DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI)
BBM
1.0 Pengenalan
Setiap negara di dunia mempunyai dasar bahasa, ada yang bertulis, misalnya
dimaktubkan dalam Perlembagaan negara (contohnya banyak) atau ditakrifkan melalui undang-
undang tertentu bahasa dan ada yang tidak bertulis (contohnya tidak banyak). Sama ada dasar
bahasa itu bertulis atau tidak bertulis, tujuannya harus jelas. Kita dapat memikirkan bahawa
terdapat tiga tujuan dasar bahasa di mana-mana sahaja iaitu (a) untuk dijadikan alat perpaduan
bangsa atau Negara atau sebagai lambang jati diri negara, (b) untuk menyelesaikan masalah
kecekapan komunikasi di peringkat pentadbiran negara terutama di negara pelbagai bahasa dan
(c) untuk dijadikan alat pembangunan atau kemajuan negara dalam berbagai-bagai bidang:
pendidikan, ekonomi, teknologi, budaya dan ilmu. Ketiga-tiga tujuan ini boleh jadi dan memang
biasa didorong sama ada secara sedar atau tidak oleh kesedaran dan semangat kebangsaan
(nasionalisme) atau boleh jadi juga ditentukan melalui perundingan politik seperti yang berlaku
di Malaysia dalam tahun 1956 apabila dasar bahasa yang kita warisi hari ini diterima melalui
proses yang disebut tolak-ansur antara kaum. Dalam kaedah politik ini unsur nasionalisme
Melayu memainkan peranan penting sebagai penggerak tuntutan supaya bahasa Melayu
dikembalikan kedaulatannya sebagai bahasa pemerintahan di negara yang merdeka
menggantikan kedudukan bahasa Inggeris. Tiada siapa yang dapat menentang tuntutan ini kerana
sejarah dan kekuatan sosiobudaya bahasa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dan diseluruh
rantau Nusantara atau Gugusan Pulau-Pulau Melayu ratusan tahun lamanya sebelum Tanah
Melayu dan Dunia Melayu dijajah oleh kuasa-kuasa Barat menjadi bukti kukuh untuk
mengabsahkan tuntutan itu. Kepentingan politik (misalnya soal kerakyatan), bahasa dan budaya
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI)
BBM
bangsa-bangsa lain yang menginap di Malaysia diterima oleh orang Melayu. Inilah asas tolak
ansur dasar bahasa itu.
1.1Definisi Dasar Bahasa
Dewan Bahasa dan Pustaka (1997) menyatakan bahawa dasar ialah bahagian
terpenting, faktor terpenting, paling asas atau pokok. Berdasarkan pada kenyataan Dewan Bahasa
dan Pustaka di atas maka dapat dikatakan dasar ialah asas dan bahagian terpenting dalam sistem
pendidikan. Menurut Sufean Hussin (2002) dasar ialah ketetapan dalam proses pengurusan
organisasi atau kerajaan yang tidak statik kerana motifnya bersandar sama ada pada politik,
ekonomi dan sosial, serta sains dan teknologi. Berdasarkan kenyataan Sufean Hussin (2002) kita
dapati dasar ialah suatu bidang pengurusan dalam sesuatu organisasi atau sebuah kerajaan yang
banyak dipengaruhi oleh pelbagai faktor sebagai contoh ekonomi, politik dan sosial.
Mengikut Kamus Dewan pula Bahasa membawa maksud sistem lambang bunyi suara
yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam satu kelompok Malaysia untuk melahirkan
perasaan atau fikiran (Kamus Dewan 1998:37)
Setiap negara di dunia ada dasar bahasa. Dasar bahasa itu digubal bukan untuk main-main atau
untuk memenuhi semangat kebangsaan semata-mata tetapi untuk tujuan yang pragmatik dan
untuk kebaikan dan kepentingan negara. Maka wajiblah rakyat dan segala pihak di negara ini
mematuhi atau menghormati dasar bahasa itu. Ada negara yang rakyatnya sangat menghormati
dasar bahasanya. Sebagai contoh, di negara Perancis, jikalau terdapat sebuah kedai (pihak
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI)
BBM
swasta) mempromosi barangannya dalam bahasa asing, misalnya Bahasa Inggeris, orang
Perancis berasa mereka berhak membantah perbuatan itu kerana perbuatan itu melanggar atau
tidak menghormati dasar bahasa negara Perancis.
