22
BAB II
KONSEP DAN DASAR JUAL BELI MURÓBA×AH
2.1. Pengenalan
Pembiayaan mengikut prinsip Syariah, khasnya di Indonesia, telah ditetapkan di dalam
undang-undang nombor 21 tahun 2008 tentang Perbankan Syariah. Di dalam undang-
undang tersebut dinyatakan bahawa perbankan di Indonesia telah menerima kesahihan
prinsip-prinsip Syariah dalam operasi perbankan. Penerapan prinsip Syariah secara lebih
detail disebutkan dalam pasal 1 ayat 12 yang berbunyi sebagai berikut:
“Prinsip Syariah adalah prinsip hukum Islam dalam kegiatan perbankan berdasarkan
fatwa yang dikeluarkan oleh lembaga yang memiliki kewenangan dalam penetapan di
bidang Syariah.28
Berdasarkan peraturan tersebut, maka segala aktiviti yang dilakukan oleh
sesebuah institusi kewangan Islam mestilah sesuai dengan ketetapan yang telah
digariskan oleh Syariah. Di Indonesia, ketetapan Syariah dalam kewangan Islam diatur
dalam fatwa-fatwa Dewan Syariah Nasional Majlis Ulama Indonesia (DSN-MUI).
Dalam kaitannya dengan pembiayaan yang diberikan oleh sesebuah institusi
kewangan Islam, murÉbaÍah termasuk salah satu akad yang telah disepakati
keharusannya di dalam muamalah.29
Hal ini bermakna, jika sesebuah institusi kewangan
Islam ingin melaksanakan aktiviti murÉbaÍah, maka ianya mesti sesuai dengan
panduan-panduan yang telah ditentukan oleh para ulama.
28 Undang-Undang Republik Indonesia Nombor 21 Tahun 2008 tentang Perbankan Syariah, 3. 29 Mengenai hukum murÉbaÍah dalam muamalah akan didedahkan pada halaman 32.
22
Dalam bab ini akan didedahkan tentang konsep jual beli murÉbaÍah. Bermula
dari pengertian, konsep, syarat dan rukun jual beli murÉbaÍah, landasan dari al-Quran
dan hadith, serta pendapat para ulama tentang instrumen murÉbaÍah.
2.2. Konsep Jual Beli Dalam Islam
2.2.1. Pengertian Jual Beli
Jual beli dalam literatur fikah Islam disebut al-Bay„, makna secara lisan atau bahasa
bererti menukar sesuatu dengan sesuatu.30
Manakala jual beli secara syarak adalah tukar
menukar harta dengan harta untuk memiliki dan memberi pemilikan.31
AÍmad al-
SiyÉghÊ memberi pengertian jual beli sebagai tukar menukar barang yang dimiliki
dengan barang semisal.32
MuÍammad SakÍÉl al-MajÉjÊ33
menjelaskan bahawa
pengertian pemilikan barang boleh bererti wujud barang atau kemanfaatan. Dari
beberapa pengertian jual beli tersebut terdapat kesamaan yang mengandungi hal-hal
antara lain:
1. Aktiviti jual beli dilakukan oleh dua orang yang saling melakukan tukar-
menukar.
2. Tukar menukar tersebut berlaku atas sesuatu barang atau sesuatu manfaat dari
kedua-dua pihak.
3. Tukar menukar tersebut hukumnya sah, di mana kedua-dua pihak memiliki
sesuatu yang diserahkan dengan adanya ketetapan jual beli dengan pemilikan
abadi.
30
AbË ×asan ‘AlÊ Ibn MuÍammad Ibn ×abÊb Al-MÉwardÊ, al-×Éwiy al-KabÊr (Beirut: DÉr al-Kutub al-
‘Ilmiyyah, 1994), 5:10. 31
‘Abd AllÉh Ibn AÍmad Ibn QudÉmah al-MuqaddisÊ AbË AÍmad, al-MughnÊ (Kaherah: Hajar, 1992),
6:5. 32
Sharaf al-DÊn al-×usayn Ibn AÍmad Ibn al-×usayn al-SiyÉghÊ, al-RauÌ al-NadhÊr SharÍ Majmu‘ al-
Fiqh al-KabÊr (Thaifah: Maktabah al-Muayyid, 1968), 3:425. 33
MuÍammad SakÍÉl al-MajÉjÊ, AÍkÉm ‘Aqd al-Bay‘ fÊ al-Fiqh al-IslÉmiyyah al-MÉlikiy (Beirut: DÉr Ibn
×azm, 2001), 15.
22
2.2.2. Syarat jual beli dalam Islam
Adapun syarat jual beli adalah sebagai berikut:34
1. Hendaklah jual beli dilakukan dengan keredhaan kedua-dua pihak, dan tidak
boleh jual beli dengan didasari rasa benci, sebab jual beli yang didasari rasa
benci adalah tidak sah.
2. Tidak boleh melakukan jual beli sesuatu yang dilarang syarak disebabkan oleh
ketidaktahuan, syarat yang tidak sah, dan sesuatu yang sudah jelas dilarang
seperti jual beli mulÉmasah35
dan munÉbadhah36
.
3. Tidak boleh melakukan jual beli atas barang yang dilarang syarak seperti
khamar dan khinzir.
4. Hendaklah berpindah tempat setelah melakukan akad jual beli, dan ini dilakukan
sebagai tanda keredhaan kedua-dua pihak.
Syarat pertama sampai syarat ketiga merupakan syarat sah akad jual-beli,
manakala syarat keempat dilakukan setelah akad jual beli dinyatakan sah.
34
Al-MÉwardÊ, al-×Éwiy al-KabÊr, 13. 35
Jual beli mulÉmasah adalah jual beli suatu barang hanya dengan menyentuhnya tanpa dapat melihat
bentuk daripada barangnya disebabkan keadaan gelap atau sebab lainnya. Jual beli seperti ini dilarang
dalam Islam sebab mengandungi unsur gharÉr (ketidakjelasan). Lihat MuÍammad SakÍÉl al-MajÉjÊ,
AÍkÉm ‘Aqd al-Bay‘ fÊ al-Fiqh al-IslÉmiyyah al-MÉlikiy, 194. Lihat juga Hadith riwayat al-BukhÉrÊ,
KitÉb Al-BuyË‘, BÉb Bay„ al-MulÉmasah, no. 2144. AbË ‘Abd AllÉh MuÍammad Ibn IsmÉÊl Ibn
IbrÉhÊm Ibn al-MughÊrah al-BukhÉrÊ, ØaÍÊÍ BukhÉrÊ, (Kaherah: al-MaÏba‘ah al-Salafiyyah, 1403H),
2:101. 36
Jual beli munÉbadhah adalah jual beli dimana penjual membaling baju kepada pembeli, dan juga
sebaliknya. Atau penjual baju berkata "saya jual baju ini", lalu ia membaling kayu, di mana kayu itu
jatuh, maka baju itu yang dijual. Jual beli seperti ini adalah tidak sah. Lihat lebih jelas di AbË
MuÍammad MaÍmËd Bin AÍmad al-‘AinÊ, al-BayÉnah fÊ SharÍ al-HidÉyah (Beirut: DÉr al-Fikr, 1990),
7:211. Al-BukhÉrÊ, ØaÍÊÍ BukhÉrÊ, 2:101.
22
2.2.3. Rukun Jual Beli dalam Islam
Adapun rukun jual beli iaitu:37
1. ØÊghah, iaitu ucapan ÊjÉb (tawaran) dan qabËl (penerimaan), diibaratkan sebagai
petanda keredhaan kedua-dua pihak.
