HBML1103 Pengenalan Bahasa Melayu OUMjan2009Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnianya saya dapat
menyempurnakan “Assignment HBML1103 Pengenalan Bahasa Melayu ” untuk
Semester 2 OUM ini. Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada isteri dan anak-anak yang sangat memahami, serta doa restu daripada kedua ibu
bapa saya.
Penghargaan ini juga kami tujukan kepada Open University Malaysia dan Kementerian
Pelajaran Malaysia yang memberi peluang kepada saya untuk menimba pengetahuan di samping
rakan-rakan yang sentiasa memberi dorongan dan semangat. Tidak lupa juga kepada tutor
kesayangan kami En. Mohd Rosle Bin Said yang banyak memberi perhatian, panduan dan
tunjuk ajar serta bantuan yang tidak pernah jemu sehingga sempurnanya tugasan ini dengan
jayanya.
Akhir kata saya memohon maaf atas segala kekurangan yang ada dalam tugasan
ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dari pemberian Allah dan segala kekurangan dan
kelemahan itu datang dari kami. Mudah–mudahan Allah SWT yang Maha Pemurah,
melimpahkan ganjaran yang berlipat ganda dan taufik hidayahNya kepada kita semua,
Amin.
Ab Rashid bin Md Ihsan
660916105325
1.0 Pendahuluan
1.1 Pengenalan
HBML1103 Pengenalan Bahasa Melayu OUMjan2009Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
Dalam kesusasteraan Melayu Moden, sajak merupakan salah satu daripada
kesusasteraan rakyat yang lahir dalam bentuk tradisi lisan. Puisi ini lahir dalam berbagai-
bagai masyarakat. Sajak ini berkembang melalui pertuturan dan diwarisi lisan dari
generasi ke generasi yang lain menerusi tradisi lisan. Dengan kata lain, sajak merupakan
hasil kesusasteraan yang diwarisi yang dirakamkan dalam bentuk ingatan oleh ahli-ahli
masyarakat dan dianggap sebagai milik bersama mereka.
1.2 Pengertian Sajak
Sajak berasal daripada perkataan Arab iaitu “ saj “ yang bermaksud karangan
puisi. Ianya diiktiraf sebagai sebagai puisi moden . Pemilihan kata-kata dalam sajak ini
begitu indah bersesuaian dengan mesej dan nada puisi. Bentuk sajak ini bebas berbanding
dengan puisi dan syair.
1.3 Latar Belakang Sajak
Kemunculan puisi moden atau sajak secara umumnya dapat dikatakan beriringan
dengan kemunculan sikap dan fikiran baru dalam masyarakat kita. Perubahan berlaku
agak perlahan dan tidak drastik. Puisi moden yang pertama dihasilkan oleh Omar
Mustaffa dalam tahun 1913. Karyanya berjudul Angan-Angan dengan Gurindam tersiar
dalam Utusan Melayu, 18 Januari 1913. Usaha Omar Mustaffa tidak segera diikiuti oleh
penulis-penulis lain. Hanya setelah dua dekad kemudian – dalam tahun 1933 – barulah
muncul sajak-sajak yang lebih dikenali sajak-sajak awal Tanah Melayu.
Semenjak tarikh tersebut, muncul lagi sajak-sajak yang lebih moden. Sajak-sajak yang
tercipta jelas membawa kemajuan dari segi tema dan gaya. Penyair yang mencipta sajak-
sajak tersebut rata-ratanya bergerak dalam Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50).
Dalam sesebuah sajak, apa yang dipentingkan ialah ceritanya yang dijadikan
dalam bentuk puisi dan disampaikan dengan menarik sekali. Hal ini sesuai dengan tujuan
dan peranan sajak dengan masyarakatnya iaitu bertujuan untuk menghiburkan dan
bermesej.
Analisis Sajak Rumah Baru karya Haron A.H
HBML1103 Pengenalan Bahasa Melayu OUMjan2009Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
Telah kita siapkan rumah baruuntuk anak-anak berteduhkerana kita diamanahkanmendewasakan mereka
menjadi warga bijaksanamenjelang tahun wawasan
Telah kita siapkan rumah barudi atas tiang muafakatair, pasir, dan simen
dari tangan pelbagai bangsanegara yang tumbuhatas bumi toleransi
Telah kita siapkan rumah baruberwajah kebangsaan
agar penghuni saling ramahrajin memberi dan menerima
juadah kesejahteraansampai akhir zaman
2.0 Aspek Bahasa
Berdasarkan sajak tersebut, beberapa bentuk bahasa telah digunakan oleh
penulis sajak tersebut. Berikut adalah beberapa bentuk bahasa yang telah digunakan oleh
penulis dalam penulisan sajaknya iaitu :
a) Kiasan terus : iaitu kiasan yang mempunyai makna lain daripada makna asal.
