Upload
others
View
8
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044
KOD KURSUS : KPT 6044 NAMA KURSUS : PEMBELAJARAN BERASASKAN
ELEKTRONIK DAN WEBNAMA PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. ABD LATIF BIN
HAJI GAPOR
TUGASAN 3:TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER (PERISIAN KURSUS DAN INTERNET) DALAM PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM KALANGAN GURU-GURU
SAINS DAN MATEMATIK DAERAH KINTA UTARA
NAMA PELAJAR : MAGESWARY A/P N MUNIANDY NO.MATRIK : M20112001124GROUP : A
1
TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044
JADUAL KANDUNGAN
BAB PERKARA M S
ABSTRAK 3ABSTRACT 4
BAB 1 Pengenalan
1.0 Pendahuluan 51.1 Latar Belakang Kajian 61.2 Kepentingan Kemahiran Komputer 6
dalam kalangan Guru-guru Sainsdan Matematik
1.3 Persoalan Kajian 71.4 Objektif Kajian 71.5 Kepentingan Kajian 71.6 Skop dan Batasan Kajian 8
BAB 2 Kajian Literatur 9
BAB 3 Metodologi Kajian 10
BAB 4 Dapatan Kajian4.1 Latar belakang responden 11-144.2 Tahap Penggunaan Media
Dalam Sains dan Matematik 15-164.3 Tahap Penggunaan Media Komputer 17-18
Dalam Pengajaran4.4 Kekangan Dalam Penggunaan Media 19-20
Komputer Dalam Pengajaran.
BAB 5 Kesimpulan dan Cadangan5.1 Kesimpulan 215.2 Cadangan Kajian 225.3 Penutup 23
Bibliografi 24
2
TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044
Soal selidik
Abstrak
Penggunaan komputer dan pelbagai perisian telah banyak digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Ini telah memberi impak terhadap pendidikan di Malaysia. Bagi
membantu guru-guru sains dan matematik melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik, pihak kementerian telah membekalkan peralatan ICT ke sekolah-
sekolah termasuk CD perisian kursus. Guru-guru juga telah dihantar mengikuti kursus
pendedahan penggunaan komputer termasuk penggunaan internet dalam pengajaran.
Sekolah-sekolah juga telah dilengkapkan dengan kemudahan talian internet tanpa wayar
bagi kemudahan guru-guru dan pelajar menggunakan internet dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kajian ini merupakan kajian tinjauan tentang tahap penggunaan media
komputer dalam pengajaran sains dan matematik di kalangan guru-guru sains dan
matematik daerah Kinta Utara. Fokus diberikan ke atas penggunaan perisian kursus dan
internet. Respondennya terdiri daripada 18 orang guru sains dan 15 orang guru matematik
daripada empat buah sekolah di daerah Kinta Utara. Instrumen yang digunakan adalah soal
selidik dan analisa dibuat dalam bentuk peratusan. Kajian bertujuan untuk melihat sejauh
mana guru-guru sains dan matematik menggunakan perisian kursus yang dibekalkan dan
kemudahan internet dalam pengajaran mereka. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru
sains telah menyahut cabaran ini dengan baik di mana 83% daripada guru-guru selalu
menggunakan perisian kursus yang dibekalkan dalam pengajaran mereka. Namun dalam
kalangan guru-guru matematik ia masih dalam kategori sederhana. Hanya 62% guru-guru
menggunakannya. Penggunaan internet masih berada pada tahap yang rendah iaitu 31%
dikalangan guru-guru sains dan 22% di kalangan guru-guru matematik. Beberapa cadangan
diberikan bagi membantu guru-guru menggunakan kedua-dua kemudahan ini dengan lebih
kerap dan berkesan.
3
TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044
Abstract
The use of computers and various software has been widely used in teaching and learning in
schools. This has an impact on education in Malaysia. To help teachers implement Science
and Mathematics teaching and learning Science and Mathematics, the Ministry has provided
ICT equipment to schools, including CD software courses. Teachers were sent the course
exposure including the use of computers in teaching the use of internet. Schools have also
been equipped with a wireless internet connection for the convenience of teachers and
students using the Internet in teaching and learning. This study represents a survey about
the use of media in teaching Science and Mathematics among teachers of Science and
Mathematics at North Kinta district. Our focus is on the use of software and internet courses.
The respondents consisted of 18 Science teachers and 15 Mathematics teachers from four
schools in North Kinta district. The instrument used was a questionnaire and the analysis
made in the form of percentages. The study aims to determine which teachers of Science
and Mathematics courses using the supplied software and internet facilities in their teaching.
The result shows Science teachers have responded well to this challenge where 83% of
teachers regularly use the software supplied in the course of their teaching. But among
Maths teachers, it is still in the moderate category. Only 62% of teachers use it. Internet use
was still low at 31% among Science teachers and 22% among Math teachers. Some
suggestions are given to help teachers use both these facilities more frequently and
effectively.
