Upload
vuquynh
View
232
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
STRES DALAM KALANGAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH MENENGAH DAERAH KULAIJAYA
WAN ZURIATY BINTI ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ii
PENGAKUAN
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan Dan Kaunseling).”
Tandatangan :………………………………………………………
Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. Syed Mohamed Shafeq Bin Syed
Mansor
Tarikh :…………………………………………..
iii
STRES DALAM KALANGAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH MENENGAH DAERAH KULAIJAYA JOHOR
WAN ZURIATY BINTI ISMAIL
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan Dan Kaunseling)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2012
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : …………………………………………..
Nama Penulis : WAN ZURIATY BINTI ISMAIL
Tarikh : …………………………………………..
v
DEDIKASI
Khas buat suami tercinta, Manaf bin Saffie,
Terima kasih di atas segala pengorbanan dan kesabaranmu
Untuk Ma dan Abah tersayang,
Terima kasih atas jasa, doa, didikan dan asuhanmu,
terlalu bermakna buat diriku dan tidak ternilai dengan wang ringgit untuk
membalasnya.
Buat cahaya permataku yang banyak bersabar menemani diriku,
Wan Ahmad Afnan, Wafiy Amsyar dan Aisy Wijdan
Berusahalah mengejar ilmu,
Agar berjaya di dunia akhirat, dan jadilah anak-anak yang soleh.
Buat penyeliaku yang banyak membantu,
Prof Madya Dr. Syed Mohamed Shafeq bin Syed Mansor
Buat semua pensyarah yang telah mengajarku sepanjang tempoh pengajian di
Universiti Teknologi Malaysia,
Buat sahabat-sahabatku di SMK Seri Pinang,
Semangat dan sokongan kalian pendorong kejayaanku
Terima Kasih di atas segala sokongan, semangat dan tunjuk ajar yang dicurahkan.
Allah jua yang membalas segala budi dan jasa kalian.
vi
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan
keizinanNya, akhirnya dapat jua saya menyempurnakan kajian ini sebagai memenuhi
syarat penganugerahan Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling).
Penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan khas kepada Prof.
Madya Dr. Syed Mohamed Shafeq b. Syed Mansor selaku penyelia projek sarjana ini, di
atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang telah diberikan di
sepanjang tempoh penulisan kajian ini, hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu
membalasnya.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada semua
pensyarah yang telah banyak memberikan ilmu dan panduan di sepanjang pengajian
saya tanpa mengira penat, lelah dan jemu untuk mendidik saya. Tidak lupa juga kepada
sahabat-sahabat di SMK Seri Pinang, tanpa sokongan dan semangat kalian saya tidak
akan berada pada tahap kejayaan ini.
Terima kasih juga saya tujukan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia,
sekolah-sekolah menengah daerah Kulaijaya, dan responden-responden yang te.lah
memberikan kerjasama bagi menjayakan kajian ini. Terima kasih yang tidak terhingga
kepada suami dan ibu bapa tersayang, rakan-rakan seperjuangan dan semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu saya menyempurnakan
kajian ini. Sekian, terima kasih.
vii
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui stres dalam kalangan guru bimbingan dan
kauseling sekolah menengah daerah Kulaijaya. Kajian telah melibatkan 15 buah
sekolah menengah daerah Kulaijaya. Kajian ini merangkumi tiga objektif iaitu
mengenalpasti tahap dan punca yang boleh menyebabkan stres dalam kalangan
guru bimbingan dan kaunseling sekolah, mengenalpasti perbezaan yang
signifikan stres dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling sekolah dari
segi faktor demografi iaitu jantina, umur, tahap pendidikan dan pengalaman,
Mengenalpasti kesan stres ke atas guru bimbingan dan kaunseling. Soal selidik
telah digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden. Seramai 28
orang responden terlibat dalam kajian ini di mana kaedah persampelan rawak
bertujuan digunakan. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi
16.0. Teknik statistik seperti pemeratusan dan min telah digunakan bagi analisis
deskriptif manakala teknik statistik ujian-t dan anova sehala digunakan untuk
mengetahui perbezaan punca stres dengan faktor demografi. Secara
keseluruhannya, keputusan kajian menunjukkan guru-guru bimbingan dan
kaunseling sekolah menengah daerah Kulaijaya menghadapi stres pada aras
sederhana yang mana punca yang utama dikenalpasti adalah faktor hubungan
interpersonal diikuti faktor peraturan sekolah dan akhir sekali faktor pengurusan
masa. Berdasarkan hasil kajian yang telah diperolehi beberapa cadangan telah
dikemukakan untuk memperbaiki aspek-aspek tertentu.
