Upload
vudieu
View
246
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
2 /33 PANDUAN PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA Versi 5
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
Prakata
3
1.0 Pengenalan
4-5
2.0 Polisi Perkhidmatan
6-9
3.0 Permohonan Ujian
10-17
4.0 Ujian Am Ditawarkan
18-23
5.0 Ujian Ditawarkan di Seksyen IEM
24
6.0 Ujian ditawarkan Makmal Luar
25
Lampiran1:Borang Permohonan Ujian Am Lampiran2: Borang Permohonan Ujian Kecemasan Lampiran3: Borang Permohonan Ujian Metabolik HUSM Lampiran4: Borang Permohonan Spesimen Patologi IMR Lampiran5: Borang Permohonan Ujian IEM (IMR) Lampiran6: Borang Permohonan UjianMultiple Myeloma (IMR) Lampiran7: Borang Permohonan Ujian KKM
26-33
ISI KANDUNGAN
3 /33 PANDUAN PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA Versi 5
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana buku panduan ini dapat disediakan untuk meningkatkan kualiti makmal kepada pelanggan. Objektif utama buku panduan ini adalah untuk memberi maklumat serta polisi-polisi jabatan mengenai ujian-ujian yang dijalankan di Makmal Patologi Kimia. Diharap dengan adanya buku panduan ini, mutu perkhidmatan makmal dapat dipertingkatkan ke mercu dunia selari dengan misi pencapaian bertaraf APEX. Bagi pihak jabatan, saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih terutama kepada semua kakitangan Patologi Kimia yang bertungkus lumus dalam penyediaan buku panduan ini. Semoga buku panduan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh semua. Sekian terima kasih
DR. JULIA OMAR Ketua Jabatan Jabatan Patologi Kimia 1 Januari 2018
PRAKATA
4 /33 PANDUAN PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA Versi 5
Makmal Patologi Kimia merupakan sebuah makmal yang dilengkapi dengan peralatan diagnostik dan mempunyai sistem komputeran sepenuhnya yang menawarkan pelbagai ujian biokimia samada kuantitatif mahupun kualitatif . Keputusan ujian yang dilaporkan telah melalui kawalan mutu dalaman dan skim kawalan mutu luaran. Peranan ini dimainkan oleh satu pasukan yang terdiri dari Pakar Patologi Kimia, Pensyarah, Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan, Pembantu Makmal dan staf sokongan yang berupaya menghasilkan satu perkhimatan diagnostik makmal yang mantap dan berkualiti. Makmal ini telah mendapat akreditasi MS ISO 15189:2007 mulai tahun 2010 1.1.1 OBJEKTIF KUALITI
1. Menerima dan menganalisa setiap permintaan ujian SEGERA 24 jam sehari termasuk hari cuti serta mengeluarkan keputusannya kepada wad/unit yang memesan dalam tempoh masa 1 jam daripada waktu makmal menerima spesimen.
Nota: Pemantauan Objektif Kualiti mestilah mencapai 80% dan keatas. 2. Tahap kejituan kawalan mutu analit glukosa (CV analitikal) tidak melebihi 2.3 %
Nota: Pemantauan CV secara bulanan
1.2 PIAGAM PELANGGAN Kami berjanji untuk :
1. Memproses dan menganalisakan semua spesimen yang diterima dengan baik untuk mengeluarkan keputusan yang tepat, jitu dan boleh dipercayai dalam jangkamasa yang ditetapkan.
2. Mengamalkan carakerja yang selamat yang tidak membahayakan kakitangan,
pesakit, orang awam serta persekitaran.
3. Mengamalkan satu sistem pentadbiran berkomputer yang berkesan untuk mengwujudkan perkhidmatan diagnostik makmal yang cekap, cepat, tepat dan mesra.
1.3 LOKASI Makmal Patologi Kimia terletak di aras bawah blok 218 bangunan Hospital USM
1.0 PENGENALAN
5 /33 PANDUAN PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA Versi 5
1.4 PERHUBUNGAN
Lokasi Nombor telefon
Sambungan Talian Terus
Ketua Jabatan 6500 09-7676500 \Pejabat Pentadbiran 6504 09-7676504
Kaunter Penerimaan Spesimen
4014 09-7674014
Seksyen diagnostik Am & Penanda Tumour
6498 09-7676498
Seksyen Ujian Urin & Stool
6492 09-7676492
Unit Metabolik 6472 09-7676472 Pegawai Sains 4012 09-7674012 Bilik JTMP Kanan 097676492 Makmal Pesakit Luar (OPD)
4025 09-7674025
Faks 09-7653370
Website : www.medic.usm.my/chempath/ Nota: sebarang maklumbalas/ aduan pelanggan sila berhubung dengan nombor tertera diatas
6 /33 PANDUAN PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA Versi 5
2.1 WAKTU PERKHIDMATAN
Waktu pejabat : Ahad – Rabu dari 8:10 pagi – 4:55 petang Khamis dari 8:10 pagi – 4:40 petang
Selepas waktu pejabat: Ahad – Rabu dari 4:55 petang - 8:10 pagi
Khamis dari 4:40 petang - 8:10 pagi
Hari minggu & cuti umum 8.00 pagi – 8.00 Pagi (24 Jam) 2.2 PENGURUSAN SPESIMEN Spesimen adalah darah/urin/cecair tubuh lain yang dihantar ke makmal oleh wad/klinik Hospital USM, hospital kerajaan atau swasta untuk penganalisaan. Kriteria penerimaan dan penolakan spesimen dalam keadaan berikut:
Spesimen sumber haiwan Makmal tidak akan menerima spesimen dari sumber haiwan.