Kita di Malaysia pun mempunyai dasar bahasa sendiri. Bahasa Melayu ialah bahasa
kebangsaan, menurut Akta atau undang-undang bahasa yang ada selama ini, hendaklah
digunakan sebagai bahasa urusan rasmi kerajaan dan negara. Dasar ini seharusnya dihormati oleh
semua pihak di negara ini. Bahasa Melayu ialah bahasa yang diketahui oleh hampir semua rakyat
Malaysia. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah dengan jelas
diperuntukkan di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Sebagai undang-undang utama
negara Perlembagaan tonggak dan kayu ukur bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh
Parlimen, Dewan-Dewan Undangan Negara dan segala dasar kerajaan. Peruntukkan di bawah
Perkara 152 tidak boleh dipinda oleh Parlimen kerana kata putus terletak di tangan Majlis Raja-
Raja. Ini dinyatakan dengan jelas oleh perlembangaan di bawah Perkara 152 (5).
1.2 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan.
Salah satu masalah yang dihadapi oleh negara berbilang bangsa dan bahasa seperti
Malaysia ialah masalah bahasa apakah yang patut digunakan sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi kerajaan atau negara. Ini bukan sahaja merupakan masalah ideolagi yang berkait
dengan soal nasionalisme, perpaduan bangsa dan jati diri negara tetapi juga masalah
pragmatisme yakni masalah fungsi bahasa itu sebagai alat pembangunan negara. Untuk
menyelesaikan masalah ini Malaysia memilih bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara untuk
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI)
BBM
menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi negara yang merdeka selepas tahun 1957 di
samping mengangkat tarafnya menjadi bahasa kebangsaan yang diharap akan berfungsi sebagai
bahasa komunikasi luas dalam masyarakat pelbagai kaum dan bahasa.
Sebagai Bahasa Kebangsaan kepada negara baru yang berdaulat. Bahasa Melayu
dikehendaki memikul beban tugas baharu. Selain bahasa rasmi negara, ia menjadi bahasa
pentadbiran, bahasa perhubungan awam dan bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan
institusi pengajian tinggi. Semua ini dipikul peringkat demi peringkat oleh Bahasa Melayu sejak
tahun 1957, ketika negara mencapai kemerdekaan. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan jelas termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Fasal (1) Perkara 152 dalam
Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa: “Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan
hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-
undang Parlimen…” Profesor Asmah Haji Omar dalam bukunya “Perancangan Bahasa” dengan
Rujukan Khusus Kepada Perancangan Bahasa Malaysia telah mengistiharkan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara. Berdasarkan
definisi ini, kita pasti Bahasa Kebangsaan mempunyai fungsi yang besar kerana ia menjadi
lambang persatuan dan kedaulatan negara. Fungsi bahasa Melayu dan bahasa lain dengan jelas
dan tegas disebut dalam Perlembagaan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
(Disemak 1971). Malahan daripada kedua-dua sumber tersebut telah diperluas tafsiran terhadap
kedudukan dan fungsi bahasa Melayu dalam beberapa undang-undang yang lain serta dalam
peraturan-peraturan jabatan dan surat Pekeliling Kerajaan.
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI)
BBM
1.3 Kedudukan Bahasa Melayu Dalam Perlembagaan
Bahasa Melayu telah mengalami proses perlembagaan yang begitu pesat. Sejak
merdeka Bahasa Melayu telah dinaikkan martabat sebagai bahasa kebangsaan yang
menggantikan Bahasa Inggeris yang ketika itu menjadi bahasa rasmi tunggal negara dan bahasa
pengantar utama di sekolah kebangsaan di peringkat rendah ke peringkat menengah tinggi
sampai ke peringkat pengajian tinggi. Selain itu, Bahasa Melayu menjadi pendukung dan
berperanan sebagai bahasa perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang
kaum dan berlainan agama.