viii
ABSTRACT
The purpose of this research is to look at the secondary school district Kulaijaya
Johor. The research involves three objective whereby first objective is to identify
level and factor of stress. Secondly, to identify the difference of level of stress
among counselors according to demographic and lastly to identify the impact of
stress. Questionnaire was used as the research instrument to know the responden
feedback. A sample of 28 counselors which was selected through random
purposely sampling . data collected were analyzed by SPSS software version
16.0. Techniques such as percentages and mean were used for descriptive
statistic and t-test and one way anova were applied to see the difference. For
overall, result, shows the secondary school of counselors at Kulaijaya district are
facing a moderate kind of stress whereby the main causes of stress was the
interpersonal relationship, followed by the school rules and lastly was the time
management. From this research, some suggestions had been given to improve
the research findings.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN THESIS
PENGAKUAN PENSYARAH ii
HALAMAN JUDUL iii
PENGAKUAN PENULIS iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvii
SENARAI SINGKATAN xviii
SENARAI LAMPIRAN xix
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Hipotesis Kajian 7
1.7 Kepentingan Kajian 8
x
1.7.1 Pentadbir Sekolah 9
1.7.2 Guru Bimbingan dan Kaunseling 9
1.7.3 Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian 9
Pelajaran Malaysia
1.8 Skop Kajian 10
1.9 Batasan Kajian 11
1.10 Definisi Istilah 12
1.10.1 Stres 12
1.10.2 Guru Bimbingan dan Kaunseling 13
1.10.3 Punca-Punca Stres 13
1.10.4 Beban Tugas 14
1.11 Rumusan 15
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 Kerangka Konsep dan Teori 16
2.2.1 Definisi Stres 17
2.2.2 Faktor Stres 18
2.2.3 Teori Keperluan Hierarki Maslow 19
2.2.4 Kesan Stres dan Cara Mengatasinya 22
2.3 Rumusan 24
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
xi
3.1 Pengenalan 25
3.2 Rekabentuk Kajian 26
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 27
3.4 Instrumen Kajian 28
3.4.1 Bahagian A: Maklumat Latar Belakang 29
Responden
3.4.2 Bahagian B: Indeks Punca Stres 29
3.4.2.1 Cara Pemarkatan Indeks Punca Stres 32
3.4.3 Bahagian C: Indeks Tahap Stres 35
3.4.3.1 Cara Pemarkatan Indeks Tahap Stres 36
3.4.4 Bahagian D: Indeks Kesan Stres 37
3.4.4.1 Cara Pemarkatan Indeks Kesan Stres 38
3.5 Prosedur Kajian 39
3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan 40
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 45
4.2 Analisis Data Mengenai Latar Belakang Responden 46
4.2.1 Analisis Responden Mengikut Jantina 46
4.2.2 Analisis Responden Mengikut Umur 47
4.2.3 Analisis Responden Mengikut Pengalaman 47
4.2.4 Analisis Responden Mengikut Tahap Pendidikan 48
4.3 Analisis Data Bahagian B 49
4.3.1 Analisis Deskriptif Punca Peraturan Sekolah 49
4.3.2 Analisis Deskriptif Punca Pengurusan Masa 53
4.3.3 Analisis Deskriptif Punca Hubungan Interpersonal 56
4.4 Analisis Data Bahagian C 61
xii
4.4.1 Analisis Deskriptif Mengenai Tahap Stres 61
4.5 Analisis Data Bahagian D 63
4.5.1 Analisis Deskriptif Mengenai Kesan Stres 63
4.6 Analisis Deskriptif Tahap Stres Responden Mengikut 66
Faktor Punca
4.6.1 Analisis Deskriptif Tahap Stres Mengikut Punca 67
Stres dari Aspek Peraturan Sekolah
4.6.2 Analisis Deskriptif Tahap Stres Mengikut Punca 68
Stres dari Aspek Pengurusan Masa
4.6.3 Analisis Deskriptif Tahap Stres Mengikut Punca 69
Stres dari Aspek Hubungan Interpersonel
4.7 Analisis Deskriptif Kesan Stres Bagi Keseluruhan 70
Responden
4.7.1 Analisis Deskriptif Kesan Stres 70
4.8 Analisis Inferensi Perbezaan 71
4.8.1 Analisis Perbezaan Tahap Stres Dengan Jantina 71
4.8.2 Analisis Perbezaan Tahap Stres Dengan Umur 72
4.8.3 Analisis Perbezaan Tahap Stres Dengan Tahap 72
Pendidikan
4.8.4 Analisis Perbezaan Tahap Stres Dengan Pengalaman 73
4.9 Rumusan 74
