160
Makroekonomi Bab 1 Objektif Pembelajaran Bab 1 Definisi dan Skop Analisis makroekonomi Menerangkan konsep makroekonomi dan membezakan bidang kajian antara mikroekonomi dengan makroekonomi. Petunjuk / Pembolehubah Makroekonomi Menerangkan secara ringkas pendapatan negara / keluaran negara, guna tenaga dan pengangguran, inflasi, imbangan pembayaran, dan pertumbuhan ekonomi. Menunjukkan kepentingan petunjuk di atas dengan data ekonomi Malaysia. Dasar Makroekonomi Matlamat Dasar Makroekonomi Menghurai matlamat yang ingin dicapai : Tingkat guna tenaga penuh, kestabilan tingkat harga, membaiki imbangan pembayaran, meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Bentuk Dasar Makroekonomi Menghurai secara ringkas dasar-dasar yang berikut: Dasar Sebelah Permintaan : Dasar Fiskal, Dasar Kewangan, Kawalan Langsung. Dasar Sebelah Penawaran : Perubahan cukai pendapatan, penurunan cukai input yang diimport, galakan fiskal / insentif pelaburan, galakan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

  • Upload
    others

  • View
    59

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Makroekonomi Bab 1Objektif Pembelajaran Bab 1

Definisi dan Skop Analisis makroekonomi

Menerangkan konsep makroekonomi dan membezakan bidang kajian antara mikroekonomi dengan makroekonomi.

Petunjuk / Pembolehubah Makroekonomi

Menerangkan secara ringkas pendapatan negara / keluaran negara, guna tenaga dan pengangguran, inflasi, imbangan pembayaran, dan pertumbuhan ekonomi.

Menunjukkan kepentingan petunjuk di atas dengan data ekonomi Malaysia.

Dasar Makroekonomi

Matlamat Dasar MakroekonomiMenghurai matlamat yang ingin dicapai : Tingkat guna tenaga penuh, kestabilan tingkat harga, membaiki imbangan pembayaran, meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Bentuk Dasar MakroekonomiMenghurai secara ringkas dasar-dasar yang berikut:

Dasar Sebelah Permintaan : Dasar Fiskal, Dasar Kewangan, Kawalan Langsung.

Dasar Sebelah Penawaran : Perubahan cukai pendapatan, penurunan cukai input yang diimport, galakan fiskal / insentif pelaburan, galakan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Definisi dan Skop Analisis Makroekonomi

Page 2: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Konsep Mikroekonomi Mikroekonomi didefinisikan sebagai bidang ekonomi yang menumpukan kajian terhadap aktiviti-aktiviti ekonomi yang dilakukan oleh unit-unit kecil di dalam ekonomi.

Kajian mikroekonomi dibuat terhadap aktiviti ekonomi yang dilakukan oleh individu, firma, dan kerajaan, misalnya kajian mengenai kesan kenaikan pendapatan individu terhadap permintaan individu dan kenaikan harga barang terhadap penawaran firma.

Secara umum, bidang kajian mikroekonomi meliputi teori harga, teori permintaan dan penawaran, teori pengeluaran, teori pasaran dan teori agihan.

Petunjuk / Pemboleh Ubah Makroekonomi

Pendapatan Negara

Pendapatan Negara ialah jumlah pendapatan faktor yang diterima oleh sesebuah negara untuk tempoh setahun. Ia meliputi sewa, bunga bersih, upah, untung, dan pendapatan perusahaan persendirian.

Keluaran Negara

Keluaran Negara ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam tempoh satu tahun. Ianya merupakan alat bagi mengukur prestasi kegiatan ekonomi negara.

Kepentingan Kajian Pendapatan Negara / Keluaran Negara

Petunjuk taraf hidup rakyat.

Petunjuk pertumbuhan ekonomi negara.

Petunjuk keberkesanan dasar ekonomi kerajaan.

Ianya merupakan alat bagi mengukur prestasi kegiatan ekonomi negara.

Memberikan gambaran tentang

keadaan peluang pekerjaan cara penggunaan faktor-faktor pengeluaran kadar pengangguran tingkat kebajikan dan taraf hidup rakyat.

Page 3: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Membolehkan unit perancang ekonomi mengambil tindakan-tindakan susulan.

Guna Tenaga dan Pengangguran Tenaga Buruh

Jumlah penduduk dalam usia kerja 15-64 tahun yang sedang bekerja atau sedang aktif mencari pekerjaan. Tidak termasuk suri rumah dan pelajar lepasan SPM/STPM kerana mereka tidak aktif bekerja atau aktif mencari kerja.

Kadar Tenaga Buruh = (Jumlah Tenaga Buruh / Jumlah Penduduk) x 100%

Kadar Pertumbuhan Tenaga Buruh = [(Tenaga Buruh Baru - Tenaga Buruh Asal) / Tenaga Buruh Asal] x 100%

Guna Tenaga

Guna tenaga ialah tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang sedang mempunyai pekerjaan.

Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang digunakan secara produktif dalam mengeluarkan output negara.

Contohnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang mendapat kerja, ini bermakna guna tenaga ialah berjumlah 1 juta orang.

Guna Tenaga = Tenaga Buruh − Jumlah Penganggur

Pertambahan guna tenaga bererti

1. Jumlah Penganggur menurun.2. Pendapatan Negara / Keluaran Negara meningkat.3. Taraf Hidup rakyat meningkat dll.

Kadar Guna Tenaga = (Guna Tenaga / Tenaga Buruh) x 100%

Kadar Pertumbuhan Guna Tenaga = [(Guna Tenaga Baru − Guna Tenaga Asal) / Guna Tenaga Asal] x 100%

Pertambahan Kadar Guna Tenaga bererti

1. Kadar pengangguran menurun.2. Pencapaian ekonomi semakin meningkat.

Page 4: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Pengangguran

Pengangguran ialah tenaga buruh yang ingin dan sanggup bekerja tetapi masih belum mendapat pekerjaan.

Masalah ekonomi di mana sebilangan tenaga buruh yang sanggup bekerja tidak mendapatkan pekerjaan.

Punca-punca pengangguran:

1. Penggantian buruh dengan mesin.2. kemunduran industri.3. kemelesetan ekonomi dll.

Jumlah Penganggur

Jumlah penganggur ialah jumlah tenaga buruh yang sanggup bekerja tetapi tidak mendapat pekerjaan.

Contohnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang mendapat pekerjaan, ini bermakna jumlah penganggur adalah berjumlah 0.2 juta orang.

Kadar Pengangguran

Kadar pengangguran ialah kadar peratus jumlah tenaga buruh yang tidak mendapat pekerjaan berbanding jumlah tenaga buruh.

Contohnya, jika jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang dan jumlah penganggur ialah 0.2 juta orang, ini bermakna kadar pengangguran ialah 16.7%.

Kadar Pengangguran = (Jumlah Penganggur / Tenaga Buruh) x 100%

Penurunan kadar pengangguran bererti

1. kadar guna tenaga meningkat2. pendapatan negara / keluaran negara meningkat3. pencapaian ekonomi meningkat.

Ekonomi mencapai guna tenaga penuh apabila kadar pengangguran pada paras 4% atau kurang. Semasa guna tenaga penuh, sebilangan besar pengangguran berbentuk pengangguran geseran sahaja.

Kepentingan Kajian Guna Tenaga / Pengangguran

1. Memastikan bekalan tenaga buruh mahir sentiasa mencukupi supaya daya pengeluaran negara sentiasa meningkat.

Page 5: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

2. Meningkatkan keluaran negara / pendapatan negara dan seterusnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

3. Meningkatkan pendapatan per kapita negara dan seterusnya meningkatkan kemakmuran masyarakat dan kebajikan penduduk.

Labels: Petunjuk / Pemboleh Ubah Makroekonomi

Inflasi Definisi Inflasi

Inflasi ialah kenaikan tingkat harga umum bagi barang dan perkhidmatan yang berlaku secara menyeluruh dan berterusan.

Kadar inflasi menentukan ukuran kestabilan tingkat harga umum.

Harga umum ialah harga purata semua barang dan perkhidmatan yang dipasarkan dalam negara.

Punca-punca Inflasi:

1. lebihan perbelanjaan semasa ekonomi dalam keadaan guna tenaga penuh.2. kenaikan kos pengeluaran.3. kenaikan harga import.

Kesan Inflasi terhadap ekonomi:

1. Menaikkan harga barangan eksport.2. Penurunan kuasa beli wang.3. Penurunan taraf hidup masyarakat.4. Penurunan pendapatan benar individu.5. Meningkatkan kos hidup masyarakat.

Kadar Inflasi dan Indeks Harga

1. Indeks harga pengguna (IH) mengukur tingkat harga umum. 2. IH bagi tahun asas (tahun yang dijadikan asas perbandingan) ditetapkan sebagai 100. Jika

IH tahun baru = 105, kadar inflasi= [(IH tahun baru − IH tahun asal) / IH tahun asal] x 100%= 5/100 x 100%= 5%.

Kepentingan Kajian Inflasi

1. Mengukur kestabilan tingkat harga umum.

Page 6: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

2. Mengukur perubahan kos hidup.

Labels: Petunjuk / Pemboleh Ubah Makroekonomi

Imbangan Pembayaran Imbangan pembayaran ialah penyata kewangan yang merekodkan nilai semua urus niaga dan aliran wang antara negara dalam satu tahun. Ianya merupakan alat untuk mengukur keadaan perdagangan luar negara.

Penyata kewangan tentang segala urus niaga dan aliran modal antara negara itu dengan negara lain dalam setahun.

Imbangan Pembayaran = Imbangan Akaun Semasa + Imbangan Akaun Kewangan + Kesilapan dan Ketinggalan

Kepentingan Kajian Imbangan Pembayaran

Lebihan dalam imbangan pembayaran menguntungkan negara dengan

menambahkan rizab pertukaran asing negara.

Kurangan (Defisit) dalam imbangan pembayaran merugikan negara kerana :

mengurangkan rizab pertukaran asing negara. menjejaskan kestabilan nilai mata wang. mengurangkan kegiatan ekonomi negara.

Kerajaan terpaksa bercampur tangan dalam ekonomi melalui kawalan langsung dll.

Labels: Petunjuk / Pemboleh Ubah Makroekonomi

Pertumbuhan Ekonomi Pertumbuhan ekonomi ialah pembangunan ekonomi berbentuk fizikal seperti pertambahan keluaran barang dan perkhidmatan, pertambahan infrastruktur dan peningkatan pembangunan ekonomi lain. Ianya merupakan alat untuk mengukur prestasi pembangunan negara.

Pertumbuhan ekonomi ialah peningkatan dalam kegiatan ekonomi yang menyebabkan pertambahan keluaran (KDNK benar) dalam sesebuah ekonomi.

KDNK benar ialah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara mengikut harga tetap pada tahun asas.

Page 7: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Pengukur prestasi pembangunan ekonomi berbentuk fizikal misalnya pertambahan jumlah keluaran barang perkilangan, pembangunan infrastruktur, pembangunan jumlah sekolah dll.

Pertumbuhan ekonomi = [KDNK benar tahun baru − KDNK benar tahun asal) / KDNK benar tahun asal] x 100% (cara pengukuran yang lebih sesuai kerana menunjukkan pertambahan output dalam negara berkenaan) atau

Pertumbuhan ekonomi = [KNK benar tahun baru − KNK benar tahun asal) / KNK benar tahun asal] x 100% (cara pengukuran yang kurang sesuai kerana termasuk pertambahan output di luar negara)

Pertumbuhan ekonomi dihitung mengikut harga tetap pada tahun asas untuk mengelakkan pengaruh kesan inflasi.

Kepentingan Kajian Pertumbuhan Ekonomi

Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baru kepada penduduk yang semakin bertambah.

Pertumbuhan Kebajikan

1. Kenaikan taraf hidup masyarakat.2. Meningkat ketika Pendapatan Per Kapita (PPK) benar meningkat (apabila

pertambahan Pendapatan Negara benar melebihi pertambahan penduduk). 3. PPK benar ialah pendapatan purata penduduk dalam sesebuah negara mengikut harga

tetap pada tahun asas.4. Pertumbuhan Kebajikan = [(PPK benar tahun baru − PPK benar tahun asal) / PPK

benar tahun asal] x 100%

Kepentingan Kajian Pertumbuhan Kebajikan

1. Pertumbuhan ekonomi tidak semestinya diikuti oleh pertumbuhan kebajikan / kenaikan taraf hidup masyarakat kerana peratus pertambahan penduduk mungkin melebihi peratus pertambahan KDNK benar, iaitu taraf hidup masyarakat tidak naik tetapi turun.

Di samping itu, pertumbuhan ekonomi hanya mengambil kira pertambahan keluaran (KDNK benar) tanpa mempeduli faktor-faktor lain yang boleh menentukan taraf hidup masyarakat seperti komposisi keluaran, agihan pendapatan, dan eksternaliti negatif.

Dasar Makroekonomi

Matlamat Dasar Makroekonomi Malaysia Terangkan tiga matlamat dasar makroekonomi negara Malaysia.

Page 8: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

[6]

Tiga matlamat dasar makroekonomi negara Malaysia ialah:

1. Mencapai tingkat guna tenaga penuh

o Tingkat guna tenaga penuh tercapai apabila kadar pengangguran kurang daripada 5%, iaitu hanya berlaku pengangguran geseran sahaja dalam ekonomi.

o Dalam keadaan ini, kegiatan ekonomi akan meningkat kerana faktor pengeluaran digunakan sepenuhnya.

o Keluaran negara meningkat dan berlaku peningkatan dalam pertumbuhan ekonomi.

o Apabila guna tenaga penuh tercapai, KNK sebenar sama dengan KNK potensi.

2. Mencapai kestabilan tingkat harga umum

o Kestabilan tingkat harga umum bermakna ekonomi tidak menghadapi masalah kenaikan harga atau kejatuhan harga kurang daripada 4%.

o Kuasa beli pengguna menjadi lebih stabil dan ini akan meningkatkan taraf hidup dan kebajikan masyarakat.

o Kegiatan ekonomi semakin meningkat disebabkan inflasi yang terkawal dan berlaku kestabilan kadar bunga di pasaran.

3. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi

o Pertumbuhan ekonomi bermakna kegiatan ekonomi semakin meningkat.o Ini akan meningkatkan peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran.o Seterusnya, taraf hidup dan kebajikan masyarakat turut meningkat

Matlamat Dasar Makroekonomi Mencapai Tingkat Guna Tenaga Penuh

Page 9: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Guna tenaga penuh merujuk kepada :

1. keadaan di mana jumlah pengangguran adalah minimum dan jumlah pendapatan negara adalah tinggi.

2. keadaan di mana kadar pengangguran berada pada paras yang sangat rendah, iaitu kurang daripada 4%.

3. keadaan di mana semua faktor pengeluaran digunakan.

Pencapaian tingkat guna tenaga penuh bererti :

1. keluaran negara akan mencapai tahap maksimum.2. kebajikan masyarakat akan mencapai tahap maksimum3. Sumber ekonomi digunakan dengan cekap dan tiada pengangguran.

Mengekalkan Kestabilan Tingkat Harga Umum

Tingkat harga umum perlu berada pada paras stabil dan kadar inflasi kekal rendah dan terkawal.

Kenaikan harga atau inflasi :

1. mengurangkan pendapatan benar/ menjejaskan kuasa beli wang.2. menjejaskan eksport negara.3. menjejaskan pertumbuhan ekonomi.4. menurunkan tingkat kebajikan masyarakat.

Kejatuhan harga atau deflasi :

1. menjejaskan tingkat pelaburan.

Mencapai Pertumbuhan Ekonomi Berterusan

Pertumbuhan ekonomi menunjukkan kenaikan KDNK benar. Pertumbuhan ekonomi perlu mencapai kadar yang memuaskan dari tahun ke tahun dengan mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang positif.

Kepentingannya:

meningkatkan taraf kebajikan penduduk, mewujudkan banyak peluang pekerjaan, mengatasi masalah pengangguran, mencerminkan keberkesanan dasar ekonomi kerajaan.

Page 10: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Membaiki Imbangan Pembayaran

Imbangan pembayaran diperbaiki dengan menambahkan jumlah eksport dan mengurangkan jumlah import.

Imbangan pembayaran lebihan/ positif/ lebih baik :

1. menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.2. meningkatkan rizab pertukaran asing sesebuah negara.

Imbangan pembayaran defisit/ negatif/ merosot :

1. mengurangkan pertumbuhan ekonomi negara.

Labels: Dasar Makroekonomi

Bentuk Dasar Makroekonomi Dasar sebelah permintaan

Dasar kerajaan mempengaruhi permintaan agregat dalam negara melalui :

Dasar Fiskal (Fiscal Policy)

Dasar fiskal ialah langkah-langkah kerajaan mengubah perbelanjaan kerajaan dan struktur pencukaian untuk mempengaruhi tingkat perbelanjaan agregat dalam ekonomi.Dasar fiskal bertujuan mencapai tingkat guna tenaga penuh dan mengawal inflasi.

Semasa masalah inflasi, kerajaan akan malaksanakan dasar fiskal menguncup, iaitu meningkatkan kadar cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi mengurangkan perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah inflasi.

Semasa masalah deflasi (kemelesetan ekonomi), kerajaan akan melaksanakan dasar fiskal mengembang, iaitu menambahkan perbelanjaan keajaan dan mengurangkan kadar cukai bagi meningkatkan perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah pengangguran.

Dasar Fiskal budibicara merupakan dasar kerajaan mengubah cukai dan perbelanjaan kerajaan.

Contohnya, untuk meningkatkan permintaan agregat, kerajaan menurunkan cukai dan menambahkan perbelanjaan kerajaan.

Dasar Kewangan (Monetary Policy)

Page 11: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Dasar kewangan ialah dasar kerajaan yang dijalankan oleh Bank Pusat untuk mengawal penawaran wang dan kadar bunga bagi mempengaruhi tingkat perbelanjaan agregat untuk mencapai tingkat guna tenaga dan mengawal inflasi.

Semasa inflasi, Bank Pusat akan menjalankan dasar kewangan menguncup, iaitu mengurangkan penawaran wang dan meningkatkan kadar bunga bagi mengurangkan perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah inflasi.

Semasa kemelesetan ekonomi atau deflasi, kerajaan akan menjalankan dasar kewangan mengembang, iaitu menambahkan penawaran wang dan mengurangkan kadar bunga dalam pasaran bagi meningkatkan perbelanjaan agregat untuk mengatasi masalah pengangguran.

Dasar Kawalan Langsung

Dasar kawalan langsung merupakan langkah kawalan langsung kerajaan ke atas harga, kadar upah, eksport dan import negara bagi memperbaiki imbangan pembayaran dan mengawal inflasi.

Contohnya, kerajaan boleh mengenakan kawalan harga maksimum ke atas barangan kawalan tertentu bagi mengatasi masalah inflasi.

Dasar sebelah penawaran

Dasar sebelah penawaran ialah dasar kerajaan yang mempengaruhi kegiatan ekonomi dari segi penawaran dengan meningkatkan keupayaan pengeluaran ekonomi.

Dasar sebelah penawaran bermaksud dasar kerajaan melalui pencukaian dan galakan pelaburan yang cuba meningkatkan keupayaan pengeluaran dalam ekonomi bagi meningkatkan penawaran agregat dan mencapai pertumbuhan ekonomi tanpa inflasi. Sebagai contoh, pertumbuhan ekonomi dapat ditingkatkan dengan menggalakkan lebih ramai rakyat terlibat dalam aktiviti pengeluaran tertentu.

Contoh dasar sebelah penawaran ialah insentif pengecualian cukai kepada pengeluar dan penurunan cukai import bagi input pengeluaran. Kedua-dua dasar ini akan meningkatkan penawaran agregat. Kesannya, harga menurun dan pendapatan bertambah.

Bab 2Objektif Pembelajaran Bab 2

Page 12: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

1. Menunjukkan beberapa konsep utama dalam perakaunan Pendapaan Negara. 2. Menghitung Pendapatan Negara dengan menggunakan tiga kaedah yang berlainan. 3. Menggunakan data Pendapatan Negara untuk memerihalkan struktur ekonomi Malaysia. 4. Menjelaskan kegunaan data Pendapatan Negara.

Konsep Pendapatan Negara

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Definisi KDNKKeluaran dalam negara kasar ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran dalam sesebuah negara dalam tempoh satu tahun.

Penghitungan KDNKKDNK dihitung dengan menjumlahkan nilai keluaran yang dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran yang terdapat di dalam negara tetapi tidak mengambil kira nilai keluaran yang dihasilkan oleh faktor rakyat tempatan di luar negara.

KDNK menghitung nilai output yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran dalam negara bagi jangka masa setahun, tanpa mengira faktor pengeluaran tersebut milik negara itu atau milik negara asing.

KDNK mengambil kira nilai sumbangan keluaran faktor tempatan dan faktor asing di negara itu (BL).

Keluaran Negara Kasar (KNK) Definisi KNKKeluaran Negara Kasar ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran yang dimiliki warganegara sesebuah negara dalam tempoh satu tahun.

Penghitungan KNKKNK dihitung dengan menjumlahkan nilai keluaran yang dikeluarkan oleh faktor yang dimiliki oleh rakyat tempatan sama ada di dalam atau di luar negara.

KNK menghitung nilai output yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran negara itu bagi jangka masa setahun, tanpa mengira faktor pengeluaran beroperasi di negara itu atau di negara asing.

KNK mengambil kira nilai sumbangan keluaran faktor tempatan di negara itu dan juga di negara asing (YL).

KNK = KDNK + PFBLN

Page 13: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

PFBLN merupakan nilai bersih pendapatan faktor milik negara setelah ditolak pendapatan faktor asing dalam negara.

Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Yb)

Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah perbezaan antara nilai pendapatan faktor milik negara yang diterima daripada negara asing dengan nilai pendapatan faktor asing dalam negara.

Yb merujuk kepada pendapatan faktor pengeluaran yang diterima dari luar negara ditolak dengan pendapatan yang diterima oleh faktor pengeluaran negara lain yang digunakan di dalam negara.

Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (YB) = Pendapatan Faktor Dari Luar Negara (YL) − Bayaran Faktor Ke Luar Negara (BL)

Apabila pendapatan faktor pengeluaran yang diterima dari luar negara melebihi pendapatan faktor pengeluaran negara lain yang digunakan di dalam negara, nilai pendapatan faktor bersih dari luar negara (YB) adalah postitf. Ini bermaksud KNK melebihi KDNK. Ini lazimnya berlaku di negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika yang banyak membuat pelaburan di luar negara.

Sebaliknya, jika pendapatan faktor pengeluaran milik negara lain yang digunakan di dalam negara melebihi pendapatan faktor pengeluaran yang diterima dari luar negara, nilai pendapatan faktor bersih dari luar negara (YB) adalah negatif. Ini bermaksud KNK kurang daripada KDNK. Ini lazimnya berlaku di negara-negara kurang maju yang banyak menerima pelaburan dari luar negara.

KNK = KDNK + YB = KDNK + YL − BL

KDNK = KNK − YB = KDNK − YL + BL

YB bernilai positif akan menyebabkan KNK melebihi KDNK.YB bernilai negatif akan menyebabkan KNK kurang daripada KDNK

Pendapatan negara Pendapatan Negara ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam tempoh satu tahun.

Pendapatan Negara menunjukkan jumlah nilai pendapatan yang diterima oleh faktor-faktor pengeluaran yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran barangan yang poduktif.

Page 14: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Ia meliputi pendapatan faktor seperti sewa, faedah bersih, upah, untung syarikat, dan pendapatan perusahaan persendirian.

Konsep Nilai Bersih Susut nilaiSusust nilai merupakan keusangan nilai yang dialami barang modal.

Labels: Konsep Pendapatan Negara

Keluaran Negara Bersih (KNB) Definisi KNBKeluaran negara bersih ialah pendapatan negara yang telah ditolak dengan susut nilai.

Penghitungan KNBNilai KNB diperoleh dengan menolak susut nilai daripada Keluaran Negara Kasar.

KNB ditakrifkan sebagai KNK yang telah ditolak susut nilai (elaun penggunaan modal):

KNB = KNK − Susut Nilai

Barang modal seperti mesin dan komputer digunakan untuk menambahkan daya pengeluaran dan jumlah keluaran.

Apabila barang modal lama digunakan ataupun sudah rosak melalui masa, daya pengeluarannya dan jumlah keluaran negara akan berkurangan.

KNB ialah pendapatan negara yang menunjukkan daya pengeluaran dan keluaran negara yang sebenarnya.

Penolakan susut nilai barang modal dalam perakaunan pendapatan negara akan dapat memberikan gambaran sebenar tentang keluaran negara.

Harga Pasar dan Kos Faktor Harga Pasar (HP)

Page 15: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Harga barang akhir dan perkhidmatan yang dijual di pasaran.

HP telah dicampurkan cukai tak langsung (CTL) dan telah ditolak subsidi (SUB).

