AKTIVITI - AKTIVITI
JABATAN PERDAGANGAN SEPANJANG 2013”
(SESI DISEMBER 2012 – APRIL 2013)
(SESI JUN – NOV 2013)
Antara Aktiviti Sepanjang Tahun 2013:
BIL PERINGKAT / PESERTA NAMA PROGRAM TARIKH
1 JABATAN Mesyuarat JP 21/12/12
2 JABATAN Perjumpaan dengan pelajar Semester 1 2/1/13
3 SEMESTER 3, 5, 6 Seminar Pelabur Bijak Semester 3, 5, 6 17/1/2013
4 SEMESTER 6 Taklimat Program Ijazah UPM 18/1/13
5 DSK6B DSK Amazing Race 20/1/2013
6 JABATAN Mesyuarat JP Bil 1/2003 29/1/2013
7 JABATAN Pra Audit MQA 4/2/2013-5/2/2013
8 DSK6A Kancil’s Boot Sales 6/2/2013
9 JABATAN / CEC
Projek Komuniti Jelajah Sambil Beramal (JESAMAL) di Masjid Sg Air Tawar 2/2/13
Projek Komuniti Jelajah Sambil Beramal (JESAMAL) di Masjid Sabak Bernam 24/2/13
10 DSK6A Secretarial Management Program – Cameron Highland 1/3/2013 – 3/3/2013
11
JABATAN Mesyuarat JP Bil 2/2003
4/3/2013
12 CEC/JABATAN Sukan JP 9/3/2013- 10/3/2013
13 DSK6B Camp Rock of Fascinating Secretary 10/3/2013 –
11/3/2013
14 JABATAN Latihan Praktikal Dalaman DSK3A 11/13/2013-15/3/2013
15 JABATAN / CEC Projek Komuniti Jelajah Sambil Beramal (JESAMAL) di Masjid Makmariah Sg Besar 16/3/2013
16 CEC/JABATAN FAMILY DAY JP 6/4/2013
BIL PERINGKAT /
PESERTA NAMA PROGRAM TARIKH
17 CEC/JABATAN Malam Anugerah Kecemerlangan Pelajar (Pra – Graduan) “Kenduri Kahwin” 12/4/2013
18 JABATAN Latihan Praktikal Dalaman DSK3C 18-22/4/2013
19 JABATAN Latihan Praktikal Dalaman DSK3B 25-29/4/2013
20 DSK6C Bowling for Charity 17/8/2013
21 DIB3A Seminar Peluang-peluang Kerjaya Pasaran Modal bersama SIDC 20/08/2013
22 DIB3A Projek “Seloka Hari Raya bersama Ayah Bonda” 26/8/2013
23 DSK6A/6B Career Management Talk’s Program 2/9/2013
24 DSK2A/DIB2A/DIB5B Lawatan Akademik ke MITI 5/9/2013
25 DIB3B Softskills Sg. Sireh 6/9/2013
26 DIB6A Lawatan Akademik ke SPRM, Ipoh Perak 9/9/2013
27 DIB5A Lawatan ke Bursa Malaysia 21/9/2013
28 DSK6C PeluangPekerjaan di Takaful Ikhlas 23/9/2013
29 DSK5B Lawatan ke BERNAMA 24/9/2013
30 DSK5A Lawatan ke PETRONAS 26/9/2013
31 DIB5B Lawatan ke Security Commision 27/9/2013
32 DIB6C/5A BNM TALK / LAWATAN 27/9/2013
33 DSK5A/5B/6A/6C Seminar Akta Pekerja 1955 30/9/2013
34 CEC/JABATAN Malam Anugerah Kecemerlangan Pelajar (Pra – Graduan) “Twin Night” 04/10/2013
35 DSK5A/5B PEP TALK – Perakaunan Sebagai Profesion Pilihan 10/10/2013
“PROGRAM JELAJAH SAMBIL BERAMAL (JESAMAL)”
(2/24 Feb & 16 Mac 2013)
Butiran:
TARIKH MASJID
2 FEBRUARI 2013 (SABTU) MASJID SUNGAI AIR TAWAR
24 FEBRUARI 2013 (AHAD) MASJID SABAK BERNAM
16 MAC 2013 (SABTU MASJID JAMEK MAKMURIAH SUNGAI BESAR
Program yang diadakan selama tiga (3) sesi ini adalah merupakan satu program kerjasama di antara tiga (3) jawatankuasa masjid dan masyarakat setempat di
Sungai Besar dan Sabak Bernam bersama pelajar bagi membersihkan dan menceriakan tiga buah masjid terpilih Program yang melibatkan sukarelawan dari
kalangan para pelajar Jabatan Perdagangan dari Semester 2, 3, 5 dan 6 dipimpin oleh tiga (3) orang pensyarah iaitu Cik Khairul Jannah binti Samsudin, Cik
Norsela binti A. Manaf, dan Encik Mohammad Firdaus Bin Ahmad. Program ini bermula dari jam 8:00 pagi yang melibatkan aktiviti gotong-royong di sekitar
masjid, solat sunat dhuha berjemaah, sarapan serta penyerahan sedikit sumbangan kepada wakil masjid.
