AMALAN TERBAIK PERANCANGAN DAN PENJADUALAN PROJEK DI
KALANGAN KONTRAKTOR
NURFARAHI SYIFAA BINTI ABU SEMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/07)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK
Nama penuh penulis : : NURFARAHI SYIFAA BINTI ABU SEMAN
Tarikh lahir : : 12 OGOS 1993
Judul : :
AMALAN TERBAIK PERANCANGAN DAN PENJADUALAN
PROJEK DI KALANGAN KONTRAKTOR
Sesi Akademik : : 2016/2017
Saya mengaku bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai;
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan
atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)*
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah
ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan
dijalankan)*
TIDAK TERHAD Saya bersetuju bahawa tesis saya akan diterbitkan
sebagai akses terbuka atas talian (teks penuh)
Saya mengakui bahawa Universiti Teknologi Malaysia berhak seperti berikut;
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4.
(No kad pengenalan penulis) (Nama Penyelia)
Tarikh: 13/6/2017 Tarikh:13/6/2017
CATATAN: * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan).”
Tandatangan :
Nama Penyelia I : Sr DR MUZANI BIN MUSTAPA
Tarikh : …………………………………….
13/6/2017
AMALAN TERBAIK PERANCANGAN DAN PENJADUALAN PROJEK
DI KALANGAN KONTRAKTOR
NURFARAHI SYIFAA BINTI ABU SEMAN
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan)
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia
JUN 2017
ii
PENGAKUAN
Saya akui tesis yang bertajuk “Amalan Terbaik Perancangan Dan
Penjadualan Projek Di Kalangan Kontraktor” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya
Tandatangan :
Nama : ……………………………………………………………
Tarikh : ……………………………………………………………
NURFARAHI SYIFAA BINTI ABU SEMAN
13/6/2017
iii
DEDIKASI
Bismillah
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas segala ujian, rintangan serta
kegembiraan yang diberi.
Hasil karyaku ni kutitipkan khas buat
ratu hatiku,
Supiah Binti Aki (emak)
raja dalam hatiku,
Abu Seman Bin Ramli (arwah abah)
Pendamping dan penyokong setia, serta guru motivasi sampingan buat diriku,
kak yang, kak iza, kak ida, abang edi, kak syikin, kak awin
serta untuk abang si bakal suami
terima kasih untuk segalanya
Bukan Hadiah Sebagai Peneman Tetapi Doa Dan
Sokongan Itulah Kekuatan
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Syukur
Alhamdulillah dengan berkat doa, redha dan izinNya dapatlah saya menyiapkan Projek
Sarjana Muda ini seperti yang dirancang dengan jayanya.
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada satu-satu penyelia Projek Sarjana Muda saya yang sangat baik hati iaitu Dr
Muzani bin Mustapa kerana telah banyak membantu dalam memberikan tunjuk ajar,
bimbingan, sokongan, nasihat serta pandangan sepanjang tempoh penghasilan kajian
ini.
Terima kasih juga kepada semua pihak jururancang, pengurus projek dan juga
jurutera tapak yang sanggup berkorban masa untuk membantu saya dalam mendapatkan
maklumat berkaitan kajian yang saya jalankan ini.
Akhir kata, untuk yang teristimewa terima kasih tidak terhingga kepada rakan-
rakan daripada diploma khususnya dan juga rakan-rakan Sbec di atas bantuan dan
tunjuk ajar yang diberikan dalam penghasilan kajian ini. Ribuan terima kasih juga buat
mereka yang telah membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung dalam
menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
v
ABSTRAK
Dalam pembinaan yang kian maju pada masa kini dapat dilihat banyak projek binaan
semakin giat dijalankan dengan pelbagai jenis binaan yang unik. Daripada pembinaan
yang dijalankan pentingnya penggunaan penjadualan dalam membantu menjayakan
projek yang dijalankan, penghasilan jadual yang baik membantu kepada kelancaran
projek binaan yang dijalankan oleh itu pemilihan kriteria yang betul dan penting
membantu memastikan penghasilan jadual yang baik sekali gus membantu mencapai
keberkesanan dalam penggunaan jadual yang dihasilkan. Kajian dijalankan terhadap
pihak jururancang, pengurus projek dan juga pihak jurutera tapak yang bekerja dengan
kontraktor G7 yang terlibat secara langsung dalam menghasilkan perancangan jadual
untuk projek yang dijalankan. Pemilihan responden yang dipilih adalah kerana mereka
merupakan pihak yang terlibat daripada peringkat awal sehinggalah projek itu siap.
Objektif yang telah dikenalpasti digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan
kajian yang dijalankan dan kaedah temu bual dijalankan bagi memudahkan data
diambil berdasarkan kepada sampel yang diperolehi. Hasil kajian telah membuktikan
kriteria utama dalam penghasilan jadual ialah pentingnya untuk seseorang jururancang
itu mempunyai pengalaman, kemahiran serta skop kerja sebelum menghasilkan
perancangan jadual, kriteria ini diambil kira bagi memastikan hasil perancangan jadual
yang dibuat dapat membantu kepada keberkesanan dan kelancaran projek yang
dihasilkan disamping mengikut mengikut kepada kos dan masa yang telah ditetapkan.
Melalui langkah dan amalan yang dikenalpasti juga sekali gus membantu jadual yang
dihasilkan dapat diaplikasikan dengan baik di tapak projek oleh para pekerja.
vi
ABSTRACT
Nowadays, it can be seen that a lot of construction projects used varieties of unique
construction. It is acknowledged to use schedule to ensure the projects to be successful.
A good schedule needs to be produced to ensure the smoothness of the project. Hence,
selected criteria which are correct and important could lead to a good schedule to be
effective. The respondents of the research consist of planners, project managers and
the site engineers who work with G7 contractors who involved in the production of
planning schedule for the project. Respondents were selected because they are the
parties involved from the early stages until the project was completed. The objectives
that have been identified are to obtain information on the study and interviews are
conducted to gather data from the respondents. The results have proved the main
criteria in the production schedule is important for planners that have experiences, skill
and scope of work before producing the planning schedule. These criteria taken into
account to ensure that the schedule created can be helpful to ensure the projects can be
completed on time. Through the measures and practices identified, thus the schedule
generated can be applied by the construction workers on site.
.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKASURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN KATA xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN ...........................................................................................
1.1 Pengenalan 1
1.2 Pernyataan Masalah 2
1.3 Persoalan Kajian 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Kepentingan Kajian 6
1.6 Skop Kajian 7
viii
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 8
2.2 Projek pembinaan 10
2.3 Pihak Yang Terlibat Dalam Sektor Pembinaan 10
2.3.1 Kontraktor 11
2.3.2 Pengurus Projek 12
2.3.3 Jururancang 12
2.3.4 Jurutera Tapak 13
2.4 Amalan Terbaik Perancangan dan Penjadualan 14
2.5 Definisi Perancangan dan Penjadualan Sumber 16
2.6 Kepentingan Perancangan dan Penjadualan Sumber 17
2.7 Ciri-Ciri Perancangan dan Penjadualn Sumber 18
2.8 Teknik Yang Digunakan 20
2.8.1 Kaedah Tradisional 20
2.8.1.1 Carta Bar 20
2.8.1.2 Carta S-Lengkung 22
2.8.2 Kaedah Bukan Tradisional 23
2.8.2.1 Kaedah Laluan Kritikal (KLK) 24
2.8.2.2 Kajian Program Dan Teknik Penilaian (KPTP)
25
2.9 Sumber-Sumber Yang Diperlukan 26
2.10 Kriteria-Kriteria Yang Diaplikasikan 28
2.11 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perancangan Sumber Yang
Baik 31
2.12 Kesan-Kesan Perancangan Dan Penjadualan Sumber 33
2.13 Rumusan Bab 34
ix
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 35
3.2 Rekabentuk Kajian 36
3.3 Populasi dan Pensampelan Data 39
3.4 Kaedah Pengumpulan Data 41
3.4.1 Data Primer 42
3.4.2 Data Sekunder 43
3.5 Instrumen Kajian 43
3.6 Kaedah Menganalisis Data 46
3.7 Kaedah Analisis Temubual 47
3.8 Rumusan Bab 49
BAB 4 ANALISA DATA
4.1 Pengenalan 50
4.2 Kajian Kes 51
4.3 Butiran Projek 52
4.4 Latar Belakang Kajian 53
4.5 Kes A 53
4.5.1 Mengenalpasti Kriteria 54
4.5.2 Mengenalpasti Keberkesanan 58
4.6 kes B 61
4.6.1 Mengenalpasti Kriteria 62
4.6.2 Mengenalpasti Keberkesanan 65
4.7 Kes C 67
4.7.1 Mengenalpasti Kriteria 68
4.7.2 Mengenalpasti Keberkesanan 71
4.8 Kes D 73
4.81 Mengenalpasti Kriteria 74
4.8.2 Mengenalpasti Keberkesanan 77
4.9 Kes E 79
4.91 Mengenalpasti Kriteria 80
4.9.2 Mengenalpasti Keberkesanan 83
4.10 Analisa Bagi Setiap Projek 85
x
4.11 Kesimpulan Bab 100
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN .............................................................
5.1 Pengenalan 101
5.2 Kesimpulan Kajian 102
5.3 Batasan Kajan 107
5.4 Cadangan Dan Penyelidikan Lanjutan 107
5.5 Rumusan Bab 108
RUJUKAN ............................................................................................................... 109
LAMPIRAN 115
xi
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Amalan Terbaik Perancangan dan Penjadualan Projek
Dikalangan Kontraktor 38
3.2 Contoh Jadual Analisis 47
3.3 Contoh Analisis 48
4.1 Butir-Butir Projek Analisis 52
4.2 Amalan Terbaik 87
4.4 Kriteria-Kriteria 89
4.5 Kekerapan Kriteria 91
4.6 Teknik yang Digunakan 92
4.7 Perisian yang Digunakan 93
4.8 Kekerapan Teknik dan Perisian yang Digunakan 94
4.9 Kaedah yang Diaplikasi 95
4.10 Kekerapan Langkah yang Digunakan 96
4.11 Masalah yang Dihadapi 97
4.12 Kekerapan Masalah yang Dihadapi 98
xii
4.13 Komunkasi yang Dijalankan 100
4.14 Kekerapan Komunikasi yang Dijalankan 101
xiii
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Pihak yang terlibat dalam projek pembinaan 11
2.2 Kaedah penghasilan Carta bar 21
2.3 Contoh penggunaan Carta bar 22
2.4 Carta S-Lengkung 23
2.5 Contoh penggunaan rangkaian laluan kritikal 25
2.6 Kejayaan kriteria projek 28
2.7 Asas pengetahuan perancangan dan penjadualan 29
3.1 Linear snowball bowling 40
xiv
SENARAI SINGKATAN KATA
KLK - Kaedah Laluan Kritikal
KPTP - Kajian Programdan Teknik Penilaian
SPK - Struktur Pecahan Kerja
KPL - Kaedah Penjadual Linear
IBS - Industrial Building Standard
BRSB - Budaya Restu Sdn Bhd
MRT - Mass Rapit Transit
SSPK - Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor
LPIPM - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A
Borang temu bual objektif 1
115
B
Borang temu bual objektif 2
119
C
Surat Rasmi
122
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Keberhasilan dan kejayaan sesebuah projek pembinaan pada masa kini dapat
dilihat dari banyak perspektif. Salah satunya adalah perlunya perancangan dan
penjadualan projek. Keperluan perancangan dalam projek pembinaan adalah bertujuan
untuk penentuan aktiviti-aktiviti, jangka masa, dan bahan-bahan yang diperlukan
(Kernzer, 2009)..
Pada dasarnya dalam satu-satu aktiviti pembinaan, proses serta prosedur yang
paling utama sebelum memulakan projek pembinaan adalah perlunya perancangan dan
penjadualan dalam merancang projek supaya dapat dijalankan dengan lebih teratur dan
tepat pada masanya.
2
Menurut Ivan (2014) perancangan dan penjadualan adalah salah satu
kaedah yang amat penting untuk kejayaan penghasilan projek yang dijalankan dan
ia juga melibatkan pelbagai aktiviti dalam perlaksanaan projek pembinaan (Peter et
al., 2010) berpendapat bahawa perancangan dan penjadualan adalah merupakan
aktiviti yang saling berkaitan dengan pengurusan sistem yang ditetapkan antara satu
sama lain.
Selain itu, perancangan dan penjadualan juga bergantung kepada jenis
projek tersebut sama ada projek besar, kecil atau sederhana ataupun projek jenis
perumahan atau kejuruteraan awam (Zhao et al., 2012). Manakala (Saver, 2001)
berpendapat penggunaan perancangan dan penjadualan yang baik adalah salah satu
aspek yang membantu memudahkan perjalanan projek dalam sektor pembinaan,
agar lebih tersusun.
1.2 Penyataan Masalah
Dalam sektor pembinaan pada zaman sekarang dapat dilihat dengan jelas,
terdapat banyak ketidaksempurnaan telah wujud dalam satu-satu projek
pembinaan. Pendapat ini disokong apabila (Shobrys dan White, 2000) telah
membuat kajian dimana masalah sering terjadi pada peringkat awal pembinaan
adalah berpunca daripada perancangan dan penjadualan yang kurang strategik.
3
Perancangan adalah salah satu penentuan dan melibatkan komunikasi dalam
mengabungkan kaedah terperinci yang menunjukkan masa, tempat dan sumber
diperlukan (CIOB, 2011). Perancangan juga merupakan proses membuat keputusan
yang dilakukan terlebih dahulu dari segi masa, sumber yang diperlukan di tapak
bina. Oleh itu perancangan yang diperlukan haruslah memenuhi keperluan yang
digariskan.
De Snoo et al., (2011) telah membuat kajian dan menunjukkan kriteria
penghasilan jadual adalah penting yang bertujuan untuk mengukur prestasi
perancangan yang dibuat dan mengetengahkan isu-isu seperti kesilapan input
proses dan kesalahan tingkah laku, sebagai contoh, komunikasi berkualiti rendah,
penjadual yang kurang mahir dan membawa kepada risiko penjadualan.
Masalah sering terjadi apabila proses pengendalian jadual tidak dititikberatkan
dan tidak melibatkan pihak yang berkepentingan dalam penghasilan jadual iaitu pihak
jururancang ataupun pihak yang berkemahiran. Penglibatan mereka adalah kerana
mereka merupakan pihak yang berkemahiran dan berpengetahuan luas mengenai
perancangan dan penjadualan dalam proses pembinaan (Chi dan levitt, 2011).
.
Amalan lazim sebelum kontraktor masuk untuk mendapatkan tender adalah
kontraktor perlulah mengisi harga tender serta membuat perancangan dan penjadualan
untuk mengetahui tarikh sebenar tempoh penyiapan projek yang akan dijalankan untuk
dinilai oleh klien bagi pemilihan kontraktor untuk projek tersebut dan sekali gus dapat
membantu kontraktor dalam menjalankan kerja ditapak bina apabila projek tersebut
diperolehi. Sekiranya jadual tersebut gagal dihasilkan ia akan memberi kesan kepada
kejayaan sesebuah projek ini kerana perancangan adalah satu proses yang penting
untuk melengkapkan semua peringkat dalam proses pembinaan dan membantu untuk
kejayaan menyiapkan projek (Baldwin dan Bordoli, 2014).
4
Disini jelas menunjukkan kepentingan penghasilan perancangan dan
penjadualan dalam proses masuk tender dan ia merujuk secara tidak langsung
kepada kontraktor, dan perlunya penghasilan perancangan jadual yang baik oleh
pihak jururancang atau pihak yang berkemahiran untuk menghasilkan perancangan
dan penjadualan bagi mengetahui tempoh penyiapan projek (Peter et al., 2010).
Masalah lebih merumitkan, bila mana penyediaan penjadualan sumber dan
perancangan telah dihasilkan tetapi pihak jururancang tidak sentiasa berada ditapak
untuk pemantauan secara dekat terhadap kerja ditapak dengan jadual yang telah
dihasilkan. Oleh yang demikian, kontraktor, atau pengurus projek
bertanggungjawab dan perlu memahami kriteria dan faktor utama dalam
penghasilan penjadualan dan perancangan sumber dalam memastikannya tepat dan
berkesan (Alnasseri dan Aulin 2015).
Ini dapat dilihat apabila hasil perancangan dan penjadualan sumber yang
dihasilkan adalah berbeza dan kefahaman yang diperoleh bagi pihak kontraktor
juga adalah berbeza, ini menunjukkan perlunya kefahaman terhadap jadual yang
dihasilkan bagi memastikan keberkesanan jadual membantu kepada kejayaan
projek (Shobrys, dan White 2000).
Kelewatan dalam penyiapan projek juga sering kali dikatakan berpunca
daripada perancangan dan penjadualan kerja atau sumber dalam perlaksanaan satu-
satu projek. Ini adalah disebabkan apabila jururancang tersebut tidak mempunyai
maklumat yang terperinci dari segi ciri-ciri tapak projek pembinaan yang ingin
dibina dan ini membuatkan perancangan dan penjadualan sumber itu tidak betul-
betul tepat tempoh anggarannya (M. Sambasivan dan Y.W. Soon, 2007).
5
Selain itu, kontraktor perlu menyediakan kelengkapan sumber pada
peringkat awal projek. Namun masalah yang timbul, ianya tidak dapat dijalankan
dengan baik, ini adalah kerana banyak kriteria tidak diambil kira seperti halangan
sumber, kaedah kerja, kuantiti kerja, cuaca dan faktor- faktor yang telah digariskan
oleh pihak jururancang. Seperti pendapat Mubarak (2005) penjadualan adalah
sebahagian daripada proses perancangan dan ia adalah amat penting untuk
memastikan penghasilan kerja dapat dijalankan dengan baik dan terkawal.
Tambahan itu (Ivan, 2014) mengatakan pemilihan teknik perancangan dan
penjadualan sumber yang betul dengan amalan kriteria yang baik akan memberi
kesan yang baik pada penghasilan projek yang dibina.
1.3 Persoalan Kajian
Terdapat beberapa persoalan yang telah dikenalpasti bagi membantu dalam
mencapai objektif kajian antaranya:
I. Apakah kriteria-kriteria utama dalam penghasilan perancangan dan
penjadualan sumber oleh pihak jururancang projek.
II. Bagaimanakah untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan perancangan
dan penjadualan sumber oleh pihak jururancang dalam kelancaran projek
pembinaan.
6
1.4 Objektif Kajian
Bagi mencapai matlamat kajian terdapat beberapa objektif telah
dikenalpasti bagi memastikan matlamat kajian tercapai antaranya:-
I. Mengenalpasti kriteria-kriteria utama dalam amalan terbaik bagi
penghasilan perancangan dan penjadualan sumber oleh pihak jururancang.
II. Mengenalpasti keberkesanan penggunaan perancangan dan penjadualan
sumber oleh pihak jururancang projek dalam kelancaran projek pembinaan.
1.5 Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengenalpasti
amalan terbaik di dalam proses penghasilan perancangan sumber oleh pihak
kontraktor dan jururancang bagi mengatasi masalah kelewatan penyiapan projek
dengan lebih efisien.
Selain itu, perancangan jadual yang dihasilkan adalah bertujuan untuk
membantu pihak kontraktor supaya dapat menjalankan kerja dengan lebih tersusun dan
jelas matlamat yang ingin dicapai iaitu ke arah penyiapan projek tepat pada masanya.
7
1.6 Skop Kajian
Skop kajian ini adalah merujuk kepada kajian kes iaitu projek yang pernah
ataupun yang menggunakan perkhidmatan jururancang dalam penghasilan
perancangan jadual bagi projek yang ingin dibina atau telah dibina oleh kontraktor
tersebut. Tumpuan kajian adalah tertumpu kepada jenis projek iaitu projek
bangunan dan juga projek kejuruteraan awam.