4
TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044
BAB 1
PENGENALAN
1.0 PENDAHULUAN
Definisi teknologi pengajaran 1994 ini telah dibentuk berasaskan lima komponen.
Komponen yang dimaksudkan ialah rekabentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan
dan penilaian. Komponen ini membentuk domain bagi setiap bidang teknologi pengajaran.
Domain Penggunaan merupakan domain yang sangat penting dalam teknologi
penagajaran. Ia merangkumi pengetahuan, kemahiran dan kecenderungan menggunakan
proses-proses dan sumber-sumber untuk pembelajaran melalui pengaplikasian prinsip-
prinsip dan teori-teori penggunaan media, difusi inovasi, implementasi dan membuat polisi.
Sistem pendidikan telah mengalami perubahan ekoran daripada perubahan taraf
soasial masyarakat daripada era agrarian hinggalah ke era industri dan kini memasuki era
teknologi maklumat. Dalam bidang pendidikan sistem ini dikatakan mengalami anjakan
daripada teori behaviorisme ke kognitisme dan seterusnya ke konstruktivisme.
Penggunaan teknologi komputer dalam pendidikan telah lama diperkenalkan di
negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. Bagi
mencapai wawasan dan inspirasi negara, Malaysia tidak ketinggalan dalam mengecapi arus
perdana pembangunan berasaskan teknologi komputer. Dari perspektif harian, komputer
bukan sahaja mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah
berpotensi sebagai alat untuk menjayakan lagi aspek persekitaran pengajaran dan
pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.
Melalui rancangan pembestarian semua sekolah, kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi akan diterap serta diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Mulai tahun 2003, mata pelajaran Sains dan Matematik mulai diajar dalam Bahasa Inggeris.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) menyatakan bahawa mempelajari Sains dan
Matematik dalam medium bahasa Inggeris yang dibantu oleh ICT, menyediakan peluang
yang lebih besar untuk pelajar meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.
5
TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044
Sebagai sebahagian daripada proses pembestarian, Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah melengkapkan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
berupa maklumat komputer kepada sekolah-sekolah di seluruh negara. Bagi menjayakan
usaha itu, sejumlah peruntukan telah dikeluarkan untuk membolehkan setiap sekolah
memiliki infrastruktur dan peralatan komputer yang lengkap dan boleh digunakan oleh para
guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menerusi RMK-9, kerajaan
memperuntukkan sejumlah RM 2.3 billion bagi meningkatkan kemudahan serta kelengkapan
ICT di semua sekolah seluruh negara.
1.1 Latar Belakang Kajian
Dalam menghadapi arus globalisasi Sains dan Matematik merupakan dua subjek
yang sangat penting untuk membentuk masyarakat yang berasaskan ilmu pengetahuan.
Pada dasarnya kerajaan meletakkan sasaran 60:40 pelajar mengambil aliran sains
berbanding aliran sastera. Ini merupakan sasaran yang tinggi yang perlu dicapai dan
menjadi cabaran kepada guru-guru sains dan matematik untuk memenuhinya.
Dalam proses pengajaran penggunaan pelbagai media adalah diutamakan untuk
merangsang pemikiran pelajar, namun begitu komputer merupakan media penting yang
digunakan untuk membantu guru-guru menangani cabaran dunia kini dalam memantapkan
ilmu Sains dan Matematik di kalangan pelajar-pelajar.
1.2 Kepentingan Kemahiran Komputer dalam kalangan Guru-guru Sains dan Matematik
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru merupakan orang yang paling
hampir dengan pelajar, pakar kepada subjek yang diajar dan mengenali serta mengetahui
masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar. Dalam strategi pengajaran dan
pembelajaran, media teknologi digunakan sebagai satu wahana untuk mengoptimumkan
hasil pembelajaran. Antara contoh media teknologi yang digunakan ialah televisyen, radio,
video, perisian komputer, perisian kursus, dan internet. Memandangkan adalah penting
penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik,
kemahiran komputer guru-guru juga menjadi aspek penting. Tanpa kemahiran mengendali
dan memanipulasi sesuatu alat, betapa penting dan berguna pun peralatan tersebut tidak
akan memberi kesan atau faedah. Begitu juga dengan komputer, walaupun terdapat banyak
kelebihan dan kekuatan menggunakan komputer dalam pengajaran, banyak peruntukkan
6
TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044
yang disediakan oleh kerajaan untuk peralatan ICT tetapi jika guru-guru tidak
menggunakannya, segala pelaburan dan harapan hanya akan menjadi sia-sia.
1.3 Persoalan Kajian
Persoalan yang perlu dijawab dalam kajian ini adalah :
1. Sejauh manakah kekerapan guru-guru menggunakan media yang tertentu dalam
pengajaran mereka.
2. Apakah perkaitan kursus komputer yang telah dihadiri dengan tahap kemahiran
penggunaan komputer dan internet di kalangan responden.
