Upload
truongdang
View
265
Download
14
Embed Size (px)
Citation preview
`
0
OTHMAN TALIB
MPWS
Zero Draft of Thesis Teknik Efisyen Penulisan Tesis dengan
Navigation Pane / Document Map dan Mendeley
`
0
Zero Draft of Thesis:
Teknik Efisyen Penulisan Proposal / Tesis
dengan Navigation Pane / Document Map
dan Mendeley
1
OTHMAN TALIB
`
0
BUKA BICARA
Buku Zero Draft of Thesis (ZDOT) ini ditulis sebagai bahan rujukan kepada peserta
bengkel Penulisan Cepat Tesis dan Pengurusan Artikel dengan Mendeley yang
saya kendalikan. Sebagai salah seorang konsultan yang bernaung di bawah UPM
Consultancy Sdn Bhd, bengkel yang saya jalankan diseluruh negara ini dijayakan
atas platform Malaysia Postgraduate Workshop Series (MPWS) dan telah
mendapat sambutan yang hangat. Dalam bengkel-bengkel ini saya
memperkenalkan ZDOT, akronim kepada satu teknik yang digunakan dalam
memulakan penulisan proposal dan seterusnya penulisan tesis. Anda juga boleh
membaca ZDOT dalam blog saya “Suka Penyelidikan Suka Statistik” di
www.drotspss.blogspot.com. Semasa buku ini dihasilkan, blog ini telahpun
dibaca hampir 800,000 kali ! Angka ini adalah sesuatu yang memeranjatkan bagi
sebuah blog yang berorientasikan penulisan ilmiah berkaitan penyelidikan dan
statistik.
Saya memahami semakin ramai individu yang ingin meneruskan pengajian di
peringkat sarjana mahupun kedoktoran. Pengajian diperingkat sarjana mahupun
kedoktoran ini berorientasikan penyelidikan serta penulisan kertas projek, tesis
atau dissertasi. Menulis satu manuskrip ilmiah seperti ini memerlukan kemahiran
kerana manuskrip ilmiah memerlukan satu format penulisan yang khusus.
Ramai pelajar sarjana dan kedoktoran menghadapi kesukaran untuk memulakan
penulisan kerana tiada kemahiran menggunakan perisian pemprosesan
perkataan seperti MS Word 2010 atau LaTex serta tidak menguasai kemahiran
1
menulis petikan (citation) dan membuat senarai rujukan (references). Oleh itu,
kehadiran buku ini akan dapat meningkatkan kemahiran penulisan manuskrip
ilmiah bukan sahaja dalam kalangan pelajar sarjana dan kedoktoran tetapi
kemahiran yang sama boleh diaplikasikan dalam penulisan buku, artikel, rencana,
laporan serta projek.
Buku ini terhasil dari pengalaman saya menyiapkan tesis kedoktoran serta
perbincangan antara saya dan peserta bengkel Penulisan Cepat Tesis dan
Pengurusan Artikel. Selain teknik ZDOT, teknik lain yang berkaitan dengan ZDOT
juga akan dibincangkan di dalam buku ini termasuklah pembinaan jadual, rajah,
kandungan, pengasingan bab, memasukkan petikan serta rujukan. Kesemua
teknik ini boleh digabungkan dengan aplikasi aplikasi Reference Manager iaitu
Mendeley.
"When you teach… you learn to think ….”
2
Saya cuba menulis buku ini seringkas yang mungkin dengan menyertakan lebih
100 screenshot langkah demi langkah bagi memudahkan pembaca memahami
serta mencubanya sendiri pada komputer masing-masing.
Sebarang pertanyaan dan cadangan sila hantar terus kepada
OTHMAN TALIB
BANDAR BARU BANGI
3
Salah satu bengkel kendalian penulis di Putrajaya
PERHATIAN:
TIDAK DIBENARKAN MENYALIN MANA-MANA BAHAGIAN BUKU INI UNTUK APA
SAHAJA TUJUAN TANPA IZIN PENULIS BAGI MENGHORMATI HAK DAN USAHA
PENULIS SERTA KEBERKATAN ILMU YANG DIPEROLEHI
JIKA BERMINAT, SILA BUAT PESANAN SECARA SAH di:
www.tulis-tesis-cepat.com
TERIMA KASIH
`
0
Pakej Lengkap
Penyelidikan dan Penulisan Tesis
Pesan buku di www.tulis-tesis-cepat.com
`
1
Kandungan
BUKA BICARA ........................................................................................................ 0
Kandungan ............................................................................................................ 1
Senarai Rajah ........................................................................................................ 2
BAHAGIAN 1 ......................................................................................................... 2
MENDELEY SEBAGAI ............................................................................................. 2
REFERENCE MANAGER .......................................................................................... 2
1.1 Penulisan Ilmiah .............................................................................................. 3
1.2 MENDELEY ...................................................................................................... 7
1.3 Fungsi Literature Search Mendeley ................................................................. 9
1.4 Operator Literature Search ........................................................................... 12
1.5 Pencarian artikel ........................................................................................... 23
1.6 Menyediakan “ All Documents” .................................................................... 30
BAHAGIAN 2 ....................................................................................................... 37
PEMBINAAN ZERO DRAFT OF THESIS .................................................................. 37
2.1 One File One Thesis (OFOT) ........................................................................... 38
2.2 Zero Draft of Thesis (ZDOT) ........................................................................... 40
2.3 Bina Heading ................................................................................................. 41
2.4 Mengasingkan Chapter ................................................................................. 56
BAHAGIAN 3 ....................................................................................................... 58
APLIKASI MENDELEY DALAM ZDOT ..................................................................... 58
3.1 Fungsi Notes - Annotation ............................................................................. 59
3.2 Format text ................................................................................................... 65
3.3 Nama pengarang dalam petikan ................................................................... 68
3.4 Parafrasa petikan .......................................................................................... 74
3.5 Memasukkan Rujukan ................................................................................... 75
BAHAGIAN 4 ....................................................................................................... 79
RAJAH DAN JADUAL ............................................................................................ 79
2
4.1 Memasukkan Rajah dan Jadual ..................................................................... 80
4.2 Fungsi Split .................................................................................................... 86
4.3 Jadual Kandungan ......................................................................................... 90
4.4 Senarai Rajah dan Jadual ............................................................................. 102
BAHAGIAN 5 ..................................................................................................... 106
PENULISAN BUKU: ............................................................................................ 106
PERKONGSIAN PENGALAMAN........................................................................... 106
5.1 Susah ke menulis? ....................................................................................... 107
5.2 ZDOT dan buku Atlas.ti ................................................................................ 109
5.3 Tahap penulisan .......................................................................................... 109
Senarai Rajah
BAHAGIAN 1
MENDELEY SEBAGAI
REFERENCE MANAGER
`
3
1.1 Penulisan Ilmiah
Penulisan adalah satu kemahiran PENTING yang perlu dikuasai oleh semua
pelajar pra-siswazah dan siswazah yang terlibat dengan penyelidikan dan
penulisan tesis serta projek. Pelajar siswazah khususnya yang mengambil
program sarjana mahupun kedoktoran, mesti membuat laporan hasil
penyelidikan dengan menulis satu manuskrip ilmiah yang dinamakan tesis atau
disertasi. Mereka juga perlu menulis artikel untuk diterbitkan dalam jurnal. Tanpa
kemahiran menulis, kerja-kerja penghasilan tesis, artikel serta suntingan akan
menjadi sulit dan memenatkan. Betapa ramai pelajar yang berpuas hati
menguasai kemahiran menulis menggunakan perisian pemprosesan perkataan
seperti MS Word hanya pada tahap asas sahaja. Ramai yang lansung tidak tahu
dan tidak pernah menggunakan fungsi seperti References, Split, Caption, Styles,
Heading, Auto Correct sehingga penggunaan komputer seperti boleh disamakan
dengan penggunaan mesin taip elektrik sahaja !
Penulisan manuskrip ilmiah seperti tesis, disertasi, artikel dan buku memerlukan
petikan (citation) dan rujukan (references) yang banyak dari perbagai sumber
seperti artikel jurnal, buku, bab dalam buku, prosiding, laporan, rekod, tesis,
webpage dan ensaiklopedia. Memetik dari sumber yang pelbagai ini memerlukan
pengetahuan terhadap format yang diperlukan bersesuaian dengan bidang kajian
masing-masing. Sebagai contoh, penulisan dalam bidang pendidikan dan
sebahagian besar bidang di bawah sains sosial lazimnya menggunakan format
American Psycological Association (APA). Format-format lain adalah seperti
American Medical Association (AMA), Chicago Manual of Style, Harvard
4
Reference Format dan IEEE. Terdapat ratusan format yang digunapakai dalam
dunia penulisan dan anda hanya perlu pilih satu format sahaja seperti yang
ditetapkan oleh institusi pengajian anda.
Bukan sahaja calon sarjana dan kedoktoran perlu mengetahui format mana yang
perlu diikuti atau yang telah ditetapkan oleh institusi masing-masing, mereka juga
perlu tahu mekanik penulisan yang pelbagai semasa membuat petikan, rujukan,
membina jadual dan rajah. Contohnya pelajar perlu tahu untuk menulis petikan
dalam teks, petikan lansung (direct quotation), menulis nama pengarang tunggal
atau pengarang lebih dari seorang. Berikut adalah contoh format penulisan
rujukan mengikut APA:
Robert, M. (2013). Integrating mind map and concept map in teaching chemistry.