Projek penyelidikan dan clinical trials Spesimen projek penyelidikan akan diterima setelah mendapat kelulusan jabatan dan tuntutan akan dilakukan ke atas kos ujian mengikut kadar yang telah ditetapkan. Sila rujuk makmal untuk kadar kos ujian.
Permohonan terus oleh staf Kakitangan USM yang ingin menjalani ujian makmal mesti melalui Klinik Rawatan Keluarga (KRK).
Permohonan dari luar dan USAINS Permohonan dari pihak luar USM dan sayap koperat USM (USAINS) boleh diterima dan tuntutan akan dilakukan ke atas kos ujian selepas laporan dikeluarkan.
Ujian dihantar ke Makmal Luar Kami sedia menerima spesimen bagi ujian biokimia yang tidak dijalankan dimakmal. Spesimen tersebut akan diproses, dibungkus dan akan diposkan kepada Makmal Luar.
2.0 POLISI PERKHIDMATAN
7 /33 PANDUAN PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA Versi 5
2.3 JENIS PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN Ujian Diagnostik Am : Ujian diagnostik am yang ditawarkan 24jam dan disiapkan di dalam tempoh 6 jam selepas penerimaan spesimen. Ujian Diagnostik Khas : Ujian diagnostik bukan harian yang dilakukan pada tempoh masa 5 hari bekerja. Ujian Segera/STAT : Ujian diagnostik yang ditawarkan 24 jam sehari dan perlu disiapkan di dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh objektif kualiti Polisi Perkhidmatan Diagnostik Makmal Patologi Kimia. 2.4 TEMPOH MELAPOR KEPUTUSAN UJIAN (TURN AROUND TIME - TAT) Penerimaan, penganalisaan dan pengeluaran keputusan ujian adalah dalam tempoh masa dari waktu makmal menerima spesimen. Berikut adalah TAT:
Ujian segera / STAT 1 jam
Ujian diagnostik am 6 jam
Ujian Urin/Stool 6 jam Waktu pejabat (8pg hingga 4ptg) 24 jam Selepas waktu pejabat /hari minggu
Ujian IEM 7 hari bekerja
Ujian diagnostik khas 5 hari bekerja
Ujian Protein Electrophoresis 1 bulan
Ujian Makmal Luar tertakluk kepada TAT Makmal Luar berkenaan
Nota: Surat makluman penangguhan ujian akan dikeluarkan kepada pelanggan sekiranya berlaku masalah seperti kerosakan alat, kehabisan reagen dan sistem LIS 2.5 PINDAAN PESANAN
Pembatalan ujian boleh dilakukan dengan menghubungi kakitangan makmal (sambungan 4014/ 6498) dengan menyertakan nama dan jawatan pemaklum.
Penambahan ujian yang dipohon TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
8 /33 PANDUAN PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA Versi 5
2.6 PENGURUSAN KEPUTUSAN UJIAN 2.6.1 Nilai panik Nilai panik atau kritikal adalah keputusan ujian yang tersasar dari julat rujukan dan membahayakan pesakit perhatian serta memerlukan tindakan segera oleh perawat. Semua keputusan ujian yang tergolong dalam nilai ini akan dimaklumkan dengan kadar segera kepada pemohon ujian melalui telefon. 2.6.2 Pindaan Keputusan Ujian Sebarang pindaan (pembetulan atau perubahan) ke atas keputusan yang telah dilaporkan, akan dimaklumkan kepada pemohon melalui telefon. 2.6.3 Jaminan Kerahsiaan Semua keputusan makmal dikategorikan sebagai maklumat SULIT. Sebarang pemakluman melalui telefon hanya boleh disampaikan kepada jururawat/doktor yang merawat pesakit tersebut sahaja. 2.7 PENOLAKAN PESANAN Bagi menjamin keputusan ujian yang dikeluarkan tanpa sebarang keraguan, kami akan menolak pesanan jika: Terdapat kesilapan dalam proses pendaftaran pesanan
Tidak menyertakan borang permohonan
Tidak mendaftar pesanan melalui sistem LIS
Tidak mengisi maklumat pada borang pesanan dengan lengkap. Setiap borang wajib mempunyai nama dan RN pesakit
Tidak menepati prosedur
Menggunakan borang yang salah
Memohon ujian yang tidak ditawarkan
Memohon serentak ujian yang sama pada suatu masa
Tidak menyertakan spesimen
Menyertakan spesimen tetapi tidak mencukupi
Ujian troponin T tidak dipohon melalui konsultan
Ujian Ca125 dipohon untuk pesakit lelaki
Ujian PSA dipohon untuk pesakit wanita
Integriti spesimen diragui
Menggunakan jenis spesimen yang salah
Menggunakan bekas spesimen yang salah
Tempoh hantaran lewat, melampaui 2 jam setelah spesimen dipungut
Penghantaran spesimen tertentu tidak menepati kaedah seperti spesimen ABG, ammonia dan lactate tidak didinginkan
Sampel beku (clotted)
Sampel ‘hemolyzed’
9 /33 PANDUAN PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA Versi 5
Maklumat pesakit dan pelabelan diragui
Maklumat pada borang dan label bekas spesimen tidak sepadan
Tiada dicatat nama/RN Memudaratkan keselamatan
Tidak menggunakan bekas plastik khas yang mengasingkan spesimen /borang
Bekas yang digunakan bocor atau tiris
Borang atau bekas tercemar oleh spesimen
Tidak melekatkan tag pada borang dan bekas bagi spesimen yang berisiko
Lain-lain
Salah destinasi makmal
Ujian tidak ditawarkan
2.8 LAPORAN MAKMAL
Bil Seksyen Kumpulan Ujian Cara Pelaporan 1. Diagnostik Am RFT
LFT
Lipid Profile
Cardiac Enzyme
Glucose
Blood Gas
Billirubin
Magnesium
CKMB
Ammonia & Lactate
Troponin- T
LIS
2. Diagnostik Khas CEA
PSA
CA125
Iron /TIBC
LIS
Serum Protein Electrophoresis Laporan bertulis/LIS
3. Urin & Stool Serum & Urin Osmolarity LIS
Urine Spot Test ( Qualitative & Quantitative)
LIS
Urine 24 Hours LIS
Stool Qualitative Test LIS
4. Inborn Error of Metabolism (IEM)
Sila rujuk senarai ujian yang ditawarkan Seksyen IEM.