CTL

CTL ialah cukai yang dibayar oleh pembayar cukai kepada kerajaan secara tak langsung. Ia termasuk cukai eksport, cukai import, cukai perkhidmatan dll. CTL meningkatkan harga pasaran.

SUB

SUB ialah bantuan kewangan kepada pengeluar industri muda dan industri utama dalam negara. SUB mengurangkan harga pasaran.

Kos Faktor (KF)

Harga barang akhir dan perkhidmatan yang dinilai mengikut harga yang dibayar oleh pengeluar kepada faktor-faktor pengeluaran; harga barangan yang belum dipasarkan.

KF belum dicampurkan cukai tak langsung (CTL) dan belum ditolak subsidi (SUB).

KDNKHP = KDNKKF + CTL − SUBKNKHP = KNKKF + CTL − SUBKNBHP = KNBKF + CTL − SUB

KDNKKF = KDNKHP − CTL + SUBKNKKF = KNKHP − CTL + SUBKNBKF = KNBHP − CTL + SUB

Jika kerajaan tidak bercampur tangan dalam istem pasaran bebas, maka tidak wujud CTL dan SUB, maka

KDNKHP = KDNKKF

KNKHP = KNKKF

KNBHP = KNBKF

Pendapatan Nominal Pendapatan Nominal (Y1)

Y1 adalah nilai keluaran negara mengikut harga pada tahun semasa.

Pendapatan negara mengikut harga semasa.

Page 16: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Ia dipengaruhi oleh perubahan dalam kuantiti keluaran (Q) dan perubahan dalam tingkat harga umum (P).

Pendapatan Benar Pendapatan Benar (Y0)

Y0 adalah nilai keluaran negara mengikut harga pada tahun asas.

Pendapatan negara mengikut harga tetap.

Tahun asas ialah satu tahun yang dipilih sebagai asas perbandingan bagi perubahan tingkat harga umum.

Indek harga bagi tahun asas, IH0 = 100. Ini bermakna tingkat harga umum tidak berubah.

Ia tidak dipengaruhi oleh perubahan dalam tingkat harga umum (P) melalui masa kerana ia dikira mengikut harga tetap pada tahun asas. Ia hanya dipengaruhi oleh perubahan dalam jumlah keluaran (Q).

Penghitungan pendapatan negara mengikut harga tetap ialah penghitungan pendapatan negara benar, iaitu jumlah nilai keluaran akhir yang benar-benar dinikmati oleh rakyat dalam negara.

Peningkatan dalam pendapatan negara benar bermakna peningkatan taraf hidup rakyat.

Y0 = IH0 ⁄ IH1 × Y1

IH1 dinamakan pendeflasi atau pendeflator

Semasa inflasi, IH1 > IH0.

Semasa kemelesetan ekonomi, IH1 < IH0.

Keluaran Negara Nominal dan Benar Keluaran Negara Nominal

Keluaran negara nominal ialah jumlah nilai keluaran negara yang dinilai berdasarkan nilai wang pada tahun semasa.

Nilai Keluaran Negara nominal diperoleh dengan mendarabkan kuantiti keluaran negara dengan harga keluaran.

Keluaran Negara Benar

Page 17: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Keluaran Negara Benar ialah jumlah nilai keluaran negara yang diukur berdasarkan nilai harga suatu tahun asas.

Nilai Keluaran Negara benar diperoleh dengan mengukur nilai keluaran negara bagi tahun semasa pada nilai harga tetap suatu tahun asas tertentu.

Nilai Keluaran Negara Benar tidak dipengaruhi oleh kenaikan tingkat harga umum.

Rumus Mengira Keluaran Negara Benar

Keluaran Negara Benar = (Indeks harga tahun asas / Indeks harga tahun semasa) × Keluaran Negara Nominal

Kaedah Jadual Menghitung Keluaran Negara Benar

Tahun Keluaran Negara Nominal (RM juta)

Indeks Harga Pengguna

Keluaran Negara Benar

(RM juta)

1 600 100 (600/100) × 100 = 600

2 750 120 (750/120) × 100 = 625

Keluaran Negara Benar telah meningkat sebanyak [(625 − 600)/600] × 100% = 4.17% pada tahun 2. Ini menunjukkan pertambahan dalam kuantiti barangan dan bukannys kenaikan tingkat harga umum.

Konsep Pendapatan Individu Pendapatan Persendirian / Perseorangan (PP)

Pendapatan Persendirian / Perseorangan ialah jumlah nilai pendapatan yang diterima oleh semua individu dalam sesebuah negara dalam satu jangka masa tertentu, biasanya dalam masa satu tahun, sama ada daripada kegiatan produktif atau tidak produktif.

Ini termasuk

Pendapatan Faktor seperti sewa, bunga bersih, upah dan gaji, untung kepada pengusaha dan pendapatan perusahaan persendirian.

Bayaran Pindahan (bayaran bukan atas sumbangan faktor pengeluaran produktif) seperti bayaran pencen, biasiswa, zakat, elaun pengangguran. elaun suri rumah, bunga atas pinjaman kerajaan, dan bunga atas pinjaman pengguna.

Page 18: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Bunga atas modal (bunga bersih) yang diguna pakai dalam penghitungan pendapatan negara tidak termasuk bunga atas pinjaman kerajaan dan bunga atas pinjaman pengguna kerana kedua-dua bunga ini bukan bertujuan untuk membuat pelaburan / tabungan, iaitu tidak menyumbang kepada tambahan keluaran negara. Namun kedua-dua jenis bunga ini perlu dicampurkan dalam akaun PP kerana merupakan pendapatan kepada individu yang telah mengeluarkan pinjaman kepada pihak-pihak berkenaan.

Pendapatan negara mengambil kira untung yang dibahagikan (dividen dll), untung yang tidak dibahagikan (rizab syarikat dll), dan cukai keuntungan syarikat. Namun begitu, hanya untung yang dibahagikan (keuntungan kepada individu yang menyumbangkan modal) akan diambil kira dalam penghitungan PP. Untung yang tidak dibahagikan dan cukai keuntungan syarikat ditolak daripada akaun PP kerana tidak dibayar kepada individu yang telah menyumbangkan modal dalam perniagaan firma untuk tujuan perbelanjaan semasa.

Caruman KWSP bukan Pendapatan Persendirian kerana caruman ini tidak boleh digunakan oleh individu selagi tidak dikeluarkan.

Hubungan Antara Pendapatan Negara dengan Pendapatan Persendirian:

Pendapatan Negara = Pendapatan persendirian + Untung tidak dibahagikan + Cukai keuntungan syarikat + Caruman KWSP − Bayaran pindahan − Bunga atas pinjaman kerajaan − Bunga atas pinjaman pengguna

Pendapatan Persendirian = Pendapatan Negara + Bayaran pindahan + Bunga atas pinjaman kerajaan + Bunga atas pinjaman pengguna − Untung tidak dibahagikan − Cukai keuntungan syarikat − Caruman KWSP

Pendapatan Boleh Guna (Yd) Pendapatan Boleh Guna ialah jumlah pendapatan yang diterima oleh semua individu dalam sesebuah negara setelah ditolak cukai pendapatan perseorangan.

Pendapatan Boleh Guna boleh digunakan untuk perbelanjaan dan tabungan.

Pendapatan Boleh Guna ialah Pendapatan Perseorangan yang dapat dibelanjakan oleh isi rumah terhadap barang dan perkhidmatan selepas ditolak cukai pendapatan perseorangan dalam satu jangka masa tertentu.

Rumus Menghitung Pendapatan Boleh Guna

Page 19: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Pendapatan Boleh Guna = Pendapatan Perseorangan − Cukai Pendapatan Perseorangan

Menghitung Pendapatan Boleh Guna Dengan Kaedah Jadual

Butiran RM jutaUpah dan gajiBunga bersihSewaPendapatan perusahaan persendirianDividenUntung tidak dibahagikanCukai keuntungan syarikat

64026010012014080

150Pendapatan Negara(+) Bayaran Pindahan(+) Bunga pinjaman kerajaan(+) Bunga pinjaman pengguna(−) Untung tidak dibahagikan(−) Cukai keuntungan syarikat(−) Caruman KWSP

1,49050020015014080

150Pendapatan Perseorangan(−) Cukai pendapatan perseorangan

1,9701,120

Pendapatan Boleh Guna 850

Berdasarkan jadual, Pendapatan Negara hanya mengambil kira pendapatan yang diterima oleh faktor produktif sahaja, iaitu sebanyak RM1,490 juta. Pendapatan Perseorangan mengambil kira semua pendapatan yang sebenarnya diterima oleh penduduk tanpa mengira sama ada pendapatan tersebut diterima daripada faktor produktif atau faktor tidak produktif, iaitu sebanyak RM1,970 juta. Pendapatan Boleh Guna sebanyak RM850 juta diperoleh dengan menolak cukai pendapatan perseorangan (RM1,120 juta) daripada Pendapatan Perseorangan (RM1,970 juta).

Pendapatan Per Kapita Pendapatan Per Kapita (PPK)

Pendapatan Per Kapita ialah pendapatan purata penduduk-penduduk dalam sebuah negara pada tahun tertentu.

Page 20: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Rumus Mengira Pendapatan Per Kapita

Pendapatan per kapita bagi sesebuah negara diperoleh dengan membahagikan pendapatan negara pada suatu tahun dengan jumlah penduduk dalam negara tersebut pada tahun yang sama.

Pendapatan Per Kapita = Pendapatan Negara / Jumlah Penduduk

Sebagai contoh, jika pendapatan negara M pada satu tahun berjumlah RM1,000,000 dan jumlah penduduk ialah 1,000 orang, maka

Pendapatan Per Kapita = Pendapatan Negara / Jumlah Penduduk= RM1,000,000 / 1,000 = RM1,000

Berdasarkan contoh, pendapatan per kapita negara M bernilai RM1,000, bermaksud pendapatan purata bagi setiap penduduk pada tahun itu ialah RM1,000 setahun.

Kelemahan Pendapatan Per Kapita sebagai Pengukur Taraf Kebajkan

1. Ia tidak mengambil kira corak pengagihan pendapatan dalam masyarakat.

Walaupun pendapatan per kapita benar meningkat, taraf hidup rakyat tidak meningkat jika corak pengagihan pendapatan dalam masyarakat adalah tidak setara.

2. Ia tidak mengambil kira kualiti barang.

Jika pendapatan per kapita benar meningkat tetapi kualiti barang jatuh, maka pertumbuhan kebajikan (taraf hidup) masyarakat akan jatuh.

3. Ia tidak mengambil kira kesan luaran yang negatif.

Jika pendapatan per kapita benar meningkat, pertumbuhan kebajikan masyarakat akan jatuh jika berlaku masalah pencemaran dalam ekonomi.

Kesan luaran yang negatif akan merosakkan alam sekitar dan menjejaskan taraf hidup masyarakat.

Keluaran Negara Kasar (KNK) Benar Per Kapita

Page 21: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

DefinisiJumlah nilai keluaran berdasarkan harga tetap bagi setiap penduduk dalam sesebuah negara.

KNK Benar per kapita = KNK benar / Jumlah penduduk

KNK benar per kapita dihitung dengan membahagikan nilai KNK benar dengan jumlah penduduk sesebuah negara bagi satu tahun tertentu.

Contoh:KNK nominal = RM10,000 jutaIndeks harga semasa = 110Jumlah penduduk =15 juta

KNK benar = 10,000 × 100/110 = RM9090.9 juta

KNK benar per kapita = RM9090.9 juta/15 juta = RM606.06

Tujuan menghitung KNK benar per kapita

1. Menggambarkan taraf hidup rakyat sesebuah negara. Semakin tinggi KNK benar per kapita, semakin tinggi taraf hidup rakyat negara tersebut.

2. Membandingkan taraf hidup antara negara.

3. Menggambarkan pertumbuhan kebajikan masyarakat dari tahun ke tahun.

Kadar Pertumbuhan Kebajikan Masyarakat

= KNK benar per kapita1 – KNK benar per kapita0

KNK benar per kapita0

di mana,

KNK benar per kapita1 = KNK benar per kapita pada tahun semasa

KNK benar per kapita0 = KNK benar per kapita pada tahun sebelumnya

Page 22: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Rumus-Rumus Penting

KNKkf = KDNKhp + PFBLN – CTL + Subsidi

KNBhp = KDNKhp + PFBLN – Susut nilai

Kaedah Penghitungan Pendapatan Negara

3 Kaedah Penghitungan Pendapatan Negara Kaedah KeluaranKaedah keluaran ialah kaedah penghitungan pendapatan negara yang menjumlahkan nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh semua firma dalam ekonomi. Perakaunan berasaskan KDNK dan KNK.

Kaedah PendapatanKaedah pendapatan ialah kaedah penghitungan pendapatan negara yang menjumlahkan pendapatan faktor yang diterima oleh semua faktor pengeluaran. Perakaunan berasaskan Pendapatan Negara.

Kaedah Perbelanjaankaedah perbelanjaan ialah kaedah penghitungan pendapatan negara yang menjumlahkan semua perbelanjaan yang dilakukan ke atas keluaran negara. Perakaunan berasaskan KDNK dan KNK.

Di Malaysia, hanya Kaedah Keluaran (nilai ditambah) dan Kaedah Perbelanjaan diamalkan dalam penghitungan pendapatan negara.

Kaedah Keluaran (Nilai Ditambah) Mengikut kaedah Keluaran, pendapatan negara dikira dengan menjumlahkan semua nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sektor-sektor ekonomi dalam sesebuah negara dalam satu jangka masa tertentu, biasanya dalam masa setahun.

Untuk mengelakkan masalah pengiraan dua kali, pendapatan negara dikira dengan menjumlahkan nilai ditambah yang dicipta oleh sektor-sektor ekonomi .

Konsep Nilai Ditambah Dalam kes pengiraan nilai ditambah (tanpa barang import)

Nilai Ditambah = Nilai Barang Akhir

Page 23: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Jenis Keluaran Keluaran Nilai Keluaran (RM) Nilai ditambah (RM)

Barang Perantaraan Gandum 100 100 − 0 = 100

Barang Perantaraan Tepung gandum 200 200 − 100 = 100

Barang Akhir Roti 300 300 − 200 = 100

Jumlah (RM) 600 300

Jumlah nilai ditambah untuk membuat roti ialah RM300 (100 + 100 + 100), iaitu sama dengan nilai barang akhir, iaitu roti bernilai RM300.

Nilai barang perantaraan (barang yang perlu diproses selanjutnya) tidak dicampurkan untuk mengelakkan masalah pengiraan dua kali.

Dalam kes pengiraan nilai ditambah (dengan barang import)

Nilai Ditambah = Nilai Barang Akhir − Nilai Barang Import

Jenis Keluaran Keluaran Nilai Keluaran (RM) Nilai ditambah (RM)

Barang Import Gandum 100 100 − 100 = 0

Barang Perantaraan Tepung gandum 200 200 − 100 = 100

Barang Akhir Roti 300 300 − 200 = 100

Jumlah (RM) 600 200

Jumlah nilai ditambah untuk membuat roti ialah RM200 (100 + 100), iaitu sama dengan nilai barang akhir tolak nilai barang import (gandum), bernilai RM200 (300 − 100).

Nilai barang import (barang yang dibeli dari negara asing) ditolak kerana kaedah keluaran hanya mengambil kira nilai keluaran dalam negara sahaja.

Nilai ditambah dihitung untuk mengelakkan maslah pengiraan dua kali yang menjejaskan ketepatan data pendapatan negara.

Page 24: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Jadual Menunjukkan Penghitungan Pendapatan Negara Melalui Kaedah Keluaran

Sektor RM juta

Pertanian, perhutanan dan perikananPerlombongan dan kuariPerkilanganPembinaanElektrik, air dan gasPengangkutan, penyimpanan dan perhubunganPerniagaan borong dan runcit, hotel dan restoranKewangan, insurans dan hartanahPerkhidmatan awamPerkhidmatan lainTolak: Bayaran perkhidmatan bankCampur: Cukai import

1,200800

1,5001,000

700800600500

1,800900800

1,000

keluaran Dalam Negara Kasar mengikut harga pasaran (KDNKhp) 10,000

Berdasarkan jadual, nilai KDNKhp sebanyak RM10,000 merupakan Pendapatan Negara bagi tahun berkenaan.

Penghitungan Pendapatan Negara Dengan Kaedah Keluaran Di Malaysia, keluaran negara mengambil kira sumbangan nilai ditambah 10 sektor ekonomi mengikut 3 kategori :

Sektor UtamaPertanian, perhutanan, dan perikanan.Perlombongan dan kuari.

Page 25: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Sektor Peringkat KeduaPerkilangan/ pembuatanpembinaan

Sektor Peringkat Ketiga (Perkhidmatan)Elektrik, gas dan air.Pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan.Perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran.Kewangan, insurans, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan.Perkhidmatan kerajaan.Perkhidmatan-perkhidmatan lain.

Jumlah nilai ditambah semua sektor ekonomi dalam negara bagi setahun dinamakan Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran (KDNKhp). Penghitungan KDNKhp adalah mengikut harga tetap (KDNK benar).

KDNKhp Malaysia diperoleh apabila nilai ditambah semua sektor ekonomi dijumlahkan, kemudian ditolak bayaran perkhidmatan bank dan ditambah cukai import.

Bayaran perkhidmatan bank merupakan nilai barang perantaraan dalam sektor kewangan. Item ini ditolak untuk mengelakkan pengiraan dua kali.

Cuti import merupakan cukai tak langsung yang menaikkan harga pasaran bagi barangan keluaran. Item ini ditambah dalam penghitungan KDNKhp.

Kelebihan Kaedah Keluaran 1. Dapat mengesan punca keluaran negara mengikut sektor ekonomi. 2. Dapat membandingkan pencapaian setiap sektor ekonomi berdasarkan peratus

sumbangannya kepada KDNK negara itu. 3. Dapat menghitung kadar pertumbuhan ekonomi berdasarkan data KDNK benar.

Kaedah Pendapatan (Bayaran Faktor) Konsep Kaedah Pendapatan

Pendapatan Negara dikira dengan menjumlahkan semua pendapatan faktor di sesebuah negara untuk tempoh setahun. Ini termasuk

1. Gaji dan upah kepada buruh termasuk gaji bulanan, komisen, bonus dll.2. Sewa kepada tanah termasuk sewa kebun, sewa kilang, sewa rumah dll.

Page 26: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

3. Bunga bersih kepada modal termasuk faedah tabungan di bank perdagangan dan faedah sumbangan modal dalam perniagaan. Tidak termasuk bunga atas pinjaman kerajaan dan bunga atas pinjaman pengguna.

4. Keuntungan kepada pengusaha syarikat.5. Pendapatan perusahaan persendirian kepada pengusaha kecil termasuk milikan

perseorangan, perkongsian dan koperasi.

Bayaran pindahan tidak diambil kira kerana tidak bersifat produktif, iaitu tidak menyumbangkan sebarang barang dan perkhidmatan dalam kegiatan ekonomi.

Nilai pendapatan negara yang diperoleh dikenali sebagai Keluaran Negara Bersih pada kos faktor (KNBkf).

Kaedah Pendapatan jarang digunakan di sesetengah negara (termasuk Malaysia) kerana masalah pengumpulan maklumat.

Kaedah Perbelanjaan (Nilai Barang Akhir) Konsep Kaedah Perbelanjaan

Pendapatan Negara dikira dengan menjumlahkan semua perbelanjaan ke atas keluaran negara yang dilakukan oleh pelbagai golongan pembeli. Ini termasuk :

1. Perbelanjaan Penggunaan Awam oleh sektor kerajaan ke atas barang akhir dan perkhidmatan. (G)

2. Perbelanjaan Penggunaan Swasta oleh sektor swasta ke atas barang akhir dan perkhidmatan. (C)

3. Pembentukan Modal Tetap Kasar Awam (Pelaburan Awam) oleh sektor kerajaan ke atas mesin dan jentera. (I)

4. Pembentukan Modal Tetap Kasar Swasta (Pelaburan Swasta) oleh sektor swasta ke atas mesin dan jentera. (I)

5. Perubahan Dalam Inventori (Nilai stok simpanan yang belum dijual)(∆i)6. Eksport Bersih (Xn) = Eksport − Import 7. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara

YB = YL − BL

Nilai pendapatan negara yang diperoleh dikenali sebagai Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran (KNKhp)

KNKhp = C + I + G + X − M + ∆i + YB

Data Keluaran Malaysia

Page 27: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Tiga kegunaan data pendapatan negara ialah

Alat pengukur jumlah keluaran pelbagai sektor ekonomiDalam penghitungan pendapatan negara mengikut kaedah keluaran, sumbangan setiap sektor ekonomi terhadap Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dapat diukur. Berdasarkan sumbangan setiap sektor, kepentingan setiap sektor terhadap pertumbuhan ekonomi negara dapat ditentukan. Di samping itu, data pendapatan negara juga dapat menunjukkan kadar pertumbuhan jumlah keluaran setiap sektor dari tahun ke tahun, iaitu sama ada meningkat atau merosot berbanding dengan tahun sebelumnya.

Alat pengukur kadar pertumbuhan ekonomiDengan membandingkan data pendapatan negara benar antara tahun semasa dengan tahun sebelumnya, kadar pertumbuhan ekonomi dapat diukur. Sekiranya kadar pertumbuhan ekonomi meningkat, ini bermakna kegiatan ekonomi negara tersebut semakin baik. Sebaliknya, jika kadar pertumbuhan ekonomi menurun, ini bermakna kegiatan ekonomi negara tersebut merosot. Setiap negara akan berusaha untuk mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan menjalankan dasar-dasar tertentu.

Asas membuat perancangan ekonomiData pendapatan negara pada masa kini dan masa lepas dapat memberi maklumat penting mengenai ciri-ciri kegiatan ekonomi sesebuah negara. Maklumat ini dapat digunakan sebagai asas untuk membuat ramalan tentang kadar pertumbuhan ekonomi yang akan dicapai pada masa depan, perkembangan pelaburan dan eksport serta jangkaan pertumbuhan guna tenaga.

Struktur Ekonomi Malaysia Sektor Utama

Merangkumi sektor-sektor pertanian, perhutanan, perikanan, penternakan, dan perlombongan yang mengeluarkan bahan mentah.

Sektor Peringkat Kedua

Terdiri daripada sektor perkilangan dan pembinaan yang memproses bahan mentah untuk menjadi barang separuh siap atau barang siap.

Sektor Peringkat Ketiga

Merangkumi pelbagai sektor perkhidmatan seperti elektrik, gas dan air, pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan, perkhidmatan kerajaan dll.

Perubahan Struktur Ekonomi Malaysia

Page 28: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Kajian perubahan struktur ekonomi Malaysia perlu dibuat berdasarkan sumbangan setiap sektor ekonomi kepada KDNK dan guna tenaga Malaysia melalui masa. Berkaitan dengan perkembangan guna tenaga di Malaysia, kadar pengangguran adalah pada paras yang rendah dan terkawal. Sektor pembuatan dan perkhidmatan bukan kerajaan merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan guna tenaga di Malaysia sejak tahun 1980-an.

Malaysia mampu mengharungi cabaran perkembangan ekonomi global yang semakin menurun sejak awal tahun 2001 kerana struktur ekonomi yang lebih pelbagai (diversified). Malaysia tidak semata-mata bergantung pada industri elektronik untuk menjana pertumbuhan. Asas sektor pembuatan Malaysia kini lebih luas. Selain itu, ekonomi Malaysia telah maju ke arah kegiatan berasaskan pengetahuan sebagai punca pertumbuhan baru. Koridor Raya Multimedia (MSC) telah meletakkan asas bagi membawa negara ke arah perkembangan dalam era ke-21.

Meskipun persekitaran luaran kian sukar, asas struktur ekonomi Malaysia masih kukuh dengan pertumbuhan ekonomi mulai tahun 2002 dijana oleh sektor domestik melalui peningkatan penggunaan dan pelaburan untuk merangsang pertumbuhan sektor pembuatan, perkhidmatan mahupun sektor pertanian dan perhutanan dll.

Sumbangan Sektor Utama Status Sumbangan

Sumbangan sektor utama kepada KDNK dan guna tenaga Malaysia telah semakin berkurangan semenjak tahun 1970.

Kadar pertumbuhan purata KDNK sektor pertanian dan perhutanan adalah rendah, iaitu sebesar 4.4% dan 0.5% sahaja mengikut RRJP1 (1971-1990) dan RRJP2 (1991-2000) masing-masing. Kadar pertumbuhan purata mengikut sasaran RRJP3 (2001-2010) dianggarkan 3.5%.

Sebab-Sebab Kemerosotan sumbangan sektor utama 1. Ketidakstabilan harga komoditi utama.2. Daya pengeluaran yang rendah.3. Keupayaan menyerap guna tenaga yang rendah.4. Pendapatan yang lebih rendah.5. Kepupusan sumber asli.

