Upload
others
View
16
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
K
12H10M UMRAH DISEMBER
HARI
01 KUALA LUMPUR > MADINAH
SABTU | 15 DIS
Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum berlepas ke Madinah dengan penerbangan Saudi Airlines. Tiba di Madinah. Selesai urusan imigresen bertolak ke hotel Madinah, daftar masuk dan rehat.
HARI
02 MADINAH - ZIARAH LUAR
AHAD | 16 DIS
Solat subuh dan sarapan pagi. Jam 7.30 pagi, Jemaah akan di bawa ziarah Masjid Quba, Jabal Uhud dan membeli-belah di Pasar Kurma. Jemaah hanya akan dibawa melalui dan melihat Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh dari dalam bas. Pulang ke hotel dan jadual bebas.
HARI
03 MADINAH - ZIARAH DALAM
ISNIN | 17 DIS
Solat subuh dan sarapan pagi. Jemaah dibawa oleh mutawif menziarahi sekitar Masjid Nabawi termasuk di Raudhah dan perkuburan Baqi’.
HARI
04 MADINAH - ZIARAH TAMBAHAN
SELASA| 18 DIS
Solat subuh dan sarapan pagi. Jam 7.30 pagi, Jemaah akan di bawa ke Bukit Magnet dan Muzium Pencetakan Al Quran sekiranya kilang percetakan itu dibuka & tiada halangan untuk menziarahi bukit magnet. Pulang ke hotel dan jadual bebas.
HARI
05 MADINAH - MAKKAH
RABU | 19 DIS
Solat subuh dan sarapan pagi. Jam 1100 pagi, letakkan beg di luar pintu hotel. Wida’ Rasulullah dan solat Jamak Takdim Zohor Asar. Jam 0200 petang bertolak ke Makkah dan Miqat Bir Ali. Setibanya di Mekah, daftar masuk ke hotel dan berehat sebelum menunaikan ibadah umrah sambil dibimbing oleh mutawif berpengalaman secara berjemaah.
HARI
06 MAKKAH - ZIARAH LUAR (JA’RANAH)
KHAMIS | 20 DIS
Solat subuh dan sarapan pagi. Jam 6.30 pagi, berkumpul di lobi untuk ziarah Jabal Thur, Arafah dan Jabal Rahmah. Jemaah juga akan dibawa melalui dan melihat Masjid Nammierah, Muzdalifah, Mina dan ketiga-tiga tempat melontar Jamratul Aqaba, Ula, dan Wusta serta Jabal Nur dari dalam bas serta bermiqat di Ja’ranah untuk para jemaah yang ingin menunaikan ibadah Umrah.
HARI
07 MAKKAH
JUMAAT | 21 DIS
Solat subuh dan sarapan pagi. Jadual sendiri dan bebas beribadah. Selepas Asar, bertolak lawatan ke padang pasir dan makan malam masakan arab nasi mandi.
HARI
08 MAKKAH – ZIARAH DALAM
SABTU | 22 DIS
Solat subuh dan sarapan pagi. Jemaah akan di bawa menziarahi Masjidil Haram dan kawasan sekitarnya.
HARI
09 MAKKAH - HUDAIBIYAH
AHAD | 23 DIS
Solat subuh dan sarapan pagi. Jemaah akan dibawa menaiki bas dan diiringi oleh mutawif untuk menziarahi Muzium Haramain. Kemudian bermiqat di Masjid Hudaibiyah (bagi sesiapa yang ingin membuat umrah).
HARI
10 MAKKAH
ISNIN | 24 DIS
Solat subuh dan sarapan pagi. Jadual sendiri dan bebas beribadah.
HARI
11 MAKKAH > JEDDAH
SELASA | 25 DIS
Tawaf Wada’. Bertolak ke Jeddah. Singgah solat di Masjid Qisas Jeddah. Tiba di Lapangan Terbang Jeddah. Selesai urusan imigresen pulang ke Malaysia dengan penerbangan Saudi Airlines.
