HASIL PEMBELAJARAN
Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat:1. Menerangkan hubung kait antara
pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia.
2. Menghuraikan dasar-dasar pembangunan ekonomi yang berkaitan dengan persoalan pertumbuhan ekonomi dan agihan di Malaysia.
3. Menghuraikan isu dan cabaran pengurusan ekonomi Malaysia bagi mewujudkan perpaduan nasional.
3.1 PENGENALAN3.2 ISU SOSIOEKONOMI PADA AWAL KEMERDEKAAN3.3 EKONOMI MENJADI ISU ETNIK3.4 DASAR EKONOMI BARU (DEB)3.5 KEJAYAAN EKONOMI MALAYSIA3.6 ISU DAN CABARAN3.7 KESIMPULAN
BAB 3LIMPAHAN KEMAKMURAN MERENTASI ETNIK
3.1 PENGENALANPertumbuhan dan pembangunan ekonomi
amat berkait rapat dengan kestabilan sosiopolitik dalam sesebuah negara.
STRATEGI MEMPEROLEHI KEHARMONIAN HIDUP ANTARA ETNIK & KESTABILAN
SOSIOPOLITIKKekayaan negara perlu
diagihkan dengan adil dan saksama agar
i. semua etnik dapat menikmati faedah pembangunan
ii. Mengelakkan ketegangan dan konflik dalam masyarakat.
SEJARAH PEMBANGUNAN EKONOMI MALAYSIA
Ekonomi sebelum Merdeka
3.2 ISU SOSIOEKONOMI PADA AWAL KEMERDEKAAN
•Penerusan dasar ekonomi bebas penjajah telah mewujudkan isu ekonomi di kalangan masyarakat pelbagai etnik..
3.3 EKONOMI MENJADI ISU ETNIK
Isu-isu kemiskinan dan ketidakseimbangan tersebut boleh mengugat perpaduan masyarakat sekiranya ia gagal ditangani oleh kerjaan termasuk:
-isu perbezaan pendapatan isi rumah -isu jurang berbezaan golongan kaya dan miskin. -isu jurang pendapatan golongan bandar dan
luar bandar.
• Kajian dan data menunjukkan tahap kemiskinan dikalangan etnik Melayu lebih menonjol pada tahun 1957-1970.
Jadual 1 Kadar Kemiskinan & Pendapatan Purata mengikut Etnik 1970
ETNIK % KADAR KEMISKINAN
PENDAPATAN PURATA
KELUARGA SEBULAN (RM)
MELAYU 64.8 172.00
CINA 26.0 394.00
INDIA 39.2 304.00
LAIN-LAIN 44.8 813.00
Bumiputera Chinese Indians
1970-1990
8.9% 7.4% 7.1%
1990-1999
8.7% 8.7% 9.3%
2000-2007
6.75 5% 4.9
2007-2009
7.2% 1.6% 2.6%
Wealth Health
•Equity share of all Malaysians increased (1970-1990)
•All groups enjoyed positive income growth
•Non-Malays assets remains high
LANGKAH MENGATASI KETAKSAMARATAAN EKONOMI
DI KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA
3.4 DASAR EKONOMI BARU (DEB)
DEB telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1971 hingga 1990.
• Usaha kerajaan bagi memperbaiki kedudukan ekonomi selepas tragedi 13 Mei 1969 dan strategi ke arah pembentukan perpaduan nasional.
• jendelamy.blogspot.com
DASAR EKONOMI BARU
LIHAT VIDEO MENGENAI DASAR EKONOMI BARU
DEB mempunyai agenda “serampang dua mata”:
1. menyatupadukan pelbagai etnik. 2. permulaan baharu kepada etnik Melayu
untuk bergiat di dalam bidang perdagangan, perindustrian dan perniagaan.
DEB berpegang kepada prinsip bahawa ketidakseimbangan ekonomi perlu diperbaiki untuk mengelakkan ketegangan dan konflik antara etnik dan seterusnya mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia.
FALSAFAH PERPADUAN MASYARAKAT
Falsafah yang menjadi panduan bagi mencapai perpaduan masyarakat ialah “pertumbuhan dengan agihan”.
perpaduan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang etnik, budaya dan agama akan dapat dicapai sekiranya perbezaan dan ketidakseimbangan ekonomi antara etnik dapat dihapuskan.
Berpusat kepada dimensi agihan antara etnik.
MATLAMAT: membasmi kemiskinan dan menstruktur
masyarakat.
DEB merangkumi dua objektif iaitu:
STRATEGI MEMBASMI KEMISKINAN
1. meningkatkan kualiti hidup golongan miskin dengan menyediakan perkhidmatan sosial.
2. meningkatkan pendapatan dan produktiviti golongan miskin dengan pemberian bantuan modal,teknologi, pemasaran dan latihan.
3.membuka lebih banyak peluang pekerjaan bagi membolehkan mobiliti golongan miskin untuk keluar daripada sector produktiviti rendah kepada sektor produktiviti tinggi.
(Shireen 1988)
Bagi mencapai objektif di atas, antara beberapa institusi dan agensi baru telah diwujudkan seperti:
PERLAKSANAAN STRATEGI MEMBASMI KEMISKINAN
STRATEGI PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT
Dilaksanakan melalui penyusunan semula: 1. corak guna tenaga;2. pemilikan modal saham dalam sektor
korporat 3.Pembentukan Masyarakat Perdagangan dan
Perindustrian Bumiputera (MPPB). kelas Melayu komersial yang boleh masuk
serta dalam sektor korporat;selaras untuk meningkatkan pegangan ekuiti
bumiputera.
