GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
1.0 PENDAHULUAN
Pembangunan sumber manusia merupakan set aktiviti yang sistematik dan
dirancang untuk memberi ahli kemahiran bekerja, peningkatan prestasi, motivasi
pekerja dan keberskesanan organisasi. Dalam pembangunan sumber manusia,
konsep pembangunan dirujuk kepada kesan akhir pencapaian organisasi. Organisasi
yang membangun mempunyai pencapaian yang positif dalam perniagaan, bukan
sahaja dari aspek perkembangan skop perniagaan, tugas atau urusan kualiti pekerja,
kewangan produk dan perkhidmatan tetapi juga lain seperti tanggungjawab dan
khidmat sosial serta pencapaian antarabangsa. Terdapat tiga kaedah yang boleh
diterangkan untuk mencapai atau mengekalkan pembangunan dalam organisasi iaitu
melalui latihan dan pembangunan, motivasi dan kepimpinan serta pembangunan
organisasi. Setelah individu digaji, majikan akan berusaha adaptasikan pekerja
mereka dan memastikan mereka bekerja secara efektif. Justeru, kaedah yang paling
utama dalam pembangunan sumber manusia ialah memberi latihan kepada
pekerjanya dimana program latihan seharusnya berupaya memberi manfaat kepada
kedua-dua belah pihak samaada kepada organisasi mahupun para pekerja. Latihan
yang dilaksanakan adalah untuk membangunkan potensi, kemantapan kebolehan
selain melengkapkan seseorang itu supaya lebih kompeten, inovatif, dan bermotivasi
tinggi dalam menjalankan dan mendokong tanggungjawab kepada organisasinya
dan juga masyarakat. Hasil pelaksanaan program latihan yang dilaksanakan
diharapkan meliputi perubahan sikap, pengetahuan dan kemahiran seseorang
individu tersebut.
Menurut Nadle (1994), latihan didefinisikan sebagai satu proses yang
terancang dan sistematik untuk membangunkan pengetahuan, kemahiran dan
kecekapan melalui satu proses pembelajaran dan pengajaran bagi mencapai
LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 1
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
prestasi kerja yang efektif. Latihan juga adalah satu aktiviti dan pendekatan
pembelajaran yang mana mengarah kepada perolehan pengetahuan dan kemahiran
yang spesifik bagi tujuan pekerjaan atau tugasan yang cekap dan berkesan.
1.1 Pernyataan Masalah
Kajian kes ini dijalankan adalah untuk membincangkan mengenai analisis keperluan
latihan dalam sesebuah kerjaya di dalam sesuatu organisasi.
1.2 Objektif kajian
Tujuan penulisan laporan ini adalah untuk mengenalpasti analisis keperluan latihan
dalam kerjaya Bomba.
2.0 METODOLOGI / KAEDAH KAJIAN
Metodologi/kaedah kajian ialah kaedah bagaimana kita mendapatkan maklumat
untuk mencapai sesuatu matlamat kajian atas penulisan ini. Untuk menghasilkan
kertas kerja ini, saya telah memilih pendekatan kualitatif melalui kaedah temubual
sebagai metod kajian kes. Selain daripada menggunakan kaedah tersebut, saya juga
turut menggunakan kaedah pertanyaan dan berbincang dengan rakan-rakan
sekuliah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang penulisan kertas kerja ini.
Beberapa buah buku, jurnal dan artikel telah digunakan sebagai panduan dan
rujukan. Segala bahan yang diperoleh daripada pelbagai sumber ini dianalisis dan
disusun mengikut kesesuaian untuk dikelaskan atau dikategorikan di bawah sub-
topik tugasan ini. Dalam mengkaji aspek-aspek tersebut, perhatian dan penelitian
akan difokuskan kepada analisis keperluan latihan dalam kerjaya sebagai bomba.
LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 2
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
3.0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (Kementerian
Pelajaran Malaysia) rekabentuk ialah (réka bentuk) rancangan (corak, bentuk,
dsb) yang menunjukkan susunan, struktur atau aspek-aspek sesuatu (binaan,
dsb). Manakala, Latihan adalah apa-apa usaha yang bertujuan meningkatkan
keupayaan pembelajaran dan pencapaian ahli dalam mencapai keberkesanan
organisasi. Ia juga usaha yang dilakukan oleh organisasi bagi meningkatkan
kemampuan seseorang untuk melaksanakan tugasnya atau memainkan peranan
yang telah ditetapkan oleh organisasi. Sesuatu program yang dilaksanakan adalah
bertujuan untuk memperbaiki prestasi kakitangan yang menurun disebabkan
kemahiran yang rendah. Latihan dalam organisasi pada kebiasaannya
dilaksanakan secara formal yang bermaksud penyampaian sesuatu idea, inovasi
atau teknologi adalah secara teratur.
