Upload
truonganh
View
246
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
TAHAP HUBUNGAN ETNIK: KAJIAN DI KALANGAN PELAJAR YANG
MENGIKUTI KURSUS SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA
PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP), SESI PENGAJIAN 2007-2008,
SEMESTER 2 DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI.
THAY CHEOW YIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ......................................... Nama Penulis : THAY CHEOW YIN
Tarikh : APRIL 2008
iii
Dedikasi buat ...................
Ibubapa yang tersayang
Terima kasih atas segala pengorbanan, sokongan dan nasihat
Yang diberikan selama ini
Adik-beradikku yang dikasihi
Terima kasih atas galakan
Yang tidak pernah jemu
Teman yang dihormati
Terima kasih atas sokongan moral dan galakan
Yang tidak pernah putus
iv
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan yang ikhlas kepada
penyelia Projek Sarjana Muda, Dr Mohd Rizal Bin Mohd Said atas kesudian beliau
meluangkan masa untuk memberikan bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan dorongan
sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda.
Penghargaan yang tidak terhingga ditunjukkan kepada pelajar-pelajar Kursus
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sesi Pengajian 2007-
2008 Semester 2 di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor yang telah
memberi kerjasama serta kesudian mereka meluangkan masa untuk menjayakan
projek ini.
Tidak ketinggalan juga kepada ahli keluarga yang telah memberi galakan
sepanjang tempoh menyiapkan projek ini.
Akhirnya penghargaan diberikan kepada Perpustakaan Sultan Zanariah,
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang menyediakan pelbagai bahan rujukan
yang berguna dalam projek ini. Tidak lupa kepada rakan dan pihak yang terlibat
secara langsung dalam memberi sokongan terhadap saya dalam menyiapkan projek
ini.
v
ABSTRAK
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji dan mengenalpasti tahap
hubungan etnik di kalangan pelajar yang mengikuti Kursus Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sesi Pengajian 2007-2008 Semester 2 Di
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Penyelidikan ini memfokuskan
kepada tahap hubungan etnik di kalangan pelajar dari segi kehidupan seharian
pelajar, kegiatan pembelajaran pelajar dan kegiatan kokurikulum pelajar. Sampel
kajian ini melibatkan 146 orang responden yang terdiri daripada pelajar Kursus
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sesi Pengajian 2007-
2008 Semester 2 Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Penyelidikan ini
adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik. Satu set
borang soal selidik yang diedarkan kepada responden dibahagikan kepada 2 bahagian
iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Soal selidik Bahagian A mengandungi 7 soalan
tentang maklumat latarbelakang responden. Bahagian B pula mengandungi 30 item
yang menggunakan Skala Likert 1 hingga 4. Dapatan kajian yang diperolehi
dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) 13.0
for Windows bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min dan dipersembahkan
dalam bentuk jadual. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa secara
keseluruhannya, tahap hubungan etnik di kalangan pelajar dari segi kehidupan
seharian pelajar, kegiatan pembelajaran pelajar dan kegiatan kokurikulum pelajar
adalah pada tahap sederhana. Jadi usaha yang lebih gigih untuk mempertingkatkan
tahap hubungan etnik di kalangan pelajar harus dilakukan dengan beberapa cadangan
yang diutarakan di dalam kajian ini. Usaha-usaha ini juga harus disokong oleh semua
lapisan masyarakat.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to study and to identify the stage of ethnic
relationship among the student from the Bachelor Degree of Technology and
Education (Living Skills) Course, Session 2007-2008 Semester 2 In University
Technology Malaysia, Skudai, Johor. This study is focus on the stage of ethnic
relationship among the student according to the whole day life of student, study
activity of student and cocurriculum activity of student. This study sample involved
146 respondents from the Bachelor Degree of Technology and Education (Living
Skills) Course, Session 2007-2008 Semester 2 In University Technology Malaysia,
