1.0 PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) mula dilaksanakan pada bulan Januari
2001 untuk memenuhi keperluan Latihan Perguruan Pra perkhidmatan. Sukatan
pelajaran yang disediakan ini menekankan kepada unsur-unsur hidup bermoral
dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru. Model
Konseptual Pendidikan Guru elemen – elemen intelek, jasmani, rohani, sosial
dan emosi diberi penekanan dalam program ini.
Satu sukatan pelajaran yang standard bagi semua program pra
perkhidmatan di Institut perguruan Malaysia (KDPM/KPLI/KPLI-SR/PPPR4PT)
telah disediakan untuk program ini. Semua pelajar pra perkhidmatan diwajibkan
bagi melayakkan mereka ditauliahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Malaysia. Sukatan pelajaran ini mengandungi tiga tema utama iaitu konsep dan
ciri-ciri dalam Pembinaan Insan Guru, Pembangunan Insan Guru serta peranan
dan tanggungjawab insan Guru.
Tanpa matlamat yang ingin dicapai, Program Bina Insan Guru (BIG) tidak
akan mencapai objektif yang ingin ingin ditujui untuk para guru Institut
Pendidikan Guru. Oleh itu terdapat beberapa matlamat yang berteraskan
pembinaan insan guru yang berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun
Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antaranya peserta – peserta
kursus akan dapat menimba pengetahuan dan pengalaman praktikal asas
mengenai persediaan dan pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan. Selain itu juga,
peserta – peserta kursus akan mendapat pengetahuan, pengalalaman dan
kemahiran aktiviti – aktiviti utama dan sampingan dalam masyarakat malah
peserta juga dapat mengamati, menghayati dan menghargai kemahiran bersosial
dan berkomuniti. Selain daripada itu juga, peserta – peserta kursus dapat
mengukuhkan sikap nilai – nilai murni melalui interaksi antara satu sama lain dan
bersama komuniti.
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 1
Justeru, para guru memerlukan kekuatan serta kemantapan dalam diri
mereka dari semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani, intelek atau sosial.
Sebagai insan yang bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk
menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan
keterampilan diri. Oleh itu, pengisian – pengisian positif, penerapan nilai- nilai
murni serta pengalamannya juga perlu dalam diri guru agar ia menjadi contoh
dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam
mengharungi cabaran pada era globalisasi.
2.0 RASIONAL
Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru
yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta cemerlang dalam semua
aspek, sesuai dengan cabaran profession perguruan masa kini. Dengan adanya
program ini, diharapkan guru – guru PISMP dapat membina semangat juang
yang tinggi dan sentiasa bersedia menyumbangkan masa dan tenaga
sepenuhnya kepada diri, keluarga, masyarakat dan bangsa.
Sehubungan dengan itu, kursus ini juga akan mendedahkan pelajar
dengan domain pembangunan diri insan guru yang seimbang, guru dan
hubungan dengan komuniti, guru dan akauntabiliti profesionalisme, aktiviti
kemasyarakatan, khidmat pendidikan kepada komuniti, berakauntabiliti, amanah,
kreativitidan inovatif. Ini bertujuan untuk mencapai cita – cita murni membentuk
peribadi seorang insan yang dinamik seterusnya membantu merealisasikan
wawasan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 2
3.0 OBJEKTIF
Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru, para guru PISMP diharapkan dapat :
1. Meningkatkan kemahiran berfikir pada aras yang tinggi dalam menganalisis
masalah dan situasi kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dan
menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk
melaksanakan penambahbaikkan secara berterusan.
2. Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang
berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian
budaya.
3. Dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi mengikut persekitaran dan
kepelbagaian budaya dalam sesuatu komuniti.
4. Menghayati dan menampilkan ciri – ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak
keguruan.
5. Meningkatkan sifat kepimpinan dengan kemahiran mengurus dan
mengorganisasi sesuatu program dengan baik.
6. Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan individu dari aspek fizikal, mental,
emosi, rohani dan sosial.
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 3
4.0 LAPORAN PENUH BIG
GOTONG-GOTONG (KHIDMAT MASYARAKAT)
Setiap guru pelatih yang menuntut di Institut Pendidikan Guru diwajibkan
untuk menyertai program Bina Insan Guru (BIG) bagi setiap semester untuk
melengkapkan bilangan kredit kursus yang di ikuti. Oleh itu, guru pelatih PISMP
semester 3 Ambilan Januari 2011 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus
Darulaman dengan kerjasama pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah merancang
untuk menjalankan Program Bina Insan Guru.
Program berbentuk khidmat sosial ini telah diadakan di Taman
Perumahan Mahsuri, 06000 Jitra, Kedah dari tarikh 24 Februari 2012 bermula
jam 7.00 pagi hingga jam 1.00 petang.
