Upload
others
View
31
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.
RINGKASAN EKSEKUTIF
Baja KAMILATM CRFTM (Controlled-Release Fertilizer) adalah baja lepas terkawal yang dilengkapi
dengan 16 nutrien-nutrien makro dan mikro. Baja larut air secara terkawal ini diformulasikan
secara seimbang khas untuk keperluan pemakanan bagi tanaman sawit di tanah tropika. Baja
lepas terkawal atau CRF ini mengandungi semua nutrien dan ia adalah baja yang paling lengkap
dan pertama dibangunkan di Malaysia dengan kerjasama saintis-saintis dari UPM menggunakan
teknologi dari Jerman iaitu melalui proses agglomerasi dan salut polimer bagi meningkatkan
efisiensi pengambilan nutrien dan mengurangkan proses kehilangan nutrien akibat hujan lebat.
Kesan gabungan teknologi agglomerasi polimer dan pengambilan nutrien yang efisien ini
berpotensi mengurangkan kos pembajaan kepada perladangan secara signifikan.
Baja KAMILATM CRFTM berteknologi nano ini telah didaftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek
Malaysia pada tahun 2010 sebagai Baja Lepas Terkawal (CRF) bagi mengurangkan larutlesap
dan kehilangan nutrien akibat hujan lebat (PI 2010003922) dan sebagai Komposisi baja untuk
mengawal penyakit Ganoderma pada pokok sawit (PI 2010003921).
Inovasi formulasi baja ini juga telah berjaya meningkatkan hasil berat tandan segar (BTS) diantara
20 - 30% melalui kajian saintifik selama lebih 8 tahun yang dijalankan bersama UPM di ladang-
ladang terpilih (Rajah 1). Kenaikan hasil BTS adalah disebabkan kenaikan berat tandan dan
peningkatan bilangan tandan. Satu lagi keunggulan baja KAMILATM CRF ini ialah ia adalah satu-
satunya baja NPK yang pusingan pembajaannya hanya 2 kali setahun. Ini dapat mengurangkan
penggunaan tenaga buruh dan lebihan pula pekerja dapat ditumpukan kepada aktiviti penuaian
yang akan memberikan pulangan yang tinggi kepada pihak ladang.
Memandangkan potensi keuntungan yang besar dengan penggunaan baja KAMILATM CRF ini,
pihak Diversatech Fertilizer dengan ini ingin mencadangkan agar pihak Perak Agro Management
Services Sdn Bhd. (PAMS) dapat menggunakan baja ini di ladang-ladang sawit milik PAMS
supaya peningkatan hasil sawit yang mampan dan pengurangan kos pembajaan serta
pengawalan penyakit Ganoderma secara berkesan dapat dicapai.
1
DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.
PENGGUNAAN BAJA KAMILATM CRF UNTUK MENINGKATKAN HASIL SAWIT DAN MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN DI LADANG
PENGENALAN Baja KAMILATM (Controlled-Release Fertilizer atau CRF) adalah sejenis baja
lepas terkawal yang lengkap dengan 16 nutrien-nutrien makro dan mikro tanaman
yang diformulasikan secara seimbang khas untuk tanaman sawit dan buah-
buahan di tanah tropika. Baja jenis terkawal yang mengandungi nutrien mikro
lengkap ini adalah yang pertama dibangunkan di Malaysia melalui penyelidikan
oleh saintis-saintis dari UPM dengan menggunakan Teknologi dari Jerman iaitu
melalui teknik Agglomerasi yang disaluti dengan Polimer bagi meningkatkan
efisiensi pengambilan nutrien, mengurangkan proses larutlesap nutrient sehingga
40%, serta meningkatkan hasil tanaman sawit. Kesan gabungan teknologi
agglomerasi polimer dan pengambilan nutrien yang efisien ini berpotensi
mengurangkan kos pembajaan kepada perladangan secara signifikan.
Inovasi formulasi baja ini telah berjaya meningkatkan hasil berat tandan segar
(BTS) di antara 20 - 30 % melalui kajian saintifik selama lebih 8 tahun yang
dijalankan bersama pihak UPM dengan ladang-ladang terpilih (Rajah 1).