Skudai, Johor. This study is used descriptive form with the questionnaires. A set of
questionnaires which was distributed to the respondents comprised of 2 parts that is
Part A and Part B. Part A of questionnaires comprised 7 questions regarding to the
background of respondents and Part B comprised 30 items which were used Likert
Scale 1 to 4. Result of this study was analyzed using software of Statistical Package
For Social Science (SPSS) 13.0 for Windows to get the frequencies, percentages and
means and showed in form of timetable. Result of this study had shown that the stage
of ethnic relationship among the student according to the whole day life of student,
study activity of student and co curriculum activity of student are in the medium
stage. So, the effort must be done to improve the level of ethnic relationship among
the student by use the suggestion that had suggested in this study. This effort also
must support by all the group of society.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI CARTA ALIRAN xii
SENARAI SIMBOL / SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xix
BAHAGIAN SATU
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan / Skop Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 10
viii
1.9 Kesimpulan 13
BAHAGIAN DUA
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Konsep Etnik 15
2.3 Konsep Hubungan Etnik 19
2.3.1 Interaksi Sosial 19
2.3.2 Integrasi Sosial 19
2.4 Faktor-Faktor Menyebabkan Masalah Hubungan Etnik 20
2.5 Cara-Cara Mengatasi Masalah Hubungan Etnik 28
2.6 Kajian Lepas 33
2.7 Kesimpulan 35
BAHAGIAN TIGA
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 36
3.2 Rekabentuk Kajian 36
3.3 Tempat Kajian 37
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 37
3.5 Instrumen Kajian 38
3.5.1 Pengumpulan Data Primer 38
3.5.1.1 Soal Selidik 38
3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 40
3.6 Analisis Data 40
3.7 Tatacara Kajian 41
3.8 Kajian Rintis 43
3.9 Kesimpulan 43
ix
BAHAGIAN EMPAT
BAB 4 ANALISI DATA
4.1 Pengenalan 45
4.2 Analisis Data Bahagian A – Latar Belakang Responden 46
4.2.1 Maklumat Jantina Responden 46
4.2.2 Maklumat Bangsa Responden 46
4.2.3 Maklumat Agama Responden 47
4.2.4 Maklumat Kursus Responden 48
4.2.5 Maklumat Aliran Sekolah Responden Di Peringkat 48
Sekolah Rendah
4.2.6 Maklumat Tempat Tinggal Responden 49
4.2.7 Maklumat Pola Penempatan Responden 50
4.3 Analisis Data Bahagian B – Item Soal Selidik 51
4.3.1 Tahap Hubungan Etnik Dari Segi Kehidupan 52
Seharian Pelajar
4.3.2 Tahap Hubungan Etnik Dari Segi Kegiatan 61
Pembelajaran Pelajar
4.3.3 Tahap Hubungan Etnik Dari Segi Kegiatan 64
Kokurikulum Pelajar
4.4 Kesimpulan 66
BAHAGIAN LIMA
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 67
5.2 Perbincangan 67
5.2.1 Latar Belakang Responden 68
5.2.2 Tahap Hubungan Etnik Dari Segi 70
Kehidupan Seharian Pelajar
x
5.2.3 Tahap Hubungan Etnik Dari Segi 74
Kegiatan Pembelajaran Pelajar
5.2.4 Tahap Hubungan Etnik Dari Segi 76
Kegiatan Kokurikulum Pelajar
5.3 Cadangan 77
5.3.1 Individu 77
5.3.2 Ibu Bapa Dan Masyarakat 78
5.3.3 Pensyarah 78
5.3.4 Pihak Pentadbiran Universiti 79
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 79
5.5 Kesimpulan 80
BIBLIOGRAFI 81
LAMPIRAN A-D 85-92
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Skala 4 peringkat 39
3.2 Skala tahap 40
3.3 Klasifikasi kekuatan korelasi 43
4.2.1 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut jantina 46
4.2.2 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut bangsa 46
4.2.3 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut agama 47
4.2.4 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut kursus 48
4.2.5 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut aliran 48
sekolah
4.2.6 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut tempat 49
tinggal
4.2.7 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut pola 50
penempatan
4.3.1 Maklumbalas responden terhadap setiap item mengenai 52
tahap hubungan etnik dari segi kehidupan seharian pelajar
4.3.2 Maklumbalas responden terhadap setiap item mengenai tahap 61
hubungan etnik dari segi kegiatan pembelajaran pelajar
4.3.3 Maklumbalas responden terhadap setiap item mengenai tahap 64
hubungan etnik dari segi kegiatan kokurikulum pelajar
4.4 Taburan purata keseluruhan bagi tiga persoalan kajian 66
mengikut Min.
