Upload
others
View
16
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK
Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON
Tarikh lahir : 16 MAC 1990
Judul :
APLIKASI QLASSIC DI KALANGAN KONTRAKTOR KELAS
KECIL DAN SEDERHANA DI MALAYSIA
Sesi Akademik : 2016/2017
Saya mengaku bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai;
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan
atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)*
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah
ditentukan oleh organisasi/badan di mana
penyelidikan dijalankan)*
TIDAK TERHAD Saya bersetuju bahawa tesis saya akan diterbitkan
sebagai akses terbuka atas talian (teks penuh)
Saya mengakui bahawa Universiti Teknologi Malaysia berhak seperti berikut;
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan
untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan
pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
Disahkan oleh,
________________________________________ ________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
(900316-02-5110) (DR SHAMSUL HENDRA BIN MAHMUD)
Tarikh: Tarikh:
CATATAN: * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab
dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
/
APLIKASI QLASSIC DI KALANGAN KONTRAKTOR KELAS KECIL DAN
SEDERHANA DI MALAYSIA
FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia
JUN 2018
DR SHAMSUL HENDRA BIN MAHMUD
“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya/kami karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah
UKUR BAHAN
Tandatangan : .......................................................................
Nama Penyelia I : .......................................................................
Tarikh : .......................................................................
Tandatangan : .......................................................................
Nama Penyelia II : SR DR SARAJUL FIKRI BIN MOHAMED
Tarikh : .......................................................................
* Potong yang tidak berkenaan.
………………………………
…
ii
“Saya akui tesis yang bertajuk “Aplikasi Qlassic Di Kalangan Kontrator Kelas Kecil
Dan Sederhana Di Malaysia” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ....................................................
Nama Penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON
Tarikh : .....................................................
iii
“Kepada ibu tersayang, keluarga dan kawan-kawan yang tersayang”
Ini adalah untuk anda semua…
iv
DEDIKASI
Teristimewa buat ayah dan ibu tersayang, Bashiron Bin Baharom dan Norzilah Binti
Md Nayan, Sekalung penghargaan diucapkan atas segala sokongan, semangat dan
nasihat yang kalian titipkan,
Tidak dilupakan kepada adik-beradik yang dikasihi, Noordiana, Nurul anati aisya
dan Norathirah, terima kasih kerana memberi inspirasi,
Buat sahabat sahabat, Khasnya program SBEQ ambilan September 2014, terima
kasih kerana menjadi teman yang setia. memahami dan menceriakan hidup ini,
sesungguhnya memori yang kita cipta akan terabadi di dalam sanubariku buat
selama-lamanya.....
v
PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin Nya projek
penyelidikan ini dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Dengan
berbekalkan semangat, keyakinan dan sikap tidak mudah putus asa, segala
rintangan berjaya ditempuh.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada penyelia tesis ini, Dr Shamsul
Hendra Bin Mahmud di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang
tempoh penyelidikan tesis ini. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar beliau, tidak
mungkin tesis ini dilaksanakan.
Terima kasih juga diucapkan kepada pihak responden yang sudi meluangkan
masa untuk menjawab boring soal selidik demi menjayakan penyeldikan ini. Segala
kerjasama dan bantuan yang diberikan amatlah bermanfaat. Tanpa pihak responden,
tesis ini tidak akan berjaya disiapkan.
Kepada insan-insan yang tercinta, ibu dan ayah yang banyak berkorban,
mendoakan kejayaan dan memberikan yang terbaik kepada anaknya, adik-adik
yang disayangi dan ahli keluarga yang lain, sokongan yang diberikan oleh mereka
semua sangat dihargai.
Tidak lupa kepada rakan seperjuangan yang tidak jemu-jemu memberi dan
berkongsi pendapat, jutaan terima kasih diucapkan. Selama 4 tahun kita bersama,
pelbagai cabaran dan dugaan yang telah kita harungi bersama. Segala kenangan
manis dan pahit tidak akan dilupakan.
vi
ABSTRAK
Sistem penilaian kualiti (QLASSIC) dilaksanakan pada tahun 2006 adalah
untuk menilai dan meningkatkan tahap kualiti di dalam kerja-kerja bangunan di
kalangan kontraktor dan pemain industri pembinaan di Malaysia. QLASSIC
mengetengahkan satu piawaian di mana kualiti terhadap kerja-kerja pembinaan
yang difokuskan kepada cara kerja untuk setiap elemen bangunan dan infrastruktur.
Walaubagaimanapun, QLASSIC masih kurang diaplikasi oleh kontraktor kelas
kecil dan sederhana di Malaysia atas alasan sistem kualiti ini kurang dipromosikan
dan tidak termaktub sebagai kriteria wajib untuk digunakan dalam industri
pembinaan. Laporan kajian tertumpu pada tahap pengetahuan, tahap penggunaan
QLASSIC dan langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan sistem
QLASSIC untuk mencapai tahap kualiti di dalam cara kerja industri binaan. Bagi
memenuhi kajian ini, sebanyak 100 set borang soal selidik telah dihantar kepada
kontraktor yang dipilih secara rawak sebagai responden untuk mendapatkan
pandangan dan persepsi mereka. Daripada 100 set borang soal selidik tersebut,
sebanyak 30 set borang soal selidik telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan
min purata. Berdasarkan analisis, menunjukkan tahap pengetahuan pihak kontraktor
mengenai beberapa elemen QLASSIC ini adalah masih tidak tahu. Analisis juga
mendapati tahap penggunaan QLASSIC adalah masih kurang digunakan di dalam
projek pembinaan mereka. Hal ini adalah disebabkan oleh tidak mendapat
pendedahan mengenai sistem QLASSIC. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab
perlu memainkan peranan untuk memperkenalkan sistem ini kepada kontraktor di
seluruh Malaysia. Langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan QLASSIC
juga berjaya dikenalpasti dan sebahagian besar dari pihak kontraktor bersetuju
dengan langkah-langkah yang telah dikemukakan.
vii
ABSTRACT
Quality assessment system (QLASSIC) implemented in 2006 is to evaluate and
improve the quality of building construction contractors and players in Malaysia.
QLASSIC highlights a standard where the quality of the construction work is
focused on how it works for every building element and infrastructure. However,
QLASSIC is still poorly applied by small and medium-class contractors in Malaysia
on the grounds that this quality system is poorly promoted and is not mandatory as a
compulsory criterion for use in the construction industry. The research finding
focuses on the level of knowledge, the level of QLASSIC use and the steps to
improve the use of the QLASSIC system to achieve the quality level in the way the
construction industry works. To meet this study, a total of 100 sets of questionnaires
were sent to randomly selected contractors as respondents to gain their views and
perceptions. From the 100 sets of questionnaires, 30 sets of questionnaires have been
collected and analyzed using score mean. Based on the analysis, it shows the level of
knowledge of the contractor on some elements of QLASSIC is still unknown.
Analysis also found that the level of QLASSIC usage was still poorly utilized in their
construction projects. This is due to the lack of exposure on the QLASSIC system.
Therefore, the responsible party should play a role in introducing this system to
contractors throughout Malaysia. The steps to increase the use of QLASSIC have
also been identified and most of the contractors agree with the steps outlined.
viii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
ISI KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
1 PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Pernyataan Masalah 2
1.3 Persoalan Penyelidikan 4
1.4 Objektif Penyelidikan 4
1.5 Skop Penyelidikan 5
1.6 Kaedah Penyelidikan 5
1.7 Kepentingan Penyelidikan 5
1.8 Carta Alir Metodologi Kajian 6
2 KAJIAN LATAR BELAKANG 8
2.1 Pengenalan 8
2.2 Definisi Kualiti 9
2.2.1 Konsep Kualiti 11
ix
2.2.2 Ciri-ciri Kualiti 11
2.3 Prinsip Kualiti Menyeluruh 13
2.3.1 Penyertaan Menyeluruh (Total Involvement) 13
2.3.1.1 Pihak Pengurusan 14
2.3.1.2 Pekerja 15
2.3.1.3 Pelanggan 15
2.3.1.4 Pembekal 16
2.3.2 Peningkatan Berterusan (Continuos
Improvement) 16
2.3.2.1 Peningkatan Proses Atau Kaizen 17
2.3.2.2 Pusingan Deming 17
2.3.2.3 Quality Control Circle 18
2.3.2.4 Sistem Cadangan 19
2.3.2.5 Anugerah Dan Penghargaan 19
2.3.2.6 Kanban atau Just In Time (JIT) 19
2.3.2.7 Amalan 5S 20
2.3.2.8 Penanda Arasan (Benchmarking) 21
2.3.2.9 Anugerah TQM 21
2.3.2.10 Sistem Pengurusan Kualiti (ISO
9000) 22
2.5 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kualiti 23
2.5.1 Komitmen Dan Kepimpinan Pengurusan 24
2.5.2 Latihan 25
2.5.3 Kerja Berpasukan 26
2.5.4 Kaedah Statistik 27
2.5.5 Kualiti Kos 28
2.5.6 Khidmat Pelanggan 29
2.6 Langkah-Langkah Mempromosikan Kualiti Semasa
Peringkat Pembinaan 31
2.6.1 Pasukan Pengurusan 32
2.6.2 Penglibatan Tenaga Kerja 32
2.6.3 Kempen Poster 33
x
2.6.4 Video Berkualiti 33
2.6.5 Quality Walk 34
2.6.6 Ganjaran Dan Pengiktirafan 34
2.7 Adaptasi Construction Quality Assesment System
(QONQUAS) Di Malaysia 35
2.7.1 Definisi QONQUAS 35
2.7.2 Objektif QONQUAS 36
2.7.3 Skop QONQUAS 36
2.7.4 Komponen Yang Akan Dinilai 37
2.7.5 Kategori Projek 39
2.7.6 Pensampelan 39
2.7.7 Pendekatan Penilaian 39
2.7.8 Kebaikan QONQUAS 40
2.8 Pengenalan Kepada QLASSIC 40
2.8.1 Objektif QLASSIC 41
2.8.2 Skop QLASSIC 42
2.8.3 Penilai QLASSIC 42
2.8.4 Pendekatan Penilaian Dan Proses
Persampelan 43
2.8.5 Standard Industri Pembinaan (CIS : 2006) 48
2.8.6 Aliran Proses Penilaian QLASSIC 50
2.8.7 Kategori Bangunan Yang Dinilai QLASSIC 51
2.8.8 Kebaikan Aplikasi QLASSIC 52
3 METODOLOGI 55
3.1 Pengenalan 55
3.2 Rekabentuk Penyelidikan 56
3.3 Populasi Penyelidikan 58
3.4 Sampel Penyelidikan 58
3.5 Instrumen Penyelidikan 59
3.6 Kaedah Pengumpulan Data 60
3.7 Kaedah Analisis Data 60
3.7.1 Indeks Purata 61
3.7.2 Analisis Kekerapan 62
xi
3.8 Skala Likert 63
3.8.1 Analisis Data Skala Likert 63
3.8.1.1 Pengiraan Skor Bagi Skala Likert 64
3.8.1.2 Kelebihan Skala Likert 64
3.8.1.3 Langkah-Langkah Pembinaan
Skala Likert 65
3.9 Ringkasan Bab 67
4 ANALISIS DAPATAN KAJIAN 68
4.1 Pendahuluan 68
4.2 Bahagian A : Analisa Demografi Dan Latarbelakang
Responden 69
4.2.1 Maklumbalas Soal Selidik Yang Telah
Diedarkan Kepada Firma Kontraktor Yang
Terlibat 69
4.2.2 Jawatan Responden 70
4.2.3 Jenis Responden 72
4.2.4 Pengalaman Dalam Industri Pembinaan 73
4.2.5 Bilangan Aplikasi QLASSIC Dalam Projek
Pembinaan 76
4.2.6 Penglibatan Dalam Kursus Berkaitan
QLASSIC 77
4.3 Bahagian B – Tahap Pengetahuan Mengenai
QLASSIC 79
4.3.1 Pengetahuan Mengenai Objektif QLASSIC 80
4.3.1.1 Skor Bagi Mengenalpasti Tahap
Pengetahuan objektif QLASSIC 80
4.3.2 Pengetahuan Mengenai Skop QLASSIC 82
4.3.2.1 Skor bagi mengenalpasti tahap
pengetahuan mengenai SKOP
QLASSIC 82
4.3.3 Pengetahuan Mengenai Kategori Bangunan
Yang Dinilai Menggunakan QLASSIC 83
xii
4.3.3.1 Skor min bagi tahap pengetahuan
mengenai kategori bangunan yang
dinilai menggunakan QLASSIC 84
4.3.4 Pengetahuan mengenai proses QLASSIC 86
4.3.4.1 Skor min bagi pengetahuan
mengenai proses QLASSIC 86
4.3.5 Pengetahuan mengenai elemen penilaian
QLASSIC 88
4.3.5.1 Skor min bagi tahap pengetahuan
mengenai elemen penilaian
QLASSIC 88
4.4 Bahagian C – Tahap Penggunaan QLASSIC 89
4.4.1 Tahap penggunaan QLASSIC 90
4.5 Bahagian D – Langkah-Langkah Untuk Meningkatkan
Penggunaan QLASSIC 91
4.5.1 Skor Min Bagi Langkah-Langkah Untuk
Meningkatkan Penggunaan QLASSIC 92
4.6 Ringkasan Bab 95
5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 96
5.1 Pengenalan 96
5.2 Pencapaian Kajian 97
5.2.1 Tahap pengetahuan QLASSIC di kalangan
kontraktor kelas kecil dan sederhana 97
5.2.2 Tahap penggunaan QLASSIC di kalangan
kontraktor kelas kecil dan sederhana 98
5.2.3 Langkah-langkah untuk meningkatkan
penggunaan QLASSIC di kalangan
kontraktor kelas kecil dan sederhana 99
5.3 Sumbangan kepada pengetahuan 99
5.4 Masalah semasa menjalankan kajian 100
5.5 Cadangan kajian lanjutan 100
7 LAMPIRAN 104
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Definisi kualiti 10
2.2 Amalan 5S yang dilakukan dalam sesebuah 20
organisasi untuk mencapai kualiti
3.1 Kedudukan skala indeks purata 63
4.1 Jumlah borang soal selidik yang dihantar dan
diterima 70
4.2 Pecahan jawatan responden 72
4.3 Jenis responden 73
4.4 Pengalaman responden 75
4.5 Kekerapan Aplikasi QLASSIC 77
4.6 Penglibatan responden dalam kursus berkaitan
QLASSIC 79
4.7 Skala Likert 80
4.8 Skor min bagi tahap pengetahuan 81
mengenai objektif QLASSIC
4.9 Skor min bagi tahap pengetahuan mengenai
Skop QLASSIC 83
4.10 Skor min bagi tahap pengetahuan mengenai
kategori pembangunan yang dinilai menggunakan
QLASSIC 85
4.11 Skor min bagi tahap pengetahuan mengenai
Proses QLASSIC 87
4.12 Skor min bagi tahap pengetahuan mengenai
xiv
elemen penilaian QLASSIC 89
4.13 Skala likert 90
4.14 Skor bagi tahap penggunaan QLASSIC 91
4.15 Skala Likert 92
4.16 Skor min bagi langkah-langkah untuk 93
meningkatkan penggunaan QLASSIC
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
3.1 Carta alir metodologi penyelidikan 6
2.2 Matlamat, prinsip dan elemen TQM 23
2.3 Konsep tiga (3) pihak yang terlibat dalam 30
Pembinaan
2.4 Permukaan siling yang licin, tiada kecacatan 44
yang dapat dilihat dan tiada jurang antara
siling dan dinding
2.5 Kecerunan jubin lantai yang lurus dan tepat 44
2.6 Permukaan adalah sama rata, bebas daripada 45
Permukaan mengelupas, dan tiada jurang yang
kelihatan rosak dan retak
2.7 Permukaan dinding luar di cat sama rata, bebas 45
daripada mengelupas dan tidak ada kecacatan
2.8 Permukaan kaca mestilah kemas dan mempunyai 45
alignment yang lurus dan tegak
2.9 Permukaan bumbung yang dinilai tidak kotor, 46
penyambungan dipasang dengan betul, kemas dan
selari dan warna yang konsisten
2.10 Longkang mestilah tidak bertakung dan selari 46
2.11 Alignment harus selari, aksesori yang mencukupi, 47
louvered tingkap dengan panel kaca panjang yang
betul
2.12 Penyambungan yang kemas, selamat untuk 47
digunakan, tiada sebarang kerosakan dan
mempunyai warna yang konsisten
xvi
2.13 Carta alir proses penilaian QLASSIC 50
2.14 Weightage bagi komponen yang dinilai 52
4.1 Peratusan bagi borang soal selidik yang 70
diterima dan tidak diterima
4.2 Peratusan pecahan jawatan responden yang 71
menjawab borang soal selidik
4.3 Peratusan jenis responden yang menjawab
borang soal selidik 73
4.4 Peratusan pengalaman bilangan tahun yang
terlibat dalam industri pembinaan 75
4.5 Peratusan bilangan projek yang menggunakan
QLASSIC 77
4.6 Peratusan penglibatan responden dalam kursus
QLASSIC 78
4.7 Purata bagi tahap pengetahuan responden
mengenai objektif QLASSIC 81
4.8 Purata bagi tahap pengetahuan responden
mengenai skop QLASSIC 83
4.9 Purata bagi tahap pengetahuan mengenai
responden mengenai kategori bangunan yang
dinilai menggunakan QLASSIC 85
4.10 Purata bagi tahap pengetahuan responden mengenai
proses QLASSIC 87
4.11 Purata bagi tahap pengetahuan elemen penilaian
QLASSIC 88
4.12 Peratusan bagi tahap mengenai tahap
penggunaan QLASSIC 90
4.13 Purata bagi langkah-langkah untuk meningkatkan
Penggunaan terhadap QLASSIC 94
xvii
SENARAI SINGKATAN
TQM - Total Quality Management
QMS - Quality Management System
CIS - Construction Indsustri Standard
QLASSIC - Quality Assessment Industry Construction
QONQUAS - Construction Quality Assesment System
CIDB - Construction Industry Board
SPC - Statistical Processing Control
QCC - Quality Circle Control
PDCA - Plan, Do, Check and Act
DRIFT - Do Right The First Time
BCA - Building And Construction Authority
-
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 102
xix
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kualiti dalam pembinaan ditakrifkan sebagai memenuhi keperluan atau
pemilik dalam industri pembinaan. Kualiti yang dihasilkan dalam pembinaan
mestilah mengikut pematuhan spesifikasi yang telah ditetapkan bagi memberi
keselesaan dan keselamatan terhadap pengguna. Oleh itu, dapat disimpulkan kualiti
adalah berkaitan sifat atau ciri-ciri bagi sesuatu produk atau hasil kerja yang
memberi kepuasan dari semua aspek dimana telah melalui proses dan pematuhan
kepada arahan atau kehendak yang telah ditetapkan.
Kualiti adalah antara aspek paling penting dalam industri pembinaan selain
daripada masa dan kos. Oleh itu, kualiti di dalam pembinaan perlu dikawal dengan
baik supaya dapat memenuhi standard kualiti yang ditetapkan setaraf dengan kualiti
pembinaan diperingkat global seterusnya dapat mewujudkan kekayaan dan
meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia melalui penafsiran dasar sosio-ekonomi
infrastruktur, bangunan sosial dan ekonomi kerajaan. Di samping itu, industri
pembinaan juga dapat mencipta kesan pengganda kepada industri lain. Jika kualiti di
dalam industri pembinaan tidak diurus dengan baik, maka ia akan memberi kesan
2
kepada sesebuah pembinaan tersebut. Kesan daripada pengabaian aspek kualiti
dalam pembinaan boleh mengancam keselamatan klien dan pengguna, keberkesanan
bangunan dan jangka hayat bangunan tersebut. Hal ini secara tidak langsung akan
memberi impak yang negatif kepada industri pembinaan, ekonomi dan reputasi
negara.
1.2 Pernyataan Masalah
Pada masa kini, kualiti bangunan menjadi isu apabila banyak kemalangan
berlaku berkaitan dengan kegagalan bangunan seperti runtuhan bangunan. Banyak
kritikan yang diterima daripada orang ramai tentang kualiti bangunan ini. Ini telah
terbukti apabila Mahmood et al. (2010) menyatakan bahawa industri pembinaan di
Malaysia telah dilihat sebagai salah satu sektor yang mempunyai kualiti yang
kurang berbanding sektor lain seperti pertanian atau sektor automotif.
Ini disokong oleh Said et. al. (2009) apabila beliau mendakwa bahawa
terdapat salah faham di kalangan pekerja di sesebuah organisasi mengenai konsep
Sistem Pengurusan Kualiti (QMS). Said et. al (2010, c.f SIRIM 2005) juga
mendapati bahawa Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) boleh dilaksanakan sama ada
di peringkat organisasi atau di peringkat pembinaan itu sendiri.
Melihat kepada senario industri pembinaan di Malaysia, terdapat kira-kira
4000 organisasi yang disahkan QMS ISO 9001: 2000 dalam industri berkaitan
pembinaan Malaysia. Walau bagaimanapun, jumlah itu masih kecil berbanding
dengan jumlah 63,204 organisasi dalam industri ini. Melihat senario semasa dalam
industri pembinaan Malaysia, pematuhan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) adalah
faktor yang diperlukan untuk meningkatkan kualiti dalam industri pembinaan di
Malaysia. Keng dan Hamzah (2011, cf Haupt et al 2004) juga menemui beberapa
masalah yang terdapat dalam melaksanakan sistem penilaian kualiti di tapak
pembinaan seperti terlalu banyak kerja kertas kerja, sifat tenaga kerja sementara,
3
pekerja lapangan menganggap pengurusan kualiti sebagai tidak relevan, kesukaran
membuat keputusan, dan subkontraktor dan pembekal yang tidak berminat dalam
sistem penilaian kualiti di tapak pembinaan.
