31
Tasawwur Islam kertas 1 Soalan Latih Tubi set 1 document.doc Tasawwur Islam Latih Tubi Set 1 Kertas 1 2008 1 1 /4 Jam Nama Pelajar : Tingkatan : JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SOALAN LATIH TUBI 2008 SET 1 TASAWWUR ISLAM Kertas 1 Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU Kertas ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B Jawab semua bahagian Bahagian A mengandungi 20 soalan. Jawab setiap soalan dengan menghitamkan ruangan yang betul dihalaman belakang dalam kertas soalan ini. Bahagian B mengandungi 20 soalan Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruangan jawapan yang disediakan dalam kertas soalan ini. Anda dinasihatkan mengambil masa 30 minit untuk menjawab soalan Bahagian A dan 45 minit untuk Bahagian B Untuk Kegunaan Pemeriksa Bahagian Markah A 20 B 20 JUMLAH 40

tokburong.files.wordpress.com · Web viewSentiasa berdisiplin dan menepati sasaran kerja supaya dapat menghasilkan produktiviti yang berkualiti (c) (i) Pengertian muamalah (1 isi

  • Upload
    others

  • View
    12

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: tokburong.files.wordpress.com · Web viewSentiasa berdisiplin dan menepati sasaran kerja supaya dapat menghasilkan produktiviti yang berkualiti (c) (i) Pengertian muamalah (1 isi

Tasawwur Islam kertas 1Soalan Latih Tubi set 1

BAHAGIAN A

document.doc

Tasawwur IslamLatih TubiSet 1Kertas 1200811/4 Jam

Nama Pelajar :

Tingkatan :

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORALKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SOALAN LATIH TUBI 2008SET 1

TASAWWUR ISLAM

Kertas 1Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Kertas ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B

Jawab semua bahagian

Bahagian A mengandungi 20 soalan. Jawab setiap soalan dengan menghitamkan ruangan yang betul dihalaman belakang dalam kertas soalan ini.

Bahagian B mengandungi 20 soalan Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruangan jawapan yang disediakan dalam kertas soalan ini.

Anda dinasihatkan mengambil masa 30 minit untuk menjawab soalan Bahagian A dan 45 minit untuk Bahagian B

Untuk Kegunaan Pemeriksa

Bahagian Markah

A 20

B 20

JUMLAH 40

Page 2: tokburong.files.wordpress.com · Web viewSentiasa berdisiplin dan menepati sasaran kerja supaya dapat menghasilkan produktiviti yang berkualiti (c) (i) Pengertian muamalah (1 isi

Tasawwur Islam kertas 1Soalan Latih Tubi set 1

(20 MARKAH)

1. Antara berikut yang manakah tidak benar tentang fitrah beragama.

A Semua manusia percaya adanya tuhan.B Beragama merupakan sifat semula jadi manusia.C Hanya orang Islam sahaja yang percaya kewujudan Allah SWT.D Adanya adat membuktikan beragama merupakan fitrah manusia.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan hak milik ?.

A Hak milik seseorang yang tidak boleh diambil.B Pemilikan sesuatu benda yang bahaya oleh seseorang.C Harta kurniaan Allah SWT untuk dimiliki dan dimanfaatkan.D Harta yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada semua makhlukNya.

3. Rububiyyah ialah kepercayaan bahawa hanya Allah SWT sahaja yang ......

A kekal abadi.B wajib disembah.C Maha Mengetahui.D mencipta dan mentadbir alam.

4. Pernyataan di atas merujuk kepada......

A manipulasi.B vandalismeC monopoli hartaD mencerobohi harta

5. Wahyu merujuk kepada....

A al-Quran dan al-Hadis.B keupayaan rasul berfikir.C agama yang mengatur hidup manusia.D kalam Allah SWT kepada nabi dan rasul.

6. Ibadat menurut Islam ialah ....

A melakukan amalan baik untuk membuktikan kelebihan.B perkataan atau perbuatan yang dilakukan dengan baik.C perkataan atau perbuatan yang dilakukan mengikut kemampuan seseorang.D perbuatan dan pekerjaan yang dilakukan untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

7. Alamiyyah bermaksud........

A nyata

document.doc

Mengambil harta orang lain tanpa kebenaran.

Page 3: tokburong.files.wordpress.com · Web viewSentiasa berdisiplin dan menepati sasaran kerja supaya dapat menghasilkan produktiviti yang berkualiti (c) (i) Pengertian muamalah (1 isi

Tasawwur Islam kertas 1Soalan Latih Tubi set 1

B lengkapC praktikalD sarwajagat

8. Ibadat terbahagi kepada dua iaitu :-

A Ibadat umum dan khusus.C Ibadat wajib dan ibadat sunat.D Perkara haram dan perkara halal.B Perkara fardu ain dan fardu kifayah.

YMelemahkan musuh rasul

Menunjukkan kekuasaan Allah SWT. Menambah keyakinan terhadap dakwah rasul.

9. Berdasarkan pernyataan di atas, Y ialah ...

A mukjizat.B maunah.C maksum.D makrifat.