3. Sejauh manakah pengetahuan guru dalam menggunakan internet untuk
mendapatkan bahan pengajaran.
4. Sejauh manakah pengetahuan guru dalam menggunakan perisian kursus yang
dibekalkan.
5. Apakah persepsi guru terhadap peranan perisian kursus yang dibekalkan, adakah ia
membantu dalam mencapai objektif pengajaran.
6. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru-guru semasa menggunakan perisian
kursus yang dibekalkan.
7. Apakah kekangan dalam menggunakan media komputer dalam pengajaran.
1.4 Objektif Kajian
1. Mengenalpasti media pengajaran yang paling kerap digunakan oleh guru-guru Sains
dan Matematik dalam pengajaran.
2. Mengumpul maklumat tentang tahap penggunaan komputer (internet dan perisian
kursus yang dibekalkan) dalam pengajaran di kalangan guru-guru Sains dan
Matematik sekolah menengah daerah Kinta Utara.
3. Mengenalpasti kekangan dalam penggunaan komputer dalam pengajaran.
1.5 Kepentingan Kajian
7
TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044
Sejak PPSMI Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa
Inggeris dilaksanakan, pihak kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang yang begitu
besar bagi melicinkan perjalanan perlaksanaan PPSMI. Pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia telah membekalkan ’laptop’, ’LCD projector’ dan CD perisian kursus kepada guru-
guru Sains dan Matematik untuk membantu mereka melaksanakan PPSMI dengan
berkesan. Walaupun PPSMI tidak dapat diteruskan namun kemudahan yang diberi itu telah
digunakan sepenuhnya untuk faedah anak-anak didikan.
Namun, sejauh manakah guru-guru Sains dan Matematik ini telah menggunakan
kemudahan yang diberi dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Oleh itu
suatu kajian perlu dijalankan bagi menjawab persoalan di atas. Kajian ini merupakan suatu
kajian tinjauan terhadap tahap penggunaan media komputer (internet dan perisian kursus
yang dibekalkan) dalam pengajaran Sains dan Matematik dalam kalangan guru-guru Sains
dan Matematik sekolah menengah dan ia juga merupakan kajian kes yang dijalankan bagi
daerah Kinta Utara. Hasil kajian ini boleh menyumbang maklumat kepada pentadbir sekolah
dan kepada pegawai pendidikan daerah bagi membantu pihak-pihak yang berkenaan dalam
membuat perancangan dan strategi untuk melengkapkan guru-guru Sains dan Matematik
dengan kemahiran-kemahiran yang perlu agar guru-guru dapat menggunakan media ini
dengan lebih kerap dan efektif.
Kajian ini juga dapat membantu pihak-pihak yang berkenaan mengambil langkah-
langkah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru-guru Sains dan Matematik dalam
melaksanakan P&P. Dan akhir sekali kajian ini diharap dapat dijadikan panduan kepada
pengkaji-pengkaji lain dan individu-individu yang terbabit secara langsung dalam
pembangunan guru-guru Sains dan Matematik dalam cabaran dan impak globalisasi.
1.6 Skop dan Batasan KajianSkop kajian hanya difokuskan kepada guru-guru yang mengajar Sains dan
Matematik iaitu tahap penggunaan media komputer dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P) di daerah Kinta Utara sahaja. Tinjauan tidak dapat dilakukan ke atas semua guru
Sains dan Matematik di sekolah-sekolah yang berkenaan kerana ramai guru terlibat dengan
program sekolah daerah Kinta Utara ketika kajian dijalankan.
8
TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
Norhayati Abd Mukti (2000) dalam kajiannya ke atas 15 orang guru yang mengajar
komputer dalam pendidikan mendapati bahawa faktor-faktor latar belakang guru, sikap dan
keprihatinan guru memberikan makna yang besar ke atas tahap penggunaan komputer di
dalam kelas. Guru yang mempunyai lebih pengetahuan menunjukkan sikap yang lebih
positif terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan guru yang kurang
berpengetahuan menyedari bahawa mereka memerlukan lebih kemahiran dan pengetahuan
untuk menggunakan teknologi di dalam kelas. Antara masalah yang dikenalpasti dalam
kajian ini ialah guru tidak mempunyai cukup masa untuk menyediakan bahan pengajaran
menggunakan komputer kerana dibebani dengan masa mengajar yang penuh di samping
tugas-tugas lain yang dipertanggungjawabkan.
Hasil kajian Sham Ibrahim (2003) ke atas 119 orang guru sekolah menengah daerah
Jelebu mendapati bahawa perisian multimedia mampu memenuhi masa pengajaran dengan
efektif, membantu guru menjalankan aktiviti dalam kelas, dapat mencapai objektif yang
disasarkan, mempertingkatkan minat pelajar dan boleh dijadikan bahan rujukan yang
berguna kepada guru.