Contoh dalam sajak ini ialah ayat di bawah ini :
di atas tiang muafakat
HBML1103 Pengenalan Bahasa Melayu OUMjan2009Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
Jelas di sini bahawa penggunaan bahasa tiang muafakat adalah memabawa makna dan
maksud semangat kerjasama, gotong-royong dan perpaduan.
b) Bahasa Pembenar. : iaitu bahasa yang mengiyakan atau mengesahkan
sesuatu keterangan atau kenyataan. Contoh dalam sajak ini ialah ayat :
kerana kita diamanahkan,
mendewasakan mereka
Dua ayat ini secara jelas menyatakan bahawa satu pernyataan yang jelas bahawa
anak –anak kecil adalah tanggungjawab orang dewasa terutamanya ibu bapa dan
penjaga yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam proses mendidik, memberi kasih-
sayang dan membesarkan mereka.
c) Kiasan melompat : iaitu kiasan yang melangkah satu tingkat atau lebih
daripada benda yang asal atau yang sebenar. Contoh dalam sajak ini ialah :
Mendewasakan mereka.
Perkataan mendewasakan di sini adalah membawa maksud peranan ibu bapa atau
penjaga setiap anak –anak dalam proses membesarkan anak masing- masing sehingga
anak itu dewasa dan boleh berdikari sendiri.
d) Kiasan berbunga : iaitu kiasan yang menggunakan rangkain atau rangkai
kata yang indah. Contoh dalam sajak ini ialah :
Dari tangan pelbagai bangsa, atas bumi toleransi
HBML1103 Pengenalan Bahasa Melayu OUMjan2009Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
Penggunaan rangkai kata dari tangan pelbagai bangsa adalah satu bahasa kiasan yang
indah di mana ianya mengambarkan tentang kesepakatan semua kaum yang terdapat di
dalam negara ini dalam usaha untuk mendidik anak-anak.
Begitu juga dengan rangkai kata atas bumi toleransi yang mengambarkan tentang
suasana masyarakat majmuk negara ini yang hidup dengan suasana harmoni , bertolak –
ansur dan aman damai.
3.0 Aspek Nilai
Nilai yang ada pada sajak ini ialah menunaikan amanah, kebijaksanaan(bertolak
ansur), tanggungjawab kepada Negara (berwawasan), perpaduan kaum (bersatu padu)
dan kemesraan (bekerjasama). Anak – anak adalah satu penyambung generasi akan
datang. Pada merekalah penyambung kepada kepimpinan, ahli sains, pendidik, tenaga
kerja dan sebagainya dalam menarajui negara ini pada masa depan. Sajak ini secara sinis
mengingatkan kepada kita bahawa pembentukan generasi yang berkualiti amat penting
untuk menjamin kesejahteraan akan datang.
4.0 Aspek Struktur
4.1 Tema
Berdasarkan isi dan tema, perkara pokok yang ingin disampaikan oleh penyajak
ialah sikap bertanggungjawab dan bersatu hati masyarakat majmuk yang terdiri daripada
berbilang kaum dalam menjayakan wawasan Negara demi mencapai kesejahteraan dan
keharmonian hidup. Di dini penyajak memaparkan satu pengalaman hidup yang
ditempuhi dalam kehidupan sehariannya.
4.2 Persoalan
HBML1103 Pengenalan Bahasa Melayu OUMjan2009Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
Ada beberapa persoalan yang cuba dinyatakan oleh penyajak dalam sajak ini.
4.2.1 Generasi muda pada hari ini haruslah sedar akan tanggungjawab mereka
kerana masa depan Negara adalah terletak di tangan mereka.
4.2.2 Dalam Negara yang rakyatnya berbilang bangsa seperti Malaysia, amat
perlu dan pentingnya kerjasama, bertoleransi dalam pergaulan serta
perpaduan antara kaum.
4.2.3 Negara kita perlu mempunyai identity tersendiri demi mengekalkan
keunikan dan keistimewaannya.