4.1 REFLEKSI PROGRAM GOTONG-ROYONG
4.1.1 Laporan Sebelum BIG
Pada semester kali ini iaitu semester tiga PISMP, kami telah
diwajibkan menjalankan program BIG iaitu khidmat masyarakat. Sebelum
itu, seluruh ahli kelas telah beberapa kali bermesyuarat untuk menentukan
organisasi untuk menguruskan aktiviti di dalam program BIG ini. Sebelum
program itu, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya ialah pemilihan
tempat, kertas kerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu. Setelah
perbincangan dibuat, kami telah bersetuju untuk memilih Taman Perumahan
Mahsuri dikawasan Jitra, Kedah Darul Aman untuk dijadikan tempat
program BIG dilaksanakan. Kami telah bergabung dengan semua kumpulan
PISMP Semester Tiga ambilan Januari 2011 untuk menjalankan program
BIG ini. Kami telah menghantar beberapa orang wakil yang diwakili oleh
setiap kelas masing-masing yang bertindak selaku penyelaras program
untuk bertemu dan berbincang tentang akitiviti BIG ini bagi pihak kami
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 4
dengan jawatankuasa taman perumahan tersebut. Pihak Jawatankuasa
perumahan tersebut telah memberi maklum balas yang positif dengan niat
suci kami iaitu mahu mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan
perumahan mereka. Kami juga telah bekerjasama dengan Skuad Umno
Bahagian Darul Aman untuk sama-sama muafakat dan tolong menolong
untul membersihkan taman perumahan tersebut. Kami berasa bangga dan
terharu dengan penerimaan itu.
4.1.2 Laporan Semasa BIG
Kami telah berkumpul di perkarangan Institut Perguruan seawal jam 6.45
pagi lagi sebelum berlepas ke tempat program. Setelah semua peserta tiba,
penyelaras atau mentor kepada kelas masing-masing telah memberikan taklimat
ringkas berkaitan aktiviti yang akan dijalankan disana. Disebabkan bilangan
peserta yang ramai iaitu melebihi 200 orang, kami disyorkan berkongsi kereta
untuk mengelakkan kesesakan tempat parkir ketika tiba di kawasan Taman
Perumahan Mahsuri tersebut. Ada juga pelajar yang terus pergi ke tempat
gotong-royong tersebut bagi menguruskan beberapa peralatan disana dan
menolong orang perumahan disitu mengatur perjalanan pada hari itu dengan
baik
Kami berlepas secara konvoi tepat pada jam 7.00 pagi dan tiba di Taman
Perumahan Mahsuri tersebut 10 minit kemudian. Sebelum kami memulakan
program gotong-royong,kami telah berkumpul di satu khemah khas yang telah
disediakan oleh pihak Umno bahgian dan kami telah dijamu dengan sarapan
pagi untuk mengalas perut sebelum memulakan aktiviti gotong-royong tersebut.
Selepas semua selesai, kami telah diberikan taklimat tentang kerja-kerja yang
perlu dilakukan dikawasan perumahan tersebut oleh wakil yang mengetuai
gotong-royong pada hari itu. Di antara tugasan yang kami laksanakan ialah
seperti membersihkan kawasan masjid, membersihkan kawasan perumahan
tersebut, membersihkan longkang-longkang yang tersumbat, membuang sisa-
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 5
sisa bahan binaan dan menebas semak-samun di kawasan perumahan
tersebut. Untuk memudahkan perlaksanaan tugasan, kami telah dibahagikan
kepada beberapa kumpulan dimana setiap kumpulan akan diberi seorang wakil
dari perumahan tersebut untuk dijadikan ketua kumpulan. Kami telah mendapat
ketua yang dikenali sebagai Pak Ajis untuk mengetuai kumpulan kecil kami
dalam aktiviti gotong-royong ini. Kami telah dibahagikan kepada 10 kumpulan
untuk bergerak ke setiap kawasan yang diberikan dan kumpulan kami telah
diamanahkan untuk membersihkan Lorong perumahan 7 terlebih dahulu.
Sebelum memulakan gotong-royong, kami telah diberi peralatan seperti
parang, penyapu, penyodok, kereta sorong, beg plastik sampah dan sarung
tangan untuk melancarkan lagi program ini serta menjaga aspek keselamatan
orang yang melakukan aktiviti pada hari ini. Kami telah melaksanakan tugasan
masing-masing setelah taklimat selesai diberikan wakil penduduk disitu. Semua
peserta telah menjalankan tugasan masing-masing dengan tekun. Semua
tugasan telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan kawasan perumahan
Mahsuri yang sebelum ini kelihatan kurang ceria telah menjadi lebih ceria
dengan bersih dan tidak mempunyai sampah sarap yang menutupi longkang dan
semak samun juga ditebas.
Pada jam 10.45 pagi, kami berehat sebentar untuk menikmati minuman
pagi dan kuih-muih yang telah disediakan oleh pihak Jawatankuasa Perumahan
mahsuri. Ketika minum, kami sempat berbual-bual mesra dengan Jawatankuasa
Perumahan Mahsuri. Mereka berterima kasih kepada kumpulan kami yang telah
sudi menghulurkan tenaga untuk menceriakan kawasan perumahan mereka dan
berharap agar kegiatan seumpama ini dapat dijalankan lagi pada masa-masa
akan datang.
Setelah berehat selama setengah jam, kami meneruskan semua kerja-
kerja gotong-royong yang belum selesai dilaksanakan. Kami menjalankan kerja-
kerja akhir seperti mengemas semua segala peralatan yang digunakan.
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 6
Kawasan Perumahan Mahsuri kini kelihatan bersih dan ceria kerana tiada lagi
kelihatan sampah yang bersepah-sepah di sana-sini. Kami berasa bangga
kerana dapat mencurahkan bakti kepada masyarakat setempat.
