Upload
others
View
11
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
KURSUS HHHC 9501 – PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK (HP5)
Nama : Brenda Gan Hui MinNo. Matrik : A144733Fakulti : Fakulti Sains KesihatanTahun Pengajian : Program Sains Pertuturan/Tahun 1/2013Projek yang disertai :1) Nama Projek : Karnival Usahawan 2013/2014, Kolej Tun Syed Nasir 2) Kod Projek mengikut kod kelulusan Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) : DN00687/20133) Jawatan/Peranan yang disandang : AJK/EXCO Pemasaran4) Tarikh Mula Merancang Projek : 30 September 20135) Tarikh Tamat Projek : 16 Desember 2013
Bukti : CONTOH KERTAS KERJA YANG DIHANTAR KEPADA SYARIKAT PENAJAAN (BREAD STORY)
1
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
KERTAS KERJA PEMASARAN
KARNIVAL USAHAWAN 2013/14
TARIKH
7 – 16 DISEMBER 2013
TEMPATTAMAN TASIK TITIWANGSA, KUALA LUMPUR
KOLEJ TUN SYED NASIR (KTSN), UKM KAMPUS KUALA LUMPUR
ANJURAN
KELAB USAHAWAN KOLEJ TUN SYED NASIR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TEMA
“EXPLORING ENTREPRENEURSHIP, EXPERIENCING EXCELLENCE”
2
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
KERTAS KERJA
KARNIVAL USAHAWAN SESI 2013/14
KELAB KEUSAHAWANAN KOLEJ TUN SYED NASIR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan untuk memohon sumbangan daripada pihak Bread Story Sdn Bhd
bagi menjayakan Karnival Usahawan Kolej Tun Syed Nasir 2013/14. Penajaan ini amatlah
diperlukan berikutan keperluan pembiayaan yang besar untuk menjayakan program mega ini.
Bagi merealisasikan program ini, besarlah harapan kami terhadap penajaan dan sumbangan
dalam bentuk wang tunai dari pihak Bread Story Sdn Bhd.
2.0 PENGENALAN/LATAR BELAKANG
Kelab Keusahawanan merupakan salah sebuah persatuan di bawah Majlis Eksekutif
Pelajar (MEP) Kolej Tun Syed Nasir (KTSN). Kelab keusahawanan menawarkan peluang
kepada mahasiswa/i Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) memantapkan ilmu dan pengalaman
dalam bidang keusahawanan. Program yang dijalankan oleh Kelab Keusahawanan juga
bertujuan untuk mengeratkan hubungan perpaduan antara mahasiswa/i KTSN, menyediakan
landasan untuk mahasiswa/i untuk melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan dan
seterusnya melahirkan mahasiswa yang mempunyai inovasi, kreatif dan berdaya saing,
sekaligus memangkin janaan ekonomi negara melalui pembangunan modal insan.
Sehubungan dengan itu, program Karnival Usahawan bagi sesi 2013/14 merupakan
salah satu program mega yang bakal dianjurkan oleh Kelab Keusahawanan KTSN. Program
ini bakal memanfaatkan mahasiswa/i serta masyarakat melalui aktiviti-aktiviti serta peluang-
peluang pendidikan keusahawanan yang telah dirancang dan disusun rapi, hasil kerjasama
jawatankuasa Karnival Usahawan sesi 2013/14.
3
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
Oleh itu, Karnival Usahawan 2013/14 adalah amat wajar direalisasikan bagi mencapai
matlamat yang telah digariskan dan ketibaannya amatlah dihargai oleh semua pihak.
Sehubungan dengan itu, sumbangan dari pihak Bread Story Sdn Bhd amatlah diharapkan
dalam menjayakan karnival ini.
3.0 MISI
Memupuk minat dan motivasi kepada mahasiswa/i melibatkan diri secara aktif, terancang
dan terbimbing dalam kegiatan keusahawanan secara berkesan dan berdaya saing.
4.0 MATLAMAT
4.1 Mewujudkan budaya keusahawanan di kalangan mahasiswa/i.
4.2 Membangunkan pendidikan keusahawanan kepada mahasiswa/i dan seterusnya
memupuk minat kecenderungan mahasiswa kepada aktiviti-aktiviti keusahawanan
secara berkesan.
4.3 Mendedahkan mahasiswa/i dengan bidang keusahawanan melalui perkongsian
pengalaman secara langsung dengan pihak yang berkaitan dalam bidang perniagaan.
4.4 Melahirkan mahasiswa/i yang lebih yakin, mampu berdikari, dan bersedia untuk
menceburi bidang keusahawanan sebagai kerjaya.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Menyediakan landasan yang berkesan untuk mahasiswa/i menceburkan diri dalam
bidang keusahawanan.
5.2 Memupuk minat dan mengasah bakat mahasiswa/i dalam bidang keusahawanan
menerusi program-program yang dikendalikan.
5.3 Memberi pendedahan pendidikan keusahawanan dan pengurusan kewangan yang
bijak kepada mahasiswa/i serta asas memulakan perniagaan yang berkesan.
5.4 Membolehkan mahasiswa/i memperolah pengalaman dalam situasi perniagaan yang
sebenar.
5.5 Memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk memperoleh pengalaman bekerja dalam
sebuah organisasi untuk menjayakan sesebuah program.
4
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
5.6 Melatih mahasiswa/i dalam mewujudkan komunikasi yang berkesan sesama ahli
organisasi, pihak berkepentingan serta masyarakat awam.
5.7 Melahirkan usahawan muda yang berdaya saing, berdaya maju dan berdaya tahan di
kalangan mahasiswa/i.
6.0 TEMA
EXPLORING ENTREPRENEURSHIP, EXPERIENCING EXCELLENCE
7.0 ANJURAN
Anjuran Kelab Keusahawanan Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) Sesi 2013/2014 di bawah
seliaan Majlis Eksekutif Pelajar Sesi 2013/2014, Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM)
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadang untuk diadakan pada:
Tarikh/Hari: 7 Disember 2013 hingga 16 Disember 2013 (2 minggu)
Masa:8.00 pagi – 10.00 malam
9.0 TEMPAT PROGRAM
Taman Tasik Titiwangsa,
Jalan Tembeling,
53200 Kuala Lumpur
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur,
Wilayah Perekutuan Kuala Lumpur,
Malaysia
5
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Jalan Temerloh,
53200 Kuala Lumpur
10.0 PUBLISITI
Program ini akan diiklankan dan dipromosikan melalui:
1.Laman sosial seperti Facebook,Yahoo,dan Twitter.