.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Perancangan dan penjadualan adalah salah satu kaedah yang sering diguna
pakai pada masa kini serta merupakan keperluan asas (Wilkins, 2001). Umum
mengetahui bahawa prosedur yang perlu dititikberatkan sebelum memulakan apa-apa
projek iaitu kepentingan mengetahui tempoh proses pembinaan tersebut bagi
mengelak daripada terlebih masa yang diambil bagi penyiapan projek tersebut.
Pada bab ini, penerangan akan dibuat dengan lebih terperinci berkaitan dengan
definisi, kepentingan, ciri-ciri, sumber-sumber, dan kriteria yang digunapakai serta
faktor-faktor dalam perancangan dan penjadualan sumber. Bab ini memfokuskan
9
kepada input yang diperolehi dan dikaji dengan lebih mendalam berikutan kajian
perancangan dan penjadualan sumber.
Menurut Oberlender (2000) proses perancangan adalah melibatkan kepada
kemajuan penghasilan projek dan perancangan projek. Pendapat ini disokong oleh
Shobrys dan White, (2000) yang menyatakan masalah sering terjadi pada peringkat
awal pembinaan adalah berpunca daripada perancangan dan penjadualan yang
kurang strategik dan tidak mengikut keperluan yang sepatutnya diperlukan.
Haugan (2002) menambah bahawa dalam proses perancangan dan
penjadualan, ia melibatkan kepada keterlibatan beberapa sumber antaranya adalah
masa dan kos, kerana sumber ini saling berkaitan antara satu sama lain dan memberi
kesan yang sangat tinggi dalam penghasilan perancangan dan penjadualan.
Selain itu perancangan dan penjadualan adalah merupakan signifikan
kepada proses sebelum memulakan projek iaitu dimana ia merupakan kaedah
awalan yang perlu dilakukan sebelum proses perlaksanaan projek dijalankan.
10
2.2 Projek Pembinaan
Industri pembinaan merupakan satu sektor yang unik kerana ia berbeza
daripada sektor yang lain (Cakmak, 2013). Projek yang dihasilkan kebanyakannya
adalah projek yang besar dan boleh dikatakan kliennya ramai daripada pihak
kerajaan yang melibatkan modal yang besar dan perancangan yang teratur
(Hillerbrandt, 1984).
Dalam projek pembinaan juga, memerlukan penghasilan perancangan yang
teliti sebelum memulakan aktiviti kerja ditapak bina dimana semua pihak mempunyai
kepentingan dari segi merancang dan mereka bertanggungjawab terhadap kerja yang
dijalankan. Setiap pihak dalam projek akan bekerja mengikut kepada jadual yang
berbeza berdasarkan keperluan mereka di tapak projek (Baldwin dan Bordoli, 2014).
2.3 Pihak yang Terlibat Dalam Sektor Pembinaan
Seperti yang ketahui dalam sektor pembinaan melibatkan ramai pihak-pihak
yang berkepentingan antaranya kontraktor, arkitek, juruukur bahan, jurutera tapak,
juruukur tanah, pengurus projek, jururancang dan lain-lain. Dalam kajian yang
dijalankan hanya menumpukan kepada empat pihak yang berkepentingan dalam
kajian iaitu pengurus projek, kontraktor, jurutera tapak dan juga pihak jururancang.
Rajah di bawah menunjukkan susunan pihak yang sering terlibat dalam aktiviti
pembinaan.
11
Rajah 2.1: Pihak yang Terlibat dalam Projek Pembinaan
Sumber: Safiullin, (2013)
2.3.1 Kontraktor
Kontraktor merupakan pihak yang yang telah dilantik oleh pihak klien dan
merupakan pihak berkepentingan untuk memasuki tender dan juga pihak yang
bertanggungjawab dalam peringkat pembinaan projek yang diingikan oleh klien.
Kontraktor juga mempunyai pekerja iaitu mahir dan tidak mahir serta merupakan
pihak yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan.
Kontraktor juga adalah pihak berkepentingan untuk memasuki tender dan juga
pihak yang bertanggungjawab dalam peringkat pembinaan projek yang dijalankan
(Amy, 2004).
12
2.3.2 Pengurus Projek
Merupakan pihak yang dilantik oleh kontraktor dan fokus tanggungjawabnya
mengawal dan membuat pemantauan kerja terhadap para pekerja mengikut kepada
penjadualan yang telah dirancang oleh pihak jururancang atau dirancang sendiri oleh
pengurus projek bergantung kepada permintaan klien (Turner, 2014). Pengurus projek
perlulah mempunyai sasaran yang ingin dicapai berdasarkan kepada perancangan yang
dibuat supaya para pekerja tahu apa yang ingin dicapai pada projek yang dijalankan.
Selain itu dari aspek komunikasi juga penting, pengurus projek perlulah memberi
arahan dengan jelas dan terang kepada para pekerja bagi mengelak daripada
berlakunya masalah (Muzani Mustapa, 2013; Abu Bakar et al, 2011).
2.3.3 Jururancang
Pihak jururancang adalah pihak yang terlibat dalam sektor pembinaan
secara tidak langsung dimana mereka merupakan pihak yang berkepentingan pada
peringkat awal projek pembinaan yang berfungsi untuk menentukan tempoh masa
bagi sesebuah projek yang dibina. Pihak jururancang juga merupakan pihak yang
berkemahiran serta berpengetahuan mengenai perancangan jadual bagi projek yang
ingin dilaksana dan mereka tidak mempuyai perbezaan dari segi jururancang bebas
atau jururancang yang bekerja dengan kontraktor (Chi dan Levitt, 2011).
13
Selain itu mereka juga adalah pihak yang berpengalaman dan tahu cara-cara
untuk mengatasi masalah yang timbul pada perancangan yang dihasilkan
(Mahalingam dan Levitt, 2005). Tambahan itu, perancangan dan penjadualan
merupakan aktiviti yang berkait dan penting dalam perlaksanaan projek.
2.3.4 Jurutera Tapak
Jurutera tapak berperanan lebih kepada kerja-kerja teknikal, organisasi dan
penyeliaan terhadap projek-projek pembinaan, dan menentukan lokasi untuk kerja
infrastruktur yang terlibat dalam operasi pembinaan. Jurutera tapak merupakan
sebahagian daripada pasukan pengurusan tapak berhubung dengan kerja bersama-
sama arkitek, jurutera, pengurus pembinaan, penyelia, perancang, juruukur dan
subkontraktor. Dalam perancangan dan penjadualan, jurutera tapak
bertanggungjawab juga dalam merancang kerja-kerja pembinaan untuk memenuhi
tarikh akhir yang dipersetujui (Agcas, 2013).
14
2.4 Amalan Terbaik Perancangan dan Penjadualan
Amalan terbaik merupakan satu amalan ataupun rutin yang telah ditentukan
sebagai penanda aras yang terbaik menurut Jarrar dan Mohamed Zairi (2000).
Heather (2014) menyatakan amalan terbaik merupakan satu aspek pengurusan
yang dijalankan dalam memastikan kejayaan projek yang ingin dijalankan, disamping
mencapai kualiti projek pembinaan yang baik.Selain daripada itu terdapat tujuh
amalan terbaik yang digariskan oleh Cynthia, (2016) antaranya ialah:-
1. Dalam penghasilan jadual yang dijalankan perlunya ada penentuan tarikh
akhir untuk penyiapan projek supaya adanya kayu ukur bila projek yang
dibina dijangka akan siap.
2. Elakkan menggunakan terlalu banyak kekangan tarikh tertentu pada kerja yang
dijalankan. Apabila perubahan jadual berlaku, maka ia akan memberi kesan
kepada tarikh akhir projek siap dan tarikh setiap kerja perlu dibetulkan semula.
Bagi memastikan amalan terbaik dalam perancangan dapat dijalankan maka
pengurus projek perlu menggunakan masa dengan sebaiknya tanpa
mengganggu masa yang telah ditetapkan dalam jadual.
3. Elakkan mewujudkan pendahulu atau pengganti hubungan tugas antara tugas-
tugas ringkasan. Kerja- kerja yang bergantungan antara sama lain akan
memberi kesan apabila pengganti antara tugas diwujudkan bagi mengganti
kerja yang telah ditetapkan, serta secara langsung perubahan jadual projek
boleh berlaku.
15
4. Pemeriksaan sumber bahan-bahan ditapak bina adalah penting bagi
mengelak daripada kehabisan stok dan mengakibatkan mengambil masa
yang lama bagi menunggu barang-barang binaan sampai. Tahap
penghasilan kerja dilakukan oleh pengurus projek bagi memeriksa dan
memastikan kerja yang dihasilkan baik dan tidak mengambil masa untuk
betulkan semula.
5. Aktiviti yang tidak berhubung antara satu-satu aktiviti boleh dijalankan
terlebih dahulu bagi mengelak daripada mengambil masa yang lama untuk
proses penyiapan. Contohnya, proses melepa tiada kaitan dengan proses
membengkokkan tetulang besi.
6. Kerja yang tidak berhubung antara satu sama lain perlulah disiapkan
sehingga selesai supaya masa tidak diambil begitu lama untuk proses
ataupun kerja yang seterusnya.
7. Semua kerja yang dijalankan harus mempunyai tempoh masa untuk penyiapan,
serta jumlah bilangan sumber yang diperlukan bagi mengetahui kebarangkalian
masalah masa yang akan timbul.
Berdasarkan kepada amalan terbaik yang telah diterangkan diatas jelas
menunjukkan bagi penghasilan satu perancangan dan penjadualan yang baik
perlunya merujuk kepada banyak aspek dalam penghasilan jadual bagi memastikan
keberjayaan projek yang ingin dibina.
16
2.5 Definisi Perancangan dan Penjadualan Sumber
Proses pembinaan projek adalah merujuk pada tempoh masa dari awal
pembinaan sehinggalah selesai, ia dikenali juga sebagai perancangan dan
penjadualan dan meliputi pelbagai proses dan prosuder dalam penghasilannya serta
merupakan tempoh penghasilan kerja yang berterusan sehingga projek itu siap.
Perancangan dan penjadualan merupakan salah satu kaedah yang dikenali
sebagai kaedah untuk mengenalpasti prestasi sebenar satu-satu kerja atau proses,
aktiviti yang dijalankan (Haugan, 2002). Dalam proses penghasilan sesebuah
projek aspek yang paling penting untuk dilihat adalah dari segi faktor masa ataupun
tempoh yang diambil bagi penyiapan projek.
Menurut Ahuja dan Thiruvengadam, (2004) Kelsey et al., (2001)
mengatakan bahawa definisi penghasilan perancangan dan penjadualan sumber
adalah merupakan salah satu kaedah awalan yang dilakukan sebelum memulakan
projek iaitu pemilihan teknik serta kaedah yang sesuai bagi tujuan untuk
menganggar tempoh masa bagi penghasilan satu-satu kerja. Pelbagai teknik boleh
dikenalpasti bergantung kepada saiz projek yang ingin dibina.
Josef Kallrat (2002) berpendapat bahawa perancangan dan penjadualan adalah
merupakan sebahagian daripada rantaian bekalan iaitu dapat dilihat dalam proses
pembinaan pada masa kini, proses awalan seperti perancangan adalah salah satu faktor
membantu untuk mengenalpasti sumber-sumber yang diperlukan bagi pembinaan
sesebuah projek dan sebarang pertindihan ataupun masalah dapat dikenalpasti dengan
adanya perancangan dan penjadualan yang baik.
17
Selain itu, perancangan dan penjadualan merupakan penglibatan aktiviti
yang berlainan dalam menguruskan atau mengendalikan sesebuah projek dimana
wujudnya kepelbagaian aktiviti dalam proses pembinaan sesebuah projek (Peter,
2010).
Secara konklusinya boleh dikatakan bahawa perancangan dan penjadulan
sumber adalah menyeluruh dari segala aspek iaitu dari segi prestasi pembinaan,
tempoh masa, kaedah awalan dan rantaian bekalan yang sering diambil kira sebelum
memulakan projek pembinaan.
2.6 Kepentingan Perancangan dan Penjadualan Sumber
Penghasilan perancangan dan penjadualan merupakan kaedah yang membantu
pada proses awalan dan membuktikan perancangan dan penjadualan sumber ini adalah
amat penting dalam proses penyiapan projek yang dihasilkan. Menurut (Cegarra dan
Wezel, 2011) perancangan dan penjadualan adalah penting dalam menilai kualiti
jadual masa depan, serta membantu untuk sebarang penambahbaikan.
Shobrys dan White (2000) menyatakan bahawa dalam proses pembinaan
projek, pentingnya pendekatan dari segi keselarasan dalam perancangan dan
penjadualan yang dihasilkan dan membantu mengenalpasti dan menyelesaikan
masalah yang timbul dalam proses pembinaan projek (Tan dan Khoshnevis, 2000)
18
daripada perancangan dan penjadualan ini, masalah dapat dikenalpasti dan ia boleh
diselesaikan dengan cara yang berkesan (Shash dan Ahcom, 2006).
Kepentingan perancangan dan penjadualan sumber adalah bertujuan untuk
memastikan penghasilan sesebuah projek itu mengikut kepada tempoh masa yang
telah dirancang dan ditetapkan berdasarkan kepada jadual yang telah dihasilkan
bagi mengelak kelewataan dalam penyiapan projek itu berlaku (Kerzner, 2009).
Dalam tempoh itu juga pentingnya perlaksanaan yang dijalankan mengikut kepada
apa yang telah ditetapkan untuk mengukur prestasi projek (De Snoo et al., 2011).
2.7 Ciri-Ciri Perancangan dan Penjadualan Sumber
Setiap perancangan yang dihasilkan perlulah terperinci dan mengikut ciri-
ciri yang ada supaya perancangan dan penjadualan yang dihasilkan nampak kemas
dan selaras dengan matlamat yang ingin dicapai dalam proses pembinaan projek
yang ingin dijalankan. Haugan (2002) berpendapat ciri-ciri perancangan perlulah
bertujuan mencapai objektif yang ingin dicapai disamping mengikut kepada
prosuder yang ditetapkan.
Ini disokong oleh Winch dan Kelsey, (2005) iaitu perancangan dan
penjadualan sumber penting dilakukan mengikut kepada urutan dari segi penyelarasan
pengurusan supaya tidak bertindih antara satu-satu aktiviti yang dijalankan. Proses
perlaksanaan juga perlu dikenalpasti dengan baik sebelum pembinaan dijalankan ini
kerana untuk mengelak daripada berlakunya masalah semasa proses pembinaan itu
19
dijalankan dan sekali gus membantu mencapai objektif projek (Demeulemeester dan
Herroelen, 2002: Laslo, 2010).
Koelmans (2004) berpendapat dalam proses perancangan dan penjadualan
sumber adalah berdasarkan kepada konsep struktur pecahan kerja (SPK) yang
merupakan faktor utama yang perlu dikenalpasti bagi mengetahui aktiviti yang
terlibat disamping dapat menganggarkan masa yang diambil bagi satu-satu aktiviti
yang dijalankan berdasarkan kepada sumber yang ada.
CIOB (2011) dalam perancangan yang dihasilkan terdapat beberapa ciri-ciri
yang perlu dilihat antaranya ialah:
Proses kerja yang dipecahkan kepada aktiviti kerja perlulah
mengikut kepada strategi yang terkawal.
Perlunya pengawalan dalam setiap proses aktiviti kerja yang
dijalankan.
Perlulah mengetahui siapa yang akan mereka bentuk projek yang
ingin dijalankan.
Kaedah apakah yang akan digunakan bagi penyiapan projek, sebagai
contoh penggunaan IBS (Industrial Building Standard).
Apakah strategi yang dijalankan oleh subkontraktor dalam
perancangan.
Mengenalpasti pekerja-pekerja dan pihak yang terlibat dalam peojek
yang dijalankan.
Mengetahui tempat-tempat untuk menjalankan satu-satu aktiviti.
Memaksimumkan kos daan masa yang diperuntukkan.
Pengurusan risiko yang baik.
20
2.8 Teknik yang Digunakan
Kaedah mengenai penjadualan telah dijalankan sejak tahun 1940an antaranya
seperti rangkaian kira-kira, teknik perancangan pembinaan dan, kaedah pengeluaran
menegak (Rogies dan Thomas 2006). Proses penghasilan perancangan dan
penjadualan sumber tidak boleh dilakukan dengan mudah dengan menganggar tempoh
masa secara kasar tapi ia perlu dihasilkan dengan menggunakan bahan ataupun kaedah
yang betul yang berkaitan dengan projek yang ingin dijalankan, ini kerana terdapat
kepelbagaian dalam kaedah yang bakal digunakan antaranya ialah carta Gantt, Kaedah
Laluan Kritikal (KLK) dan Kajian Program dan Teknik Penilaian (KPTP) (Haugan,
2002; Popescu dan Charoenngam, 1995).
Teknik penghasilan jadual terbahagi kepada dua iaitu kaedah tradisional
dan bukan tradisional (Samdani Saurabh Arun, 2005).
2.8.1 Kaedah Tradisional
2.8.1.1 Carta Bar
Carta bar merupakan satu carta aktiviti yang dihasilkan secara grafik untuk
menunjukkan garis bar, Carta bar boleh dihasilkan dengan kaedah menegak atau
21
melintang. Ia digunakan untuk mengenalpasti masa yang diambil bagi setiap kerja
yang dijalankan (Baldwin dan Bordoli, 2014). Carta bar digunakan adalah kerana
ia mudah untuk dikendalikan dan mudah untuk difahami dari segi tempoh masa
satu-satu aktiviti yang dijalankan.
Carta bar mempunyai beberapa kelebihan antaranya adalah ia mudah difahami
dari segi penjadualan yang dihasilkan disamping Carta bar juga banyak digunakan
pada zaman dahulu, dan mungkin juga sekarang kerana bentuknya yang memudahkan
pihak yang terlibat mengendalikannya (Baldwin dan Bordoli, 2014). Kekurangan carta
bar ialah setiap perubahan yang dibuat tidak secara automatik berubah pada carta bar
kerana ia dihasilkan secara manual. Ini memberi kesan kepada masa penyiapan projek
yang dijalankan (Newitt, 2005; Baldwin dan Bordoli, 2014). Rajah dibawah
menjelaskan cara penghasilan carta bar yang betul.
Rajah 2.2 : Kaedah Penghasilan Carta Bar
Sumber: Baldwin and Bordoli, (2014)
22
Rajah 2.3: Contoh Penggunaan Carta Bar
Sumber : Mubarak, (2005)
2.8.1.2 Carta S-lengkung
Merupakan kaedah tradisional yang menghubungkan garis masa dengan
carta bar (Hutchings, 2004). Carta S-lengkung juga merupakan satu kaedah
penjadualan yang menunjukkan hubungan antara masa dan juga hasil projek
dengan cara yang mudah untuk difahami (Fisk, 1982). Selain itu juga kaedah S-
lengkung ini menunjukkan aktiviti-aktiviti yang terhasil secara grafik selari dengan
kemajuan kerja sebenar. Cerun garis yang yang terhasil menunjukkan projek
berjalan mengikut jadual yang dihasilkan ataupun disebaliknya (Fisk, 1982).
Carta S-lengkung lebih baik daripada carta bar kerana kawalan penjadualan
yang dibuat lebih banyak dan juaga fokus kepada aktiviti yang kecil. Hutchings, (2004)
menyatakan carta S-lengkung ini mampu menunjukkan hubungan antara aktiviti
mengikut turutan selari dengan lebih jelas berbanding carta bar. Walaubagimnapun
carta S-lengkung hanya sesuai untuk projek yang kecil dan tidak melibatkan
penggunaan sumber yang terlalu banyak.