Science Education for Teacher, 77(5), 182– 188. doi:10.1147/0003-
9333.75.3.282
Nazirah Mat Sin, Othman Talib, Tengku Putri Norishah, Adura Azlin Ishak, &
Roselan Baki. (2014). Male Students and Digital Game: Reason, Motivation
and Feeling. International Journal of Information and Education Technology,
4(1), 6–11. doi:10.7763/IJIET.2014.V4.359
Perhatikan terdapatnya perkataan ‘doi’ dalam rujukan di atas. Doi dalam contoh
rujukan membawa maksud Digital Object Identifier iaitu satu sistem
pengkatalogkan yang dibuat dibawah pendaftaran The International DOI
Foundation bagi mengenalpasti pautan (link) sesuatu bahan dalam Internet
supaya mudah dicapai. Semua nombor rujukan DOI bermula dengan angka 10
diikuti dengan siri prefik bagi sesuatu organisasi dan surfik sebagai identifikasi
penerbit yang diasingkan dengan tanda (/).
5
Penulisan ilmiah juga melibatkan sistem penomboran bagi caption seperti jadual
atau rajah. Rajah 1.1 menunjukkan satu contoh format penulisan jadual lengkap
mengikut format APA dengan caption ’Table 4.22 – ANOVA for post-test’ yang
bermakna jadual dalam contoh tersebut adalah jadual yang ke 22 dan berada di
dalam Chapter 4. Format APA menetapkan caption berada di atas jadual sebelah
kiri dengan tajuk jadual (ANOVA for pos-test) ditulis di bawah label (Table 4.22)
secara italic. Format APA hanya membenarkan garisan mendatar sahaja dan
tidak membenarkan garisan menegak pada jadual.
Table 4.1
ANOVA for post-test
Sum of Squares
df
Mean Square
F
Sig.
Between Groups
295.045
3
98.348
7.164*
.000
Within Groups
1111.955
81
13.728
Total
1407.000
84
* p < .05
Rajah 1.1 - Contoh perlabelan jadual mengikut APA
6
Sementara itu, format APA juga menetapkan caption bagi rajah berbeza dengan
jadual seperti contoh dalam Rajah 1.2 berikut. Caption pada rajag berada diposisi
bawah dengan label dan tajuk rajah ditulis dalam satu barisan yang sama.
Rajah 3.10 Gabungan peta minda dan mnemonik
Rajah 1.2 - Contoh perlabelan rajah mengikut APA
Sistem penomboran bagi jadual dan rajah sering menyulitkan penulisan tesis
kerana berlaku perubahan penomboran setiap kali berlaku penambahan atau
pengurangan jadual dan rajah sepanjang proses penulisan. Kesemua ini boleh
dipermudahkan malah dapat dilakukan dengan cepat dan efisyen jika pelajar
7
mahir menggunakan MS Word. Perubahan yang berlaku akan menjadi otomatik
kerana urutan nombor dilakukan oleh MS Word. Inilah yang akan dibincangkan
dalam bab seterusnya.
1.2 MENDELEY
Saya telah menulis buku berjudul “Mendeley – Pengurusan Artikel dan Rujukan
Tesis” sebagai pengenalan kepada pelajar khususnya siswazah yang memerlukan
Reference Manager dalam proses menyiapkan penulisan tesis. Reference
Manager adalah istilah yang baru bagi kebanyakkan siswazah yang baru
mendaftar. Apa itu Reference Manager?
Reference Manager adalah satu perisian yang mengurus petikan dan rujukan bagi
penulisan ilmiah. Contoh perisian yang popular dalam dunia penulisan akademik
adalah EndNote, RefWork, Zotero, Qiqqa dan Mendeley. Reference Manager
beroperasi secara umumnya sebagai pengkalan data menyimpan maklumat
rujukan dari pelbagai sumber dan kemudiannya maklumat ini diproses dan boleh
digunakan untuk menjana petikan dan rujukan secara otomatik tanpa perlu
menulis apa-apa secara manual. Proses ini boleh dilakukan berkali-kali tanpa had,
khususnya dalam penyediaan sorotan literatur dan senarai rujukan. Keperluan
penggunaan Reference Manager ini semakin ketara dengan berkembangnya
secara mendadak penghasilan sumber-sumber rujukan secara digital yang
disimpan oleh penerbit-penerbit dalam format pdf yang sedia untuk dimuat
turun ke dalam komputer peribadi siswazah.
8
Kini Reference Manager juga menyediakan pakej lengkap bagi mengurus artikel
yang banyak disamping operasinya yang dapat dijalankan serentak dengan
operasi dalam perisian pemprosesan perkataan seperti MS Word dan LaTex.
Terdapat Reference Manager yang boleh dimuat turun secara percuma seperti
Mendeley. Siswazah hanya perlu membuka laman web www.mendeley.com dan
mengikut arahan yang disediakan untuk instalasi perisian Mendeley. Sila rujuk
buku saya “Mendeley – Pengurusan Artikel dan Rujukan Tesis” yang
menerangkan secara terperinci cara memuat turun serta aplikasi asas Mendeley.
Perisian Mendeley ini juga sentiasa di naik taraf dan sehingga buku ini ditulis,
Mendeley boleh dimuat turun dengan versi 1.10.1 (Rajah 1.3)
Rajah 1.3 - Mendeley versi 1.10.1
9
Dengan perisian MS Word misalnya, penulis hanya perlu mengklik ikon Mendeley
sebagai Reference Manager bagi mengimpot rujukan dan seterusnya rujukan
akan tertulis secara otomatik dalam manuskrip mengikut apa sahaja format yang
dipilih. Rajah 1.4 berikut menunjukkan ikon Mendeley pada ribbon MS Word
2010 serta beberapa pilihan format rujukan.
Rajah 1.4 - Mendeley dalam MS Word
1.3 Fungsi Literature Search Mendeley
Buku ini hanya akan menggunakan Mendeley sebagai Reference Manager yang
disepadukan dalam penghasilan Zero Draft of Thesis (ZDOT) dalam MS Word
2010. Langkah awal yang perlu dijalankan oleh sisiwazah adalah mengumpul
artikel dalam bidang kajian masing-masing melalui proses literature search.
10
Artikel-artikel ini perlu dimuat turun supaya menjadi data dalam Mendeley untuk
tujuan membuat petikan dan senarai rujukan.
Buku ini akan menerangkan secara lebih terperinci aplikasi Mendeley sebagai
Reference Manager dan dalam masa yang sama boleh mengorganisasi dan
mengurus artikel sebagai persiapan penulisan proposal mahupun tesis. Walaupun
Mendeley mempunyai versi desktop dan web, buku ini hanya akan memberikan
fokus kepada Mendeley Desktop. Anda boleh membaca buku “Mendeley –
Pengurusan Artikel dan Rujukan Tesis” yang menerangkan aplikasi Mendeley
web. Adalah memadai untuk menggunakan Mendeley Desktop sekiranya anda
menjalankan kajian peringkat sarjana mahupun kedoktoran.
Langkah pertama adalah memuat turun semua artikel yang diperlukan ke dalam
satu folder pada komputer peribadi anda. Anda boleh lakukan dengan beberapa
cara seperti mencari melalui pencarian Google Scholar, melalui pencarian
perpustakaan di IPTA/IPTS anda ataupun melalui fungsi Literature Search dalam
Mendeley. Saya hanya akan menjelaskan pencarian menggunakan fungsi
Literature Search dalam Mendeley Desktop.
Literature Search adalah fungsi baru dalam Mendeley yang diperkenalkan pada
pertengahan tahun 2013. Fungsi ini berguna kerana boleh membantu siswazah
memulakan pencarian secara “rambang” disamping mengetahui bahan-bahan
ilmiah terutamanya nama jurnal dalam bidang yang ingin di kaji.
Sebagai contoh, katakan anda berminat untuk mencari sumber rujukan bagi
kajian anda yang berkaitan “Animation” dalam bidang pendidikan. Buka
Mendeley anda, klik Literature Search dan taip kata kunci “Animation” pada
ruangan yang disediakan. Bila anda klik “Enter”, Mendeley secara otomatik akan
11
mencari semua bahan ilmiah berkaitan kata kunci “Animation”. Perhatikan Rajah
1.5 berikut menunjukkan terdapat sebanyak 11,532 carian yang diperolehi. Angka
ini adalah munasabah kerana Mendeley akan mencari semua sumber yang ada
perkataan “Animation” termasuklah yang bukan dalam bidang pendidikan.
Rajah 1.5 - Dapatan carian “Animation”
12
Tentulah tidak praktikal untuk membaca kesemua dapatan carian tersebut
melainkan anda kecilkan lagi skop pencarian literature search anda menggunakan
operator Boolean.
1.4 Operator Literature Search
Mendeley membenarkan penggunaan operatur Boolean seperti “AND”, “NOT”,
“OR” bagi mengecilkan skop pencarian atau untuk tujuan pencarian yang lebih
fokus.
Perhatikan bahawa penambahan kata kunci “Animation AND Chemistry AND
Education” pada Rajah 1.6 telah memberikan skop pencarian yang lebih baik.
Pencarian sebegini mempunyai beberapa motif. Anda bukan sahaja anda
mendapat tahu tajuk artikel dari hasil carian tersebut malah anda juga boleh
mengenalpasti jurnal-jurnal yang menerbitkan artikel yang anda fikir relevan.