1.4 Definisi Bahasa Melayu
Berlandaskan Kamus Dewan ‘Bahasa’ membawa maksud sistem lambang bunyi suara
yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam satu kelompok untuk melahirkan perasaan atau
fikiran (Kamus Dewan 1998:37). Manakala ‘Melayu’ didefinisikan sebagai nama asal bangsa
yang mendiami seluruh daerah Nusantara di Asia Tenggara serta bahasanya ataupun nama suku
bangsa terutama sekali di Semenanjung Tanah Melayu (Kamus Dewan 1998:440). Oleh itu boleh
disimpulkan bahawa bahasa Melayu adalah kata-kata yang disusun menurut tatabahasa dan
digunakan oleh seseorang dalam percakapan atau tulisan yang diterima dan diguna pakai oleh
rakyat sesebuah negara sebagai alat perhubungan dan juga menjadi kebanggaan negara.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, kedudukan bahasa Melayu adalah termaktub dalam
Perkara 152 mengikut Perlembagaan Malaysia. Di bawah artikel 152 mengatakan bahawa
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI)
BBM
Perlembagaan Malaysia itu sendiri memperuntukkan Bahasa Kebangsaan di Malaysia ialah
Bahasa Melayu. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak
menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan
sekalipun dengan menggunakan dana awam. Ini terbukti kewujudan Perkara 152 tidak boleh
dipadam kerana Perkara 152 (5) menetapkan bahawa perkenan Majlis Raja-Raja diperlukan
sekiranya ia hendak dipinda (Edisi Februari 2006)
Perkara 152, Bahasa Kebangsaan memperuntukkan:
1)Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan
melalui undang-undang oleh Parlimen.
Dengan syarat bahawa:
(a)Tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud
rasmi) atau daripada mengajarkan atau belajar apa-apa bahasa lain dan
(b)Tiada apa-apa juga dalam Fasal ini boleh menjelaskan hak kerajaan Persekutuan atau hak
mana-mana kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian
bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.
1)Walau apa pun peruntukkan Fasal (1) selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka dan
selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan di
dalam kedua-dua Majlis Parlimen di dalam Dewan Undangan tiap-tiap Negeri dan bagi segala
maksud rasmi yang lain.
2)Walau apa pun peruntukkan Fasal (1) selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka dan
selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, teks sahih –
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI)
BBM
a)Segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan kepadanya yang hendak
dicadangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen; dan
b)Segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiary yang dikeluarkan oleh Kerajaan
Persekutuan, hendaklah dalam Bahasa Inggeris.
1)Walau apa pun peruntukkan Fasal (1) selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka dan
selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam
Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dalam Bahasa
Inggeris;
Dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju keterangan
yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan ke dalam atau
direkodkan dalam Bahasa Inggeris.
1)Walau apa pun peruntukkan Fasal (1) sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala
prosiding di dalam Mahkamah Rendah, selain pengambilan keterangan, hendaklah dalam Bahasa
Inggeris.
2)Dalam Perkara ini ‘maksud rasmi’ ertinya apa-apa maksud kerajaan sama ada Kerajaan
Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa
awam.
1.5 Fungsi Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan
Bahasa Kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan sesuatu
bangsa atau negara secara unik. Selain itu, Bahasa Kebangsaan ialah bahasa yang diangkat
menjadi bahasa utama sesebuah negara yang berdaulat dan lazimnya digunakan sebagai bahasa
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI)
BBM
rasmi negara tersebut. Ia juga melambangkan jati diri negara dan kewarganegaraan bukti tentang
kedaulatannya yang membolehkan sesebuah negara berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
dengan negara berdaulat yang lain. Bahasa kebangsaan biasanya digunakan untuk wacana politik
dan undang-undang dan ditetapkan di dalam sesebuah kerajaan. Bahasa kebangsaan juga
mungkin berbeza dengan bahasa yang umum digunakan rakyat sesebuah negara. Semua yang
berdaulat mempunyai bahasa kebangsaan sendiri. Misalnya Bahasa Melayu di Malaysia, Bahasa
Inggeris di United Kingdom, Bahasa Perancis di Perancis, Bahasa Jepun di Jepun dan Bahasa
Jerman di Jerman. Sesetengah negara yang mempunyai lebih dari satu bahasa kebangsaan.
Contoh negara Kanada yang menggunakan bahasa Perancis dan Inggeris sebagai bahasa
kebangsaannya.
