7/30/2019 101435252 Pengenalan Kepada Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan
1/25
PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
PENGENALAN
Jika kita menyusuri budaya kehidupan masyarakat kini, kita sering melihat dan mendengar masalah-
masalah obesiti dan gaya hidup yang kurang sihat diterapkan dalam masyarakat. Disinilah peranan
senaman dan aktiviti fizikal yang dapat membantu mengurang gejala yang sedang menular dalam
masyarakat kini. Terdapat tiga domain utama dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani iaitu domain
psikomotor, domain kognitif dan afektif. Dalam Pendidikan Jasmani beberapa aspek yang perlu diberi
tumpuan selain daripada kemahiran motor. Aspek tersebut ialah penjagaan kesihatan melalui aktiviti
kecergasan disamping penerapan nilai-nilai murni melalui pengenalan aktiviti fizikal.
Pendidikan Jasmani hendaklah memberi peluang kepada pelajar menikmati kepuasan dan kegembiraan
melalui aktiviti yang bersesuaian dengan jasmani dan psikologi. Pendidikan Jasmani juga merupakan
satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan kemampuan seseorang individu melalui
pendekataan aktiviti fizikal. Boleh dikatakan setiap pelajar normal gemar menjalankan aktiviti seperti
berlari, melompat dan membaling. Berdasarkan fakta ini pendidikan jasmai yang di ajar terutama di
sekolah rendah perlu lebih menumpukan kepada pembinaan kemahiran asas. Pendidikan Jasmani harus
dijalankan tanpa melibatkan pengajaran yang terlalu teknikal sehingga akan membosankan pelajar.
1.1 KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI
Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi
semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Melalui Pendidikan Jasmani
pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal
yang dijalaninya. (Pettitor, dalam Wee Eng Hoe 2005)
Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat
dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. Secara
ringkasnya Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada
satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986). Pendekatan dalam pendidikan jasmani masa kini tertumpu
antaranya kepada nilai pendidikan yang dibina. Pendidikan jasmani juga mampu memberi sumbangan
terhadap perkembangan kemahiran dan kecegasan jasmani serta menjadi pemangkin terhadap tabiat
sosial yang murni. Selain itu, matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai alat untuk mendorong
kegiatan-kegiatan kognitif seperti penerokaan, proses berfikir dan penyelesaian masalah. Kesemua ini
menjadikan matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai satu keperluan bagi membina
perkembangan keseluruhan kanak-kanak.
Dengan kata lain Pendidikan Jasmani adalah merupakan matapelajaran yang diperkenalkan di sekolah
yang memiliki kesepaduan di antara domain kognitif dan domain psikomotor. Kesepaduan ini adalah
seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan
7/30/2019 101435252 Pengenalan Kepada Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan
2/25
seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif (Asiah Abu Samah,1993).
Rajah menunjukkan tiga domain yang membentuk
nilai pendidikan dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani
1.1.2 Domain-domain yang membentuk nilai pendidikan dalam Pendidikan Jasmani
Kognitif Afektif Psikomotor
Amalan berfikir
Proses penerokaan
Inkuiri penemuan
Penyelesaian masalah
Sikap ingin tahu
Proses imaginasi
Permikiran kreatif
Permikiran kritis Konsep kendiri
Permahaman kendiri
Penghargaan kendiri
Kawalan kendiri
Emosi Kecergasan
Kekuatan otot
7/30/2019 101435252 Pengenalan Kepada Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan
3/25
Daya tahan otot
Pengamatan motor
Aspek Kognitif
Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta
menginterprestasi. Dengan kata lain pembangunan kognitif melibatkan rangsangan pemikiran yang
terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan.
Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar dapat menjadikan pendidikan luar dapat dilaksanakan
dengan berkesan. Contohnya sebelum mengikuti pendidikan luar pelajar perlu mempelajari cara
melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi teknik dan disiplin. Kefahaman dan
penghayatan cara atau teknik melaksanakan aktiviti pendidikan luar membawa kepada pelaksanaan
aktiviti pendidikan luar yang lebih cekap dan berkesan.
Pengetahuan tentang disiplin pendidikan luar juga penting bagi menjadikan aktiviti yang diceburi itu
menarik, berfaedah dan bermakna. Program pendidikan luar yang baik bukan saja memberi kekuatan
fizikal tetapi seharusnya dapat memberi kekuatan kognitif. Dengan berfikir seperti penyelesaian masalah,
pemahaman, penilaian dan kreativiti seharusnya diserapkan dalam aktiviti pendidikan luar.
Aspek Afektif
Matlamat utama yang diingini oleh semua program pendidikan luar pada umumnya tertumpu kepada
perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi,
apresiasi, dan nilai dan pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak
komunikasi dengan orang lain. Pendidikan luar memberi sumbangan terhadap perkembangan sikap dan
konsep kendiri kerana hubungan yang akrab akan berlaku ketika menjalankan aktiviti pendidikan luar.
Pendidikan Jasmani perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf
sumbangan, kepentingan menjaga kebersihan, penggunaan masa lapang yang berguna, memiliki sikap
positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan
dalam aktiviti fizikal. Emosi adalah suatu elemen yang penting dalam perkembangan kanak-kanak
melalui penglibatan di dalam pesertanya. Contohnya dengan aktiviti pendidikan luar peserta akan
membentuk persefahaman peranan secara luaran dan dalaman diri.
Pendidikan luar adalah suatu medium yang dapat membantu dalam pembangunan sosial. Pendidikan
Jasmani akan menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat. Melalui
kepimpinan yang sempurna dan teratur akan menjadi pendidikan luar sebagai jambatan utama untuk
mencapai matlamat sosial.
7/30/2019 101435252 Pengenalan Kepada Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan
4/25
Aspek Kemahiran Psikomotor
Aspek Psikomotor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan.
