dan empat SPI terlibat dalam kajian ini. Kajian ini dilakukan
secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi 30 item
sebagai instrumen kajian. Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk
mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Data dianalisis menggunakan
perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS) 14.0. Nilai kebolehpercayaan
soal selidik ini ialah α = 0.897. Dapatan kajian mendapati min untuk mengetahui
persepsi pelajar SPI terhadap kerja sambilan adalah 3.75. Seterusnya, faktor luaran
yang mempengaruhi pelajar melakukan kerja sambilan adalah kerana faktor
kewangan yang tidak mencukupi serta ingin mengurangkan beban keluarga dengan
min 3.72. Secara keseluruhannya faktor dalaman lebih mempengaruhi pelajar
melakukan kerja sambilan dengan nilai min sebanyak 4.13. Di akhir kajian,
penyelidik mengemukakan beberapa cadangan untuk diberi perhatian terhadap
masalah yang dikaji. Cadangan kajian lanjutan juga turut disarankan bagi
penyelidikan pada masa akan datang.
vi
ABSTRACT
Nowadays, there are a large number of UTM students doing a part-time job
aside studying in UTM. Therefore, the purpose of this study is to identify the
perception of Bachelor of Science Education (Islamic Studies) students towards
working part-time. There were 82 repondents of 3rd and 4th year SPI students UTM
Skudai involved in this research. This study employed quantitative method using
questionnaire as its main instrument. The questionnaire consist 30 items. The
descriptive statistical analysis was utilized to obtain the frequency counts, percentage
and mean. The data were analyzed using the Statistical Package for Social Science
(SPSS) 14.0 software. Reliability value of this research is α = 0.897. From the
findings, it can be seen that the mean average for perception of SPI students towards
working part-time is 3.75. It is also found that the external factors that encourage the
students to work part-time were because of financial complications as well as to
reduce family burden with a mean of 3.72. Overall, the findings indicate that internal
factor was the main factors that affect students’ decision to work part-time with an
average mean of 4.13. In conclusion, it is suggested that full attention must be given
in order to overcome the studied problems. Several recommendations for futher
research is also proposed at the end of the study.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI SIMBOL xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Batasan Kajian 8
1.7 Kepentingan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 10
1.8.1 Persepsi 10
viii
1.8.2 Pelajar 10
1.8.3 Kerja Sambilan 10
1.8.4 Faktor Luaran 11
1.8.5 Faktor Dalaman 12
1.9 Kesimpulan 12
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 13
2.1 Pengenalan 13
2.2 Definisi Kerja Sambilan 14
2.3 Konsep Kerja Menurut Pandangan Islam 14
2.4 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Individu Bekerja 18
2.4.1 Bekerja Sebagai Satu Keperluan 18
2.4.2 Bekerja Untuk Memenuhi Tanggungan
Keluarga 18
2.4.3 Bekerja Bagi Meningkatkan Taraf Hidup 19
2.4.4 Bekerja Untuk Keperluan Luar Jangka
Pada Masa Hadapan 19
2.4.5 Bekerja Kerana Minat 20
2.4.6 Faktor Persekitaran 20
2.5 Pembelajaran di Universiti 21
2.5.1 Latar Belakang PPIPS 21
2.5.2 Pelajar Kursus SPI 22
2.5.3 Masalah Yang Dihadapi Pelajar 24
2.5.4 Sumber Kewangan Pelajar 25
2.5.4.1 Kementerian Pelajaran Malaysia 25
2.5.4.2 PTPTN 26
2.6 Belajar Sambil Bekerja 26
2.6.1 Sumber Kewangan Tidak Mencukupi 27
2.6.2 Faktor Diri Sendiri 28
2.6.3 Terpengaruh dengan Rakan Yang Telah Bekerja 28
