Upload
siok-qing
View
786
Download
10
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Zon Perkembangan Proksimal
Citation preview
KUMPULAN 4
MUHD SYAHIR BIN MD.ARIFPIN
NUR AMININ BINTI ZAHARI
LU NGUK SIA
PENGENALAN TOKOH
➲ Nama sebenar ialah Lev Semenovich Vygotsky
➲ Dilahirkan pada tahun 1896 dan meninggal dunia pada tahun 1934)
➲ Beliau merupakan seorang psikologi berbangsa Rusia. Beliau juga seorang guru dan sarjana sastera.
➲ Beliau telah menulis buku tentang ‘Pemikiran dan Bahasa' dan ‘ Fikiran Masyarakat '.
BIODATA TOKOH
ZON
PERKEMBANGAN
PROKSIMAL
APA ITU ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL????
Zon perkembangan proksimal ini menerangkan mengenai bagaimana kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.
Untuk menolong kanak-kanak berkembang dari tahap sosial kepada tahap peribadi, kita memerlukan 2 perkara:
Tahap perkembangan sebenar :
Penyelesaian masalah secara bersendirian oleh kanak-kanak tanpa sebarang bantuan.
Tahap perkembangan potensi :
Apa yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak dengan bimbingan orang dewasa.
ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL
HAD ATAS: Peringkat kemahiran kanak-kanak
yang boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir.
ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL
HAD BAWAH:kemahiran yang boleh atau telah dicapai sendiri oleh kanak-kanak .
Pengetahuan sedia ada kanak-kanak.
CONTOH
HAD ATAS:Boleh membuat penambahan angka 1-
1000 sendiriZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL
Membuat penambahan angka 1-1000 dengan bantuan.
HAD BAWAHKanak-kanak sudah mahir menambah
angka 1-100.
PERANCAH ( SCAFFOLDING) Perancah (scaffolding) berkait rapat dengan idea zon
perkembangan proksimal.
Scaffolding bermaksud kerangka besi/ kayu yang menyokong bangunan.
Satu struktur yang menyokong satu struktur yang lain. Apabila struktur yang baru itu sudah kuat/ lengkap dan boleh berdiri sendiri, struktur sokongan itu akan dibuang.
Bantuan/ bimbingan/ petunjuk diri orang yang lebih berpengetahuan dalam menguasai ilmu kemahiran.
Bantuan dalam proses pembelajaran kanak-kanak patut dikurangkan & akhirnya tiada langsung apabila kanak-kanak
sudah mahir atau sudah boleh buat sendiri.
Contohnya:
1. Mengarahkan perhatian / pemikiran kanak-kanak kepada fakta-fakta penting.
2. Memberi klu-klu yang penting dalam satu-satu masalah atau memberi alternatif / strategi.
3. Kemudian kanak-kanak akan mencontohi cara / proses/bentuk pemikiran yang digunakan oleh orang yang membantunya. (internalize / adopt the proses/ technique)
Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting semasa proses perancah ( Scaffolding).
Perbualan akan membantu pelajar menyusun konsep-konsep baru secara lebih sistematik dan bermakna dengan bantuan individu yang lebih mahir contohnya guru.
Menurut Vygotsky , selain daripada berkomunikasi dengan orang lain untuk mempelajari kemahiran baru atau kemahiran yang lebih sukar, kanak-kanak juga berkomunikasi dengan diri mereka sendiri.
Implikasi Teori Piaget Dalam
Proses PengAjaran Dan Pembelajaran
Mengikut Teori Pembelajaran Kognitif Piaget,
isi pelajaran hendaklah disusun mengikut
peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak,
iaitu daripada konkrit kepada abstrak, daripada
dekat kepada jauh, daripada pengalaman yang
sedia ada kepada pengalaman baru, daripadaa
kasar kepada halus, mengikut perkembangan
fizikal individu.