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN
5.1 Pengenalan 75
5.2 Rumusan Kajian 76
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 77
5.3.1 Perbincangan Maklumat Latar Belakang Responden 77
xiii
5.3.2 Perbincangan Faktor Punca Stres Dalam Kalangan 78
Guru Bimbingan dan Kaunseling
5.3.2.1 Faktor Punca Hubungan Interpersonal 79
5.3.2.2 Faktor Punca Peraturan Sekolah 80
5.3.2.3 Faktor Punca Pengurusan Masa 82
5.3.3 Perbincangan Analisis Tahap Stres Dalam Kalangan 83
Guru Bimbingan dan Kaunseling
5.3.4 Perbincangan Analisis Perbezaan Tahap Stres Secara 83
Keseluruhan Dengan Faktor Demografi
5.3.4.1 Perbincangan Analisis Perbezaan Tahap Stres 84
Secara Keseluruhan Di Antara Jantina, Umur,
Tahap Pendidikan dan Pengalaman
5.3.5 Perbincangan Analisis Perbezaan Kesan Stres Secara 85
Keseluruhan
5.4 Cadangan Tindakan 85
5.4.1 Tindakan Kepada Para Guru Bimbingan dan 86
Kaunseling
5.4.2 Tindakan Kepada Pentadbir 86
5.4.3 Tindakan Kepada Pihak Kementerian Pelajaran 87
Malaysia
5.5 Cadangan Kajian Pada Masa Hadapan 88
5.6 Rumusan 89
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Taburan Keseluruhan Sampel Mengikut Sekolah 27
3.2 Kategori Skala Likert Lima Mata 30
3.3 Skala Likert Lima Mata 32
3.4 Item Positif dan Negatif 33
3.5 Skor Bagi Jawapan Respondan 34
3.6 Skor Indeks Punca Stres 35
3.7 Skala Likert Lima Mata 36
3.8 Cara Pemarkatan Indeks Tahap Stres. 36
3.9 Skala Likert Lima Mata 38
3.10 Cara Pemarkatan Indeks Kesan Stres 39
3.11 Nilai Pekali Alpha Bagi Setiap Konstruk 41
3.12 Perkaitan Objektif Kajian dengan Statistik 43
4.1 Analisis Taburan Responden Mengikut Jantina 46
4.2 Analisis Taburan Responden Mengikut Umur 47
4.3 Analisis Taburan Responden Mengikut Pengalaman 48
xv
Bekerja
4.4 Analisis Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan 48
4.5 Taburan Maklumbalas Terhadap Setiap Item Peraturan 50
Sekolah
4.6 Taburan Maklumbalas Terhadap Setiap Item Pengurusan 53
Masa
4.7 Taburan Maklumbalas Terhadap Setiap Item Hubungan 56
Interpersonel
4.8 Ringkasan Purata Min Bagi Faktor-Faktor Punca Stres 59
4.9 Skor Punca Stres 60
4.10 Taburan Maklumbalas Setiap Item Terhadap Tahap Stres. 61
4.11 Taburan Maklumbalas Terhadap Setiap Item Bagi 63
Kesan Stres
4.12 Taburan Stres Responden dari Aspek Peraturan Sekolah 67
4.13 Taburan Stres Responden dari Aspek Pengurusan Masa 68
4.14 Taburan Stres Responden dari Aspek Hubungan 69
Interpersonel.
4.15 Taburan Kesan Stres Dalam Diri Responden 70
4.16 Analisis Ujian-t Perbezaan Tahap Stres Dengan Jantina 71
4.17 Analisis Anova Perbezaan Tahap Stres Dengan Umur 72
xvi
Responden
4.18 Analisis Ujian-t Perbezaan Tahap Stres dengan 72
Tahap Pendidikan
4.19 Analisis Ujian-t Perbezaan Tahap Stres dengan 73
Tahap Pendidikan
xvii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Model Stres Kerja Riggio 19
2.2 Model Teori Hierarki Keperluan Maslow 22
3.1 Prosedur Kajian Yang Dijalankan 40
xviii
SENARAI SINGKATAN
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Package for The Social Sciences
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
PPD - Pejabat Pelajaran Daerah
JPN - Jabatan Pelajaran Negeri
xix
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 95
B Surat Kebenaran Dari Eras 96
xx
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Tekanan merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan
mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Kehidupan manusia pada alaf ini
amat mencabar dan kompleks. Kepelbagaian dan kekompleksian kehidupan ini
menyebabkan munculnya “Sindrom Baru” yang menyerang manusia iaitu tekanan atau
lebih dikenali sebagai “stres”. Menurut Hatta Sidi dan Hatta Shaharom (2002) stres
merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari. Ia
berubah wajah mengikut peredaran masa. Stres bukanlah suatu perkara yang asing bagi
masyarakat negara ini. Stres biasanya dialami oleh semua manusia apabila berada dalam
keadaan yang tidak meyeronokkan.