Menurut al-ImÉm al-ShÉfi'Ê, ÎÊghah mesti dengan ucapan kedua-dua
pihak, iaitu penjual dengan mengucapkan "saya jual" dan pembeli dengan
mengucapkan "saya beli". Tidak cukup hanya al-mu‘ÉÏah38
sahaja, melainkan
mesti ada ucapan "saya jual" sekaligus sebagai pengganti ucapan "saya beli".39
Manakala AbË ×anÊfah mensahkan ÎÊghah walau hanya dengan al-mu'ÉÏah.40
Ulama maliki juga berpendapat sebagaimana al-mu‘ÉÏah dibolehkan, justeru
boleh juga hanya dengan gerakan kepala atau isyarat tangan sebagai petanda
keredhaan.41
Begitu juga menurut al-ImÉm al-×anbalÊ, bahawa al-mu‘ÉÏah sah dalam ÎÊghah
jual beli.42
2. Al-‘Óqid, iaitu orang/pihak yang melakukan akad/kontrak secara langsung, sama
ada pihak pemilik mahupun pihak lain yang dijadikan wakil. Dan merupakan
syarat daripada al-‘Éqid ialah seseorang yang mukallaf, dan tidak termasuk di
dalamnya anak kecil atau orang gila sama ada dengan izin walinya atau tanpa
izin dari walinya.
37
AbË HÉmid MuÍammad Ibn MuÍammad al-GhazÉlÊ, al-WajÊz fÊ Fiqh al-ImÉm al-ShÉfi'Ê (Beirut:
Syirkah DÉr al-ArqÉm Ibn AbÊ al-ArqÉm, 1997), 277-280. Lihat juga al-NawawÊ, RauÌah al-ÙÉlibÊn
(al-Mamlakah al-‘Arabiyyah al-Su‘Ëdiyyah: DÉr ‘Ólam al-Kutub, 2003), 3:3-28. 38
Al-Mu‘ÉÏah bermakna penjual memberikan barang dan pembeli memberikan wang, walau tidak ada
percakapan antara kedua-dua pihak, kerana hal itu merupakan petanda keredhaan keduanya. 39
Lihat juga AbË IsÍÉq IbrÉÍÊm Ibn ‘AlÊ Ibn YËsuf al-ShÊrÉzÊ, al-Muhadhdhab fÊ Fiqh al-ImÉm al-ShÉfi'Ê
(Beirut: DÉr al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1995), 2:3-4. 40
AbË HÉmid MuÍammad Ibn MuÍammad al-GhazÉlÊ, al-WasÊÏ fÊ al-Madhhab, ed. AÍmad MaÍmËd
ibrÉhÊm (al-AzhÉr: DÉr al-SalÉm, 1997), 2: 8. 41
Muhammad SakhÉl al-MajjÉjÊ, AÍkÉm ‘Aqd al-Bay‘ fÊ al-Fiqh al-IslÉmiyyah al-MÉlikiy, 60. 42
WaÍbah al-ZuhailÊ, al-Fiqh al-×anbalÊ al-Muyassar bi Adillatih wa TaÏbiqÉtih al-Mu‘ÉÎirah
(Damsyik: DÉr al-Qalam, 1997), 2:227.
22
3. Al-Ma‘qËd ‘alaihi, iaitu barang yang dijadikan objek. Dan syarat al-ma‘qËd
‘alaihi ada lima, iaitu:
a. Suci.
Barang yang dijadikan objek tidak boleh barang yang mengandung najis,
seperti anjing, khinzir dan khamar.
b. Bermanfaat.
Hendaklah tidak melakukan akad jual beli terhadap barang yang tidak
bermanfaat, seperti jual beli kalajengking, ular dan semacamnya.
c. Kepemilikan mutlak
Tidak boleh menjual barang yang bukan miliknya.
d. Dalam jangkauan penyerahannya.
Tidak boleh menjual barang yang diluar jangkauan penyerahannya, seperti
jual beli burung merpati yang berada di udara atau ikan yang berada di
dalam air.
e. Jelas/maklum.
Barang yang dijadikan objek mestilah barang yang jelas wujudnya. Seperti
tidak boleh menjual lembu pada malam hari yang gelap kerana tidak jelas
wujud objeknya.
2.3. Jual Beli MurÉbaÍah
2.3.1. Pengenalan Jual Beli MurÉbaÍah
MurÉbaÍah adalah salah satu jenis jual beli di dalam muamalah. Jika diperhatikan di
dalam literatur fiqh, jual beli atau bay‘ terbagi dua jenis, iaitu al-musÉwamah dan al-
amÉnah. Bay‘ al-musÉwamah ialah kesepakatan dua pihak atas suatu harga barang
22
dengan melihat harga awal yang ditawarkan penjual. Contoh: Penjual memberikan
harga barang seratus, lalu pembeli menawar barang tersebut dengan harga delapan
puluh, maka berlakulah kesepakatan harga diantara keduanya iaitu Sembilan puluh.43
Manakala bay‘ amÉnah terbagi dalam tiga bahagian, iaitu bay‘ al-tauliyyah, bay‘ al-
waÌÊáh dan bay‘ al-murÉbaÍah. Bay‘ al-tauliyyah adalah penjual menjual barang
dengan harga awal tanpa mengambil keuntungan ataupun tanpa mengalami kerugian.
Bay‘ al-WadÊáh adalah penjual menjual barang dengan harga lebih rendah dari harga
awal . Bay‘ al-MurÉbaÍah adalah penjual menjual barang dengan harga awal ditambah
dengan keuntungan.44
Pelaksanaan instrument murÉbaÍah mesti menggunakan akad, dan akad
murÉbaÍah merupakan salah satu dari akad jual beli yang diketahui oleh ramai umat
muslim dan sudah ramai diaplikasikan di bank-bank Islam sebagai salah satu sarana
untuk pemilikan sesuatu barang dengan cara memesan kepada pihak bank, dan setelah
barang tersebut dimiliki oleh pihak bank selanjutnya dibeli oleh pemesan barang.45
MurÉbaÍah sangat berguna bagi seseorang yang memerlukan barang secara
mendesak akan tetapi kekurangan persediaan modal pada saat itu. Orang tersebut boleh
mengajukan pembiayaan kepada institusi kewangan untuk membelikan barang yang
diperlukannya, dengan perkiraan harga pembelian ditambah keuntungan (mark up).
43
Al-MÉwardÊ, al-×Éwiy al-KabÊr, 279. 44
AbË MuÍammad MaÍmËd Bin AÍmad al-‘AinÊ, al-BayÉnah fÊ SharÍ al-HidÉyah, 5. Lihat juga YËsuf
al-QaraÌÉwÊ, Bay‘ al-MurÉbaÍah li al-Ómir bi al-ShirÉ’ KamÉ TujrÊh al-MaÎÉrif al-IslÉmiyyah, 91. 45
‘Abd al-SamÊ‘ al-MiÎrÊ, al-TijÉrah fÊ al-IslÉm (MiÎr: DÉr al-TaufÊq al-NamËzajiyyah,1986), 65.
22
2.3.2. Pengertian MurÉbaÍah.
MurÉbaÍah berasal dari bahasa Arab, iaitu dari kata rabiha-yarbahu. Dalam kamus al-
mawrid kata rabiha-yarbahu bererti untung.46
Manakala dalam kamus LisÉn al-‘Arab,
murÉbaÍatun adalah kata terbitan dari arbaha-yurbihu yang bererti memberi
keuntungan.47
Dalam Mu‘jam al-WasÊÏ, kata MurÉbaÍah bererti juga keuntungan yang
terhasil dari jual beli, atau dengan kata lain penambahan harga di dalam perniagaan.48
Manakala dari segi istilah syarak, murÉbaÍah bermaksud proses jual beli dengan
keuntungan yang sedia maklum.49
Para ulama mendefinisikan murÉbaÍah dengan
berbagai redaksi yang berbeza namun masih menyatakan maksud yang sama. Al-ShÊrÉzÊ
dalam kitab al-Muhadhdhab50
, menjelaskan murÉbaÍah sebagai jual beli dengan
menyatakan harga modal dan besaran keuntungan, iaitu dengan mengatakan saya jual
barang ini seharga seratus, saya menjualnya pada harga awal dan ditambah keuntungan
satu dirham pada tiap sepuluh dirham. Atau boleh juga dengan mengatakan "saya jual
barang ini pada harga seratus sepuluh dirham, iaitu harga awal langsung digabung
dengan keuntungan.
