Upload
momee-rain
View
1.604
Download
7
Embed Size (px)
DESCRIPTION
penglibatan penyair wanita dalam arus perkembangan sastera Melayu selepas tahun-tahun 50-an dalam dunia kususasteraan tempatan
Citation preview
PENDAHULUAN
Bidang sastera seperti juga bidang sains adalah merupakan suatu pendekatan
manusia untuk memahami realiti kehidupan. Kalau karya sastera yang ditulis oleh
penulis/penyair lelaki lebih merupakan persepsi lelaki terhadap realiti kehidupan daripada
'kacamata' lelaki, karya sastera yang ditulis oleh penulis/penyair wanita mencerminkan
persepsi wanita. Oleh itu, di sinilah terletaknya kepentingan penglibatan penulis/penyair
wanita di dalam bidang sastera.
Selain daripada itu, seperti yang telah kita sama-sama maklumi, sastera Melayu
sejak daripada tahun-tahun 50-an bukan sahaja disuburi dengan karya-karya penulis
penulis/penyair lelaki, malah penulis/penyair wanita jua telah turut terlibat sama.
Menurut sesetengah pengkaji sastera Melayu, penyair wanita Melayu yang
pertama yang pernah diketahui sejauh ini ialah Syarifah Alawiah Bte Syed Al-Habsyi
yang menulis puisi 'Nasihat Perempuan'. Kemudian dalam 1917, muncul pula Cik Wok
Aminah yang telah menulis puisi 'Seligi Tajam Bertimbal'.
Mereka berdua ini kemudian diikuti pula oleh kemunculan beberapa orang lagi
penyair wanita lain yang cuma sesekali menulis, sehinggalah pada tahun 50-an apabila
Salmi Manja muncul dengan begitu ketara.
Sumbangan wanita dalam karya sastera tidak dapat dinafikan. Mereka mempunyai
kekuatan, gaya serta identiti sendiri yang boleh dikesan melalui karya-karya yang
dihasilkan dalam pelbagai genre.
Di antara penyair wanita Melayu, terdapat mereka yang telah mendapat
pendidikan hingga ke peringkat sarjana dan doktor falsafah. Oleh yang demikian, aliran
1
pemikiran yang dibawa dalam karya mereka mempunyai identiti yang tersendiri, sesuai
dengan idealisme yang didukung oleh pengkaryanya. Selain introspeksi diri yang begitu
mendominasi karya, persoalan kemanusiaan, alam ketuhanan, dan falsafah turut mengisi
tempat.
Dalam tulisan ini, penulis akan meninjau penglibatan penyair wanita dalam arus
perkembangan sastera Melayu selepas tahun-tahun 50-an dalam dunia kususasteraan
tempatan. Penyair wanita yang telah dipilih untuk dibincangkan adalah penyair-penyair
wanita yang dianggap terpenting sejak daripada tahun 1950-an. Mereka ini masing-
masing telah memperlihatkan keterampilan mereka dan nama-nama mereka memang
menyerlah di dalam bidang puisi Melayu sesuai dengan beberapa kriteria seperti berikut:
i ) Penglibatan aktif serta konsisten dalam bidang puisi walaupun buat jangkamasa singkat;
ii ) Telah mendapat perhatian daripada para pengkritik dan pengkaji sastera;
iii) Mempunyai cara dan identiti sendiri dalam berpuisi.
Dalam tulisan ini juga, penulis telah sengaja memilih tahun selepas 50-an
sebagai masa mula-mula kemunculan penyair-penyair wanita kerana beberapa sebab;
1) Tahun 50-an boleh dikatakan sebagai suatu masa peralihan dalam bidang puisi Melayu
kerana pada masa itulah puisi Melayu moden (sajak) mula-mula mendapat tempat;
2) Tahun 50-an juga ialah suatu era titik-tolak mula-mula kelahiran begitu ramai
penulis/penyair Melayu termasuk penulis/penyair wanita.
