Circular No 239/2020
Dated 30 July 2020
To Members of the Malaysian Bar
Orders Relating to Stamp Duty Exemption and Real Property Gains Tax Exemption
Pursuant to the announcement of the PENJANA initiative by the Prime Minister on 5 June
2020, please take note of the following Orders (all dated 27 July 2020), which are deemed to
have come into operation on 1 June 2020:
(1) Stamp Duty (Exemption) (No. 3) Order 2020 (P.U. (A) 216);
(2) Stamp Duty (Exemption) (No. 4) Order 2020 (P.U. (A) 217); and
(3) Real Property Gains Tax (Exemption) Order 2020 (P.U. (A) 218).
The Orders are available here (see page 2 onwards) for your reference.
Thank you.
A G Kalidas
Secretary
Malaysian Bar
28 Julai 2020 28 July 2020 P.U. (A) 216
WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN
FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE
PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) (NO. 3) 2020
STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 3) ORDER 2020
DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY
JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
P.U. (A) 216
2
AKTA SETEM 1949
PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) (NO. 3) 2020
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 80(1)
Akta Setem 1949 [Akta 378], Menteri membuat perintah yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Duti Setem
(Pengecualian) (No. 3) 2020.
(2) Perintah ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2020.
Pengecualian
2. (1) Tertakluk kepada subperengggan (2), (3) dan (4), duti setem dikecualikan
berkenaan dengan mana-mana perjanjian pinjaman untuk membiayai pembelian
harta kediaman di bawah Kempen Pemilikan Rumah 2020/2021, yang bernilai lebih
daripada tiga ratus ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada dua juta lima ratus ribu ringgit,
yang disempurnakan antara seseorang individu yang dinamakan dalam suatu perjanjian
jual beli dengan—
(a) suatu bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013
[Akta 758];
(b) suatu bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013 [Akta 759];
(c) suatu institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah
Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];
(d) suatu koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993
[Akta 502];
(e) mana-mana majikan yang menyediakan suatu skim pinjaman
perumahan pekerja;
P.U. (A) 216
3
(f) Borneo Housing Mortgage Finance Berhad (Nombor
Pendaftaran Syarikat: 25457-V) yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 2016 [Akta 777];
(g) Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd (Nombor
Pendaftaran Syarikat: 257663-T) yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 2016;
(h) suatu penanggung insurans berlesen yang dibenarkan untuk
menyediakan suatu pinjaman perumahan di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013; atau
(i) suatu pengendali takaful berlesen yang dibenarkan untuk
menyediakan suatu pinjaman perumahan Islam di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
(2) Pengecualian duti setem di bawah subperenggan (1) hendaklah hanya
terpakai sekiranya—
(a) perjanjian jual beli bagi pembelian harta kediaman itu adalah antara
seseorang individu dengan suatu pemaju perumahan;
(b) harga belian dalam perjanjian jual beli yang disebut dalam
subsubperenggan (a) ialah suatu harga selepas suatu diskaun
sekurang-kurangnya sebanyak sepuluh peratus daripada harga asal
yang ditawarkan oleh pemaju perumahan itu kecuali bagi suatu harta
kediaman yang tertakluk kepada harga terkawal; dan
(c) perjanjian jual beli bagi pembelian harta kediaman itu
disempurnakan pada atau selepas 1 Jun 2020 tetapi tidak lewat
daripada 31 Mei 2021 dan disetemkan di mana-mana cawangan
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
P.U. (A) 216
4
(3) Suatu Perakuan Kempen Pemilikan Rumah 2020/2021 yang dikeluarkan
oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Persatuan Pemaju
Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) atau Persatuan Pemaju Perumahan dan
Harta Tanah Sarawak (SHEDA) hendaklah dikemukakan oleh individu yang berkenaan
kepada mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia bagi tujuan
mendapatkan pengecualian di bawah subperenggan (1).