Menurut Ibn QudÉmah51
, murÉbaÍah ialah menjual sesuatu dengan mengambil
keuntungan dan mengatakan bahawa modal awal saya adalah sekian dan keuntungan
yang saya dapat adalah sekian.
Al-MarghÊnÉnÊ dalam kitab "al-HidÉyah" mendefinisikan murÉbaÍah sebagai
pemindahan hak milik suatu barang dengan akad pada penetapan harga awal ditambah
keuntungan. 52
46
Rohi Baalbaki, al-Mawrid (Beirut: DÉr al-‘Ilm li al-MalÉyÊn, 1995), 575. 47
JamÉl al-DÊn MuÍammad Ibn Mukarram Ibn ManzËr, LisÉn al-‘Arab (Beirut: DÉr ØÉdir, 1990), 3:442. 48
IbrÉhÊm MusÏafÉ et al., al-Mu‘jam al-WasÊÏ (Turkey: al-Maktabah al-IslÉmiyyah, 1972), 1:322. 49
AbË Bakr Mas‘Ëd Ibn AÍmad al-KÉsÉnÊ, BadÉ’i‘ al-ØanÉ’Ê‘ fÊ tartÊb al-SharÉ’i‘ (Beirut: DÉr al-KitÉb al-
‘ArabÊ, t.t.), 5:135. 50
al-ShÊrÉzÊ, al-Muhadhdhab fÊ Fiqh al-ImÉm al-ShÉfi'Ê, 57. 51
‘Abd AllÉh Ibn AÍmad Ibn QudÉmah al-MuqaddisÊ AbË AÍmad, al-MughnÊ (Beirut: DÉr KitÉb al-
‘ArabÊ, 1392), 4:102.
22
Ibn Rushd memberikan definisi murÉbaÍah sebagai jual-beli barang pada harga
modal ditambah harga keuntungan yang telah disepakati.53
Dari berbagai definisi murÉbaÍah yang diberikan oleh para ulama di atas,
walaupun dengan redaksi yang berbeza, namun dapat diambil persamaan maksud
bahawa murÉbaÍah merupakan jual beli pada harga awal (modal) ditambah keuntungan,
sama ada penggabungan harga (modal+keuntungan) atau juga pengasingan harga antara
modal dan keuntungan.
Untuk lebih jelasnya kita lihat contoh jual beli al-murÉbaÍah adalah sebagai
berikut: Umpamanya seorang penjual mengatakan kepada seorang pembeli bahawa kos
untuk membeli rumah yang dijual ialah RM50,000.00 dan rumah itu dijual dengan
harga kos iaitu RM50,000.00 ditambah untung sebanyak RM10,000.00. maka jadilah
harga rumah itu RM60,000.00 yang boleh dibayar tunai atau tangguh pada suatu masa
yang akan datang yang dipersetujui. Bayaran secara tangguh boleh dibuat secara tunai
atau secara ansuran bulanan atau tahunan mengikuti perjanjian yang dibuat antara
kedua-dua pihak yang terlibat.54
Jual beli murÉbaÍah telah ramai dipraktikkan di bank-bank Islam. Pelaksanaan
jual beli murÉbaÍah terbahagi menjadi dua: yang pertama, iaitu jual beli murÉbaÍah
atas suatu barang yang sudah dikuasai atau belum dimiliki oleh pihak penjual (pihak
bank) ketika negosiasi atau berkontrak dengan pelanggan. Manakala yang kedua ialah
jual beli murÉbaÍah atas suatu barang yang belum dikuasai atau belum dimiliki oleh
penjual (pihak bank) ketika bertransaksi dengan pelanggan, sehingga mesti dibuat
perjanjian terlebih dahulu, iaitu janji oleh penjual (pihak bank) untuk membelikan
52
‘AlÊ Ibn AbÊ Bakr Ibn ‘Abd al-JalÊl al-MarghÊnÉnÊ, al-HidÉyah (Pakistan: IdÉrah al-Qur‘Én wa al-‘UlËm
al-IslÉmiyyah, 1417H), 5:156. 53
AbË al-WalÊd MuÍammad Ibn AÍmad Ibn MuÍammad Ibn Rushd, BidÉyah al-Mujtahid wa NihÉyah
al-MuqtaÎid (Beirut: DÉr al-Qalam, 1988), 2:216. 54
Joni Tamkin Borhan "Falsafah Ekonomi dan Instrumen Muamalah Dalam Amalan Perbankan Islam di
Malaysia, Jurnal Usuluddin 13 (Julai 2001), 131.
23
barang dan janji oleh pelanggan untuk membeli barang tersebut jika sudah menjadi
milik penjual. Jual beli yang kedua ini lebih dikenal dengan al- MurÉbaÍah li al-Ómir bi
al-ShirÉ’.55
Dalam Institusi Perbankan, prosedur pelaksanaan jual beli murÉbaÍah
biasanya terbahagi kepada empat tahapan, iaitu:56
1. Pelanggan atau calon pembeli mengajukan rayuan ke pihak bank untuk
membelikan barang yang diperlukan dengan menyebutkan ciri-ciri daripada
barang tersebut.
2. Pihak bank mempelajari rayuan dari pelanggan. Jika pihak bank bersetuju untuk
membelikan barang tersebut (barang yang sesuai ciri-ciri yang disebutkan calon
pembeli), maka pihak bank akan membuat kesepakatan harga barang, iaitu harga
modal ditambah harga keuntungan, jika pelanggan bersetuju dengan harga yang
diminta bank, maka pihak bank akan menetapkan akad perjanjian kepada pihak
pelanggan yang akan membeli barang tersebut.
3. Pihak bank membeli barang (jika pihak bank belum memilikinya), iaitu yang
sesuai dengan ciri-ciri yang diminta oleh pelanggan. Lalu jadilah barang tersebut
milik bank.
4. Jika barang tersebut sudah dimiliki bank, selanjutnya pihak bank
bertanggungjawab atas segala kerosakan barang dan mesti mengembalikan
barang ke penjual awal jika terdapat aib pada barang tersebut, sampai masanya
untuk melakukan jual beli dengan pelanggan sesuai syariat islam.
55
Muhammad Syafi‘i Antonio, Perbankan Syariah, dari Teori ke Praktik, 103. 56
‘Abd al-SamÊ‘ al-MiÎrÊ, Al-TijÉrah fi al-IslÉm, 67-68.
23
2.3.3. Hukum Jual Beli MurÉbaÍah dalam Islam
MurÉbaÍah adalah salah satu jenis kontrak jual beli, sebab itu murÉbaÍah dihukumi
sesuai dengan hukum jual beli.57
Jual beli termasuk muamalah dalam Islam dan
sesungguhnya hukum asal daripada muamalah adalah diharuskan, kecuali ada dalil nas
yang melarangnya. Maka hukum asal daripada sebuah akad adalah harus. Hukum
muamalah berbeza dengan hukum ibadah. Asal hukum ibadah adalah haram kecuali ada
dalil nas yang mengharuskannya.58
Perkara tentang jual beli sungguh terdapat dalam nas al-Quran, iaitu dalam surah
al-Baqarah (2): 275
.…وأحل اللو الب يع وحرم الربا ....