Gambar:
Gotong-royong dalam masjid Gotong-royong luar kawasan masjid
Peserta yang terlibat Penerangan oleh wakil masjid
“KANCIL BOOT SALES”
(6 Februari 2013)
Butiran:
Program yang diadakan pada 6 Februari 2013 ini dianjurkan oleh pelajar dari DSK6A Sesi Disember 2012 sebagai memenuhi keperluan kursus PK603: Event
Organization. Dijalankan di perkarangan parkir kereta hadapan Jabatan Hal Ehwal Pelajar, program yang julung-julung kalinya diadakan mempunyai pengisian
keusahawanan iaitu menjual barang terpakai berupa pakaian, beg dan aksesori juga produk makanan dengan menggunakan ruangan bonet kereta yang dihias
sebagai gerai jualan. Dirasmikan oleh Encik Zulkifli bin Md Isa, Ketua Jabatan Perdagangan, program ini turut mendapat sambutan yang baik dari warga PSIS.
Penasihat program adalah selaku pensyarah kursus; En Mohd Azmi bin Mh Busra.
Gambar:
0
Encik Zulkifli Md. Isa, Ketua Jabatan melawat gerai
Antara produk yang dijual Pelajar DSK6A selaku penganjur
Hiasan kereta hasil kreativiti penganjur
“SECRETARIAL MANAGEMENT PROGRAM”
(1 – 3 Mac 2013)
Butiran:
Program yang diadakan selama tiga (3) hari ini diadakan di Cameron Highlands melibatkan pelajar dari DSK6A Sesi Disember 2012 yang dijalankan sebagai
memenuhi keperluan kursus PK603: Event Organization. Pengiring bagi program ini adalah Pensyarah kursus iaitu En Mohd Azmi bin Mh Busra dan disertai
bersama Puan Faridah Hanim Binti Abd Manaf dan Cik Syarifah Hanum Binti Ali.
Gambar:
Kegembiraan terpancar di wajah peserta
Aktiviti yang diadakan bersama pelajar sekolah
Pelajar DSK6A bersama para penasihat Pelajar DSK6A bersama peserta
“HARI KELUARGA JABATAN PERDAGANGAN“
(6 April 2013)
Butiran:
Program ini dijalankan pada 6 April 2013 ini dikendalikan oleh pelajar Semester 2 Jabatan Perdagangan. Antara pengisian adalah pendaftaran pelajar dan staf,
bacaan doa, senamrobik serta beberapa permainan ringkas. Program yang diadakan di padang politeknik disambut baik oleh para pelajar yang hadir seawal
7:30 pagi untuk pendaftaran. Minum pagi disediakan selepas senamrobik yang diketuai pelajar Semester 6 Diploma Sains Kesetiausahaan, para pelajar dan
staf. Antara staf yang hadir adalah Ketua Jabatan Perdagangan sendiri; En Zulkifli Md Isa serta Ketua Program Diploma Kewangan dan Perbankan Islam; Puan
Nurul Syamshida bt Mokhtar, serta beberapa pensyarah lain serta anak-anak masing-masing.
Gambar:
Senamrobik Acara lambung kasih Puan Ilyana
Cik Zaluna
Puan Nurul Syamshida , Cik Latifah,
Puan Norbizuna dan Encik Firdaus Pengacara Program Anak Puan Mastura
yang turut hadir Kesungguhan peserta
“MALAM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR (PRA-GRADUAN) JABATAN PERDAGANGAN“
(12 April 2013)
Butiran:
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (Pra Graduan) Jabatan Perdagangan ini diadakan pada 12 April 2013 dengan bertemakan “Kenduri Kahwin”.
Dianjurkan dan dikendalikan oleh Jawatankuasa Commerce Executive Club (CEC) serta para pelajar Semester 5 khusus untuk para pelajar semester 6 di Dewan
Serbaguna PSIS, program ini berlangsung dari jam 7:45 malam – 11:00 malam. Keutamaan majlis ini adalah menyampaikan anugerah kepada para pelajar yang
cemerlang dalam akademik, ko-kurikulum serta kepimpinan terbaik sepanjang semester, juga menyampaikan hadiah kepada pemenang Acara Hari Sukan JP.
