32
Inisiatif Mencergaskan Pelaksanaan Projek ISSN 1985-0220 | Bil. 2/2011 | April - Jun 2011 | www.icu.gov.my V olume | A ccuracy | S peed ICU JPM Prihatin Kesukaran Rakyat Roll out BL E SS Di Kelantan

Volum e | Accurac y | Speed ISSN 1985-0220 | Bil. 2/2011 | April - … · 2013-05-31 · 2 Buletin Bergambar ICU JPM 3 April - Jun 2011 08 05 Disiplin Ketenteraan Percepat Pelaksanaan

  • Upload
    others

  • View
    33

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

InisiatifMencergaskanPelaksanaan Projek

ISSN 1985-0220 | Bil. 2/2011 | April - Jun 2011 | www.icu.gov.myVolume | Accuracy | Speed

ICU JPM PrihatinKesukaran

Rakyat

Roll out BLESSDi Kelantan

Muka Surat 12

Muka Surat 21

2Buletin Bergambar ICU JPM

2Buletin Bergambar ICU JPM

KETUA PENGARAHYBhg. Datuk Hj. Shukry Hj. Mohd Salleh

TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN STRATEGIK)YBhg. Dato’ Seri Ab. Ghani Ariffin

TIMBALAN KETUA PENGARAH (TRANSFORMASI PENYAMPAIAN)YBhg. Dato’ Mohammed Ismail

TIMBALAN KETUA PENGARAH (PENYELARASAN PROJEK KHAS)YBhg. Dato’ Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusoff

PENGURUS BPR PROJEK BLESS Pn. Musalmiah Hj. Asli

BAHAGIAN EKONOMI En. Mohamad Azhar Saleh (mulai 25 Mei 2011)

TUGAS KHAS YBhg. Dato' Mohd Salleh Yaakob

PUSAT BANK DATA NEGARA & INOVASI Pn. Rosni Abdul Malik

BAHAGIAN INFRASTRUKTUR En. Mohd Hatta Nordin

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN Tn. Hj. Nordin Buyau

UNIT KHIDMAT NASIHAT YBrs. Prof. Madya Dr. Osman Mohd Yusoff

BAHAGIAN SOSIAL Pn.Hjh. Norsini Hussin

BAHAGIAN KESEJAHTERAAN RAKYAT Cik Normi Nordin

BAHAGIAN BADAN BERKANUN & PEMBANGUNAN INSTITUSI En. Mahd Ishak Abd. Aziz

BAHAGIAN KESELAMATAN En. Zolkopli Dahalan

BAHAGIAN PENILAIAN OUTCOME En. Ismail Hamad

BAHAGIAN SUSUN SEMULA MASYARAKAT En. Zamry @ Fazillah Salleh

BAHAGIAN PROJEK KHAS En. Ismail Haron

BAHAGIAN KONSULTATIF & REFERAL TEKNIKAL Pn. Ir. Umi Kalthom Ahmad

PPN PULAU PINANG En. Nik Ali Mat Yunus

PPN SELANGOR Datuk Hj. Abd. Ghani Salleh

PPN SARAWAK YBhg. Dato Kamal Husin

PPN PAHANG YBhg. Dato’ Dzul-Kifly Osman

JPP KELANTAN En. Makhtar Mustapha

PPN JOHOR En. Nor Rizan Mohd Thani

PPN TERENGGANU Tn. Hj. Ahmad Shahrom Hj. Yasin

PPN MELAKA Tn. Hj. Mohd Yazid Ramli

PPN KEDAH YBhg. Datuk Azmi Lateh

PPN NEGERI SEMBILAN YBhg. Dato’ Mohd Bahrudin Mahfuz

PPN PERAK YBhg. Dato’ Hasim Hasan

PPN W.PERSEKUTUAN YBhg. Dato’ Mohd Zaharil Kasim

PPN SABAH Tn. Hj. Matusin Sunsang

PERDA En. Saringat Hassan

BPPB PULAU PINANG En. Azman Ibrahim

PPN PERLIS Cik Juwairiah Lebai Din

S I D A N G R e d a k s iPENAUNG YBhg. Datuk Hj. Shukry Hj. Mohd Salleh

PENASIHATYBhg. Dato’ Seri Ab. Ghani Ariffin

YBhg. Dato’ Mohammed Ismail

YBhg. Dato' Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusoff

KETUA EDITORTn. Hj. Nordin Buyau

EDITORHasniah Rashid

SIDANG PENULIS

Hasniah Rashid

Kheu Kuan Siong

Noraisyah Khairuddin

Ahmad Yusri Jaapar

Ahmad Shafiq Mirza Mansor

Aris Abd. Rahman

Fazidah Fadzil

Norhizin Abd. Ghani

Nur Bahiyah Abd. Razak

Haniza Mohamed Hanippon

URUS SETIA PENERBITANNaim Saleh

REKALETAK & GRAFIKMohd Yaziz Sulaiman

JURUFOTOMohd Noor Yazid Ismail

Mohd Syah Erwan Che Mit

Aizat Asyraf Abdul Ghafar

BANTUAN/SOKONGANJamilah Tambi

Razilah Radzi

Norhakim Abd Wahab

Sidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud

penambahbaikan dan sumbangan penulisan/artikel/gambar

dan lain-lain yang bersesuaian untuk keluaran akan datang.

Hubungi Sekretariat Penerbitan:

Naim Saleh

Email: [email protected]

Telefon: 03 8872 6413

Diterbit dan dicetak:Seksyen Perhubungan Awam, Bahagian Khidmat Pengurusan,

Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri,

Bangunan Perdana Putra, 62502 Putrajaya.

Telefon : 03 8872 6407

Faksimili : 03 8888 3528 (Am), 03 8888 3217 (SPA)

PENGURUSAN ICU JPM Ibu Pejabat

PENGURUSAN ICU JPM Negeri

Bil. 2/2011 | April - Jun 2011 | www.icu.gov.my

2Buletin Bergambar ICU JPM

3April - Jun 2011

08

05 Disiplin Ketenteraan Percepat Pelaksanaan Projek

07 Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri Perak Bil.2/2011

08 Inisiatif Mencergaskan Pelaksanaan Projek

10 Majlis Persaraan & Pemantauan Projek Sempena Mesyuarat Pengarah-pengarah

12 Roll Out BLESS Di Kelantan

13 Bengkel Penilaian Outcome ICU JPM 2011

14 Rampaian Peristiwa

20 Produk SDSI Ke Pasaran Antarabangsa

21 ICU JPM Prihatin Kesukaran Rakyat

22 Perkongsian Amalan Terbaik via Workcamp ICU JPM

23 Klinik UPSR 2011 Anjuran Mutiara PDCA

24 Sukan Boling PUSPANITA JPM 2011

25 Program dan Aktiviti Kelab Sukan & Kebajikan ICU JPM

26 Karnival 1ICU 1 Hati 1 Rasa

28 Ehwal Perkhidmatan

32 Apresiasi Perkhidmatan

KANDUNGAN APRIL - JUN 2011

10 12 25

4Buletin Bergambar ICU JPM

Visi Agensi Pusat yang unggul dan berwibawa dalam memantau

pelaksanan rancangan pembangunan negara.

Misi Agensi Pusat yang menggerakkan pembangunan negara melalui

penyelarasan, pengesanan dan penilaian dasar, program dan projek

dengan mengamalkan budaya kerja cemerlang dan tadbir urus

yang baik.

Perkhidmatan Teras Utamau Menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan dan outcome Program/Projek Pembangunan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT)

u Mengurus Peruntukan serta melaksana dan memantau Program/Projek Khas YAB Perdana Menteri

u Menyelaras, memantau dan menilai Program/ Projek Kesejahteraan Rakyat.