…..Dan Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan
mengharamkan riba…
Al-ImÉm al-ShÉfi‘Ê mengulas ayat ini dalam kitabnya "al-Umm", bahawa asal
daripada jual beli semuanya adalah harus (mubÉÍ) jika dilakukan atas dasar keredhaan
antara kedua-dua pihak. Kecuali apa-apa yang dilarang oleh Rasulullah saw.59
Menurut Ulama Hanafiyah, sebagaimana disebutkan oleh AbË Bakr al-
MarghÊnÉnÊ dalam kitab al-HidÉyah, bahawa berdasarkan ayat di atas jual beli
murÉbaÍah diharuskan selama masih mengandungi syarat-syarat keharusannya, iaitu
jelas barang dan harganya, tidak ada paksaan dalam berkontrak, al-‘Éqid sudah berakal
dan baligh, dan juga adanya pertukaran harta dengan harta.60
57
YËsuf al-QaraÌÉwÊ, Bay‘ al-MurÉbaÍah li al-Ómir bi al-ShirÉ’ KamÉ TujrÊh al-MaÎÉrif al-IslÉmiyyah,
15. 58
AbÊ ‘Abd al-RahmÉn ‘Abd al-MajÊd Jum‘ah al-JazÉirÊ, al-QawÉ„Êd al-Fiqhiyyah (Mamlakah : DÉr Ibn
Qayyim, 2006), 542. 59
Al-ImÉm MuÍammad Ibn IdrÊs al-ShÉfi'Ê, al-Umm (al-Munawwarah: DÉr al-WafÉ’, 2001), 4: 5. 60
Baca lebih jelas di Al-ImÉm BurhÉn al-DÊn AbË al-×asan ‘AlÊ Ibn AbÊ Bakr al-MarghÊnÉnÊ, al-HidÉyah
SharÍ BidÉyah al-Mubtadi’ (Pakistan: IdÉrah al-Qur‘Én wa al-‘UlËm al-IslÉmiyyah, 1417H), 5:3.
22
Imam Malik juga mengharuskan jual beli murÉbaÍah,61
dan pembeli mesti
membeli barang dari pihak kedua (yang membelikan barang untuknya) dengan harga
yang telah disepakati atas barang tersebut. Sebab ketika pembeli meminta pihak kedua
untuk membelikan barang, dia telah berjanji untuk membeli dari pihak kedua, dan hal
seperti ini termasuk ke dalam iltizÉm mÉlÊ (kesan kewangan).62
Ibn QudÉmah dalam kitabnya al-MughnÊ mengatakan bahawa bay‘ al- murÉbaÍah
adalah harus selama harga modal dimaklumi, iaitu dengan mengatakan "modal awal
saya di barang ini adalah 100, dan saya jual kepadamu seharga itu dengan keuntungan
saya 10."63
Menurut YËsuf al-QaraÌÉwÊ, ayat ini mengandungi makna jual beli secara luas,
sama ada jual beli barang dengan barang (al-muqayyadah), wang dengan wang (al-
Îarf), wang dengan barang (al-salÉm), barang dengan wang (jual beli mutlak), mahupun
jual beli kontan atau bertempoh, atau jual beli al-musÉwamah atau al-amÉnah (al-
murÉbaÍah, al-tauliyyah, dan al-wadÊ‘ah). Semua jual beli tersebut adalah halal, sebab
semua itu termasuk ke dalam jual beli yang dihalalkan oleh Allah SWT, kecuali apa-apa
yang diharamkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya melalui nas.64
2.3.4. Landasan Hukum Jual Beli MurÉbaÍah
2.3.4.1. Dalil Al-Quran
.... وأحل اللو الب يع وحرم الربا …
(Al-Baqarah (2):275)
Terjemahan: …Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga)
dan mengharamkan riba….
61
Al-ImÉm MÉlik Ibn Anas, Al-Mudawwanah al-KubrÉ (Beirut: DÉr ØÉdir, t.t.), 4:227. 62
MuÍammad RawÉs Qal‘ahjÊ, MabÉhith fÊ al-IqtiÎÉdiyyah al-IslÉmiyyah Min UÎËlih al-Fiqhiyyah
(Beirut: DÉr al-NafÉis, 1997), 142-143. 63
Ibn QudÉmah, Al-MughnÊ, 6:266. 64
Baca lebih jelas di YËsuf al-QaraÌÉwÊ, Bay‘ al-MurÉbaÍah li al-Ómir bi al-ShirÉ’ KamÉ TujrÊh al-
MaÎÉrif al-IslÉmiyyah, 15.
22
…ت باي عتم إذا وأشهدوا…
(Al-Baqarah (2): 282)
Terjemahan: …Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli...
نكم أموالكم تأكلوا ل آمنوا الذين أي ها يا منكم ت راض عن تارة تكون أن إل بالباطل ب ي …
(Al-NisÉ’ (4): 29)
Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan
(gunakan) harta-harta kamu di antara kamu dengan jalan yang salah (tipu,
judi dan sebagainya), kecuali dengan (jalan) perniagaan yang dilakukan
secara suka sama suka di antara kamu…
…يا أي ها الذين آمنوا أوفوا بالعقود (Al-MÉ’idah (5): 1)
Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta
sempurnakanlah perjanjian-perjanjian….
وأوفوا بالعهد إن العهد كان مسئول …
(Al-IsrÉ’ (17):34)
Terjemahan: …..Dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan
manusia), Sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.
… يسألونك ماذا أحل لم قل أحل لكم الطيبات
(Al-MÉ’idah (5):4)
22
Terjemahan: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah
(makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya katakanlah:
"Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik-baik….
وإذا كالوىم أو وزنوىم (٢الذين إذا اكتالوا على الناس يست وفون ) (١ويل للمطففني ) (٣يسرون )
(Al-MuÏaffifÊn (83):1-3)
Terjemahan: Kecelakaan besar kepada orang-orang yang curang (dalam
timbangan dan sukatan), (iaitu) mereka yang apabila menerima sukatan
(gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, dan
(sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain,
mereka kurangi.
2.3.4.2. Dalil dari hadith
1. Hadith daripada „Óishah r.a.:
ل إ اام ع ط ي د و ه ي ن ى م ر ت اش م ل س و و ي ل ع ى الل ل ص ب الن ن ا : أ ه ن ع الل ي ض ر ة ش ائ ع ن ع
و ع ر د و ن ى ر و ل ج أ
Terjemahan: Dari ‘Óishah r.a.: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah membeli
makanan daripada seorang Yahudi dengan menangguhkan bayaran kepada
tempoh yang ditentukan dan mencagarkan baju besinya sebagai jaminan.”65
Hal ini menunjukkan bahawa murÉbaÍah, iaitu jual barang dengan bayaran tangguh,
pernah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri yang membeli makanan daripada
seorang Yahudi dengan menangguhkan bayarannya.
65
Hadith riwayat al-BukhÉrÊ, KitÉb al-Rahn, BÉb: Man rÉhana dir‘ah. Lihat AbË ‘Abd AllÉh MuÍammad
bin IsmÉ‘Êl al-BukhÉrÊ, ØaÍÊÍ al-BukhÉrÊ (RiyÉÌ: Markaz al-DirÉsÉt wa al-I‘lÉm, t.t), 3:115.
22
2. Dari Suhayb al-RËmi r.a. :
ن ه ي ف ث ل ث : ) م ل س و و ي ل ع ى الل ل ص الل ل و س ر ال ق ال ق و ي ب أ ن ع ب ي ه ص ن ب ح ال ص ن ع
( ع ي ب ل ل ل ت ي ب ل ل ي ع الش ب ر ب ال ط ل خ إ و ة ض ار ق م ال و ل ج أ ل إ ع ي . الب ة ك ر الب
Terjemahan: Dari Suhayb r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiga
perkara yang di dalamnya terdapat berkat (iaitu), jual beli secara tangguh,
muqaradah, dan mencampur gandum dengan tepung untuk kegunaan di
rumah bukan untuk jualan.”66
Hal ini menunjukkan jual beli secara tangguh adalah dianjurkan, kerana terdapat
keberkahan di dalamnya.