Secara mudah, berdasarkan hasil pencarian yang dipaparkan dalam Rajah 1.6,
anda telah ketahui jurnal-jurnal berikut yang sesuai dengan bidang kajian anda
untuk pencarian yang lebih khusus dalam setiap jurnal tersebu. Jurnal-jurnal yang
berjaya dikenalpasti adalah:
• Journal of Science Education and Technology
• Educational Technology Research and Development
• Journal of Chemical Education
• Journal of Science Education and Technology
13
• International Journal of Research in Science Education
• International Journal of Science Education
• Computer and Education
Rajah 1.6 - Sebanyak 28 carian diperolehi
14
Selain dari kata kunci, anda juga boleh mencari sumber rujukan yang ditulis oleh
penyelidik tersohor yang anda ketahui terlibat aktif dalam bidang kajian yang
sama dengan bidang kajian anda. Dalam bidang pendidikan kimia sebagai contoh,
nama Prof. David Treagust adalah nama yang tidak asing lagi kerana beliau adalah
pakar yang banyak membuat kajian dan menulis artikel dalam pendidikan sains
dan kimia. Prof. David Treagust adalah professor di Science and Mathematic
Education Centre (SMEC) iaitu pusat penyelidikan pendidikan Sains dan
Matematik bagi Australia yang berpusat di Curtin University of Technology, Perth.
Oleh itu anda boleh lakukan pencarian anda menggunakan fungsi Literature
Search dengan menaip “author:treagust” dan Rajah 1.7 adalah hasil pencarian
Mendeley tersebut.
15
Rajah 1.7 - Pencarian menggunakan “author”
Membaca dan meneliti artikel hasil kajian Prof Treagust akan memberikan
kelebihan kepada siswazah dalam bidang pendidikan sains dan kimia untuk
mengetahui perkembangan terkini dalam bidang tersebut. Selain dari itu,
terdapat penambahan dua lagi jurnal yang perlu anda terokai sebagai tambahan
kepada tujuh jurnal yang diperolehi dari Rajah 1.6 di atas. Jurnal-jurnal tersebut
adalah:
16
International Journal of Educational Development
Cultural Studies in Science Education
Penulis bersama Prof. Treagust yang juga pengerusi satu konferens Science Education di Adelaide, Australia 2010
Literature search Mendeley juga memberi ada ruang untuk menghadkan
pencarian anda berdasarkan tahun dan julat tahun secara specifik. Ini bermakna,
anda bukan sahaja boleh mengetahui jurnal, tajuk artikel, penerbit dan pakar
dalam bidang kajian anda, tetapi juga boleh menghadkan pencarian anda boleh
berdasarkan tahun.
17
Katalah anda ingin mencari artikel tulisan Prof. Treagust yang diterbitkan pada
tahun 2010 sahaja maka anda perlu menulis “author:treagust AND year:2010”
dan Rajah 1.9 adalah hasil pencarian tersebut. Jika anda bernasib baik, Mendeley
akan memuat turun artikel seperti yang ditandakan dengan anak panah biru
dalam Rajah 1.8 dan artikel penuh yang berjaya dimuat turun pada Rajah 1.9
Rajah 1.8 – Pencarian dihadkan oleh tahun
Rajah 1.9 – Salah satu artikel berjaya dimuat turun oleh Mendeley
18
Kelebihan Literature Search dalam Mendeley perlu dimanfaatkan oleh siswazah.
Mendapatkan artikel terkini dan semasa adalah antara keperluan dalam
pencarian jurang kajian supaya kajian anda tidak dianggap ketinggalan zaman.
Anda boleh menetapkan julat tahun pencarian anda dengan menaip “animation
AND education AND year:*2010 TO 2013+” dan hasil pencarian akan dipaparkan
seperti dalam Rajah 1.10.
Dengan cara yang sama, anda boleh menggunakan kombinasi pengarang dan
kata kunci serta julat tahun bagi menghasilkan pencarian lebih bermakna seperti
“author:mayer AND animation AND year:*200 TO 2013+” atau “animation AND
science AND year:*200 TO 2013+” bagi menhasilkan pencarian seperti Rajah 1.11
dan Rajah 1.12 masing-masing.
19
Rajah 1.10 – “animation AND education AND year:*2010 TO 2013+”
20
Rajah 1.11 – “author:mayer AND animation AND year:*200 TO 2013+”
21
Rajah 1.12 – “animation AND science AND year:*200 TO 2013+”
22
Bagi memudahkan anda memahami fungsi pencarian dalam Literature Search
Mendeley , Jadual 1.1 berikut adalah ringkasan cara anda menulis kata kunci,
nama pengarang, penerbitan, tajuk dan tahun. Anda masih boleh membuat
kombinasi anda sendiri – Selamat Mencuba !
Jadual 1.1 – Kombinasi operator dalam Literature search Mendeley
Taip perkataan berikut: Mendeley akan mencari ini…
computer animation perkataan computer atau animation
computer AND animation kedua-dua perkataan computer dan animation
"computer animation" hanya perkataan “computer animation”
title:”computer animation” perkataan “computer animation” dalam title field
author:Mayer nama Mayer dalam senarai pengarang
author:Mayer AND author:Mereno kedua-dua nama Mayer dan Mereno dalam senarai pengarang
Mayer AND year:[2000 TO 2013] perkataan Mayer dalam penerbitan 2000 – 2013 sahaja
published_in:"science education” perkataan “Science Education”dalam jurnal atau penerbitan
Animation AND published_in:”science education”
perkataan animation dan perkataan “science education”dalam jurnal atau penerbitan
animation AND year:2012
perkataan animation dan diterbitkan pada tahun 2012
animation AND science AND year:[2010 TO 2013]
perkataan animation dan science diterbitkan tahun 2010 hingga 2013
23
1.5 Pencarian artikel
Pencarian melalui fungsi Literature Search hanyalah satu penerokaan awal.
Tambahan, hasil dapatan bukanlah dalam bentuk artikel penuh yang boleh di
muat turun dan disimpan dalam folder komputer anda. Timbul persoalan,
bagaimana untuk mengetahui bahan mana yang sesuai dari senarai yang
dipaparkan hasil pencarian literature search Mendeley ?
Aspek paling penting bagi setiap bahan yang dipaparkan hasil pencarian literature
search Mendeley adalah abstrak yang boleh dibaca. Abstrak adalah komponen
penting dalam penerokaan awal artikel supaya anda hanya akan mendapatkan
artikel yang benar-benar relevan dengan kajian yang bakal anda lakukan. Anda
cuma perlu klik artikel dan abstrak akan dipaparkan seperti Rajah 1.13. Anda
bukan sahaja boleh membaca abstrak mana-mana artikel, malah anda boleh
menulis rujukan artikel tersebut untuk dimasukkan ke dalam penulisan anda
walaupun tanpa artikel penuh.
24
Rajah 1.13 – Abstrak yang dipaparkan dari setiap artikel
Anda klik kanan pada artikel yang anda sudah tandakan (highlighted) dan pilih
option “Copy As” dan “Formatted Citation” seperti Rajah 1.14 berikut:
25
Rajah 1.14 – Langkah mendapatkan rujukan
Selepas itu anda buka MS Word dan anda cuma perlu “Paste” sahaja dan rujukan
akan tertulis secara otomatik seperti Rajah 1.15. Ini bermakna anda boleh
menyiapkan satu senarai rujukan untuk simpanan anda dari hasil pencarian
literature search Mendeley bagi tujuan pencarian artikel penuh seterusnya.
26
Rajah 1.15 – Rujukan terhasil mengikut format yang dipilih
Kesemua artikel yang terpapar hasil pencarian literature search belum lagi berada
dalam “All Documents” Mendeley anda. Oleh itu anda tidak boleh menggunakan
fungsi Mendeley untuk mengurus artikel-artikel tersebut kecuali atikel-artikel
tersebut di simpan dalam “All Documents”. Anda boleh lakukan ini dengan klik
“Save References” seperti Rajah 1.16.
Katakan anda berminat dengan tiga artikel, maka klik artikel dan klik “Save
Reference” bagi ketiga-tiga artikel tersebut dan kesemuanya akan dipindahkan ke
dalam “All Documents” Mendeley anda. Rajah 1.17 memaparkan proses
perpindahan yang telah berjaya dilakukan.
27
Rajah 1.16 – Save Reference pindah artikel ke “All Documents”
Rajah 1.17 – Tiga artikel dimasukkan dalam “All Documents”
28
Seterusnya tugas anda adalah mencari ketiga-tiga artikel tersebut. Katakan anda
ingin mencari artikel “Haglund (2012) bertajuk Perspective on models….” anda
hanya perlu klik pada ikon Mendeley dibahagian kiri yang bertulis “View research
catalog for this paper” seperti Rajah 1.18. Lakukan langkah yang sama dengan
artikel seterusnya. Hasilnya artikel tersebut akan dipaparkan di Mendeley web
(pastikan anda berada dalam persekitaan wifi atau komputer anda ada sumber
internet) untuk anda lakukan pencarian seterusnya seperti yang ditunjukkan pada
Rajah 1.19 dan Rajah 1.20 masing-masing.
Rajah 1.18 – Arahan Mendeley Web memulakan pencarian atas talian
29
Rajah 1.19 – Artikel yang dicari dipaparkan di Mendeley web
Rajah 1.20 – Artikel kedua yang dipaparkan dalam Mendeley web
30
1.6 Menyediakan “ All Documents”
Sebelum anda diperkenalkan kepada konsep Zero Draft of Thesis (ZDOT), anda
perlu mempunyai koleksi artikel yang relevan dengan kajian untuk menyediakan
proposal dan kemudian tesis anda. Katakan setelah anda membuat literature
search melalui Mendeley, perpustakaan dan Google Search, anda dapat
mengumpulkan sebanyak lebih kurang 20 artikel yang relevan. Anda perlu
menyimpan kesemua artikel tersebut dalam “All Documents” Mendeley.
Terlebih dahulu saya ingin mencadangkan supaya anda menamakan setiap artikel
tersebut mengikut urutan berikut bagi memudahkan anda berkongsi dengan
rakan-rakan anda. Jangan namakan sebagai artikel1, artkel2 dan sebagainya
tetapi namakan mengikut urutan berikut:
Nama pengarang – tahun - ringkasan tajuk
Rajah 1.21 menunjukkan kesemua artikel yang telah dinamakan. Setelah
menamakan kesemua artikel dan menyimpannya di dalam satu folder (katakan
anda namakan seperti My_PhD) dalam dropbox anda, anda boleh terus “click-n-
drag” folder tersebut ke atas Mendeley.