Laporan bertulis/LIS
5. Ujian Makmal Luar/ Rujukan
Sila rujuk senarai ujian yang ditawarkan makmal luar.
Laporan Bertulis/LIS
/e-mail* (daycare
10 /33 PANDUAN PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA Versi 5
Kualiti keputusan ujian biokimia sangat bergantung kepada mutu spesimen yang diterima oleh pihak makmal. Persediaan sebelum pungutan spesimen (penyediaan pesakit), semasa pungutan dan penghantaran spesimen menjadi faktor penentu mutu spesimen bagi menghasilkan keputusan ujian yang tepat. 3.1 PROSEDUR PERMOHONAN UJIAN Terdapat 2 kaedah permohonan perkhidmatan Makmal Patologi Kimia. Permohonan ujian boleh menggunakan sistem HIS-LIS (Paperless) Makmal Patologi Kimia HUSM atau borang permohonan ujian. Terdapat 3 jenis borang permohonan ujian Patologi Kimia (dalaman) iaitu:
Borang permohonan ujian am (Lampiran 1)
Borang permohonan ujian kecemasan (Lampiran 2)
Borang permohonan ujian metabolik HUSM (Lampiran 3) Disamping itu terdapat 4 jenis borang Makmal Luar bagi ujian yang tidak ditawarkan di Makmal Patologi Kimia iaitu:
Borang permohonan ujian biokimia (IMR) (Lampiran 4)
Borang permohonan ujian metabolik (IEM) (IMR) (Lampiran 5)
Borang permohonan ujian Multiple myeloma (IMR) (Lampiran 6)
Borang permohonan ujian biokimia (HKL) (Lampiran 7) Untuk kegunaan borang & LIS, maklumat seperti di bawah perlu dilengkapi
Nama pesakit
Nombor Pendaftaran (RN) dan/atau No Kad Pengenalan
Jantina
Umur
Ringkasan klinikal
Tarikh dan masa pungutan spesimen
Wad/Klinik/Hospital/Pusat Kesihatan
Tandatangan doktor (borang sahaja)
Ujian yang dipesan * * Ujian yang dipesan boleh secara profil (panel) seperti renal profile, liver function tests, blood sugar, cardiac enzymes dan lipid profile serta juga secara ujian individu seperti dalam senarai ujian yang ditawarkan (muka surat 16 – 20). Pesanan akan ditolak jika maklumat pada borang dan/atau bekas spesimen tidak lengkap atau salah.
3.0 PERMOHONAN UJIAN
11 /33 PANDUAN PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA Versi 5
3.2 TATACARA PERMOHONAN UJIAN SEGERA Keutamaan akan diberi kepada pesanan dan spesimen yang digolongkan sebagai SEGERA Sila rujuk 4.1 senarai ujian SEGERA. Semua ujian SEGERA harus dimaklumkan kepada makmal melalui telefon. Permohonan boleh dibuat dengan langkah berikut:
Telefon sambungan 4014/6498 maklumkan nama pesakit, RN, wad/klinik dan ujian yang dipesan.
Pungut dan hantar spesimen dengan SEGERA.
Ujian segera yang tidak dimaklumkan melalui telefon dianggap sebagai RUTIN Nota : Untuk ujian Troponin T,dan ujian yang tidak disenaraikan, pemohon hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Konsultan Makmal sebelum penghantaran spesimen 3.3 PERSEDIAAN SEBELUM PENGAMBILAN SPESIMEN Terdapat beberapa faktor variasi yang mempengaruhi keputusan ujian semasa pengambilan spesimen. Variasi-variasi ini terbahagi kepada pelbagai termasuk pengambilan makanan, postur badan, ketegangan (stress) dan lain-lain lagi. Prosedur pengambilan spesimen harus mengambil kira variasi-variasi ini. Contonnya, ujian Glucose dan Lipid pesakit harus berpuasa selama 10 -12 jam. Pengambilan ubat dibenarkan dengan segelas air kosong. Langkah berikut adalah perlu sebelum pungutan dilakukan
Pastikan pesakit yang betul dengan bertanya nama atau periksa identiti (nama/RN) yang terdapat pada pesakit.
Rehatkan pesakit secukupnya sebelum pengambilan darah dilakukan terutama ujian bagi analyte yang boleh dipengaruhi oleh aktiviti lasak dan senaman seperti Creatine kinase (CK).