2.Banner, risalah dan bunting.
3.Mewarwarkan promosi di papan-papan kenyataan secara menyeluruh di peringkat
kolej, fakulti, dan pentadbiran UKM (Kampus Bangi, Kampus KL, dan Kampus Perubatan,
Cheras).
4.Mewarwarkan di laman sesawang UKM dan papan iklan digital di seluruh kampus di
UKM.
5.Menggunakan kemudahan media elektronik seperti pengiklanan di stesen radio komersial,
media cetak seperti hebahan di akhbar tempatan dan melalui blog rasmi karnival ini yang
akan dikendalikan oleh jawatankuasa Karnival Usahawan III.
6
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
11.0 CADANGAN PERASMI
I Perasmian Pembukaan
1) PROF. MADYA DR. RUZITA BT. ABD TALIB
Pengetua, Kolej Tun Syed Nasir (KTSN),
Universiti Kebangsaan Malaysia.
2) DR. MOHD. SHAM OTHMAN
Timbalan Pengetua I, Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
II Perasmian Penutup
1) PROF. MADYA DR. RUZITA BT. ABD TALIB
Pengetua, Kolej Tun Syed Nasir (KTSN),
Universiti Kebangsaan Malaysia.
2) DR. MOHD. SHAM OTHMAN
Timbalan Pengetua I, Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
7
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Program ini akan melibatkan kerjasama seramai 150 orang ahli jawatankuasa yang terdiri
daripada pelbagai kaum serta jurusan bidang pengajian, akan bertanggungjawab melancarkan
gerak kerja perlaksanaan program ini. Penyertaan program ini disasarkan kepada mahasiwa/i
UKM kampus Kuala Lumpur, kampus Cheras dan Bangi serta mahasiswa/i daripada
IPTA/IPTS sekitar Kuala Lumpur. Program ini menggalakkan mahasiswa menanam minat
seterusnya menceburi perniagaan, sekaligus membudayakan keusahawanan dan membangun
modal insan. Program ini juga mensasarkan penglibatan orang ramai dalam aktiviti yang
berbentuk luar kampus, bagi memastikan masyarakat awam turut mendapat manfaat dari
program ini. Peserta yang terlibat akan berpeluang menyertai aktiviti berbentuk pendidikan
keusahawanan, pemasaran dan implementasi perniagaan.
13.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
14.0 PERINCIAN PROGRAM
15.1 KARNIVAL TITIWANGSA
Karnival Titiwangsa adalah program yang seluruhnya dirancang dan dikelola oleh
mahasiswa di bawah pantauan Kelab Keusahawan, Kolej Tun Syed Nasir UKM. Karnival
Titiwangsa dicadangkan untuk diadakan di Taman Tasik Titiwangsa pada 7 dan 8 Disember
2013, bertepatan dengan konsep program khidmat mahasiswa kepada masayarakat menerusi
program-program yang bakal dikendalikan. Pemilihan tempat adalah berdasarkan reputasi
Taman Tasik Titiwangsa sebagai pusat taman rekreasi yang menjadi pusat daya tarikan
pengunjung, yang merupakan sasaran peserta program.
Pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah disusun rapi dan bakal memanfaat masyarakat
setempat. Antaranya adalah senamrobik, explorace, cabutan bertuah, derma darah, aktiviti-
aktiviti amal serta pemeriksaan kesihatan secara percuma seperti pemeriksaan mata,
rundingcara jagaan pemakanan dan pemeriksaan kesihatan fizikal serta anggota. Program
juga akan menarik minat pengunjung kepada program pemantapan ilmu oleh tokoh-tokoh
8
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
ilmuan jemputan yang bakal mengupas tajuk yang bakal menarik minat pengunjung. Program
juga bakal menghiburkan pengunjung dengan Malam Percikan Titiwangsa menerusi
persembahan akustik, pencak seni silat dan taekwando, koir, tarian kebudayaan yang bakal
menggabungkan semangat berbilang kaum dan perpaduan 1 Malaysia. Program bakal
dimeriahkan dengan gerai jualan yang bakal diusahakan oleh mahasiswa sebagai satu usaha
ke arah pembangunan keusahawanan dan modal insan.
Program ini adalah spenunhnya cadangan dan anjuran mahasiswa UKM yang rata-
ratanya adalah golongan belia supaya lebih peka terhadap kebajikan masyarakat. Semoga,
menerusi program sebegini mahasiswa dapat mengaplikasi pengetahuan akademik dan
kemahiran yang dipelajari di kampus terus kepada kesejahteraan masyarakat. Hal ini adalah
selari dengan usaha barisan jentera kerajaan dalam melahirkan modal insan yang mempuyai
kebertanggungjawaban sosial tanpa mengira agama dan bangsa, sekaligus mencetus
semangat perpaduan dan semangat 1 Malaysia dan masyarakat memanpan kepada kemajuan
negara.
MASA TENTATIF SASARAN PENGUNJUNG
8.00 pagi
9.00 pagi
10.00 pagi
7.00 petang
Persiapan dan pembukaan
gerai
Permulaan jualan
Pemeriksaan kesihatan
Penutupan gerai dan tamat
jualan
Mahasiswa/i KTSN dan
orang awam
9
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
15.2 KARNIVAL ENTERPRENEUR INSIDE
Karnival Enterpreneur Inside merupakan program yang diadakan secara
sinonim dan serentak dengan program Karnival Titiwangsa (Gerai Jualan) dan
bertempat di tanjung Taman Tasik Titiwangsa juga pada 7 dan 8 Disember 2013.
Pengisisan program ini adalah bercorak pentas dan menjadi pusat daya tarikan
pengunjung ke Karnival Titiwangsa/Gerai Jualan. Terdapat pelbagai persembahan
akan diadakan seperti persembahan tarian dan kebudayaan serta forum yang akan
disampaikan oleh penceramah terkenal. Program ini bukan sahaja memberi manfaat
kepada pengunjung seperti memberi pendedahan cara penjagaan kesihatan,
pemeriksaan kesihatan, hiburan serta pengetahuan keusahawanan dan asas niaga.
Secara tidak langsung, program ini juga menarik ramai pengunjung ke gerai jualan
yang berhampiran sekaligus menyediakan pasaran yang lebih menguntungkan.