Penggunaan folder dengan aplikasi “cloud” seperti dropbox (www.dropbox.com)
ataupun Google Drive (https://drive.google.com) sangat penting bagi
memastikan artikel anda selamat. Menyimpan folder anda dalam storaj mudah
alih seperti thumb drive atau menyimpannya dalam hard disk komputer anda
boleh mendatangkan masalah kehilangan, kerosakan atau kecurian.
31
Anda juga boleh tandakan (highlighted) kesemua artikel tersebut dan “click-n-
drag” ke atas Mendeley. Rajah 1.22 menunjukkan kesemua artikel telah sedia
ditanda untuk diheret ke dalam Mendeley.
Rajah 1.21 – Cara menamakan artikel dalam simpanan anda
32
Rajah 1.22 – Tandakan semua artikel dan heret ke atas Mendeley
Artikel yang dimasukkan ke dalam ‘All Documents” Mendeley akan secara
otomatik diasingkan mengikut metadata seperti pengarang, tajuk, tahun, abstrak,
penerbit dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Mendeley selalunya tidak dapat
melakukan proses mengekstrak metadata ini sepenuhnya. Masih terdapat
beberapa metadata yang selalunya gagal diekstrak. Oleh itu, anda perlu klik ikon
“Need Review” supaya Mendeley akan asingkan artikel yang masih perlu
ditambah meta data secara manual. Rajah 1.23 menunjukkan terdapat kesalahan
mengektrak metadata atau kawasan kosong apabila Mendeley gagal mengektrak
mana-mana meta data dari artikel. Namun, anda boleh saja melihat secara
33
manual setiap artikel bagi mencari kesalahan atau kekurangan metadata
walaupun tanpa klik “Need Review”.
Rajah 1.23 – Artikel yang perlu di ‘review’
Sebaik sahaja ikon “Need Review” di klik, akan muncul senarai artikel yang perlu
diberikan perhatian seperti Rajah 1.24. Dalam kes ini, terdapat empat artikel
disenaraikan. Walau bagaimanapun adalah langkah bijak untuk anda menyemak
secara manual kesemua artikel bagi memastikan semua metadata diekstrak
dengan betul.
34
Rajah 1.24 – Artikel yang perlu diberikan perhatian
Langkah seterusnya adalah membetulkan maklumat atau mengisi maklumat yang
tertinggal pada ruangan tab “Details” seperti Rajah 1.25. Rajah 1.26 menunjukkan
artikel telah siap diperbetulkan. Tab ‘Details’ ini boleh dibuka atau ditutup
dengan klik butang ‘ ‘ seperti Rajah 1.25. Sayapun tidak faham mengapa
Mendeley menjadikan butang ini terlalu kecil sedangkan fungsinya sangat besar !
Rajah 1.25 – Isikan maklumat metadata yang lengkap dalam ruang ‘Details’
35
Rajah 1.26 – Artikel yang telah lengkap segala info
Akhirnya anda telah berjaya menyediakan satu pengkalan data artikel-artikel
dalam Mendeley untuk pembacaan dan penulisan tesis, khususnya sorotan
literatur. Rajah 1.27 menunjukkan kesemua artikel-artikel terebut yang telah
berada dalam All Document Mendeley anda.
Sesi “Tulis Tesis Cepat” oleh penulis di karnival ‘Jom Hebat 2013’ di UPM
36
Rajah 1.27 – Artikel ‘terkini’ dan ‘relevan’ untuk memulakan pembacaan
`
37
BAHAGIAN 2
PEMBINAAN ZERO DRAFT OF THESIS
`
38
2.1 One File One Thesis (OFOT)
Saya akan memperkenalkan dahulu konsep OFOT. OFOT adalah satu konsep
penulisan yang saya namakan berdasar aplikasi optimum perisian MS Word 2010
dalam penulisan ilmiah. Saya juga menulis empat buku saya mengunakan konsep
OFOT ini. Konsep OFOT ini telah saya perkenalkan sebaik sahaja tamat pengajian
peringkat kedoktoran saya apabila menyedari hampir semua siswazah tidak
menyedari kepentingan konsep ini.
Apakah itu konsep OFOT? Konsep ini merujuk kepada penggunaan hanya satu fail
(One File) bagi penghasilan sesuatu penulisan contohnya satu tesis (One Thesis),
walaupun tesis tersebut mempunyai 5 hingga 7 bab. Buku saya yang berjudul
“Tulis Tesis Cepat” misalnya mengandungi enam bab setebal 456 muka surat
tetapi ditulis berdasarkan satu fail sahaja, dari muka depan sehinggalah halaman
terakhir. Inilah konsep OFOT.
Seringkali siswazah atau penulis, menggunakan beberapa fail berasingan untuk
menyiapkan penulisan. Sekiranya tesis yang ditulis mengandungi 5 bab, maka
siswazah akan menyediakan 5 fail berasingan yang mengandungi setiap bab.
Pendekatan ini tidak bersesuaian dengan penulisan ilmiah khususnya tesis yang
melibatkan banyak petikan, rujukan dan suntingan. Mempunyai lebih dari satu
fffffffail akan menyukarkan laman terakhir tesis tersebut, bukannya di halaman
fail akan hanya menyukarkan penulisan apabila penulis terpaksa membuka dan
menutup fail-fail yang berbeza untuk kerja-kerja suntingan. Ini ditambah lagi
dengan rujukan yang hanya muncul di bab terahir tesis, bukannya di akhir setiap
bab dalam tesis. Kerja-kerja penambahan isi serta mengemaskini juga akan
39
menjadi sangat sukar kerana pelajar terpaksa mengendalikan beberapa fail yang
berbeza sehingga sering mendatangkan kekeliruan.
Penghasilan OFOT memerlukan aplikasi Navigation Pane (MS Word 2010) atau
Document Map (MS Word 2007 dan Mac). Rajah 2.1 adalah satu contoh
penghasilan OFOT bersama paparan Navigation Pane bagi satu proposal yang
terhasil semasa bengkel yang saya kendalikan.
Rajah 2.1 – Contoh OFOT
Bagi tujuan tersebut, anda melakukan penulisan di Text Area manakala
navigation pane berada disebelah kiri Text Area yang menunjukkan Bab, Tajuk
dan Sub-tajuk yang juga adalah Heading dalam tesis yang ditulis. Paparan pada
Rajah 2.1 menunjukkan Heading yang terdapat dalam proposal tersebut.
Kelihatan tiga Heading utama iaitu Chapter 1, Chapter 2 dan Chapter 3. Chapter 1
ditandakan dengan warna kuning menunjukkan paparan yang dibuka dalam “Text
Area” adalah Chapter 1.
40
Heading memainkan peranan yang penting sebagai pautan (link) kepada teks
penulisan dalam Text Area secara OFOT. Jika anda ingin membuka paparan
Heading Chapter 3, anda perlu klik Heading Chapter 3 pada bahagian Navigation.
Heading yang terbina dalam navigation pane memudahkan anda pergi ke mana-
mana bahagian dalam fail anda tersebut tanpa mengira chapter atau bab sama
ada untuk membuat penulisan mahupun untuk kerja suntingan.
2.2 Zero Draft of Thesis (ZDOT)
Apa kaitan antara OFOT, navigation pane (atau document map bagi MS Word
versi 2007 atau 2003) dengan ZDOT? OFOT adalah konsep umum bagi
penghasilan sebarang penulisan yang dibuat hanya dengan membuka satu fail
sahaja. Konsep OFOT ini dipermudahkan dengan fungsi navigation pane kerana
wujudnya pautan antara Heading dalam seluruh manuskrip.
ZDOT pula adalah teknik pembinaan Heading yang khusus untuk penulisan
proposal yang kemudiannya akan berkembang menjadi tesis. ZDOT juga dibina
mengikut OFOT, maka navigation pane diperlukan untuk menghasilkan ZDOT
tersebut. Kenapa dinamakan sebagai “zero draft”? Istilah ini saya gunakan atas
dua alasan.
Pertama, pembinaan proposal pada peringkat awal lebih bertujuan untuk
meneroka sambil mendalami bidang yang dikaji sebelum “first draft” proposal
dihantar kepada penyelia. Secara logiknya “zero draf” muncul dahulu sebelum
“first draft”. Atas alasan inilah wujudnya istilah “Zero Draft Of Thesis”.
Kedua, pembinaan ZDOT dimulakan dengan penyediaan Heading tanpa isi atau
sebarang penulisan isi iaitu “zero content”. Maka istilah “zero draft of thesis”
41
atau lebih popular dengan “zero draft” atau ZDOT telah digunakan. Rajah 2.2
adalah contoh ZDOT satu proposal yang hanya mengandungi Heading tanpa
kandungan.
Rajah 2.2 – Contoh ZDOT bagi satu proposal
2.3 Bina Heading
Terdapat sembilan tab pada ‘ribbon’ MS Word iaitu File, Home, Insert, Page
Layout, References, Mailings, Review, View dan Add-Ins. Sementara itu terdapat
pula empat bahagian utama pada tab Home iaitu Clipboard, Font, Paragraph,
Styles dan Editing. Bahagian yang digunakan untuk membina Heading adalah
42
Styles. Rajah 2.3 menunjukkan bahagian Styles dengan komponen seperti
Normal, Heading 1, Heading 2, Heading 4 dan seterusnya.