4.3 Bentuk
Sajak ini berbentuk bebas. Rima akhir bebas.Keseluruhan sajak ini mempunyai
tiga rangkap. Setiap rangkap mempunyai enam baris. Panjang setiap baris tidak sama
( dua hingga lima patah perkataan ). Ini dapat dilihat seperti berikut:
Telah kita siapkan rumah baruuntuk anak-anak berteduhkerana kita diamanahkanmendewasakan merekamenjadi warga bijaksanamenjelang tahun wawasan
Manakala bilangan sukkatanya terdiri di antara 8 hingga 11 suku kata
Te/lah ki/ta si/ap/kan ru/mah ba/ru (11 suku kata)un/tuk a/nak/-a/nak ber/te/duh ( 9 suku kata)ke/ra/na ki/ta di/a/ma/nah/kan (10 suku kata)men/de/wa/sa/kan me/re/ka ( 8 suku kata)men/ja/di war/ga bi/jak/sa/na ( 9 suku kata)men/je/lang ta/hun wa/wa/san ( 8 suku kata)
4.4 Gaya bahasa
Unsur gaya bahasa yang menarik salam sajak “Rumah Baru” karya Haron
A.H, iaitu ayat yang tepat dan lagi puitis. Sajak ini memperlihatkan aspek pengulangan
perkataan Contohnya ‘ Telah kita siapkan rumah baru ‘ dalam setiap perkataan di awal
HBML1103 Pengenalan Bahasa Melayu OUMjan2009Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
perenggan( anaphora). Metafora iaitu perbandingan yang tidak jelas. Penggunaannya
secara langsung tanpa menggunakan perkataan seperti, bak, umpama.. Perbandingan
Simile iaitu membandingkan sesuatu keadaan, suasana, peristiwa diberi perbandingan
dengan manusia.
4.5 Nada
Nada dalam sajak ini adalah PatriotikSimile iaitu membandingkan sesuatu keadaan, suasana, peristiwa diberi perbandingan
dengan manusia.
4.6 Menyampaikan pengajaran
Usaha mendidik generasi muda tentang pentingnya wawasan negara perlu
ditingkatkan agar mereka tidak lupa akan tanggungjawab mereka. Di samping itu,
kerjasama di kalangan rakyat sesebuah negara amat penting demi mencapai matlamat
membangunkan dan memajukan negara. Hubungan kemasyarakatan yang erat dan mesra
terutamanya antara kaum perlulah dijaga agar kehidupan yang aman dan harmoni dapat
terus dinikmati.
5.0 Penutup
Berdasarkan perbincangan di atas, jelas terbukti dan menunjukkan bahawa sajak
ini yang telah didokumentasikan dan dibincangkan di sini adalah tergolong dalam
kategori sajak atau puisi melayu moden. Kesahihan penggolongan ini adalah terbukti
berdasarkan beberapa kriteria yang telah dibincang itu iaitu definisi, ciri-ciri, fungsi dan
kepentingan cerita tersebut dalam konteks masyarakat Melayu ketika itu. Malahan tidak
dapat dinafikan, sajak ini mengekalkan ciri-ciri sajak yang baik dan menunjukkan ciri-
ciri kelisanannya yang hingga kini masih menjadi warisan dan kebanggaan serta
khazanah bangsa yang tidak ternilai harganya.
HBML1103 Pengenalan Bahasa Melayu OUMjan2009Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tingkatan : 3 Cerdas Masa : 60 minit Tajuk : Pemahaman Topik : Puisi Moden : Sajak Rumah Baru Hasil Pembelajaran(Objektif)10.4Aras 1
: 10.4 Pada akhir pelajaran-pembelajaran, diberi kertas edaran, para pelajar dapat memahami dan menjawab soalan tentang sajak Rumah Baru dengan cara memberikan tema, persoalan, nilai serta pengajaran sajak tersebut secara lisan atau bertulis di dalam kertas lembaran kerja dalam masa yang ditetapkan.
Strategi Pengajaran : i.ii.
Koperatif- Kerja BerkumpulanDirektif - Penerangan
Penyerapan Ilmu : i.ii.
SasteraHubungan Sosial
Kemahiran Generik Penerapan Nilai : i.
ii.iii.
BekerjasamaBertolak ansurBerwawasan
KBKK : i.ii.iii.iv.v.
Membanding dan membezakanMembuat PerkaitanMengeluarkan ideaMembuat penilaianMenganalisis
Kecerdasan Pelbagai
: i.ii.iii.iv.v.
BerbahasaInterpersonalIntrapersonalKinestatikImaginasi/Ruang
Alat Berfikir : Soalan dan penyoalan Media Pengajaran : i.
ii. iii.iv.v.vi.
