3
Kursus/Kod: WAJ 3101 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Nama ahli kumpulan: Ley Phei See, Chiang See Ying Perkara: Isl (minggu 12) Tugasan: Isu-isu Kontemporari Tamadun Islam dan Tamadun Barat Pengenalan : Globalisasi adalah satu transformasi yang telah melanda dunia iaitu era dunia tanpa sempadan.Proses globalisasi mula berkembang melalui penciptaan dan pencapaian terkini dalam sejarah peradaban manusia. Isu-isu kontemporari : Politik Perkembangan politik oleh Barat telah lama berlaku,bermula dengan penjajahan negara-negara kecil dan yang baru membangun.Inimemberi impak secara langsung dalam politik,struktur ekonomi dan nilai sosio-budaya negara- negara terbabit.Pada akhir penjajahan mereka menggunakan pendekatan baru untuk terus mendominasi politik dunia melalui pendekatan globalisasi. Bagi negara Islam pula, kebanyakkannya telah mendapat kemerdekaan daripada mana-mana pengaruh. Sungguhpun begitu, pengaruh dan dominasi barat tidak hilang, contohnya dalam konteks kebebasan dan hak untuk membuat keputusan terutama dalam hal politik dan keselamatan antarabangsa. Terdapat banyak isu-isu yang berkaitan antara tamadun Barat dan tamadun Islam yang menunjukkan ketidakadilan yang berlaku antara dua tamadun ini,bagaimana umat Islam ditindak dan sebagainya. Selain itu,juga terdapat pengaruh barat dalam badan dunia seperti PBB. Melalui pengaruh barat dalam badan dunia ini kita dapat mengetahui banyak negara Islam yang teraniaya dan dikenakan pelbagai tindakan seperti sekatan ekonomi,perang,pencabulan hak asasi serta penguasaan mereka dalam hal politik Negara Islam Media massa memainkan peranan yang penting dalam penyebaran maklumat dan informasi khususnya dalam konteks pembangunan tamadunsesebuah bangsa.

waj 3101 titas ISL 12

Embed Size (px)

DESCRIPTION

waj 3101 titas ISL 12

Citation preview

Kursus/Kod: WAJ 3101 Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Nama ahli kumpulan: Ley Phei See, Chiang See Ying

Perkara: Isl (minggu 12)

Tugasan: Isu-isu Kontemporari Tamadun Islam dan Tamadun Barat

Pengenalan : Globalisasi adalah satu transformasi yang telah melanda duniaiaitu era dunia tanpa sempadan.Proses globalisasi mula berkembang melaluipenciptaan dan pencapaian terkini dalam sejarah peradaban manusia.

Isu-isu kontemporari : Politik

Perkembangan politik oleh Barat telah lama berlaku,bermula dengan penjajahan negara-negara kecil dan yang baru membangun.Inimemberi impak secara langsung dalam politik,struktur ekonomi dan nilai sosio-budaya negara-negara terbabit.Pada akhir penjajahan mereka menggunakan pendekatan baru untuk terus mendominasi politik dunia melalui pendekatan globalisasi. Bagi negara Islam pula, kebanyakkannya telah mendapat kemerdekaan daripada mana-mana pengaruh. Sungguhpun begitu, pengaruh dan dominasi barat tidak hilang, contohnya dalam konteks kebebasan dan hak untuk membuat keputusan terutama dalam hal politik dan keselamatan antarabangsa. Terdapat banyak isu-isu yang berkaitan antara tamadun Barat dan tamadun Islam yang menunjukkan ketidakadilan yang berlaku antara dua tamadun ini,bagaimana umat Islam ditindak dan sebagainya.