2.6.4 Mencari Pengalaman Kerja 28
2.6.5 Faktor Persekitaran 29
ix
2.6.6 Keinginan Membeli Peralatan Moden 30
2.7 Panduan Belajar sambil Bekerja 30
2.7.1 Merancang Jadual Kuliah dan
Jadual Kerja dengan Teliti 30
2.7.2 Mendisiplinkan diri 31
2.7.3 Tidak Bertangguh untuk Menyiapkan Tugasan 31
2.7.4 Pengurusan Masa 31 2.7.5 Menetapkan Matlamat 32
2.8 Kesan Bekerja Sambilan Dalam Kalangan Pelajar 33
2.8.1 Kesan Positif Belajar sambil Bekerja 33
2.8.1.1 Membantu Menguruskan Masa 33
2.8.1.2 Menambah Sumber Kewangan 33
2.8.1.3 Menambah Pengalaman 34
2.8.1.4 Lebih Matang dan Berdikari 34
2.8.1.5 Pencapaian Akademik Yang Baik 35
2.8.2 Kesan Negatif Belajar sambil Bekerja 35
2.8.2.1 Prestasi Akademik Menurun 35
2.8.2.2 Masalah Disiplin 35
2.8.2.3 Kurang Penglibatan dalam
Ko-Kurikulum 36
2.8.2.4 Mudah Rasa Tertekan 36
2.8.2.5 Masa Terhad Bersama Keluarga 36
2.9 Kajian Lepas 37
2.10 Kesimpulan 38
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 39
3.1 Pengenalan 39
3.2 Rekabentuk Kajian 39
3.3 Tempat Kajian 40
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 40
3.5 Instrumen Kajian 41
x
3.5.1 Pengumpulan Data Primer 41
3.5.1.1 Soal selidik 41
3.5.2 Pengumpulan Data Skunder 43
3.6 Prosedur Kajian 44
3.7 Kajian Rintis 44
3.8 Kajian Sebenar 45
3.9 Jangka Masa Kajian 45
3.10 Analisis Data 46
3.11 Kesimpulan 47
BAB 4 ANALISIS DATA 48
4.1 Pengenalan 48
4.2 Bahagian A : Analisis Data Latar Belakang Responden 49
4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut 49
Jantina
4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut 49
Kursus
4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut 50
Penaja Pengajian
4.2.4 Latar Belakang Responden Mengikut 50
Jumlah Pinjaman
4.2.5 Latar Belakang Responden Mengikut 51
Kecukupan Perbelanjaan
4.2.6 Latar Belakang Responden Mengikut 52
Bantuan Keluarga
4.2.7 Latar Belakang Responden Mengikut 52
Kerja Sambilan
4.3 Analisis Data (Bahagian B) 53
4.4 Analisis Data (Bahagian C) 58
4.5 Analisis Data (Bahagian D) 64
4.6 Analisis Keseluruhan 70
4.7 Kesimpulan 75
xi
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 76
5.1 Pengenalan 76
5.2 Perbincangan 77
5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 77
5.2.2 Persepsi Pelajar SPI Terhadap Kerja Sambilan 79
5.2.3 Persepsi Pelajar SPI Terhadap Faktor-Faktor
Luaran Yang Mempengaruhi Pelajar Melakukan
Kerja Sambilan 82
5.2.4 Persepsi Pelajar SPI Terhadap Faktor-Faktor
Dalaman Yang Mempengaruhi Pelajar
Melakukan Kerja Sambilan 85
5.3 Rumusan 87
5.3.1 Persepsi Pelajar SPI Terhadap Kerja Sambilan 87
5.3.2 Persepsi Pelajar SPI Terhadap Faktor-Faktor
Luaran Yang Mempengaruhi Pelajar Melakukan
Kerja Sambilan 88
5.3.3 Persepsi Pelajar SPI Terhadap Faktor-Faktor
Dalaman Yang Mempengaruhi Pelajar
Melakukan Kerja Sambilan 89
5.4 Cadangan 89
5.4.1 Pelajar 89
5.4.2 Ibu Bapa 90
5.4.3 Pihak Universiti dan PPIPS 91
5.4.4 Kementerian Pengajian Tinggi 91
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 92
5.6 Penutup 93
BIBLIOGRAFI 94
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Mata pelajaran SPI 23
3.1 Pengkelasan Skala Likert 43
3.2 Skala pemeringkatan Likert untuk min 46
3.3 Nilai skor min 47
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 49
4.2 Taburan Responden Mengikut Kursus 49
4.3 Taburan Responden Mengikut Penaja Pengajian 50
4.4 Taburan Responden Mengikut Jumlah Pinjaman 50
4.5 Taburan Responden Mengikut Kecukupan Perbelanjaan 51
4.6 Taburan Responden Bantuan Keluarga 52
4.7 Taburan Responden Mengikut Kerja Sambilan 52
4.8 Taburan Skor Bagi Item Satu 53
4.9 Taburan Skor Bagi Item Dua 54