10. Pilih perkara yang merosakkan ibadat.

A Syirik dan mencuri.B Hasad dengki dan syirik..C Minum arak dan membunuh.D Hasad dengki dan merompak

11. Perkara berikut adalah benar mengenai akal kecuali...

A terdedah kepada salah dan silap.B dimiliki oleh semua makhluk.C mudah berubah-berubah.D bersifat sementara

12. Peperangan menyebabkan berlakunya kemusnahan harta benda dan mengorbankan jiwa manusia.

Pernyataan di atas adalah ujian terhadap harta kepada .......

A masyarakat.B keluarga.C individu.D negara.

13. Wahyu diturunkan kepada nabi dan rasul melalui ....

I perantaraan malaikat Jibril.

document.doc

Page 4: tokburong.files.wordpress.com · Web viewSentiasa berdisiplin dan menepati sasaran kerja supaya dapat menghasilkan produktiviti yang berkualiti (c) (i) Pengertian muamalah (1 isi

Tasawwur Islam kertas 1Soalan Latih Tubi set 1

II perantaraan wali Allah.III mimpi yang benar.IV di sebalik tabir.

A I, II dan IIIB I, II dan IVC I, III dan IVD II, III dan IV

14. Berikut ialah cara untuk mencapai matlamat perundangan Islam kecuali ...

A bertindak mengikut syarak.B mengamalkan cara hidup Islam.C melaksanakan sesuatu mengikut kesesuaian diri.D berpegang teguh dengan peraturan Allah SWT.

15. Berikut adalah tanggungjawab yang perlu dilakukan sesama insan kecuali..

A menjalinkan hubungan kemasyarakatan dengan orang Islam dan bukan Islam.B memelihara urusan yang berkaitan dengan rumah tangga jiran.C sentiasa hormat menghormati tanpa mengira bangsa.D membantu golongan yang memerlukan pertolongan.

16. Manakah antara berikut merupakan langkah utama penyelesaian masalah menurut Islam.

A Menghukum orang yang melakukan punca masalah.B Menitik beratkan masalah besar sahaja.C Mengenal pasti punca masalah.D Menilai semua punca masalah.

17. Kerosakan alam berpunca daripada perkara-perkara berikut kecuali..

A pengurusan alam tanpa mengikut peraturan Allah SWT.B pembangunan dan perindustrian tanpa perancangan.C pembalakan secara besar-besaran tanpa kawalan.D pemburuan haiwan sebagai sumber makanan.

18. Muamalah dapat mendorong manusia saling .....

I berhubung antara satu sama lain.II bermaafan antara satu sama lain.III berkenalan antara satu sama lain.IV bantu membantu antara satu sama lain.

A I, II dan IIIB I, II dan IVC I, III dan IVD II, III dan IV

19. Antara berikut yang manakah tugas rasul?

I menyampaikan berita gembira dan peringatan.II menyeru manusia beribadat kepada Allah SWT.

document.doc

Page 5: tokburong.files.wordpress.com · Web viewSentiasa berdisiplin dan menepati sasaran kerja supaya dapat menghasilkan produktiviti yang berkualiti (c) (i) Pengertian muamalah (1 isi

Tasawwur Islam kertas 1Soalan Latih Tubi set 1

III mengajar manusia adat yang betul.IV menyampaikan perkara ghaib.

A I, II dan IIIB I, II dan IVC I, III dan IVD II, III dan IV

20. Kebahagiaan dalam rumah tangga dapat dicapai melalui.....

I melibatkan ibu bapa dalam masalah rumah tangga.II menjalankan tanggungjawab masing-masingIII menjauhi perkara-perkara mungkar.IV sentiasa bertolak ansur.

A I, II dan IIIB I, II dan IVC I, III dan IVD II, III dan IV

BAHAGIAN B(20 markah)

document.doc

Page 6: tokburong.files.wordpress.com · Web viewSentiasa berdisiplin dan menepati sasaran kerja supaya dapat menghasilkan produktiviti yang berkualiti (c) (i) Pengertian muamalah (1 isi

Tasawwur Islam kertas 1Soalan Latih Tubi set 1

Nyatakan istilah yang bersesuaian dengan pernyataan berikut di dalam ruangan yang disediakan.

UntukKegunaanPemeriksa

21. Iktikad bahawa hanya Allah SWT sahaja yang esa, layak disembah dan ditaati secara mutlak.

22. Keputusan yang diputuskan oleh pihak mahkamah dalam suatu perbicaraan berdasarkan hujah dan bukti yang nyata.

23. Individu yang berkelayakan untuk menetapkan sesuatu hukum dengan usaha yang bersungguh-sungguh berdasarkan al-Quran dan al-Hadis.

24. Suatu amalan yang diwajibkan kepada setiap individu muslim.

Soalan 25 hingga 28

Tentukan pernyataan di bawah dengan menandakan ( X ) dan ( Y ) dalam ruangan yang disediakan.

Pernyataan Jawapan

25 Alam ini dapat menguji tahap keimanan manusia.

26 Kenikmatan di alam ini tidak kekal.

27 Boleh dimanfaatkan untuk kemudahan manusia.

28 Akal manusia tidak mampu memikirnya.

Untuk kegunaan Pemeriksa

Tandakan ( ) pada pernyataan yang BETUL.Tandakan ( x ) pada pernyataan yang SALAH.