Charlesworth dan Nathan (1982) menamakan abad ke20 ini sebagai “Abad
Tekanan”. Ini kerana tekanan hidup merupakan satu punca masalah kehidupan yang
paling kerap dihadapi oleh manusia pada zaman ini. Malahan di Malaysia, pakar sakit
xxi
jiwa berkata yang “penyakit jiwa seperti tekanan jiwa, perasaan kesugulan, ketagihan
arak, ubat-ubatan dan dadah serta cemas dan khuatir kian meningkat sejak 10 tahun
lepas” (Utusan Malaysia,23/11/88 hlm 9). Dengan itu adalah amat perlu untuk kita
mengkaji fenomena ini agar dapat memahaminya dengan lebih jelas dan dapat
membantu kita mengelakkan diri daripada tekanan.
Cox (1978) menyatakan bahawa lain orang akan memberi tindak balas yang
berlainan terhadap satu bentuk tekanan yang sama. Selye (1980) menyatakan pada
asasnya, terdapat empat bentuk tekanan iaitu tekanan yang berlebihan, kurang tekanan,
tekanan yang baik dan berguna serta tekanan yang memudaratkan. Setiap seorang
mendekati sesuatu rangsangan daripada pelbagai sudut, ada yang melihatnya sebagai
tekanan yang tidak member apa-apa manfaat dan ada yang menggunakan tekanan
tekanan yang dihadapi dengan sepenuhnya. Oleh itu, manusia perlu mengetahui faktor-
faktor yang menyebabkan tekanan, kesan-kesannya serta cara mengurus tekanan yang
dihadapi.
Profesion perguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh
mencabar. Sebagai tenaga pengajar dan pendidik, mereka seharusnya peka dengan
perkembangan terkini dalam proses kepimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber dan
pencapaian matlamat pendidikan. Justeru itu, dengan perlaksanaan berbagai-bagai
reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-
guru lebih mencabar.
Di Malaysia perlantikan kaunselor pelajar sepenuh masa baru sahaja
dilaksanakan. Jawatan kaunselor ini telah dikeluarkan secara perjawatan ‘over and
above’ norma peruntukan jawatan sekolah seperti yang diperuntukkan dalam (326) 95
ABM 96. Kelulusan ini juga telah diberi oleh Y.B Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul
Razak, Menteri Pendidikan Malaysia melalui minit beliau bertarikh 14 Disember 1995
xxii
dan diumumkan melalui akhbar-akhbar tempatan serta media elektronik pada 7 Februari
dan 8 Februari 1996. Guru-guru yang dilantik sebagai kaunselor pelajar sepenuh masa
mempunyai kelulusan samada di peringkat Ijazah Bimbingan dan Kaunseling, Diploma
Psikologi (Kaunseling) ataau Sijil Kaunseling.
Dengan bermulanya perlantikan jawatan berikut sejumlah 2303 jawatan
kaunselor sepenuh masa diluluskan pada tahun 1996. Serentak dengan perlantikan itu
garis panduan mengenai senarai tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh
kaunselor diedarkan oleh pihak kementerian pendidikan ke sekolah-sekolah. Terdapat
22 tugas yang perlu dilaksanakan oleh kaunselor di samping dipertanggungjawabkan ke
atas 5 bidang iaitu akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental,,
keibubapaan serta masalah pelajar. Bagi setiap bidang, terdapat input-input serta
kaedah-kaedah yang perlu diikuti seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan. Pihak pentadbir, guru-guru, pelajar-pelajar serta ibu bapa mula meletakkan
harapan untuk melihat perubahan positif di sekolah samada dari segi pencapaian
pelajaran, motivasi pelajar serta sikap pelajar-pelajar.
Kebanyakkan guru-guru serta anggota masyarakat menganggap jawatan
kaunselor sepenuh masa ini adalah merupakan pekerjaan yang paling mudah serta
menyeronokkan kerana hanya perlu mendengar luahan perasaan pelajar-pelajar serta
menasihati mereka, di smping itu kaunselor tidak perlu mengajar, menyemak buku dan
menanda kertas peperiksaan.