Oleh itu, Sistem Penilaian Kualiti Dalam Pembinaan (QLASSIC) telah
diperkenalkan CIDB sejak 2006 bagi menilai kualiti kerja dalam pembinaan. Kualiti
pembangunan akan dicapai sekiranya standard kualiti diaplikasikan terhadap kerja-
kerja pembinaan. Peningkatan tahun ke tahun kadar terima pakai QLASSIC oleh
industri adalah petunjuk positif penekanan terhadap kualiti kerja pada standard yang
paling tinggi oleh industri.Walau bagaimanapun, QLASSIC masih kurang
diaplikasikan oleh sebilangan besar pihak pemaju dan kontraktor di Malaysia atas
alasan sistem kualiti yang dijalankan ini tidak termaktub sebagai kriteria wajib untuk
mendapatkan projek Sharul (2016).
Pada masa yang sama juga, aplikasi sistem QLASSIC hanya dipraktikkan dan
diaplikasikan oleh segelintir pihak sahaja. Ini disebabkan kerana berdasarkan CIS
7:2014 pelaksanaan adalah secara sukarela dan pengaplikasian adalah tidak termasuk
dalam obligasi kontrak. Menurut Pengurus Besar Kanan Sektor Pembangunan, sejak
diperkenalkan pada 2007, hanya 700 buah projek dibina menggunakan QLASSIC
kerana masih ramai penggiat industri pembinaan tidak tahu mengenai kewujudan
sistem penilaian ini ekoran kurangnya promosi termasuklah kepada kontraktor kelas
kecil dan sederhana.
Tambahan pula, aplikasi QLASSIC tidak diketahui oleh penggiat industri
pembinaan dimana hanya segelintir syarikat pemaju besar sahaja yang mengguna
pakai QLASSIC dalam menilai hasil kerja pembinaan projek mereka. Justeru itu,
bagi meningkatkan pengetahuan dikalangan pihak-pihak yang kurang pengetahuan
dan terdedah dengan QLASSIC, langkah-langkah yang sesuai perlu diambil bagi
4
memastikan QLASSIC diaplikasikan secara menyeluruh di dalam industri
pembinaan di Malaysia.
1.3 Persoalan Penyelidikan
Terdapat beberapa persoalan yang berkaitan dengan aplikasi QLASSIC di
kalangan kontraktor kelas kecil dan sederhana. Antara persoalannya ialah ;
1. Apakah tahap penggunaan QLASSIC di kalangan
kontraktor kelas kecil dan sederhana?
2. Apakah tahap pengetahuan kontraktor kelas kecil dan
sederhana terhadap QLASSIC?
3. Apakah langkah-langkah untuk meningkatkan
pengetahuan dikalangan kontraktor kelas kecil dan
sederhana terhadap QLASSIC
1.4 Objektif Penyelidikan
i) Mengenalpasti tahap pengetahuan kontraktor kelas kecil dan
sederhana terhadap QLASSIC
ii) Mengenalpasti tahap penggunaan QLASSIC dikalangan kontraktor
kelas kecil dan sederhana
iii) Mengenalpasti langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan
QLASSIC di kalangan kontraktor kelas kecil dan sederhana
5
1.5 Skop Penyelidikan
Skop penyelidikan ini hanya memfokuskan kepada pihak kontraktor kelas
kecil dan sederhana sahaja.
1.6 Kaedah Penyelidikan
Bagi mencapai objektif penyelidikan ini, beberapa kaedah telah dirangka.
Yang pertama adalah kaedah kajian dibuat untuk memahami maksud kualiti,
pengurusan kualiti dan QLASSIC itu sendiri. Selain mengkaji teori yang berkaitan,
kajian juga dibuat kepada penyelidikan sebelum ini yang mana sedikit sebanyak
membantu dalam mencapai objektif penyelidikan ini.
Kaedah yang kedua adalah soal selidik dimana soalan akan diberikan untuk
mendapatkan data dan informasi mengenai objektif penyelidikan yang ingin
dicapai. Responden adalah terdiri daripada kontraktor kelas kecil dan sederhana.
Kemudian penilain dibuat berdasarkan analisa data yang diperolehi daripada borang
soal selidik serta membuat kesimpulan berdasarkan data yang diterima dengan
rujukan yang diperolehi.
1.7 Kepentingan Penyelidikan
Kualiti merupakan aspek penting dalam indusri pembinaan. Oleh itu menjadi
tanggungjawab pihak-pihak yang terlibat di dalam industri pembinaan untuk
memberikan kualiti yang terbaik terhadap setiap pembinaan yang diberikan kepada
mereka. Melalui penyelidikan ini, ia menunjukkan bahawa tahap pengetahuan di
kalangan pihak kontraktor sangat penting. Ini kerana tanpa pengetahuan mengenai
sistem penilaian kualiti iaitu QLASSIC, mereka sudah tentu tidak akan
6
mengaplikasikan sistem penilaian ini di dalam setiap projek pembinaan yang
dijalankan. Pihak yang memperkenalkan sistem penilaian ini iaitu CIDB haruslah
memainkan peranan agar sistem penilaian kualiti ini dapat dikenali dan peningkatan
penggunaanya di dalam industri pembinaan pada masa hadapan. Selain itu,
penyelidikan ini juga penting kerana ia menunjukkan langkah-langkah yang wajar
perlu dilakukan bagi meningkatkan tahap penggunaan sistem penilaian kualiti
tersebut.
1.8 Carta Alir Metodologi Kajian
Peringkat 1
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Peringakt 2
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kenalpasti Masalah, Objektif Kajian, Skop
Kajian, Kepentingan Kajian
Kajian Literatur dan Data Sekunder
Kajian Dijalankan (Kuantitatif)
Soal Selidik
Pengumpulan Data Primer
Analisis Data
7
Peringkat 3
Rajah 1.1 Carta Alir Metodologi Kajian
Penyediaan Laporan
Tamat
BAB 2
KAJIAN LATAR BELAKANG
2.1 Pengenalan
Kualiti adalah perkataan yang disebut-sebut di setiap mulut pada hari ini.
Takrif kualiti boleh didapati dari buku teks, seminar, nota kursus dan perundingan
merangkumi pengurusan kualiti, jaminan kualiti, kawalan mutu, sistem kualiti dan
sebagainya. Tidak menghairankan, ramai orang keliru dengan definisi dan
terminilogi dan mungkin juga berasa keliru untuk memberi pemikiran yang jelas
kepada konsep kualiti dalam persekitaran kerja bagi setiap individu yang berada di
setiap alam pekerjaan mereka (P.S Wilton 1994). Kualiti merupakan keseluruhan
ciri produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan standard yang telah
ditetapkan (ISO 8402 – 1986). Dalam konteks pembekalan, penyediaan atau
perkhidmatan produk yang mendapat persetujuan umum bahawa kualiti bermaksud
apa yang pelanggan inginkan bahawa produk atau perkhidmatan harus memenuhi
persepsi dan keperluan pelanggan. Kualiti juga menunjukkan tahap kecemerlangan
atau gred yang sering dihasilkan daripada pengeluaran.
Dalam konteks pembinaan, kualiti adalah satu perkara penting yang dapat
memenuhi undang-undang, mempunyai nilai estetika yang tinggi, dan kecekapan
fungsi sesebuah projek pembinaan tersebut. Keperluan yang dinyatakan mungkin
mudah atau kompleks, atau mereka mungkin dinyatakan dari segi keputusan akhir
9
yang diperlukan atau sebagai penerangan yang terperinci mengenai apa yang perlu
dilakukan. Tetapi, walaubagaimanapun dinyatakan, kualiti diperolehi jika keperluan
yang dinyatakan adalah mencukupi. Dari segi undang-undang, kualiti merupakan
liabiliti professional dimana konsep undang-undang yang memerlukan semua
tenaga professional mengetahui tanggunjawab yang akan dipratikkan oleh mereka.
Pihak arkitek dan jurutera yang menawarkan kepakarannnya kepada pemilik
bangunan adalah tertakluk kepada undang-undang liabiliti professional. Beberapa
pakar rekabentuk percaya bahawa kualiti diukur melalui nilai estetika yang direka
oleh mereka. Menurut Stasiowski dan Burstein (1992), kualiti adalah berdasarkan
kepada isu-isu seperti bangunan terhadap persekitarannya, kesan psikologi
bangunan terhadap penduduknya, keupayaan reka bentuk landskap untuk
dipadankan dengan pembinaan di persekitarannya dan konsep rekabentuk yang
bersesuaian dengan keselesaan penduduk di dalam sesebuah bangunan tersebut.
Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa projek yang berkualiti tinggi boleh
digambarkan dengan istilah seperti kemudahan dalam memahami lukisan, tahap
konflik dalam lukisan dan spesifikasi, ekonomi pembinaan, kemudahan operasi,
kemudahan penyelenggaraan, dan kecekapan tenaga. Ia juga termasuklah
memenuhi kehendak pereka, pembina serta pemilik sesebuah projek pembinaan itu.
2.2 Definisi Kualiti
Kualiti bukanlah suatu konsep yang subjektif seperti kecemerlangan atau
kecantikan yang boleh berubah mengikut persepsi pemerhati. Kualiti sebenarnya
boleh didefinisikan sebagai memenuhi kehendak atau keperluan pelanggan. Ini boleh
dilihat dari sudut perkhidmatan yang diberikan atau produk yang dikeluarkan oleh
sesuatu organisasi atau syarikat untuk pelanggannya. Menurut Barker (1990), “there
is an epidemic of ‘quality’ world wide which, if you don’t catch it, may mean you are
not in business in ten years time”. Semua pihak-individu, orgsanisasi, dan negara
mestilah mengutamakan kualiti dan kecemerlangan. Aristotle pula menyatakan
10
kualiti bukan perlakuan, tetapi ia adalah tabiat. Tegasnya kualiti mesti dijadikan
amalan, tabiat dan budaya dalam kehidupan.
Terdapat juga pelbagai definisi yang telah diberikan oleh guru-guru dari
Amerika Syarikat dan Jepun, seperti Deming, Crosby, Garvin, Juran, Imai dan Kanji.
Menurut ;
Penulis
Definisi
Deming (1992) Tahap kepiawaian dan kebergantungan terhadap kos yang
rendah untuk disesuaikan bagi tujuan pasaran.
Crosby (1979) Menepati kehendak pelanggan (comformance to
requirement), tetapi pada tahun 1992, beliau mentafsir kualiti
sebagai apa yang telah dipersetujui oleh semua individu.
David Garvin (1988) Ciri-ciri yang dinyatakan seperti bagus, berdasarkan produk,
pengguna, pengeluaran atau nilai. Menurut Garvin lagi, ciri-
ciri kualiti boleh dikenalpasti daripada lapan dimensi iaitu :
kebolehpercayaan (realibility), penepatan (comformance),
ketahanan (durability), keupayaan perkhidmatan
(serviceability), estetik, persembahan, ciri-ciri asas produk
atau perkhidmatan dan kualiti yang dijangka (perceived
quality).
Imai (1986) Apa-apa sahaja yang boleh diperbaiki.
Juran (1988) Kesesuaian dalam penggunaan (fitness for use).
Kanji (1988) Satu konsep yang relatif di mana orang yang berbeza
mempunyai tanggapan yang berlainan.
Jadual 2.1 Definisi kualiti, Sumber : Illhaamie, (2002)
Dalam industri pembinaan pula, kualiti dilihat sebagai sifat atau ciri yang
menyeluruh, sifat bagi suatu cara, hasil, proses, komponen, perkhidmatan, atau
kemahiran, yang menghasilkan sesuatu yang mencukupi dan dikehendaki
11
(American Society of Civil Engineers, 1998). Secara ringkasnya, setiap definisi
yang diberikan oleh orang yang berbeza memberi takrifan kualiti yang berbeza
tetapi pada asasnya, ia memfokuskan kepada memenuhi kehendak pelanggan. Ini
bermakna, kualiti boleh ditakrifkan dalam pelbagai cirri bergantung kepada
kehendak-kehendak pelanggan yang berbeza terhadap produk atau perkhidmatan
yang mereka ingini. Sekiranya sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak
mereka dan memastikan kualiti dipertingkatkan, hasilnya ialah kepuasan dan
kesetiaan pelanggan yang tidak berbelah bagi.
2.2.1 Konsep Kualiti
Walaupun semua sarjana TQM mementingkan kualiti dalam produk dan
perkhidmatan secara konsisten tetapi ungkapan yang menjadi isu di sini biasanya
dikaitkan dengan Philip Crosby. Konsep asas ungkapan ini bukan sekadar
mementingkan kualiti yang baik dan terjamin dalam segala aspek organisasi malah
yang lebih penting daripada itu ialah prinsip mengelakkan kecacatan. Ini bererti
kualiti merujuk kepada usaha mengelakkan pembaziran atau kerosakan sifar. Kata
Crosby, “Quality inprovement is built on getting everyone to do it right the first
time (DRIFT)” (1984:59) Justeru itu, sesuatu organisasi yang berkualiti akan
mengelakkan kecacatan setiap kali dan dengan tegasnya menolak alasan bahawa
kecacatan boleh diterima sekali sekala khasnya pada permulaan.
2.2.2 Ciri-ciri Kualiti
a) Memenuhi kehendak dan keperluan klien dimana ianya dapat berfungsi
dengan baik dan masa penyiapan pembinaan dapat disiapkan mengikut
jadual yang ditetapkan. Selain untuk ciri-ciri kualiti yang baik ialah ianya
12
mempunyai kos kitaran hidup, operasi dan penyelenggaran sepanjang
jangka hayat sesebuah bangunan yang telah siap dibina.
b) Memenuhi kehendak dan keperluan pihak pereka bentuk berdasarkan
skop kerja yang jelas, kos untuk mendapatkan maklumat yang mencukupi
sebelum peringkat reka bentuk dijalankan, peruntukan kos bagi pekerja
yang berkelayakan, terlatih dan berpengalaman, peruntukan masa yang
cukup bagi melaksanakan kerja-kerja yang telah ditetapkan.
c) Memenuhi keperluan pihak-pihak pembinaan yang terlibat mengikut
pelan kontrak, spesifikasi, dan dokumen yang disediakan secara terperinci
bagi memudahkan pihak-pihak pembinaan yang terlibat meletakkan harga
tawaran tender mengikut keperluan kontrak yang telah ditetapkan.
d) Memenuhi kehendak orang ramai tentang keselamatan dan kesihatan
umum, melindungi harta benda orang awam, keselarasan undang-undang
serta memelihara alam sekitar daripada tercemar.
Di samping itu, seseorang harus membezakan antara kualiti sebenarnya dan
kualiti dalam persepsi. Pembekalperkhidmatan atau barangan yang memenuhi
spesifikasi mencapai kualiti dalamfakta. Perkhidmatan atau produk yang memenuhi
jangkaan pelangganmencapai kualiti dalam persepsi. Dengan kata lain, produk
boleh menjadi berkualiti tinggi namun ia mungkin tidak dapat dipenuhi mengikut
keperluan pelanggan dan sebaliknya. Terdapat perbezaan diantara dua kualiti
tersebut iaitu kualiti elemen yang berkaitan secara langsung dengan fizikal produk
itu sendiri, dan kualiti proses iaitu kualiti kualitiproses yang menyebabkan produk
boleh diterima atau tidak. Kualiti produk dalamindustri pembinaan boleh merujuk
kepada mencapai kualiti dalam bahan,peralatan dan teknologi yang masuk ke dalam
bangunan struktur, sedangkan kualiti proses mungkin merujuk kepada pencapaian
kualiti di mana projek itu dianjurkan dan diuruskantiga fasa perancangan dan reka
bentuk, pembinaan, danoperasi dan penyelenggaraan.
13
2.3 Prinsip Kualiti Menyeluruh
Deming telah memperkenalkan satu sistem pengurusan menyeluruh yang
mencontohi stail pengurusan Jepun pada tahun 1950. TQM menggunakan kaedah
statistik kawalan bagi mengurangkan perbezaan produk sebagai satu usaha untuk
memperbaiki kualiti produk secara berterusan. Falsafah asas Deming berkaitan
kualiti ialah produktiviti akan meningkat melalui pengurangan perbezaan (Deming,
1982). Deming juga menganjurkan penglibatan pekerja dalam proses membuat
keputusan.
Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) merupakan asas kepada kejayaan
berterusan bagi organisasi. TQM merupakan pendekatan sistematik yang terbukti
dalam perancangan dan pengurusan seluruh aktiviti organisasi. TQM bermatlamat
untuk mempastikan setiap aktiviti dalam organisasi menyumbang kepada pencapaian
objektif organisasi.
Pada amnya, TQM memerlukan organisasi mengubah cara-cara organisasi
beroperasi. Kualiti merupakan keutamaan bagi setiap kakitangan dan tidak cukup
bagi kakitangan bergantung kepada teknik mengenalpasti dan membetulkan
kesilapan. Justeru itu setiap pekerja dan setiap jabatan dalam organisasi mesti
menaruh perhatian penuh terhadap falsafah TQM.
2.3.1 Penyertaan Menyeluruh (Total Involvement)
TQM menekankan kepada penyertaan kesemua individu yang terdapat
dalam sesebuah organisasi sebagai satu langkah untuk mencapai kualiti yang
dikehendaki iaitu pihak pengurusan, pekerja, pelanggan dan pembekal.
14
2.3.1.1 Pihak Pengurusan
Pihak pengurusan memainkan peranan penting dalam memastikan wujudnya
penyertaan dari semua pihak yang terlibat dalam organisasi tersebut. Bagi
memastikan pekerja memberi komitmen kepada syarikat, ia perlu menyediakan
persekitaran TQM kepada pekerja dimana mereka akan merasa mereka dihormati
dan diterima oleh organisasi tersenut. Mereka juga akan merasakan mereka
merupakan sebahagian daripada organisasi tersebut. Dengan itu, mereka akan
berusaha bukan sahaja untuk memenuhi kehendak mereka sendiri tetapi juga untuk
memenuhi kehendak organisasi. Pihak pengurusan juga perlu memastikan pekerja
mereka setia kepada syarikat kerana mengikut konsep TQM, pekerja yang setia akan
menghasilkan pelanggan yang setia. Mereka juga perlu mendedahkan pekerja kepada
misi, visi organisasi, nilai, objektif, dan polisi kualiti, kaedah atau teknik-teknik
TQM dan mesin serta peralatan di syarikat.
Selain daripada pekerja, pihak pengurusan juga bertanggungjawab memantau
kepuasan pelanggan dan memastikan produk atau perkhidmatan memenuhi kehendak
mereka. Ini dapat dilakukan dengan mengenalpasti dan menilai peningkatan kualiti
yang perlu. Bagi menghasilkan pelanggan yang setia, sesebuah organisasi perlu
mengukur kepuasan mereka melalui kajian telefon, kajian pelanggan bulanan, kajian
tanda aras pasaran, kumpulan fokus, panel pelanggan, dan perbincangan dengan
jurual. Organisasi juga perlu mempunyai pengkalan data yang mengandungi
maklumat mengenai pelanggan, mengumpul aduan-aduan pelanggan dan
menyampaikan maklumat tersebut kepada keseluruhan organisasi dan mempunyai
carta kawalan mengenai kepuasan pelanggan yang ditayang di atas dinding dan
kawasan kerja di keseluruhan organisasi.
Begitu juga dengan pembekal, organisasi perlu berhati-berhati dalam memilih
pembekal supaya bekalan yang diperolehi bebas daripada kerosakan. Pendek kata,
kualiti menjadi syarat utama dalam pemilihan pembekal. Ini merupakan syarat
penting bagi menjayakan objektif organisasi iaitu untuk mendapatkan kualiti seperti
mana yang dikehendaki oleh pelanggan. Selain daripada itu organisasi juga perlu
15
mengurangkan jumlah pembekal yang terlibat sebagai satu usaha untuk
mengurangkan variasi yang terdapat dalam bahan mentah atau komponen produk dan
kos pengurusan yang terlibat. Hasilnya, hubungan antara organisasi tersebut dan
pembekal dapat dikekalkan dalam jangka masa panjang.
2.3.1.2 Pekerja
Pekerja mempunyai kedudukan yang terbaik untuk meningkatkan kualiti,
mengurangkan kitaran dan mengurangkan kerugian (waste). Pekerja merupakan
kunci kepada peningkatan berterusan kerana semua pekerja mempunyai idea yang
berharga yang boleh dikongsi bersama kerana mereka terdedah secara langsung
kepada prosedur-prosedur dan proses-proses kerja. Oleh itu, mereka lebih
mengetahui bagaimana untuk menangani masalah dan pada masa yang sama cuba
untuk meningkatkan kualiti produk atau perkhidmatan organisasi.
Pekerja yang kompeten merupakan aset syarikat yang perlu dibangunkan dan
mereka bukanlah komoditi yang digunakan. pekerja akan menjadi lebih
bertanggungjawab dalam memenuhi permintaan pelanggan sekiranya mereka dilatih,
diberikan kepercayaan dan autoriti yang sepatutnya.