29. Pemilikan harta secara halal dapat menjamin kehidupan di dunia dan di akhirat.

document.doc

X Alam Ghaib Y Alam Musyahadah

1

1

1

1

1

1

1

1

1

Page 7: tokburong.files.wordpress.com · Web viewSentiasa berdisiplin dan menepati sasaran kerja supaya dapat menghasilkan produktiviti yang berkualiti (c) (i) Pengertian muamalah (1 isi

Tasawwur Islam kertas 1Soalan Latih Tubi set 1

30. Harta yang kita perolehi secara halal merupakan milik mutlak kita.

31. Melaksanakan perkara sunat tidak akan mendapat apa-apa balasan.

32. Istidraj merupakan perkara luar biasa yang diberikan kepada orang yang sangat derhaka kepada Allah SWT.

Soalan 33 hingga 36

Tuliskan jenis hukuman yang betul bagi kesalahan berikut:

Hudud Diat Takzir Qisas

Kesalahan Jenis Hukuman

33. Meminum arak

34. Mencuri 2 kilogram gula

35. Membunuh dengan sengaja

36. Mencederakan seseorang tetapi dimaafkan dengan syarat membayar denda

Soalan 37 hingga 38

Lengkapkan rajah berikut.

document.doc

1

1

1

Page 8: tokburong.files.wordpress.com · Web viewSentiasa berdisiplin dan menepati sasaran kerja supaya dapat menghasilkan produktiviti yang berkualiti (c) (i) Pengertian muamalah (1 isi

Tasawwur Islam kertas 1Soalan Latih Tubi set 1

37 Konsep X ialah : _____________________

38 Konsep Y ialah : _____________________

Soalan 39 hingga 40

Lengkapkan rajah berikut.

39 Konsep X ialah : _____________________

40 Konsep Y ialah : _____________________

document.doc

Prinsip negara Islam dibina atas dasar

X YPersamaan(al-musawwamah

Kebebasan (al-hurriyyah)

Pembahagian hukum dalam Islam

X Y Haram

MakruhSunat

BAHAGIAN A

A B C D1

A B C D2

A B C D3

A B C D4

A B C D9

A B C D5

A B C D8

A B C D7

A B C D10

A B C D6

A B C D20

A B C D19

A B C D18

A B C D17

A B C D16

A B C D15

A B C D14

A B C D13

A B C D12

A B C D11

KERTAS JAWAPAN

Bahagian A

Page 9: tokburong.files.wordpress.com · Web viewSentiasa berdisiplin dan menepati sasaran kerja supaya dapat menghasilkan produktiviti yang berkualiti (c) (i) Pengertian muamalah (1 isi

Tasawwur Islam kertas 1Soalan Latih Tubi set 1

document.doc

Tasawwur IslamLatih TubiKertas 2Set 120082 ½ jam

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORALKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SOALAN LATIH TUBI 2008SET 1

TASAWWUR ISLAM

Kertas 2Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas ini mengandungi tujuh soalan. 2. Soalan 1 mesti di jawab. Kemudian jawab empat soalan daripada mana-mana soalan

berikutnya. 3. Kesemuanya lima soalan yang mesti dijawab. 4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya ruang

jawapan tidak mengcukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.

Latih Tubi 2008 © Hak Cipta JAPIM

Page 10: tokburong.files.wordpress.com · Web viewSentiasa berdisiplin dan menepati sasaran kerja supaya dapat menghasilkan produktiviti yang berkualiti (c) (i) Pengertian muamalah (1 isi

Tasawwur Islam kertas 1Soalan Latih Tubi set 1

[ 100 markah ]Jawab lima soalan.

document.doc

Page 11: tokburong.files.wordpress.com · Web viewSentiasa berdisiplin dan menepati sasaran kerja supaya dapat menghasilkan produktiviti yang berkualiti (c) (i) Pengertian muamalah (1 isi

Tasawwur Islam kertas 1Soalan Latih Tubi set 1

Soalan 1 wajib dijawab dan pilih mana-mana empat soalan yang lain.

1 (a) (i) Nyatakan pengertian rasul. [2 markah]

(ii) Senarai dua orang Rasul Ulul Azmi dan jelaskan sebab mereka digelar demikian. [4 markah]

(b) (i) Menurut al-Quran kejadian manusia berasal daripada tanah.Nyatakan proses kejadian manusia sebelum ditiupkan ruh. [4 markah]

(ii) Terangkan dua keistimewaan insan berbanding dengan makhluk lain. [4 markah]

(c) (i) Nyatakan pengertian alam. [2 markah]

(ii) Jelaskan dua hikmah Allah SWT merahsiakan hakikat alam ghaib. [4 markah]

2 (a) (i) Nyatakan maksud Rabbaniyyah [2 markah]

(ii) Jelaskan dua kelebihan menghayati sifat Rabbaniyyah [4 markah]

(iii) Nyatakan dua konsep Syumuliyyah dalam kehidupan [4 markah]

(b) (i) Senaraikan dua prinsip Alamiyyah [4 markah]

(ii) Jelaskan dua bukti bahawa sifat Alamiyyah dalam Islam menjamin hak asasi manusia [4 markah]

(c) (i) Nyatakan kelebihan sifat Murunah [2 markah]

3 (a) (i) Jelaskan pengertian negara Islam. [2 markah]

(ii) Senaraikan dua ciri sistem pemerintahan Islam. [2 markah]

(iii) Jelaskan dua implikasi Piagam Madinah terhadap masyarakat majmuk. [4 markah]

(b) Sistem kehakiman merupakan satu unsur penting dalam syariat Islam.