Tetapi sejak akhir-akhir, selepas dua tahun perlaksanaan jawatan kaunselor ini,
mula terdengar sungutan dan keluhan kaunselor mengenai tekanan dalam pekerjaan
terutama beban kerja berlebihan samada di peringkat sekolah, zon, jabatan maupun
kementerian. Pandangan negative dan sikap tidak mahu membantu pentadbir serta guru-
guru terhadap diri mereka, tempat kerja yang sempit dan panas tidak selesa bagi mereka
menjalankan tugas, masa bekerja terlalu panjang serta memenatkan fizikal dan mental
mereka.
xxiii
Berdasarkan keluhan dan sungutan guru bimbingan dan kaunseling pelajar
sepenuh masa, maka pengkaji merasakan kemungkinan besar guru bimbingan dan
kaunseling menghadapi tekanan pekerjaan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Hidup di dunia moden yang penuh canggih ini, banyak tuntutannya (Jurnal
Guru,1996). Golongan guru juga tidak terkecuali dari tuntutan suasana persekitaran
yang silih berganti. Mokhtar ahmad (1998), menyatakan bahawa profesion yang
disandang oleh guru semakin menjadi satu bebanan kepada mereka dari aspek fisiologi
dan psikologi.
Walaupun guru bimbingan dan kaunseling merupakan individu yang dirujuk
ketika menghadapai masalah, namun begitu profesion ini tidak terlepas daripada
dihimpit tekanan dalam tugas mereka.Perlaksanaan tugas kaunseling banyak
memberikan cabaran. Kaunselor sekolah bukan sahaja menyelesaikan masalah di dalam
sekolah malahan diluar sekolah. Namun begitu, pentadbiran sekolah masih lagi
membebani mereka dengan kerja diluar bidang mereka seperti kerja-kerja perkeranian,
guru ganti, dan guru matapelajaran. Masih ramai lagi pentadbir di banyak buah sekolah
yang keliru dengan tugas sebenar guru bimbingan dan kaunseling di sekolah. Selain
daripada masalah yang disebutkan, mereka juga ditekankan lagi dengan tugas untuk
menyemak buku latihan, membuat persediaan mengajar, membuat minit mesyuarat,
mengisi borang, menjadi guru penasihat persatuan, kelab dan sukan.
Namun begitu, dalam perspektif pendidikan, sejak tahun lapan puluhan
Kyriacou (1987) telah menjelaskan bahawa terdapat bukti yang kukuh menunjukkan
xxiv
stres yang berpanjangan boleh melemahkan mental dan fizikal seseorang guru.
Seterusnya kajian Jamaliyah (1999) juga menunjukkan stres membawa risiko ke atas
kesihatan seseorang guru. Di samping itu, menurut kajian Ali Murat Sunbul (2003)
pula, terlalu banyak stres yang dihadapi oleh guru juga boleh mendatangkan pelbagai
kesan yang negatif dan boleh menggangu prestasi serta kepuasan kerja seseorang guru.
Oleh itu, setiap masalah perlu dikenalpasti lebih awal. Pihak-pihak yang
berwajib perlu mengambil inisiatif yang bijak dan segera bagi mengatasi permasalahan
stres dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah bagi meningkatkan
mutu dan kualiti yang dapat dihasilkan oleh dunia pendidikan untuk melahirkan modal
insan yang berkualiti dan berdaya saing serta dapat memimpin negara menjadi terkenal
di mata dunia. Justeru, kajian ini diharapkan dapat mengenalpasti punca-punca yang
menyebabkan tekanan dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling serta langkah-
langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini.
1.3 Pernyataan Masalah
Dalam zaman yang mencabar ini, stres sebenarnya bukanlah suatu yang luar
biasa kerana ia merupakan sesuatu fenomena yang tidak dapat dielakkan dalam
kehidupan seharian manusia. Stres mudah berlaku kepadda sesiapa tanpa mengira usia
dan status seseorang. Stres boleh dialami oleh golongan pekerja, pelajar dan kepada
sesiapa sahaja. Stres kini diibaratkan sebagai pengalaman global yang dilalui oleh
manusia sejagat, tidak mengira peringkat umur, bangsa dan latar belakang keluarga atau
budaya seseorang. (Ruzana et al dalam Azizi dan Norliza, 2009 )
xxv
Menurut Robert (1987), kaunselor mempunyai lima tanggungjawab yang besar
iaitu bertanggungjawab kepada para pelajar, tanggungjawab kepada ibubapa,
tanggungjawab kepada rakan sekerja dan rakan professional lain, tanggungjawab
terhadap sekolah dan masyarakat serta tanggungjawab terhadap diri sendiri.