Ini bukanlah bererti bahwa sebelum tahun 50-an, puisi Melayu belum wujud
lagi dan penulis/penyair wanita belum ada yang muncul. Kalau diteliti dengan terperinci,
2
sebelum tahun 50-an lagi penyair wanita telah muncul cuma nama-nama mereka memang
kurang diketahui ramai.
Meski terdapat ramai penyair wanita yang terkenal dan banyak memberi
sumbangan dalam dunia penulisan dan kesusasteraan melayu sehingga kini, namun
penulis sekadar memilih beberapa nama atas faktor kekangan ruang penulisan yang
terhad di atas kertas kerja ini. Objektif penulisan ini ialah mengupas :
1) Latar kehidupan penyair wanita di Malaysia dan
2) Sumbanagan mereka dalam Kesusasteraan Melayu
Penyair yang dimaksudkan sebagai wanita yang dijulang sebagai penyair wanita
di Malaysia ini antaranya:
1) Salmi Manja
2) Siti Zainon Ismail
3) Zurinah Hassan
4) Zaihasra: dan
Karya yang dihasilkan mereka menuju jalan yang benar, karya yang membangun
kejadiannya didalam benak fikiran, karya yang menampakkan kelibat kejujuran seorang
manusia penyair yang sebenar-benarnya.
Bukan yang bertopengkan kata-kata puitis (tanpa halatuju yang jelas dan bernas)
dan semata-mata untuk menyenangkan audiencenya, mengglorifikasikan dirinya.
Sastera telah digunakan sejak zaman Yunani, iaitu untuk melahirkan warga
3
bermoral dan berterima kasih kepada negara. Kedudukan sastera sinonim dengan
falsafah. Abad ke-5 Athen, pula meletakkankan sastera sebagai alat menjajah yang
lebih cepat dariapada senjata, Shakespeare di abad ke-16 memulakan per-tahta-an
orang Inggeris dalam kuasa sastera dunia. Kemudian kita menyaksikan setiap
negara Eropah berhasrat membina takhta sendiri-sendiri dalam sastera, dan yang
paling berjaya ialah Peranchis apabila berhasil meletakkan Paris sebagai kota jantung
sastera dunia.
Dengan kelahiran dan sumbangan-sumbangan daripada para penulis yang yang
dikaji dalam kertas kerja inilah maka fungsi sastera dapat direalisasikan. Menurut Mana
Sikana dalam tulisannya melalui Wacana Dinamika Sastera Melayu Pascamoden
Sastera telah menjadi medan penyelidikan, tidak sahaja di kalangan ahli kemanusiaan
atau sains sosial, juga daripada disiplin ilmu yang lainnya. Sastera telah
menjadi primadona kajian, tanpa mengkaji sastera, tidak menemukan reality
kehidupan. Di sini penulis akan menghuraikan serba sedikit mengenai latar kehidupan
penyair wanita yang dikaji penulis bersama sumbangan – sumbangan mereka dalam
bidang penulisan. Walaubagaimanapun pemerincian latar kehidupan serta sumbangan
4
mereka adalah amat terhad memandangkan faktor kekangan dimensi ruang dalam kertas
kerja ini.
BAHAN KAJIAN
Semasa menyiapakan kertas kerja ini, perbincangan adalah sumber
rujukan yang paling penting bagi penulis. Selain daripada bahan – bahan bertulis melalui
media cetak dan elektronik turut menyumbangkan peranan sepanjang tempoh penulis
mengkaji tajuk Penyair Wanita di Malaysia. Bahan – bahan dalam simpanan Dewan
Bahasa dan Pustaka samada melalui penulisan atau disimpan di alam maya juga menjadi
sumber rujukan yang utama selain daripada mengunjungi laman web – laman web dan
blog – blog yang banyak menyimpan info – info penting berkaitan dengan sejarah para
penyair wanita di Malaysia.
5
Latar kehidupan
Bahagian latar kehidupan dalam kertas kerja ini akan membincangkan serba
sedikit latar kehidupan, asal – usul dan latar pendidikan penyair atau penulis wanita yang
dikaji oleh penulis.