4.10 Taburan Skor Bagi Item Tiga 54
4.11 Taburan Skor Bagi Item Empat 55
4.12 Taburan Skor Bagi Item Lima 55
4.13 Taburan Skor Bagi Item Enam 56
4.14 Taburan Skor Bagi Item Tujuh 56
4.15 Taburan Skor Bagi Item Lapan 57
4.16 Taburan Skor Bagi Item Sembilan 57
4.17 Taburan Skor Bagi Item Sepuluh 58
xiii
4.18 Taburan Skor Bagi Item Sebelas 59
4.19 Taburan Skor Bagi Item Dua belas 59
4.20 Taburan Skor Bagi Item Tiga Belas 60
4.21 Taburan Skor Bagi Item Empat Belas 60
4.22 Taburan Skor Bagi Item Lima Belas 61
4.23 Taburan Skor Bagi Item Enam Belas 61
4.24 Taburan Skor Bagi Item Tujuh Belas 62
4.25 Taburan Skor Bagi Item Lapan Belas 62
4.26 Taburan Skor Bagi Item Sembilan Belas 63
4.27 Taburan Skor Bagi Item Dua puluh 63
4.28 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Satu 64
4.29 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Dua 65
4.30 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Tiga 65
4.31 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Empat 66
4.32 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Lima 66
4.33 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Enam 67
4.34 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Tujuh 68
4.35 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Lapan 68
4.36 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Sembilan 69
4.37 Taburan Skor Bagi ItemTiga Puluh 69
4.38 Rumusan Persepsi Pelajar SPI Terhadap Kerja Sambilan 70
4.39 Rumusan dapatan kajian Persepsi Pelajar SPI
Terhadap Faktor-Faktor Luaran Yang
Mempengaruhi Pelajar Melakukan
Kerja Sambilan 72
4.40 Rumusan dapatan kajian Persepsi Pelajar SPI
Terhadap Faktor-Faktor Dalaman Yang
Mempengaruhi Pelajar Melakukan
Kerja Sambilan 74
xiv
SENARAI SINGKATAN
DPLI - Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah
IPT - Institut Pengajian Tinggi
ITK - Institut Teknologi Kebangsaan JPA - Jabatan Perkhidmatan Awam
KL - Kuala Lumpur
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
KS - Kurang Setuju
MARA - Majlis Amanah Rakyat
PNGK - Purata Nilai Gred Keseluruhan
PPIPS - Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan
Sosial
PPK - Pusat Pengajian Kemanusiaan
PSM - Projek Sarjana Muda
PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah
PTPTN - Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
SPACE - School of Professional And Continuing Education
SPI - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan(Pengajian Islam)
SPSS - Statistical Packages For Social Sciences
STS - Sangat Tidak Setuju
s.a.w Sallallahu alaihi wasallam (Rasulullah)
S.W.T Subhanahu Wa Ta’ala(Allah)
TS - Tidak Setuju
xv
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
UPK - Unit Perkhidmatan Kemasyarakatan
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
YAKIN - Yayasan Kelantan Darul Naim
xvi
SENARAI SIMBOL
a = Alpha % = Peratus
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Surat Mendapatkan Maklumat
(Perpustakaan Sultanah Zanariah)
C Gambar Pelajar Bekerja
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Tiap-tiap diri manusia bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukannya (Liza
Angelo, 2001: 75). Oleh yang demikian, kita sebagai manusia dan makhluk Allah harus
sedar akan peranan dan tanggungjawab kita serta melaksanakannya dengan bersungguh-
sungguh. Tambahan lagi, tanggungjawab sebagai seorang pelajar adalah besar yang
mana mereka yang sedang menuntut ilmu memikul harapan yang besar daripada ibu
bapa mereka. Oleh itu, setiap pelajar bertanggungjawab untuk belajar bersungguh-
sungguh bagi memastikan kejayaan milik mereka (Abd Rahman Aziz, 1997: 48).