Kenaikan hasil BTS adalah disebabkan kenaikan berat tandan dan peningkatan
bilangan tandan.
Gambar 1. Proses agglomerasi boleh menghasilkan baja berbentuk granule ataupun briquette dalam berbagai-bagai gred dan saiz baja dengan mudah dan kos penghasilan yang efektif.
2
DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.
Gambar 2. Kajian di Ladang palong RISDA.
Rajah 1. Kajian bandingan formulasi baja KAMILATM dengan 16 Jenis baja di Ladang Palong, Espek, RISDA (tahun 2002-2008).
KEBERKESANAN
900
10001100
12001300
14001500
16001700
18001900
2000
T3 T10 T13 T5 T11 T4 T6 T15 T8 T7 T2 T9 T1 T12 T16 T14
BTS
(kg/
plot
)
16 Jenis Baja
Berat Tandan Segar Tahun 07/08
Baja Tunggal NPK (T13)
Formulasi Baja KAMILATM
30 %
3
DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.
Baja KAMILATM lepas terkawal ini berbentuk oval atau “briquette” dengan
mempunyai saiz samada 8 g atau 15 g. Ianya adalah 100% larut dalam air tetapi
kandungan nutrien dilepaskan secara terkawal iaitu dalam tempoh sehingga 2
bulan. Kadar perlepasan nutrien ini adalah selari dengan keperluan fisiologi
pokok sawit bagi memberi masa yang cukup untuk pengambilan nutrien oleh
tanaman melalui proses transpirasi. Kajian saintifik menunjukkan jika jumlah
hujan yang turun dalam 1-2 hari sekitar 35 - 85 mm, hampir semua baja tunggal
(straight fertilizer) atau baja sebatian akan habis larut ataupun dibawa arus melalui
larian permukaan. Ini menyebabkan kerugian yang besar kerana hanya kurang
dari 50% sahaja nutrien yang dapat diambil oleh tumbuhan.
Melalui Teknologi Agglomerasi dan Salut Polimer dari German, baja KAMILATM ini
berupaya mengurangkan proses larutlesap dan kehilangan dari larian permukaan
kerana disaluti oleh jaringan polimer yang bersifat ”hydrophobic” iaitu nyah air
yang melarutkan kandungan nutrien baja ini secara terkawal serta saiz baja yang
besar sukar dilarikan air.
Baja KAMILATM juga telah diperkayakan dengan nutrien-nutrien mikro (B, Cu, Mn,
dan Zn) dengan kuantiti mengikut keperluan spesifikasi tanah tropika. Nutrien-
nutrien mikro ini berupaya mengaktifkan lebih 80 ”Enzymes” untuk menggalakkan
pembentukan tandan (bunga betina) dan debunga (bunga jantan) yang subur dan
aktif. Di antara keunggulan baja KAMILATM pada tanaman sawit ialah:
4
DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.
i. Meningkatkan aktiviti enzim-enzim tanaman
ii. Meningkatkan kandungan klorofil dan kadar fotosintesis
iii. Meningkatkan kesuburan bunga jantan (debunga).
iv. Meningkatkan berat tandan dan bilangan tandan sawit
v. Meningkatkan kadar perahan minyak (O.E.R)
vi. Mengandungi mikronutrien (Cu, Zn, B, Mn, Mo) untuk meningkatkan imuniti
pokok dari serangan oleh penyakit seperti ganoderma.
vii. Menambahkan pendapatan ladang.
PENDAFTARAN HARTA INTELEK
Baja KAMILATM CRFTM berteknologi nano ini telah didaftarkan dengan
Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada tahun 2010 sebagai Baja Lepas
Terkawal (CRF) bagi mengurangkan larutlesap dan kehilangan nutrien akibat
hujan lebat (PI 2010003922) dan sebagai komposisi baja untuk merawat penyakit
Ganoderma pada pokok sawit (PI 2010003921).