Amalkan teknik aseptik semasa pungutan bagi mengelak sebarang jangkitan kepada pesakit dan spesimen dicemari oleh mikroorganisma.
Untuk ujian urin, berikan arahan yang jelas kepada pesakit berkenaan langkah-langkah pungutan spesimen urin yang betul.
3.4 PERLABELAN DAN TAG Labelkan bekas spesimen sebelum pungutan dilakukan di sebelah pesakit. Label mestilah dibuat dengan jelas dan lengkap dengan maklumat berikut:
i. Nama pesakit ii. Nombor Pendaftaran (RN) dan/atau No Kad Pengenalan iii. Tarikh dan masa pungutan iv. Wad/Klinik/Hospital v. Ujian yang dipesan
12 /33 PANDUAN PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA Versi 5
Pesakit yang disyaki berisiko boleh mendatangkan jangkitan, tagkan bekas spesimen dan borang permohonan dengan tanda warna merah seperti di bawah: 3.5 PUNGUTAN SPESIMEN Jenis spesimen dan bekas yang digunakan mestilah bersesuaian dengan ujian yang dipohon. Isipadu yang dipungut juga harus mencukupi dengan keperluan setiap ujian. 3.5.1 Pungutan Darah Kebanyakan ujian biokimia dilakukan pada plasma (ada antikoagulan), serum atau darah utuh berantiantikoagulan (ujian ABG). Tatacara
a. Pilih salur darah yang sesuai dengan ujian yang dipohon. Kebanyakan ujian biokimia menggunakan darah vena. Darah arteri cuma diambil untuk ujian Arterial Blood Gases (ABG).
b. Elakkan kesilapan memilih kedudukan venapuntur kerana ia boleh
mempengaruhi keputusan ujian. Oleh itu cuba jauhi daripada:
i. menggunakan lengan sebelah mastectomy ii. kawasan terdapat edema dan atau haematoma iii. lengan yang sedang ditransfusi darah atau cairan IV iv. lengan berfistula atau graf vaskular v. bahagian atas kanula IV
c. Sapukan alkohol (70%) pada kulit di kawasan venapuntur dan pastikan ia kering
sebelum jarum ditusuk bagi mengelakkan kemungkinan lisis sel darah yang boleh mempengaruhi keputusan.
d. Elakkan stasis vena yang berpanjangan dengan membebaskan tourniquet
sebaik sahaja jarum menusuk vena. Stasis vena yang berpanjangan mengakibatkan peningkatan kepada aras beberapa analyte/keputusan ujian seperti Protein, Cholesterol, Calcium dan hormon.
e. Lakukan dengan cermat bagi mengelak hemolisis dan trauma kepada tisu
sekeliling yang boleh meningkatkan aras Potassium, LDH, CK dan AST.
f. Pindahkan darah ke dalam tiub yang bersesuaian (Gambar 1) memenuhi bekas sehingga tanda pada tiub. Ini adalah untuk memastikan nisbah darah:antikoagulan yang betul dicapai.
13 /33 PANDUAN PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA Versi 5
Tiub gel separator plain
Tiub lithium heparin
Tiub NAF Oxalate
Gambar 1: Jenis bekas darah
g. Jika lebih daripada satu jenis spesimen darah diperlukan, pindahkan darah ke dalam bekas seperti aturan di bawah. Ini bertujuan bagi meminimakan kemungkinan kesalahan pra-analitikal akibat kontiminasi silang untuk additives.
i. spesimen steril ii. bekas citrate (tri-sodium citrate) iii. bekas plain iv. bekas lithium heparin v. bekas EDTA vi. bekas fluoride oxalate (Sodium oxalate/Potassium oxalate)
h. Sebatikan dengan cermat bekas spesimen berantikoagulan 6 – 10 kali sebaik
sahaja selepas spesimen dimasukkan. Biarkan darah dalam tiub plain membeku pada suhu bilik.
i. Untuk ujian ABG pungut darah arteri ke dalam picagari berheparin dan pastikan
tiada sebarang gelembung udara terperangkap di dalam picagari. Tutup kemas picagari pada bahagian terbuka bagi mengelakkan darah terdedah kepada udara. Label dengan jelas dan rendamkan picagari dalam air berais
j. Buang bahan dari pengutipan spesimen kedalam Sharp Bin/ Biohazard bin
14 /33 PANDUAN PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA Versi 5
3.5.2 Pungutan urin Kebanyakan penaksiran biokimia urin, pungutan spesimen bertempoh seperti 24 jam sering digunakan. Maklumat masa pungutan hendaklah dicatatkan dalam borang permohonan ujian. Pungutan urin ini harus dilakukan dengan pemantauan yang tinggi. Berikan arahan cukup jelas kepada pesakit berkenaan masa pengosongan pundi kencing (urin perlu dibuang) dan masa pungutan terakhir (urin mesti pungut). Arahkan pesakit memungut semua urin (termasuk semasa buang air kecil mahupun buang air besar) sepanjang tempoh pungutan. Arahan ini amat penting terutama bagi pungutan urin bertempoh singkat kerana ia memberi kesan yang besar jika terdapat urin tidak dipungut. Pastikan terdapat pengawet di dalam bekas pada permulaan pungutan bagi penaksiran analyte yang memerlukan bahan tersebut. Pengawet ini mungkin bersifat racun atau mengkakis. Pesan pesakit agar jangan membuang pengawet tersebut dan perlu mengendalikan bekas urin secara berhati-hati. Beri perhatian kepada pemakanan dan ubat-ubatan sebelum dan semasa pungutan spesimen bagi ujian tertentu. Elakkan makanan yang mengandungi pisang, kopi, kaffein, nenas, kacang walnut, garam, aspirin dan drug antihipertensif bila memungut urin untuk ujian Cotecholamines dan VMA. Elakkan ketegangan (stress), latihan fizikal yang melampau, merokok dan kesakitan sebelum dan semasa urin dikumpulkan. Langkah-langkah pungutan urin 24 jam
a. Pilih bekas pungutan yang sesuai (Gambar 2)
Gambar 2: Bekas spesimen urin
15 /33 PANDUAN PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA Versi 5
b. Buang urin di awal pagi dan mulakan pungutan selepas itu. Rekodkan tarikh dan masa di label yang terdapat pada bekas, contoh : 15/8/2009, 8:00 am.
