23
UTPSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : POLA PENONTONAN TELEVISYEN PENDIDIKAN DALAM KALANGAN IBU BAPA KAWASAN FELDA, DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR. SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya : YAZMIN BINTI YAHYA (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ______________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :1307 Blok B1 EN JOHARI BIN HASSAN Felda Adela, 81900 Kota Tinggi, Johor. Tarikh : 29 April 2009 Tarikh : __________________ CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). (Nama Penyelia)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · utpsz 19:16(pind.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pola penontonan televisyen pendidikan dalam

  • Upload
    others

  • View
    8

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · utpsz 19:16(pind.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pola penontonan televisyen pendidikan dalam

UTPSZ 19:16(Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : POLA PENONTONAN TELEVISYEN PENDIDIKAN DALAM KALANGAN IBU

BAPA KAWASAN FELDA, DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR.

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya : YAZMIN BINTI YAHYA

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan

Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI

1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

______________________________ ____________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap :1307 Blok B1 EN JOHARI BIN HASSAN

Felda Adela,

81900 Kota Tinggi,

Johor.

Tarikh : 29 April 2009 Tarikh : __________________

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau

Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

(Nama Penyelia)

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · utpsz 19:16(pind.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pola penontonan televisyen pendidikan dalam

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik).”

Tandatangan : ………………………..

Nama Penyelia : ENCIK JOHARI BIN HASSAN

Tarikh : ………………………..

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · utpsz 19:16(pind.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pola penontonan televisyen pendidikan dalam

POLA PENONTONAN TELEVISYEN PENDIDIKAN DALAM KALANGAN

IBU BAPA KAWASAN FELDA, DAERAH KOTA TINGGI , JOHOR.

YAZMIN BINTI YAHYA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik).

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2009

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · utpsz 19:16(pind.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pola penontonan televisyen pendidikan dalam
Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · utpsz 19:16(pind.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pola penontonan televisyen pendidikan dalam

DEDIKASI

Dalam menitip selaut ilmu

Dalam meraut segunung pengalaman

Dalam merentas beronak cabaran

Maka inilah wadah kudus

Dari hati penuh tulus

Yang tidak mungkin lupus.

Andai dikesempatan ini masih punya ruang

Moga masih ada detik yang panjang

Untuk terus bersama

Menerokai indahnya ilmu.

Restu, pengorbanan dan doa kalian

Mengiringi setiap detik perjalananku disini

Harapan lebih sedekad lalu tertunai jua

Terima kasih semua di atas segalanya.

Teristimewa buat mak dan ayah, Yahya Bin Mohd Noah dan Zaiton Binti Talib serta

insan teristimewa yang sering berada disampingku dalam suka dan duka.

...Terima kasih semuanya...

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · utpsz 19:16(pind.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pola penontonan televisyen pendidikan dalam

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Selawat juga

salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.

Penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah

pembimbing, En Johari Bin Hassan diatas segala nasihat, bimbingan, tunjuk ajar dan

dorongan sepanjang saya menjalankan penyelidikan ini.

Terima kasih juga kepada warga Felda Adela yang sudi memberikan

kerjasama menjadi responden kajian dan turut memberi sumbangan yang cukup

besar kepada penyelidikan saya ini. Tidak lupa buat rakan – rakan seperjuangan yang

sentiasa bersama dalam suka dan duka sepanjang bersama.

Khusus kepada pihak – pihak yang terlibat sama ada secara lansung atau

tidak dalam membantu kejayaan projek penyelidikan ini dijalankan, jutaan terima

kasih diucapkan.

Terima kasih.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · utpsz 19:16(pind.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pola penontonan televisyen pendidikan dalam

ABSTRAK

TV Pendidikan disediakan sebagai salah satu saluran menambah

keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. TV Pendidikan turut

membantu ibu bapa dalam usaha mendidik anak dengan program – program yang

disediakan. Maka, kajian ini dijalankan untuk meninjau sejauhmana tahap

penontonan TV Pendidikan dalam kalangan ibu bapa, sejauhmana kesedaran ibu

bapa terhadap kewujudan TV Pendidikan dan EDUWEBTV serta masalah menonton

TV Pendidikan yang dihadapi oleh ibu bapa. Instrumen kajian ini adalah berbentuk

soal selidik yang diedarkan kepada seramai 169 orang responden. Manakala

persampelan adalah berbentuk kaedah persampelan rawak berkelompok dimana

responden kajian terdiri daripada ibu bapa yang mempunyai anak yang masih

bersekolah. Data-data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package

For Social Sciences (SPSS) versi 10 dengan tahap kebolehpercayaan 0.8492.