4.1.3 Laporan Selepas BIG
Pada jam 1.15 petang, kami berhenti seketika untuk solat Zohor secara
berjemaah. Selepas selesai Solat Zohor, satu sesi telah diadakan dan majlis
penyampian cenderahati kepada peserta diadakan. Kami juga disaji dengan
pelbagai jenis pondok yang mempamerkan pelbagai barang yang dianjurkan
oleh bahagian Umno bahagian. Selain itu juga, setelah selesai sesi gotong-
royong, kami telah diberi ceramah oleh wakil rakyat daripada kawasan tersebut
dan beliau berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh kami. Kami juga
disediakan makanan tengah hari untuk menghilangkan penat lelah kami dan
kami menjamu selera bersama-sama dengan penduduk taman perumahan
dikawasan tersebut.
Sebelum program berakhir, kami telah melancarkan tabung derma kilat di
kalangan kami untuk memungut dana bagi didermakan kepada Masjid Taman
Perumahan tersebut tersebut. Kami telah berjaya mengumpulkan sejumlah wang
derma. Wang itu telah diserahkan oleh penyelaras program ini kepada Ketua
Taman Perumahan Mahsuri tersebut sebelum kami bersurai. Ahli jawatankuasa
perumahan dan AJK Masjid kawasan itu berasa terharu di atas sumbangan
tenaga dan kewangan kepada Taman Perumahan dan Masjid tempat beliau
tinggal. Beliau berharap agar program seumpama ini diadakan lagi pada masa
akan datang.
Penyelaras program pula mengucapkan ribuan terima kasih kepada kami
yang bekerjasama dan bersungguh-sungguh untuk menjayakan program ini.
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 7
Katanya lagi, jika tiada sokongan daripada kami semua, maka program di masjid
ini tidak akan dapat dijalankan dengan lancar. Penyelaras juga berterima kasih
kepada pihak jawatankuasa perumahan yang membenarkan perlaksanaan
program ini dijalankan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran PGSR di
bawah subjek Bina Insan Guru. Sebelum bersurai, kami bersalam-salaman
dengan beberapa orang ahli jawatankuasa perumahan itu. Jelas terbayang
bahawa mereka berasa begitu bangga dengan usaha-usaha yang dijalankan
oleh kumpulan kami.
Setelah selesai semuanya, terdapat mesyuarat kecil telah diadakan bagi
membincangkan perkara yang perlu dilakukan selepas itu. Selain daripada itu,
kami diminta membuat suatu laporan serta refleksi bagi setiap individu mengenai
program khidmat masyarakat tersebut. Semua laporan itu haruslah dihantar
kepada mentor kelas sendiri mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Walaupun
penat sepanjang program itu tetapi berbaloilah dengan apa yang kami perolehi
sepanjang program itu dijalankan.
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 8
5.0 LAPORAN PENUH BENGKEL BIG
5.1 REFLEKSI PROGRAM BENGKEL
5.1.1 Laporan Sebelum Bengkel
Program Bina Insan Guru (BIG) bagi fasa III / 2012 telah mengadakan
beberapa kali perjumpaan iaitu pada 27 Mac 2012, 29 Mac 2012 dan 3 April
2012 sebelum menjalankan Program Bengkel Etiket Sosial dan Protokol pada
tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 15 April 2012. Dalam perjumpaan –
perjumpaan tersebut, semua peserta telah hadir iaitu seramai 121 orang dalam
membincangkan pemilihan organisasi jawatankuasa serta pengendalian program
tersebut. Semua peserta terdiri daripada enam buah kelas PISMP semester 3
iaitu Pendidikan Khas MP – PR (1,2,3), Matematik, Bahasa Cina dan Pengajian
Islam (BA/PQ). Dalam menghadiri perjumpaan serta taklimat tersebut, para
peserta telah diberitahu rancangan untuk mengemaskini perancangan
terutamanya sebelum menjalankan program tersebut.
Di dalam kekuatan BIG ini, terdapat sebuah ahli jawatankuasa telah dipilih
hasil daripada rundingan bersama yang dipolopori oleh pengerusi iaitu
Muhammad Afiq bin Hassan, naib pengerusi iaitu Solehuddin bin Zainol Abidin,
setiausaha iaitu Muhammad Solehin bin Ahmad Bidrul dan bendahari iaitu Abdul
Raqib bin Abdul Rahman serta baris – baris ahli jawatankuasa yang lain seperti
AJK perhubungan, AJK tempat, AJK alatan, AJK cenderahati, AJK pendaftaran
serta AJK tugas – tugas khas. Kesemua perlantikan AJK ini telah dibahagikan
tugasan masing – masing dalam memilih tarikh dan masa yang sesuai serta
tempat yang akan dijalankan nanti.
Tugas – tugas ahli jawatankuasa program BIG ini telah dijalankan setelah
diagihkan sebelum tibanya program berlangsung supaya segala perancangan
yang akan dilakukan berjalan dengan lancar dan baik dalam menyempurnakan
berlangsungnya program tersebut.
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 9
5.1.2 Laporan Semasa Bengkel BIG
Sebelum Program Bengkel Etiket Sosial dan Protokol bermula, para
peserta dikehendaki mendaftar sebagai bukti kehadiran ke program tersebut.
Pendaftaran telah bermula tepat pukul 1.45 petang yang bertempat di Dewan
Khaldun bertarikh 15 April 2012. Sesi pendaftaran ini dilaksanakan oleh AJK
Pendaftaran yang telah dipilih hasil dari perlantikan AJK sebelum ini. Sepanjang
proses pendaftaran tersebut telah berlangsung dengan tersusun dan terancang
bagi program tersebut berjalan dengan baik. Setelah para peserta menghadiri
dalam dewan, tepat pukul 2.00 petang, penceramah yang dinanti – nanti telah
pun tiba dengan disambut baik oleh para peserta.