Penurunan sumbangan sektor pertanian tidak dapat dielakkan kerana ketidakstabilan harga komoditi utama, kehausan sumber asli, dan daya pengeluaran yang lebih rendah. Namun begitu, Malaysia menegaskan dasar pembangunan seimbang dan bersepadu dalam sektor-sektor perkilangan dan pertanian untuk mencapai ekonomi yang lebih saksama. Ini kerana sektor

Page 29: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

pertanian adalah sangat penting sebagai sumber utama pembekalan makanan kepada rakyat tempatan serta sumber bahan mentah yang penting kepada pertumbuhan sektor perindustrian dalam negara.

Sumbangan Sektor Peringkat Kedua Status Sumbangan

Sumbangan Sektor Peringkat Kedua (terutamanya sektor perkilangan) kepada KDNK dan guna tenaga Malaysia telah semakin bertambah semenjak tahun 1970 dan telah menjadikannya sebagai penggerak utama pertumbuhan ekonomi Malaysia pada masa kini.

Kadar pertumbuhan purata KDNK sektor pembuatan (perkilangan) adalah tinggi, iaitu sebesar 10.3% mengikut RRJP1 (1971-1990) dan 10.4% mengikut RRJP2 (1991-2000). Kadar pertumbuhan purata mengikut sasaran RRJP3 (2001-2010) dianggarkan lebih rendah, ialah 8.3% kerana kemerosotan ekonomi Malaysia khasnya sektor kecil elektronik mulai awal tahun 2001.

Peningkatan dalam sumbangan sektor pembuatan tidak dapat dielakkan kerana tingkat pendidikan yang semakin naik dan sikap penduduk negara Malaysia yang cenderung memilih pekerjaan dalam sektor yang memberikan pendapatan yang lebih stabil dan lebih tinggi.

Sebab-Sebab Peningkatan Sumbangan Sektor Peringkat Kedua

1. Kestabilan harga barang perkilangan.2. Daya pengeluaran yang tinggi.3. Keupayaan menyerap guna tenaga yang tinggi.4. Pendapatan yang lebih tinggi.5. Saiz pasaran barang keluaran yang lebih besar.

Faktor-Faktor Perkembangan Sektor Perkilangan Di Malaysia

1. Galakan KerajaanGalakan Pelaburan seperti pengecualian cukai pendapatan dan cukai input dan kemudahan infrastruktur.

2. Kestabilan Politik dan EkonomiIni menggalakkan pelaburan terutamanya dalam sektor perkilangan yang mempunyai daya pengeluaran yang tinggi.

Page 30: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

3. Pertambahan Pelaburan Langsung Asing (FDI)Kemasukan FDI yang banyak ke sektor perkilangan meningkatkan keupayaan pengeluaran dan jumlah keluaran.

4. Perkembangan Industri SokonganSokongan institusi kewangan telah menambahkan modal pinjaman kepada sektor perkilangan. Perkembangan jaringan pengangkutan yang baik juga menggalakkan perkembangan sektor perkilangan.

Sebab-Sebab Sumbangan Sektor Perkilangan Terhadap KDNK Malaysia Semakin Meningkat

1. Dasar Galakan Industri Berasaskan EksportBerlakunya perkembangan sektor perkilangan kesan pertumbuhan sektor perkilangan berorientasikan eksport, contohnya industri makanan, minuman dan tembakau kesan dasar galakan industri berasaskan eksport yang diperkenalkan pada tahun 1970-an.

2. Pelan Induk Perindustrian dan Dasar Industri BeratBerlaku perkembangan sektor perkilangan kesan pertumbuhan pesat industri berat dan elektronik kesan pelan induk perindustrian dan dasar industri berat yang diperkenalkan pada tahun 1980-an.

3. Dasar Galakan Pelaburan Asing dan Perkembangan Pesat Sektor berasaskan Elektrik dan ElektronikBerlaku perkembangan sektor perkilangan disebabkan pertumbuhan pesat sektor berasaskan pertumbuhan pesat sektor berasaskan elektrik dan elektronik pada tahun 1990-an kesan dasar galakan pelaburan asing dan perkembangan pesat sektor berasaskan elektrik dan elektronik.

Kebaikan Perkembangan Pesat Sektor Perkilangan 1. Keluaran Negara dan Pendapatan Negara meningkat dengan lebih cepat.

Pertumbuhan ekonomi dan pertumbuhan kebajikan meningkat.2. Peluang pekerjaan bertambah dan Pengangguran berkurangan.

Sektor perkilangan dapat menyerap ramai guna tenaga.3. Eksport negara meningkat.

Peningkatan mendadak eksport barang elektronik dan elektrik serta tekstil.

Page 31: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

4. Ekonomi negara menjadi lebih stabil.Harga barang perkilangan lebih stabil berbanding harga komoditi utama.

5. Kemasukan Teknologi modenPerpindahan teknologi asing akibat pertambahan pelaburan asing.

Keburukan Perkembangan Pesat Sektor Perkilangan 1. Berlakunya defisit akaun semasa.

Bayaran pendapatan pelaburan asing dan bayaran import barangan meningkat.2. Inflasi mungkin berlaku.

Inflasi tolakan kos akibat kenaikan upah ketika guna tenaga penuh.3. Kemasukan pekerja asing yang banyak.

Permintaan tenaga buruh yang banyak menyebabkan sektor perkilangan mengambil ramai pekerja asing atas dasar meminimumkan bayaran upah.

Sumbangan Sektor Peringkat Ketiga Status Sumbangan

Sumbangan sektor peringkat ketiga kepada KDNK dan guna tenaga Malaysia tetap merupakan sumbangan terbesar semenjak tahun 1970, iaitu di sekitar 40%-48% pada ahun 1970-2000.

Peningkatan dalam sumbangan sektor perkhidmatan tidak dapat dielakkan kerana tingkat pendidikan yang semakin naik dan sikap penduduk negara Malaysia yang cenderung memilih pekerjaan dalam sektor yang memberikan pendapatan yang lebih stabil dan lebih tinggi.

Sebab-Sebab Peningkatan Sumbangan Sektor Peringkat Ketiga

1. Kestabilan harga barang perkhidmatan.2. Daya pengeluaran yang tinggi.3. Keupayaan menyerap guna tenaga yang tinggi.4. Pendapatan yang lebih tinggi.5. Saiz pasaran barang keluaran yang lebih besar.

Kadar pertumbuhan purata KDNK sektor perkhidmatan adalah tinggi, iaitu sebesar 8% dan 8.3% mengikut RRJP1 (1971-1990) dan RRJP2 (1991-2000) masing-masing. Kadar pertumbuhan purata mengikut sasaran RRJP3 (2001-2010) dianggarkan 8.4%.

Page 32: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Masalah Penghitungan Pendapatan Negara

Masalah Penentuan Harga Barang Harga barang cenderung berubah dari semasa ke semasa dan berbeza antara tempat dalam sesebuah negara. Jadi, sukar untuk menentukan harga barang yang tepat bagi menghitung nilai keluaran yang disumbangkan oleh setiap sektor dalam ekonomi.

Masalah Pengumpulan Maklumat Semasa penghitungan Pendapatan Negara, masalah pengumpulan data cenderung timbul. Misalnya, nilai pertukaran barter, pendapatan daripada aktiviti haram dan data susut nilai sukar diperoleh. Oleh itu, data Pendapatan Negara tidak dapat dihitung dengan tepat.

Sesetengah negara sedang membangun dan negara kurang maju tidak mempunyai maklumat tepat tentang kegiatan ekonomi mereka.

Masalah Pengiraan Kegiatan Haram 1. Sesetengah kegiatan ekonomi yang produktif dianggap sebagai kegiatan haram, dan tidak

dicampurkan dalam akaun pendapatan negara sesetengah negara.2. Kegiatan haram ini termasuk pelacuran, perjudian,penanaman dan penjualan ganja dll.

Masalah Pengiraan Kegiatan Yang Tidak Dibayar Dengan Wang

1. Sesetengah kegiatan ekonomi yang produktif tidak dibayar dengan wang. Ini termasuk kegiatan gotong-royong, pertukaran barang dalam sistem barter, penggunaan bangunan pemilik untuk tujuan pengeluaran atau perniagaan, bayaran upah dalam bentuk bukan wang, dan perkhidmatan suri rumah.

2. Kegiatan ekonomi seperti ini seharusnya diambil kira dalam penghitungan pendapatan negara tetapi susah dilakukan.

Masalah Pengiraan Dua Kali

Page 33: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Kebanyakan barang perlu melalui beberapa proses pengeluaran sebelum menjadi barang siap atau barang akhir. Jadi, bagi mengelakkan masalah pengiraan dua kali, nilai barang perantaraan tidak harus dimasukkan dalam pengiraan Pendapatan Negara mengikut kaedah keluaran. Sebaliknya, hanya nilai barang akhir atau jumlah nilai ditambah sahaja yang perlu dimasukkan semasa mengira Pendapatan Negara mengikut kaedah keluaran.

Masalah pengiraan dua kali selalunya wujud kerana sukar untuk membezakan barang akhir dengan barang perantaraan. Jika nilai kedua-dua barang akhir dan barang perantaraan dicampurkan, ini akan berlaku masalah nilai pendapatan negara dibesarkan.

Masalah Pengiraan Perbelanjaan Kerajaan 1. Bunga atas pinjaman kerajaan (satu bentuk bayaran pindahan) tidak boleh dicampurkan.2. Perbelanjaan kerajaan keatas barang perantaraan tidak patut dicampurkan, contohnya

bayaran upah kepada anggota tentera dan polis yang bertujuan melicinkan proses pengeluaran barangan.

Masalah Penentuan Nilai Perubahan Dalam Inventori 1. Barang simpanan perusahaan terdedah kepada perubahan tingkat harga. Oleh itu,

perubahan dalam inventori akan berlaku melalui masa.2. Pembetulan nilai inventori perlu dilakukan untuk mengelakkan masalah "lebih nlai" atau

"kurang nilai" KNK. Namun begitu, adalah sukar untuk menaksir harga inventori dari semasa ke semasa.

Masalah Penentuan Susut Nilai 1. Modal fizikal tetap seperti bangunan kilang, mesin dan kenderaan mengalami kerosakan

dalam proses pengeluaran. 2. Namun begitu, adalah sukar untuk menaksir nilai susut nilai modal fizikal tetap. Ini

menyulitkan pengiraan pelaburan bersih (iaitu pelaburan kasar − susut nilai) dan seterusnya pengiraan Keluaran Negara Bersih.

Masalah Perbandingan Pendapatan Negara Melalui Masa

Page 34: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Perbandingan Pendapatan Negara Melalui Masa bertujuan untuk menentukan sama ada taraf hidup rakyat telah meningkat atau menurun melalui masa.

Masalah Perbandingan Pendapatan Negara Melalui Masa wujud kerana faktor-faktor berikut yang turut mempengaruhi taraf hidup rakyat tidak diambil kira:

1. Perubahan dalam tingkat harga umum

Taraf hidup sesebuah negara akan meningkat apabila jumlah barangan yang dinikmati oleh rakyat bertambah. Ini ditunjukkan oleh kenaikan dalam nilai keluaran negara dan perbelanjaan negara.

Namun begitu, keluaran negara dan perbelanjaan negara juga boleh meningkat jika tingkat harga umum telah naik, sementara jumlah barangan tetap tidak berubah.

Untuk menghapuskan kesan perubahan tingkat harga umum, pendapatan negara benar (pendapatan negara mengikut harga tetap) digunakan.

Y0 = IH0 / IH1 x Y1 di mana

Y0 = pendapatan negara benarY1 = pendapatan negara mengikut harga semasaIH0 = indeks harga pengguna tahun asasIH1 = indeks harga pengguna tahun semasa

2. Perubahan dalam jumlah penduduk

Jika jumlah penduduk negara bertambah dengan kadar yang lebih besar daripada kadar kenaikan pendapatan negara, taraf hidup rakyat akan menurun.

Untuk menghapuskan kesan perubahan jumlah penduduk, pendapatan per kapita (PPK) digunakan.

PPK =Pendapatan Negara / Jumlah Penduduk

3. Perubahan dalam kualiti barang

Perbandingan nilai pendapatan negara antara dua tahun yang berlainan tidak menggambarkan perubahan dalam kualiti barang yang turut menmpengaruhi taraf hidup.

Peningkatan kualiti barang pada lazimnya akan membawa kepada kenaikan tingkat harga umum.

Page 35: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Dalam kes ini, peningkatan tingkat harga umum akibat peningkatan kualiti barangan tidak menjejaskan taraf hidup rakyat.

Untuk mengatasi masalah perbandingan pendapatan negara melalui masa, perubahan tingkat harga umum akibat perubahan kualiti barang harus dipastikan.

4. Perubahan dalam pengagihan pendapatan

Perubahan pendapatan negara melalui masa tidak menunjukkan sama ada pengagihan pendapatan menjadi lebih setara atau kurang setara.

Pengagihan pendapatan yang lebih setara melalui masa bermaksud taraf hidup rakyat negara telah meningkat.

5. Perubahan-perubahan lain

Perubahan dalam jenis keluaran negara

Pertambahan keluaran negara akibat pertambahan barang pengguna akan meningkatkan taraf hidup rakyat. Pertambahan keluaran negara akibat pertambahan senjata api tidak akan meningkatkan taraf hidup rakyat kerana tidak memberi faedah/utiliti kepada pengguna secara langsung.

Perubahan dalam masa kerja dan masa rehat pekerja

Jika pertambahan keluaran negara adalah akibat daripada peningkatan dalam masa kerja pekerja, taraf hidup rakyat tidak meningkat. Jika penurunan dalam keluaran negara adalah akibat daripada peningkatan dalam masa rehat pekerja, taraf hidup rakyat tidak semestinya menurun.

Perubahan dalam eksternaliti negatif

Jika peningkatan dalam pendapatan negara turut mengakibatkan masalah pencemaran alam sekitar, menjejaskan kesejahteraan semulajadi dll, taraf hidup rakyat tidak naik.

Masalah Perbandingan Pendapatan negara Antara Negara-Negara

Page 36: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Perbandingan Pendapatan Negara di antara negara-negara bertujuan membandingkan taraf hidup rakyat di antara negara-negara yang berlainan.

Masalah Perbandingan Pendapatan Negara di antara negara-negara wujud kerana faktor-faktor berikut yang turut mempengaruhi taraf hidup rakyat negara maju dan kurang maju tidak diambil kira:

1. Perbezaan dalam jumlah penduduk

Perbandingan nilai pendapatan negara antara negara-negara maju dan kurang maju adalah kurang tepat jika faktor jumlah penduduk tidak diambil kira. Ukuran Pendapatan Per Kapita (PPK) merupakan pengukur yang lebih tepat untuk membandingkan taraf hidup di antara negara-negara.

2. Perbezaan dalam Komposisi Keluaran

Negara maju seperti Amerika Syarikat membelanjakan sebahagian besar pendapatan negara ke atas keluaran senjata api dan ujian angkasa lepas yang tidak memberi faedah/utiliti kepada rakyat secara langsung. Oleh itu, nilai pendapatan negara yang tinggi tidak bermakna taraf hidup adalah tinggi.

Negara kurang maju selalu membelanjakan sebahagian besar pendapatan negara ke atas keluaran barang pengguna dan barang modal yang membawa manfaat kepada rakyat secara langsung. Nilai pendapatan negara yang rendah tidak semestinya bermakna taraf hidup rakyat adalah rendah.

Perbandingan pendapatan negara harus mengambil kira perbezaan dalam komposisi keluaran.

3. Perbezaan dalam penaksiran butir-butir pendapatan negara

Sesetengah negara mengambil kira pelacuran dan perjudian dalam penghitungan pendapatan negara. Sesetengah negara menganggapnya sebagai kegiatan haram.

Sesetengah negara mengambil kira bayaran pindahan kerajaan sebagai komponen pendapatan negara tetapi negara-negara lain tidak.

Oleh itu, butir-butir pendapatan negara harus dikenalpasti apabila membuat perbandingan pendapatan negara di antara negara-negara.

Page 37: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

4. Perbezaan Dalam tingkat harga umum

Negara maju mempunyai tingkat harga umum yang lebih tinggi daripada negara kurang maju. Keadaan ini menyebabkan negara maju mempunyai nilai pendapatan negara yang lebih tinggi daripada negara kurang maju.

Untuk mengatasi masalah perbezaan tingkat harga umum, pendapatan negara benar harus dibandingkan.

5. Perbezaan dalam jumlah kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wangKebanyakan kegiatan produktif di negara maju seperti membersihkan rumah, membasuh baju, dan memotong rumput dilakukan oleh pekerja yang diupah dengan wang. Ini meninggikan nilai pendapatan negara di negara maju.

Kebanyakan kegiatan produktif di negara kurang maju dilakukan sendiri / tidak dibayar dengan wang. Ini merendahkan nlai pendapatan negara di negara kurang maju.

Untuk membuat perbandingan taraf hidup di antara negara-negara, perbezaan dalam jumlah kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang harus dikenalpasti.

6. Perbezaan dalam pengagihan pendapatan

Perbezaan dalam pengagihan pendapatan harus diambilkira apabila membandingkan pendapatan negara di antara negara-negara.

7. Perbezaan dalam nilai mata wang

Untuk mengatasi masalah ini, nilai pendapatan negara yang hendak dibandingkan harus dilakukan berdasarkan sebutan mata wang yang sama.

8. perbezaan-perbezaan lain

- Perbezaan dalam jumlah masa kerja dan masa rehat

Page 38: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

- Perbezaan dalam eksternaliti negatif- Perbezaan kestabilan politik dan sosial

Kelemahan KNK Mengukur Taraf Hidup Rakyat Menurut ahli ekonomi, taraf hidup sesebuah negara dapat diukur dengan menggunakan KNK. Biasanya, negara yang mempunyai nilai KNK yang tinggi akan menikmati taraf hidup yang tinggi, dan sebaliknya, negara yang mempunyai nilai KNK yang rendah akan menikmati taraf hidup yang rendah. Namun, penggunaan nilai KNK untuk membandingkan taraf hidup penduduk antara negara mempunyai beberapa kelemahan:

Perbezaan Tingkat Harga Umum

Kenaikan KNK boleh disebabkan kenaikan tingkat keluaran atau kenaikan tingkat harga umum dalam sesebuah negara. Oleh itu, negara yang mengalami tingkat harga umum yang tinggi akibat masalah inflasi tidak semestinya menikmati taraf hidup yang tinggi walaupun nilai KNK negara tersebut lebih tinggi daripada negara lain. Oleh itu, untuk membandingkan taraf hidup penduduk antara negara dengan lebih tepat, konsep KNK benar perlu digunakan.

KNK benar = (Indeks harga tahun asas/Indeks harga tahun semasa) − KNK nominal

Perbezaan Corak Agihan Pendapatan

Taraf hidup penduduk sesebuah negara juga bergantung pada corak agihan pendapatan dalam negara tersebut. Agihan pendapatan yang lebih sama rata membolehkan KNK dikongsi dengan lebih saksama antara penduduk. Sebaliknya, agihan pendapatan yang tidak sama rata menyebabkan sebahagian besar KNK dinikmati segelintir penduduk sahaja. Jadi, negara yang mempunyai KNK yang tinggi tidak semestinya menggambarkan taraf hidup penduduk yang tinggi jika agihan pendapatan dalam negara tersebut adalah tidak sama rata.

Perbezaan Komposisi KNK

Terdapat negara yang mengalami kenaikan KNK kerana menjalankan aktiviti yang tidak menyumbang kepada peningkatan taraf hidup penduduk seperti perjudian dan pelacuran. Oleh itu, bagi menjamin kenaikan KNK menyumbang kepada kenaikan taraf hidup penduduk sesebuah negara, komposisi KNK harus meliputi pendapatan daripada aktiviti yang memanfaatkan rakyat negara tersebut seperti perbelanjaan pembangunan.

Kegunaan Data Pendapatan Negara

K egunaan Nilai Pendapatan Negara

Page 39: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

1. Mengukur Pendapatan Per Kapita (PPK)= Pendapatan negara / Jumlah penduduk

2. Mengukur Pendapatan Negara Benar (Y0)= IH0 / IH1 x Y1

di manaY0 = pendapatan negara benarY1 = pendapatan negara mengikut harga semasaIH0 = indeks harga pengguna tahun asasIH1 = indeks harga pengguna tahun semasa

3. Mengukur Pertumbuhan Ekonomi= (KDNK benar2 − KDNK benar1) / KDNK benar 1 x 100%

4. Mengukur Pertumbuhan Kebajukan= (PPK benar2 − PPK benar1) / PPK benar 1 x 100%

Kegunaan Data PPK 1. Mengukur taraf hidup negara pada sesuatu tahun.2. Membandingkan taraf hidup negara bagi dua tempoh masa.3. Membandingkan taraf hidup di antara negara itu dengan negara lain.4. Dijadikan panduan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Tabung Kewangan

Antarabangsa bagi menentukan jumlah bantuan kewangan/ pinjaman kepada negara-negara miskin.

Lain-Lain

Kegunaan Data Kadar Pertumbuhan Ekonomi

Menentukan prestasi pencapaian ekonomi bagi sesuatu tempoh.

Kegunaan Data Pendapatan Negara Mengikut Kaedah Keluaran

Page 40: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Menunjukkan sumbangan setiap sektor ekonomi kepada KDNK dan sebagai petunjuk perubahan ekonomi. Ini membantu kerajaan menggubal dan melaksanakan dasar-dasar ekonomi yang sesuai demin mencapai matlamat ekonomi yang ditetapkan.

Kegunaan Data Pendapatan Boleh Guna

Petunjuk saiz pasaran kepada para pelabur tempatan dan asing kerana ia menggambarkan kuasa beli negara berkenaan.

Lain-Lain

Data pendapatan negara yang merangkumi KDNK, jumlah pelaburan swasta dan awam, perbelanjaan penggunaan swasta dan awam dll membolehkan kerajaan membuat ramalan dan perancangan ekonomi untuk tahun-tahun akan datang.

Bab 3

Objektif Pembelajaran Bab 3

Ekonomi Dua Sektor

1. Menerangkan komponen utama perbelanjaan agregat dalam ekonomi dua sektor.2. Menganalisis keseimbangan Pendapatan Negara dalam ekonomi dua sektor.3. Menjelaskan kesan perubahan perbelanjaan agregat dalam ekonomi dua sektor terhadap

tingkat kegiatan ekonomi.

Page 41: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Ekonomi Tiga Sektor

1. Menerangkan komponen utama perbelanjaan agregat dalam ekonomi tiga sektor.2. Menganalisis keseimbangan Pendapatan Negara dalam ekonomi tiga sektor.3. Menjelaskan kesan perubahan perbelanjaan agregat dalam ekonomi tiga sektor terhadap

tingkat kegiatan ekonomi.

Ekonomi Empat Sektor

1. Menerangkan komponen utama perbelanjaan agregat dalam ekonomi empat sektor.2. Menganalisis keseimbangan Pendapatan Negara dalam ekonomi empat sektor.3. Menjelaskan kesan perubahan perbelanjaan agregat dalam ekonomi empat sektor

terhadap tingkat kegiatan ekonomi.

Analisis AD-AS

1. Menerangkan ciri keluk AD-AS dan penentuan keseimbangan AD-AS.2. Membandingkan analisis keseimbangan Keynesian dengan analisis keseimbangan AD-

AS.

Keseimbangan Pendapatan Negara Ekonomi 2 Sektor

Keseimbangan Pendapatan Negara Keseimbangan Pendapatan Negara ialah satu keadaaan apabila jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh sebuah ekonomi (sektor isi rumah, sektor firma, sektor awam, dan sektor luar negara) adalah sama dengan jumlah barang dan perkhidmatan yang sanggup ditawarkan oleh ekonomi tersebut, atau perbelanjaan agregat (AE) sama dengan penawaran agregat (AS).

Keseimbangan Pendapatan Negara ialah tingkat pendapatan negara (Y) yang tiada lebihan atau kurangan dalam penawaran agregat (AS) atau perbelanjaan agregat (AE).

AS = AE

Page 42: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

atau

AS − AE = 0

Aliran Pusingan Pendapatan dalam Ekonomi Dua Sektor Ekonomi dua sektor terdiri daripada sektor isi rumah dan sektor firma. Sektor kerajaan dan sektor negara asing tidak wujud.

Oleh itu, dalam ekonomi dua sektor, aliran pusingan pendapatan menggambarkan alirann fizikal dan aliran wang antara sektor firma dengan sektor isi rumah.

Apabila sektor isi rumah menjual faktor pengeluaran (buruh, tanah, modal, dan usahawan) kepada sektor firma (Aliran Faktor), sektor isi rumah menerima pendapatan dalam bentuk upah dan gaji, sewa, bunga, dan untung (Aliran Pendapatan).

Daripada pendapatan ini, sebahagian besar akan dibelanjakan (Aliran Penggunaan) terhadap barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sektor firma (Aliran Barang), manakala bakinya disimpan sebagai tabungan di institusi kewangan (Aliran Tabungan).

Tabungan di dalam institusi kewangan akan dipinjamkan kepada para pelabur yang seterusnya akan digunakan untuk membuat pelaburan dalam sektor firma (Aliran Pelaburan).