2.3.1.3 Pelanggan
Pelanggan boleh dibahagikan kepada dua iaitu pelanggan dalaman dan
pelanggan luaran. Pelanggan dalaman merupakan setiap pekerja dalam sesebuah
organisasi. Mereka merupakan pelanggan atau pembekal kepada individu lain
dengan jangkaan kualiti masing-masing di setiap bahagian di dalam rantaian
sesebuah organisasi. Manakala pelanggan luar pula terdiri daripada pelanggan yang
16
membeli produk keluaran syarikat atau menggunakan perkhidmatan yang diberikan
oleh syarikat.
Pelanggan merupakan bahagian paling penting di dalam rantai proses.
Terdapat lima ciri permintaan pelanggan iaitu kesediaan (availability), penghantaran,
kebolehpercayaan (realibility), pengekalan (maintainability) dan kos yang efektif.
2.3.1.4 Pembekal
Pendapat daripada pembekal juga penting agar kualiti yang dijangkakan dapat
dicapai. Untuk memastikan adanya penyertaan yang aktif daripada mereka,
organisasi boleh melakukan beberapa aktiviti peningkatan berterusan melibatkan
pembekal seperti audit kualiti, latihan, kumpulan pembekal bersama atau integrasi
pembekal ke atas pembangunan produk, teknologi dan perancangan strategik.
2.3.2 Peningkatan Berterusan (Continuos Improvement)
Pelanggan merupakan asas kepada peningkatan berterusan kerana apabila
pelanggan berpuas hati, mereka akan menjadi setia dan ini merupakan objektif utama
sesebuah organisasi untuk bertahan dalam pasaran. Peningkatan berterusan hanya
dapat dicapai sekiranya organisasi mengambil usaha untuk mempertingkatkan proses
dan operasi syarikat dengan penggunaan inovasi bersertakan pembuangan aktiviti-
aktiviti yang tidak mendatangkan manafaat (non value added).
17
2.3.2.1 Peningkatan Proses Atau Kaizen
Kaizen atau peningkatan proses merupakan kejayaan daya saing syarikat
Jepun. Perkatan Kaizen telah diperkenalkan oleh Masaaki Imai yang bermaksud
langkah demi langkah dalam peningkatan kualiti. Ia merupakan peningkatan
berterusan dengan penambahan inovasi. Sebaliknya organisasi barat hanya
mementingkan inovasi tetapi tidak peningkatan berterusan. Terdapat tiga perkara
yang dikenalpasti dapat dipertingkatkan prosesnya iaitu dalam pengurusan,
kumpulan dan individu.
Peningkatan proses merupakan satu siri langkah yang mengandugi aktiviti-
aktiviti yang saling berkaitan di mana ia menghasilkan output yang lebih baik dan
seterusnya dapat memenuhi kehendak pelanggan. Ia merupakan satu pengurusan
proses untuk mengelak berlakunya kesilapan atau kecacatan dalam produk atau
perkhidmatan dengan menggunakan kaedah kawalan piawaian SPC (Statistical
Processing Control).
2.3.2.2 Pusingan Deming
Pusingan Deming atau lebih dikenali sebagai pusingan PDCA (Plan, Do,
Chect, Act) atau shewart. Konsep peningkatan proses adalah sesuai dengan pusingan
Deming yang tidak berhenti dan berterusan untuk meningkatkan kesemua perkara
dengan menggunakan inovasi yang tidak berkesudahan. Pusingan Deming
mengandungi empat peringkat utama iaitu rancang, buat, periksa dan bertindak di
mana mereka berturutan antara satu sama lain dan proses ini akan berterusan.
Teknik-teknik statistik seperti rajah tulang ikan, carta bar, car perbatuan, rajah
pareto, rajah pai, rajah taburan atau SPC akan dipilih sesuai dengan proses-proses
sebagai alat untuk membantu organisasi dalam mengawal kualiti agar ia dapat
mencapai atau melampaui piawai yang telah ditentukan oleh mereka.
18
Kaedah saintifik yang digunakan kerana ia tidak berasaskan kepada pendapat
atau perasaan individu. Oleh itu, ia merupakan cara terbaik bagi mempertingkatkan
proses. Selain daripada itu, ia dapat membantu para pengurus lebih memfokus
perhatian mereka kepada proses daripada individu dan mengambil keputusan
berdasarkan fakta dan maklumat yang bebas daripada prejudis dan perasaan subjektif
atau jangkaan yang tidak realistik.
2.3.2.3 Quality Control Circle
Kumpulan kualiti atau lebih dikenali sebagai QCC (Quality Control Circle)
dipelopori oleh Profesor Ishikawa pada tahun 1962. Ia merupakan aktiviti-aktiviti
kumpulan tidak formal di mana ahli-ahli berjumpa pada masa-masa tertentu secara
sukarela dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah. Selain dikenali sebagai QCC,
ia juga dikenali sebagai kumpulan keselamatan, kumpulan produktiviti, gerakan
kerosakan sifar, mini think tank, kumpulan sokongan, kumpulan sinergi, kumpulan
peningkatan pekerja (work improvement team) dan sebagainya.
Kumpulan ini terdiri daripada pihak pengurusan, tenaga kerja, pembekal dan
sub-kontraktor dan mengandungi enam hingga sepuluh ahli. Bengkel-bengkel
pembelajaran teknik statistik bagi mengawal kualiti diadakan untuk memberi tekanan
kepada penyelesaian masalah dan peningkatan kualiti. Ahli-ahli berjumpa setiap
minggu atau dua minggu di bawah penyeliaan seorang fasilitator dan
membentangkan penemuan mereka kepada pihak pengurusan atasan bagi
mendapatkan kelulusan. Penyelesaian yang terpilih akan dilaksanakan dan kesan
akan dipantau oleh individu yang sama. Kumpulan QCC yang terbaik bagi
keseluruhan syarikat akan diberi anugerah sijil penghargaan dan lain-lain.
19
2.3.2.4 Sistem Cadangan
Sistem cadangan merupakan satu sumber bagi organisasi untuk memastikan
peningkatan kualiti akan terus berlaku. Pekerja dikehendaki memberi sekurang-
kurangnya sepuluh cadangan setahun dan cadangan terbaik akan diberikan hadiah
wang tunai. Dengan cara ini, organisasi dapat meningkatkan komunikasi dua hala
dan pada masa yang sama, dapat menjimatkan kos tenaga dan sumber.
2.3.2.5 Anugerah Dan Penghargaan
Terdapat banyak bentuk-bentuk anugerah yang boleh diberikan oleh
organisasi sama ada untuk individu Kaizen atau kumpulan Kaizen iaitu program
penghargaan, promosi, bonus, wang tunai, percutian, perutnukan makanan di tempat
kerja, hadiah saguhati seperti makanan, pakaiaan dan sebagainya.
Daripada kajian yang dilakukan oleh Kanji pada tahun 1998, didapati faktor-
faktor yang memotivasikan pekerja untuk membuat cadangan bagi
mempertingkatkan kualiti ialah hadiah dan anugerah, piawai bagi jumlah cadangan
dan sistem bonus dan bukannya hadiah wang ringgit, persaingan, latihan atau
pembelajaran. Kajian itu juga mendapati bahawa syarikat negara Barat kurang
memberi anugerah dan penghargaan sebagai motivasi kepada pekerja berbanding
negara Timur.
2.3.2.6 Kanban atau Just In Time (JIT)
Kanban dipelopori oleh Tarichi Ohno. Beliau mendefinisikan Kanban
sebagai papan tanda atau label atau sesuatu untuk menyatakan pemprosesan bahagian
20
tertentu sedang berjalan. Kanban yang sama akan dihantar ke peringkat awal oleh
proses yang sama atau proses sebelumnya untuk menjadi tempahan bagi bahagian
lain. Jadi, ia merupakan arahan kepada operator untuk melaksanakan sesuatu tugas
seperti mengeluarkan lebih produk atau menghantar bahan mentah ke mana-mana
bahagian yang memerlukannya. Produk yang telah siap juga akan dihantar terus ke
pelanggan-pelanggan dengan menggunakan lori yang sudah siap menunggu di luar
kilang. Ini bermakna, stor kilang hanya menyimpan stok untuk proses-proses yang
sedang berjalan sahaja. Dengan ini, syarikat dapat mengurangkan kos penyimpanan.
2.3.2.7 Amalan 5S
Amalan 5S merupakan teknik untuk memastikan persekitaran kualiti dapat
dicapai dalam organisasi. Butir-butirannya dapat dilihat dalam Jadual di bawah :
Jadual 2.2 Amalan 5S yang dilakukan dalam sesebuah organisasi untuk
mencapai kualiti, Sumber : Samuel K. Ho (1995) hal. 47.
Jepun English Makna Contoh
a) Seiri Structurise Organisasi Sampah di buang ke
dalam tong sampah
b) Seiton Systemise Kekemasan 30 saat mencari
dokumen atau fail
c) Seiso Sanitise Kebersihan Kebersihan menjadi
tanggunjawab individu
d) Seiketsu Standardise Piawai Pengestoran dapat
dilihat
e) Shitsuke Self Discipline Disiplin Lakukan amalan 5S
setiap hari
21
2.3.2.8 Penanda Arasan (Benchmarking)
American Productivityand Quality Cenre (1992) mendefinisikan penanda
arasan sebagai satu proses pengukuran yang sistematik dan berterusan dalam
membuat perbandingan antara proses pengukuran yang sistematik dan berterusan
dalam membuat perbandingan antara proses perniagaan sesebuah organisasi dengan
proses perniagaan yang dimiliki oleh organisasi besar dan berjaya. Tujuannya ialah
untuk mendapatkan maklumat bagi membantu organisasi tersebut dalam
mempertingkatkan persembahannya seperti peningkatan dalam pemahaman
mengenai pelanggan dan pesaing, pengurangan aduan, reputasi syarikat yang lebih
kuat dan yang paling penting ialah peningkatan dalam keuntungan dan jualan.
Terdapat empat jenis penandaarasan iaitu generik, persaingan, dalaman dan fungsi.
2.3.2.9 Anugerah TQM
Terdapat 3 jenis Anugerah TQM yang paling dikenali di seluruh dunia iaitu
anugerah Deming, Malcom Baldrige National Quality Award yang ditubuhkan oleh
Kongres USA, Eropah dan England. Anugerah Deming diberikan sempena
penghargaan negara Jepun kepada Deming. Syariakt-syarikat yang telah menerima
anugerah ini ialah Toyota Motors, NEC Microcomputer System dan Kansai Electric
Power.Anugerah Malcom Baldrige National Quality telah dilaksanakan semenjak
tahun 1988 oleh Kongres Amerika untuk syarikat-syarikat Amerika yang
mempunyai kedudukan kukuh dalam pasaran. Syarikat-syarikat yang telah
memenangi anugerah ini adalah seperti Westinghouse (1988), Xerox (1989) dan
Cadilac (1990). Syarikat-syarikat ini dinilai atas tujuh kategori seperti kepimpinan,
maklumat dan analisis, perancangan kualiti strategik, penggunaan sumber manusia,
penjaminan kualiti produk atau perkhidmatan, hasil kualiti dan kepuasan
pelanggan.
22
Di Malaysia pula, anugerah-anugerah TQM adalah seperti Anugerah Kualiti
Perdana Menteri (AKPM) Sektor Awam, Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam
(AKPA), Anugerah Inovasi Penyelidikan Bersama Di Antara Sektor Awam Dan
Sektor Swasta (AIPB), Anugerah Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (AKMK),
Anugerah Kualiti Pejabat Daerah (AKPD), Anugerah Kualiti Pihak Berkuasa
Tempatan (AKPBT), Anugerah Perdana Teknologi Maklumat (APTM), dan
Anugerah Kualiti Setiausaha Kementerian Kewangan (AKKSUKK). Anugerah-
anugerah TQM ini diberikan kepada organisasi-organisasi kerana telah berjaya
dalam melaksanakan TQM di tempat kerja mereka dan pada masa yang sama dapat
menjadi model dan contoh kepada organisasi-organisasi lain dan memberi motivasi
kepada pekerja-pekerja mereka agar terus meningkatkan persembahan kualiti di
organisasi mereka.
2.3.2.10 Sistem Pengurusan Kualiti (ISO 9000)
Siri ISO 9000 merupakan keluarga pengurusan kualiti dan piawai kualiti yang
dibangunkan oleh International Organisation for Standardisation yang berpusat di
Geneva. Tujuannya ialah untuk memudahkan persetujuan global mengenai piawai
kualiti antarabangsa. Ia merupakan satu sistem pengesahan pembekal dan
memastikan mereka telah mencapai piawai antarabangsa. Mana-mana organisasi
yang telah dianugerahkan sijil ISO ini adalah dikira sebagai telah mematuhi piawai
kualiti yang telah ditetapkan.
23
OBJEKTIF
------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------
PRINSIP------------------------------------------------------------------------------------------
2.4
ELEMEN
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rajah 2.2 Matlamat, prinsip dan elemen TQM Teong ( 2008)
2.5 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kualiti
Kualiti akan dapat dihasilkan sekiranya ianya dapat memenuhi keperluan
sesuatu projek pembinaan itu. Keseimbangan dari segi keperluan kos, jadual projek,
ciri-ciri operasi yang dikehendaki, bahan-bahan pembinaan dan keperluan
rekabentuk tenaga profesional untuk masa yang mencukupi dan memenuhi
keperluan kos merupakan proses yang sangat penting bagi mencapai kualiti.
Peningkatan Berterusan
Fokus Pelanggan
Proses Peningkatan
Penglibatan
Keseluruhan
Pendidikan dan
latihan
komunikasi
Kempimpinan
Ganjaran dan
pengiktirafan
Pengukuran
24
Pemilik mengimbangi keperluan mereka terhadap ekonomi semasa dan membuat
kajian kemungkinan seperti kegagalan bangunan yang akan dijalankan. Tenaga
rekabentuk profesional diwajibkan melindungi kesihatan dan keselamatan penghuni
sesebuah bangunan itu.
2.5.1 Komitmen Dan Kepimpinan Pengurusan
Keberkesanan industri pembinaan dapat disimpulkan bahawa punca utama
kelemahan produktiviti pembinaan secara langsung atau tidak langsung melibatkan
amalan pengurusan yang lemah. Oleh kerana kualiti adalah sebahagian daripada
hasil produktiviti kerja, pengurusan merupakan langkah pertama untuk
mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam pengurusan. Kejayaan program TQM
yang utama ialah bergantung kepada amalan pengurusan.TQM adalah budaya dan
falsafah yang mesti diterapkan di dalam sesebuah organisasi sebagai kaedah
pengurusan. Ianya hanya boleh berkembang maju hanya di bawah pengurusan yang
menetapkan TQM sebagai keutamaan. Komitmen ini mesti disertakan dengan
pemahaman yang mendalam tentang TQM. Jika organisasi menggunakan TQM
sepenuhnya, maka perusahaannya dapat merealisasikan kualiti yang tinggi. Kaedah
pengurusan TQM merupakan pengurusan yang diamalkan dalam industri
pembinaan di Amerika Syarikat hari ini.
Disebabkan oleh tekanan persaingan antarabangsa dan peningkatan
permintaanuntuk produk dan perkhidmatan yang berkualiti, industri sedang menilai
semulakeberkesanan pengurusan dengan kawalan. Menurut Joiner dan Scholtes,
dalam pengurusan ini carta organisasi adalah amat penting dan menjadi kawalan
utama dalam struktur sesebuah organisasi itu. Seorang pengurus mestilah
mempunyai misi dan matlamat tertentu bagi masa depan organisasi mereka.
Seorang pengurus mestilah menetapkan matlamat dan memberi penekanan kawalan
terhadap setiap pekerja di bawah mereka. Dalam industri pembinaan, kos, jadual,
25
dan matlamat kualiti ditubuhkan untuk setiap projek. Pengurus projek diberi
tanggungjawab atas dasar untuk memenuhi matlamat ini. Sistem pengurusan ini
telah memberi kesan yang baik dan berjaya oleh organisasi yang mengamalkan
pengurusan ini kerana ianya mudah, logik, dan konsisten.
2.5.2 Latihan
Di bawah TQM, kualiti menjadi tanggungjawab semua orangdan latihan
mestilah disasarkan untuk setiap peringkatsyarikat. 13 Pelan latihan khusus perlu
dibuat antaranya ialah pengurusan, jurutera, juruteknik, pejabat rumah dan
lapangankakitangan, kakitangan sokongan dan buruh lapangan. Ia boleh dikatakan
bahawa kerja-kerja pembinaan sementaraagak berbeza dari pembuatan yang relatif
yang mempunyai tenaga kerja mahir. Sifat sementara ini boleh menjadikannya lebih
sukaruntuk melatih pekerja, terutamanya pekerja yang kurang mahir di dalam
industri pembinaan. Walau bagaimanapun, terdapat banyak aspek seperti latihan dan
kesedaran yang dilakukan bagi membantu dalam meningkatkan kualiti antaranya
ialah kesedaran keselamatan syarikat pembinaan dan pelaksanaan konsep TQM.
Kebanyakan syarikat pembinaan Amerika Syarikat yang telah memberi penekanan
keselamatan kepada pekerja mereka dengan mewujudkan Pentadbiran Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan dan ianya dapat membuktikan membuktikan keberkesanan
kos program keselamatan mereka dankini menggunakan rekod keselamatan mereka
sebagai alat pemasaran.
Beberapa cara yang sama yang digunakan untuk menanamkan kesedaran
keselamatan dalam buruh kurang mahir boleh digunakan untuk memberi kesedaran
tentang kualiti dalam pembinaan. Ianyamudah untuk menggunakan rekod prestasi
kualiti yang baik sebagai alat pemasaran yang kukuh dan kuat.Sekiranya konsep
TQM diterima secara meluas di seluruhindustri pembinaan, pekerja yang bertukar
tempat kerja yang baru sepatutnya diberi latihan TQMmengenai asas kesedaran
26
kualiti sejak dari tempat kerja mereka yang terdahulu. Usaha latihan mungkin
termasuk arahan dalam asas-asasTQM, analisis sebab dan kesan, penyelesaian
masalah pasukan,komunikasi interpersonal dan interaksi dan ianya tidak
semestinyakaedah statistik dan kos pengukuran kualiti. Kajian TQM menunjukkan
bahawa lebih daripada 200 syarikat mendapati bahawa kemahirandalam interaksi
manusia, kepimpinan, dan inisiatif berperanan pentingkepada kejayaan dalam apa-
apa usaha peningkatan kualiti.
2.5.3 Kerja Berpasukan
Sesebuah organisasi yang mempunyai pekerja yang bekerja dalam
teamworkmerupakan organisasi yang mengamalkan TQM. Latihan kualiti yang
dijalankan dan proses penambahbaikanyang berterusan dilaksanakanmelalui
strukturteamwork yang dirancang dengan baik. Matlamat utama dariteamwork adalah
untuk mendapatkan semua orang termasuk kontraktor, perekabentuk, vendor,
subkontraktor, dan pemilik yang terlibat di dalam proses TQM.Di peringkat industri
pembinaan, konsep TQM diperluaskan kepadapihak yang disebutkan di atas dalam
bentuk pasukan bersama untuk mencapaikepuasan pelanggan yang lebih
tinggi.Teamworkini bertanggungjawabuntuk mewujudkan matlamat, pelan, dan
kawalan bersama bagi mencapai kualiti dalam pembinaan. Teamworkmemberikan
mekanisme untuk mendengar dan berkomunikasi dengan pemilik untuk mengukur
tahap kepuasan pelanggan.
Dua halangan untuk menubuhkan teamwork adalah keadaan kebebasan
undang-undang antara syarikatdan kaedah tradisional mereka bekerja secara
individu. Halangan-halangan ini dapat diatasi dalam industri pembinaan sekiranya
pemilik berdedikasi untuk berbuat demikian.Di peringkat syarikat, pasukan terdiri
daripada jabatanwakil-wakil yang diperlukan untuk melaksanakan TQM di
seluruhorganisasi. Pendekatan pasukan yang sama boleh digunakan semasa peringkat
27
projek. Hasil ini menunjukkan bahawa kerja berpasukan antaraparti seperti struktur,
elektrik, alam sekitar, siviljurutera, arkitek, dan pemilik adalah penting untuk
mencapai matlamat berkualiti semasa peringkat reka bentuk. Dalam peringkat
pembinaan, teamwork merupakan kumpulan yang paling dalam proses pembinaan
diikuti oleh pembina dan seterusnya pengurus pembinaan untuk mencapai kualiti
yang baik dalam setiap pembinaan yang dilakukan oleh mereka. Pada kesimpulan
teamwork merupakan kumpulan paling penting dalam semasa peringkat reka bentuk
dan agak ketara daripada peringkat pembinaan.
2.5.4 Kaedah Statistik
Kaedah statistik merupakan cara penyelesaian masalah kepadaProses TQM.
Menurut Perisco, mereka menyediakan cara untuk mengenalpasti punca masalah
kualiti, untukberkomunikasi dalam bahasa yang tepat yang dapat difahami oleh
semua ahli pasukan, untuk mengesahkan, mengulang, dan menghasilkan
semulapengukuran berdasarkan data, untuk menentukan masa lalu,sekarang, dan
kepada tahap yang lebih rendah, status masa depan proses kerja, dan membuat
keputusan mengenai fakta yang berasaskandata daripada pendapat dan keutamaan
individuatau kumpulan. Kaedah statistik yang paling biasa digunakan di Malaysia
ialah proses TQM termasuk histogram, sebab dan kesangambar rajah, kunci kertas,
rajah Pareto, graf, kawalancarta, dan gambarkan gambarajah. Kaedah statistik sangat
penting dalam industri pembuatan bagi meningkatkan kualiti. Oberlender
menggariskan kepentingan kaedah statistik untuk menyediakan cara penyelesaian
masalah penting kepada proses TQM. Teknik statistik jugayang digariskan oleh ISO
9001 adalah sangat penting. Ia dapat disimpulkan bahawa semua profesionalterlibat
dalam kajian ini bersetuju bahawa penggunaan kaedah statistikmempunyai kesan
yang sangat kecil terhadap kualiti projek pembinaan. Penemuan ini bertentangan
dengan pernyataan Hellardbahawa aktiviti pembinaan individu adalahbiasanya unik
dan menghilangkan potensi untuk apa-apa jeniskawalan proses statistik.