Peta duniaNota EdaranKertas LatihanLembaran Pengurusan GrafikPita RakamanRadio
Pengetahuan Sedia Ada : Para pelajar telah pun tahu tentang wawasan negara, iaitu Wawasan 2020 sama ada menerusi pembacaan, hebahan media massa ataupun pergaulan dengan rakan-rakan.
HBML1103 Pengenalan Bahasa Melayu OUMjan2009Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
Langkah/
Masa(Peristiwa
Pengajaran)
Isi Pelajaran Kaedah Penyampaian Catatan
Set Induksi (10 minit) (Menarik
Perhatian) (Mengimbau Pengetahuan Sedia Ada)
(Menyampaikan Objektif)
Perbandingan antara negara maju dan aman damai dengan negara yang mundur dan porak peranda
Guru1. Guru memberikan suatu soalan perbandingan. 2. Guru meminta para pelajar membanding dan membezakan antara negara maju dengan negara yang mundur serta memberikan contoh. 3. Guru mengaitkan tajuk perbincangan denga topik pembelajaran.
Pelajar1. Pelajar membuat perbandingan.2. Pelajar menyatakan kebaikan tentang negara maju dan keburukan tentang negara mundur berserta contoh-contohnya.
KBKK : Membanding dan membezakanMengeluarkanidea Kecerdasan Pelbagai:BerbahasaIntrapersonalImaginasi/Ruang
Media Pengajaran:Peta Dunia
Langkah 1 (20 minit)
(Menyediakan Bahan
Rangsangan) (Memberikan
Maklum Balas)
Maksud rangkai kata dalam sajak
Guru1. Guru mengedarkan teks sajak Rumah Baru kepada pelajar. 2. Guru mengarahkan pelajar membaca sajak secara senyap. 3. Guru memilih pelajar untuk mendekla-masikan sajak. 5. Guru menyoal pelajar tentang maksud beberapa rangkai kata dalam sajak tersebut. 6. Guru memberikan maklum balas.
Pelajar1. Pelajar membaca teks sajak secara senyap. 2. Pelajar yang terpilih mendekla-masikan sajak dengan gaya dan intonasi
KBKK:MengeluarkanideaMembuatpenilaian Kecerdasan Pelbagai:BerbahasaIntrapersonal Kertas Edaran – teks sajakLampiran 1
HBML1103 Pengenalan Bahasa Melayu OUMjan2009Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
tersendiri. 3. Pelajar yang terpilih maksud beberapa rangkai kata dalam sajak.
Langkah 2 (35 minit)
( Menyediakan Bahan
Rangsangan) (Memberikan
Maklum Balas)
Tema, Persoalan, Nilai dan Pengajaran
Guru1. Guru mem-bahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan. 2. Guru mengedarkan lembaran pengurusan grafik untuk di-lengkapkan. 3. Guru berbincang dengan pelajar tentang tema, persoalan, nilai, serta pengajaran sajak tersebut.
Pelajar1. Pelajar menerima lembaran pengurusan grafik yang diedarkan. 2. Pelajar berbincang sesama ahli kumpulan sendiri untuk menyiapkan tugasan tersebut. 3. Setiap kumpulan menyemak hasil kerja berdasarkan jawapan yang diberikan oleh guru.
KBKK:Meng-analisisMembuat PenilaianMengeluarkan IdeaMembuat Perkaitan Kecerdasan Pelbagai:BerbahasaInterpersonalKinestatikImaginasi/Ruang Nilai:BekerjasamaBertolak ansurBerwawasan Alat Berfikir:Soalan dan Penyoalan Lembaran Pengurusan GrafikLampiran 2
Penutup (15 minit)
(Memberikan Bimbingan)
(Pengukuhan)
Nota dan latihan sajak Rumah Baru
1. Guru mengedarkan nota dan latihan tentang sajak Rumah Baru. 2. Guru menyuruh pelajar membuat latihan dan ulang kaji di rumah. 3. Guru memasang pita rakaman deklamasi sajak Rumah Baru untuk mengukuhkan pemahaman pelajar.
1. Pelajar menerima nota dan latihan. 2. Pelajar mendengar rakaman deklamasi sajak.
Kecerdasan Pelbagai:BerbahasaIntrapersonal
Nota EdaranLampiran 3Pita rakaman Radio
HBML1103 Pengenalan Bahasa Melayu OUMjan2009Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
HBML1103 Pengenalan Bahasa Melayu OUMjan2009Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
Lampiran 1
Telah kita siapkan rumah baruuntuk anak-anak berteduhkerana kita diamanahkan
mendewasakan merekamenjadi warga bijaksana
menjelang tahun wawasan
Telah kita siapkan rumah barudi atas tiang muafakatair, pasir, dan simen
dari tangan pelbagai bangsanegara yang tumbuhatas bumi toleransi
Telah kita siapkan rumah baruberwajah kebangsaan
agar penghuni saling ramahrajin memberi dan menerima
juadah kesejahteraansampai akhir zaman
Haron A.HAnak Bumi Tercinta,
DBP 2001.