3. Hadith daripada AbË NÉjiÍ :
ب أ ن اب ن ث د ح ال ق ان ي ف ا س ن ث د ح ابن عبد الل ي ل ا ع ن ث د ح ل ي ك ف ف ل س ي ل ) ف ال ق ح و ي
( م و ل ع م ل ج أ ل إ م و ل ع م
Terjemahan: “(Sesiapa yang berhutang), maka hendaklah mengikuti
timbangan yang tertentu kepada tempoh yang tertentu.”67
Hal ini menunjukkan sesiapa yang berhutang hendaklah mengikuti timbangan
yang tertentu dan dalam masa tempoh yang ditentukan.
66
Hadith riwayat Ibn MÉjah, KitÉb al-TijÉrÉt, BÉb al-Shirkah wa al-MuÌÉrabah, no. 2289. Lihat
MuÍammad Ibn YazÊd al-QazwÊnÊ, Sunan Ibn MÉjah, ed. MuÍammad NaÎÊr al-DÊn al-BÉnÊ (BeirËt: al-
Maktabah al-Ma‘Érif, 1417H), 392. 67
Hadith riwayat al-BukhÉrÊ, KitÉb al-Salam, BÉb: al-Salam fÊ Wazn Ma‘lËm. Lihat AbË ‘Abd AllÉh
MuÍammad bin IsmÉ‘Êl al-BukhÉrÊ, ØaÍÊÍ al-BukhÉrÊ (RiyÉÌ: Markaz al-DirÉsÉt wa al-I‘lÉm, t.t), 3:44.
22
2.3.4.3. Fatwa-fatwa Ulama
Terdapat beberapa fatwa ulama tentang keharusan hukum jual beli murÉbaÍah,
diantaranya:
1. Fatwa Penasihat Bayt al-TamwÊl al-Kuwait "Al-Syaikh Badr al-MutawalÊ ‘Abd
al-BasÊÏ" (Tarikh 4 JumÉdÊ Al-Ókhirah tahun 1399H)
Beliau diminta memberikan fatwa oleh ketua Majlis IdÉrah Bayt al-TamwÊl al-
Kuwait yang berhubungkait dengan keharusan dalam membeli barang secara
tunai untuk pelanggan, kemudian menjualnya kepada mereka dengan tangguh,
dan dengan harga yang lebih tinggi dari harga tunai. Atau seseorang yang ingin
membeli barang tetapi ia tidak mampu membayarnya secara tunai, kemudian
seseorang tersebut merayu kepada pihak Bayt al-TamwÊl al-Kuwait untuk
membelikan barang tersebut untuknya, lalu pihak Bayt al-TamwÊl al-Kuwait
membelinya dengan harga tunai dan menjual ke pelanggan dengan tangguh
beserta tambahan harga keuntungan seperti yang telah disepakati sebelumnya.
Maka Syaikh Badr al-MutawalÊ ‘Abd al-BasÊÏ menjawab bahawa sesungguhnya
apa yang diminta oleh pelanggan adalah dianggap sebagai janji. Dan beliau
mengakui bahawa para ulama telah berbeza pendapat mengenai janji seperti ini,
apakah janji seperti ini wajip dipenuhi atau tidak. Tetapi beliau lebih bersetuju
kepada pendapat Ibn Shubrumah yang mengatakan bahawa setiap janji yang
mengikat jika tidak menghalalkan yang haram dan tidak mengharamkan yang
halal maka janji itu wajip dipenuhi.68
68
YËsuf al-QaraÌÉwÊ, Bay‘ al-MurÉbaÍah li al-Ómir bi al-ShirÉ’ KamÉ TujrÊh al-MaÎÉrif al-IslÉmiyyah,
9.
22
2. Fatwa Muktamar Perbankan Islam yang Pertama di Dubai (JumÉdÊ Al-Ókhirah
1399H / Mei 1979)
Peserta yang hadir dalam persidangan tersebut sebanyak 59 Ulama dari pelbagai
penjuru dunia menfatwakan suatu kes, iaitu:
Seorang pelanggan merayu kepada pihak bank untuk membelikan suatu barang
dengan menentukan ciri-ciri barang tersebut, lalu pihak bank menentukan harga
yang dikeluarkan bank untuk membeli barang tersebut dan juga harga yang
mesti dibayarkan pelanggan kepada bank, iaitu harga modal ditambah
keuntungan yang telah disepakati kedua-dua pihak.
Lalu difatwakan bahawa muamalah seperti ini mengandungi dua janji, iaitu janji
dari pihak bank untuk membelikan barang tersebut dan janji dari pelanggan
untuk membeli barang tersebut setelah barang dimiliki oleh bank. Menurut
mazhab maliki janji seperti itu adalah mengikat kedua-dua pihak dalam hukum
mahkamah, manakala menurut mazhab yang lain perjanjian seperti itu adalah
mengikat kedua-dua pihak menurut hukum agama. Apa-apa sesuatu yang
bersifat mengikat menurut hukum agama maka memungkinkan hukum
mahkamah untuk ikut mengikat, sebab jika perjanjian itu menjadi pencapaian
maÎlaÍah maka mahkamah dapat mencampurinya.69
3. Fatwa Muktamar Perbankan Islam Kedua, diadakan di Kuwait, Mac 1983.
Dalam muktamar ini membabitkan 12 institusi kewangan dan sejumlah ulama.
Dari beberapa fatwa yang dihasilkan, ada dua poin yang berhubungkait dengan
Bay„ al- MurÉbaÍah li al-Ómir bi al-ShirÉ’, iaitu:
- Muktamar menetapkan bahawa perjanjian pada Bay„ al- MurÉbaÍah li
al-Ómir bi al-ShirÉ’, setelah pembeli membeli barang dan memilikinya,
kemudian dijual kepada pelanggan pada keuntungan yang telah disepakati
69
Ibid., 10.
22
di awal adalah muamalah yang diharuskan, selama pihak bank
bertanggungjawab atas kerosakan barang sebelum diserahkan ke pelanggan.
Manakala mengenai perjanjian yang mengikat antara pelanggan dan pihak
bank, maka itu lebih aman untuk kemaslahatan muamalah, dan hal demikian
dapat diterima menurut syarak.
- Muktamar memandang bahawa wang muka (urbun) dalam instrumen
murÉbaÍah adalah harus dengan syarat pihak bank boleh memotong wang
muka tersebut hanya setakat yang dicapai oleh kerosakan sebenar sebagai
hasil pemindahan.70
4. Majlis fiqh dalam muktamar Islam sesi kelima, yang diadakan di Kuwait pada
bulan Disember 1988.71
Majlis fiqh telah memfatwakan bahawa:
- Sesungguhnya Bay„ al- MurÉbaÍah li al-Ómir bi al-ShirÉ’, jika barang sudah
dimiliki bank dan barang itu didapati selari dengan syarak maka ianya harus,
selama pihak bank bertanggungjawab atas kerosakan yang berlaku pada
barang sebelum diserahkan ke pelanggan.
- Suatu janji (dalam Bay„ al- MurÉbaÍah li al-Ómir bi al-ShirÉ’) adalah mesti
ditunaikan. Dan impak daripada kewajipan ini terhad pada dua hal, iaitu
pelaksanaan janji ataupun pembayaran jaminan disebabkan pembatalan janji
tanpa uzur.