c. Pungut urin untuk tempoh 24 jam berikutnya. Jika pesakit ingin buang air
besar, pundi kencing harus dikosongkan dulu untuk mengelakkan kehilangan urin dan tinja mencemari urin yang dipungut.
d. Hentikan pungutan dan kumpul urin pada pagi berikutnya, tepat 24 jam. e. Spesimen urin ini disyorkan disimpan dalam peti ais sepanjang tempoh
pungutan. f. Labelkan bekas urin dengan terang dengan nama pesakit, RN, wad, tarikh,
waktu pungutan dan ujian yang dipesan. Langkah-langkah pungutan urin random
a. Pungut urin dalam bekas universal (Gambar 3)
Gambar 3: Bekas universal
b. Labelkan bekas urin dengan terang dengan nama pesakit, RN, wad, tarikh, waktu pungutan dan ujian yang dipesan.
3.5.3 Pungutan Stool, CSF dan lain-lain cairan badan a. Pungut stool, CSF dan lain-lain cairan badan dalam bekas universal (Gambar 3).
b. Labelkan bekas dengan terang dengan nama pesakit, RN, wad dan tarikh.
16 /33 PANDUAN PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA Versi 5
3.6 PROSEDUR PENGHANTARAN Bagi menjaga keselamatan kakitangan yang mengendalikan spesimen serta menjamin keputusan ujian yang bermutu dapat dikeluarkan, dalam proses penghantaran langkah-langkah berikut haruslah dipatuhi:
a. Dinginkan spesimen (2oC – 8oC) untuk ujian Arterial Blood Gases (ABG), Ammonia, Lactate dan Metabolic Diseases/Inborn Error of Metabolism (IEM). Ini boleh membantu merencatkan metabolisme sel darah seterusnya menstabilkan konstituen yang mudah dirosak oleh haba. Pendinginan boleh menggunakan ketulan ais atau campuran air/ais. Pastikan spesimen dilitupi pendingin yang digunakan dan dihantar kemakmal dengan segera selepas diambil. b. Semua spesimen kecuali urin 24 jam mesti dihantar di dalam beg plastik spesimen biohazard (Gambar 4). Spesimen dan borang pesanan perlu diasingkan di poket yang berbeza bagi mengelakkan borang dicemari jika berlaku sebarang ketirisan.
Gambar 4: Beg plastik spesimen (biohazard)
c. Hantar semua spesimen ke makmal secepat mungkin (dalam masa 2 jam selepas pungutan). Ini dapat membantu mengelakkan perubahan morfologi/kerosakan (deterioration) pada sel/komponen darah dan seterusnya boleh mengakibatkan keputusan yang salah (erroneous results).
d. Spesimen bersama borang diserahkan di kaunter penerimaan Makmal Patologi Kimia. Sahkan waktu penghantaran spesimen pada borang pesanan dengan menggunakan perakam masa yang disediakan di kaunter.
Nota : Jika beberapa spesimen dimasukkan ke dalam satu sampul plastik, sekiranya ada kebocoran specimen, semua spesimen akan ditolak. (Digalakkan satu sampul plastik, satu pesakit)
17 /33 PANDUAN PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA Versi 5
3.7 GANGGUAN KUALITI SPESIMEN Kualiti spesimen boleh terganggu jika yang berlaku kesalahan pada sebelum/ semasa pungutan, dalam tempoh penghantaran dan juga sewaktu pemprosesan. Beberapa masalah dan penyebab yang dikenal pasti adalah seperti berikut:
Masalah Penyebab Akibat
Salah tiub atau antikoagulan
Tiada perencat enzim Rendah glucose
Tiub EDTA untuk ujian biokimia rutin
Tinggi K, rendah Ca
Lipaemia Spesimen dipungut selepas pengambilan makanan berlemak atau pesakit hipertrigliceridaemia
Gangguan optikal bagi kebanyakan ujian Rendah Na (palsu)
Darah dicemari oleh cairan infusi
Dextrans berberat molekul tinggi
Aras protein total meningkat
Dextrose Tinggi glucose
Larutan crystalloid Keputusan palsu Na, K, Cl
Phosphate Rendah ionized Ca
Citrate Tinggi Na (jika garam Na)
Gelembung udara untuk ABG
-Picagari bocor -Tidak cukup penyumbat
Peningkatan PCO2
Hemolisis Sampel darah dipaksa keluar melalui jarum semasa diisi dalam bekas -Sebati spesimen dengan kasar
-Penghantaran terlalu lewat
- Tinggi K, Phosphate,ALP, AST,LDH,ALT,CK, Mg, Ca, Alb,TP, Fe
- Rendah troponin, bilirubin, amylase, bikarbonat, Na.
