Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah
panduanbajukurung.com@ copyright
1
Cara
Menjahit
Pelbagai
Jubah Panduan Langkah
Demi Langkah
www.panduanbajukurung.com
Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah
panduanbajukurung.com@ copyright
2
Disclaimer
Untuk makluman anda, E-Book ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis
sendiri yang telah berkecimpung di dalam dunia jahitan. Anda dilarang sama sekali untuk
mengeluar ulang mana-mana bahagian e-book ini dengan apa cara sekalipun. E-book ini ditulis
sesuai bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan dunia jahitan, juga bagi anda yang sudah lama
menceburi bidang jahitan ataupun anda yang sememangnya sudah pakar dan ingin menambah
ilmu yang mungkin tiada pada anda. Ebook ini memfokuskan berkenaan cara menjahit pelbagai
jenis jubah. Pihak www.panduanbajukurung.com tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan
dan kerosakan harta benda ataupun nyawa hasil daripada penggunaan ebook ini.
Amaran
Ebook Ini Adalah Hak Cipta Terpelihara www.panduanbajukurung.com
Ini adalah sebahagian daripada isi kandungan Ebook Cara Jahit Pelbagai Jubah yang
dikeluarkan oleh www.panduanbajukurung.com.
Anda dibenarkan mengedarkan ebook ini dengan syarat tidak mengubah sebarang isi
kandungannya.
Di dalam ebook ini, anda ditunjukkan cara menjahit zip sorok yang juga dikenali sebagai
zip sembunyi.
Ditulis Oleh:
Salmawati Shamsudin
H/p: 013-2819152
Email: [email protected]
Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah
panduanbajukurung.com@ copyright
3
TEKNIK MENJAHIT ZIP SOROK
Zip sorok akan dijahit pada bahagian belakang baju. Di dalam contoh ini, zip berukuran 22 inci
digunakan.
Kedua-dua keping kain hanya akan dicantum selepas zip sorok dijahit. Sebelum menjahit zip
sorok, tukar tapak mesin jahit kepada tapak zip.
Fahamkan dulu di mana kedudukan zip sorok pada bahagian baju. Penarik zip akan menghala ke
luar dan berada di bahagian atas. Penarik zip ditunjukkan dengan bulatan kuning di dalam
gambar.
Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah
panduanbajukurung.com@ copyright
4
Letak zip pada kedudukan seperti di atas. Bahagian zip yang rata menghala ke bawah. Bahagian
zip yang berbonggol menghala ke atas.
Kemudian, buka zip tersebut tanpa mengubah kedudukannya.
Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah
panduanbajukurung.com@ copyright
5
Jarak antara atas baju dengan kepala zip adalah 2 inci, seperti ditunjukkan dengan garisan
merah.
Jarak antara tepi baju dengan hujung zip adalah 1 inci, seperti ditunjukkan dengan garisan
kuning. 1 inci adalah ukuran basi jahitan yang telah ditentukan ketika memotong kain.
Ketika menjahit zip sembunyi, anda perlu membuka kelepek yang berada berdekatan tetulang
zip. Kemudian, jahit betul-betul di tepi tetulang. Jika anda menjahit di atas tetulang, zip tidak
akan dapat dibuka. Jika menjahit di atas kain zip, zip akan kelihatan apabila di lihat dari luar
baju.
Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah
panduanbajukurung.com@ copyright
6
Pinkan zip pada kain dan jahit dari atas. Tidak perlu jahit sehingga penghabisan zip, matikan
jahitan apabila sampai pada tempat yang tidak dapat lagi dilalui oleh mesin jahit.
Tidak perlu tarik pemegang zip ke atas seperti kaedah menjahit zip biasa.
Tiada sebarang kesan benang jahitan akan kelihatan di atas zip kerana jahitan berada di dalam
kelepet zip.
Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah
panduanbajukurung.com@ copyright
7
Letakkan bahagian zip yang belum dijahit pada kain yang satu lagi. Tetulang zip berada pada
bahagian yang ditunjukkan dengan garisan kuning. Pinkan.
Bagi memastikan zip berada di kedudukan yang betul, tarik zip ke atas untuk menutupnya. Lihat
samada kedudukannya betul. Buka semula zip apabila ingin menjahitnya.
Kemudian, jahit seperti menjahit zip sebelum ini. Buka kelepet ketika menjahit zip. Tidak perlu
jahit sehingga penghabisan zip, matikan jahitan apabila sampai pada tempat yang tidak dapat
lagi dilalui oleh mesin jahit.
Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah
panduanbajukurung.com@ copyright
8
Selepas kedua-dua bahagian zip dijahit, tarik zip ke atas. Baju akan kelihatan begini. Seterusnya,
bahagian bawah akan dicantumkan.
Jahitan akan bermula daripada hujung jahitan zip yang telah dijahit sebelum ini. Pastikan
jahitan yang akan dibuat betul-betul bersambung dengan jahitan zip.
Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah
panduanbajukurung.com@ copyright
9
Pinkan. Terus jahit dari atas sehingga habis.
Bahagian yang sudah dijahit akan kelihatan begini bila dilihat daripada luar. Seterika bagi
mengemaskannya.
Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah
panduanbajukurung.com@ copyright
10
Pandangan dari bahagian dalam baju.
TAMAT.
Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah
panduanbajukurung.com@ copyright
11
Dapatkan Ebook:
1) Jahit Baju Kurung Tradisional + Kain Susun Tepi
2) Jahit Baju Kurung Moden + Kain Kipas Belakang
3) Jahit Baju kurung Riau/ Pahang + Kain Lipat Batik
4) Jahit Baju Melayu Lelaki + Seluar
5) Jahit Pelbagai Jubah (A Cut, Moden, Princess, Empire, Peplum)
Ebook disertakan dengan illustrasi, gambar sebenar dan teks keterangan langkah
demi langkah bagi memudahkannya diikuti secara praktikal. Untuk melihat apa
kata mereka yang telah BERJAYA menjahit berpandukan ebook di atas, sila buka:
https://www.facebook.com/PanduanBajuKurung. Kemudian, klik bahagian
photos dan lihat album Testimonial Ebook Menjahit.
Untuk melihat detail isi kandungan ebook, sila klik link ini:
http://www.panduanbajukurung.com/ (Laman Utama)
Untuk detail harga dan proses pembelian, sila klik link ini:
http://www.panduanbajukurung.com/order.htm
TAMBAH ILMU ==> TAMBAH KEMAHIRAN ==> TAMBAH PENDAPATAN