Selain itu juga, mahasiswa/i KTSN berpeluang untuk meluangkan masa serta
mengurangkan tekanan sambil beriadah setelah penat belajar dengan melibatkan diri
dalam aktiviti yang telah dirancang dan disusun rapi oleh pihak organisasi
pengurusan. Setiap aktiviti yang berkenaan akan dikenakan bayaran yang berpatutan
kepada mahasiswa/i yang terlibat. Program ini juga adalah kerjasama daripada kelab-
kelab di bawah pantauan MEP KTSN.
Di samping itu, terdapat juga aktiviti yang dijalankan di sekitar Taman Tasik
Titiwangsa iaitu Explorace dan Program Kepimpinan Diri yang akan dijalankan di
Shah Alam Extreme Park. Penyertaan adalah untuk pelajar – pelajar sekolah
menengah di sekitar kawasan Kuala Lumpur. Tujuannya adalah untuk memupuk
semangat berpasukan sesama ahli sepasukan serta mengeratkan lagi hubungan antara
kaum yang berbilang bangsa. Aktiviti dan program seperti ini dapat memberi peluang
kepada para pelajar untuk membina keyakinan diri dan melatih diri untuk mencuba
aktiviti lasak yang mampu menguatkan ketahanan mental dan fizikal. Sifat
kepimpinan juga dapat dipupuk secara tidak langsung melalui aktiviti dan program
tersebut. Pengisian program adalah seperti berikut:
10
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
SABTU (7/12/2013)
TARIKH MASA PROGRAM
7/12/2013
(SABTU)
8.00 - 10.00 pagi
10.00 pagi –
6.00 petang
9.00 pagi –
10.00 malam
10.30 pagi –
12.30 tengah hari
2.30 petang –
5.30 petang
5.30 petang –
7.00 Petang
8.30 malam –
10.00 malam
- Senamrobik
- Pemeriksaan Kesihatan Percumai. pemeriksaan kesihatan mata,
ii. rundingcara jagaan pemakanan dan nutrisi
iii. pemeriksaan kesihatan fizikal serta anggota.
- Aktiviti Keusahawanan Mahasiswa
-Explorace
- Forum " KU PINANG KAU DENGAN BISMILLAH "
Oleh: Farah Lee, Imam Muda Nazrul dan Ustaz Fakhruddin
- Persembahan Kebudayaan 1 Malaysia
Oleh : Mahasiswa UKM
- Malam Percikan Seni Titiwangsa
Oleh: Mahasiswa UKM
(Persembahan akustik, pencak seni silat dan taekwando, koir, tarian
kebudayaan berkonsepkan perpaduan 1 Malaysia)
AHAD (8/12/2013)
11
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
8/12/2013
(AHAD)
9.00 pagi -
10.00 pagi
8.30 pagi –
6.00 ptg
9.00 pagi –
7.00 petang
8.00 pagi –
2.00 petang
3.30 petang–
5.30 petang
5.30 petang-
6.30 petang :
-Majlis Perasmian Karnival Usahawan 2013/14
Oleh: Cadangan perasmi
1)Pengetua Kolej Tun Syed Nasir
2)Timbalan Pengetua I, Kolej Tun Syed Nasir
- Pemeriksaan Kesihatan Percumai. pemeriksaan kesihatan mata,
ii. rundingcara jagaan pemakanan dan nutrisi
iii. pemeriksaan kesihatan fizikal serta anggota.
- Aktiviti Keusahawanan Mahasiswa
- Program Motivasi dan Kepimpinan Diri Bersama Pelajar
Sekolah Menengah Terpilih
-Persembahan Tarian Kebudayaan 1Malaysia
Oleh: Mahasiswa UKM
- Demonstrasi Silat dan Kesedaran Cegah Jenayah
Oleh: Pusat Tanggungjawab berwajib
15.3 SEMINAR ’THE FINAL DESTINATION : JANNAH’
12
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
Seminar ’The Final Destination: Jannah’ akan diadakan sempena Karnival Usahawan
dengan bertujuan membudayakan keusahawanan dan platform dimana mahasiswa berpeluang
menyalurkan khidmat ke arah pembangunan masyarakat yang berkualiti dan harmoni.
Program ini adalah program mega tahunan anjuran Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Tun Syed
Nasir, UKM yang terbuka kepada orang awam khususnya para belia. Pengisian seminar
bakal memberi gambaran yang jelas mengenai keindahan taman syurga Allah, Jannah
(syurga) yang merupakan destinasi terakhir yang diidam-idamkan oleh seluruh umat Islam.
Sekaligus, program ini adalah amat wajar dalam usaha melahirkan belia yang berkualiti
selaras dengan aspirasi untuk melahirkan modal insan yang akan memacu pembangunan
negara. Program seminar ini melibatkan orang awam khususnya belia kerana kerjasama
yang akan terjalin erat antara golongan muda dan dewasa mampu memberikan semangat
serta ilmu yang lebih meluas kepada masyarakat. Program ini dapat menggalakkan sikap
kerjasama dan keusahawanan, sekaligus membudayakan nilai-nilai murni dalam kalangan
ahli jawatankuasa. Program ini juga mensasarkan penglibatan orang ramai serta warga kolej
bagi memastikan masyarakat awam juga turut mendapat manfaat daripada program ini.
Sasaran penyertaan peserta adalah seramai 300 orang.
MASA TENTATIF PERINCIAN
8.00 – 9.00 am - Pendaftaran peserta
- Sarapan Pagi
- Peserta mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran.
- penyerahan bahan-bahan seminar seperti fail kursus dan beg cenderahati
- Sarapan disediakan kepada semua peserta.
9.00 – 9.15 am - Pengenalan majlis
- Kata-kata Aluan Penasihat/Pengarah Program
- Bacaan doa oleh : Muhammad Nordin, mahasiswa KTSN, UKM
- Tayangan multimedia
13
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
- Gimik persembahan – tayangan multimedia
mengenai:
1. Pengisian seminar
2. Pengenalan tokoh-tokoh penceramah jemputan bagi setiap slot seminar.
3. Penghargaan kepada Pihak penaja
9.30 – 11.00 am
(1 jam 30 minit)
Slot 1 : Siapakah penghuni Syurga ?
Penceramah : Imam Muda Hafiz
Pengisiannya:
- Layakkah kita menjadi penghuni syurga.