Merujuk negara kita yang majmuk ini, secara dasarnya tidak ada sesiapapun yang berhak
untuk membenci mana-mana bahasa pun yang dituturkan di negara ini. Begitu juga tidak waras
untuk kita membenci bahasa Melayu yang telah termaktub sebagai bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan negara ini. Kita perlu sedar akan konsep menuntut ilmu yang banyak adalah baik dan
meningkat taraf atau darjat kita termasuk jika kita belajar bahasa yang banyak (bahasa apa pun)
dan bukan sebaliknya. Dengan sikap keterbukaan akan membantu kita ke arah menjiwai Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia yang turut
menjadi bahasa pengucapan ‘Kelima terbesar di dunia’ (disesuaikan daripada kertas kerja yang
dibentang semasa Konvesyen Munsyi Dewan (DBP) “Memperkasa Bahasa Melayu di Sektor
Swasta: Satu Tinjauan Selepas 50 tahun Merdeka”, pada 18-21 April 2008 di Hotel Crown
Princess, Kuala Lumpur). Martabat Bahasa Melayu sepatutnya dijaga daripada sekecil-kecil
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI)
BBM
perkara termasuk nama sehinggalah kepada hal yang lebih besar berkaitan dengan pengisiannya,
pembakuan sebutan, tatabahasa, istilah dan laras bidang ilmu.
Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 merupakan punca kuasa utama usaha
memperkasa Bahasa Melayu di Malaysia. Apabila Bahasa Melayu diistiharkan dalam
Perlembagaan sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu (atau kemudiannya
Malaysia) itu bererti Bahasa Melayu sudah berubah taraf dan fungsi sebagai ‘Bahasa
Kebangsaan Melayu’ kepada Bahasa Kebangsaan Negara Malaysia.
1.6 Isu Berkaitan Dasar Bahasa Kebangsaan
Pada Julai 2002, Mesyuarat Khas Jemaah Menteri , waktu itu Mantan Perdana Menteri
Tun Dr. Mahathir Mohamad meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Pada Januari 2003, dasar ini diperkenalkan
berperingkat-peringkat dimulai dengan Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan
Tingkatan 4 untuk sekolah menengah. Pada Januari 2007 pelaksanaan penuh PPSMI untuk
peringkat sekolah menengah. Pada Mac 2009 satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya
meningkatkan empat peratus penguasaan Bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat
untuk mempelajari Sains dan Matematik. Kajian 53 pakar bahasa merumuskan bahawa dasar
kontroversi tersebut menimbulkan kerugian berganda kepada murid terutama kepada 75% murid
yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga matapelajaran
tersebut iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Pada 8 Julai 2009 Menteri Pelajaran Tan Sri
Muhyiddin Yasin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 dan
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI)
BBM
dua subjek itu akan diajar menggunakan Bahasa Melayu selain bahasa ibunda di sekolah jenis
kebangsaan. Kabinet memutuskan memansuhkan PPSMI 2012 setelah mendapati dasar tersebut
gagal mencapai matlamatnya untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan
pelajar dan pada masa yang sama menjejaskan pencapaian pelajar, khususnya di luar bandar
dalam kedua-dua subjek itu. Kemudian, PPSMI diganti dengan dasar ‘Memartabatkan Bahasa
Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang disifatkan sebagai strategi pendidikan
serampang dua mata .
DEFINISI MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH
BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang
sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub
dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar
utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.
Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional
dan antarabangsa.
TUJUAN MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH
BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI)
BBM
Tujuan utama memartabatkan Bahasa Malaysia adalah kerana Bahasa Malaysia
merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan
bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia.
Tujuan utama memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan
bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi
membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.
4.0 RASIONAL MBMMBI
4.1` Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran Sains dan Matematik di sekolah
rendah dan menengah menghakis kepentingan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dalam bidang
tersebut. Apabila para pelajar mula menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium untuk
berkomunikasi, ini akan menyebabkan mereka alpa untuk bertutur di dalam bahasa ibunda terutamanya
kepada anak-anak kecil yang masih di peringkat awal pendidikan. Oleh itu,kepentingan bahasa
ibunda secara perlahan-lahan akan terhakis dan tidak lagi menjadi bahasa utama untuk para pelajar
berkomunikasi sama ada di sekolah mahupun di rumah.