HARI
12 KUALA LUMPUR
RABU | 26 DIS
Tiba di Kuala Lumpur.
HOTEL MAKKAH : AL SAFWAH ROYALE ORCHID (50m) @ SETARAF| HOTEL MADINAH : BAHAUDDIN (50m) @ SETARAF UMRAH 2018
15 Dis – 26 Dis Penerbangan : SAUDI AIRLINES ● Destinasi : KUL > MED > JED > KUL
PAKEJ UMRAH DAN BERMUNAJAT
DI PADANG PASIR
BERSAMA
USTAZ HAJI HANAFEE YOONO
HARGA PAKEJ (SEORANG)
BILIK BEREMPAT DEWASA RM7,499 BILIK BERTIGA DEWASA RM7,850 BILIK BERDUA BILIK BERKATIL BILIK TIADA KATIL
DEWASA KANAK-KANAK KANAK-KANAK BAYI @ KANA-KANAK BAWAH 2 TAHUN
RM8,600 RM6,500 RM5,500 RM1,500
PENGINAPAN
MAKKAH AL-SAFWAH ROYAL ORCHID @ SETARAF
MADINAH BAHAUDDIN HOTEL @ SETARAF
ATURCARA & HARGA ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN SEMASA
Harga tertakluk kepada pindaan Syarikat Penerbangan dan hotel penginapan serta pertukaran
matawang semasa. Visa dan tarikh adalah tertakluk kepada Kaunselor Kedutaan Saudi Kuala
Lumpur.
MAKLUMAT PENTING BERKAITAN MAHRAM
Pihak Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur telah menetapkan bahawa, wanita yang berumur 45 tahun ke bawah, kanak-kanak perempuan & kanak-kanak lelaki yang
berumur di bawah 18 tahun yang ingin mengerjakan Umrah diwajibkan ditemani oleh mahramnya. Pihak Kedutaan Besar Arab Saudi melarang menggunakan mahram
‘tumpang’. Ia berkuatkuasa serta merta.
KAG TRAVEL SDN BHD (118035-T) (KPK/LN:1390) (GST REG NO:002025361408)(IOT)
Lot 7-26, 7th Floor, Wisma Central,
Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Fax : +60 (3) 2161 2537
www.kagtravel.com.my
https://www.facebook.com/KAGtravel/
www.kagtravel.com.my
+60 (3) 2164 2530/34
HARGA PAKEJ TERMASUK
Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk cukai. Penginapan di Al Safwah Royale Orchid (50m) dan Bahauddin Al Madinah (50m) ATAU
Setaraf. Makan dan minum di Makkah dan Madinah. Lawatan di kota suci Makkah termasuk ke Hudaibiyah dan Madinah. Pengangkutan bas berhawa dingin sepanjang perjalanan darat. Perkhidmatan Muassasah termasuk visa. Perkhidmatan Mutawwiff di Mekah dan Madinah. Seorang petugas dari KAG Travel serta seorang guru pembimbing yang akan mengiringi
Jemaah dari Kuala Lumpur sehingga pulang. Makan di padang pasir. Kursus Pemantapan Umrah. Insuran peribadi (Manfaat perlindungan sehingga RM 100,000.00).
CENDERAHATI
Beg kabin. Beg gantung umrah Uncang kasut Kain ihram / telekung Buku panduan umrah Tag nama dan tag bagasi Air zam-zam 5 liter untuk setiap seorang
TARIKH BERLEPAS PENERBANGAN
15 DIS – 26 DIS 2018
BERIKUT ADALAH SENARAI MAHRAM
Suami Bapa Bapa Mertua Anak Lelaki Dewasa berumur 18 tahun ke atas Saudara Lelaki (adik beradik lelaki) Bapa Saudara dari Sebelah Bapa Anak Lelaki Suami (Anak Tiri Lelaki) Anak Lelaki dari Saudara Lelaki (Anak Saudara) Sila lampirkan dokumen / serta pengesahan dari pejabat pendaftaran atau Pejabat Agama Islam..