- Bagaimana untuk Istiqamahkan
hati ?
- Dunia sebagai persinggahan sementara.
11.00 – 11.15 am Refleksi dan Santai Minda - Peserta diberikan borang ujian untuk mengetahui personaliti diri mereka.
11.15 – 12.45 pm
( 1 jam 30 minit )
Slot 2 : Mengintip nikmat syurga.
Penceramah : Imam Muda Nazrul
Pengisiannya:
- Syurga sebagai alam kekal
- Keindahan berada di syurga
12.45 – 1.00 pm Persembahan Qasidah - Disampaikan oleh Imam Muda Nazrul
1.00 – 2.30 pm Rehat / Solat Zohor/Makan tengah hari Makan Tengahari disediakan
2.30 – 4.30 pm
Slot 3 : Forum Final Destination
Oleh : Tajdid Hadari
- Moderator : Akmal Bakhori
Pengisian:
14
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
Yatt Hamzah
- Do you want Jannah ?
- Where is Jannah ?
- Love till Jannah
- Stairways to Jannah
4.00 – 4.30 pm
- Penyampaian cenderamata kepada para penceramah.
- Rumusan seminar
- Bersurai
Minum petang disediakan
15.4 SELERA 1MALAYSIA
Program Selera 1 Malaysia (S1M) merupakan sebuah program yang mengetengahkan
konsep makanan kenegerian dan juga makanan kegemaran rakyat Malaysia selaras dengan nama
program ini iaitu “Selera 1 Malaysia”. Program ini akan diadakan pada hari Selasa, Rabu dan
Khamis iaitu pada 10 hingga 12 Disember 2013. Jualan makanan oleh para penjual akan bermula
pada pukul 9 pagi hingga 5 petang bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala
Lumpur (UKM KL) iaitu bersebelahan dengan kedai Umart. Sasaran pengunjung adalah para
pelajar, pensyarah, staf UKM, warga HKL dan orang awam di sekitar UKM KL.
Aktiviti jualan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk berniaga
dan seterusnya mempelajari strategi-strategi perniagaan yang berkesan. Anggaran gerai jualan
untuk tempahan peniaga adalah sebanyak 30 unit. Di samping itu, orang ramai juga berpeluang
untuk mengenali pelbagai jenis juadah yang terdapat di negara ini. Peluang perniagaan ini dibuka
kepada orang awam iaitu peniaga-peniaga yang berminat untuk membuka gerai jualan mereka di
samping dapat memperkenalkan perniagaan mereka dengan lebih meluas kepada orang ramai.
Program ini juga turut mendedahkan mahasiswa/i mengenai kemahiran menguruskan program
anjuran yang berbentuk perniagaan seperti memastikan kebajikan dan keselamatan orang awam,
pengurusan kesesuaian tempat, pengurusan teknikal dan kemudahan, promosi dan hebahan serta
kebajikan dan kelengkapan para peniaga dijaga. Hal ini kerana pihak organisasi program bukan
sahaja bertanggungjawab mewujudkan peluang perniagaan, malah mereka juga perlu
15
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
memastikan kesediaan pasaran kepada peniaga, persekitaran yang sihat dan selamat untuk
peniaga dan juga pelanggan. Di samping itu, pihak organisasi pengurusan juga bukan sahaja
akan memastikan pelbagai aneka produk yang boleh dipasarkan semasa program berlangsung,
malah mereka juga akan turut memastikan kehadiran pengunjung atau pelanggan yang
semestinya akan menguntungkan para peniaga yang berniaga dan secara tidak langsung
memeriahkan lagi gerai jualan ini.
Memandangkan ketiadaan PA system dan juruhebah, kami memilih untuk mengambil
inisiatif lain untuk menekankan konsep program ini. Kami bersependapat untuk mengadakan
cabutan bertuah untuk para pengunjung yang datang membeli-belah di gerai-gerai jualan.
Pembeli akan menerima kupon sekiranya mereka membeli makanan mengikut tema yang telah
ditetapkan dan emenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah. Sebagai contoh cabutan
bertuah pada hari Selasa adalah untuk pembeli makanan sebelah Utara, manakala pada hari Rabu
pula adalah untuk pembeli makanan sebelah Pantai Timur dan pada hari Khamis pula adalah
untuk pembeli makanan ‘Selera Berganda’ atau dalam erti kata lain makanan selain Utara dan
Pantai Timur. Hal ini dapat meberi peluang untuk setiap gerai meraih perhatian daripada
pelanggan sekaligus dapat menjaga kebajikan peniaga. Cabutan bertuah akan dibuat pada pukul
5 petang dan para pemenang perlu menuntut hadiah saguhati tersebut pada keesokan harinya
antara pukul 12.30 tengah hari hingga 2 petang. Pemenang akan dimaklumkan melalui mesej dan
hadiah tersebut akan dikira batal sekiranya individu tersebut tidak datang menuntut hadiah pada
waktu yang telah ditetapkan.
TARIKH DAN MASA PERKARA TEMPAT
16
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
10 DISEMBER 2013
7.30 PAGI
8.00 PAGI
9.00 PAGI
5.00 PETANG
11 DISEMBER 2013
8.00 PAGI
9.00 PAGI
5.00 PETANG
12 DISEMBER 2013
8.00 PAGI
9.00 PAGI
5.00 PETANG
Pendaftaran peniaga
Persediaan jualan oleh peniaga
Sesi jualan bermula
Sesi jualan tamat dan cabutan
bertuah
Persediaan jualan oleh peniaga
Sesi jualan bermula
Sesi jualan tamat dan cabutan
bertuah
Persediaan jualan oleh peniaga
Sesi jualan bermula
Sesi jualan tamat dan cabutan bertuah
UKM KAMPUS
KUALA LUMPUR
(BERSEBELAHAN
UMART)
15.5 SUKAN RAGBI SENTUH
17
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
Aktiviti sukan juga dimuatkan salah satu subprogram Karnival Usahawan 2013/14. Aktiviti
ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara mahasiswa dan mahasiswi Kolej Tun
Syed Nasir yang rata-ratanya terdiri dari pelbagai kaum, pelbagai fakulti dan juga pelbagai
kursus pengajian. Sukan yang bertemakan ”Tun Syed Nasir 7’s 1.0” merupakan
pertandingan ragbi dan futsal. Program ini menekankan kepentingan bertanding secara sihat
dan pentingnya bersenam untuk kesihatan. Penyertaan akan dibuka kepada mahasiswa/i
KTSN, wakil-wakil mahasiswa/i dari semua kolej-kolej UKM bangi dan mahasiswa/i
IPTA/IPTS serta orang awam yang berminat melalui hebahan dan promosi secara meluas.