(i) Senaraikan dua kepentingan institusi kehakiman Islam. [4 markah]

(ii) Jelaskan dua etika kehakiman ketika menjatuhkan hukuman [4 markah]

(iii) Terangkan dua tanggungjawab hakim dalam sistem kehakiman Islam [4 markah]

4 (a) (i) Nyatakan dua bentuk ujian Allah SWT terhadap pemilik harta [4 markah]

document.doc

Page 12: tokburong.files.wordpress.com · Web viewSentiasa berdisiplin dan menepati sasaran kerja supaya dapat menghasilkan produktiviti yang berkualiti (c) (i) Pengertian muamalah (1 isi

Tasawwur Islam kertas 1Soalan Latih Tubi set 1

(ii) Terangkan dua langkah untuk mendapatkan harta secara halal [4 markah]

(b) (i) Nyatakan pengertian bekerja kerana Allah dalam Islam. [2 markah]

(ii) Terangkan dua langkah untuk mempertingkatkan kualiti kerja dalam Islam. [4 markah]

(c) (i) Nyatakan pengertian Muamalah [2 markah]

(ii) Jelaskan dua amalan Muamalah yang tidak sah menurut Islam. [4 markah]

5 (a) (i) Nyatakan pengertian Qadha beserta contoh [4 markah]

(ii) Jelaskan dua perbezaan antara fatwa dengan ijtihad [4 markah]

(b) (i) Terangkan contoh amalan bagi bagi setiap hukum di bawah Wajib Haram Makruh Sunat [4 markah]

(ii) Nyatakan dua hikmat penetapan hukum wajib. [4 markah]

(c) Huraikan dua cara meningkatkan kualiti ibadat kepada Allah SWT[4 markah]

6 (a) (i) Jelaskan dua matlamat penyelesaian masalah secara Islam [4 markah]

(ii) Nyatakan dua langkah penyelesaian masalah menurut Islam [4 markah]

(b) (i) Jelaskan dua amalan yang perlu disertakan dalam tindakan penyelesaian masalah [4 markah]

(ii) Nyatakan dua cara berdakwah yang berkesan [4 markah]

(c) (i) Huraikan dua cara mewujudkan perpaduan ummah berdasarkan ajaran islam [4 markah]

7 (a) (i) Nyatakan dua kepentingan hadis kepada manusia. [4 markah]

(ii) Jelaskan dua perbezaan antara Hadis Sahih dengan Hadis Dhaif [4 markah]

document.doc

Page 13: tokburong.files.wordpress.com · Web viewSentiasa berdisiplin dan menepati sasaran kerja supaya dapat menghasilkan produktiviti yang berkualiti (c) (i) Pengertian muamalah (1 isi

Tasawwur Islam kertas 1Soalan Latih Tubi set 1

(b) Huraikan maksud ibadat khusus dan ibadat umum [4 markah]

Kebahagiaan sesebuah keluarga menjadi idaman setiap pasangan suami isteri.

(c) Terangkan dua punca keutuhan institusi perkahwinan [4 markah]

Allah SWT Maha Pencipta dan Maha Mengetahui telah menjadikan peraturan yang lengkap dalam sistem sosial Islam supaya semua makhluk dapat melalui kehidupan yang sejahtera.

(d) Senaraikan dua matlamat sistem sosial Islam [4 markah]

SOALAN TAMAT

Skema Jawapan Set 1

Kertas 1

BAHAGIAN A

1. C 5. D 9. A 13. C 17. D2. C 6. D 10. B 14. C 18. C

document.doc

Page 14: tokburong.files.wordpress.com · Web viewSentiasa berdisiplin dan menepati sasaran kerja supaya dapat menghasilkan produktiviti yang berkualiti (c) (i) Pengertian muamalah (1 isi

Tasawwur Islam kertas 1Soalan Latih Tubi set 1

3. D 7. D 11. B 15. B 19. B4. D 8. A 12. A 16. C 20. D

BAHAGIAN B

21. Uluhiyyah22. Qadha23. Mujtahid24. Fardu Ain25. X26. Y27. Y28. X29. 30. X31. X32. 33. Hudud34. Takzir35. Qisas36. Diat37. X: Musyawarah (as-syura) / Keadilan (al-adalah)38. Y: Keadilan (al-adalah) / Musyawarah (as-syura)39. X: Wajib / Harus40. Y: Harus / Wajib

document.doc

Tasawwur IslamLatih TubiKertas 2Set 12008

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORALKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SKIMA LATIH TUBI 2008SET 1

SKIMA TASAWWUR ISLAM

SET 1 2008

Kertas 2

Latih Tubi 2008 © Hak Cipta JAPIM

Page 15: tokburong.files.wordpress.com · Web viewSentiasa berdisiplin dan menepati sasaran kerja supaya dapat menghasilkan produktiviti yang berkualiti (c) (i) Pengertian muamalah (1 isi

Tasawwur Islam kertas 1Soalan Latih Tubi set 1

Noombor Soalan Skima Pemarkahan Markah

1 (a) (i) Pengertian rasul. (1 isi X 2 m)Rasul ialah manusia lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu untuk dirinya dan wajib menyampaikannya kepada orang lain.