Suntikan dan Bocoran 1. Pendapatan faktor yang diterima oleh isi rumah akan digunakan untuk tujuan penggunaan

(C) dan tabungan (S), iaitu Y = C + S. 2. Tabungan oleh isi rumah dan firma di institusi kewangan membolehkan aktiviti

pelaburan (I).

Page 43: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

3. Tabungan (S) ialah bocoran atau aliran keluar pendapatan yang akan mengecilkan pendapatan negara.

4. Pelaburan (I) ialah suntikan atau aliran masuk pendapatan yang akan membesarkan pendapatan negara.

5. Jika bocoran melebihi suntikan, Y akan berkurangan. 6. Jika bocoran kurang daripada suntikan, Y akan bertambah. 7. Jika bocoran sama dengan suntikan (S = I), Y akan kekal tidak berubah (seimbang).

Fungsi Penggunaan isi rumah Penggunaan (C) ialah perbelanjaan isi rumah terhadap barangan tawaran firma.

Fungsi penggunaan menunjukkan hubungan antara tingkat penggunaan semua isi rumah dengan tingkat pendapatan boleh guna dalam sebuah ekonomi.

Fungsi penggunaan dalam ekonomi dua sektor dapat ditunjukkan melalui persamaan berikut:

C = a + bYd

dimana

C = Penggunaana = Penggunaan autonomib = Kecenderungan mengguna sutYd = Pendapatan boleh guna

Nota : Memandangkan tiada unsur cukai dikenakan ke atas isi rumah dan firma dalam Ekonomi dua sektor, Y = Yd , Oleh itu, fungsi pnggunaan ekonomi dua sektor boleh ditulis sebagaiC = a + bY.

Jadual Penggunaan

Page 44: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Huraian:

1. Y↑, C↑ 2. Y = 0, C = 100 : Penggunaan autonomi / perbelanjaan isi rumah yang tidak dipengaruhi

oleh pendapatan negara. 3. Y = 200, C = 200 : Semua pendapatan dibelanjakan; Tabungan S = 0.4. Fungsi Penggunaan : Keluk yang menunjukkan hubungan antara Yd atau Y dengan C.

a. Huraian : Fungsi penggunaan bercerunan positif menunjukkan bahawa hubungan Y dan C adalah secara langsung.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan Isi Rumah 1. Tingkatan Pendapatan Boleh Guna

Secara umum, penggunaan isi rumah bergantung pada tingkat pendapatan boleh guna. Semakin tinggi pendapatan boleh guna, semakin tinggi penggunaan isi rumah. Hubungan antara penggunaan isi rumah dengan pendapatan boleh guna dapat ditunjukkan melalui persamaan berikut:

C = f(Yd)

Page 45: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

di mana

C = Penggunaan isi rumahYd = Pendapatan boleh guna

2. Kadar bunga dan Syarat PinjamanApabila kadar bunga dalam pasaran merosot, kos pinjaman akan menjadi lebih murah. Oleh itu, perbelanjaan penggunaan dalam negara akan menjadi lebih tinggi. Perbelanjaan penggunaan juga akan meningkat jika syarat pinjaman yang dikenakan oleh bank-bank semakin longgar.

3. Pengagihan Pendapatan NegaraPengagihan pendapatan dalam negara yang setara, di mana golongan miskin tidak diabaikan, akan meningkatkan perbelanjaan penggunaan.

4. Sumber Harta KekayaanSemakin besar pendapatan dari sumber harta kekayaan, semakin tingi perbelanjaan penggunaan.

5. Kemudahan Sewa Beli dan Kemudahan KreditKemudahan sewa beli dan kredit yang longgar akan meningkatkan perbelanjaan penggunaan.

6. Jangkaan Terhadap Harga Pada Masa HadapanJangkaan pengguna rasional bahawa tingkat harga umum akan naik pada masa hadapan akan meninggikan perbelanjaan penggunaan.

7. Penciptaan Barang BaruPerbelanjaan penggunaan akan meningkat apabila wujudnya penciptaan barang baru dalam pasaran.

Fungsi Tabungan isi rumah 1. Tabungan (S) ialah pendapatan yang tidak dibelanjakan. 2. S dipengaruhi oleh pendapatan negara (Y) dan pendapatan boleh guna (Yd). 3. Dalam Ekonomi dua sektor, Y = Yd kerana tiada unsur cukai dikenakan ke atas isi rumah

dan firma. 4. Apabila Y ↑ atau Yd ↑, maka S ↑. Begitu juga sebaliknya. 5. Jadual Tabungan

Page 46: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Huraian:

a. Y↑, S↑ b. Y = 0, S = −100 : Tabungan masa-masa lalu isi rumah berkurangan sebanyak

RM100 untuk membayar penggunaan autonomi isi rumah / makan tabungan. c. Y = 200, S = 0 : Semua pendapatan dibelanjakan.

6. Fungsi Tabungan : Keluk yang menunjukkan hubungan antara Yd atau Y dengan S.

Huraian : Fungsi tabungan berkecerunan positif : Hubungan Y dan S adalah secara langsung.

7. Persamaan Tabungan : S = c + dY dimanac = tabungan autonomidY = tabungan teraruh / aruhan / S dipengaruhi oleh ∆Y

Page 47: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Hubungan antara Pendapatan Negara (Y), Penggunaan (C) dan Tabungan (S)

1. Y = C + S. 2. Kecenderungan Mengguna Purata (APC).

a. Bahagian pendapatan yang dibelanjakan. b. APC = C / Y. c. APC boleh diperolehi melalui fungsi / keluk penggunaan C = a + bY.

3. Kecenderungan Menabung Purata (APS). a. Bahagian pendapatan yang ditabungkan. b. APS = S / Y. c. APS boleh diperolehi melalui fungsi / keluk tabungan S = −a + dY.

4. APC + APS =1.

Bukti 1: Kaedah Jadual

Bukti 2: Kaedah PersamaanY = C + SBahagikan dengan YY / Y = C / Y + S / Y1 = APC + APSOleh itu, APC + APS = 1

5. Kecenderungan Mengguna Sut (MPC) a. Perubahan dalam penggunaan akibat daripada perubahan dalam pendapatan

negara.b. MPC = ΔC / ΔY c. MPC boleh diperolehi melalui fungsi / keluk penggunaan C = a + bY. d. Kecerunan fungsi penggunaan menggambarkan nilai MPC. e. Fungsi penggunaan berbentuk garis lurus menunjukkan nilai MPC adalah malar

pada setiap tingkat pendapatan negara / Kadar pertambahan penggunaan bagi setiap pertambahan dalam pendapatan negara adalah tetap.

Page 48: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

6. Kecenderungan Menabung Sut (MPS) a. Perubahan dalam tabungan akibat daripada perubahan dalam pendapatan negara. b. MPS = ΔS / ΔY c. MPS boleh diperolehi melalui fungsi / keluk tabungan S = −a + dY. d. Kecerunan fungsi tabungan menggambarkan nilai MPS. e. Fungsi tabungan berbentuk garis lurus menunjukkan nilai MPS adalah malar pada

setiap tingkat pendapatan negara / Kadar pertambahan tabungan bagi setiap pertambahan dalam pendapatan negara adalah tetap.

7. MPC + MPS =1

Bukti 1: Kaedah Jadual

Bukti 2: Kaedah PersamaanY = C + SΔY = ΔC + ΔSBahagikan dengan ΔYΔY / ΔY = ΔC / ΔY + ΔS / ΔY1 = MPC + MPSOleh itu, MPC + MPS = 1

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tabungan 1. Saiz Pendapatan Negara / Pendapatan Boleh Guna: Kemampuan masyarakat

membuat tabungan meningkat apabila Pendapatan Negara / Pendapatan Boleh Guna meningkat.

2. Kecenderungan Menabung Sut (MPS): Semakin tinggi MPS, semakin besarlah tabungan. Antara faktor-faktor mempengaruhi MPS / Tabungan termasuk:

a. Pengagihan pendapatan dalam negara tidak setara (golongan miskin diabaikan) meningkatkan MPS dan S.

b. Semakin besar pendapatan dari sumber harta kekayaan, semakin tinggi MPS dan S.

Page 49: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

c. Kemudahan sewa beli dan kredit menurunkan MPS dan S. d. Kenaikan kadar bunga meningkatkan MPS dan S. e. Jangkaan pengguna rasional bahawa tingkat harga umum akan turun pada masa

hadapan akan meninggikan MPS dan S. f. MPS dan S menurun apabila wujudnya penciptaan barang baru dalam pasaran.

Pelaburan Dalam Ekonomi Dua Sektor Pelaburan ialah perbelanjaan terhadap barang modal yang dilakukan oleh sektor firma, contohnya perbelanjaan terhadap loji, bangunan dan jentera.

Jenis-jenis pelaburan :

1. Pembentukan modal fizikal tetap seperti mesin dan jentera dengan tujuan menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan masa hadapan.

2. Pertambahan dalam inventori / stok bahan mentah, barang separuh siap dan barang siap dengan tujuan meningkatkan penawaran pada masa hadapan.

3. Pembinaan harta tetap seperti bangunan kilang, pejabat, dan rumah kediaman dengan tujuan menambahkan pendapatan dan kapasiti pengeluaran pada masa hadapan.

Pelaburan merupakan suntikan ke dalam aliran pusingan pendapatan.

Pertambahan pelaburan akan

a. Mempergiatkan pengeluaran, b. Menambahkan peluang pekerjaan / mengurangkan pengangguran, c. Menambahkan keluaran negara, d. Mewujudkan pertumbuhan ekonomi.

Fungsi Pelaburan Fungsi Pelaburan ialah keluk yang menunjukkan hubungan antara pendapatan negara dan pelaburan:

I = a + bY

di mana

Page 50: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

I = pelaburan,a = pelaburan autonomi, danbY = pelaburan terangsang / teraruh

Pelaburan Terangsang / Teraruh ialah pelaburan yang dipengaruhi oleh pendapatan negara.

Pelaburan autonomi ialah pelaburan yang tidak bergantung pada pendapatan negara. Walaupun pendapatan negara berubah, tingkat pelaburan adalah tetap sama.

Pelaburan autonomi bergantung kepada

1. Kadar bunga, 2. Kecekapan modal sut / kadar pulangan pelaburan, 3. Kemajuan teknologi, 4. Jangkaan masa hadapan, 5. Kos pengeluaran, 6. Polisi kerajaan, 7. Kestabilan politik dan sosial, dan 8. Kestabilan nilai wang negara.

Berdasarkan rajah di atas, keluk pelaburan autonomi merupakan satu garis mendatar, manakala keluk pelaburan teraruh merupakan satu garis lurus yang mecerun ke atas dari kiri ke kanan.

Pelaburan Bersih ialah nilai pelaburan yang diperoleh setelah pelaburan kasar ditolak dengan susut nilai.

Dalam bentuk rumus,

Page 51: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Pelaburan bersih = Pelaburan kasar – Susut nilai

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelaburan Pendapatan Negara

Mempengaruhi pelaburan terangsang secara langsung.

Apabila Y ↑, C akan ↑. Oleh itu, I akan ↑ untuk ↑ AS supaya dapat memenuhi pertambahan dalam C.

Kadar bunga

Mempengaruhi pelaburan autonomi secara songsang.

Apabila kadar bunga ↑, kos pinjaman akan ↑, I akan ↓.

Kecekapan Modal Sut / Kadar Pulangan Pelaburan

Pelabur akan melabur jika (Kadar pulangan pelaburan − kadar bunga pinjaman) adalah positif.

Keynes menganggap kadar pulangan pelaburan sebagai kecekapan modal sut (MEI).

Kemajuan Teknologi

Page 52: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Penggunaan mesin dan komputer yang lebih canggih meninggikan kecekapan firma dan pekerja. Kadar pulangan pelaburan (MEI) bertambah / keluk MEI pindah ke kanan

Jangkaan Ekonomi Masa Hadapan

Jangkaan ekonomi masa hadapan yang menggalakkan ↑ MEI.

Jangkaan ekonomi masa hadapan yang tidak menggalakkan ↓ MEI.

Kos Pengeluaran

Kenaikan kos pengeluaran memindahkan MEI ke kiri / projek-projek dibatalkan. I ↓.

Polisi Kerajaan

Polisi cukai keuntungan syarikat: T ↑, I ↓.

Polisi pemberian taraf perintis: Pemberian taraf perintis akan ↑ I.

Kestabilan politik dan sosial

↑ I kerana menjamin pulangan yang baik kepada para pelabur.

Kestabilan nilai mata wang negara

↑ I pelabur-pelabur asing kerana menjamin pulangan pelaburan yang dikirim ke negara-negara asal mereka

Pelaburan Kasar (Ig), Pelaburan Bersih (In) dan Susut Nilai

1. Barang modal dan stok simpanan mengalami susut nilai akibat daripada kerosakan melalui masa.

2. Pelaburan Kasar adalah pembentukan modal fizikal tetap untuk menggantikan stok modal yang telah rosak.

Page 53: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

3. Pelaburan Bersih adalah pembentukan modal fizikal tetap untuk menambahkan daya pengeluaran firma. Nilai ini menggambarkan nilai stok modal dalam ekonomi / Pertambahan In bermakna I ↑ dan Y ↑.

Pencapaian Keseimbangan Pendapatan Negara dalam Ekonomi Dua Sektor Keseimbangan pendapatan negara untuk Ekonomi Dua Sektor ialah satu keadaan apabila jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh sebuah ekonomi yang terdiri daripada sektor isi rumah dan sektor firma adalah sama dengan jumlah barang dan perkhidmatan yang sanggup ditawarkan oleh ekonomi tersebut, atau perbelanjaan agregat (AE) sama dengan penawaran agregat (AS).

Sektor isi rumah membuat perbelanjaan terhadap barang dan perkhidmatan bagi tujuan penggunaan (C).

Sektor firma membuat perbelanjaan terhadap barang modal bagi ujuan pelaburan (I).

Jadi, jumlah perbelanjaan agregat (AE) dalam ekonomi dua sektor meliputi penggunaan (C) dan pelaburan (I).

AE = C + I

Oleh itu, keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi dua sektor tercapai apabila perbelanjaan agregat (C + I) sama dengan penawaran agregat (Y).

Y = C + I

Pendekatan Suntikan Dan Bocoran I = suntikan ke dalam aliran pusingan pendapatan.

I ↑, Y akan ↑.

S = bocoran daripada aliran pusingan pendapatan.

S↑, Y akan ↓.

Pada keseimbangan ekonomi dua sektor, I = S.

Page 54: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Buktikan I = SAS = Y = C + SAE = C + IAS = AEC + S = C + IS = I

Kaedah Jadual Untuk Penentuan Keseimbangan Ekonomi Dua Sektor

Pendekatan Penawaran Agregat Dan Perbelanjaan Agregat apabila AS = AE : Y = 40Pendekatan Suntikan Dan Bocoran apabila I = S : Y = 40

Page 55: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Kaedah Rajah Untuk Penentuan Keseimbangan Ekonomi Dua Sektor

Page 56: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Pendekatan Penawaran Agregat Dan Perbelanjaan Agregat apabila AS = AE : Y = 40 Pendekatan Suntikan Dan Bocoran apabila I = S : Y = 40

Kaedah Penghitungan Untuk Penentuan Keseimbangan Ekonomi Dua Sektor Pendekatan Penawaran Agregat Dan Perbelanjaan Agregat (AS = AE)C = 300 + 0.6 YI = 1500Cari Y.

Y = C + I = 300 + 0.6 Y + 1500 = 1800 + 0.6 Y1Y = 1800 + 0.6 Y0.4 Y = 1800Y = 4500

Pendekatan Suntikan Dan Bocoran (I = S)S = −300 + 0.4 YI = 1500Cari Y.

S = I− 300 + 0.4 Y = 15000.4 Y = 1800Y = 4500

Pengganda dalam Ekonomi Dua Sektor Pengganda dalam ekonomi dua sektor ialah nisbah antara perubahan tingkat pendapatan negara dengan perubahan tingkat pelaburan.

M = ∆Y / ∆I

di mana

M = Pengganda∆Y = Perubahan pendapatan negara∆I = Perubahan tingkat pelaburan

Page 57: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Faktor-faktor mempengaruhi AE a. Secara langsung oleh C dan I (Perubahan suntikan). b. Secara tak langsung oleh S (Perubahan bocoran).

Hubungan antara AE dengan Y dalam Ekonomi Dua Sektor Diberikan C = 20 + 0.5 Y,

Apabila I = 40Y = C + I = 20 + 0.5Y + 40Y = 60 + 0.5YY − 0.5Y = 60Y = 120Apabila I = 50Y = C + I = 20 + 0.5Y + 50Y = 70 + 0.5YY − 0.5Y = 70 Y = 140

Kesimpulan:Perubahan I daripada 40 kepada 50 : I = +10Perubahan Y daripada 120 kepada 140 : Y = +20

Pengganda M = ∆Y / ∆I = 20 / 10 = 2

Kesan I ke atas Y dalam bentuk rajah:

Page 58: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Keseimbangan Pendapatan Negara Ekonomi 3 Sektor

Cukai Berkadar

(a) Takrifkan cukai berkadar. ……….[2](b) Dengan menggunakan contoh berangka dan rajah, terangkan kesan cukai berkadar terhadap fungsi penggunaan……….[4]

(a) Cukai berkadar ialah cukai yang kadarnya adalah tetap pada pelbagai tingkat pendapatan negara. Misalnya, cukai dikenakan sebanyak 20% daripada pendapatan negara (0.2Y). Walaupun kadar cukai adalah tetap, jumlah cukai yang dibayar semakin bertambah apabila pendapatan bertambah. Contoh cukai berkadar ialah cukai keuntungan syarikat.

(b) Fungsi penggunaan sebelum cukai berkadar ialah

C0 = a + bYd

Fungsi penggunaan selepas cukai berkadar ialah

C1 = a + b(Y – T)

Contoh:Fungsi penggunaan sebelum cukai berkadar ialahC0 = 100 + 0.8Yd

Cukai berkadar dikenakan sebanyak 0.2Y. Oleh itu, fungsi penggunaan selepas cukai berkadar ialah

Page 59: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

C1 = 100 + 0.8(Y – 0.2Y)     = 100 + 0.8Y – 0.16YC1 = 100 + 0.64Y

Ini bermakna fungsi penggunaan sebelum dan selepas cukai berkadar adalah berbeza dari segi niai b, iaitu MPC, dengan b sebelum cukai berkadar ialah 0.8Y, manakala b selepas cukai berkadar ialah 0.64Y. Nilai a, iaitu penggunaan autonomi tidak berubah, iaitu tetap 100. Ini bermakna keluk penggunaan selepas cukai berkadar akan menjadi lebih landai seperti ditunjukkan pada rajah di bawah.

Apakah yang dimaksudkan dengan aliran pusingan pendapatan?Jelaskan aliran pusingan pendapatan bagi ekonomi tiga sektor.

Page 60: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Aliran pusingan pendapatan merujuk kepada aliran pendapatan dan perbelanjaan yang berlaku antara sektor-sektor ekonomi, iaitu sektor isi rumah, firma dan kerajaan.

Aliran pusingan pendapatan ekonomi tiga sektor melibatkan sektor isi rumah, firma dan kerajaan.

Isi rumah akan menerima pendapatan daripada firma, iaitu gaji dan upah, sewa, bunga dan untung kerana isi rumah telah menawarkan faktor pengeluaran kepada firma untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

Isi rumah akan menggunakan pendapatan tersebut untuk membeli barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh firma dan ini dinamakan perbelanjaan penggunaan. Namun, sebahagian daripada pendapatan itu akan ditabungkan dalam institusi kewangan. Tabungan merupakan bocoran dalam aliran pusingan pendapatan.

Institusi kewangan akan meminjamkan tabungan isi rumah kepada pelabur untuk membuat pelaburan dalam firma. Pelaburan merupakan suntikan dalam aliran pusingan pendapatan.

Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap isi rumah dan firma. Isir rumah dikenakan cukai pendapatan perseorangan, manakala firma dikenakan cukai keuntungan syarikat. Cukai merupakan bocoran dalam aliran pusingan pendapatan. Cukai merupakan sumber hasil kerajaan. Kerajaan akan menggunakan hasil cukai untuk membuat perbelanjaan kerajaan yang disalurkan melalui isi rumah dan firma. Misalnya, kerajaan akan membayar gaji dan upah kepada isi rumah yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Kerajaan pula akan membina jalan raya, jambatan, sekolah dan hospital kerajaan melalui pelaburan yang dilakukan oleh firma. Perbelanjaan kerajaan terhadap firma dan isi rumah merupakan suntikan dalam aliran pusingan pendapatan.

Oleh itu, dalam ekonomi tiga sektor, mengikut pendekatan penawaran agregat-perbelanjaan agregat., keseimbangan pendapatan negara dicapai apabila Y = C + I + G, manakala mengikut

Page 61: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

pendekatan bocoran-suntikan, keseimbangan pendapatan negara dicapai apabila S + T = I + G. 

Konsep Ekonomi Tiga Sektor Kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh isi rumah, firma dan kerajaan.

Disebut sebagai sistem ekonomi tertutup dengan penglibatan kerajaan.

Sektor negara asing tidak wujud.

Peranan Kerajaan

1. Mengutip hasil cukai kerajaan. 2. Perbelanjaan kerajaan

Pengganda Ekonomi 3 Sektor 1. ΔAE berlaku secara langsung akibat perubahan dalam suntikan seperti ΔC, ΔI dan ΔG.2. ΔAE berlaku secara tak langsung akibat perubahan dalam bocoran seperti ΔS dan ΔT.3. ΔAE mengakibatkan perubahan dalam keseimbangan pendapatan negara (ΔY) melalui

proses pengganda.

Page 62: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Kesan Perubahan Perbelanjaan Kerajaan

Kesan ΔG Analisis AS=AE

1. Pada Titik L, AS = AE iaitu Y = C + I + G. Tingkat keseimbangan pendapatan negara asal = 0Y0.

2. Apabila ↑+ΔG, AE0 → AE2 dan Y = C + I + G + ΔG (titik M). Peningkatan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y2 mengikut nilai Pengganda, M = ΔY/ΔG.

3. Apabila ↓−ΔG, AE0 → AE1 dan Y = C + I + G − ΔG (titik K). Kejatuhan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y1 mengikut nilai Pengganda, M = ΔY/ΔG.

Analisis Suntikan-Bocoran

1. Pada Titik Q, Suntikan = Bocoran iaitu I + G = S + T. Tingkat keseimbangan pendapatan negara asal = 0Y0.

2. Apabila ↑+ΔG, J0 → J2 dan I + G + ΔG = S + T (titik R). Peningkatan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y2 mengikut nilai Pengganda, M = ΔY/ΔG.

3. Apabila ↓−ΔG, J0 →J1 dan I + G − ΔG = S + T (titik P). Kejatuhan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y1 mengikut nilai Pengganda, M = ΔY/ΔG.

Page 63: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Penghitungan pengganda Perbelanjaan Kerajaan dengan formula M = ΔY / ΔG Diberikan C = 100 + 0.75Y,I = 500,G = 300(a) Cari M jika ΔG =200 dan ΔY =800Cara Penyelesaian : M = ΔY / ΔG M = 800 /200 M= 4.(b) Cari ΔY jika ΔG =−100 Cara Penyelesaian :M = ΔY / −100 Cari (a), M = 4 ΔY = 4 x −100ΔY = −400 (c) Cari Y baru jika ΔG =−100 Cara Penyelesaian :Y = C + I + (G + ΔG) Y = (100 +0.75Y) + 500 + (300−100)Y = 800 + 0.75Y 0.25Y = 800 Y = 3200

Penghitungan Pengganda Perbelanjaan Kerajaan dengan formula M = 1 / (1 − MPC)

Berasaskan rajah di atas,

(a) Cari MCara Penyelesaian:

Page 64: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

M = 1 / (1 − MPC)M = 1 / (1 − 0.8)M = 1/0.2M = 5

(b) Cari Y2

Cara Penyelesaian :ΔY = ΔG × MΔY = 100 × 5ΔY = 500

Y2 = 4500 + ΔYY2 = 4500 + 500Y2 = 5000 (RM juta)

(c) Cari ΔG jika Y jatuh daripada RM4500 juta kepada RM3000 jutaCara Penyelesaian :ΔY = −1500 (RM juta),Dari (a),M = 5ΔG = ΔY / MΔG = −300 (RM juta)

Cukai Tetap (Lump-sum) Definisi Cukai Tetap

Cukai tetap juga dikenali sebagai cukai sekali gus atau cukai lump-sum.

Cukai lump-sum ialah cukai yang mempunyai jumlah yang tetap sama walaupun pendapatan meningkat atau merosot.

Misalnya, cukai sebanyak RM100 (T = 100) dikenakan terhadap individu tanpa mengambil kira tingkat pendapatan mereka.

Peningkatan cukai lump-sum akan menurunkan penggunaan autonomi (C) sebanyak ΔC = MPC × ΔT. Kesannya, perbelanjaan agregat mennurun.