Setiap penyertaan akan dikenakan bayaran yang berpatutan dan jawatankuasa akan
menyediakan hadiah yang menarik kepada pemenang.
14 DISEMBER 2013 (SABTU)
Masa Perkara 8.00 – 9.00 pagi Pendaftaran
9.00 pagi – 1.35 petang Perlawanan peringkat kumpulan pusingan pertama
1.35 – 2.10 petang Rehat dan solat
2.10 – 6.30 petang Perlawanan peringkat kumpulan pusingan pertama bersambung
6.30 petang Perlawanan peringkat kumpulan berakhir
15 DISEMBER 2013 (AHAD)
Masa Perkara 8.00 – 9.00 pagi Pendaftaran
9.00 pagi – 1.15 petang Perlawanan peringkat kumpulan pusingan pertama
1.15 – 1.45 petang Rehat dan solat- Peringkat kumpulan berakhir
1.45 – 5.00 petang Perlawanan peringkat cup dan plate
5.00 petang Ketibaan VIP – pengetua dan pengarah subprogram
5.00 – 6.00 petang Perlawanan akhir cup dan plate6.00 – 6.10 petang Ucapan VIP – pengetua
18
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
6.10 – 6.30 petang Penyampaian cendermata kepada pengadil- disampaikan oleh pengarah
Kategori Plate - Johan dan Naib Johan disampaikan oleh pengarah
Kategori Cup – Johan dan Naib Johan disampaikan oleh pengetua
Penyampaian cenderamata kepada pengetua – disampaikan oleh pengarah
6.30 petang Bersurai
16.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran B
17.0 TUJUAN KEPERLUAN PENAJAAN
Antara sebab kami memerlukan penajaan ialah untuk merealisasikan sebuah perjalanan pesta
terbuka oleh Kolej Tun Syed Nasir yang dinanti-nantikan pada setiap tahun. Kesediaan Bread
Story Sdn Bhd menyokong dari segi kewangan amatlah bertepatan. Penajaan ini amatlah perlu
memandangkan kami memerlukan pembiayaan yang besar untuk menampung perbelanjaan
program mega sebegini. Untuk menjayakan program ini, besarlah harapan kami kiranya Bread
Story Sdn Bhd sudi memberi penajaan dan sumbangan. Sepanjang karnival ini berlangsung, logo
dan imej Bread Story Sdn Bhd akan diketengahkan sebagai salah satu penaja utama (tertakluk
kepada pakej sumbangan yang diberikan). Oleh itu, secara langsungnya, program ini bertindak
sebagai media promosi dan hebahan serta penjenamaan Bread Story Sdn Bhd atas sumbangan
yang diberikan. Hebahan adalah secara menyeluruh memandangkan penyertaan serta kehadiran
adalah merangkumi semua lapisan pentadbiran, pengurusan, warga serta alumni universiti. Bakal
jaringan kerjasama dengan penglibatan oleh pelbagai pihak adalah amat bertepatan untuk
kepentingan pihak Bread Story Sdn Bhd. Dengan kerjasama sama ini Bread Story Sdn Bhd juga
boleh mempromosikan menu keluaran terbaru kepada semua yang hadir pada karnival tersebut.
19
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
18.0 HUBUNGAN KERJASAMA
Hasil daripada penajaan ini, imej Bread Story Sdn Bhd pasti diketengahkan kepada
perhatian barisan pentadbiran tertinggi Kolej Tun Syed Nasir, pihak pengurursan Alumni dari
pelbagai bidang kepakaran termasuklah pakar pemakanan, nutrisi dan dietetik dan seterusnya
warga Kolej Tun Syed Nasir, UKM.
Program ini secara langsung akan memberi peluang mengetengahkan Bread Story Sdn
Bhd kepada jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak yang difikirkan berkepentingan.
Sehubungan itu juga, program akan meluaskan makluman dan publisiti berkenaan Bread Story
Sdn Bhd sebagai penyumbang atau penaja program. Sekaligus akan mengetengahkan menu
yang ditawarkan oleh Bread Story Sdn Bhd kepada bukaan prasarana dan pelanggan yang
berpotensi dan memerlukan khidmat atau tawaran produk, sekaligus akan menguntungkan pihak
syarikat.
Warga Universiti telah sedia maklum akan produk Bread Story Sdn Bhd. Oleh itu,
sumbangan atau penajaan oleh Bread Story Sdn Bhd adalah amat bertepatan dan program ini
mampu menjadi medium atau tapak berkembangnya lagi potensi perniagaan terutama di
rangkaian jaringan kerjasama dengan pihak KTSN, UKM serta alumninya. Sumbangan ini akan
menaikkan lagi imej Bread Story Sdn Bhd di kalangan warga UKM dan tidak mustahil untuk
terus bekerjasama dengan pihak Bread Story Sdn Bhd secara berdaftar.
19.0 FAEDAH PENYERTAAN PIHAK PENAJA
19.1 PENAJAAN KEWANGAN
PAKEJ PLATINUM ( RM 6000 DAN KE ATAS )
Bil. Faedah Perincian
1 Pengecualian
Cukai
Jumlah sumbangan oleh Bread Story Sdn Bhd adalah dikecualikan dari cukai
pendapatan sebagaimana yang diluluskan pihak Bendahari UKM.
2 Jemputan Jemputan wakil Bread Story Sdn Bhd sebagai VIP (maksimum 2 orang) ke
20
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
Majlis Perasmian Karnival Usahawan 2013/14
3 Publisiti Nama, Logo dan slogan Bread Story Sdn Bhd akan dihebahkan/dipaparkan
melalui:
Banner dan Bunting Karnival Usahawan 2013/14
Poster Karnival Usahawan 2013/14
Buku Cenderamata VVIP & VIP Karnival Usahawan 2013/14
(saiz A4 satu muka berwarna kulit belakang bahagian luar)
Tayangan Multimedia Karnival Usahawan 2013/14
Teks ucapan pengarah majlis.