Dalam kajian yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan KPM (2003) ke atas 206 orang pengetua, 818 orang guru bahasa Melayu,
bahasa Inggeris, Sains dan Matematik dan 3043 pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 di beberapa
buah sekolah menengah seluruh negara, mendapati bahawa tahap kesediaan sekolah
menengah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer masih di
peringkat awal dan persepsi di kalangan guru dan pelajar sangat positif terhadap
9
TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044
penggunaan komputer. Kemudahan infrastruktur fizikal dan teknologi harus diperkemas dan
dipertingkatkan terlebih dahulu.
Melalui kajian yang telah dijalankan oleh Nazamud-din (2004) terhadap guru-guru
sains di sekolah menengah bahagian Kuching/Samarahan mendapati guru-guru mempunyai
tahap pengetahuan, kemahiran dan latihan sedia ada yang sederhana. Beliau juga
mendapati tahap keperluan pengetahuan dan latihan adalah besar dan tahap keperluan
kemahiran adalah sederhana. Jadi, suatu program latihan yang tersusun dan komprehensif
perlu dilaksanakan bagi menambah pengetahuan dan kemahiran asas dan penggunaan
teknologi maklumat guru-guru sains dalam perkhidmatan.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian tinjauan di mana instrumen yang digunakan ialah borang
soal selidik yang terdiri daripada empat bahagian iaitu:
Bahagian A: maklumat latar belakang respondan,
Bahagian B: kekerapan penggunaan media pengajaran dalam pengajaran Sains
dan Matematik
Bahagian C: tahap penggunaan media komputer dalam pengajaran Sains dan
Matematik
Bahagian D: kekangan dalam penggunaan media komputer dalam pengajaran
Sains dan Matematik.
Soal selidik diberi kepada guru-guru melalui ketua panitia atau ketua bidang Sains
dan Matematik. Data-data dikumpul dan analisa dibuat dalam bentuk peratusan. Jika
peratusan melebihi 85%, ini diletakkan sangat baik, 70% hingga 84% dikatakan baik, 50%
hingga 69% adalah sederhana manakala kurang dari 50% dikatakan tahap rendah.
Responden dalam kajian ini terdiri dari 33 guru Sains dan Matematik (18 guru sains
dan 15 guru matematik) di daerah Kinta Utara. Empat buah sekolah telah dipilih dan
sekolah-sekolah tersebut adalah :
a) SMK Wira Jaya, Ipoh – 6 guru sains dan 2 guru matematik
b) SMK Seri Ampang, Ipoh – 3 guru sains dan 3 guru matematik
c) SMK Tasek Damai, Ipoh – 6 guru sains dan 6 guru matematik
d) SMK Rapat Setia, Ipoh – 3 guru sains dan 4 guru matematik
10
TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044
Daripada jumlah tersebut guru lelaki adalah sebanyak 7 orang dan 26 guru perempuan.
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Latar belakang responden
11
Taburan Sampel Kajian Mengikut Gender
26.7%
16.7%
73.3%
88.3%
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
Sains Matematik
Mata Pelajaran
Pera
tus
Lelaki
Perempuan
94.4 93.3
0102030405060708090
100
Peratus
Sains Matematik
Taburan Sampel Kajian Mengikut Ras
MelayuCinaIndia
Rajah – rajah dibawah : Latar belakang responden yang membuat perbandingan dalam kategori jantina, ras, umur dan pengalaman mengajar
TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044
12
94.4 93.3
0102030405060708090
100
Peratus
Sains Matematik
Taburan Sampel Kajian Mengikut Ras
Melayu
CinaIndia
Taburan Sampel Kajian Mengikut Umur
11.1
5.6
11.1
38.9
33.3
26.7 26.7
13.3
20
13.3
0
5
10
15
20
25
30
35
40
45
24-30 31-35 36-40 41-45 46+
Umur
Pera
tus
SainsMatematik
Taburan Sampel Kajian Mengikut Pengalaman Mengajar
16.7
0
11.1
72.2
40
2013.3
26.7
0
10
20
30
40
50
60
70
80
1-5 6-10 11-15 15+
Tahun
Pera
tus
Sains
Matematik
TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044
Guru Sains Guru Matematik
Dari hasil kajian hanya 16.7% dari
bilangan responden terdiri daripada guru-
guru lelaki, selebihnya guru-guru
perempuan. 94.4% guru Melayu, 5.6%
guru Cina dan tiada guru India.
Kebanyakan guru berumur 41 tahun ke
atas iaitu 38.9% berumur 41-45 tahun
dan 33.3% berumur 46 tahun ke atas
dan ini bermaksud majoriti guru-guru
sains di sekolah yang dikaji mempunyai
pengalaman mengajar lebih dari 15
tahun.
Dari hasil kajian terdapat 26.7% daripada
responden adalah guru lelaki dan 73.3%
adalah guru perempuan. 53.4% berumur
antara 24-35 tahun dan ini menunjukkan
majoriti respondan mempunyai
pengalaman mengajar kurang dari 10
tahun. Dari segi ras, 93.3% merupakan
guru Melayu, 6.7% guru Cina dan tiada
guru India.