Selain itu,juga terdapat pengaruh barat dalam badan dunia seperti PBB. Melalui pengaruh barat dalam badan dunia ini kita dapat mengetahui banyak negara Islam yang teraniaya dan dikenakan pelbagai tindakan seperti sekatanekonomi,perang,pencabulan hak asasi serta penguasaan mereka dalam hal politik Negara Islam Media massa memainkan peranan yang penting dalam penyebaran maklumat dan informasi khususnya dalam konteks pembangunan tamadunsesebuah bangsa.

Isu-isu kontemporari : Media

Kesan revolusi teknologimaklumat dan komunikasi memberi kesan yang besar terhadap cara hidup masyarakat dunia.Pihak Barat telah Berjaya mendominasi penyebaran maklumat dan berita antarabangsa melalui kemajuandan perkembangan teknologi mereka.

Agensi berita Barat mempunyai pengaruh yang besar dan mereka bebas untuk mengolah sesuatu berita dan maklumat tentang sesuatu peristiwa mengikut kaca mata mereka. Pihak Barat juga menggunakan media mereka untuk melemparkan pelbagai tuduhan palsu pada negara-negara Islam bertujuan untuk mengekalkan,menjamin dan memenuhi segala kepentingan mereka.

Pertubuhan-pertubuhan Islam yang aktif dalam bidang dakwah jugamenjadi mangsa media Barat.Mereka sering dikaitkan dengan kegiatanterorisme dan subversif yang menggugat keamanan dunia.Oleh sebab itu,kegiatan mereka diharamkan Hegemoni barat dan Globalisasi.

Globalisasi

Istilah global dan globalisasi merujuk kepada idea tentang dunia tanpa sempadan seolah-olahnya ia menjadi satu walaupun penduduk berada padatempat yang berlainan atau jauh. Menurut Anthony Giddens, globalisasi boleh

didefinisikan sebagai hubungan sosial serata dunia secara intensif yang mana tindakan pihak tempatan ditentukan oleh peristiwa yang berlaku berbatu-batu jauhnya dan juga perkara disebaliknya (Giddens,A.2000)

Menurut Martin Albrow pula, Globalisasi sebagai proses penduduk dunia diperbadankan di bawah satu masyarakat dunia, masyarakat global

Definisi Hegemoni:

Hegemoni BaratHegemoni berasal daripada perkatan Yunani,hegemon, yang bermaksud ketua (Mclean,1,1996.The Concise Oxford Dictionary of Politics, Oxford:University Press, p. 218). Mengikut Kamus Dewan (2002 (edisi ketiga): 448), hegemoniialah pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara-

negara lain Hegemoni boleh difahami sebagai pencengkaman atau dominasisesuatu pihak ke atas pihak lain yang secara relatif lebih lemah dari segiekonomi, politik dan sosial. Hegemoni bahasa inggeris yang pertamaberlaku sewaktu penjajahan Britain di Malaya.

Bahasa Inggeris menjadi bahasa utama dalam bidang-bidang yang penting seperti pendidikan, pentadbiran dan perdagangan. Selepaskemerdekaan, Bahasa melayu telah berkembang dengan pesat. Namun berlaku pula hegemoni bahasa inggeris yang kedua mulai awal tahun 90-an.Bahasa inggeris merupakan bahasa yang menjadi wahana penyebaran globalisasi. As merupakan kuasa ketenteraan yang terkuat di dunia. Dari segi ekonomi AS adalah dua kali gandasaiz pesaing keduanya di samping AS terus menikmati kadar inflasi yangrendah, kadar pengangguran yang kecil dan pertumbuhan yang bertenaga.

Hegemoni Budaya Amerika Syarikat

Faktor tersebut membantu budaya ASdapat disebar ke serata dunia.

Dari segi diplomatik pula, sesuatu konflik atau permasalahan tidak akanberjaya tanpa penglibatan AS. Apabila As memasuki Bosnia,peperangan dihentikan dan apabila AS campurtangan di Timur Tengah,keadaan menjadi lebih baik. AS juga menentukan Keputusan PerluasanNATO dan menentukan negara-negara anggota barunya.