23
Rajah 2.4: Carta S-Lengkung
Sumber : Hutching, (2004)
2.8.2 Kaedah Bukan Tradisional
Kaedah bukan ttradisonal adalah seperti Kaedah Laluan Kritikal (KLK), Kajian
Program dan Teknik Penilaian (KPTP).
24
2.8.2.1 Kaedah Laluan Kritikal (KLK)
Kaedah laluan kritikal merupakan laluan kritikal bagi sesebuah projek yang
dijalankan berdasarkan kepada aktiviti yang dijalankan (Willis, 1986; Roslan
Amirudin, 2012). Penggunaan aktiviti antara anak panah adalah kaedah yang
membantu kepada kaedah laluan kritikal.
KLK membantu mengira laluan kritikal melalui gambar rajah yang
dihasilkan. Menurut (Patrick, 2004) rantaian aktiviti yang dibuat memerlukan masa
yang lama bagi mengenalpasti laluan kritikal dengan baik. Kelewatan dalam
melaksanakan aktiviti kritikal akan menyebabkan kelambatan dalam penyiapan
projek oleh sebab itu semua aktiviti yang kritikal haruslah disiapkan dahulu
sebelum aktiviti yang lain dijalankan (Patrick, 2004).
Willis, (1986) Roslan Amirudin, (2012) berpendapat aktiviti kritikal yang
terhasil adalah daripada hubungkait tugas-tugas dan aktiviti bagi sesebuah projek.
Kaedah kritikal disusun mengikut kepada tempoh yang telah dikira dan ditunjukkan
di dalam jadual. Selain itu daripada kaedah kritikal ini juga membantu perancangan
dan penjadualan yang dihasilkan supaya tidak terkeluar daripada tempoh yang telah
ditetapkan.
Willis (1986) menyatakan laluan kritikal yang mengikut kepada aktiviti
berdasarkan anak panah mudah untuk difahami dan diaplikasikan. Terdapat
kesukaran dalam kaedah laluan kritikal dimana perlu memilih aktiviti yang kritikal
25
berdasarkan kepada projek yang dijalankan dan seharusnya logik dan boleh
diaplikasikan.
Rajah 2.5: Contoh Penggunaan Rangkaian Laluan Kritikal
Sumber: Roslan Amirudin, (2012)
2.8.2.2 Kajian Program dan Teknik Penilaian (KPTP)
Teknik KPTP merupakan salah satu teknik menganalisis rangkaian bagi
menganggarkan tempoh projek bagi mengelak daripada aktiviti yang dijalankan
tidak mengikut masa yang ditetapkan (Mubarak, 2005). Selain itu teknik ini juga
mempunyai rangkaian laluan yang lebih kurang sama dengan kaedah laluan
kritikal.
26
Bakar et. al., (2011) mengatakan teknik KPTP ini mudah untuk
dikendalikan dan aktiviti yang dijalankan adalah selari antara satu sama lain.
Kaedah ini juga merupakan salah satu kaedah yang membantu penghasilan
perancangan yang baik dan membantu melengkapi antara satu-satu aktiviti bagi
projek yang dijalankan.
2.9 Sumber-Sumber yang Diperlukan
Dalam penghasilan perancangan dan penjadualan sumber, ia melibatkan
kepada beberapa sumber yang perlu dikaji dan dikenalpasti dengan lebih terperinci
berdasarkan kepada perancangan dan penjadualan yang dihasilkan (Kerzner, 2009)
bertepatan dengan itu, ia juga perlu mengikut kriteria yang dinginkan serta
membantu pembinaan dibina mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.
Terdapat dua sumber yang lebih ditekankan didalam penghasilan perancangan dan
penjadualan iaitu sumber masa dan juga kos.
Fungsi perancangan merupakan salah satu aktiviti yang membantu kepada
sesi perancangan proses, kerana output proses perancangan adalah input untuk
penjadualan yang dihasilkan. Perancangan dan penjadualan juga merujuk kepada
kaedah pengurusan projek itu sendiri dimana perlunya mengambil kira masalah
yang bakal dihadapi terhadap sumber kos dan juga masa (Yang, 2007) ia bertujuan
membantu meminimumkan tempoh pembinaan projek bagi mengelak berlakunya
kelewatan dalam penyiapan projek melebihi tempoh yang telah ditetapkan
(Elmaghraby et al., 2003).
27
Mawdesley et al. (1996) telah mengkaji mengenai sumber yang terlibat
dalam penghasilan perancangan dan penjadualan dan beliau menegaskan bahawa
semua pihak yang terlibat dengan sumber yang digunakan perlulah memberi
kerjasama dan memainkan peranan dalam penggunaan sumber. Antara peranan
yang perlu dilakukan ialah:
Semua pihak perlulah mengetahui tarikh pembinaan projek dari mula
sehinggalah selesai supaya tiada masa lebihan yang diambil.
Perlunya mengenalpasti kos perbelanjaan yang diambil untuk setiap aktiviti
yang akan dijalankan sama ada dari segi penggunaan jentera sewa ataupun
tetap.
Kontraktor juga memainkan peranan dalam mengenalpasti bahan-bahan
yang diperlukan dalam penghasilan projek yang akan dijalankan.
Kontraktor juga perlu mendapatkan sumber bahan-bahan pembinaan
mengikut tempoh yang dianggarkan dan kos yang diperuntukkan.
Kontraktor juga perlulah memastikan pekerja mempunyai kemahiran untuk
kerja-kerja yang memerlukan tenaga mahir bagi mengelak daripada
mengambil masa yang lama dalam penghasilan satu-satu kerja.
Semua pihak perlulah mempunyai maklumat yang terprinci mengenai
projek yang dijalankan.
Pentingnya mengenalpasti turutan kerja yang bakal dijalankan dalam
penghasilan jadual supaya tiada kerja yang bertindih dan tidak mengambil
masa yang lama.
Faktor keselamatan juga adalah faktor yang paling penting perlu dititik
beratkan bagi mengelak daripada kecederaan yang sekali gus mengelak
daripada pertambahan penggunaan kos dan mengambil masa yang lama.
Mengenalpasti risiko yang bakal dihadapi mengikut kepada aktiviti kerja
yang bakal dijalankan.
Meminimumkan penggunaan bahan bagi mengelak pembaziran.
28
2.10 Kriteria-Kriteria yang Diaplikasikan
Kriteria dan faktor adalah perkara yang berbeza dimana Lim dan Zain,
(1999) menyatakan bahawa kriteria adalah merupakan prinsip ataupun penyataan
yang boleh berubah-ubah mengikut kepada pembacaan, pengalaman seseorang itu,
manakala faktor pula merupakan satu fakta atau pun sesuatu yang telah dinyatakan
dan tersusun untuk satu proses atau pun aktiviti yang dijalankan.
Rajah 2.6: Kejayaan kriteria projek
Sumber: Lim dan Mohamed (1999)
Dalam proses penghasilan penjadualan terdapat beberapa kriteria yang telah
dapat dikenalpasti sebelum proses perancangan dan penjadualan itu dijalankan,
antaranya adalah kepentingan kefahaman ataupun pentingnya ilmu pengetahuan
dalam proses penghasilan perancangan dan penjadualan sumber. Yang (2007)
menjelaskan bahawa keperluan dalam ilmu pengetahuan mengenai perancangan
29
dan penjadualan adalah penting bagi memudahkan penghasilan jadual yang dibuat
itu mudah dijalankan dengan aktiviti yang disusun, malah melalui pengetahuan juga
boleh membantu pemilihan konsep penghasilan jadual yang akan dihasilkan. Selain
itu juga, (Saver, 2001) menyatakan pengetahuan juga penting dalam membantu dari
segi pengurusan jadual yang dihasilkan iaitu cara menangani masalah yang bakal
timbul.
Rajah 2.7: Asas pengetahuan perancangan dan penjadualan
Sumber: Saver dan Wilkins, (2001)
Kriteria yang seterusnya adalah dari segi pengalaman jururancang, iaitu
dimana dalam penghasilan satu-satu jadual yang akan dibina pentingnya kriteria
pemilihan dari segi pengalaman iaitu (Mahalingam dan Levitt, 2005) mengatakan
pengalaman adalah salah satu kriteria penting sebelum proses perancangan dan
penjadualan kerana melalui pengalaman dapat membantu pihak jururancang itu
menangani masalah yang bakal dihadapi berdasarkan kepada pengalaman yang
pernah mereka hadapi untuk projek sebelum ini.
30
Pemilihan jenis teknik yang digunakan adalah merupakan salah satu
kriteria, dimana pihak jururancang perlu memilih jenis teknik yang ingin digunakan
bagi memudahkan penghasilan perancangan dan penjadualan, Oyedele (2013)
mengatakan ia juga berbeza mengikut perbezaan jenis projek dan cara yang
diaplikasikan bagi sesebuah projek yang dibina seperti carta Gantt, Kaedah Laluan
Kritikal (KLK) dan Kajian Program dan Teknik Penilaian (KPTP) (Haugan, 2002;
Popescu dan Charoenngam, 1995).
Seterusnya Obelender (2000) berpendapat perlunya kawalan efektif ditapak
projek iaitu pihak jururancang yang dilantik perlulah turun ke tapak projek bagi
melihat keadaan tapak projek sebelum membuat sebarang perancangan jadual
terhadap projek yang ingin dibina. Ini adalah kerana dalam penghasilan jadual yang
baik pentingnya pemeriksaan skop kerja yang sebelum memulakan penghasilan
jadual.
Shash dan Ahcom (2006) berkata dalam proses penghasilan jadual perlunya
perancangan terhadap masalah yang bakal dihadapi dan cara untuk mengatasi
masalah tersebut bagi mengelak daripada aktiviti tersebut mengambil masa yang
lama dan menarik aktiviti yang lain dan boleh menyebabkan kepada kelewatan
dalam penyiapan projek.
31
2.11 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Perancangan Sumber yang Baik
. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi dalam proses perancangan dan
penjadualan antaranya salah satunya adalah saiz projek, iaitu menurut (Willis, 1986)
saiz projek adalah penting dalam pemilihan teknik penghasilan perancangan dan
penjadualan. Tambahan itu, (Baldwin dan Bordoli 2014) menyatakan pemilihan
kaedah untuk menyediakan program kerja bergantung kepada jenis projek, tahap
pembangunan projek dan keperluan pelanggan.
Saiz projek ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu projek
kecil, projek sederhana dan projek besar. Saiz projek bergantung kepada kos
ataupun faktor kewangan yang terlibat dalam aktiviti pembinaan serta jumlah
pekerja serta pihak professional yang terlibat dalam menjayakan projek tersebut
serta semuanya adalah terkandung dalam jangka masa yang dibina. (MMPM,
2015).
Selain itu faktor pemilihan rangkaian bagi penghasilan perancangan dan
penjadualan juga memainkan peranan dimana, setiap penghasilan dan penggunaan
ragkaian tersebut adalah berbeza contohnya KLK, KPTP dan lain-lain. Oleh sebab
itu bagi penghasilan projek yang besar teknik rangkaian perlulah dilihat dengan
lebih terperinci (Newitt, 2005).
Faktor seterusnya adalah jenis projek yang dijalankan, seperti yang
diketahui dalam sektor pembinaan terdapat pelbagai jenis projek yang dijalankan
antaranya ialah projek bangunan, perumahan, institusi, komersial, perindustrian,
32
pembinaan lebuh raya dan sebagainya (Chan et al., 2010). Menurut Galloway,
(2006) jenis projek adalah berkait rapat dengan pemilihan rangkaian teknik yang
dipilih dan sekali gus membantu penghasilan perancangan dan penjadualan yang
baik.
Seterusnya adalah faktor dari segi tempoh masa iaitu sebelum perancangan
jadual dihasilkan, tempoh masa untuk penyiapan projek itu perlulah diketahui
contohnya projek A perlu siap dalam tempoh dua tahun, dan ini memudahkan proses
untuk menghasilkan perancangan jadual yang baik (Galloway, 2006). Tempoh masa
bagi sesebuah projek juga merupakan faktor penting dimana membantu pihak
jururancang dalam menganalisis dan menganggar tempoh masa untuk satu-satu aktiviti
itu dijalankan, bagi memastikan aktiviti yang dihasilkan adalah mengikut perangkaan
yang dibuat dan siap pada tarikh yang diinginkan.
Setiap perancangan jadual yang dihasilkan memerlukan pihak yang mahir
serta berpengalaman dalam bidang penjadualan dimana ia akan membantu
memudahkan proses perancangan itu dijalankan (Hutchings, 2004). Selain itu dari
segi pengalaman ia juga membantu pihak jururancang untuk mengenalpasti
masalah yang bakal timbul kerana mereka mempunyai pengalaman berhadapan
dengan pelbagai situasi.
33
2.12 Kesan-Kesan Perancangan dan Penjadualan Sumber
Terdapat beberapa kesan dalam penghasilan perancangan dan penjadualan
sumber yang baik. Hutchings (2004) berpendapat bahawa dalam penghasilan
perancngan dan penjadualan akan ada masalah yang bakal berlaku perancangan
jadual yang dibuat dan ini mendatangkan kesan yang buruk kepada aktiviti yang
bakal dijalankan dan memberi kesan kepada masa penyiapan projek.
Pemilihan teknik yang dibuat juga merupakan kesan yang bakal dihadapi
pada perancangan dan penjadualan yang dihasilkan dimana Mawdesley, (1997)
berpendapat banyak teknik yang boleh dipilih tetapi tidak semua teknik sesuai
dengan jenis projek yang dijalankan, oleh itu pemilihan teknik yang baik adalah
penting bagi mengelak daripada memberi kesan kepada perancangan jadual yang
akan dihasilkan.
Pemilihan rangkaian yang rumit boleh menyebabkan penghasilan
perancangan mengambil masa yang lama, pendapat disokong oleh (Chan et al.,
2010) dimana pemilihan rangkaian bukan tradisional adalah berbeza cara
pengendaliannya dan memerlukan data yang lengkap bagi penghasilannya.
Kepentingan dalam merujuk semua aspek sebelum memulakan
perancangan adalah penting bagi membantu mengatasi kesan yang bakal timbul
pada proses perancangan jadual sumber.
34
2.13 Rumusan Bab
Sebagai kesimpulan terhadap input yang diperolehi jelas menunjukkan
dalam perancangan dan penjadualan sumber menjelaskan, pelbagai aspek perlu
dititik beratkan dan terdapatnya amalan terbaik sebelum memulakan sebarang
perancangan jadual projek. Kajian literatur ini jelas menunjukkan banyak kaedah
serta faktor yang memainkan peranan penting dalam penghasilan perancangan
penjadualan yang baik, disamping memenuhi kriteria-kriteria yang digariskan bagi
membantu menghasilkan satu jadual yang baik dan tersusun. Pemahaman adalah
salah satu kriteria yang digariskan dan sangat penting dalam penghasilan
perancangan dan penjadulan yang baik
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Metodologi kajian adalah salah satu proses alternatif penyelidikan yang
meliputi kaedah dan teknik merekabentuk, mengumpul dan menganalisis data
supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian (Kothari,
2005)
Selain itu, kaedah penyelidikan membantu mengenalpasti punca dan
menyelesaikan masalah serta dalam masa yang sama merupakan kaedah yang
digunakan untuk membuat huraian berkaitan kajian yang dilakukan. Tambahan itu,
ia juga membantu memperjelaskan instrumen yang telah dipilih contohnya kaedah
36
temu bual ataupun borang soal selidik yang bertujuan untuk memudahkan proses
pengumpulan data.
Kaedah metodologi merupakan kaedah yang menghuraikan tentang cara
penyelidikan itu dijalankan dan membantu secara tidak langsung kearah mencapai
objektif kajian.
3.2 Rekabentuk Kajian
Pada peringkat permulaan sebelum kajian ini dijalankan objektif kajian,
penyataan masalah, latar belakang, kepentingan, serta skop kajian telah
dikenalpasti. Selain itu, rekabentuk kajian merupakan salah satu proses untuk
mengenalpasti kaedah yang memudahkan untuk pemilihan dalam memproses data
dengan lebih baik.
Bagi memastikan objektif kajian dapat dicapai dengan baik, data sekunder
dilakukan dengan cara pengumpulan maklumat menggunakan kaedah
pengumpulan data daripada kajian literatur seperti buku-buku ilmiah, jurnal, laman
web dan sebagainya telah dijalankan dan memperjelaskan dari segi definisi, faktor-
faktor, teknik yang digunakan, serta kriteria yang diambil kira (Naoum, 2007).
37
Terdapat dua jenis data dalam proses rekabentuk kajian iaitu data primer
dan data sekunder yang digunakan bagi proses pengumpulan data atau maklumat.
Data primer merupakan kaedah pengumpulan data daripada borang temubual yang
dijalankan bersama pihak jururancang dan juga pengurus projek bagi mengetahui
kriteria yang diamalkan semasa membuat perancangan jadual dan bagaimana
mengaplikasikan perancangan jadual yang dihasilkan kepada projek yang sedang
dijalankan. Semua persoalan berkaitan temu bual telah dinyatakan dalam Jadual 3.1
yang disediakan.
38
Jadual 3.1: Amalan Terbaik Perancangan dan Penjadualan Projek di Kalangan Kontaktor
38
Rekabentuk kajian merupakan salah satu cara yang membantu
menunjukkan dan membuktikan hasil literatur yang dicari mempunyai kaitan
dengan objektif yang ingin dicapai serta secara tidak langsung melalui kaedah
rekabentuk ini membantu memperjelaskan maklumat yang diperoleh kepada sesi
temu bual yang akan dijalankan.
Seterusnya data atau maklumat yang diperolehi daripada data primer dan
data sekunder dikumpul dan di analisis bagi mencapai objektif kajian. Analisis
kajian dijalankan mengikut kepada skop yang telah dijelaskan dalam Bab 1.
3.4 Populasi dan Pensampelan Data
Populasi dan pensampelan adalah sangat penting dalam menjalankan kajian
dan dengan itu, untuk kajian ini data diambil menggunakan kaedah snow ball sampling
iaitu dikenali sebagai persampelan rantaian rujukan (Chua Yan Piaw, 2013). Snowball
sampling merupakan salah satu kaedah dalam pengambilan sampel dari suatu populasi.
Dimana snowball sampling ini adalah termasuk dalam teknik non-probability
sampling iaitu sampel dengan kebarangkalian yang tidak sama. Teknik ini digunakan
adalah kerana sukar untuk mendapatkan senarai penuh sampel dalam populasi yang
diinginkan.
39
40
Kaedah snow ball sampling ini melibatkan responden yang telah ditemu bual
untuk mengenal pasti pihak responden lain yang mereka tahu yang memenuhi kriteria
pemilihan yang diperlukan dalam kajian (Crabtree dan Miller, 1999; Groenewald,
2004). Pendekatan ini membolehkan pihak responden dapat dikenalpasti bagi
membantu dalam mencapai objektif kajian. Menurut (Ritchie et al., 2003) pentingnya
mengenalpasti kriteria, ciri-ciri responden yang diperlukan bagi memudahkan
penentuan pihak responden yang diperlukan.
Rajah 3.1: linear snowball bowling
Sumber: Chua Yan Piaw, (2013)
Rajah 3.1 diatas menerangkan kepada kaedah pembentukan kumpulan sampel
bermula dengan hanya satu subjek dan kriteria yang diperlukan sebagai satu rujukan.
Rujukan itu diambil ke dalam kumpulan sampel dan memberikan kepada satu rujukan
baru. Cara ini diteruskan sehingga kumpulan sampel yang diperlukan dapat
dikenalpasti secara keseluruhan.