Moto

D iam tak diam kita telah pun melintasi bulan Jun iaitu tempoh pertengahan tahun yang lazimnya dikaitkan sebagai masa untuk berMuhasabah. Biasanya

di awal tahun masa diluangkan untuk membina tekad baru dan memantapkan jatidiri. Masa kita seterusnya dipenuhi dengan kegiatan merangka program kerja dan strategi serta pelbagai inisiatif baru. Kemudiannya kita susuli pula dengan tindakan beserta sulaman komitmen bagi mencapai sasaran outcome kepada pelan kerja yang kita sendiri telah persetujui.

Dalam alam pekerjaan, kebiasaannya pada tempoh pertengahan tahun seperti ini ekspektasi stakeholders terhadap para pekerja adalah supaya mereka menoleh ke belakang bagi mengimbas perancangan dan membandingkannya dengan tindakan-tindakan pelaksanaan. Pada masa yang sama, secara kendiri atau pun melalui pasukan kerja para pekerja digalak memandang ke hadapan bagi menghitung pencapaian KPI organisasi sambil menilai prestasi SKT masing-masing.

Tujuannya tidak lain agar para pekerja secara jujur membuat analisis keberkesanan dirinya kepada organisasi di samping menilai tahap pencapaiannya sebagai pekerja. Jika terdapat aspek yang tersasar maka inilah masanya dibuat jajaran semula. Begitulah juga pengajaran Allah s.w.t. dengan kedatangan bulan Rejab pada 3 Jun lalu. Ini bererti kita telah meninggalkan bulan keenam takwim Islam dan bakal menghadapi pertengahan Syaaban di mana buku catatan amalan bakal ditutup untuk diganti dengan buku yang baru.

Bulan Rejab yang kita tahu adalah permulaan pada rangkaian tiga bulan rahmat yang penuh dengan barakah. Kelebihan Rejab dan Syaaban serta Ramadhan yang pahala ibadatnya dikurniakan dengan ratusan dan ribuan kali ganda tidak seharusnya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Untuk itu bertindaklah kita secara bijaksana dalam menggandingkan komitmen kerja dengan tuntutan akhrawi demi perkhidmatan yang terbaik dan kecemerlangan dunia akhirat. Pastinya jika bersungguh-sungguh, usaha yang disemai akan membuahkan hasil untuk dituai dek tuan empunya diri.

Salam 1ICU JPM. 1Hati, 1Fikiran, 1Tindakan

HASNIAH RASHIDEditor

Apa Yang DisemaiItulah Yang Dituai

MINDA EDITOR

5April - Jun 2011

4Buletin Bergambar ICU JPM

PEMBANGUNAN NEGARA

Disiplin KetenteraanPercepatPelaksanaanProjek

Oleh Hasniah [email protected]

PULAU LAYANG LAYANG >Penghayatan kepada ikrar ‘Sedia Berkorban’ sebagai prinsip

perkhidmatan dan pembudayaannya dalam pelaksanaan projek pembangunan oleh pihak Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) telah memberi sumbangan yang signifikan. Disiplin tersebut beserta inisiatif pemantauan yang rapi kata Ketua Pengarah ICU JPM, YBhg. Datuk Shukry Mohd Salleh telah membolehkan projek dilaksanakan dengan cepat, mendahului jadual dan disiapkan tanpa permohonan peruntukan tambahan. Sehubungan itu proses pelaksanaan program/projek yang akan datang di bawah peruntukan pembangunan ICU JPM bakal mencontohi nilai-nilai tegar ketenteraan. Antaranya yang wajar dijadikan teladan dalam pengurusan projek ialah amalan ‘tiada alasan’ dan ‘tidak terima alasan’ di samping kaedah pemantauan yang berstruktur beserta misi pelaksanaan yang jelas. Pemerhatian tersebut diucapkan oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah pada 18 Jun 2011 di acara Majlis Penyerahan dua projek pembangunan Pulau Layang

Layang bertempat di Stesen Lima TLDM. Projek Pembangunan Lagun Selatan Sierra TLDM yang melibatkan kerja-kerja melebar dan mendalamkan lagun bahagian selatan stesen telah diluluskan untuk pelaksanaan mulai 15 Ogos 2010 dengan siling peruntukan sebanyak RM2 juta. Kerja-kerja disiapkan dalam tempoh dua bulan dan mendahului jadual siap yang ditetapkan iaitu pada 31 Disember 2010 dengan keseluruhan kos projek sebanyak RM1,980,750. Keberkesanan ketara pelaksanaan projek ialah kemudahan dalam urusan yang berkaitan penghantaran logistik

6Buletin Bergambar ICU JPM

6Buletin Bergambar ICU JPM

PEMBANGUNAN NEGARA

dan selari dengan objektif untuk membolehkan kapal TLDM berlabuh. Penyerahan yang kedua ialah Projek Perolehan Lampu Pendaratan Malam yang meliputi kerja-kerja membekal, menghantar, menguji dan mentauliah lampu landasan mudah alih di Stesen Sierra. Pelaksanaan projek ini telah melengkapkan keperluan operasi dan juga membolehkan kerja-kerja bantuan k e m a n u s i a a n

dilakukan pada bila-bila masa khususnya pada waktu malam. Tempoh bekalan dalam terma projek ialah selama 7 bulan dan melalui penyeliaan yang rapi dengan disiplin ketenteraan telah membolehkan ianya disiapkan mengikut jadual pada 24 Februari 2010.

Untuk rekod, Stesen Lima TLDM di Pulau Layang Layang adalah terletak kira-kira 156 Batu Nautika Barat Laut Pulau Labuan. Stesen TLDM di terumbu Layang Layang mula beroperasi setelah terdirinya tugu yang pertama pada Jun 1980 serta penempatan anggota pasukan khas laut (PASKAL) pada Mei 1983.Keseluruhannya pelaburan kerajaan

melalui ICU JPM dalam pelaksanaan 9 projek pembangunan yang berjumlah RM81,770,264 telah menjadikan terumbu Layang Layang atau lebih dikenali sebagai Pulau Layang sebagai pusat pelancongan antarabangsa khususnya di kalangan penggemar scuba-diving selain sebagai penempatan TLDM. n

6Buletin Bergambar ICU JPM

7April - Jun 2011

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

MesyuaratMajlis Tindakan Negeri Perak Bil.2/2011

Oleh Norhizin Abd. [email protected]

IPOH, PERAK >ICU JPM melalui PPN Perak telah mengurusetiakan

Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTN) Perak Bil. 2/2011 yang berlangsung pada 12 Mei 2011 di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Mesyuarat dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Perak Dato’ Dr. Zambry Hj. Abdul Kadir dan turut dihadiri oleh Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ketua Ketua Jabatan/Agensi Negeri Perak yang releven. Pada mesyuarat tersebut Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Strategik ) ICU JPM, YBhg. Dato’ Seri Ab. Ghani Arifin telah membentangkan intipati Arahan No. 1 Tahun 2010, Majlis Tindakan Negara yang baru berkuatkuasa. Pegawai Pembangunan Negeri Perak YBhg. Dato’ Hasim Hasan pula membentangkan kepada mesyuarat mengenai Status Pelaksanaan Projek-Projek RMK-10 sehingga April 2011. Tumpuan utama dalam perbincangan Mesyuarat MTN Perak kali ini adalah berdasarkan

kepada Arahan No. 1 Tahun 2010, MTN yang berkuatkuasa pada Disember 2010 untuk memberi fokus kepada 4 Tonggak Utama ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi, Gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, Government Transformation Programme (GTP), Model Baru Ekonomi dan RMK-10.