(4) Dalam perenggan ini—
“harta kediaman” ertinya suatu rumah, suatu unit kondominium, suatu
pangsapuri atau suatu rumah pangsa, yang dibeli atau diperoleh semata-mata untuk
digunakan sebagai suatu rumah kediaman, dan termasuk suatu pangsapuri perkhidmatan
dan pejabat kecil pejabat rumah (SOHO) yang berhubungan dengannya pemaju
perumahan itu telah mendapat kelulusan Lesen Pemaju Perumahan dan Permit Iklan dan
Jualan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118],
Enakmen Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1978, Sabah [No. 24 of 1978]
atau Ordinan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 2013, Sarawak [Cap. 69];
“individu” ertinya seorang pembeli suatu harta kediaman yang merupakan
seorang warganegara Malaysia atau pembeli bersama suatu harta kediaman yang
merupakan warganegara Malaysia; dan
“pemaju perumahan” ertinya suatu pemaju perumahan yang berdaftar
dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Persatuan
Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) atau Persatuan Pemaju Perumahan
dan Harta Tanah Sarawak (SHEDA).
Dibuat 27 Julai 2020 [Perb.MOF.TAX.700-3/2/111; PN(PU2)159/XXXIII]
DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ Menteri Kewangan
P.U. (A) 216
5
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 3) ORDER 2020
IN exercise of the powers conferred by subsection 80(1) of the Stamp Act 1949 [Act 378],
the Minister makes the following order:
Citation and commencement
1. (1) This order may be cited as the Stamp Duty (Exemption) (No. 3)
Order 2020.
(2) This Order is deemed to have come into operation on 1 June 2020.
Exemption
2. (1) Subject to subparagraphs (2), (3) and (4), stamp duty shall be exempted in
respect of any loan agreement to finance the purchase of residential property under the
Home Ownership Campaign 2020/2021, the value of which is more than three hundred
thousand ringgit but not more than two million five hundred thousand ringgit,
executed between an individual named in a sale and purchase agreement and—
(a) a licensed bank under the Financial Services Act 2013 [Act 758];
(b) a licensed Islamic bank under the Islamic Financial Services
Act 2013 [Act 759];
(c) a development financial institution prescribed under the
Development Financial Institutions Act 2002 [Act 618];
(d) a co-operative society registered under the Co-operative
Societies Act 1993 [Act 502];
(e) any employer who provides an employee housing loan scheme;
P.U. (A) 216
6
(f) Borneo Housing Mortgage Finance Berhad (Company Registration
Number: 25457-V) incorporated under the Companies Act 2016
[Act 777];
(g) Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd (Company Registration
Number: 257663-T) incorporated under the Companies Act 2016;
(h) a licensed insurer authorized to provide a housing loan under the
Financial Services Act 2013; or
(i) a licensed takaful operator authorized to provide an Islamic housing
loan under the Islamic Financial Services Act 2013.
(2) The stamp duty exemption under subparagraph (1) shall only apply if—
(a) the sale and purchase agreement for the purchase of the residential
property is between an individual and a property developer;
(b) the purchase price in the sale and purchase agreement referred to
in subsubparagraph (a) is a price after a discount of at least
ten per cent from the original price offered by the property
developer except for a residential property which is subject to
controlled pricing; and
(c) the sale and purchase agreement for the purchase of the
residential property is executed on or after 1 June 2020 but
not later than 31 May 2021 and is stamped at any branch of the
Inland Revenue Board Malaysia.
(3) A Home Ownership Campaign 2020/2021 Certification issued by the
Real Estate and Housing Developers’ Association (REHDA) Malaysia, Sabah Housing and
Real Estate Developers Association (SHAREDA) or Sarawak Housing and Real Estate
Developers’ Association (SHEDA) shall be submitted by the individual concerned to any
P.U. (A) 216
7
branch of the Inland Revenue Board Malaysia for the purpose of obtaining the exemption
under subparagraph (1).