Antara tujuan utama sesuatu program latihan itu diadakan adalah bagi
memenuhi matlamat organisasi melalui peningkatan pengetahuan, kemahiran dan
perubahan sikap kakitangan seterusnya memberikan sumbangan kearah
pencapaian matlamat organisasi. Sokongan daripada semua pihak terutama pihak
atasan dan kerjasama pekerja bawahannya merupakan faktor utama yang
membawa kepada kejayaan sesebuah organisasi dalam sebarang program latihan
yang dianjurkan. Oleh itu, setiap program latihan yang dianjurkan mestilah berupaya
untuk menyakinkan peserta yang terlibat bahawa program yang akan disertai akan
memberi manfaat dalam mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran
kakitangan agar prestasi kerja dapat dipertingkatkan. Untuk memenuhi hasrat itu,
penglibatan dan kerjasama semua pihak amat diperlukan. Suatu program latihan
perlu direkabentuk bersesuaian dengan masalah yang dihadapi.Dengan itu,
rekabentuk latihan yang akan direka berupaya untuk berfungsi sebagai satu
dokumen penyelarasan antara semua pihak yang terlibat. Ia sebagai panduan
LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 3
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
pengurus latihan untuk mengendalikan dan menyelaras program latihan, jurulatih
yang sesuai, memberi garis panduan kepada jurulatih agar mereka dapat
menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, membimbing pelatih belajar
secara sistematik serta menuju kea rah pencapaian objektif latihan.
4.0 KERJAYA YANG DIPILIH
Kerjaya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang
kerana dengan kerjaya,seseorang itu akan mendapat sumber pendapatan dan ruang
untuk bersosial dan berinteraksi. Kerjaya sebagai bomba adalah satu kerjaya yang
sangat penting di mana ia adalah satu pekerjaan yang mencabar yang memerlukan
seseorang itu mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang kuat di mana mereka
perlu menjalani kursus dan latihan tertentu untuk menjadi seorang anggota bomba.
Seseorang yang menjadi anggota bomba bukan sahaja dapat menyara hidup
keluarganya, bahkan dapat membantu orang lain dan masyarakat sekeliling yang
memerlukan pertolongan. Di dalam kerjaya bomba ia terbahagi kepada beberapa
pangkat jawatan iaitu, Penguasa Bomba, Penolong Penguasa Bomba dan
Pegawai Bomba. Bagi Jawatan Penguasa bomba tugas mereka adalah
bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pengurusan am, pentadbiran dan
kewangan, penyelidikan, perancangan, pembangunan, latihan, operasi melawan
kebakaran, penguatkuasaan Akta 341 dan undang-undang lain serta peraturan yang
berkaitan. Manakala, Penolong penguasa bomba pula bertanggungjawab
mengetuai tugas-tugas operasi melawan kebakaran di ibu pejabat di peringkat negeri
dan membantu di dalam tugas-tugas pengurusan am, penyelidikan perancangan
pembangunan dan penguatkuasaan Akta 341 dan undang-undang lain yang
berkaitan. Sementara itu, bagi Pegawai bomba pula mereka bertanggungjawab
sebagai pekerja yang menguruskan pentadbiran harian balai serta
bertanggungjawab memadamkan kebakaran semasa kebakaran dan menjalankan
tugas-tugas menyelamat semasa menghadapi bencana-bencana kemalangan dan
LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 4
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
bencana-bencana alam yang lain. Dalam bidang kerjaya bomba, tugas dan peranan
akan dibincangkan dalam Fail Meja serta Manual Prosedur Kerja dalam kajian ini.
4.1 Manual Prosedur Kerja
a). Latarbelakang Jabatan
Perkhidmatan Bomba Malaysia bermula pada tahun 1883 dengan
penubuhan Bomba sukarela Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F.Bellamy
bersama 15 anggota. Pasukan ini yang diletakkan di bawah Lembaga
Kebersihan telah menjadi Pasukan Bomba Dan Penyelamat Tetap pada
tahun 1895. Perkhidmatan terus berkembang di setiap negeri dan diletakkan
di bawah Majlis Perbandaran atau Lembaga Luar Bandar. Pasa tahun 1946,
iaitu selepas perang Dunia Kedua, pasukan 'Malayan Union Services' (MUS)
dengan Flight Lt.W.J Gerumandi sebagai 'Director of Malayan Union Fire
Services' telah dibentuk. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur. Melalui
perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Perkhidmatan Bomba diserahkan
kembali kepada kerajaan-kerajaan negeri di bawah pentadbiran Lembaga
Bandaran dan Lembaga Luar Bandar mengikut negeri-negeri masing-masing.