Antara lainnya pandangan yang diutarakan oleh ahli mesyuarat adalah berhubung dengan tindakan kearah mengukuhkan serta memantapkan keberkesanan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah (JKTD) iaitu dengan memastikan kehadiran Ketua Jabatan atau diwakili oleh Pegawai yang berkuasa bagi memastikan 4 tiang utama tersebut difahami hingga ke akar umbi. n

8Buletin Bergambar ICU JPM

PEMANTAUAN PENILAIAN

Inisiatif Mencergaskan Pelaksanaan Projek

Oleh Hasniah [email protected]

KUALA LUMPUR >Ketua Pengarah YBhg. Datuk Hj. Shukry Mohd Salleh pada

7 Jun 2011 mengadakan lawatan pemantauaan penilaian ke tapak projek Perumahan Anggota Kawalan Tetap KEMENTAH di Kem KEMENTAH Kuala Lumpur. Tujuan lawatan adalah bagi mengenalpasti isu dan masalah pelaksanaan yang telah memperlahankan prestasi fizikal dan seterusnya mencadangkan tindakan tindakan penyelesaian bagi mencergas dan melancarkan pelaksanaannya. Pada tarikh lawatan, pelaksanaan projek yang skopnya meliputi kerja-kerja Merekabentuk, Membina dan Menyiapkan Satu Blok 12 Tingkat Perumahan Kuarters kepada Anggota Kawalan Tetap didapati secara puratanya hanya mencatat sekadar 3% kemajuan pada setiap bulan sejak Jun 2010. Prestasi fizikal juga didapati sekadar 32% justeru telah terLewat Jadual sebanyak 68%. Sehubungan itu menurut YBhg. Datuk Ketua Pengarah:

lawatan beserta elemen intervensi dan troubleshooting

begitu perlu memandangkan projek tersebut merupakan projek sambungan RMK-9 yang diluluskan bagi Rolling Plan Pertama (RP1) RMK-10. Tempo pelaksanaan juga amat perlahan di mana projek ini sepatutunya disiapkan pada 30 Mei 2011. Berdasarkan laporan yang dibentangkan pada Mesyuarat JK Tindakan Pembangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 26 Mei baru lalu pelaksanaan projek ini dikhuatiri bakal melangkaui ke RP2 sekiranya tindakan penyelesaian ke arah menggandakan kemajuan prestasi fizikal projek tidak disegerakan.

Lawatan yang disertai bersama para pegawai Seksyen Pembangunan JPM dan Kementerian Pertahanan telah mengenalpasti beberapa kelemahan di peringkat pra-pelaksanaan. Faktor kelewatan di pihak kontraktor dikenalpasti telah menyumbang kepada

kegagalan projek siap mengikut Jadual. Antaranya ialah dalam memuktamadkan pelan rekabentuk, memohon kelulusan Development Order (DO), menentukan pembekal bahan Industrialised Building System (IBS) dan juga memulakan kerja di tapak. Berkaitan itu pihak kontraktor on-the-spot disaran supaya kembali ke drawing board bagi merangka dan mengemukakan S-Curve fizikal dan kewangan serta Pelan Tindakan Pemulihan yang baru secara terperinci dengan mengambilkira perincian aktiviti, bilangan pekerja dan juga tempoh masa. Ketegasan ICU JPM diperjelaskan melalui penetapan tarikh matlamat penyediaan iaitu dalam tempoh 1 minggu atau sehingga 15 Jun 2011. Manakala pihak Penyelia Projek iaitu Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BKPP) dikehendaki secara proaktif mengesan serta menyelesaikan masalah/isu pelaksanaan di tapak disamping menguatkuasakan pematuhan kepada tarikh matlamat

8Buletin Bergambar ICU JPM

9April - Jun 2011

melalui pemantauan secara rapi. Team lawatan turut membuat pemerhatian kepada beberapa aspek kualiti projek seperti kebersihan dan keselamatan. Ketidakprihatinan kontraktor pada aspek kebersihan dengan membiarkan sampah-sarap dan sisa-sisa bahan binaan berselerakan di kawasan tapak projek telah menyebabkan air bertakung serta wujudnya tempat pembiakkan nyamuk. Pihak kontraktor diingatkan supaya membersihkan kawasan tapak projek secara berkala kerana keadaan tersebut berpotensi mengakibatkan kesan sampingan seperti penularan penyakit denggi serta pencemaran kepada alam dan persekitaran. Mengenai aspek keselamatan, pihak kontraktor juga didapati gagal memagari kawasan tapak projek dan ketiadaan papan tanda bagi makluman awam. Untuk itu pihak kontraktor diminta memberi keutamaan dan telah diminta memasang hoarding dengan segera dan dengan sepenuhnya termasuklah menyediakan papan tanda di sekeliling

tapak projek. Ketiadaan hoarding dan papan tanda seperti mana peraturan keselematan kerja-kerja pembangunan selain menyalahi peraturan juga boleh membahayakan keselamatan bukan sahaja di kalangan para pekerja tetapi juga kepada penduduk setempat. Kesimpulannya lawatan pemantauan penilaian beserta elemen intervensi dan troubleshooting yang telah menemukan semua pihak yang relevan dengan pelaksanaan projek di tapak merupakan inisiatif yang produktif kerana berjaya mengenalpasti isu serta cadangan dan tindakan penyelesaian. ICU JPM juga dalam usaha memastikan kumpulan sasar dapat memanfaatkan hasil projek seperti mana objektif dan sasaran yang ditetapkan telah dengan serta merta memaklumkan secara bertulis hasil pemerhatian dan perbincangan di tapak kepada Kementerian Pertahanan selaku tuan empunya projek untuk disusuli dengan tindakan dan juga pemantauan agar pelaksanaan projek ini dicergaskan semula. n

10Buletin Bergambar ICU JPM

PENGURUSAN PEMBANGUNAN

Majlis Persaraan & Pemantauan Projek Sempena Mesyuarat Pengarah-pengarah

Oleh Hasniah [email protected]

KOTA KINABALU, SABAH >Sesi Mesyuarat yang elaboratif sepanjang hari pada Ahad

26 Jun 2011, majlis ringkas meraikan persaraan YBhg. Dato’ Mohd Salleh Yaakob pada sebelah malamnya dan aktiviti lawatan pemantauan ke tapak projek pembangunan di sekitar Kota Kinabalu pada hari Isnin 27 Jun 2011 mengisi agenda Mesyuarat Pengarah-Pengarah ICU JPM Bil 3 Tahun 2011 dari 25 – 27 Jun 2011. Keseluruhannya sebanyak 13 kertas/laporan dalam agenda oleh ketiga-tiga sektor telah dibincangkan. Pemantauan yang rapi oleh Ketua Pengarah YBhg. Datuk Shukry Mohd Salleh pada setiap kali mesyuarat akan Prestasi Pelaksanaan Projek Khas didapati berkesan. Peratusan perbelanjaan sehingga 20 Jun 2011 dilaporkan telah berada dalam kelompok cemerlang iaitu 59.2%. SYABAS ICU JPM. Kelancaran pelaksanaan projek RMK-10 secara rolling plan merupakan topik perbincangan utama Pusat Transformasi Penyampaian. Tumpuan adalah kepada inisiatif untuk meminimumkan kekangan dan cabaran yang sering dihadapi dalam penyelarasan pelaksanaan program/projek RMLT. Antara yang dikenalpasti ialah berkaitan peruntukan, isu tapak dan ringkasan projek di peringkat pra-pelaksanaan.

Bilangan program utama Key Performance Indicators (KPI) Ketua Pengarah ICU JPM melalui laporan oleh Sektor Pembangunan Strategik telah ditambah daripada lima (2010) kepada tujuh (2011) dengan kemasukkan perkhidmatan Susun Semula Masyarakat dan Projek Malaysia Business Licensing System. Manakala KPI 2010 yang dikekalkan ialah

Pemantauan Projek; Penilaian Outcome; Pembasmian Kemiskinan; Pelaksanaan Projek Khas; dan Indeks Pematuhan Piagam Pelanggan. Menurut YBhg. Datuk Ketua Pengarah, KPI seperti mana yang dipersetujui JPA sebenarnya merupakan petunjuk keberhasilan utama prestasi organisasi ICU JPM; justeru menjadi

tanggungjawab semua pihak untuk memastikan pencapaiannya. Manakala pertambahan kepada bilangan program utama untuk dinilai membuktikan ketersediaan ICU JPM untuk menangani cabaran baru dan merealisasikan agenda pembangunan nasional. Selari dengan peranan ICU JPM dalam mencergaskan pelaksanaan program/projek pembangunan, fokus

pemantauan secara berkumpulan oleh Ahli-ahli Mesyuarat adalah pada dua projek lewat jadual bagi maksud pembelajaran dan pengukuhan pelaksanaan akan datang. Destinasi pertama ialah projek Pemodenan Keretapi Negeri Sabah dari Tanjung Aru ke Tenom yang dibiayai oleh Kementerian Pengangkutan.