(4) In this paragraph—
“residential property” means a house, a condominium unit, an apartment
or a flat, purchased or obtained solely to be used as a dwelling house, and includes a
service apartment and small office home office (SOHO) for which the property developer
has obtained approval for a Developer’s License and Advertising and Sales Permit under
the Housing Development (Control and Licensing) Act 1966 [Act 118], Housing
Development (Control and Licensing) Enactment 1978, Sabah [No. 24 of 1978] or
Housing Development (Control and Licensing) Ordinance 2013, Sarawak [Cap. 69];
“individual” means a purchaser of a residential property who is a
Malaysian citizen or co-purchasers of a residential property who are
Malaysian citizens; and
“property developer” means a property developer registered with the Real
Estate and Housing Developers’ Association (REHDA) Malaysia, Sabah Housing and Real
Estate Developers Association (SHAREDA) or Sarawak Housing and Real Estate
Developers’ Association (SHEDA).
Made 27 July 2020 [Perb.MOF.TAX.700-3/2/111; PN(PU2)159/XXXIII]
DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ Minister of Finance
28 Julai 2020 28 July 2020 P.U. (A) 217
WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN
FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE
PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) (NO. 4) 2020
STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 4) ORDER 2020
DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY
JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
P.U. (A) 217
2
AKTA SETEM 1949
PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN) (NO. 4) 2020
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 80(1)
Akta Setem 1949 [Akta 378], Menteri membuat perintah yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Duti Setem
(Pengecualian) (No. 4) 2020.
(2) Perintah ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2020.
Pengecualian
2. (1) Tertakluk kepada subperenggan (2), (3), (4) dan (5), semua
surat cara pindah milik bagi pembelian suatu harta kediaman di bawah
Kempen Pemilikan Rumah 2020/2021 yang bernilai lebih daripada tiga ratus ribu ringgit
tetapi tidak lebih daripada dua juta lima ratus ribu ringgit yang disempurnakan oleh
seseorang individu hendaklah dikecualikan daripada duti setem.
(2) Pengecualian duti setem yang disebut dalam subperenggan (1)
hendaklah hanya untuk duti setem yang sepatutnya dikenakan bagi satu juta ringgit
pertama atau kurang daripada nilai harta kediaman itu dan duti setem sebanyak tiga
ringgit hendaklah dikenakan bagi setiap seratus ringgit ke atas amaun baki nilai harta
kediaman yang melebihi satu juta ringgit.
(3) Pengecualian duti setem di bawah subperenggan (1) hendaklah hanya
terpakai sekiranya—
(a) perjanjian jual beli bagi pembelian harta kediaman itu adalah
antara seseorang individu dengan suatu pemaju perumahan;
(b) harga belian dalam perjanjian jual beli yang disebut dalam
subsubperenggan (a) ialah suatu harga selepas suatu diskaun
sekurang-kurangnya sebanyak sepuluh peratus daripada harga asal
P.U. (A) 217
3
yang ditawarkan oleh pemaju perumahan itu kecuali bagi suatu
harta kediaman yang tertakluk kepada harga terkawal; dan
(c) perjanjian jual beli bagi pembelian harta kediaman itu
disempurnakan pada atau selepas 1 Jun 2020 tetapi tidak lewat
daripada 31 Mei 2021 dan disetemkan di mana-mana cawangan
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
(4) Bagi maksud subperenggan (1), nilai harta kediaman itu hendaklah
berdasarkan nilai pasaran.
(5) Suatu Perakuan Kempen Pemilikan Rumah 2020/2021 yang dikeluarkan
oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Persatuan Pemaju
Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) atau Persatuan Pemaju Perumahan dan
Harta Tanah Sarawak (SHEDA) hendaklah dikemukakan oleh individu yang berkenaan
kepada mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia bagi tujuan
mendapatkan pengecualian di bawah subperenggan (1).