Nisbah antikoagulan:darah tidak betul (<90% daripada isipadu darah sepatutnya
Cairan heparin berlebihan ABG tidak normal dan kepekatan analytes tercair
Darah membeku dalam bekas berantikoagulan
Spesimen tidak disebati dengan baik
Keputusan ABG palsu
Spesimen tidak didinginkan atau lewat dihantar
Tiada bahan pendingin dan penghantaran terlalu lewat
Keputusan palsu NH3, Lactate dan ABG
18 /33 PANDUAN PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA Versi 5
Kami menawarkanujian biokimia dalam darah utuh, plasma serum, urin random, urin 24 jam, stool, dan lain-lain cairan tubuh seperti berikut: Petunjuk: L = lelaki B = bayi P = perempuan R = random D = dewasa F = puasa K = kanak-kanak *** = pesanan mesti dibuat melalui temujanji Bagi pungutan spesimen darah bayi dan kanak-kanak tiub bullet (1 mL) boleh menggantikan tiub plain.
Analyte Jenis sampel
Pungutan spesimen dan kaedah penghantaran
Julat rujukan
Alanine transaminase (ALT, GPT)
Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau lithium heparin
L : <45 U/L P : <34 U/L K : 13 – 45 U/L
Albumin Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau lithium heparin
D : 38 – 44 g/L K : 38 – 42 g/L
Albumin : Globulin ratio Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau lithium heparin
Alkaline phosphatase (ALP)
Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau lithium heparin
L : 53 – 128 U/L P : 42 - 98 U/L K : < 406
Ammonia (NH3) Plasma 2.5 mL dalam tiub lithium heparin, direndam dalam air ais
dan hantar SEGERA ke makmal
16.0 – 53.0 µmol/L
Amylase Serum 2.5 mL dalam tiub plain
25 – 125 U/L
Amylase (Diastase) Urin random 20 mL dalam bekas universal
490 U/L
Aspartate transaminase (AST,GOT)
Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau Lithium heparin
D : 5 – 34U/L Newborn : 25 – 75 U/L Infant : 15 -60 U/L
Bence Jones Protein (BJP), Ujian Saringan
Urin random 20 mL dalam bekas universal
Negatif
Bilirubin, Direct Serum 2.5 mL dalam tiub plain D : < 4.3 µmol/L K : <3.4 µmol/L
Bilirubin, Total Serum 2.5 mL dalam tiub plain D : < 17 µmol/L
Kanak-kanak: 0 -1 hari: 24 – 149 µmol/L
1 -2 hari : 58 – 197 µmol/L 3-5 hari : 26 – 205 µmol/L
Blood Gases, Arterial Darah utuh 0.3 mL dalam picagari
berheparin diremdam dalam air ais dan hantar SEGERA ke makmal
pH : 7.35 – 7.45 pCO2 : 35 – 45 mmHg pO2 : 75 – 100 mmHg HCO3 : 24 – 32 mmol/L (Arterial ;Calculated ) BE : -2 to 2 mmol/L
Body fluid biochem 1. Protein 2. Glucose 3. pH 4. LDH 5. SAAG (Peritoneal)
Abdominal fld Peritoneal fld
Pleural fld
2.5 mL dalam bekas universal
Sila berhubung dengan makmal
4.0 UJIAN AM DITAWARKAN
19 /33 PANDUAN PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA Versi 5
Analyte Jenis
sampel Pungutan spesimen dan kaedah penghantaran
Julat rujukan
CSF biochem 1. Protein 2. Globulin 3. Glucose 4. Lactate 5. Chloride
CSF
1.5 – 2.5 mL dalam bekas universal
Sila berhubung dengan makmal
CA 125 (Tumour marker)
Serum 2.5 mL dalam tiub plain
≤ 35 U/mL
Calcium Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau lithium heparin
2.02 – 2.60 mmol/L
Urin random 20 mL dalam bekas universal
Urin 24 jam Bekas urin 24 jam
2.50 – 6.0 mmol/24 jam
Carcinoembryonic antigen (CEA)
Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau lithium heparin
≤ 5.2 U/mL
Chloride Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau lithium heparin
98 – 107 mmol/L
Urin random 20 mL dalam bekas universal
Urin 24 jam Bekas urin 24 jam
110 – 250 mmol/24 jam
Cholesterol Total Serum Berpuasa semalaman: 2.5 mL dalam tiub plain
(ATP III/Abbott Architect) Creatine Kinase (CK)
Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau lithium heparin
L : 30 - 200 U/L P : 29 - 168 U/L
CKMB (activity) Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau lithium heparin
<25 U/L
Creatinine Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau lithium heparin
L : 62-106 µmol/L P : 44 – 80 µmol/L
Spot urine 20 mL dalam bekas universal
L : 3450 – 22 900 µmol/L P : 2470 – 19 200 µmol/L
Urin 24 jam Bekas urin 24 jam
L : 9000 – 21 000 µmol/24 jam
P : 7000 - 14 000 µmol/24 jam