Memandangkan jawatan kaunselor ini merupakan penjawatan baru, banyak
pihak yang tidak faham dengan peranan dan tanggungjawab seorang kaunselor.
Kaunselor pasti akan dilanda tekanan sekiranya jawatan ini tidak diuruskan dengan
bijak oleh pihak pengurusan dan pentadbiran.
Atas sebab itu, kajian ini dijalankan bagi mengetahui tahap stres kaunselor-
kaunselor sekolah. Penyelidik juga ingin mengetahui punca dan faktor yang
menyebabkan stres dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling serta kesan-kesan
stres yang akan timbul ke atas mereka.
Maka adalah penting kajian ini dijalankan kerana menurut Matteson dan
Ivancevich (1989), tekanan terhadap pekerjaan dalam sesebuah organisasi menyebabkan
masalah kepontengan, bertambahnya kos pembiayaan kesihatan, pengurangan dalam
kualiti dan kuantiti pengeluaran serta akan mengakibatkan masalah fisiologikal seperti
sakit kepala, peningkatan kadar denyutan jantung serta tekanan darah meningkat.
1.4 Objektif Kajian
xxvi
Kajian ini dijalankan dalam kalangan kaunselor sekolah. Pengkaji
menyenaraikan tiga objektif kajian ini. Objektif kajian ini adalah untuk:
1.4.1 Mengenalpasti tahap dan punca yang boleh menyebabkan stres dalam
kalangan guru bimbingan dan kaunseling sekolah.
1.4.2 Mengenalpasti perbezaan yang signifikan stres dalam kalangan guru
bimbingan dan kaunseling sekolah dari segi faktor demografi iaitu
jantina, umur, tahap pendidikan dan pengalaman.
1.4.3 Mengenalpasti kesan stres ke atas guru bimbingan dan kaunseling
sekolah menengah.
1.5 Persoalan Kajian
Bagi mencapai tujuan dan objektif kajian di atas, beberapa persoalan kajian telah
dibina iaitu:
1.5.1 Apakah punca dan tahap stres yang boleh menyebabkan stres dalam
kalangan guru bimbingan dan kaunseling sekolah?
1.5.2 Apakah terdapat perbezaan stres dalam kalangan guru bimbingan dan
kaunseling sekolah dari segi faktor demografi iaitu jantina, umur dan
pendidikan?
1.5.3 Apakah kesan stres ke atas guru bimbingan dan kaunseling sekolah?
xxvii
1.6 Hipotesis Kajian
Kajian ini akan menjawab beberapa hipotesis seperti berikut:
Berdasarkan kepada objektif kedua iaitu mengenalpasti perbezaan stres dalam kalangan
guru-guru bimbingan dan kaunseling dari segi faktor demografi iaitu jantina, umur,
tahap pendidikan dan pengalaman. Hipotesis-hipotesis nol akan diuji dalam kajian ini
adalah seperti berikut:
Ho 1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam punca stres berdasarkan jantina.
Ho 2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam punca stres berdasarkan umur.
Ho 3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam punca stres berdasarkan tahap
pendidikan.
Ho 4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam punca stres berdasarkan
pengalaman.
1.7 Kepentingan Kajian
Di Malaysia kajian tentang tekanan pekerjaan masih merupakan satu bidang
kajian yang baru dan belum diterokai dengan sepenuhnya. Setakat ini kajian mengenai
tekanan dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling masih belum dijalankan lagi.
Di Barat, banyak kajian tentang stres telah dilakukan tetapi kebanyakkannya memfokus
kepada tekanan kerja pada tahap professional atau eksekutif (Cooper et al, 1998).
xxviii
Kajian mengenai stres dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling sekolah juga
tidak ditemui.
Dapatan kajian Rosli (1997) mengenai sikap guru dan pelajar terhadap
perkhidmatan kaunseling di sekolah mendapati kaunselor menghadapi tekanan yang
rendah atau sederhana sahaja. Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang lemah
di antara sikap guru dan pelajar dengan tahap tekanan dalam kalangan guru bimbingan
dan kaunseling. Diharapkan hasil kerja kajian ini dapat menjadi panduan berguna
kepada pihak-pihak tertentu. Antaranya ialah:
1.7.1 Pentadbir Sekolah
Kajian ini dapat membantu pihak pentadbiran sekolah untuk memastikan guru
bimbingan kaunseling yang tertekan dan mengalami masalah. Ini kerana corak
pentadbiran sesebuah sekolah amat mempengaruhi tekanan kerja yang dialami oleh
mereka. Justeru, dengan adanya kajian ini pihak pentadbiran sekolah akan dapat
memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada permasalahan guru bimbingan dan
kaunseling ini.