Salmi Manja misalnya, adalah nama pena kepada Saleha Abdul Rashid, yang
telah dilahirkan di Singapura. Salmi juga pernah menggunakan nama-nama pena seperti
Melati Desa dan Rashidah Saleh.
Salmi mendapat pendidikan di Singapura, di Sekolah Arab Darul Maarif dan
Sekolah Tong Chai Tanjong Katong. Pernah bertugas sebagai guru agama dan
wartawan di Akhbar Semenanjung. Tugasnya sebagai wartawan banyak member
bimbingan dan pengetahuan di dalam bidang sastera.
Selain daripada itu, kegigihannya dalam bidang penulisan sastera juga telah disebabkan
oleh dorongan kuat daripada suaminya yang juga seorang penulis/penyair iaitu
sasterawan negara A. Samad Said.
Penyair wanita yang kedua pula ialah Siti Zainon Ismail. Siti Zainon Ismail yang
merupakan Pengkaji seni budaya warisan Melayu, adalah seniman penyair dan pelukis ini
adalah puteri kelahiran Gombak, Kuala Lumpur (18 Disember 1949). Berdarah
keturunan Melayu - Minang - Batubara, Jawa - Banjar. Juga diasuh oleh 'ayah kedua'
berketurunan Acheh-Patanni. Mendapat pendidikan asas di Sekolah Rendah Setapak,
6
Kuala Lumpur dan Sekolah Rendah Langgar, Kota Bharu ( 1956- 1957-1961) dan
seterusnya ke Sekolah Menengah Aminudin Baki (SAB), Kuala Lumpur (1962-1968).
Beliau mengaji dengan abah dan 'ayah Mat' yang juga memberinya cerita wayang kulit.
Di Kota Bharu juga beliau mula belajar mencolek kain batik. Di SAB beliau
dilatih oleh guru senilukis Idris Haji Salam sehingga ia bergabung pula dengan Angkatan
Pelukis Semenanjung (APS, 1964-1968). Oleh minatnya kepada seni lukis beliau
melanjut ke pendidikan seni di Institut Seni Indonesia (ASRI) jurusan Seni Lukis (1970
1973). Beliau merupakan pelajar seni lukis yang kerap memenangi Anugerah Sketsa
Kartini (1970 - 1973). Selama di ASRI turut bergabung dengan Sanggar Dewata dan turut
pameran menyertai keliling Jawa. Pada bulan Februari 1974 pulang ke tanahair bertugas
sebagai Jurulatih seni lukis di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (1974-1976).
Seterusnya sebagai tutor di Universiti Kebangsaan Malaysia ( 1976) dan lulus Sarjana
Sastera (UKM. 1980). Ph.D (UM. 1992). Hingga kini masih mengajar di Pusat Bahasa.
Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu dalam bidang kepakarannya Seni Budaya
Warisan (kursus Kesenian Melayu Tradisional. Pemerian Budaya Benda, Tekstil dan
Busana Melayu, Sejarah dan Teori Penghayatan Seni, Penulisan Kreatif). Beliau juga
adalah Felow Penyelidik ATMA (1995-1996) dan Pengarah Kebudayaan UKM
(1996-1999).
7
Apabila memperkatakan tentang puisi dan penyair wanita, nama Zurinah
Hassan memang tidak asing lagi sama ada dalam kalangan peminat, mahu pun dalam
kalangan pengkaji-pengkaji puisi Melayu moden. Pada sekitar tahun 70-an, Zurinah
Hassan beriringan dengan penyair-penyair wanita lain seperti Siti Zainon Ismail dan
Zaihasra memonopoli dunia penulisan puisi.
Zurinah Hassan dilahirkan di Bakar Bata, Alor Setar pada 13 Jun 1949. Zurinah
mendirikan rumahtangga pada tahun 1978 dengan Encik Mohamed Said bin Abdul
Manap yang sekarang bertugas sebagai Pengurus Kanan Pos Malaysia Berhad dan
dikurniakan lima orang anak: Siti Raihani, Ainul Huda, Muhammad Taufiq, Muhammad
Faiz dan Aina Mastura.