xiii
SENARAI SIMBOL / SINGKATAN
% - Peratus
f - Frekuensi
n - Bilangan Responden
DAP - Democratic Action Party
DEB - Dasar Ekonomi Baru
IPT - Institusi Pendidikan Tinggi
IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam
IPTS - Institusi Pengajian Tinggi Swasta
JKPSMFP - Jawatankuasa Projek Sarjana Muda Fakulti Pendidikan
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
PAS - Parti Islam SeMalaysia
SPH - Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
SPSS - Statistic Package for Social Science
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
UM - Universiti Malaya
UPM - Universiti Putra Malaysia
USM - Universiti Sains Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
Lampiran A Borang Soal Selidik 85
Lampiran B Pengesahan Item-Item Soal Selidik 90
Lampiran C Keputusan Kajian Rintis 91
Lampiran D Surat Akuan UTM 92
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan Malaysia adalah sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai
budaya, bahasa, agama dan etnik. Masyarakat pelbagai budaya ini terdiri daripada
lebih 200 suku etnik. Kumpulan etnik terbesar adalah Melayu, Cina, India, Kadazan,
Iban, Dusun, Banjar dan Bidayuh. Insiden salah faham, ketegangan dan konflik etnik
sering digambarkan berlaku di Malaysia (Mansor et al.,2006).
Polarisasi kaum di institusi pengajian tinggi merupakan suatu masalah yang
perlu diteliti dan diberi perhatian yang serius. Masalah ini jika tidak dikawal boleh
menjejaskan perkembangan yang sihat di kalangan pelajar-pelajar kita dan mungkin
juga akan menggagalkan pencapaian matlamat pendidikan kebangsaan untuk
menghasilkan rakyat Malaysia yang bersatupadu. Masalah polarisasi kaum ini juga
harus dilihat sebagai suatu reaksi dan akibat dari sistem yang wujud di negara ini.
Oleh kerana golongan pelajar itu sebahagian dari masyarakat, maka masalah pelajar
itu juga adalah mencerminkan masalah yang dihadapi oleh masyarakat seluruhnya
(Sanusi,1989).
Negara yang dianggap paling maju sekalipun, harus berusaha melakukan
penyelidikan dan inovasi untuk terus menjadi lebih maju. Begitu juga negara yang
dianggap paling aman juga harus terus berusaha mengekalkan keamanan. Malaysia
bukanlah negara yang paling maju mahupun yang paling aman. Kita mempunyai
wawasan yang tertentu untuk menjadi negara maju dan banyak tanda menunjukkan
2
bahawa kita akan dapat mencapai sasaran kita tepat pada waktu yang ditetapkan. Kita
juga terus berusaha dan cuba mencari jalan bukan saja untuk mengekalkan keamanan
yang sedia ada, tetapi mencari penyelesaian kepada isu-isu yang boleh memantapkan
keamanan dalam masyarakat Malaysia. Salah satu isu fokus yang sering memberikan
cabaran kepada kita ialah isu hubungan etnik (Kamarulzaman,2007).
Isu hubungan etnik dan masalah yang timbul dari “hubungan” ini bukanlah
perkara yang baru dalam konteks Malaysia. Masalah tinggalan era penjajah ini kerap
timbul dari masa ke semasa walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mengurus dan
menyelesaikannya. Dalam beberapa tahun ini sahaja, kita berhadapan dengan
insiden-insiden yang mencabar keutuhan hubungan etnik di negara ini dan memberi
tanda tanya tentang keberkesanan program-program yang telah diperkenalkan untuk
mewujudkan perdamaian dan perhubungan etnik yang positif. Antara insiden besar
termasuk kes-kes Kampung Rawa pada tahun 1998 dan Kampung Medan pada tahun
2001. Di samping itu, data-data yang dikumpulkan oleh Jabatan Perpaduan mengenai
insiden konflik sosial dari tahun 1998 hingga 2004 menunjukkan bahawa walaupun
insiden konflik kerana isu etnik atau perkauman adalah sedikit (cuma 1 peratus dari
semua jenis isu konflik), insiden-insiden lain yang melibatkan isu-isu seperti sosial,
agama, keselamatan, politik, dan ekonomi, banyak melibatkan faktor atau pelaku dari
kumpulan etnik yang berbeza (Kamarulzaman,2007).