1.7.2 Guru Bimbingan dan Kaunseling
Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan berguna kepada mereka yang
memikul tanggungjawab besar menyempurnakan beban tugasnya. Ini kerana golongan
xxix
kauselor merupakan orang yang memberikan peranan yang besar terhadap penapaian
sekolah dari segi akademik, sahsiah dan minda pelajar. Sekaligus membantu
meningkatkan prestasi dan membebaskan diri mereka daripada tekanan serta
memperlihatkan khidmat cemerlang yang dapat memanfaatkan semua pihak.
1.7.3 Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia
Diharapkan juga hasil kajian ini dapat meningkatkan kesedaran pihak
berkepentingan seperti pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri
(JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengambil sebarang
tindakan bagi mengatasi stres dalam kalangan kaunselor sekolah. Di samping itu, pihak
pentadbiran boleh juga merancang program atau akiviti yang bersesuaian bagi
mengatasi masalah ini.
Selain itu, diharapkan agar dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan kepada
semua pihak yang berkepentingan agar lebih peka dan dapat mengatur strategi tertentu
bagi mengurangkan stres dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling sekolah serta
sekaligus dapat mengatasinya.
Akhir sekali, hasil kajian ini juga dapat menambahkan literature kajian yang
lebih mendalam dalam bidang akademik mengenai stres dalam kalangan kaunselor
sekolah di Malaysia. Ini dapat membantu pengkaji-pengkaji lain untuk menjalankan
kajian dengan lebih sempurna dan lengkap.
xxx
1.8 Skop Kajian
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tentang punca stres, tahap stres dan
akibat stres guru bimbingan dan kaunseling sekolah. Fokus pengkaji adalah kepada stres
seorang guru bimbingan dan kaunseling. Sepertimana yang diketahui seorang guru
bimbingan dan kaunseling banyak menolong untuk menyelesaikan masalah pelajar-
pelajar dan mengendalikan banyak program dan lain-lain. Justeru itu, keadaan ini
sedikit sebanyak mendatangkan tekanan dalam diri mereka. Kajian ini akan menyelidik
tahap stres seorang guru bimingan dan kaunseling serta mengkaji tentang akibat
daripada stres itu.
1.9 Batasan Kajian
Kajian ini hanya melibatkan 30 orang guru bimbingan dan kaunseling dilima
belas buah sekolah di daerah Kulaijaya, Johor. Borang soal selidik diedarkan bagi
mengumpul data dan maklumat dari respondan. Kajian yang dijalankan merangkumi
punca dan tahap stres serta kesannya dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling.
Aspek-aspek yang menjadi persoalan dalam kajian ialah punca stres guru
bimbingan dan kaunseling, tahap stres, dan kesan atau akibat dari stres tersebut adalah
terbatas kepada apa yang didefinisi secara operasional dalam kajian ini sahaja.
xxxi
Pembolehubah-pembolehubah yang digunakan dalam analisis bagi menjawab
persoalan kajian adalah terhad kepada apa yang dinyatakan di dalam instrumen kajian
sahaja. Kajian secara tinjauan dijalankan sekali sahaja dalam tempoh tertentu
menggunakan temubual bagi mendapatkan data-data kajian.
Dapatan kajian ini juga sangat bergantung kepada kejujuran guru-guru
bimbingan dan kaunseling yang terbabit sebagai responden dalam memberikan jawapan
yang tepat dan benar kepada temubual yang dikemukakan. Responden diberi jaminan
bahawa respon mereka dalam kajian ini adalah dirahsiakan. Kesahan dan
kebolehpercayaan sangat bergantung kepada keikhlasan dan kejujuran jawapan
responden.
1.10 Definisi Istilah
Terdapat beberapa definisi operasional dan huraian konsep bagi istilah-istilah
yang terdapat dalam kajian ini:
1.10.1 Stres
Menurut Harussani Zakaria (2004) perkataan stres sebenarnya berasal daripada
perkataan eustres yang bermaksud dapat meneysuaikan diri atau stres yang membina. Ia
juga berasal daripada pekataan distres iaitu tidak dapat menyesuaikan diri ataupun dapat
xxxii
merosakkan diri. Oleh itu, stres adalah situasi yang boleh menganngu dan ataupun
membina kehidupan seharian.