Namun, memandangkan ekonomi sekarang ini terus meningkat, maka kos untuk
sara diri semakin tinggi yang menyebabkan segelintir pelajar terpaksa bekerja secara
sambilan bagi menampung perbelanjaan harian mereka (Kosmo Online, 25 Jun 2008).
Ini menyebabkan tugas sebagai pelajar semakin berat di mana selain belajar, mereka
terpaksa bekerja. Hal yang demikian memerlukan pelajar yang bijak mengimbangi masa
2
antara belajar dan bekerja supaya pelajaran mereka tidak terjejas akibat bekerja ketika
belajar (Mohd Yusuf Othman, 2003: 45).
1.2 Latar Belakang Masalah
Dunia yang semakin berkembang telah membawa banyak perubahan dalam
pelbagai bidang. Bidang pendidikan turut tidak ketinggalan dalam mengalami reformasi
agar selaras dengan hasrat negara bagi mencapai wawasan 2020. Selaras dengan hasrat
negara tersebut, dunia pendidikan telah menjadi elemen yang terpenting dalam mencapai
matlamat dan hasrat negara. Ia bukan sahaja digunakan untuk menyatupadukan
masyarakat malah turut digunakan bagi melahirkan lebih ramai tenaga profesional agar
mampu bersaing dengan perkembangan sains dan teknologi. Pendidikan mempersiapkan
seseorang supaya ia dapat hidup dengan sempurna, sistematik, cekap dan bekerjasama
dengan orang lain. Ia amat bersesuaian dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia
iaitu mewujudkan sistem pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insan yang
mempunyai daya ketahanan yang tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu,
masyarakat dan negara (www.kpm.gov.my).
Namun, peningkatan ekonomi pada masa kini telah menyebabkan ramai pelajar
terpaksa melakukan kerja sambilan bagi menampung perbelajaaan harian, yuran dan
sebagainya. Kekurangan wang untuk belajar juga memaksa pelajar untuk bekerja secara
sambilan (Berita Harian Online, 18 Jun 2002). Sekiranya hal sedemikian berlanjutan,
mampukah negara melahirkan mahasiswa yang berkualiti akademiknya dan sentiasa
cemerlang dalam pelajaran tanpa mengabaikan kerja-kerja yang menjadi tanggungjawab
mereka sebagai seorang pelajar. Sekiranya pelajar mempunyai banyak komitmen,
bagaimana mereka boleh memikul tanggungjawab sebagai pelajar dan pekerja dalam
masa yang sama.
3
Keperluan dalam pemenuhan kehendak dan kepentingan setiap individu dalam
sesuatu masyarakat itu telah menyebabkan tercetusnya perasaan saling memerlukan dan
tolong-menolong antara satu sama lain (Mustafa Haji Daud,1996: 23). Dalam
menempuh kejayaan pula, sememangnya rakan-rakan memberi pengaruh yang besar di
samping membantu untuk mencapai kejayaan. Namun, pelajar yang melakukan kerja
sambilan tersebut harus sedar bahawa rakan mereka juga mempunyai tanggungjawab
dan kerja yang banyak untuk diselesaikan. Masalah timbul apabila kerja yang diberikan
tidak disiapkan dan hanya pelajar lain yang sentiasa menyiapkan kerja yang diberikan
sedangkan ia merupakan kerja kumpulan. Hal yang demikian akan menimbulkan
kesulitan kepada rakan-rakan lain.
Namun begitu, fenomena pelajar bekerja ini sudah menjadi satu sistem
pendidikan di Amerika Syarikat di mana para pelajarnya digalakkan bekerja.
Rasionalnya, pelajar dibiasakan dengan kehidupan sebenar apabila tamat belajar kelak.
Dengan bekerja, pelajar mempunyai sikap berdikari, berani membuat keputusan di
samping menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Malahan ia mengajar pelajar
mencari wang sendiri di samping mengatur perbelanjaan diri sendiri (Utusan Malaysia
Online, 6 Ogos 2008).
Menurut Datuk Muhammad Alias yang juga merupakan bekas seorang diplomat
yang kini bermastautin di Los Angeles, Amerika Syarikat menyatakan bahawa
pengalaman bekerja walaupun di kedai runcit, restoran McDonald’s atau Kentucky Fried
Chicken boleh membantu seseorang calon ketika memohon pekerjaan nanti. Budaya
belajar sambil bekerja telah bermula sejak bergenerasi (Utusan Malaysia Online, 6 Ogos
2008).