Analisis data dilakukan dengan menggunakan kaedah deskriptif iaitu berbentuk skor

min, frekuensi dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan kekerapan penontonan TV

Pendidikan adalah di tahap yang rendah manakala persepsi responden terhadap TV

Pendidikan dan kesedaran terhadap kewujudan EDUWEBTV di tahap sederhana.

Dari segi masalah penontonan TV Pendidikan, masalah kurang kemudahan

mencatatkan min masalah penontonan tertinggi berbanding masalah masa siaran dan

isi rancangan. Namun begitu, terdapat perbezaan signifikan diantara tahap

pendidikan responden dengan kesedaran responden terhadap kewujudan

EDUWEBTV.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · utpsz 19:16(pind.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pola penontonan televisyen pendidikan dalam

ABSTRACT

Educational Television program was provided as a channel to enhance the

effectiveness of teaching and learning process. The contents of this television

program also can give ideas to parents on how to guide their children effectively. The

purpose of this research was to determine the viewing pattern of Educational TV, the

awareness of Educational TV and the existence of EDUWEBTV and the problem

faced with viewing Educational TV. The instrument of the research was in the form

of questionnaire which was distributed to 169 respondents through randomized group

sampling. The data were analyzed by using Statistical Package for Social Sciences

(SPSS) version 10.0 for windows with 0.8492 of reliability and presented in the

formed of frequencies, percentages and mean. The research showed that the

percentage of viewers who watch this Educational TV programme regularly was in

the lower level. On the contrary, the perception of Educational TV and the awareness

level of EDUWEBTV existence among the respondents were in the average level.

For the problem of viewing Educational TV, lack of facilities showed the highest

mean as compared to the program contents and unsystematic schedule. However,

there was a significant between respondent educational levels with their awareness

level of EDUWEBTV existence.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · utpsz 19:16(pind.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pola penontonan televisyen pendidikan dalam

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA i

HALAMAN JUDUL ii

HALAMAN PENGAKUAN iii

HALAMAN DEDIKASI iv

HALAMAN PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI SIMBOL xv

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah. 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Skop Kajian 9

1.8 Definisi Kajian / Istilah 10

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Ibu Bapa Bandar Dan Luar Bandar 14

2.2.1 Ibu Bapa Dan Pendidikan Anak 16

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · utpsz 19:16(pind.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pola penontonan televisyen pendidikan dalam

– Anak

2.3 Kepentingan Televisyen Dalam Pendidikan 18

2.4 Kepentingan Teknologi Informasi Dan Komunikasi 21

(ICT) Dalam Pendidikan

2.5 TV Pendidikan di Malaysia 24

2.5.1 Sejarah Ringkas Penerbitan Siaran 25

TV Pendidikan Dan EDUWEBTV.

2.6 Kajian – Kajian Berkaitan.

2.6.1 Kajian Luar Negara 28

2.6.2 Kajian Tempatan 29

2.7 Kesimpulan 31

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 32

3.2 Rekabentuk Kajian 33

3.3 Lokasi Kajian 33

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 34

3.5 Instrumen Kajian 35

3.6 Kajian Rintis 37

3.7 Prosedur Kajian 38

3.8 Kaedah Pengumpulan Data 40

3.9 Analisis Data 40

BAB IV ANALISIS DAN INTERPRESTASI DATA

4.1 Pendahuluan 42

4.2 Analisis Data 43

4.2.1 Analisis Data Bahagian A- Latar Belakang 43

Responden.

4.2.2 Analisis Data Bahagian B- Sejauhmana tahap 48

penontonan TV Pendidikan oleh ibu bapa Felda

4.2.3 Analisis Data Bahagian C- Tahap kesedaran 55

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · utpsz 19:16(pind.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pola penontonan televisyen pendidikan dalam

terhadap kewujudan TV Pendidikan dan

EDUWEBTV dalam kalangan ibu bapa Felda.

4.2.4 Analisis Data Bahagian D- Pemasalahan tontonan 59

TV Pendidikan dan EDUWEBTV dalam kalangan

masyarakat Felda.