HBML1103 Pengenalan Bahasa Melayu OUMjan2009Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
Lampiran 2
Lembaran Pengurusan Grafik
...………………………………………………...............……………………………
……………………………………………………………..............…………………
………………………………………………………………………..............………
……………............…………………………………………………………………
……………………...........……….…………………………………………………
……………………………............…………………………………………………
...…………………………………............…………………………………………
……………………………………………...........…………………………………
……………………………………………………..................……………………
...………………………………………………………………..........……………
…………………………………………………………………………........…….
……………………………………………………………………………….........
HBML1103 Pengenalan Bahasa Melayu OUMjan2009Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
Lampiran 3
Baca puisi di bawah ini dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.
1. Generasi muda perlu dididik dan diberi kesedaran tentang wawasan negara kerana… A generasi muda merupakan golongan yang paling cerdik. B rakyat Malaysia kebanyakannya terdiri daripada generasi muda. C generasi muda merupakan pendukung utama dalam merealisasikan cita-cita
wawasan negara. D wawasan negara dibentuk khusus untuk golongan generasi muda sahaja.
2. Yang berikut merupakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam sajak kecuali… A
bekerjasama. B berwawasan. C bersatu padu. D bersopan santun.
3. Frasa berwajah kebangsaan dalam sajak bermaksud… A
bercirikan bangsa Melayu. B bertemakan kebudayaan . C beridentitikan Malaysia. D berunsur perkauman.
4. Pengajaran-pengajaran yang terkandung dalam sajak tersebut ialah… I kita perlulah bekerjasama untuk membangunkan negara II hubungan yang baik antara kaum perlu dijaga dan dikekalkan III kemajuan negara perlu diutamakan melebihi keperluan hidup yang lain IV generasi muda perlu dididik sewajarnya agar wawasan negara dapat dicapai
A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I, II, dan IV sahaja D I, II, III, dan IV
5.
Rangkai kata tiang muafakat, bumi toleransi, dan juadah kesejahteraan yang terdapat dalam sajak merupakan contoh bagi… A epifora. B anafora. C metafora. D hiperbola.
6. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang paling utama yang perlu dimiliki oleh sesebuah negara jika ingin menjadi sebuah negara yang maju dan harmoni? A mempunyai teknologi yang canggih dalam pelbagai bidang terutamanya dalam
bidang perindustrian B digeruni oleh negara-negara serantau dan antarabangsa kerana memiliki
kekuatan ketenteraan C rakyatnya hidup bersatu padu dan bekerjasama dalam membangunkan negara
HBML1103 Pengenalan Bahasa Melayu OUMjan2009Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
D memiliki kekayaan sumber semula jadi seperti minyak dan gas asli
5.0 Kesimpulan
Berdasarkan perbincangan di atas, jelas terbukti dan menunjukkan bahawa sajak
ini yang telah didokumentasikan dan dibincangkan di sini adalah tergolong dalam
kategori sajak atau puisi melayu moden. Kesahihan penggolongan ini adalah terbukti
berdasarkan beberapa kriteria yang telah dibincang itu iaitu definisi, ciri-ciri, fungsi dan
kepentingan cerita tersebut dalam konteks masyarakat Melayu ketika itu. Malahan tidak
dapat dinafikan, sajak ini mengekalkan ciri-ciri sajak yang baik dan menunjukkan ciri-
ciri kelisanannya yang hingga kini masih menjadi warisan dan kebanggaan serta
khazanah bangsa yang tidak ternilai harganya.
HBML1103 Pengenalan Bahasa Melayu OUMjan2009Ab Rashid Bin Md Ihsan IPTeknikKL660916-10-5325
RUJUKAN :
Haron A.H Anak Bumi Tercinta (2001) .Menggenerasikan Sastera(Sajak) dalam Kalangan Pelajar . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia (2005). Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Bahasa Melayu Tingkatan 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Portal Pendidikan Utusan – Tutor (Sajak Rumah Baru oleh Haron A.H.2001)http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.
Lokman abd Wahid (2007).HBML1103 Pengenalan Pendidikan bahasa Melayu Kuala Lumpur : Open University Malaysia