4 Lain-lain . Cenderamata Kenangan
Kebenaran mengedarkan flyers atau brosur produk keluaran Bread Story
Sdn Bhd yang sebanyak 1000 keping sepanjang program Karnival
Usahawan berlangsung
PAKEJ EMAS ( RM 3000 HINGGA RM 5999.99)
Bil. Faedah Perincian
1 Pengecualian
Cukai
Jumlah sumbangan oleh Bread Story Sdn Bhd adalah dikecualikan dari cukai
pendapatan sebagaimana yang diluluskan pihak Bendahari UKM
2 Jemputan Jemputan wakil Bread Story Sdn Bhd sebagai VIP (maksimum 2 orang) ke Majlis
Perasmian Karnival Usahawan 2013/14
3 Publisiti Logo Bread Story Sdn Bhd akan dipaparkan di dalam :
Banner dan Bunting Karnival Usahawan 2013/14
Poster Karnival Usahawan 2013/14
Buku Cenderamata VVIP & VIP Karnival Usahawan 2013/14 (saiz A4
separuh muka tidak berwarna kulit belakang bahagian dalam).
4 Lain-lain Cenderamata Kenangan
21
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
Kebenaran mengedarkan flyers atau brosur produk keluaran Bread Story
Sdn Bhd yang sebanyak 500 keping sepanjang Karnival Usahawan
2013/14 berlangsung
PAKEJ PERAK ( RM 1000 HINGGA RM 2999.99)
Bil. Faedah Perincian
1 Publisiti 1. Logo Bread Story Sdn Bhd akan dipaparkan di dalam :
Banner Karnival Usahawan 2013/14
Poster Karnival Usahawan 2013/14
Buku Cenderamata VIP Karnival Usahawan 2013/14 (saiz A4 1/4 muka
tidak berwarna halaman dalam).
Kebenaran mengedarkan flyers atau brosur produk keluaran Bread Story
Sdn Bhd yang sebanyak 300 keping sepanjang Karnival Usahawan
2013/14 berlangsung
20.0 KAEDAH PENAJAAN
20.1 Peruntukan kewangan berbentuk cek perlulah dinamakan ke atas:
Bendahari Universiti Kebangsaan Malaysia
Cek tersebut perlulah dialamatkan kepada:
Pengarah Karnival Usahawan 2012/13
Nama : NOOR DIANA BINTI MOHAMAD RADZI
Alamat : Blok C225 Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan
Temerloh, 53200 Kuala Lumpur.
22
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
20.2 Peruntukan kewangan berbentuk tunai bolehlah disalurkan kepada seperti berikut :
Nama akaun : Universiti Kebangsaan Malaysia
No.Akaun Bank : 1215-0001187-10-1
Nama Bank : CIMB Islamic
Sila sertakan no.rujukan, jumlah pemindahan wang peruntukan, dan tarikh transaksi untuk
melancarkan urusan.
21.0 PERTANYAAN
U/P - NOOR DIANA BINTI MOHAMAD RADZI
(Pengarah Karnival Usahawan 2013/14)
Tel : 019 – 3869505
E-mail: [email protected]
a. Nazihah binti ChainiPenyelaras Pemasaran IKarnival Usahawan III Kelab Usahawan Kolej Tun Syed NasirUniversiti Kebangsaan MalaysiaTel : 013-7116409E-mel : [email protected]
b. Ain Farahanim Maisarah binti MokhtarPenyelaras Pemasaran IIKarnival Usahawan IIIKelab Usahawan Kolej Tun Syed NasirUniversiti Kebangsaan MalaysiaTel : 019-9319404E-mel : [email protected]
22.0 RUMUSAN
Besarlah harapan pihak organisasi program Karnival Usahawan 2013/14 merealisasikan
program ini. Sumbangan Bread Story Sdn Bhd amatlah diharapkan dan menjanjikan
kejayaan program ini. Sehubungan dengan itu, kami amat berharap perhatian dan
23
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
pertimbangan pihak Bread Story Sdn Bhd menaja program ini berdasarkan pakej-pakej
faedah yang telah ditawarkan. Kami yakin dan percaya bahawa pihak Bread Story Sdn Bhd
akan menyokong program-program mahasiswa/i ke arah pembangunan modal insan dan
kemajuan pendidikan negara.
Justeru, kami amat berharap dengan kerjasama serta bantuan atau sumbangan dari pihak
Bread Story Sdn Bhd dapat menjalankan program ini dengan jayanya dan seterusnya
berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Segala bantuan yang diberikan kami
dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
24
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
25
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
26
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI KARNIVAL USAHAWAN 2012/2013
PENAUNG
Y. Bhg. Prof. Tan Sri Dato Seri Dr. Sharifah Hapsah Bt. Syed Hasan Shahabudin
Naib Canselor, UKM
Pengerusi
Y. Bhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman Bin A. Karim
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM
Penyelaras
En. Musa Zainal Abidin Othman
Timbalan Pendaftar Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel), UKM
Penasihat I
Prof. Madya Dr. Ruzita Abd. Talib
Pengetua, Kolej Tun Syed Nasir, UKM
Penasihat II / Penyelia I
Dr. Mohd. Sham Othman
Timbalan Pengetua I, Kolej Tun Syed Nasir, UKM
27
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
Penyelia II
Dr. Qodriyah Binti Hj Mohd Saad
Timbalan Pengetua II, Kolej Tun Syed Nasir, UKM
Penyelia III
Dr. Yap Wei Boon
Felo Hal Ehwal Luar, Alumni dan Antarabangsa,
Kolej Tun Syed Nasir, UKM
Felo Pemantau I
Pn. Roslizawati Nawawi
Felo Pembangunan Usahawan, Kolej Tun Syed Nasir, UKM
Felo Pemantau II
Encik Shuhaimi bin Ismail
Felo Pembangunan Usahawan, Kolej Tun Syed Nasir, UKM
MEP Pemantau
Nur Amirah Binti Eazali
Eksekutif Keusahawanan MEP
28
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
ORGANISASI INDUK
29
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
JAWATAN NAMA FAKULTI
NO.MATRIK
EMAIL NO.TELEFON
PENGARAH NOOR DIANA BINTI MOHAMAD RADZI
FFAR/2 A139677 [email protected]
0193869505
T. PENGARAH I AFAF BINTI AZIZAN
FSK/2 A140918 [email protected] 017-5738700
T. PENGARAH II NUR SYAZANA BINTI ROSLI
FPER/2 A139551 [email protected] 0133869168
SETIAUSAHA I HANOOR SYAHIRAH BINTI ZAHARI
FSK/2 A140851 [email protected] 0139159359
SETIAUSAHA II NUR MAZWIN MOHAMED
FFAR/1 A144428 [email protected]
0173647022
BENDAHARI I HUN YI CZE FSK/2 A141748 [email protected] 0125940739
BENDAHARI II LIM KAI XING FSK/1 A144740 [email protected] 0126452190
EXCO PROTOKOL
JOSEPHINE WANG SHIN YI
FGG/2 A140525 [email protected]
0146939683
EXCO PERHUBUNGAN
MUHAMAD AFIQ BIN ZULKIFLY
FPER/1 A143612 [email protected] 0172849153
EXCO PEMASARAN I
NAZIHAH BINTI CHAINI
FFAR/2 A139758 [email protected] 0137116409
EXCO PEMASARAN II
AIN FARAHANIM MAISARAH BT MOKHTAR
FFAR/2 A139689 [email protected] 0199319404
EXCO TTK NUR NADIANA BINTI ADNAN
FFAR/2 A139791 darvishannulus_93@ 0136391558
30
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
yahoo.com
EXCO TEKNIKAL
MOHAMAD KHALIQ BIN MOHAMAD KHAIRI
FGG/2 A139611 [email protected] 0134996447
EXCO PUBLISITI ITAY CHIA YI FSK/2 A142751 [email protected] 0169438158
EXCO PUBLISITI
II
ANTHEA
LEONG
YEE LENG
FSK/2 A141891 anya_1712@hotmail.
