Upload
doandien
View
259
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
|
Ustazah Ainah Ramlan Angusa
Pembantu Hal Ehwal Islam, PIUMS
Setiap manusia tidak akan lari daripada mengalami masalah dan setiap masalah
mempunyai tekanan. Antara punca stres adalah disebabkan oleh kecelaruan membuat
perancangan dalam kehidupan. Kehidupan yang ada hendaklah dirancang dengan sebaiknya
supaya tidak menyebabkan stres. Keadaan stres yang melampau boleh menyebabkan gangguan
sistem dan fungsi dalam badan kita. Selalunya, orang yang mengalami stres tidak akan menyedari
dirinya berada dalam keadaan stres, malah mereka beranggapan masalah yang dihadapinya itu
tidak memberikan kesan dalam kehidupan seharian mereka. Cara mudah untuk mengetahui
seseorang itu mengalami stres iaitu dengan melihat tanda-tanda berikut antaranya adalah,
seseorang individu itu akan sentiasa merasa resah dan gelisah, jantung berdengup kencang dan
kuat marah, sentiasa berpeluh, sesak nafas dan hilang motivasi serta keyakinan diri.
CARA UNTUK MENGATASI STRES
Mengamalkan Cara Pemakanan Yang Betul
Pemakanan yang betul membantu kita untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian. Pastikan
anda sentiasa menjaga waktu makan agar anda mempunyai tenaga yang mencukupi untuk
melaksanakan tugas seharian. Pada masa yang sama, pengambilan diet yang seimbang akan dapat
menjamin tubuh badan mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru itu, pastikan anda
mengambil makanan yang menyumbang kepada kesihatan anda seperti melebihkan pengambilan
makanan yang lebih banyak protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.
Tidak Membebankan Diri
Kadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi sehingga terlupa akan kemampuan diri sendiri.
Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita mengelakkan diri daripada mengambil tugasan
lebih daripada kemampuan diri sendiri agar dapat meringankan tubuh serta minda.
Rehat Yang Secukupnya
Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya setelah penat bekerja. Jangan biarkan diri anda
sibuk dengan bekerja tanpa mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. Antara aktiviti yang boleh
membantu untuk mendapatkan masa rehat yang berkualiti adalah seperti mendengar muzik klasik,
melakukan senaman dan urutan pada leher dan bahu, mengunjungi tempat-tempat yang menarik,
perbanyakkan minum air mineral dan makan makanan yang mengandungi vitamin C.
Meluangkan Masa Dengan Keluarga Dan Rakan
Meluangkan masa yang berkualiti dengan ahli keluarga dan rakan-rakan dengan mengadakan
aktiviti yang dapat mengisi masa lapang seperti bercuti dan melakukan aktiviti riadah akan dapat
mengurangkan stres sekaligus dapat mengeratkan silaturahim diantara ahli keluarga dan juga
rakan-rakan.
Akhir sekali, stres boleh dicegah dan dibendung. Sebagai individu muslim amalkan
zikir dan membaca al-Quran setiap hari agar hati sentiasa tenang dan menerima kehidupan dengan
seadanya. Dengan adanya panduan diatas, diharapkan kita semua tidak akan mengalami stres yang berpanjangan.
“STRES DAN CARA UNTUK
MENGATASINYA”