Untuk menyelaraskan perkhidmatan Bomba ditubuhkan di bawah
Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan. Perkhidmatan Bomba
Malaysia disatukan sebagai sebuah jabatan diperingkat persekutuan dengan
penyatuan Bomba dan Penyelamat di Negeri-negeri Persekutuan pada 1hb
januari 1976. Penyatuan ini meletakkan Perkhidmatan Bomba Malaysia di
bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ini diikuti oleh
perkhidmatan Bomba Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka pada 1hb
januari 1977. Pada 15hb Mei 1981, perkhidmatan Bomba Sabah dan
Sarawak telah disatukan. Pada 8hb januari 1977, jemaah Menteri telah
bersetuju dengan perubahan nama Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia
kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di mana pada 21hb
LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 5
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
Febuari 1997, YAB Perdana Menteri Malaysia dengan rasminya telah
mengumumkan dan melancarkan pertukaran nama, logo dan bendera
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Genting Highlands.
b). Objektif Jabatan
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIA (JBPM) mempunyai
objektif untuk memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran,
menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan aspek
keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan khidmat
kemanusiaan yang cekap dan berkesan. Dari segi kualiti Jabatan bertekad
untuk lebih cemerlang melalui inovasi dan kualiti M.S ISO 9001-2008..
c). Carta Jabatan (Sila Rujuk Lampiran)
d). Fungsi-fumgsi utama Jabatan
Antara fungsi-fungsi yang dijalankan oleh jabatan mengikut peruntukkan
dibawah seksyen 5(1) & (2) di dalam akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta
341) seperti berikut :
1. Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.
2. Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran.
3. Menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelengaraan
dan pengawalseliaan yang sempurna.
4. Menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal
kebakaran.
5. Melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan
nyawa dan harta semasa berlakunya apa-apa bencana.
JBPM boleh selain daripada tugas-tugasnya dibawah subseksyen (1),
melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggungjawabkan kepadanya
LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 6
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
oleh undang-undang atau sebaliknya yang diadakan oleh menteri untuk
dilaksanakan.
e) Aktiviti-aktiviti Utama Jabatan
Dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia terdapat beberapa
bahagian Utama yang mempunyai fungsi pelbagai. Di antara bahagian-
bahagian dan aktiviti-aktiviti utama Jabatan adalah seperti berikut:
1.Pengurusan
1. Menentukan pengurusan perkhidmatan bagi keseluruhan jawatan
2. Menentukan pengagihan dan perbelanjaan kewangan jabatan mematuhi
peraturan yang dibenarkan
3. Mengawal selia perbelanjaan bahagian-bahagian serta perkhidmatan
bomba negeri.
Bahagian Pengurusan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :
1. Unit Pentadbiran 2. Unit Penjawatan 3. Unit Kewangan
Operasi
Aktiviti ini terbahagi kepada beberapa unti utama iaitu unit Pemadaman
Kebakaran, Penyelamat, Perkhidmatan Khas, Rancangan Pra Kebakaran,
Unit Pili Bomba, Unit Komunikasi, Unit Bekalan dan Logistik, Unit Siasatan
Kebakaran danAnaliasa Arson, Unit Piawaian dan Kawalan Keberkesanan
Operasi, Unit Pemadaman Api dan Unit Pengurusan Daerah
Penguatkuasaan
1. Merancang dan merangka dasar penguatkuasaan dan strategi
perlaksanaan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341).
2. Merancang dan merangka dasar Perakuan Bomba ke atas Premis di
tetapkan.
LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 7
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
3. Merancang dan merangka dasar penyiasatan dan pendakwaan berkenaan
dengan kesalahan di bawah Akta Perkhidmtan Bomba 1988.
4. Merancang dan merangka dasar penyiasatan dan kebakaran.
5. Merancang dan merangka peraturan-peraturan yang berkaitan dengan
perlaksanaan peruntukan di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988
Kejuruteraan
1. Mengurus, menyelaras dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan
dan pembaikian kenderaan, jentera dan peralatan motor.
2. Menyediakan perkhidmatan pembangunan, latihan dan kajian Bahagian
Kejuruteraan merangkumi kemudahan workshop, peralatan workshop, latihan
kakitangan dan sistem penyelenggaraan pelbagai jentera dan peralatan
bomba.
3. Merangka, menyelaras dan melaksana aktiviti-aktiviti penyelengaraan
pencegahan kerosakan (preventive maintenance) bagi pelbagai kenderaan,
jentera dan peralatan bomba.
4. Memberi khidmat nasihat dan kajian teknikal dalam hal-hal pembelian
kenderaan utiliti, jentera dan peralatan bomba.