20 /33 PANDUAN PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA Versi 5
Analyte Jenis sampel
Pungutan spesimen dan kaedah penghantaran
Julat rujukan
Creatinine clearance test
Serum 2.5 mL dalam tiub plain
75 – 135 mL/min
Urin 24 jam
Bekas urin 24 jam
Gamma glutamyl transferase (GGT)
Serum 2.5 mL dalam tiub plain
L : 12 – 64 U/L P : 9–36 U/L
Glucose Plasma Berpuasa semalaman: 2.5 mL dalam tiub
NAF oxalate
Puasa: < 6.1 mmol/L Random: <11.1 mmol/L
Glucose tolerance test
Plasma 2.5 mL dalam tiub NAF oxalate
0 min : < 6.1 mmol/L 120 min : < 7.8 mmol/L Gestational DM (*ACOG) 0 min : > 5.3 mmol/L 120 min : > 8.6 mmol/L
Haemosiderin Urin random 20 mL dalam bekas universal
Negatif
Haemoglobin Urin random 20 mL dalam bekas universal
Negatif
High density lipoprotein cholesterol (HDL)
Serum Berpuasa semalaman: 2.5 mL dalam tiub plain
(ATP III) Iron Serum 2.5 mL dalam
tiub plain
L : 10.6 – 28.3 µmol/L P : 6.6 – 26.0 µmol/L
Lactate Plasma 2.5 mL dalam
tiub lithium heparin dan dihantar SEGERA
dalam air ais
0.50 – 2.20 mmol/L
Lactate Dehydrogenase (LDH)
Plasma 2.5 mL dalam tiub lithium heparin
<480 U/L
Lithium Serum 2.5 mL dalam tiub plain
1.1 – 1.2 mmol/L
Low density lipoprotein cholesterol (LDL)
Pengiraan Range(mg/dl) Range(mmol/L)
Optimal <100 <2.6
Near optimal 100-129 2.6-3.3
Borderline high 130 - 159 3.4-4.1
High 160-189 4.2-4.9
Very high ≥190 ≥4.9
* ATP III
21 /33 PANDUAN PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA Versi 5
Analyte Jenis sampel
Pungutan spesimen dan kaedah penghantaran
Julat rujukan
Magnesium Plasma 2.5 mL dalam tiub lithium heparin
0.73 – 1.06 mmol/L
Urin random 20 mL dalam bekas
universal
Urin 24 jam Bekas urin 24 jam 3 - 5 mmol/24 jam
Occult Blood Stool Dalam bekas universal berpenutup
Negatif
Osmolality Serum 2.5 mL dalam tiub plain 275 -295 mOsmol/kg H2O
Urin random 20 mL dalam bekas
universal
300 – 900 mOsm /kg H2O
Phosphate (PO4) Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau Lithium heparin
D: 0.84 - 1.45 mmol/L K: 1.25 – 2.50 mmol/L
Urin random 20 mL dalam bekas
universal
Urin 24 jam Bekas urin 24 jam 12.9 – 42.0 mmol/h24 jam
Porphrin / porphobilinogen
Urin random 20 mL dalam bekas universal
Negatif
Potassium Serum/plasma 2.5 mL dalam tiub plain atau Lithium heparin
3.5 – 5.0mmol/L
Urin random 20 mL dalam bekas universal
Urin 24 jam Bekas urin 24 jam
25 – 125 mmol/24 jam
Prostate Specific Antigen (PSA)
Serum 2.5 mL dalam tiub plain < 4 ng/mL
Protein
Serum
2.5 mL dalam tiub plain 64 – 83 g/L
Urin random
20 mL dalam bekas universal
0 – 140 mg/L
Urin 24 jam Bekas urin 24 jam < 300 mg/day
Malaysia CPG on Diabetic Nephropathy July 2004
22 /33 PANDUAN PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA Versi 5
SOURCE : - Manufacturer reagent kits Risalah reagen (HUSM/MPK/73) . - Malaysia CPG - American Congress of Obstetrics and Gynaecologist (ACOG) - National Cholesterol Education Programme Adult Treatment Panel III (NCEP ATP III) - Hospital Kuala Lumpur (HKL)
Analyte Jenis sampel
Pungutan spesimen dan kaedah penghantaran
Julat rujukan
Protein :
CreatinineIndex (PCI)
Urin random Bekas universal 2 – 3
(Abbott Architect)
Protein Creatinine Ratio (PCR)
Urin spot 20 mL dalam bekas universal
<200 mg/g (22.7 mg/mmol)
Protein Electrophoresis
Serum 2.5 mL dalam tiub plain
Sila hubungi makmal
Reducing Sugars Screening
Urin random 20 mL dalam bekas universal
Negatif
Stool Dalam bekas universal berpenutup
Negatif
Sodium Serum/ plasma
2.5 mL dalam tiub plain atau Lithium heparin
135 – 145 mmol/L
Urin random 20 mL dalam bekas universal
Urin 24 jam Bekas urin 24 jam 40 - 220 mmol/24 jam
Triglycerides Serum 2.5 mL dalam tiub plain
Range (mg/dL) Range (mmol/L)
Normal <150 <1.7
Borderline
High
150 to 199 1.7 to 2.25
High 200 to 499 2.26 to 5.64
Very High 1.7 to 2.25
(Abbott Architect) hs Troponin T Serum 2.5 mL dalam tiub
plain
<14ng/l
Urea Serum/ plasma
2.5 mL dalam tiub plain atau Lithium heparin
1.7 – 8.3 mmol/L
Urin 24 jam
Bekas urin 24 jam 430 – 715 mmol/24 jam
Urinalysis Urin random 20 mL dalam bekas universal