Sampel data pertama diambil daripada kontraktor kelas A iaitu syarikat
kontraktor Budaya Restu Sdn Bhd yang merupakan syarikat kontraktor yang
dikenalpasti pernah menggunakan perkhidmatan perancang dalam penghasilan
program kerja dan jadual untuk projek yang bernilai RM10 juta keatas. Syarikat
kontraktor ini juga merupakan syarikat yang dipilih dalam latihan industri yang telah
dijalankan berdasarkan rujukan yang diberikan.
41
Berdasarkan kepada sampel yang pertama, kriteria yang ditekankan dalam
mencari responden yang seterusnya ialah syarikat kontraktor itu haruslah kelas A, dan
pernah menggunakan perkidmatan jururancang atau menghasilkan jadual sendiri serta
projek yang terlibat perlulah bernilai RM10 juta keatas. Pemilihan sampel yang dipilih
adalah berdasarkan kepada Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor (SSPK) yang
diselaraskan dibawah selian Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
(LPIPM). Penentuan sampel adalah penting bagi memastikan kajian yang ingin
dijalankan mengikut kepada kaedah yang betul dan secara langsung membantu
mencapai objektif yang diinginkan.
3.4 Kaedah Pengumpulan Data
Berdasarkan kajian yang ingin dijalankan, pemilihan kaedah untuk
pengumpulan data adalah amat penting bagi memudahkan proses kajian supaya
lebih mudah dan proaktif. Kajian yang dibuat adalah berdasarkan skop yang telah
dikenalpasti dan bidang kajian yang ingin dikaji.
Perancangan awal perlu dilakukan supaya objektif kajian pertama iaitu
mengenalpasti kriteria-kriteria utama dalam amalan terbaik bagi penghasilan
perancangan dan penjadualan sumber oleh pihak jururancang dan objektif kajian
kedua mengenalpasti keberkesanan penggunaan perancangan dan penjadualan
sumber oleh pihak jururancang projek dalam kelancaran projek pembinaan dapat
dicapai.
42
Kajian ini lebih memfokuskan kepada pihak jururancang dan juga pengurus
projek kerana mereka merupakan pihak yang terlibat secara langsung dalam aktiviti
perlaksanaan perancangan dan penjadualan serta merupakan pihak yang
bertanggungjawab dalam mengaplikasikan jadual tersebut pada projek pembinaan
yang dijalankan.
3.4.1 Data Primer
Data primer digunakan bertujuan untuk menguji objektif kajian sama ada ia
bertepatan ataupun tidak. Data dapat diperoleh berdasarkan kepada jawapan yang
diberi oleh pihak responden dan saringan ataupun tapisan dibuat bagi mendapatkan
hasil temu bual yang baik dan sempurna. Temu bual yang dijalankan adalah selama
setengah jam ataupun satu jam mengikut kepada masa responden serta proses temu
bual dijalankan dengan cara merekod suara pihak responden semasa sesi temu bual
dijalankan. Transkrip dihasilkan mengikut kepada jawapan yang diperolehi
daripada pihak responden.
43
3.4.2 Data Sekunder
Berdasarkan kepada data sekunder ia adalah berkaitan sumber-sumber
bacaan yang diperolehi sama ada melalui media cetak ataupun internet, data yang
dikaji perlulah berkaitan dengan objektif kajian iaitu kriteria-kriteria utama dalam
amalan terbaik bagi penghasilan perancangan dan penjadualan sumber oleh pihak
jurancang dan keberkesanan penggunaan perancangan dan penjadualan sumber.
Data ini merujuk kepada artikel-artikel yang berkaitan dan sumber bacaan yang
mempunyai kaitan dengan kajian yang dijalankan, secara tidak langsung data ini
dapat membantu menguatkan bukti terhadap kajian yang dilaksana. Selain, ia juga
membantu menjelaskan mengenai jenis-jenis kriteria yang diperlukan oleh pihak
responden sebelum memulakan perancangan jadual, seperti perlunya ada
pengalaman, kemahiran, kawalan efektif dan lain-lain supaya lebih jelas data yang
diperlukan untuk memulakan penghasilan jadual (Naoum, 2007).
3.5 Instrumen Kajian
Kajian yang dijalankan telah memilih instrumen kajian kes bagi
mendapatkan dapatan hasil kajian, kerana lebih membantu dalam mencapai objektif
yang dikehendaki. Instrumen kajian kes melalui kaedah temu bual telah dipilih
kerana melalui temu bual ia adalah alternatif yang membantu mendapatkan
penjelasan yang lebih terhadap kajian yang dilaksanakan dengan kajian kes yang
lebih spesifik terhadap satu-satu projek.
44
Teknik temu bual juga dikenali sebagai kaedah kajian kualitatif iaitu
merupakan kaedah secara terus dimana data diperolehi terus daripada pihak
responden berdasarkan kepada soalan yang diajukan dan sebarang ketidak
fahaman boleh ditanya pada sesi temu bual dan secara tidak langsung membantu
mendapatkan data yang lengkap. Kajian dijalankan terhadap syarikat kontraktor-
kontraktor yang iaitu respondennya pengurus projek, jurutera tapak dan
jururancang.
Rangka soalan dihasilkan sebelum sesi temubual itu dijalankan bagi
memudahkan proses temu bual itu berjalan lancar. Kajian meliputi anggaran
sebanyak lima projek yang dipilih berdarkan kepada skop kajian yang ditetapkan.
Kajian kes yang dipilih iaitu samaada projek yang telah siap dibina ataupun belum.
Temu bual dijalankan pada dua pihak yang berbeza dalam projek yang
sama iaitu pihak jururancang atau pihak yang pernah menghasilkan jadual
diperlukan bagi mencapai objektif yang pertama, manakala pengurus projek atau
jurutera tapak pula diperlukan bagi mencapai objektif kajian yang kedua. Sesi temu
bual ini dirakam dengan izin responden bagi membantu menganalisis data dan
penghasilan transkrip yang baik (Chua Yan Piaw, 2013).
Dua set soalan dihasilkan bagi memudahkan sesi temu bual dengan pihak-
pihak yang berlainan, iaitu satu set soalan berkaitan objektif yang pertama dan set
soalan kedua mengenai objektif kajian yang kedua.
45
Terdapat tiga bahagian dalam set soalan yang dibuat iaitu adanya bahagian
A, B dan C.
Bahagian A
Berkaitan dengan latar belakang pihak yang ditemubual, iaitu nama
syarikat, alamat syarikat, nama responden, jawatan serta pengalaman kerja.
Bahagian B
Fokus kepada maklumat berkaitan projek yang dilaksanakan oleh
kontraktor berkenaan dan projek yang dikendalikan oleh pengurus projek atau
jururancang projek.
Bahagian C
Bahagian C pula soalan berkaitan dengan objektif pertama iaitu
mengenalpasti kriteria-kriteria utama dalam amalan terbaik bagi penghasilan
perancangan dan penjadualan sumber oleh jururancang, antaranya soalan yang
diajukan adalah apakah teknik yang digunakan, kepentingan jadual yang dihasilkan
serta langkah yang digunakan dalam memastikan kriteria diaplikasikan.
46
Objektif kedua pula ialah keberkesanan penggunaan perancangan dan
penjadualan sumber oleh jururancang dalam kelancaran projek pembinaan, soalan
yang diajukan pula ialah berkaitan cara bagaimana tugas diberikan kepada pekerja
berdasarkan jadual yang telah dihasilkan serta amalan yang dilakukan semasa
ditapak projek. Contoh soalan temu bual boleh rujuk kepada lampiran yang
disediakan.
3.6 Kaedah Menganalisis Data
Kaedah menganalisis data adalah bermula dengan mengumpul kesemua
data yang diperolehi daripada data primer dan data sekunder, kemudian data yang
diperolehi ditapis mengikut kepada keperluan kajian yang diinginkan berdasarkan
kepada soalan temu bual yang telah dibuat. Ini adalah bertujuan untuk memastikan
data yang diinginkan adalah bertepatan dengan kajian yang ingin dijalankan.
Data yang diperolehi akan dianalisis mengikut kepada jenis-jenis kriteria
yang digariskan oleh pihak responden dalam sesi temu bual yang dijalankan dan
pengkelaskan akan dibuat supaya data yang diperolehi lebih jelas dan mudah untuk
dianalisis. Penelitian dalam menganalisis data adalah sangat penting kerana
kesilapan yang dibuat akan mengakibatkan kepada hasil kajian yang bakal
diperolehi kelak.
47
3.7 Kaedah Analisis Temubual
Data diambil daripada temu bual yang telah dijalankan, dianalisis iaitu,
menggunakan kaedah analisis kandungan dimana melalui temu bual yang di rakam,
akan di dengar dengan berkali-kali dan transkrip pula dihasilkan bagi mendapatkan
jawapan yang diinginkan serta huraian dibuat terhadap temu bual yang telah
dijalankan mengikut kepada setiap responden yang terlibat.
Data yang diperolehi dimasukkan dalam jadual mengikut kepada kriteria-
kriteria yang digariskan. Hasil transkrip dihasilkan mengikut kepada kajian kes
yang diperolehi daripada temubual yang telah dijalankan dan (Chua Yan Piaw,
2013). Pengkelasan dibuat mengikut kepada kata kunci yang diperolehi berkaitan
soalan yang diajukan bagi memastikan objektif kajian dapat dicapai.
Jadual 3.2: Contoh Jadual Analisis
Kata kunci Kod
Pengalaman P
Tempoh masa TM
Teknik T
Jadual 3.2 menerangkan data yang diperolehi dikelaskan mengikut kepada
keperluan kajian dan dikodkan mengikut kepada kata kunci yang diperolehi
berdasarkan kepada hasil transkrip yang diambil daripada temu bual yang telah
dijalankan (Chua Yan Piaw, 2013).
48
Data yang telah dikodkan mengikut kepada kata kunci yang diperolehi
dikelaskan mengikut kepada analisis yang dijalankan. Contoh seperti jadual di
bawah.
Jadual 3.3: Contoh analisis
Melalui Jadual 3.3 analisis diatas dapat dilihat dimana bilangan kekerapan
adalah bergantung kepada jumlah responden yang ditemu bual, manakala peratus
pula dikira daripada bilangan kekerapan dibahagi dengan jumlah responden yang
akan ditemu bual.
Berdasarkan kepada peratusan yang diperolehi dapat menjelaskan kriteria
yang diguna pakai oleh pihak jururancang dalam membuat perancangan dan
penjadualan sumber serta keberkesanan penggunaan perancangan dan penjadualan
sumber tersebut.
49
Kriteria boleh diperolehi melalui kata kunci yang telah dikenalpasti melalui
transkrip daripada temu bual yang dijalankan. Setiap kod adalah mewakili kriteria
yang berlainan dan penting untuk memudahkan proses penyelidikan bagi mencapai
objektif yang diinginkan.
3.8 Rumusan Bab
Berdasarkan kepada kaedah yang dipilih dan dikenalpasti secara tidak
langsung memudahkan proses untuk menganalisa data dijalankan dan membantu
dalam proses mendapatkan sumber yang jelas dan betul bagi mencapai objektif kajian
yang ingin dijalank
BAB 4
ANALISA DATA
4.1 Pengenalan
Bab ini memfokuskan kepada analisis kajian dan perbincangan melalui
dapatan yang telah diperolehi mengikut kepada kaedah mengumpul maklumat yang
telah dipilih iaitu kajian kes.
Penerangan dengan lebih jelas dibuat bagi memastikan analisis yang
dijalankan membantu kearah mencapai objektif yang telah digariskan. Maklumat
yang diperolehi dan di analisis mengikut kepada ciri-ciri yang telah dikenalpasti
melalui dapatan yang telah diperolehi.
51
4.2 Kajian Kes
Kaedah kajian kes telah dipilih adalah bertujuan untuk mengenalpasti
amalan, teknik, kriteria-kriteria dan juga langkah yang dijalankan oleh pihak
responden berdasarkan kepada projek yang dilaksanakan.
Temu bual bersama pihak responden telah dijalankan berdasarkan kepada
kajian kes yang telah dikenalpasti. Sebanyak lima projek telah dikenalpasti dan 10
responden yang ditemu bual dimana untuk satu projek dua responden yang akan
ditemu bual iaitu samaada pengurus projek, pihak jururancang atau jurutera tapak
untuk projek yang berkenaan.
Soalan diajukan kepada pihak responden yang terlibat iaitu pihak
jururancang, pengurus projek dan juga jurutera tapak untuk menjawab soalan temu
bual yang fokus kepada objektif pertama iaitu kriteria utama dalam amalan terbaik
bagi penghasilan jadual dan objektif yang kedua iaitu mengenai keberkesan
penggunaan perancangan dan penjadualan oleh pihak jururancang dalam
kelancaran projek.
52
4.3 Butiran Projek Kajian Kes yang Dipilih
Lima projek telah dikenalpasti bagi kajian yang dijalankan mengikut kepada
skop yang digariskan pada peringkat awal kajian iaitu projek jenis bangunan dan juga
jenis kerja-kerja kejuruteraan awam, berikut ialah senarai projek untuk kajian yang
dijalankan.
Jadual 4.1: Butir-Butir Projek Analisis
kes Kos
Projek
Tempoh
Projek
Jenis projek Pihak yang
Ditemu Bual
Pengalaman
Kerja
A RM519.5
juta
2 tahun
4 bulan
Bangunan
(Parkir
bertingkat)
Jururancang 4 Tahun
Pengurus
projek
35 Tahun
B RM692 juta 1 tahun Penjana
kuasa
Jururancang 4 Tahun
Pengurus
projek
6 Tahun
C
RM132juta 2 tahun 8
bulan
Bangunan
(Pasa Raya
Besar)
Pengurus
projek
24 tahun
Jurutera
tapak
5 tahun
D
RM122 juta 3 tahun Bangunan
(Kondominium
pasca
bertingkat)
Pengurus
projek
6 tahun
Jurutera
tapak
3 tahun
E
RM11.9
juta
1 tahun 7
bulan
Kerja-kerja
kejuruteraan
awam
(Penyambungan
hartanah)
Pengurus
projek
8 tahun
Jurutera
tapak
4 tahun
53
Jadual 4.1 menerangkan kepada lima projek yang telah dikenalpasti iaitu
dari segi jenis projek, kos projek, tempoh projek dan juga 10 responden yang telah
ditemubual. Maklumat yang diperolehi berkaitan projek tersebut diasingkan
mengikut kepada kategori yang telah dikenalpasti.
4.4 Latar Belakang Kajian
Responden yang ditemu bual adalah terdiri daripada pihak jururancang
pengurus projek, dan jurutera tapak yang mengendalikan projek yang berjumlah 10
juta keatas dan mereka mempunyai pengalaman lingkungan tiga tahun dan ke atas
dan jenis projek yang dilaksanakan ialah jenis bangunan dan kejuruteraan awam.
4.5 Kes A
Nama projek: Pakej MSPR 4, Membina dan Menyiapkan Bangunan
Tempat Meletak Kenderaan Bertingkat, Kerja Luar dan Bersekutu.
Jenis projek: Bangunan (Parkir bertingkat)
Tempoh projek: Jun 2014 – Disember 2016
Lokasi: Seksyen 16 Damansara
54
Projek bagi kajian kes A ialah projek Pakej MSPR 4, membina dan
menyiapkan bangunan tempat meletak kenderaan bertingkat, kerja luar dan
bersekutu. Anggaran tempoh projek ialah selama dua tahun empat bulan serta
lokasi projek ialah di Seksyen 16 Damansara.
Responden yang ditemu bual ialah pengurus projek yang mempunyai
pengalaman kerja selama 35 tahun dan pihak jururancang yang mempunyai
berpengalaman selama empat tahun. Dalam projek ini perancangan dan
penjadualan dihasilkan oleh pihak jururancang. Manakala pengurus projek
bertanggungjawab kepada perlaksanaan jadual yang dihasilkan.
Menurut responden terdapat beberapa aspek yang dititikberatkan dalam
penghasilan perancangan jadual projek yang dibina iaitu:
4.5.1 Mengenalpasti Kriteria-Kriteria Utama dalam Amalan Terbaik
Objektif ini dibahagi kepada beberapa sub topik yang bertujuan untuk
mengenalpasti kriteria utama yang di amalkan di tapak projek.
55
a) Amalan Terbaik Dalam Aspek Perancangan dan Dalam Perlaksanaan Di
Tapak
Pihak jururancang menyatakan terdapat beberapa amalan terbaik dari aspek
perancangan yang dilakukan iaitu yang terpenting adalah maklumat skop kerja
yang dijalankan, jenis projek yang dijalankan. Kesemua maklumat ini haruslah
lengkap sebelum proses penyediaan perancangan dan penjadualan dilakukan.
Menurut pihak jururancang yang ditemu bual bagi projek ini turut memaklumkan
mengenai proses perolehan maklumat diperlukan:
“Tugas seorang jururancang hanyalah membantu kepada pengurus projek
iaitu pengurus projek haruslah mengeluarkan idea untuk jadual yang diinginkan
dan jururancang hanya akan menterjermahkan idea pengurus projek itu dalam
bentuk jadual perancangan yang diinginkan.”
Penyataan diatas jelas merujuk kepada kerjasama daripada pihak pengurus
projek dalam memastikan keberhasilan projek yang dijalankan.
Selain itu, menurut pengurus projek, amalan ataupun praktis yang selalu
dilakukan di tapak projek ialah memastikan pihak jururancang menyediakan jadual
mengikut aktiviti yang terlibat agar mudah untuk mengagihkan kerja kepada orang
yang mengawal kerja tersebut dan membolehkan kerja yang dijalankan lebih efisien
dan mudah untuk pengurus projek memantaunya.
56
b) Kriteria-Kriteria Utama yang Diamalkan
Menurut jururancang kriteria-kriteria utama yang diperlukan dalam
penghasilan adalah dari segi pengalaman dan skop kerja projek. Ini adalah
berdasarkan petikan penyataan jururancang yang ditemubual.
“Kriteria penting adalah perlunya pengetahuan mengenai perancangan
jadual serta mempunyai pengalaman dan tahu skop kerja yang akan dijalankan.”
Berdasarkan penyataan ini, skop kerja amat membantu jururancang dalam
mengetahui keperluan yang diperlukan oleh projek, serta kemahiran yang
diperlukan dan item kerja yang terlibat. Dari segi kemahiran ianya berfungsi dalam
membantu menyelesaikan masalah yang bakal dihadapi.
Pihak jururancang menyatakan pengalaman juga adalah penting dalam
penghasilan jadual ini adalah kerana mudah untuk mengukur purata produktiviti.
Ini dinyatakan oleh jururancang dari temubual yang dijalankan:
“Sebagai contoh untuk susun berapa jumlah pekerja yang ada kemahiran
dan tidak berkemahiran pada satu-satu bahagian kerja perlu berdasarkan kepada
pengalaman projek yang sebelum ini supaya dapat memastikan projek siap tepat
pada masanya.”
57
Selain itu, tempoh masa yang diambil dalam menghasilkan satu
perancangan jadual ialah bergantung kepada skala projek. Sebagi contoh projek
berskala besar tempoh penyiapan penjadualan adalah dalam satu minggu, manakala
bagi projek berskala kecil, tempoh yang diambil adalah selama satu hari sahaja.
Kriteria lain yang diambil kira ialah perlunya memastikan jadual yang
dihasilkan sempurna. Menurut pengurus projek:
“Jadual perlu mengikut kepada masa yang telah dipersetujui dengan
aktiviti yang terlibat serta jadual itu juga perlulah berdasarkan kepada kos projek
yang telah diberitahu dan sumber jentera, tenaga kerja yang sedia ada.”