Sebelum majlis berlangsung, pada pukul 2.05 petang pengerusi bagi
program tersebut telah memberi ucapan alu – aluan kepada penceramah yang
dijemput dari Jabatan Ilmu Pendidikan iaitu Tuan Haji Nazri bin Wan Senik.
Selepas kata aluan diberikan, bacaan doa diadakan bagi melicinkan perjalanan
berlangsungnya program tersebut yang diwakili oleh saudara Muhammad Iqbal
bin Shahidan dari kelas Pendidikan Agama Islam.
Tepat pukul 2.15 petang, program telah bermula dengan baik oleh
penceramah jemputan dengan memberi beberapa ucapan yang ringkas bagi
memulakan program tersebut. Tajuk bagi program bengkel pada semester ini
ialah Etika di Majlis Rasmi serta Peraturan di Meja Makan yang sudah pastinya
memberikan pelbagai input dan informasi yang berguna kepada semua peserta
yang bakal menjadi guru kelak. Program tersebut dimulakan dengan pengenalan
serba sedikit tentang diri penceramah jemputan tersebut serta pengalaman
beliau semasa menjadi seorang guru di sekolah sehinggalah menjadi pensyarah
di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman sampai kini.
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 10
Setelah pengenalan ringkas tentang diri penceramah tersebut, program ini
telah dimulakan Tatahias dan Hemah Diri dalam Menghadiri Majlis Rasmi .
Penceramah telah memberi maksud tatahias serta hemah diri dahulu iaitu satu
aspek pengurusan diri yang mementingkan tentang kekemasan, kesempurnaan
dan kesesuaian pakaian dalam penampilan diri semasa urusan rasmi di majlis.
Selain itu, aspek tatahias mementingkan juga tentang hemah diri iaitu dari segi
perilaku yang baik dan perwatakan yang menyenangkan . Terdapat beberapa
aspek kepentingan di dalam tatahias yang penting bagi seorang guru
mengetahuinya iaitu dengan menjaga imej dari segi Imej Organisasi serta Imej
Peribadi. Sebagai seorang guru, kita seharusnya hendaklah sentiasa peka
tentang hiasan diri kerana ia merupakan mesej pertama yang dipamerkan
apabila bertemu dengan orang lain. Dengan berpakaian yang sesuai dan serba
kemas keselesaan pertemuan dapat diwujudkan dan tanggapan negatif dapat
diatasi.
Seterusnya penceramah menyampaikan pula tentang kepentingan hemah
diri. Maksud hemah diri adalah rohani dan jasmani seseorang individu yang
dinyatakan melalui tingkah laku dan gerak – geri. Selain guru harus memahami
maksud hemah diri, guru juga harus mengetahui dan mengaplikasikan layanan
mesra dan bersopan terhadap masyarakat sekeliling di mana amalan yang
terpuji yang dituntutkan apabila kita bertemu dan berkenalan dengan seseorang.
Sebagai contohnya seperti memberi salam petemuan dan perpisahan, bertutur
dengan jelas, tertib dan berbudi bahasa serta mempamerkan imej yang baik dan
disenangi kepada orang lain.
Penceramah itu juga tidak ketinggalan memberikan pengetahuan terbaru
yang perlu seorang guru menitikberatkan iaitu tentang kesihatan serta
kebersihan dan kekemasan diri. Aspek ini amat penting kerana ia
menggambarkan sejauh mana seseorang itu memberi keutamaan kepada dirinya
seperti rambut perlu diurus kemas dan kelihatan terjaga serta bersolek secara
sederhana sesuai dengan profession keguruan.
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 11
Selain daripada itu, penceramah juga telah memberikan tips yang amat
berguna dan penting bagi semua peserta program tersebut iaitu tentang tatahias
untuk wanita dan lelaki dalam memilih pemakaian yang sesuai. Sebagi
contohnya bagi wanita seharusnya tahu memilih pakaian dari segi warna serta
fesyen dan pandai menyesuaikan pakaian dan fesyen dengan bentuk tubuh
badan masing-masing. Selain itu, elakkan memakai pakaian berkilat atau
berkilau di siang hari serta tidak menggayakan corak fabrik tidak lebih dari empat
warna. Bagi lelaki pula, adalah kurang sesuai berbaju lengan pendek jika bertali
leher serta elakkan lipat bahagian lengan kemeja lengan panjang dan bahagian
hujung tali leher mestilah sampai ke bahagian kepala tali pinggang. Selain
daripada itu, sesuaikan warna tali leher dengan baju serta pemakaian kasut
hendaklah sentiasa bersih dan berkilat.
Seterusnya penceramah menyampaikan pula tentang kepentingan
kesopanan oleh tetamu amatlah penting dalam sesuatu majlis. Kesempurnaan
sesuatu majlis adalah juga bergantung kepada ketertiban dan kerjasama tetamu
di mana dalam membuat persiapan bagi menghadiri majlis serta ketika dalam
majlis perasmian seperti mencari tempat duduk dan bertanggungjawab jika ada
masalah, meneliti program jika ada serta berbual dengan sopan dengan tetamu
yang hadir pada majlis tersebut. Kesemua input yang diberikan oleh penceramah
dalam mengendalikan sesuatu adalah penting bagi pengetahuan seorang guru
kerana guru akan menghadapi situasi yang sebegini dan amatlah penting dalam
melengkapkan diri dalam mengendalikan sesuatu majlis supaya dapat berjalan
dengan lancer.