28
2.5.5 Kualiti Kos
Kualiti kos dianggap oleh Crosby 22 dan Juran 5 adalah alat utama untuk
mengukur kualiti. Ia digunakan untuk mengesan keberkesananProses TQM, memilih
peningkatan kualiti projek, danmemberikan justifikasi kos yang tepat. Kos kualiti
telah mendapat perhatian yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Ia amat
berkesan dalam meningkatkan kesedaranmengenai kualiti dan komunikasi kepada
pihak pengurusan dan memberi manfaat TQM dari segi kos. Kualiti kos terdiri
daripada kos pencegahan, kospenilaian, dan kos penyimpangan. Kos pencegahan
adalahyang terhasil daripada aktiviti yang digunakan untuk mengelakkan
penyimpangan ataukesilapan, manakala kos penilaian terdiri daripada kos yang
ditanggungaktiviti yang digunakan untuk menentukan sama ada produk, proses,
atauperkhidmatan mematuhi keperluan yang ditetapkan. Kosulasan reka bentuk atau
pembinaan, serta kos mengubah suai prosedur kerja untuk mematuhi piawaian
kualitimungkin dianggap kos pencegahan, sementara pemeriksaan adalahcontoh kos
penilaian. Satu kaji selidik firma AS menunjukkan bahawa halangan utama untuk
menggunakan ISO 9000 piawaian adalah kos tambahan untuk mengubahsuai
prosedur kerjadan kos tambahan untuk menyemak semula standard piawai yang
ditetapkan. Kos penyimpangan adalah akibat daripada tidak memenuhi keperluan.
Beberapa kos penyimpangan ditanggung pada tapak projek kerana kerja semula,
analisis kegagalan, kesilapan pembekal, atau pengurangan harga disebabkan
ketidaksesuaian. Kos penyimpangan lain ditanggung sebaik sahajapemilik
mengambil alih kemudahan yang dibina. Initermasuk kos untuk pelarasan aduan, kos
pembaikan,kos untuk mengendalikan dan menggantikan bahan yang ditolak, hasil
kerjaatau kos peralatan untuk membetulkan kesilapan, dan perbelanjaan litigasi.
Dalam industri pembinaan, kontraktor dipilih oleh pemilik secara kompetitif.
Walaupun tawaran itudianggap sebagai kriteria pemilihan utama, terutamanya
pemilik persendirian juga mempertimbangkan rekod keselamatan
kontraktor,sokongan teknikal, keupayaan peralatan, dan khususnya reputasi
mengenai kualiti kerja yang dilakukan. Kontraktor yang mempunyai reputasi untuk
kualiti yang kurang tinggi tidak mungkin untuk dianugerahkan banyak projek dalam
kompetitif yang ada pasaran. Penglibatan pembekal untuk menghasilkan produk
29
berkualiti bergantung pada hubungan antara pihak yang terlibat dalam proses itu
pembekal dan pelanggan. Kualiti mana-mana peringkat dalam proses bergantung
kepada kualiti peringkat sebelumnya. Kualiti projek yang dibina oleh pembina secara
langsung berkaitan dengan kualiti rancangan dan spesifikasi yang disediakan oleh
pereka, kualiti peralatan dan bahan yang dibekalkan oleh vendor, dan kualiti kerja
yang dilakukan oleh subkontraktor. Hubungan jangka panjang dengan pembekal ini
adalah amat penting semasa proses pembinaanuntuk mencapai ekonomi dan mutu
terbaik. Secara tradisinya, dalam industri pembinaan, kontraktor, subkontraktor, dan
penjual semuanya berselisih yang lain untuk bersaing atas dasar kontrak tawaran
rendah.
Namun, menurut Deming, untuk mencapai tahap tekanan yang tinggi yang
perlu ditamatkan syarikat amalan pemberian perniagaan berdasarkan tanda harga
sahaja. Menurut Peters, 27 projek yang berjaya di masa depan mungkin akan
ditentukan berdasarkan kualiti, kitaran hayat kos (bukan kos permulaan), dan tindak
balas pembekal, yang hanya boleh dicapai melalui hubungan perkongsian; hubungan
ini akan melibatkan kurang pembekal, dan mereka dijangka berdasarkan kepercayaan
bersama. Ini sudah terbukti bahawa dalam beberapa bidang pembinaan industri
pasaran. Perjanjian perkongsian jangka panjang telah dibentuk di antara beberapa
pemilik dan kontraktor. Sesetengah pemilik memerlukan kontraktor mereka untuk
menjalankan TQM, dan kedua-dua pemilik dan kontraktor memerlukan vendor
mereka untuk melaksanakanTQM untuk kepentingan industri pembinaandi masa
hadapan.
2.5.6 Khidmat Pelanggan
TQM adalah proses yang memerlukan penglibatan secara universal. Ini
termasuklah penglibatan pelanggan. Lebih banyak syarikat yang terlibat dalam
proses TQM dan permintaan untuk peningkatan kualiti yang lebih baik, konsep
30
inimenjadi semakin penting.Pelanggan mungkin sama ada dalaman atau luaran.
Memuaskan keperluan para pelanggan ini adalah bahagian penting dariproses
membekalkan pelanggan luaran akhir dengan produk yang berkualiti. Juran
mendakwa bahawa pihak-pihak dalam proses (pembekal, pemproses, dan pelanggan)
mempunyai "tiga peranan". Rajah 2.3 menunjukkan konsep "tiga peranan" yang
digunakan untuk pembinaan. Pereka adalah pelanggan pemiliknya kerana pereka
perlu menerima keperluan projekdari pemiliknya untuk menyediakan reka bentuk
yang layak. Reka bentuk bekalan perancang dan spesifikasi kepada pembina dalam
hal ini pembina adalah perekapelanggan kerana pembina menggunakan rancangan
perekadan spesifikasi, kemudian menjalankan proses pembinaan, dan akhirnya
membekalkan bangunan yang lengkap kepada pemilik. Kualiti dalam setiap proses
dipengaruhi oleh kualiti sebelum ini. Oleh itu, perkhidmatan pelanggan dalam setiap
peringkat adalah penting untuk prestasi bagi keseluruhan proses.
Input Proses
Output
Input Proses Output Input Proses
Rajah 2.3 Konsep tiga (3) pihak yang terlibat dalam pembinaan, Sumber: David & H
Murat (1997)
Pemilik Kontraktor
Arkitek Dan Jurutera Pemilik
Keperluan
Pemilik
Peringkat
Rekabentuk
Pembinaan
Fasiliti
Cadangan
Dan
Spesifikasi
Peringkat
Operasi Dan
Penyelenggaraa
n
Pringkat
Pembinaan
31
Organisasi yang berjaya mengamalkan TQM telah meraih banyak manafaat.
Antaranya ialah peningkatan produktiviti,meningkatkan semangat, kepuasan,
keyakinan serta kebolehan pekerja, meningkatkan imej organisasi, memperbaiki
perhubungan di antara pembekal-pembekal dapat penjimatan kos.
2.6 Langkah-Langkah Mempromosikan Kualiti Semasa Peringkat
Pembinaan
Kempen kesedaran “Sifar kecacatan setelah pembinaan siap” telah
diperkenalkan oleh Olympic Delivery Authority’s Construction Programme untuk
mempromosikan kualiti semasa di peringkat pembinaan. Ini telah mendapat
penyutujuan bersama oleh semua pihak dan program ini dianjurkan bermula
daripada pihak atasan sehingga kepada individu yang bekerja di tapak bina.
Promosi ini termasuklah penghargaan, pengiktirafan untuk mempraktikkan bagi
meningkatkan kualiti dalam pembinaan, video kualiti dan kempen poster mengenai
kualiti. Setiap orang adalah bertanggungjawab terhadap kualiti (London, 2012).
Walaupun inisiatif yang dilakukan mendatangkan kejayaan dalam
meningkatkan kualiti, namun pengetahuan terhadap setiap individu yang terlibat
semasa peringkat pembinaanharuslah ditingkatkan dari masa ke semasa. Kempen
untuk mempromosikan kualiti perlu dilaksanakan pada permulaan sesebuah
pembinaan itu.Inisiatif yang diterangkan di bawah dapat membantuuntuk
memastikan pengetahuan kualiti pada setiap individu yang terlibat di dalam
pembinaan.
32
2.6.1 Pasukan Pengurusan
Pihak pengurusan dari pihak klien, kontraktor dan pihak pembekal telah
telah berkumpulbersama-sama dalam satu Persidangan Kecemerlangan Prestasi
untuk :
i. mengemukakan kaedah merekauntuk mengurus kualiti dalam perniagaan
mereka, kejayaan mereka ataupembelajaran melalui kegagalan;
ii. menjemput penceramah luaran untuk memberi taklimat mengenai
kepentingan kualiti dan bagaimana untuk menguruskan kualitikepada peserta
yang hadir
iii. membincangkan isu kualiti dan bagaimanamereka boleh menangani masalah
kualit dengan baik
iv. pemimpim program memberi pengetahuan yang lebih mendalam mengenai
keperluan kualiti seterusnya dapat menjadi satu budaya ke arah meningkatkan
kualiti
v. memberi penghargaan atau pengiktirafan terhadap pihak kontraktor yang
mana aktif dalam menghasilkan kualiti dalam produk yang dihasilkan oleh
mereka.
2.6.2 Penglibatan Tenaga Kerja
Bagi memastikan kualiti dapat dicapai, penglibatan tenaga kerja di tapak bina
adalah sangat penting. Ini kerana kualiti dapat dicapai sekiranya pengurusan kualiti
mengikuti proses yang betul. Antara kepentingan penglibatan tenaga kerja di tapak
bina ialah ;
4. Perbincangan kualiti toolbox kualiti digunakan bagi
mendidik tenaga kerja untuk melakukan kerja
mengikut standard yang diperlukan dan ingin dicapai.
33
Ini bermakna ianya diperlukan untuk melindungi kerja
mereka, kesedaran untuk menyiapkan kerja dan
menghormati kerja setiap orang yang ada disekeliling
5. memperkasakan tenaga kerja untuk mengambil
pemilikankerja mereka dengan menggalakkan mereka
untuk membincangkan masalah dengan teknik
pemasangan, yang melibatkan mereka dalam
keputusan yang berkaitan dengan perlawanan akhir
produk dan pengurusan mengambil alih dalam setiap
kerja yang diberikan.
2.6.3 Kempen Poster
Kempen poster yang menekankan kepentingan kualiti dalam projek
pembinaan yang dapat dilihat dengan keterangan pendek yang digunakan untuk
menyampaikan mesej kepada orang ramai.
2.6.4 Video Berkualiti
Video berkualiti yang dihasilkan menggunakantenaga kerja sebagai galakan
yang menggalakkanpemilikan kerja mereka, keinginan untuktunjukkannya
(bangga). Pelakon ituberbangga untuk bercakap dan membuktikankerja mereka
yang terlibat dengan danmahu memastikan ia cukup baik untuk ditunjukkan.Video
boleh digunakan sebagai sebahagian daripadainisiatif untuk mempromosikan
kualiti, iaituminggu berkualiti, dan lain-lain dan dimasukkan sebagaisebahagian
daripada induksi tapak.Jika mereka mula lagi, pelajarandari pengalaman mereka:
a. Bersedia untuk melancarkan promosikempen pada permulaannya
daripada binaan supaya mereka menangkap kerja awal, selepas semua
34
ini adalah platform untuk menyiapkan produk.Di London 2012
program iniakan mempunyai banyakmanfaat yang lebih besar jika
sudahdihantar lebih awal.
b. Alihkan kempen dengan Kesihatandan inisiatif Keselamatan yang
sedang diambiltempat yang mungkin, selepas semuamereka saling
mempengaruhi, gunakan teknik yang serupa seperti tingkah
lakulatihan untuk penyelia.
c. Menggalakkan mesej kepada semuaahli pasukan yang mereka
mahumeraikan mendapatnya pertama kali,idea inovatif dan
sebagainya.
2.6.5 Quality Walk
Pengurusan atasan akan membuat lawatan tapak dan berjalan bersama tenaga
kerja untuk membincangkan masalah yang dihadapi, isu-isu yang berkaitan dengan
kerja di tapak dan mereka perlu membuat keputusan sekiranya diperlukan . Dengan
pemantaun yang sering kali dibuat ini, tenaga kerja dan pihak pengurusan atasan
dapat mengetahui tanggungjawab yang harus dijalankan oleh mereka dan seterusya
kualiti akan dapat dicapai.
2.6.6 Ganjaran Dan Pengiktirafan
Ganjaran dan pengiktirafan yang diberikan menunjukkan individu, pasukan
kerja dan organisasi itu bahawa kualiti adalah sangat penting kepada klien, dan
mereka yang menerima ganjaran dan pengiktirafan tersebut adalah yang terbaik. Di
London 2012, sebanyak 1000 pin lencana telah dihasilkan dan diberikan bersama-
sama sijil penghargaan kepada ahli-ahli yang memberi perhatian kepada kualiti,
menghargai pekerjaan mereka, menghormati kerja yang dilakukan oleh mereka dan
kepada ahli yang baru pertama kali menyertai program tersebut.
35
2.7 Adaptasi Construction Quality Assesment System (QONQUAS) Di
Malaysia
QONQUAS adalah sistem penilaian kualiti yang digunakan di Singapura
sejak tahun 1989. Ianya dibangunkan oleh Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan (BCA 2005) Singapura selaras dengan kehendak agensi sektor awam
dan badan-badan professional untuk mengukur tahap kualiti yang dicapai bagi
sesuatu projek dalam pembinaan. Pada hari ini, QONQUAS diiktiraf dan digunakan
secara meluas dan diterima diperingkat antarabangsa sebagai penanda aras untuk
mengukur kualiti. Negara seperti UK dan Hong Kong telah berjaya menggunakan
kaedah penilaian ini dalam industri pembinaan mereka. QONQUAS kini telah
diguna pakai secara meluas terutama di Singapura, Malaysia, China, Hong Kong,
United Kingdom, Australia, Afrika Selatan dan India.
2.7.1 Definisi QONQUAS
Standard for Construction Quality Assesment System (QONQUAS)
merupakan sistem penilaian untuk mengukur kualiti dalam pembinaan. CONQUAS
meletakkan standard ke atas aspek-aspek pembinaan pelbagai serta
menganugerahkan point/markah bagi mana-mana kerja yang memenuhi kehendak
standard. Markah-markah ini akan dicampur bagi mendapatkan skor/markah kualiti
secara menyeluruh yang digelar QONQUAS SCORE bagi projek bangunan.
Dengan menggunakan QONQUAS sebagai kaedah penilaian kualiti yang standard,
pemaju dapat menggunakan skor QONQUAS bagi menetapkan sasaran kepada
kontraktor untuk mencapai dan menilai kualiti bangunan yang telah siap dibina.
36
2.7.2 Objektif QONQUAS
Sistem QONQUAS mepunyai tiga (3) objektif (BCA,2005)
6. Untuk menyelaraskan standard penilaian kualiti bagi
projek pembinaan.
7. Untuk menjalankan objektif penilaian kualiti dengan
mengukur kerja-kerja yang telah dibina berbanding
dengan standard dan spesifikasi tenaga kerja
(workmanship) dan menggunakan pendekatan secara
persampelan mengikut kesesuaian projek.
8. Untuk memudahkan penilaian kualiti dijalankan secara
sistematik dengan kosdan masa yang berpatutan.
2.7.3 Skop QONQUAS
QONQUAS menyediakan piawaian dan spesifikasi untuk pelbagai aspek
kerja pembinaan dan memberikan skor untuk kerja-kerja yang memenuhi piawaian
yang telah ditetapkan. Semua skor ini akan dijumlahkan dan dipanggil QONQUAS
skor untuk menunjukkan pencapaian kualiti bagi pembinaan tersebut. QONQUA
mempunyai 3 komponen utama iaitu :
a. Kerja-kerja struktur
b. Kerja-kerja Senibina
c. M & E Works
37
Setiap komponen dibahagikan lagi kepada item yang berbeza untuk tujuan
penilaian. Namun, kerja-kerja cerucuk, asas berat dan kerja sub struktur
dikecualikan daripada penilaian terutamanya pada kualiti kerja kerja yang dinilai
melalui pemeriksaan tapak dan ujian lapangan. Pemeriksaan akan dilakukan
sepanjang proses pembinaan kerja struktur, kerja mekanikal dan elektrikal dan
bangunan yang telah siap untuk kerja-kerja senibina. Selain daripada pemeriksaan
tapak, penilaian termasuk ujian ke atas bahan-bahan dan prestasi fungsi
perkhidmatan dan pemasangan terpilih juga akan dinilai (BCA, 2005).
2.7.4 Komponen Yang Akan Dinilai
Penilaian QONQUAS terdiri daripada tiga (3) komponen utama iaitu;
i. Kerja-kerja struktur
Intergriti struktur bangunan adalah sangat penting kerana kos bagi
kecacatan sesebuah bangunan dan kos pembaikannya adalah
bergantung kepada tahap kualiti sesebuah bangunan itu. Penilaian
terhadap kerja struktur terdiri daripada ;
(a) Pemeriksaan tapak kerja acuan, tetulang keluli dan konkrit
siap semasa pembinaan. Penilaian hendaklah termasuk konkrit
keluli struktur jika masing-masing merupakan lebih daripada
20% daripada jumlah kos struktur.
(b) Ujian makmal kekuatan mampatan konkrit dan tegangan
tetulang keluli.
(c) Ujian tidak menyebabkan kerosakan keseragaman dan penutup
konkrit yang keras.
ii. Kerja-kerja Senibina
38
Kerja-kerja senibina terutamanya pada kemasan dan komponen-
komponen yang terlibat. Elemen-elemen ini adalah bahagian yang
dinilai dari segi kualiti kerja yang dihasilkan.
(d) Pemeriksaan tapak kemasan dalaman, bumbung, dinding
luaran, dan kerja luaran diperingkat penyiapan bangunan.
Kemasan dalaman termasuk lantai, dinding dalaman, siling,
pintu, tingkap dan komponen (kerja-kerja senibina yang tidak
dikelaskan di atas)
(e) Ujian bahan, dinding luar dan jubin dinding dalaman.
iii. M & E Works
Kualiti kerja M & E adalah sangat penting memandangkan kos yang
semakin tinggi dan kesannya terhadap prestasi sesebuah bangunan.
Penilaian ini meliputi kerja-kerja penghawa dingin dan kerja-kerja
pengudaraan mekanikal (ACMV), kerja-kerja elektrik, kerja-kerja
perlindungan kebakaran, kerja-kerja kebersihan dan kerja paip dan
kelengkapan asas M&E. Tahap-tahap penilaian termasuklah ;
(f) Pemeriksaan tapak kerja dalam proses semasa pembinaan
seperi pada saluran ACMV, saluran elektrik, paip tersembunyi
dan lain-lain.
(g) Pemeriksaan tapak kerja memasang seperti Unit Pengendalian
Udara (AHU), menara penyejuk, panel kawalan penggera
kebakaran dan lain-lain.
(h) Ujian prestasi ke atas kerja-kerja terpilih seperti ujian tekanan
air, ujian earthing dan sebagainya.
Setiap komponen dibahagikan lagi kepada item yang berbeza untuk penilaian.
Jumlah 3 komponen akan memberikan skor QONQUAS untuk projek tersebut.
Bangunan yang dinilai berdasarkan standard piawai melalui pemeriksaan tapak.
39
Penilaian dilakukan sepanjang proses pembinaan kerja-kerja struktur dan M & E
dan di bangunan yang telah siap untuk kerja-kerja senibina. Penilaian ini juga
termasuk ujian ke atas bahan-bahan dan prestasi bagi perkhidmatan dan
pemasangan terpilih. Ujian ini membantu untuk melindungi kepentingan penghuni
bangunan berhubung dengan keselamatan, kecantikan dan kecacatan nilai estetika.
2.7.5 Kategori Projek
Di dalam sistem QONQUAS, struktur kerja bangunan, senibina, M&E
diperuntukkan mengikut empat kategori bangunan. Sistem weightage yang
bertujuan untuk mencapai objektif skor QONQUAS untuk menilai kualiti sesebuah
bangunan mengikut nilai estetika yang ada di setiap bangunan itu. Skor
QONQUAS yang diberikan adalah jumlah mata yang diberikan kepada tiga
komponen di dalam setiap kategori bangunan yang dibahagikan.
2.7.6 Pensampelan
Memandangkan QONQUAS tidak sesuai digunakan terhadap semua
komponen yang ada di dalam sesebuah bangunan, sistem ini telah menggunakan
sistem persampelan semasa penilaian dibuat. Sistem persampelan yang dinilai
berdasarkan saiz sesebuah bangunan. Sistem ini juga dapat memastikan bahawa
penilaian yang dibuat adalah mewakili keseluruhan bangunan tersebut.
2.7.7 Pendekatan Penilaian
Sampel hendaklah diagihkan disepanjang peringkat pembinaan dijalankan.
Pemarkahan akan dilakukan pada kerja-kerja yang diperiksa buat kali pertama.