11April - Jun 2011

Projek ini diperuntukkan dengan siling kewangan sebanyak RM129.8 juta adalah melibatkan kerja-kerja peningkatan infrastruktur iaitu perolehan gerabak baru, kerja-kerja penjajaran landasan dan juga pembinaan Pondok Hentian bagi fasa/sektor 1 dari Tanjung Aru ke Kimanis. Antara punca kelewatan pelaksanaan projek yang diselia oleh KTMB ialah kecenderungan orang awam melintas di kawasan landasan secara tidak sah. Kemajuan fizikal projek semasa lawatan ialah 94.9%.

Outcome pelaksanaan projek ini telah memudahkan mobiliti penduduk setempat melalui penyediaan pengangkutan alternatif di mana mereka tidak lagi perlu bergantung kepada perkhidmatan bas atau pun kenderaan sendiri; di samping keselesaan kepada penumpang. Ahli-ahli Mesyuarat berpeluang mencuba perkhidmatan keretapi dari stesen Tanjung Aru ke hentian Putatan sejauh 6.1KM yang memakan masa selama 15 minit. Keunikan yang diperhatikan ialah wujudnya kombinasi ciri keretapi konvensyenal pada aspek kelajuan dengan tren komuter pada aspek jarak

dan kekerapan hentian. Lawatan kedua ialah pada projek Pembinaan Kompleks Bersepadu Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) di Jalan Lintas yang diselia oleh JKR Sabah. Projek ini diperuntukkan siling kewangan sebanyak RM70 juta telah diberi dua kali lanjutan tempoh, dan kemajuan fizikal sebenar masih di aras 90%. Kelewatan disebabkan berlakunya perubahan pada skop projek seperti keperluan pembinaan pusingan U dan Bulatan di persimpangan dan jalan masuk, serta

perubahan kepada rekabentuk surau mengikut kesesuaian kos sedia ada. Dengan siap terbinanya kompleks bersepadu ini dan penyerahan separa pada 30 Jun 2011 membolehkan kesemua agensi di bawah KPKK iaitu Jabatan Penyiaran, Jabatan Penerangan, JASA dan BERNAMA

beroperasi di bawah satu bumbung; justeru memudahkan urusan-urusan seperti pentadbiran dan penyelarasan sesama agensi dan juga kemudahan kepada pelanggan untuk berurusan. Kesimpulannya, mesyuarat di Kota Kinabalu, Sabah pada 26 – 27 Jun 2011 baru lalu walau pun padat didapati mempunyai nilai keberkesanan kos yang tinggi. Ianya juga adalah sesi kali pertama di luar Putrajaya pada tahun ini dan telah membuka dengan lebih luas lagi minda Ahli Mesyuarat di samping menyumbang kepada peningkatan

ekonomi tempatan khususnya di kalangan peniaga barangan laut seperti udang, ketam dan mutiara. Hospitaliti mesra oleh keseluruhan staf PPN Sabah yang diketuai oleh Tuan Haji Matusin Sunsang pastinya telah meninggalkan impak yang tidak ternilai harganya kepada semua yang hadir. n

12Buletin Bergambar ICU JPM

12Buletin Bergambar ICU JPM

PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

Roll out BLESS Di Kelantan

Oleh Ahmad Shafiq Mirza [email protected]

KOTA BHARU, KELANTAN >Majlis Pelancaran dan Sesi Taklimat Sistem Sokongan

Elektronik Pelesenan Perniagaan (BLESS) ke sembilan anjuran ICU JPM telah berlangsung pada 3 April 2011 bertempat di Dewan Datuk Ahmad Padzli, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Negeri Kelantan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Merujuk kepada ucapan perasmian Datuk Dr. Awang Adek menyatakan "Sistem BLESS bakal menambah baik sistem penyampaian kerajaan dan juga menambah baik sistem pelesenan negara kerana semua transaksi dapat berjalan secara lebih telus, teratur dan cekap dengan jangka masa yang lebih singkat dan pelabur atau peniaga boleh melaksanakan bisnes mereka dengan cepat”. "Kehadiran sistem ini di Kelantan juga secara tidak langsung memberi manfaat besar apabila ianya dijangka mampu membantu meningkatkan pelaburan dan menjana ekonomi di negeri ini." katanya dalam sesi bersama media selepas majlis pelancaran.

Justeru, pelabur dan peniaga tempatan perlu memanfaatkan kemudahan sistem atas talian yang disediakan untuk mengembangkan perniagaan masing-masing di negeri ini. Sementara itu Ketua Pengarah ICU JPM, YBhg. Datuk Shukry Mohd Salleh, berkata, “Pemohon pada masa yang sama juga boleh melakukan pembayaran yuran melalui internet serta memantau masa yang digunakan oleh agensi kerajaan terlibat dalam memproses permohonan mereka. "Liputan BLESS akan diperluaskan ke seluruh negara dan pembangunan fasa kedua dan fasa ketiga BLESS dijangka siap pada Oktober 2013."

Pengurus BLESS, Puan Musalmiah Hj. Asli ketika di wawancara melalui radio KELANTAN FM pada 2 April 2011 menyatakan kewujudan BLESS adalah hasil dari pertemuan beberapa siri perbincangan dengan rakan dari sektor swasta melalui forum PEMUDAH bagi membantu memudahkan peniaga/usahawan sektor swasta menjalankan perniagaan. Hits penggunaan BLESS sehingga 31 Mac 2011 telah mencecah 224,652 dengan jumlah pengguna berdaftar sebanyak 4,195 orang/syarikat. Manakala jumlah permohonan yang diterima melalui BLESS sehingga 31 Mac 2011 ialah 451 permohonan. n

12Buletin Bergambar ICU JPM

13April - Jun 2011

Bengkel Penilaian Outcome ICU JPM 2011

Oleh Fazidah [email protected]

PUTRAJAYA >Bengkel Penilaian Outcome Peringkat ICU JPM Tahun 2011

diadakan pada 10 hingga 12 April 2011 di Residence Hotel UNITEN, Bangi, Selangor Darul Ehsan. Bengkel ini

telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg. Dato’ Haji Mohammed Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Pusat Transformasi Penyampaian (TP). Bengkel yang telah dihadiri oleh seramai 42 orang pegawai ini adalah bertujuan untuk melahirkan lebih ramai outcome champion khususnya di kalangan pegawai-pegawai baru dari Ibu Pejabat, Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) dan Jabatan Pembangunan

Persekutuan Negeri (JPPN). Objektif khusus bengkel adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai dalam penyediaan kertas penilaian outcome program/projek pembangunan dengan

menggunakan rekabentuk analisis (analysis framework) yang lebih mudah dan cepat; dan mewujudkan champion di semua peringkat dalam menyediakan laporan penilaian outcome projek dengan lebih bermutu dan berkualiti. Semasa bengkel, peserta telah diberikan latih tubi secara hands on dengan menyemak dan menilai kertas penilaian outcome yang telah disediakan oleh beberapa agensi. Pegawai yang

juga peserta ini dilatih untuk menyediakan kertas cadangan dan terma rujukan kajian penilaian outcome. Secara keseluruhannya, Bengkel Penilaian Outcome ini telah berjaya membuka minda pegawai untuk