Latihan dan perancangan tenaga manusia
1. Merancang dan mengendalikan keperluan dan dasar latihan serta
perancangan tenaga manusia bagi pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia.
2. Merancang dan menyelaras keperluan dan dasar latihan keselamatan
kebakaran bagi pelanggan jabatan dan pihak awam.
3. Merancang dan melaksanakan program latihan kebombaan berkembar
dengan istitusi pengajian dan istitusi kebombaan dalam dan luar negara.
LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 8
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
4. Merancang dan menyelaras program utama, tahunan dan dwi tahunan
jabatan.
5. Menyelaras pengurusan pentadbiran serta pembangunan fizikal akademik
dan pusat-pusat latihan.
Perancangan, penyelidikan dan pembangunan
1. Merancang dan menyelaraskan dasar serta rangka perlaksanaan
pembangunan fizikal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
2. Memantau dan mengkordinasikan perancangan dan pengurusan
peruntukan kewangan pembangunan tahunan dan lima tahun jabatan.
3. Menganalisa dan mengawalselia kelulusan bahan ketahanan api dan
sistem perlindungan kebakaran.
4. Memantau dan menyelaraskan perancangan dan perlaksanaan
penyelidikan dan pembangunan,kebombaan dan pengurusan bencana.
Pencegahan dan keselamatan
Mengambil konsep 'Mencegah Lebih Baik Daripada Memadam' Bahagian
Pencegah dan Keselamatan telah dipertanggungjawabkan untuk
mengurangkan risiko kebakaran dan meminimakan kerugian kebakaran. Oleh
itu,untuk mencapai objektif dan fungsi bahagian di antara langkah
komprehensif yang diambil termasuk:-
1. Mengkaji dan memberi perakuan kepada rekabentuk bangunan baru
dengan memastikan pematuhan sepenuhnya kepada keperluan kebombaan.
2. Menyelaras dan mengkaji keberkesanan piawaian dan kod-kod amali yang
digunapakai.
3. Memantau, menyelaras aktiviti pengkajian pelan dan pengeluaran surat
sokongan Sijil Menduduki Bangunan di peringkat negeri.
LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 9
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
4. Menyelaras, menaja dan menyediakan panduan-panduan pendidikan
awam kepada usaha-usaha meningkatkan kesedaran masyarakat umum
terhadap pentingnya pencegahan kebakaran.
Unit perhubungan awam
1 . Merancang dan menyediakan deraf kenyataan peringkat nasional.
2. Menyediakan dan menerbitkan dokumentasi.
3. Lawatan dari luar ke jabatan bomba
4. Lawatan ketua pengarah ke luar ibu pejabat
5. Pengendalian aktiviti rasmi jabatan.
Unit udara bomba
Melaksanakan operasi kebombaan melalui udara secara strategik, cepat dan
berkesan demi menyelamatkan nyawa, harta benda dan alam sekitar.
Memastikan perkhidmatan udara untuk melaksanakan misi-misi kebombaan.
4.2 Fail Meja
Fail meja merupakan dokumen rujukan peringkat individu/jawatan dimana ia
berasaskan tugas dan tanggungjawab individu. Setiap Fail Meja mewakili
satujawatan misalnya pegawai bomba KB17 mempunyai fail mejanya
tersendiridan begitu juga bagi jawatan penolong kanan penguasa bomba
KB32 mempunyai fail meja tersendiri.Dalam setiap fail meja Mengandungi
maklumat/panduan untuk mengendalikan tugas yang ditetapkan bagi satu-
satu jawatan. (Sila Rujuk Lampiran Untuk melihat Fail Meja Bagi Jawatan
Pegawai Bomba KB17, KB22, KB 24,KB 26 dan KB32)
LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 10
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
4.3 Latihan dalam kerjaya Bomba
Pada dasarnya sepanjang kerjaya seorang Pegawai Bomba di dalam
Jabatan, ia akan melalui suatu struktur latihan yang sistematik dan
berterusan terbahagi kepada lima (5) peringkat berikut
1. Pra-Penempatan /Asas
Fokus kepada awal perkhidmatan pegawai iaitu antara satu hingga tiga
tahun. Mana-mana pegawai yang berada di dalam tempoh perkhidmatan ini
perlu menjalani latihan yang telah ditetapkan oleh Jabatan. Dalam peringkat
ini pegawai-pegawai akan didedahkan kepada kursus yang berkonsepkan
"PENDEDAHAN DAN PENERAPAN".
2. Pertengahan
Fokus kepada pegawai yang telah berkhidmat antara tiga hingga sepuluh
tahun di dalam Jabatan. Mana-mana pegawai yang berada di dalam tempoh
ini perlu menjalani latihan yang telah ditetapkan oleh Jabatan berdasarkan
kepada jawatan dan pangkat mereka. Dalam peringkat ini pegawai-pegawai
akan didedahkan kepada kursus yang berkonsepkan "PEMBANGUNAN
DAN PENINGKATAN".