Kehidupan di kampung dan dibesarkan dengan seorang nenek di sebuah rumah
yang dikelilingi oleh pohon-pohon rimbun. Keadaan yang sunyi dan redup. Tidak
mempunyai ramai kawan dan jarang keluar bermain-main seperti kanak-kanak lain.
Banyak masa dihabiskan dengan duduk di rumah dan mendengar radio. Radio menjadi
teman rapatnya. Beliau amat suka mendengar lagu-lagu dan cepat menghafal seni kata.
Setelah pandai menulis, seni kata lagu ditulis dan dinyanyikan. Kegemaran mengutip
senikata lagu telah melatih Zurinah menggemari susunan kata-kata yang indah.
Sebahagian daripada seni kata lagu itu merupakan pantun-pantun lama yang mempunyai
makna yang mendalam. Walapun tidak menjadi seorang penyanyi kerana larangan
keluarga, namun keasyikan terhadap lagu dan seni kata telah menjadikannya seorang
pemenung, perenung alam dan membentuk kegemaran lain iaitu menulis puisi. Dari
8
sinilah minat Zurinah timbul dan menjadi akrab dengan unsur-unsur yang terdapat dalam
lagu-lagu tersebut.
Pendidikan awal Zurinah Hassan secara formalnya di Sekolah Rendah Melayu
Tikam Batu dan Sekolah Inggeris Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah. Beliau
meneruskan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Convent Sungai Petani dan
Sekolah Menengah Sultanah Asma, Alor Setar Kedah. Seterusnya, melanjutkan pengajian
di Universiti Sains Malaysia sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun
1974.
Semasa belajar di sekolah Melayu Tikam Batu, (Zurinah Hassan, 2003: 23-24)
beliau menemui dua orang guru yang gemar bercerita. Sewaktu dalam darjah satu dan
dua, Zurinah dan kawan-kawan selalu mendengar cerita dari Cikgu Mariam. Beliau rajin
bercerita tentang puteri-puteri raja yang jelita. Begitu juga, dengan Cikgu Ghani yang
sering memberi ulasan yang berbeza tentang kisah-kisah lama terutama episod-episod
dari Sejarah Melayu. Ketika di sekolah Inggeris melalui Special Malay Class, semasa di
tingkatan satu, Zurinah berkenalan dengan puisi Inggeris sebagai satu mata pelajaran
wajib. Zurinah gemar menghafal puisi-puisi William Shakespeare, S.T Coleridge,
H.W.Longfellow dan lain-lain serta menawarkan diri untuk membacanya di hadapan
kelas dan tidak lupa oleh kerana minat yang sangat mendalam Zurinah menterjemahkan
sajak-sajak Inggeris ke Bahasa Melayu. Ini melatihnya mencipta ungkapan-ungkapan
puitis.
9
Semasa di tingkatan enam, guru Bahasa Inggerisnya membacakan puisi Khalil
Gibran. Baris-baris yang dibacakan tertusuk ke hati dan sejak dari itu cintanya terhadap
puisi tetap utuh sehingga melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia (1970).
Mengikut Shafei Abu Bakar (1997), rangsangan yang diberikan oleh Zakry Abadi, ketika
itu editor Utusan zaman telah memberi laluan dan semangat buat Zurinah untuk terus
berkarya. Pada 15 Februari 1967, sajak Keputusan buat pertama kali telah diberi tempat
di Utusan zaman.
Di Universiti Sains Malaysia, Zurinah menumpukan pengajiannya dalam
pengkhususan kesusasteraan. Keilmuan pengetahuannya semakin meningkat, kepekaan
terhadap alam sekitar juga bertambah. Zurinah bukan sekadar mendengar sahaja tentang
teori ilmu, malah mempelajarinya, menghayatinya, dan memanfaatkannya. Pengajian
Zurinah tidak terhenti setakat Ijazah Sarjana Muda sahaja. Beliau telah meneruskan
pengajiannya di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia
(UPM) dan berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana Sastera pada tahun 2001, kemudian
menyambung pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah di Akademi Pengajian
Melayu, Universiti Malaya dan memperolehinya pada tahun 2008.