Rajah 2.3 – Komponen dalam Styles
Andaikan anda ingin membina ZDOT seperti Rajah 2.2 di atas, anda perlu siapkan
Heading 1 hingga Heading 4. Heading ini sebenarnya adalah tajuk dan sub-tajuk
bagi sesuatu proposal. Setiap Heading yang sama tahap (level) mempunyai
nombor yang sama. Rajah 2.4 menunjukkan 1.1 dan 1.2 serta 1.1.1 dam 1.2.1
mempunyai level yang sama, maka diberikan nombor Heading yang sama.
43
Rajah 2.4 – Heading dalam ZDOT
Membina Heading memerlukan beberapa langkah terutamanya Heading 1. Bagi
membina Heading 1, sila jalankan langkah berikut:
Langkah 1:
Buka MS Word anda. Buku ini menggunakan MS Word versi 2010. Walau
bagaimanapun terdapat sedikit perbezaan dengan versi MS Word terdahulu
namun secara keseluruhannya masih sama.
Mulakan dengan mengklik ‘Multilevel List’ untuk menjadikan Heading 1 sebagai
CHAPTER atau BAB. Klik tab ‘Home’ dan klik ‘Multilevel List’ kemudian klik
‘Chapter 1 Heading 1’ seperti Rajah 2.5. Kemudian secara otomatik Heading 1
pada ribbon MS Word akan menjadi Chapter dan Chapter 1 akan terhasil dalam
navigation pane seperti Rajah 2.6.
44
Rajah 2.5 – Multilevel List untuk membina Heading 1
45
Rajah 2.6 – Chapter 1 sebagai Heading 1 telah terhasil
Jika anda ingin menukar Chapter kepada Bab, klik sekali lagi ‘Multilevel List’
kemudian klik ‘Define New Multilevel List….’ dan anda akan dapat pop up menu
seperti Rajah 2.7. Padam dan gantikan perkataan ‘Chapter’ dengan ‘Bab’ seperti
Rajah 2.8.
Rajah 2.7 – Anda boleh padamkan Chapter ganti dengan Bab
46
Rajah 2.8 – Chapter menjadi Bab
Langkah 2:
Chapter 1 berwarna biru akan terhasil dan berada di sebelah kiri Text Area. Anda
perlu betulkan format Chapter ini yang juga Heading 1 dengan format,katakan
APA, dengan klik kanan ikon Chapter / Heading 1, diikuti dengan klik Modify.
Jangan lupa untuk letakkan kursor anda sebelum itu pada Chapter 1.
47
Rajah 2.9 – Langkah Modify Heading 1
Apabila anda mengklik Modify, satu pop menu akan keluar untuk anda betulkan
format seperti menukar warna font dari biru ke hitam, menukar font dari 14 ke
12 dan seterusnya.
48
Rajah 2.10 – Pop Menu untuk format font dan paragraph
Anda juga boleh menukar huruf kecil kepada huruf besar seperti arahan dalam
Rajah 2.11 berikut:
49
Rajah 2.11 – Format ‘All cap’
Selepas selesai dengan formatkan ‘font’, betulkan pula format ‘paragraph’
mengikut Rajah 2.12 dan Rajah 2.13 dan anda akan mendapat format Heading 1
yang terhasil seperti di Rajah 2.14.
50
Rajah 2.12 – Format paragraph
51
Rajah 2.13 – Format spacing
Rajah 2.14 – Chapter 1 selesai diformatkan
52
Langkah 3
Langkah seterusnya adalah membina Heading 2 atau tajuk pada chapter atau
bab. Kita mulakan dengan menaip INTRODUCTION dan klik Heading 2 pada Styles,
klik kanan tetikus anda dan klik Modify sehingga terhasil Heading 2
(INTRODUCTION) seperti Rajah 2.15 hingga Rajah 2.18. Anda sebenarnya
mengulangi Modify yang anda lakukan pada Heading 1.
Rajah 2.15 – Modify dan format untk Heading 2
53
Rajah 2.16 – Pop menu untuk Heading 2
Rajah 2.17 – Format spacing Heading 2
54
Rajah 2.18 – Heading 2 selesai diformat
Langkah 4
Dengan cara yang sama, anda boleh membina Heading 3 dan Heading 4 seperti
Rajah 2.19 sebagai latihan. Selepas itu anda beoleh menggantikan perkataan
Heading dengan tajuk dan sub-tajuk untuk menghasilkan proposal anda sendiri
sebagai ZDOT yang lengkap dengan navigation pane seperti Rajah 2.20.
55
Rajah 2.19 – ZDOT berdasarkan Heading 1 hingga Heading 4
Rajah 2.20 – ZDOT berdasarkan satu proposal
56
2.4 Mengasingkan Chapter
Chapter yang terhasil dalam ZDOT akan sentiasa bergerak dan memasuki muka
surat chapter yang lain. Keadaan ini sangat meletihkan jika terdapat banyak
chapter atau bab dalam penulisan anda. Lazimnya pelajar akan menggunakan
menekan kekunci Enter untuk membetulkan keadaan ini. Namun, masalah yang
sama akan tetap wujud setiap kali berlakunya penambahan pada kandungan
manuskrip anda.
Perkara ini dapat dielakkan dengan menggunakan fungsi Page Layout – Breaks –
Next Page yang menjadikan setiap chapter atau bab atau Heading 1, sentiasa
berada pada muka surat yang baru walaupun berlaku penambahan atau
pengurangan bahan pada mana-mana chapter yang lain. Langkah ini akan
menyebabkan chapter sentiasa dipindahkan ke muka baru apabila chapter
bergerak masuk ke sebahagian muka surat baru.
Apa yang perlu lakukan adalah dengan klik Chapter 2 pada navigation pane
seperti arahan dalam Rajah 2.21 maka hasilnya pada Rajah 2.22. Anda perlu
ulangi langkah yang sama bagi semua chapter atau bab, termasuklah bahagaian
Rujukan atau References. Buat masa ini, ada tidak perlu lakukan langkah yang
sama untuk Chapter 1 kerana tiada sebarang penambahan atau pengurang apa-
apa berlaku kerana tiada chapter atau bab sebelum Chapter 1 ini. Anda hanya
perlu lakukan langkah ini pada Chapter 1 apabila anda telah bersedia untuk
membuat bahagian Table of Content, List of Tables serta List of Figures.
57
Rajah 2.21 – Langkah mengasingkan chapter
Rajah 2.22 – Chapter 2 berada di muka surat baru
`
58
BAHAGIAN 3
APLIKASI MENDELEY DALAM ZDOT
`
59
3.1 Fungsi Notes - Annotation
Setelah anda sediakan ZDOT mengikut tajuk dan sub-tajuk yang disesuaikan
dengan format institusi anda, tibalah masanya untuk anda membuka Mendeley
dan mula membaca artikel-artikel tersebut. Jika anda membaca buku saya
berjudul “Mendeley – Pengurusan Artikel dan Rujukan Tesis” anda akan
mengetahui teknik pengurusan artikel yang saya namakan sebagai Filter Based
On Themes (FBOT) dan Speed Reading On Target (SROT). Anda perlu membaca
buku tersebut bagi memudahkan anda mengurus pembacaan artikel anda yang
mungkin menjangkau ratusan bilangannya. Buku ini akan menambah satu lagi
fungsi Mendeley iaitu aplikasi Notes dan Annotations bagi mengesan petikan
yang telah anda copy-n-paste dari ratusan artikel tersebut seperti paparan dalam
Rajah 3.1.
Ruangan Notes boleh digunakan untuk anda membuat catatan semasa membaca
artikel ataupun menyalin mana-mana bahagian yang penting untuk anda ‘paste’
dalam Notes. Annotations pula adalah ruangan yang membuat pautan kepada
mana-mana bahagian dalam artikel. Oleh itu, fungsi annotations ini akan
digunakan untuk mencari mana-mana bahagian artikel yang telah dipetik semasa
penulisan jika diperlukan kemudiannya.
60
Rajah 3.1 – Tab bagi Notes dan Annotations
Katakan anda telah mengambil satu petikan pernyataan dalam artikel X (2010).
Selepas beberapa lama, anda ingin mengetahui di manakah artikel dan di
bahagian manakah petikan tersebut anda ambil. Maka dalam hal ini, fungsi
annotations akan digunakan untuk melakukan tugas tersebut. Ini adalah langkah
yang perlu anda ikuti:
Langkah 1:
Buka Mendeley dan klik artikel yang anda ingin buat petikan. Katakan anda
berminat untuk memetik pernyataan seperti dalam Rajah 3.2. Anda tandakan
61
(highlighted) dengan mengklik ikon Highlight pada Mendeley. Tujuannya bagi
memudahkan anda melihat bahagian yang anda petik untuk dimasukkan dalam
ZDOT anda.
Rajah 3.2 – Tandakan petikan
Langkah 2:
Kemudian klik Select Text pada Mendeley dan klik Copy seperti Rajah 23.3 untuk
anda salin pernyataan tersebut ke dalam ZDOT sebagai sebahagian petikan di
bawah katakan Heading 3 bahagian 2.1. Selepas petikan di paste dalam ZDOT,
anda akan mendapat paparan seperti Rajah 3.4
62
Rajah 3.3 – Fungsi Add Note, Copy dan Define
Rajah 3.4 – Petikan yang telah disalin kedalam manuskrip
63
Sayugia diingatkan bahawa anda hanya menyalin petikan tersebut untuk
memudahkan anda mengupasnya kemudian sesyai dengan kajian yang akan anda
lakukan. Anda masih perlu membuat parafrasa (paraphrase) atau ringkasan
(summarize) petikan tersebut bagi mengelakkan anda melakukan plagiat.