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam membuat keputusan berimbang, perancangan yang teliti dan merancang program/projek pembangunan negara agar lebih realistik di masa akan datang. n

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

14Buletin Bergambar ICU JPM

RAMPAIAN PERISTIWA

4 April 2011

21 April 2011

Perhimpunan Bulanan JPM Bagi Bulan April 2011

Hari Inovasi JPM di Auditorium Blok B1, Kompleks Jabatan Perdana Menteri

15April - Jun 2011

27 Mei 2011

31 Mei 2011

Aktiviti Keusahawanan PUSPANITA Cawangan Kecil ICU JPM

Lawatan Pemantauan Projek Keramat Mall, Datuk Keramat, Kuala Lumpur

16Buletin Bergambar ICU JPM

RAMPAIAN PERISTIWA

23-24 Mei 2011

25-26 Mei 2011

Road Tour BLESS Peringkat Negeri Kedah di Komplek Kerajaan Wisma Persekutuan, Alor Setar, Kedah

Road Tour BLESS Peringkat Lembah Klang di De Palma Hotel, Shah Alam, Selangor

17April - Jun 2011

31 Mei 2011

15 Jun 2011

Lawatan Peserta Program Economic Planning & Investment dari Laos

Lawatan Delegasi Pegawai Kanan Zambia

18Buletin Bergambar ICU JPM

RAMPAIAN PERISTIWA

22 Jun 2011 Lawatan Biro Pendidikan ICT PUSPANITA ICU JPM ke HP Global Center Cyberjaya

22 Mei 2011 Pertandingan Dragon Boat Dan Hari Keluarga JPM 2011

19April - Jun 2011

30 Jun 2011 Kursus Skala Besar 'Kerja Sebagai Ibadat'

29 Jun 2011 Lawatan Ahli Jawatankuasa Kecil Perekayasaan ICU JPM ke IBM

20Buletin Bergambar ICU JPM

PEMBANGUNAN USAHAWAN

Produk SDSIKe Pasaran Antarabangsa

Oleh Ahmad Yusri [email protected]

PUTRAJAYA > Selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan ramai

Usahawan Bumiputera yang berjaya ICU, JPM sentiasa memantau dan membantu usahawan tersebut kearah membesarkan serta memajukan lagi perniagaan mereka. Antaranya Syarikat Jamirah Food Industries (M) Sdn. Bhd. Perniagaan ini dimulakan dengan modal berjumlah RM50 oleh pasangan Encik Amat Tarmezi Dolah Kusni dan Puan Jamirah Osman. Pada tahun 1996, syarikat Jamirah Enterprise ditubuhkan dan perniagaan mula berkembang maju dan mempunyai ladang ubi seluas 20 ekar di Sepang Selangor. Pasangan ini terus bergerak maju dengan menubuhkan Jamirah Food Industries (M) Sdn. Bhd. yang berpengkalan di Sepang Selangor pada tahun 2004 dengan perniagaan yang semakin berkembang maju. Mereka juga meluaskan lagi Ladang ubi kepada 150 ekar. Produk yang dihasilkan juga dipelbagaikan seperti produk keledek dan pisang tanduk. Kemudian pada tahun 2006, syarikat JFI Marketing Sdn. Bhd. diwujudkan untuk memasarkan produk dalam dan luar negara.

Dalam menjalankan perniagaan, Syarikat Jamirah Food tidak terkecuali menghadapi pelbagai cabaran seperti:• Ketiadaan pengalaman dalam perniagaan di peringkat permulaan;

• Masalah untuk memasarkan produk di pasar tani dan kedai yang tidak amanah dari segi pulangan bayaran;

• Ketidakcukupan bekalan untuk memenuhi permintaan daripada pelanggan disamping masalah kekurangan tanah untuk tujuan bekalan.

Setelah berada di dalam dunia perniagaan lebih daripada 20 tahun, Jamirah Food Industries (M) Sdn. Bhd. kini telah berjaya menempa nama dengan pelbagai bentuk pengiktirafan. Antaranya ialah anugerah Peladang Jaya Wanita Kebangsaan 2005, Peladang Jaya Wanita Negeri Selangor 2005 dan Johan SDSI Kategori Makanan Terbaik 2006. Orang kenamaan hinggalah ke pelancong luar negara turut mengadakan lawatan ke syarikat ini. Ketika ini Jamirah Food Industries (M) Sdn. Bhd. telah mencapai sasaran jualan sehingga RM5 juta setahun. Pada masa ini produk telah berjaya menembusi lebih 30 cawangan Giant Hypermarket di seluruh Malaysia. Produk ini juga telah menembusi pasaran luar negara seperti Dubai, Vietnam, Australia, Canada, United Kingdom dan China. n

21April - Jun 2011

ICU JPM Prihatin Kesukaran Rakyat

Oleh Hasniah Rashid/Kheu Kuan [email protected]/[email protected]

K OTA KINABALU, SABAH >ICU JPM memberi perhatian kepada kesukaran yang

dihadapi para penduduk di 15 buah kampung di daerah Pensiangan, Sabah. Kesukaran hidup adalah berpunca daripada kerosakan pada jalan dari Kampung Karamatoi ke Kampung Bonor sepanjang 13.5km dan jambatan kayu balak yang berdekatan dengan Kampung Binanun sepanjang 120 kaki. Keadaan tersebut telah menyukarkan para penduduk untuk keluar menjalankan aktiviti ekonomi dan juga urusan rasmi di bandar terdekat iaitu Pekan Sook, Nabawan dan Keningau. Pada 6 Jun 2011, Ketua Pengarah, YBhg. Datuk Hj. Shukry Hj. Mohd Salleh berdasarkan kepada laporan PPN Sabah telah mengambil inisiatif turun ke padang membuat lawatan kerja ke Daerah Pensiangan bersama-sama Ahli Parlimen Pensiangan (P182) YB Tan Sri Joseph Kurup. Lawatan kerja yang bertujuan untuk meninjau keadaan sebenar dan juga keperluan rakyat demi kesejahteraan masyarakat setempat. Lawatan turut disertai Timbalan Ketua Pengarah, Penyelarasan Projek Khas, YBhg. Dato’ Ahmad Zaki Ansore dan Pegawai Kemajuan Negeri Sabah, Tuan Hj. Matusin Sunsang. Antara lain hasil lawatan mendapati keadaan jalan tersebut yang juga merupakan bekas jalan pembalakkan telah mengalami kerosakkan yang teruk dan ianya perlu dibuat pembaikkan segera. Dengan mengambil kira faktor

keperluan untuk atasi masalah dan kesukaran yang dihadapi penduduk dan demi kemudahan aktiviti harian serta aktiviti ekonomi mereka, ICU JPM telah menguruskan permohonan bagi mendapatkan Peruntukan Khas. Sehingga 16 Jun 2011, kelulusan segera peruntukan sebanyak RM3.85 juta telah pun diperolehi dan urusan pelaksanaan projek pembaikkan jalan dan pembinaan jambatan yang baru di bawah pengawasan pihak JKR Sabah telah pun berjalan. Projek dijadual akan bermula pada Julai 2011 untuk tempoh

selama 3 bulan dan dijangka dapat disiapkan untuk kemudahan masyarakat setempat pada September 2011. ICU JPM berkeyakinan apabila projek penambahbaikkan kepada dua asas perhubungan iaitu jalan dan jambatan yang juga merupakan antara akses utama kepada kualiti hidup akan memberikan faedah yang tidak ternilai harganya kepada lebih kurang 6000 orang penduduk yang meliputi 15 buah kampong, 9 buah sekolah dan 3 buah Klinik Desa di daerah Pensiangan. n

PROJEK KHAS

22Buletin Bergambar ICU JPM

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

Perkongsian Amalan Terbaikvia Workcamp ICU JPM

Oleh Noraisyah [email protected]