Dunia pekerjaan merupakan suatu perkara yang menarik untuk diperkatakan
tentang Zurinah Hassan. Zurinah bermula dengan menjadi sebagai tenaga pengajar di
Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya tetapi cita-
citanya untuk menjadi tenaga akademik tidak tercapai. Selain daripada itu, beliau pernah
bertugas sebagai Pegawai Penerangan di Jabatan Penerangan Malaysia (1982-1997).
10
Perkhidmatan yang memakan masa selama 15 tahun, akhirnya beliau bersara pilihan
demi meneruskan cita-cita dalam bidang penulisan dan menjadi penulis sepenuh masa.
NAMA Zaihasra menyerlah dalam dunia penulisan tanah air sejak dua dekad
yang lalu dengan kelahiran puisi-puisinya yang merakamkan peristiwa dan rasa yang
menyentuh diri, cinta, kesepian, putus asa dan harapan. Zaihasra atau nama sebenarnya
Zaiton Abdullah. Zaihasra ialah penyair contoh yang bersikap individualistik di dalam
puisi-puisinya.
Zaihasra lahir dari satu keluarga tani yang hidup dalam kesederhanaan. Beliau
berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia dan pernah bekerja sebagai kerani di salah sebuah
kilang getah di Sungai Buluh, Alor Gajah, Melaka. Kemudian beliau bertugas pula di
Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama tujuh tahun sebagai penerbit rancangan
sastera. Beberapa tahun kemudian, beliau menceburkan diri dalam bidang perniagaan
dengan membuka syarikat pembekal keperluan pejabat secara kecil-kecilan. Atas
dorongan kecintaan kepada keindahan alam, Zaihasra meneroka bidang seni taman dan
lanskap dengan menubuhkan Syarikat Jitu Sdn. Bhd. bersama-sama seorang rakan
kongsi. Antara beberapa projek lanskap yang diusahakan oleh syarikatnya ialah di
Bulatan Semarak dan Projek Lembaga Letrik Negara di Pekan, Pahang.
Nama Zaihasra adalah hasil gabungan beberapa singkatan nama seperti “Zai”
untuk Zaiton, “Has” untuk Hasnah, iaitu nama timang-timangan yang diberikan oleh
kedua-dua orang tuanya dan “Ra” adalah rahsia bagi dirinya. Selama penglibatannya
dalam dunia kesusasteraan, Zaihasra memilih ungkapan “pelarian” sebagai identiti
dirinya. Menerusi ungkapan ini, beliau telah menghasilkan tiga buah karya, iaitu Dalam
11
Pelarian Satu, Dalam Pelarian Tiga dan Dalam Pelarian Empat. Menurutnya, Dalam
Pelarian Kedua itu adalah gambaran tentang dirinya sendiri.
Pada 22 November 1989, dalam usia 38 tahun, Zaihasra telah menghembuskan
nafas yang terakhir di Hospital Besar Kuala Lumpur akibat sakit buah pinggang yang
dihidapinya sejak beberapa lama dulu. Jenazah beliau disemadikan di Taman
Greenwood, Gombak. Pemergian Zaihasra adalah suatu kehilangan yang besar dalam
dunia kesusasteraan Melayu tanah air.
12
Sumbangan
Sekiranya membicarakan watak seorang penulis, sumbangan penulis terbabit
adalah antara perkara penting yang perlu ditekankan. Sumbangan para penulis wanita di
Malaysia juga begitu mempengaruhi perkembangan dunia kesusasteraan hingga ke hari
ini.
Salmi Manja
Puisi-puisinya pernah dikumpulkan di dalam antologi cerpen/puisi yang bertajuk
'Daun-Daun Berguguran' yang telah diterbitkan dalam 1962. Kebanyakan puisi-puisinya
bertemakan cinta dan disampaikan dengan nada yang romantik. Persoalan yang sering
ditimbulkan seringnya menyetuh hal-hal yang dianggap 'istimewa' oleh wanita seperti hal
percintaan dan kasih sayang.
