GOLONGAN KATAKATA NAMA
BIDANG TATABAHASA - BMM 3105PENGAJARAN BM BERBANTUKAN KOMPUTER
DISEDIAKAN OLEH:
MOHD ALIF HAIQAL BIN TARMIZI
MOHD HAFIZUL BIN RAKMADINPISMP BM (SJKT) AMBILAN JANUARI 2012
IPG KAMPUS KENT TUARAN, SABAH
KONSEP KATA NAMA
BIDANG TATABAHASA - BMM 3105PENGAJARAN BM BERBANTUKAN KOMPUTER
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (SR)
Kata nama ialah perkataan yang boleh menjadiunsur inti bagi binaan frasa nama, dan lazimnya
perkataan sedemikian menamakan orang, haiwan, tempat, benda, atau konsep.
Perkataan kucing dalam frasa di atas ialah kata nama yang menjadi unsur inti binaan setiap frasa namanya.
PENGENALANKATA NAMA
Contohnya : Semua kucing hitam.
KONSEP GOLONGAN KATA NAMA
BIDANG TATABAHASA - BMM 3105PENGAJARAN BM BERBANTUKAN KOMPUTER
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (SR)
Golongan kata nama merangkumi sejumlahperkataan yang boleh menjadi unsur inti
dalam binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, haiwan, tempat, benda
atau konsep.
PENGENALANGOLONGAN KATA NAMA
Golongan kata nama pula dipecahkan kepadasubgolongan berdasarkan ciri-ciri semantikperkataannya iaitu seperti yang berikut :
PENGENALANGOLONGAN KATA NAMA
KATA NAMA KHAS
KATA NAMA AM
KATA GANTI NAMA
Maksud ciri-ciri semantik kata nama ialahmakna yang didukung oleh setiap perkataan
yang tergolong dalam kata nama. Denganberdasarkan makna demikian seluruh kata
nama dapat dipecahkan kepada tigasubgolongan seperti yang diterangkan dislaid
sebelum ini.
PENGENALANGOLONGAN KATA NAMA
Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khususdam ejaannya berbangkalkan huruf besar.
Kata nama khas terbahagi kepada duakumpulan iaitu :
SUBGOLONGAN
KATA NAMA KHAS
KATA NAMA KHAS HIDUP
KATA NAMA KHAS TAK HIDUP
Kata nama khas hidup terbahagi kepada duaiaitu :
KATA NAMA KHASHIDUP
KATA NAMA KHAS HIDUP MANUSIANina, Haiqal, Hafizul, Sultan Mahmud, Tun Mahathir
KATA NAMA KHAS HIDUP BUKAN MANUSIATompok, Si Belang, Comel, Avanas Comosus (nanas hijau)
Antara contoh-contoh kata nama khas takhidup ialah :
Matu, Sarawak, Labuan, Wisma pahlawan, Planet Marikh, Kapal Diraja Malaysia
KATA NAMA KHASTAK HIDUP
Kata nama am ialah perkataan yang merujukbenda atau perkara yang umum sifatnya.
Kata nama am dapat dibahagikan kepada duajenis seperti yang berikut:
SUBGOLONGAN
KATA NAMA AM
KATA NAMA AM KONKRIT
KATA NAMA AM ABSTRAK
Kata nama am konkrit ialah jenis kata namayang membawa konsep kebendaan.
Contohnya :
KATA NAMA AMKONKRIT
tangan, rumah, kambing, sungai, lautan, pekerja, ketua, jambatan, kereta, kapal
Kata ama am abstrak ialah jenis kata namayang membawa konsep mujarad atau bukan
kebendaan. Contohnya :
KATA NAMA AMABSTRAK
mimpi, roh, kedamaian, keamanan, perpaduan, sarapan, kehendak, demokras, reformasi
Kata ganti nama dapat dibahagikan kepadadua subgolongan kecil, iaitu :
SUBGOLONGAN
KATA GANTI NAMA
KATA GANTI NAMA TUNJUK
KATA GANTI NAMA DIRI
Kata ganti nama tunjuk ialah kata ganti namayang berfungsi mengarah kepada sesuatuperkara, benda atau tempat. Terbahagi
kepada dua iaitu
KATA GANTI NAMATUNJUK
KATA GANTI NAMA TUNJUK - UMUM :
ini - menunjuk pada yang dekat)
itu - menunjuk pada yang jauh)
KATA GANTI NAMA TUNJUK - TEMPAT :
sini - menunjuk pada yang dekat
situ - menunjuk pada yang jauh
Kata ganti nama diri ialah kata nama yang menjadi pengganti sesuatu benda, perkara,
atau manusia. Kata ganti nama diri terbahagikepada dua kumpulan iaitu :
KATA GANTI NAMADIRI
KATA GANTI NAMA DIRI TANYA
KATA GANTI NAMA DIRI ORANG
Kata ganti nama diri tanya ialah sejenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara, atau manusia. Terdapat tiga bentuk
kata ganti nama diri tanya iaitu :
KATA GANTI NAMADIRI TANYA
KATA GANTI NAMA TUNJUK DIRI - TANYA :
siapa – merujuk kepada orang
apa – merujuk kepada benda atau perkara
mana – merujuk keoada benda atau orang
Kata ganti nama diri orang ialah jenis gantinama yang merujuk manusia dan terdiri
daripada tiga katogeri iaitu :
KATA GANTI NAMADIRI ORANG
KATA GANTI NAMA DIRI ORANG PERTAMASaya,aku,patik,beta,kami,kita
KATA GANTI NAMA DIRI ORANG KEDUASaudara,kamu,awak,engkau,anda
KATA GANTI NAMA DIRI ORANG KETIGAIa,dia,beliau,mereka,-nya
SEKIAN .. DAN TERIMA KASIH
BIDANG TATABAHASA - BMM 3105PENGAJARAN BM BERBANTUKAN KOMPUTER
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (SR)