Seterusnya penceramah telah menyampaikan tentang tatatertib di meja
makan di mana peraturan dan tatasusila di meja makan amat perlu diketahui
umum bagi menjaga imej seseorang terutamanya imej sebagai seorang guru
yang menjadi ‘role model’ pada mata masyarakat sekeliling. Sebagai contohnya,
minum sebelum makan akan diedarkan oleh pelayan semasa tetamu berlegar di
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 12
ruang legar. Minuman ini merupakan hidangan kepada tetamu sebelum majlis
jamuan makan dimulakan. Biasanya minuman yang dihidangkan ialah jus atau
minuman ringan lain. Elakkan daripada mengambil lebih daripada dua kali dan
elakkan meminta minuman kegemaran atau minuman lain yang tidak
dihidangkan.
Selain itu, terdapat cara keluar masuk di meja makan adalah melalui
sebelah kanan kerusi tempat duduk. Setelah duduk ambil napkin dan letakkan di
atas paha. Cara meletakkan napkin ialah dengan memegang bucu napkin di
sebelah hujung dan lipatkan sedikit. Apabila berbual hendaklah dengan mereka
yang berhampiran sahaja. Jika di meja bulat, perbualan terhad kepada mereka
yang duduk semeja sahaja. Mengikut amalan, makanan akan dihidangkan dari
sebelah kiri dan mengambil semula pinggan oleh pelayan juga dari sebelah kiri.
Penceramah juga menyatakan kepentingan mengetahui kedudukan peralatan di
mana sudu dan pisau terletak di sebelah kanan manakala garpu pula di sebelah
kiri. Gelas minuman terletak di sebelah kanan. Cara menggunakan peralatan
yang disediakan ialah daripada luar ke arah dalam susunan yang.
Selain itu juga, penceramah telah menekankan terutamanya seorang guru
supaya elakkan daripada merokok, berjenaka semasa makan serta
meninggalkan meja makan hendaklah keluar antara dua hidangan dan
hendaklah hidangan tersebut telah dinikmati, kecuali dalam keadaan
kecemasan. Cara keluar dari meja makan adalah dengan menolak kerusi ke
belakang perlahan dan keluar dari sebelah kanan, tolak semula kerusi ke tempat
asalnya. Malah elakkan mencungkil gigi kerana dianggap kurang sopan
walaupun dengan cara menutup.
Segala informasi yang disampaikan oleh penceramah jemputan tersebut
amatlah berguna bagi semua peserta program tersebut sama ada peraturan
secara tersurat atau tersirat mengenai tatacara amalan yang perlu diamalkan
dalam memenuhi agenda kehidupan bermasyarakat. Selain itu, amat penting
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 13
kerana ia amat berkaitan dengan tatasusila dan ketertiban atau peradaban yang
perlu diikuti demi mengekalkan keharmonian acara itu. Tambahan pula ia
menjadi lambang ketinggian adat dan budaya dalam kehidupan bermasyarakat
terutamanya mesyarakat berbilang kaum. Tuntasnya amat penting bagi seorang
guru dalam mengetahui, mendalami serta mengaplikasi segala pengetahuan
tentang etiket sosial serta protokol bagi meluaskan pengetahuan sebagai
profession keguruan.
5.1.3 Laporan Selepas Bengkel BIG
Setelah selesai program Bengkel Etiket Sosial dan Protokol dijalankan
yang tamat pada pukul 5.15 petang, terdapat mesyuarat kecil telah diadakan
bagi membubarkan AJK tersebut. Selain daripada itu, kami diminta membuat
suatu laporan berkenaan secara keseluruhan serta refleksi individu mengenai
program tersebut. Semua laporan itu haruslah dihantar kepada mentor kelas
sendiri mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Walaupun penat dalam menjalani
BIG ini tetapi berbaloilah dengan segala pengetahuan serta pengajaran baru
yang kami semua perolehi sepanjang program itu dijalankan.
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 14
6.0 REFLEKSI KENDIRI
6.1 REFLEKSI KHIDMAT MASYARAKAT (Gotong-Royong)
Bersyukur kepada Allah s.wt yang Maha Berkuasa atas setiap
sesuatu kerana dengan izin-Nya saya telah berjaya menamatkan salah satu
komponen wajib yang mesti dilalui semasa kursus perguruan ini iaitu
menjalani program Bina Insan Guru (BIG) pada 15 April 2012. Kumpulan
saya iaitu dari kumpulan Pendidikan Sekolah Rendah (PK/PJ/BM2) telah
mengadakan program bergotong-royong membersihkan Taman Perumahan
Mahsuri, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman. Program Bina Insan Guru (BIG) fasa
3/2012 ini merupakan satu program yang memberi banyak pengalaman serta
pengetahuan dan input yang berguna kepada saya. Saya berasa sangat
bersyukur dan gembira kerana berpeluang mengikuti program yang cukup
membina ini. Segala input yang saya dapat ini sangat berguna dalam kehidupan
seharian saya terutamanya semasa saya bergelar seorang pendidik kelak.
Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan pihak
pengurusan peumahan telah berpuas hati dengan kerja-kerja yang telah
kami laksanakan. Ketika menjalankan program tersebut, saya dapat
merasakan bahasa sikap bekerjasama amatlah penting dalam masyarakat
untuk menjayakan sesuatu tugasan yang banyak di kawasan yang agak
luas. Jika dilaksanakan sendirian, tugasan boleh disiapkan tetapi akan
memakan masa yang agak lama.