Gaya dan bentuk puisinya masih terikat dengan unsur-unsur tradisional seperti
puisi penyair-penyair ASAS '50 yang sezaman dengannya ketika itu. Cara
penyampaiannya juga selaras dengan konsep ASAS '50. Sebab itulah puisi-puisinya cuma
merupakan suatu pengimitasi realiti; iaitu mencatat pengalaman dan realiti kehidupan
secara terang-terangan.
Tema agama juga sering disentuh oleh Salmi seperti dalam puisi 'Sejambak Ros
Yang Dijanjikan'. Ini mungkin disebabkan oleh asas pendidikannya dari sekolah agama
dan pengalamannya sebagai guru agama (ustazah).
13
Siti Zainon Ismail
Dalam puisi-puisinya, Siti Zainon rajin menggunakan berbagai-bagai teknik dan
sering merapkan aliran serta unsur-unsur baru yang menyimpang dari aliran-aliran puisi
konvensional.
Gayanya cenderung ke arah penggunaan objek-objek tempatan serta fakta sejarah
dan hikayat-hikayat Melayu seperti dalam puisi 'Profil Cinta'.
Puisi-puisi Siti Zainon telah dikumpulkan di dalam antologi 'Nyanyian Malam'
yang telah diterbitkan pada tahun 1976. Puisinya yang telah memenangi Hadiah Sastera
ialah puisi 'Romansa Petani Di Gunung'. Beliau adalah penyair pelukis wanita yang terus
aktif. Kerap mewakili negara dalam membaca puisi, pameran lukisan dan seminar seni
budaya seluruh tanahair dan juga di peringkat antarabangsa seperti di Filipina (1976).
Bhopal. India (1985). Berlin Barat ( 1985, 2000) Soeul Korea (1986). Indonesia (Aceh,
Bali, Jakarta. Jambi, Lombok. Makassar. Padang. Riau, Palembang, Yogyakarta 1983-
1998). Thailand ( 1986,1989, 1990). Perancis (1986), Berlin (1986). London
(1986,1990,1992), Australia (1993), Singapura(1990,1995), Hamburg (2000), Russia
(2003). Begitu juga puisi-puisi dan cerpen beliau telah diterjemah ke pelbagai bahasa
seperti BuIgaria, Hindi, Inggeris, Korea, Urdhu, Jepun, Perancis, Thai dan Russia.
14
Zurinah Hassan
Zurinah ialah seorang penyair wanita yang paling berpotensi, prolifik dan
beridentiti sendiri. Mungkin tidak keterlaluan kalau beliau dianggap puncak bagi
kepenyairan wanita sejauh ini.
Banyak karya puisinya yang telah memenangi Hadiah Sastera, seperti 'Senja Di
Pelabuhan', 'Surat Hari Depan', 'Apabila Kata Menjadi Dosa', 'Hidup Dari Jendela
Keretapi', 'Bila Hujan Telah Reda', 'Duhai Pentafsir', 'Di Muka Laut', 'Satu Kebetulan',
'Salam Perempuan Dari Penjara' dan 'Kita Perlu Bersuara Setelah Diam Yang Lama'.
Zurinah ialah satu-satunya penyair wanita yang sangat sensitif melihat realiti
hidup. Sekecil-kecil perkara yang jarang disentuh oleh penyair lain menjadi bahan
renungannya, seperti dalam puisi 'Di Sebuah Kolam'.
Dalam puisi tersebut, objek ikan, kolam dan kekitrannya menjadi renungan
Zurinah yang cuba berfalsafah bertolak daripada objek-objek tersebut. Perhatikan
sebahagian daripada puisi tersebut.