Langkah 3:
Langkah seterusnya adalah dengan membina pautan (link) petikan tersebut
melalui fungsi Add Note. Klik kanan pada petikan dan klik Add Note seperti Rajah
3.5 berikut:
Rajah 3.5 – Bina pautan dengan Add Note
Secara otomatik akan terpaparlah satu nota seperti kertas kuning seperti stucky
note dengan perkatan ‘You’ dengan tarikh dan masa seperti paparan 3.6. Anda
64
perlu menaip sesuatu seperti ‘cite’ untuk menyatakan bahawa petikan itu adalah
citation dalam ZDOT.
Sebaik sahaja anda menutup dengan klik ‘ X ‘ pada ‘sticky note’ tersebut, akan
terpaparlah Annotation seperti Rajah 3.7, siap dengan perkataan ‘cite’ yang anda
tulis tadi. Perkataan ‘01 You’ bermakna petikan tersebut adalah petikan pertama anda
dalam artikel tersebut.
Rajah 3.6 – Sticky Note sebagai pautan
65
Rajah 3.7 – Annotation Mendeley
Anda boleh lakukan sebanyak mana petikan yang anda ambil dari artikel tersebut
dengan melalukan Add Notes dan tulis pula ‘cite2’ atau sebarang perkataan.
Anda hanya perlu buka Mendeley dan buka artikel yang berkaitan. Selepas itu
buka tab Notes dan klik bar yang ada perkataan 01 You. Sebaik sahaja anda klik,
maka paparan petikan yang berkaitan akan muncul seperti Rajah 3.7 di atas.
3.2 Format text
Anda telahpun membetulkan format kesemua Heading 1 sampai Heading 4.
Apabila anda Paste pernyataan ke dalam Text Area, seperti yang anda lakukan
dibahagian 3.1 sebelum ini, anda masih perlu lakukan hal yang sama untuk
format teks yang di salin.
66
Apa yang perlu anda buat adalah meletakkan kursor pada petikan yang anda
salin, dan klik kanan pada style “Normal”. ‘Normal’ bermakna, apa yang anda
tulis tidak akan dipaparkan di navigation pane atau document map. Lakukan
perubahan font (seperti font size 12, justified) dan paragraph (Line spacing 1.5
dan 12 pt Before / After Spacing) seperti Rajah 3.8 hingga Rajah 3.10.
Rajah 3.8 – Jadikan petikan sebagai ‘Normal’ dan kemudian ‘Modify’
67
Rajah 3.9 – Lakukan modifikasi mengikut format anda sendiri
Rajah 3.10 – Teks petikan yang telah dimodifikasi
68
3.3 Nama pengarang dalam petikan
Setelah anda memasukkan pernyataan ke dalam ZDOT anda, perlulah anda
sertakan dengan petikan (citation) kerana anda mengambil idea dan pernyataan
dari pengarang yang lain. Terdapat dua posisi petikan iaitu dihujung petikan atau
dipermulaan petikan
3.31 Petikan dihujung
Apa yang perlu anda lakukan adalah meletakkan kursor dipenghujung petikan
dan klik References – Insert Citation. Secara otomatik Mendeley akan dibuka (jika
anda belum membukanya).
Langkah seterusnya klik ‘Go To Mendeley’. Ikut arahan seperti dalam Rajah 3.11
Rajah 3.11 – Langkah memasukkan nama pengarang dalam petikan
69
Apabila Mendeley anda terbuka menunjukkan “All Documents”, tandakan artikel
yang anda ambil petikannya dan klik ‘Cite’ seperti Rajah 3.12.
Rajah 3.12 – Klik ‘Cite’ untuk masukkan nama pengarang
Hasilnya anda akan dapati nama pengarang dan tahun penerbitan muncul secara
otomatik dihujung petikan seperti Rajah 3.13 berikut.
Rajah 3.13 – Nama pengarang telah pun dimasukkan
Sekiranya petikan yang diambil dari kumpulan pengarang yang sama telah
dimasukkan dalam petikan sebelum ini, dan nama pengarang melebihi dua nama,
70
maka anda akan mendapat perkataan ‘et al.’ menggantikan pengarang kedua dan
seterusnya seperti Rajah 3.14
Rajah 3.14 – Nama kumpulan pengarang melebihi dua orang
3.3.2 Nama pengarang dihadapan petikan
Posisi nama pengarang samada di bahagian depan, tengah atau hujung petikan
terletak kepada status pernyataan tersebut. Jika pernyataan tersebut adalah
pernyataan khusus oleh pengarang, maka posisi petikan adalah dihadapan. Jika
hanya idea sahaja yang dipetik, maka posisi nama pengarang lazimnya diletakkan
dibelakang petikan. Rajah 3.14 menunjukkan pernyataan khusus dari pengarang
maka posisi nama pengarang berada diposisi hadapan petikan.
71
Rajah 3.15 – Posisi nama pengarang dihadapan petikan
Mendeley hanya menghasilkan format (nama pengarang, tahun) yang sama sama
ada posisi dihadapan atau dibelakang petikan. Rajah 3.15 menunjukkan nama
pengarang diposisi hadapan petikan. Oleh kerana format tersebut salah, maka
anda perlu membuat perubahan secara manual dengan membetulkan format
tersebut. Setelah anda membetulkannya secara manual, Mendeley akan
meminta pengesahan kepada anda “Keep Ctation Edit?”, maka anda perlu klik
“Keep Manual Edit” seperti Rajah 3.16
72
Rajah 3.16 – Arahan dari Mendeley
Dengan menambah perkataan “mentioned that” maka lengkaplah nama
pengarang diletakkan diposisi hadapan petikan seperti Rajah 3.17. Namun begitu,
pastikan anda tidak menciplak petikan dari artikel tanpa menulisnya semula
dengan perkataan anda sendiri. Perhatikan tanda asterik (*) dihujung petikan itu
sebagai tanda ia adalah petikan asal dari artikel.
Rajah 3.17 – Hasil dari perubahan secara manual
73
3.3.3 Gabungan nama pengarang dari artikel berlainan
Terdapat keadaan anda memerlukan gabungan idea beberapa petikan dari
beberapa artikel berbeza. Katakan anda menulis satu perenggan hasil gabungan
petikan dari dua artikel seperti Rajah 3.18.
Rajah 3.18 – Gabungan dua kumpulan pengarang artikel berbeza
Apa yang anda perlu lakukan adalah tandakan kedua-dua petikan dan sekaligus
akan berlaku perubahan pada ikon ‘Insert Citation’ ke ‘Merge Citation’ seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 3.19.
Rajah 3.19 – Merge citation
74
Sebaik sahaja anda klik Merge Citations, maka berlaku perubahan seperti yang
anda lihat dalam Rajah 3.20. Perhatikan saya meletakkan satu tanda asterik (*)
sebagai menandakan bahawa pernyataan tersebut adalah hasil copy-n-paste dan
perlu dilakukan parafrasa dengan perkataan saya sendiri.
Rajah 3.20 – Hasil gabungan dua kumpulan pengarang
3.4 Parafrasa petikan
Anda tidak boleh menyalin perkataan demi perkataan apabila membuat petikan.
Anda hanya boleh mengambil idea atau konsep atau makna pada pernyataan
tersebut dan menulisnya semula dalam ayat anda sendiri. Anda boleh ringkaskan
atau kembangkan lagi idea / konsep / makna petikan tersebut,vdiikuti dengan
nama pengarang dan tahun penerbitan artikel yang anda petik.
Sebagai contoh, katakan anda telah melakukan copy-n-paste pernyataan “The
visualization depicted in an animation…….. a very short period of time (Author,
2011)” seperti pada Rajah 3.21. Kemudian anda melakukan parafrasa dengan
mengembangkan pernyataan tersebut sambil mengekalkan makna petikan yang
anda telah ambil dalam konteks kajian anda sendiri.
75
Rajah 3.21 – Petikan yang telah disesuaikan dengan kajian anda
3.5 Memasukkan Rujukan
Setelah anda selesai memasukkan petikan yang relevan di bawah setiap tajuk dan
sub-tajuk dalam ZDOT anda, pemahaman anda akan tajuk kajian akan
bertambah. Dalam masa yang sama, Mendeley menyimpan “pathway” petikan
dan bersedia untuk dijadikan senarai rujukan.
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah dengan meletakkan kursor di bawah
bahagian References atau Rujukan. Kemudian anda klik References – Insert
Bibliography seperti Rajah 3.22. Sebaik sahaja anda klik Insert Bibligraphy, maka
76
secara otomatik, senarai rujukan yang anda gunakan sebagai petikan dalam
manuskrip akan tertulis mengikut abjad seperti Rajah 3.23.
Rajah 3.22 – Lakukan Insert Bibliography
Rajah 3.23 – Senarai rujukan yang terhasil secara otomatik
77
Senarai rujukan ini masih boleh diubah spacing ataupun justify. Anda hanya perlu
tandakan semua artikel dan klik ikon justifiy pada ribbon MS Word seperti Rajah
3.24 sehingga menjadi senarai rujukan yang kemas dalam Rajah 3.25.
Walau bagaimanapun, ada kalanya ada padamkan petikan yang anda tidak perlu
sepanjang proses penulisan. Bagi memastikan semua senarai rujukan ini sentiasa
kemas kini, anda hanya perlu klik ikon Refresh dan senarai terkini rujukan akan
anda peroleh seperti Rajah 3.26.
Rajah 3.24 – Tandakan semua rujukan
78
Rajah 3.25 – Senarai rujukan yang kelihatan kemas
Rajah 3.26 – Senarai rujukan setelah kemas kini
79
BAHAGIAN 4
RAJAH DAN JADUAL
`
80
4.1 Memasukkan Rajah dan Jadual
Jadual dan rajah adalah antara elemen penting dalam penulisan ilmiah.