Psikomotor ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan, daya tahan
kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Di dalam Pendidikan Jasmani suaian
aspek ini perlu difokus selepas pelajar melepasi tahap minimum aspek fizikal dan psikomotor.
Bucher (1979) mengatakan bahawa pelajaran Pendidikan Jasmani berkemampuan untuk memberi
sesuatu hasil yang berkesan kepada pelajar melalui proses pembelajaran yang telah digariskan dalam
suatu kurikulum bagi memenuhi keperluan pelajar. Menurut Weston (1979) yang berpandangan bahawa
kurikulum yang dihasilkan adalah program yang dirancang untuk kepentingan pelajar yang telah
mengambil kira semua faktor utama seperti sekolah dan keperluan pelajar sebagai matlamat.
Menurut Raddick (1982) Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada pendidikan seseorang yang
menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan. Ianya menekankan tentang pembentukkan
sikap, pengetahuan dan kemahiran yang berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi dengan
cara yang unik sehingga cara hidup dan kualiti seseorang ditingkatkan. Ianya lebih menekan pendidikan
melalui Pendidikan Jasmani.
Pukal KBSM (1992) mendefinisikan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) bertujuan untuk
menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif. Ketiga-tiga unsur ini dapat dilakukan melalui
pemupukan dan penerapan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam
kehidupan seharian. Pendidikan Jasmani adalah matapelajaran yang menekankan kepada proses
pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental,
fizikal, sosial dan emosi (Teng Boon Tong 2001).
Oleh yang demikian Pendidikan Jasmani boleh didefinisikan sebagai matapelajaran yang memberi
penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke
arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi. Ianya juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih
sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan serta amalan kesihatan dan
kecergasan dalam kehidupan seharian.
1.2 FALSAFAH, MATLAMAT DAN OBJEKTIF
Falsafah
Falsafah berasal daripada perkataan yunani tua yang philosophia yang bermaksud cinta kepada
pengetahuan dan hikmah. Russle memahami falsafah sebagai sesuatu di antara teologi (ilmu ketuhanan
7/30/2019 101435252 Pengenalan Kepada Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan
5/25
dan agama) dan sains (sains-sains fizik dan kemanusian). Falsafah adalah sesuatu yang terletak di antara
sains dan teologi.
Falsafah merupakan susunan ayat yang digunakan secara jelas tentang sesuatu pegangan. Falsafah akan
mempengaruhi secara keseluruhan terhadap prinsip, teori dan cara kerja dalam sesuatu aktiviti. Ciri-ciri
falsafah yang baik:
Falsafah mempunyai susunan ayat yang jelas.
Falsafah bukan menekankan kepada teori tetapi lebih kepada aktiviti.
Falsafah menekankan kepada prinsip menjelaskan.
Falsafah yang baik tidak bergantung kepada jumlah ayat tetapi kepada keupayaan memberi
penerangan.
Falsafah seharusnya memberi panduan yang tepat.
Bucher (1979) menyatakan bahawa falsafah adalah sesuatu yang diasaskan dari objektif yang mampu
memberikan kefahaman, pengertian dan suatu tafsiran terhadap sesuatu prinsip dan konsep. Objektif
utama yang digariskan dalam PJ adalah bertujuan untuk mencapai matlamat kandungan pelajaran yang
merangkumi kesemua aspek domain pembelajaran.
Falsafah yang menepati kehendak pembelajaran akan berupaya membantu guru memahami semua
tugasan secara menyeluruh bukannya secara berasing-asing. Ini bermakna melalui falsafah secara tidak
langsung akan berupaya membantu guru supaya memahami peranannya yang telah ditetapkan. Dengan
kata lain juga falsafah juga boleh diibaratkan sebagai petunjuk arah dan mampu membantu guru
menghasilkan rumusan serta mampu membentuk matlamat secara tersusun dan berterusan.
Zeigler (1962) berpendapat falsafah dapat membantu guru memahamidan menghayati tanggungjawab
pengajarannya dengan lebih menyeluruh. Ini dapat membantu menimbulkan kesedaran kepada guru
untuk menumpukan peranannya melalui perancangan yang berlandaskan kepada objektif pengajaran
yang sepatutnya.
Matlamat dan Objektif
Menurut Bucher dan Wuest (1987) penetapan matlamat dan objektif dalam Pendidikan Jasmani dapat
membantu matapelajaran ini dalam aspek-aspek seperti berikut:
1. Memahami apa yang hendak dilakukan.
2. Membantu dalam menghasilkan keputusan yang lebih bermakna ketika berhadapan dengan masalah.
3. Memahami dengan lebih mendalam mengenai nilai Pendidikan Jasmani.
4. Memahami sumbangan Pendidikan Jasmani kepada masyarakat.
5. Menjelaskan tugas guru Pendidikan Jasmani kepada masyarakat.
6. Menghargai dan mengambilberat pencapaian murid melalui penglibatan mereka di dalam program di
bawah penjagaan mereka.
Aktiviti Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang dan
7/30/2019 101435252 Pengenalan Kepada Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan
6/25
berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi membantu murid menghayati kepentingan
kecergasan dan penjagaan kesihatan. Oleh ynag demikian guru perlu sentiasa memahami matlamat
utama Pendidikan Jasmani iaitu:
Pendidikan Jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti
fizikal dan amalan kecergasan.