Tema yang sering dibicarakan oleh Zurinah ialah sekitar tema kehilangan
kemanusiaan dan kompleksitinya. Zurinah sering menyoal tentang hakikat kewujudan
dan idealisme kehidupan dari jurus pandangan kewanitaan yang penuh dengan kehalusan
budi dan ketinggian moral. Ini jelas dapat dilihat di dalam puisinya yang berjudul
'Bahawa Aku Pernah Hidup', yang jelas menyoal kewujudan diri.
15
Dari aspek stilistik dan bahasa, Zurinah boleh dianggap sebagai penyair yang
berjaya menguasai bahasa dan pintar dalam membentu imej di dalam puisi-puisinya.
Bahasanya mudah dan segar. Imejnya menarik kerana ketukangannya di dalam
menghidangkan sesuatu imej yang dipetik dari fenomena-fenomena alam seperti pasir,
ombak, laut, angin dan pantai.
Misalnya dalam puisi 'Bahawa Aku Pernah Hidup' yang telah dibentangkan tadi,
kita dapat melihat bagaimana Zurinah menggunakan diksi-diksi yang bersumberkan
fenomena-fenomena alam seperti yang sering digunakan di dalam puisi-puisinya.
Nada suaranya pula lembut dan 'manis', bersahaja (spontan) dan yang paling
penting sekali begitu 'memorable'. Fikiran dan gagasan yang ingin disampaikannya
seiringan dengan perasaannya, dan tidak terlalu sentimen seperti ramai penyair wanita
lain.
Seperkara lagi yang unik tentang penyair ini ialah tentang suara kejujurannya
dalam puisi seperti yang dapat kita saksikan dalam puisinya, 'Apabila Kata-Kata Menjadi
Sebuah Dosa'. Sehingga ke hari ini Zurinah masih menghasilkan puisi-puisi yang baik.
Sejauh ini, karya-karya puisinya telah dibukukan di dalam antologi-antologi seperti
berikut:
'Sesayu Jalan', diterbitkan pada 1974; 'Di Sini Tiada Perhentian', diterbitkan pda 1977; 'Keberangkatan', diterbitkan pada 1985.
16
ZAIHASRA
Kekuatan puisi-puisi Zaihasra terletak pada pemilihan kekatanya yang bertenaga,
teliti dan cukup mengesankan. Sekali lagi puisi 'Lautan Di Waktu Subuh' itu merupakan
satu contoh yang baik. Tidak hairanlah kalau puisi tersebut pernah memenangi Hadiah
Sastera di samping sebuah lagi puisinya yang bertajuk 'Di Sini Waktu Yang Luka Sebuah
Cinta Semakin Lusuh'.
Tahun 1970-an merupakan detik awal bermulanya kegiatan beliau dalam dunia
penulisan puisi, ditambah pula dengan penghijrahan beliau ke Kuala Lumpur pada tahun
1972. Puisi awal beliau yang berjudul “Mama” disiarkan dalam Dewan Sastera pada
tahun 1971.
Dalam penghasilan puisi, Zaihasra lebih suka menarik perhatian pembaca kepada
realiti hidup. Beliau mendekatkan diri kepada alam, membandingkan kehidupan flora
dan fauna dengan dirinya sendiri dan mencari kebenaran kata-kata, bertunjangkan keiman
an dan harga diri. Kekuatan puisi Zaihasra terletak pada kematangan fikiran dan
perasaannya yang disatukan dengan fenomena alam seperti hukum kewujudan yang
sepatutnya. Tema cinta, setia, rindu, sepi dan konflik diri menjadi pilihan Zaihasra.
Kehadiran beliau dalam dunia penulisan puisi telah menyerlah bakat serta
potensinya, terutama apabila dalam tempoh tiga tahun berturut-turut, beliau telah
memenangi Hadiah Karya Sastera dengan puisi-puisinya berjudul “Lautan di Waktu
Subuh” pada tahun 1973, “Di Sini Waktu yang Luka”, “Sebuah Cinta Semakin Ungu”
17
dan “Satu Detik yang Teruji”. Ketiga-tiga buah puisinya termuat dalam kumpulan puisi
Dalam Pelarian Satu.