Antara pengisian adalah pendaftaran pelajar dan staf, persembahan silat, gimik perarakan pengantin, kugiran, persembahan bakat pelajar, anugerah pelajar
dan hari sukan, serta sesi bergambar bersama semua pelajar dan staf. Dirasmikan oleh Ketua Jabatan, En Zulkifli bin Md Isa, majlis ini berlangsung dengan
jayanya oleh jawatankuasa yang sungguh komited serta sambutan menggalakkan dari para staf JP.
Gambar:
Penyampaian Anugerah Pelajar oleh Encik Zulkifli Meja Makan Jemputan
Gimik Perarakan
Pengantin
Pengacara Majlis
Encik Zulkifli Md. Isa dan
Pengarah Program, Saudara
Arif Bin Abdul Khalik
Persembahan Silat Urusetia Majlis dan Pensyarah Jabatan Perdagangan
CAREER MANAGEMENT TALK’S PROGRAM
(2 September 2013)
Butiran
Program ini dilaksanakan untuk pelajar yang mengambil PB501: Human Resource Management. Dilaksanakan pada 2 September 2013 di Dewan Syarahan
Utama dengan dihadiri penceramah; Puan Norazurah Binti Rubayee dari PRUDENTIAL dan penasihat program, Cik Syarifah Hanum Binti Ali. Program ini telah
dianjurkan oleh pelajar DSK6A dan DSK6B bagi Sesi Jun 2013. Pengisian program ini adalah untuk mempelajari prosedur dan pengurusan kerjaya dalam
sesebuah organisasi. Penceramah yang terlibat berkongsi tentang perancangan kerjaya dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia terutamanya di
PRUDENTIAL.
Gambar:
Penyampaian cenderahati kepada
penceramah oleh Cik Syarifah
Penceramah, Puan Norazurah .
Binti Rubayee Pengacara Majlis Pelajar DSK6A dan DSK6B
“LAWATAN AKADEMIK KE KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI (MITI)”
(5 September 2013)
Butiran:
Program ini dilaksanakan untuk memenuhi keperluan kursus PB202: Macroeconomics, yang mengkhususkan topik “International Trade”. Lawatan diadakan
pada 5 September 2013 di Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Kuala Lumpur. Pengisian program ini adalah untuk meningkatkan
pengetahuan tentang penerangan impak masalah makroekonomi terhadap sistem ekonomi dalam keadaan ekonomi semasa . Program ini disertai oleh 38
pelajar DSK semester 3A. Lawatan ini melibatkan penerangan dari Encik Syed Mohd Faisal, Pegawai MITI mengenai perdagangan antarabangsa dan industri
yang dilaksanakan oleh Malaysia. Lawatan ini diiringi oleh pensyarah kursus, Cik Norsela binti A. Manaf dan Puan Yusnizah binti Selamat.
Gambar:
Penerangan oleh Wakil MITI Penerangan oleh Wakil MITI
Sesi Soal Jawab Penyampaian Cenderahati oleh Cik Norsela
“PROGRAM SOFTSKILLS DI SUNGAI SIREH, TANJUNG KARANG”
(6 September 2013)
Butiran
Program ini diadakan bagi memenuhi keperluan silibus kursus AS101: Softskills dengan disertai para pelajar dari Diploma Kewangan dan Perbankan Islam
(DIB3A). Diadakan di Sungai Sireh, Tanjung Karang pada 6 September 2013, program ini diiringi oleh Encik Mohd Ghadafi bin Shari, pensyarah kursus tersebut.
Antara pengisiannya adalah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan Sukan Rakyat.
Gambar:
Penasihat Program, Encik Ghadafi bersama peserta Pelajar sedang menjamu selesa bersama
Antara pengisian program; sukan rakyat, persembahan bakat dan Latihan Dalam Kumpulan
“LAWATAN AKADEMIK KE BURSA MALAYSIA”
(21 September 2013)
Butiran:
Program ini dilaksanakan untuk memenuhi keperluan kursus PS503: Islamic Investment yang dijalankan pada 21 September 2013 di Bursa Malaysia, Kuala
Lumpur. Pengisian program ini adalah untuk memberi kesedaran dan meningkatkan kemahiran mengenai pelaburan, hak dan tanggungjawab pelabur dan
fungsi Bursa Malaysia dalam bidang pelaburan. Program ini disertai oleh 24 pelajar DIB semester 5 dan enam (6) orang pelajar DIB semester 6. Antara yang
menarik adalah forum melibatkan pihak suruhanjaya sekuriti, serta lawatan ke perpustakaan dan kawasan sekitarnya. Lawatan ini diiringi oleh pensyarah
kursus, Puan Junaidah binti Mohd. Daud.