- Saling mengadakan perjanjian dalam Bay„ al- MurÉbaÍah li al-Ómir bi
al-ShirÉ’ adalah harus dengan syarat adanya khiyÉr (pilihan) bagi kedua-dua
pihak. Jika tidak ada khiyar dalam perjanjian tersebut maka tidak
diharuskan, sebab perjanjian yang saling mengikat dalam bay„ murÉbaÍah
70
Ibid., 10-11. 71
MuÍammad RawwÉs Qal‘ahjÊ, MabÉhith fÊ al-IqtiÎÉdiyyah al-IslÉmiyyah Min UÎËlih al-Fiqhiyyah,
143. Lihat juga MuÍammad SakhÉl al-MajÉjÊ, AÍkÉm ‘Aqd al-Bay‘ fÊ al-Fiqh al-IslÉmiyyah al-MÉlikiy,
336-337.
22
menyerupai bay„ itu sendiri. Kecuali jika barang sudah dimiliki oleh pihak
penjual maka terhindarlah daripada larangan Nabi s.a.w. tentang jual beli
barang yang bukan miliknya.
2.3.5. Syarat dan Rukun MurÉbaÍah
2.3.5.1. Syarat Jual Beli MurÉbaÍah
Memandang murÉbaÍah termasuk salah satu muamalah jual beli, maka syarat-syaratnya
tertakluk pada syarat jual beli sebagaimana yang telah dijelaskan sebelumnya, iaitu:72
a) Hendaklah jual beli dilakukan dengan keredhaan kedua belah pihak, dan tidak
boleh jual beli dengan didasari rasa benci, sebab jual beli yang didasari rasa
benci adalah tidak sah.
b) Tidak boleh melakukan jual beli sesuatu yang dilarang syarak, iaitu disebabkan
oleh ketidaktahuan, syarat yang tidak sah, dan sesuatu yang sudah jelas dilarang
seperti jual beli mulÉmasah dan munÉbadhah.
c) Tidak boleh melakukan jual beli atas barang yang dilarang syarak seperti
khamar dan khinzir.
d) Hendaklah berpindah tempat setelah melakukan akad jual beli, dan ini dilakukan
sebagai tanda keredhaan kedua belah pihak.
Selain itu ada pula syarat tambahan untuk jual beli murÉbaÍah, iaitu:73
e) Harga atau kos sebenar mestilah jelas menurut kesepakatan kedua belah pihak.
f) Keuntungan mestilah terhadkan sesuai kemampuan atau terhad sesuai harga beli.
g) Pelanggan mesti menyebutkan ciri-ciri barang objek murÉbaÍah.
72
Al-MÉwardÊ, al-×Éwiy al-KabÊr, 13. 73
‘Abd al-SamÊ‘ al-MiÎrÊ, Al-TijÉrah fi al-IslÉm, 66. Lihat juga YËsuf KamÉl MuÍammad, Fiqh IqtiÎÉd
al-SËq (Kaherah: DÉr al-Nashar li al-JÉmi‘Ét, 1998), 189. Muhammad Syafi‘i Antonio, Perbankan
Syariah, Dari Teori ke Praktik, 102.
23
h) Pihak penyedia barang mesti menjelaskan kepada pelanggan jika terdapat aib
pada barang.
i) Kontrak mesti bebas daripada amalan riba.
j) Pihak penyedia barang mesti menyampaikan semua hal yang berhubungkait
dengan pembelian, misalnya jika pembelian dilakukan dengan cara tangguh.
2.3.5.2. Rukun Jual Beli MurÉbaÍah
Rukun jual beli murÉbaÍah juga tertakluk kepada rukun jual beli pada umumnya.
Iaitu:74
a) ØÊghah, iaitu ucapan ÊjÉb (tawaran) dan qabËl (penerimaan).
b) Al-‘Óqid, iaitu orang yang melakukan akad.
c) Al-Ma‘qËd ‘alaih, iaitu barang yang dijadikan objek.
2.3.6. Jenis Jual Beli MurÉbaÍah Berdasarkan Cara Menentukan Keuntungan
Berdasarkan cara penentuan keuntungan, maka jual beli murÉbaÍah dapat digolongkan
kepada dua jenis,iaitu: 75
1. Keuntungan yang terasing dengan harga awal.
Iaitu menentukan kadar keuntungan dengan tidak mengkaitkan antara besaran
keuntungan dengan harga awal. Contoh: Saya membeli rumah ini 10.000 dinar,
dan berilah saya keuntungan sebesar 500 dinar, maka akan saya jual rumah ini.
74 AbË HÉmid MuÍammad Ibn MuÍammad al-GhazÉlÊ, al-WajÊz fÊ Fiqh al-ImÉm al-ShÉfi'Ê, 277-280 75 M. SakhÉl al-MajÉjÊ, AÍkÉm ‘Aqd al-Bay‘ fÊ al-Fiqh al-IslÉmiyyah al-MÉlikiy, 341-342.
23
2. Keuntungan yang tergabung dengan harga awal.
Iaitu dengan menjadikan keuntungan dalam bentuk peratusan yang tergabung
dengan harga awal. Contoh: Saya beli rumah ini 10.000 dinar, maka berilah
saya keuntungan 5% darinya.
2.3.7. Cara Penentuan Harga Pada MurÉbaÍah
Dalam jual beli murÉbaÍah ada 2 mekanisme dalam asas penentuan keuntungan, iaitu
penentuan keuntungan berdasarkan kesepakatan antara penjual dan pembeli dan
penentuan keuntungan berdasarkan adat kebiasaan masyarakat tempatan.
Dengan kedua-dua mekanisme tersebut, penjual mesti menjelaskan harga modal secara
detail ataupun secara global.76
Jika penjual telah membeli barang tanpa ada kos tambahan dalam pembelian
mahupun kos atas barang, maka sudah jelas bahawa keuntungan dapat ditentukan tanpa
ada sebarang permasalahan.
Namun, jika pembelian dilakukan dengan tambahan kos atas pembelian dan atas
barang maka perlu dirincikan, iaitu:77
1. Kos Pembuatan Barang.
Yang termasuk dalam kos ini ialah harga asal ditambah kos yang dikeluarkan
untuk menambah kualiti barang. Seperti kos untuk menjahit dan mewarnai untuk
jual baju.
2. Kos Pemasaran.
Yang termasuk dalam kos ini ialah kos pemindahan/pengangkutan barang, upah
broker, maupun kos sponsor.
3. Kos Pentadbiran.
Yang termasuk dalam kos ini ialah yuran, komoditi caj, dan lain-lain.
76
Ibid, 342-343. 77
AÍmad MuÍammad MuÍammad al-Jalaf , Al-Manhaj al-MuÍasibÊ li ‘AmaliyyÉt al-MurÉbaÍah fÊ al-
MaÎarif al-IslÉmiyyah (Kaherah: Al-Ma‘had al-‘ÓlamÊ li al-Fikri al-IslÉmÊ, 1996), 29-30.
22
Mengikut mazhab MÉlikÊ, setelah menentukan perincian antara harga asal dan
kos-kos tambahan, maka yang dijadikan sebagai acuan bagi pengambilan keuntungan
adalah kos pembuatan barang. Manakala kos pemasaran dan kos pentadbiran tidak
dikira jika hal tersebut merupakan suatu adat kebiasaan masyarakat tempatan.78
Contoh Penentuan Keuntungan Mengikut Mazhab MÉlikÊ:
Seorang penjual telah membeli kain, lalu memotongnya, mewarnainya dan menjahitnya.
Adapun kos yang dikeluarkan adalah sebagai berikut:79
Harga kain RM. 100.00
Upah mewarnai RM. 15.00 RM. 140.00
Upah menjahit RM. 25.00
Upah Broker RM. 20.00
Upah pemindahan RM. 10.00
Kos Pentadbiran RM. 10.00
Jumlah RM. 180.00
Jika penjual ingin mengambil keuntungan sebesar 20%, maka dikira : 140 x 20% = 28.