Beliau juga pernah mendapat hadiah penghargaan dalam sayembara puisi anjuran
Persatuan Penulis Negeri Melaka (PENAMA). Selain itu, puisi beliau yang berjudul
“Penghayatan” telah memenangi Hadiah Khas Puisi Berita Minggu yang mengungkapkan
satu pengalaman rohaniah dan akaliah, iaitu memperlihatkan satu fasa hidup bara dalam
keresahan hidup dan ketenangan yang diperoleh melalui kebesaran Ilahi.
Dalam Pelarian Satu mengandungi 40 buah puisi pilihan yang ditulis antara tahun
1972-1976. Dalam Pelarian Tiga pula, terdapat 30 buah puisi yang tidak mempunyai
tajuk tetapi hanya dicatatkan angka bilangan 1–30. Puisi-puisi dalam kumpulan ini
menggambarkan kehidupan penyair yang romantis serta peristiwa yang pernah beliau
alami.
Zaihasra pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja Persatuan Penulis Malaysia
(PENA) untuk tempoh dua penggal iaitu 1984/85 dan 1986/87. Bersama-sama Siti
Zainon Ismail, beliau menghasilkan sebuah antologi puisi yang berjudul “Akuarium
Kota”. Beliau juga telah menubuhkan kumpulan “Cindai Cinta”, iaitu kumpulan yang
mempersembahkan lagu-lagu puisi bersama penyanyi Junainah M. Amin dan Maisara.
Zaihasra bersama-sama beberapa orang penyair lain sempat merakamkan
deklamasi puisi mereka dalam kaset “Puisi-puisi Malaysia” terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka. Puisi beliau berjudul “Suatu Senja Aku Berlari di Sini Menanti Keretapi Tiba
tapi Dia Telah Pergi” turut dirakamkan.
18
Kebanyakan puisi Zaihasra disiarkan dalam Dewan Sastera, Mastika, Dewan Masyarakat,
Utusan Zaman, Mingguan Malaysia, Berita Minggu dan lain-lain.
Dalam Pelarian Empat ialah novel sulung yang begitu menarik pengolahannya.
Novel ini menonjolkan satu falsafah yang amat berguna, iaitu kelembutan hari yang lalu
dan rakusnya kejadian yang serba berkemungkinan sering menjadikan manusia dewasa.
KESIMPULAN
Setiap penyair wanita di Malaysia selalu memperbaharui diri dan berusaha
meningkatkan kecapaian kesenian dan akademik dalam bidang yang diminati. Mereka
sentiasa mempunyai rasa tanggugjawab yang tinggi terhadap masa depan dunia
kesusasteraan melayu di Malaysia. Mereka tidak pernah berputus asa dalam
menunjukkan kemampuan dalam menghasilkan karya-karya terutama puisi yang
bermutu. Seharusnya, kita akan melihat dan tertunggu-tunggu pengiktirafan Malaysia,
kepada sasterawan negara wanita yang memiliki pakej yang lengkap dan sempurna.
Diharapkan juga usaha para penyair wanita ini dapat diteruskan walaupun negara
kita berjaya menginjak status sebagai negara maju menjelang tahun 2020 nanti.
19
BIBLIOGRAFI
1. file:///C:/Documents%20and%20Settings/user/Desktop/MCM2/cat_siti.cfm.htm
2. http://mlcd.myplace.nie.edu.sg/mana_sikana.pdf
3. http://kbakti.multiply.com/journal
4. Pyan Husayn & Suhaimi Hj Muhammad; Kembang Melati: Dewan Bahasa &
Pustaka, Malaysia, 1982
5. file:///C:/Documents%20and%20Settings/user/Desktop/MCM2/
cat_siti.cfm.htm
6. Mana Sikana, 2007. Tokoh-Tokoh Unggul dalam Sastera Melayu. Bangi: Pustaka
Karya.
7. Mana Sikana, 2004. Sastera Melayu Pascamodenisme. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
20
LAMPIRAN
21
PENDAHULUAN
22
LATAR KEHIDUPAN
23
SUMBANGAN
24
25