Gambar:
Penerangan oleh wakil Bursa Malaysia Penyampaian cenderahati oleh
Puan Junaidah dan pelajar
Peserta (DIB 5 dan DIB6) bergambar bersama penasihat Penerangan oleh wakil Bursa Malaysia
Lawatan sekitar Bursa Malaysia
“PELUANG PEKERJAAN DI TAKAFUL IKHLAS”
(23 September 2013)
Butiran:
Program ini dilaksanakan untuk pelajar yang mengambil PB501: Human Resource Management. Dilaksanakan pada 23 September 2013 di Dewan Syarahan
Utama dengan dihadiri penceramah; Encik Zawawi bin Hj Zainudin dari Takaful Ikhlas dan penasihat program, Cik Syarifah Hanum Binti Ali. Program ini telah
dianjurkan oleh pelajar DSK6C bagi Sesi Jun 2013. Pengisian program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar tentang Pengurusan
Sumber Manusia. Pendedahan yang diberikan juga mengenai panduan mencari kerjaya dan mengetahui peluang-peluang yang ada untuk kerjaya masa
hadapan.
Gambar:
Penceramah, Encik Zawawi dan pelajar Peserta bergambar bersama Penceramah dan Penasihat Program
Penasihat, Cik Syarifah bersama barisan penceramah
“LAWATAN AKADEMIK: KE PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)”
(24 September 2013)
Butiran:
Program ini dilaksanakan oleh pelajar DSK5B yang mengambil PB501: Human Resource Management. Dilaksanakan pada 24 September 2013 di Wisma
BERNAMA, Kuala Lumpur dengan diiringi oleh penasihat program / pensyarah kursus, Cik Khairul Jannah Binti Samsudin juga Pn Nurul Ilyana Binti Baharudin.
Program ini telah dianjurkan sendiri oleh pelajar DSK5B bagi Sesi Jun 2013. Pengisian program ini adalah memenuhi keperluan silibus PB501: Human Resource
Management di samping memperoleh penerangan mengenai peraturan dan pendekatan sumber manusia dalam sesebuah organisasi. Perbincangan juga
diadakan oleh pihak BERNAMA kepada pelajar tentang kepentingan dalam pengurusan sumber manusia bagi mencapai matlamat organisasi. Penerangan
sepanjang lawatan diberikan oleh wakil BERNAMA, Encik Visva yang menerangkan secara ringkas tentang BERNAMA, terutamanya Unit Sumber Manusia. Para
pelajar bergerak dari Politeknik Sultan Idris Shah pada 7:30 pagi untuk lawatan yang bermula dari 10:30 pagi hingga 4:30 petang.
Gambar:
Pelajar DSK5B khusyuk mendengar taklimat
Pelajar DSK5B
Penasihat Program; Cik Khairul Jannah dan para peserta
bersama wakil BERNAMA
Penyampaian cenderahati Wakil BERNAMA
“LAWATAN AKADEMIK KE PETROLIAM NASIONAL BERHAD (PETRONAS)”
(26 September 2013)
Butiran:
Program ini dilaksanakan untuk memenuhi keperluan kursus PB501: Human Resource Management yang dijalankan pada 26 September 2013 di PETRONAS
Twin Tower, Kuala Lumpur. Pengisian program ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai Pengurusan Sumber Manusia sebagai mempraktikkan cara
bekerja dan pembelajaran dari teori yang diberikan. Program ini disertai oleh 38 pelajar DSK semester 5A dan 5B. Antara yang menarik adalah lawatan ini
melibatkan Pegawai Industri iaitu En Mozarimi Mohamed yang memberi maklum balas yang baik mengenai maklumat yang diperlukan oleh para pelajar
mengenai pengurusan sumber manusia. Lawatan ini diiringi oleh pensyarah kursus, Cik Khairul Jannah binti Samsudin bersama Cik Siti Aishah binti Mohamad
Sis.