BANGUNAN PERDANA PUTRA, PUTRAJAYA >Workcamp Kesejahteraan

Rakyat Bil.5/2011 Peringkat Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri telah diadakan pada 29 Jun 2011. Modul workcamp kali ini melibatkan pembentangan tiga Kertas/Laporan oleh setiap peserta yang meliputi Prestasi Verifikasi Pendaftaran Terbuka eKasih dan Proses Penyisihan Awal; Pemantauan Projek Peningkatan Ekonomi (PPE) di bawah Program Pembasmian Kemiskinan; dan Prestasi dan Pengembangan Projek Satu Daerah Satu Industri (SDSI). Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Strategik) YBhg. Dato’ Seri Ab. Ghani Ariffin, dalam ucapan perasmiannya mengingatkan para peserta akan pentingnya landasan workcamp dimanfaatkan sepenuhnya dengan cara bertukar-tukar pandangan/idea serta mencontohi best practices di kalangan pegawai JPP/PPPN. Kepentingan tersebut mengikut TKP(PS) adalah selaras dengan keperluan dasar RMK-10 di mana Kerajaan memberi tumpuan kepada usaha untuk meningkatkan taraf hidup isi rumah 40% terendah iaitu mereka yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,300.00 sebulan. Landasan dan peluang penambahbaikan hasil daripada pembentangan kertas/laporan oleh para peserta berkeupayaan

memantapkan lagi nilai bidang keberhasilan utama ICU JPM. Menyahut aspirasi nasional ini, ICU JPM melalui Bahagian Kesejahteraan Rakyat (BSR) telah menggariskan beberapa aspek penting yang menjadi fokus utama dalam menjayakan dasar RMK-10. Antaranya adalah dengan memberi tumpuan khusus terhadap aspek penyaluran bantuan kepada kumpulan sasar, kelangsungan program/projek pembasmian kemiskinan sedia

ada serta engagement dengan jabatan/agensi pemberi bantuan utama. Hasil pembentangan mendapati kesemua JPP/PPPN telah mengambil tindakan-tindakan yang relevan terutamanya bagi aktiviti di lapangan seperti verifikasi dan prosesan pada senarai pendaftaran terbuka eKasih. Keseluruhannya pembentangan lima Projek PPE dan lima Projek SDSI yang disokong dengan tindakan berkesan dan fakta serta huraian yang kukuh telah mewujudkan two-ways communication yang berkesan. Pengarah BSR, Pn. Hjh. Normi Nordin selaku Ketua Panel Penilai turut menekankan aspek keberkesanan komunikasi di semua peringkat bagi memastikan setiap arahan dan best practices sampai ke peringkat akar umbi dan sekaligus menghapuskan communication gap. Penglibatan Pegawai Pemantau sebagai peserta workcamp bagi membentangkan program/projek pembasmian kemiskinan yang dipantau dan dikawalselia juga telah mencapai objektif untuk meningkatkan tahap kompetensi mereka. Sekaligus semua pihak yang terlibat dalam workcamp meliputi peserta/pembentang, panel penilai dan petugas urusetia mendapat input dan pengetahuan baru hasil daripada laporan projek yang dibentangkan. n

23April - Jun 2011

22Buletin Bergambar ICU JPM

PEMBANGUNAN BUMIPUTERA

Klinik UPSR 2011Anjuran Mutiara PDCA

Oleh Nur Bahiyah Abd. [email protected]

P ULAU PINANG >Gabungan usaha Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang

(PERDA), Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera (BPPB) Pulau Pinang, Pusat Urus Zakat (PUZ) Pulau Pinang, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang (JPNPP) telah melahirkan Klinik UPSR 2011 atau dikenali sebagai Mutiara PDCA ( Program Didik Cemerlang Akademik ). Program yang dilaksanakan oleh Mutiara PDCA dengan kerjasama lima agensi tersebut telah dijalankan dalam 2 FASA.

Program perkongsian bijak bersama Berita Harian ini bertujuan memberi bimbingan secara hands-on dan pendedahan kepada strategi/teknik menjawab soalan untuk kesemua mata pelajaran (BM Pemahaman, BM Penulisan, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik) dalam UPSR. Seramai 2,037 orang calon UPSR daripada 152 buah sekolah rendah di Pulau Pinang telah menghadiri program tersebut. Program Klinik UPSR 2011 ini merupakan salah satu mekanisma untuk mencapai objektif Mutiara PDCA dalam usaha meningkatkan peratus pencapaian “A” dalam subjek-subjek teras UPSR di samping memberi peluang kepada pelajar memperolehi maklumat dan pengetahuan tambahan sekali gus meningkatkan tahap keyakinan untuk menghadapi UPSR menjelang September nanti. Pada akhir sesi pembelajaran, peserta telah berikrar untuk mendapat 5A di dalam UPSR bagi menunaikan harapan ibubapa masing-masing. n

FASA 1:Dikhaskan kepada murid

berpencapaian cemerlang yang

diadakan selama 2 hari telah

berlangsung pada 9 & 10 April di USM

Pulau Pinang, dan 16 & 17 April pula

diadakan secara serentak di Institut

Latihan Perindustrian Kepala Batas

dan Institut Latihan Perindustrian

Nibong Tebal Pulau Pinang.

FASA 2:Dikhaskan kepada murid pencapaian

sederhana berlangsung secara

serentak pada 28 & 29 Mei 2011

di USM Pulau Pinang dan Kampus

Kejuruteraan USM, Seri Ampangan

Nibong Tebal. Begitu juga pada 30

& 31 Mei 2011 di Institut Latihan

Perindustrian Kepala Batas dan Kampus

Kejuruteraan USM Seri Ampangan

Nibong Tebal, Pulau Pinang.

24Buletin Bergambar ICU JPM

Sukan Boling PUSPANITA JPM 2011

Oleh Haniza Mohamed [email protected]

PUTRAJAYA >Pasukan boling ICU JPM telah menunjukkan semangat

kesukanan yang tinggi kearah mempertingkatkan hubungan silaturrahim antara agensi kerajaan melalui sukan walaupun gagal merangkul sebarang tempat di podium pada 15 April 2011. Pertandingan anjuran PUSPANITA Jabatan Perdana Menteri yang berlangsung di ARL SUPER BOWL, Alamanda Putrajaya, telah disertai 26 jabatan di bawah JPM termasuklah ICU JPM, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN). Semua peserta bersungguh-sungguh mempamerkan kehebatan dan skil permainan tersendiri walaupun wanita sinonim dengan sifatnya yang lembut dan sopan santun, namun itu bukanlah penghalang untuk menunjukkan bakat yang terpendam. ICU JPM terutamanya telah mempertaruhkan seramai empat orang peserta yang rata-rata mempunyai pengalaman tersendiri. Antaranya Puan Mardiana Mokhtar, Puan Raden Ajeng Nursari Saidin, Puan Sharipah Rosnaini Syed Abdul Rahman dan Puan Zainab Ahmad.

J a b a t a n Perangkaan

Malaysia telah berjaya merangkul

tempat pertama diikuti dengan SPA ditangga kedua dan tangga ketiga di rangkul oleh MKN. ICU JPM hanya berjaya menduduki tempat ke-17. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Sri Datin Setia Hindon Mohd Yusuf dari Jabatan Audit Negara. Walaupun gagal menjadi pasukan pilihan, namun ICU JPM masih mampu tersenyum bangga kerana berpeluang membuktikan kepada semua bahawa ICU JPM tidak pernah gentar dengan apa jua cabaran. Di harapkan sukan boling ini akan diadakan setiap tahun dalam usaha untuk mengeratkan semangat setiakawan di kalangan pegawai awam malah dapat menjadikan rakyat Malaysia sihat sejahtera. Majulah Sukan Untuk Negara. n

SUKAN REKREASI

24Buletin Bergambar ICU JPM

25April - Jun 2011

Kelab Kebajikan dan Sukan Ibu Pejabat telah menghantar 9 orang wakil untuk menyertai Pertandingan Mendaki Gunung Kinabalu (CLIMBANTHON) yang telah di adakan pada 24 sehingga 26 Jun 2011. Encik Amar Izwan Mat Salleh dari PPN Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur muncul sebagai Johan dan wakil Ibu Pejabat, Encik Mohd Kyizzad Mesran mendapat tempat ketiga.