Jadi, isu Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum penting untuk
difikirkan. Kita melihat perbezaan bukan sahaja dari segi etnik malahan dari aspek
ekonomi, kebudayaan dan agama. Sesuatu etnik adalah mustahil untuk menjadi etnik
yang lain. Maka struktur ekonomi, budaya dan pendidikan telah dijadikan pemangkin
untuk mencapai perpaduan (Azra,2005).
Hussein Hj Ahmad (1993) menyatakan bahawa peranan sistem persekolahan
sehingga akhir tahun 1980an bermotifkan tiga perkara utama. Pertamanya,
pendidikan untuk menyediakan tenaga kerja negara. Kedua, pendidikan sebagai asas
perpaduan kaum. Ketiga, pendidikan adalah untuk pembinaan disiplin di kalangan
rakyat berbilang kaum.
3
Selain itu, Ting Chew Peh (1987) juga menyatakan bahawa pendidikan
banyak fungsinya. Selain daripada menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang mustahak kepada kelangsungan hidup sesebuah masyarakat, ia juga
berfungsi sebagai satu alat untuk memupuk integrasi.
Namun demikian, pada masa ini, kita dapati pergaulan di kalangan pelajar
lebih terhad kepada sesama kaum walaupun di dalam kelas terdiri daripada pelbagai
etnik. Demikian juga dalam aktiviti kokurikulum, ada sesetengah aktiviti dan
permainan penyertaan dimonopoli hanya sesuatu kaum sahaja. Keadaan ini
berterusan hingga ke IPTA (Berita Harian,28 Julai 2006).
Oleh itu, langkah-langkah yang efektif perlu diambil untuk menyelesaikan
masalah hubungan etnik di kalangan pelajar-pelajar. Menghadapi cabaran yang
ditimbulkan oleh hubungan etnik bukannya mudah. Pelbagai usaha dijalankan
termasuk penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional pada awal
tahun tujuh-puluhan yang memperkenalkan program-program memupuk perpaduan
dalam masyarakat. Antara program-program yang telah diperkenalkan oleh negara
untuk menangani masalah ini termasuklah Rukun Tetangga hinggalah kepada Pelan
Integrasi Nasional; penubuhan Sekolah Wawasan; Program Latihan Khidmat Negara
di samping banyak lagi program yang memfokuskan kepada kelompok belia ini;
program "Kongsi-Raya" dan lain-lain yang berusaha mempromosi perpaduan dan
kefahaman tentang budaya yang berbeza melalui cara meraikan hari kebesaran semua
kelompok secara bersama. Pengenalan kursus hubungan etnik di institusi pengajian
tinggi negara yang begitu hangat diperdebatkan pada masa ini pula adalah sebagai
salah satu usaha untuk menangani masalah hubungan etnik yang sering menjadi isu
dalam proses pembangunan negara (Kamarulzaman,2007).
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Sanusi (1989), polarisasi kaum di Malaysia bukan sesuatu yang
baru. Masalah ini kita warisi sejak zaman penjajahan dulu. Anehnya fenomena ini
4
terus berkembang dan berjaya pula mempengaruhi berbagai bidang kehidupan
masyarakat kita. Walaupun penjajahan menjadi punca masalah polarisasi yang kita
hadapi sekarang, tetapi kita harus akui bahawa sejak kita mencapai kemerdekaan,
segala bentuk dasar di negara ini adalah hasil ciptaan dan pemikiran kita sendiri.
Polarisasi kaum yang terdapat di sekolah-sekolah dan di institusi-institusi pengajian
tinggi di negara ini tidak boleh dipandang ringan dan sepi oleh kerana kesan dan
implikasinya amat besar kepada masa depan rakyat dan negara kita. Fenomena ini
juga tidak boleh dilihat sebagai sesuatu yang berasingan oleh kerana sekolah dan
institusi pengajian tinggi adalah sebahagian daripada masyarakat yang lebih besar.
Oleh itu fenomena ini haruslah dilihat sebagai suatu bentuk reaksi atau kesan dari
sistem politik dan ekonomi yang sedia wujud serta berbagai dasar yang sedang
dilaksanakan sekarang. Keadaan polarisasi kaum yang terus berkembang di kalangan
rakyat ketika ini membuktikan bahawa langkah-langkah yang dilaksanakan setakat
ini bukan sahaja tidak berjaya mengawal perkembangannya tetapi juga tidak
menampakkan kesan yang boleh dibanggakan.