Pembetulan yang dilakukan selepas penilaian itu dibuat tidak akan dapat diperbaiki
40
semula. Objektif yang utama dalam sistem penilaian ini adalah untuk
menggalakkan pihak kontraktor “melakukan perkara yang betul pada pertama kali”.
2.7.8 Kebaikan QONQUAS
a. Membolehkan pihak firma untuk menanda aras kualiti mutu kerja
setaraf peringkat antarabangsa
b. Dapat memberi kelebihan kepada pihak kontraktor bersaing bagi
meningkatkan kualiti kerja dalam pembinaan yang konsisten bagi
mencapai skor QONQUAS yang tertinggi
c. Meningkatkan rekod prestasi kerja yang baik terhadap pihak
kontraktor bagi memastikan kebolehpasaran di masa hadapan.
2.8 Pengenalan Kepada QLASSIC
Sistem Penilaian Kualiti Dalam Pembinaan atau dikenali sebagai QLASSIC
telah diperkenalkan di Malaysia oleh Lembaga Industri Pembinaan (CIDB) pada
tahun 2007. Di Singapura sistem yang sama digunakan dikenali sebagai
(QONQUAS). Pelaksanaan (QONQUAS) yang berkesan mendorong (CIDB)
menerbitkan (QONQUAS) mereka sendiri dengan beberapa garis panduan dibuat
yang dinamakan sebgagai QLASSIC.
QLASSIC menetapkan piawaian bagi setiap elemen pembinaan dalam
bangunan dan kerja infrastruktur lain. Penilaian bagi kualiti kerja dan kemasan
kerja pembinaan adalah berdasarkan piawaian. Mata akan diberikan jika kualiti
kerja memenuhi garis panduan yang ditetapkan. Mata ini kemudian akan
41
dikumpulkan untuk memberikan skor kualiti keseluruhan yang dinamakan skor
QLASSIC (%).
Penilaian dilakukan di tapak bina melalui pemeriksaan tapak dan ujian
lapangan. Skor akan dilakukan pada kerja-kerja pembinaan yang diperiksa buat kali
pertama. Kerja-kerja pembinaan yang diperbetulkan dari masa ke semasa selepas
penilaian tidak akan dinilai semula. Objektif amalan ini adalah untuk
menggalakkan kontraktor melakukan perkara yang betul pada kali pertama dan
setiap masa. Tujuan sistem ini adalah untuk membolehkan projek pembinaan
dilaksanakan mengikut standard piawaiuntuk memastikan kualiti kerja dalam
pembinaan.
2.8.1 Objektif QLASSIC
Berdasarkan CIDB, QLASSIC merupakan sistem yang menilai kualiti kerja
melalui pendekatan pensamplean dan statistik. Objektif QLASSIC adalah seperti
berikut :
(a) Meningkatkan tahap kualiti dalam industri pembinaan
(b) Memiliki sistem penilaian kualiti sebagai penanda aras untuk kualiti
kerja dalam pembinaan
(c) Membantu kontraktor untuk mengurangkan kerja kecacatan semasa
menjalankan kerja pembinaan
(d) Digunakan sebagai kriteria unutk menilai prestasi kontraktor
berdasarkan kualiti kerja
(e) Penyusunan data yang digunakan untuk analisis statistik dalam
menganggarkan tahap kualiti dan produktiviti industri pembinaan
42
2.8.2 Skop QLASSIC
QLASSIC menetapkan standard pada kualiti kemahiran kerja bagi pelbagai
elemen pembinaan untuk kerja pembinaan bangunan. Markah diberikan apabila
kemahiran kerja berkenaan mematuhi standard yang digariskan, iaitu mengguna
Construction Industry Standard (CIS 7:2006). Markah tersebut kemudian
dijumlahkan untuk mengira Skor QLASSIC (%) terhadap satu-satu projek
pembinaan bangunan.
Penilaian QLASSIC melaksanakan pemeriksaan tapak serta mengguna
prinsip pemeriksaan kali pertama. Kerja-kerja pembinaan yang diperbaiki selepas
penilaian dibuat tidak akan dinilai semula. Objektif prinsip ini ialah untuk
menggalakkan kontraktor "Do Things Right the First Time and Every Time".
2.8.3 Penilai QLASSIC
Penilaian QLASSIC di sesebuah projek pembinaan mesti dilaksanakan oleh
penilai bertauliah yang telah dilantik oleh CIDB.
Penilaian atau Penilai yang bertauliah itu adalah orang yang telah lulus dan
memenuhi syarat keperluan yang ditetapkan oleh CIDB. Hanya yang lulus latihan
akan berdaftar dengan CIDB, sebagai penilai QLASSIC yang bertauliah.
CIDB memastikan perlantikan para penilai yang menjalankan kerja taksir
nilai di projek pembinaan, adalah terdiri daripada ahli bertauliah yang memiliki
tahap profesionalisme dan integriti tertinggi pada saban masa.
43
2.8.4 Pendekatan Penilaian Dan Proses Persampelan
Sebelum sesuatu penilaian dilaksanakan, elemen pembinaan yang perlu
dinilaikan itu diperhalusi menerusi pendekatan persampelan dan statistik. Sampel
itu diedarkan sama rata sepanjang pelaksanaan projek.Sampel penilaian dipilih
daripada lukisan dan pelan projek pembinaan yang relevan. Semua lokasi di
sesebuah projek pembinaan akan turut terlibat bagi urusan penilaian. Ini bagi
memastikan sampel terpilih mewakili secukupnya seluruh projek pembinaan
berkenaan.
Oleh kerana tidak praktikal untuk menilai semua elemen dalam projek
pembinaan, penilaian QLASSIC menggunakan proses pensampelan untuk membuat
penilaian. Pensampelan mengambil kira saiz bangunan serta pengagihan di setiap
bahagian atau lokasi yang berfungsi. Ini akan membolehkan penilaian itu mewakili
keseluruhan bangunan (Hao 2005). Sebelum menjalankan penilaian, penilai akan
menentukan sampel (elemen atau lokasi) yang perlu dinilai. Sampel mesti
diedarkan dengan seragam disepanjang projek pembinaan dijalankan. Sampel akan
dipilih daripada lukisan dan pelan projek yang berkaitan. Persampelan kerja-kerja
struktur dibahagikan kepada dua atau tiga peringkat bermula dari aktiviti
superstruktur sehingga selesai kerja-kerja struktur bergantung kepada skop aktiviti
struktur (Hao 2005). Semua lokasi dalam projek pembinaan mestilah disediakan
untuk tujuan penilaian.
Terdapat beberapa elemen yang dapat dinilai oleh penilai tentang standard
kualiti yang dilaksanakan oleh pelanggan atau kontraktor yang telah dilantik oleh
mereka. Oleh itu, penilaian bergantung kepada elemen penilaian yang diperlukan.
Elemen-elemen yang dinilai adalah seperti berikut :
44
1. Kerja-kerja Struktur
Penilaian dibuat sepanjang projek pembinaan dijalankan. Bilangan
sampel ditentukan berdasarkan keluasan lantai kasar (GFA) bangunan dengan
bilangan minimum dan maksimum sampel.
2. Kerja-kerja Senibina
Penilaian dilakukan setelah projek pembinaan siap dan sebelum proses
penyerahan bangunan tersebut terhadap klien. Sampel ditentukan berdasarkan
keluasan lantai kasar (GFA) bangunan dengan bilangan minimum dan
maksimum sampel.
Kerja-kerja penilaian senibina mengikut elemen-elemen di setiap
bangunan adalah seperti rajah dibawah :
a) Siling
Rajah 2.4 : Permukaan siling yang licin, tiada kecacatan yang
dapat dilihat dan tiada jurang antara siling dan dinding
b) Lantai
45
Rajah 2.5 : Kecerunan jubin lantai yang lurus dan tepat
c) Dinding dalam
Rajah 2.6 : Permukaan adalah sama rata, bebas daripada
permukaan mengelupas, dan tiada jurang yang kelihatan
kerosakan keretakan.
d) Dinding luar
Rajah 2.7 : Permukaan dinding luar di cat sama rata, bebas
daripada mengelupas dan tidak ada kecacatan
Rajah 2.8 : Permukaan kaca mestilah kemas dan mempunyai
alignment yang lurus dan tegak
46
e) Bumbung
Rajah 2.9 : Permukaan bumbung yang dinilai tidak kotor,
penyambungan dipasang dengan betul, kemas dan selari dan
warna yang konsisten.
f) Longkang dan apron
Rajah 2.10 : Longkang mestilah tidak bertakung dan selari.
g) Pintu dan tingkap
47
h) Lekapan dalam dan luar
Rajah 2.11 : Alignment harus selari, aksesori yang mencukupi,
louvered tingkap dengan panel kaca panjang yang betul
Rajah 2.12 : Penyambungan yang kemas, selamat untuk
digunakan, tiada sebarang keroskan dan mempunyai warna
yang konsisten
3. Kerja-kerja Mekanikal Dan Elektrik
Sampel ditentukan berdasarkan keluasan lantai kasar (GFA) bangunan
dengan minimum dan maksimum sampel. Untuk projek-projek yang telah siap
penilaian akan dibuat setelah projek telah siap dan sebelum penyerahan
bangunan terhadap klien. Manakala untuk projek yang sedang dijalankan,
penilaian akan dibuat secara berperingkat dari masa ke semasa.
4. Kerja-kerja Luaran
48
Penilaian akan dibuat setelah projek telah siap dan sebelum
penyerahan bangunan terhadap klien. Bilangan sampel adalah berdasarkan
(10M panjang / lokasi) mengikut nombor sampel yang minimum.
2.8.5 Standard Industri Pembinaan (CIS : 2006)
Standard industri pembinaan dibahagikan kepada empat komponen utama.
Penilaian kualiti kerja dilakukan berdasarkan standard piawaian dan skor akan
diberikan mengikut keperluan standard yang ditetapkan. Skor kualiti yang diberi
akan dijumlahkan yang dikenali sebagai skor QLASSIC kepada kerja-kerja
pembinaan (Hao,2005). Komponen-komponen yang akan dinilai adalah seperti
berikut :
1. Kerja-kerja Struktur
Struktur bangunan adalah sangat penting kerana ia akan menentukan
peruntukan kos bagi kos kecacatan dan pembaikan setelah pembinaan telah siap
dibina. Penilaian struktur bangunan terdiri daripada :
a. Pemeriksaan terhadap acuan kerja, kerja-kerja besi, elemen
prefabricated atau pre-castsemasa peringkat pembinaan dijalankan
b. Ujian makmal mengenai kekuatan mampatan konkrit dan tegangan
tetulang keluli
c. Ujian tidak terancang bagi uniformitydan penutup konkrit yang
keras
2. Kerja-kerja Senibina
49
Kerja-kerja senibina sering berkait rapat dengan kerja-kerja kemasan. Ini
adalah bahagian di mana kualiti kerja dapat ditentukan mengikut standar piawai
yang ditetapkan. kerja-kerja senibina adalah kerja seperti lantai, dinding dalaman,
siling, pintu dan tingkap, lekapan dan lengkapan, dinding luaran, bumbung, jalan
masuk, porch dan apron.
3. Kerja-kerja Mekanikal Dan Elektrikal
Kualiti kerja M&E adalah penting memandangkan perkadaran kos
yang semakin tinggi dan kesannya terhadap prestasi bangunan. Secara amnya
penilaian itu meliputi kerja-kerja elektrik, penyaman udara dan kerja-kerja
pengudaraan mekanikal (ACMV), kerja-kerja perlindungan kebakaran, kerja-
kerja pembersihan dan paip, lif, ekskaltor dan asas peralatan dan lengkapan
M&E.
4. Kerja-kerja Luaran
Kerja luaran dalam pembinaan bangunan seperti tempat perlindungan
jalan, longkang, kerja jalan, tempat letak kereta, laluan penjalan kaki, turfing,
taman permainan, pagar, kolam renang, hardscape dan pencawang elektrik.
Dalam standard industri pembinaan, pemberat untuk struktur, seni bina,
M&E dan kerja luaran diperuntukkan, mengikut empat kategori bangunan.
Sistem weightage yang memenuhi objektif QLASSIC dimana ianya dapat
menentukan kualiti bangunan, kompromi antara perkadaran kos empat
komponen dalam pelbagai bangunan dan pertimbangan nilai estetika. Skor
QLASSIC sebuah bangunan adalah jumlah mata yang diberikan kepada
empat komponen dalam setiap kategori bangunan.
50
2.8.6 Aliran Proses Penilaian QLASSIC
Dalam gambar rajah 2.12 di bawah, menunjukkan carta aliran yang
dihasilkan oleh CIDB. Penilaian carta aliran boleh diaplikasikan oleh pihak pemaju
dan kontraktor di Malaysia.
Rajah 2.13 : Carta alir proses penilaian QLASSIC
MULA
PERMOHONAN
KEPADA CIDB
SKOP PENILAIAN
SAMPEL OLEH
PENILAI
PENILAIAN DI TAPAK
SKOR QLASSIC (%)
TAMAT
- Pemaju/ pemilik
projek/ kontraktor
untuk menghantar
permohonan
- Bilangan sampel
yang akan dinilai
berdasarkan garis
panduan
pensampelan
didalam CIS 7
(GFA)
-Lokasi sampel
ditentukan dan
ditandakan dalam
lukisan pembinaan
-CIDB
mengeluarkan
laporan penilaian
berdasarkan projek
-Kerja senibina
-Kerja penyukturan
-Kerja M&E
-Kerja luaran
1.
-Penilai bebas dan
berkelayakan untuk
menjalankan
penilaian
-Kualiti mutu kerja
adalah berdasarkan
keperluan dalam
CIS 7
-Borang penilaian
2.
51
2.8.7 Kategori Bangunan Yang Dinilai QLASSIC
Terdapat empat kategori menilai bangunan dengan mengguna QLASSIC
seperti berikut:
i. Kategori A (Setingkat) – Sesebuah, berkembar, teres dan kelompok.
ii. Kategori B (Bertingkat) – Rumah Pangsa, apartment, kondominium,
servis apartmen, small office home office (SOHO) dan town house.
iii. Kategori C (Bangunan awam/komersial/industri tanpa sistem
pendingin berpusat) – Bangunan pejabat, sekolah, kilang, gudang,
bengkel, hanger, small office flexible office (SOFO), small office
virtual office (SOVO), bangunan keagamaan, stadium, dewan
komuniti, hospital, lapangan terbang, universiti, kolej, balai polis, dan
seumpamanya.
iv. Kategori D (Bangunan awam/komersial/industri dilengkapi sistem
pendingin berpusat) – Bangunan pejabat, sekolah, kilang, gudang,
bengkel, hanger, small office flexible office (SOFO), small office
virtual office (SOVO), bangunan keagamaan, stadium, dewan
komuniti, hospital, lapangan terbang, universiti, kolej, balai polis, dan
seumpamanya.
Penilaian terhadap kualiti kerja dilakukan berdasarkan komponen-komponen
utama dan markah diberikan jika kualiti mematuhi standard piawaian yang
ditetapkan. Markah yang telah diberikan akan dijumlahkan untuk mendapat jumlah
skor untuk projek pembangunan tersebut. Peruntukan weightageuntuk komponen
kerja pembinaan yang mengikut kategori bangunan adalah seperi dalam Jadual 2.13
di bawah :
52
Jadual 2.14 : Weightage bagi komponen yang dinilai
Komponen
Kategori A
Setingkat
(%)
Kategori B
Bertingkat
(%)
Kategori C
Bangunan
awam/komersial/indu
stri tanpa sistem
pendingin berpusat
(%)
Kategori D
Bangunan
awam/komersial/indust
ri dilengkapi sistem
(pendingin berpusat)
(%)
Kerja
Struktur
15 20 20 20
Kerja
Senibina
70 60 55 50
Kerja
Mekanikal
&
Elektrikal
5 10 15 20
Kerja
Luaran
10 10 10 10
Jumlah
Skor
100 100 100 100
2.8.8 Kebaikan Aplikasi QLASSIC
Pembeli hartanah pada harini tidak hanya melihat kepada kualiti sesebuah
pembinaan tersebut tetapi ia juga mementingkan nilai estetika juga. Walaupun
kebanyakan pemaju ingin memberikan kualiti yang luar biasa kepada pengguna
akhir, kontraktor yang menjalankan kerja pembinaan kadangkala tidak dapat
memenuhi standard piawaian yang telah ditetapkan. Kepentingan dalam
53
memastikan kualiti kerja dalam pembinaan adalah sangat penting kepada pemaju
kerana ini akan meminimumkan keperluan untuk kerja-kerja pembaikan kecacatan
bangunan yang menyebabkan peningkatan kos. Oleh itu, ianya penting bagi pemaju
untuk melihat kualiti kerja pada permulaan projek dan hanya QLASSIC yang dapat
menyediakan ciri-ciri yang sesuai untuk mengukur kualiti dalam pembinaan
(CIDB,2006). Antara kebaikan menggunakan QLASSIC antaranya ialah :
a) Moto – Melakukan perkara yang betul pada pertama kali dan
setiap kali menggalakkan pemaju dan kontraktor untuk
menjalankan kerja-kerja yang betul pada setiap masa. Yang
bermaksud kurang wang yang dibelanjakan untuk kerja
pembetulan dan pembaikan kecacatan bangunan.
b) Pengukur - Membolehkan pemaju untuk mengukur prestasi
kerja mereka. Contohnya dalam projek terdahulu, pemaju A
mendapat skor markah yang kurang baik, iaitu 58%. Dan
selepas dilengkapi dengan pengetahuan yang betul dan
mendapat pemahaman yang lebih baik mengenai QLASSIC,
pemaju dapat meningkatakn skor markah yang lebih tinggi iaitu
menjadi kepada 65% dalam projek seterusnya dan bertambah
baik kepada 76% dalam pembangunan lain. Ini menunjukkan
peningkatan yang berterusan dengan projek-projek seterusnya
sebagai pendorong kepada pemaju berusaha untuk
menghasilkan produk yang lebih baik dengan kualiti yang baik.
c) Pertimbangan yang tinggi – QLASSIC dapat mewujudkan
pemaju yang mempunyai kepakaran dan kemahiran bagi
mencapai matlamat mereka. Ia juga dapat menunjukkan hasrat
pemaju untuk bertanggungjawab dan keinginan untuk
memberikan kualiti kerja yang baik kepada pembeli.
54
d) Berwibawa – apabila dikongsi secara terbuka dengan orang
awam, ukuran penilaian kualiti akan memberi kepercayaan dan
kredibiliti terhadap pemaju dan kontraktor.
e) Reputasi kontraktor – QLASSIC adalah sistem penilaian yang
boleh dipercayai untuk digunakan dalam menentukan kualiti
dan memberi pengiktirafan kepada kontraktor. Terdapat contoh
di mana pemaju akan menetapkan skor yang mana kontraktor
mestilah mencapai (biasanya 70% dan ke atas) sebagai cara
untuk mengukur kualiti kerja dan akan dianugerahkan
pengiktirafan kepada kontrakor yang mencapai skor yang
tinggi.
f) Alat pemasaran – skor QLASSIC yang tinggi membolehkan
pemaju menggunakannya sebagai sebahagian daripada alat
pengiklanan dan promosi terutama projek-projek baru dan juga
mewujudkan lebih banyak kesedaran kepada orang ramai
mengenai kepentingan skor QLASSIC yang tinggi dan
berpotensi membuatkan pembeli mempunyai keyakinan dan
kepercayaan kepada pemaju.
g) Anugerah kecemerlangan QLASSIC – Satu perkongsian yang
kuat antara pemaju dan kontraktor untuk mereka bekerjasama
untuk memastikan kualiti kerja yang diiktiraf dan dihormati
yang akan diberikan pada hari QLASSIC.
QLASSIC adalah sangat berpatutan dan hanya berharga RM500 untuk setiap
projek, tanpa mengira projek. Ia adalah satu kali kos dan taksiran tidak boleh
diulang dalam apa-apa keadaan. Pemaju akan mempunyai peluang untuk mengukur
dan mengenalpasti standard piawaian yang ditetapkan dan berusaha untuk
memperbaiki dalam projek seterusnya.
55
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Tujuan penyelidikan dilakukan adalah untuk memberi jawapan kepada
“ketidakpastian”. Pengkaji menjalankan kajian kerana tidak pasti akan sesuatu
perkara atau fenomena yang telah, sedang atau belum berlaku. Pengkaji tidak boleh
mengenalpasti jawapan untuk dengan hanya berdasarkan pandangan diri sendiri
berasaskan pengetahuan atau pengalaman lalu. Ini adalah kerana pandangan dan
pengetahuannya mungkin dipengaruhi oleh penghuraian yang subjektif berikutan
pengaruh pihak-pihak tertentu, kepercayaan, budaya, tradisi, stereotaip ataupun
tanggapan yang salah. Dalam penyelidikan, pandangan seseorang yang mempunyai
unsur subjektiviti yang tinggi adalah dianggap sebagai tidak formal selagi
pandangan tersebut tidak dianalisis melalui kajian. Penyelidikan merupakan satu
langkah yang memastikan maklumat yang diperoleh munasabah dan disokong oleh
data-data yang bersifat kuantitatif dan kualitatif. Ini dilakukan dengan mengumpul
data (berhubung sesuatu topik) secara terus daripada individu, kumpulan individu,
dokumentasi serta pelbagai sumber maklumat yang lain. Oleh itu, penyelidikan
merupakan satu proses yang sistematik yang melibatkan perancangan kaedah
penyelidikan, pengumpulan data, penghuraian data dan pelaporan untuk memberi
jawapan kepada ketidakpastian pengkaji, di samping digunakan sebagai alat untuk
memperoleh sumber pengetahuan yang sah dan boleh dipercayai, iaitu sumber
pengetahuan yang mempunyai nilai saintifik dan logik. Secara ringkas,
56
penyelidikan adalah satu bentuk disiplin yang sistematik yang memberi jawapan
kepada persoalan.
