Upload
pieja5376
View
1.701
Download
9
Embed Size (px)
Citation preview
Yang di-Pertuan AgongParlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.
Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya.
Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun , Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.
Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.
Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.
Senarai-senarai Yang di-Pertuan Agong
YANG DI-PERTUAN AGONG PERTAMA
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad
Negeri: Negeri Sembilan Tempoh: 3 Ogos 1957 - 1 April 1960
YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA
Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah
Negeri: Selangor Tempoh: 14 April 1960 -1 September 1960
YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA
Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail
Negeri: Perlis Tempoh: 21 September 1960 - 20 September 1965
YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT
Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-MarhumSultan Zainal Abidin
Negeri: Terengganu Tempoh: 21 September 1965 - 20 September 1970
YANG DI-PERTUAN AGONG KELIMA
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
Negeri: Kedah Tempoh: 21 September 1970 - 20 September 1975
YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM
Al-Marhum Tuanku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim
Negeri: Kelantan Tempoh: 21 September 1975 - 30 Mac 1979
YANG DI-PERTUAN AGONG KETUJUH
Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al-Mu'adzam Shah
Negeri: Pahang Tempoh: 26 April 1979 - 25 April 1984
YANG DI-PERTUAN AGONG KELAPAN
Al-Marhum Tuanku Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail
Negeri: Johor Tempoh: 26 April 1984 - 26 April 1989
YANG DI-PERTUAN AGONG KESEMBILAN
Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Negeri: Perak Tempoh: 26 April 1989 - 25 April 1994
YANG DI-PERTUAN AGONG KESEPULUH
Al-Marhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Negeri: Negeri Sembilan Tempoh: 26 April 1994 - 25 April 1999
YANG DI-PERTUAN AGONG KESEBELAS
Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
Negeri: Selangor Tempoh: 26 April 1999 - 21 November 2001
YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA BELAS
Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Negeri: Perlis Tempoh: 13 Dis 2001 - 12 Dis 2006
YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA BELAS
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah
Negeri: Terengganu Tempoh: 13 Dis 2006 - 12 Dis 2011
YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT BELAS
Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
Negeri: Kedah Tempoh: 13 Dis 2011 - Kini
DEWAN NEGARA
Dewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli. Dewan Negeri terbahagi kepada dua kategori seperti berikut:-
26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli).
44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putra Jaya.
Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:-
* warganegara Malaysia * tidak kurang dari 30 tahun * waras fikiran * bukan seorang muflis * tidak mempunyai rekod jenayah
Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri.
Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen. Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.
Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahan Perlembagaan.
DEWAN RAKYAT
Dewan Rakyat mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.
Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:-
Warga negara Malaysia
Tidak kurang dari 21 tahun
Waras fikiran
Bukan seorang muflis
Tidak mempunyai rekod jenayah
Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.
Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (pentadbiran).
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.
Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa. Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.