Perkataan stres berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud “ketat” atau
“tegang”. Menurut Selye (1979), “Stres is any kind of pressure that’s affects a person in
his daily life. This effect may be healthy or unhealthy depending on his reaction to the
stres faktor.”
Times Lingua Dictionary (1992) mendefinisikan stres sebagai perasaan bimbang
atau risau yang dialami oleh seseorang yang berpunca dari sesuatu peristiwa yang
berlaku dalam kehidupan.
Menurut Noornazifa (2008) stres diertikan sebagai perbezaan antara keadaan
yang seseorang hasilkan dengan keadaan yang diingininya. Menurut Jamsiah, Noor
Hassim dan Rosnah (2010) pula, stres didefinisikan sebagai interaksi antara permintaan
persekitaran dengan keupayaan individu untuk menangani permintaan tersebut tanpa
melebihi hadnya atau boleh ditafsirkan sebagai kuasa luar atau desakan yang
mempengaruhi fizikal individu.
1.10.2 Guru Bimbingan dan Kaunseling
Satu surat pekeliling telah dikeluarkan iaitu KP8548/1/(25) dan telah diedarkan
ke setiap sekolah di seluruh Malaysia. Surat pekeliling ini adalah untuk memaklumkan
kepada pengetua-pengetua sekolah bahawa di setiap sekolah diperuntukkan dua orang
guru yang dilatih khas dalam bidang bimbingan pendidikan. Mereka ini
dipertanggungjawabkan agar berkerjasama dengan pengetua sekolah bagi
menghasilkan satu program bimbingan di sekolah.
xxxiii
Guru-guru yang terlibat dalam program ini disarankan hanya diberi 50%
masa mengajar dan dikecualikan daripada sebarang kegiatan kokurikulum. Sekolah
dibenarkan menggunakan peruntukan kewangan yang diberikan setiap tahun untuk
menampung perbelanjaan kewangan aktiviti-aktiviti bimbingan yang dikendalikan.
Sekolah juga dikehendaki menyediakan satu ruangan papan kenyataan untuk
program bimbingan ini, satu bilik khas yang berasingan bagi melaksanakan sesi
kaunseling dan juga untuk pameran bukubuku, majalah dan pamplet untuk
kegunaan guru-guru serta pelajar-pelajar di sesebuah sekolah. Mereka inilah yang
dipanggil sebagai guru Bimbingan dan Kaunseling.
1.10.3 Punca-Punca Stres
Punca-punca stres bermaksud sebab yang menjadi asas, asal mula, pokok
pangkal terjadinya keadaan stres. Antara faktor yang menjadi punca stres dalam
kalangan guru bimbingan dan kaunseling ialah karenah pelajar yang pelbagai-pelbagai,
beban kerja yang berlebihan, keadaan tempat kerja yang tidak selesa, pengurusan
pentadbiran pihak sekolah dan perhubungan dengan ibu-bapa.
Punca-punca stres juga ialah perkara, suasana atau peristiwa yang boleh
menyebabkan gangguan tingkah laku, psikologi dan fisiologikal seseorang. Ia dikaji
dari aspek bebanan tugas, salah laku pelajar, kekangan masa dan pengursan
peentadbiran.
xxxiv
1.10.4 Beban Tugas
Merujuk kepada beban tugas seorang guru bimbingan dan kaunseling yang
memberikan perkhidmatan sepenuh masa dalam bembingan dan kaunseling di sekolah
mengikut waktu persekolahan sama seperti guru matapelajaran biasa. Guru bimbingan
dan kaunseling ini juga diberikan lapan bidang tugas utama antaranya ialah
perkhidmatan kaunseling individu dan kelompok, kerjaya, akademik, psikososial dan
kesejahteraan mental, keibu-bapaan dan lain-lain lagi. Mereka juga terlibat dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang hanya merangkumi tajuk-tajuk yang tertentu
sahaja.
xxxv
1.11 Rumusan
Secara keseluruhannya, kajian ini adalah untuk mengkaji punca stres, tahap stres
dan kesan stres ke atas guru bimbingan dan kaunseling yang telah dilantik di sekolah-
sekolah yang telah dikaji. Setelah mengenal pasti latar belakang masalah, penyataan
masalah dan menentukan objektif serta menyatakan persoalan kajian, maka dalam Bab
II nanti akan memaparkan beberapa hasil kajian, kenyataan laporan dan kajian lepas
berkaitan dengan stres guru bimbingan dan kaunseling sekolah.