4.2.5 Dapatan Dari Cadangan Responden. 64

4.3 Kesimpulan 65

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 68

5.2 Ringkasan Kajian 69

5.3 Responden Kajian 70

5.4 Perbincangan Kajian 71

5.4.1 Perbincangan Bahagian B- 72

Mengenalpasti sejauhmana tahap penontonan

TV Pendidikan dalam kalangan ibu bapa Felda.

5.4.2 Perbincangan Bahagian C- 75

Mengenalpasti tahap kesedaran terhadap

kewujudan TV Pendidikan dan EDUWEBTV

dalam kalangan ibu bapa Felda.

5.4.3 Perbincangan Bahagian D- 77

Pemasalahan tontonan TV Pendidikan dan

EDUWEBTV dalam kalangan masyarakat Felda.

5.4.4 Perbincangan Cadangan 79

Dikemukakan Responden

5.5 Perbincangan Analisis Inferensi 81

5.6 Rumusan 83

5.7 Cadangan Kajian 84

5.8 Cadangan Kajian Lanjutan 87

5.9 Penutup 88

RUJUKAN 89 - 93

LAMPIRAN A - D

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · utpsz 19:16(pind.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pola penontonan televisyen pendidikan dalam

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

2.3.1 Pemerolehan Pengetahuan Berdasarkan Deria. 19

3.4.1 Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan 34

Populasi

3.5.1 Taburan Item Bahagian A 36

3.5.2 Skala Likert 37

3.5.3 Taburan Item Soal Selidik Mengikut Objektif Kajian 37

3.7.1 Takwim Projek Sarjana Muda (PSM) 39

3.9.1 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 41

3.9.2 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 41

4.2.1.1 Taburan Responden Yang Menjawab Soal Selidik 43

4.2.1.2 Taburan Responden Mengikut Umur. 44

4.2.1.3 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan. 45

4.2.1.4 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Bulanan. 45

4.2.1.5 Taburan Responden Mengikut Peringkat Pendidikan 46

Tertinggi.

4.2.1.6 Taburan Responden Mengikut Bilangan Anak 47

4.2.1.7 Taburan Responden Mengikut Bil Televisyen. 47

4.2.2.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berdasarkan Corak 49

Menonton TV Pendidikan Oleh Ibu Bapa Felda.

4.2.2.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berdasarkan Tahap 51

Penontonan TV Pendidikan Oleh Ibu Bapa Felda.

4.2.2.3 Perbezaan Diantara Kekerapan Menonton Dengan Tahap 54

Pendidikan Responden.

4.2.2.4 Perbezaan Diantara Tahap Pendidikan Dengan Tahap 54

Penontonan TV Pendidikan Oleh Responden.

4.2.3.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berdasarkan Tahap 56

Kesedaran Terhadap Kewujudan TV Pendidikan dan

EDUWEBTV.

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · utpsz 19:16(pind.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pola penontonan televisyen pendidikan dalam

4.2.3.2 Perbezaan Diantara Tahap Pendidikan Responden 58

Dengan Tahap Kesedaran Terhadap Kewujudan

TV Pendidikan dan EDUWEBTV.

4.2.4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Pemasalahan 60

Tontonan TV Pendidikan dan EDUWEBTV Dalam

Kalangan Masyarakat Felda.

4.2.4.2 Perbezaan Diantara Tahap Pendidikan Responden 63

Dengan Pemasalahan Tontonan TV Pendidikan dan

EDUWEBTV Dalam Kalangan Masyarakat Felda.

4.2.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berdasarkan 64

Cadangan.

4.2.5.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Berdasarkan 65

Cadangan Diberikan.

4.3.1 Taburan Berdasarkan Peratusan Dan Min : 66

Sejauhmana Tahap Penontonan TV Pendidikan Oleh

Ibu Bapa Felda.

4.3.2 Taburan Berdasarkan Peratusan Dan Min : 66

Tahap Kesedaran Terhadap Kewujudan TV Pendidikan

dan EDUWEBTV Dalam Kalangan Ibu Bapa Felda.

4.3.3 Taburan Berdasarkan Peratusan Dan Min: 67

Pemasalahan Tontonan TV Pendidikan dan EDUWEBTV

Dalam Kalangan Masyarakat Felda.

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · utpsz 19:16(pind.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pola penontonan televisyen pendidikan dalam

SENARAI SINGKATAN

BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan

Felda - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Federal Land Development

Authority).