(6) Dalam perenggan ini—
“harta kediaman” ertinya suatu rumah, suatu unit kondominium, suatu
pangsapuri atau suatu rumah pangsa, yang dibeli atau diperoleh semata-mata untuk
digunakan sebagai suatu rumah kediaman, dan termasuk suatu pangsapuri
perkhidmatan dan pejabat kecil pejabat rumah (SOHO) yang berhubungan dengannya
pemaju perumahan itu telah mendapat kelulusan Lesen Pemaju Perumahan dan Permit
Iklan dan Jualan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966
[Akta 118], Enakmen Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1978,
Sabah [No. 24 of 1978] atau Ordinan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan
Pelesenan) 2013, Sarawak [Cap. 69];
“individu” ertinya seorang pembeli suatu harta kediaman yang merupakan
seorang warganegara Malaysia atau pembeli bersama suatu harta kediaman yang
merupakan warganegara Malaysia; dan
P.U. (A) 217
4
“pemaju perumahan” ertinya suatu pemaju perumahan yang berdaftar
dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Persatuan
Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) atau Persatuan Pemaju Perumahan
dan Harta Tanah Sarawak (SHEDA).
Dibuat 27 Julai 2020 [Perb.MOF.TAX.700-3/2/111; PN(PU2)159/XXXIII]
DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ Menteri Kewangan
P.U. (A) 217
5
STAMP ACT 1949
STAMP DUTY (EXEMPTION) (NO. 4) ORDER 2020
IN exercise of the powers conferred by subsection 80(1) of the
Stamp Act 1949 [Act 378], the Minister makes the following order:
Citation and commencement
1. (1) This order may be cited as the Stamp Duty (Exemption) (No. 4)
Order 2020.
(2) This Order is deemed to have come into operation on 1 June 2020.
Exemption
2. (1) Subject to subparagraphs (2), (3), (4) and (5), all instrument
of transfer for the purchase of a residential property under the
Home Ownership Campaign 2020/2021 the value of which is more than
three hundred thousand ringgit but not more than two million five hundred thousand
ringgit executed by an individual shall be exempted from stamp duty.
(2) The stamp duty exemption referred to in subparagraph (1) shall only be
for the stamp duty that should be imposed for the first one million ringgit or less from
the value of the residential property and stamp duty of three ringgit shall be imposed
for every one hundred ringgit of the balance amount of the value of the residential
property which is more than one million ringgit.
(3) The stamp duty exemption under subparagraph (1) shall only apply if—
(a) the sale and purchase agreement for the purchase of the
residential property is between an individual and a property
developer;
(b) the purchase price in the sale and purchase agreement referred to
in subsubparagraph (a) is a price after a discount of at least
ten per cent from the original price offered by the property
P.U. (A) 217
6
developer except for a residential property which is subject to
controlled pricing; and
(c) the sale and purchase agreement for the purchase of the
residential property is executed on or after 1 June 2020 but not
later than 31 May 2021 and is stamped at any branch of the
Inland Revenue Board Malaysia.
(4) For the purpose of subparagraph (1), the value of the residential property
shall be based on the market value.
(5) A Home Ownership Campaign 2020/2021 Certification issued by the
Real Estate and Housing Developers’ Association (REHDA) Malaysia, Sabah Housing and
Real Estate Developers Association (SHAREDA) or Sarawak Housing and Real Estate
Developers’ Association (SHEDA) shall be submitted by the individual concerned to any
branch of the Inland Revenue Board Malaysia for the purpose of obtaining the
exemption under subparagraph (1).
(6) In this paragraph—
“residential property” means a house, a condominium unit, an apartment
or a flat, purchased or obtained solely to be used as a dwelling house, and includes a
service apartment and small office home office (SOHO) for which the property
developer has obtained an approval for a Developer’s License and Advertising and Sales
Permit under the Housing Development (Control and Licensing) Act 1966 [Act 118],
Housing Development (Control and Licensing) Enactment 1978, Sabah [No. 24 of 1978]
or Housing Development (Control and Licensing) Ordinance 2013, Sarawak [Cap. 69];
“individual” means a purchaser of a residential property who is
a Malaysian citizen or co-purchasers of a residential property who are
Malaysian citizens; and
P.U. (A) 217
7
“property developer” means a property developer registered with the
Real Estate and Housing Developers’ Association (REHDA) Malaysia, Sabah Housing and
Real Estate Developers Association (SHAREDA) or Sarawak Housing and Real Estate
Developers’ Association (SHEDA).