[2 markah]

(ii) Dua orang Rasul Ulul Azmi dan sebab mereka digelar demikian.

(2 isi X 1m)[2 markah]

Rasul Ulul Azmi:

document.doc

Page 16: tokburong.files.wordpress.com · Web viewSentiasa berdisiplin dan menepati sasaran kerja supaya dapat menghasilkan produktiviti yang berkualiti (c) (i) Pengertian muamalah (1 isi

Tasawwur Islam kertas 1Soalan Latih Tubi set 1

Noombor Soalan Skima Pemarkahan Markah

Nabi Muhammad SAW Nabi Ibrahim a.s. Nabi Musa a.s. Nabi Isa a.s Nabi Nuh a.s

Sebab mereka digelar sedemikian kerana:1. Mempunyai kesabaran dan keazaman yang tinggi seperti

kesungguhan nabi Muhammad SAW menyebarkan agama Islam, nabi Ibrahim sanggup dibakar hidup-hidup.

2. Sebagai penghormatan dan pengiktirafan daripada Allah SWT atas keteguhan dan penderitaan yang mereka tempuhi seperti penderitaan nabi Nuh menahan ejekan kaumnya sewaktu membina kapal besar.

(1 isi X 2m)[2 markah]

(b) (i) Proses kejadian manusia sebelum ditiupkan ruh. (4 isi X 1m)1. Percampuran benih lelaki dan perempuan2. Alaqah (segumpal darah)3. Mudghah (seketul daging)4. Idzam (Tulang dibalut daging)

[4 markah]

(ii) Dua keistimewaan insan berbanding dengan makhluk lain. (2 isi X 2m)Keistimewaan insan:1. Manusia memiliki akal fikiran manakala makhluk lain tiada

akal.2. Allah SWT melantik rasul dikalangan manusia dan tidak

dilantik daripada makhluk lain.3. Manusia adalah makhluk yang berbudaya dan bertamadun

sedangkan makhluk lain hidup tidak berbudaya.4. Manusia mempunyai bentuk fizikal yang menarik dan

sempurna berbanding makhluk lain.5. Manusia ditugaskan untuk mentadbir dan memakmurkan

bumi manakala makhluk lain tidak dituntut sedemikian.

[4 markah]

(c) (i) Pengertian alam. (1 isi X 2m)Alam ialah makhluk yang dicipta oleh Allah SWT [2 markah]

(ii) Dua hikmah Allah SWT merahsiakan hakikat alam ghaib. (2 isi X 2m)1. Menunjukkan kekuasaan Allah SWT yang menjadikan

alam ini dengan kehendakNya.2. Menguji keimanan hamba-hambaNya sama ada mereka

yakin dengan perkara ghaib seperti syurga dan neraka.3. Meningkatkan ilmu pengetahuan dengan berusaha

mencungkil rahsia alam ghaib.4. Mengukuhkan keimanan dan ketakwaan sama ada mereka

taat atau ingkar dengan perintah Allah.

[4 markah]

2 (a) (i) Maksud Rabbaniyyah (1 isi X 2m) Rabbaniyyah ialah segala hukum, konsep, prinsip, nilai dan

peraturan yang terdapat dalam Islam bersumberkan wahyu Allah SWT dan hadis.

[2 markah]

(ii) Dua kelebihan menghayati sifat Rabbaniyyah (2 isi X 2m) 1. Beriman dan yakin dengan segala rukun iman [4 markah]

document.doc

Page 17: tokburong.files.wordpress.com · Web viewSentiasa berdisiplin dan menepati sasaran kerja supaya dapat menghasilkan produktiviti yang berkualiti (c) (i) Pengertian muamalah (1 isi

Tasawwur Islam kertas 1Soalan Latih Tubi set 1

Noombor Soalan Skima Pemarkahan Markah

2. Mengerjakan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya

3. Berjihad dengan nyawa, harta benda dan fikiran untuk meningkatkan syiar Islam

4. Bekerja dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaan Allah

(iii) Dua konsep Syumuliyyah dalam kehidupan (2 isi X 2m)1. Bidang ekonomi – tidak ada penindasan, monopoli,

manipulasi dan riba2. Bidang sosial – Perkara halal dan haram dalam pergaulan,

perhubungan antara bangsa, peperangan dan sebagainya.3. Bidang perundangan – ditetapkan hukum qisas dan takzir

untuk memelihara agama, nyawa dan harta benda.

