KEGAGALAN NEW ZEALAND COMPANY DAN KESAN KEPADA PEMBANGUNAN MASYARAKAT DI NEW
ZEALAND
NAMA NO. MATRIK
MOHAMED ALIFF BIN ROSLI BA13110205
New Zealand pada asalnya ditemui oleh Orang
Polinesia iaitu Kaum Maori. New Zealand juga dikenali sebagai Aotearoa yang
bermaksud “tanah awan putih yang panjang”. Pelayar dari Belanda iaitu Abel Tasman telah meneroka
New Zealand pada tahun 1642. Kemudian pada tahun 1769, New Zealand diterokai
oleh pelayar Inggeris yang bernama James Cook.
1.1 PENGENALAN
New Zealand Company merupakan sebuah
syarikat perdagangan Inggeris yang ditubuhkan pada tahun 1825 di London, England. Pengarah pertama untuk syarikat ini diketuai oleh Sir Edward Gibbon Wakefield.
Syarikat ini ditubuhkan bertujuan untuk menjalankan pengkolonisasian di New Zealand.
Pada tahun 1858, New Zealand Company telah dibubarkan akibat masalah kewangan.
Kajian ini berfokuskan kepada permasalahan
kajian seperti berikut.
Mengkaji faktor-faktor kegagalan New Zealand Company di New Zealand.
Menganalisa kesan-kesan yang diterima oleh masyarakat New Zealand akibat kegagalan syarikat perdagangan kolonial ini.
1.2 PERMASALAHAN KAJIAN
Antara perkara yang menjadi persoalan dalam
kajian ini adalah seperti berikut.
Apakah punca utama dan punca sampingan yang menyebabkan kejatuhan New Zealand Company di New Zealand.
Adakah kegagalan New Zealand Company dalam pengurusan aktiviti perdagangan di New Zealand mempunyai persamaan dengan kemerosotan yang dialami oleh syarikat perdagangan kolonial yang lain
Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh New
Zealand Company sehingga membawa kepada kegagalan dan pembubarannya.
Apakah kesan positif dan negatif yang diterima oleh penduduk tempatan dari segi sosioekonomi akibat daripada kegagalan New Zealand Company.
Memahami dan menjawab persoalan kajian
bagaimanakah, faktor kegagalan New Zealand Company membawa kepada pembubarannya.
Menjelaskan tentang kegagalan yang dialami oleh New Zealand Company dalam menjalankan kegiatan ekonomi di New Zealand sama ada mempunyai persamaan atau tidak dengan kemerosotan syarikat perdagangan dari negara kolonial yang lain.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Menjawab masalah-masalah yang dihadapi oleh New
Zealand Company sehingga membawa kepada kemerosotan syarikat tersebut dan seterusnya kepada pembubaran sebuah syarikat perdagangan kolonial yang hebat di New Zealand pada masa itu.
Mengenalpasti apakah impak yang diterima oleh masyarakat tempatan akibat daripada kegagalan New Zealand Company dari segi sosioekonomi.
Mengkaji mengenai sejarah pentadbiran New Zealand
Company di New Zealand. Mengetahui perubahan-perubahan yang berlaku
kepada kawasan-kawasan yang dijualbeli oleh New Zealand Company di New Zealand. Malahan, mengkaji kesan yang diterima oleh kawasan-kawasan yang dijualbeli oleh syarikat ini.
1.4 KEPENTINGAN KAJIAN
Disamping itu, kepentingan penyelidikan ini juga
bertujuan untuk mengkaji sistem politik, ekonomi dan sosial yang dilaksanakan oleh Kerajaan British di New Zealand serta impaknya kepada pembangunan politik, ekonomi dan sosial masyarakat tempatan di New Zealand.
Menganalisa punca-punca masalah dalaman dan luaran yang menyebabkan pihak kolonial terpaksa membubarkan syarikat New Zealand Company di New Zealand.
Kawasan di New Zealand yang mempunyai
kesan pendudukan New Zealand Company seperti Wellington, Nelson, Wanganui, Dunedin, Plymouth, dan Christchurch.
Skop masa bermula pada tahun 1825-1858. Bidang kajian sejarah meliputi sosioekonomi.
1.5 SKOP KAJIAN
Perpustakaan Buku, artikel, jurnal, surat khabar dan
sebagainya. Internet Portal arkib New Zealand, video, tesis dan
sebagainya.
1.6 KAEDAH KAJIAN
Penubuhan New Zealand Company G.W. Southgate, Tawarikh Empayar dan Komanwel,
1996. Tom Brooking, The History of New Zealand, 2004. Keith Sinclair, A History of New Zealand, 1959.
1.7 SOROTAN LITERATUR
Kegagalan New Zealand Company.
Patricia Burns, Fatal Success A History of the New Zealand Company, 1989.
A.W. Reed, The Maori Yesterday, Today and Tomorrow, 1974.
Thomas Morland Hocken, Contributions to the Early History of New Zealand: Settlement of Otago, 2011.
Kesan kegagalan New Zealand Company
Joan Metge, Rautahi: The Maori of New Zealand, 2004. J. Harward, Local Government and the Treaty of
Waitangi, 2003. Steven Roger Fischer, A History of The Pacific Islands,
2002.
Philippa, Concise History of New Zealand, 2005. Claudia Orange, The Treaty of Waitangi, 1987. Charles Higham, The Maoris, 1983.
Bab 1 Menjelaskan keseluruhan kajian Sejarah awal New Zealand Company. Permasalahan kajian dan persoalan kajian Objektif kajian Kepentingan kajian Skop kajian Kaedah kajian
1.8 STRUKTUR KAJIAN
Bab 2 Sejarah latarbelakang New Zealand Company sebelum
kemasukan British dan selepas pendudukan syarikat ini di New Zealand.
Faktor-faktor pembentukan New Zealand Company.
Bab 3 Kegagalan New Zealand Company dalam mentadbir
New Zealand. Punca-punca dalaman dan luaran menyebabkan
berlakunya pembubaran New Zealand Company di New Zealand.
Bab 4 Impak kepada masyarakat New Zealand dari segi
sosioekonomi akibat kegagalan New Zealand Company ini.
Bab 5 Kesimpulan kajian.
Secara kesimpulannya, penubuhan New Zealand Company
telah memberi impak yang negatif dan positif kepada pembangunan masyarakat tempatan di New Zealand. Kemasukan New Zealand Company telah memberi kesan kepada sosioekonomi masyarakat tempatan. Kesan negatif kedatangan syarikat ini menyebabkan peperangan dalam kalangan masyarakat tempatan dan kehilangan tanah. Walaubagaimanapun, terdapat juga kesan positif yang diterima oleh New Zealand sehingga menjadi maju pada hari ini. Hasil daripada kedatangan New Zealand Company ini.
1.9 KESIMPULAN