Menyediakan kedua-dua elemen ini dengan betul sangat penting kerana jadual
dan rajah mestilah mengikut sistem penomboran berdasarkan bab.
4.1.1 Penyediaan Jadual
Anda boleh sediakan jadual dengan cara yang biasa anda lakukan. Katakan anda
ingin membina jadual 2 x 3, dan kemudian memberikan nombor dan label.
Langkah pertama adalah meletakkan kursor anda di atas jadual seperti Rajah 4.1.
Rajah 4.1 – Sediakan jadual
81
Kemudian klik Reference – Insert Caption dan akan keluarlah pop up menu
seperti Rajah 4.2. Pilih opsyen Table pada Label. Sekiranya anda menggunakan
Bahasa Melayu, anda klik butang New Label dan taip “Jadual”.
Rajah 4.2– Pop Menu Caption
Pastikan anda jangan tandakan ‘ √ ‘ pada “Exclude label from caption” tetapi
tandakan ‘ √ ‘ pada “Include chapter number”. Oleh kerana jadual tersebut
berada dalam Chapter 2, maka jadual yang terhasil akan secara otomatik
diberikan sebagai Table 2.1 seperti Rajah 4.3.
Table 2.1 tertulis dalam warna biru dengan font yang kecil maka anda perlu
lakukan perubahan format sebagai mana anda lakukan pada Heading dan
Normal. Buka Styles dan anda akan dapati ‘Caption’. Klik kanan, klik Modify dan
teruskan format caption tersebut seperti Rajah 4.3 dan Rajah 4.4. Jangan lupa
“tick” juga ‘Automatically update’.
82
Rajah 4.3 – Caption muncul sebagai Table 2.1
83
Rajah 4.4 – Lakukan perubahan format
84
Rajah 4.5 – Caption terhasil dengan nombor mengikut bab
4.1.2 Penyediaan Rajah
Penyediaan rajah adalah sama seperti penyediaan jadual seperti yang
dibincangkan di atas. Beza cuma pada rajah, caption berada di bawah rajah bukan
di atas seperti jadual. Katakan anda ingin melukis satu rajah matahari, ikut
langkah seperti yang dinyatakan dalam Rajah 4.6 dan Rajah 4.7 maka terhasillah
rajah seperti Rajah 4.8 yang memaparkan Figure 3.1.
85
Rajah 4.6 – Caption untuk rajah matahari
Rajah 4.7 – Pastikan format yang betul
86
Rajah 4.8 – Caption yang terhasil juga dengan nombor mengikut bab
4.2 Fungsi Split
Tesis yang melibatkan banyak jadual dan rajah boleh mengundang pening kepala
apabila tiba penulisan yang memerlukan perbincangan berkaitan dengan jadual-
jadual dan rajah-rajah tersebut. Seringkali perbincangan ditulis melibatkan
rujukan kepada rajah mahupun jadual. Masalah sering timbul apabila
perbincangan yang ditulis berada di muka surat yang tidak sama dengan jadual
ataupun rajah. Lebih menyulitkan lagi apabila anda perlu merujuk dan meneliti
beberapa rajah atau jadual bagi melengkapkan perbincangan anda.
Ramai pelajar yang mengambil jalan mudah dengan mencetak semua rajah dan
jadual untuk rujukan semasa penulisan. Namun begitu, MS Word telah
menyediakan satu fungsi bagi tujuan tersebut. Anda perlu klik View – Split, iaitu
87
paparan Text Area manuskrip anda akan diasingkan menjadi dua bahagian, atas
dan bawah.
Katakan anda ingin menulis perbincangan seperti Rajah 4.9 dan anda terlebih
dahulu perlu merujuk kepada Figure 21. Adalah lebih memudahkan jika Figure 21
berada di atas Text Area penulisan anda.
Rajah 4.9 – Menulis dengan merujuk jadual berkaitan
Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan mengklik View – Split seperti Rajah
4.10. Bagi pengguna MS Word versi 2007, anda perlu terlebih dahulu menutup
document map anda untuk membenarkan fungsi split ini boleh dijalankan. Walau
bagaimanapun, pengguna MS Word 2010 tidak perlu menutup navigation pane
untuk menjalankan fungsi split.
88
Rajah 4.10 – Fungsi split
Setelah anda klik View – Split, maka terhasillah satu garisan pada Text Area
penulisan anda. Bila anda klik, garisan ini akan membahagi Text Area tersebut
kepada dua – satu Text Area bahagian atas dan satu Text Area bahagian bawah.
Apa yang perlu anda lakukan adalah meletakkan kursor di Text Area sebelah dan
kemudian Klik Home - Find – tulis “Figure” - Find Next. Anda mulakan pencarian
Figure 21 yang diperlukan dengan klik Find Next sehingga muncul Figure 21 betul-
betul di atas Text Area bahagian bawah. Ketika itu, mudahlah bagi anda untuk
menulis dan mengupas Figure 21 tanpa perlu mencetak apa-apa seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 4.11. Selepas anda selesai merujuk Figure 21, anda
hanya perlu klik Remove Split dan Text Area kembali menjadi satu seperti asal.
89
Rajah 4.11 – Dua bahagian Text Area menggunakan split
90
Rajah 4.12 – Penulisan selesai setelah merujuk Figure 21
4.3 Jadual Kandungan
Bahagian terakhir pada ZDOT adalah penghasilan Jadual Kandungan (Table of
Content – TOC ), senarai jadual dan senarai rajah. Pembinaan TOC sedikit “tricky”.
Oleh itu anda perlu membaca dengan teliti. Ini langkah-langkah yang perlu anda
ikuti.
91
Langkah 1:
Klik Chapter 1 pada navigation pane dan pindah ke muka surat baru dengan
operasi Page Layout – Breaks – Next Page.
Langkah ini akan menghasilkan satu muka surat kosong sebelum Chapter 1
kerana Chapter 1 dipindahkan ke muka surat berikutnya. Muka surat kosong ini
akan digunakan untuk membina TOC, List of Tables dan List of Figures.
Letakkan kursor di atas muka surat baru ini dan secara default Styles
menunjukkan Heading 1. Oleh itu klik Heading 2 untuk Styles Table of Content
seperti Rajah 4.12.
Rajah 4.13 – TOC adalah Heading 2
92
Langkah 2:
Taib perkataan “Table of Content” dan anda akan dapati Chapter 1 secara
otomatik bertukar menjadi Chapter 2 seperti Rajah 4.14. Saya tidak tahu kenapa
perkara ini selalu terjadi. Apapun anda boleh tukar semula Chapter 2 kepada
Chapter 1.
Rajah 4.14 – Chapter 1 bertukar menjadi Chapter 1
Anda cuma perlu letakkan kursor di atas Chapter 2 (yang dahulunya Chapter 1)
dan klik “Set Numbering Value” dan “set value to” 1 seperti urutan Rajah 4.15
hingga Rajah 4.16.
93
Rajah 4.15 – Set Numbering Value
Rajah 4.16 – Pastikan nombor ‘1’
94
Selepas selesai, anda perlu sediakan heading untuk List of Tables dan List of
Figures pula. Anda hanya perlu taip dan pastikan kedua-duanya mengikut styles
Heading 2 seperti Rajah 4.17.
Rajah 4.17 – Heading 2 bagi setiap tajuk
Langkah 3:
Pindahkan List of Tables dan List of Figures ke muka surat baru dengan operasi
Page Layout – Breaks – Next page seperti Rajah 4.18 dan terhasillah Heading 2 ini
dalam navigation pane seperti Rajah 4.19.
95
Rajah 4.18 – Bawa setiap heading ke muka surat baru
Rajah 4.19 – Senarai heading muncul dalam navigation pane / document map
96
Langkah 4:
Kini tiba masa untuk menyediakan muka surat. Bahagian TOC, List of Tables dan
List of Figures perlu ditulis mengikut urutan i, ii, iii dan seterusnya manakala
bahagian kandungan tesis ditulis mengikut urutan 1,2,3 dan seterusnya. Sebelum
itu, anda perlu tentukan dulu posisi nombor dengan operasi Page Number –
Bottom Page – Plain Number 2. mengikut Rajah 4.20. Kemudian letakkan kursor
anda di atas muka surat pertama TOC dan klik Insert – Page Number – Format
Page Number dan menetapkan format i , ii, iii dengan dimulakan dengan I seperti
Rajah 4.21.
Rajah 4.20 – Tentukan posisi untuk nombor muka surat dahulu
97
Rajah 4.21 – Mulakan dengan ‘i’
Kemudian letakkan kursor anda di atas muka surat pertama Chapter 1 pula dan
lakukan hal yang sama dengan Insert – Page Number – Format Page Number….
Seperti Rajah 4.22.
98
Rajah 4.22 – Format Chapter 1
Langkah 5:
Langkah seterusnya adalah dengan meletakkan kursor anda Heading Tables of
Content, klik References - Table of Content seperti Rajah 4.23.
99
Rajah 4.23 – Insert TOC
Kemudian klik Table of Content akan keluar pop up menu Rajah 4.24. Show Levels
adalah bilangan Heading yang anda ingin keluarkan dalam TOC. Lazimnya,
bilangan Heading tidak boleh terlalu banyak, kerana akan memanjangkan senarai
TOC. Jika anda ada 4 Heading, maka 3 level adalah memadai. Kemudian klik OK.
100
Rajah 4.24 – Tetapkan level mengikut kesesuai TOC anda
Sebaik sahaja anda klik OK, akan terpapar secara otomatik senarai TOC seperti
Rajah 4.25 berikut tanpa anda perlu menaip walaupun satu titik. Kini masanya
untuk anda membina senarai jadual dan rajah pula selepas TOC ini.