(Pusat Perkembangan Kurikulum,1999)
Seiring dengan matlamatnya guru perlu memahami objektif utama Pendidikan Jasmani yang digariskan
seperti berikut:
1. Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan
perlakuan motor;
2. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri;
3. Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian;
4. Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal
5. Membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan
6. Membuat keputusan bijak dalam kehidupan
(Sukatan Pelajaran Rendah Menengah, Pendidikan Jasmani, 1999)
Berdasarkan objektif Pendidikan Jasmani yang secara umumnya bertujuan untuk mencapai tahap
kecergasan dan menguasai kemahiran sukan. Menurut Seefeldt dan Vogel (1986) persoalan mengenai
objektif ini telah memberi tumpuan khusus kepada hubungan antara amalan kesihatan dengan
kecergasan fizikal dan kemahiran motor sebagai satu kaedah yang mampu mengawal penyakit dalam
kehidupan seharian. Oleh yang demikian dapat dirumuskan bahawa falsafah digunakan sebagai panduan
dan penggerak dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk menghasilkan insan yang
seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial maka melalui Pendidikan Jasmani kesemua aspek
ini boleh dicapai. Ini adalah berdasarkan keperluan dan inspirasi yang telah dinyatakan di dalam Buku
Panduan Guru Pendidikan Jasmani Kesihatan (1988) Kementerian Pendidikan Malaysia.
7/30/2019 101435252 Pengenalan Kepada Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan
7/25
1.3.1 SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI
Ketika zaman prasejarah kegiatan jasmani dan kecergasan ketika itu didorong oleh perasaan untuk terus
hidup dan merupakan satu kegiatan harian (routine) yang dilakukan dikalangan manusia. Memburu
serta mengumpul merupakan aktiviti yang popular.
Masa telah mengubah segalanya kerana manusia kini lebih komited bergiat cergas dalam kegiatan
jasmani dan kecergasan atas dasar kepentingan menjaga kesihatan. Sejarah perkembangan aktiviti
Pendidikan Jasmani dan kecergasan ini akan mengupas aktiviti Pendidikan Jasmani yang pernah
dilakukan bermula dari zaman dahulu purba hingga ke zaman moden.
Zaman Manusia Purba dan Kecergasan
Pada ketika ini manusia hidup dalam keadaan nomad iaitu berpindah-randah dan ketika di setiap
penempatan aktiviti hanya bertumpu kepada memburu dan mengumpul makanan untuk terus hidup.
Aktiviti seperti memburu dan brkumpul ini merupakan sebahagian dari keperluan dalam kehidupan
ketika itu. Ini merupakan salah satu komponen sosial. Setiap kali mereka berjaya mendapat tangkapan
mereka akan berkumpul dan meraikan kejayaan itu dengan pelbagai aktiviti seperti menari, permainan
kebudayaan dan juga menziarahi komuniti lain untuk bersama meraikan kejayaan di tempat lain. Jika
dilihat, motif aktiviti di zaman paleolitik ini lebih kepada melibatkan diri dan berpesta. Aktiviti sebegini
memerlukan tahap kecergasan yang tinggi dan konsisten.
Zaman Neolitik Revolusi Pertanian
Zaman Neolitik Revolusi Pertanian merupakan zaman perubahan terhadap gaya hidup primitif. Era ini
merupakan zaman pembangunan dalam bidang pertanian. Manusia tidak lagi berpindah-randah kerana
amalan pertanian membantu manusia hidup setempat dengan bekalan yang ada. Ini dapat merubah
gaya hidup manusia zaman primitif kepada gaya hidup manusia dan pertanian atau dikenali
sebagai agrarian. Akibat dari itu manusia mengamal gaya hidup sedentari akibat pengenalan
teknologi yang memudahkan mereka.
Tamadun Kuno China dan India
Di negeri China pengajaran falsafah Confucious menggalakkan penglibatan dalam aktiviti kecergasan
fizikal. Ketika itu jika tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti kecergasan, mereka akan dikaitkan
7/30/2019 101435252 Pengenalan Kepada Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan
8/25
dengan penyakit yang memberhentikan fungsi organ dalaman atau kini dikenali sebagai masalah sistem
kardiak. Ketika itu Kung-fu diperkenalkan sebagai aktiviti yang membantu tubuh manusia menjadi sihat
dan berfungsi. Pergerakan kung-fu dicipta dan kaya dengan pelbagai bentuk pergerakan fizikal yang
dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti pergerakan kaki yang berbeza dan meniru pergerakan
binatang berlawan. Ketika itu wujud juga aktiviti kecergasan yang lain seperti memanah, menari, lawan
pedang dan gusti.
Di India pula, manusia dihalang penglibatan mereka akibat kepercayaan agama Hindu dan Buddha.
Mereka lebih menumpukan kepada aktiviti berbentuk spiritual. Manusia ketika itu mengabaikan aktiviti
kecergasan.
Satu kaedah senaman yang mirip kepada kung fu telah dicipta yang masih terikat dengan kepercayaan
agama yang dikenali sebagai yoga. Yoga dipercayai telah wujud lebih lima ribu tahun. Yoga bermaksud
penyatuan terhadap tubuh, akal dan roh berdasarkan kepercayaan falsafah Hindu. Yoga mula dicipta
oleh Mubaligh Hindu yang hidup dalam kesederhanaan yang berteraskan disiplin diri dan bermeditasi.
Dari pemerhatian yang mereka lakukan, pergerakan haiwan dan kehidupannya menjadi asas kepada
yoga. Mereka percaya aktiviti ini dapat mendekatkan manusia dengan alam seperti mana haiwan
menyesuaikan diri mereka dengan alam sekitar.
Aktiviti yoga atau nama lainnya Hatha Yoga mula dijadikan teknik dalam beberapa program kecergasan.
Postur badan dan teknik pernafasan merupakan kaedah yang paling baik. Yoga dapat membantu organ
berfungsi dengan baik dan meningkatkan tahap kesihtan badan.