Sesungguhnya program BIG ini telah meninggalkan kesan yang agak
mendalam terhadap diri saya. Ini disebabkan oleh saya berpeluang
menjalankan tugasan dalam suasana yang menyeronokkan bersama-sama
rakan sekuliah an rakan dari kelas-kelas yang lain serta tidak mengira
kaum. Selain itu, saya juga dapat merasai kepuasan dari segi hasil usaha
gotong-royong yang mendatangkan faedah kepada masyarakat setempat.
Saya bangga kerana disebabkan usaha kami, kawasan perumahan tersebut
dapat dibersihkan dan diceriakan dalam masa lebih kurang 4 jam sahaja.
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 15
Pihak ahli jawatankuasa perumahan juga pastinya berasa gembira kerana
kedatangan kami telah dapat membantu mereka menjaga kebersihan
kawasan perumahan tersebut.
Sepanjang menjalani program ini, saya juga telah dapat
mengenalpasti kelemahan dan kelebihan saya. Dengan pelbagai aktiviti
yang menguji minda dan fizikal melalui kekangan masa serta cubaan dan
dugaan, ia mampu memberi saya suatu anjakan paradigma terhadap
perubahan sikap saya sendiri. Saya cuba memperbaiki dari semasa ke
semasa dengan harapan saya dapat pengalaman berguna seterusnya
dapat merealisasikannya di suatu masa nanti.
Selain itu, melalui pengalaman yang saya ada, saya berpendapat bahawa
aktiviti program Bina Insan Guru haruslah sentiasa dibuat luar kawasan IPG
Kampus Darulaman dan tidak terhad pilihan yang diberikan oleh pihak IPG
Kampus Darulaman. Ini supaya kami sebagai peserta guru pelatih dapat
menimba ilmu yang luas dan dapat berkomunikasi dengan baik bersama
komuniti luar atau penduduk. Malah, saya juga berharap, tempoh program ini
terutamanya aktiviti gotong – royong dibuat sekurang – kurangnya selama dua
hari. Ini kerana tempoh selama satu hari tidak cukup untuk menyiapkan aktiviti
gotong – royong.
Sementelahan itu juga, melalui program khidmat masyarakat ini, saya
juga dapat pengetahuan yang baru untuk melakukan aktiviti ini di depan hari.
Apa yang saya maksudkan ialah, dalam melakukan sesuatu aktiviti
kemasyarakatan dengan pihak luar,kita haruslah berkomunikasi dan berhubung
awal untuk bersama – sama dengan para penduduk atau komuniti kampung
untuk membuat aktiviti gotong – royong supaya ia menjalankan dengan lancar.
Malah para peserta guru pelatih hendaklah membahagikan kepada beberapa
kumpulan kecil semasa menjalankan aktiviti gotong – royong. Ini supaya setiap
orang dapat membuat kerja yang ditugaskan masing – masing dan tidak harap
pada kumpulan yang lain.
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 16
Akhir sekali ,apa yang dapat saya pelajari melalui BIG ini adalah sikap
yang sentiasa ingin mencari ilmu. Semua benda yang berada di sekeliling kita
merupakan guru yang sentiasa memberi pelbagai ilmu kepada kita. Namun
semua ilmu itu tidak akan datang dengan petikan jari sahaja. Jadi
tanggungjawab kita adalah mencari dan mengggali ilmu-ilmu tersebut. Ilmu
sangat penting untuk menghadapi apa jua rintangan yang tidak dapat kita duga.
Manusia tanpa ilmu merupakan manusia yang paling malang dan miskin dalam
dunia ini. Dalam kehidupan seorang guru, ilmu didada haruslah mencukupi. Ilmu
yang harus ada pada seorang guru bukan sahaja dari segi intelek, malah dari
semua segi kehidupan ini. Ini kerana guru dijadikan
tempat rujukan dan mendapatkan apa jua maklumat. Maka, kita haruslah terus
mencari ilmu-ilmu yang baru untuk memantapkan ilmu yang sudah kita dapat.
Sesungguhnya, Program BIG ini banyak memberi peluang kepada saya
untuk memperbaiki dan menilai diri saya sendiri. Disebalik semua keseronokan
dan kesedihan yang saya hadapi, saya dapat melakukan refleksi keseluruhan
terhadap diri saya sendiri dan mengenalpasti kekurangan yang ada pada diri
saya. Semua aktiviti yang dijalankan mengajar saya banyak nilai dan input yang
berguna untuk memperbaiki kekurangan diri saya. Selain itu, pengalaman ini
merupakan satu pengalaman yang melatih diri saya untuk menjadi seorang
pendidik yang berjiwa kental, tidak mudah mengalah dan lasak serta dapat
bergaul dengan masyarakat luar dengan baik tidak mengira kaum ataupun
agama.
Maka kesimpulan yang boleh dibuat ialah semangat bergotong-
royong amat penting dalam kehidupan seharian kita untuk memudahkan
sesuatu pekerjaan. Oleh itu kita sebagai sebahagian daripada anggota
masyarakat hendaklah menyertai sebarang kegiatan gotong-royong yang
diadakan di kawasan tempat tinggal untuk memantapkan lagi hubungan
sesama manusia. Kita akan berpeluang untuk mengenali orang ramai yang
sama-sama menyertai program yang dijalankan.