Leucocytes : Negatif Nitrite : Negatif Urobilinogen: Normal Protein : Negatif pH : 4.7 – 7.8 Blood : Negatif SG : 1.005 – 1.030 Ketone : Negatif Bilirubin : Negatif Glucose : Negatif
Uric Acid Serum/ plasma
2.5 mL dalam tiub plain atau Lithium heparin
L: 210-420 µmol/L P : 150-350 µmol/L K : 120- 320 µmol/L
Urin 24 jam Bekas urin 24 jam 1500 – 4400 µmol/12 jam
23 /33 PANDUAN PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA Versi 5
Bil Ujian
1. Sodium
2. Potassium
3. Urea
4. Calcium
5. Glucose
6. Creatinine
7. Amylase
8. Magnesium
9. Total Bilirubin
10. Uric Acid
11. Total Creatine Kinase (CK)
12. CKMB
13. Arterial Blood Gas (ABG)
14. Cerebral Spinal Fluid Biochemistry (CSF)
15. Ammonia
16. Lactate
17. Troponin T
18. Alanine Transaminase (ALT)
19. Aspartate Amino Transferase (AST)
4.1 UJIAN SEGERA
24 /33 PANDUAN PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA Versi 5
14.0 UJIAN AM DITAWARKAN Kami juga menawarkan ujian biokimia khas bagi kes inborn error metabolism seperti berikut:
Analyte Jenis sampel
Pungutan spesimen dan kaedah penghantaran
Julat rujukan
Amino acid Plasma 2.5 mL dalam tiub lithium heparin
Sila hubungi makmal
Organic acid Urin random 20 – 30 mL dalam bekas universal
NBS
Dried blood spot
Kertas turas S & S no 903
Mucopolysaccharides (GAG)
Urin random 20 mL dalam bekas universal
Kami juga boleh menerima ujian IEM selain daripada senarai di atas. Sila hubungi Makmal Metabolik sambungan telefon 6472 atau 6490.
5.0 UJIAN YANG DITAWARKAN DI SEKSYEN IEM
25 /33 PANDUAN PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA Versi 5
Kami menerima pesanan ujian biokimia yang pengujiannya tidak dijalankan di Makmal Patologi Kimia. Spesimen akan diproses, dibungkus dan akan diposkan kepada makmal luar yang menawarkan perkhidmatan ujian tersebut. Senarai ujian yang dihantar ke makmal luar adalah seperti di bawah: Nama ujian Bekas Isipadu Penghantaran
Julat rujukan
Amino acid, plasma
Tiub Lithium heparin
2.5 ml Dalam air ais
Amino acid, urin
Urin spot
20 ml Dalam air ais
α1 –Antitrypsin, serum
Tiub plain 2.5 ml 1.30 – 2.90 g/L
BJP, urin 24 jam dan Protein electrophoresis for multiple,
serum
Urin 24 jam dan tiub plain
2.5 ml
Caeruloplasmin, serum
Tiub plain 2.5 ml 0.15 – 0.60 g/L
Carnitine, plasma
Tiub Lithium heparin
2.5 ml Dalam air ais Total : 32 – 84 µmol/L Free : 26 – 60 µmol/L
Catecholamines, urin 24 jam Urin 24 jam + 10 ml HCL pekat
Epineprine : 1.7 – 22.4 µg/24 jam Norepineprine : 12.1 – 85.5 µg/24 jam Dopamine : < 498.1 µg/24 jam
Copper, serum
Tiub plain 2.5 ml 11 – 20 µmol/L
Copper, urin 24 jam Urin 24 jam + HNO3
< 0.9 µmol/L
Dried blood spot Filter paper (Guthrie card)
Free light chain, serum
Tiub plain 5 ml
Haptoglobin, serum Tiub plain
2.5 ml 36.0 – 195.0 mg/dl
Homocystine, plasma
Tiub Lithium heparin
2.5 ml Dalam air ais 5.5 – 17.0 µmol/L
Lead (Plumbum), serum
Tiub EDTA / Lithium heparin
2.5 ml < 10 µg/dl
β2 – Microglobulin, serum
Tiub plain 2.5 ml 1.2 – 2.5 mg/L
Organic acid, urin spot Urin spot
20 ml Dalam air ais
Orotic acid, urin spot Urin spot
20 ml Dalam air ais < 2 minggu : 1.3 – 5.3 mmol/mol Creat 2 minggu – 1 tahun : 1.0 – 3.2 mmol/mol Creat 1 – 10 tahun : 0.5 – 3.3 mmol/mol Creat > 10 tahun : 0.4 – 1.2 mmol/mol Creat
Zinc, serum
Tiub plain 2.5 ml
6.0 UJIAN YANG DITAWARKAN (Makmal Luar)
26 /33 PANDUAN PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA Versi 5
Lampiran 1
7.1 BORANG PERMOHONAN UJIAN AM
27 /33 PANDUAN PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA Versi 5
Lampiran 2
7.2 BORANG PERMOHONAN UJIAN KECEMASAN
28 /33 PANDUAN PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA Versi 5
Lampiran 3
7.3 BORANG PERMOHONAN UJIAN METABOLIK HUSM
29 /33 PANDUAN PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA Versi 5
Lampiran 4 7.4 BORANG PERMOHONAN SPESIMEN PATOLOGI IMR
30 /33 PANDUAN PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA Versi 5
Lampiran 5
7.5 BORANG PERMOHONAN UJIAN IEM (IMR)
32 /33 PANDUAN PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK PATOLOGI KIMIA Versi 5
Lampiran 6
7.6 BORANG PERMOHONAN UJIAN MULTIPLE MYELOMA (IMR)