Timur Tengah
Pemerintahan politik dan pemerintahan tentera pada tamadun di Assyria, Babylon, Topikylon, Egypt,
Palastine, Parsi, dan Syria pada ketika itu amat mementingkan tahap kecergasan yang tinggi dalam
setiap pasukan tentera dan seluruh masyarakatnya. Pendekatan ini diamalkan dengan baik oleh
tamadun Parsi. Pemimpin Parsi pada ketika itu menuntut semua rakyat supaya mempunyai tahap
kecergasan yang tinggi.
Tahap kecergasan ini diperoleh melalui pelbagai latihan keras yang dilakukan. Ketika kanak-kanak
berumur enam tahun, mereka adalah milik negara dan perlu melalui pelbagai latihan seperti berkawad,
memburu, berkuda, memanah dan melontar lembing. Objektif latihan ini bertujuan untuk meningkatkan
kekuatan dan stamina dan bukannya untuk kebaikan kesihatan.
Zaman Greek Athens
Masyarakat di Yunani amat mengutamakan kesempurnaan fizikal. Kota yang terkenal dlam bidang
Pendidikan Jasmani ketika itu ialah Sparta dan Athens. Di Sparta objektif utama Pendidikan Jasmani ialah
untuk menyumbang kepada pembentukan tentera yang kuat, manakala di Athens, objektif banyak
7/30/2019 101435252 Pengenalan Kepada Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan
9/25
tertumpu kepada prinsip demokrasi.
Greek adalah tamadun yang tiada tolok bandingnya dalam kemunculan aktiviti kecergasan. Masyarakat
Greek ketika itu percaya keseimbangan antara kecergasan badan dan otak mempunyai kaitan yang rapat.
Kecergasan fizikal dan minda penting sama penting dengan kepentingan kekuatan dan badan dalam
menjana kesihatan mental.
Aktiviti gimnastik dengan menggunakan muzik merupakan antara pelajaran yang penting. Mereka
mengatakan pergerakan gimnastik adalah untuk tubuh badan dan muzik itu untuk jiwa mereka.
Gimnastik diajar di sebuah tempat yang dikenali Palaestras, ianya merupakan tempat untuk remaja
lelaki bagi aktiviti Pendidikan Jasmani. Di Palaestras merangkumi sebuah gelanggang gimnastik dalam
dewan dan gelanggang untuk aktiviti luar seperti berlari, gusti dan melompat.
Apabila remaja ini telah dewasa, di antara umur 14 dan 16 tahun, tempat mereka berlatih ini akan
berubah sebuah tempat yang dipanggil gimnasium. Di kedua-dua tempat ini latihan diawasi oleh
jurulatih kecergasan yang dipanggil Paidotribe.
1.3.2 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA
Sejarah Pendidikan Jasmani boleh dibahagikan kepada empat era iaitu:
1) Zaman sebelum penjajahan British
2) Zaman pemerintahan British
3) Sebelum merdeka
4) Selepas merdeka
Zaman Sebelum Penjajahan British
Ketika zaman sebelum penjajahan British, Negara ketika itu tidak langsung memiliki satu sistem
pendidikan yang tersusun dan berbentuk formal. Pendidikan ketika itu banyak tertumpu kepada kelas-
kelas pengajian yang tidak formal seperti kelas agama manakala kedudukan Pendidikan Jasmani ketika
itu boleh dikatakan tidak diutamakan dan tidak memiliki objektif yang jelas.
Zaman Pemerintahan British
Pihak British ketika menjajah Tanah Melayu telah mula memperkenalkan sistem pendidikan yang diadun
dengan pengaruh mereka yang kebaratan. Pendekatan ini banyak tertumpu di negeri-negeri selat yang
berada dalam taklukan British. Kebanyakan sekolah diurus dan dibuka oleh mubaligh kristian dan juga
7/30/2019 101435252 Pengenalan Kepada Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan
10/25
syarikat-syarikat Inggeris.
Latihan jasmani yang diajar di sekolah-sekolah Melayu diajar bermula dari darjah satu hingga empat dan
hanya menjadi matapelajaran sampingan. Selepas tahun empat pendidikan jasmani diajar di Special
Mlay Class. Pada tahun 1856, ia diajar di dua buah sekolah Melayu di Singapura. Namun, kurikilum
pendidikan jasmani adalah terhad kerana kerajaan British bersikap sambil lewa.
Sekolah Cina di Melaka menjadikan Pendidkan Jasmani sebagai matapelajaran pada tahun 1815. Pada
tahun 1819, Pendidikan Jasmani dijadikan sebagai matapelajaran yang diajar di tiga buah sekolah di
Singapura. Pendidikan Jasmani ketika itu juga diajar di sekolah menengah rendah seperti di Pulau Pinang,
Kuala Lumpur, Ipoh, dan Muar pada tahun 1923-1925. Bermula pada 1930-an Pendidikan Jasmani mula
diperkenalkan di sekolah menengah atas seperti di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Ipoh. Manakala di
Melaka dan Pulau Pinang (1816), sekolah Inggeris ditubuhkan dari usaha para mubaligh Kristian
(Mohd.Soffian et.all, 2003)
Zaman Sebelum Merdeka
Pada zaman sebelum merdeka sekitar 1930-an, pelbagai usaha giat dijalankan untuk menggubal sukatan
pelajaran bagi Pendidikan Jasmani bermula. Isi kandungan bagi sukatan pelajaran kebanyakannya mirip
sukatan latihan fizikal sekolah-sekolah di England. Pada tahun 1946 Maktab Perguruan Sultan Idris,
Tanjung Malim, Perak telah menggubal sukatan latihan jasmani. Rentetan terhadap perubahan dasar
mulai tahun 1952, guru tempatan mula dihantar ke luar negara untuk dilatih sebagai guru. Mereka
dilatih dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di Kirby Brisnford.
Zaman Selepas Merdeka
Pada zaman selepas merdeka, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani yang dihasilkan oleh Maktab
Perguruan Sultan Idris digunakan pada tahun 1950-an dengan beberapa penyesuaian dan pindaan.