Pengurangan cukai lump-sum akan meningkatkan penggunaan autonomi (C) sebanyak ΔC = MPC × ΔT. Kesannya, perbelanjaan agregat meningkat.

Page 65: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Kesan cukai tetap terhadap keluk penggunaan

Apabila cukai lump-sum dikenakan, pendapatan boleh guna akan merosot.

Kejatuhan pendapatan boleh guna menggurangkan penggunaan sebanyak ΔC = MPC × ΔT. Apabila penggunaan merosot, keluk perbelanjaan penggunaan akan beralih ke bawah secara selari.

Berdasarkan rajah di atas, apabila cukai lump-sum dikenakan, keluk penggunaan akan beralih ke bawah secara selari dari C ke C1 (dengan kecerunan yang tetap sama).

Page 66: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Analisis AS=AE

a. Pada Titik L, AS = AE iaitu Y = C + I + G.Tingkat keseimbangan pendapatan negara asal = 0Y0.

b. Apabila ΔT↑, AE0 → AE1 dan Y = C + I + G − ΔC (titik K).Kejatuhan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y1 mengikut nilai pengganda, M = ΔY/ΔC dimana ΔC = MPC × ΔT .

c. Apabila ΔT↓, AE0 → AE2 dan Y = C + I + G + ΔC (titik M).Peningkatan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y2 mengikut nilai pengganda, M = ΔY/ΔC dimana ΔC = MPC × ΔT .

Page 67: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Analisis Suntikan-Bocoran

a. Pada Titik Q, Suntikan = Bocoran iaitu I + G = S + T.Tingkat keseimbangan pendapatan negara asal = 0Y0.

b. Apabila ΔT↑, W0 → W1 dan I + G = S + T + ΔT (titik P).Kejatuhan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y1 mengikut nilai pengganda, M = ΔY/ΔC dimana ΔC = MPC × ΔT .

c. Apabila ΔT↓, W0 → W2 dan I + G = S + T − ΔT (titik R).Peningkatan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y2 mengikut nilai pengganda, M = ΔY/ΔC dimana ΔC = MPC × ΔT .

Cukai Berkadar Definisi Cukai Berkadar

Cukai berkadar ialah cukai yang mempunyai kadar yang tetap sama walaupun pendapatan meningkat atau merosot.

Contohnya, cukai sebanyak 10% dikenakan daripada jumlah pendapatan (T = 0.1Y).

Kesan Cukai Berkadar Terhadap Penggunaan

Apabila cukai berkadar dikenakan, nilai kecenderungan mengguna sut (MPC) merosot dan ini akan menyebabkan keluk penggunaan

Page 68: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

menjadi lebih landai.

Berdasarkan rajah di atas, apabila cukai berkadar dikenakan, keluk penggunaan akan beralih dari C ke C1 dan menjadi lebih landai (tanpa mengubah nilai penggunaan autonomi).

Kesan Cukai Proposional (Cukai berkadar) terhadap AE

Analisis AS=AE

a. Pada Titik L, AS = AE iaitu Y = C + I + G. Tingkat keseimbangan pendapatan negara asal = 0Y0.

b. Apabila ↑+ΔT, AE0 → AE1, MPC ↓ dan Y = C + I + G − ΔC (titik K). Kejatuhan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y1 melalui proses pengganda M=1/[1−MPC(1−t)].

c. Apabila ↓−ΔT, AE0 → AE2, MPC ↑ dan Y = C + I + G + ΔC (titik M). Peningkatan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y2 melalui proses pengganda M = 1/[1−MPC(1−t)].

Analisis Suntikan=Bocoran

a. Pada Titik Q, Suntikan = Bocoran iaitu I + G = S + T. Tingkat keseimbangan pendapatan negara asal = 0Y0.

Page 69: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

b. Apabila ↑+ΔT, W0 → W1, MPS ↓ dan I + G = S + T + ΔT (titik P). Kejatuhan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y1 melalui proses pengganda M = 1/[1−MPC(1−t)].

c. Apabila ↓−ΔT, W0 → W2, MPS ↑ dan I + G = S + T − ΔT (titik R). Peningkatan keseimbangan pendapatan negara kepada 0Y2 melalui proses pengganda M = 1/[1−MPC(1−t)].

Penghitungan pengganda Cukai dengan formula M = 1/[1−MPC(1−t)]

1. C = 300 + 0.6Y, T = 0.1Y.Cari M

Cara Penyelesaian:M = 1 / [1 − 0.6(1−0.1)]M = 1 / [1−0.54]M = 1 / 0.46M = 2.17.

2. MPC = 0.75.Cari ΔY jika Kerajaan menurunkan cukai lump-sum sebanyak RM100 juta.

Cara Penyelesaian :ΔC = 0.75 × 100 = RM75 jutaΔY = M. ΔCΔY = [1/(1 − MPC)] × ΔCΔY = [1/(1 −0.75)] ×RM75 jutaΔY = RM300 juta.

Keseimbangan Pendapatan Negara Ekonomi 4 Sektor

Dengan menggunakan rajah bocoran-suntikan, terangkan proses penentuan keseimbangan pendapatan negara sebuah ekonomi terbuka………..[6] Keseimbangan pendapatan negara sebuah ekonomi terbuka dicapai apabila S + T + M = I + G + X

Keseimbangan pendapatan negara dicapai pada titik E apabila S + T + M = I + G + X pada pendapatan negara Y0.

Page 70: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Pada pendapatan negara Y1, suntikan, iaitu (I + G + X) ialah Y1a, manakala bocoran, iaitu (S + T + M) ialah Y1b. Oleh itu, suntikan melebihi bocoran sebanyak ab. Lebihan suntikan menyebabkan pendapatan negara bertambah dan akhirnya mencapai keseimbangan pada titik E apabila S + T + M = I + G + X pada pendapatan negara Y0.

Pada pendapatan negara Y2, suntikan, iaitu (I + G + X) ialah Y2c, manakala bocoran, iaitu (S + T + M) ialah Y2d. Oleh itu, bocoran melebihi suntikan sebanyak cd. Lebihan bocoran menyebabkan pendapatan negara berkurang dan akhirnya mencapai keseimbangan pada titik E apabila S + T + M = I + G + X pada pendapatan negara Y0.

Ekonomi Terbuka 1. Ekonomi terbuka merujuk kepada ekonomi yang wujudnya perdagangan antarabangsa. 2. Ekonomi terbuka juga dikenali sebagai Ekonomi Empat Sektor yang terdiri daripada

sektor isi rumah, sektor firma, sektor kerajaan, dan sektor negara asing. 3. Perdagangan antarabangsa mempengaruhi tingkat keseimbangan pendapatan negara (Y):

a. Eksport (X) meningkatkan Y manakala Import (M) merendahkan Y. b. Y meningkat jika eksport bersih (X − M) meningkat. c. Y menurun jika eksport bersih (X − M) menurun.

Page 71: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Aliran Pusingan Pendapatan 1. Pelaburan (I), Perbelanjaan Kerajaan (G) dan Eksport (X) merupakan suntikan yang akan

meningkatkan Y. 2. Tabungan (S), Cukai (T) dan Import (M) merupakan bocoran yang akan merendahkan Y.

Aktiviti KelasLukiskan Carta Aliran Pusingan Pendapatan Dalam Ekonomi Terbuka.

Fungsi Eksport (X) Fungsi Eksport menunjukkan hubungan antara eksport dengan pendapatan negara dalam sesebuah ekonomi.

Keluk fungsi eksport berbentuk garis mendatar menunjukkan bahawa X tidak dipengaruhi secara langsung oleh Y. Y↑ atau ↓ tetapi X adalah malar.

Faktor-faktor ΔX selain daripada Y (Fungsi X naik ke atas / turun ke bawah secara selari)

1. Perubahan cita rasa pengguna negara asing (kesan +)2. Perubahan pendapatan negara asing (kesan +) 3. Perubahan kadar pertukaran asing − X↑ jika kadar pertukaran asing Malaysia ↓ 4. Perubahan teknologi pengeluaran − Kos pengeluaran ↓, harga X ↓, DD negara luar ↑.5. Dasar perdagangan negara asing − Masalah sekatan perdagangan seperti tarif, kuota

import, embargo dll. 6. Berlakunya inflasi dalam negara − Kos eksport ↑, harga eksport ↑, DD negara asing ↓.

Huraian guru dalam kelas tentang bentuk graf untuk fungsi X apabila X ↑↓.

Huraian guru dalam kelas tentang tentang Hasil Eksport = Harga Eksport × Kuantiti Eksport

Fungsi Import Fungsi Import menunjukkan hubungan antara import dengan pendapatan negara dalam sesebuah ekonomi.

Keluk Fungsi Import mencerun ke atas dari kiri ke kanan, menunjukkan bahawa M dipengaruhi secara langsung oleh Y: Y↑ M↑ manakal Y↓ M↓

Faktor-faktor ΔM selain daripada Y (Fungsi M anjak ke kanan/ kiri secara selari apabila M naik/ turun)

1. Perubahan cita rasa pengguna dalam negara. (kesan +)

Page 72: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

2. Perubahan kadar pertukaran asing : M↑ jika kadar pertukaran asing Malaysia ↑. 3. Perubahan harga atau mutu barang pengganti import : harga barang pengganti import ↓

atau mutu barang pengganti import ↑, M↓ 4. Dasar perdagangan negara : Masalah sekatan perdagangan seperti tarif, kuota import,

embargo dll. 5. Berlakunya inflasi dalam negara : M↑ kerana harga import lebih murah (andainya negara

asing tidak mengalami maslah inflasi)

Fungsi import: M = M0 + mY di mana M = import, M0 = import autonomi, m = kecenderungan mengimport sut (mpm) dan Y = pendapatan negara.

Aktiviti : Lukis graf M = 50 + 0.2Y.Jelaskan hubungan antara M dan Y.Aktiviti mengira M apabila Y ↑ daripada RM100 juta kepada RM200 juta.Huraikan konsep mpm, apm, dan Import Autonomi.

Huraian tentang Hasil Import = Harga Import × Kuantiti Import

Penentuan Tingkat Keseimbangan Pendapatan Negara Keseimbangan pendapatan negara untuk Ekonomi Terbuka ialah satu keadaan apabila jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh sebuah ekonomi yang terdiri daripada sektor isi rumah, sektor firma, sektor awam dan sektor luar negara adalah sama dengan jumlah barang dan perkhidmatan yang sanggup ditawarkan oleh ekonomi tersebut, atau perbelanjaan agregat (AE) sama dengan penawaran agregat (AS).

Pendekatan AS = AE

AS = Y + MAE = C + I + G + XAS = AEY + M = C + I + G + XY = C + I + G + (X − M) di mana (X − M) ialah eksport bersih.

1. Pendekatan Suntikan = Bocoran

Suntikan J = I + G + XBocoran W = S + T + MJ = WI + G + X = S + T + M

2. Huraian Guru tentang Keseimbangan Pendapatan Negara Dengan Kaedah Rajah (Melukis graf kemudian hurakan)

a. Pendekatan AS = AE b. Pendekatan Suntikan = Bocoran

3. Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara melalui pendekatan persamaan:

Page 73: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

a. Berasaskan soalan berikut:Andaikan C = 50 + 0.8Yd,I =300,G= 100,M = 20 +0.2Y,T = 50,X = 100.Cari Y.

Y = C + I + G + (X − M)Y = 50 + 0.8(Y − 50) + 300 + 100 + (100 − 20 − 0.2Y)Y = 50 + 0.8Y − 40 + 400 + 80 − 0.2YY = 490 + 0.6Y0.4Y = 490Y = 1225

Kesan AE terhadap Y

1. ΔC, ΔI, ΔG, atau ΔX ↑ ⇒ ΔY ↑ 2. ΔS, ΔT, ΔM ↑ ⇒ ΔY ↓ 3. Huraian graf tentang ΔX terhadap ΔY (+) 4. Huraian graf tentang ΔM terhadap ΔY (−) 5. Huraian graf tentang (ΔX − ΔM) terhadap ΔY (+)

Keseimbangan Pendapatan Negara Mengikut AD-AS

Inflasi Tolakan Kos Inflasi tolakan kos wujud apabila kos pengeluaran semakin meningkat. Kos pengeluaran meningkat mungkin disebabkan kenaikan upah atau harga input pengeluaran lain.

Page 74: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Berdasarkan rajah di atas, tingkat harga umum dan keluaran negara benar asal masing-masing ialah P1 dan Y1, di mana AS1 = AD1 pada titik E1. Dengan kenaikan kos pengeluaran, kos penawaran agregat beralih ke kiri dari AS1 ke AS2. Kesannya, tingkat harga umum naik dari P1 ke P2 dan keluaran negara benar merosot daripada Y1 kepada Y2.

Inflasi tolakan kos dapat dikurangkan dengan meningkatkan daya pengeluaran pekerja atau melalui penggunaan teknologi yang lebih baik. Apabila daya pengeluaran pekerja (atau penggunaan teknologi tinggi) meningkat, tingkat keluaran turut meningkat. Kesannya, keluk penawaran agregat akan beralih ke kanan. Peralihan keluk penawaran agregat ke kanan akan menyebabkan tingkat harga umum merosot, dan keluaran negara benar meningkat. Kejatuhan tingkat harga umum akan mengurangkan inflasi tolakan kos.

Page 75: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Bab 4Objektif Pembelajaran Bab 4

Wang, Tingkat Harga dan Nilai Wang

1. Mentakrifkan konsep wang dan huraikan kelemahan sistem barter.2. Mengenal pasti fungsi wang, ciri wang dan kuasa beli wang.3. Menerangkan jenis wang M1 dan M2.4. Menerangkan komposisi dan kadar pertumbuhan bekalan wang di Malaysia.5. Menghubungkaitkan nilai wang dengan tingkat harga umum.

Sistem bank dan Institusi Kewangan Lain

1. Mendefinisikan institusi kewangan.2. Menerangkan aktiviti utama institusi kewangan.3. Menjelaskan fungsi dan bentuk operasi bank perdagangan.4. Menerangkan proses penciptaan wang atau kredit dengan menggunakan jadual, rumus

pengganda wang.

Bekalan Wang dan Aktiviti Ekonomi

1. Menerangkan hubungan bekalan wang dengan tingkat harga melalui Teori Kuantiti Wang.

2. Menerangkan penentuan kadar bunga mengikut Teori Kewangan Keynes.3. Menghubungkaitkan bekalan wang dengan tingkat harga, kadar bunga, pelaburan, dan

pendapatan negara melalui gambar rajah.

Bank Negara Malaysia dan Dasar Kewangan

1. Menerangkan ciri dan fungsi bank pusat.2. Menerangkan sejarah penubuhan dan fungsi Bank Negara Malaysia.

Page 76: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Wang

Definisi Wang Sebarang benda yang diterima umum oleh masyarakat sebagai alat perantaraan pertukaran.

Ciri-Ciri Wang 1. Diterima umum 2. Penawaran terhad 3. Bernilai stabil 4. Bernilai seragam 5. Berbentuk seragam 6. Mudah dibahagikan 7. Mudah dibawa 8. Mudah dikenali 9. Tahan lama

Jenis-Jenis Wang Wang sah/fiat

Wang yang diperakui sah oleh kerajaan melalui undang-undang sebagai alat perantaraan pertukaran dalam sesebuah negara.

Misalnya, Ringit dan Sen Malaysia adalah wang sah di Malaysia.

Wang Tanda

Wang yang mempunyai nilai kurang daripada nilai mukanya.

Wang Biasa

Wang negara lain yang biasa diterima oleh penduduk tempatan.

Misalnya, Dolar Singapura ialah wang biasa di Malaysia.

Wang Hampir

Alat yan dianggap sebagai wang untuk tujuan tabungan.

Misalnya, sijil boleh niaga dan deposit tetap di bank perdagangan.

Wang dalam Edaran

Page 77: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Jumlah wang yang dikeluarkan dan diedarkan oleh Bank Pusat dalam negara.

Misalnya, wang kertas dan duit syiling yang mempunyai pelbagai nilai muka di Malaysia.

Deposit Semasa Bank Perdagangan (Wang Bank)

Deposit semasa yang boleh ditunaikan dengan cek untuk membuat pembayaran.

Jenis wang yang paling banyak digunakan di Malaysia.

Nilai Wang Nilai wang merupakan kuasa beli mata wang, iaitu keupayaan untuk membeli barang dan perkhidmatan dengan menggunakan sesuatu wang.

Nilai wang dipengaruhi tingkat harga umum. Apabila tingkat harga umum naik, nilai wang akan merosot, dan sebaliknya, apabila tingkat harga umum jatuh, nilai wang akan meningkat.

Nilai wang dapat diukur dengan menggunakan formula berikut:

Nilai wang = (Indeks harga pengguna tahun asas/ Indeks harga pengguna tahun semasa) x 100

Contoh

Tahun Indeks harga pengguna

1 100

2 200

Berdasarkan jadual di atas, nilai wang pada tahun 2 berbanding dengan tahun 1 ialah

Nilai wang = 100/120 x 100 = 83.33

Ini bermakna, nilai wang telah merosot sebanyak 16.67% (100 - 83.33) pada tahun 2 berbanding dengan tahun 1.

Ciri-Ciri Nilai Wang

Page 78: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

1. Nilai wang meningkat jika jumlah barangan yang dapat dibeli dengan sejumlah wang yang sama bertambah.

2. Nilai wang berhubungan songsang dengan tingkat harga umum.Indeks Wang (IW) berhubungan songsang dengan Indeks Harga (IH).

IW1 / IW0 = IH0 / IH1

Apabila IH0 = 100, IW0 =100. Jika IH1=120Maka IW1

= IH0 / IH1 x IW0

=100 / 120 x 100=83.33

Perubahan nilai wang= (IW1 – IW0) / IW0 x 100%

Penggunaan Wang mengatasi 4 Masalah Sistem Barter 1. Masalah kehendak serentak. 2. Masalah pengukuran nilai yang standard. 3. Masalah kerosakan / penyimpanan nilai. 4. Masalah bayaran tertunda / bayaran tertangguh.

4 Fungsi Wang 1. Sebagai alat perantaraan pertukaran (Diterima umum). 2. Sebagai alat pengukur nilai dan unit akaun (nilainya seragam). 3. Sebagai alat penyimpan nilai (sifat stabil & tahan lama). 4. Sebagai alat pembayaran tertunda (nilai stabil menggalakkan urusniaga kredit)

Pengaruh Inflasi Ke Atas Fungsi Wang Aktiviti Kelas: Perbincangan BerkumpulanBagaimana masalah inflasi menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap fungsi-fungsi wang.

Definisi Bekalan Wang / Penawaran Wang Penawaran wang merujuk kepada jumlah pelbagai jenis wang yang ada dalam ekonomi.

Page 79: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Penawaran wang meliputi bekalan wang M1 dan M2.

Bekalan wang M1 terdiri daripada wang kertas, duit syiling, dan deposit semasa dalam bank prdagangan.

Bekalan wang M2 terdiri daripada M1 dan deposit tetap dan deposit tabungan dalam bank perdagangan serta sijil simpanan boleh niaga.

Bekalan wang M1 Bekalan wang M1 merupakan definisi wang yang sempit dan terdiri daripada mata wang dalam edaran, iaitu duit syiling dan wang kertas serta simpanan semasa dalam bank perdagangan.

M1 = Mata wang dalam edaran + Deposit semasa

Bekalan wang M2 Bekalan wang M2 merupakan definisi wang yang luas dan terdiri daripada bekalan wang M1 dan wang hampir (separa).

M2 = M1 + wang hampirdimana M1 terdiri daripada wang kertas, duit syiling dan deposit semasa dalam bank perdagangan. Wang hampir ialah jenis wang yang mempunyai tahap kecairan yang rendah seperti deposit tetap dan deposit tabungan dalam bank-bank perdagangan serta sijil simpanan boleh niaga Bank Pusat.

Bekalan Wang Di Malaysia Dikawal oleh Bank Negara Malaysia.

M1 = Wang Kertas + Duit Syiling + Deposit semasa

Deposit semasa ialah tabungan dalam akaun semasa di bank perdagangan yang dapat ditunaikan dengan cek.

M2 = M1 + Separa Wang (Wang Hampir)

Wang Hampir ialah deposit tabungan dan deposit tetap bank perdagangan, sijil deposit boleh niaga syarikat swasta, sijil Bank Negara Malaysia, wang pos, dan kad kredit. Bekalan wang M1 bertambah 36 kali ganda antara tahun 1970-1999.

Deposit semasa lebih kurang sama dengan jumlah wang dalam edaran pada 1980. Deposit semasa bertambah dengan pesat pada 1990-an dan menjadi hampir 24 kali ganda pada 1999.

Page 80: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

M2 bertambah sebanyak 105 kali ganda dalam 1970-1999.

Kesimpulannya, antara tahun 1970-1999, Malaysia mengalami perkembangan ekonomi yang sangat pesat. Kepentingan wang dalam edaran semakin merosot manakala penggunaan cek semakin meluas dalam masyarakat moden. Di samping itu, penggunaan separa wang juga semakin berkembang pesat di Malaysia sehingga menyebabkan kerajaan memutuskan untuk menggunakan M2 sebagai petunjuk yang menentukan dasar kewangan di Malaysia mulai tahun 1980-an.

Institusi Kewangan

Pengenalan Kepada Institusi Kewangan Kepentingan Institusi Kewangan

Institusi kewangan penting dalam perkembangan ekonomi sesebuah negara.

Urusan kewangan institusi kewangan mempengaruhi bekalan wang dalam ekonomi. Ini seterusnya mempengaruhi

Tingkat pelaburan Guna tenaga Keluaran Negara Pendapatan Negara. Tingkat harga umum

Jenis-Jenis Institusi Kewangan Di Malaysia

1. Bank Pusat 2. Bank Perdagangan 3. Institusi Kewangan Lain: Syarikat Kewangan, Bank Saudagar, KWSP, Syarikat Insurans,

Bank Tabungan. 4. Institusi Kewangan Islam: Tabung Haji, Bank Islam, Takaful

Kawalan Institusi Kewangan Di Malaysia

Semua institusi kewangan di Malaysia dikawal oleh Bank Pusat Malaysia, iaitu Bank Negara Malaysia.

Bank Pusat Institusi kewangan milikan kerajaan untuk mentadbir urusan kewangan kerajaan dan mengawal keseluruhan sistem kewangan negara.

Page 81: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

BNM - Mengeluarkan Mata Wang Negara Ordinan BNM 1958 – Bank Negara Malaysia diberi kuasa mencetak wang kertas (RM) dan duit syiling (Sen Malaysia)

Penawaran wang oleh BNM ditentukan oleh permintaan wang dalam negara. Jumlah penawaran setakat cukup sahaja mengikut keperluan ekonomi negara untuk melicinkan ekonomi dan tidak menyebabkan masalah inflasi atau kemelesetan ekonomi.

Kebolehan mencetak wang berasaskan sokongan rizab emas atau rizab pertukaran asing.

BNM - Jurubank Kepada Kerajaan Mentadbir akaun kerajaan: menguruskan semua hasil dan perbelanjaan kerajaan.

Mentadbir hutang negara:

1. Memperoleh pinjaman luar / dalam negara untuk kerajaan dengan mengeluarkan bil perbendaharaan, bon kerajaan dll di pasaran kewangan antarabangsa / tempatan.

2. Membayar faedah pinjaman dan bayaran balik pinjaman pokok untuk kerajaan.

Memberikan Pendahuluan Sementara jika perbelanjaan kerajaan melebihi hasil kerajaan. Tarikh bayar balik tidak lewat daripada 3 bulan selepas tamat tahun kewangan kerajaan.

Memberikan Nasihat Kewangan seperti pelaburan awam, kadar pertukaran asing dll

BNM - Mengawal Kadar Pertukaran Asing dan Imbangan Pembayaran Menstabilkan kadar pertukaran asing dengan Menjual rizab pertukaran asing seperti Dolar Amerika apabila nilai RM merosot dengan teruk berbanding dengan mata wang asing untuk menaikkan nilai RM. Jika penjualan rizab pertukaran asing gagal menaikkan RM, BNM boleh menetapkan kadar pertukaran asing untuk menstabilkan RM. (Kadar pertukaran tetap AS$1 = RM3.80 pada 2 September 1998 untuk menghadapi krisis kewangan Asia.)

Page 82: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Mengawasi imbangan pembayaran untuk menstabilkan kadar pertukaran asing negara.

BNM - Mengawasi kegiatan bank perdagangan dan institusi kewangan lain serta menjalankan dasar kewangan Bertujuan mencapai kestabilan dan pertumbuhan ekonomi.

Dasar kewangan menguncup semasa inflasi

Dasar kewangan mengembang semasa deflasi

BNM - Jurubank Kepada Bank-Bank Perdagangan Mengawal Rizab Berkanun / Cadangan Wajib iaitu simpanan wajib bank perdagangan di BNM. Bertujuan mempengaruhi keupayaan bank perdagangan mencipta kredit .