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 17
6.2 REFLEKSI BENGKEL (Etiket Sosial Dan Protokol)
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang memberi
banyak pengalaman serta pengetahuan dan input yang berguna kepada saya.
Saya berasa sangat bersyukur dan gembira kerana berpeluang mengikuti
progam yang cukup membina ini. Segala input yang saya dapat ini sangat
berguna dalam kehidupan seharian saya terutama semasa bergelar seorang
pendidik kelak. Pada semester ini, saya telah didedahkan pengetahuan yang
baru di mana ia merupakan sesuatu kepentingan harian yang patut saya pelajari
iaitu mengenai etiket sosial dan protokol.
Pertama sekali, program ini mendedahkan saya kepada tatatertib ketika di
meja makan. Hal yang sebegini amat berguna dan penting bagi saya sebagai
seorang guru. Sebagai seorang guru, saya sepatutnya mengambil tahu tentang
etika di meja makan kerana guru merupakan suatu ‘role model’ bukan sahaja
kepada pelajar tetapi juga kepada masyarakat sekeliling tentang bagaimana
seorang guru mempunyai adab yang sopan ketika makan. Gaya kita sewaktu
makan menggambarkan peribadi serta personaliti kita sama ada seorang yang
beradab atau sebaliknya. Makan bersama orang lain merupakan satu bentuk
perkongsian yang amat besar ertinya untuk mewujudkan suatu suasana yang
tenteram dan menyenangkan semasa menikmati juadah. Oleh yang demikian,
harus bagi seorang guru dalam mengetahui serta mengaplikasi tatatertib ketika
makan dengan betul.
Yang kedua, program bengkel tersebut telah mengajar saya cara
bagaimana etika sama ada sebelum makan, semasa serta selepas makan.
Pengetahuan sebegini amat penting supaya sebagai seorang guru, saya dapat
mencerminkan kesopanan ketika menjamu selera terutamanya semasa majlis
formal dijalankan. Sebagai sedia maklum, kita tahu seorang guru akan
menghadapi majlis formal seperti menghadiri kursus serta sebagainya. Oleh
yang demikian, etika – etika serta protokol majlis makan rasmi perlulah dipelajari.
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 18
Sebagai contohnya, saya didedahkan dengan etika sebelum makan seperti cara
duduk di meja makan. Cara duduk di majlis rasmi tidak boleh dibuat dengan
sebarangan mengikut kehendak diri tetapi mengikut protokol. Protokol tersebut
seperti apabila sebaik sahaja duduk di kerusi berhadapan yang telah di
tempatkan, seterusnya mengambil napkin dan letakkan di atas riba secara
perlahan dan bukan secara dikibas. Selain daripada itu, apabila sudah duduk di
meja makan, jangan sesekali mengambil alih atau membelek – belek pinggan
dan kutleri atau menukar susunannya. Jangan sesekali lapkan pinggan atau
kutleri kerana ini akan menjatuhkan air muka tuan rumah atau pihak yang
berkenaan.
Ketiga pula, saya telah didedahkan dengan etika semasa makan di mana
makanan yang dihidangkan dari sebelah kiri manakala minuman dihidang dari
sebelah kanan. Selain itu, saya dapat mengetahui serta mempelajari bahawa
menggunakan kutleri mempunyai peraturannya tersendiri iaitu menggunakan
kutleri dari luar ke dalam dan bukan dengan mengikut kehendak sendiri. Selain
daripada itu juga, saya didedahkan dengan faktor lain yang perlu diambil berat
sebagai contohnya ketika sedang menguyah makanan haruslah dengan mulut
yang tertutup agar tidak mengeluarkan bunyi. Jangan sesekali menggunakan
tangan atau sebarang pencongkel gigi sewaktu di meja makan. Ini
menggambarkan keperibadian yang tidak sopan terutamanya sebagai seorang
guru.
Seterusnya saya telah mempelajari bagaimana mengendali sesuatu majlis
rasmi. Perkara ini juga merupakan suatu pengetahuan yang penting sebagai
seorang guru kerana guru banyak mengendalikan majlis rasmi di sekolah atau di
majlis rasmi yang lain. Pengetahuan sebegini harus saya mempelajari serta
mengetahui supaya saya dapat mengendalikan sesuatu majlis dengan baik serta
lancar dan tidak akan mencacatkan sesuatu majlis.
Sebagai contohnya, saya dapat menambahkan lagi pengetahuan saya
tentang bagaimana mengendalikan sesuatu majlis dengan baik dan sempurna
bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku yang boleh membawa
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 19
kecacatan suatu majlis. Jika saya diberikan tanggungjawab sebagai juru acara
majlis, perkara yang perlu saya elakkan ialah dengan menyebut nama tidak
mengikut urutan yang ditetapkan. Selain daripada itu, saya harus mengetahui
bagaimana mengatur sesuatu majlis dengan teliti mengikut urutan dan dicetak
secara khusus dalam buku program yang telah disediakan. Secara
kesimpulannya, saya sebagai seorang guru harus mengambil berat mengenai
protokol majlis rasmi kerana ia penting yang berkaitan dengan tatasusila dan
ketertiban atau peradaban seseorang yang perlu diikuti demi mengekalkan
keharmonian acara itu.