4
Bagi sesetengah pelajar, mereka diberi tanggungjawab untuk menguruskan
perbelanjaan harian mereka sendiri dan mereka tidak lagi memohon wang daripada ibu
bapa. Lantaran itu mereka terpaksa bekerja keras di samping belajar dan mereka tidak
mempunyai masa lapang untuk melepak atau membuat kerja-kerja tidak berfaedah.
Budaya seperti ini patut digalakkan di Malaysia. Dipercayai kegiatan lumba haram dan
lain-lain tidak akan wujud sekiranya para belia Malaysia termasuk para pelajar
menghabiskan masa dengan bekerja. Dengan cara ini juga, Malaysia boleh
mengurangkan import pekerja-pekerja asing (Utusan Malaysia Online, 6 Ogos 2008).
Para pelajar juga tidak perlu membuat pinjaman yang besar ketika menuntut di
universiti. Mungkin mereka memerlukan pinjaman yang kecil sahaja sebagai tambahan
kepada gaji mereka. Perkara seumpama ini telah dipraktikkan dalam kalangan pelajar-
pelajar universiti Amerika dan ia mungkin boleh diterapkan di Malaysia memandangkan
pelbagai masalah yang timbul yang melibatkan kewangan sehingga pelajar perlu
mengurus masa belajar dan bekerja untuk menambahkan pendapatan (Utusan Malaysia
Online, 6 Ogos 2008).
Menariknya pelajar-pelajar di Amerika berebut-rebut mencari kerja. Ini tidak
pula bermakna mereka mengabaikan pelajaran. Ibu bapa menggalakkan mereka bekerja
meskipun daripada golongan berada. Sekiranya kita memasuki restoran atau gedung-
gedung perniagaan khususnya di waktu petang atau hujung minggu sebahagian besar
daripada pekerjanya adalah para pelajar (Utusan Malaysia Online, 6 Ogos 2008).
Sering juga terbaca di akhbar, ramai graduan gagal mendapat pekerjaan ataupun
tidak menyerlah di dalam tugas. Antara sebabnya dikatakan mereka kurang pengalaman
dan tahap kebolehan mereka tidak sampai ke peringkat yang diperlukan. Perkara
tersebut boleh diatasi sekiranya para pelajar mempunyai pengalaman bekerja. Menteri
Sumber Manusia pada waktu itu iaitu Datuk Seri Dr Fong Chan Onn menasihatkan
pelajar universiti agar mencari kerja sambilan semasa cuti bagi mencerahkan peluang-
5
peluang mendapat pekerjaan selepas tamat belajar. Pengetahuan berdasarkan buku
sahaja tidak akan membawa seseorang ke mana-mana tanpa pengalaman praktikal.
Seperti yang telah dihuraikan, dapat kita lihat bahawa jika pelajar-pelajar asing boleh
membuat kerja di dalam berbagai bidang termasuk restoran tidak ada sebab kerja-kerja
seumpama itu tidak boleh dilakukan pelajar-pelajar di Malaysia dan berbekalkan
pengalaman yang ada memberi peluang kepada pelajar untuk mudah mendapatkan kerja
kelak (http://www.bernama.com/selangor_maju/news_bm.php?id=232899&lang=my).
Di sini juga kita dapat lihat, kesempitan hidup ada kalanya menyebabkan ada
remaja yang terpaksa menolak tawaran untuk melanjutkan pengajian ke institusi
pengajian tinggi (IPT). Namun, bagi yang tabah dan memikirkan masa depan, mereka
tetap memilih untuk melanjutkan pengajian bagi memenuhi impian dan harapan untuk
mengharungi masa depan. Mereka memilih untuk bekerja secara sambilan bagi
menampung kehidupan (Berita Harian Online,2 Julai 2002).
Menyedari keperluan kewangan perlu bagi meneruskan hidup, mereka
menjadikan cuti hujung minggu dan masa lapang selepas kelas untuk bekerja. Banyak
pekerjaan yang dipilih oleh pelajar dengan bekerja sambilan di dalam kampus atau yang
berdekatan dengan kampus. Antaranya, mereka bekerja di restoran makanan segera atau
kafeteria kolej, kedai photostat, mini market atau pusat beli-belah yang berdekatan.