[4 markah]

(b) (i) Dua prinsip Alamiyyah (2 isi X 2m)1. Kedudukan manusia sebagai sebaik-baik kejadian /

diberikan akal sebagai pembimbing2. Nilai keadilan Islam bersifat sejagat / Tidak ada perbezaan

warna kulit atau sempadan geografi3. Islam sentiasa menegakkan kebenaran dan mencegah

kemungkaran / Melarang perbuatan mazmumah/ hidup mesti berkasih sayang dan tolong menolong

4. Islam menjamin hak asasi manusia / Islam bersifat sarwajagat dan mementingkan keadilan dan kebajikan

[4 markah]

(ii) Dua bukti bahawa sifat Alamiyyah dalam Islam menjamin hak asasi manusia

(2 isi X 2m)[4 markah]

1. Kebebasan beragama iaitu tiada paksaan dalam beragama2. Kebebasan bersuara – Islam membenarkan umatnya

mengeluarkan pendapat3. Kebebasan memiliki harta – manusia bebas bekerja dan

mengumpulkan harta selagi tidak bercanggah dengan syarak

4. Melindungi nyawa melalui pelaksanaan hukuman qisas, hudud dan takzir

5. Memelihara kehormatan dengan mewajibkan menutup aurat

6. Memelihara harta benda – tidak disabitkan kesalahan sekiranya mempertahankan diri

7. Islam sentiasa mengutamakan keamanan dan kedamaian serta mengekalkan kebajikan manusia

(c) (i) Kelebihan sifat murunah (1 isi X 2m)1. Menunjukkan sifat toleransi dan berhikmahnya Islam2. Menarik minat orang bukan Islam untuk memahami ajaran

Islam3. Memastikan kesinambungan Islam dan ajarannnya di

dunia ini

[2 markah]

3 (a) (i) Pengertian negara Islam (1 isi X 2m) Negara Islam ialah negara yang mengarahkan segala urusan [2markah]

document.doc

Page 18: tokburong.files.wordpress.com · Web viewSentiasa berdisiplin dan menepati sasaran kerja supaya dapat menghasilkan produktiviti yang berkualiti (c) (i) Pengertian muamalah (1 isi

Tasawwur Islam kertas 1Soalan Latih Tubi set 1

Noombor Soalan Skima Pemarkahan Markah

pemerintahan dan pentadbirannya tunduk kepada hukum Islam yang bersumberkan al-Quran dan Hadis serta ijtihad yang benar.

(ii) Dua ciri sistem pemerintahan Islam. (2 isi X 1m) 1. Berdasarkan al-Quran dan al-Hadis

2. Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar3. Mewujudkan keamanan dan kesejahteraan4. Jaminan kebebasan hak asasi5. Ketua negara yang adil dan beriman6. Majlis Syura sebagai asas pemerintahan.

[2 markah]

(iii) Dua implikasi Piagam Madinah terhadap masyarakat majmuk. (2 isi X 2m) 1. Setiap warganegara dijamin hak sosial mereka contohnya

pemberian bantuan untuk menjamin kehidupan yang baik2. Kebebasan menganut dan mengamalkan ajaran agama

serta cara hidup masing-masing tanpa sekatan3. Setiap kaum dan puak mempunyai hak terhadap diri, harta

dan kehormatan dengan jaminan daripada dicerobohi oleh mana-mana pihak.

4. Perlembagaan Madinah menjelaskan kedudukan yang sama bagi semua warganya dalam aspek penguasaan undang-undang.

[4 markah]

(b) (i) Dua kepentingan institusi kehakiman Islam. (2 isi X 2m)1. Dasar kehakiman dan perundangan ialah ciptaan Allah

SWT.2. Mendidik jiwa manusia3. Menyediakan ganjaran dan balasan4. Undang-undang dan hukuman Islam tidak berubah5. Memberi kesan yang mendalam terhadap kesejahteraan

hidup.

[4 markah]

(ii) Dua etika kehakiman ketika menjatuhkan hukuman (2 isi X 2m) 1. Hakim tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak sama

ada pendakwa atau tertuduh2. Hakim hendaklah jujur dan amanah dalam tugasnya

dengan memberikan hak yang sama kepada pendakwa dan tertuduh

3. Tidak boleh menghakimi orang yang ada kepentingan dengannnya seperti menghakimi ahli keluarga.

4. Tidak boleh mensabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman jika terdapat keraguan

[4 markah]

(iii) Dua tanggungjawab hakim dalam sistem kehakiman Islam (2 isi X 2m)1. Menjatuhkan hukuman dengan adil dan saksama2. Tidak menjatuhkan hukuman ketika marah3. Tidak ragu-ragu ketika menjatuhkan hukuman4. Membebaskan tertuduh jika terdapat sebarang keraguan

[4 markah]

4 (a) (i) Dua bentuk ujian Allah SWT terhadap pemilik harta (2 isi X 2m)

document.doc

Page 19: tokburong.files.wordpress.com · Web viewSentiasa berdisiplin dan menepati sasaran kerja supaya dapat menghasilkan produktiviti yang berkualiti (c) (i) Pengertian muamalah (1 isi

Tasawwur Islam kertas 1Soalan Latih Tubi set 1

Noombor Soalan Skima Pemarkahan Markah

1. Harta musnah dalam kebakaran2. Berlaku banjir lumpur yang merosakkan harta benda3. Tercetus peperangan yang memusnahkan harta dan

mengorbankan nyawa4. Tersebar penyakit seperti seperti penyakit kuku dan mulut.