Oleh itu metodologi kajian adalah sangat penting dalam menjalankan sesuatu
kajian. Ia merupakan satu proses yang sistematik yang melibatkan perancangan
kaedah penyelidikan, pengumpulan data, penghuraian data dan pelaporan untuk
memberi jawapan kepada ketidakpastian pengkaji. Menurut Norazman Abdul
Majid, Sahirah Marzuki & Zanariah Md Salleh (2007), metodologi kajian memberi
panduan dalam perlaksanaan serta cara perlaksanaan penyelidikan dijalankan. Di
dalam bab ini akan menerangkan bagaimanakah kaedah penyelidikan yang akan
digunakan bagi mencapai objektif kajian.
3.2 Rekabentuk Penyelidikan
Hasil kajian ditentukan oleh kaedah dan rekabentuk kajian, manakala
rekabentuk kajian pula ditentukan oleh tujuan kajian. Namun, tiada rekabentuk
kajian yang sesuai digunakan untuk semua kajian, tetapi sesuatu kajian boleh
dilakukan dengan menggunakan beberapa bentuk kajian yang berbeza. Oleh itu,
pengkaji harus merancang kajiannya dengan menggunakan rekabentuk
penyelidikan yang bersesuaian dengan tujuan penyelidikan yang telah ditetapkan.
Penyelidikan yang akan dijalankan ini adalah berbentuk kajian tinjauan. Oleh itu,
penyelidikan akan dijalankan situasi yang realistik agar hasil kajian dapat mencapai
objektif yang telah digariskan.
Sesuatu penyelidikan biasanya dikategorikan sebagai penyelidikan kuantitatif
atau penyelidikan kualitatif. Terdapat juga penyelidikan yang menggabungkan
kedua-dua penyelidikan kuantitatif dah kualitatif. Dua kategori penyelidikan ini
yang berbeza dari segi kaedah dan teknik kajian yang digunakan mempunyai
57
tujuan, konsep, reka bentuk kajian, persampelan, cara data dipungut dan analisis
data serta instrumentasi yang berbeza.
Istilah “kuantiti” membawa erti beberapa banyak atau bilangan, iaitu merujuk
kepada bilangan yang diskrit yang dinyatakan dengan tepat. Maka, penyelidikan
kuantitatif adalah melibatkan data numerical dan ketepatan, dan adalah berdasarkan
kaedah penyelidikan inkuiri positivitis, di mana penyelidikan dilakukan melalui
kajian eksperimental dan data numerical yang dipungut dianalisis dengan ujian
statistic. Melalui penyelidikan kuantitatif, masalah kajian dapat dinyatakan dalam
bentuk hipotesis.
Dalam penyelidikan kuantitatif, variabel-variabel dalam suatu fenomena yang
dikaji akan dioperasionalkan sebelum diukur. Pengukuran data dalam penyelidikan
kuantitatif mengutamakan kesahan dan kebolehpercayaan, dan ia dilakukan untuk
menguji teori, membina fakta dan menyatakan perhubungan antara variabel-
variabel dalam fenomena yang dikaji. Kaedah eksperimental dan kuasi-
eksperimental merupakan dua reka bentuk penyelidikan yang sering digunakan
dalam penyelidikan kuantitatif.
Penyelidikan kuantitatif juga boleh dilakukan melalui kajian deskriptif atau
kajian inferensi. Dalam penyelidikan deskriptif, data dipungut daripada seluruh
populasi dan statistik asas seperti frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai dan
taburan skor dilaporkan. Dalam kajian inferensi pula, data dikumpul daripada satu
sampel yang dipilih secara rawak daripada populasi dan diuji dengan menggunakan
ujian statistik. Hasil kajian kemudiannya digeneralisasikan kepada seluruh populasi
di bawah kajian.
58
Berdasarkan kepada persoalan dan objektif kajian, pengkaji memilih untuk
melakukan kaedah penyelidikan iaitu kaedah kuantitatif melalui borang soal
selidik.
3.3 Populasi Penyelidikan
Populasi kajian adalah kumpulan sasaran penyelidik supaya sesuatu dapatan
kajian dapat diaplikasikan (Fraenkel & Wallen,1990). Dalam penyelidikan ini,
sasaran populasi kajian ialah terhadap syarikat kontraktor kelas kecil dan sederhana
bermula dari kelas G5, G4, G3, G2 dan G1 di dalam industri pembinaan di Malaysia
yang bedaftar di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
(CIDB).
3.4 Sampel Penyelidikan
Persampelan merupakan proses memilih sebilangan subjek daripada sesuatu
populasi untuk dijadikan sebagai responden kajian. Ia merupakan satu aspek penting
dalam penyelidikan kerana penggunaan sampel yang tidak sesuai akan
mengurangkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian. Secara amnya, prosedur
persampelan dalam penyelidikan dilakukan dengan menentukan kerangka
persampelan terlebih dahulu, diikuti dengan pemilihan sampel kajian daripada
kerangka persampelan tersebut dan seterusnya ujian statistik dilakukan ke atas
sampel tersebut. Nilai ujian statistik yang diperoleh daripada kajian ke atas sampel
kemudiannya digeneralisasikan kepada nilai populasi kajian yang dikenali sebagai
parameter.
Ralat persampelan digunakan dalam penyelidikan ini. Persampelan ini
merujuk kepada perbezaan antara nilai statistik dalam sampel kajian dengan nilai
parameter yang sebenar dalam populasi (Chuan Yan Piaw 2014).
59
Oleh yang demikian, responden bagi penyelidikan ini telah ditetapkan pada
peringkat awal bersesuaian dengan penyelidikan yang ingin dibuat. Kontraktor kelas
kecil bermula dari kelas G5,G4,G3,G2 dan G1 telah dipilih untuk menjadi responden
bagi penyelidikan ini. Pemilihan responden adalah sangat penting kepada penyelidik
bagi mendapatkan data yang tepat dan benar.
3.5 Instrumen Penyelidikan
Dalam penyelidikan sains sosial , instrument kajian biasanya merupakan soal
selidik yang direka khas untuk mengumpul data kajian. Soal selidik mempunyai
banyak kegunaan. Antaranya, sebagai senarai semak untuk merekodkan pemerhatian
ke atas tingkah laku responden, sebagai soalan sesi temubual, ataupun sebagai ujian
kertas dan pensil. Soal selidik yang baik tidak seharusnya menimbulkan kebosanan
responden, malah boleh menarik minat responden untuk menjawab dengsn ikhlas dan
jujur. Item-item dalam soal selidik haruslah mudah difahami, dan resposden dapat
menjawabnya tanpa keraguan walaupun dengan membacanya sekali sahaja. Pengkaji
perlu sentiasa ingat bahawa suatu soal selidik yang baik adalah ringkas, jelas, mudah
dijawab dan dapat mewakili konsep operasional yang ingin dikaji dengan tepat.
Oleh itu, instrumen yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah soal selidik
kajian tinjauan. Borang soal selidik boleh dianggap sebagai pengganti diri penyelidik.
Soal selidik adalah borang yang akan menyediakan soalan-soalan dan beberapa
bahagian serta ruangan untuk dijawab oleh responden. Menurut Rohana (2003), soal
selidik lazimnya bersifat standard di mana soalan yang sama akan diberi kepada
semua responden tanpa mengira lapisan masyarakat.
60
3.6 Kaedah Pengumpulan Data
Setiap penyelidikan melibatkan beberapa proses yang mana proses
pengumpulan data merupakan proses yang paling penting bagi penyelidikan kerana
ianya akan menentukan hasil yang diperolehi di akhir penyelidikan. Setiap
penyelidikan memerlukan pengumpulan data bagi menjawab dan menyokong
objektif yang telah ditetapkan diperingkat awal.
Terdapat beberapa kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam
penyelidikan ini. Kaedah pertama ialah edaran borang soal selidik melalui serahan
tangan oleh penyelidik. Penyelidik akan menghantar sendiri borang soal selidik
kepada responden. Kaedah ini mempunyai kelebihan iaitu penyelidik dapat
memperoleh data dengan cepat dan jika responden tidak faham untuk menjawab
soalan yang berkaitan, penyelidik secara terus dapat membantu responden. Dengan
ini, penyelidik dapat maklum balas daripada responden dengan secepat mungkin.
Kaedah yang kedua ialah dengan menggunakan teknologi iaitu melalui email,
mesin faks, dan “online survey”. Penggunaan kaedah ini adalah cepat dan dapat
menjimatkan kos selain kurang menggunakan tenaga kerja.
3.7 Kaedah Analisis Data
Analisis data yang dijalankan bertujuan untuk menjawab objektif yang
dinyatakan. Di samping itu, perbandingan akan dibuat diantara data primer dan data
sekunder yang mana data-data yang diperolehi daripada proses pengumpulan data
sama dengan data-data yang didapati melalui kajian literature.
61
Di dalam penyelidikan ini, maklumat yang diperolehi melalui borang soal
selidik akan dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel. Pemilihan perisian ini
adalah berdasarkan kepada kemudahan mengira responden dan memudahkan
penyelidik untuk mengubah penjelasan kepada bentuk graf dan jadual bagi soalan-
soalan yang telah direka.
Daripada hasil soal selidik yang dilakukan, data yang diperolehi dikumpul
dan dianalisis. Analisis data adalah penukaran dari data mentah kepada maklumat
yang boleh dilihat dengan jelas. Data-data yang diperolehi akan dipersembahkan di
dalam bentuk jadual beserta huraian dalam bentuk penulisan supaya mudah difahami
dengan jelas.
3.7.1 Indeks Purata
Dalam penyelidikan ini, data yang dikumpul daripada soal selidik dianalisis
dengan menggunakan kaedah indeks purata. Indeks Purata dikira untuk
mencerminkan keberkesanan kriteria yang dinyatakan di atas. Sebaik sahaja indeks
purata setiap data ditentukan, kriteria bagi setiap data akan dinilai melalui kedudukan
dan pengelasan skala. Indeks tersebut dikira seperti berikut (Majid & Mccaffer,
1997).
Formula Indeks Purata seperti di bawah :
Indeks Purata : ΣαiXi
Σxi
Di mana:
ai = pemalar yang melambangkan pemberat bagi i
xi = pembolehubah yang melambangkan kekerapan responden bagi i
i = 0,1,2,3,4,5 dan seterusnya.
62
Pengelasan bagi purata mata yang diperolehi pula adalah dengan merujuk
kepada McCaffer dan Muhd Zaimi (1997) seperti yang berikut :
SKALA
PENILAIAN
KATEGORI
INDEKS PURATA
1 Sangat Tidak Tahu 1.00 ≤ Indeks Purata < 1.50
2 Tidak Tahu 1.50 ≤ Indeks Purata< 2.50
3 Kurang Tahu 2.50 ≤ Indeks Purata < 3.50
4 Tahu 3.50 ≤ Indeks Purata < 4.50
5 Sangat Tahu 4.50 ≤ Indeks Purata < 5.00
Jadual 3.1 : Kedudukan skala Indeks Purata
3.7.2 Analisis Kekerapan
Kaedah analisis frekuensi digunakan merujuk kepada soalan tertutup yang
iaitu soalan yang telah disediakan jawapan. Antara teknik yang digunakan untuk
menerangkan dan menghurai statistik deskripsi ini adalah dengan menghuraikan
dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Kaedah ini digunakan pada bahagian satu (1)
iaitu latar belakang responden.
Formula berikut akan menerbitkan peratusan kekerapan :
Kekerapan ( fr ) = Kekerapan skor x 100
Bil responden
63
3.8 Skala Likert
Rensis Likert (1932) mencadangkan bahawa indeks seharusnya dibina dengan
menambah item-item yang berkaitan dengan sesuatu konsep. Skala Likert ini
digunakan secara meluas dalam penyelidikan, terutamanya dalam kajian-kajian
sains sosial dan pendidikan. Pada asasnya, Skala Likert menggunakan 5 skala, iaitu
:
1. Sangat tidak setuju
2. Tidak setuju
3. Tidak pasti
4. Setuju
5. Sangat setuju
Analisis Skala Likert menggunakan formula indeks purata untuk mengukur
pandangan responden terhadap soalan yang ditanyakan dalam borang soal selidik
(Majid & McCaffer 1997). Kaedah ini digunakan pada bahagian dua (2) dan
bahagian tiga (3) borang soal selidik.
3.8.1 Analisis Data Skala Likert
Oleh kerana nilai skala Likert merupakan skala ordinal, maka analisis
perbezaan antara kumpulan-kumpulan responden boleh dilakukan dengan
menggunakan ujian bukan parametrik seperti ujian Khi Kuasa Dua, ujian Mann-
Whitney U dan ujian Kruskal-Wallis H. Analisis korelasi pula boleh dilakukan
dengan menggunakan ujian Kolerasi Spearman r, manakala analisis deskriptif boleh
menggunakan frekuensi dan peratusan.
64
3.8.1.1 Pengiraan Skor Bagi Skala Likert
Menurut Lim dan Alum (1995) ; Chua (2006) dan Sulaiman (1996), min ialah
purata yang diperoleh dengan menambahkan semua skor dan dibahagi dengan
bilangan kategori. Nilai ini menerangkan kecenderungan setiap pemboleh ubah
secara purata. Nilai min yang diperoleh adalah berdasarkan formula berikut :
Contoh pengiraan :
Sangat Tidak
Tahu
Tidak Tahu
Kurang
Tahu
Tahu Sangat
Tahu
1 2 3 4 5
A B C D E
Skor Min = Jumlah skor
Jumlah Responden
Skala = 1, 2, 3, 4 dan 5
Responden = A, B, C, D, E
Jumlah Responden = A + B + C + D + E = N
Skor Purata = (A x 1) + (B x 2) + (C x 3) + (D x 4) + (E x 5) /N
3.8.1.2 Kelebihan Skala Likert
9. Mudah diurus dan dipakai.
10. Item-itemnya mudah dijawab oleh responden
Skor Min = Jumlah Skor
Jumlah Responden
65
11. Data yang dipungut melalui skala Likert mempunyai
kebolehpercayaan yang lebih tinggi daripada skala-
skala yang lain seperti Thurstone dan Guttman.
3.8.1.3 Langkah-Langkah Pembinaan Skala Likert
Skala Likert yang digunakan dalam sesuatu instrumen kajian perlu dibina
mengikut prosedur tertentu. Pengkaji boleh mengikuti langkah-langkah di bawah
untuk membina skala Likert untuk item-item pengukuran.
a. Membina item cadangan
Langkah pertama dalam pembinaan skala Likert ialah menghasilkan item-
item cadangan. Jumlah item cadangan yang sesuai adalah antara 60 hingga 100
item. Item-item cadangan boleh dihasilkan oleh pengkaji sendiri berdasarkan teori-
teori sedia ada ataupun berdasarkan kefahaman sendiri tentang konsep yang ingin
diukur. Sekiranya melibatkan konsep atau variabel yang umum, adalah lebih baik
untuk meminta bantuan daripada orang-orang lain bagi menghasilkan idea-idea
yang akan dijadikan sumber pembinaan item-item cadangan. Sesi penghasilan idea
seperti sumbangsaran boleh diatur untuk menghasilkan item yang banyak.
b.Menilai kesesuaian item cadangan
Item-item cadangan perlu dinilai kesesuaiannya dengan konsep atau variabel
yang ingin diukur dalam kajian. Satu panel pakar yang terdiri daripada individu-
individu yang berpengetahuan tentang konsep atau variabel yang diukur akan
menilai kesesuaian item-item cadangan.
c. Menganalisis kesesuaian item
Langkah seterusnya ialah menganalisis kesesuaian item. Ini dilakukan melalui
2 langkah di bawah :
66
➢ Mengira nilai inter-korelasi
Mengira nilai inter-korelasi antara skor kesesuaian item bagi setiap item yang
diberikan oleh panel pakar dan jumlah skor keseluruhan bagi semua item (Nilai
inter-korelasi boleh dihitung dengan menggunakan komputer).
➢ Mengira indeks diskriminasi
Bagi setiap item, nilai skor min (purata) bagi kumpulan pakar dalam kuartil 1
dan kuartil 4 dikira. Pengiraan dilakukan seperti yang berikut :
Mengira jumlah skor yang diberi kepada semua item oleh setiap pakar, dan
kemudian menyusun semua pakr mengikut jumlah skor masing-masing mengikut
urutan menaik.
Menentukan bilangan pakar dalam kuartil 1 atau kuartil 4 dengan
menggunakan formula di bawah.
d. Meletakkan item dalam skala Likert
Item-item yang telah dipilih akan diletakkan dalam skala Likert. Bagi setiap
item, pernyataan item akan diikuti dengan skala.
Bilangan pakar dalam kuartil 1 atau kuartil 4 = ¼ X Jumlah Pakar
67
3.9 Ringkasan Bab
Bab ini telah menerangkan mengenai rekabentuk kajian dan proses untuk
menjalankan kajian ini. Selepas kesemua data telah dianalisis, penyelidik akan
memulakan proses penstrukturan dan penulisan untuk penyelidikan yang dikaji.
Kaedah penyelidikan kuantitatif digunakan bagi mencapai objektif yang telah
dikenalpasti. Instrumen kajian seperti borang soal selidik akan digunakan untuk
mendapatkan data yang tepat dan benar. Akhir sekali, teknik analisis indeks purata
data adalah lebih sesuai digunakan berdasarkan kepada objektif kajian untuk
mendapatkan hasil dapatan yang tepat. Secara kesimpulannya, kaedah ini mampu
untuk penyelidik memenuhi matlamat dan objektif kajian.
68
BAB 4
ANALISIS DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan
Bab ini menumpukan perhatian kepada hasil dapatan kajian yang dijalankan.
Analisis data dikemukakan untuk menjawab soalan-soalan. Populasi terdiri
daripada pihak kontraktor yang terdiri daripada pelbagai jawatan dalam sesebuah
organisasi. Analisis kajian merupakan bahagian penting untuk melaksanakan kajian
yang terbaik dan objektif kajian dapat dicapai. Dalam bab ini membentangkan hasil
dapatan kajian yang diperolehi menerusi instrumen soal selidik yang dijalankan ke
atas kumpulan responden yang disasarkan.
Sesuatu kajian yang dijalankan mempunyai satu peringkat di mana
penemuan akan berlaku. Melalui analisis yang dilakukan ini, secara tidak langsung
ia dapat memberi gambaran yang jelas terhadap isu yang dikaji. Dapatan kajian ini
juga dibentangkan dengan mudah dan jelas serta dipaparkan dalam bentuk jadual
dan graf bagi memudahkan pemahaman serta penghuraian yang lebih berkesan.
Penyelidik menghuraikan analisis terhadap data serta maklumat yang diperolehi
melalui kajian ini mengikut susunan objektif kajian sepertimana yang ditetapkan
dalam bab yang terdahulu.
69
4.2 Bahagian A : Analisa Demografi Dan Latarbelakang Responden
Bahagian pertama meliputi latar belakang responden yang merangkumi
semua maklumat daripada responden yang memfokuskan kepada organisasi mereka
dalam industri pembinaan. Seksyen ini direka untuk mengumpul maklumat asas
responden yang penting untuk analisis awal kajian. Maklumat asas terdiri daripada
jenis organisasi responden dalam industri pembinaan, tahun penglibatan dalam
industri binaan, bilangan permohonan QLASSIC dalam projek dan sebagainya.
Semua maklumat yang telah dikumpulkan dalam Bahagian A akan memberikan
maklumat asas kontraktor dalam aplikasi QLASSIC dalam industri pembinaan.
Soalan-soalan telah direka dalam kategori yang berbeza dan mudah difahami.
Responden boleh menjawab dengan mudah disebabkan jawapan yang telah
disediakan. Responden hendaklah memilih jawapan yang paling sesuai bagi
menjawab objektif penyelidik.
4.2.1 Maklumbalas Soal Selidik Yang Telah Diedarkan Kepada Firma
Kontraktor Yang Terlibat
Jadual 4.1 : Jumlah borang soal selidik yang dihantar dan diterima
BIL JUMLAH SET BORANG
SOAL SELIDIK
BILANGAN
1 Jumlah yang telah
diedarkan
100
2 Jumlah yang diterima 30
3 Jumlah yang tidak diterima 70
Jumlah
100
70
Rajah 4.1 : Peratusan bagi borang soal selidik yang diterima dan tidak diterima
Jadual 4.1 dan Rajah 4.1 menunjukkan bilangan dan peratusan borang soal
selidik yang diterima dan tidak diterima semasa kerja-kerja pengumpulan data
dilakukan. Sebanyak 100 set soal selidik telah diedarkan kepada firma kontraktor
yang terlibat. Namun begitu, hanya 30 responden sahaja yang telah memberi
maklum balas yang positif terhadap borang soal selidik yang telah diedarkan. Oleh
itu, penyelidikan ini adalah berpandukan kepada maklum balas daripada 30
responden yang berjaya dikumpulkan sahaja.
4.2.2 Jawatan Responden
Daripada 30 responden, individu yang telah menjawab soal selidik ini terdiri
daripada pelbagai jawatan. Ia seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.2.
Berdasarkan Jadual 4.2, kebanyakan yang menjawab borang soal selidik ini adalah
terdiri daripada mereka yang berjawatan pengurus projek dan pengarah urusan.