3. Lanjutan
Fokus kepada pegawai yang telah berkhidmat antara sepuluh hingga 25
tahun atau lebih yang mana hampir sebelum tiga tahun menamatkan
perkhidmatan. Mana mana pegawai yang berada di dalam kategori ini perlu
menjaiani latihan yang teiah ditetapkan oieh jabatan berdasarkan kepada
jawatan dan pangkat mereka. Dalam kategori ini pegawai-pegawai akan
didedahkan kepada kursus yang berkonsepkan"PENGUKUHAN".
4. Peralihan
Fokus kepada pegawai yang akan menamatkan perkhidmatan wajibnya iaitu
3 tahun sebelum mereka menamatkan perkhidmatan. Mereka ini akan
LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 11
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
didedahkan kepada kursus persediaan bagi menjalani kehidupan selepas
menamatkan perkhidmatan dan kursus ini akan ditentukan oleh Jabatan.
5. Persaraan
Peringkat dimana para pekerja telah tamat tempoh perkhidmatannya dan
akan memfokuskan kepada kehidupan bersama keluarga tersayang. Walau
bagaimanapun terdapat juga anggota yang meneruskan kerja lain seperti
berniaga, kerja di dalam sector swasta dan lain-lain lagi. Dalam fasa ini
program latihan tidak lagi diperlukan disebabkan para pekerja tidak lagi
berada dalam organisasi.
5.0 PERBINCANGAN
5.1 Analisis keperluan latihan
Masalah organisasi ditakrifkan sebagai sisihan prestasi kakitangan daripada prestasi
biasa atau juga dikenali sebagai jurang perbezaan antara keadaan sebenar dengan
yang sepatutnya. Sebelum sesuatu latihan atau kursus yang diadakan, pihak
Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menjalankan analisis trainabiliti.
Analisis Trainabiliti ini dibuat bagi memastikan latihan yang direkabentuk bertepatan
dengan kehendak individu. Ia adalah untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi.
Dengan menjalankan Analisis Trainabiliti ini, masalah akan dapat dikenalpasti dan
dapat membahagikan semua masalah tersebut kepada 2 kategori utama iaitu :
i. Masalah yang dapat diatasi melalui program latihan; dan
ii. Masalah yang perlu diatasi melalui tindakan bukan latihan
Analisis Trainabiliti akan menjurus analisis keperluan latihan dan kegiatan program
Latihan kearah mencari penyelesaian.
Dalam mengenalpasti dan mengetahui punca masalah juga tahap masalah yang
mereka hadapi, kaedah temubual telah dijalankan terhadap beberapa orang
LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 12
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
responden yang terdiri daripada anggota bomba itu sendiri. Maklumbalas daripada
mereka bahawa masalah yang mereka hadapi merupakan punca utama yang
membawa kepada penurunan prestasi kerja seperti kecekapan semasa melakukan
kerja yang menurun dan tahap disiplin yang semakin merosot.
Analisis keperluan latihan mengkaji secara mendalam pengetahuan, kemahiran
dan sikap kakitangan yang mengendalikan sesuatu tugas secara tidak cekap dan
telah menimbulkan masalah serta mengkaji sesuatu tugas yang mengalami masalah
secara terperinci. Ia boleh didefinisikan sebagai satu proses mengenalpasti
kakitangan yang memerlukan latihan serta bidang latihan yang diperlukan. Keperluan
diumpamakan sebagai keinginan yang belum dicapai. Keperluan merupakan jurang
atau perbezaan yang wujud anatar apa yang sebenarnya dengan apa yang
sepatutnya. Analisis keperluan latihan diperlukan dalam sesebuah organisasi melihat
sejauh manakah organisasi memerlukan latihan. Jika latihan yang salah diberikan,
maka berlaku kerugian dan juga pembaziran kepada organisasi. Ini bukan sahaja
diperlukan untuk menentukan jenis latihan yang akan dijalankan, tetapi lebih khusus
kepaada keperluan menjalankan latihan. Walaupun latihan biasanya memang amat
perlu bagi sesebuah organisasi tetapi tidak semua masalah dalam organisasi dapat
diselesaikan dengan latihan. Apa yang membimbangkan adalah pembaziran
kewangan latihan yang selalu menjadi masalah utama maka pihak pengurusan
latihan menjimatkan masa dan tenaga bagi sesuatu program latihan. Oleh itu adalah
amat penting analisis keperluan latihan dilakukan dalam sesebuah organisasi bagi
mengetahui apakah masalah yang berlaku di dalam organisasi yang menyebabkan
kerugian dari segi produktiviti kerja dan tugas serta penurunan prestasi pekerja
disamping mencari jalan penyelesaian yang lebih ekonomi yang dapat
mengurangkan pembaziran. Justeru, latihan yang diberikan kepada pekerja mestilah
selaras, dengan keperluan masa kini dan masa akan datang organisasi tersebut.