Sukatan ini dikaji semula dan dalam tahun 1966,satu sukatan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan
telah disiapkan. Pendidikan Jasmani mula diberi penghargaan pada tahun 1960 apabila Maktab
Perguruan Ilmu Khas memulakan kursus Tambahan Setahun Pendidikan Jasmani. Kursus ini diperluaskan
untuk kaum wanita dalam tahun 1961.(Mohd.Soffian et.all, 2003)
Dalam tahun 1971, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani mula disemak sekali lagi dan dikeluarkan
dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (Wee Eng Hoe,1998). Pendidikan jasmani
telah digabungkan pula dengan pelajaran kesihatan, gabungan kedua-dua matapelajaran ini
kemudiannya dijadikan sebagai satu matapelajaran teras yang wajib diikuti oleh semua pelajar di
sekolah.
7/30/2019 101435252 Pengenalan Kepada Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan
11/25
1.4 ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI
Terbahagi kepada 2 komponen iaitu :
sains dalam perkembangan pertumbuhan manusia
sains dalam tubuh badan manusia
Sains Dalam Perkembangan Pertumbuhan Manusia
Kajian Asas Anatomi dan Fisiologi Manusia.
Manusia dan haiwan mempunyai kebolehan menggerakkan tubuh badan antara satu sama lain
Pergerakan yang sesuai dengan jenis tugasan
Hasil daripada pergerakan ini, wujud kajian tentang perubahan fungsi dalan tubuh
Perubahan ini dinamakan sebagai Fisiologi Senam
Sel + sel > tisu-tisu > organ + organ > system
Sel
Merupakan bahagian terkecil dalam tubuh
Semua sel mempunyai nucleus kecuali sel darah merah
Makanan menyebabkan sel mengalami proses pembahagian
Tubuh badan yang lebih besar mempunyai sel yang lebih besar
Tisu
7/30/2019 101435252 Pengenalan Kepada Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan
12/25
Tisu merupakan sekumpulan sel yang melakukan kerja yang sama
Contoh tisu ialah tisu saraf, tisu kulit, tisu darah, tisu tulang dan tisu otot
Setiap lapisan kulit mempunyai tugas yang berbeza
Organ
Terdiri daripada satu kumpulan tisu yang melakukan kerja yang sama
Kulit dianggap satu organ yang kerana beberapa lapisan telah digabungkan
Sistem
Sekumpulan organ yang berkerjasama dengan satu tujuan dipanggil system
System yang berlainan saling bergantung antara satu sama lain
Sistem Rangka
Tulang secara berkumpulan membentuk rangka tubuh badan
Badan kita mempunyai 206 tulang
Terdiri daripada tulang luar, tulang panjang, tulang luar biasa, tulang datar dan tulang sesamoid
Rangka berfungsi sebagai perlindungan, sokongan, pergerakan, penghasilan sel darah, dan setor
kalsium
Sistem Otot
Badan kita mempunyai 600 otot yang berkerjasama antara satu sama lain
Otot boleh memendek dan memanjang untuk menggerakkan bahagian tubuh
Dibahagikan kepada 3 jenis otot iaitu otot licin, otot jantung dan otot rangka
Pengucupan otot dapat dibahagikan kepada :
- isometrik = penguncupan ini menyebabkan otot menghasilkan kuasa
terhadap beban yang tetap dan tidak bergerak
cth : menolak dinding
- isotonik = menyebabkan pemanjangan dan pemendekan otot
cth : otot bisep semasa mengangkat dumbell
Sistem Saraf
Terdapat sejumlah 10 bilion sel dalam badan manusia
System ini menerima dan menghantar mesej
System ini menyebabkan tubuh badan melakukan sesuatu dengan 2 cara :
7/30/2019 101435252 Pengenalan Kepada Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan
13/25
- Lakuan voluntari- menghantar mesej terus kepada otak dan otak menentukan apa yang patut
dilakukan dan seterusnya di hantar kepada bahagian tubuh selepas membuat keputusan
- Mesej yang di hantar tidak melalui otak dan proses ini dinamakan Tindakan Luar Kawalan atau
involuntari.
cth : bernafas
Sistem Respiratori
Oksigen dibawa masuk ke dalam tubuh badan melalui system pernafasan
Pernafasan luar/ eksternal
Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida dalam tubuh badan dengan persekitaran luar
Pernafasan dalaman/ internal
Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida di antara sel-sel tisu dan cecair di sekelilingnya
Semasa udara di sedut hanya 75% sahaja udara mengalami pertukaran gas dan karbon dioksida
Sistem Kardiovaskular
Dikenali sebagai system peredaran darah
Sistem ini merangkumi jantung, kapilari, arteri, dan vena
Jantung mengepam darah. Arteri membawa darah dari jantung ke tisu-tisu. Arteri bercabang
membentuk kapilari dan kaoilari membentuk vena. Vena mengalirkan darah ke tisu badan dan kembali
semula ke jantung.
Semasa berlatih atau bersenam otot kita memerlukan oksigen yang boleh diperolehi melalui
peningkatan jumlah darah yang dipam oleh jantung
Sistem Pencernaan
Memproses makanan dan membekalkan tenaga bagi menghasilkan sel-sel baru dan membolehkan
tindak balas kimia berlaku dalam tubuh
Makanan di cerna kepada bahagian yang kecil dan di hantar melalui saluran darah dan system limfa ke
hati untuk diproses.kemudian akan dihantar ke sel-sel
System pencernaan mempunyai 4 bahagian penting iaitu mulut, perut, usus besar dan usus kecil
Sistem Pembiakan
Organ-organ yang membentuk system pembiakan boleh I bahagikan kepada 2 iaitu organ perlu
( Gonad ) dan organ aksesori
Organ perlu menghasilkan sel-sel seks dan organ aksesori membantu dalam proses pembiakan
7/30/2019 101435252 Pengenalan Kepada Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan
14/25
Lelaki : organ perlu ialah sepasang testis dan organ aksesori ialah duktus
ganetalia, kelenjar dan struktur penyokong.