Gambar:
Penyampaian cenderahati Pelajar bergambar bersama wakil PETRONAS
“LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BANK NEGARA MALAYSIA”
(26 September 2013)
Butiran:
Program ini dilaksanakan untuk memenuhi keperluan kursus PS601 - Risk Management in Islamic Banking yang dijalankan pada 27 September 2013 di Bank
Negara Malaysia. Program ini disertai oleh pelajar DIB semester 5A dan 6C. Antara yang menarik adalah lawatan ini melibatkan para pelajar politeknik
Singapura dan Politeknik Sultan Idris Shah, terdapat penerangan di Muzium BNM dan taklimat dari pegawai BNM. Lawatan ini diiringi oleh pensyarah kursus,
Encik Mohd Ghadafi bin Shari.
Gambar:
Penyampaian cenderahati Penerangan oleh wakil BNM Peserta yang hadir
Taklimat ringkas oleh wakil BNM Peserta dari JP PSIS dan pelajar Politeknik Singapura
“SEMINAR AKTA PEKERJA 1955“
(30 September 2013)
Butiran:
Program yang dijalankan pada 30 September 2013 di Panggung Syarahan 1 ini dikendalikan oleh pelajar Semester 5 Diploma Sains Kesetiausahaan, Jabatan
Perdagangan. Sebagai memenuhi keperluan kursus PK504: Business Law, pensyarah kursus tersebut, Encik Norman bin Zamri telah menjemput Encik Ahmad
Shahrizal bin Ahmad Shaharum, Pegawai HR, dari Newfield Peninsular Malaysia Inc. bagi menyampaikan ceramah yang menyentuh topik pendedahan hak
pekerja kepada para pelajar serta berkongsi pengalaman dari industri kepada mereka. Dengan dihadiri 81 orang para pelajar Semester 5, program ini bermula
dari 9:00 pagi hingga 1:15 petang.
Gambar:
Penceramah; Encik Ahmad Shahrizal bin Ahmad Shaharum Pelajar bergambar bersama penceramah dan penasihat; Encik Norman b. Zamri
Penyampaian cenderahati kepada penceramah Para pelajar DSK5 yang terlibat
“MALAM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR (PRA-GRADUAN) JABATAN PERDAGANGAN“
(4 Oktober 2013)
Butiran:
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (Pra Graduan) Jabatan Perdagangan ini diadakan pada 4 Oktober 2013 dengan bertemakan “Twin Night”. Dikendalikan
oleh Jawatankuasa Commerce Executive Club (CEC) serta para pelajar Semester 2 khusus untuk para pelajar semester 6 DSK dan DIB, program ini berlangsung
dari jam 7:45 malam di Sekin Hotel & Resort, Sekinchan. Keutamaan majlis ini adalah menyampaikan anugerah kepada para pelajar yang cemerlang dalam
akademik, ko-kurikulum serta kepimpinan terbaik sepanjang semester. Antara pengisian adalah pendaftaran pelajar dan staf, persembahan bakat pelajar,
anugerah pelajar , cabutan bertuah, serta sesi bergambar bersama semua pelajar dan staf. Dirasmikan oleh Ketua Jabatan, Puan Noor Chaya Binti Kader, majlis
ini berlangsung dengan jayanya dan tamat jam 11:00 malam.
Gambar :
Barisan Pensyarah JP dan Pelajar Semester 6
Penyampaian Anugerah Pelajar oleh Puan Noor Chaya Kader Ucapan Ketua
Jabatan Pengacara Majlis
Barisan Urusetia dan Penasihat Program
Suasana Majlis
Pakaian terbaik mengikut tema
“PEP TALK - PERAKAUNAN SEBAGAI PROFESION PILIHAN“
(10 Oktober 2013)
Butiran:
Program ini dijalankan pada 10 Oktober 2013 dengan melibatkan pelajar dari Program Diploma Sains Kesetiausahaan DSK5A dan DSK5B. Program yang
berlangsung di Dewan Syarahan Utama bertujuan untuk menerangkan secara jelas mengenai konsep dan prinsip perakaunan dan juga membantu memberikan
semangat dan motivasi kepada pelajar untuk menceburi bidang berkenaan dari perkongsian pengalaman oleh Pelajar DSK yang telah tamat pengajian dan
bekerja dalam bidang perakaunan. Penceramah yang dijemput iaitu Nabilah Binti Murad dan Dayang Irmazniana Binti Annuar, yang merupakan bekas pelajar
Diploma Sains Kesetiausahaan Sesi Jun 2010.
Gambar:
Barisan Penceramah, Cik Nabilah (kiri) dan Cik Dayang (kanan) bersama
Penasihat Program, Encik Zulfaizad.
Peserta yang hadir
Cik Dayang Irmazniana
bt Annuar
Cik Nabilah Binti Murad
Disediakan oleh:
Penyelaras dan AJK Sistem Maklumat (ICT)
Jabatan Perdagangan
2013/2014