co.uk
0162822157
EXCO PUBLISITI
III
SITI
NURFARHANAH
ZAHARI
FSK/2 A140868 farazahari28@yahoo
.com
01119442598
EXCO PUBLISITI
IV
SITI
NURFARAHIM
BINTI
MUHAMAD
FSK/2 A139558 farah_muhamad93@
yahoo.com
01119704785
AJK TEKNIKAL LEE CHOON YIK
FSK/4 A131382 [email protected] 0175502742
AJK TEKNIKAL YOU YEE XING FSK/1 A144555 [email protected] 0174623626
AJK TEKNIKAL TAN TZI MIN FSK/1 A144736 [email protected] 0174811914
AJK TEKNIKAL BORIS WONG JUNG ZHONG
FGG/1 A143062 [email protected] 0198709771
AJK TEKNIKAL KOH JIE HAO FFAR/1 A144425 [email protected] 0175267280
AJK TEKNIKAL LIM YI YU FSK/1 A144569 [email protected] 0127658153
AJK TEKNIKAL TUAN MUHAMMAD
FGG/1 A143063 [email protected] 0132459175
31
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
ZAIM BIN TUANKOB
AJK TEKNIKAL CHENG CHEN WEI
FFAR/1 A144388 [email protected] 0174701138
AJK TEKNIKAL YEW KAR MENG
FFAR/1 A144417 [email protected]
0165610083
AJK TEKNIKAL GOH CHIAN SIANG
FFAR/1 A144403 [email protected] 0175676213
AJK PEMASARAN
NUR E’ZZATY BINTI AHMAD ZAKIYYON
FFAR/2 A139465 [email protected] 014-8204943
AJK PEMASARAN
NUR IZZAH SAHIRA BINTI MOHD ARDI
FFAR/2 A139570 [email protected]
0136610717
AJK PEMASARAN
ALICE CHING ZI QING
FGG/2 A139893 [email protected] 0165961370
AJK PEMASARAN
CHIAM THAO LIANG
FGG/2 A139825 [email protected]
0124315362
AJK PEMASARAN
HI MAY YIN FPER/1 A143571 [email protected] 0133699184
AJK PEMASARAN
BRENDA GAN HUI MIN
FSK/1 A144733 [email protected] 0177436088
AJK PUBLISITI NUR FARRAH NABEELA BINTI MOHD HAZANI
FGG/2 A139485 [email protected] 0145294078
AJK PUBLISITI NORSHAFIQAH BINTI AZMI
FGG/2 A139491 [email protected]
0145384849
AJK PUBLISITI TUNG MEI XIN FSK/1 A144719 [email protected] 0103790981
32
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
AJK PUBLISITI EVELYN EU SZE LIN
FSK/1 A144730 [email protected] 0109797499
AJK PUBLISITI EYU HUI SHAN FSK/1 A144573 [email protected] 0177874046
AJK PUBLISITI NOOR AISYAH SOMKAM
BINTI ISMAIL
FPER/1 A143686 [email protected]
0147412271
AJK PUBLISITI AGNES NGU CHIEN YING
FSK/1 A144582 [email protected] 0128861310
AJK PUBLISITI GEE SHUK HUEY
FSK/1 A144564 [email protected]
0164145109
AJK PROTOKOL
NABILAH BT ISMAIL
FFAR/2 A140103 [email protected] 0175475044
AJK PROTOKOL
NUR SHAZWANI BT MATRI
FFAR/2 A140110 [email protected]
0173677863
AJK PROTOKOL
NUR AMIRAH BT MOHAMAD
FFAR/2 A139476 [email protected] 0145056842
AJK PROTOKOL
NUR SYAHIRA BINTI AHMAD
FADZIL
FSK/1 A144619 [email protected] 011-34620290
AJK PROTOKOL
LEE SIN YEE FFAR/1 A144401 [email protected]
016-5410955
LAMPIRAN B
33
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
ANGGARAN BELANJAWAN
Induk
BIL PERKARA RM1. Publisiti
(a) Banner 450.00(b) Poster dan Flyer 150.00
600.00
2.Sekreteriat Perhubungan(a) Kad i-Talk 100.00(b) Publisiti media massa & media elektronik 2000.00
2100.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 2700.00
Subprogram Perasmian dan Penutup
“Majlis Perasmian”
34
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
“Majlis Penutup”
35
BIL PERKARA RM
1. Sekretariat Jamuan(a) Jamuan VVIP (RM 15.00 x 30) 450.00
450.00
2. Sekretariat Program(a) Teknikal dan hiasan pentas 200.00(b) Banting 200.00(c) Program 100.00
500.00
3. Sekretariat Protokol ( Gimik )(a) Printing 100.00(b) Bahan-bahan Gimik 50.00
150.00
4. Sekretariat Cenderamata (a) Hamper dan Plak Cenderamata 200.00
200.00
5. Sekretariat Perhubungan (a) Kad i-Talk 100.00
100.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 1400.00
BIL PERKARA RM1. Sekretariat Jamuan
(a) VVIP (RM 15.00 x 30) 450.00450.00
2. Sekretariat Program(a) Hiasan dan Banting 200.00(c) Program 100.00
300.00
3. Sekretariat Protokol ( Gimik )(a) Printing 200.00
200.00
4. Sekretariat Cenderamata (a) Hamper 200.00
200.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 1150.00
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
Jumlah anggaran perbelanjaan majlis perasmian dan penutup :
RM 1400.00 + RM 1150.00 = RM 2550.
