Download docx - Contoh Ayat Penghargaan

Transcript
Page 1: Contoh Ayat Penghargaan

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya

dapatlah saya menyiapkan tugasan projek ini bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan

Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Kursus Dalam Cuti) Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, di

IPG Kampus Ipoh, Perak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada En. Jalani bin Hussain,

penyelaras kursus Amalan Pentaksiran dalam Matematik, serta tenaga pengajar, En. Johnson

a/l Savarimuthu dan En. Murugiah a/l Velayutham yang telah banyak memberikan bimbingan

dan nasihat sehingga tugasan ini dapat disiapkan. Penghargaan dan terima kasih juga saya

ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan dan ahli keluarga yang banyak memberi sokongan

dan bantuan bagi melengkapkan tugasan projek ini.

Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu saya

sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menyiapkan tugasan projek ini. Semoga

Allah SWT memberikan balasan yang lebih baik jua. Amin.

Recommended