Mengawal Harta Mudah Tunai / Harta Cair iaitu jumlah wang tunai yang disimpan dalam bank perdagangan, baki penjelasan bank perdagangan di BNM dan pinjaman jangka pendek kepada gedung diskaun. Bertujuan memastikan bank perdagangan mempunyai harta mudah tunai yang mencukupi dan mampu menunaikan semua cek pelanggan-pelanggannya. Juga bertujuan mempengaruhi keupayaan bank perdagangan mencipta kredit.

BNM - Sebagai Sumber Pinjaman Terakhir Membantu bank perdagangan yang menghadapi masalah kekurangan wang tunai untuk memenuhi tuntutan para penabung. (Masalah kecairan sementara).

Mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap kekukuhan sistem kewangan dalam negara.

Pinjaman berbentuk mendiskaun semula bil-bil perbendaharaan, surat jaminan kerajaan dan pinjaman terus dengan cagaran.

Nisbah Rizab Berkanun= (Deposit di Bank Pusat / Jumlah Deposit Semasa) x 100%

Nisbah Harta Cair= (Jumlah Harta Cair / Jumlah Deposit Semasa) x 100%

Bank Perdagangan

Page 83: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Institusi kewangan milikan pihak swasta bertujuan mencari keuntungan.

Dikawal oleh BNM di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989.

Fungsi Bank Perdagangan - Menerima Deposit 1. Deposit Semasa – Deposit orang ramai yang hanya boleh dikeluarkan dengan cek. Jenis

deposit yang tidak dibayar faedah tetapi dikenakan bayaran perkhidmatan untuk penggunaan cek. Bentuk wang terbanyak di Malaysia.

2. Deposit Tabungan – Deposit tunai orang ramai yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Jenis deposit yang dibayar kadar faedah yang agak rendah. Menggalakkan sifat menabung.

3. Deposit Tetap – Deposit tunai orang ramai yang mempunyai tempoh matang tertentu: 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan, 1 tahun dan ke atas. Jenis deposit yang dibayar kadar faedah yang lebih tinggi berbanding kadar faedah deposit tabungan. Lebih lama tempoh simpanan, lebih tinggi kadar faedah yang dibayar. Menggalakkan sifat menabung.

Fungsi Bank Perdagangan - Memberi Pinjaman Pinjaman melalui akaun semasa – mengkreditkan sejumlah pinjaman dalam akaun semasa pelanggannya. Kadar faedah agak tinggi untuk jumlah pinjaman diluluskan.

Kemudahan overdraf – membenarkan pelanggannya mengeluarkan sejumlah wang yang melebihi baki dalam akaun semasanya. Jumlah overdraf maksimum ditetapkan dan kadar faedah dikenakan ke atas jumlah overdraf yang dikeluarkan sahaja.

Mendiskaunkan bil-bil pertukaran - memberikan sejumlah wang pendahuluan kepada pelanggannya dan mendapat komisen daripada bil-bil pertukaran yang didiskaunkan. Bank perdagangan akan menuntut bayaran daripada pihak yang mengeluarkan bil-bil pertukaran tersebut apabila telah sampai tarikh matang bil.

Fungsi Bank Perdagangan - Membuat Dan Menerima Bayaran Untuk pemegang akaun semasa yang berurusniaga melalui cek.

Fungsi Bank Perdagangan - Menyediakan Perkhidmatan Lain

Page 84: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

1. Menjual beli mata wang asing 2. Menjual draf bank – pembayaran dijamin oleh bank perdagangan. 3. Menjual cek pengembara 4. Menyewakan peti simpanan keselamatan 5. Bertindak sebagai pemegang amanah untuk pelanggan-pelanggannya yang telah

meninggal dunia. 6. Memberikan nasihat kewangan 7. Menjadi perujuk tentang kedudukan kewangan pelanggannya.

Syarikat Kewangan Institusi kewangan milikan pihak swasta bertujuan mencari keuntungan.

Dikawal oleh BNM di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989.

Fungsi-Fungsi Bank Perdagangan

1. Menerima deposit melalui deposit tabungan dan deposit tetap. 2. Memberi pinjaman dalam bentuk pinjaman sewa beli, pinjaman perumahan, pembiayaan

pajakan dll. 3. Tidak menyediakan deposit semasa. Oleh itu, tidak boleh mencipta kredit seperti bank

perdagangan.

Bank Saudagar Institusi kewangan milikan pihak swasta bertujuan mencari keuntungan.

Dikawal oleh BNM di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989.

Memberi khidmat kewangan kepada saudagar.

Fungsi-Fungsi Bank Saudagar

1. Menerima deposit secara besar-besaran (minimum RM250,000) daripada bank perdagangan, syarikat kewangan, syarikat berhad dan syarikat korporat).

2. Memberi pinjaman sindiket (gabungan pinjaman beberapa bank dan institusi kewangan lain) untuk membiayai projek besar syarikat-syarikat perniagaan.

3. Menggerakkan dana penyimpan besar melalui pelaburan dalam saham dan menanggung jaminan terbitan saham baru kepada syarikat-syarikat berhad yang hendak meluaskan bidang perniagaan mereka.

4. Menyediakan khidmat nasihat korporat tentang penswastaan dan membantu pengambilalihan atau penggabungan syarikat-syarikat berhad.

Page 85: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

KWSP Institusi kewangan milikan kerajaan yang mengendalikan skim simpanan wajib bagi setiap pekerja sektor awam dan swasta yang berumur 16 tahun ke atas dan diupah mengikut perjanjian.

Simpanan pekerja dijamin oleh kerajaan. Pengurusan kewangan dikawal oleh BNM.

Fungsi-Fungsi KWSP

1. Perlindungan kewangan untuk ahli-ahli yang bersara atau meninggal dunia atau kehilangan keupayaan bekerja.

2. Membolehkan ahli-ahli membeli rumah dan membiayai kos perubatan. 3. Menggalakkan pembangunan ekonomi negara 4. Pinjaman kepada kerajaan melalui pembelian surat jaminan kerajaan.5. Pinjaman kepada sektor swasta melalui pembelian debentur syarikat dan sekuriti

korporat.

Syarikat Insurans Institusi kewangan milikan pihak swasta bertujuan mencari keuntungan.

Fungsi-Fungsi Syarikat Insurans

1. Membayar pampasan kepada pemegang polisinya terhadap risiko-risiko seperti kerugian harta benda, kehilangan nyawa dll

2. Menggerakkan pembangunan ekonomi negara dengan pelaburan dana premium yang diterima dalam surat jaminan kerajaan, surat jaminan korporat, harta tetap dll.

Bank Tabungan spt Bank Simpanan Nasional (BSN) Dimiliki oleh kerajaan

Fungsi-Fungsinya

1. Menggalakkan sikap berjimat cermat di kalangan penduduk berpendapatan rendah dan sederhana.

2. Menggerakkan deposit penyimpan-penyimpannya melalui pelaburan dalam surat jaminan kerajaan.

Page 86: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Institusi Kewangan Islam - Lembaga Urusan Dan Tabung Haji (LUTH) Institusi kewangan Islam untuk urusan kewangan masyarakat Islam

Fungsi-Fungsinya

1. Menerima deposit daripada bakal haji untuk memudahkan urusan perbelanjaan jemaah haji semasa di Mekah.

2. Tabungan diberikan bonus atau dividen kerana LUTH tidak mengamalkan bayaran bunga / faedah.

3. Menggerakkan dana bakal haji melalui pelaburan dalam sekuriti kerajaan, perusahaan, pembinaan, dan perladangan kelapa sawit.

Institusi Kewangan Islam - Bank Islam Contoh: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

Kegiatan kewangan berasaskan hukum syarak

Fungsi-Fungsinya

1. Menerima deposit mengikut prinsip Al-Wadiah: BIMB bertindak sebagai pemegang amanah deposit tunai penabung-penabungnya. Dividen dibayar jika BIMB memperoleh keuntungan.

2. Memberi Pinjaman Mengikut Prinsip Al-Murabahah Dan Al-Musyarakah 3. Prinsip Al-Murabahah: BIMB membeli harta/benda untuk pelanggannya. Harta/benda

tersebut dijual kepada pelanggannya pada harga yang lebih tinggi yang dipersetujui (harga belian + untung). Pelanggannya akan menjelaskan bayaran secara ansuran mengikut perjanjian.

4. Prinsip Al-Musyarakah: BIMB menyumbangkan sebahagian modal untuk membiayai projek pelanggannya. BIMB dan peminjam berkongsi pengurusan. Pembahagian keuntungan/kerugian berdasarkan nisbah sumbangan modal yang dipersetujui.

5. Memajak harta atau barang mengikut prinsip Al-Ijarah: BIMB membeli harta/benda untuk pelanggannya. Harta/benda tersebut kemudiannya dipajak kepada pelanggannya mengikut kadar sewa dan tempoh penyewaan yang dipersetujui.

6. Memberikan kemudahan sewa beli mengikut prinsip Al-Takjiri : BIMB akan menyewakan harta/benda kepada pelanggannya, misalnya kererta, pada kadar sewa dan tempoh penyewaan yang dipersetujui. Penyewa dibenarkan membeli harta/benda tersebut selepas tempoh penyewaan mengikut harga dan syarat yang dipersetujui.

7. Memberi jaminan hutang mengikut Prinsip Al-Kafalah : BIMB menjadi penjamin kepada pelanggan tentang kesanggupannya memenuhi segala tanggungan terhadap pihak ketiga.

Page 87: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Penciptaan Wang / Kredit

Konsep Penciptaan Wang Bank perdagangan mencipta kredit pinjaman berkali ganda daripada jumlah deposit semasa yang diterimanya daripada pelanggan dan seterusnya mempengaruhi bekalan wang dalam ekonomi.

Andaian-Andaian Proses Penciptaan Wang 1. Peruntukkan nisbah rizab berkanun & nisbah harta cair. Contohnya 20%. 2. Semua lebihan rizab dipinjamkan. Contohnya, baki 80% daripada jumlah deposit

dipinjamkan. 3. Semua deposit yang diterima merupakan deposit semasa. 4. Semua urus niaga dibayar dengan cek. 5. Tidak berlaku bocoran wang tunai daripada sistem bank. 6. Suasana pelaburan adalah baik. 7. Para pelabur mampu menyediakan cagaran untuk mendapatkan pinjaman bank.

Proses Penciptaan Wang Katakan Encik A memasukkan RM1000 ke dalam akaun semasanya di bank X. Bank X perlu menyimpan 20% daripada deposit semasa tersebut untuk memenuhi nisbah rizab bank pusat, iaitu RM200. Baki RM800 boleh dipinjamkan kepada Encik B untuk mendapatkan keuntungan. Bank X akan mengeluarkan satu cek bernilai RM800 kepada Encik B.

Harta (RM) Tanggungan (RM)

RizabPinjaman

200800

Deposit semasa 1000

Jumlah 1000 Jumlah 1000

Katakan Encik B memasukkan RM800 ke dalam akaun semasanya di bank Y. Ini membolehkan Bank Y menyimpam RM160 (RM800 x 20%) sebagai rizab dan lebihan rizab RM640 (RM800 – RM160) dipinjamkan kepada Encik C untuk mendapatkan keuntungan. Bank Y akan mengeluarkan satu cek bernilai RM640 kepada Encik C.

Page 88: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Harta (RM) Tanggungan (RM)

RizabPinjaman

160640

Deposit semasa 800

Jumlah 800 Jumlah 800

Proses penciptaan wang berterusan sehingga tiada lebihan rizab yang boleh dipinjamkan. Ini bermakna semua deposit semasa asal RM1000 daripada Encik A digunakan kesemuanya sebagai rizab oleh semua bank yang terlibat.

Hasil Penciptaan Kredit 1. Nilai pengganda wang

= 1 / nisbah rizab= 1/ 20% = 5.

2. Jumlah deposit semasa= deposit semasa asal x pengganda wang= RM1000 x 5 = RM5000.

3. Jumlah rizab= Rizab asal x pengganda wang= RM200 x 5 = RM1000.

4. Jumlah kredit pinjaman dicipta= Pinjaman asal x pengganda wang= RM800 x 5 = RM4000.

5. Tambahan bekalan wang= Jumlah deposit semasa – Deposit wang tunai= RM5000 – RM1000 = RM4000.

6. Keseluruhan proses penggandaan wang:

BankHarta (RM) Tanggungan

(RM)

Rizab (20%)

Pinjaman (80%) Deposit

AB

Lain-lain

200160640

8006402560

10008003200

Page 89: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Jumlah (RM) 1000 4000 5000

Dapatan-Dapatan

1. Penciptaan deposit semasa = penciptaan wang kerana deposit semasa ialah sebahagian daripada bekalan wang M1.

2. Bekalan wang dalam ekonomi akan bertambah berkali ganda apabila bank perdagangan mencipta deposit semasa.

3. Deposit semasa = wang bank4. Deposit utama = deposit semasa asal RM1000 yang diterima oleh Bank A.5. Deposit derivatif = Deposit semasa baru RM4000 yang diwujudkan oleh semua bank

berkenaan.6. Hanya bank-bank perdagangan boleh mencipta deposit semasa (wang) kerana pelanggan-

pelanggannya menggunakan cek sebagai wang untuk semua pembayaran.

Had-had Proses Penciptaan Wang Jumlah deposit semasa yang dapat diciptakan oleh bank-bank perdagangan tidak sebesar yang dijangkakan jika andaian-andaian di atas wujud.

Wang, Harga dan Aktiviti Ekonomi

Dengan memberikan rajah yang sesuai, terangkan perbezaan antara permintaan wang untuk tujuan urus niaga dengan permintaan wang untuk tujuan spekulasi..........[6]

Page 90: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Permintaan wang untuk tujuan urus niaga merupakan permintaan wang untuk membeli barang dan perkhidmatan. Permintaan wang untuk tujuan urus niaga dipengaruhi oleh pendapatan negara. Semakin tinggi pendapatan negara, semakin tinggi permintaan wang untuk tujuan urus niaga. Ini dapat ditunjukkan pada rajah (a). Pada pendapatan negara Y0, permintaan wang untuk tujuan urus niaga ialah M0. Apabila pendapatan negara meningkat ke Y1, permintaan wang untuk tujuan urus niaga meningkat ke M1. Ini bermakna wujud hubungan positif antara permintaan wang untuk tujuan urus niaga dengan pendapatan negara.

Permintaan wang untuk tujuan spekulasi merupakan permintaan wang untuk mendapat keuntungan dengan membeli bon pada harga rendah dan menjual semula pada harga tinggi. Permintaan wang untuk tujuan spekulasi dipengaruhi oleh kadar bunga. Semakin tinggi kadar bunga, semakin rendah harga bon dan permintaan wang untuk tujuan spekulasi akan berkurang. Sebaliknya, semakin rendah kadar bunga, semakin tinggi harga bon dan permintaan wang untuk tujuan spekulasi akan meningkat. Ini dapat ditunjukkan pada rajah (b). Pada kadar bunga yang

Page 91: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

tinggi, iaitu r0, permintaan wang untuk tujuan spekulasi ialah M0. Apabila kadar bunga turun ke r1, permintaan wang untuk tujuan spekulasi meningkat ke M1. Ini menunjukkan wujud hubungan negatif antara permintaan wang untuk tujuan spekulasi dengan kadar bunga.

Teori Kuantiti Wang Fisher Diperkenalkan oleh Profesor Irving Fisher, seorang ahli ekonomi Amerika terkenal.

Teori Kuantiti Wang ialah teori yang menjelaskan hubungan antara bekalan wang dengan tingkat harga umum.

Ia menyatakan bahawa permintaan wang adalah dipengaruhi oleh jumlah urus niaga dalam ekonomi. Oleh itu, permintaan wang akan bertambah apabila jumlah urus niaga dalam ekonomi bertambah.

Mengikut Analisis Fisher

MV = PT

dimanaM= Bekalan wang / penawaran wang dalam ekonomiV= Halaju pusingan wang (kekerapan satu unit mata wang bertukar tangan dalam ekonomi) =

Pendapatan negara (Y) / Penawaran wang (M)P= Tingkat harga umum (harga purata semua barang dan perkhidmatan yang diurusniagakan

dalam ekonomi).T= Jumlah urus niaga iaitu jumlah keluaran yang dijualbeli dalam ekonomi.

Andaian-Andaian Teori Kuantiti Wang Nilai V adalah tetapMengikut Fisher, V ditentukan oleh aktiviti urus niaga, institusi kewangan dan sistem pembayaran gaji yang bersifat tetap dalam jangka pendek.

Nilai T adalah tetapMengikut Fisher, ekonomi selalunya mencapai guna tenaga penuh. Oleh itu, jumlah keluaran tidak dapat ditambahkan.

Oleh itu, perubahan M akan menyebabkan perubahan P pada kadar yang sama.

Page 92: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Kelemahan Teori Kuantiti Wang Fisher Andaian bahawa halaju pusingan wang (V) adalah tetap berdasarkan andaian ekonomi lebih stabil dalam jangka masa pendek adalah tidak benar.Dalam keadaan sebenar, halaju pusingan wang sentiasa berubah. Semasa inflasi, halaju pusingan wang akan meningkat dan sebaliknya, semasa deflasi, halaju pusingan wang akan merosot.

Andaian bahawa ekonomi sentiasa mencapai guna tenaga penuh dan jumlah keluaran adalah tetap adalah tidak benar.Dalam keadaan sebenar, guna tenaga penuh jarang berlaku dalam sesebuah ekonomi. Apabila permintaan agregat bertambah semasa ekonomi melambung, jumlah keluaran akan bertambah dan kadar pengangguran akan berkurangan (dan guna tenaga penuh mungkin dicapai) dan sebaliknya, semasa ekonomi meleset, jumlah keluaran akan berkurangan dan kadar pengangguran akan meningkat.

Andaian tentang P hanya dipengaruhi oleh M adalah tidak benar. P turut dipengaruhi oleh V dan T melalui rumus P = MV / T.

Teori kuantiti wang tidak mengambil kira kesan perubahan permintaan wang terhadap tingkat harga umum. Apabila permintaan wang untuk tujuan urus niaga bertambah, V dan T akan bertambah.

Teori kuantiti wang tidak mengambil kira kesan perubahan kadar bunga terhadap tingkat harga umum.Kejatuhan kadar bunga semasa keadaan ekonomi meleset akan meningkatkan jumlah pelaburan dan penggunaan. Ini seterusnya akan meningkatkan permintaan agregat dan menaikkan tingkat harga umum. Sebaliknya, peningkatan kadar bunga semasa inflasi akan meningkatkan tabungan dan mengurangkan pelaburan. Ini seterusnya akan mengurangkan permintaan agregat dan menurunkan tingkat harga umum.

Analisis Cambridge (M = kPT) Teori kewangan yang diperkenalkan oleh Alfred Marshall, seorang ahli ekonomi British. Marshall menyatakan bahawa perubahan penawaran wang akan menyebabkan perubahan tingkat harga umum dengan kadar yang sama (% ΔM = %ΔP). M = kPT dimanaM= penawaran wangP= tingkat harga umumT= jumlah urus niagak= Jumlah urus niaga iaitu jumlah keluaran yang dijualbeli dalam ekonomi.

Oleh kerana MV = PT dan M = kPT, maka boleh disimpulkan bahawa

kPTV = PT

Page 93: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

atau

kV =1

Ini bermaksud k = 1 / V

Teori Pilihan Kecairan Keynes Permintaan wang bermakna pilihan kecairan atau pilihan ketunaian.

Orang ramai tetap hendak memegang wang tunai walaupun menerima bayaran faedah apabila menabung di bank perdagangan.

Permintaan wang dalam ekonomi adalah dipengaruhi oleh tujuan urus niaga, awasan, dan speklulasi.

Permintaan Wang — Tujuan Urus Niaga Sektor isi rumah meminta wang tunai untuk membeli barang-barang dan perkhidmatan. Sektor firma meminta wang tunai untuk membeli faktor-faktor pengeluaran.

Permintaan wang untuk tujuan urus niaga bergantung pada pendapatan. Apabila pendapatan meningkat, permintaan wang untuk tujuan urus niaga akan meningkat, dan sebaliknya, apabila pendapatan merosot, permintaan wang untuk tujuan urus niaga akan berkurangan.

Permintaan wang untuk tujuan urus niaga tidak bergantung pada kadar bunga.

Permintaan Wang — Tujuan Awasan Sektor isi rumah meminta wang tunai untuk membayar perbelanjaan di luar dugaan seperti membayar bil hospital atau bil membaiki kereta. Sektor firma meminta wang tunai untuk menjelaskan perbelanjaan yang tidak dirancangkan seperti menjelaskan bil membaiki kilang

Page 94: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

yang rosak akibat malapetaka atau menjelaskan bil bahan mentah yang telah naik harga secara tiba-tiba.

Permintaan wang untuk tujuan awasan bergantung pada pendapatan. Apabila pendapatan meningkat, permintaan wang untuk tujuan awasan akan meningkat, dan sebaliknya, apabila pendapatan merosot, permintaan wang untuk tujuan urus niaga akan berkurangan.

Permintaan wang untuk tujuan awasan tidak bergantung pada kadar bunga.

Permintaan Wang — Tujuan Spekulasi Wang untuk tujuan spekulasi akan digunakan untuk membeli bon atau saham bagi tujuan memperoleh keuntungan. Keuntungan akan diperoleh daripada kegiatan spekulasi dalam pasaran apabila membeli saham atau bon pada harga rendah dan menjualnya pada harga tinggi.

Permintaan wang bagi tujuan spekulasi bergantung pada tingkat kadar bunga. Apabila kadar bunga tinggi, permintaan wang bagi tujuan spekulasi adalah rendah, dan sebaliknya, apabila kadar bunga rendah, permintaan wang bagi tujuan spekulasi adalah tinggi.

Terbitan Keluk Permintaan Wang

Page 95: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Penawaran Wang 1. Dikawal oleh bank pusat.2. Jumlah penawaran wang tidak dipengaruhi oleh perubahan dalam kadar bunga.3. Mempengaruhi kestabilan ekonomi dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

Penawaran wang berlebihan mewujudkan masalah inflasi. Penawaran wang yang sedikit mewujudkan kelembapan pertumbuhan ekonomi / kemelesetan ekonomi dan masalah pengangguran.

4. Bagi menjamin penawaran wang sentiasa mencukupi, pengeluaran wang (oleh bank pusat) dan penciptaan kredit (oleh bank perdagangan) dikawal rapi oleh Bank Pusat.

Keseimbangan Permintaan dan Penawaran Wang: Keseimbangan Kadar Bunga

Page 96: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Perubahan Keseimbangan Kadar Bunga

Kegunaan Teori Pilihan Kecairan Keynes Menjelaskan kesan akhir pertambahan penawaran wang terhadap tingkat harga umum apabila

ekonomi belum mencapai guna tenaga penuh

Page 97: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Menjelaskan kesan pertambahan Wang Terhadap Aktiviti Ekonomi Pada Tingkat Guna Tenaga Penuh

Page 99: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Bab 5Objektif Pembelajaran Bab 5

1. Mendefinisikan pengangguran, menjelaskan jenis, sebab, kesan, dan langkah mengatasinya.

2. Menerangkan dan menghitung guna tenaga, tenaga buruh, dan kadar pengangguran di Malaysia.

3. Mendefinisikan inflasi, menjelaskan jenis, kesan, dan cara mengatasinya.4. Menerangkan indeks harga di Malaysia dan cara menghitung kadar inflasi Malaysia.5. Menerangkan kesan dasar fiskal dengan menggunakan pendekatan Keynesian dan AD-

AS.6. Menghuraikan bagaimana dasar kewangan digunakan untuk mengatasi masalah

makroekonomi.7. Menerangkan belanjawan negara Malaysia dan data belanjawan tersebut.8. Menerangkan hutang negara Malaysia dari segi sumber, jumlah semasa dan arah aliran.

Masalah Makroekonomi

Jenis-Jenis Pengangguran Pengangguran didefinisikan sebagai satu keadaan apabila individu-individu yang boleh bekerja dan ingin bekerja pada satu tingkat upah tertentu gagal mendapat sebarang pekerjaan.

Pengangguran dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti pengangguran bermusim, pengangguran tidak ketara dan pengangguran kitaran.

Pengangguran Bermusim

Penganguran bermusim hanya berlaku pada masa-masa tertentu sahaja dan cenderung wujud dalam sektor utama seperti sektor pertanian dan sektor perikanan.

Misalnya, semasa musim tengkujuh, para nelayan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia tidak dapat keluar ke laut untuk menangkap ikan. Oleh itu, mereka terpaksa menganggur sehingga musim tengkujuh berakhir.

Pengangguran Tidak Ketara

Pengangguran tidak ketara juga dikenali sebagai pengangguran tersembunnyi. Pengangguran ini biasanya berlaku dalam sektor pertanian.