Made 27 July 2020 [Perb.MOF.TAX.700-3/2/111; PN(PU2)159/XXXIII]
DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Minister of Finance
28 Julai 2020 28 July 2020 P.U. (A) 218
WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN
FEDERAL GOVERNMENT
GAZETTE
PERINTAH CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (PENGECUALIAN) 2020
REAL PROPERTY GAINS TAX (EXEMPTION) ORDER 2020
DISIARKAN OLEH/
PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/
ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
P.U. (A) 218
2
AKTA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH 1976
PERINTAH CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (PENGECUALIAN) 2020
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 9(3) Akta Cukai Keuntungan
Harta Tanah 1976 [Akta 169], Menteri membuat perintah yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah
(Pengecualian) 2020.
(2) Perintah ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2020.
Tafsiran
2. Dalam Perintah ini, “harta kediaman” ertinya suatu rumah, suatu unit
kondominium, suatu pangsapuri atau suatu rumah pangsa di Malaysia, dan termasuk
suatu pangsapuri perkhidmatan dan suatu pejabat kecil pejabat rumah (SOHO),
yang dimiliki oleh seorang individu, secara bersesama atau secara tunggal, yang hanya
digunakan sebagai suatu rumah kediaman.
Pengecualian
3. (1) Tertakluk kepada subperenggan (2) dan (3), Menteri mengecualikan
mana-mana individu yang ialah seorang warganegara daripada pemakaian Jadual 5
kepada Akta bagi pembayaran cukai ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai yang
terakru berkenaan dengan pelupusan suatu harta kediaman pada atau selepas 1 Jun 2020
hingga 31 Disember 2021.
(2) Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah terpakai
dengan syarat bahawa—
(a) tidak lebih daripada tiga unit harta kediaman yang dilupuskan yang
layak bagi setiap pelupus;
(b) harta kediaman yang dilupuskan tidak diperoleh dalam tempoh
dari 1 Jun 2020 hingga 31 Disember 2021—
(i) secara suatu pemindahmilikan antara suami dan isteri; atau
P.U. (A) 218
3
(ii) secara suatu pemberian antara suami dan isteri, ibu atau bapa dan
anak, atau datuk atau nenek dan cucu jika pemberi ialah seorang
warganegara; dan
(c) perjanjian jual beli bagi pelupusan harta kediaman itu
disempurnakan pada atau selepas 1 Jun 2020 tetapi tidak lewat
daripada 31 Disember 2021 dan disetemkan dengan sewajarnya tidak
lewat daripada 31 Januari 2022 atau jika tiada perjanjian jual beli,
surat cara pindah milik bagi pelupusan harta kediaman itu
disempurnakan pada atau selepas 1 Jun 2020 tetapi tidak lewat daripada
31 Disember 2021 dan disetemkan dengan sewajarnya tidak lewat
daripada 31 Januari 2022.
(3) Bagi maksud subperenggan (1), jika pelupusan harta kediaman melebihi
tiga unit, pelupus boleh memilih mana-mana tiga daripada pelupusan harta kediaman
tersebut untuk dikecualikan dan pilihan yang dibuat tidak boleh ditarik balik.