Keperluan tersebut mestilah datang daripada objektif dan matlmat organisasi
LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 13
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
tersebut. Oleh yang demikian untuk memperoleh analisis keperluan latihan yang
berjaya maka Model Analisis Keperluan Latihan ( Rujuk lampiran 1) diguna
pakai pihak Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia sebelum sesuatu program
latihan dijalankanini memastikan latihan yang direkabentuk bertepatan dengan
kehendak individu. Ia adalah untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi.
5.2 Masalah Mengikut Tahap Dan Punca
i. Peringkat Individu
Setelah dianalisis, sebilangan anggota yang telah lama berkhidmat mempunyai
pengetahuan dan kemahiran yang kurang berbanding dengan anggota-anggota
baru berkhidmat dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan
peralatan teknologi terkini yang digunakan semasa operasi. Walaupun
mempunyai banyak pengalaman namun begitu mereka masih kurang
pengetahuan dan kemahiran yang terbaru contohnya dalam cara-cara
mengendalikan jentera baru dan peralatan menyelamat yang terkini.
Pengetahuan dan kemahiran yang betul dalam mengendalikannya amat penting
untuk memastikan kelancaran dan keberkesanan semasa bekerja. Selain
daripada itu, teknik-teknik melawan kebakaran yang lebih berkesan amat perlu
dalam usaha para anggota membuat kerja dengan cekap apabila berhadapan
dengan pelbagai bentuk bencana alam.
Selain daripada itu, disiplin dan sikap negatif pekerja itu sendiri menjadi
punca kepada penurunan prestasi kerja mereka. Sikap endah tak endah mereka
semasa mengikuti latihan atau berkursus atau semasa proses pembelajaran
menyebabkan mereka tidak dapat mengaplikasikan apa yang diajar oleh tenaga
pengajar. Secara tak langsung, apa yang diajarkan hanyalah sia-sia sekaligus
memberi kesan negative kepada jabatan dan individu itu sendiri. Pembaziran
kewangan berlaku dan masalah yang sepatutnya diatasi melalui latihan tidak
dapat diatasi.
LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 14
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
ii. Peringkat Institusi
Masalah yang timbul tidak hanya disebabkan oleh individu itu sendiri.
Kadangkala pihak atasan juga insitusi boleh menjadi punca berlakunya masalah
dalam organisasi. Mereka harus menyedari dari awal masalah yang dihadapi oleh
kakitangan dan bersedia menghadapi masalah yang mungkin timbul agar ia tidak
mengganggu kelancaran operasi kerja. Pada peringkat ini, seringkali masalah yang
berkaitan dengan pengrekrutan dan pemilihan kakitangan baru, pengurusan
personel, dilegasi kuasa, perancangan kewangan dan pengagihan tanggungjawab.
Pihak pengurusan atau atasan harus mengenali punca masalah yang dihadapi oleh
anggota dan organisasi. Contohnya dalam dunia yang moden ini, teknologi canggih
digunakan ketika operasi menyelamat. Masalah disini apabila insitusi gagal
merancang kewangan secara tak langsung tidak dapat menyediakan modal terkini
peralatan yang diperlukan. Pentadbiran yang kurang cekap juga akan memberi
kesan pada peringkat tugas atau fungsi. Ia sekaligus akan mengganggu kelancaran
dan kecekapan kerja pekerja apabila anggota tidak mahir dan tidak biasa
mengendalikan peralatan terkini yang digunakan. Ini juga berlaku apabila kurangnya
pendedahan dan tiada latihan yang berterusan dilakukan oleh pihak pengurusan.
Kurangnya pengetahuan dan kemahiran setiap anggota akan mengakibatkan tahap
kecekapan dan prestasi kerja mereka menurun.
5.3 Komponen-Komponen Penganalisisan
Penganalisisan perlu memahami empat komponen iaitu organisasi, kerja, tugas dan
kakitangan dalam usaha untuk menentukan keperluan latihan bagi pembangunan
anggota.
a. Analisis Organisasi
Sesebuah organisasi perlu dikenalpasti secara menyeluruh bermula daripada
visi, misi, matlamat penubuhan, sumber-subaer yang ada, perancangan masa
LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 15
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
depan dan potensi yang terdapat dalam organisasi. Selain itu terdapat juga tiga
faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih latihan iaitu:
i). Sokongan pengurus dan rakan sekerja-kesanggupan pengurus dan
rakan sekerja memberi maklumat kepada pelatih agar dapat menggunakan
pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap yang telah dipelajari semasa
latihan dalam kerja
ii). Strategi syarikat- rancangan yang dipilih oleh organisasi untuk mencapai
matlamat organisasi mempunyai kesan ke atas sumber-sumber seperti wang,
masa dan pembangunan program.
iii). Sumber latihan- kenalpasti samaada syarikat mempunyai peruntukan
masa depan dan kepakaran bagi latihan yang diperlukan.