13
Perbandingan Kemahiran Komputer dan Internet di Kalangan Guru-guru Sains dan Matematik
22.216.7
72.266.7
5.6
16.713.3 13.3
86.7
73.3
0
13.3
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
Mahir kom Mahir internet Sed Mahir Kom Sed MahirInternet
Tidak MahirKom
Tidak MahirInernet
Kategori Kemahiran
Pera
tus
Sains Matematik
TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044
Jika dibandingkan penggunaan komputer dengan penggunaan internet, sama ada di
kalangan guru-guru sains atau matematik, di dapati peratus responden yang menggunakan
14
83.3
16.7
66.7
33.3
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
Peratus
Sains Matematik
Hadir dan Tidak Hadir Kursus Komputer
Pernah Hadir Tida Pernah Hadir
Rajah 2 di atas : Latar belakang responden yang membandingkan kemahiran komputer dan internet, juga kehadiran dalam kursus komputer.
Guru Sains Guru Matematik
Merujuk rajah 2, majoriti responden
mempunyai kemahiran yang sederhana
dalam penggunaan komputer dan
internet iaitu 72.2% sederhana mahir
menggunakan komputer dan 66.7%
sederhana mahir menggunakan internet.
Ini mungkin disebabkan kebanyakan
guru telah diberi pendedahan tentang
penggunaan komputer dan internet
semasa menghadiri kursus komputer.
83.3% responden pernah mengikuti
kursus komputer.
Merujuk rajah 2, 86.7% responden
sederhana mahir menggunakan
komputer dan 73.3% sederhana mahir
menggunakan internet. Peratus yang
tinggi ini juga di sebabkan kebanyakan
guru iaitu 66.7% pernah mengikuti
kursus komputer.
TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044
komputer lebih daripada peratus responden yang menggunakan internet. Ini mungkin
disebabkan ada di antara responden yang tidak mempunyai talian internet di rumah.
4.2 Tahap Penggunaan Media Pengajaran Dalam Pengajaran Sains dan Matematik
15
Carta
Video(tape/DVD/VCD)
Objek Sebenar
Radio(Audiotape/ audio CD)
Komputer(Internet)
Komputer(Perisian kursus)
Komputer(ppt,msword,excel)
OHP
Buku Kerja
Lembaran Kerja
Buku
TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044
Sains Matematik
Berdasarkan dapatan di atas didapati
media pengajaran yang berada pada
tahap penggunaan yang sangat baik
ialah buku teks (100%), lembaran kerja
dan objek sebenar (86%), dan
Media yang berada pada tahap
penggunaan yang baik ialah
komputer(perisian kursus- 83% ),
komputer(msword, ppt, excel-79%),
carta(78%), OHP(72%) dan buku
kerja(71%)
Media yang berada pada tahap
penggunaan yang rendah pula ialah
komputer(internet-31%), video(36%),
radio(24%)
Media yang berada pada tahap
penggunaan yang sangat baik ialah buku
teks(95%) dan lembaran kerja(87%)
Media yang berada pada tahap
penggunaan yang sederhana ialah objek
sebenar(65%), komputer(perisian
kursus-62%), buku kerja(60%),
carta(53%) dan komputer(msword, ppt,
excel-52%)
Media yang berada pada tahap
penggunaan yang rendah ialah
OHP(22%),komputer (internet-22%),
video(20%) dan radio(7%)
Jika dilihat pada penggunaan perisian kursus, lebih ramai guru-guru sains yang
menggunakannya berbanding dengan guru-guru Matematik. Ini mungkin kerana peralatan-
peralatan ICT yang diperlukan untuk menggunakan perisian kursus telah dilengkapkan di
dalam makmal sains. Guru-guru sains tidak perlu membawa peralatan yang banyak ke
dalam kelas dan tidak perlu menempah bilik tayangan atau bilik media untuk menggunakan
16
TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044
perisian kursus ini. Di samping itu, setiap makmal sains mempunyai pembantu makmal yang
boleh membantu guru-guru memasang dan menutup kembali peralatan-peralatan yang telah
digunakan. Berbanding guru-guru Matematik terpaksa menggunakan bilik tayangan atau
bilik media atau terpaksa membawa peralatan seperti ”laptop, lcd, extension wire” di
samping buku rekod mengajar ke dalam kelas. Jika dibandingkan penggunaan internet,
tahap penggunaanya masih pada tahap yang rendah bagi kedua-dua panitia sains dan
matematik.