[4 markah]

(ii) Dua langkah untuk mendapatkan harta secara halal (2 isi X 2m)1. Mengamalkan akhlak yang mulia semasa melakukan

pekerjaan2. Menjaga ibadat semasa melakukan pekerjaan iaitu tidak

melalaikan ibadat wajib3. Melakukan pekerjaan dengan ikhlas kerana Allah SWT

untuk mencari keredaanNya4. Menceburi bidang pekerjaan yang halal seperti perbankan

secara Islam

[4 markah]

(b) (i) Pengertian bekerja kerana Allah dalam Islam. (1 isi X 2m)Bekerja kerana Allah ialah mengusahakan atau melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan secara berterusan untuk mencari nafkah kerana Allah

[2 markah]

(ii) Dua langkah untuk mempertingkatkan kualiti kerja dalam Islam.

(2 isi X 2m)[4 markah]

1. Sentiasa bekerja dengan ikhlas kerana Allah SWT2. Sentiasa membuat perancangan yang rapi sebelum

melakukan sebarang kerja3. Sentiasa berdisiplin dan menepati sasaran kerja supaya

dapat menghasilkan produktiviti yang berkualiti

(c) (i) Pengertian muamalah (1 isi X 2m)Muamalah ialah satu daripada bahagian fikah yang berhubung dengan tatacata perhubungan sesama manusia dalam memenuhi keperluan masing-masing yang berkaitan dengan harta, jual beli dan perdagangan.

[2 markah]

(ii) Dua amalan muamalah yang tidak sah menurut Islam. (2 isi X 2m)1. Muamalah yang mengandungi unsur penipuan seperti

manipulasi2. Muamalah yang mengandungi unsur penindasan seperti

riba3. Muamalah yang mengandungi unsur perjudian seperti

loteri4. Muamalah yang mengandungi unsur barangan yang tidak

suci seperti bangkai, dadah dan arak

[4 markah]

5 (a) (i) Pengertian Qadha beserta contoh (2 isi X 2m)Qadha ialah pengakiman atau keputusan yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah dalam sesuatu perbicaraan berdasarkan hujah dan bukti yang nyata

[4 markah]

document.doc

Page 20: tokburong.files.wordpress.com · Web viewSentiasa berdisiplin dan menepati sasaran kerja supaya dapat menghasilkan produktiviti yang berkualiti (c) (i) Pengertian muamalah (1 isi

Tasawwur Islam kertas 1Soalan Latih Tubi set 1

Noombor Soalan Skima Pemarkahan Markah

Contoh Qadha1. Hakim memutuskan hukuman suami menceraikan isterinya

setelah suami tidak melaksanakan tanggungjawab2. Hakim mengenakan denda terhadap pesalah yang

membuang sampah3. Hukuman merampas harta bagi pesalah rasuah

(ii) Dua perbezaan antara fatwa dengan ijtihad (2 isi X 2m)[4 markah]

Fatwa Ijtihad1. Dikeluarkan oleh majlis

fatwa2. Mempunyai kesan

penguatkuasaan undang-undang

3. Merujuk al-Quran dan al-Hadis

4. Berkaitan dengan hukum agama

1. Dikeluarkan oleh individu yang berkelayakan

2. Tidak mempunyai kesan perundangan

3. Merujuk kepada pelbagai sumber

4. Berkaitan dengan hal ummah

(b) (i) Contoh amalan1. Wajib – Solat lima waktu, puasa Ramadhan, zakat dan haji2. Haram – Mencuri, berzina, membunuh3. Makruh – Tidur berlebihan, makan petai4. Sunat – Solat sunat, puasa sunat, sedekah

(4 isi X 1m)[4 markah]

(ii) Dua hikmat penetapan hukum wajib1. Memastikan manusia melakukan perkara yang

boleh membawa kebaikan dalam kehidupan mereka2. Memastikan manusia tidak meninggalkan

perkara asas dalam agama3. Memastikan kepentingan, keselamatan dan

keharmonian hidup manusia terpelihara4. Menguji manusia sama ada mematuhi atau

mengingkari perintah Allah SWT

(2 isi X 2m)[4 markah]

(c) Dua cara meningkatkan kualiti ibadat kepada Allah SWT (2 isi X 2m)1. Mengingati Allah S.W.T. semasa melakukan pekerjaan

dengan mengambil kira segala peraturan dan batasan yang telah ditetapkan oleh agama.

2. Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang sesuatu ibadat supaya mencapai kesempurnaan dan menepati tujuan ibadat

3. Mendampingi orang yang berilmu dan soleh dengan mengikut segala amalan kebajikan serta mendalami ilmu daripada mereka

[4 markah]

6 (a) (i) Dua matlamat penyelesaian masalah secara Islam (2 isi X 2m)

document.doc

Page 21: tokburong.files.wordpress.com · Web viewSentiasa berdisiplin dan menepati sasaran kerja supaya dapat menghasilkan produktiviti yang berkualiti (c) (i) Pengertian muamalah (1 isi

Tasawwur Islam kertas 1Soalan Latih Tubi set 1

Noombor Soalan Skima Pemarkahan Markah

1. Menambahkan keyakinan dan keimanan seseorang kepada Allah SWT. Contohnya seseorang itu akan khusyuk dalam beribadat

2. Memberikan ketenangan dalam hidup. Contohnya keluarga bahagia dapat diwujudkan

3. Hidup dengan aman dan selesa, tiada gangguan atau tiada rasa tidak puas hati

4. Memajukan negara dari segi ekonomi, politik dan sosial / tiada huru-hara dalam negara

[4 markah]