Berdasarkan kriteria ini, ianya membantu kepada keberkesanan
penggunaan jadual yang dihasilkan pada peringkat perlaksanaan projek.
c) Keperluan Teknik dan Perisian yang Diperlukan untuk Penghasilan
Perancangan Jadual
Pihak jururancang menyatakan mengenai keperluan yang diperlukan dalam
penghasilan jadual iaitu lukisan, senarai kuantiti, dan semua yang terkandung
dalam kontrak serta maklumat atau nasihat daripada pengurus projek dan jurutera
tapak. Tambahan lagi, dari segi teknik yang digunakan adalah kaedah laluan
kritikal dimana ia mudah untuk dikenalpasti aktiviti yang kritikal dan aktiviti mana
58
yang perlu disiapkan segera. Jururancang turut menyatakan perisian yang
digunakan dalam penghasilan penjadualan:
“Perisian Primavera dipilih dan digunakan kerana mudah untuk
dikendalikan dan bergantung kepada kehendak klien.”
Bagi projek ini, pihak jururancang memilih menggunakan perisian
Primavera kerana ianya lebih mudah untuk dikendalikan dan dikawal serta mudah
untuk diaplikasikan oleh pengurus projek.
4.5.2 Mengenalpasti Keberkesanan Perancangan Jadual dalam Kelancaran
Projek
Objektif kedua membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk
mengenalpasti keberkesanan dalam projek yang dijalankan.
59
a) Kaedah yang Diaplikasikan Semasa Menjalankan Projek Mengikut
Kepada Kriteria yang Dipilih
Dari aspek kaedah yang aplikasikan semasa menjalankan projek iaitu,
pengurus projek menyatakan perlunya sentiasa peka dengan tarikh projek mula dan
tarikh projek siap supaya dapat mengelak daripada berlakunya kelewatan dalam
menyiapkan kerja. Selain itu juga perlunya sentiasa kemaskini kemajuan kerja
setiap dua minggu bagi mengelak daripada berlakunya sebarang masalah.
b) Masalah yang Dihadapi Dalam Perlaksanaan Perancangan Jadual Projek
Dalam setiap projek pembinaan yang dijalankan selalunya terdapat banyak
masalah dan masalah itu bukan datangnya daripada jadual yang dihasilkan tetapi,
menurut pengurus projek:
“Masalah yang datang adalah daripada faktor yang tidak dapat dijangka
dan untuk projek ini tidak berlaku sebarang masalah dari segi penggunaan jadual
dan sebagainya.”
Oleh yang demikian, sekiranya jadual yang dihasilkan oleh jururancang
dapat diaplikasikan dengan baik dan dapat difahami dengan baik, maka
penggunaan jadual adalah berkesan dan sangat membantu kepada kelancaran
projek dan memenuhi kehendak projek.
60
c) Komunikasi yang Dijalankan Dalam Keberkesanan Jadual yang
Dihasilkan
Bagi memastikan keberkesanan projek dapat dijalankan dengan baik kaedah
komunikasi iaitu dari segi memberi arahan kepada para pekerja dijalankan dengan
cara yang teratur. Pengurus projek menyatakan:
“Mesyuarat akan diadakan dan bagi mendapatkan nasihat dan idea
daripada pihak yang berkepentingan.”
Antara pihak yang berkentingan ialah pihak dari mekanikal dan elektrikal,
awam dan struktur serta arkitek supaya daripada jadual yang dihasilkan dapat
dijalankan kerja dengan baik dan dapat difahami oleh para pekerja. Selain itu
komunikasi melalui media elektronik juga dilakukan kerana lebih cepat dan mudah.
Menurut pengurus projek lagi dari segi skala kelancaran projek terhadap
jadual yang digunakan adalah berada ditahap sangat baik iaitu jadual yang
dihasilkan dapat difahami dan kerja dapat dijalankan dengan baik mengikut kepada
masa yang telah dijangka dan semua kerja berada didalam keadaan terkawal dengan
perancangan yang dihasilkan.
61
4.6 Kes B
Nama projek: Projek Solar
Jenis projek: Penjana Kuasa
Tempoh projek: Januari 2017 – Desember 2017
Lokasi: Kedah
Projek untuk kajian kes B ialah projek janakuasa tenaga solar. Anggaran
tempoh projek ialah selama satu tahun serta lokasi projek ialah di Kedah Darul Aman.
Responden yang ditemu bual ialah pihak jururancang yang mempunyai
pengalaman kerja selama empat tahun dan pengurus projek yang berpengalaman
selama enam tahun. Dalam projek ini perancangan dan penjadual dihasilkan oleh
pihak jururancang dan pengurus projek bertanggungjawab kepada perlaksanaan
jadual yang dihasilkan.
Menurut responden terdapat beberapa aspek yang dititikberatkan dalam
penghasilan perancangan jadual projek yang dibina iaitu:
62
4,6.1 Mengenalpasti Kriteria-Kriteria Utama dalam Amalan Terbaik
Terdapat beberapa ciri-ciri yang dipilih untuk mengenalpasti kriteria-
kriteria utama dalam amalan terbaik antaranya:
a) Amalan Terbaik Dalam Aspek Perancangan dan Dalam Perlaksanaan Di
Tapak
Pihak jururancang menyatakan terdapat beberapa amalan terbaik dari aspek
perancangan iaitu yang terpenting maklumat yang diperlukan ialah mengetahui
skop kerja, jenis projek, serta tapak projek yang dijalankan. Sebelum memulakan
penghasilan jadual maklumat yang diperlukan haruslah lengkap, menurut pihak
jururancang:
“Semua orang boleh merancang tetapi hasil perancangan yang dibuat itu
berbeza mengikut kepada pengalaman seseorang.”
Selain itu, menurut pengurus projek amalan ataupun praktis mengenai
amalan terbaik ialah aktiviti yang selalu diaplikasikan ditapak bina adalah baik
sebagai contoh dari segi susunan kerja yang dirancang dan aktiviti yang dijalankan.
63
b) Kriteria-Kriteria Utama yang Diamalkan
Menurut jururancang mengenai kriteria-kriteria utama yang diperlukan
dalam penghasilan jadual terutamanya dari segi,
“Mengetahui berapa banyak aktiviti yang terlibat dalam projek yang dibina
dan supaya dapat membezakan dengan projek yang sebelum ini dari segi sumber dan
masa yang diperlukan untuk satu-satu aktiviti serta mendapatkan pendapat daripada
jurutera yang berada ditapak.”
Ini adalah kerana daripada projek lepas dapat membantu untuk
mempercepatkan projek yang dijalankan. Dari segi kemahiran ia adalah berfungsi
untuk membantu menyelesaikan masalah yang bakal dihadapi.
Pihak jururancang menyatakan pengalaman juga memainkan peranan
dalam penghasilan jadual iaitu bergantung kepada skala projek yang dikendalikan,
Jururancang menyatakan:
“Sekiranya projek berskala kecil dan tempoh yang singkat jururancang
berpendapat pekerja yang baru bergraduasi boleh menghasilkan jadual, tetapi
sekiranya projek berskala besar maka ianya lebih kepada pihak jururancang yang
ada banyak pengalaman.”
64
Pengalaman juga membantu kepada penyelesaian masalah yang bakal
dihadapi berdasarkan kepada pengalaman daripada projek yang pernah
dikendalikan.
Kriteria lain yang diambil kira juga ialah perlu memastikan jadual yang
dihasilkan sempurna. Menurut pengurus projek:
“Perkara paling penting sebelum memulakan penghasilan jadual
pentingnya untuk meminta nasihat daripada pengurus projek ataupun jurutera
tapak ini adalah kerana mereka selalu berada ditapak dan tahu bagaimana satu-
satu kerja itu beroperasi. “
Daripada kriteria yang dikenalpasti membantu kepada penghasilan
perancangan jadual yang baik dan berdasarkan kriteria itu sekali gus membantu
mencapai keberkesanan penggunaan jadual yang telah dihasilkan.
c) Keperluan Teknik dan Perisian yang Diperlukan untuk Penghasilan
Perancangan Jadual
Keperluan yang diperlukan dalam penghasilan jadual ialah lukisan, senarai
kuantiti, dan semua yang terkandung dalam kontrak. Tambahan lagi, dari segi
teknik yang digunakan adalah kaedah laluan kritikal kerana mudah untuk
mengenalpasti aktiviti-aktiviti kritikal. Menurut jururancang:
65
“Perisian Primavera dipilih dan digunakan kerana mempunyai banyak
fungsi dan mudah untuk dikendalikan serta lebih terperinci.
Pihak jururancang menyatakan untuk projek yang dijalankan menggunakan
perisian Primavera kerana ia lebih banyak fungsi, mudah dikendalikan dan
penjadualan lebih cepat dihasilkan.
4.6.2 Mengenalpasti Keberkesanan Perancangan Jadual dalam Kelancaran
Projek
Beberapa kaedah dikenalpasti untuk mengukur keberkesanan perancangan
jadual yang dihasilkan antaranya dari segi langkah yang dikenalpasti, masalah yang
dihadapi dan komunikasi yang digunakan.
a) Kaedah yang Diaplikasikan Semasa Menjalankan Projek Mengikut Kepada
Kriteria yang Dipilih
Dari aspek kaedah yang dijalankan semasa menjalankan projek, iaitu
pengurus projek menyatakan perlunya sentiasa mengemas kini jadual kerja yang
telah dijalankan dan mendapatkan maklumat ataupun data yang terkini mengenai
kerja yang dijalankan
66
b) Masalah yang Dihadapi Dalam Perlaksanaan Perancangan Jadual
Projek
Dalam setiap projek pembinaan yang dijalankan selalunya terdapat banyak
masalah dan masalah itu bukan datangnya daripada jadual yang dihasilkan tetapi,
menurut pengurus projek:
“Masalah datang apabila data maklumat yang diperlukan tidak mencukupi
dan ia menyebabkan penghasilan jadual mengambil masa yang lama, dan
berlakunya perubahan pada lukisan projek.”
Jadual yang dihasilkan dapat diaplikasikan dengan baik sekiranya semua
maklumat yang diperlukan adalah lengkap dan dapat difahami dengan baik
disamping penggunaan jadual sangat membantu kepada kelancaran projek dan ia
salah satu memenuhi kehendak projek.
c) Komunikasi yang Dijalankan Dalam Keberkesanan Jadual yang
Dihasilkan
Bagi memastikan keberkesanan projek dapat dijalankan dengan baik kaedah
komunikasi iaitu dari segi memberi arahan kepada para pekerja dijalankan dengan
cara yang teratur. Pengurus projek menyatakan:
67
“Mesyuarat akan diadakan dan perlunya meminta nasihat dan idea
daripada pihak yang berkepentingan.”
Selain itu komunikasi melalui media elektronik juga dilakukan kerana lebih
cepat dan memudahkan. Menurut pengurus projek lagi dari segi skala kelancaran
projek terhadap jadual yang digunakan adalah berada ditahap sangat baik iaitu
jadual yang dihasilkan dapat difahami dan kerja dapat dijalankan dengan baik
mengikut kepada masa yang telah dijangka dan semua kerja berada didalam
keadaan terkawal dengan perancangan yang dihasilkan.
4.7 Kes C
Nama projek: Pembinaan MYDIN Pasar Raya Besar Borong
Jenis projek: Bangunan (pasaraya besar)
Tempoh projek: Februari 2015 – September 2017
Lokasi: Mutiara Rini, Skudai
Projek untuk kajian kes C projek Pembinaan pasaraya besar borong. Klien
bagi projek ini adalah MYDIN. Anggaran tempoh projek ialah selama dua tahun
lapan bulan serta lokasi projek ialah di Mutiara Rini, Skudai.
68
Responden yang ditemu bual ialah jurutera tapak yang mempunyai
pengalaman kerja selama lima tahun dan pengurus projek mempunyai pengalaman
24 tahun. Dalam projek ini perancangan dan penjadual dihasilkan oleh pihak
pengurus projek dan jurutera tapak dan mereka bertanggungjawab kepada
perlaksanaan jadual yang dihasilkan.
4.7.1 Mengenalpasti Kriteria-Kriteria Utama dalam Amalan Terbaik
Terdapat beberapa ciri-ciri yang dipilih untuk mengenalpasti kriteria-kriteria
utama dalam amalan terbaik antaranya:
a) Amalan Terbaik Dalam Aspek Perancangan dan Dalam Perlaksanaan Di
Tapak
Amalan terbaik dari aspek perancangan dan penjadualan ialah apabila
susunan kerja itu dapat dikenalpasti dan produktiviti yang dihasilkan adalah
berdasarkan kepada kerja yang dijalankan. Pengurus projek menyatakan:
“Perlunya penentuan masa yang secukupnya untuk satu-satu aktiviti yang
dijalankan berdasarkan produktiviti ataupun projek lepas.”
69
Selain itu, responden menambah amalan ataupun praktis lain yang dilakukan
ialah pentingnya untuk sentiasa membuat tindakan susulan terhadap perancangan
yang dijalankan dan selalu buat mensyuarat untuk berbincang kerja ataupun
masalah yang dihadapi.
.
b) Kriteria-Kriteria Utama yang Diamalkan
Menurut responden mengenai kriteria-kriteria utama yang diperlukan dalam
penghasilan jadual iaitu pentingnya sebelum membina sebarang jadual jurutera
tapak dan pengurus projek itu perlu tahu saiz projek yang akan dijalankan, skop
kerja yang dijalankan, lokasi tapak projek dan yang paling penting jenis tanah untuk
projek yang dijalankan. Menurut responden ini adalah bertujuan untuk:
“Mudah penentuan jumlah jentera yang diperlukan, tenaga pekerja,
peralatan yang diperlukan serta membantu untuk mengenalpasti garis asas
ataupun memantau kerja satu-satu projek.”
Dari segi kemahiran ia adalah berfungsi untuk membantu menyelesaikan
masalah yang bakal dihadapi.
Pengurus projek juga menyatakan pengalaman juga adalah memainkan
peranan dalam penghasilan jadual iaitu berdasarkan projek lepas yang dihasilkan.
Responden menyatakan:
70
“Pengalaman juga membantu kepada susunan kerja berdasarkan kepada
pengalaman daripada projek yang pernah dikendalikan.”
Kriteria lain yang diambil kira juga ialah perlunya memastikan jadual yang
dihasilkan sempurna. Menurut pengurus projek:
“Perlu tahu kontraktor lain yang terlibat dalam projek yang dijalankan
supaya mudah untuk mengetahui jumlah jentera yang diperlukan, sekali gus
membantu mengelak daripada berlakunya pembaziran di tapak bina.”
Daripada kriteria yang dikenalpasti membantu kepada penghasilan
perancangan jadual yang baik dan berdasarkan kriteria itu sekali gus membantu
mencapai keberkesanan penggunaan jadual yang telah dihasilkan.
c) Keperluan Teknik dan Perisian yang Diperlukan untuk Penghasilan
Perancangan Jadual
Keperluan yang diperlukan dalam penghasilan jadual ialah lukisan, senarai
kuantiti, dan semua yang terkandung dalam kontrak. Tambahan lagi, dari segi
teknik yang digunakan adalah kaedah laluan kritikal kerana mudah untuk kenalpasti
aktiviti-aktiviti kritikal. Menurut responden:
71
“Perisian Microsoft Project dipilih dan digunakan kerana murah serta
mudah untuk kenalpasti aktiviti yang mengalami kelewatan.”
Pengurus projek menyatakan untuk projek yang dijalankan menggunakan
perisian Microsoft Project kerana ia lebih murah berbanding Primavera dan lebih
mesra pengguna.
4.7.2 Mengenalpasti Keberkesanan Perancangan Jadual dalam Kelancaran
Projek
Beberapa kaedah dikenalpasti untuk mengukur keberkesanan perancangan
jadual yang dihasilkan antaranya dari segi langkah yang dikenalpasti, masalah yang
dihadapi dan komunikasi yang digunakan.
a) Kaedah yang Diaplikasikan Semasa Menjalankan Projek Mengikut
Kepada Kriteria yang Dipilih
Dari aspek kaedah yang dijalankan semasa menjalankan projek, iaitu
responden menyatakan kerja yang telah dijalankan akan dipantau dalam tempoh
berkala dan kerja akan diberikan untuk dua minggu awal, sekiranya terdapat
sebarang masalah terhadap kerja yang telah dirancang, jadual yang telah dihasilkan
perlu disemak semula supaya tidak lari dari tempoh yang telah ditetapkan.
72
b) Masalah yang Dihadapi Dalam Perlaksanaan Perancangan Jadual Projek
Dalam setiap projek pembinaan yang dijalankan selalunya terdapat banyak
masalah dan responden menyatakan ini bukannya datang daripada masalah jadual
yang dihasilkan akan tetapi, menurut pengurus projek:
“Masalah timbul dari sumber yang tidak boleh dijangka sebagai contoh
keadaan cuaca, perubahan lukisan dan masalah itu berlaku didalam projek yang
dijalankan ini.”
Jadual yang dihasilkan dapat diaplikasikan dengan baik sekiranya semua
maklumat yang diperlukan adalah lengkap dan dapat difahami dengan baik
disamping penggunaan jadual sangat membantu kepada kelancaran projek dan ia
salah satu memenuhi kehendak projek.
c) Komunikasi yang Dijalankan Dalam Keberkesanan Jadual yang
Dihasilkan
Bagi memastikan keberkesanan projek dapat dijalankan dengan baik kaedah
komunikasi iaitu dari segi memberi arahan kepada para pekerja dijalankan dengan cara
yang teratur. Pengurus projek menyatakan:
73
“Mesyuarat akan diadakan secara berkala agar mudah untuk memberi
arahan kepada para pekerja dan arahan aktiviti kerja akan dibuat dalam perisian
MS Excel supaya mudah difahami oleh para pekerja.”
Selain itu komunikasi melalui media elektronik juga dilakukan kerana lebih
cepat dan memudahkan. Menurut pengurus projek lagi dari segi skala kelancaran
projek terhadap jadual yang digunakan adalah berada ditahap sangat baik iaitu
jadual yang dihasilkan dapat difahami dan kerja dapat dijalankan dengan baik
mengikut kepada masa yang telah dijangka dan semua kerja berada didalam
keadaan terkawal dengan perancangan yang dihasilkan.
4.8 Kes D
Nama projek: Twin Danga
Jenis projek: Bangunan (Kondominium pasca bertingkat)
Tempoh projek: September 2015 – September 2018
Lokasi: Sungai Danga, Perling
Projek untuk kajian kes D ialah projek Twin Danga. Syarikat kontraktor
mempunyai anggaran tempoh projek ialah selama tiga tahun serta lokasi projek ialah
di Sungai Danga, Perling.
74
Responden yang ditemu bual ialah jurutera tapak yang mempunyai
pengalaman kerja selama tiga tahun dan pengurus projek mempunyai pengalaman
enam tahun. Dalam projek ini perancangan dan penjadualan dihasilkan oleh pihak
pengurus projek dan jurutera tapak bertanggungjawab kepada perlaksanaan jadual
yang dihasilkan.
4.8.1 Mengenalpasti Kriteria-Kriteria Utama dalam Amalan Terbaik
Terdapat beberapa ciri-ciri yang dipilih untuk mengenalpasti kriteria-kriteria
utama dalam amalan terbaik penghasilan penjadualan, antaranya:
a) Amalan Terbaik Dalam Aspek Perancangan dan Dalam Perlaksanaan Di
Tapak
Amalan merujuk kepada perancangan, mutu kerja dan keupayaan satu-satu
projek serta kajian kemungkinan untuk projek yang dijalankan ataupun praktis yang
selalu dilakukan. Pengurus projek menyatakan:
“Pembahagian tugas perlu mengikut kepada susunan hierarki dalam
organisasi dan mengikut kepada kemahiran para pekerja bagi memastikan kerja
siap mengikut kepada target yang telah dirancang”
75
Selain itu, responden menambah amalan ataupun praktis lain yang
dilakukan ialah pentingnya untuk sentiasa membuat tindakan susulan terhadap
perancangan yang dijalankan.
b) Kriteria-Kriteria Utama yang Diamalkan
Menurut responden mengenai kriteria-kriteria utama yang diperlukan dalam
penghasilan jadual iaitu jadual yang dihasilkan haruslah mengikut kepada
maklumat yang telah dinyatakan. Menurut responden ini adalah bertujuan untuk:
“Memastikan para pekerja bekerja dalam kumpulan dan mengadakan
perbincangan dan toleransi antara satu sama lain.”