4.2 PPSMI telah melebarkan jurang pencapain Sains dan Matematik antara pelajar di bandar dan juga di luar
Bandar. Kanak-kanak lebih cepat belajar dalam bahasa ibunda, oleh itu kanak-kanak yang bahasa ibundanya
bukan bahasa Inggeris (luarbandar) akan ketinggalan berbanding kanak-kanak yang bahasa
ibundanyamerupakan bahasa Inggeris. Sekiranya perkara ini berlaku pada peringkat memahami konsep, ini
memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut, tidak dapat mengikuti peringkat pembelajaran
seterusnya dengan baik, menjadikan mereka sentiasa keciciran berbanding rakan-rakan
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI)
BBM
berbahasa Inggeris mereka. Tambahan pula, pelajar- pelajar di luar bandar juga tidak begitu
mahir dalam menguasai pertuturan dan juga penulisan menerusi medium bahasa Inggeris. Ini akan
menyebabkan kesukaran untuk memahami proses pengajaran dan pembelajarandan menyebabkan mereka
ketinggalan di dalam banyak aspek. Sebagai kesan,pencapaian mereka di dalam mata pelajaran Sains dan
Matematik khususnya akan merosot dan hal ini juga dapat menghakis minat untuk belajar akibat kehilangan
fokus.
4.3 Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1961 telah menekankan tentang perlunya
penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah dan dijadikan panduan. Seperti
kata pepatah Melayu, „‟‟Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas‟. Sejak 1956 lagi dasar pendidikan
Negara telah menekankan kepentingan terhadap penggunaan bahasa Melayu dan sehingga kini,
bahasa ibunda masih dituturkan di bibir-bibir rakyat Malaysia sebagai bahasa rasmi Negara. Ini
membawa maksud bahasa Melayu tidak pernah lupus ditelan arus kemajuan dan global yang
semakin pesat.
Kepimpinan Sekolah
Penambahan Masa P&P Bahasa Inggeris – peruntukan waktu bagi SK Tahap 1 dan Tahap 2
ditambah sebanyak 90 minit, manakala peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi SJKC/T Tahap 1
ditambah sebanyak 60 minit dan Tahap 2 ditambah sebanyak 30 minit. Perun tukan waktu
Bahasa Inggeris bagi Tingkatan 1 hingga 6 ditambah sebanyak 80 minit dan untuk Malaysian
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI)
BBM
University English Test (MUET) untuk Tingkatan 6 ditambah sebanyak 80 minit. Peruntukan
waktu Bahasa Inggeris bagi Matrikulasi ditambah sebanyak 3 jam.
Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Rendah – Transformasi Kurikulum Bahasa
Inggeris sekolah rendah menitikberatkan penguasaan literasi asas dan pengukuhan Bahasa
Inggeris melalui pendekatan modular.
Asas berbahasa (Back to Basics) – Kurikulum Bahasa Inggeris menitikberatkan pengukuhan
penguasaan asas Bahasa Inggeris dengan memberi penekanan kepada Phonics di samping
menerapkan elemen pembelajaran yagn menyeronokkan dalam modul Language Arts.
Pengajaran tatabahasa dalam konteks diberi penekanan khusus dalam modul tatabahasa.
Didik Hibur – Modul Language Arts menekankan aspek didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P
bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral
speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar. Bahan bacaan estetik seperti Sastera
Kontemporari Kanak-kanak, bahan Bacaan Awal Berstruktur dan Bacaan Ekstensif disediakan
bagi mendedahkan murid kepada Bahasa Inggeris pelbagai genre.
Elemen Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris – Kurikulum Bahasa Inggeris akan
mengintegrasi elemen matematik dan sains melalui tema yang berkaitan dan akan menumpukan
kepada istilah/kosa kata serta struktur ayat mata pelajaran berkenaan.
Penetapan Model Bahasa Inggeris – model Standard British English digunakan sebagai panduan
supaya setiap guru dapat merujuk kepada standard yang sama dari segi sebutan, penulisan dan
tatabahasa.
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI)
BBM
Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Menengah – Transformasi Kurikulum Bahasa
Inggeris akan menggunakan pendekatan modular. Setiap komponen kemahiran bahasa
mempunyai modul P&P tersendiri dan P&P tatabahasa akan diberi fokus dalam modul
Grammar.
Sumber P&P – Makmal Komputer akan ditambahbaik dengan perkakasan dan perisian supaya
boleh turut berfungsi sebagai makmal bahasa. Teknologi maklumat dimanfaatkan dalam P&P
Bahasa Inggeris melalui penggunaan perisian yang sesuai.