Sebanyak 16 orang yang terdiri daripada pengurus projek dan diikuti dengan
pengarah urusan sebanyak 10 orang, 3 orang jurukur bahan dan seorang pembantu
jurukur bahan.
30%
70%
Jumlah Yang TelahDiterima
Jumlah Yang TidakDiterima
71
Jadual 4.2 : Pecahan Jawatan Responden
BIL JAWATAN
RESPONDEN
KEKERAPAN PERATUS
1 Pengurus Projek 16 53.33 %
2 Pengarah Urusan 10 33.33%
3 Jurukur Bahan 3 10%
4 Pembantu Juruku Bahan 1 3.33%
Jumlah
30
100%
Rajah 4.2 : Peratusan pecahan jawatan responden yang menjawab borang soal selidik
Jadual 4.2 dan Rajah 4.2 pecahan jawatan responden yang telah menjawab
borang soal selidik yang telah diedarkan. Didapati analisis menunjukkan
kebanyakan responden yang telah menjawab borang soal selidik tersebut adalah
terdiri daripada pengurus projek iaitu sebanyak 53.33% , pengarah urusan iaitu
sebanyak 33.33%, jurukur bahan 10% dan pembantu jurukur bahan sebanyak
3.33%.
53.33%33.33%
10%
3.33%
Pengurus projek
Pengarah Urusan
Jurukur Bahan
Pembantu Jurukur Bahan
72
4.2.3 Jenis Responden
Daripada 30 responden, individu yang telah menjawab soal selidik ini terdiri
daripada pelbagai jenis responden. Ia seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.2.
Berdasarkan Jadual 4.3, kebanyakan yang menjawab borang soal selidik ini adalah
terdiri daripada responden G5 sebanyak 5 orang yang telah menjawab borang soal
selidik. Diikuti responden G4 dan G3 yang kedua-duanya sebanyak 2 orang.
Manakala responden G2 mempunyai sebanyak 6 orang dan seterusnya responden
G1 yang menunjukkan kekerapan yang paling tinggi iaitu 15 orang.
Jadual 4.3 : Jenis Responden
BIL JENIS
RESPONDEN
KEKERAPAN PERATUS
1 G5 5 16.66%
2 G4 2 6.66%
3 G3 2 6.66%
4 G2 6 20%
5 G1 15 50%
Jumlah
30
100%
73
Rajah 4.3 : Peratusan Jenis Responden Yang Menjawab Borang Soal Selidik
Jadual 4.3 dan Rajah 4.3 menunjukkan pecahan jenis responden yang telah
menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan. Didapati analisis menunjukkan
kebanyakan responden yang telah menjawab borang soal selidik tersebut adalah
terdiri daripada G1 yang mencapai peratus tertinggi iaitu 50%. Selain itu responden
yang mencapai peratusan kedua tertingi ialah G2 iaitu sebanyak 20%. Manakala
responden G5 yang menunjukkan peratusan sebanyak 16.66% peratus dan
responden G4 dan G3 kedua-duanya menunjukkan peratusan yang sama banyak
iaitu 6.66%.
4.2.4 Pengalaman Dalam Industri Pembinaan
Dari data yang dikumpul, didapati bahawa angka tertinggi tahun penglibatan
responden kelas G1 dalam industri pembinaan yang bermula dari 6-10 tahun iaitu
sebanyak 23.33%. Manakala diikuti dengan 10% yang bermula dari 11-15 tahun
dan lebih dari 15 tahun dalam penglibatan industri pembinaan.
50%
20%
6.66% 6.66%
16.66%
G1 G2 G3 G4 G5
74
Jadual 4.4 : Pengalaman dalam industri pembinaan
BIL KELAS
KONTRAKTOR
PENGALAMAN
MENGIKUT TAHUN
KEKERAPAN PERATUS
1 G5 1-5 Tahun 2 6.67%
6 – 10 Tahun 2 6.67%
11 – 15 Tahun 1 3.33%
Lebih 15 Tahun
2 G4 1-5 Tahun
6 – 10 Tahun
11 – 15 Tahun 1 3.33%
Lebih 15 Tahun 1 3.33%
3 G3 1-5 Tahun 2 6.67%
6 – 10 Tahun
11 – 15 Tahun
Lebih 15 Tahun
4 G2 1-5 Tahun 1 3.33%
6 – 10 Tahun 1 3.33%
11 – 15 Tahun 2 6.67%
Lebih 15 Tahun 2 6.67%
5 G1 1-5 Tahun 2 6.67%
6 – 10 Tahun 7 23.33%
11 – 15 Tahun 3 10%
Lebih 15 Tahun 3 10%
JUMLAH 30 100%
75
Rajah 4.4 : Peratusan pengalaman bilangan tahun responden yang terlibat dalam
industri pembinaan
Jadual 4.4 dan Rajah 4.4 menunjukkan data yang dikumpul, didapati tahun
penglibatan responden dalam industri pembinaan bagi responden kelas G5
mengikut tahun pengalaman dari 1-5 tahun adalah 6.67 % peratus, 6-10 tahun juga
sebanyak 6.67% peratus dan pengalaman 11-15 tahun mempunyai 3.33% peratus.
Manakala bagi responden kelas G4 pula ialah bermula dari tahun pengalaman 11-15
tahun yang mempunyai sebanyak 3.33% peratus dan diikuti dengan pengalam lebih
dari 15 tahun juga mempunyai sebanyak 3.33% peratus. Bagi responden kelas G3
pula yang terlibat dalam industri pembinaan bermula dari 1-5 tahun mempunyai
6.67% peratus. Responden kelas G2 pula yang terlibat dalam industri pembinaan
bermula dari 1-5 tahun dan 6-10 tahun adalah mempunyai peratus yang sama iaitu
3.33% peratus. Manakala pengalaman yang bermula dari 11-15 tahun dan lebih dari
15 tahun adalah sebanyak 6.67% peratus. Responden Kelas G1 yang mempunyai
pengalaman bermula dari 1-5 tahun adalah sebanyak 6.67% peratus. Diikuti dengan
pengalaman responden bermula dari 6-10 tahun yang mempunyai 23.33% peratus.
Manakala pengalaman responden bermula dari 11-15 tahun dan lebih 15 tahun yang
mempunyai 10% peratus.
6.67
6.67
3.33
6.67
6.67
3.33
23.33
3.33
3.33
6.67
10
3.33
6.67
10
0 5 10 15 20 25
G5
G4
G3
G2
G1
Lebih 15 Tahun
11-15 Tahun
6-10 Tahun
1- 5 Tahun
76
4.2.5 Bilangan Aplikasi QLASSIC Dalam Projek Pembinaan
Daripada 30 responden, majoriti yang menggunakan QLASSIC dalam
pembinaan mereka pada hari ini ialah kebanyakkan terdiri daripada responden G2.
Jadual 4.5 menunjukkan sepanjang penglibatan dalam industri pembinaan,
sebanyak 20 bilangan projek telah menggunakan sistem QLASSIC. Manakala
responden G5 telah menggunakan sistem QLASSIC sebanyak 3 bilangan projek
selama penglibatan dalam industri pembinaan. Responden G1 pula sebanyak 1
projek sahaja sepanjang penglibatan mereka dalam industri pembinaan. Didapati
juga bahawa responden G4 dan G5 tidak pernah menggunakan sistem QLASSIC
sepanjang penglibatan mereka dalam industri pembinaan. Ini dapat ditunjukkan
Jadual di bawah yang menunjukkan 0% bagi aplikasi QLASSIC terhadap kedua-
dua jenis responden tersebut.
Jadual 4.5 : Kekerapan aplikasi QLASSIC dalam industri pembinaan
BIL JENIS
RESPONDEN
KEKERAPAN
APLIKASI
QLASSIC
PERATUS
1 G5 3 12.50%
2 G4 0 0%
3 G3 0 0%
4 G2 20 83.33%
5 G1 1 4.17%
Jumlah
24
100%
77
Rajah 4.5 : Peratusan bilangan projek yang menggunakan QLASSIC mengikut
jenis responden
Jadual 4.5 dan Rajah 4.5 menunjukkan bilangan projek yang menggunakan
QLASSIC sepanjang penglibatan mereka dalam industri pembinaan. Didapati
analisis menunjukkan responden G2 telah menggunakan sistem QLASSIC yang
mencapai peratus paling tinggi iaitu 83.33%. Selain itu juga responden G5 yang
mennjukkan peratusan kedua tertinggi iaitu 12.50%. Manakala bagi responden G1
peratusan menggunakan sistem QLASSIC ialah menunjukkan sebanyak 4%. Diikuti
dengan responden G4 dan G3 yang menunjukkan sebanyak 0% bagi kedua-dua
jenis responden tersebut.
4.2.6 Penglibatan Dalam Kursus Berkaitan QLASSIC
Daripada 30 responden, majoriti yang pernah terlibat dalam kursus berkaitan
QLASSIC sepanjang penglibatan dalam industri pembinaan ialah kebanyakkan
terdiri daripada responden G1 iaitu sebanyak 2 orang. Selain itu diikuti dengan
kontraktor G4 dan G5 sebanyak 2 orang sepanjang penglibatan dalam industri
pembinaan. Manakala responden yang tidak pernah terlibat dengan kursus yang
berkaitan QLASSIC iaitu G1 sebanyak 13 orang. Selain itu responden G2
12.50
0 0
83.33
4
G5 G4 G3 G2 G1
78
sebanyak 6 orang. Diikuti dengan responden G5 sebanyak 4 orang. Manakala
diikuti dengan responden G3 sebayk 2 orang dan G4 SEBANYAK serang yang
tidak pernah terlibat dengan kursus yang berkaitan QLASSIC.
Jadual 4.6 : Penglibatan responden dalam kursus berkaitan QLASSIC
BIL JENIS
RESPONDEN
PERNAH PERATUS TIDAK
PERNAH
PERATUS
1 G5 1 3.33% 4 13.33%
2 G4 1 3.33% 1 3.33%
3 G3 0 0% 2 6.67%
4 G2 0 0% 6 20%
5 G1 2 6.67% 13 43.33%
Jumlah 4 13% 26 87%
Rajah 4.6 : Peratusan penglibatan responden dalam kursus QLASSIC
Jadual 4.6 dan Rajah 4.6 menunjukkan penglibatan responden di dalam
kursus QLASSIC sepanjang terlibat dalam industri pembinaan. Didapati analisis
menunjukkan responden G5 dan G4 telah terlibat dengan kursus QLASSIC
menunjukkan kedua-duanya 3.33%. Manakala responden G1 yang pernah terlibat
dalam QLASSIC ialah 6.67%.
1 10 0
2
4
12
6
13
0
2
4
6
8
10
12
14
G5 G4 G3 G2 G1
Pernah
Tidak Pernah
79
Analisis dapatan juga mendapati responden yang tidak pernah terlibat dengan
kursus QLASSIC yang menunjukkan peratusan tertinggi ialah responden G1 iaitu
43.33%. Selain itu, responden G2 menunjukkan peratusan kedua tertinggi iaitu
20%. Diikuti dengan responden G5 yang menunjukkan 13.33%. Responden G3
menunjukkan peratusan sebanyak 6.67%. Dan responden yang menunjukkan
peratus yang terendah iaitu G4 sebanyak 3.33%.
4.3 Bahagian B – Tahap Pengetahuan Mengenai QLASSIC
Bahagian ini merupakan bahagian yang paling penting di dalam soal selidik
dimana responden diminta untuk menunjukkan jawapan yang berkaitan dengan
tahap pengetahuan QLASSIC dikalangan responden. Responden perlu memberi
maklumbalas kepada senarai tahap pengetahuan yang disenaraikan dalam bahagian
(B) dengan menggunakan SkalaLikert. Daripada bahagian ini, tahap pengetahuan
QLASSIC boleh dikenalpasti di kalangan responden. Senarai tahap pengetahuan
kontraktor diperoleh daripada hasilkajian literatur pada bab yang terdahulu.
Responden hendaklah memberikan tahap pengetahuan dalam skala tertentu seperti
berikut:
Jadual 4.7 : Skala Likert
1.Sangat Tidak Tahu
2.Tidak Tahu
3.Kurang Tahu
4.Tahu
5.Sangat Tahu
80
4.3.1 Pengetahuan Mengenai Objektif QLASSIC
Untuk mencapai objektif kajian, objektif QLASSIC disenaraikan seperti
dalam jadual dibawah.
4.3.1.1 Skor Bagi Mengenalpasti Tahap Pengetahuan objektif QLASSIC
Jadual 4.8 : Skor min bagi mengenalpasti tahap pengetahuan mengenai
objektif QLASSIC. Objektif –objektif QLASSIC telah disusun mengikut
indeks purata dari tinggi ke rendah
No
Objektif
Skor Min
Purata
Kedudukan
1
QLASSIC menilai kualiti hasil
kerja projek pembinaan
berdasarkan kelulusan standard
yang ditetapkan
2.57
1
2
QLASSIC digunakan sebagai
kriteria untuk menilai prestasi
kontraktor berdasarkan kualiti
mutu kerja (workmanship)
2.43
2
3
QLASSIC menyusun data
untuk analisis statistik
mengenai tahap mutu kerja
kontraktor mengikut kelas
2.43
2
4
QLASSIC menjadi penanda
aras kualiti mutu kerja
pembinaan
2.43
2
5
QLASSIC merupakan sistem
atau kaedah untuk mengukur
2.37
3
81
dan menilai standard kualiti
kerja dalam pembinaan
berdasarkan "Standard Industri
Pembinaan" (CIS 7)
Rajah 4.7 : Purata bagi tahap pengetahuan responden mengenai objektif
QLASSIC
Jadual 4.8 dan Rajah 4.7 menunjukkan tahap pengetahuan responden
mengenai objektif QLASSIC. Daripada analisis menunjukkan bahawa tahap purata
tertinggi ialah 2.57 iaitu sistem QLASSIC menilai kualiti hasil kerja projek
pembinaan berdasarkan kelulusan standard yang ditetapkan. Selain itu, tahap purata
terendah pula ialah sebanyak 2.37 iaitu sistem QLASSIC merupakan sistem atau
kaedah untuk mengukur dan menilai standard kualiti kerja dalam pembinaan
berdasarkan "Standard Industri Pembinaan" (CIS 7).
Purata min bagi objektif QLASSIC ialah sebanyak 2.45 iaitu di dalam indeks
skala tidak tahu. Ini menunjukkan bahawa majoriti responden tidak mengetahui
tentang objektif QLASSIC.
2.37 Tidak
Tahu
2.43 Tidak
Tahu
2.43 Tidak
Tahu
2.43 Tidak
Tahu
2.57 Kurang
Tahu
Kaedah Menilai Standard Kualiti
Penanda Aras Kualiti
Menyusun Data
Kriteria Untuk Menilai Pretasi
Kontraktor
Menilai Kualiti Mengikut Standard
82
4.3.2 Pengetahuan Mengenai Skop QLASSIC
Untuk mencapai objektif kajian, skop QLASSIC disenaraikan seperti dalam
jadual dibawah.
4.3.2.1 Skor bagi mengenalpasti tahap pengetahuan mengenai SKOP QLASSIC
Jadual 4.9 : Skor min bagi mengenalpasti tahap pengetahuan mengenai skop
QLASSIC
No Skop Skor Min Purata Kedudukan
1
QLASSIC menetapkan standard
kualiti mutu kerja untuk pelbagai
elemen pembinaan yang mana
dinilai mengikut keperluan
'Standard Industri Pembinaan'
(CIS)
2.47
1
83
Rajah 4.8 : Purata bagi tahap pengetahuan responden mengenai skop QLASSIC
Jadual 4.9 dan Rajah 4.8 menunjukkan tahap pengetahuan responden
mengenai skop QLASSIC. Daripada analisis yang dibuat menunjukkan bahawa
tahap purata bagi skop QLASSIC ialah 2.47 iaitu sistem QLASSIC menetapkan
standard kualiti mutu kerja untuk pelbagai elemen pembinaan yang mana dinilai
mengikut keperluan 'Standard Industri Pembinaan' (CIS).
Purata min bagi skop QLASSIC ialah sebanyak 2.47 iaitu di dalam indeks
skala tidak tahu tahu. Ini juga menunjukkan bahawa majoriti responden tidak
mengetahui mengenai skop QLASSIC.
4.3.3 Pengetahuan Mengenai Kategori Bangunan Yang Dinilai Menggunakan
QLASSIC
Untuk mencapai objektif kajian, kategori bangunan yang dinilai
menggunakan QLASSIC disenaraikan seperti dalam jadual dibawah.
QLASSIC menetapkan standard
kualiti mutu kerja untuk pelbagai
elemen pembinaan mengikut CIS
2.47
Tidak Tahu
84
4.3.3.1 Skor min bagi tahap pengetahuan mengenai kategori bangunan yang
dinilai menggunakan QLASSIC
Jadual 4.10 : Skor min bagi mengenalpasti tahap pengetahuan mengenai kategori
pembangunan yang dinilai menggunakan QLASSIC
No Kategori bangunan yang dinilai
menggunakan QLASSIC
Skor Min
Purata
Kedudukan
1 Bangunan awam, komersial,
bangunan perindustrian tanpa
sistem penyejukan berpusat (rumah
pejabat, sekolah, kilang, gudang,
bengkel, SOFO, SOVO, bangunan
keagamaan, Stadium, dewan
komuniti, hospital, lapangan
terbang, universiti, kolej dan balai
polis)
2.47 1
2 Perumahan lantang (rumah
berkembar, separuh berkembar,
teres, dan kluster)
2.43 2
3 Perumahan strata (rumah flat,
apartment, kondominium, servis
apartment, SOHO dan Townhouse
2.40 3
85
Rajah 4.9 : Purata bagi tahap pengetahuan responden mengenai kategori bangunan
yang dinilai menggunakan QLASSIC
Jadual 4.10 dan Rajah 4.9 menunjukkan tahap pengetahuan responden
mengenai kategori bangunan yang dinilai menggunakan QLASSIC. Daripada
analisis yang dibuat menunjukkan bahawa tahap purata tertinggi ialah 2.47 iaitu
kategori bangunan awam, komersial, bangunan perindustrian tanpa sistem
penyejukan berpusat (rumah pejabat, sekolah, kilang, gudang, bengkel, SOFO,
SOVO, bangunan keagamaan, Stadium, dewan komuniti, hospital, lapangan
terbang, universiti, kolej dan balai polis). Selain itu, tahap purata terendah pula
ialah sebanyak 2.40 iaitu kategori perumahan strata (rumah flat, apartment,
kondominium, servis apartment, SOHO dan Townhouse.
Purata min bagi kategori bangunan yang dinilai menggunakan QLASSIC
ialah sebanyak 2.43 iaitu berada di dalam indeks skala tidak tahu. Ini menunjukkan
bahawa majoriti responden tidak mengetahui tentang kategori bangunan yang
dinilai menggunakan QLASSIC.
2.4
2.43
2.47
2.36 2.38 2.4 2.42 2.44 2.46 2.48
Perumahan Strata
Perumahan Lantang
Bangunan Awam
86
4.3.4 Pengetahuan mengenai proses QLASSIC
Untuk mencapai objektif kajian, proses QLASSIC disenaraikan seperti dalam
jadual dibawah.
4.3.4.1 Skor min bagi pengetahuan mengenai proses QLASSIC
Jadual 4.11 : Skor min bagi tahap pengetahuan mengenai proses QLASSIC
No Proses QLASSIC
Skor Min
Purata
Kedudukan
1 Permohonan kepada CIDB - Pemaju,
pemilik projek dan kontraktor
menghantar permohonan kepada
CIDB
2.57
1
2 Pemberitahuan penilaian - Penilai
yang berkelayakan untuk membuat
penilaian
2.43
2
3 Penilaian di tapak bina -CIDB
mengeluarkan laporan penilaian
berdasarkan projek yang dinilai
2.40
3
4 Permarkahan QLASSIC (%) - Kualiti
mutu kerja adalah berdasarkan kepada
keperluan dalam borang
2.40
3
5 Pensempelan oleh penilai - Lokasi
pensempelan ditentukan dan
ditandakan dalam lukisan pembinaan
dan nombor
2.40
3
87
Rajah 4.10 : Purata bagi tahap pengetahuan responden mengenai proses
QLASSIC
Jadual 4.11 dan Rajah 4.10 menunjukkan tahap pengetahuan responden
mengenai proses QLASSIC. Daripada analisis menunjukkan bahawa tahap purata
tertinggi ialah 2.57 iaitu proses permohonan kepada CIDB - Pemaju, pemilik projek
dan kontraktor menghantar permohonan kepada CIDB. Selain itu tahap purata
terendah pula ialah 2.40 iaitu proses penilaian di tapak bina -CIDB mengeluarkan
laporan penilaian berdasarkan projek yang dinilai, proses permarkahan QLASSIC
(%) - Kualiti mutu kerja adalah berdasarkan kepada keperluan dalam borang dan
proses pensempelan oleh penilai - Lokasi pensempelan ditentukan dan ditandakan
dalam lukisan pembinaan dan nombor.
Purata min bagi proses QLASSIC ialah sebanyak 2.44 iaitu berada di dalam
indeks tidak tahu. Ini menunjukkan bahawa majoriti responden tidak mengetahui
tentang proses QLASSIC.
2.40 Tidak
Tahu
2.40 Tidak
Tahu
2.40 Tidak
Tahu
2.43 Tidak
Tahu
2.57 Kurang
Tahu
Pensampelan Oleh Penilai
Permarkahan QLASSIC
Penilaian Di Tapak Bina
Pemberitahuan Penilain
Permohonan kepada CIDB
88
4.3.5 Pengetahuan mengenai elemen penilaian QLASSIC
Untuk mencapai objektif kajian, elemen penilaian QLASSIC disenaraikan
seperti dalam jadual dibawah.