Jadilah harga jualan adalah 180+28 = RM. 208.00
78
Ibid., 34. Lihat juga al-ImÉm MÉlik ibn Anas, Al-MuwaÏÏa’ (Beirut: Muassasah al-RisÉlah, 1998),
2:376-377. 79
Ibid., 35. Lihat juga M. SakhÉl al-MajÉjÊ, AÍkÉm ‘Aqd al-Bay‘ fÊ al-Fiqh al-IslÉmiyyah al-MÉlikiy,
347.
RM. 40.00
22
Manakala mengikut jumhur Ulama, yang dijadikan acuan dalam pengambilan
keuntungan adalah semua kos yang telah dikeluarkan (seperti yang telah didetailkan di
atas).80
Contoh Penentuan Keuntungan Mengikut Jumhur Ulama:81
Harga kain RM. 100.00
Upah mewarnai RM. 15.00 RM. 140.00
Upah menjahit RM. 25.00
Upah Broker RM. 20.00
Upah pemindahan RM. 10.00
Kos Pentadbiran RM. 10.00
Jumlah RM. 180.00
Jika penjual ingin mengambil keuntungan sebesar 20%, maka dikira : 180 x 20% = 36.
Jadilah harga jualan adalah 180+36 = RM. 216.00
2.4. Akad MurÉbaÍah Emas dalam Fiqh Muamalah
2.4.1. Emas Sebagai Barang Berharga
Emas merupakan barang yang ramai diminati orang, sebab harga emas kian hari kian
naik. Emas dianggap menjadi salah satu pelaburan yang memberi keuntungan kepada
pemiliknya.
Emas memiliki nilai yang stabil, kerana itu ianya telah digunakan sebagai alat
tukar (wang) semenjak zaman Romawi, iaitu sekitar 46 SM. Emas juga digunakan
sebagai alat tukar (wang) yang dikenali dengan dinar dan dirham sejak awal Islam, sama
80
Ibid. 81
Ibid., 36.
RM. 40.00
22
ada untuk aktiviti ibadah seperti zakat, mapun aktiviti muamalah seperti diyÉt sampai
berakhirnya kekhalifahan Uthmaniyyah Turki pada tahun 1924.82
Dengan berakhirnya kekhalifahan Uthmaniyyah Turki, maka bermula banyak
digunakan mata wang kertas sebagai alat transaksi, namun ianya masih lagi
bersandarkan kepada nilai emas sehingga tahun 1971. Pada tahun 1973 pertumbuhan
mata wang kertas tidak dapat terkawal lagi dan tidak lagi disandarkan kepada emas
sehingga ianya menjadi mata wang resmi yang dipakai untuk aktiviti perekonomian
dunia.83
Saat ini, emas tidak lagi digunakan sebagai alat transaksi. Namun ianya lebih
berfungsi sebagai perhiasan, sarana menyimpan dan melindungi nilai asset dan juga
sebagai alat pelaburan. Selain itu, harga emas juga berfungsi sebagai indikator
pertumbuhan ekonomi global, utamanya yang yang berkaitan dengan inflasi dan harga
minyak mentah dunia.84
2.4.2. Hukum Jual Beli Emas Secara Tidak Tunai
Emas bukanlah barang yang diharamkan dalam jual beli. Namun, ianya merupakan
salah satu daripada barang ribawi, sepertimana dinyatakan dalam hadith Nabi saw:
ىب والفضة بالفضة والب ر بالب ر والشعي بالشعي والتمر بالتمر وال ملح الذىب بالذ
بالملح مثل بثل سواء بسواء يدا بيد فإذا اخت لفت ىذه األصناف فبيعوا كيف
إذا كان يدا بيد شئتم
Terjemahan: “(pertukaran) emas dengan emas, perak dengan perak,
gandum dengan gandum, barli dengan barli, garam dengan garam
82 Muhaimin Iqbal, Dinar the Real Money (Jakarta: Gema Insani, 2009) 30. 83 Salmy Edawati binti Yaacob, “Sejarah Dinar Emas dan Kronologi Pertukaran Mata Wang Dunia,”
Jurnal Tamaddun 4 (Disember 2009), 107. 84
William Tanuwidjaja, Cerdas Investasi Emas (Jogjakarta: MedPress, 2009), 27.
22
harus setara dan tunai. Apabila lain jenisnya maka juallah atas
kehendak kalian tetapi harus tunai”85
Kerana ianya merupakan barang ribawi, maka berdasarkan hadith di atas pula apabila
berlaku pertukaran antara barang riba yang sejenis seperti emas dengan emas atau perak
dengan perak mestilah dilakukan secara tunai dan sama takarannya.86
Ibn QudÉmah berpendapat bahawa menjual barang ribawi yang sama ‘illahnya
mesti dilakukan secara tunai.87
Demikian pula dengan ulama kontemporari seperti
Wahbah al-ZuÍailÊ juga berpendapat bahawa menjual emas (dengan wang) secara tidak
tunai ialah tidak dibolehkan.88
Berdasarkan hadith daripada AbË SaÊ‘d al-KhudrÊ r.a,
bahawa Rasulullah SAW bersabda :
الورق بالورق إل مثل بثل ول تشفوا بعضها على بعض ول تبيعوا الذىب بالذىب ل تبيعوا
عض ول تبيعوا منها غائبا بناجز إل مثل بثل ول تشفوا بعضها على ب
Terjemahan: “Jangan engkau menjual (menukar) emas dengan emas
melainkan setara satu sama lain, dan janganlah engkau melebihkan
sebahagiannya di atas sebahagian lainnya. Janganlah engkau menjual
(menukar) perak dengan perak melainkan setara satu sama lain, dan
janganlah engkau melebihkan sebahagiannya di atas sebahagian yang lain.
Dan janganlah engkau menjual (menukar) emas/perak yang diserahkan
85
Hadith riwayat muslim, KitÉb al-MasÉqÉt, BÉb al-Øarf wa Bay‘ al-Dhahab bi al-Wariq Naqdan, no.
Hadith 4147. Lihat AbË al-Husayni Muslim al-×ujjÉj Ibn Muslim al-QushairÊ, ØaÍÊÍ Muslim (Beirut:
DÉr al-AfÉq al-JadÊdah, t.t.). 86
„AlÊ MuÍyÊ al-DÊn ‘AlÊ al-QarhdÉghÊ, BuÍËth fÊ al-IqtiÎÉd al-IslÉmÊ (Beirut: DÉr al-BashÉir al-
IslÉmiyyah) 138. 87
Ibn QudÉmah, Al-MughnÊ, 6:63-64. 88
Wahbah al-ZuÍailÊ, Al-Mu‘ÉmalÉt al-MÉliyah al-Mu‘ÉÎirah (Damsyik: DÉr al-Fikr, 2002), 133. Lihat
juga Wahbah al-ZuÍailÊ, FatÉwÉ ‘AÎriyyah (Beirut: DÉr al-Khair, 2005), 115.
22
secara tunai dengan emas/perak yang diserahkan tidak secara tunai
(tempoh).”89
Dan juga hadith daripada Umar r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda :
الذىب بالورق ربا إل ىاء وىاء
“(menukar) Emas dengan perak adalah riba kecuali secara tunai.”90
Pendapat yang sama juga dinyatakan oleh KhÉlid Ibn Sa‘Ëd BulÊhud (Ahli
Persatuan Ulama Sunnah Saudi), ketika beliau ditanyai masalah jual beli emas
menggunakan fulËs (wang) secara ansuran, maka beliau mengatakan “Apabila
seseorang membeli emas menggunakan fulËs (wang), maka hendaklah dibayar dengan
tunai dan barang mesti diserahkan dalam majlis akad. Jika tidak dibayar tunai maka jual
beli tersebut adalah batil kerana ianya tergolong riba. Terdapat 3 syarat dalam jual beli
emas, iaitu:
1. Jual beli emas dengan barang yang sama jenis dan ‘illah-nya, maka jual beli mesti
tunai dan setara nilainya.