- Testis berperanan untuk menghasilkan sperma dan hormon
- Duktus berperanan sebagai salur untuk sperma keluar bertujuan untuk melakukan persenyawaan
Wanita : organ perlu ialah sepasang ovari dan organ aksesori ialah tiub uterin,
uterus, vagina, genitalia eksternal dan kelenjar mamari
- ovari menghasilkan ovum dan hormone seks wanita (ekstrogen dan progesteron )
Senaman Dan Latihan
Senaman dan latihan amat penting dalam mempertingkatkan kecergasanseseorang
Kecergasan seseorang bergantung kepada kemampuan system tubuh badan, otot-otot, pernafasan,
peredaran darah, jantung dan lain-lain dapat berkerjasama dengan cekap
Oleh itu, senaman dan latihan amat diperlukan bagi membantu seseorang itu mencapai tahap
kecergasan yang maksimum
Kesan Senaman Dan Latihan
7/30/2019 101435252 Pengenalan Kepada Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan
15/25
Senaman bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kecergasan tetapi membantu mengawal berat
badan
Satu cara membakar lemak ialah melalui senaman dan latihan. Senaman menyebabkan penggunaan
tenaga yang kebanyakannya dihasilkan daripada pembakaran lemak
Kadar penggunaan tenaga dipengaruhi oleh intensiti dan tempoh kegiatan senaman dan latihan
dilakukan.
Tindak balas terhadap senaman ini terjadi apabila perubahan fungsi yang sementara berlaku dengan
mengejut di dalam tubuh badan. Perubahan fungsi ini pula akan kembali normal selepas masa senaman
dan latihan itu tamat.
Contoh : peningkatan kadar nadi
Kesan senaman dan latihan dapat dilihat melalui 2 aspek iaitu :
- Jangka pendek
- Jangka panjang
Kesan Jangka Pendek
Meningkatkan lagi kadar pernafasan iaitu memerlukan gas oksigen dan pembebasan gas karbon
dioksida
Kadar metabolisma meningkat.Banyak makanan diperlukan untuk menghasilkan tenaga bagi
menjalankan aktiviti dan banyak bahan buangan dikeluarkan seperti laktik asid, urin dan gas karbon
dioksida
Meningkatkan bilangan sel darah merah untuk memperbanyakan pembawaan gas oksigen dalam
darah
Meningkatkan pengeluaran kardiak. Pengeluaran kardiak sama dengan pendaraban pengeluaran darah
dengan jumlah darah yang dikeluarkan setiap degupan jantung (stroke volume )
Meninggikan kadar degupan jantung dan tekanan darah. Dinding jantung bagi seseorang yang
menjalankan aktiviti yang cergas menjadi tebal dan ini membolehkan jantung itu mengepam darah
denagn banyaknya bagi setiap denyutan sama ada semasa rehat atau bersenam
Mengembangkan lagi arteri untuk menghantar lebih darah ke otot-otot semasa senaman dilakukan
Meninggikan lagi suhu tubuh badan manusia. Haba yang di bebaskan melalui perpeluhan kulit
Mengurangkan kandungan kolestrol dan lemak di dalam darah.Situasi ini mengurangkan serangan
sakit jantung dan penyakit sakit angina
Menambahkan lagi isipadu otot agar lebih banyak darah mengalir pada otot
Menolong merendahkan titik tetap seperti meningkatkan jisim otot, mengurangkan selera makan,
menmbahkan enzim untuk pembakaran lemak dan menambah tahap penggunaan tenaga
Kesan Jangka Panjang
7/30/2019 101435252 Pengenalan Kepada Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan
16/25
Berlaku peningkatan saiz otot akibat daripada pertukaran dalam sarkoplasma dalam otot gentian
individu dan juga berlaku penambahan tisu perantaraan antara otot-otot gentian
Peningkatan saiz, kekuatan, dan kecekapan ke atas jantung. Dinding jantung bagi seseorang yang
sentiasa menjalankan aktiviti yang cergas menjadi tebal dan ini membolehkan jantung itu mengepam
darah dengan banyaknya bagi setiap denyutan sama ada semasa rehat atau bersenam
Meningkatkan bilangan kapilari di mana ia akan menyebabkan berlakunya peningkatan daya tahan
otot dan vascular
Sains Dalam Pergerakan Tubuh Badan Manusia
Pusat Graviti Dan Kerja.
7/30/2019 101435252 Pengenalan Kepada Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan
17/25
Semakin jauh pusat graviti dibawa semakin banyak kerja yang dilakukan.
Contoh:-
Dalam acara lompat tinggi, atlit yang tinggi akan lebih mudah melepasi halangan dibandingkan dengan
atlit yang rendah walaupun berat badan sama.
Aerodinamik
Bentuk yang dapat mengurangkan rintangan angin/udara.
Contoh:-
Bagi pelari pecut mestilah keadaan badan dicondongkan sedikit untuk mengelak dari rintangan angin
dan mendapat pecutan yang baik.
Tenaga
Ialah keupayaan untuk melakukan kerja. Terdapat dua jenis tenaga dalam diri.
Tenaga potensi ( tenaga keupayaan ) Tenaga putaran.
Tenaga Potensi
Contohnya seorang akrobat terjun ke jongkang jongket, rakannya akan tercampak ke atas kerusi yang
tinggi. Dalam melakukan aksi ini, dia dikatakan melakukan kerja (mencampak rakannya). Kerja inilah
sebenarnya tenaga yang telah dipindahkan kepada jongkang jongket itu.