ICT - Information and Communication Technology

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

PSM - Projek Sarjana Muda

P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran

SPSS - Perisian Statistical Package For The Social Science

WWW - World Wide Web

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · utpsz 19:16(pind.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pola penontonan televisyen pendidikan dalam

SENARAI SIMBOL

f - Frekuensi

% - Peratus

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · utpsz 19:16(pind.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pola penontonan televisyen pendidikan dalam

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Perkembangan teknologi komunikasi memainkan peranan penting dalam

bidang pendidikan. Sistem komunikasi merupakan alat yang penting untuk

menyebarkan maklumat dan juga bertindak sebagai alat komunikasi sesama manusia

untuk berhubung. Sistem komunikasi yang digunakan secara meluas untuk

menyampaikan maklumat adalah melalui penggunaan radio, televisyen dan internet.

Sistem ini dipanggil sistem penyebaran semasa kerana maklumat atau berita akan

disampaikan secara terus kepada kelompok manusia dari semasa ke semasa.

Televisyen dianggap sistem komunikasi penyampaian maklumat yang paling

berkesan kerana menggunakan dua deria penting manusia iaitu 11 peratus

pendengaran dan 83 peratus penglihatan.

Teknologi televisyen kian berkembang pesat setelah berkembangnya

teknologi komputer yang membawa revolusi baru gelombang maklumat dan

telekomunikasi. Potensi televisyen begitu besar dan liputannya begitu meluas

berbanding alat komunikasi yang lain. Persaingan masa depan televisyen turut begitu

sengit antara stesen dan juga persaingan dalam merebut bilangan penonton. Dalam

konteks ini, karisma program dan keyakinan penonton terhadap sesuatu pengendalian

siaran televisyen turut memainkan peranan utama (A. Wahab Hamzah, 2001).

Konsep televisyen sebagai medium multimedia dan bersifat interaktif adalah

suatu cabaran kerana teknologi televisyen bukan bergantung kepada pantasnya

berlaku perubahan tetapi bergantung kepada penghasilan program – program yang

dapat menarik perhatian penonton terhadap kekuatan persembahan. Televisyen

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · utpsz 19:16(pind.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pola penontonan televisyen pendidikan dalam

dikatakan paling berkesan meransang ingatan terhadap peristiwa – peristiwa dan

perlakuan serta maklumat – maklumat penting, disamping sebagai media yang

menyeronokkan kepada pelajar dalam proses pembelajaran. Menurut Atan Long

(1980), dengan satu ransangan, televisyen dapat diikuti oleh bilangan pelajar yang

tidak terhad dengan syarat mudah menerima siarannya serta menarik masa dan

perhatian pelajar untuk mengikutinya. Atas faktor tersebut, Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) telah menjadikan TV Pendidikan sebagai alternatif untuk

mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Sejak 19 Jun 1972, TV Pendidikan telah wujud dan dilancarkan

perkhidmatannya di sekolah – sekolah di Malaysia bagi membantu dalam proses

pengajaran guru di sekolah dan pembelajaran pelajar. Rancangan TV Pendidikan

merupakan satu program yang dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

bertujuan menghebahkan pelbagai maklumat untuk mempertingkatkan

kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Visi TV Pendidikan adalah menjadikan

rancangan-rancangan TV Pendidikan dapat digunakan oleh semua sekolah secara

berkesan dan TV sebagai media utama dalam pengajaran dan pembelajaran.

Perlancaran Pekhidmatan TV Pendidikan telah melahirkan Perkhidmatan Sebaran

Pendidikan di Malaysia dan menjadi salah satu projek perkembangan pendidikan

bagi sekolah rendah dan sekolah menengah.

Menurut Sulaiman, peningkatan taraf hidup dan ekonomi negara mendorong

kepada pertambahan permintaan terhadap komputer (1991). Oleh itu, permintaan

terhadap komputer semakin meningkat dalam kalangan ibu bapa, sekolah dan

masyarakat. Malah, pada tahun 1994, Kementerian Pendidikan Malaysia telah

berusaha untuk memperluaskan bidang komputer dalam pendidikan dengan

mewujudkan satu sistem penggunaan komputer di sekolah-sekolah di Malaysia.