RINTANGAN TERHADAP PENYAKIT GANODERMA
Melalui laporan penyelidikan saintifik, nutrien-nutrien mikro terpilih yang
terkandung dalam baja KAMILATM bukan sahaja meningkatkan hasil berat tandan
segar (BTS) tetapi juga boleh meningkatkan proses lignifikasi dalam batang dan
akar pokok sawit. Proses lignifikasi ini adalah salah satu cara tindakbalas
semulajadi biokimia dalam pokok bagi meningkatkan ketahanan mekanikal oleh
tisu tanaman dari serangan kulat dan penyakit.
Selepas selulos, bahan organik yang banyak terdapat dalam tanaman ialah lignin
yang dijumpai dalam dinding sel xylem. Lignin menambahkan kekuatan pada
dinding sel secara mekanikal dan ini mengurangkan serangan patogen terhadap
tisu tanaman. Beberapa nutrien mikro terpilih yang terdapat dalam Baja KAMILATM
berupaya meningkatkan proses biosintesis lignin dalam kebanyakan tanaman bagi
mengurangkan potensi serangan ganoderma.
5
DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.
Paterson et al. (2008) menyatakan perlu mencari kultivar pokok sawit yang
mempunyai kandungan lignin yang tinggi sebagai langkah untuk mengurangkan
infestasi penyakit Ganoderma. Beberapa nutrien mikro seperti yang terdapat
dalam baja KAMILATM berupaya meningkatkan biosintesis lignin dalam tanaman
dan unsur-unsur ini adalah seperti Cu, Mn dan B (Marschner, 1995; Fairhurst dan
Hardter, 2003; Datnoff et al., 2007). Kandungan lignin ini akan membentuk seperti
perisai disekeliling saluran xylem bagi mengurangkan serangan hypa dari kulat
ganoderma.
Gambar 3. Serangan Ganoderma amatlah mudah bagi pokok sawit yang
mempunyai kandungan lignin yang rendah dibahagian saluran xylem.
JUSTIFIKASI KENAIKAN HASIL BAJA KAMILATM
Kekurangan sesuatu nutrien akibat pemberian nutrien-nutrien dari bekalan baja-
baja tunggal (straight fertilizers) yang dibuat secara tidak serentak iaitu diberi pada
masa yang berlainan akan mengakibatkan berlakunya kejadian “law of minimum”
iaitu hasil sesuatu tanaman akan dihadkan oleh nutrien yang tidak mencukupi
pada sesuatu masa. Keadaan ini boleh berlaku kerana setiap pusingan baja
tunggal yang diberi mempunyai interval antara 1-2 bulan. Jarak yang lama ini
boleh mengakibatkan nutrien yang diberi lebih awal itu akan kehilangan melalui
6
DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.
proses larutlesap dan larian permukaan. Pemberian unsur-unsur nutrien secara
serentak (simulteneous) melalui penggunaan baja kompaun atau baja lepas
terkawal seperti KAMILATM akan mengurangkan insiden berlakunya “law of
minimum” dan seterusnya akan meningkatkan hasil tanaman. Ini adalah kerana
nutrien-nutrien dalam tanaman tidak bertindak secara berasingan tetapi secara
bersama, oleh itu respon maksimum dari pemberian sesuatu baja itu dari segi
hasil dan ketahanan pokok terhadap penyakit hanya akan berlaku apabila nutrien-
nutrien ini semuanya berada dalam keadaan seimbang dan tersedia mengikut
keperluan fisiologi sesuatu tanaman.
Gambar 4. Pokok yang di rawat sejak tahun 2002 dengan formulasi Baja Kamila
mendapat rekod pengeluaran hasil yang tinggi oleh pekebun kecil.
KAEDAH APLIKASI BAJA KAMILATM CRF
KAMILATM CRF Blue: 10:6:20:2 + 5% Micronutrients
Jadual 1. Kadar dan kos penggunaan baja KAMILATM Blue:
Umur Sawit Kuantiti/pokok Jumlah (kg)/pokok Harga (RM)/t Kos (RM)
per pokok Kos (RM)/ha
1 Tahun 0.6 kg x 2 kali 1.20 kg 2,550.00 3.06 416.16*
7
DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.