PROGRAM dan aktiviti KELAB SUKAN & KEBAJIKAN ICU JPM

Program Jom Sihat @ ICU JPM telah diadakan pada 27 Mei 2011 dengan penglibatan

warga kerja ibu pejabat dan tiga negeri yang berdekatan iaitu Selangor, Negeri

Sembilan dan Wilayah. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah senamrobik,

pemeriksaan kesihatan, jualan produk kecantikan dan kesihatan, refleksologi dan

ceramah kesihatan.

SUKAN REKREASI

Oleh Aris Abd. [email protected]

26Buletin Bergambar ICU JPM

Oleh Haniza Mohamed [email protected]

S ETIU, TERENGGANU >Cukup meriah…cukup teruja.. dan cukup menghiburkan…

itulah perasaan para peserta bersama keluarga masing-masing dalam memeriahkan aktiviti hari keluarga ICU JPM 2011 yang bertemakan – Karnival 1 ICU – 1 Hati 1 Rasa… yang berlangsung pada 7 Mei 2011 bertempat di Suria Beach Resort, Setiu, Terengganu Darul Iman. Bagi maksud mendekatkan yang jauh dan mengeratkan yang dekat, Kelab Kebajikan dan Sukan (KBS) ICU JPM telah menyediakan sebanyak tujuh buah bas untuk warga kerja Ibu Pejabat ke destinasi dan bertolak pada 6 Mei 2011.

Penginapan para peserta dan keluarga turut di sediakan di Kuala Terengganu. Manakala kehadiran para peserta luar Ibu Pejabat ditaja oleh Kelab Kebajikan di PPN/JPP masing-masing. Seawal jam 7.30 pagi, para peserta dari seluruh negara telah berkumpul di Dataran Suria Beach Resort dan

bersarapan pagi ala 1 keluarga besar sementara menanti acara-acara sukaneka bermula. Ketibaan YBhg. Ketua Pengarah ICU JPM – Datuk Haji Shukry Mohd Salleh, telah disambut dengan hormat oleh urusetia dan juga para peserta. Acara dimulakan dengan ucapan perasmian oleh YBhg. Datuk

PEMBANGUNAN SETIAKAWAN

Karnival 1ICU1Hati 1Rasa

26Buletin Bergambar ICU JPM

27April - Jun 2011

Ketua Pengarah selaku penaung KBS yang antara lainnya mengesyorkan akan pentingnya semangat kekitaan dan kemesraan. Selesai perasmian, acara Mega Senamrobik mengambil tempat dengan semua peserta dan ahli keluarga berkumpul dan bersenam bersama-sama memang menyeronokkan. 11 acara sukaneka telah dijalankan dengan meriah sekali antaranya seperti Mummy Dressing, Va Va Voom, Ka Ba Boom, Goyang Inul, Gula Oh Gula, Tiup

Tepung, Water Rafting, Pertandingan Memancing, Karaoke, Acara tarik tali dan lain-lain lagi. Macam-macam gelagat telah dipertontonkan secara spontan pada hari itu. Acara bertambah meriah apabila melihat telatah Ketua Pengarah ICU bersama Pengarah-Pengarah Bahagian, turut serta dalam acara sukan tarik tali dan water rafting, cukup mencuit hati dan apa pun memang teerpancar keceriaan di wajah masing masing.

Setiap peserta sukaneka tidak pulang dengan tangan kosong manakala yang bertuah memenangi hadiah istimewa sumbangan JPP/PPN berupa barangan elektrik dan hamper melalui acara cabutan bertuah. Sekalung tahniah diucapkan kepada pihak urusetia yang berjaya menganjurkan Karnival 1 ICU - 1 Hati 1 Rasa. n

28Buletin Bergambar ICU JPM

EHWAL PERKHIDMATAN

PERTUKARAN MASUKKumpulan Pengurusan Dan Profesional

Nama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Ahmad Bin HussinPegawai Teknologi Maklumat Gred F54

KementerianPelancongan Malaysia

Pusat Bank Data Negara & Inovasi

1 April 2011

Che Azman Bin Che SohPegawai Tadbir Diplomatik Gred M52

KementerianKesihatan Malaysia

JPP Kelantan 18 April 2011

Muhammad Hidayatullah Bin Nasrul

Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M48

KementerianPelajaran Malaysia

Bahagian Penilaian Outcome

11 April 2011

Mohd Apandi Bin Abd RaniJabatanPelajaran Negeri Pahang

PPN Pahang

18 April 2011

Md Razi Bin Md LazimJabatanPelajaran Negeri Kelantan

PPN Terengganu

Neel Azman Bin Abdul KarimJabatan Pelajaran Negeri Perak

PPN Perak

Muhammad Nizam Bin Jamaludin

KementerianPelajaran Malaysia

BPPBPP

Norliza Binti Abu OthmanPegawai Teknologi Maklumat Gred F48

KementerianKesihatan Malaysia

Pusat Bank Data Negara & Inovasi

16 April 2011

Badrul Hisham Bin BaharomJurutera AwamGred J48

JKR Tumpat, KelantanBahagian Konsultatif &Referal Teknikal

1 Mei 2011

Aiesa Bin SaadPegawai Teknologi Maklumat Gred F44

Jabatan Perkhidmatan Awam

PPN Perak 1 April 2011

Mohd Fairuz Bin Mohd YusofPusat Bank Data Negara & Inovasi

1 Mei 2011

Ahmad Farid Bin Abdul Rahim

Jurutera Awam Gred J44

JKR Selangor PPN Selangor

1 Mei 2011Noor Ezly Binti Othman

JKR Kedah PPN Kedah

Fauzi Bin Abdul Rahman

Mohd Amin Bin IshakPerangkawan Gred E41

Jabatan Perangkaan P.Pinang PPN Selangor 1 Jun 2011

PERTUKARAN MASUKKumpulan Sokongan

Nama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Azzraq Joeneed Bin BorhanPenolong PegawaiTeknologi MaklumatGred F29

Kementerian Pengajian Tinggi

PPN W. Persekutuan 3 Mei 2011

Noriskandar Bin Mohd AfandiPenolong Jurutera Mekanikal Gred J29

Cawangan PengurusanKorporat JKR

Bahagian Konsultatif &Referal Teknikal

3 Jun 2011

Mirra Radlah Anak JolSetiausaha Pejabat Gred N27

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Samarahan

PPN Sarawak

25 April 2011

Datin Sarbanun Binti MokhtarJabatan Ukur dan Pemetaan Pahang

PPN Sabah

Azirah Binti Mat RejabPembantu Tadbir (P/O) Gred N17

PDRM Kedah PPN Kedah 1 April 2011

Mohd Asrol Bin SairanBahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa

Bahagian KhidmatPengurusan

3 April 2011

28Buletin Bergambar ICU JPM

29April - Jun 2011

Nama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Norazreen Binti Zasmi

Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17

Unit Perancang Ekonomi PPN Pulau Pinang

3 April 2011Che Zainah Binti Che Abdullah Lantikan BaruBahagianBadan Berkanun &Pembangunan Institusi

Norsa’adah Binti SudinSuruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, JPM