Guru – Bagi meningkatkan contact time yang berkualiti antara guru – murid, seorang guru
Bahasa Inggeris gred DG41 akan disediakan bagi membantu guru yagn mengajar kelas
berenrolmen besar (contoh: kelas melebihi 35 murid) di Tahun 1 dan 2.
Perkongsian dan Jaringan Guru – sinergi dalam kalangan guru amat penting untuk berkongsi
pengalaman dan pengetahuan tentang P&P yang termkini dan berkesan.
Kepimpinan Sekolah – Guru Besar dan Pengetua akan diberi lebih banyak pendedahan tentang
peranan mereka sebagai pengurus kurikulum. Mereka perlu memahami matlamat dan kehendak
kurikulum Bahasa Inggeris dan turut merancang program yang sesuai untuk mencapai objektif
yang ditetapkan. Jawatan Penyelaras BI akan diwujudkan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri
dan Pejabat Pelajaran Daerah. Program seperti English Camp atau English Village akan
dijalankan secara berterusan.
4.3.0 Pelaksanaan MBMMBI
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI)
BBM
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas( SPI ) Bil.
12/2011 Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa
Inggeris ( MBMMBI ) bertarikh 4 November 2011yang menjelaskan pelaksanaan Dasar
MBMMBI. Di bawah dasar MBMMBI, pengajaran sains dan matematik dilaksanakan
dalam bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan ( SK ) dan sekolah menengah , bahasa cina
di sekolah jenis kebangsaan Cina ( SJKC ) dan bahasa Tamil di sekolah kebangsaan Tamil
( SJKT ) . Bagi melicinkan pelaksanaan dasar tersebut dalam tempoh peralihan ini , garis
panduan telah disediakan bagi membantu pihak sekolah untuk membuat keputusan tentang
pemilihan bahasa dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran ( p & p ) sains dan
matematik .
4.3.1 Pihak sekolah boleh meneruskan p&p bagi sains dan matematik berdasarkan
situasi semasa yang sedang dijalankan di peringkat sekolah masing-masing kelas yang
menggunakan bahasa Malaysia dalam p&p sains dan matematik hendaklah terus
menggunakan bahasa tersebut atau kelas yang menggunakan bahasa inggeris dalam p&p
sains dan matematik juga boleh terus menggunakan bahan tersebut atau bagi kelas yang
menggunakan dwibahasa , penggunaan Bahasa Malalaysia amat digalakkan .Walau
bagaimanapun , penggunaan bahasa inggeris dibenarkan bagi menerangkan istilah dan
konsep. Murid juga dibenarkan untuk meneruskan p&p sains dan matematik dalam bahasa
yang dikuti sebelum ini.
4.3.2 Pemilihan penggunaan Bahasa Inggeris dalam p&p sains dan matematik tertakluk
kepada kesediaan guru dan murid di peringkat sekolah.Kesediaan guru bermaksud guru
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI)
BBM
yang sedia ada di sekolah untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris.Jawatan Kurikulum
Sekolah mempertimbangkan kesediaan murid untuk mengikuti p&p dalam Bahasa
Inggeris.Pihak sekolah dibenarkan untuk menentukan bilangan kelas yang akan
melaksanakan p&p sains dan matematik dalam bahasa inggeris / bahasa Malaysia
berdasarkan keputusan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.Sekolah akan dibekalkan dengan
buku glosari oleh Kementerian Pelajaran dalam usaha untuk membantu menerangkan
istilah dan konsep sains dalam p&p sains dan matematik.Sekolah juga boleh memuat turun
glosari daripada laman web Kementerian Pelajaran.
4.3.3 Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan dasar MBMMBI dalam tempoh
peralihan ini, satu pasukan petugas khas hendaklah ditubuhkan di peringkat KPM, JPN dan
PPD. Peranan pasukan petugas khas ini adalah untuk menjadi sumber
rujukan ,memantau,menyediakan laporan, menyelaras dan menyelesaikan isu-isu berbangkit
dan mengumpul data pelaksanaan MBMMBI.Setiap petugas hendaklah mengadakan
mesyuarat mingguan seperti setiap hari Rabu KPM dan dipengerusikan oleh KPPM, Setiap
hari selasa JPN bermesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah JPN dan setiap hari Isnin
, PPD bermesyuarat dan dipengerusikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah.Manakala
keurusetiaan dan urusan pendokumentasian bagi pasukan Petugas Khas adalah seperti
berikut. KPM diurusetiakan oleh Bahagian Sekolah Harian, manakala JPN dan PPD
diurusetia oleh Sektor Pengurusan Sekolah .