Dalam sejarah Malaysia yang sudah merdeka pun kita telah menyaksikan
beberapa peristiwa yang menyusahkan kita dan pepimpin negara. Peristiwa yang
tragis yang melibatkan bukan sahaja melibatkan masalah perbezaan stratifikasi sosio-
ekonomi, masalah interaksi sosio-budaya tetapi juga identiti dan integriti bangsa iaitu
peristiwa rusuhan 13 Mei pada tahun 1969. Peristiwa ini bukanlah sesuatu yang tidak
diramal sama sekali, kerana terdapat pelbagai peristiwa pernah berlaku sebelum dan
selepas kemerdekaan yang menunjukkan dengan jelas corak perhubungan bangsa
yang tidak menyenangkan khususnya masalah ini timbul di antara orang-orang
Melayu dan orang-orang keturunan Cina dan pada amnya di antara pihak bumiputera
dan bukan bumiputera (Wan Halim Othman,1982). Begitu juga contoh pergaduhan
antara kaum India dan kaum Melayu di Kampung Medan, Petaling Jaya pada 12 Mac
2001 berlaku kerana salah faham yang telah menyebabkan 5 orang terkorban, 37
orang cedera dan 153 orang ditahan. Beratus-ratus pegawai dan anggota polis
rusuhan telah dikerah untuk mengawal keadaan (Zaid Ahmad et al., 2006).
Demikian contoh insiden yang harus diambil iktibar ke arah menjadi masyarakat
Malaysia yang aman dan harmoni terhindar dari peristiwa hitam.
5
Perpaduan merupakan aspek penting dalam pembangunan negara. Kemajuan
yang dinikmati sekarang adalah hasil daripada perpaduan erat antara pelbagai kaum
di negara ini. Oleh itu, aktiviti pendidikan mestilah memberi keutamaan kepada
usaha-usaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan di kalangan rakyat.
Usaha-usaha perpaduan boleh dicapai melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan
sukan. Peranan pendidikan penting untuk melahirkan semangat cintakan negara.
Oleh itu, KPM menghadapi cabaran besar melahirkan pelajar dengan ciri-ciri
individu dan masyarakat Bangsa Malaysia. Bangsa Malaysia yang dihasratkan terdiri
daripada individu dan masyarakat yang mempunyai keyakinan tinggi, jati diri kukuh,
berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, dapat hidup sebagai sebuah
masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal dan bertolak ansur, serta berfikiran
dan berbudaya saintifik (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010).
Menurut Rusimah Sayuti et al. (2004) pula menyatakan bahawa pelajar-
pelajar berbilang bangsa yang berada sama ada di IPTA atau IPTS hidup dalam satu
komuniti dengan tujuan yang sama iaitu menuntut ilmu lebih mudah untuk saling
faham-memahami dalam pelbagai aspek. Sebagai contoh memahami amalan agama
sesuatu bangsa terutama dalam konteks kehidupan berasrama adalah penting.
Menurut Sanusi (1989), sudah banyak perbincangan yang disiarkan tentang
polarisasi kaum di beberapa buah universiti tempatan. Bentuk polarisasi yang
dilaporkan hampir sama di semua universiti. Selain dari itu terdapat juga beberapa
kajian ilmiah yang dijalankan di beberapa buah universiti. Berasaskan kepada kajian
ini, beberapa generalisasi umum tentang keadaaan polarisasi kaum di kalangan
pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi dapat dibuat iaitu darjah interaksi antara
pelajar berbagai etnik adalah rendah walaupun terdapat banyak peluang-peluang
untuk berinteraksi sesama mereka di kampus, terdapat kecenderungan untuk memilih
sahabat atau kawan dari anggota kumpulan etnik yang sama, kurang perbincangan
secara terbuka dan serius di kalangan pelajar berbagai etnik mengenai soal politik,
ekonomi dan sosial, terdapat prasangka dan stereotaip yang kuat, sebahagian besar
daripada pelajar mempunyai etnosentrisma yang tinggi dan banyak kegiatan pelajar
yang dijalankan adalah mengikut garis etnik bukan merentas garis etnik.