PPN Melaka

Hasimah Binti MatSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Klang

Bahagian KhidmatPengurusan

8 April 2011

Mohd Nor Suhaimi Bin Haji Sulaiman

Jabatan ImigresenPerak

PPN Pulau Pinang 29 April 2011

Sharifah Binti HashimBiro Bantuan Guaman Raub, Pahang

Bahagian KhidmatPengurusan

1 Jun 2011

Ilyani Binti Mohd Yusoff JAKIM JPP Kelantan

Hisamudin Bin Md Saad

Pembantu Tadbir (Kew) Gred W17

Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur

PPN Kedah25 April 2011

Norbaizura Binti Md Saad Kementerian Dalam Negeri

PPN Kedah 27 Jun 2011

Intan Norhaida Binti AyobPoliteknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah

Nurul Azwaniza Binti Abdul Karim

Pembantu Setiausaha PejabatGred N17

Jabatan Pembangunan Kemahiran

BPPBPP 25 April 2011

Nurul Ain Binti Abdullah

Juruteknik Awam Gred J17

JKR Wilayah Persekutuan

PPN Perak

15 April 2011

Norlia Binti Jamaluddin JKR Ibu Pejabat

13 Mei 2011

Siti Laila Binti Abd Rahman JKR Ibu Pejabat PPN Perlis

Aizat Asyraf Bin Abdul GhafarAhli Fotografi Gred B17

Politeknik Seberang PeraiBahagian KhidmatPengurusan

3 Mei 2011

Abu Sufian Bin AbdullahJuruteknik Komputer Gred FT17

Kem. Luar Negeri PPN Pulau Pinang 16 Jun 2011

Zulmalek Bin Jaafar

Pembantu Am Pejabat Gred N1

Mahkamah Kuala Lumpur JPP Kelantan

1 Jun 2011

Zalina Binti Mohd Nor Majlis Keselamatan Negara Bahagian Infrastruktur

Nor Azrul Amirul Rasyid Bin Abd Hamid

Lantikan Baru

PPN Wilayah Persekutuan

20 Jun 2011Mohd Rezuan Bin Ismail PPN Pulau Pinang

Muhamad Shukri Bin Supaat PPN Selangor

30Buletin Bergambar ICU JPM

EHWAL PERKHIDMATAN

PERTUKARAN KELUARKumpulan Pengurusan Dan Profesional

Nama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Shahariah Binti Saaduddin

Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M48

Bahagian EkonomiJabatan Perkhidmatan Awam

15 April 2011

Nurul Niza Binti Nasaruddin PPN Pulau PinangKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

18 April 2011Suhaimi Bin Mahmud PPN Perak

Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Ir. Nor Aznita Binti YusofJurutera Awam Gred J48

Bahagian Konsultatif &Referal Teknikal

Unit Kerjasama Awam dan Swasta (UKAS)

16 April 2011

Ir. Muhamad Kamal Bin Mohd Raudzi

Jurutera Awam Gred J44

PPN Pulau Pinang JKR Ibu Pejabat

1 Mei 2011Ir. Rijal Nazli Bin SulaimanPPN Selangor

JKR W. Persekutuan

Ir. Muhammad Yusri Bin Hamid JKR Ibu Pejabat

Ahmad Haziq Bin Mat JusohPegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

PPN KedahKementerian Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia

16 Mei 2011

Fukusyima Azmira Bbinti Fessal Perangkawan Gred E41 PPN SelangorJabatan Perangkaan Pulau Pinang

1 Jun 2011

PERTUKARAN KELUARKumpulan Sokongan

Nama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Mohd Fauzi Bin SabariPenolong PegawaiTeknologi MaklumatGred F29

PPN Wilayah PersekutuanKementerianPengajian Tinggi

3 Mei 2011

Andi Subaida Binti Mohamad

Juruteknik AwamGred J17

PPN PerakJKR Wilayah Persekutuan 15 April 2011

Mohd Ridzuan Bin Ibrahim Kementerian Kerja Raya13 Mei 2011

Siti Hajar Binti Mohd Nafiah PPN Terengganu JKR Ibu Pejabat

Suri Junita Binti Zulkeple PPN Perak JKR Perak 13 Jun 2011

Noorazlina Binti RipinPembantu Tadbir (P/O) Gred N17

JPP KelantanSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

1 Jun 2011

Nor Juliana Binti JamaludinPembanu Tadbir (Kew) Gred W17

PPN KedahPejabat RELA,Kepala Batas, Kedah

27 Jun 2011

Mohd Fizrul Bin MohamadJuruteknik Komputer Gred FT17

PPN Pulau Pinang Kementerian Luar Negeri 16 Jun 2011

Mohd Irwan Syah Bin Che Mit @ Abd Hamid

Ahli Fotografi Gred B17

Bahagian KhidmatPengurusan

Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang

3 Mei 2011

30Buletin Bergambar ICU JPM

31April - Jun 2011

PERTUKARAN DALAMANKumpulan Pengurusan Dan Profesional

Nama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Rusnita Binti Isnin @ HamdanPegawai Teknologi Maklumat Gred F44

PPN PerakPusat Bank Data Negara & Inovasi

11 April 2011

Hamima Madona Binti HussainPegawai Tadbir DiplomatikGred M41

PPN Terengganu PPN Pahang 18 April 2011

Wan Afifah Binti Wan Mohamad

Pegawai Tadbir DiplomatikGred M41

PPN Pahang PPN Terengganu 18 April 2011

NORSHAMSURAYA B

PERTUKARAN DALAMANKumpulan Sokongan

Nama Jawatan Dari Penempatan Tarikh KuatkuasaMaziaton Binti Mazalan Pembantu Tadbir (P/O)

Gred N17Bahagian Khidmat Pengurusan

PPN Johor 3 April 2011

PERSARAAN & TAMAT PERKHIDMATAN

Nama Jawatan Dari Nota Tarikh Kuatkuasa

Haji Kamsani Bin SumadiPegawai Tadbir DiplomatikGred M54

PPN Johor Bersara 6 Jun 2011

Mohd Hasali Bin DaudPegawai Tadbir DiplomatikGred M52

JPP Kelantan Bersara 9 April 2011

Nurzawani Mukhtarah Binti Awi

Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 (Kontrak)

BahagianKesejahteraan Rakyat

Tamat Kontrak 1 Jun 2011

Rabiatul Adawiah Binti Ismail

PPN SelangorRuzilawati Binti Abdul Rahman

Mohd Ikram Bin Abdul Razak

Norsyahida Binti Jamil PPN Kedah

Mohamed Bin Mat NorPembantu Tadbir (P/O) Gred N22

JPP Kelantan Bersara 4 Jun 2011

Salmiah Binti Mohd RosePembantu Tadbir (Kew) Gred W17

PPN Kedah Bersara 27 Jun 2011

ICU JPM merakamkan penghargaan terima kasih di atas perkhidmatan dan sumbangan kepada semua yang bersara dan bertukar keluar. Selamat Maju Jaya.

32Buletin Bergambar ICU JPM

Apresiasi Perkhidmatan Apresiasi Perkhidmatan

Encik Mohd Yazid RamliPegawai KemajuanNegeri Melaka

Puan Norsini HusinPengarah Bahagian Sosial

YBhg. Datuk Azmi LatehPegawai KemajuanNegeri Kedah

Cik Normi NordinPengarahBahagian Kesejahteraan Rakyat

Puan Rosni Abdul MalekPengarah Pusat Bank Data Negara & Inovasi (NADI)

Puan Noraishah Che DanTimbalan Pengurus Besar PERDA (Pengurusan)Ahli Mangku Negara (A.M.N)

YBhg. Dato' Seri Ab. Ghani ArifinTimbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Strategik)Darjah Gemilang Panglima Negeri(D.G.P.N) Pulau Pinang

Penerima AnugerahJohan Setia Mahkota

(J.S.M)

Penerima AnugerahKesatria Mangku Negara (K.M.N)

Encik Saringat Hj. HassanPengurus Besar PERDA

PENGIKTIRAFAN

Sekalung tahniah kepada penerima Darjah dan Bintang Kebesaran Persekutuan dan Negeri