Kontrak bersyarat
4. Jika suatu kontrak bagi pelupusan suatu harta kediaman adalah suatu kontrak
bersyarat yang memerlukan kelulusan Kerajaan Persekutuan atau suatu Kerajaan Negeri,
pengecualian yang disebut dalam subperenggan 3(1) hendaklah hanya terpakai jika—
(a) kontrak bagi pelupusan harta kediaman itu disempurnakan pada atau
selepas 1 Jun 2020 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2021 dan
disetemkan dengan sewajarnya tidak lewat daripada 31 Januari 2022; dan
(b) kelulusan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang berkenaan bagi
pelupusan harta kediaman itu diperoleh pada atau selepas 1 Jun 2020.
P.U. (A) 218
4
Kehendak untuk mengemukakan penyata dan maklumat hendaklah dipatuhi
5. Tiada apa-apa jua dalam subperenggan 3(1) boleh melepaskan atau disifatkan telah
melepaskan mana-mana individu yang ialah seorang warganegara daripada mematuhi
apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau memberikan apa-apa
maklumat lain di bawah Akta.
Dibuat 27 Julai 2020 [Perb. MOF. TAX(S)700-2/1/13; PN(PU2)325/V] DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 9(4) Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976]
P.U. (A) 218
5
REAL PROPERTY GAINS TAX ACT 1976
REAL PROPERTY GAINS TAX (EXEMPTION) ORDER 2020
IN exercise of the powers conferred by subsection 9(3) of the Real Property Gains
Tax Act 1976 [Act 169], the Minister makes the following order:
Citation and commencement
1. (1) This order may be cited as the Real Property Gains Tax (Exemption)
Order 2020.
(2) This Order is deemed to have come into operation on 1 June 2020.
Interpretation
2. In this Order, “residential property” means a house, a condominium unit,
an apartment or a flat in Malaysia, and includes a service apartment and a small office
home office (SOHO), owned by an individual, jointly or solely, which is used only as
a dwelling house.
Exemption
3. (1) Subject to subparagraphs (2) and (3), the Minister exempts any individual
who is a citizen from the application of Schedule 5 to the Act for the payment of tax on
the chargeable gain accruing on the disposal of a residential property on or
after 1 June 2020 until 31 December 2021.
(2) The exemption referred to in subparagraph (1) shall be applicable on
the condition that—
(a) not more than three units of residential property disposed of shall
be eligible for each disposer;
(b) the residential property disposed of is not acquired within the period
from 1 June 2020 until 31 December 2021—
(i) by way of a transfer between spouses; or
P.U. (A) 218
6
(ii) by way of a gift between spouses, parent and child, or grandparent
and grandchild where the donor is a citizen; and
(c) the sale and purchase agreement for the disposal of the residential
property is executed on or after 1 June 2020 but not later
than 31 December 2021 and is duly stamped not later
than 31 January 2022 or where there is no sale and purchase agreement,
the instrument of transfer for the disposal of the residential property
is executed on or after 1 June 2020 but not later than 31 December 2021
and is duly stamped not later than 31 January 2022.
(3) For the purpose of subparagraph (1), where the disposal of residential
property exceeds three units, the disposer may elect any three from the said disposals of
residential properties to be exempted and the election so made shall be irrevocable.
Conditional contract
4. Where a contract for the disposal of a residential property is a conditional contract
which requires the approval by the Federal Government or a State Government,
the exemption referred to in subparagraph 3(1) shall only be applicable if—
(a) the contract for the disposal of the residential property is executed on
or after 1 June 2020 but not later than 31 December 2021 and is duly stamped
not later than 31 January 2022; and
(b) the approval by the Federal Government or the State Government concerned
for the disposal of the residential property is obtained on or after 1 June 2020.
Requirement to submit return and information to be complied with
5. Nothing in subparagraph 3(1) shall absolve or be deemed to have absolved the
individual who is a citizen from complying with any requirement to submit any return or
to furnish any other information under the Act.
P.U. (A) 218
7
Made 27 July 2020 [Perb. MOF. TAX(S)700-2/1/13; PN(PU2)325/V]
DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ Minister of Finance
[To be laid before the Dewan Rakyat pursuant to subsection 9(4) of the Real Property Gains Tax Act 1976]