AMALAN MEMBUAT PENYELIDIKAN DI PERINGKAT SEKOLAH DAPAT DIKAITKAN DENGAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN.
DENGAN MENGGUNAKAN CONTOH YANG SESUAI, BINCANGKAN BAGAIMANA BUDAYA MENYELIDIK BERUPAYA MENYUMBANG KEPADA PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN.
Penyelidikan menurut Kamus Dewan ditakrifkan sebagai kerja-kerja menyelidik
atau perbuatan menyelidik. Menurut Tuckman (1999), penyelidikan adalah satu usaha
yang bersistematik untuk mendapat jawapan kepada persoalan atau suatu masalah.
Dalam konteks pendidikan pula, penyelidikan adalah satu proses membuat refleksi
terhadap masalah-masalah pendidikan menurut Mok Soon Sang (2005).
Penyelidikan dalam konteks globalisasi ini menekankan kepada pembentukan
satu budaya kolaboratif, kerjasama, perkongsian dan penyayang dalam masyarakat.
Dengan itu, penglibatan yang meluas dalam proses penyelidikan akan menimbulkan
“sense of ownership” di kalangan semua pihak guru yang terlibat dalam penyelidikan
tersebut. Setiap pihak yang terlibat akan lebih terbuka dalam memberikan kerjasama
dan maklumat yang diperlukan. Pandangan di atas menunjukkan bahawa guru
memerlukan tradisi penyelidikan yang sesuai dengan teori dan amalan mereka yang
dapat menyumbang terhadap peningkatan kepada kemahiran menyelesaikan masalah.