Seterusnya, saya telah didedahkan tentang etika berpakaian yang harus
ada pada ciri – ciri seorang guru yang berperibadi sopan. Melalui pendedahan
yang saya perolehi, saya mendapati penting sebagai seorang guru
menitikberatkan tentang etika berpakaian kerana ia penting dalam
mempamerkan imej seseorang. Terdapat pelbagai etika berpakaian yang saya
didedahkan antaranya seperti bagaimana menjaga rupa dan diri yang baik dari
segi solekan, gaya pakaian serta pemilihan pakaian yang bersesuaian dengan
personaliti seorang guru.
Sebagai contohnya apabila memakai sesuatu pakaian haruslah
mengelakkan memakai pakaian berkilat atau berkilau di siang hari serta jangan
kelihatan seperti perhiasan pokok krimas . Malah pemilihan corak fabrik haruslah
tidak lebih dari empat warna. Bagi etika pemakaian lelaki pula, kurang sesuai jika
berbaju lengan pendek jika bertali leher. Selain itu, sematkan semua butang baju
jika tidak bertali leher kecuali butang kolar serta elakkan melipat bahagian lengan
kemeja lengan panjang supaya ia kelihatan kemas dan tertib. Selain itu,
penampilan diri juga dinilai melalui gerak geri serta cara cakap yang sopan,
kebersihan diri dan sebagainya yang perlu dititikberatkan supaya menunjukkan
peribadi kita sebagai seorang guru yang berpendidikan serta dipandang mulia
oleh masyarakat sekeliling.
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 20
Sesungguhnya, Program Bengkel Etiket Sosial dan Protokol BIG ini
banyak memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki dan menambah
pengetahuan saya sendiri baik dari segi tatatertib di meja makan, mengendali
majlis rasmi dan etika semasa berpakaian. Segala pengetahuan serta ilmu yang
saya peroleh ini dapat meningkatkan lagi keperibadian serta personaliti sebagai
seorang guru yang berwibawa dan mampu memberi contoh yang terbaik kepada
masyarakat sekeliling.
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 21
7.0 PENUTUP
Melalui Program Bina Insan Guru (BIG) yang telah dijalankan, didapati
segala program serta aktiviti yang dilaksanakan memenuhi segala objektif serta
matlamat Program Bina Insan Guru yang telah digariskan. Melalui penyertaan
dan penglibatan guru – guru pelatih, matlamat serta objektif program dalam
menerapkan nilai – nilai hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama
dalam proses pembinaan insan guru telah dipenuhi.
Sebagai teras objektif yang telah digariskan, para peserta Program Bina
Insan Guru (BIG) yang terdiri daripada dua buah kelas iaitu PISMP Pendidikan
Khas (BM/PJ) dan Pendidikan Khas (KS/PJ) telah memperoleh dan menambah
pelbagai ilmu serta pengetahuan yang berguna dalam kehidupan ini. Antaranya
para peserta telah menunjukkan sikap keprihatinan dan kesedaran terhadap
kepentingan hidup dalam sesebuah organisasi dan komuniti. Selain itu, para
peserta telah memupuk gerak balas secara positif tidak kira apa jua situasi
malah telah meningkatkan kemahiran komunikasi mengikut persekitaran dan
kepelbagaian budaya dalam suatu komuniti.
Program ini telah membina dan melahirkan insan guru yang mempunyai
ketahanan fizikal dan mental serta cemerlang dalam semua aspek. Ini
bersesuaian dengan cabaran profesion perguruan masa kini. Dengan adanya
program ini, para peserta merangkap bakal guru telah dapat membina semangat
juang yang tinggi dan sentiasa bersedia menyumbangkan masa dan tenaga
sepenuhnya kepada diri, keluarga, masyarakat dan bangsa.
Tanpa matlamat yang ingin dicapai, Program Bina Insan Guru (BIG) tidak
akan mencapai objektif yang ingin ingin ditujui untuk para guru Institut
Pendidikan Guru. Oleh itu terdapat beberapa matlamat yang berteraskan
pembinaan insan guru yang berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun
Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antaranya peserta – peserta
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 22
kursus akan dapat menimba pengetahuan dan pengalaman praktikal asas
mengenai persediaan dan pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan.
Selain itu juga, peserta – peserta kursus akan mendapat pengetahuan,
pengalalaman dan kemahiran aktiviti – aktiviti utama dan sampingan dalam
masyarakat malah peserta juga dapat mengamati, menghayati dan menghargai
kemahiran bersosial dan berkomuniti. Selain daripada itu juga, peserta – peserta
kursus dapat mengukuhkan sikap nilai – nilai murni melalui interaksi antara satu
sama lain dan bersama komuniti.
Justeru, para guru memerlukan kekuatan serta kemantapan dalam diri
mereka dari semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani, intelek atau sosial.
Sebagai insan yang bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk
menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan
keterampilan diri. Oleh itu, pengisian – pengisian positif, penerapan nilai- nilai
murni serta pengalamannya juga perlu dalam diri guru agar ia menjadi contoh
dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam
mengharungi cabaran pada era globalisasi. Secara tuntasnya, para guru
diharapkan dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa,
menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai
seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai cita – cita murni serta mulia
membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu
merealiasasikan wawasan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Akhir sekali, dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi
daripada semua pihak, program ini telah dilaksanakan dengan sempurna. Hasil
daripada program ini diharapkan dapat melahirkan guru yang yang mampu untuk
memimpin segala aktiviti berkaitan mengenai perancangan dan seterusnya
melahirkan guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam semua bidang.
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 23