Sebagai satu agensi kecemasan yang utama di negeri ini, pegawai dan juga
anggota perlu mempunyai tahap kompetensi yang tertinggi bagi laksanakan
tugas yang tertinggi bagi laksanakan tugas yang professional, cekap dan
berkesan :
i) Mempertingkatkan pengetahuan dan kepakaran di dalam aktiviti
pencegahan kebakaran, pemadaman dan perlindungan kebakaran serta
memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai bahaya kebakaran.
ii) Memberi pengetahuan dan meningkatkan kecekapan kepada kakitangan
jabatan dari segi pentadbiran dan pengurusan jabatan.
iii) Memberi kesedaran dan kefahaman terhadap dasar kerajaan dan sensitif
terhadap suasana alam sekitar. .
iv) Mempertingkatkan perhubungan dan persefahaman antara kakitangan
dengan kakitangan dan antara kakitangan dengan orang awam.
v) Melahirkan kemegahan terhadap kerja yang bermutu tinggi untuk
kepentingan rakyat dan negara.
LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 16
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
b. Analisis Kerja
Setelah memahami organisasi, para penganalisis perlu memahami jenis-jenis kerja
yang ditugaskan kepada bakal-bakal pelatih. Melalui analisis, kerja penyelamatan
seperti kursus Offensive Indoor Firefighting terutamanya amat berkait rapat dengan
visi dan matlamat jabatan. Mencari dan menyelamat membawa maksud usaha untuk
membuat kerja penyelamatan dengan cara-cara yang lebih sesuai, teknik-teknik dan
kaedah menyelamat yang lebih berkesan. Pengetahuan dan kemahiran mengenai
teknik terkini haruslah selari dengan peralatan moden perlu dibekalkan untuk
melancarkan dan memudahkan operasi.
c. Analisis Tugas
Tugas utama anggota ialah sebagai memenuhi hasrat JBPM itu sendiri untuk
melahirkan seorang anggota bomba yang cekap disamping mempunyai kepakaran
dan pengetahuan yang tinggi ketika menjalankan tugas semasa akan melicinkan
kerja dan meningkatkan tahap kecekapan anggota.
d. Analisis Kakitangan
Analisis kakitangan atau sumber manusia nendaklah berdasarkan rekod prestasi
atau rekod peribadi seseorang pekerja yang merangkumi tahap prestasi masa kini,
prestasi lalu, kelayakan, pengalaman dan lain-lain. Pada peringkat ini, kakitangan
yang terlibat dalam analisis ini terdiri daripada ketua pasukan, ketua unit dan
anggota yang telah lama berkhidmat dan juga yang baru berkhidmat. Kebanyakan
mereka terdiri daripada anggota yang baru berumur dalam lingkungan 40-50 tahun.
Pada lingkungan umur ini, kurangnya pengetahuan tentang penggunaan teknik-
teknik penyelamat terbaru dan kurangnya dalam kemahiran mengendalikan
peralatan-peralatan baru yang lebih canggih berbanding dahulu akan menyumbang
kepada ketidakcekapan mereka ketika berkerja. Ia berbeza dengan anggota baru
yang sememangnya menggunakan peralatan terkini dalam proses pembelajaran
mereka setiap hari. Namun begitu, tidak semua anggota berpeluang mengikuti dan
LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 17
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
menghadiri latihan. Ada juga yang menolak untuk menyertai kursus latihan yang
akan diadakan kerana menganggap ianya merupakan satu beban. Faktor
sedemikianlah yang mempengaruhi prestasi semasa mereka iaitu prestasi mereka
akan menurun.
5.4 Teknik-Teknik Dan Langkah-Langkah Menganalisis
Dalam merekabentuk latihan, terdapat dua jenis teknik yang digunakan untuk
mengenalipasti masalah dan punca masalah iaitu teknik DIF (Difficult, important &
Frequency) dan teknik SATNA (A SIMPLE APPROACH To TRAINING’S NEEDS
ASSESSMENT). Setelah di fahami kompenen yang di analisis , teknik
menganalisis keperluan latihan secara khusus hendaklah dirangka . Teknik DIF
( Difficult, Important & Frequency) atau KKK (Kepentingan,
Kekerapan ,Kesukaran ) dipilih dan dijadikan panduan.Teknik ini mempunyai 13
langkah iaitu:
1) Berbincang dengan ketua organisasi, jabatan atau unit
-untuk menjelaskan tentang tujuan dan faedah membuat analisis keperluan
latihan serta mendapatkan sokongan dan kerjasama daripada mereka.