Subprogram Enterpreneur Inside
36
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
Subprogram Karnival Titiwangsa
37
BIL PERKARA RM1. Sekretariat Perhubungan
(a) Kad i-Talk 50.0050.00
2. Sekretariat Publisiti(a) Banner 100.00(b) Flyer dan poster 100.00
200.00
3. Sekretariat Jamuan(a) Jemputan Persembahan 150.00(b) Jemputan VIP 100.00
250.00
4. Sekretariat Program(a) Persembahan 250.00(b) Bayaran Penceramah 300.00
550.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 1050.00
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
Subprogram Seminar “The Final Destination : Jannah”
38
BIL PERKARA RM1. Sekretariat Teknikal
(a) Kanopi (RM 250.00 x 40 unit) 10000.00(b) Pentas dan Kemudahan Audiovisual + Pencahayaan (RM2000.00 x 1 unit)
2000.00
12000.00
2. Sekretariat Publisiti(a) Poster (RM 5.00 x 50) 250.00(b) Pamphlet (RM 0.50 x 70) 35.00(c) Banner (besar) (RM 100 x 5 unit) 500.00(d) Banner (kecil) (RM 20.00 x 10 unit) 200.00(e) Bunting (RM 100 x 5 unit) 500.00(f) Kontrak peniaga (RM 1.50 x 80 set) 120.00
1605.00
3. Sekretariat Cenderamata(a) Hamper (RM 50.00 x 5 unit) 250.00(b) Lain-lain 150.00
400.00
4. Sekretariat Program(a) Mini game 200.00
200.00
5. Sekretariat Perhubungan (a) Kad i-Talk 50.00
50.00
6. Lain-lain(a) Tempah Tanjung Tasik Titiwangsa (RM300.00 x 2 hari)
600.00
600.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 14855.00
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
Subprogram Selera 1 Malaysia
39
BIL PERKARA RM1. Sekretariat Program
(a) Buku program 40.00(b) Fotostat 10.00
50.00
2. Sekretariat Jamuan(a) Sarapan pagi (RM 1.50 x 150 orang) 225.00(b) Makanan tengah hari (RM 4.00 x 150 orang) 600.00(c) Makan Petang (RM 1.50 x 150) 225.00
1050.00
3. Sekretariat Publisiti(a) Banner 100.00(b) Poster dan Flyer 150.00
250.00
4. Sekretariat Perhubungan (a) Kad i-Talk 50.00(b) Bayaran Penceramah 500.00
550.00
6. Sekretariat Cenderamata(a) Cenderamata untuk Penceramah 100.00
100.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 2000.00
BIL PERKARA RM1. Sekretariat Perhubungan
(a) Sewaan tapak jualan (RM 1000.00 x 2 hari) 2000.00(b) Kad i-Talk 100.00
2100.00
2. Sekretariat Publisiti(a) Poster (RM 1.00 x 15) 15.00(b) Flyers (RM 0.20 x 250) 50.00(e) Bunting (Kain dan Poster Colour) 20.00
85.00
3. Sekretariat Program(a) Belon (RM 6.00 x 3 paket) 18.00(b) Dart (RM 5.00 x 1 paket) 5.00(c) Polisterine (RM 4.00 x 1 keping) 4.00(d) Lollipop ( RM 2.00 x 10 paket) 20.00
47.00
5. Sekretariat Teknikal (a) PA system 500.00(b) Pengangkutan untuk PA system (RM 10.00 x 3 jam) 30.00
530.00
7. Tugas-tugas Khas(a) Perhiasan dan reka bentuk tapak program 200.00
200.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 2962.00
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
Subprogram Sukan Ragbi Sentuh
40
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
ANGGARAN JUMLAH KESELURUHAN BELANJAWAN
KARNIVAL USAHAWAN 2013/2014
41
BIL PERKARA RM1. Sekretariat Cenderamata
(a) Wang tunai-Kategori CUP
Tempat Pertama 600.00 Tempat Kedua 500.00
-Kategori PLATE Tempat Pertama 400.00 Tempat Kedua 300.00
-Kategori BOWL Tempat Pertama 200.00 Tempat Kedua 100.00
(b) HamperSemua pemenang dari setiap kategori. (RM 20.00 x 6) 120.00
(c) Pengadil (RM 70.00 x 4) 280.002500.00
2. Sekretariat Publisiti(a) Kertas Mahjong 10.00(b) Flyer 5.00
15.00
3. Sekretariat Teknikal(a) Perhiasan 20.00(b) Pengangkutan untuk PA system (RM 10.00 x 3 jam) 20.00
4. Sekretariat Perhubungan (a) Sewaan khemah ( RM 250.00 x 6) 1500.00
1500.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 4035.00
KARNIVAL USAHAWAN III7 - 16 DISEMBER 2013
KELAB KEUSAHAWANAN
RM 2700.00
RM 2550.00
RM 1050.00
RM 14855.00
ANGGARAN JUMLAH KESELURUHAN BELANJAWAN RM 2000.00
KARNIVAL USAHAWAN 2013/2014 RM 2962.00
KELAB USAHAWAN +RM 4035.00
RM 30152.00
42
PENDAPATAN JUMLAHTabung Aktiviti Pelajar, KTSN RM10000.00JPPel RM5000.00Kelab Keusahawanan RM 1000.00Penajaan RM 10000.00Pendapatan Karnival Titiwangsa / GeraiJualan RM 5000.00Pendapatan Seminar “Baitul Muslim” RM 2000.00Pendapatan Sukan Ragbi Sentuh RM 1000.00Pendapatan Dessert Fair RM 1000.00Pendapatan TTK – baju program RM 500.00
PERKARA JUMLAHPERBELANJAAN RM 30152.00PENDAPATAN RM 35500.00KEUNTUNGAN RM 5348.00