Dari segi kemahiran ia adalah berfungsi untuk membantu menyelesaian
masalah yang bakal dihadapi.
Pengurus projek juga menyatakan pengalaman juga adalah memainkan
peranan dalam penghasilan jadual iaitu berdasarkan projek lepas yang dihasilkan.
Responden menyatakan:
“Pengetahuan teknikal yang tinggi adalah sangat baik untuk penghasilan
projek yang baik sebagai contoh pengalaman daripada projek yang pernah
76
dikendalikan sebelum ini iaitu yang berkaitan boleh diaplikasikan dengan projek
yang sedang dijalankan serta sekali gus mengelak daripada berlakunya sebarang
masalah yang tidak diingini.”
Pengetahuan teknikal yang diperolehi daripada pengalaman membantu
kepada penghasilan dan perlaksanaan projek yang dilakukan.
c) Keperluan Teknik dan Perisian yang Diperlukan untuk Penghasilan
Perancangan Jadual
Keperluan yang diperlukan dalam penghasilan jadual ialah lukisan, senarai
kuantiti, dan semua yang terkandung dalam kontrak. Tambahan lagi, dari segi
teknik yang digunakan adalah kaedah laluan kritikal kerana mudah untuk kenalpasti
aktiviti-aktiviti kritikal. Menurut responden:
“Perisian Microsoft Project dipilih dan digunakan kerana mudah serta
bersesuaian dengan projek yang dijalankan.”
Pengurus projek menyatakan untuk projek yang dijalankan menggunakan
perisian Microsoft Project kerana ianya lebih murah berbanding perisian Primavera
dan lebih mesra pengguna.
77
4.8.2 Mengenalpasti Keberkesanan Perancangan Jadual dalam Kelancaran
Projek
Beberapa kaedah dikenalpasti untuk mengukur keberkesanan perancangan
jadual yang dihasilkan antaranya dari segi langkah yang dikenalpasti, masalah yang
dihadapi dan komunikasi yang digunakan.
a) Kaedah yang Diaplikasikan Semasa Menjalankan Projek Mengikut
Kepada Kriteria yang Dipilih
Dari aspek kaedah yang dijalankan pula, responden menyatakan perlunya
sentiasa mengawal susunan kerja agar mengikut kepada tarikh yang telah
ditetapkan dan perlunya sentiasa mengemaskini jadual melalui mensyuarat
mingguan yang dijalankan serta pantauan berkala perlu dilakukan.
b) Masalah yang Dihadapi Dalam Perlaksanaan Perancangan Jadual Projek
Dalam setiap projek pembinaan yang dijalankan selalunya terdapat banyak
masalah dan responden menyatakan ini bukannya datang daripada masalah jadual
yang dihasilkan akan tetapi, menurut pengurus projek:
78
“Masalah dari perubahan lukisan binaan dan menyebabkan kelewatan
telah berlaku selama empat bulan bagi projek ini dan masalah bukan datang
daripada jadual yang dihasilkan.”
Jadual yang dihasilkan dapat diaplikasikan dengan baik sekiranya semua
maklumat yang diperlukan adalah lengkap dan dapat difahami dengan baik
disamping penggunaan jadual sangat membantu kepada kelancaran projek dan ia
salah satu memenuhi kehendak projek.
c) Komunikasi yang Dijalankan Dalam Keberkesanan Jadual yang
Dihasilkan
Bagi memastikan keberkesanan projek dapat dijalankan dengan baik kaedah
komunikasi iaitu dari segi memberi arahan kepada para pekerja dijalankan dengan cara
yang teratur. Pengurus projek menyatakan:
“Mesyuarat akan diadakan secara berkala dan sebelum satu-satu kerja
dijalankan taklimat awal akan diberikan dengan jelas agar mudah difahami oleh
para pekerja.”
Selain itu komunikasi melalui media elektronik juga dilakukan kerana lebih
cepat dan memudahkan. Menurut pengurus projek lagi dari segi skala kelancaran
projek terhadap jadual yang digunakan adalah berada ditahap sangat baik dan
membantu dalam perlaksanan projek yang dijalankan.
79
4.9 Kes E
Nama projek: Kerja-Kerja Penyambungan Hartanah di Kawasan
Tadahan Bandar Alor Gajah, Melaka
Jenis projek: Kerja-kerja kejuuteraan awam
Tempoh projek: April 2014– Julai 2015
Lokasi: Alor Gajah, Melaka
Projek untuk kajian kes E ialah projek Kerja-Kerja Penyambungan Hartanah
di Kawasan Tadahan Bandar Alor Gajah, Melaka. Anggaran tempoh projek ialah
selama satu tahun tujuh bulan serta lokasi projek ialah di Alor Gajah, Melaka.
Responden yang ditemu bual ialah jurutera tapak yang mempunyai
pengalaman kerja selama empat tahun dan pengurus projek mempunyai
pengalaman lapan tahun. Dalam projek ini perancangan dan penjadual dihasilkan
oleh pihak pengurus projek dan jurutera tapak. Mereka berdua bertanggungjawab
kepada perlaksanaan jadual yang dihasilkan.
80
4.9.1 Mengenalpasti Kriteria-Kriteria Utama dalam Amalan Terbaik
Terdapat beberapa ciri-ciri yang dipilih untuk mengenalpasti kriteria-kriteria
utama dalam amalan terbaik antaranya:
a) Amalan Terbaik Dalam Aspek Perancangan dan Dalam Perlaksanaan Di
Tapak
Amalan merujuk kepada perancangan, mutu kerja dan keupayaan satu-satu
projek serta kajian kemungkinan untuk projek yang dijalankan ataupun praktis yang
selalu dilakukan. Pengurus projek menyatakan:
“Jadual yang dihasilkan perlu mengikut aktiviti yang terlibat dan
mengagihkan kepada orang yang mengawal kerja tersebut”
Selain itu, responden menambah amalan ataupun praktis lain yang
dilakukan ialah pentingnya untuk sentiasa membuat tindakan susulan terhadap
perancangan yang dijalankan.
81
b) Kriteria-Kriteria Utama yang Diamalkan
Menurut responden mengenai kriteria-kriteria utama yang diperlukan dalam
penghasilan jadual iaitu jadual yang dihasilkan haruslah mengikut kepada
maklumat yang telah dinyatakan. Menurut responden ini adalah bertujuan untuk:
“Memastikan jadual yang dihasilkan adalah mengikut kepada masa yang
telah diberitahu serta jumlah kos yang telah dinyatakan dalam kontrak dan sumber
jentera, tenaga pekerja yang diperlukan haruslah dinyatakan.”
Dari segi kemahiran ia adalah berfungsi untuk membantu menyelesaian
masalah yang bakal dihadapi.
Pengurus projek juga menyatakan pengalaman juga adalah memainkan
peranan dalam penghasilan jadual iaitu berdasarkan projek lepas yang dihasilkan.
Responden menyatakan:
“Pengalaman memudahkan untuk mengukur purata produktiviti sebagai
contoh mudah untuk susun berapa jumlah pekerja yang ada kemahiran dan tidak
berkemahiran pada satu-satu bahagian kerja berdasarkan kepada pengalaman
projek lepas. Ini dapat memastikan projek siap tepat pada masanya.”
82
Pengetahuan teknikal yang diperolehi daripada pengalaman membantu
kepada penghasilan dan perlaksanaan projek yang dilakukan.
c) Keperluan Teknik dan Perisian yang Diperlukan untuk Penghasilan
Perancangan Jadual
Keperluan yang diperlukan dalam penghasilan jadual ialah lukisan,
senarai kuantiti, dan semua yang terkandung dalam kontrak. Tambahan lagi, dari
segi teknik yang digunakan adalah kaedah laluan kritikal kerana mudah untuk
mengenalpasti aktiviti-aktiviti kritikal. Menurut responden:
“Perisian Microsoft Project dipilih dan digunakan kerana aktiviti yang
terlibat untuk projek yang dijalankan tidak banyak serta bersesuaian dengan
projek yang dijalankan.”
Pengurus projek menyatakan untuk projek yang dijalankan
menggunakan perisian Microsoft Project kerana ia lebih mudah dan lebih mesra
pengguna.
83
4.9.2 Mengenalpasti Keberkesanan Perancangan Jadual dalam Kelancaran
Projek
Beberapa kaedah dikenalpasti untuk mengukur keberkesanan perancangan
jadual yang dihasilkan antaranya dari segi langkah yang dikenalpasti, masalah yang
dihadapi dan komunikasi yang digunakan.
a) Kaedah yang Diaplikasikan Semasa Menjalankan Projek Mengikut
Kepada Kriteria yang Dipilih
Dari aspek kaedah yang dijalankan pula, responden menyatakan pentingnya
sentiasa peka dengan tarikh projek mula dan tarikh projek siap supaya dapat
mengelak daripada berlakunya kelewatan dalam menyiapkan kerja. Selain itu juga
perlunya sentiasa kemaskini kemajuan kerja setiap dua minggu bagi mengelak
daripada berlakunya sebarang masalah.
b) Masalah yang Dihadapi Dalam Perlaksanaan Perancangan Jadual Projek
Dalam setiap projek pembinaan yang dijalankan selalunya terdapat banyak
masalah dan responden menyatakan ini bukannya datang daripada masalah jadual
yang dihasilkan akan tetapi, menurut pengurus projek:
84
“Untuk projek ini tidak berlaku sebarang masalah dari segi penggunaan
jadual dan sebagainya.”
Jadual yang dihasilkan dapat diaplikasikan dengan baik sekiranya semua
maklumat yang diperlukan adalah lengkap dan dapat difahami dengan baik
disamping penggunaan jadual sangat membantu kepada kelancaran projek dan ia
salah satu memenuhi kehendak projek.
c) Komunikasi yang Dijalankan Dalam Keberkesanan Jadual yang
Dihasilkan
Bagi memastikan keberkesanan projek dapat dijalankan dengan baik kaedah
komunikasi iaitu dari segi memberi arahan kepada para pekerja dijalankan dengan
cara yang teratur. Pengurus projek menyatakan:
“Mesyuarat akan diadakan dan perlunya meminta nasihat dan idea
daripada pihak yang berkepentingan bagi memastikan kerja dapat dijalankan
dengan baik dan dapat difahami oleh para pekerja.”
Selain itu komunikasi melalui media elektronik juga dilakukan kerana lebih
cepat dan memudahkan. Menurut pengurus projek lagi dari segi skala kelancaran
projek terhadap jadual yang digunakan adalah berada ditahap sangat baik iaitu
jadual yang dihasilkan dapat difahami dan kerja dapat dijalankan dengan baik
85
mengikut kepada masa yang telah dijangka dan semua kerja berada didalam
keadaan terkawal dengan perancangan yang dihasilkan.
4.10 Analisa Bagi Setiap Projek
Analisa dibuat berdasarkan sub topik yang telah dijelaskan dalam setiap
penerangan kajian kes projek yang terlibat dan kekerapan dalam setiap sub topik akan
dikenalpasti.
a) Amalan Terbaik Dalam Aspek Perancangan dan Dalam Perlaksanan Di
Tapak
Jadual 4.2: Amalan Terbaik yang Diaplikasi oleh Projek Kajian
Kes
Amalan
Terbaik
Kes A
Kes B
Kes C
Kes D
Kes E
Jumlah
aplikasi
Turutan
Skop Projek x x - - - 2/5 1
Maklumat
yang
Lengkap
x x - - - 2/5 1
86
Amalan
Terbaik
Kes A
Kes B
Kes C
Kes D
Kes E
Jumlah
aplikasi
Turutan
Tindakan
Susulan
- - - x x 2/5 1
Pembahagian
Tugas
x - - x - 2/5 1
Masa - - x - - 1/5 2
Petunjuk
x Diaplikasi
- Tidak
Diaplikasi
Jadual 4.2, menunjukkan dari segi amalan yang diaplikasikan oleh pihak
responden dalam projek yang dijalankan bagi menghasilkan dan melaksanakan
perancangan jadual yang dibuat dan persamaan serta perbezaan dapat dikenalpasti.
Kes A dan B mempraktikkan kepada perlunya mengetahui skop projek, jenis
projek, tapak projek dan maklumat yang lengkap dalam amalan yang selalu
dilakukan sebelum memulakan projek pembinaan.
Manakala untuk kes C amalan yang selalu dilakukan ialah perlunya
penentuan aktiviti berdasarkan kepada projek lepas.
Kes D dan E pula amalan yang sering dilakukan ialah kerja dibahagi
mengikut kepada hierarki dalam organisasi dan mengikut aktiviti yang terlibat
berdasarkan kepada kemahiran yang diperolehi dan mementingkan kepada
tindakan susulan terhadap perancangan yang telah dihasilkan.
87
Jadual 4.3: Kekerapan Amalan yang Di Aplikasikan
Bilangan kekerapan boleh dirujuk pada Jadual 4.3 yang mana menerangkan
kepada kekerapan kata kunci yang disebut bagi kelima-lima projek kajian kes yang
dianalisa, kekerapan yang pertama boleh dilihat dari segi amalan yang sering
dilakukan ditapak projek.
Kekerapan yang diperolehi pada peringkat pertama iaitu pentingnya
mengetahui skop projek, mendapatkan maklumat lengkap dan membuat
pembahagian tugas serta tindakan susulan.
Selain itu penentuan masa yang secukupnya juga merupakan amalan yang
digunakan dalam penghasilan jadual tetapi dari segi kekerapan yang diaplikasikan
oleh kelima-lima projek tidak semua projek menggunakan amalan yang sama hanya
projek kes C sahaja yang menggunakan amalan tersebut kerana tempoh projek yang
dihasilkan adalah selama tiga tahun dan itu menyebabkan amalan penentuan masa
88
sangat yang secukupnya dititikberatkan oleh projek kes C bagi mengelak
berlakunya kelewatan.
b) Kriteria-Kriteria Utama yang Diamalkan
Kriteria yang
Diaplikasi
Kes A
Kes B
Kes C
Kes D
Kes E
Jumlah
aplikasi Turutan
Mempunyai
pengalaman x x x x x 5/5 1
Mempunyai
Kemahiran x x x x x 5/5 1
Nasihat
daripada pihak
yang terlibat
x x - - x 3/5 2
Pengetahuan
teknikal - - - x x 2/5 3
Saiz, skop,
lokasi projek x - x - - 2/5 3
Sub kontraktor
yang terlibat - - x - - 1/5 4
Pengetahuan
mengenai
perancangan
jadual
x - - - - 1/5 4
Mengetahui
Masa dan kos
yang terlibat
x - - - - 1/5 4
Berdasarkan Jadual 4.4, kriteria yang telah dikenalpasti terhadap projek
yang ditemu bual jelas menunjukkan kesemua kes mementingkan kepada perlunya
pengalaman dalam memulakan penghasilan jadual untuk projek pembinaan dan
perbezaan tahap pengalaman yang diperolehi memberi kesan kepada penghasilan
89
jadual yang dihasilkan. Manakala kes A, C, D dan E mementingkan kriteria
kemahiran dalam perlaksanaan jadual kecuali kes B yang menggariskan kepada
sumber dan aktiviti yang terlibat dalam projek sebelum memulakan penghasilan
perancangan.
Selain itu untuk kes A menitikberatkan kriteria dari segi perlunya
pengetahuan dalam perancangan jadual yang dihasilkan dan mengikut kepada masa
dan kos yang telah ditetapkan berbanding kes D dan E mementingkan pengetahuan
teknikal dalam penghasilan jadual.
Kes C pula mengariskan kriteria seperti perlunya mengetahui kontraktor
yang terlibat dalam projek yang dijalankan dan kes A dan C juga mementingkan
kriteria dari segi skop, lokasi serta saiz projek yang dijalankan, di mana kes B pula
kriteria yang digariskan ialah penting untuk mendapatkan nasihat daraipada pihak
yang terlibat di tapak seperti jurutera tapak.
Dari segi kriteria yang diperolehi jelas menunjukkan pentingnya
pengalaman dalam penghasilan jadual yang baik untuk satu-satu projek yang
dijalankan.
90
Jadual 4.5: Kekerapan kriteria yang Di Aplikasikan
Bilangan kekerapan boleh dirujuk kepada Jadual 4.5 yang mana menerangkan
kepada kekerapan yang diperkatakan oleh pihak responden berdasarkan kepada projek
yang dijalankan.
Kekerapan pertama menerangkan kepada kriteria yang diaplikasikan sebelum
memulakan satu-satu perancangan jadual projek. Pengalaman mempunyai kekerapan
100% iaitu merupakan kriteria yang sangat dititikberatkan kerana menurut responden
orang yang mempunyai berpengalaman sahaja yang mampu menyelesaikan masalah
apabila berlaku sebarang kemalangan dan mampu menghasilkan jadual yang baik
seperti pengurus projek kes A dan C responden tersebut mempunyai pengalaman 20
tahun keatas dan mempunyai pengalaman yang banyak dari segi mengawal projek
ataupun menghasilkan jadual projek.
91
Kemahiran dalam penghasilan perancangan jadual juga 100% dan merupakan
antara kriteria yang penting juga dalam penghasilan jadual kerana melalui kemahiran
ia dapat membantu kepada pemilihan teknik penjadualan yang betul dan sistematik.
c) Keperluan Teknik dan Perisian yang Diperlukan untuk Penghasilan
Perancangan Jadual
Jadual 4.6: Teknik yang digunakan
Teknik yang
Diaplikasi
Kes A
Kes B
Kes C
Kes D
Kes E
Jumlah
aplikasi Turutan
Kaedah laluan
kritikal x x x x x 5/5 1
Jadual 4.7: Perisian yang digunakan
Teknik yang
Diaplikasi
Kes A
Kes B
Kes C
Kes D
Kes E
Jumlah
aplikasi Turutan
Perisian
Microsoft
projek
- - x x x 3/5 2
Perisian
primavera x x - - - 2/5 3
Jadual 4.6 menerangkan mengenai teknik yang digunapakai dalam proses
penghasilan perancangan jadual bagi membantu kepada perlaksanaan dan
keberkesanan projek yang dijalankan. Semua kes yang di temu bual menjelaskan
92
mereka menggunakan teknik kaedah laluan kritikal dalam perancangan jadual yang
dihasilkan ini adalah kerana teknik tersebut adalah mudah untuk dikenalpasti
aktiviti yang kritikal dan aktiviti apa perlu disiapkan segera sekali gus membantu
kepada perlaksanaan dan keberkesanan projek yang dihasilkan.
Selain itu, Jadual 4.7 menunjukkan perisian yang digunakan untuk kes A
dan B ialah berbantukan perisian Primavera untuk penghasilan perancangan jadual.
Justifikasi pemilihan adalah perisian yang digunakan mudah untuk dikendalikan
dan bergantung kepada kehendak klien. Disamping itu, perisian dipilih mempunyai
banyak fungsi dan mudah untuk dikendalikan dan lebih terperinci.