6
Menurut Sanusi (1989) lagi, keadaan ini jelas menunjukkan bahawa peluang-
peluang berinteraksi yang terdapat di kampus seperti tinggal di tempat yang sama,
bersukan, makan di kantin bersama, perpustakaan, organisasi-organisasi pelajar dan
lain-lain kegiatan pelajar lagi tidak banyak mendorong pelajar-pelajar tersebut untuk
berhubung dan bergaul dengan lebih luas di kalangan mereka yang merentas garis
etnik. Apa yang seringkali berlaku ialah kebanyakan kegiatan pelajar seperti makan
di kantin, ke perpustakaan, bersiar-siar, menonton wayang, berbincang dan juga
bersukan dilakukan bersama dengan anggota-anggoata dari kumpulan etnik yang
sama. Perkembangan demikian sudah tentu bertentangan dengan hasrat dan cita-cita
kita untuk mewujudkan perhubungan yang lebih erat, persefahaman dan integrasi
nasional.
Jika pembelajaran anak-anak dilibatkan dengan asuhan, bimbingan berterusan
tentang teori dan amalan berbudi bahasa dan kesopanan, generasi berbudi akan
datang dan melentur ke arah itu. Didikan di sekolah perlu mengutamakam aspek
berkawan, bersahabat melalui pelbagai kaum dan agama. Murid dan pelajar, pelajar
dan mahasiswa perlu terdedah kepada pembelajaran dan kurikulum yang disertai
pelbagai kaum. Dorongan untuk memahami dan bertoleransi di kalangan pelbagai
kaum, agama dan budaya adalah teras muhibbah bagi masyarakat Malaysia. Ini
adalah tunjang perpaduan. Barangkali sudah sampai masanya bagi mewujudkan
beberapa kepastian yang mewajibkan interaksi antara kaum dalam pelbagai urusan
dan kegiatan. Latihan Khidmat Negara sudah jelas menjurus kepada matlamat ini
dengan undang-undangnya yang sedia ada. Tetapi untuk mencipta dan mewujudkan
bangsa yang terhindar dari sikap perkauman, Latihan Khidmat Negara tentunya
memerlukan program-program sampingan. Kegiatan kokurikulum di sekolah dan
universiti, di padang permainan, di kelab-kelab misalnya mungkin dapat dijuruskan
supaya mengutamakan interaksi pelbagai kaum. Bila perpaduan kaum sudah menjadi
amalan, negara bangsa akan pantas mencapai kejayaan (Rais Yatim,2006).
7
1.3 Pernyataan Masalah
Pelajar Institusi Pengajian Tinggi merupakan generasi dan pewaris kepada
kepimpinan negara serta pencorak pemikiran masyarakat akan datang. Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia dipilih mewakili IPTA-IPTA di Malaysia terdiri
daripada pelbagai bangsa, budaya, agama, dan adat tetapi menuntut ilmu dalam
kampus dan tinggal di asrama yang sama.
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti setakat manakah perpaduan kaum
terbina di kalangan pelajar-pelajar universiti yang terdiri daripada pelbagai kaum
terutama dilihat dari segi aspek saling bantu-membantu, hormat-menghormati serta
toleransi di antara pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelbagai etnik. Adakah
terdapat budaya dan nilai tersebut dalam diri pelajar untuk mewujudkan
persefahaman antara pelajar-pelajar berbilang kaum. Dalam erti kata lain adakah
terdapat unsur-unsur perpaduan yang diterjemahkan dalam kehidupan harian di
kampus.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk:
1.4.1 Mengenalpasti tahap hubungan etnik di kalangan pelajar kursus SPH, UTM
dari segi kehidupan seharian pelajar.
1.4.2 Mengenalpasti tahap hubungan etnik di kalangan pelajar kursus SPH, UTM
dari segi kegiatan pembelajaran pelajar.
1.4.3 Mengenalpasti tahap hubungan etnik di kalangan pelajar kursus SPH, UTM
dari segi kegiatan kokurikulum pelajar.
8
1.5 Persoalan Kajian Untuk mencapai matlamat kajian ini, maka persoalan yang berkaitan adalah:
1.5.1 Apakah tahap hubungan etnik di kalangan pelajar kursus SPH, UTM dari segi
kehidupan seharian pelajar?
1.5.2 Apakah tahap hubungan etnik di kalangan pelajar kursus SPH, UTM dari segi
kegiatan pembelajaran pelajar?
1.5.3 Apakah tahap hubungan etnik di kalangan pelajar kursus SPH, UTM dari segi
kegiatan kokurikulum pelajar?