101
Rajah 4.25 – TOC yang terhasil secara otomatik
102
4.4 Senarai Rajah dan Jadual
Dalam bahagian ini anda akan mengetahui bagiaman untuk membina senarai
jadual dan rajah pula. Letakkan kursor di hujung Heading List of Tables dan
kemudian tekan enter. Biarkan kursor anda disitu bagi langkah seterusnya. Apa
yang perlu anda lakukan adalah klik References – Insert Table of Figures seperti
Rajah 4.26. Apabila pop up menu Rajah 4.27 muncul, pilih ‘Table’ dari drop down
menu pada pop up Table of Figures tersebut.
Rajah 4.26 – Insert Table of Figures
Setelah anda klik OK, maka senarai jadual akan muncul secara otomatik seperti
Rajah 4.28. Dalam contoh ini hanya satu sahaja jadual yang tekah dihasilkan.
103
Rajah 4.27 – Pilih Table dari drop down menu
Rajah 4.28 – Jadual yang terhasil secara otomatik
104
Dengan cara yang sama anda boleh lakukan untuk menghasilkan pula senarai
rajah dengan mengulangi langkah yang sama seperti menghasilkan senarai
jadual. Anda cuma perlu memilih Figure dari senarai drop down menu seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 4.30. Setelah anda klik OK, maka senarai rajah
akan terhasil secara otomatik seperti dua contoh dalam Rajah 4.31 dan 4.32
masing-masing.
Rajah 4.29 – Pilih Figure dari drop down menu
105
Rajah 4.30 – Contoh dengan satu senarai rajah
Rajah 4.31 – Contoh dengan tujuh senarai rajah
`
106
BAHAGIAN 5
PENULISAN BUKU: PERKONGSIAN PENGALAMAN
`
107
5.1 Susah ke menulis?
Sehingga kini saya telah menulis beberapa bahan ilmiah yang semunya saya
hasilkan sebagai penulis tunggal. Bahan tersebut adalah:
Othman Talib (1999). Kesan Penyepaduan Peta Konsep dan Pencapaian Pelajar Matrikulasi Dalam Tajuk Keseimbangan Kimia. UPM. Tesis Sarjana Tidak Diterbitkan
Othman Talib (2007). Computer-Animated Instruction and Students’ Conceptual Change in Electrochemistry. University of Adelaide. Unpublised Doctor of Education Thesis.
Othman Talib (2003). Teknik-teknik Asas dan Keselamatan Dalam Makmal. Kuala Lumpur: Univision Press.
Othman Talib (2013). Asas Penulisan Tesis, Penyelidikan dan Statistik. Serdang: UPM Press.
Othman Talib (2013). Atlas.ti - Pengenalan Data Kualitatif. Bangi: MPWS Rich Resources
Othman Talib (2013). Mendeley - Pengurusan Artikel dan Pengurusan Rujukan Tesis. Bangi: MPWS Rich Resources
Othman Talib (2013). Tulis Tesis Cepat Teknik Efektif dan Efisyen. Bangi: MPWS Rich Resources.
Ini bermakna buku yang sedang saya siapkan ini adalah bahan ilmiah ke sembilan
yang saya hasilkan kerana buku ke lapan saya bertajuk “Thesis & Researh – If only
I had known” telahpun disiapkan sebelum buku ini.
108
Sejak bertugas sebagai guru Matrikulasi pada tahun 1987, saya tidak cenderung
untuk menulis bahan ilmiah ataupun buku kerana tiada bahan menarik yang
boleh ditulis. Namum semuanya berubah pada tahun 2010 apabila saya menulis
blog dan kemudian mengendalikan bengkel Penulisan Pantas Tesis dan Aplikasi
Mendeley pada tahun 2011. Kemahiran menggunakan MS Word dan Mendeley
memberi saya satu peluang untuk memulakan penulisan buku sebagai bukti
bahawa menulis buku sebagaimana menulis tesis bukanlah sesuatu yang terlalu
sukar.
Saya telah menggunakan konsep ZDOT dan OFOT sejak mula menulis tesis
kedoktoran semasa belajar di Adelaide, Australia. Ketika itu saya hanya “pandai-
pandai” sendiri dan tidak terfikirpun bahawa teknik yang saya gunakan itu telah
membantu saya menulis dengan cepat, dalam keadaan saya yang tidak
menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. ZDOT dan OFOT adalah akronim yang
saya berikan hasil kemahiran menggunakan fungsi-fungsi yang tersedia dalam MS
Word melalui aplikasi navigation pane / document map. Begitu juga dengan SROT
dan FBOT yang menjadi akronim ciptaan saya bagi pengurusan artikel yang cekap
dengan mengunakan perisian Reference Manager Mendeley. Saya
menggabungkan kedua-dua kemahiran ini untuk menulis bahan ilmiah dengan
cepat dan efisyen.
Saya bersyukur kerana buku saya bukan sahaja mendapat sambut “box-office”
tetapi berjaya membuktikan bahawa masa bukanlah satu faktor kekangan untuk
menulis buku sekiranya anda menguasai kemahiran menggunakan MS Word dan
Mendeley, dibantu dengan pengetahuan tentang teknik ZDOT dan konsep OFOT.
109
5.2 ZDOT dan buku Atlas.ti
ZDOT mempunyai kelebihan yang tersembunyi yang dapat meringankan beban
dalam minda sejak bermulanya niat saya untuk menulis buku. Saya ingin
berkongsi pengalaman saya menulis buku Atlas.ti. Saya tidak merujuk mana-
mana buku semasa saya memulakan penulisan buku Atlas.ti mahupun buku-buku
saya yang lain seperti Mendeley dan Tulis Tesis Cepat kerana ketiga-tiga buku ini
bukanlah buku yang lazim ada dipasaran. Bukan itu sahaja, nama Atlas.ti dan
Mendeley pun masih asing dalam kalangan penyelidik di Malaysia. Berbekal
teknik ZDOT dan konsep OFOT, saya mula merangka apa sahaja yang difikirkan
sesuai mengikut urutan kasar pemahaman perisian Atlas.ti berdasarkan tiga
tahap.
5.3 Tahap penulisan
Pertama saya telah menghantar email kepada pengurusan Atlas.ti di German bagi
mendapatkan persetujuan pihak Atlas.ti untuk saya menggunakan screenshoot
yang saya ambil dari perisian Atlas.ti. Setelah mendapat persetujuan bertulis,
saya mula merangka konsep buku yang ingin saya tulis supaya ada kelainan
dengan buku-buku dipasaran dengan keutamaan buku tersebut dapat
memberikan kefahaman kepada pembaca secara paling mudah.
Atlas.ti adalah perisian analisis data kualitatif yang terlalu baru di Malaysia. Bukan
itu sahaja, analisis data kualitatif sendiri sesuatu yang tidak popular dan agak
sukar difahami. Saya sering terbaca istilah-istilah jargon yang berkaitan dengan
110
‘coding’ seperti open coding, axial coding, selective coding, inductive coding,
deductive coding, triangulation, memo, network dan coding validation tetapi
tidak pernah tahu bagaimana sebenarnya istilah tersebut diaplikasikan terhadap
data seperti transkrip, video, audio, foto dan dokumen.
5.3.1 ZDOT Tahap Awal
Berdasarkan kepada persoalan ini, saya bercadang untuk menulis aplikasi Atlas.ti
berdasarkan ‘projek’ bukannya penerangan secara teori umum. Dengan ini, saya
mula membina ZDOT pada tahap awal seperti Rajah 5.1. Saya bahagikan dahulu
kepada empat bahagian – Pendahuluan, Projek Tadika, Projek Sains dan Projek
Pemilihan Kenderaan.
Rajah 5.1 – ZDOT tahap awal
Projek Tadika hanya melibatkan data transkrip dan foto. Transkrip yang
dibekalkan adalah ringkas. Projek Sains pula melibatkan transkrip, foto, video dan
audio dengan transkrip yang lebih panjang tetapi membincangkan isu yang
khusus iaitu atom. Fail-fail yang digunakan adalah seperti dalam Rajah 5.2
111
Akhirnya projek ketiga semakin besar dengan melibatkan Pemilihan Kereta
dengan data transkrip termubual secara terbuka. Urutan projek ini bermula dari
analisis data yang mudah sehinggalah ke projek yang lebih susah.
Rajah 5.2 – Fail dalam Projek Sains
5.3.2 ZDOT Tahap Perkembangan
Setelah mula menulis dan melengkapkan kesemua empat bahagian tersebut,
ZDOT semakin detail kerana timbulnya perkara yang perlu diperhalusi semasa
menulis setiap bahagian. Akhirnya, terhasilkan ZDOT dengan pengisian seperti
Rajah 5.3. Ini adalah tahap perkembangan.
Semasa menulis tahap perkembangan, saya menambah lagi dua bahagian iaitu
Bahagian 5 dan Bahagian 6. Bahagian 5 adalah tambahan kepada analisis soal
selidik dan Bahagian 6 adalah lanjutan kepada analisis data seperti menguji
kesahan kod dan menukar data kepada bentuk graf.
112
Rajah 5.3 – Tahap Perkembangan
5.3.2 ZDOT Tahap Matang
Dengan enam bahagian ini, saya terus menulis dan menambah tajuk-tajuk yang
relevan di bawah setiap Heading. Ini adalah tahap matang seperti yang
ditunjukkan oleh Rajah 5.4. Pada tahap matang ini, ada hanya perlu menokok
tambah sahaja bagi melengkap penulisan anda disemua bahagian.
113
Rajah 5.4 – Tahap matang
114
Pada tahap matang ini, rangka ZDOT tidak lagi bertambah, sekadar berlakunya
pertambahan isi kandungan dalam buku. Penambahan boleh berlaku di mana-
mana heading dan bab secara menyeluruh.