1
Ruj : Bil (62) dlm. MPLBP. PEN. 90. Jld.
2
B) SYARAT LANTIKAN
JAWATAN 1
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Sijil dalam Bidang Teknologi Landskap yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Kelayakan lantikan untuk kegunaan di Pihak Berkuasa Tempatan)
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29 : RM 1,549.00); atau
(ii) Sijil dalam bidang Perancang Bandar, Kejuruteraan Awam
(Seni Bina) atau Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29 : RM 1,549.00); atau
(iii) Diploma dalam bidang Seni Bina Landskap yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29 : RM 1,935.02)
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
3
DESKRIPSI TUGAS:
Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja lapangan, surihan, penyediaan ilustrasi,
penyediaan pelan dan dokumentasi, pemantauan, pemuliharaan landskap,
penyelidikan dan pengurusan.
Melaksanakan kerja-kerja pengumpulan maklumat untuk perancangan dan reka
bentuk projek pembangunan landskap.
Menyediakan cadangan reka bentuk, pelan-pelan konsep dan laporan cadangan kos
projek-projek pembangunan landskap.
Melaksanakan pembinaan projek pembangunan landskap dan menyedia program
pembangunan rekreasi.
Melaksanakan kerja-kerja pemantauan penggunaan dan penguatkuasaan dasar, akta,
garis panduan dan peraturan berhubung dengan landskap.
JAWATAN 2
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19 : RM 1,360.00); atau
(ii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya
berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan
telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod
perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan
menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19 : RM 1,360.00); atau
4
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2
dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19 : RM 1,416.40); atau
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM 1,472.80); dan
(d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :-
(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi
wanita tanpa bersepatu;
(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi
wanita;
(iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat
19 hingga 26;
(iv) Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa
dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
(v) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji
berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin
mata;
(vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat, dan
5
(vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal
perubatan yang berdaftar.
DESKRIPSI TUGAS:
Membantu membuat operasi penguatkuasaan, penyediaan statistik penguatkuasaan,
menyediakan rekod operasi dan pendakwaan, terlibat dengan saksi kes-kes pendakwaan
dan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.
JAWATAN 3
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Pendidikan
Seni Visual, Lukisan Geometri atau Lukisan Kejuruteraan pada
peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA19 : RM 1,377.00); atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2
dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA19 : RM 1,435.12); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA19 : RM 1,493.24).
6
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalm subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
DESKRIPSI TUGAS :
Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan bagi skop kerja seni bina termasuk
melaksanakan penyediaan lukisan teknikal dan spesifikasi, menyemak lukisan perunding,
merekod dan menyelenggara lukisan, menyediakan study model, menyediakan reka
bentuk, menyediakan lakaran reka bentuk, menyediakan lukisan kerja, lukisan perunding,
memantau maklum balas penilaian teknikal, melaksanakan audit kualiti (reka bentuk)
audit seni bina pembinaan dan menyediakan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan
tugas-tugas berkaitan aspek reka bentuk dan seni bina.
JAWATAN 4
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM 1,352.00); atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2
dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM 1,408.40); atau
7
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM 1,464.80)
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalm subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malysia / Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu
Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak
dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan
Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19,
tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan
dan:
(a) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
(ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) Had umur pelantikan
(iv) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai
yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(v) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai
yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(vi) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai
yang umur persaraan paksa 60 tahun.
8
DESKRIPSI TUGAS:
Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan tugas jabatan / bahagian yang
berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail / dokumen, pengiraan, penyediaan
laporan bulanan dan statistik.
JAWATAN 5
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H11 : RM 1,218.00)
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
DESKRIPSI TUGAS :
Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di
dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas
peralatan dan ruang kerja dan melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua
Jabatan.
JAWATAN 6
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
9
(c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(ii) Lesen memanduKelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh
Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam
tempoh percubaan (P)]; dan
(iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara
kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen
Memandu :-
Lesen D : RM 1,264.15
Lesen E/E/E2 : RM 1,310.30
Lesen F/H : RM 1,356.45
Lesen G/I : RM 1,402.60
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
DESKRIPSI TUGAS:
Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan
lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan / jentera
di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk
setiap perjalanan.
C. KUMPULAN PERKHIDMATAN
Jawatan 1 : Pelaksana
Jawatan 2 : Pelaksana
Jawatan 3 : Pelaksana
10
Jawatan 4 : Pelaksana
Jawatan 5 : Pelaksana
Jawatan 6 : Pelaksana
D. KLASIFIKASI PERKHIDMATAN
Jawatan 1 : Kejuruteraan
Jawatan 2 : Keselamatan dan Pertahanan Awam
Jawatan 3 : Kejuruteraan
Jawatan 4 : Pentadbiran dan Sokongan
Jawatan 5 : Kemahiran
Jawatan 6 : Kemahiran
E. TARAF JAWATAN
Jawatan 1 : Tetap
Jawatan 2 : Tetap / Kontrak
Jawatan 3 : Tetap / Kontrak
Jawatan 4 : Tetap / Kontrak
Jawatan 5 : Tetap / Kontrak
Jawatan 6 : Kontrak
F. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM
PERKHIDMATAN
Calon-calon yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim
perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang
dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
11
G. CARA MEMOHON
i) Borang permohonan boleh didapati dengan mengambil sendiri
di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis
Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan, 07000 Kuah, Langkawi,
Kedah Darul Aman atau melayari laman web Majlis –
www.mplbp.gov.my.
ii) Borang yang telah lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan, sijil
kelahiran dan sijil-sijil kelulusan yang diperakui sah sebagai salinan
sebenar. Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon disudut
atas sebelah kiri sampul surat dan dialamatkan kepada :-
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI
BANDARAYA PELANCONGAN
07000 KUAH, LANGKAWI
KEDAH DARUL AMAN
Pada atau sebelum
12 OGOS 2018
12