2 Tahun 1.5 kg x 2 kali 3.0 kg 2,550.00 7.65 1,040.40
3 Tahun 1.8 kg x 2 kali 3.6 kg 2,550.00 9.18 1,248.48
4 Tahun 2.25 kg x 2 kali 4.5 kg 2,550.00 11.48 1,561.28
> 6 Tahun 2.7 kg x 2 kali 5.4 kg 2,550.00 13.77 1,872.72
*Kos sehektar = kos sepokok x 136 pokok/ha
Cara-cara Membaja KAMILATM Blue
Bagi kawasan tanah rata dan landai, membaja boleh dilakukan dengan
menabur baja KAMILATM Blue di bawah kanopi. Jika kawasan berbukit dan
curam, membaja hendaklah ditanam dengan membuat 4 lubang sedalam 2-3
inci di kawasan bawah kanopi.
PERBEZAAN KOS BAJA KAMILA CRFTM BERBANDING BAJA LAIN.
Perbandingan dari segi kos dan faedah yang akan diperolehi dengan penggunaan baja KAMILA TM CRF
telahpun ditunjukkan dalam Jadual 2, 3, 4, dan 5. Faedah penggunaan baja KAMILA TM CRF selain
mengurangkan kos pembajaan (berbanding baja kompaun dan baja tunggal), ia juga meningkatkan
hasil Berat Tandan Segar (BTS), kedua-dua faktor ini akan memberi kesan impak yang positif dalam
memberikan keuntungan di ladang berbanding pembajaan yang dibuat secara konvensional. Selain itu
faktor yang amat penting juga ialah pengurangan penggunaan tenaga buruh diladang kerana
pembajaan menggunakan KAMILA CRF hanya memerlukan 2 pusingan setahun.
Jadual 2. Baja Kompaun
8
DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.
Jenis kg/pokok Kekerapan RM/t RM/pokokCF 3 3 1700.00 15.30Pembajaan (RM0.15/pokok) 4 0.60Mikronutrien Lain (B, Cu, Zn, Mn, Mo) 1 0.23
Jumlah Kos / pokok 16.13Jadual 3. Baja Tunggal
Jenis kg/pokok Kekerapan RM/t RM/pokokAS 2.50 2 900.00 4.50PR 1.50 1 480.00 0.72MOP 2.50 2 1700.00 8.50Kie 1.50 1 750.00 1.12Pembajaan (RM 0.15/pokok) 7 1.05Mikronutrien Lain (B, Cu, Zn, Mn, Mo) 1 0.23
Jumlah Kos / pokok 16.12
Jadual 4. KAMILATM (CRF)
Jenis kg/pokok Kekerapan RM/t RM/pokokKAMILATM 2.7 2 2550.00 13.77Pembajaan (RM0.15/palm) 2 0.30
Jumlah Kos / pokok 14.07
Jadual 5. Analisis Faedah / Kos
Jenis BajaRM/pokok RM/ha
Kompaun 16.13 2,193.68
Tunggal 16.12 2,192.3
2
KAMILATM 14.07 1,913.5
2
9
DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.
Penjimatan Kos dengan Penggunaan KAMILATM berbanding Kompaun 2.07 280.16
Penjimatan Kos dengan Penggunaan KAMILATM berbanding Tunggal 2.05 278.80
Faedah KAMILATM CRF
i) Meningkatkan hasil berat tandan segar sehingga 30% ii) Meningkatkan kadar perahan minyak (OER)
Jangkaan
Hasil (t/ha) Jangkaan Kenaikan Kenaikan Hasil (t/ha)
Harga BTS (RM/t)
20 20% 4.00 600.00
b) Faedah
KAMILATM vs Kompaun RM/haUntung dari Penurunan Kos Baja 280.16Untung dari Peningkatan Hasil BTS 2400.00
Jumlah Keuntungan (RM) 2,680.16
KAMILATM vs Tunggal RM/haUntung dari Penurunan Kos Baja 278.80Untung dari Peningkatan Hasil BTS 2400.00
10
DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.
Jumlah Keuntungan (RM) 2,678.8
0
Efisiensi dalam kuantiti penggunaan baja KAMILATM dan peningkatan hasil BTS adalah faktor-faktor penting yang menyumbang kepada keuntungan penggunaan baja KAMILA di ladang.