4.3.5.1 Skor min bagi tahap pengetahuan mengenai elemen penilaian QLASSIC
Jadual 4.12 : Skor min bagi tahap pengetahuan mengenai elemen penilaian QLASSIC
No Elemen Penilaian QLASSIC
Skor Min
Purata
Kedudukan
1 Luaran -Tempat letak kereta,
longkang keliliing, dinding luar
dan bumbung.
2.40
1
2 Dalaman - Kelengkapan (M&E),
lekapan, tingkap, pintu, dinding
luar dan bumbung
2.37
2
Rajah 4.11 : Purata bagi tahap pengetahuan responden mengenai elemen
penilaian QLASSIC
Tidak Tahu
2.40
Tidak Tahu
2.37
Luaran Dalaman
89
Jadual 4.12 dan Rajah 4.11 menunjukkan tahap pengetahuan responden
mengenai elemen penilaian QLASSIC. Daripada analisis yang dibuat menunjukkan
bahawa tahap purata tertinggi ialah 2.40 iaitu elemen penilaian dari luaran yang
terdiri daripada tempat letak kereta, longkang keliliing, dinding luar dan bumbung.
Selain itu, tahap purata terendah pula ialah sebanyak 2.37 iaitu elemen penilaian
dalaman yang terdiri daripada kelengkapan (M&E), lekapan, tingkap, pintu,
dinding luar dan bumbung.
Purata min bagi elemen penilaian QLASSIC ialah sebanyak 2.39 iaitu berada
di dalam indeks skala tidak tahu. Ini menunjukkan bahawa majoriti responden tidak
mengetahui tentang elemen penilaian QLASSIC.
4.4 Bahagian C – Tahap Penggunaan QLASSIC
Bahagian ini juga merupakan bahagian yang penting untuk menentukan tahap
penggunaan QLASSIC dikalangan responden. Responden perlu memberi
maklumbalas kepada senarai tahap penggunaan yang disenaraikan dalam bahagian
(C) dengan menggunakan Skala Likert. Daripada bahagian ini, tahap penggunaan
QLASSIC boleh dikenalpasti di kalangan responden. Responden juga digalakkan
untuk memberi cadangan atau komen mengenai tahap penggunaan QLASSIC.
Responden hendaklah memberikan tahap penggunaan dalam skala tertentu seperti
berikut:
1.Sangat Tidak Digunakan
2.Tidak Digunakan
3.Kurang Digunakan
4.Digunakan
5.Sangat Digunakan
Jadual 4.13 : Skala Likert
90
4.4.1 Tahap penggunaan QLASSIC
Jadual 4.14 : Tahap penggunaan QLASSIC
No Adakah sistem penilaian QLASSIC
digunakan di dalam setiap projek
pembinaan yang anda terlibat pada hari ini?
Bilangan
1 Digunakan 8
2 Tidak Digunakan 22
Jumlah 30
Rajah 4.12 : Peratusan bagi tahap pengetahuan responden mengenai tahap
penggunaan QLASSIC
Jadual 4.14 dan Rajah 4.12 menunjukkan tahap penggunaan QLASSIC di
kalangan responden. Berdasarkan kepada analisis yang dibuat, didapati kebanyakan
responden tidak menggunakan QLASSIC dalam projek pembinaan mereka. Ini
ditunjukkan dalam rajah iaitu mencatat peratusan yang paling tinggi iaitu 73%
secara keseluruhannya. Rajah juga menunjukkan responden yang menggunakan
QLASSIC hanya mencatat 27% sahaja. Responden yang memberi maklumbalas
27%
73%
Tahap penggunaan QLASSIC
Digunakan
Tidak Digunakan
91
mengenai tahap penggunaan ini membuktikan bahawa sistem ini masih lagi berada
di tahap yang lemah dan tidak digunakan secara meluas di Malaysia. Justeru itu,
majoriti responden tidak menggunakan sistem penilaian QLASSIC kerana sistem
ini tidak menjadi mandatori wajib dalam industri pembinaan. Bermula pada tahun
ini, semua bangunan kerajaan yang akan dibina diwajibkan menggunakan sistem
QLASSIC iaitu agensi di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
(CIDB). Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memastikan setiap pemaju dan kontraktor
menggunakan piawaian yang dikeluarkan QLASSIC sebelum sesebuah bangunan
kerajaan dibina. Peraturan baru ini diharap dapat menjamin kualiti sesebuah projek
pembinaan bangunan selain mengelakkan kemungkinan berlakunya pengingkaran
peraturan dan standard yang telah ditetapkan oleh kementerian.
Hasil kajian ini juga mendapati, sistem QLASSIC ini bagaimanapun
disifatkan gagal menambat minat responden kerana kadar penggunaannya masih
pada tahap kurang memberangsangkan. Ini adalah disebabkan oleh kurangnya
pendedahan dan promosi mengenai sistem QLASSIC kepada mereka. Tambahan
pula, masih ramai penggiat industri pembinaan tidak tahu mengenai kewujudan
sistem penilaian ini ekoran kurangnya promosi walaupun telah lama diperkenalkan.
4.5 Bahagian D – Langkah-Langkah Untuk Meningkatkan Penggunaan
QLASSIC
Bahagian ini telah dihasilkan untuk mewujudkan langkah-langkah untuk
meningkatkan penggunaan QLASSIC. Responden diberikan senarai langkah-
langkah bagi meningkatkan penggunaan QLASSIC dalam industri pembinaan.
Responden hendaklah menjawab menggunakan Skala Likert seperti berikut :
1.Sangat Tidak Setuju
2.Tidak Setuju
3.Kurang Setuju
4.Setuju
92
5.Sangat Setuju
Jadual 4.15 : Skala Likert
4.5.1 Skor Min Bagi Langkah-Langkah Untuk Meningkatkan Penggunaan
QLASSIC
Jadual 4.16: Skor min bagi langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan
QLASSIC
No Langkah-Langkah Untuk
Meningkatkan Penggunaan
QLASSIC
Skor Min
Purata
Kedudukan
1 Program insentif kewangan dan
bukan kewangan
4.57 1
2 Latihan dan kursus mengenai
QLASSIC dianjurkan di setiap
negeri di Malaysia
4.53 2
3 Menganjurkan seminar yang
menfokuskan kepada
kepentingan aplikasi QLASSIC
dalam projek pembinaan
4.50 3
4 Memberi mata CCD kepada
kontraktor
4.50 3
5 Memberikan penilaian
QLASSIC secara percuma
kepada projek yang pertama
4.50 3
6 Meningkatkan penilaian
QLASSIC dalam elemen
struktur bangunan
4.50 3
7 Sokongan dan kepimpinan
pengurusan tertinggi mengenai
QLASSIC
4.47 4
8 Mengadakan kempen kesedaran 4.43 5
93
mengenai QLASSIC
9 Memberi pengiktirafan
QLASSIC kepada pihak
kontraktor yang aktif dalam
menghasilkan kualiti dalam
produk yang dihasilkan oleh
mereka
4.40 6
10 Latihan mengenai asas
kesedaran kualiti perlu
diberikan kepada pihak yang
terlibat dalam pembinaan
4.40 6
11 Meningkatkan penilai
QLASSIC yang bertauliah yang
telah lulus dan memenuhi syarat
keperluan yang ditetapkan oleh
CIDB
4.40 6
12 Mengadakan latihan dan
pengalaman secara teknikal
terhadap penilai QLASSIC
4.33 7
13 Kempen poster secara besar
besaran yang menekankan
kepentingan QLASSIC untuk
meyampaikan mesej kepada
orang ramai
4.30 8
14 Menjemput penceramah dari
luar untuk memberi taklimat
mengenai kepentingan kualiti
dan bagaimana untuk
menguruskan kualiti kepada
peserta yang hadir
4.27 9
94
Rajah 4.13 : Purata bagi langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan terhadap
QLASSIC
Jadual 4.16 dan Rajah 4.13 menunjukkan langkah-langkah untuk
meningkatkan penggunaan QLASSIC. Berdasarkan daripada analisis menunjukkan
bahawa langkah yang mempunyai purata tertinggi ialah 4.57 iaitu program insentif
kewangan dan bukan kewangan. Selain itu tahap purata terendah pula ialah
sebanyak 4.27 iaitu langkah untuk menjemput penceramah dari luar untuk memberi
taklimat mengenai kepentingan kualiti dan bagaimana untuk menguruskan kualiti
kepada peserta yang hadir.
Purata min bagi langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan QLASSIC
ialah sebanyak 4.44 iaitu berada di dalam indeks skala setuju. Ini menunjukkan
4.27
4.30
4.33
4.40
4.40
4.40
4.43
4.47
4.50
4.50
4.50
4.50
4.53
4.57
4.10 4.20 4.30 4.40 4.50 4.60
Menjemput penceramah dari luar
Kempen poster
Mengadakan latihan terhadap penilai
Tingkatkan penilaian QLASSIC yang…
Latihan mengenai kesedaran kualiti
Memberi pengiktirafan QLASSIC
Mengadakan kempen kesedaran
Sokongan dari pihak atasan
Tingkatkan penilaian dalam elemen…
Memberi penilaian QLASSIC secara…
Memberi Mata CCD
Menganjurkan seminar mengenai…
Latihan dan kursus QLASSIC
Program insentif kewangan dan bukan…
95
bahawa majoriti responden setuju dengan senarai langkah-langkah yang
dikemukakan kepada mereka.
4.6 Ringkasan Bab
Berdasarkan hasil maklumbalas borang soalselidik dari pihak responden dan
analisis data yang diperolehi, tahap pengetahuan QLASSIC, tahap penggunaan
QLASSIC dan langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan QLASSIC telah
berjaya dikenalpasti. Bab ini telah menghuraikan analisis data yang diperolehi
dalam bentuk rajah, jadual dan huraian yang mudah untuk difahami. Seterusnya,
kesimpulan dan rumusan yang diperolehi daripada bab ini diterangkan dengan lebih
lanjut di dalam Bab 5.
96
BAB 5
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini. Bab ini akan
membincangkan rumusan segala hasil-hasil yang diperolehi dari Bab 4. Secara
keseluruhanya, kajian penyelidikan ini telah berjalan dengan lancar dan hasil-hasil
penemuan telah dapat mencapai objektif kajian ini iaitu mengenalpasti tahap
pengetahuan QLASSIC, mengenalpasti tahap penggunaan QLASSIC dan
mengenalpasti langkah-langkah meningkatkan penggunaan QLASSIC di kalangan
kontraktor kelas kecil dan sederhana dalam industri binaan di Malaysia. Selain itu,
bab ini turut membincangkan masalah-masalah yang dihadapi sepanjang tempoh
penyelidikan serta cadangan lanjutan penyelidikan yang boleh dilakukan.
Pada asalnya, kualiti merupakan falsafah yang mengutamakan pelanggan
terhadap produk atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah organisasi.
Kualiti adalah nilai yang telah ditetapkan oleh pelangan-pelanggan yang menerima
atau menggunakan produk atau perkhidmatan itu. Untuk memastikan kualiti yang
dikehendaki oleh pelanggan ini tercapai, penilaian kualiti mestilah dilaksanakan
untuk memastikan tahap kualiti tercapai. Maka dengan itu, ianya merupakan
97
tanggungjawab bersama antara badan profesional dan kontraktor dalam menentukan
tahap kualiti pembinaan yang dijalankan di mana kualiti produk atau perkhidmatan
diukur dari segi kepuasan pengguna atau pelanggan itu sendiri.
5.2 Pencapaian Kajian
Dari penyelidikan ini, terdapat tiga (3) objektif yang telah ditetapkan seperti
yang dinyatakan dalam Bab 1. Objektif adalah seperti berikut :
a. Mengenalpasti tahap pengetahuan QLASSIC di kalangan kontraktor kelas
kecil dan sederhana
b. Mengenalpasti tahap penggunaan QLASSIC di kalangan kontraktor kelas
kecil dan sederhana
c. Mengenalpasti langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan
QLASSIC di kalangan kontraktor kelas kecil dan sederhana
5.2.1 Tahap pengetahuan QLASSIC di kalangan kontraktor kelas kecil dan
sederhana
Objektif pertama (1) kajian ini adalah untuk mengetahui mengenai tahap
pengetahuan QLASSIC dikalangan responden. Objektif ini telah dicapai dengan
pengedaran borang soal selidik kepada responden. Di dalam borang soal selidik,
tahap pengetahuan disenaraikan berdasarkan kepada beberapa elemen QLASSIC
iaitu objektif QLASSIC, skop QLASSIC, kategori bangunan yang dinilai
menggunakan QLASSIC, proses QLASSIC, penilaian QLASSIC dan elemen
penilaian QLASSIC. Hal ini telah dibuktikan apabila majoriti maklumbalas
responden menyatakan bahawa tahap pengetahuan QLASSIC yang dinyatakan
dalam borang selidik secara keseluruhannya adalah pada tahap tidak tahu oleh
98
responden. Majoriti responden tidak tahu mengenai sistem penilaian QLASSIC ini
kerana sistem ini kurang dikenali dikalangan mereka. Jika perkara ini berpanjangan,
maka akan memberi kesan kepada kualiti dalam industri pembinaan pada masa
hadapan.
Oleh yang demikian, adalah sangat penting bagi pihak-pihak dalam industri
pembinaan menggiatkan usaha untuk memperkenalkan QLASSIC di kalangan
kontraktor di Malaysia.
5.2.2 Tahap penggunaan QLASSIC di kalangan kontraktor kelas kecil dan
sederhana
Objektif kedua (2) kajian ini adalah untuk mengetahui mengenai tahap
penggunaan QLASSIC dikalangan responden. Objektif ini telah dicapai dengan
pengedaran borang soal selidik kepada responden. Hal ini telah dibuktikan apabila
majoriti maklumbalas responden menyatakan bahawa tahap penggunaan QLASSIC
yang dinyatakan dalam borang selidik secara keseluruhannya adalah tidak
digunakan oleh responden. Analisa kajian ini mendapati bahawa tahap penggunaan
QLASSIC dikalangan responden adalah tidak digunakan. Majoriti responden tidak
menggunakan sistem penilaian QLASSIC kerana sistem ini tidak menjadi
mandatori wajib dalam industri pembinaan. Hasil kajian ini juga mendapati, sistem
QLASSIC ini bagaimanapun disifatkan gagal menambat minat responden kerana
kadar penggunaannya masih pada tahap kurang memberangsangkan. Ini adalah
disebabkan oleh kurangnya pendedahan dan promosi mengenai sistem QLASSIC
kepada mereka. Tambahan pula, masih ramai penggiat industri pembinaan tidak
tahu mengenai kewujudan sistem penilaian ini ekoran kurangnya promosi walaupun
telah lama diperkenalkan.
Oleh yang demikian, kerajaan perlu berganding bahu untuk memperkenalkan
pelbagai insentif dan dana bagi menarik minat kontraktor tempatan terhadap
99
QLASSIC, selaras hala tuju ke arah mencapai status negara maju serta pembinaan
yang berkualiti. Kerajaaan optimis sistem penilaian kualiti pembinaan (QLASSIC)
yang dikendalikan CIDB berupaya menjadi pemangkin kepada pertumbuhan
industri pembinaan negara dalam meningkatkan tahap kualiti sektor terbabit.
5.2.3 Langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan QLASSIC di
kalangan kontraktor kelas kecil dan sederhana
Objektif Ketiga (3) kajian ini adalah langkah-langkah untuk meningkatkan
penggunaan QLASSIC. Objektif ini telah dicapai dengan pengedaran borang soal
selidik kepada responden. Hal ini telah dibuktikan apabila majoriti maklumbalas
responden menyatakan bahawa langkah-langkah yang disenaraikan dalam borang
selidik secara keseluruhannya merupakan langkah-langkah yang sesuai untuk
dilakukan bagi meningkatkan penggunaan QLASSIC di Malaysia. Daripada hasil
dapatan taburan min langkah-langkah yang disenaraikan secara keseluruhannya yang
dianalisis adalah berada pada tahap setuju dan ia akan memberi impak yang positif
kepada kontraktor jika langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan QLASSIC
dijalankan dengan lebih cepat dalam industri pembinaan di Malaysia.
Oleh yang demikian, pihak yang bertanggungjawab haruslah memberi
galakkan kepada kontraktor supaya pengggunaan QLASSIC dikalangan kontraktor
di Malaysia akan digunakan secara meluas dan seterusnya dapat meningkatkan
kualiti dalam sektor pembinaan di Malaysia bagi mempertingkatkan daya saing
penggiat industri bagi mengharungi cabaran faktor dalaman dan luaran.
5.3 Sumbangan kepada pengetahuan
Kajian yang dijalankan ialah mengenai tahap pengetahuan terhadap
QLASSIC. Dengan adanya kajian ini dapat memberikan maklumbalas kepada
100
pihak-pihak yang terlibat dalam industri pembinaan khususnya pihak CIDB
terhadap kepentingan kualiti dalam projek pembinaan. Dan pada masa yang sama
perlunya mempromosikan dan memberikan pengetahuan kepada kontraktor
tempatan bagi memantapkan lagi mutu kerja industri bagi memenuhi keperluan dan
kepuasan masyarakat yang semakin meningkat.
5.4 Masalah semasa menjalankan kajian
Sepanjang penyelidikan ini dijalankan, terdapat beberapa kesulitan yang
dihadapi khususnya di peringkat pengumpulan data dan maklumat. Antara kesulitan
tersebut ialah berkaitan dengan pengumpulan data sekunder daripada responden
melalui pengedaran borang soal selidik di mana borang yang telah diposkan
kebanyakannya tidak dipulangkan semula. Selain itu, terdapat juga pihak kontraktor
yang tidak mahu untuk memberi kerjasama untuk menjawab borang soal selidik
yang dikemukakan semasa proses pengumpulan data ini.
5.5 Cadangan kajian lanjutan
Daripada kajian yang telah dijalankan ini, terdapat beberapa isu yang boleh
dijadikan kajian lanjutan pada masa akan datang iaitu:
a. Memperluaskan skop kajian ke beberapa kawasan lain di semenanjung
Malaysia.
b. Membandingkan kelebihan sistem penilaian QLASSIC dengan sistem
penilaian kualiti yang lain seperti CONQUAS.
c. Kelebihan menggunakan QLASSIC oleh pihak pemaju dan kontraktor
dalam industri pembinaan di Malaysia
101
SENARAI RUJUKAN
Adnan Alias (1997) Kualiti Sepintas Lalu, Quality at a Glance, Universiti
Teknologi Mara Shah Alam.
Ayob Norizam, M.A.Malek (2013) Perception On Quality Assessement System In
Construction (QLASSIC) Implementation In Malaysia. Malaysian
Construction Research Journal, Vol 13, No 2, 2013.
Alex White (2011). Lesson Learn From The London 2012 Games Construction
Project. Published October 2011 ODA 2010/374
Berita Nasional. (2016) Wajib Guna Piawaian QLASSIC Di Bawah CIDB
CIDB (2012) Assess Quality Of Workmanship Using QLASSIC
CIDB (2007) The Way Forward In The Construction Indusry
CIS 7 (2006). Quality Assesment System For Building Construction Work. Malaysia :
Construction Industry Development Board
CONQUAS 21 Six Edition 2005 : The BCA Construction Quality Asessment System
Chua Yan Piaw (2014) Kaedah dan Statistik Penyelidikan, Mc Graw Hill Education.
David Arditi,H Murat Gunaydin (1997) Total Quality Management In The
Construction Process. International Journal Of Project Managament Vol.
15, No.4, pp. 235-243, 1997.
David L. Goetsch, Stanley B.Davis (2006) Quality Management, Introduction to
Total Quality Management for Production, Processing, and services.
102
Donna C.S Summers (2009) Quality Management Creating and Sustaining
Organizational Effectiveness, University Of Dayton.
Farrah Rina (2013) Challenges Of Quality Assesment System (QLASSIC) In
Construction Industry In Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia, Tesis
Ijazah Sarjana kejuruteraan Awam
Hubert K Rampersad , K. Narasimhan (2005) Managing Total Quality, Enhancing
Personal and Company Value.
Ilhaamie (2002) Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) : Satu Perbandingan Antara
Prinsip Konvensional Dan Islam. Jurnal Syariah, 10 : 2 [2002] 67-86
John Oakland , Marton Marosszeky (2006) Total Quality In The Construction Supply
Chain.
Kenn Jhun Kam, Ahmad Hilmy, Abdul Hamid (2012) The Relationship Between
Motives And Benefits On Adopting QLASSIC-CIS 7 : 2006 In Malaysia
Construction Industry. International Journal for Quality Research,UDK –
638.124.8.
Lau Yeong Cherng (2017) Application Comparison Between Construction Quality
Assesment system (QONQUAS 21) And Quality Assesment System In
Construction (QLASSIC) For Construction Project , Degree Of Project
Management
P.S. Wilton (1994) The Quality System Development Handbook With ISO 9002, Q.A.
Management Services Pty. Ltd.
Sharul Ikhwan Ekhsan (2016) Aplikasi QLASSIC Di Dalam Sektor Pembinaan Di
Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia, Tesis Ijazah Sarjana Kejuruteraan
Awam
Utusan Borneo (2017) Pemaju Dan Kontraktor Terima Pengiktirafan QLASSIC
Vincent K. Omachonu , Joel E. Ross (2004) Principles Of Total Quality.
103
LAMPIRAN A
104
LAMPIRAN B