Pengangguran tidak ketara berlaku apabila bilangan pekerja yang diambil bekerja dalam sesuatu sektor melebihi bilangan pekerja yang sebenarnya diperlukan. Lebihan pekerja yang ada tidak

Page 100: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

menyumbang kepada tingkat pengeluaran. Dalam erti kata lain, lebihan pekerja ini sebenarnya mempunyai daya pengeluaran sut sama dengan kosong.

Pengangguran Kitaran

Pengangguran kitaran wujud disebabkan perubahan yang berlaku dalam sesuatu kitaran ekonomi. Sesebuah ekonomi mungkin melambung pada mulanya, meleset dan kemudiannya melambung semual. Ekonomi mengalami kemelesetan apabila perbelanjaan agregat jatuh. Kejatuhan perbelanjaan agregat menyebabkan pengusaha-pengusaha mengurangkan permintaan terhadap tenaga buruh akibat kemerosotan pengeluaran dalam ekonomi. Pengurangan permintaan terhadap tenaga buruh secara berterusan akan menyebabkan pengangguran berlaku dalam ekonomi.

Dasar Fiskal

Penstabil Automatik Penstabil automatik merupakan beberapa bentuk perbelanjaan dan pendapatan kerajaan yang digunakan untuk mengurangkan turun naik aktiviti ekonomi negara. Semasa kemelesetan ekonomi, alat penstabil automatik akan digunakan untuk mengurangkan kadar kemerosotan ekonomi. Sebaliknya, semasa pertumbuhan ekonomi, alat penstabil automatik akan digunakan untuk melambatkan perkembangan ekonomi.

Misalnya, semasa pertumbuhan ekonomi, cukai pendapatan progresif akan dikenakan oleh kerajaan akan mengurangkan pendapatan boleh guna penduduk. Pengurangan pendapatan boleh guna mengurangkan penggunaan dan perbelanjaan agregat dalam ekonomi. Kesannya, kadar pertumbuhan ekonomi akan menjadi perlahan.

Cukai Progresif DefinisiCukai progresif ialah kadar cukai yang meningkat apabila pendapatan negara meningkat.

Cukai Progresif Sebagai Penstabil AutomatikCukai progresif dapat menstabilkan ekonomi kerana ia merupakan penstabil automatik.

Apabila pendapatan meningkat, hasil cukai yang meningkat akan memperlahankan perkembangan ekonomi.

Sebaliknya, apabila pendapatan berkurangan, hasil cukai yang merosot akan memperlahankan penguncupan ekonomi yang lebih teruk.

Page 101: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Cukai Regresif DefinisiCukai regresif ialah kadar cukai yang menurun apabila pendapatan negara meningkat.

Cukai Regresif Bukan Penstabil AutomatikCukai regresif tidak dapat menstabilkan ekonomi.

Sebaliknya, cukai regresif menyebabkan kemerosotan ekonomi yang lebih teruk dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dalam keadaan ekonomi melambung.

Dasa Fiskal Budi Bicara Dasa Fiskal Budi Bicara ialah dasar yang mengubah cukai dan perbelanjaan kerajaan untuk mempengaruhi kegiatan ekonomi negara. Dasar ini dijalankan untuk mengatasi masalah inflasi dan deflasi dalam ekonomi.

Misalnya, semasa inflasi, kerajaan akan mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan menambahkan kadar cukai untuk mengurangkan perbelanjaan agregat dalam ekonomi.

Belanjawan Negara di Malaysia

Perbelanjaan Mengurus Perbelanjaan mengurus ialah perbelanjaan semasa kerajaan atau perbelanjaan berulang kerajaan bagi membiayai pengurusan dan pentadbiran negara.

Ini termasuk perbelanjaan untuk gaji (emolumen) kakitangan awam, bayaran khidmat hutang, pencen dan ganjaran, pemberian subsidi kepada pengeluar dan pengguna, dan pemberian dan serahan kepada Kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun.

Perbelanjaan mengurus kerajaan tidak bergantung pada tingkat pendapatan negara. Walaupun pendapatan negara meningkat atau merosot, perbelanjaan mengurus kerajaan masih tetap sama.

Perbelanjaan Pembangunan Perbelanjaan pembangunan ialah perbelanjaan yang dilibatkan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan sosial negara.

Perbelanjaan pembangunan meliputi perbelanjaan membina sekolah, lapangan terbang, dan menyediakan infrastruktur.

Biasanya, tingkat perbelanjaan pembangunan kerajaan bergantung pada keadaan ekonomi

Page 102: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

negara. Apabila ekonomi mengalami kemelesetan, kerajaan akan menambahkan jumlah perbelanjaan pembangunan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Dasar Kewangan

Terangkan tiga langkah bagaimana dasar kewangan dapat mengatasi masalah inflasi dalam sesebuah ekonomi---[6] Langkah-langkah dasar kewangan untuk mengatasi masalah inflasi adalah dengan mengurangkan penawaran wang dan menaikkan kadar bunga di pasaran. Tiga daripadanya ialah:

Menaikkan nisbah rizab berkanunSemasa inflasi, bank pusat akan menaikkan nisbah rizab berkanun terhadap simpanan bank perdagangan di bank pusat. Ini menyebabkan keupayaan bank perdagangan untuk memberi pinjaman berkurang. Kuasa beli masyarakat akan berkurang dan permintaan agregat masyarakat turut berkurang. Maka, inflasi dapat diatasi.

Menaikkan kadar bank atau kadar diskaunSemasa inflasi, bank pusat akan menaikkan kadar bank terhadap pinjaman yang diberikan kepada bank perdagangan. Apabila bank pusat menaikkan kadar bank, ini akan menyebabkan bank perdagangan menaikkan kadar bunga terhadap pinjaman orang ramai. Kadar bunga yang tinggi menyebabkan kos meminjam meningkat dan pinjaman akan berkurang. Perbelanjaan isi rumah turut berkurang. Maka, inflasi dapat diatasi.

Menjual surat jaminan kerajaanSemasa inflasi, bank pusat akan menjual surat jaminan kerajaan kepada bank perdagangan dan orang ramai. Ini akan menyebabkan penawaran wang berkurang dalam masyarakat. Kuasa beli masyarakat akan berkurang dan permintaan agregat masyarakat turut berkurang. Maka, inflasi dapat diatasi.

Labels: Dasar Kewangan

Terangkan Tiga Cara Bagaimana Dasar Kewangan Dapat Mengatasi Masalah Pengangguran………[6] Tiga cara bagaimana dasar kewangan dapat mengatasi masalah pengangguran ialah:

Menurunkan nisbah rizab berkanunSemasa pengangguran, bank pusat akan menurunkan nisbah rizab berkanun terhadap simpanan yang dibuat oleh bank perdagangan. Ini akan menyebabkan keupayaan bank untuk memberi pinjaman meningkat. Kuasa beli masyarakat meningkat dan peluang pekerjaan turut meningkat untuk memenuhi permintaan agregat masyarakat. Maka, pengangguran akan berkurang.

Page 103: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Menurunkan kadar bank atau kadar diskaunSemasa pengangguran, bank pusat akan menurunkan kadar bank terhadap bank perdagangan. Kadar bank merupakan kadar bunga yang dikenakan oleh bank pusat terhadap pinjaman bank perdagangan. Apabila bank pusat menurunkan kadar bank, ini akan menyebabkan pelaburan bank perdagangan menurunkan kadar bunga terhadap pinjaman orang ramai. Kadar bunga yang rendah menyebabkan pelaburan meningkat. Ini menyebabkan peluang pekerjaan meningkat dan pengangguran akan berkurang.

Membeli surat jaminan kerajaanSemasa pengangguran, bank pusat akan membeli surat jaminan kerajaan daripada bank perdagangan dan orang ramai. Ini akan menyebabkan penawaran wang bertambah dalam masyarakat. Kuasa beli masyarakat meningkat dan peluang pekerjaan turut meningkat untuk memenuhi permintaan agregat masyarakat. Maka, pengangguran akan berkurang.

Page 104: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Bab 6Objektif Pembelajaran Bab 6

Perdagangan Antarabangsa

1. Menerangkan sebab perlunya perdagangan antarabangsa.2. Menerangkan faedah mutlak dan faedah berbanding dengan menggunakan jadual dan

rajah.3. Menganalisis aliran perdagangan Malaysia dari segi komposisi, arah aliran serta

perubahan struktur import dan eksport.4. Menghuraikan konsep kadar syarat perdagangan dan sekatan perdagangan.

Imbangan Pembayaran dan Kadar Pertukaran Asing

1. Memperincikan setiap akaun dalam imbangan pembayaran Malaysia.2. Menghuraikan konsep kadar pertukaran asing.3. Membincangkan secara ringkas isu dan kesan globalisasi di Malaysia.

Alasan Perlunya Perdagangan Antarabangsa

Perdagangan Antarabangsa Perdagangan Antarabangsa ialah pertukaran barang dan perkhidmatan antara negara-negara melalui kegiatan eksport dan import.

Alasan Menjalankan Perdagangan Antarabangsa

Ahli-ahli ekonomi berpendapat perdagangan antarabangsa membolehkan negara-negara mengeluarkan barangan pada keluk kemungkinan pengeluaran tetapi mencapai penggunaan di luar keluk tersebut. Perdagangan antarabangsa membolehkan pecapaian tingkat kebajikan yang lebih tinggi.

Setiap negara mempunyai jenis dan mutu barangan yang berbeza. Perdagangan antarabangsa membolehkan para pengeluar memperluaskan pasaran barangan dan para pengguna menikmati pilihan barangan yang lebih luas dan mutu barangan yang lebih tinggi.

Page 105: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Sebab Mengapa Keluaran Setiap Negara Berbeza Perbezaan sumber semula jadi

Perbezaan kemahiran buruh dan pengusaha

Perbezaan tingkat teknologi

Perbezaan cita rasa pengguna

Perbezaan corak penggunaan

Persaingan daripada firma asing menggalakkan firma tempatan berusaha meningkatkan kecekapan pengeluaran, menjalankan strategi memperluaskan pasaran antarabangsa dan berusaha meningkatkan pendapatan eksport. Para pengguna turut menikmati harga barangan import yang lebih murah.

Pengkhususan dalam pengeluaran membolehkan firma-firma menikmati ekonomi bidangan dan mengurangkan kos per unit (kos purata)keluaran.

Pandangan ahli ekonomi Adam Smith (yang mengemukakan Teori Faedah Mutlak dan David Ricardo (yang mengemukakan Teori Faedah Berbanding) tentang keuntungan daripada pengkhususan dan perdagangan bebas (pertukaran barang antara negara tanpa sekatan tarif, sudsidi eksport dan kawalan kastam), telah menjadi asas kepada perdagangan antarabangsa sehingga sekarang.

Faedah Pengkhususan

Faedah Mutlak Kesanggupan sesebuah negara untuk mengeluarkan lebih banyak barang tertentu daripada negara lain berdasarkan sejumlah faktor pengeluaran dan tingkat teknologi yang sama.

Negara Kain (meter) Basikal

X 1000 200

Y 800 400

Negara X mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran kain (lebih banyak kain).Negara Y mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran basikal (lebih banyak basikal).Perdagangan di antara negara X dan negara Y akan menguntungkan kedua-dua buah negara tersebut.

Page 106: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Faedah Berbanding Faedah berbanding ialah faedah yang dinikmati sesebuah negara apabila negara tersebut dapat mengeluarkan sesuatu barang dengan kos melepas yang lebih rendah daripada negara lain dengan menggunakan kuantiti sumber ekonomi yang sama dan tingkat teknologi yang sama.

Negara Kereta(buah)

Motosikal(buah)

Kos Lepas bagi sebuah kereta

Kos lepas bagi sebuah motosikal

R 100 300 300/100 = 3 buah motosikal

100/300 = 0.3 buah kereta

S 250 350 350/250 = 1.4 buah motosikal

250/350 = 0.7 buah kereta

Berdasarkan jadual di atas, dengan menggunakan kuantiti faktor yang sama dan tingkat teknologi yang sama, negara S adalah lebih cekap (mempunyai faedah mutlak) dalam pengeluaran kereta dan motosikal berbanding dengan negara R. Dalam situasi sedemikian, sama ada perdagangan antarabangsa dapat dijalankan antara kedua-dua negara ini bergantung pada kos melepas yang dilibatkan oleh kedua-dua buah negara dalam mengeluarkan getah dan beras.

Berdasarkan jadual di atas, negara R mempunyai kos melepas yang lebih rendah dalam pengeluaran motosikal berbanding dengan negara S. Sebaliknya, negara S mempunyai kos melepas yang lebih rendah dalam pengeluaran kereta berbanding dengan negara R. Oleh itu, negara R mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran motosikal, manakala negara S mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran kereta.

Negara Radio(buah)

Perabot(buah)

Kos Lepas per unit radio

Kos lepas per unit perabot

X 10 20 20/10 = 2 unit perabot 10/20 = 0.5 unit radio

Y 5 10 10/5 = 2 unit perabot 5/10 = 0.5 unit radio

Kes di atas menunjukkan kos lepas bagi pengeluaran perabot dan radio adalah sama di kedua-dua buah negara tersebut. Maka kedua-dua negara tidak mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran radio atau perabot. Oleh itu, tidak wujud perdagangan antarabangsa.

Arah Aliran Perdagangan Corak eksport dan import di antara negara-negara ditentukan oleh faedah mutlak atau faedah berbanding. Perdagangan antarabangsa akan menguntungkan semua negara sekiranya setiap

Page 107: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

negara menikmati faedah mutlak atau faedah berbanding dalam sekurang-kurangnya satu jenis barang.

Pengkhususan dan Laba (keuntungan) Perdagangan Antarabangsa Akibat Faedah Mutlak (Kaedah Jadual)

1. Andaian-andaiana. Terdapat dua buah negara sahaja yang mengeluarkan dua jenis barang. b. kedua-dua buah negara menggunakan dua orang buruh yang sama cekap pada

tingkat teknologi yang sama. c. mobiliti faktor-faktor pengeluaran adalah sempurna. d. ekonomi adalah pada tingkat guna tenaga penuh.e. kos pengangkutan adalah sifar.f. sistem perdagangan antarabangsa adalah perdagangan bebas.

2. Contoh

Negara Kain (meter) Basikal

X 1000 200

Y 800 400

3.a. Pengeluaran Sebelum pengkhususan

Negara X menikmati faedah mutlak dalam pengeluaran kain dan negara Y menikmati faedah mutlak dalam pengeluaran basikal.

b. Pengeluaran Selepas Pengkhususan

Negara Kain (meter) BasikalX 2000 −Y − 800

Pengkhususan membolehkan buruh digunakan dengan lebih cekap. Ini menyebabkan jumlah keluaran kain di pasaran antarabangsa bertambah daripada 1800 meter kepada 2000 meter. Jumlah keluaran basikal pula bertambah daripada 600 buah kepada 800 buah.

c. Penentuan Kadar Pertukaran Eksport dan ImportKadar pertukaran kain dan basikal bergantung kepada persetujuan antara negara X dan Y berpandukan harga relatif kain dan basikal.

Page 108: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Memandangkan harga relatif kain dan basikal di negara X ialah 1 meter kain = 0.2 buah basikal dan harga relatif kain dan basikal di negara Y ialah 1 meter kain = 0.5 buah basikal, maka laba perdagangan akan diperoleh oleh kedua-dua buah negara sekiranya kadar pertukaran eksport dan import adalah antara lingkungan harga 1 meter kain = 0.2 hingga 0.5 buah basikal.Katakan kadar pertukaran yang dipersetujui ialah 1 meter kain = 0.4 buah basikal.

d. Penggunaan Selepas Perdagangan

Negara Kain (meter) Basikal

X 1100 360

Y 900 440

e.Katakan negara X ingin mengimport 360 buah basikal daripada negara Y. Memandangkan kadar pertukaran yang dipersetujui ialah 1 meter kain = 0.4 buah basikal, ini bererti negara X perlu mengeksport 900 meter kain kepada negara Y dan negara Y perlu mengeksport 360 buah basikal kepada negara X.

f. Laba Perdagangan AntarabangsaSelepas perdagangan antarabangsa, penggunaan kain di negara X +100 meter (1000 meter kepada 1100 meter). Penggunaan kain di negara Y +100 meter (800 meter kepada 900 meter).Penggunaan basikal di negara X +160 buah (200 buah kepada 360 buah). Penggunaan basikal di negara Y +40 buah (400 buah kepada 440 buah).

Pengkhususan dan Laba (keuntungan) Perdagangan Antarabangsa Akibat Faedah Berbanding (Kaedah Jadual)

1. Andaian-andaiana. Terdapat dua buah negara sahaja yang mengeluarkan dua jenis barang. b. kedua-dua buah negara menggunakan dua orang buruh yang sama cekap pada

tingkat teknologi yang sama. c. mobiliti faktor-faktor pengeluaran adalah sempurna. d. ekonomi adalah pada tingkat guna tenaga penuh.e. kos pengangkutan adalah sifar.f. sistem perdagangan antarabangsa adalah perdagangan bebas.

2. Contoh

Negara Kereta Motosikal Kos Lepas bagi Kos lepas bagi

Page 109: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

(buah) (buah) sebuah kereta sebuah motosikal

R 100 300 300/100 = 3 buah motosikal

100/300 = 0.3 buah kereta

S 250 350 350/250 = 1.4 buah motosikal

250/350 = 0.7 buah kereta

3.a. Pengeluaran Sebelum pengkhususan

Negara S menikmati faedah mutlak dalam kedua-dua pengeluaran kereta dan motosikal.Namun begitu, negara R menikmati faedah berbanding dalam pengeluaran motosikal. Harga motosikal lebih murah di negara R. Kos lepas yang ditanngung ialah 0.3 buah kereta sahaja.Negara S menikmati faedah berbanding dalam pengeluaran kereta. Harga kereta lebih murah di negara S. Kos lepas yang ditanggung ialah 1.4 buah motosikal sahaja.

b. Pengeluaran Selepas Pengkhususan

Negara Kereta (buah) Motosikal (buah)

R − 600

S 500 −

Pengkhususan membolehkan buruh digunakan dengan lebih cekap. Ini menyebabkan jumlah keluaran kereta di pasaran antarabangsa bertambah daripada 350 buah kepada 500 buah. Walau bagaimanapun, jumlah keluaran motosikal di pasaran antarabangsa telah berkurangan daripada 650 buah kepada 600 buah.Pengkhususan antarabangsa masih menguntungkan kerana pertambahan keluaran kereta sebanyak 150 buah hanya melibatkan pengurangan keluaran motosikal sebanyak 50 buah sahaja.

c. Penentuan Kadar Pertukaran Eksport dan ImportKadar pertukaran kereta dan motosikal bergantung kepada persetujuan antara negara R dan S berpandukan harga relatif kereta dan motosikal.Memandangkan harga relatif kereta dan motosikal di negara R ialah 1 kereta = 3 motosikal dan harga relatif kereta dan motosikal di negara S ialah 1 kereta = 1.4 motosikal, maka laba perdagangan akan diperoleh oleh kedua-dua buah negara sekiranya kadar pertukaran eksport dan import adalah antara lingkungan harga 1 kereta = 1.4 hingga 3 motosikal.Katakan kadar pertukaran yang dipersetujui ialah 1 kereta = 2 motosikal.

Page 110: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

d. Penggunaan Selepas Perdagangan

Negara Kereta (buah) Motosikal (buah)

R 150 300

S 350 300

e.Katakan negara R ingin mengimport 150 kereta daripada negara S. Memandangkan kadar pertukaran yang dipersetujui ialah 1 kereta = 2 motosikal, ini bererti negara R perlu mengeksport 300 motosikal kepada negara S dan negara S perlu mengeksport 150 kereta kepada negara R.

f. Laba Perdagangan AntarabangsaSelepas perdagangan antarabangsa, penggunaan kereta di negara R +50 buah (100 buah kepada 150 buah). Penggunaan kereta di negara S +100 meter (250 buah kepada 350 buah).Penggunaan motosikal di negara R tidak berubah. Penggunaan motosikal di negara S −50 buah (350 buah kepada 300 buah). Pengurangan penggunaan motosikal sebanyak 50 buah (atau 25 buah kereta memandangkan 1 kereta = 2 motosikal) dan peningkatan penggunaan kereta sebanyak 100 buah di negara S bererti negara S tetap menikmati laba perdagangan antarabangsa.

Aliran Perdagangan Malaysia

Pengenalan Keteguhan ekonomi Malaysia sangat bergantung kepada arahan aliran dalam harga dan kuantiti eksport-import. Bahagian eksport-import barangan ialah 70-85% daripada KNK pada tahun 1990-an.

Komposisi, Arah Aliran dan Perubahan Struktur Eksport Barang Malaysia

1. Komposisi Eksport Barang Malaysia terdiri daripada barang pertanian seperti getah. kayu balak, minyak kelapa sawit dll, Barang logam/ Galian seperti bijih timah, petroleum, gas asli cecair dll, dan Barang Perkilangan seperti kelengkapan pengangkutan, makanan, mesin-mesin elektrik dan alat ganti dll.

2. Komposisi eksport Malaysia telah mengalami perubahan besar dalam jangka masa 1960-2000. Peratus sumbangan barang pertanian berkurangan dan peratus sumbangan barang perkilangan bertambah.

Page 111: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

3. Kemerosotan sumbangan barang pertanian berlaku kepada eksport getah manakala eksport kayu balak dan minyak kelapa sawit menampakkan kenaikan.

4. Eksport bijih timah telah merosot semenjak tahun 1970 disebabkan oleh penutupan lombong-lombong bijih timah. Kepentingan eksport bijih timah telah diambil alih oleh eksport petroleum.

5. Eksport barang perkilangan telah meningkat daripada 8.5% pada 1960 kepada 88.6% pada 2000. Pertambahan yang nyata berlaku dalam pengeksportan mesin-mesin elektrik dan alat ganti.

6. Eksport barang perkilangan yang semakin meningkat menggambarkan perubahan dalam struktur pengeluaran Malaysia yang mengurangkan pergantungan kepada keluaran komoditi utama. Dasar mempelbagaikan ekonomi yang dilaksanakan untuk mengurangkan kesan buruk ketidakstabilan harga komoditi utama telah menggalakkan perkembangan pesat dalam jumlah eksport serta perluasan barang eksport baru.

7. Perkembangan pesat dalam eksport barang perkilangan terjadi selepas penubuhan zon-zon perdagangan bebas pada tahun 1972. Mesin-mesin elektrik dan alat ganti adalah keluaran utama.

8. Pada tahun 1980, komposisi eksport barang Malaysa dibezakan kepada barang utama (barang pertanian dan bahan logam) dan barang perkilangan. Eksport barang utama ialah penyumbang terbesar kepada pendapatan eksport pada 1960-1985 walaupun sumbangannya semakin merosot. Mulai tahun 1990, eksport barang perkilangan telah menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan eksport Malaysia.

9. Prestasi eksport barang utama dan barang perkilangan terus meningkat pada abad ke-21 kerana struktur eksport yang semakin luas dan kedudukan barang perkilangan yang lebih kompetitif di pasaran antarabangsa.

10. Namun begitu, Malaysia perlu mempelbagaikan lagi komposisi barang perkilangan untuk mengurangkan kesan negatif pengaruh luar yang boleh menjejaskan eksport negara.

Komposisi, Arah Aliran dan Perubahan Struktur Import Barang Malaysia

1. Komposisi Import Barang Malaysia terdiri daripada Barang Pengguna seperti makanan, minuman dan tembakau, barang keluaran kilang dll, Barang pelaburan seperti jentera pengangkutan dll, Barang Perantaraan seperti bahan mentah, bahan api, bahan kimia dll dan Import Bagi Eksport Semula.

2. Import barang pengguna semakin berkurangan sejak tahun 1965 kerana usaha Malaysia memajukan industri penggantian import untuk mencapai tingkat mampu diri.

Page 112: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

3. Import barang pelaburan (terutamanya jentera dan kelengkapan) dan barang perantaraan (terutamanya untuk perkilangan dan pembinaan) meningkat selaras dengan perkembangan sektor perkilangan di Malaysia.

4. Import barang pelaburan dan barang perantaraan pada masa kini ialah 80%-90% daripada jumlah import selaras dengan dasar perindustrian Malaysia.

5. Import bagi eksport semula Malaysia terdiri daripada bijih timah dan gas asli. Arah aliranya turun naik.

6. Usaha perlu dilakukan untuk meningkat eksport dan mengurangkan import untuk memperbaiki imbangan perdagangan dan imbangan pembayaran Malaysia.

Komposisi, Arah Aliran dan Perubahan Struktur Eksport-Import Perkhidmatan Malaysia

1. Komposisi Eksport-Import Perkhidmatan Malaysia terdiri daripada Perkapalan dan Insurans (khasnya pengangkutan laut), Pengankutan Lain (khasnya pengangkutan udara), Perjalanan (termasuk pendidikan di luar negara, pelancongan dan perjalanan untuk perniagaan), Pendapatan Pelaburan (pembayaran kepada pelaburan asing dan pembayaran bunga terhadap hutang luar negara), Urus Niaga Kerajaan (perbelanjaan kedutaan di luar negara) dan Lain-Lain (termasuk bayaran kontrak dan profesional).

