Upload
others
View
20
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
FESTIVAL KESENIAN KOLEJ-KOLEJ UKM 2014(PERTANDINGAN DIKIR BARAT)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA10 OKTOBER 2014
KERTAS KERJA
FESTIVAL KESENIAN KOLEJ-KOLEJ UKM 2014
(PERTANDINGAN DIKIR BARAT)
TARIKH
10 OKTOBER 2014
TEMPAT
PANGGUNG SENI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ANJURAN
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR KEBUDAYAAN DAN WARISAN
KOLEJ UNGKU OMAR
DENGAN KERJASAMA
PUSAT KEBUDAYAAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TEMA
“ BELIA PENERAJU WARISAN”
FESTIVAL KESENIAN KOLEJ-KOLEJ UKM 2014(PERTANDINGAN DIKIR BARAT)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA10 OKTOBER 2014
1.0. TUJUAN
1.1. Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta
bantuan kewangan daripada pihak Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan
Alumni untuk mengadakan program Festival Kesenian Kolej-Kolej Ukm 2014
(Pertandingan Dikir Barat)
1.2. Untuk mendapatkan bantuan dana dan penajaan daripada badan-badan kerajaan serta
badan-badan swasta untuk menjalankan program ini.
2.0. PENGENALAN
2.1. Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) merupakan sebuah organisasi induk di setiap kolej
kediaman yang telah ditubuhkan khas untuk menjaga kebajikan warga kolej. Selain itu,
organisasi ini juga telah diamanahkan untuk merangka dan sekaligus melaksanakan
program-program di kolej kediaman.
2.2. Eksekutif Kebudayaan dan Warisan Kolej Ungku Omar telah ditubuhkan untuk
melahirkan mahasiswa/i yang mempunyai semangat patriotisme dan semangat jati diri
yang tinggi. Antara kelab dibawah kelolaan eksekutif ini adalah Kelab Titis Tari, Kelab
Kudrat & Kelab Sepet.
2.3. Kelab ini ditubuhkan dengan kerjasama Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan
Malaysia. Tujuan kelab ini adalah untuk menjadi tulang belakang pada setiap
persembahan di dalam setiap program yang akan dilaksanakan oleh pihak kolej.
Disamping itu, kelab ini juga berjaya menarik minat masyarakat pelbagai kaum untuk
berkongsi kebudayaan mereka masing-masing.
FESTIVAL KESENIAN KOLEJ-KOLEJ UKM 2014(PERTANDINGAN DIKIR BARAT)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA10 OKTOBER 2014
2.4. Festival Kesenian Kolej-Kolej UKM 2014 (Pertandingan Dikir Barat) ini merupakan
usahasama antara Eksekutif Kebudayaan dan Warisan Kolej Ungku Omar dan Pusat
Kebudayaan UKM untuk menjayakan satu program berbentuk kebudayaan dan warisan
dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi UKM amnya dan penghuni Kolej Ungku
Omar khususnya.
2.5. Program ini juga turut menyelitkan kepimpinan agar ahli jawatankuasa pelaksana
program ini, bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga dapat menyumbangkan
idea-idea kreatif dan inovatif di samping engasah bakat mereka dalam mengendalikan
sesebuah program.
2.6. Festival Kesenian Kolej-Kolej UKM 2014 (Pertandingan Dikir Barat) ini merupakan
salah satu aktiviti tahunan yang dikendalikan oleh Pusat Kebudayaan UKM.
3.0. MISI
Memperkenalkan dan memberi pendedahan kepada mahasiswa/i UKM dan penghuni
Kolej Ungku Omar mengenai tarian kontemporari yang terdapat di Malaysia.
FESTIVAL KESENIAN KOLEJ-KOLEJ UKM 2014(PERTANDINGAN DIKIR BARAT)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA10 OKTOBER 2014
4.0. MATLAMAT
Untuk menjadi mahasiswa yang aktif, progresif dan berinovasi yang:
4.1. Membangunkan aktiviti-aktiviti yang sihat dan bermanfaat
4.2. Melahirkan pemimpin-pemimpin muda dalam kalangan mahasiswa/i yang
berkebolehan dan berkaliber dalam kemahiran berorganisasi serta memantapkan
kecemerlangan dalam kemajuan pendidikan.
4.3. Mempunyai nilai-nilai patriotisme dan semangat perpaduan di dalam diri mahasiswa
UKM.