Melalui sistem ini, aktiviti terancang yang berorentasikan kemahiran mencari,

menilai dan menggunakan maklumat untuk tujuan pendidikan ditekankan. Kerajaan

turut melancarkan kempen satu rumah, satu komputer bagi menggalakkan

penggunaan komputer sebagai satu alat pembelajaran di rumah. Seiring dengan

perkembangan teknologi yang semakin maju, TV Pendidikan telah dikemaskini

dengan terlancarnya EDUWEBTV. Banyak perubahan dan penambahbaikkan telah

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · utpsz 19:16(pind.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pola penontonan televisyen pendidikan dalam

dilakukan mengikut prosedur yang disahkan SIRIM QAS International bagi

mencapai tahap kualiti antarabangsa MS ISO 9001:2000.

EDUWEBTV menampilkan kandungan menarik dan berbeza berbanding

program TV Pendidikan di televisyen malah telah disuntik beberapa elemen yang

menumpu kepada proses pembelajaran dan pengajaran seperti disediakan

Kementerian Pelajaran. Selain itu, EDUWEBTV turut menyelitkan komponen

seperti hal ehwal semasa, wawancara, video dan siaran langsung yang memaparkan

maklumat terkini serta padat dalam bidang pendidikan khusus untuk semua pihak.

1.2 Latar Belakang Masalah.

Lambakan rancangan berbentuk realiti hiburan dewasa ini seperti Akademi

Fantasia, Gangstarz, Raja Lawak dan sebagainya telah menghiasi skrin televisyen di

rumah. Ini atas permintaan yang tinggi dari penonton yang mula memerlukan subjek

yang diberikan pendekatan lain iaitu berbentuk hiburan. Kerana itu, kegilaan

penonton terhadap rancangan berbentuk realiti dianggap sebagai satu alternatif.

Tanpa disedari, rancangan berunsur pendidikan semakin terpinggir dan semakin

dilupakan. Malah ada dalam kalangan masyarakat tidak sedar akan kewujudan

program TV Pendidikan walaupun ia telah bersiaran berabad lamanya. Promosi yang

dijalankan mengenai TV Pendidikan tidak cukup berkesan lebih – lebih lagi

masyarakat kini tidak mementingkan aktiviti – aktiviti yang melibatkan pendidikan.

Perkembangan teknologi hari ini mengakibatkan perubahan ketara kearah

tuju sistem pendidikan di Malaysia. Perubahan yang pantas menyebabkan TV

Pendidikan terpaksa bersaing dengan kuasa teknologi semasa sekaligus menidakkan

kebaikan TV Pendidikan itu sendiri. Perkembangan teknologi maklumat

menyebabkan pelajar mempunyai ciri – ciri pendedahan selektif yang berlainan dan

memberi hak pada mereka untuk memilih rancangan yang bersesuaian. Pendedahan

selektif bererti terdapat perbezaan minat, perhatian, persepsi dan tindakbalas

pendengar. Ini memberi cabaran besar kepada pihak penerbitan dalam menerbitkan

sesuatu rancangan agar dapat memenuhi pendedahan selektif pelajar dan ibu bapa.

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · utpsz 19:16(pind.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pola penontonan televisyen pendidikan dalam

Ibu bapa merupakan insan yang bertanggungjawab menjaga, mengawal dan

mengambil berat perihal anak – anak dari segala sudut termasuk pendidikan

(Wolfendale, 1992). Namun begitu, tugas sebagai ibu bapa dewasa ini semakin

mencabar dalam memenuhi keperluan hidup yang semakin meningkat. Waktu

bersama anak – anak semakin berkurangan sehingga menjadikan tugas mendidik

anak - anak diserahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah. Ibu bapa nampaknya lebih

leka dengan pembangunan ekonomi sehingga melupakan soal pendidikan dan

pembangunan insan anak – anak. Waktu senggang di rumah digunakan dengan

menonton rancangan hiburan dengan alasan bagi menghilangkan tekanan berbanding

menonton rancangan pendidikan bersama anak - anak. Sikap yang dipamerkan

memberi kesan dalam diri anak – anak bahawa tiada galakan untuk menonton

rancangan pendidikan. Sikap ibu bapa dan anak – anak dikenalpasti menjadi punca

utama pengaruh TV Pendidikan tidak dapat diperkembangkan.

Umumnya, ibu bapa memberi sokongan kepada anak – anak dalam bidang

pendidikan dengan menyediakan keperluan khusus untuk pembelajaran anak - anak.

Namun begitu, sokongan ini hanyalah diberi dalam bentuk dorongan dan sokongan

moral sahaja. Kebanyakan mereka tidak terlibat secara langsung dalam penggunaan

teknologi ini di rumah. Ini mendedahkan satu kelemahan besar dalam pembudayaan

penggunaan teknologi seperti komputer dalam pendidikan yang perlu diatasi.