2) Mengenalpasti produk
-contohnya produk unit perancangan ialah mengeluarkan laporan rancangan
organisasi
3) Mencartakan proses aliran untuk mengeluar sesuatu produk
-semua proses pengeluaran dapat ditunjukkan dengan lebih jelas dari awal
hingga akhir proses. Jenis kerja dan tugas yang sepatutnya dikenalpasti.
4) Mengenal pasti Key Result Area ( KRAS ) dalam proses aliran
-KRAs merupakan kegiatan yang paling penting dalam proses pengeluaran dan
jika tidak dilaksanakan dengan baik akan menjejaskan pengeluaran sasaran
LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 18
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
produk. Melalui KRAs ini bahagian/kerja yang paling penting dan genting dapat
dikenalpasti.
5) Struktur organisasi
-struktur organisasi sebenar perlu dibentuk untuk dibandingkan dengan struktur
organisasi rasmi untuk melihat samaada wujud perbezaan yang boleh
menjejaskan prestasi sesuatu unit kerja dan kesannya terhadap keperluan latihan
kakitangan.
6) Meneliti pelbagai maklumat organisasi
-maklumat yang perlu dianalisis adalah maklumat yang menunjukkan kelemahan
dalam system pentadbiran organisasi yang boleh diperolehi melalui pemerhatian,
laporan, rekod dan temubual dengan pelbagai pihak.
7) Pemilihan responden
-responden yang dipilh berdasarkan KRAs dan peratusan yang mencukupi untuk
ditemubual.
8) Menemubual responden
-bertujuan untuk menilai tahap kecekapan responden bagi setiap tugas yang
dilaksanakan. Memandangkan organisasi mungkin tidak dapat memenuhi semua
keperluan latihan yang dikenalpasti untuk kakitangannya maka pemilihan perlu
dibuat untuk memilih tugas yang benar-benar memerlukan latihan melalui teknik
DIF(KKK).
9) Menemubual pengurus unit kerja
-bertujuan untuk mendapatkan penilaian pengurus untuk semua responden dan
mengenalpasti keperluan latihan untuk pengurus pertimbangkan serta
menjadikan pengurus sebagai jurulatih.
10) Menganalisis maklumat temubual
LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 19
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
-menentukan responden yang mana memerlukan latihan dalam bidang-bidang
tugas tertentu
11) Membuat analisis kerja dan tugas
-setiap kerja perlu dijelaskan mengikut format deskripsi kerja supaya dapat
dikenalpasti samaada tugas yang diberi relevan dengan tanggunjawab dan skop
kerja responden.
12) Menulis laporan
-laporan yang lengkap tentang keperluan lathan kakitangn dalam sesebuah
organisasi, jabatan atau unit disediakan.
13) Membentang laporan dan perbincangan dengan pihak pengurusan
-bertujuan mendapatkan sokongan daripada pihak pengurusan bagi
melaksanakan program latihan seperti yang dicadangkan dalam laporan.
Pengunaan teknik KKK dapat membantu penganalisis menentukan sama ada
sesuatu tugas itu perlu dimasukkan dalam program latihan atau tidak
LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 20
GMGM 3053 PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI
6.0 KESIMPULAN
Sebagai seorang anggota bomba, mereka akan menjadi tenaga kerja yang
mempunyai motivasi tinggi yang kompeten, berilmu pengetahuan, kecekapan dan
kemahiran yang pelbagai dan berkeupayaan tinggi dalam melaksanakan tugas serta
mampu memikul tanggungjawab yang besar di dalam memberikan perkhidmatan
yang baik dan cekap kepada masyarakat keseluruhannya. Kejayaan sesuatu
program latihan itu bergantung kepada rekabentuk program yang komprehensif,
kemahiran jurulatih untuk memberikan tunjukajar dan kebolehan pihak penganjur
untuk menganjurkan program latihan itu dengan baik dan berkesan. Apabila pihak
penganjur berjaya menyediakan kemudahan yang sesuai dan selesa dan juga
tenaga pengajar yang berkaliber yang mempunyai kepandaian dan kepakaran yang
tinggi serta mempunyai ciri-ciri seorang komunikator yang hebat, nescaya peserta
akan memperolehi manfaat. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi sikap
mereka, pengetahuan dan kemahiran mereka.
LAVITA SUOK | NO MATRIK 215888 21