4.3 Tahap Penggunaan Media Komputer Dalam Pengajarani) Perisian Kursus
17
Penggunaan Perisian Kursus Di Kalangan Guru-guru Sains dan Matematik
100
83.3
100 94.4 94.4
44.455.6
93.3 93.3100
80
6066.7
40
0
20
40
60
80
100
120
Pera
tus
SainsMatematik
TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044
Sains Matematik
Dari segi pengenalpastian perisian
kursus yang sesuai, penginstalsian,
”explore” sebelum digunakan dan suka
menggunakan perisian, guru-guru sains
menunjukkan peratusan persetujuan
yang tinggi. 94.4% guru-guru sains
bersetuju perisian kursus membantu
mereka mencapai objektif pengajaran.
Hanya 44.4% guru mengambil masa
yang lama untuk memasang alatan dan
44.6% guru tidak boleh mengatasi
masalah teknikal yang berlaku.
Di kalangan guru-guru matematik juga
peratusan persetujuan agak tinggi dari
segi pengenalpastian perisian kursus
yang sesuai, penginstalsian dan
”explore” sebelum digunakan. Cuma dari
segi penggunaan, hanya 60% guru
matematik suka menggunakan perisian
kursus. Walaupun begitu, 80% guru
bersetuju perisian kursus membantu
mereka mencapai objektif pengajaran.
66.7% guru mengambil masa yang lama
bagi memasang alatan dan 60% guru
tidak boleh mengatasi masalah teknikal
yang berlaku
Jika dibandingkan minat kepada perisian kursus di kalangan guru-guru sains dan matematik,
guru-guru sains lebih menampakkan minat menggunakannya dalam pengajaran.
ii) Internet
18
Penggunaan Internet Di Kalangan Guru-guru Sains dan Matematik
88.983.3
77.883.3
80
66.773.3
86.7
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
Tahu layari internetuntuk dapatmaklumat
Penggunaan lamanweb pendidikanmencari bahan
mengajar
Tahu muat turunbahan dari internet
Copy-paste' bahandari internet ke
MsWord/ppt/excel
Pera
tus
SainsMatematik
TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044
Sains Matematik
Hasil dapatan menunjukkan majoriti
guru-guru sains mempunyai tahap
pengetahuan yang baik tentang
penggunaan internet.
Guru-guru matematik juga mempunyai
tahap pengetahuan yang baik tentang
internet.
Jika dibandingkan tahap pengetahuan guru-guru sains dengan guru-guru matematik, di
dapati guru-guru sains lebih berpengetahuan tentang internet berbanding guru-guru
matematik, namun perbezaannya tidak begitu ketara.
4.4 Kekangan Dalam Penggunaan Media Komputer Dalam Pengajaran
Daripada dapatan, di dapati berikut adalah beberapa masalah yang dihadapi oleh
guru-guru sains dan matematik dalam menggunakan media komputer dalam
pengajaran sains dan matematik :
i) Sains
Lebih 50% guru-guru sains bersetuju bahawa :
1. Guru tidak mempunyai cukup masa untuk meneliti dan menggunakan
perisian kursus kerana tugas mengajar yang banyak.(83.3%)
2. Guru tidak mempunyai cukup masa untuk melayari internet kerana dibebani
dengan tugas mengajar dan lain-lain tugas yang dipertanggungjawabkan.
(83.3%)
19
Penggunaan Internet Di Kalangan Guru-guru Sains dan Matematik
88.983.3
77.883.3
80
66.773.3
86.7
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
Tahu layari internetuntuk dapatmaklumat
Penggunaan lamanweb pendidikanmencari bahan
mengajar
Tahu muat turunbahan dari internet
Copy-paste' bahandari internet ke
MsWord/ppt/excel
Pera
tus
SainsMatematik
TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044
3. Guru terpaksa membawa banyak alat seperti ”laptop”, ”lcd”, buku rekod
mengajar dan lain-lain ke dalam kelas.(61.1%)
4. Alatan yang telah disediakan di dalam kelas tidak berfungsi dengan baik.
(61.1%)
5. Talian internet di sekolah kurang memuaskan.(50%)
(kurang dari 50% guru sains bersetuju bahawa : )
1. Tiada kakitangan terlatih untuk membantu dalam penggunaan media
komputer dalam pengajaran.(38.9%)
2. Ada bilik-bilik darjah yang tidak mempunyai kelengkapan peralatan yang
cukup untuk penggunaan media komputer dalam pengajaran.(27.8%)
3. Tiada talian internet di rumah.(27.8%)
4. Bilik darjah yang dilengkapi dengan skrin dan ”speaker” terletak jauh dari bilik
guru.(27.8%)
5. Tiada kursus dalaman tentang penggunaan media komputer untuk guru.
(16.7%)
6. Perisian kursus sukar diperolehi.(16.7%)
7. Guru-guru kurang pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan media
komputer.(16.7%)
Tiada masalah dari segi galakan daripada pihak pentadbir.
ii) Matematik
(lebih 50% guru matematik bersetuju bahawa :)
1. Guru tidak mempunyai cukup masa untuk meneliti atau menggunakan
perisian kursus kerana tugas mengajar yang banyak.(93.3%)
2. Guru tidak mempunyai cukup masa untuk melayari internet kerana dibebani
dengan tugas mengajar dan tugas-tugas lain yang dipertanggungjawabkan.