Kes C, D dan E menggunakan perisian Microsoft Project untuk penghasilan
jadual yang dibuat kerana murah serta mudah untuk kenalpasti aktiviti yang
mengalami kelewatan serta bersesuaian dengan projek yang dijalankan
Tambahan dengan itu untuk kes A dan B penggunaan perisian Primavera
dipilih kerana bersesuaian dengan harga kontrak dan merupakan projek yang berskala
besar. Dari segi pengalaman yang diperolehi dari jururancang dan pengurus projek
sangat memainkan peranan kerana mereka adalah golongan yang lebih berpengalaman
dan biasa dengan cara penggunaan dan pengendalian perisian Primavera tersebut.
Manakala untuk projek kes C,D dan E penggunaan Microsoft Project
digunakan adalah kerana harga kontrak tidaklah tinggi berbanding kes A dan B dimana
seperti yang diketahui harga perisian Primavera adalah mahal dan tidak semua projek
93
mampu untuk mengggunakannya disamping pengalaman yang diperolehi oleh pihak
responden tidak membantu kearah perlaksanaan perisian yang baik.
Jadual 4.8: Kekerapan Teknik dan Perisian Yang Digunakan
Bilangan kekerapan boleh dirujuk kepada Jadual 4.8 diatas yang mana
menerangkan kepada keperluan teknik dan perisian yang untuk penghasilan
perancangan jadual. Kaedah laluan kritikal 100 % digunakan untuk lima projek yang
ditemu bual dan jelas menunjukkan teknik tersebut sangat penting dalam membantu
penghasilan jadual yang dibuat supaya perlaksananan jadual lebih teratur dari segi
perlaksanaannya.
Manakala kaedah perisian primavera adalah 40% lebih rendah berbanding
perisian Microsoft project 60% ini adalah kerana perisian primavera adalah satu
perisian yang mahal dan penggunaannya haruslah berdasarkan kepada permintaan
klien berbanding Microsoft project perisian yang mesra penggguna dan cara
penghasilan yang senang dan bersesuaian dengan harga projek yang dijalankan tidak
terlalu besar
94
d) Kaedah yang Diaplikasikan Semasa Menjalankan Projek Mengikut
Kepada Kriteria yang Dipilih
Jadual 4.9: Kaedah yang Diaplikasikan Semasa Menjalankan Projek
Kaedah yang
Diaplikasi
Kes A
Kes
B
Kes C
Kes D
Kes E
Jumlah
aplikasi Turutan
Kemaskini
kemajuan kerja x x - x x 4/5 1
Peka terhadap
tarikh mula dan
siap projek
x - - x x 3/5 2
Pantauan dalam
tempoh berkala - - x - - 1/5 3
Jadual 4.9 menerangkan kepada langkah yang dilakukan dalam memastikan
perlaksanaan jadual yang dihasilkan membawa kepada keberkesanan projek yang
dijalankan. Kes A, D dan E menekankan kepada pentingnya sentiasa peka terhadap
tarikh mula dan tarikh siap projek yang dijalankan supaya tidak berlaku kelewatan
dalam menyiapkan projek. Selain itu untuk kes A, B, D dan E menekankan
pentingnya sentiasa kemaskini perancangan jadual yang dibuat dengan
perlaksanaan aktiviti yang telah siap dijalankan berdarkan kerja dua minggu awal
yang diberikan.
Manakala kes C pula menyatakan perlunya pemantauan secara berkala
terhadap kerja yang telah dijalankan berdasarkan kepada perancangan jadual yang
dihasilkan dan menyemak semula jadual yang dihasilkan bagi mengelak berlaku
masalah yang tidak diduga.
95
Jadual 4.10: Kekerapan Langkah yang Diaplikasikan
Bilangan kekerapan boleh dirujuk kepada Jadual 4.9 diatas yang mana
menerangkan kepada langkah yang digunakan berdasarkan kepada kriteria yang
dipilih.
Antara langkah yang ambil ialah pentingnya sentiasa mengemaskini kemajuan
kerja iaitu 80% dimana menunjukkan hampir kesemua projek menjalankan langkah
yang sama dalam memastikan jadual yang dihasilkan tidak lari dari tempoh masa yang
telah ditetapkan.
Kekerapan responden dalam peka terhadap tarikh mula dan tarikh siap projek
adalah penting bagi membantu pihak yang berada ditapak sedar dan sentiasa mengikut
kepada perancangan yang telah dihasilkan supya tidak lari dari tarikh asal projek siap.
Pemantauan berkala sebanyak 20% ini adalah kerana pemantauan secara terus
sudah banyak kali dijalankan semasa memberi arahan kepada para pekerja.
96
e) Masalah yang Dihadapi Dalam Perlaksanaan Perancangan Jadual Projek
Jadual 4.11: Masalah yang Dihadapi
Masalah yang
Dihadapi
Kes A
Kes B
Kes C
Kes D
Kes E
Jumlah
aplikasi Turutan
Masalah Yang
Tidak Dapat
Dijangka
x x x x x 5/5 1
Perubahan
Lukisan - x x x - 3/5 2
Maklumat
Tidak Lengkap - x - - - 1/5 3
Jadual 4.11, menerangkang mengenai masalah yang selalu dihadapi di tapak
projek yang menyebabkan berlakunya kelewatan dalam projek yang dijalankan.
Secara keseluruhan semua projek yang di temu bual menyatakan setiap projek
memang selalu mengalami masalah kelewatan tetapi masalah itu bukanlah datangnya
daripada perancangan jadual yang dihasilkan tetapi ia berpunca dari faktor yang tidak
boleh diduga seperti banjir, ribut dan sebagainya.
Kes B, C dan D mengalami masalah dari segi perubahan lukisan dan
menyebabkan berlakunya kelewatan dalam projek yang dijalankan, manakala kes B
berlaku kelewatan dalam menyiapkan projek kerana proses penghasilan jadual
mengambil masa yang lama disebabkan maklumat yang diperlukan untuk membuat
perancangan tidak lengkap dan perancangan tidak dapat dijalankan dengan baik.
97
Jadual 4.12: Kekerapan Masalah Yang Dihadapi
Bilangan kekerapan boleh dirujuk kepada Jadual 4.12 diatas yang mana
menerangkan kepada masalah yang dihadapi dalam perlaksanaan perancangan jadual
projek.
Dalam projek pembinaan masalah yang timbul dalam projek yang dijalankan
adalah sesuatu yang sukar untuk dikenalpasti ini adalah kerana berdasarkan kepada
kajian kes projek yang dijalankan 100% bersetuju bahawa dalam projek pembinaan
masalah yang berlaku terhadap kelewatan adalah sesuatu yang tidak dapat dijangka
dan kelewatan yang berlaku dalam projek pembinaan adalah bukan berpunca daripada
kesilapan jadual yang dihasilkan.
60% responden mengaatkan masalah sering terjadi adalah berpunca daripada
perubahan lukisan yang dilakukan bagi projek pembinaan yang dijalankan iaitu terjadi
di projek B, C dan D yang mengakibatkan kelewatan telah berlaku dan projek tidak
dapat disiapkan tepat pada masanya.
98
Maklumat yang tidak lengkap juga mempengaruhi kepada kelewatan projek
sebanyak 20% dimana jadual tidak dapat dihasilkan secara sempurna mengikut kepada
keperluan yang diinginkan.
f) Komunikasi yang Dijalankan Dalam Keberkesanan Jadual yang
Dihasilkan
Jadual 4.13: Komunikasi yang dijalankan
Komunikasi
yang
dijalankan
Kes A
Kes B
Kes C
Kes D
Kes E
Jumlah
aplikasi
Turutan
Mengadakan
mesyuarat
x x x x x 5/5 1
Aktiviti kerja
dibuat dalam
(MS Excel)
- - x - - 1/5 2
Berdasarkan kepada Jadual 4.13, menyatakan semua projek menggunakan
pendekatan komunikasi dengan cara yang sama iaitu mengadakan mensyuarat
untuk memberi arahan, berbincang, meminta nasihat dan sebagainya.
Kes C dan D mempunyai persamaan itu mengadakan mensyuarat secara
berkala dan mengadakan taklimat sebelum kerja dijalankan manakala kes C lebih
focus kepada arahan aktiviti kerja iaitu aktiviti itu di masukkan dalam bentuk excel
supaya mudah difahami oleh para pekerja.
99
Jadual 4.14: Kekerapan Komunikasi yang Dijalankan
Bilangan kekerapan boleh dirujuk kepada Jadual 4.14 diatas yang mana
menerangkan kepada komunikasi yang dijalankan dalam membantu keberkesanan
jadual yang dihasilkan.
Lima kajian kes projek yang dipilih menunjukkan secara terang bahawa
kaedah komunikasi digunakan untuk membantu kepada keberkesanan jadual yang
dihasilkan iaitu dari segi mensyuarat 100% responden bersetuju menggunakan
kaedah mensyuarat iaitu berjumpa secara secara terus dengan pihak-pihak lain yang
berada ditapak dan berbincang mengenai jadual yang dibina dan cara memastikan
jadual tersebut berada pada aktiviti yang ditetapkan dan tempoh masa yang tidak
lebih disamping memastikan sumber yang diperlukan mencukupi.
Perancangan yang teratur dibuat dan laporan bulanan aktiviti dikemaskini
bagi memastikan kerja yang dilakukan dengan jadual yang telah dihasilkan adalah
sama dan sekiranya berlaku masalah kaedah penyelesaian haruslah dikenapasti bagi
memastikan sumber, kos dan masa tidak terlebih daripada apa yang telah dirancang
pada peringkat jadual.
100
Aktiviti kerja yang dihasilkan dalam perisian akan masukkan dalam excel
dipersetujui oleh responden 20% bagi memudahkan untuk difahami oleh para
pekerja kerana tidak semua pekerja faham untuk baca jadual melalui perisian yang
digunakan dan melalui sekali gus membantu memastikan kerja dalam jadual dapat
dijalankan dan kelancaran projek pembinaan dapat dicapai.
4.11 Rumusan Bab
Berdasarkan kepada analisis data yang diperolehi daripada projek yang telah
dikenalpasti kriteria-kriteria utama dalam penghasilan jadual telah dapat dikenalpasti
dan keberkesanan penggunaan jadual juga dapat dibuktikan dengan cara kaedah yang
diaplikasikan di tapak projek terhadap jadual yang dihasilkan serta langkah-langkah
yang diaplikasi berdasarkan kepada kriteria yang digariskan bagi memastikan
kelancaran projek juga dapat diketahui dengan lebih berkesan.
Selain itu penghasilan dan perlaksanan jadual merujuk kepada pihak yang
sama dimana mereka adalah pihak yang merancang jadual dan mereka jugalah yang
melaksanakan jadual tersebut di tapak bina mengikut kepada kriteria penghasilan
jadual yang telah digariskan dimana dalam konsep pembinaan semua pihak yang
terlibat secara langsung merupakan pihak yang berhak untuk merancang dan
melaksanakan.
BAB 5
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Bab ini adalah memfokuskan kepada kesimpulan dan cadangan secara
keseluruhan dan merupakan peringkat yang terakhir dalam kajian ini. Kesimpulan
yang dibuat akan merumuskan kepada hasil kajian dalam mencapai objektif. Batasan
kajian dan cadangan kajian lanjutan juga disertakan untuk penambahbaikan pada
masa akan datang.
102
5.2 Kesimpulan Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kriteria-kriteria utama
dalam amalan terbaik bagi penghasilan perancangan dan penjadualan sumber oleh
pihak jururancang dan mengenalpasti keberkesanan penggunaan perancangan dan
penjadualan sumber oleh pihak jururancang dalam kelancaran projek pembinaan.
Objektif 1: Kriteria-Kriteria Utama dalam Amalan Terbaik Bagi Penghasilan
Perancangan dan Penjadualan Sumber
Berdasarkan kepada hasil kajian, yang telah dijalankan menunjukkan bahawa
terdapat beberapa kriteria yang telah dikenalpasti dalam amalan terbaik bagi
penghasilan jadual iaitu dari segi amalan pentingnya mengetahui skop projek, jenis
projek, tapak projek dan maklumat yang lengkap sebelum penghasilan jadual
dilakukan.
Selain itu pembahagian masa berdasarkan aktiviti adalah sebagai amalan yang
baik disamping dapat membantu untuk membahagikan tugas berdasarkan kepada
hierarki dalam organisasi mengikut kepada aktiviti yang telah dikenalpasti.
Dari segi kriteria yang diaplikasikan sebelum menghasilkan perancangan
jadual adalah penting seorang jururancang itu mempunyai pengalaman dimana hasil
kajian telah menunjukkan kriteria pengalaman adalah salah satu faktor yang
103
membantu kepada penghasilan jadual yang baik disamping membantu mengawal
masalah yang timbul di tapak projek berdasarkan kepada pengalaman yang diperolehi
sebelum ini.
Tambahan itu, kriteria seperti kemahiran dalam menghasilkan jadual juga
adalah penting dimana melalui kemahiran yang baik membantu menghasilkan jadual
yang sempurna disamping dapat mambantu memilih teknik serta perisian yang sesuai
berdasarkan kepada projek yang dijalankan.
Pengetahuan teknikal juga merupakan kriteria yang diambil kira dalam
penghasilan jadual dimana pengetahuan teknikal ini lebih kepada pengetahuan
terhadap projek yang pernah dikendalikan sebelum ini dan prinsipnya lebih kurang
sama seperti mengaplikasikan perkara yang pernah dipelajari sebelum ini.
Kriteria yang digariskan seterusnya ialah perlunya meminta nasihat daripada
pihak yang terlibat ditapak bina dimana mereka merupakan pihak yang
berpengalaman dan tahu tentang struktur binaan projek yang dijalankan dan dengan
ini membantu pihak jururancang untuk mendapatkan gambaran secara kasr sebelum
memulakan penghasilan jadual.
Jadual yang dihasilkan juga haruslah memenuhi kepada sumber, kos dan masa
yang telah ditetapkan dalam kontrak bagi memastikan jadual yang dihasilkan tidak
terlebih masa, kos dan sumber untuk projek yang dijalankan dan projek dapat dibina
tepat pada masa yang telah ditetapkan.
104
Skop kerja, jenis aktiviti yang terlibat juga dalah penting selain ia dijadikan
sebagi amalan terbaik tetapi ia juga sangat diperlukan sebelum penghasilan jadual
dihasilkan bagi mengetahui aktiviti apa yang terlibat, jentera apa yang diperlukan
supaya dapat mengelak daripada berlakunya pertindihan aktiviti dan membazir dari
segi penggunaan jentera dan sumber.
Seterusnya kriteria lain yang diperlukan ialah perlunya mengenalpasti
kontraktor lain yang terlibat sama dalam projek yang dijalankan bagi mengelak
daripada berlakunya kesukaran dalam menjalankan kerja.
Penggunaan teknik dan perisian yang betul membantu kepada penghasilan
jadual yang baik dimana berdasarkan analisis kajian penggunaan teknik, kaedah laluan
kritikal (KLK) dapat membantu mengenalpasti aktiviti yang kritikal dan aktiviti yang
mana harus di siapkan terlebih dahulu dalam projek yang dijalankan.
Berdasarkan kepada penerangan diatas kriteria yang utama dalam amalan
terbaik bagi penghasilan perancangan ialah:
Pengalaman
Kemahiran
Pengetahuan teknikal
Meminta nasihat daripada pihak yang berada di tapak
Mengikut kepada sumber, kos dan masa yang ditetapkan
Skop kerja dan jenis aktiviti yang terlibat
Kenalpasti kontraktor yang terlibat dalam projek
Penggunaan teknik dan perisian untuk menghasilkan jadual
105
Objektif 2: Mengenalpasti Keberkesanan Penggunaan Perancangan dan
Kelancaran Projek Pembinaan
Analisis telah dijalankan dan menjelaskan bahawa terdapat beberapa faktor
yang membantu kepada keberkesan perancangan jadual yang dihasilkan bagi
kelancaran projek yang dijalankan mengikut kepada tempoh masa, kos dan sumber
yang telah diberikan.
Pertama analisis menunjukkan ramai yang bersetuju menggunakan kaedah
kemaskini kemajuan kerja secara bulanan untuk melihat kerja yang telah dijalankan
mengikut seperti perancangan yang dihasilkan ataupun tidak dan sekiranya terdapat
sebarang masalah pihak jururancang atau pengurus projek haruslah mengambil
tindakan untuk mengatasi masalah dengan segera.
Seterusnya langkah yang digunakan dalam perlaksanan jadual yang telah
dihasilkan adalah jururancang haruslah sentiasa peka dengan tarikh projek mula
dan projek siap supaya dapat menegelak daripada berlakunya kelewatan dalam
projek yang dijalankan. Disamping itu pemantauan secara berkala dan tersususn
haruslah dijalankan bagi membantu memastikan semua kerja dapat dijalankan
dengan baik mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.
Kajian juga telah membuktikan bahawa masalah dari segi kelewatan
penyiapkan projek bukan datangnya daripada penghasilan perancangan jadual
tetapi masalah berlakunya kelewatan adalah berpunca daripada faktor-faktor yang
tidak boleh dijangka seperti rebut, gempa bumi dan sebagainya.
106
Selain itu keberkesan juga diukur melalui kaedah komunikasi yang
dijalankan dalam mengaplikasikan perancangan jadual yang telah dibuat. Kesemua
responden bersetuju menggunakan kaedah komunikasi dalam mengukur
keberkesan iaitu dengan cara membuat mensyuarat dan berjumpa secara terus
dengan pihak-pihak lain yang berada ditapak dan berbincang mengenai jadual yang
dibina dan cara memastikan jadual tersebut berada pada aktiviti yang ditetapkan
dan tempoh masa yang tidak lebih disamping memastikan sumber yang diperlukan
mencukupi.
Perancangan yang teratur dibuat dan laporan bulanan aktiviti dikemaskini
bagi memastikan kerja yang dilakukan dengan jadual yang telah dihasilkan adalah
sama sekali gus melaui kaedah yang digunakan untuk mengenalpasti keberkesanan
dapat membantu mencapai kepada kelaancaran projek binaan yang dihasilkan.
Berdasarkan kepada penerangan yang diberikan jelas menunjukkan kaedah
yang digunakan untuk mengukur keberkesanan perancangan jadual yang dihasilkan
ialah dengan cara:
Kaedah kemaskini kemajuan kerja
Peka terhadap tarikh mula dan siap projek
Kenalpasti masalah
Komunikasi yang berkesan
Pemantauan yang berkala
107
5.3 Batasan Kajian
Semasa kajian ini dijalankan terdapat sedikit masalah yang dihadapi dalam
mencapai objektif kajian dimana sukar untuk berjumpa dengan responden yang ingin
ditemubual iaitu pengurus projek pihak jururancang dan jurutera tapak kerana mereka
merupakan pihak yang sentiasa sibuk dan sukar untuk berjumpa dengan mereka pada
waktu yang sesuai.
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan
Kajian yang dilaksanakan tertumpu kepada penghasilan jadual yang dibuat
oleh pihak jururancang dan keberkesanannya. Terdapat beberapa cadangan kajian
lanjutan untuk skop kajian ini iaitu:
i. Mengenalpasti kaedah terbaik dalam kejayaan sesebuah projek.
ii. Mengenalpasti komunikasi yang berkesan dalam keberkesanan projek.
108
5.5 Rumusan Bab
Secara keseluruhannya kajian yang telah dibuat ini telah mencapai objektif
dengan baik, dengan menggunakan kaedah analisis yang betul dan penerangan
yang jelas. Kriteria-kriteria utama dalam amalan terbaik bagi menghasilkan jadual
dapat dikenalpasti dengan terperinci dan sekali gus kaedah yang digunakan
membantu untuk mencapai keberkesanan dalam mengaplikasikan jadual di dalam
projek pembinaan.
109
RUJUKAN
Amy Johnston (2004). What Your Contractor Can't Tell You, The Essential Guide To
Building And Renovating Publish In Shube.