5.0. ANJURAN
Majlis Eksekutif Pelajar 2014/2015,
Eksekutif Kebudayaan dan Warisan Kolej Ungku Omar
Dengan kerjasama Pusat Kebudayaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
6.0. TARIKH DAN MASA
Tarikh : 10 Oktober 2014
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 malam - 10.30 malam
FESTIVAL KESENIAN KOLEJ-KOLEJ UKM 2014(PERTANDINGAN DIKIR BARAT)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA10 OKTOBER 2014
7.0. TEMPAT PROGRAM
Program ini akan diadakan di Panggung Seni Universiti Kebangsaan Malaysia
8.0. CADANGAN PERASMI
1. Yg. Bhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal
Pelajar dan Alumni), UKM
2. En. Nik Hairi B. Omar, Pengetua, Kolej Ungku Omar, UKM
9.0. STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
10.0. TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
11.0. BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
12.0. SYARAT PERTANDINGAN
Rujuk Lampiran D
13.0. BORANG-BORANG
Rujuk Lampiran E
FESTIVAL KESENIAN KOLEJ-KOLEJ UKM 2014(PERTANDINGAN DIKIR BARAT)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA10 OKTOBER 2014
14.0. PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat-menyurat, sila
hubungi:
Ainur Farahin Binti Abdullah
Ketua Pengarah
Festival Kesenian Kolej-Kolej UKM 2014 (Pertandingan Dikir Barat)
Kolej Ungku Omar
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor Darul Ehsan
No Tel : 012-9258865
E-mel: [email protected]
Faksimiliti : 03-89215835
15.0. PENUTUP
Kami berharap pihak Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni dapat
meluluskan bantuan kewangan agar program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.
FESTIVAL KESENIAN KOLEJ-KOLEJ UKM 2014(PERTANDINGAN DIKIR BARAT)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA10 OKTOBER 2014
Disediakan oleh,
AINUR FARAHIN BINTI ABDULLAH
Ketua Pengarah,
Festival Kesenian Kolej-Kolej UKM 2014 (Pertandingan Dikir Barat)
Eksekutif Kebudayaan dan Warisan, Kolej Ungku Omar,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Disahkan oleh,
EN ZULFADLI BIN MOHD KAMAL
Felo Eksekutif Kebudayaan dan Warisan
Kolej Ungku Omar
Universiti Kebangsaan Malaysia
Diperakui oleh,
EN NIK HAIRI BIN OMAR
Pengetua
Kolej Ungku Omar
Universiti Kebangsaan Malaysia
FESTIVAL KESENIAN KOLEJ-KOLEJ UKM 2014(PERTANDINGAN DIKIR BARAT)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA10 OKTOBER 2014
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI
Festival Kesenian Kolej-Kolej UKM 2014
(Pertandingan Dikir Barat)
Penaung
Ybhg. Prof Datuk Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia
Pengerusi
Yg. Bhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UKM
Penyelaras
Dr. Mohd Suzeren Md Jamil
Timbalan Pengarah Latihan dan Pembangunan Pelajar
Penasihat
En Nik Hairi Bin Omar
Pengetua Kolej Ungku Omar UKM
Felo Penasihat
En. Zulfadli Bin Mohd Kamal
Felo Eksekutif Kebudayaan dan Warisan
Kolej Ungku Omar UKM
Penyelaras Program
En. Asrof Bin Semin
Pegawai Kebudayaan UKM
FESTIVAL KESENIAN KOLEJ-KOLEJ UKM 2014(PERTANDINGAN DIKIR BARAT)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA10 OKTOBER 2014
Ketua Pengarah
Ainur Farahin Binti Abdullah FSSK/2 A145497
Timbalan Ketua Pengarah
Nurul Atiqah Bt Mohd Daud FEP/2 A143181
Setiausaha
Noor Atikah Bt. Sambul Bahar FKAB/2 A144211
Timbalan Setiausaha
Siti Solehah Bt Mohamed Noor FEP/2 A143140
Bendahari
Nurul Izzati Bt Md Rashid FUU/2 A146451
Pengarah Protokol
Mar’atul Asyraf Bt Jamal FPI/2 A144843
Pengarah Program
Anis Asmira Bt Amir Sharufuddin FUU/2 A146421
Pengarah Teknikal
Nooramarlina Bt Zakaria FEP/1 A149355
Pengarah Publisiti
Muhammad Haiqal Asyraf Bin Suhaimi FUU/2 A146507
Pengarah Keselamatan
Mohd Izuan B. Mat Zaly FEP/1 A147520
FESTIVAL KESENIAN KOLEJ-KOLEJ UKM 2014(PERTANDINGAN DIKIR BARAT)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA10 OKTOBER 2014
Pengarah Cenderamata
Nor Hanani Bt Mazlan FUU/2 A146436
Pengarah Jamuan
Nur Hamizah Bt Esa FSSK/2 A145417
Pengarah Pemasaran
Nurshahida Bt Mohamad Sallah FST/2 A145782
FESTIVAL KESENIAN KOLEJ-KOLEJ UKM 2014(PERTANDINGAN DIKIR BARAT)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA10 OKTOBER 2014
LAMPIRAN B
ATURCARA PROGRAM
TARIKH DAN
MASA
PERKARA TEMPAT
10 OKTOBER 2014
JUMAAT
8.00 malam
8.15 malam
8.30 malam
8.45 malam
10.00 malam
FESTIVAL KESENIAN KOLEJ-KOLEJ
UKM 2014
(PERTANDINGAN DIKIR BARAT)
Ketibaan tetamu dan peserta acara.