(ii) Dua langkah penyelesaian masalah menurut Islam (2 isi X 2m)1. Mengenalpasti setiap masalah yang berlaku2. Mengenalpasti punca masalah secara terperinci dan

menyeluruh3. Mengenalpasti kaedah dan strategi 4. Menguji dan mengaplikasi kaedah penyelesaian masalah

[4 markah]

(b) (i) Dua amalan yang perlu disertakan dalam tindakan penyelesaian masalah

(2 isi X 2m)[4 markah]

1. Melalui al-Quran sebagai rujukan pertama. Al-Quran mengandungi pelbagai ilmu dan panduan yang sangat berguna. Sifat kesempurnaan dari segi isi, makna menjadi rujukan kepada umat Islam

2. Melalui hadis , hadis ialah rujukan kedua selepas al-Quran3. Melalui dakwah – melalui dakwah secara berterusan

manusia dapat didedahkan dengan perkara kebaikan dan menjauhi kejahatan

4. Melalui doa – Doa adalah cara memohon kebaikan atau menolak keburukan dalam menghadapi masalah kehidupan

(ii) Dua cara berdakwah yang berkesan (2 isi X 2m)1. Memberikan penerangan dan penjelasan tentang

kebenaran dan keindahan Islam 2. Memberikan nasihat yang baik supaya bertakwa3. Melalui contoh teladan yang terpuji supaya dapat dicontohi

dan diikuti4. Mengadakan perbincangan dan perbahasan yang baik

seperti forum dan debat perdana

[4 markah]

(c) (i) Dua cara mewujudkan perpaduan ummah berdasarkan ajaran Islam

(2 isi X 2m)[4 markah]

1. Melalui akidah2. Kepercayaan dan keyakinan kepada akidah yang sama3. Meyakini bahawa persaudaraan dan perpaduan tidak

dapat dipisahkan dengan iman

document.doc

Page 22: tokburong.files.wordpress.com · Web viewSentiasa berdisiplin dan menepati sasaran kerja supaya dapat menghasilkan produktiviti yang berkualiti (c) (i) Pengertian muamalah (1 isi

Tasawwur Islam kertas 1Soalan Latih Tubi set 1

Noombor Soalan Skima Pemarkahan Markah

4. Melalui syariat 5. Islam mengharamkan melakukan perbuatan fitnah6. Melalui akhlak7. Islam memerintahkan umatnya supaya bersifat toleransi

7 (a) (i) Dua kepentingan hadis kepada manusia. (2 isi X 2m)1. Hadis berperanan menguatkan hukum-hukum yang

terdapat dalam al-Quran2. Hadis menghuraikan nas-nas al-Quran yang mujmal

(ringkas)3. Hadis membatasi hukum nas yang mutlak (tidak terbatas)4. Hadis mentakhsiskan (menentukan) maksud nas yang

mutlak.

[4 markah]

(ii) Dua perbezaan antara Hadis Sahih dengan Hadis Dhaif (2 isi X 2m)

Hadis sahih Hadis dhaif1. Mempunyai sanad yang

bersambung terus dengan Rasulullah SAW

2. Diriwayatkan oleh perawi yang thiqah, adil lagi thabit

3. Hadis ini menjadi hujah kepada umat Islam

1. Gugur seorang perawi atau nama perawi tidak disebut dengan jelas

2. Diriwayatkan bertentangan dengan hadis yang diriwayatkan oleh rawi yang thiqah

3. Hadis ini tidak boleh dijadikan hujah dalam soal akidah dan ibadat

[4 markah]

(b) (i) Maksud ibadat khusus dan ibadat umum (2 isi X 2m)1. Ibadat khusus ialah semua amalan khusus yang

disyariatkan oleh Allah SWT sama ada fardhu atau sunat2. Ibadat umum ialah semua amalan kebaikan yang

disyariatkan oleh Allah SWT bagi menghubungkan dalam sesebuah masyarakat sama ada yang berbentuk fardhu ain atau fardhu kifayah

[4 markah]

(ii) Dua punca keutuhan institusi perkahwinan (2 isi X 2m)1. Semua pihak menjalankan tanggungjawab terhadap rumah

tangga dengan sempurna seperti hak nafkah zahir dan batin

2. Mengamalkan segala perintah agama dan menjauhi maksiat dalam keluarga seperti maksiat

3. Sentiasa berusaha mencari rezeki yang halal dan

[4 markah]

document.doc

Page 23: tokburong.files.wordpress.com · Web viewSentiasa berdisiplin dan menepati sasaran kerja supaya dapat menghasilkan produktiviti yang berkualiti (c) (i) Pengertian muamalah (1 isi

Tasawwur Islam kertas 1Soalan Latih Tubi set 1

Noombor Soalan Skima Pemarkahan Markah

berbelanja mengikut kemampuan.

(iii) Dua matlamat sistem sosial Islam (2 isi X 2m)1. Mendapat keredhaan Allah SWT2. Merealisasikan keadilan sosial3. Melaksanakan hak dan tanggungjawab dengan sebaik-

baiknya4. Memakmurkan alam mengikut ajaran Islam5. Mencapai kesejahteraan dan keharmonian hidup dunia

dan akhirat

[4 markah]

SKIMA TAMAT

document.doc