(93.3%)
3. Guru terpaksa membawa banyak alat seperti ”laptop”, ”lcd”, buku rekod
mengajar dan lain-lain ke dalam kelas.(80.0%)
4. Tiada kakitangan terlatih untuk membantu dalam penggunaan media
komputer dalam pengajaran.(60.0%)
20
TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044
(kurang dari 50% guru matematik bersetuju bahawa : )
1. Ada bilik-bilik darjah yang tidak mempunyai kelengkapan peralatan yang
cukup untuk penggunaan media komputer dalam pengajaran.(46.7%)
2. Alatan yang telah disediakan di dalam kelas tidak berfungsi dengan baik.
(46.7%)
3. Tiada kursus dalaman tentang penggunaan media komputer untuk guru.
(40.0%)
4. Talian internet di sekolah kurang memuaskan.(40.0%)
5. Guru-guru kurang pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan media
komputer.(40.0%)
6. Bilik darjah yang dilengkapi dengan skrin dan ”speaker” terletak jauh dari bilik
guru.(33.3%)
7. Tiada talian internet di rumah.(33.3%)
8. Perisian kursus sukar diperolehi.(33.3%)
Tiada masalah dari segi galakan daripada pihak pentadbir.
BAB 5
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 KESIMPULANDari hasil tinjauan yang dibuat, kebanyakan guru sains di empat buah sekolah
daerah Kinta Utara ini telahpun menggunakan kemudahan yang disediakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membantu mereka melaksanakan P&P dengan
berkesan. Mereka telah menggunakan perisian kursus dengan baik. Ini dibuktikan dengan
tahap penggunaan perisian kursus sebanyak 83%. Ini menunjukkan guru-guru sains di
daerah ini mempunyai sikap yang sangat baik terhadap penggunaan perisian kursus dalam
21
TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044
membantu pengajaran mereka di dalam kelas. Walaupun kebanyakan guru sains adalah
guru yang berumur lebih daripada 41 tahun, namun mereka tidak takut untuk menggunakan
teknologi. Sikap beginilah yang sepatutnya ada pada setiap guru sains dan matematik
dalam melaksanakan P&P dengan berkesan.
Jika dibandingkan dengan penggunaan perisian kursus dalam kalangan guru-guru
matematik, ia agak rendah iaitu tahap penggunaannya sebanyak 62%. Ini kerana
pengajaran dan pembelajaran matematik banyak dilakukan di dalam kelas atau bilik media
atau bilik tayangan berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran Sains dilakukan di
dalam makmal yang memang telah dilengkapkan dengan peralatan ICT seperti ”lcd
projector”, skrin dan ”speaker”. Disamping itu juga setiap makmal mempunyai pembantu
makmal yang dapat membantu guru-guru sains menyediakan peralatan ICT sebelum
mengajar dan mengemaskannya kembali setelah habis pengajaran. Mungkin pengajaran
dan pembelajaran matematik menggunakan ICT dapat dijalankan dengan lebih baik
andainya setiap sekolah mempunyai makmal matematik yang dapat menempatkan banyak
peralatan ICT dan alat-alat bantu mengajar matematik yang lain. Guru-guru matematik tidak
perlu lagi ”berebut-rebut” menempah bilik tayangan atau bilik media yang sangat terhad
dalam melaksanakan pengajaran menggunakan perisian kursus yang dibekalkan.
Walau bagaimanapun, tahap penggunaan internet agak rendah dan perlu ada suatu
tindakan dilakukan untuk menggalakkan guru-guru menggunakan internet dengan berkesan.
Terlalu banyak maklumat yang boleh diperolehi daripada internet, namun masih ramai guru
yang tidak menggunakannya. Kebanyakan guru sains dan matematik telahpun menghadiri
kursus pendedahan ICT yang dianjurkan oleh kementerian seperti BPPT (Bimbingan
Perguruan Profesional Dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dan oleh Pejabat
Pelajaran Daerah (PPD) atau Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Dalam kursus-kursus
berkenaan guru-guru didedahkan dan diberi kemahiran menggunakan internet dalam
mencari maklumat atau bahan pengajaran dan guru-guru juga diberi kemahiran tentang
penggunaan komputer dalam menghasilkan bahan pengajaran. Jadi, dari segi pengetahuan
dan kemahiran, guru-guru telahpun ada walaupun pada tahap yang sederhana.
Masalah yang sering dikemukan oleh para guru sama ada guru-guru sains atau
matematik ialah kekurangan masa sama ada untuk mencari maklumat dari internet dan
menggunakannya dalam pengajaran atau membina bahan pengajaran menggunakan
komputer. Kekangan dari segi masa juga menyebabkan guru-guru tidak sempat meneliti
bahagian-bahagian perisian kursus yang sesuai digunakan bagi tahap pencapaian pelajar-
pelajar yang tertentu.