Tenaga Putaran
Tenaga putaran dapat dilihat dalam sukan perlu mematuhi prinsip-prinsip momen (principle of
moments). Kesan tenaga putaran dapat ditambah dengan menambah beban atau memanjangkan jarak.
Contoh, dengan memanjangkan raket badminton dengan menggenggam pada pangkalnya dapat
menghasilkan pukulan yang kencang. Manakala dengan memendekkan pegangan akan memudahkan
permainan dijaring, pantas dan terkawal.
7/30/2019 101435252 Pengenalan Kepada Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan
18/25
Kestabilan
Kestabilan terbahagi kepada dua :
1. Statik
2. Dinamik
Kestabilan statik adalah pengekalan kestabilan tubuh semasa tidak bergerak. Contohnya kedudukan
seorang pelari sebelum melakukan pecutan 100 meter. Kestabilan dinamik pula adalah kestabilan
semasa dalam pergerakan. Contohnya seorang pemain bola keranjang melakukan jaringan secara
terbang.
Geseran
Adalah satu daya yang menghalang penggelunsuran antara dua permukaan. Contohnya pemain bola
sepak menggunakan kasut berstad supaya dapat bergerak dengan stabil dan tidak tergelincir, geseran
diantara tapak dengan rumput itu menjadikan pemain itu lebih stabil.
Hukum Newton
Terbahagi kepada tiga:
1. Hukum inersia
2. Hukum pecutan
3. Hukum aksi-reaksi
Hukum Inersia
Suatu objek yang tidak bergerak akan kekal dalam kedudukannya dan suatu objek bergerak akan
mengekalkan kelajuan dan arah pergerakan yang sama sehingga ia diubah oleh daya luar. Contohnya,
bila bola disepak ia akan mengikut arah dan laluan yang lurus sehingga dipaksa menukar sifat
pergerakan oleh daya-daya luar. Daya yang menukar arah bola itu boleh wujud dalam bentuk graviti,
rintangan udara, tiupan angin atau objek lain.
Hukum Pecutan
Hukum pecutan ialah apabila suatu objek dikenakan suatu daya ia akan bergerak dalam arah yang sama
dengan daya berkenaan. Contohnya raket berat adalah sukar diayun tetapi tidak perlu banyak tenaga
untuk menghasilkan pukulan kencang berbanding raket yang ringan.
7/30/2019 101435252 Pengenalan Kepada Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan
19/25
Hukum Aksi-Reaksi
Hukum ini menyatakan bahawa bagi setiap aksi (tindakan) akan terdapat satu reaksi (tindak balas) yang
sama kuat dari arah yang bertentangan. Contohnya dalam acara tarik tali, apabila pasukan A mengundur
1 meter maka pasukan B akan terpaksa melangkah 1 meter kehadapan.
Gerakan
Gerakan terbahagi kepada dua iaitu:
1. Gerakan linear.
2. Gerakan putaran.
Gerakan Linear
Gerakan linear ialah pergerakan tubuh ataupun objek dalam laluan yang lurus dan dengan kelajuan yang
seragam. Contoh pergerakan linear adalah berjalan atau berlari.
Gerakan Putaran
Gerakan putaran adalah hasil dari pergerakan yang berbentuk separuh bulatan yang berpusatkan suatu
pusat yang tetap. Contohnya membaling bola merupakan gerakan putaran dari tangan dan sendi bahu
yang kemudiannya ditukar kepada gerakan linear pada bola sebaik sahaja ia berlepas dari tangan.
Sistem Tuas
Sistem tuas terbahagi kepada tiga:
1. Tuas kelas pertama.
2. Tuas kelas kedua.
3. Tuas kelas ketiga.
Tuas kelas pertama
Apabila aksis (falkrum) berada diantara daya dengan beban.
Tuas kelas kedua
Apabila beban berada diantara daya dengan fulkrum.
Tuas kelas ketiga.
Bila daya berada diantara beban dengan fulkrum.
Contohnya ; ketika menolak bola hoki.
7/30/2019 101435252 Pengenalan Kepada Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan
20/25
Pergerakan Asas Lokomotor, Bukan Lokomotor & Manipulatif Alatan
1.0TAJUKPergerakan Asas Lokomotor, Bukan Lokomotor dan Manipulatif Alatan
2.0PENGENALANPendidikan Pergerakan merupakan salah satu bidang dalam sukatan pelajaran
Pendidikan Jasmani Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Ia terbahagi
kepada empat komponen iaitu gimnastik pendidikan, gimnastik artistik, gimnastik
irama, dan pergerakan kreatif. Melalui Pendidikan Pergerakan, murid-murid
dapat megenali potensi tubuh badan mereka dalam melakukan pelbagai
pergerakan. Sehubungan dengan itu, secara tidak langsung, pelajar akan
memperoleh pemahaman tentang keadaan alam fizikal yang melibatkan perkara
abstrak seperti masa, jarak, hala, bentuk, saiz, kepantasan dan hubungannya
dengan pergerakan yang dilakukan.Pakar-pakar dalam Pendidikan Jasmani (Gallahue, D.L., 1996; Gabbard, C.,
LeBlanc, B. & Lowy, S., 1994; Burton, 1977) membahagikan pergerakan asas
kepada tiga iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor danmanipulasi alatan.
2.1Pergerakan Lokomotor1. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang memerlukan seseorang
bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Dengan kata lain, dasar
menyokong pelaku pergerakan berubah mengikut pergerakan.
2. Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika
pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan, kita akan dapat
melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara
pergerakan badan dalam gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan
arah, aliran, haluan dan masa.