2. Eksport dan Import Perkhidmatan Malaysia menunjukkan arah aliran yang meningkat. Namun begitu, Malaysia masih lemah dari segi engeksportan perkhidmatan ke luar negara memandangkan nilai eksport perkhidmatan sentiasa kurang daripada nilai import perkhidmatan Malaysia. Ini menimbulan masalah defisit dalam imbangan perkhidmatan Malaysia.

3. Pada masa kini, Perjalanan merupakan penyumbang terbesar Eksport Perkhidmatan Malaysia, ekoran daripada galakan kerajaan dalam sektor pelancongan dan institusi pengajian tinggi.

4. Pendapatan Pelaburan merupakan komponen import perkhidmatan terbesar Malaysia pada masa kini., akibat dariapada pelaburan asing dalam sektor perkilangan.

5. Usaha memperbaiki imbangan perkhidmatan negara merupakan satu cabaran kepada kerajaan Malaysia.

Kadar Syarat Perdagangan

Definisi Kadar syarat perdagangan menunjukkan nisbah antara indeks harga eksport dengan indekss harga import.

Kadar syarat perdagangan = (Indeks harga eksport / Indeks harga import) × 100

Page 113: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Apabila indeks harga eksport melebih indeks harga import, kadar syarat perdagangan bagi sesebuah negara akan menjadi lebih baik. Sebaliknya, jika indeks harga import melebihi indeks harga eksport, kadar syarat perdagangan bagi sesebuah negara akan merosot.

Kadar syarat perdagangan di negara maju lebih baik berbanding dengan negara membangun Kadar syarat perdagangan di negara maju lebih baik berbanding dengan negara membangun sebab di negara maju, indeks harga eksport cenderung melebihi indeks harga import. Keadaan ini berlaku disebabkan perbezaan corak eksport dan import antara negara maju dengan negara membangun.

Barang eksport kebanyakan negara maju terdiri daripada barang perkilangan atau barang akhir. Barang-barang seperti ini biasanya dieksport pada harga yang tinggi. Barang import negara maju pula terdiri daripada bahan mentah atau barang pertanian yang biasanya dibeli daripada negara membangun pada harga yang rendah.

Oleh sebab harga eksport lebih tinggi dan harga import lebih rendah di negara maju, kadar syarat perdagangan di negara maju adalah lebih baik berbanding dengan negara membangun.

Sekatan Perdagangan Bebas

Perdagangan Antarabangsa Terkawal Sekatan perdagangan adalah dasar perdagangan luar kerajaan dalam mengawal eksport dan import negara. Ia bertujuan melindungi kepentingan ekonomi negara berkenaan. Tanpa sekatan-sekatan ini, negara berkenaan mungkin mengalami defisit/ kerugian dalam imbangan perdagangan, dan inflasi yang diimport dan kemelesetan ekonomi yang berpunca dari negara-negara lain /ketidakstabilan ekonomi.

Dasar Perlindungan Perdagangan Dasar Perlindungan Perdagangan merupakan langkah kerajaan memberi perlindungan kepada industri tempatan daripada persaingan pasaran luar negara supaya industri tempatan dapat berkembang dengan sihat.

Bentuk perlindungan perdagangan meliputi tarif import, kuota, kawalan pertukaran asing dan pemberian subsidi eksport.

Page 114: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Sebab-Sebab Sekatan (Alasan Dasar Perlindungan Perdagangan) Melindungi Industri Penting/ Strategik

Industri beras dan industri senjata api perlu dilindungi oleh kerajaan kerana amat penting sewaktu kecemasan, contohnya ketika negara diserang oleh negara lain.

Sekatan seperti tarif dikenakan untuk memastikan industri-industri ini berkembang maju dan mampu menghasilkan bekalan yang mencukupi kepada negara.

Melindungi Industri Muda

Industri muda merupakan industri baru yang masih belum berkembang. Berbanding dengan industri maju, industri muda mempunyai daya saing yang rendah. Keluaran industri muda belum setanding dari segi kualiti dan harga.

Industri muda masih belum menikmati ekonomi bidangan dan kos purata pengeluaran masih tinggi daripada industri barang import.

Industri muda masih belum mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada orang ramai. Pasarannya masih terhad dan keupayaan pengeluarannya masih di bawah tingkat optimum.

Sekatan terhadap kemasukan barang import seperti tarif import dan kuota dikenakan untuk membolehkan industri muda tempatan berkembang dan berkeupayaan bertanding dengan industri asing.

Contoh industri muda — industri kereta Proton di Malaysia.

Mempelbagaikan Ekonomi Negara

Kebanyakan negara sedang membangun mengamalkan kegiatan ekonomi tradisional/ kegiatan pertanian yang rendah daya pengeluaran dan pendapatannya.

Usaha mempelbagaikan ekonomi negara, khasnya memajukan industri perkilangan, bertujuan mengurangkan pergantungan negara pada import dan eksport tertentu, menaikkan daya pengeluaran dan pendapatan negara, dan menstabilkan ekonomi negara.

Untuk menjayakan usaha mempelbagaikan ekonomi negara, kerajaan melaksanakan dasar menyekat import barangan yang bersaing dengan keluaran tempatan seperti mengenakan tarif import atau kuota import, dan dasar menggalakkan eksport untuk meninggikan daya persaingan barangan eksport negara di pasaran antarabangsa.

Meningkatkan Guna Tenaga

Page 115: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Perkembangan industri-industri tempatan terutamanya industri perkilangan dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan.

Kadar pengangguran dalam sesebuah negara dapat dikurangkan.

Memperbaiki Imbangan Pembayaran Defisit (Negatif )

Masalah imbangan pembayaran defisit wujud apabila nilai import sesebuah negara melebihi nilai eksportnya.

kebanyakan negara membangun mempunyai jumlah perbelanjaan import melebihi jumlah pendapatan eksport.

Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, kerajaan harus berusaha mengurangkan nilai import dan meningkatkan nilai eksport. Nilai import dapat dikurangkan dengan mengadakan sekatan terhadap kemasukan barang import melalui tarif import, kuota dan kawalan pertukaran asing.

Galakan-galakan eksport seperti subsidi eksport digunakan untuk menambahkan nilai eksport.

Menentang Dasar Lambakan Negara Asing

Dasar lambakan dilaksanakan oleh sesetengah negara untuk memonopoli pasaran negara dagangnya dengan menjual barangan pada harga yang jauh lebih rendah.

Ini menyebabkan industri barang berkaitan di negara dagangnya kehilangan pasaran. Akibatnya, masalah pengangguran berlaku.

Sekatan import seperti tarif import atau kuota bertujuan melindungi industri tempatan yang mengeluarkan barang berkaitan.

Menambah Pendapatan Kerajaan

Duti import/tarif dikenakan untuk menambahkan pendapatan kerajaan. Ini dapat membiayai lebihan perbelanjan kerajaan.

Alasan Berdikari

Sekatan import dapat memajukan industri penggantian import dalam negara.

Subsidi eksport dapat memajukan industri berorientasikan eksport.

Negara dapat berdikari tanpa terlalu bergantung pada eksport-import apabila industri penggantian import dan industri berorientasikan eksport dapat dimajukan dan ekonomi negara dapat dipelbagaikan.

Page 116: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Dengan itu, kestabilan ekonomi negara terjamin tanpa terlalu bergantung kepada keadaan melambung meleset di negara-negara asing.

Jenis-Jenis Sekatan Tarif

Tarif merupakan cukai yang dikenakan oleh kerajaan terhadap barang dan perkhidmatan yang diimport. Apabila tarif import dikenakan, harga import meningkat dan kuantiti barang import yang diminta akan jatuh.

Tarif Ad-Valorem − Cukai import yang dihitung berdasarkan harga barang import.

Jika tarif ialah 50%, maka barang import yang bernilai RM20,000 dikenakan jumlah cukai sebanyak RM10,000, manakala barang import yang bernilai RM40,000 dikenakan jumlah cukai sebanyak RM20,000.

Tarif Spesifik − Cukai tetap yang dihitung berdasarkan kuantiti barang import.

Jika tarif ialah RM30 setiap 100 kilogram beras import, cukai import beras tersebut adalah tetap tidak kira harga beras import naik atau turun.

Sekatan tarif akan

1. menaikkan harga import barangan,2. mengurangan permintaan tempatan terhadap barangan import,3. menambahkan permintaan tempatan terhadap barangan pengganti import,4. memperbaiki imbangan perdagangan dan imbangan pembayaran negara,5. menambahkan pendapatan negara.

Sekatan Bukan Tarif

Kuota

Kuota merupakan tindakan kerajaan mengehadkan kuantiti maksimum barang atau perkhidmatan yang boleh diimport dari luar negara untuk satu tempoh masa tertentu.

Sekatan kuota akan mengurangkan dan menghadkan jumlah kuantiti import. Apabila kuota dikenakan, penawaran barang import akan jatuh. Kesannya, kuantiti barang import dalam pasaran tempatan akan berkurangan.

Page 117: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Kekurangan barang import dalam pasaran tempatan akan mendorong pengguna untuk membeli lebih banyak barang tempatan.

Sekatan kuota lebih berkesan daripada tarif untuk mengurangkan persaingan dari luar apabila permintaan tempatan terhadap barang import tidak anjal harga, iaitu keadaan di mana peratus penurunan kuantiti diimport adalah sedikit sahaja walaupun harga import barangan meningkat dengan mendadak.

Kawalan Pertukaran Asing

Kawalan pertukaran asing merupakan tindakan kerajaan campur tangan dalam pasaran pertukaran asing. Bank pusat mengawal terhadap jumlah pelbagai mata wang asing yang dapat dibeli oleh pengimport tempatan.

Mata wang asing diperlukan untuk mengimport barang dari luar negara. Bagi mengurangkan import dari sesebuah negara, kerajaan akan mengurangkan penawaran mata wang negara tersebut dalam pasaran.

Apabila BNM mengurangkan jumlah Dolar Amerika yang dapat dibeli oleh pengimport Malaysia, import dari Amerika akan disekat.

Apabila BNM menghadkan hanya RM1000 per orang yang boleh dibawa ke luar negara, jumlah perbelanjaan di luar negara akan dikurangkan.

Kawalan pertukaran asing dapat menggalakkan perkembangan industri pengganti import dalam negara.

Subsidi Eksport

Bantuan kewangan daripada kerajaan kepada pengeluar yang berorientasikan eksport.

Subsidi eksport akan mengurangkan tanggungan kos pengeluar dan seterusnya menurunkan harga barang eksport.

Subsidi eksport akan meninggikan kuasa persaingan barang eksport dan menyekat persaingan eksport negara asing di pasaran antarabangsa.

Pemberian subsidi eksport oleh kerajaan Malaysia kepada pengeluar minyak kelapa sawit di Malaysia telah meningkatkan eksport minyak kelapa sawit Malaysia dan mengurangkan eksport minyak kacang soya Amerika di pasaran antarabangsa.

Embargo

Dasar pemulauan yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap import dari negara tertentu.

Page 118: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Semua pihak berkuasa tempatan di pelabuhan, lapangan terbang dan stesen keretapi melarang barang dari negara yang dikenakan embargo dibawa masuk ke dalam negara.

Sekatan embargo bertujuan menyekat import dan seterusnya menjejaskan ekonomi negara musuh atau negara yang melanggar prinsip kemanusiaan dunia.

Piawai Kesihatan dan Keselamatan

Sekatan dalam bentuk peraturan mengawal jenis barang import.

Barang import yang tidak mematuhi Piawai Kesihatan Dan Keselamatan kerajaan tidak boleh dibawa masuk ke dalam negara.

Kesan Pengenaan Kuota Import

1. Sebelum perdagangan antarabangsa, DD=keluk permintaan dan SS=keluk penawaran.2. Selepas perdagangan antarabangsa, keluk penawaran=SASA. Tingkat harga kereta 0P0.

Jumlah permintaan kereta=0Q3. Jumlah penawaran kereta dalam negara =0Q0. Jumlah kereta diimport=Q0Q3.

3. Selepas kuota import dikenakan, keluk penawaran=SKSK. Tingkat harga kereta 0P1. Jumlah permintaan kereta=0Q2. Jumlah penawaran kereta dalam negara =0Q1. Jumlah kereta diimport=Q1Q2.

4. Kesan kuota import a. Harga kereta meningkat.b. Permintaan kereta menurun.

Page 119: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

c. Penawaran kereta dalam negara meningkat/ Pertumbuhan industri pengganti import.

d. Jumlah kereta diimport berkurangan/ Perbelanjaan import menurun.e. Peningkatan guna tenaga dan pengurangan kadar pengangguran.

Kesan Pengenaan Tarif

1. Sebelum perdagangan antarabangsa, DD=keluk permintaan dan SS=keluk penawaran.2. Selepas perdagangan antarabangsa, keluk penawaran=SASA. Tingkat harga kereta 0P0.

Jumlah permintaan kereta=0Q3. Jumlah penawaran kereta dalam negara =0Q0. Jumlah kereta diimport=Q0Q3.

3. Selepas tarif sebesar P0P1 dikenakan, keluk penawaran=STST. Tingkat harga kereta 0P1. Jumlah permintaan kereta=0Q2. Jumlah penawaran kereta dalam negara =0Q1. Jumlah kereta diimport=Q1Q2.

4. Kesan Positif Tarif a. Harga kereta meningkat.b. Permintaan kereta menurun.c. Penawaran kereta dalam negara meningkat/ Pertumbuhan industri pengganti

import.d. Jumlah kereta diimport berkurangan/ Perbelanjaan import menurun.e. Hasil kerajaan=CEGH.f. Peningkatan guna tenaga dan pengurangan kadar pengangguran.

5. Kesan Negatif Tarif

Page 120: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

a. Herotan (Distortion) dalam peruntukan sumber apabila sumber yang mungkin boleh digunakan dengan lebih cekap di industri lain dialihkan ke industri pengganti import.

b. Pengguna terpaksa menanggung perbelanjaan yang lebih besar akibat tarif.c. Pengguna menikmati barangan kurang bermutu seandainya perlindungan industri

tempatan tidak disertai dengan peningkatan mutu barang.d. Kekurangan persaingan dari luar negara mungkin mengurangkan galakan industri

pengganti import untuk meninggikan kecekapan pengeluaran.e. Tindak balas yang sama dari negara-negara yang dikenakan tarif. Ini akan

menjejaskan perkembangan industri eksport negara.

Kadar Pertukaran Asing

Bagaimanakah kadar pertukaran mata wang asing ditentukan dalam sistem kadar pertukaran boleh ubah? --- [6] Kadar pertukaran mata wang asing dalam sistem kadar pertukaran boleh ubah ditentukan melalui interaksi antara permintaan dengan penawaran mata wang asing di pasaran.

Rajah di atas menunjukkan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia dengan Dolar Amerika Syarikat. Keseimbangan dicapai pada titik E apabila keluk permintaan Dolar US (DD) bersilang dengan keluk penawaran Dolar US (SS) pada kadar pertukaran US$1.00 = RM3.60.

Andaikan kadar pertukaran meningkat menjadi US$1.00 = RM3.80. Ini bermakna Ringgit Malaysia mengalami susut nilai. Ini menyebabkan wujud lebihan penawaran Dolar US sebanyak Q2Q1 di pasaran. Lebihan penawaran Dolar US menyebabkan kadar pertukaran turun sehingga mencapai keseimbangan semula pada titik E apabila DD = SS pada kadar pertukaran US$1.00 = RM3.60.

Page 121: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Andaikan kadar pertukaran turun menjadi US$1.00=RM3.40. Ini bermakna Ringgit Malaysia mengalami naik nilai. Ini menyebabkan wujud lebihan permintaan Dolar US sebanyak Q2Q1 di pasaran. Lebihan permintaan Dolar US menyebabkan kadar pertukaran naik sehingga mencapai keseimbangan semula pada titik E apabila DD = SS pada kadar pertukaran US$1.00 = RM3.60.

Globalisasi

(a) Apakah maksud globalisasi?..........[2](b) Terangkan dua faedah yang dapat dinikmati sesebuah negara daripada globalisasi...........[4]

(a) Globalisasi ialah peningkatan salingan bergantungan antara negara-negara dari segi ekonomi, sosial dan politik. Globalisasi melibatkan aktiviti pengaliran barang dan perkhidmatan, wang dan modal di peringkat antarabangsa.

(b) Dua faedah yang dapat dinikmati oleh sesebuah negara daripada globalisasi ialah:Pilihan pengguna bertambahGlobalisasi menyebabkan kemasukan barang import yang semakin meluas di pasaran. Keadaan ini menyebabkan pilihan pengguna semakin bertambah. Mereka dapat membeli barang import di dalam negara tanpa perlu mendapatkan barang tersebut dari pasaran luar negara. Persaingan antara pengeluar di pasaran akan menggalakkan pengeluar untuk meningkatkan kualiti barang yang dikeluarkan. Ini akan meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

Harga barang lebih murahKemasukan barang import yang semakin meluas di pasaran menggalakkan persaingan harga yang semakin sengit di kalangan pengeluar barang yang sama. Keadaan ini menyebabkan barang tersebut akan dijual pada harga yang lebih rendah di pasaran. Harga barang yang lebih rendah akan menguntungkan pengguna kerana kuasa beli mereka meningkat.

Definisi Globalisasi Globalisasi ialah peningkatan saling bergantungan antara sebuah negara dengan negara lain, terutama dari segi ekonomi sehingga mewujudkan satu pasaran ekonomi dunia yang tidak dihadkan oleh sempadan negara.

Melalui globalisasi, apa yang berlaku di sesebuah negara akan mempengaruhi keadaan politik, ekonomi dan sosial negara lain.

Faktor-Faktor Menggalakkan Globalisasi Kemajuan Sistem Komunikasi

Page 122: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Penggunaan alat komunikasi yang canggih seperti faksimile, telesidang dan internet telah membolehkan negara-negara di dunia memperoleh maklumat perdagangan dan ekonomi dengan cepat dan tepat. Ini seterunya telah melicinkan kegiatan perdagangan antara negara tanpa dibataskan oleh jarak dan sempadan.

Pengurangan sekatan perdagangan

Pengurangan sekatan perdagangan antara negara telah meningkatkan liberalisasi perdagangan dan memudahkan proses pembentukan perjanjian perdagangan pelbagai hala bagi memanfaatkan ekonomi negara masing-masing. Kesannya, kegiatan perdagangan dapat dijalankan dengan lebih lancar.

Kemajuan sistem pengangkutan

Kemajuan sistem pengangkutan, misalnya pembinaan jalan raya yang lebih baik dan pengangkutan udara yang meliputi kawasan yang lebih luas telah memudahkan pengangkutan barang dan faktor pengeluaran dari sebuah negara ke negara lain. Pengurangan kos pengeluaran yang dinikmati daripada penjimatan masa pengangkutan seterusnya menggalakkan kegiatan perdagangan antara negara di dunia.

Bab 7Objektif Pembelajaran Bab 7

1. Memahami perbezaan antara pertumbuhan ekonomi dan pembangunan ekonomi.

2. Mengenal pasti faktor mempengaruhi pertumbuhan ekonomi.

3. Membandingkan tingkat pertumbuhan ekonomi antara beberapa negara maju dengan negara membangun dengan menggunakan data pendapatan per kapita.

4. Mengenal pasti langkah kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Pertumbuhan dan Pembangunan Ekonomi

Pertumbuhan Ekonomi

Page 123: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Pertumbuhan ekonomi merujuk kepada perkembangan kegiatan ekonomi sesebuah negara kesan pertambahan keluaran di dalam negara dari masa ke masa.

Pertumbuhan ekonomi dipengaruhi tingkat keluaran barang dan perkhidmatan.

Apabila tingkat keluaran barang dan perkhidmatan dalam sebuah ekonomi meningkat, pertumbuhan ekonomi tersebuat akan turut meningkat.

Kadar pertumbuhan ekonomi dapat diukur melalui persamaan-persamaan berikut:

Kadar pertumbuhan ekonomi = (KNKn benar — KNK(n — 1) benar) / KNK(n — 1) benar × 100%

Kadar pertumbuhan ekonomi = (KDNKn benar — KDNK(n — 1) benar) / KDNK(n — 1) benar × 100%

di mana

n = tahun semasa dan(n — 1) = tahun sebelumnya

Pembangunan Ekonomi Pembangunan Ekonomi merupakan satu konsep yang lebih luas dan meliputi faktor-faktor ekonomi dan faktor-faktor sosial dalam sesebuah negara.

Pembangunan ekonomi bukan bukan sahaja meliputi pertumbuhan ekonomi, malah turut merangkumi peningkatan taraf hidup penduduk, corak agihan pendapatan yang lebih setara, peningkatan taraf pendidikan dan kesihatan, dan penurunan kadar pengangguran dan kadar kemiskinan penduduk.

Pembangunan ekonomi biasanya diukur berdasarkan pendapatan per kapita benar penduduk seperti berikut:

Kadar pembangunan ekonomi = (PPKn — PPK(n — 1)) / PPK(n — 1) benar × 100%

di mana

PPK = Pendapatan per kapita benarn = tahun semasa dan(n — 1) = tahun sebelumnya

Faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Ekonomi

Page 124: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Perkembangan Taraf Pendidikan dan Penyediaan Kemudahan Latihan Pertumbuhan ekonomi Malaysia digalakkan melalui peningkatan taraf pendidikan dan penyediaan latihan yang berkualiti untuk pekerja-pekerja dan usahawan.Apabila taraf pendidikan dan kemahiran pekerja dan usahawan meningkat, daya pengeluaran negara akan meningkat.

Kenaikan daya pengeluaran negara akan menambahkan jumlah keluaran yang dapat dihasilkan oleh sesebuah negara dan seterusnya mempercepat pertumbuhan ekonomi negara tersebut.

Penggunaan Teknologi Tinggi Penggunaan teknologi tinggi dalam bidang pengeluaran dapat meningkatkan daya pengeluaran dan jumlah keluaran yang dihasilkan oleh sesebuah negara.Semakin tinggi jumlah keluaran negara, semakin cepat pertumbuhan ekonomi negara tersebut.

Kemasukan Pelaburan Asing Infrastruktur yang baik dalam sesebuah negara menggalakkan kemasukan pelaburan asing ke dalam negara tersebut.Kemasukan pelaburan asing dapat merangsang pertumbuhan ekonomi, terutama apabila modal disalurkan kepada sektor ekonomi yang produktif seperti sektor perkilangan, pertanian dan perkhidmatan.

Kegiatan pelaburan dapat menambahkan tingkat keluaran negara dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Peluasan Pasaran Peluasan pasaran ke luar negara mendorong pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pengeluaran secara besar-besaran bagi memenuhi pertambahan permintaan pasaran dan peningkatan eksport barang tempatan ke negara lain.

Faktor yang Menghalang Pertumbuhan Ekonomi

Kekurangan Buruh Mahir dan Usahawan Kekurangan buruh mahir menyebabkan negara tidak dapat mengamalkan pengkhususan dan penggunaan teknologi tnggi dalam aktiviti pengeluaran.

Page 125: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah

Kekurangan amalan pengkhususan dan penggunaan teknologi tinggi menyebabkan negara tidak dapat mengeluarakan secara besar-besaran dan menikmati ekonomi bidangan.

Kesannya, tingkat keluaran negara merosot.

Selain itu, kekurangan buruh mahir dan usahawan mengehadkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang dapat dijalankan dalam sektor-sektor tertentu.

Kekurangan inovasi baru turut menjejaskan tingkat keluaran negara.

Apabila tingkat keluaran negara merosot, pertumbuhan ekonomi negara juga akan merosot.

Kekurangan Modal Kekurangan modal akibat kegiatan peaburan yang kurang memberangsangkan menyebabkan sesetengah pengeluar mengalami kesukaran untuk membangunkan sektor ekonomi tertentu, terutama sektor pertanian.

Penggunaan jentera yang lama dan usang menyebabkan petani dan peladang tidak dapat menghasilkan keluaran dalam kuantiti yang besar dan seterusnya tidak dapat menikmati ekonomi bidangan.

Selain itu, kekurangan modal turut menyebabkan firma-firma perindustrian tidak dapat menggunakan teknologi moden dalam aktiviti pengeluaran mereka. Kemerosotan pengeluaran sektor-sektor ekonomi yang penting ini menyebabkan pertumbuhan ekonomi negara terbantut.

Pasaran Yang Terhad Jumlah penduduk yang sedikit menyebabkan saiz pasaran negara adalah kecil. Kualiti keluaran yang rendah akbat kekurangan aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta penggunaan kaedah pengeluaran yang tradisional menyebabkan pengeluar tidak dapat bersaing dengan barang import yang jauh lebih murah dan berkualiti tinggi.

Kemerosotan eksport dan pergantungan berlebihan terhadap barang import akan membantutkan ekonomi negara.

Page 126: checuu.files.wordpress.com  · Web viewPendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara. Pendapatan Faktor Bersih Dari Luar Negara (Y. b) Pendapatan faktor bersih dari luar negara ialah