SYOR DAN CADANGAN
Memandangkan potensi keuntungan yang besar dengan penggunaan baja KAMILATM CRF ini,
pihak Diversatech Fertilizer dengan ini ingin mencadangkan agar pihak Perak Agro Management
Services Sdn Bhd. (PAMS) dapat menggunakan baja ini di ladang-ladang sawit milik PAMS
supaya peningkatan hasil sawit yang mampan dan pengurangan kos pembajaan serta
pengawalan penyakit Ganoderma secara berkesan dapat dicapai.
11
DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.
SPESIFIKASI BAJA KAMILATM CRFTM
1. KAMILATM CRFTM 10:6:20:2 + 5% Micronutrients Tanah Mineral
Baja KAMILATM CRFTM (Controlled-Release Fertilizer) adalah sejenis baja lepas terkawal yang dilengkapi dengan nutrien-nutrien makro dan mikro. Baja ini sekiranya ditabur di atas tanah ianya akan larut dengan air secara perlahan iaitu nutrient akan dilepaskan dalam tempoh kurang dari 60 hari atau dengan anggaran hujan 400 mm yang mana terdahulu.
Jadual 1. Kadar penggunaan baja KAMILATM CRFTM bagi sasaran hasil BTS 25 t/ha
Umur Sawit Kuantiti/pokok Jumlah (kg)/pokok/Tahun
1 Tahun 0.6 kg x 2 kali setahun 1.20 kg
2 Tahun 1.5 kg x 2 kali setahun 3.0 kg
3 Tahun 1.8 kg x 2 kali setahun 3.6 kg
4-5 Tahun 2.25 kg x 2 kali setahun 4.5 kg
12
DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.
> 6 Tahun 2.7 kg x 2 kali setahun 5.4 kg
A) Pokok 2-6 TahunBagi kawasan tanah yang rata dan landai, membaja boleh dilakukan dengan menabur baja KAMILATM mengikut Jadual 1 disekeliling bawah kanopi iaitu 5 kaki dari pangkal pokok. Jika kawasan berbukit dan curam atau kawasan mudah banjir membaja hendaklah dilakukan dengan kaedah menanam iaitu dengan membuat 4 lubang sedalam 3-4 inci di kawasan bawah kanopi dengan jarak 5 kaki dari pangkal pokok.
B) Pokok > 6 Tahun atau apabila Pelepah mula bertemu.Membaja boleh dilakukan di atas lorong timbunan pelepah (frond stacking) bagi kawasan rata dan landai iaitu 5-6 kaki dari pangkal pokok sawit . Jika sangat curam dan kawasan mudah banjir, membaja hendaklah ditanam dengan membuat 4 lubang sedalam 3-4 inci di kawasan bawah kanopi dengan jarak 5 kaki dari pangkal pokok.
C) Pihak Diversatech Fertilizer akan menerangkan kaedah pembajaan di Ladang-ladang tersebut melalui Pakar Runding UPM apabila tiba masa membaja hendak dilakukan.
KAMILATM CRF FERTILIZER (For Mineral Soils)10 : 6 : 20 : 2 + 5% Micronutrients + 5% Sulphur
Nitrogen (N) 10 %
Phosphorus (P2O5) (Water Soluble) 6 %
Potassium (K2O) 20 %
Magnesium (MgO) 2 %
Sulphur (S) 5 %
Boron (B2O3) 0.5%
Copper (CuO) 0.1%
13
TECHNICAL DATA SHEET
GUARANTEED CHEMICAL ANALYSIS
DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.
Zinc (ZnO) 0.1%
Manganese (MnO) 0.1%
Others Micronutrients (Mo, Fe, Cl) 4.2%
Size : Approximately 8.5 g per nugget
Color : Light blue
Moisture : < 2%
Free flow (Product Shelve Life): 2 years
pH : 6.0
All nutrients shown above are water soluble
2. KAMILATM CRFTM 7:5:32:2 + 5% Micronutrients (Tanah Gambut)
Baja KAMILATM CRFTM (Controlled-Release Fertilizer) adalah sejenis baja lepas terkawal yang dilengkapi dengan nutrien-nutrien makro dan mikro. Baja ini sekiranya ditabur di atas tanah gambut ianya akan larut dengan air secara perlahan iaitu nutrient akan dilepaskan dalam tempoh kurang dari 60 hari atau dengan anggaran hujan 400 mm yang mana terdahulu.