Ketibaan dif-dif kehormat dan tetamu
jemputan
Majlis bermula
- Ucapan perasmian oleh perasmi
Pertandingan Tarian Kontemporari bermula
Kolej 1
Kolej 2
Kolej 3
Kolej 4
Kolej 5
Kolej 6
Kolej 7
Kolej 8
Kolej 9
Kolej 10
Kolej 11
Kolej 12
Pengiraan markah daripada juri
Majlis penyampaian hadiah kepada
Panggung Seni
FESTIVAL KESENIAN KOLEJ-KOLEJ UKM 2014(PERTANDINGAN DIKIR BARAT)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA10 OKTOBER 2014
10.15 malam
10.30 malam
pemenang
Bersurai
FESTIVAL KESENIAN KOLEJ-KOLEJ UKM 2014(PERTANDINGAN DIKIR BARAT)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA10 OKTOBER 2014
LAMPIRAN C
BELANJAWAN
BIL. PERKARA UNIT RM
1 Protokol dan pengurusan
- buku program
- kertas A4
- alat tulis (marker, pen, pita pelekat, stapler)
5
3
25.00
30.00
50.00
2 Publisiti
- banner 2 60.00
3 Cenderamata program
- sijil penyertaan 60 60.00
5 dekorasi ruang pameran
- bunga
- artikel
- riben
- manila kad
100.00
JUMLAH 325.00
FESTIVAL KESENIAN KOLEJ-KOLEJ UKM 2014(PERTANDINGAN DIKIR BARAT)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA10 OKTOBER 2014
LAMPIRAN D
Syarat-syarat penyertaan (Maghi Dikir Sokmo!)
Inter College Arts Festival – “ICAF 2014”
1. Setiap kolej hanya layak menghantar satu kumpulan atau satu penyertaan sahaja.
Setiap kumpulan yang menyertai pertandingan ini mestilah terdiri daripada 15 orang ahli
kumpulan sahaja.
2. Setiap kolej boleh mengambil peserta lelaki dan perempuan, perempuan sahaja atau
lelaki sahaja.
3. Setiap kumpulan akan menggunakan khidmat muzik daripada Kelab Dikir Barat
Urusetia Artisukma Pusat Kebudayaan Universiti.
4. Setiap kumpulan diwajibkan untuk menyampaikan lirik dan lagu yang bertemakan
bebas. Senikata lagu hendaklah 30% disampaikan dalam Bahasa Inggeris.
5. Masa persembahan di antara 5-10 minit yang merangkumi persiapan, intro, lagu dan
outro.
6. Setiap ahli kumpulan dimestikan berada di atas pentas sepanjang persembahan.
7. Senikata dan lagu juga mestilah tidak berunsurkan sebarang konsep pemujaan sesama
manusia/makhluk malah bertujuan menghina mana-mana agama atau bangsa di Malaysia
atau memperlihatkan sokongan terhadap mana-mana individu/organisasi.
8. Pakaian hendaklah bersesuaian dengan konsep dikir barat dan tidak menjolok mata.
9. Pemarkahan akan dinilai menerusi lagu, lirik, persembahan, kreativiti dan busana.
Semua keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan selepas keputusan
diumumkan tidak akan dilayan.
10. Sebarang kehilangan barang, kecederaan dan kemalangan yang disebabkan kecuaian
peserta adalah di bawah tanggungjawab sendiri.
11. Semua perbelanjaan dan makan adalah di bawah tanggungan kolej masing-masing.
12. Mana-mana kumpulan yang ingin menyertai pertandingan ini hendaklah
melengkapkan borang penyertaan dan dihantar ke alamat EKSEKUTIF
KEBUDAYAAN DAN WARISAN, KOLEJ UNGKU OMAR, UKM 43600,
SELANGOR DARUL EHSAN.
FESTIVAL KESENIAN KOLEJ-KOLEJ UKM 2014(PERTANDINGAN DIKIR BARAT)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA10 OKTOBER 2014
13. Bagi mengesahkan penyertaan, pihak berkenaan boleh menghubungi Ainur Farahin
Abdullah (010-7016640), ketua pengarah, Festival Kesenian Kolej-Kolej UKM 2014
(Pertandingan Maghi Dikir Sokmo!).
FESTIVAL KESENIAN KOLEJ-KOLEJ UKM 2014(PERTANDINGAN DIKIR BARAT)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA10 OKTOBER 2014
LAMPIRAN E
BORANG PENYERTAAN
FESTIVAL KESENIAN KOLEJ-KOLEJ UKM 2014
(PERTANDINGAN DIKIR BARAT)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Kolej : _________________________________________________________________
Bilangan Peserta : ________ orang
Bil Nama Peserta No. Matrik
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
Nama Pengurus : __________________________________________________
No. Telefon Pengurus: ______________________________________________
FESTIVAL KESENIAN KOLEJ-KOLEJ UKM 2014(PERTANDINGAN DIKIR BARAT)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA10 OKTOBER 2014
Tandatangan Pengurus,
Nama :
No. Telefon :
Tarikh :
*sila kembalikan borang penyertaan ini kepada urus setia SEBELUM atau PADA 3
OKTOBER 2014