2. Jual beli emas dengan barang lain yang tidak sama jenisnya namun sama ‘illah-nya,
maka jual beli boleh tidak setara nilainya tapi mesti tunai bayarannya.
3. Jual beli emas dengan barang lain yang tidak sama jenis dan ‘illah-nya, maka
dibolehkan tidak setara dan tidak tunai bayarannya.
Para ulama juga telah sepakat ke atas aturan tersebut. Kerana itu, tidak boleh jual beli
emas dengan mana-mana mata wang secara ansuran.91
89
Hadith riwayat al-BukhÉrÊ, KitÉb BuyË‘, bÉb: Bay‘ al-FiÌÌah bi al-FiÌÌah. Lihat AbË ‘Abd AllÉh
MuÍammad bin IsmÉ‘Êl al-BukhÉrÊ, ØaÍÊÍ al-BukhÉrÊ (RiyÉÌ: Markaz al-DirÉsÉt wa al-I‘lÉm, t.t),
3:30. 90
Hadith riwayat Ibn MÉjah, KitÉb al-TijÉrah, BÉb Øarf al-Dhahab bi al-Wariq. Lihat MuÍammad Ibn
YazÊd al-QazwÊnÊ, Sunan Ibn MÉjah, ed. MuÍammad NaÎÊr al-DÊn al-BÉnÊ (BeirËt: al-Maktabah al-
Ma‘Érif), 388. 91
KhÉlid Ibn Sa‘Ëd BulÊhud, “Hukum Jual Beli Emas Secara Ansuran”, laman sesawang Saaid,dicapai 8
Mac 2013, http://www.saaid.net/Doat/binbulihed/f/209.htm
22
Namun demikian, ada beberapa ulama yang mengharuskan bahawa jual beli
emas menggunakan wang secara tidak tunai kerana emas pada masa ini dianggap telah
keluar dari golongan barang ribawi dan tidak dihukumi mengikut kepada hukum barang
ribawi. Antara Ulama yang berpendapat seperti ini ialah:
1. Ibn Taimiyyah dalam kitab “al-IkhtiyÉrÉt” mengatakan bahawa diharuskan jual
beli barang perhiasan yang terbuat daripada emas dan perak dengan barang
sejenisnya tanpa disyaratkan mesti setara dan diharuskan untuk melebihkan
(salah satu jenis) ketika dicetaknya, sama ada pembayaran dilakukan tunai atau
tidak sepanjang apa yang dicetak itu tidak dimaksudkan untuk thaman (wang
atau alat tukar).”92
2. Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam kitab “I‘lÉm al-Muwaqqi‘Ên” mengatakan
bahawa sepanjang emas dan perak dibuat untuk perhiasan, maka ia tidak
dianggap sebagai thaman, tetapi dianggap sebagai barang (sil‟ah) dan dihukumi
sepertimana sil‟ah-sil‟ah umumnya.93
3. Syaikh AlÊ Jum‟ah dalam kitabnya “al-Kalim al-Ùayyib FatÉwÉ „Asriyyah”
mengatakan tentang keharusan jual beli emas dan perak yang telah dicetak
(bukan untuk thaman) dengan cara ansuran di mana keduanya tidak lagi
dianggap sebagai alat tukar dan hanya menjadi barang (sil‟ah) seperti barang
lainnya yang dijualbelikan secara tunai ataupun bertempoh. Pada keduanya tidak
terdapat lagi (hukum) dinar dan dirham yang dalam (pertukarannya) mesti tunai
dan diserahkan dalam majlis sepertimana dimuat dalam hadith nabi saw
“Jangan engkau menjual (menukar) emas dengan emas melainkan setara satu
sama lain dan janganlah engkau menjual (menukar) emas/perak yang
diserahkan secara tunai dengan emas/perak yang diserahkan tidak secara tunai
92
„AlÉ’ al-DÊn AbË al-×asan al-BÉlÊ, al-IkhtiyÉrÉt al-Fiqhiyyah Min FatÉwÉ Syaikh al-IslÉm Ibn
Taimiyyah, (Kaherah: DÉr al-IstiqÉmah, 2005), 127. 93
Shams al-DÊn AbÊ ‘Ubaid AllÉh Muhammad Ibn AbÊ Bakr, Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I‘lÉm al-
Muwaqqi‘Ên ‘An Rabb al-‘ÓlamÊn (Beirut: DÉr al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1996), 105.
22
(tempoh).” Beliau mengatakan bahawa hadith ini mengandungi ‘illah iaitu emas
dan perak merupakan alat tukar di masyarakat. Pada saat ini kondisi tersebut
(emas dan perak sebagai alat tukar) tidak wujud lagi, maka hukum tersebut juga
tidak wujud, kerana kewujudan hukum mengikut kepada ada atau tidak adanya
‘illah. Atas dasar itu, maka tidak ada larangan syarak untuk melakukan jual beli
emas yang telah dicetak (bukan untuk thaman) secara ansuran.94
Di Indonesia, DSN-MUI telah mengeluarkan fatwa yang membolehkan transaksi
emas secara tidak tunai. Dan disebabkan ramainya permintaan masyarakat terhadap
pemilikan emas, maka DSN-MUI juga mencadangkan adanya produk murÉbaÍah emas
di bank Syariah. Produk tersebut dapat digunakan masyarakat untuk melabur dengan
pemilikan emas. DSN-MUI telah meminta Bank Indonesia (bank pusat) untuk membuat
ketetapan berkaitan dengan produk murÉbaÍah emas di bank Syariah.95
Sebelumnya di salah satu perbankan Syariah telah ada transaksi serupa, iaitu
Pemilikan Logam Mulia (KLM), yang merupakan produk pembiayaan emas berasaskan
akad QarÌ. Namun program tersebut untuk sementara dihentikan oleh bank pusat. Atas
sebab itu pula perbankan Syariah mendesak bank pusat untuk segera menerbitkan aturan
produk murabahah emas, produk pembiayaan untuk pemilikan emas dengan cara
ansuran.96
94
‘AlÊ Jum‘ah, al-Kalim al-Ùayyib FatÉwÉ ‘AÎriyyah (Kaherah: DÉr al-SalÉm, 2006), 136. 95
Laman sesawang Syariah Mandiri, dicapai 27 Jun 2012,
http://www.Syariahmandiri.co.id/2012/01/murabahah-emas-jadi-sarana-investasi/. 96
Laman sesawang Bisnis, dicapai 27 Jun 2012, http://www.bisnis.com/articles/murabahah-emas-
perbankan-Syariah-minta-bi-terbitkan-aturan-baru.
22
2.5. Kesimpulan
Dalam fiqh muamalah, murÉbaÍah adalah salah satu jenis jual beli yang diharuskan
dalam syarak. Iaitu berdasarkan dalil daripada al-Qur‘an, al-Hadist, kaedah usul fiqh
serta fatwa ulama. Menurut beberapa takrifan yang diberikan oleh ulama, murÉbaÍah
merupakan jual beli pada harga awal (modal) ditambah keuntungan, sama ada
penggabungan harga (modal+keuntungan) atau juga pengasingan harga antara modal
dan keuntungan.
Kerana murÉbaÍah merupakan salah satu jenis jual beli, maka secara umum
syarat dan rukunnya mengikut kepada syarat dan rukun jual beli, namun begitu terdapat
beberapa syarat tambahan dalam murÉbaÍah dikeranakan sifatnya yang lebih khusus
daripada jual beli secara umum.
Namun murÉbaÍah emas dengan pembayaran secara bertempoh atau ansuran
masih lagi menjadi perbincangan hangat dalam muamalah semasa. Adanya perbezaan
pandangan ulama tentang aturan jual beli emas merupakan suatu masalah yang perlu
dikaji dan dibahas lebih mendalam.