Tiga peringkat penyusunansemula masyarakat
PERLAKSANAAN OBJEKTIF PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT
INDUSTRIAL COORDINATION ACT (ICA)Akta Penyelarasan Industri (API)
TUJUAN: mewujudkan penstrukturan ekuitidan pemilikan berdasarkan formula
pembahagian 30:30:40: 30 % peruntukan kepada bumiputera Melayu,30 % oleh bangsa asing, 40 % dimiliki oleh etnik Cina.
DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA
DASAR -DASAR UTAMA PEMBANGUNAN NEGARA
DASAR EKONOMI BARU (DEB) 1971 -1990
Matlamat utama adalah perpaduan nasional.
menekankan kepentingan mencapai sasaran sosio ekonomi seiring dengan mencapai objektif perkembangan ekonomi sebagai satu cara mewujudkan keharmonian dan perpaduan di dalam negara yang mempunyai pelbagai etnik.
DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN) 1991-2000
Meneruskan usaha DEB mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja dikalangan kumpulan etnik tetapi juga antara golongan kaya dan miskin serta antara wilayah
Ketidakseimbangan ekonomi akan dapat dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan saksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.
DASAR WAWASAN NASIONAL (DWN) 2001-2010
MODEL EKONOMI BARU (MEB) 2010
Pelengkap kepada DEB dan DPN
Capai perpaduan nasional Bangsa Malaysia yang berdaya saing, berdaya tahan, bersatu-padu, progresif, makmur dan saksama untuk memastikan perpaduan dan kestabilan sosial
Matlamat MEB : menjadikan Malaysia negara maju
berpendapatan tinggi dengan ciri keterangkuman dan kebolehmampanan menjelang 2020.
memupuk perasaan kekitaan di kalangan rakyat Malaysia. MEB mensasarkan pertumbuhan yang menyokong golongan miskin dan akan memastikan bahawa tiada kumpulan masyarakat yang dipinggirkan serta keperluan asas rakyat akan dipenuhi.
komitmen terhadap penjanaan pertumbuhan yang mampan.
DASAR -DASAR UTAMA PEMBANGUNAN NEGARA
3.5 KEJAYAAN EKONOMI MALAYSIA
• Bank Dunia mengiktiraf kejayaan ekonomi Malaysia sebagai salah sebuah negara “keajaiban ekonomi Asia Timur” (World Bank 1993).
• Selain itu, kejayaan ini dapat dikategorikan kepada tiga perspektif iaitu:a. pertumbuhan dan perubahan struktur ekonomi
yang pesatb. pembangunan manusia dan pengurangan
kadar kemiskinanc. kualiti hidup yang meningkat
a. Pertumbuhan dan perubahan struktur ekonomi yang pesat
• Sejak merdeka, ekonomi Malaysia mencatatkan kadar pertumbuhan KDNK yang membanggakan.
• Sejak 1960-an hingga 2007, kadar pertumbuhan sebanyak lima hingga 8.5%.
• Malaysia juga berjaya mengharungi era kemelesetan ekonomi pada tahun 1980-an dan hujung 1990-an.
• Pertumbuhan pesat ini juga telah membolehkan pendapatan per kapita meningkat dari RM721 pada 1960 kepada RM6099 pada 1990.
b. Pembangunan manusia dan pengurangan kadar kemiskinan• Pertumbuhan ekonomi negara yang pesat
dalam tempoh empat dekad yang lalu telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan iaitu daripada 52.4% pada 1970 kepada 17.1% pada 1990, seterusnya kepada 5.7% pada 2004.
• Bilangan isi rumah miskin dikurangkan dari 1juta isi rumah pada 1970 kepada 311,300 isi rumah pada 2004.
• Kemiskinan tegar dikurangkan dari 3.9% pada 1990 kepada 1.2% pada 2004.
c. Kualiti hidup yang meningkatPeningkatan dari aspek: kesihatan, pendidikan, pemilikan barang
keperluan asas, penyediaan infrastruktur awam dan sebagainya.
Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM) iaitu ukuran kebajikan dan kesejahteraan kehidupan memperlihatkan trend yang meningkat dari pada ke tahun.
3.6 ISU DAN CABARANDisebalik kejayaan
ekonomi Malaysia yang telah diperbincangkan, terdapat juga beberapa isu dan cabaran yang harus ditangani.
Isu dan cabaran tersebut merangkumi:
a. ketaksamarataan pendapatan yang semakin
melebar
isu pertumbuhan atau agihan
Menangani Isu & Cabaran
Antara strategi menangani isu & cabaran:
Dasar penswastaan diperkenalkan pada 1983.
Model Ekonomi Baru (MEB).
Program Transformasi Ekonomi (PTE).
3.7 KESIMPULAN
• Kerajaan berperanan penting di dalam mencari titik keseimbangan antara agenda pertumbuhan dengan agenda agihan yang adil.
• DEB adalah dasar negara yang dibentuk untuk mewujudkan perpaduan nasional.
• Falsafah pembangunan “pertumbuhan dengan agihan”
membawa kepada situasi menang-menang yang membawa kepad limpahan kemakmuran merentasi etnik.
Sambungan
• Sepanjang tempoh empat dekad yang lalu, ekonomi Malaysia mencatatkan prestasi yang sangat membanggakan.
• Namun, kepesatan ekonomi ini perlu diurus dengan bijak agar jurang antara kaya dan miskin serta ketaksamarataan pendapatan dapat ditangani.