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI)
BBM
4.3.4 Dalam usaha menjayakan dasar ini, KPM mengangkat kembali matapelajaran
Bahasa Malaysia sebagai matapelajaran utama dan Bahasa Malaysia sebagai bahasa utama
negara. Semua rakyat negara Malaysia khususnya guru mestilah menjaga dalam memelihara
Bahasa Malaysia kerana hilang bahasa lenyaplah bangsa. Oleh demikian peruntukan masa
untuk pengajaran Bahasa Malaysia akan ditambah mulai tahun 2011 apabila dasar
MBMMBI dilaksanakan sepenuhnya .Pertambahan masa Bahasa Malaysia daripada 270
minit kepada 330 minit di SJKC/T, manakala untuk SK dikekalkan kepada 270 minit . Ini
menunjukkan komitmen Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha memartabatkan
kembali Bahasa Malaysia di sekolah.
4.3.5 Beberapa strategi telah diambil bagi menjayakan dasar MBMMBI ini . Antaranya
adalah pendekatan modular kurikulum Bahasa Malaysia.Penguasaan asas kemahiran
berbahasa diperkukuh melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik
menerusi modul p&p yang telah disediakan khas untuk dasar MBMMBI. Asas berbahasa
ditekankan dimana pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara berstruktur dan sistematik.
Justeru itu, jika seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan
bahasa kebangsaan akan terzahirlah citra dan keperibadian kita sebagai satu bangsa iaitu
bangsa Malaysia.
Pendekatan didik hibur dalam p&p ditekankan dalam KSSR yang
mana unsur ini boleh menarik minat dan menyeronokkan murid dalam mempelajari
Bahasa Malaysia. Selain itu, KSSR juga menekankan elemen-elemen kemahiran
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI)
BBM
mendengar, bertutur, menulis dan membaca serta tatabahasa dan seni bahasa.
Teknologi maklumat dan komunikasi dalam p &p. Penggunaan teknologi maklumat
seperti perisian, e-mel,laman sembang dan pembelajaran interaktif diwujudkan untuk
menarik minat pelajar. Buku panduan guru untuk pelajar tingkatan satu tahun 2012
dalam kemahiran bertutur dan berkomunikasi yang lebih berkesan dibekalkan di sekolah
sekolah.Program bacaan seperti NILAM dititikberatkan disemua sekolah.
Dalam melaksanakan MBMMBI, pihak kementerian memperkenalkan makmal bahasa
Di mana makmal komputer sekolah digunakan sebagai makmal bahasa bagi menyokong
dasar ini . Penggunaan makmal komputer sebagai makmal bagi P&P bahasa dilaksana
berasaskan beberapa perkara iaitu menjimatkan kos perolehan baru peralatan ICT untuk
makmal bahasa.Di samping itu, harus mengoptimumkan penggunaan makmal komputer
bagi p&p. Dengan ini dapat menggalakkan penggunaan ICT dalam proses p&p bahasa
di sekolah.Seterusnya dapat membantu guru dan murid memperkasakan Bahasa Malaysia
dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris.
Objektif makmal diperkenalkan ialah satu pendekatan dalam menambah baik
kurikulum pembelajaran bahasa dan disamping itu dapat menyediakan satu medium
DASAR BAHASA (TAJUK:MELESTARIKAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU MELALUI DASAR MBMMBI)
BBM
interaktif dan mnyeronokkan melibatkan fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Melalui penggunaan komputer juga, pelajar secara
individu atau kumpulan dapat mendengar, bertutur dan belajar bagi menyokong p&p
bahasa di dalam kelas sebenar dan ini akan meningkatkan daya kreativiti pelajar.Malah,
makmal bahasa ini juga menjadi pusat setempat untuk aktiviti persatuan bahasa misal
nya mendengar tape, memainkan bahan digital, slaid dan filem yang berkaitan.