Mengikut Piaget dalam buku Mok Soon Sang(2009),
pembelajaran merupakan perubahan bentuk tingkah
laku. Pembelajaran yang baru dan kompleks hendaklah
menggunakan proses akomodasi untuk mengubah
struktur kognitifnya agar mengadaptasikan keperluan
situasi pembelajaran yang dihadapinya. Oleh kerana
proses akomodasi bergantung kepada motivasi intrinsik
individu, guru hendaklah menggalakan mereka
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran.
Mengikut Joyce dan Weil, dan Slavin (ahli-ahli mazhab neokognitif: konstruktivisme) menyarankan dan mengaturkan langkah-langkah pengajaran yang berdasarkan implikasi Teori Pembelajaran Kognitif Piaget.
1. Merancang sesuatu situasi pembelajaran yang mencabar untuk pelajar.
2. Menimbulkan dan menggerakkan tindak balas pelajar, dan sengaja memberi idea yang bertentangan untuk memerhati tindak balasnya.
3. Memberi kerja tugas yang berkaitan bagi pemindahan pembelajaran supaya mereka dapat mengaplikasikan apa yang diajar ke dalam penyelesaian masalah.
4. Membentuk kumpulan yang mengandungi pelajar yang hampir sama peringkat perkembangan kognitif mereka, agar membolehkan pelajar yang berada di peringkat perkembangan kognitif lebih tinggi mengajar pelajar di
bawah perkembangan kognitif yang rendah.
Mengikut implikasi pengajaran dan pembelajaran oleh Jean Piaget
pula guru boleh menggunakan bahan yang konkrit bagi
mengilustrasikan konsep yang lebih kompleks. Penggunaan bahan
berbentuk 3D, rajah, carta dan pengalaman pelajar itu memberi
peluang pelajar bersedia ke arah pembelajaran yang lebih komples.
Aktiviti seperti memberi peluang kepada pelajar mencari alternatif
dalam menyelesaikan masalah dan membuat hipotesis sendiri.
Sebagai contoh, dalam kelas Pendidikan Seni Visual guru boleh
memberikan peluang kepada murid untuk menghasilkan catan dengan
menggunakan teknik yang difikir sendiri oleh murid.
Selain itu, kemukakan konsep yang luas dan tidak
hanya terikat kepada fakta-fakta dengan cara
membiarkan murid meneroka dan mengkaji konsep itu
sendiri. Sebagai contoh, murid-murid boleh berfikir
mengapa terjadinya siang dan malam. Melalui cara ini,
sistem pembelajaran akan lebih menarik dan pasti
menghiburkan para pelajar.
MENGAJAR KANAK-KANAK
PERINGKAT PRA OPERASI
( 2-7 TAHUN )
1. Menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit
Cth: Kanak-kanak menggunakan bahan-bahan maujud seperti batu, guli, batang aiskrim untuk belajar kemahiran menambahdan menolak.
2. Arahan yang diberikan haruslah pendek dan disertai dengan contoh.
Cth: Arahan untuk beratur di luar kelas atau bagaimana untuk menjalankan sesuatu aktiviti diberi dengan menggunakan ayat yang mudah dan jelas. Guru juga boleh demonstrasi cara melakukan sesuatu dan menyatakan mengikut langkah yang sistematik dan teratur.
3. Kanak-kanak pada peringkat ini susah memahami sesuatu perkara daripada sudut pandangan orang lain.
Cth: Penjelasan tentang nilai atau nasihat harus diberikan dalam ayat yang mudah difahami kanak-kanak dan harus mempertimbangkan daripada sudut pandangan kanak-kanak tersebut.
4. Berhati-hati dengan penggunaan perkataan pada peringkat ini. Kadang-kadang sesuatu perkataan membawa makna yang lain atau sesuatu perkataan boleh membawa pelbagai makna. Berbincang dengan ibubapa atau penjaganya tentang frasa-frasa yang selalu digunakan di rumah.
Cth: Wafi memberitahu cikgunya “nak baring” yang membawa maksud dia sebenarnya nak tidur.