7/30/2019 101435252 Pengenalan Kepada Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan
21/25
3. Pergerakan lokomotor dibahagikan kepada dua:a)Lokomotor beritma sekata
b)Lokomotor beritma tidak sekata
2.1.1Lokomotor Beritma Sekata
1.Berjalan
2.Berlari3.Melompat (mendarat dengan dua kaki)4.Hop (melompat dan mendarat dengan sebelah kaki)5.Leap (melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki
berselang-seli)2.1.2Lokomotor beritma tidak sekata
1.Skip2.Mengelongsor3.Galop
2.2Pergerakan Bukan Lokomotor1. Pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang tidak
mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Ia dilakukan dalamkeadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Pergerakan lokomotor juga diertikan sebagai keupayaan
menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat.2.Antara pergerakan-pergerakan bukan lokomotor ialah:
7/30/2019 101435252 Pengenalan Kepada Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan
22/25
a)Membongkokb)Meregang
c)Mengilas
d)Memusinge)Menolakf)Menarikg)Hayunh)Bangkiti)Rebah
j)Berbuai-buai2.3Manipulasi Alatan
1. Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diripelajar untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai
kemahiran sukan yang pelbagai. Pembelajaran kemahiran ini mesti
melibatkan manipulasi alat seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar,
gelung rotan, tali dan sebagainya yang berbeza dari segi bentuk, saiz dan
komposisi.2. Manipulasi alatan ialah bagaimana cara kita menggayakan atau
mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk
membentuk gerakan.3. Kemahiran manipulasi alatan dapat meningkatkan koordinasi anggota
badan contohnya, tangan-mata, kaki-mata dan lain-lain.
7/30/2019 101435252 Pengenalan Kepada Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan
23/25
4. Pada tahun 1988, Thomas, Lee & Thomas, menyatakan bahawamanipulasi alatan melibatkan tiga aspek, iaitu:a)Memberi tenaga kepada objek
(Melontar, menyepak, merejam, mengumpan, memukul, membaling)b)Menguasai objek
(Menangkap dan menyambut, menahan)c)Mengawal objek(Menggelecek dan memantul bola)
5. Kemahiran manipulasi alatan hendaklah dibina di peringkat umur prasekolah atau sekolah rendah.
3.0MATLAMATKertas kerja ini disediakan sebagai satu perantaraan untuk memahami dan
menerima bimbingan yang lebih lanjut tentang pergerakan asas. Perkara yangingin dilihat adalah keupayaan kanak-kanak melakukan pergerakan-pergerakan
asas. Selain daripada itu, amali pergerakan asas ini juga bertujuan untuk
mendedahkan kepada para pelajar tentang pergerakan asas yang lebih
mencabar dan kompleks mengikut tahap kemampuan masing-masing, di
samping mengikut peringkat umur. Sehubungan dengan itu, amali pergerakan
asas ini secara tidak langsung dapat membentuk dan melatih pelajar agar
mempunyai badan yang sihat dan cergas serta minda yang cerdas. Di samping
itu juga, melalui pendidikan pergerakan, kanak-kanak dapat mencuba sesuatu
kegiatan dan perlahan-lahan pengalaman itu akan membawa kepada
perkembangan fizikal, intelek, sosial dan sebagainya. Pendidikan pergerakan
asas merupakan salah satu wacana yang menyumbang ke arah perkembangan
keseluruhan pelajar dalam membentuk sikap sahsiah pelajar tentang keperluan
7/30/2019 101435252 Pengenalan Kepada Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan
24/25
sosial, emosi dan estetik. Memandang kepentingan ini, tujuan amali pergerakan
asas ini adalah untuk membantu kanak-kanak membina kemahiran pergerakan
asas. Pergerakan kemahiran persepsi motor akan membantu pelajar berjalan,
berlari, melompat dengan betul, mengetahui cara duduk, berdiri dengan betul
dan sebagainya. Manipulasi alatan pula membantu pelajar menggunakan alat
dengan cara betul dan membentuk kemahiran dalam sukan apabila pelajar
dewasa.
4.0OBJEKTIFAntara objektif kertas kerja amali pergerakan asas ini ialah seperti berikut:
1.Menguji para pelajar tentang kemahiran pergerakan asas2.Membolehkan para pelajar melakukan pergerakan mengikut keupayaan diri3. Memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang pelbagai
pengalaman pergerakan4. Membimbing para pelajar untuk menggabungkan pergerakan
menggunakan seluruh anggota badan dalam melakukan pergerakan
5.Melatih murid-murid melakukan pergerakan asas dengan cara yang betuldan selamat untuk menjaga dan mendapatkan postur yang baik dalam
pergerakan6.Memupuk kesungguhan, imej kendiri, keyakinan dan sikap optimis dalam
diri pelajar5.0TARIKH
28 hingga 29 April 20106.0 TEMPAT
7/30/2019 101435252 Pengenalan Kepada Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan
25/25
Gimnasium Saidina Abu Bakar, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM),
Kampus Pendidikan Islam, Selangor7.0 KUMPULAN SASARANPelajar Tahun 68.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI
8.1 Prosedur Pelaksanaan DemonstrasiDalam amali pergerakan asas ini, setiap pelajar dikehendaki mencipta
sekurang-kurangnya 25 pergerakan. Ini bermakna, setiap pelajar mestilah
mempunyai sekurang-kurangnya 25 perlakuan yang berbeza-beza. Dalam
melakukan pergerakan asas ini, pelajar perlu bergerak memenuhi kesemua
ruang dengan memanipulasikan alatan seperti bola, tali, gelung rotan, belantan,
kayu atau pundi kacang. Pelajar perlu bijak menyusun pergerakan supaya
perlakuan yang akan dilakukan mudah dan licin. Pelajar juga boleh melakukan
pergerakan mengikut kelajuan iaitu melakukan pergerakan dengan pantas,
sederhana pantas mahupun perlahan ataupun mengikut aras iaitu daripada aras
tinggi sederhana dan rendah. Pergerakan yang dilakukan juga mestilah
melibatkan pelbagai arah.