Sokongan ibu bapa yang lebih meluas dan menyeluruh amat perlu bagi

membudayakan anak-anak mereka agar mereka dapat menggunakan teknologi

dengan yakin pada zaman moden dan globalisasi ini.

Wujudnya pelbagai kafe siber kini menggalakkan anak – anak menghabiskan

masa di tempat – tempat tersebut. Mereka kesana bukan untuk mencari maklumat

untuk pelajaran bahkan untuk menghabiskan masa bermain permainan video bersama

rakan – rakan. Amat mendukacitakan, ada sesetengah anak – anak yang masih muda

dan mentah ini menggunakan kafe siber untuk melayari laman – laman yang tidak

sepatutnya mereka layari. Saluran yang begitu popular dalam kalangan pengguna

internet khususnya golongan pelajar yang masih muda remaja kadangkala dijadikan

medan untuk mereka menghamburkan perkataan-perkataan yang berunsur lucah

yang akhirnya membawa kepada perlakuan-perlakuan seks yang tidak diingini

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · utpsz 19:16(pind.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pola penontonan televisyen pendidikan dalam

(Ahmad Kamil Mohamed , 2000). Ini menunjukkan penyalahgunaan internet telah

berlaku oleh anak - anak.

TV Pendidikan telah mengorak langkah dengan menggunakan internet

sebagai media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat yang dikenali sebagai

EDUWEBTV. Namun begitu, kemudahan internet di setiap rumah masih di tahap

yang rendah lebih – lebih lagi bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

Program satu rumah, satu komputer yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan pada

suatu ketika dahulu masih belum tercapai sepenuhnya apalagi kemudahan internet

bagi setiap rumah. Sekolah – sekolah khususnya sekolah di luar bandar masih

mempunyai kemudahan komputer yang terhad bagi menampung keperluan sejumlah

pelajar di sekolah apatah lagi komputer di setiap rumah.

Pendedahan penggunaan teknologi internet dalam kalangan masyarakat luar

bandar masih rendah. Walaupun ada diantara mereka mempunyai kemudahan

komputer di rumah, namun hanya sebilangan kecil diantara mereka yang mempunyai

capaian internet. Mereka menganggap penggunaan internet hanya untuk anak – anak

dalam bidang pendidikan walhal internet kini turut digunakan untuk memudahkan

segala urusan contohnya untuk membuat urusan internet perbankan, permohonan

pekerjaan dan sebagainya.

1.3 Penyataan Masalah

Memetik kata – kata mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Seri Dr

Mahathir Mohamad pada tahun 1976 sewaktu beliau memegang jawatan sebagai

Menteri Pendidikan, “Radio dan TV Pendidikan tidak digunakan dengan memuaskan

walaupun kerajaan telah membelanjakan lebih 2 juta ringgit setahun untuk

perlaksanaannya”. Sekiranya masalah ini telah dikesan sejak tahun 1970an maka

tidak hairanlah ianya masih kekal sehingga ke hari ini walaupun sudah banyak

perubahan dilakukan.

Dalam kajian ini, ibu bapa dipilih sebagai responden kerana ibu bapa

merupakan insan yang paling dekat dengan anak – anak terutama sewaktu berada di

rumah. Namun begitu, di zaman yang semakin maju dan taraf kehidupan masyarakat

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · utpsz 19:16(pind.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pola penontonan televisyen pendidikan dalam

semakin tinggi ini mengakibatkan keperluan hidup masyarakat turut meningkat. Ibu

bapa nampaknya lebih leka dengan pembangunan ekonomi sehingga melupakan soal

pendidikan dan pembangunan insan anak – anak. Waktu yang diperuntukkan untuk

bersama anak – anak juga semakin berkurangan dan turut tidak mengambil peduli isu

– isu semasa yang berlaku di sekeliling. Apabila pulang ke rumah, mereka lebih

gemar menonton rancangan yang berbentuk hiburan berbanding rancangan

pendidikan dengan alasan untuk menghilangkan tekanan. Jumlah masa dan

kekerapan menonton rancangan pendidikan turut dipertikaikan. Oleh yang demikian,

pengkaji ingin melihat tahap penontonan TV Pendidikan dalam kalangan ibu bapa di

luar bandar dari segi kekerapan menonton dan perasaan mereka sewaktu menonton.