5. Beri peluang kepada kanak-kanak melakukan ‘hands-on’ terhadap sesuatu kemahiran. Peluang ini dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak terhadap diri mereka. Bantu kanak-kanak untuk berdikari dan menguasai kemahiran.
Cth: Membentuk perkataan dengan potongan-potongan huruf.
6. Sediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Selain dalam lingkungan bilik darjah atau taska, bawa kanak-kanak untuk merasa pengalaman di luar bilik darjah. Pengenalan kepada flora, fauna dan tempat-tempat sebenar akan memperkayakan ingatan dan fikiran kanak-kanak.
Cth: Membuat lawatan ke Zoo Negara, taman, Balai Bomba dsb.
MENGAJAR KANAK-KANAK
PERINGKAT OPERASI KONKRIT
( 7-11 TAHUN )
1. Teruskan penggunaan bahan yang konkrit terutama untuk mempelajari kemahiran yang baru. Bahan-bahan konkrit ini mestilah mempunyai ciri-ciri yang boleh menarik perhatian kanak-kanak. Penggunaan bahan-bahan yang ada di persekitaran kanak-kanak juga boleh membantu kanak-kanak mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada mereka.
Cth: Model-model tiga dimensi (3D) seperti haiwan, tumbuhan, mainan untuk mewakili objek-objek yang baru pelajari.
2. Beri peluang kepada pelajar untuk memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar. Bimbing kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Biarkan mereka mencuba sendiri kemahiran yang dipelajari.
Cth: Membuat eksperimen dalam subjek sains seperti mengkaji keperluan cahaya matahari untuk proses fotosintesis tumbuhan.
3. Pastikan pembentangan dan pembacaan adalah ringkas dan tersusun. Pembentangan dan pembacaan juga boleh meningkatkan keupayaan berbahasa. Beri peluang kepada kanak-kanak meluahkan idea.
Cth: Mulakan pembacaan dengan buku yang mudah beransur kepada yang lebih kompleks. Berikan kebebasan untuk kanak-kanak memberi pandangan, bimbing mereka untuk membentangkan idea kepada langkah-langkah yang mudah.
4. Gunakan contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan dengan pengalaman pelajar untuk mengajar perkara-perkara yang lebih kompleks. Kaitkan pengalaman mereka seperti program televisyen yang mereka gemari atau pengalaman seharian mereka dengan pengajaran. Pengalaman membantu kanak-kanak untuk memahami perkara yang lebih kompleks.
5. Perkenalkan soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah yang memerlukan pemikiran logik dan analitik. Tunjukkan jalan penyelesaian mengikut langkah-langkah yang mudah dan sistematik.
MENGAJAR PERINGKAT
OPERASI FORMAL(11 TAHUN KE
ATAS )
1. Gunakan bahan yang konkrit untuk mengillustrasikan konsep yang lebih kompleks.
Cth: Penggunaan bahan 3D, model, carta, rajah, pengalaman pelajar sendiri sebagai permulaan kepada pengajaran yang lebih kompleks.
2. Beri peluang kepada pelajar untuk meneroka alternatif penyelesaian dan membuat hipotesis. Dengan pendedahan yang diberikan pada peringkat sebelum ini, beri lebih banyak peluang untuk pelajar menyelesaikan masalah dengan sendiri. Bimbing pelajar untuk membuat andaian-andaian penyelesaian dan meneroka jalan penyelesaian. Galakkan pemikiran secara kritis dan kreatif.
3. Beri peluang kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah serta memberi sebab kepada penyelesaian yang dikemukakan. Suruh pelajar bentangkan idea dan kritik idea yang dikemukakan.
4. Kemukakan konsep yang luas dan tidak hanya terikat dengan fakta-fakta. Biarkan pelajar meneroka dan mengkaji sendiri konsep tersebut. Terima pendapat pelajar dan bimbing pelajar untuk belajar menerima pendapat orang lain.