Bakar, A. H. A., Razak, A. A., Karim, N. A., Yusof, M. N., & Modifa, I. (2011). The
role of project managers in improving project performance in construction: an
Indonesian experience. International Journal Of Academic Research, 3(6),
164-169.
Ahuja, V., & Thiruvengadam, V. (2004). Project scheduling and monitoring: Current
research status. Construction Innovation: Information, Process, Management,
4(1), 19–31.
Agcas (2013). Site engineer. Prospects laman web:
<http://www.prospects.ac.uk/site_engineer_job_description.htm> [Diakses
pada 20 April 2017].
Andrew Baldwin & David Bordoli (2014). A Handbook for Construction Planning
and Scheduling. (1th ed) John Wiley & Sons, Ltd. Published 2014 by John
Wiley & Sons, Ltd.
Cakmak, P. I., & Cakmak, E. (2013). An analysis of causes of disputes in the
construction industry using analytical hierarchy process (AHP). In AEI 2013:
Building Solutions for Architectural Engineering (pp. 94-102).
Cegarra, J., & Wezel, W. (2011). A comparison of task analysis methods for planning
and scheduling. In C. F. Jan, W. Toni, & W. John (Eds.), Behavioral operations
in planning and scheduling (pp. 323–338). Berlin, Germany: Springer.
CIOB (2011). Guide to Good Practice in the Management of Time in Complex
Projects. Oxford, UK: Wiley-Blackwell.
Chi, C. S., & Levitt, R. (2011). Multinational teams incorporating freelance
expatriates in the construction industry: case studies of high-speed railways in
China and Taiwan. Engineering Project Organization Journal, 1(3), 169-181.
110
Construction Industry Development Board (2015). Laman web
<http://www.cidb.gov.my/cidbv5/images/content/Kontraktor/bukubaru2015.
pdf> [Diakses pada 11 Mei 2017]
Crabtree, B. F., & Miller, W. L. (Eds.). (1999). Doing qualitative research. sage
publications.
Creswell, J. W. (2005). Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and
Qualitative Research. Pearson: Education.
C S Lim and M Zain Mohamed (1999). Criteria of project success: an exploratory re-
examination. Vol. 17, No. 4, pp. 243-248.
Cynthia West (2016). Best Practice Laman Web:
http://www.projectinsight.net/blogs/project-management-software-
implementation-and-user-adoption-tips/best-practices-for-project-
scheduling> [Diakses pada 13 Januari 2017].
C. Y. Piaw., (2013). Mastering Research Statistic. Malaysia: McGraw-Hill Education
Sdn. Bhd.
De Snoo, C., Van Wezel, W., & Jorna, R. J. (2011). An empirical investigation of
scheduling performance criteria. Journal of Operations Management, 29(3),
181–193.
Demeulemeester, E. L., & Herroelen, W. S. (2002). Project scheduling: A research
handbook. Norwell, MA: Kluwer Academic Publisher.
Elmaghraby, S. E. E., Herroelen, W. S., & Leus, R. (2003). Note on the paper
‘Resource-constrained project management using enhanced theory of
constraint’by Wei et al. International Journal of Project Management, 21(4),
301-305.
Fisk, E. R. (1982). Construction Project Administration. 2nd edi. Canada: John Wiley
& Sons, Inc. Pg 221-222.
Galloway, P. D. (2006) Survey of the Construction Industry Relative to the Use of
CPM Scheduling for Construction Projects, Journal of Construction
Engineering and Management, Vol 132: pp 697-711.
111
Chan, D. W., Chan, A. P., Lam, P. T., Yeung, J. F., & Chan, J. H. (2010). A Research
Framework for Developing a Performance Evaluation Model for Target Cost
Contracts in Construction.
Groenewald, T. (2004). A phenomenological research design illustrated International
journal of qualitative methods, 3(1), 42-55.
Hammad alnnasseri & radhlinah aulin (2015), assessing understandingof planning and
scheduling theory and practice on construction projects: vol 27 no 2.
Harold R. Kerzner (2013). Project Management: A Systems Approach to Planning,
Scheduling, and Controlling (11th ed.).
Haugan, G. T. (2002). Project planning and scheduling. Leesburg Pike, VA:
Management Concepts Press.
Heather Mcnitt, Eit, Leed Ap Dorothy McCarty, Aia, Leed Ap (April 24, 2014).
Construction and Project Management: Best Practices, Icccfo Spring
Conference.
Hillebrandt, P. M. (1984). Analysis of the British Construction Industry. Great Britain:
Macmillan Publishers Ltd. Pg 1-6 & 49-50.
Hutchings, J.F. (2004). Project Scheduling Handbook. New York: Marcel Dekker, Inc.
Pg 31-32, 33-36, 43-49, 51-52. 55-59 and 99-107.
Ivan Loo Jien Hoeng (2014). Construction Planning and Scheduling Methods Adopted
by Contractors In Preparing Work Programme. Degree Thesis. Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai.
Jarrar dan Mohamed Zairi (2000). Laman web: http://ezinearticles.com/?Best-
Practices-Plan:-Dissemination-of-a-Great-Idea&id=7977 [Diakses pada 13
Mei 2017]
John Dudovskiy (2016). The Ultimate Guide to Writing a Dissertation in Business
Studies: A Step-by-Step Assistance. (July 2016 ed.) Pittsburgh, USA.
Kelsey, J. M., Winch, G. M., & Penn, A. (2001). Understanding the project planning
process: Requirements capture for the virtual construction site, (Bartlett
Research Paper 15). London, UK: University College London (54 pp.).
112
Kerzner, H. (2009). Project management: A systems approach to planning, scheduling,
and controlling (11th ed.). Hoboken, NJ: John Wiley & Sons.
Koelmans, R. G. (2004). Project success and performance evaluation. Paper presented
at the International Platinum Conference “Platinum Adding Value,” South
African Institute of Mining and Metallurgy (pp. 229–236). South Africa: Read,
Swatman & Voigt (Pty) Limited.
Kothari, C. R. (2004). Research methodology: Methods and techniques. New Age
International.
Lim, C. S., & Mohamed, M. Z. (1999). Criteria of project success: an exploratory re-
examination. International journal of project management, 17(4), 243-248.
Mahalingam A. and Levitt R.E. (2005) Understanding and mitigating challenges on
global projects: the role of the freelance expatriate. in Proceedings of the
ASCE Construction Research Congress, San Diego, CA, 5–7 April pp. 248–
53.
Mawdesley, M. J. & Mawdesley, Michael (1996). Planning & Controlling
Construction Projects. (1st ed) Longman.
Method Project Management Methodology (MMPM) (2015). Project Sizes Laman
web: <https://www.mpmm.com/mpmm-brochure.pdf> [Diakses pada 2
Disember 2016]
Mubarak, S. (2005). Construction Project Scheduling and Control. Pearson Education,
Inc. Pg 1-11, 14, 19-32, 84, 262-263, 271-277 and 292.
M. Sambasivan, Y.W. Soon (2007). Causes and Effect Of Delay In Malaysia
Construction Industry, International Journal Of Project Management 25. Pg
517-526.
Muzani Mustapa (2013). Project Management Overview. Construction Project
Management. Lecture conducted from Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Naoum, Dr. S. G (2007). Dissertation Research & Writing for Construction Students.
2nd ed. UK: Oxford. Elsevier Ltd.
113
Oberlender, G. D. (2000). Project management for engineering and construction.
Boston, MA: McGraw-Hill.
Oyedele, L. (2013) Analysis of architects' demotivating factors in design firms .
International Journal of Project Management, 31 (3). pp. 342-354.
Patrick, C. (2004). Construction Project Planning and Scheduling. New Jersey:
Pearson Education, Inc. Pg 6-7, 8-9, 38-39, 67-68, 69-70, 72-73 and 118-119.
Peter M. Verderame, Josephine A. Elia, Jie Li, and Christodoulos A. Floudas (2010)
Planning and Scheduling under Uncertainty: A Review Across Multiple
Sectors. Vol. 49, No. 9.
Ralph Peters (2014). Reliable Maintenance Planning, Estimating, and Scheduling. (1st
ed) Gulf Professional Publishing.
Ritchie, J., Lewis, J., & Elam, G. (2003). Designing and selecting samples. In J.
Ritchie & J. Lewis (Eds.), Qualitative research practice: A guide for social
science students and researchers (pp. 77–108). London: Sage.
Rogier Jongeling dan Thomas Olofsson (2007) A Method for Planning of Work–Flow
by Combined Use Of Location-Based Scheduling and 4D CAD. Lulea,
Sweden, 189-198.
Roslan Amirudin (2012). CPM Computation. Planning and Scheduling. Lecture
conducted from Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
R. H. Neale, David E. Neale (1989). Construction Planning, Technology &
Engineering. Thomas Telford, London.
Safiullin, M. R., Elshin, L. A., Shakirova, A. I., Ermolaeva, P. O., & Prygunova, M.
I. (2013). Influence of Territorial Ecological Load Factors on Social and
Economic Well-Being of Population: Methodology Development and
Econometric Model Construction. World Applied Sciences Journal, 25(7),
1057-1061.
Samdani Saurabh Arun (2005). Construction Scheduling using Non-Traditional
Optimization. Indian Institute of Technology Guwahati. Thesis for Bachelor
Degree.
114
Saver, J. (2001). Knowledge-based design of scheduling systems. Intelligent
Automation & Soft Computing, 7(1), 55–62.
Shobrys, D. E., & White, D. C. (2000). Planning, scheduling and control systems:
Why cannot they work together? Computers & Chemical Engineering, 24(2),
163–173.
Shash, A. A., & Ahcom, J. (2006). Organizational aspects of planning and scheduling
subsystem. Journal of Construction Research, 7(1), 247–265.
Tan, W., & Khoshnevis, B. (2000). Integration of process planning and scheduling -
A review. Journal of Intelligent Manufacturing, 11(1), 51–63.
Turner, J. R. (2014). The handbook of project-based management (Vol. 92). New
York, NY: McGraw-hill.
Wilkins, D. E. (2001). A call for knowledge-based planning. AI Magazine, 22(1), 99–
115.
Willis, E. M (1986), Scheduling Construction Projects. Canada: John Wiley & Sons,
Inc. Pg 4, 71, 87 and 199-202.
Winch, G. M., & Kelsey, J. (2005). What do construction project planners do,
International Journal of Project Management, 23(2), 141–149.
Xiang-dong Zhao, Hao Llan, Dong-sheng Zhang Research (2012). On Schedule
Planning Management of Railway Construction Project Based on CAS.
Switzerland: Trans Tech Publications.
Yang, J. B. (2007). How the critical chain scheduling method is working for
construction. Cost engineering, 49(4), 25-32.
115
LAMPIRAN A
(BORANG TEMU BUAL OBJEKTIF 1)
JABATAN UKUR BAHAN
FAKULTI ALAM BINA
BORANG TEMU BUAL BERKAITAN TAJUK
AMALAN TERBAIK PERANCANGAN DAN PENJADUALAN PROJEK DI KALANGAN
KONTRAKTOR
Secara umumnya dalam proses perancangan dan penjadualan sumber terdapat banyak kriteria
yang diamalkan serta diambil berat oleh pihak yang berkaitan bagi memperolehi hasil yang
diinginkan bagi projek yang dijalankan. De Snoo C., et al., (2011) telah menyatakan terdapat
banyak kriteria yang perlu dititikberatkan dalam proses perancangan dan penjadualan sumber,
oleh itu kajian ini dilakukan bagi mengetahui kriteria utama yang diaplikasikan.(Antara
kriterianya ialah: perlunya pengalaman dan pengetahuan dalam penghasilan jadual,
pentingnya pemilihan teknik untuk penghasilan jadual, perlunya kawalan efektif dan
juga mengenalpasti masalah yang bakal timbul)
Objektif:
I. Mengenalpasti kriteria-kriteria utama dalam amalan terbaik bagi penghasilan
perancangan dan penjadualan sumber oleh jururancang.
Borang ini mengandungi 3 bahagian iaitu
Bahagian A : Latar belakang responden
Bahagian B : Projek yang pernah dikendalikan
Bahagian C : Kriteria utama diamalkan dalam penghasilan penjadualan sumber
Disediakan oleh:
Pelajar: Nurfarahi Syifaa Binti Abu Seman
No IC: 930812055236
No Matrik: B14BE0044
Tel: 011-19272003
Penyelia: Dr. Muzani Bin Mustapa
Soalan soal selidik ini adalah bertujuan untuk pengumpulan data berkaitan tajuk yang dinyatakan di atas. Semua maklumat adalah RAHSIA dan
digunakan untuk tujuan penyelidikan Projek Sarjana Muda sahaja. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai. Terima Kasih
116
BAHAGIAN A (LATAR BELAKANG RESPONDEN)
Nama syarikat (jika ada) : _________________________________________
Alamat : __________________________________________
Nama responden : __________________________________________
Pengalaman kerja : __________________________________________
Tarikh : __________________________________________
BAHAGIAN B (PROJEK YANG PERNAH DIKENDALIKAN)
1. Nama projek : ___________________________________________
2. Kos projek : ___________________________________________
3. Jenis projek : ___________________________________________
4. Tempoh projek : ___________________________________________
5. Tarikh mula projek : ___________________________________________
6. Tarikh projek siap : ___________________________________________
7. Lokasi projek : ___________________________________________
117
BAHAGIAN C (KRITERIA-KRITERIA UTAMA YANG DIAMALKAN DALAM
PENGHASILAN PENJADUALAN SUMBER)
1. Apakah yang dikatakan dengan amalan terbaik dari aspek perancangan dan
penjadualan?
______________________________________________________________
2. Apakah kriteria yang diambil berat dalam penghasilan perancangan dan
penjadualan?
______________________________________________________________
3. Mengapakah kriteria itu dianggap penting dalam penghasilan perancangan
dan penjadualan?
______________________________________________________________
4. Apakah pengalaman seseorang jururancang itu mempengaruhi kepada
penghasilan perancangan dan penjadualan sumber? Jika YA kenapa?
______________________________________________________________
5. Bagaimanakah kriteria yang ada membantu dalam penghasilan jadual?
______________________________________________________________
6. Berapa lamakah masa yang diambil bagi menghasilkan satu perancangan
jadual untuk satu projek?
______________________________________________________________
7. Apakah yang diperlukan oleh seorang jururancang sebelum menghasilkan
perancangan jadual?
Lukisan Senarai kuantiti
Tender Maklumat-maklumat lain:
Spesifikasi
Kaedah penyata (Method statement)
Lain-lain:_________________
118
8. Apakah teknik yang selalunya digunakan untuk penghasilan perancangan dan
penjadualan sumber?
CPM GANTT CHART
PERT S-CURVE
Lain-lain:___________________
9. Apakah perisian yang selalunya digunakan dalam penghasilan perancangan
dan penjadualan sumber?
______________________________________________________________
10. Apakah langkah yang diambil bagi memastikan jadual yang dihasilkan
mengikut kepada kriteria yang diaplikasi?
______________________________________________________________
Notes: Bandingkan kriteria yang dikenalpasti melalui kajian literatur dengan kriteria
yang digunapakai sama ada mempunyai kaitan ataupun tidak? Sekiranya YA
nyatakan kenapa?
119
LAMPIRAN B
(BORANG TEMU BUAL OBJEKTIF 2)
JABATAN UKUR BAHAN
FAKULTI ALAM BINA
BORANG TEMU BUAL
AMALAN TERBAIK PERANCANGAN DAN PENJADUALAN PROJEK DI KALANGAN
KONTRAKTOR
Secara umumnya dalam proses perancangan dan penjadualan sumber terdapat banyak kriteria
yang diamalkan serta diambil berat oleh pihak yang berkaitan bagi memperolehi hasil yang
diinginkan bagi projek yang dijalankan. De Snoo C., et al., (2011) telah menyatakan terdapat
banyak kriteria yang perlu dititikberatkan dalam proses perancangan dan penjadualan sumber,
oleh itu kajian ini dilakukan bagi mengetahui kriteria utama yang diaplikasikan.
Objektif:
1) Mengenalpasti keberkesanan penggunaan perancangan dan penjadualan sumber
oleh jururancang projek dalam kelancaran projek pembinaan.
Borang ini mengandungi 3 bahagian iaitu
Bahagian A : Latar belakang responden
Bahagian B : Projek yang pernah dikendalikan
Bahagian C : Keberkesanan jadual perancangan sumber yang diaplikasikan
Disediakan oleh:
Pelajar: Nurfarahi Syifaa Binti Abu Seman
No IC: 930812055236
No Matrik: B14BE0044
Tel: 011-19272003
Penyelia: Dr. Muzani Bin Mustapa
Soalan soal selidik ini adalah bertujuan untuk pengumpulan data berkaitan tajuk yang dinyatakan di atas. Semua maklumat adalah RAHSIA dan
digunakan untuk tujuan penyelidikan Projek Sarjana Muda sahaja. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai. Terima Kasih
120
BAHAGIAN A (LATAR BELAKANG RESPONDEN)
Nama syarikat :_____________________________________________
Alamat :_____________________________________________
Nama responden :_____________________________________________
Pengalaman kerja :_____________________________________________
Tarikh :_____________________________________________
BAHAGIAN B (PROJEK YANG PERNAH DIKENDALIKAN)
8. Nama projek : ___________________________________________
9. Tempoh projek : ___________________________________________
10. Tarikh mula projek : ___________________________________________
11. Tarikh projek siap : ___________________________________________
12. Lokasi projek : ___________________________________________
BAHAGIAN C (SOALAN KEBERKESANAN JADUAL PERANCANGAN
SUMBER YANG DIAPLIKASIKAN)
1. Apakah penggunaan jadual membantu kepada kelancaran projek?
____________________________________________________________________
2. Apakah amalan ataupun praktis yang perlu dijalankan dalam organisasi anda,
berdasarkan perancangan dan penjadualan sumber bagi sesebuah projek yang
dikendalikan?
____________________________________________________________________
121
3. Sebagai pengurus projek, apakah peranan encik di dalam perancangan dan
penjadualan sumber bagi sesebuah projek?
a. Adakah kepada penghasilan penjadualan sumber atau
b. Adakah kepada perlaksanaan jadual yang disediakan oleh jururancang (planner)?
4. Apakah terdapat penglibatan jururancang dalam menyediakan atau menghasilkan
penjadualan sumber di dalam projek ini? Jika YA, kenapa?
____________________________________________________________________
5. Adakah terdapat penglibatan individu atau pihak lain di dalam perancangan dan
penjadualan sumber? (Contohnya: kontraktor, perunding, kontraktor kerja-kerja
pakar)
____________________________________________________________________
6. Sekiranya penjadualan sumber disediakan oleh pihak ketiga iaitu
(jururancang/perancang projek) apakah kriteria utama yang diambil kira oleh anda
sebagai pengurus projek dalam memastikan perlaksanaan perancangan mengikut
masa dan jadual yang ditetapkan.
____________________________________________________________________
7. Adakah terdapat masalah didalam melaksanakan penjadualan sumber yang
ditetapkan?
Jika YA apakah?
____________________________________________________________________
8. Apakah yang perlu dilakukan oleh pengurus projek selepas mendapatkan jadual
perancangan daripada jururancang?
____________________________________________________________________
9. Bagaimanakah encik dan pihak-pihak terlibat di dalam penghasilkan jadual ini
berkomunikasi didalam memastikan kelancaran projek?
____________________________________________________________________
10. Bagaimanakah cara encik aplikasikan perancangan jadual sumber ditapak bina
sekiranya berlaku masalah ditapak?
____________________________________________________________________
122
LAMPIRAN C
(SURAT RASMI UNTUK MENJALANKAN TEMU BUAL BAGI
TUJUAN PENYELIDIKAN)