Kajian ini bukan sahaja ingin meninjau sejauhmana kesedaran ibu bapa

terhadap rancangan TV Pendidikan yang telah wujud berdekad lamanya malah ingin

menilai kesedaran dan penerimaan masyarakat terhadap TV Pendidikan di internet

yang dikenali sebagai EDUWEBTV. Ini kerana, masih terdapat segelintir masyarakat

memandang sepi terhadap pengaruh TV Pendidikan dan EDUWEBTV dalam

kehidupan walaupun kerajaan telah membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk

memastikan kedua – dua media pendidikan ini dapat mencapai matlamatnya dalam

membantu mengatasi masalah kesesuaian masa yang dihadapi oleh pelbagai pihak.

Menurut Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran,

Datuk Yusoff Harun, kebanyakan guru dan pelajar termasuk di Sabah dan Sarawak

menghadapi masalah mengikuti pembelajaran melalui TV Pendidikan termasuk masa

tayangannya terhad dan menganggu jadual guru yang sepatutnya dijadikan panduan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, pihak BTP telah

mengambil peluang dengan menggunakan EDUWEBTV sebagai salah satu alternatif

bagi mengatasi masalah yang dihadapi.

Namun begitu, pelbagai masalah wujud setelah EDUWEBTV dilancarkan

terutamanya dalam kalangan masyarakat luar bandar. Kurang kemudahan dan kurang

pendedahan dalam penggunaan teknologi terutama internet menjadikan masyarakat

luar bandar ketinggalan dan menganggap ia sebagai pemasalahan dalam menonton

rancangan pendidikan. Kajian yang telah dijalankan oleh Mohd Khalid Awang et.al

(2000) menunjukkan 52.59 peratus para pelajar sekolah – sekolah menengah

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · utpsz 19:16(pind.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pola penontonan televisyen pendidikan dalam

kerajaan negeri Terengganu mempunyai kemudahan komputer di rumah namun

hanya sebilangan kecil yang mempunyai capaian internet.

Oleh itu, pengkaji ingin mengenalpasti pemasalahan penontonan TV

Pendidikan dan EDUWEBTV dalam kalangan ibu bapa sehingga kedua – dua media

ini dipandang sepi oleh masyarakat terutama dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Dengan adanya kajian ini, pihak – pihak berkenaan seperti BTP dapat mencari

formula yang sesuai sekiranya merasakan penerbitan mereka tidak mendapat

sambutan baik dalam kalangan ibu bapa. Kajian ini diharap dapat membantu pihak

berkenaan untuk menarik kembali audien dengan mendengar pandangan dari sudut

ibu bapa agar maklumat yang ingin disampaikan dapat disampaikan secara

menyeluruh dan tercapai matlamatnya. Ibu bapa juga seharusnya mempunyai inisiatif

sendiri untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka terutama dalam

bidang teknologi dari semasa ke semasa hal - hal yang berkaitan pendidikan anak –

anak.

Oleh itu, kajian ini bertanggungjawab untuk mencari jawapan sebenar

terhadap tahap penontonan TV Pendidikan dalam kalangan ibu bapa, meninjau

sejauhmana kesedaran ibu bapa terhadap kewujudan EDUWEBTV dan TV

Pendidikan serta pemasalahan menonton TV Pendidikan dan EDUWEBTV yang

timbul agar situasi sebenar dapat dilihat dengan lebih jelas dan dapat diatasi dengan

jayanya.

1.4 Objektif Kajian

Fokus utama kajian ini adalah untuk :

i. Mengenalpasti sejauhmana tahap penontonan TV Pendidikan dalam

kalangan ibu bapa Felda.

ii. Mengenalpasti tahap kesedaran terhadap kewujudan TV Pendidikan dan

EDUWEBTV dalam kalangan ibu bapa Felda.

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my · utpsz 19:16(pind.1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul : pola penontonan televisyen pendidikan dalam

iii. Mengenalpasti pemasalahan tontonan TV Pendidikan dan EDUWEBTV

dalam kalangan masyarakat Felda.

1.5 Persoalan Kajian

i. Apakah TV Pendidikan yang disediakan mempengaruhi aktiviti

penontonan televisyen ibu bapa Felda?.

ii. Apakah ibu bapa Felda sedar kewujudan TV Pendidikan dan

EDUWEBTV?.

iii. Apakah pemasalahan dalam menonton TV Pendidikan dan EDUWEBTV

dalam kalangan masyarakat Felda?.