5.2 CADANGAN KAJIAN
22
TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044
Beberapa usaha boleh dicadangkan bagi mengatasi masalah tersebut :
1. Pihak panitia sekolah masing-masing boleh mengadakan kursus dalaman berkala
bagi memberi kemahiran kepada guru-guru yang masih belum mahir menggunakan
internet dalam mencari maklumat untuk bahan pengajaran, juga kepada guru-guru
yang masih belum mahir menggunakan komputer untuk membina bahan pengajaran.
2. Pihak panitia juga boleh mengadakan mengadakan suatu perjumpaan bagi meneliti
perisian kursus yang dibekalkan. Guru-guru boleh dibahagikan dalam kumpulan
mengikut tingkatan yang diajar dan membincangkan kaedah terbaik menggunakan
perisian kursus yang dibekalkan. Jika perlu sama-sama menghasilkan suatu modul
untuk digunakan bersama perisian kursus berkenaan.
3. Pihak panitia daerah boleh mewujudkan suatu pasukan pembina bahan pengajaran
menggunakan komputer dan internet dan bahan yang dihasilkan dikongsi bersama.
Topik diagih mengikut sekolah.
Kesimpulannya, guru-guru sains dan matematik mempunyai persepsi yang sangat baik
terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran sama ada dari segi penggunaan
perisian kursus atau penggunaan internet. Namun, kekangan masa yang disebabkan tugas
yang begitu banyak di samping kemahiran dan pengetahuan yang terhad, maka guru tidak
dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan itu dalam pengajaran mereka.
Adalah diharapkan pihak panitia sekolah dan panitia daerah dapat memainkan peranan
bagi membantu guru-guru ini menggunakan media komputer dalam pengajaran agar
perlaksanaan P&P dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pihak pentadbir pula harus
meneliti kelengkapan infrastruktur ICT yang ada di sekolah agar semuanya boleh berfungsi
dengan baik dan berkesan.
5.3 PENUTUP
Penggunaan media komputer dan internet mempunyai potensi untuk menjadikan
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Jadi, para guru perlu dibantu
bagi membolehkan mereka menggunakan teknologi ini dalam pengajaran mereka supaya
guru-guru sains dan matematik ini dapat menyahut cabaran masa depan dengan lebih
yakin. Perkembangan dan kemajuan teknologi perlu diikuti dengan perubahan dalam
pendidikan iaitu memanfaatkan penggunaan teknologi secara efektif dan efisien. Walaupun
23
TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044
penggunaan teknologi menghadapi pelbagai halangan, ini sepatutnya tidak mematahkan
semangat guru untuk menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan
metematik. Harus diingat bahawa teknologi merupakan hanya alat bantu dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, ia tidak akan dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti
kata yang luas. Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan.
BIBLIOGRAFI
1. Effandi, Norazah & Sabri.(2007). Trend Pengajaran dan Pembelajaran Matematik.
Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors.
2. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan. Kajian Kesediaan Sekolah Menengah Melaksanakan Pengajaran dan
Pembelajaran Berbantu Komputer. Kuala Lumpur : BPPDP,2003
Artikel atas talian :
24
TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044
http://www.apps.emoe.gov.my/.../2003%20(3)%20Kesediaan%20sekolah%20menengah
%20melaksanakan%20p%20&%20p%20berba.pdf
3. Nazamud-din Alias (2004), Taksiran Keperluan Penguasaan Teknologi Maklumat Di
Kalangan Guru Sains Dalam Perkhidmatan. Jurnal Penyelidikan MPBL. Jilid 5,2004
Jurnal atas talian :
www.mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnalpapers/Jurnal2004/nazam2004.pdf
4. Norhayati Abd Mukti (2000),Computer Technology In Malaysia : Teacher’s Background
Characteristics, Attitudes And Concerns, EJISDC (2000) 3, 8, 1-13
Jurnal atas talian : The Electronic Journal on Information Systems in Developing Countries
www.ejisdc.org:8011/ojs2/index.php/ejisdc/article/view/20/20
5. Norida Suhadi (2001). Tahap Penggunaan Komputer Dalam Proses Penghasilan Bahan
Pengajaran.Satu Tinjauan di Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat. Tesis Sarjana
Universiti Putra Malaysia
6. Seels, B.B. & Richey, R.C. (1994). Instructional technology: The definition and
domains of the field. Washington D.C: Association for Educational Communication and
Technology.
7. Rozinah Jamaludin. (2003). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors.
8. Sham b. Ibrahim (2003). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru
di Daerah Jelebu. Kertas Projek Sarjana Universiti Putra Malaysia
9. Titian,Keluaran Khas Kementerian Pelajaran Malaysia,.(2006). Utusan Malaysia,
Selasa, 29 Ogos 2006
Atas talian : http://web.utm.my/cict/index.php?
option=content&task=view&id=400&Itemid=246
25
TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044
26