BAB 8 Sokongan dan Gerakan
Disediakan oleh:Cikgu Ong
SMK Rantau
8.1 Sistem Sokongan Haiwan1. Sistem sokongan dalam haiwan disebut sistem rangka. 2. Terdapat tiga jenis sistem rangka dalam haiwan, iaitu
i) rangka dalamii) rangka luariii) rangka hidrostatik
3. Manusia dan haiwan vertebrata lain disokong oleh sistem rangka dalam.
4. Haiwan invertebrata darat yang tidak bertulang belakang disokong oleh sistem rangka luar atau sistem rangka hidrostatik.
5. Semua jenis sistem rangka berfungsi untuk i) menyokong berat badanii) mengekalkan bentuk badaniii) melindungi organ lembut di dalam badaniv) sebagai tempat pautan otot untuk membantu
pergerakan haiwan.
1. Manusia dan haiwan vertebrata lain mempunyai rangka dalam yang terdiri daripada banyak tulang.
2. Berat badan manusia disokong oleh lengkungan pelvis (punggung).
3. Tulang ini ialah tulang yang paling besar dan yang paling kuat dalam badan.
4. Berat badan vertebrata darat seperti gajah dan kucing disokong oleh lengkungan pektoral (bahu) dan lengkungan pelvis.
Sistem sokongan haiwan vertebrata
lengkungan pektoral lengkungan pelvis
5. Haiwan darat yang besar seperti gajah dan badak sumbu mempunyai lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis yang kuat serta kaki yang pendek dan lebar untuk menyokong berat badannya.
6. Tulang rangka manusia dan vertebrata darat mempunyai rongga.
7. Tulang berongga adalah lebih ringan dan lebih kuat daripada tulang padat yang sama panjang dan sama berat.
8. Berat badan haiwan vertebrata akuatik disokong oleh daya apungan air.
9. Hal ini kerana lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis haiwan vertebrata akuatik adalah sangat kecil dan lemah berbanding haiwan vertebrata darat.
10.Vertebrata akuatik seperti ikan paus boleh membesar sehingga saiz yang sangat besar.
11. Hal ini kerana berat badannya tidak disokong sepenuhnya oleh rangka dalam, tetapi turut disokong oleh daya apungan air.
1. Sesetengah invertebrata mempunyai struktur luar yang keras yang disebut rangka luar.
2. Pengecutan dan pengenduran pasangan otot pada permukaan dalaman rangka luar membolehkan berlakunya pergerakan.
3. Rangka luar (kutikel) terdiri daripada sejenis bahan tegar yang disebut kitin.
4. Permukaan luar kutikel diselaputi oleh satu lapisan lilin yang kalis air yang menjadikannya kelihatan berkilau.
Sistem sokongan haiwan invertebrata
Kumbang
Labah-labah
5. Invertebrata yang berbadan lembut mempunyai bendalir badan yang memberikan bentuk dan menyokong badannya.
6. Bendalir badan ini mengenakan tekanan pada dinding badan untuk membentuk rangka hidrostatik.
7. Bendalir dalam sel badan menekan permukaan lembut dan menyebabkan badan invertebrata padat, teguh, dan kukuh.
Beluncas
Cacing
Lintah
8. Haiwan invertebrata akuatik mempunyai rangka luar atau rangka hidrostatik.
9. Berat badan kebanyakan haiwan invertebrata akuatik disokong oleh daya apungan air sama seperti haiwan vertebrata akuatik.
10.Daya apungan air membantu haiwan tersebut bergerak di dalam air.
Haiwan invertebrata akuatik yang mempunyai rangka luar.
Ketam
Udang Siput
Ubur-ubur
Tapak sulaiman
Haiwan invertebrata akuatik yang mempunyai rangka hidrostatik.
Sistem sokongan haiwan
Haiwan vertebrata
Haiwan invertebrata
Haiwan darat
Haiwan akuatik
Rangka dalam
Rangka dalam
Contoh:Manusia,
katak, burung
Haiwan darat
Haiwan akuatik
Rangka luar
Contoh:ikan
Hidro-statik
Rangka luar
Hidro-statik
Contoh:Semut, lalat,
belalang
Contoh:Cacing, lintah,
beluncas
Contoh:Udang, ketam,siput
Contoh:Tapak
sulaiman, ubur-ubur
haiwan vertebrata
darat
Persamaan dan perbezaan sistem sokongan haiwan vertebrata darat dan haiwan vertebrata akuatik
haiwan vertebrata
akuatik
Ada rangka dalam
Berat badan disokong
oleh rangka dalam
Berat badan disokong oleh daya
apungan air
Lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis besar
dan kuat
Lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis kecil dan lemah
haiwan invertebrata
darat
Persamaan dan perbezaan sistem sokongan haiwan invertebrata darat dan haiwan invertebrata akuatik
haiwan invertebrata
akuatik
Ada rangka
luar atau hidro-statik
Berat badan disokong
oleh rangka luar atau
hidrostatik
Berat badan disokong oleh daya
apungan air
Contoh:Semut, lalat
cacing, lintah
Contoh: udang,
ketam, tapak sulaiman