Masalah kewangan yang dihadapi menyebabkan ramai yang bekerja untuk menampung
kos hidup. Walaubagaimanapun, ada dalam kalangan pelajar yang bekerja untuk
membantu meringankan beban keluarga di kampung (Berita Harian Online, 2 Julai
2002).
Tidak kurang juga terdapat penuntut universiti yang berusia belasan tahun dan
awal 20-an sudah pandai mencari rezeki yang lumayan dengan menggadaikan tubuh
mereka disebabkan inginkan “duit lebih”. Terdapat juga di dalam majalah-majalah yang
melaporkan para pelajar universiti yang menjadi pelayan di bar dan kelab malam sebagai
pekerjaan sambilan (Haikal Akashah,2007:4). Pusat-pusat hiburan pada keseluruhannya
6
tidak menepati ciri-ciri keperluan perniagaan dalam Islam atas dasar memberi lagha
kepada para pengunjungnya (Wan Sabri Wan Husin, 2004: 157). Etika bekerja untuk
orang Islam adalah tidak melibatkan diri dalam pekerjaan yang tidak dibenarkan oleh
Islam walaupun kerja sambilan tersebut dapat menjana pendapatan tambahan (Harian
Metro, 3 Februari 2009). Bekerja dengan cara yang salah hanya untuk memuaskan
nafsu dan kepentingan diri dan melanggar syariat adalah tidak dibenarkan.
Hal yang demikian telah mencetuskan perasaan dilema dalam diri pelajar bagi
memilih antara bekerja dan belajar. Sekiranya pelajar memilih untuk belajar, pelajar
akan terganggu kerana menghadapi masalah kewangan yang tidak kukuh terutamanya
kepada pelajar yang berkahwin ketika belajar. Namun, jika pelajar membuat kerja
sambilan (part-time) akan mengganggu pelajaran mereka (Haikal Akashah,2007: 6).
Oleh itu, satu jalan penyelesaian perlu diusahakankan bagi membantu pelajar
supaya mereka tidak perlu untuk bekerja jika ia membawa masalah kepada pelajar.
Semua pihak perlu bekerjasama dalam menyelesaikan masalah ini agar satu natijah yang
baik dapat dihasilkan.
1.3 Penyataan Masalah
Dalam konteks sekarang ini, penyelidik melihat terdapat banyak perkara yang
mempengaruhi pelajar bekerja seperti faktor kewangan, pengaruh rakan sebaya, mencari
pengalaman, faktor persekitaran dan lain-lain. Kesan-kesannya bervariasi antara positif
dan negatif. Atas sebab-sebab di atas, penyelidik berasa amat wajar dan perlu satu
kajian awal dijalankan untuk mengesan faktor-faktor pelajar bekerja sambilan di UTM
khasnya dalam kalangan pelajar SPI. Oleh itu, penyelidik merancang untuk
menjalankan kajian mengenai persepsi pelajar dengan tajuk Apakah Persepsi Pelajar
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Kerja Sambilan.
7
1.4 Objektif Kajian
Penyelidik telah meletakkan beberapa objektif yang menjadi sebab kajian ini
dilaksanakan. Hal ini menunjukkan bahawa kajian ini dilaksanakan kerana mempunyai
alasan dan sebab yang kukuh. Objektif tersebut ialah:
1.4.1 Untuk mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap kerja sambilan.
1.4.2 Untuk mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap faktor-faktor luaran yang
mempengaruhi pelajar melakukan kerja sambilan.
1.4.3 Untuk mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap faktor-faktor dalaman yang
mempengaruhi pelajar melakukan kerja sambilan.
1.5 Persoalan kajian
1.5.1 Apakah persepsi pelajar SPI terhadap kerja sambilan.
1.5.2 Apakah persepsi pelajar SPI terhadap faktor-faktor luaran yang mempengaruhi
pelajar melakukan kerja sambilan.
1.5.3 Apakah persepsi pelajar SPI terhadap faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi
pelajar melakukan kerja sambilan.