Jadual 2. Kadar penggunaan baja KAMILATM CRFTM bagi sasaran hasil BTS 25 t/ha
Umur Sawit Kuantiti/pokok Jumlah (kg)/pokok
1 Tahun 0.5 kg x 2 kali setahun 1.0 kg
2 Tahun 1.4 kg x 2 kali setahun 2.8 kg
3 Tahun 1.6 kg x 2 kali setahun 3.2 kg
4-5 Tahun 2.1 kg x 2 kali setahun 4.2 kg
> 6 Tahun 2.5 kg x 2 kali setahun 5.0 kg
14
PHYSICAL PROPERTIES
DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.Tel: +603-89269103 (4 Lines) Fax: +603-8926835127-2-B, Jalan Medan PB2B, Seksyen 9, 43650 Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.
sehektar = 150 pokok/ha
A) Pokok 2-6 TahunBagi kawasan tanah yang rata dan landai, membaja boleh dilakukan dengan menabur baja KAMILATM di bawah kanopi iaitu 5 kaki dari pangkal pokok. Jika kawasan mudah banjir membaja hendaklah dilakukan dengan kaedah menanam iaitu dengan membuat 4 lubang sedalam 3-4 inci di kawasan bawah kanopi dengan jarak 5 kaki dari pangkal pokok.
B) Pokok > 6 Tahun atau apabila Pelepah mula bertemu.Membaja boleh dilakukan di atas lorong timbunan pelepah (frond stacking) bagi kawasan rata dan landai iaitu 5-6 kaki dari pangkal pokok sawit . Jika kawasan mudah banjir, membaja hendaklah ditanam dengan membuat 4 lubang sedalam 3-4 inci di kawasan bawah kanopi dengan jarak 5 kaki dari pangkal pokok.
C) Pihak Diversatech Fertilizer akan menerangkan kaedah pembajaan di Ladang-ladang tersebut melalui Pakar Runding UPM apabila tiba masa membaja hendak dilakukan.
KAMILATM CRF FERTILIZER (For Peat Soil)7 : 5 : 32 : 2 + 5% Micronutrients + 5% Sulphur
Nitrogen (N) 7 %
Phosphorus (P2O5) (Water Soluble) 5 %
Potassium (K2O) 32 %
Magnesium (MgO) 2 %
Sulphur (S) 5 %
Boron (B2O3) 0.8%
Copper (CuO) 0.2%
15
TECHNICAL DATA SHEET
GUARANTEED CHEMICAL ANALYSIS
DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.
Zinc (ZnO) 0.2%
Others Micronutrients (Mn, Cl, Fe, Cl) 4.0%
Size : Approximately 15g per nugget
Color : Light blue
Moisture : < 2%
Free flow (Product Shelve Life): 2 years
pH : 6.0
All nutrients shown above are water soluble
RUJUKAN:
Datnoff, L.E., W.H. Elmer, and D.M. Huber. 2007. Mineral Nutrition and Plant Disease.
ESPEK. 2006. Keseimbangan unsur nutrien bagi sawit di kawasan kering dan tanah padat. Espek Research and Advisory Services, Persiaran Institusi 43000, Kajang Selangor.
Fairhurst, T. and R. Hardter. 2003. Oil palm: management for large and sustainable yield. Marschner, H. 1995. Mineral Nutrition of Higher Plants. Academic Press.
Paterson, R.R.M, M. Sariah, and M.A. Zainal Abidin. 2008. Altered lignin in oil palm: a novel approach to Ganoderma control. The Planters, 84 (985):219-228.
16
PHYSICAL PROPERTIES
DIVERSATECH FERTILIZER SDN. BHD.Tel: +603-89269103 (4 Lines) Fax: +603-8926835127-2-B, Jalan Medan PB2B, Seksyen 9, 43650 Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia